The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by doraemon_1204, 2021-01-26 00:34:51

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

KSSM MPV
d. Telau (Shade)

i. Telau (shade)adalah warna rona yang ditambah dengan
warna hitam.

ii. Semakin banyak hitam, warna rona akan menjadi semakin
gelap.

Rajah 2.33: Telau (shade)
Sumber : https://www.color-wheel-Artist.com
e. Krom (Chrome)
i. Krom (Chrome)adalah skala warna campuran hitam dan
putih

Rajah 2.34: Krom (Chrome)
f. Monokromatik (Monochromatic)

i. Monokromatik (Monochromatic)adalah satu skala warna
yang terhasil daripada penambahan ton (tone), seri
warna (tint) dan telau (shade) pada warna rona.

Rajah 2.35: Monokromatik (Monochromatic)

91

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Templat roda warna
2. Warna poster atau pensel warna air
3. Berus lukisan

TUGASAN 1

Murid membina roda warna menggunakan alatan
yang telah diberi.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid memilih 3 warna asas iaitu merah, biru dan kuning.
2. Murid memasukkan warna asas pada roda
3. Murid mencampurkan 2 warna asas pada ruang bersebelahan

bagi menghasilkan warna sekunder
4. Murid mencampurkan warna asas dan warna sekunder pada

ruangan yang sesuai
5. Murid melabelkan warna-warna pada roda warna

92

KSSM MPV

Templat Roda Warna

93

KSSM MPV

TUGASAN 2

Murid membina roda terminologi warna
menggunakan alatan yang telah diberi.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 2)
1. Murid memasukkan warna asas, sekunder dan tertier pada roda

warna.
2. Murid mengolah warna berdasarkan terminologi warna pada

templat.

Templat Roda Terminologi Warna

94

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Warna yang paling hebat boleh didapati daripada warna:
a. Warna utama
b. Warna sekunder
c. Warna tertier
d. Warna penggenap

2. Yang manakah antara yang berikut bukan warna utama?
a. Merah
b. Biru
c. Kuning
d. Jingga

3. Warna yang dicampurkan dengan warna hitam akan
menghasilkan terminologi:
a. Warna ton
b. Seri warna
c. Telau
d. Krom

4. Warna yang terdapat pada paparan skrin adalah :
a. Warna rona
b. Warna monokromatik
c. Warna tambahan
d. Warna subtraktif

5. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.
a. Warna hijau, jingga dan ungu merupakan warna
______________.
b. Untuk melembutkan warna terang, kita perlu menam-
bahkan sedikit warna ________________.
c. Semakin banyak putih ditambah kepada warna
_______________, warna akan menjadi semakin
___________________.
d. Semakin __________________ penepuan (saturation) maka
warna akan menjadi cair.

95

KSSM MPV

6. Nyatakan 3 warna asas.
i. ……………………………………….
ii. ……………………………………….
iii. ……………………………………….

7. Berikan 3 contoh warna penggenap.
i. ……………………………………….
ii. ……………………………………….
iii. ……………………………………….

8. Sistem warna terbahagi kepada 2 iaitu:
i. Tambahan
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
ii. Subtraktif
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

9. Senaraikan 7 terminologi warna.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..
iv. ……………………………………………..
v. ……………………………………………..
vi. ………………………………………………
vii. ……………………………………………....

96

KSSM MPV

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 2.2 Teori warna
Kandungan: 2.2.1 Membina roda warna
Standard 2.2.2 Menerangkan sistem warna
Pembelajaran:

2.2.3 Menghasilkan warna berdasarkan
terminologi warna .

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menyenaraikan warna:
i. Asas (CAPAI / TIDAK CAPAI)
ii. Sekunder
iii. Tertier
iv. Penggenap

2 Membina roda warna

3 Menerangkan system
warna
i. Tambahan
ii. Subtraktif

4 Menghasilkan terminologi warna
i. Rona (Hue)
ii. Penepuan (Saturation)
iii. Ton (Tone)
iv. Seri Warna (Tint)
v. Telau (Shade)
vi. Krom (Chrome)
vii. Monokromatik
(Monochromatic)

KEPUTUSAN
TARIKH

Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh
Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh

97

KSSM MPV

MODUL Teori Warna
02

2.2B

Standard Pembelajaran Pengenalan

2.2.4 Membandingkan Warna ialah tindak balas cahaya ke atas
penggunaan warna sesuatu permukaan. Sesuatu objek boleh
harmoni dan kontra dikenal pasti melalui pantulan dan
dalam karya grafik. serapan warna yang terdapat pada
permukaannya.
2.2.5 Menghasilkan olahan
warna sejuk dan panas Warna Harmoni
untuk menimbulkan
kesan mood warna. 1. Warna harmoni adalah warna yang
hampir sama.
2.2.6 Menghasilkan
skema warna 2. Warna harmoni dikenali juga sebagai
karya bertema ber- warna sekeluarga.
dasarkan teori warna.
3. Kesan penggunaan warna harmoni
ialah 'menyenangkan' mata
memandang.

Rajah 2.36: Warna harmoni
Sumber : https://all-free-download.com/

98

KSSM MPV
Warna Kontra
1. Warna Kontra merupakan kombinasi warna yang

kedudukannya bertentangan dalam roda warna.
2. Biasa digunakan untuk menimbulkan kesan penegasan.

Rajah 2.37: Warna Kontra
Sumber : https://all-free-download.com/
Warna Sejuk
1. Warna sejuk ialah warna yang tergolong di dalam warna yang
mempunyai intensiti yang rendah.
2. Warna sejuk adalah seperti biru, hijau dan ungu.
3. Ianya melambangkan ketenangan, nyaman, suram dan stabil.

Rajah 2.38: Warna Sejuk
Sumber : https://all-free-download.com/

99

KSSM MPV
Warna Panas
1. Warna panas adalah warna yang tergolong dalam kumpulan
warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi seperti merah,
kuning dan jingga.
2. Warna panas melambangkan kekuatan, dinamik dan impresi
yang aktif.

Rajah 2.39: Warna Panas
Sumber : https://all-free-download.com/

Skema Warna
1. Skema warna adalah penggabungan dua atau lebih warna

yang berlainan pada sebuah komposisi rekaan. Contoh
penggunaan skema warna boleh dilihat pada laman
sesawang yang memiliki beberapa warna di dalamnya.
2. Skema warna amat berkait rapat dengan tugas pereka grafik.
Bagi menghasilkan sesuatu karya yang menarik dan dinamik
seseorang pereka grafik perlu mempunyai pengetahuan yang
luas berkaitan dengan skema warna.

Rajah 2.40: Skema warna
Sumber : https://www.fabmood.com/

100

KSSM MPV
Fungi Skema Warna
1. Menghasilkan kesan mood - apabila sesuatu warna yang ber-

lainan dicampur dengan warna yang lainnya.
2. Pemilihan dan pemadanan warna lebih mudah dilakukan.
Jenis Skema Warna
1. Skema Warna Monokromatik

a. Skema warna monokromatik dihasilkan dengan
menggunakan satu warna yang sama dalam beberapa
telau, seri warna atau tona.

b. Skema warna monokromatik akan memberikan kombinasi
warna yang berlainan.

Rajah 2.41: Skema Warna Monokromatik

2. Skema Warna Penggenap
a. Skema warna penggenap menggunakan warna yang sal-
ing berlawanan.
b. Ini kerana mata manusia memiliki kecenderungan untuk
tertarik pada sesuatu yang kontra.

Rajah 2.42: Skema Warna Penggenap

101

KSSM MPV
3. Skema Warna Analog
a. Skema warna analog menggunakan satu warna yang
digabungkan dengan dua atau lebih warna yang ada
disebelahnya.
b. Contohnya adalah skema warna analog panas
menggunakan warna merah, jingga, dan kuning atau ske-
ma warna analog sejuk menggunakan warna biru, ungu,
dan hijau.

Rajah 2.43: Skema Warna Analog Panas dan Sejuk

4. Skema Warna Triadic
a. Skema warna triadic yang menggabungkan 3 warna
rona yang sama jarak di dalam roda warna.
b. Contoh skema warna triadic adalah kombinasi dari warna
merah, kuning dan biru yang merupakan warna asas dan
memiliki jarak yang sama dalam roda warna.
c. Kombinasi dari tiga warna tersebut akan menimbulkan
kesan yang sangat dinamik.

Rajah 2.44: Skema Warna Triadic

102

KSSM MPV
5. Skema Warna Tetradic

a. Skema warna tetradic merupakan dua pasangan warna
yang saling melengkapi.

b. Jika ada sebuah persegi panjang yang digambarkan di
atas roda warna, maka dua pasangan warna tersebut
saling melengkapi.

2.45: Skema Warna Tetradic

103

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas lukisan
2. Pensel
3. Warna poster atau pensel warna air
4. Berus lukisan

TUGASAN 1

Murid menghasilkan lukisan objek dengan men-
gaplikasikan skema warna serta penggunaan roda
warna, gubahan warna harmoni dan kontra serta
warna sejuk dan panas.
Murid menggunakan lukisan objek yang sama tetapi
warna yang berbeza.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid menghasilkan empat lukisan objek yang sama.
2. Murid mengaplikasikan empat skema warna yang berbeza iaitu
harmoni, kontra, panas dan sejuk.
3. Murid melabelkan warna-warna pada lukisan.
4. Murid membentangkan hasil kerja.

104

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Warna yang berikut
dapat menimbulkan kesan panas pada sesebuah bilik.

a. Merah
b. Biru
c. Ungu
d. Hijau

2. Antara yang berikut, padanan warna yang manakah
menunjukkan ciri-ciri harmoni.

a. + c. +

b. + d. +

3. Apakah jenis skema warna bagi karya dalam gambar rajah di
bawah?

a. Triadic
b. Tetradic
c. Kontra
d. Harmoni

4. Sesebuah poster yang baik memerlukan ruang teks yang kontra.
Pilihan warna yang paling sesuai ialah :
a. Merah dan kuning
b. Merah dan hijau
c. Biru dan ungu
d. Biru dan hijau

105

KSSM MPV
5. Sesebuah karya grafik yang baik memerlukan warna yang sesuai
untuk objek utama dan latar belakang, iaitu:
a. Warna harmoni
b. Warna kontra
c. Warna sejuk
d. Warna panas
6. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.
a. Warna ________________ adalah warna yang tergolong
dalam kumpulan warna yang mempunyai _____________
yang tinggi.
7. Senaraikan tiga jenis skema warna.
a. ……………………………………….
b. ……………………………………….
c. ……………………………………….
8. Berikan dua contoh gabungan warna harmoni
a. …………………………………………………………………………
b. …………………………………………………………………………

9. Labelkan warna panas dan warna sejuk pada imej di bawah.

106

KSSM MPV

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 2.2 Teori Warna
Kandungan:
2.2.4 Membanding penggunaan warna harmoni
Standard dan kontra dalam karya grafik.
Pembelajaran:
2.2.5 Menghasilkan olahan warna sejuk dan
panas untuk menimbulkan kesan mood
warna.

2.2.6 Menghasilkan skema warna karya bertema
berdasarkan teori warna.

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

1 Menyenaraikan warna har-
moni dan kontra.

2 Menyenaraikan warna sejuk
dan panas.

Menghasilkan skema warna

3 karya bertema berdasarkan

teori warna.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh
Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh

107

KSSM MPV

MODUL Asas Reka Letak
02

2.3

Standard Pembelajaran Reka Letak
1. Reka letak merujuk kepada proses
2.3.1 Menjelaskan
kepentingan reka letak menentukan susun atur semua elemen
dalam penghasilan agar membentuk satu rekaan.
karya grafik. 2. Mampu menyampaikan mesej
dengan jelas dan mempunyai nilai
2.3.2 Melakar reka letak seni atau estetik.
berdasarkan contoh 3. Penetapan reka letak bertindak
karya grafik. sebagai elemen terpenting dalam
komunikasi visual untuk menterjemah
2.3.3 Membuat justifikasi reka sesuatu konsep atau idea kepada
2.3.4 letak elemen: pengguna.
i. Tajuk
ii. Visual Elemen asas reka letak
iii. Kandungan Teks Elemen asas reka letak terbahagi
kepada tiga iaitu tajuk, visual dan
Menggunakan fungsi kandungan teks.
grid dan lajur dalam 1. Masthead
reka letak mengikut
keseuaian. a. Merupakan tajuk bagi sesuatu
penerbitan, majalah atau surat
2.3.5 Menghasilkan lakaran khabar.
reka letak berdasarkan
karya grafik yang b. Merupakan imej keseluruhan
dicadangkan. penerbitan.

2. Tajuk
a. Tajuk utama
i. Elemen terpenting dalam sebarang reka letak
penerbitan bercetak.
ii. Perkataan atau serangkap ayat yang diletakkan di
tempat utama pada reka letak agar ianya dibaca
terlebih dahulu dan berupaya menarik perhatian
pembaca.
iii. Memberikan pengenalan kepada teks dan bertindak
sebagai daya penarik.

108

KSSM MPV

iv. Mestilah ringkas, seragam dan terus pada maksud
supaya mudah dibaca dan difahami.

v. Muka taip yang digunakan mestilah kontra dengan
jenis bodytext yang digunakan.

b. Subhead
i. Membantu meringkaskan tajuk utama dan
menambahkan lagi maklumat dan menyokong tajuk
utama.
ii. Adalah lebih baik jika menggunakan subhead
dengan gaya taip yang sama, namun dengan saiz
yang lebih kecil daripada tajuk utama.
iii. Perlu diletakkan dengan betul supaya tidak
mengganggu jalan cerita artikel tersebut.

2. Visual
a. Grid
i. Grid merupakan struktur asas bagi reka letak sesuatu
muka surat.
ii. Membahagikan ruang pada muka surat kepada unit
bermodular.
iii. Penggunaan grid dalam penerbitan dapat
mewujudkan sifat kesatuan dan kesinambungan bagi
setiap muka surat.

2.46: Contoh Penggunaan Grid

109

KSSM MPV

b. Ilustrasi/gambar
i. Ilustrasi/gambar menghasilkan titik fokus pada muka
surat dan menarik perhatian pembaca yang tidak
mempunyai masa untuk membaca keseluruhan
artikel.
ii. Artikel dua muka surat (spread), selalunya mempunyai
satu muka surat dengan gambar penuh atau ilustrasi
bersama teks yang sedikit atau tiada langsung teks.
iii. Reka letak akan kelihatan membosankan tanpa
ilustrasi.

c. Ruang putih
i. Ruang putih memberikan keseimbangan dan ruang
untuk bernafas bagi sesuatu muka surat.
ii. Ruang putih mengelakkan reka letak daripada
kelihatan berselerak.
iii. Reka letak yang baik adalah dengan mengetahui
bagaimana menggunakan ruang putih dengan
berkesan.

2.47: Penggunaan Ruang Putih
Sumber : https://all-free-download.com/

110

KSSM MPV

3. Kandungan teks
a. Tipografi
i. Tipografi merujuk kepada simbol-simbol bercetak yang
terdiri daripada huruf, nombor, simbol dan tanda
baca.
ii. Jenis muka taip dan saiz fon perlu sepadan dengan
mesej yang ingin disampaikan dan mengambil kira
kemampuan khalayak dan pembaca.
iii. Tipografi boleh diolah dengan pendekatan ilustrasi
untuk mendapat tarikan visual.

2.48: Contoh Penggunaan Tipografi
Sumber : https://www.freepik.com/

https://all-free-download.com/

b. Body text
i. Body text merupakan tulisan bersaiz kecil yang
menyampaikan maklumat dalam reka letak
penerbitan meja.
ii. Saiznya berbeza dari 4 hingga 14 poin, namun
kebiasaannya saiz 12 poin sering digunakan sebagai
body text.

c. Kapsyen (Caption)
i. Kapsyen merupakan keterangan pada gambar,
ilustrasi atau rajah.
ii. Kajian menunjukkan manusia lebih cenderung
membaca kapsyen daripada mana-mana bahagian
sesuatu penerbitan.
iii. Kapsyen boleh diletakkan di tengah-tengah atau
pada bahagian sisi gambar, ilustrasi atau rajah.

111

KSSM MPV

d. Quotation
i. Ayat yang ingin di nyatakan dari keseluruhan petikan
sebagai satu penegasan atau tarikan kepada
pembaca untuk membaca artikel tersebut

Masthead

Tajuk
Utama

Ilustrasi

Kapsyen Ruang Putih

Body copy

Subhead

Quotation

Rajah 2.49: Contoh Penerbitan dan Elemen Reka Letak
Sumber : https://www.um.edu.my/

112

KSSM MPV

Prinsip asas reka letak
Bagi menghasilkan suatu karya grafik yang baik, prinsip ‘CASPER’
perlu dipertimbangkan :
1. Contrast

a. Prinsip kontras menyatakan bahawa jika dua item tidak
serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihat dengan
ketara.

b. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan
elemen di dalam sesuatu muka surat kelihatan hampir
sama.

c. Kontras merupakan salah satu daripada cara yang paling
berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan
terhadap sesuatu reka bentuk.

d. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.
e. Kreativiti dalam mengadun elemen kontras ini

menyebabkan reka letak kita akan lebih representive dan
mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih mudah
kepada khalayak.

2. Alignment
a. Prinsip alignment menyatakan bahawa tiada sesuatu
elemen yang perlu diletakkan di atas sesuatu muka surat
secara sendiri.
b. Setiap item sama ada teks, imej atau kedua-duanya,
harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama
lain pada setiap paparan.
c. Alignment akan menjadi kurang menarik sekiranya
terdapat ruang yang terlalu kosong pada rekaan.

3. Simplicity
a. Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple).
b. Bahan grafik yang disediakan itu hendaklah mudah
difahami.

4. Proximity
a. Prinsip proximity menyatakan bahawa kumpulan elemen
yang berkaitan dikumpulkan berdekatan antara satu
sama lain supaya elemen yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan yang tidak terpisah.

113

KSSM MPV

b. Elemen yang dikumpulkan akan menjadi satu unit visual
daripada beberapa unit yang terpisah.

c. Jarak antara teks, jarak antara grafik, dan jarak antara
teks dengan grafik perlu diimbangkan.

5. Emphasis

a. Pereka grafik harus fokus kepada elemen utama sahaja.

b. Elemen utama mestilah lebih dominan daripada elemen-

elemen lain.

c. Elemen tersebut menjadi pusat penumpuan, boleh

dibaca dan boleh menarik minat.

d. Khalayak perlu tahu item yang ingin kita tonjolkan, bukan

item-item sampingan yang lain.

e. Pereka reka letak boleh melakukan penegasan dengan

cara berikut :

i. Saiz yang lebih besar

 contohnya untuk fon, saiznya lebih dominan

daripada fon yang lain dan dapat dilihat

dengan jelas oleh khalayak di barisan belakang.

ii. Warna dan bentuk yang kontras.

iii. Pencahayaan yang sempurna seperti kita melihat

pameran barang permata di dalam balang kaca.

6. Repetition
a. Prinsip repetition menyatakan bahawa harus tekalkan
sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.
b. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang
dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna,
elemen reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang
dan sebagainya.
c. Prinsip ini penting jika membuat reka letak bagi
persembahan multimedia.
d. Reka letak dan reka bentuk slaid-slaid perlulah konsisten
sepanjang persembahan tersebut.
e. Harus elakkan terlalu banyak repetition kerana boleh
menyebabkan grafik tidak menarik dan tidak dapat
menyampaikan mesej asal yang hendak disampaikan
atau diperagakan.

114

KSSM MPV
Fungsi Grid Dan Lajur Dalam Reka Letak Karya Grafik
1. Grid merupakan cara untuk menguruskan elemen-elemen

rekaan.
2. Jika tidak digunakan dengan baik, grid akan menyekat

penghasilan rekaan yang menarik dan mungkin
mengakibatkan sesuatu muka surat itu kelihatan kaku dan
‘mati’.
3. Perisian reka letak muka surat membolehkan artis Desktop
Publishing menghasilkan grid menggunakan garis panduan
dan lajur.
4. Garis panduan pada komputer memberikan fungsi yang sama
dengan T-square dan segi tiga yang digunakan pada papan
lukis.
5. Garis panduan ini bertindak sebagai panduan bagi membantu
menjajar semua elemen semasa menyediakan sesuatu karya
grafik.

Rajah 2.50: Grafik yang mengaplikasikan penggunaan grid dan lajur

115

KSSM MPV

Kepentingan reka letak dalam penghasilan karya grafik
1. Sebelum proses rekaletak pada desktop publishing, pereka

grafik menggunakan proses pengolahan idea bagi
mendapatkan konsep dan menguji kesesuaian reka letak.
2. Reka letak yang terhasil pada sesuatu karya penerbitan akan
membantu pembaca memahami segala isi kandungan
dengan lancar.
3. Pembahagian ruang untuk teks, gambar dan elemen grafik
yang baik membantu pembaca mengenal pasti topik-topik
yang berlainan.

Newsletter Iklan

Sumber : https://www.vertex42.com/,
https://publicdomainvectors.org/

Surat khabar Buku

Sumber : https://www.flickr.com/

116

KSSM MPV

Risalah Poster

Sumber : https://www.flickr.com/

117

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas Sebak
2. Gunting
3. Gam
4. Marker

TUGASAN

Murid mengumpul contoh karya berdasarkan
bidang grafik (dari sumber laman web atau sumber
bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, buku,
katalog dan lain-lain yang berkaitan) dan murid
membuat pembentangkan tentang reka letak karya
tersebut.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid mengumpul contoh-contoh karya dalam bidang grafik.
2. Murid membuat kajian tentang penggunaan reka letak karya

yang dipilih.
3. Murid menampal contoh karya grafik di atas kertas sebak.
4. Murid membuat justifikasi elemen reka letak pada kertas sebak.

Murid membuat pembentangan secara berkumpulan.

Anda kreatif?

Menghasilkan lakaran reka letak berdasarkan karya
grafik pilihan seperti laman web, surat khabar,
majalah, buku, katalog dan lain-lain.

118

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan
maksud reka letak?
a. Proses menentukan susun atur semua elemen.
b. Proses penghasilan reka letak pada karya.
c. Proses membentuk satu rekaan yang mampu
menyampaikan mesej.
d. Proses menentukan susun atur kesemua elemen agar
membentuk satu rekaan yang mampu menyampaikan
mesej.

2. Karya di bawah mempunyai penggunaan elemen reka letak,
pilih elemen reka letak yang bertanda X?

X

a. Masthead
b. Tajuk utama
c. Caption
d. Subhead

119

KSSM MPV

3. Apakah prinsip reka letak yang diaplikasikan pada karya grafik
di bawah.

a. Simplicity (Mudah)
b. Repitition (Pengulangan)
c. Contrast (Pebezaan yang ketara)
d. Proximity (Berhampiran)

4. Apakah fungsi elemen reka letak ruang putih dalam sebuah
karya grafik?
a. meningkatkan kecenderungan visual pada muka surat
dan membantu pembaca mengenal pasti maklumat
seterusnya.
b. membantu meringkaskan tajuk utama dan
menambahkan lagi maklumat dan menyokong tajuk
utama.
c. memberi keseimbangan dan ruang untuk bernafas bagi
sesuatu muka surat untuk mengelakkan daripada
kelihatan berselerak.
d. menyekat daripada penghasilan rekaan yang menarik
dan mungkin mengakibatkan sesuatu muka surat itu
kelihatan kaku dan ‘mati’.

120

KSSM MPV

5. Nyatakan definisi reka letak grafik.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

6. Senaraikan tiga elemen reka letak grafik.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..

7. Nyatakan empat prinsip reka letak grafik.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..
iv. ……………………………………………..

8. Nyatakan kepentingan reka letak dalam penghasilan karya
grafik.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

9. Nyatakan fungsi grid dan lajur dalam reka letak karya grafik.
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
….……….………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………

121

KSSM MPV

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 2.3 Asas Seni Reka
Kandungan:
2.3.1 Menjelaskan kepentingan reka letak dalam
Standard penghasilan karya grafik.
Pembelajaran:
2.3.2 Melakar reka letak berdasarkan contoh
karya grafik.

2.3.3 Membuat justifikasi reka letak elemen:
 Tajuk
 Visual
 Kandungan teks

2.3.4 Menggunakan fungsi grid dan lajur dalam reka
letak mengikut kesesuaian

2.3.5 Menghasilkan lakaran reka letak
berdasarkan karya grafik yang dicdangkan.

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
Menyatakan kepentingan
1 reka letak dalam penghasilan

karya grafik.
Menghasilkan satu lakaran
2 reka letak berdasarkan con-
toh karya grafik.

Menghasilkan justifikasi reka
letak elemen berdsarkan:
3  Tajuk
 Visual
 Kandungan teks

4 Membuat grid dan lajur dalam
penghasilan reka letak grafik.

Membuat lakaran reka letak

5 berdasarkan karya grafik yang

dicadangkan.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh
Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh

122

KSSM MPV

MODUL Proses Reka Bentuk
02

2.4

Standard Pembelajaran Proses Reka Bentuk Grafik
1. Proses Pengolahan Idea
2.4.1 Menjelaskan proses 2. Perancangan yang strategik dan rapi
2.4.2 pengolahan idea:
i. Kajian lapangan perlu dibuat sebelum proses
ii. Lakaran kecil pembangunan projek rekaan grafik
dimulakan.
(thumbnail) 3. Konsep dan idea yang baik akan
iii. Lakaran kasar menghasilkan reka bentuk yang lebih
iv. Lakaran menarik.
4. Pengolahan idea dapat membantu
komprehensif mencipta sesuatu yang baru dan segar.
5. Pengolahan idea dapat mendorong
Menghasilkan lakaran pereka untuk berfikir dan membuat
grafik menerusi proses keputusan.
pengolahan idea. 6. Kebiasaannya terdapat empat tahap
dalam menghasilkan reka letak.
2.4.3 Membuat justifikasi a. Kajian lapangan
pemilihan idea b. Lakaran kecil (thumbnail)
berdasarkan lakaran c. Lakaran kasar
pengolahan idea. d. Lakaran komprehensif

2.4.4 Menghasilkan reka
bentuk grafik akhir
menerusi proses pen-
golhan idea.

Kajian lapangan
1. Selepas masalah visual dikemukakan, pereka akan mula

membangunkan projek untuk menangani masalah tersebut.
2. Kajian yang sebenar akan bermula sejurus apabila maklumat

berhubung dengan kumpulan sasaran, format, peruntukan dan
tempoh masa (timeline) dikenal pasti.
3. Cadangan ringkas akan disediakan dalam bentuk bertulis atau
slaid persembahan, menerangkan tentang masalah
berdasarkan tujuan komunikasi dan kajian pasaran.
4. Tahap terpenting dalam proses kajian lapangan ialah sumbang
saran bagi mendapatkan konsep dan idea.

123

KSSM MPV
5. Kajian yang efektif kebiasaannya akan dapat menerangkan

permasalahan sebenar dan mencadangkan penyelesaian
masalah.
6. Kajian yang berterusan akan mengurangkan masa mereka
bentuk dan bertindak dengan menumpu kepada isi penting
masalah tersebut
Lakaran kecil (thumbnail)
1. Lakaran awal untuk meneroka pelbagai pilihan idea reka letak.
2. Proses lakaran kecil biasanya dilakukan dengan pantas, spontan
dan bebas bagi menjamin perkembangan idea yang lancar

Rajah 2.51: Lakaran kecil (thumbnail)

124

KSSM MPV
Lakaran kasar
1. Setelah pemilihan dilakukan pada lakaran awal, lakaran kasar

dilukis dengan lebih baik dan jelas.
2. Pada fasa ini, pemilihan tipografi, gambar atau ilustrasi yang

sesuai dapat dikenal pasti.

Rajah 2.51: Lakaran Kasar

Lakaran komprehensif
1. Lakaran komprehensif dibuat berasaskan lakaran kasar dan

dibuat dengan lebih teliti menyerupai reka letak akhir.
2. Hasil lakaran akhir ini akan dipersembahkan kepada pelanggan

untuk membuat keputusan.
3. Dalam proses lakaran komprehensif, tajuk, visual dan

kandungan teks adalah sama seperti yang akan dipaparkan.
Sekiranya tiada teks sebenar pereka boleh menggunakan taip
‘dummy’ sebagai ganti.
4. Tajuk dan kandungan teks menggunakan fon sebenar. Pada
peringkat ini, garisan grid digunakan bagi memastikan semua
elemen disusun dengan tepat.

125

KSSM MPV

Rajah 2.52: Lakaran komprehensif van
Sumber : https://www.freepik.com/

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas simili
2. Pensel, Pensel warna
3. Bahan Media Elektronik

TUGASAN

Murid dikehendaki melaksanakan proses
pengolahan idea bermula dengan kajian
lapangan, lakaran kecil, lakaran kasar dan lakaran
komprehensif.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Buat kajian lapangan untuk menghasilkan sebuah risalah

pengiklanan.
2. Kemudian, buat lakaran kecil untuk risalah yang akan

dihasilkan.
3. Buat satu pilihan daripada lakaran kecil tersebut dan hasilkan

lakaran kasar beserta dengan catatan.
4. Akhir sekali anda dikehendaki menghasilkan lakaran

komprehensif.

126

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Senaraikan 4 langkah pengolahan idea proses reka bentuk
grafik.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..
iv. ……………………………………………..

2. Huraikan apakah yang perlu dilakukan semasa berada dalam
fasa kajian lapangan. .
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
……………………………..………………………………………….. …….

127

KSSM MPV

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 2.4 Proses Reka Bentuk Grafik
Kandungan:
Standard 2.4.1 Menjelaskan proses pengolahan idea:
Pembelajaran: i. Kajian lapangan
ii. Lakaran kecil (thumbnail)
iii. Lakaran kasar
iv. Lakaran komprensif

2.4.2 Menghasilkan lakaran grafik menerusi
proses pengolahan idea.

2.4.3 Membuat justifikasi pemilihan idea
berdasarkan lakaran pengolahan idea.

2.4.4 Menghasilkan reka bentuk grafik akhir
menerusi proses pengolahan idea.

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Belum Catatan
Terampil
Terampil

1 Menyatakan proses
pengolahan idea.

2 Menghasilkan kajian
lapangan.

3 Menghasilkan lakaran kecil
(thumbnail).

4 Menghasilkan lakaran
Komprehensif.

KEPUTUSAN

TARIKH (CAPAI / TIDAK CAPAI)

Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh
Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh

128

KSSM MPV

Nama Murid: KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Tahun:
Kelas 2.0 Asas Rekaan Grafik
2.1 Elemen dan Prinsip Rekaaan Grafik
Modul: 2.2 Teori Warna
Standard 2.3 Asas Reka Letak
Kandungan: 2.4 Proses Reka Bentuk Grafik

Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Ya Belum
Tafsiran
1
2 Menyatakan elemen dan
prinsip rekaan grafik serta
3 proses pengolahan idea
Menjelaskan roda warna dan
4 Sistem Warna Tambahan
5 (Additive) dan Subtraktif
(Subtractive).
6 Menghasilkan lakaran
menerusi proses pengolahan
idea berdasarkan tema
dengan mengaplikasikan
elemen dan prinsip rekaan
karya grafik serta terminologi
warna.
Menilai lakaran berdasarkan
reka letak elemen,
penggunaan dan kesan
mood warna.
Memberi justifikasi pemilihan
lakaran akhir dan skema
warna dalam rekaan karya
grafik secara rasional.

Menghasilkan lakaran akhir
yang kemas dengan
menekankan aspek
kandungan dan nilai estetika
secara beretika, sistematik,
bermakna dan kreatif.

129

KSSM MPV Tahap

Keputusan Tandatangan
& Tarikh
Nama
Guru: Tandatangan
Disahkan & Tarikh
oleh:

130

KSSM MPV

MODUL 03

TIPOGRAFI

3.1 Tipografik dan Grafik
131

KSSM MPV
132

KSSM MPV

MODUL Tipografi dan Grafik
03

3.1

Standard Pembelajaran Definisi tipografi

3.1.1 Menjelaskan maksud 1. Tipografi merupakan teknik dan seni
3.1.2 tipografi. mengatur huruf.

Membezakan jenis 2. Seni mengatur huruf untuk mereka le-
muka taip (typeface): tak sesebuah muka surat dalam bentuk
i. Serif fizikal atau digital menggunakan
ii. Sans Serif gabungan :
iii. Script
iv. Dekoratif (a) Bentuk huruf cetak

3.1.3 Menghasilkan fon ba- (b) saiz fon
haru berdasarkan jenis
muka taip. (c) Ketebalan garis

3.1.4 Membuat justifikasi (d) Garis pandu (line leading)
penggunaan muka taip
dalam karya grafik ber- (e) Jarak aksara
tema.
(f) Ruang huruf
3.1.5 Mencadangkan
penetapan dan 3. Matlamat utama tipografi ialah menga-
penyusunan muka taip tur teks (isi) dalam bentuk yang mudah
dalam menghasilkan dibaca dan menarik dipandang.
karya grafik daripada
aspek: 4. Tipografi juga merujuk kepada
perancangan dan penentuan bentuk
i. Saiz huruf atau tulisan cap (stamp) untuk
ii. Jarak sesuatu kerja percetakan.
iii. Format
5. Tipografi penting kerana kebanyakan
3.1.6 Menghasilkan karya rekaan grafik menggunakan muka taip
tipografi mengikut tema untuk menyampaikan sesuatu
yang dipilih. maklumat. Contohnya poster, ilustrasi,
risalah, iklan, papan tanda dan se-
bagainya.

133

KSSM MPV

Peranan tipografi

1. Tipografi sebagai imej
(a) Dalam media bercetak, khalayak melihat dan membaca
maklumat dari gambar atau imej dan juga pada teks.
(b) Dengan menambahkan teks pada gambar atau imej bagi
sesuatu rekaan, maklumat dapat disampaikan dengan lebih
jelas.

2. Tipografi untuk berkomunikasi
(a) Setiap negara atau bangsa mempunyai tipografi mereka
sendiri.

Rajah 3.0 : Contoh tipografi pelbagai negara atau bangsa

Muka taip

1. Sebuah muka taip selalunya terdiri daripada huruf, angka, simbol
dan sebagainya.

2. Istilah muka taip pada kebiasaannya disamakan dengan fon.
Kedua-dua istilah ini pada hakikatnya adalah sama erti apabila
berbincang tentang tipografi digital.

3. Satu perbezaan antara fon dan muka taip adalah sebuah fon
boleh mewakili satu ahli khas bagi sebuah keluarga taip seperti
roman, tebal (bold), atau taip condong (italic), dalam saiz terten-
tu, manakala muka taip mewakili penampilan visual atau gaya
daripada sebuah set fon yang berkaitan.
134

KSSM MPV

4. Sebagai contoh, muka taip Arial menyertakan fon roman, tebal,
dan condong seperti:
(a) Arial Narrow
(b) Arial Black
(c) Arial Bold
(d) Arial Bold Italic

Jenis-jenis muka taip

Muka taip dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
1. Muka taip serif
2. Muka taip sans serif
3. Muka taip script dan kaligrafi
4. Muka taip dekoratif

Muka taip serif

1. Bahagian hujung yang halus dan melengkung pada atas dan
bawah yang dipanggil serif.

2. Sesuai digunakan untuk majalah, risalah dan sebagainya.
3. Dikenali juga sebagai muka taip klasik.
4. Antara contoh muka taip serif ialah

(a) Century Schoolbook
(b) Times New Roman
(c) Bookman Old Style

Rajah 3.1 : Contoh fon muka taip serif

135

KSSM MPV

Muka taip San Serif

1. Muka taip sans serif tidak mempunyai serif.
2. Corak hurufnya tegak dan melintang.
3. Mudah dibaca.
4. Sesuai digunakan untuk teks, poster dan iklan papan tanda.
5. Antara contoh muka taip san serif yang paling kerap digunakan

ialah
(a) Helvetica
(b) Arial (Monotype)
(c) Franklin Gothic
(d) Optima
(e) Myriad.

Rajah 3.2 : Contoh fon muka taip san serif

Muka taip script

1. Muka taip script ialah berasaskan tulisan tangan dan biasanya
menggunakan mata pen besi yang fleksibel dan mata pen
yang lebar.

2. Huruf muka taip ini bersambung dan paksi huruf adalah con-
dong atau menyerong.
136

KSSM MPV
3. Antara contoh muka taip script yang kerap digunakan ialah:

(a) Lucida Handwriting
(b) Scrap Calligraphy
(c) Ma rketing Script.

Rajah 3.3 : Contoh fon muka taip script dan kaligrafi

Muka taip dekoratif

1. Dihiasi hiasan dan gaya.
2. Digunakan untuk paparan dan tujuan peragaan terutama dalam

bidang pengiklanan.
3. Sesuai digunakan untuk kad ucapan, kad jemputan dan

cenderamata.
4. Contoh muka taip dekoratif ialah Jokerman dan Chiller.

Rajah 3.4 : Beberapa contoh fon muka taip dekoratif

137

KSSM MPV

Pengkelasan muka taip

Muka taip boleh diklasifikasikan berdasarkan rupa dan bentuk. Anta-
ra rupa dan bentuk yang sering digunakan adalah seperti
berikut:
1. Old Style
2. Tradisional
3. Moden
4. Egyptian/Slab Serif
5. San Serif

Muka taip Old Style

1. Muka taip Old Style ialah komponen penting bagi tipografi.
2. Jenis ini dicirikan oleh garisan melengkung yang paksi cenderung

ke kiri, dan sedikit berbeza antara tebal dengan nipis.
3. Tipografi jenis Serif biasa dikaitkan dengan muka taip Old Style ini.
4. Muka taip ini biasa digunakan untuk surat khabar.
5. Terdapat banyak muka taip Old Style yang popular boleh

didapati dalam bentuk digital hari ini. Contoh dalam rajah 3.5

Rajah 3.5 : Contoh fon muka taip Old Style
5. Antara contoh yang paling kerap digunakan, ialah :

(a) Bembo

Rajah 3.6 : Fon Bembo
138

KSSM MPV

(b) ITC Berkeley Old Style

Rajah 3.7 : Fon ITC Berkeley Old Style
(c) ITC Legacy Serif

Rajah 3.8 : Fon ITC Legacy Serif
(d) Monotype Garamond

Rajah 3.9 : Fon Monotype Garamond

Muka taip tradisional

1. Muka taip ini dipanggil tradisional, kerana muka taip ini mewakili
peralihan awal dari era ‘Old Style’ ke era moden.

2. Jenis muka taip ini ialah gabungan dari muka taip Old Style
dengan Moden.

3. Ciri-ciri muka taip tradisional ialah perbezaan yang lebih besar
antara garisan tebal dengan nipis.

4. Paksi axis bagi muka taip ini ialah menegak dan ditunjukkan sep-
erti dalam rajah di bawah.

139

KSSM MPV
5. Antara contoh muka taip tradisional ialah :
(a) Baskerville
(b) Georgia
(c) Times New Roman.

Rajah 3.10 : Contoh fon muka taip tradisional
140


Click to View FlipBook Version