The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by doraemon_1204, 2021-01-26 00:34:51

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

Modul Pembelajaran KSSM MPV RGD TINGKATAN 4

KSSM MPV

Standard Pembelajaran Komposisi Kreatif dalam Fotografi

4.1.5 Menilai penggunaan Ada banyak perkara yang perlu
komposisi rule of thirds dipertimbangkan dalam seni fotografi,
dalam imej fotografi. antaranya komposisi. Berikut adalah
berkaitan dengan komposisi:
4.1.6 Mempertimbangkan i. Menegaskan lagi impak komunikasi
keperluan
penyuntingan imej visual yang hendak disampaikan.
fotografi: ii. Menentukan subject matter yang
i) Saiz imej
ii) Kecerahan hendak ditonjolkan dan kaitannya.
iii) Warna dengan latar.
iii. Menentukan mud dan mesej yang
4.1.7 Menghasilkan karya hendak disampaikan.
fotografi: iv. Komposisi imej digital/ foto boleh
i) Editorial dibaiki atau diubah dengan teknik
ii) Kreatif cropping dalam perisian aplikasi
iii) Komersial grafik-photo retouching atau
pengimbas.

Teknik komposisi kreatif dapat merakam
imej yang menarik melalui kamera.
Terdapat banyak contoh teknik komposisi
yang boleh dipelajari seperti:
i. Peraturan ketiga (rule of thirds)
ii. Sudut pandangan (point of view)
iii. Imbangan (balance)
iv. Kedalaman (depth)
v. Garisan membawa (leading lines)
vi. Pemangkasan dan pembingkaian

(cropping and framing)

191

KSSM MPV

a. Komposisi Rule of Thirds
‘Rule Of Thirds’ atau aturan sepertiga adalah sebuah teknik
komposisi yang membahagikan kawasan foto menjadi tiga
bahagian, baik secara menegak mahupun mendatar.
Unsur-unsur penting dalam kawasan foto hendaklah diletakkan
di sepanjang garis itu atau pada titik di mana garis itu bertemu.
Lihat ilustrasi seperti dalam rajah berikut:

Rajah 4.1.10: Komposisi rule of thirds
192

KSSM MPV

Penyuntingan Imej Fotografi

Penyuntingan imej bagi fotografi digital merupakan proses pasca
produksi iaitu selepas sesuatu imej dirakam. Penyuntingan boleh
dilakukan di dalam kamera atau menggunakan perisian tertentu,
misalnya Adobe Photoshop, Adobe Lightroom, dan aplikasi
percuma seperti Gimp. Berikut adalah tiga jenis penyuntingan yang
biasa dilakukan pada foto:
a. Saiz imej

Saiz imej adalah bergantung kepada tujuan penggunaannya.
Contohnya penggunaan untuk muat naik di atas talian atau
laman web perlulah menggunakan saiz yang bersesuaian. Ini
kerana saiz imej yang besar di laman web akan menyebabkan
masa yang lama untuk membolehkannya dipaparkan dengan
sempurna. Sekiranya imej ini untuk percetakan ia perlu
mengambil kira saiz cetakan sebenar.

Jadual 4.1.6: Dimensi dan saiz imej

193

KSSM MPV

i. Kecerahan dan kontras (brightness and contrast)
Kecerahan dan kontras adalah suntingan yang biasa
digunakan ke atas imej digital. Terdapat pelbagai
kaedah untuk menyunting kecerahan dan kontras sama
ada dengan cara yang ringkas ataupun dengan kaedah
yang lebih kompleks. Biasanya dilakukan dengan
menggunakan perisian penyuntingan grafik.

ii. Warna
Penyuntingan warna melibatkan pelarasan warna untuk
mendapatkan warna yang tepat. Merupakan bahagian
yang penting kerana kamera tidak selalunya berjaya
menangkap rona (hue) yang sama seperti imej sebenar.
Sebagai contoh, sekiranya langit kelihatan keungguan,
anda perlu melakukan sedikit pelarasan untuk
menjadikannya kelihatan semula jadi.

Penyuntingan dapat menyerlahkan lagi warna, penepuan
(saturation) dan kontras sesebuah imej. Anda boleh
menambahkan rona biru untuk menjadikan imej kelihatan
sejuk, atau kuning dan oren untuk kelihatan panas.

Karya Fotografi

Karya fotografi boleh didapati dalam pelbagai genre fotografi.
Kebanyakkan jurufoto menghasilkan karya fotografi berdasarkan
minat, kepakaran, dan bidang kerjaya masing-masing. Berikut
adalah contoh karya fotografi:

a. Fotografi Editorial
Fotografi editorial merupakan salah satu cabang fotografi
yang merujuk kepada gambar yang diambil untuk digunakan
di dalam majalah, penerbitan, buku teks, dan surat khabar.
Biasanya foto tersebut disusuli dengan artikel atau caption
yang berkaitan bagi menerangkan penerbitan tersebut.
Foto editorial bertujuan untuk menggambarkan cerita, artikel,
teks atau idea yang ingin disampaikan mengikut konteks
majalah atau sebagai nilai tambah untuk menjadikan
penerbitan lebih menarik secara visual.

194

KSSM MPV

Terdapat pelbagai genre fotografi editorial seperti jurnal foto,
fesyen, potret, sukan, landskap dan sebagainya.

Rajah 4.1.12: Contoh fotografi editorial pada kulit majalah

Rajah 4.1.13: Contoh fotografi editorial susun atur majalah
195

KSSM MPV

b. Fotografi Kreatif
Fotografi kreatif merupakan bidang seni halus dalam fotografi.
Tiada peraturan khusus dalam fotografi jenis ini. Ianya adalah
bertujuan untuk memaparkan nilai estetik. Fotografi kreatif
digunakan sebagai medium untuk jurufoto menyampaikan
gaya atau inovasi teknik fotografi mereka yang tersendiri.
Elemen tambahan yang digunakan untuk menambah baik
foto daripada keadaan asal. Foto yang dihasilkan mempunyai
interpretasi yang tersendiri kepada khalayak.

Rajah 4.1.14: Contoh fotografi kreatif

c. Fotografi Komersial
Fotografi komersial dihasilkan untuk tujuan komersial seperti
pengiklanan sesebuah produk, fesyen, dan perkhidmatan
dalam media cetak atau digital.
Berikut adalah beberapa contoh jenis fotografi komersial:

196

KSSM MPV

i. Fotografi arkitek dan rekaan dalaman bagi menunjukkan
gambar bahagian struktur, dalaman rumah, bangunan,
restoran, dan sebahagian ruangan. Jurukamera akan
menggunakan kesan pencahayaan dan kreativiti dalam
mengabadikan keunikan rekaan dalaman sesebuah
ruangan bagi tujuan promosi dan pengiklanan.

Rajah 4.1.14: Contoh fotografi arkitek

ii. Fotografi Persekitaran (Environmental Potraits) bagi
menunjukkan suasana persekitaran harmoni dan menarik
dalam pekerjaan, perkhidmatan, rekreasi dan lain-lain.
Sebagai contoh di pusat jagaan kucing, rakaman gambar
dibuat ketika pekerja sedang mengurus dan memberi
makan kucing yang dijaga.

197

KSSM MPV

Rajah 4.1.15: Contoh fotografi persekitaran

iii. Fotografi Makanan (Food Photography) bagi mempromosi
menu dalam bidang kulinari, majalah dan buku resepi.
Rakaman boleh difokus pada makanan dan jurugambar
boleh memasukkan kesan cahaya serta latarbelakang
yang menarik. Fotografi makanan juga dapat
menonjolkan alam benda secara semulajadi.

Rajah 4.1.16: Contoh fotografi makanan
198

KSSM MPV

iv. Fotografi Produk (Photography Products) boleh difokuskan
pada rekabentuk produk seperti fungsi iPhone atau bermain
game menggunakan wifi. Fotografi jenis ini dapat
menonjolkan kelebihan produk kepada pengguna secara
terperinci di mana pengiklanannya boleh menarik minat
pengguna untuk membeli dan menggunakannya.

Rajah 4.1.17: Contoh fotografi produk

v. Fotografi Fesyen (Fashion Photography) adalah jenis
fotografi bagi memaparkan pengiklanan bagi fesyen terkini
dalam majalah. Ia adalah dalam lingkungan stail dan
teknik dalam fotografi komersial fesyen dari katalog
fotograf yang mana memaparkan fesyen baju terkini
kepada rakaman yang diubahsuai kepada cara pakaian
yang unik dan dinamik.

Rajah 4.1.18: Contoh fotografi fesyen
199

KSSM MPV

Tips Menghasilkan Karya Fotografi Mengikut Tema

a. Potret
i. Imej manusia atau wajah manusia dari jarak dekat.
ii. Menampakkan ekspresi dan mimik muka yang nyata.
iii. Menggunakan aperture yang rendah (f/5.6) atau
menggunakan.
iv. Mode /simbol potret pada butang kawalan kamera.
v. Gambar potret yang baik seharusnya menonjolkan
personaliti subjek.
vi. subjek bagi gambar potret ialah seperti potret (muka),
subjek dan persekitaran, gambar kandid, dan kanak-
kanak.
vii. lensa telefoto adalah sesuai, manakala lensa wide angle
pula untuk potret yang mempunyai suasana persekitaran.
viii. Pastikan keadaan latar belakang tidak mendominasi
gambar muka.

Rajah 4.1.19: Gambar potret

b. Makro
i. Membolehkan rakaman benda alam atau objek dari
jarak yang sangat dekat (close up)
ii. Menggunakan mod/simbol bunga pada butang kawalan
kamera.
iii. Boleh menggunakan lensa makro, atau menggunakan
aperture yang paling rendah.

200

KSSM MPV

iv. Pencahayaan tanpa flash adalah lebih baik, tetapi perlu
menggunakan tripod untuk menggelakkannya gambar
menjadi kabur, kerana menggunakan shutter speed yang
rendah.

v. Subjek yang sesuai ialah flora, unggas dan alam benda.

Rajah 4.1.20: Gambar makro

c. Silhouette
i. Melebihkan pendedahan kepada cahaya latar agar rupa
bentuk subjek kelihatan legap (kehitaman).
ii. Fotografi ini bertujuan untuk memberi kesan yang dramatik,
misteri, dan emosi pada foto.

Rajah 4.1.21: Gambar silhouette

d. Alam
i. Imej foto yang mempunyai sudut pandangan yang luas.
ii. Mempunyai medan fokus yang luas.
iii. Ditentukan secara auto melalui mod/butang kawalan
kamera atau secara manual dengan mengawal bukaan
aperture yang lebih kecil (f16 ke atas).

201

KSSM MPV

iv. Penggunaan lensa wide angle atau telefoto juga boleh
merakam foto lanskap.

v. Waktu pagi atau petang adalah sesuai kerana sudut
cahaya matahari ketika ini menonjolkan kesan warna dan
tekstur yang lebih baik dan dramatik pada subjek.

vi. Perhatian perlu diberi pada aspek komposisi dan
viewpoint.

Rajah 4.1.22: Gambar alam

e. Binaan
i. Dua cara mengambil gambar binaan
 Menggunakan lensa wide angle untuk merakam
keseluruhan bangunan
 Menggunakan lensa telefoto untuk merakamkan
sebahagian/
 sudut bangunan yang tertentu sahaja.
ii. Perhatian perlu diberikan pada komposisi sudut pilihan
dan viewpoint

202

KSSM MPV

iii. Waktu yang sesuai dan kualiti cahaya akan memberi
impak yang dramatik pada bangunan.

Rajah 4.1.23: Gambar binaan
203

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Kamera DSLR
2. Aksesori kamera
3. PC dan lcd projector
4. Bahan Media Elektronik

TUGASAN

Murid menghasilkan portfolio karya fotografi
dengan mengaplikasikan asas fotografi dan rule
of thirds dengan tema potret, makro, silhuet, alam
(nature) dan binaan.

LANGKAH KERJA (TUGASAN ) kamera bagi
1. Guru membuat demonstrasi tetapan

menghasilkan foto mengikut tema tertentu.

2. Murid menjalankan amali menggunakan kamera dslr bagi
memahirkan diri membuat tetapan mengikut tema fotografi
yang ingin dihasilkan.

3. Murid menjalankan kerja lapangan untuk melengkapkan
portfolio karya fotografi masing-masing.

204

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 4.1 Fotografi Digital
Kandungan:
4.1.8 Menilai penggunaan komposisi rule of thirds dalam imej
Standard fotografi.
Pembelajaran:
4.1.6 Mempertimbangkan keperluan penyuntingan imej
fotografi:
i. Saiz imej
ii. Kecerahan
iii. Warna

4.1.7 Menghasilkan karya fotografi:
i. Editorial
ii. Kreatif
iii. Komersial

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menghasilkan foto yang
mengaplikasikan prinsip
komposisi rule of thirds.

2 Menyunting imej dari aspek:
i. Saiz imej
ii. Kecerahan
iii. Warna

205

KSSM MPV

KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 4.0 Reka Bentuk Grafik Digital
4.1 Fotografi Digital
Standard
Kandungan:

Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Ya Belum
Tafsiran
1
2 Mengenal pasti fitur dan fungsi
kamera digital.
3 Menerangkan exposure triangle
(ISO, shutter speed, aperture),
4 pencahayaan dan medan fokus
(depth of field).
5 Menghasilkan imej fotografi
dengan mengaplikasikan
pengetahuan exposure
triangle (ISO, shutter speed,
aperture), pencahayaan dan
medan fokus (depth of field).

Membuat analisis kesesuaian
penggunaan exposure trian-
gle (ISO, shutter speed, aper-
ture), pencahayaan dan me-
dan fokus (depth of field) dan
komposisi rule of thirds dalam
karya fotografi.

Menilai karya fotografi
dengan membuat justifikasi
keperluan penyuntingan imej
fotografi dalam penghasilan
karya fotografi secara
rasional.

206

KSSM MPV

Tahap Standard Prestasi Terampil
Penguasaan Tafsiran Ya Belum

Membina portfolio atau
e-portfolio karya fotografi
editorial, kreatif dan komersial
6 dengan menekankan aspek
kandungan dan nilai estetika
secara beretika, sistematik,
bermakna dan kreatif.

Keputusan Tahap

Nama Tandatangan
Guru: & Tarikh

Disahkan Tandatangan
oleh: & Tarikh

207

KSSM MPV

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
3 Menghasilkan karya
fotografi:
i. Editorial
ii. Kreatif
iii. Komersial
Berdasarkan tema potret,
makro, silhuet, alam dan binaan

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

208

KSSM MPV

MODUL Manipulasi Imej Digital
04

4.2

Standard Pembelajaran MANIPULASI IMEJ DIGITAL
a. Pengenalan

4.2.1 Menjelaskan keperluan Kebanyakan hasil karya perlu disunting,
pengubahsuaian mod dimanipulasi, ditukar format dan warna
warna, saiz dan resolusi serta sebagainya. Imej asal yang di-
imej asal dalam peroleh daripada pengimbas dan ka-
perisisan grafik mera digital biasanya perlu diubah atau

dipinda bagi membolehkan hasil karya

digunakan dalam pembangunan projek

multimedia atau rekaan grafik yang lain.

Manipulasi imej adalah satu perubahan

yang dilakukan pada imej sama ada membuang,

menambah atau merubah imej tersebut menjadi satu imej yang

baru. Ianya juga boleh dikenali sebagai gubahan imej (compose).

i. Keperluan manipulasi imej
Keperluan manipulasi imej dalam penyediaan bahan grafik
adalah untuk:
 Menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
 Menghasilkan karya yang lebih menarik dan kreatif.
 Memangkas imej yang tidak diperlukan.

ii. Faedah manipulasi imej
Imej yang dimanipulasi akan memberikan faedah sama
ada kepada perekanya mahupun produk grafik digital
yang dihasilkan. Antaranya:
 Menghasilkan produk grafik yang lebih menarik.
 Penyebaran mesej pada produk grafik yang lebih
berkesan.
 Meningkatkan nilai pada satu-satu produk grafik yang
dihasilkan.
 Digunakan pada imej fotografi.

209

KSSM MPV

b. Manipulasi Imej Digital
Manipulasi imej digital ialah satu seni mengubah suai imej
untuk tujuan yang pelbagai. Manipulasi imej digital
menggunakan pelbagai teknik dalam perisian penyuntingan
foto. Manipulasi imej biasanya dilakukan bagi menghasilkan
imej yang lebih baik untuk tujuan yang berfaedah.

Antara keperluan dalam manipulasi imej iaitu, pengerathaun
asas menyunting imej dan pemilihan perisian. Contoh perisian
yang boleh digunakan untuk memanipulasi imej ialah:
i. Perisian berdaftar seperti Adobe Photoshop, dan Corel

Draw.
ii. Perisian sumber terbuka seperti Krita dan Inkscape.

Keperluan Pengubahsuaian Mod Warna, Saiz dan Resolusi Imej
a. Mod Warna

Dalam keperluan pengubahsuaian manipulasi imej digital
pengetahuan tentang mod warna adalah salah satu elemen
yang penting. Contoh mod warna adalah seperti berikut:

Mod Warna Kegunaan

Red, Green, Blue (RGB) tetapan bagi paparan skrin

Cyan, Ungu, Kuning, Hitam tetapan bagi cetakan
(CMYK)

Grayscale/ Monochrome paparan dan cetakan hitam dan
putih.

Jadual 4.2.1: Mod warna dan kegunaannya

b. Saiz Imej
Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh faktor seperti warna, resolusi
dan dimensi imej. Lebih tinggi resolusi dan dimensi maka lebih
banyak piksel yang digunakan untuk membentuk imej. Ini
menyebabkan saiz imej menjadi besar.

210

KSSM MPV

c. Resolusi Imej
Resolusi imej adalah bilangan piksel yang terdapat dalam imej.
Contohnya, resolusi 72 dpi (dot per inch) sesuai digunakan
sekiranya anda ingin memaparkan imej pada skrin monitor.
Manakala resolusi 300 dpi sesuai digunakan bagi kerja
percetakan seperti bunting, banner, backdrop dan poster
kerana saiz karyanya yang lebih besar.

Rajah 4.2.1: Contoh cetakan banner
Mod Warna: CMYK

Rajah 4.2.2: Contoh banner paparan skrin
Mod warna: RGB

Perbandingan hasil cetakan imej yang menggunakan resolusi yang berbeza

Rajah 4.2.3: Perbandingan resolusi hasil cetakan imej
211

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian penyuntingan grafik
2. Sumber internet
3. Fail Sumber “Grafik”

TUGASAN

Murid menghasilkan dan membincangkan dua imej
yang mempunyai mod warna, saiz dan resolusi imej
yang berbeza.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 1 )
1. Murid membuka perisian penyuntingan grafik.
2. Murid membuka fail imej (jpeg) dari fail sumber “GRAFIK”.
3. Murid mencatat mod warna, saiz dan resolusi imej tersebut.
4. Murid mengubah suai tetapan mod warna (Grayscale).
5. Murid menyimpan imej.
6. Murid mencetak fail imej berwarna dan fail imej grayscale.

LANGKAH KERJA (TUGASAN 2)
1. Murid membuka perisian penyuntingan grafik.
2. Murid membuka fail imej (jpeg) dari fail sumber “GRAFIK”.
3. Murid mencatat mod warna, saiz dan resolusi imej tersebut.
4. Murid mengubah suai tetapan resolusi (72 dpi.)
5. Murid menyimpan imej.
6. Murid mencetak fail imej.

212

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Nyatakan keperluan suntingan imej dalam penyediaan bahan
grafik:

i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
iv. _________________________________________________________
v. _________________________________________________________
2. Lengkapkan setting kanvas di bawah dengan maklumat yang

diberikan.

Lebar imej : 800 piksel
Tinggi imej : 200 piksel
Resolusi : 72 ppi
Mod warna: Grayscale Color

3. Berdasarkan perbincangan hasil Tugasan 1 dan Tugasan 2,
bentangkan
 perkaitan di antara mod warna dengan saiz fail.
 perkaitan di antara resolusi dengan hasil cetakan.

213

KSSM MPV

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 4.2 Manipulasi Imej Digital
Kandungan:
4.2.1 Menjelaskan keperluan pengubahsuaian mod warna, saiz
Standard dan resolusi imej asal dalam perisian grafik.
Pembelajaran:

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

1 Menyatakan keperluan suntingan
imej dalam penyediaan bahan
grafik.

2 Menetapkan setting ruang kerja
(workspace).

3 Membandingkan hasil tetapan
pengubahsuaian mod warna, saiz
dan resolusi imej yang berbeza.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh

Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh

214

KSSM MPV

Standard Pembelajaran

4.2.2 Menerangkan fungsi
4.2.3 alat dan fitur asas
dalam perisian
penyuntingan grafik Fungsi Alat dan Fitur Asas dalam

Menyunting imej Perisian Penyuntingan Grafik
dengan menggunakan
alat dan fitur pangkas Dalam menjalankan proses
(crop) dan pilihan
(selection) mengikut
kesesuaian

4.2.4 Membuat salinan imej penyuntingan imej, berikut adalah
dengan menggunakan
alat dan fitur yang beberapa alat dan fitur asas dalam
sesuai
perisian penyuntingan grafik:

Alat dan fitur Fungsi
Selection tool
Mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan
Move saja) ke lokasi lain.
Crop and Slice tool

Crop Memangkas bentuk segiempat tepat dan segiem-
pat sama mengikut kehendak.

Measuring tool Untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari
Eyedropper sesuatu imej.

Retouching tool Untuk memperkemaskan imej secara menyalin
sebahagian imej.
Clone Stamp
Eraser Untuk memadamkan bahagian imej yang tidak
dikehendaki.
Blur Mengurangkan kontras di antara piksel dan amat
berguna untuk memperkemaskan pinggir bergerigi
dan melembutkan tepi antara dua bentuk.

215

KSSM MPV

Alat dan fitur Fungsi
Painting tool

Untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan.

Brush

Paint Bucket Membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu
kawasan yang mempunyai tolerance yang sama.
Drawing and type
tool Untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan
yang sempurna.

Pen

Horizontal Type Untuk menghasilkan teks melintang dari kiri ke
kanan.

Penyuntingan Imej

a. Fitur pangkas (crop)
i. Menggunakan alat dan fitur Crop.

- Binakan suatu kawasan pilihan seperti di atas dengan
menggunakan alat dan fitur crop, kemudian tekan
enter.

216

KSSM MPV

- Hasilkan imej setelah melakukan proses penyuntingan
menggunakan alat dan fitur crop.

b. Fitur pilihan (selection)
i. Menggunakan alat dan fitur selection: move tool
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan
pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan fitur move.

kawasan

- Binakan suatu kawasan pilihan (kawasan a) dengan
menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian
letakkan kursor di dalam kawasan pilihan.

217

KSSM MPV

- Klik dan seret untuk mengalihkan kawasan pilihan tadi
(kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan
dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan
terapung adalah berguna dan penting. Ketika
kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan
terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa
menggantikan kawasan pilihan b.

c. Fitur Salinan Imej (Copy dan Paste)

i. File > open > imej strawberi.jpg

218

KSSM MPV

ii. File > open > imej orange.png > edit > copy
iii. Edit > paste

219

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisan manipulasi imej digital
2. Sumber Internet
3. Folder “GRAFIK”

TUGASAN
Murid meneroka antara muka perisian penyuntingan
grafik serta penggunaan alat dan fitur.
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid membuka perisian manipulasi imej digital
2. Murid mengenal pasti antara muka perisian.
3. Murid mencari dan menyimpan imej pada folder “GRAFIK”.
4. Murid membuka imej yang disimpan.
5. Murid menggunakan setiap alat dan fitur asas pada imej yang
dibuka untuk mengetahui fungsinya.

220

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Pilih beberapa imej objek dan imej latar belakang bertemakan
‘Laut”.

2. Gunakan alat dan fitur pangkas (crop) dan pilihan (selection)
pada imej objek.

3. Hasilkan salinan imej objek tersebut ke imej latar belakang
menggunakan alat dan fitur yang sesuai.

4. Simpan hasil kerja anda sebagai laut.jpeg.

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 4.2 Manipulasi Imej Digital
Kandungan:
4.2.2 Menerangkan fungsi alat dan fitur asas dalam
Standard 4.2.3 perisian penyuntingan grafik .
Pembelajaran: Menyunting imej dengan menggunakan alat dan fitur
4.2.4 pangkas (crop) dan pilihan (selection) mengikut
kesesuaian.
Membuat salinan imej dengan menggunakan alat
dan fitur yang sesuai.

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

1 Menggunakan alat dan fitur asas
dan perisian penyuntingan grafik.

2 Menggunakan alat pangkas
(crop) untuk memangkas imej.

3 Menggunakan alat dan fitur pili-
han (selection) untuk memilih ka-
wasan imej.

221

KSSM MPV

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

4 Membuat Salinan imej yang dipilih
ke imej yang lain.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

222

KSSM MPV

Standard Pembelajaran Fitur Transformasi (Transform)
Fitur transformasi berfungsi untuk mengu-
4.2.5 Membandingkan hasil bah saiz, memutar, dan melengkung
4.2.6 penggunaan fitur sesuatu objek di atas paparan kerja atau
4.2.7 transformasi ke atas diatas objek lain. Antara fitur transformasi
imej. seperti skala (scale), putaran (rotate),
4.2.8 skew, pemiutan (distort), perspektif
Menyisip dan (perspective),warp dan selakan (flip),
menyunting teks
mengikut
kesesuaian.

Menyunting warna imej
dan teks dengan
menggunakan fitur
kecerahan/kontra dan
variasi warna yang
sesuai.

Mencadangkan kesan
khas imej dan teks
dengan
mengaplikasikan fitur
Filter dan Blending.

Rajah 4.2.5: Contoh fitur transformasi dalam
perisian penyuntingan

Imej Asal Scale
223

KSSM MPV

Rotate Skew

Distort Perspective

Menyisip dan Menyunting Teks

a. Menyisip teks

i. File > new, untuk membuka kanvas baru
ii. Klik text tool > taipkan perkataan “REKA BENTUK”

224

KSSM MPV

iii. Highlight teks yang telah ditaip

iv. Pilih jenis text yang ingin diubah. Contoh seperti daripada
Arial kepada Bunch Blossom Personal Use.

225

KSSM MPV

vii. Hasil akhir penyuntingan teks.

Menyunting warna imej dan teks

a. Fitur kecerahan/kontra

i. File > open > imej train.jpg
ii. Klik teks tool > taipkan perkataan “My home town“

226

KSSM MPV

iii. Ubah suai warna teks mengikut kesesuaian.
iv. Klik image > adjustment > Brightness/Contrast

v. Masukkan nilai Brightness/Contrast mengikut kecerahan yang
dikehendaki

227

KSSM MPV

vi. Hasil akhir setelah dibuat ubah suai pada
kecerahan dan kontra serta perubahan pada
warna teks.

b. Fitur variasi warna
i. Variasi warna merupakan olahan pengubahsuaian
kesan warna Hue/Saturation atau keseimbangan
warna (Colour Balance) dan Shadow/Highlight.
Contoh olahan variasi warna:

1

Imej asal

Olahan variasi
warna

2 menngunakan
Hue/Saturation

228

KSSM MPV
3

Ubahsuai warna
mengikut
Kesesuaian

Hue/Saturation
dan Lightness

4

Hasil akhir variasi
warna dengan
menggunakan

fitur Hue/
Saturation

Kesan khas imej dan teks

a. Kesan khas (effect): Fitur Filter > render

i. File > open > imej pantai.jpg
ii. Klik teks tool > taipkan perkataan “Pantai Tanjung Gemuk“

229

KSSM MPV

iii. Pilihan kesan khas: fitur filter yang boleh dibuat ke atas
imej.

iv. Klik fitur filter > render > Lens Flare.
v. Menetapkan kedudukan cahaya mengikut kesesuaian

contoh seperti dalam rajah.

230

KSSM MPV

b. Kesan khas (effect): Fitur Filter > stylize

i. File > open > imej pantai.jpg
ii. Klik teks tool > taipkan perkataan “ Pantai Tanjung Gemuk .“

iii. Klik filter > stylize > oil paint

231

KSSM MPV

iv. Ubah suai nilai stylization, cleanliness dan bristle detail.
Contoh seperti di atas.

v. Kemudian klik ok

vi. Hasil akhir setelah dibuat pengubahsuaian pada kesan
khas imej .

232

KSSM MPV

c. Kesan khas teks menggunakan fitur blending

i. File > open > imej pantai.jpg
ii. Klik teks tool dan taipkan perkataan “ Pantai Tanjung

Gemuk “

iii. Klik layer > layer style > blending option.
iv. Pilih stroke.

233

KSSM MPV

v. Membuat penetapan pada nilai stroke. Contoh nilai
adalah 3.

vi. Kemudian membuat pilihan warna untuk stroke.

vii. Hasil akhir setelah dibuat pengubahsuaian pada teks.

234

KSSM MPV

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian penyuntingan grafik
2. Sumber Internet
3. Fail Sumber “GRAFIK”

TUGASAN 1

Murid meneroka menu Transform yang terdapat dalam
perisian penyuntingan grafik.

LANGKAH KERJA
1. Murid membuka perisian penyuntingan grafik.
2. Murid membuka fail imej (jpeg) dari fail sumber “GRAFIK”.
3. Murid menggunakan setiap fitur transform yang terdapat pada

perisian.

BAHAN DAN PERALATAN
Perisian penyuntingan grafik
Sumber Internet
Fail Sumber “GRAFIK”
Imej (jpeg)

TUGASAN 2
Murid meneroka fitur Filter pada imej.

LANGKAH KERJA
1. Murid membuka perisian penyuntingan grafik.
2. Murid membuka fail imej (jpeg)dari fail sumber “GRAFIK”.
3. Murid menggunakan setiap fitur Filter yang terdapat pada

perisian.

235

KSSM MPV

LATIHAN/PENILAIAN

1. Nyatakan fitur yang terdapat pada menu Transform:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 4.2 Manipulasi Imej Digital
Kandungan:
4.2.5 Membandingkan hasil penggunaan fitur transformasi ke
Standard atas imej.
Pembelajaran: 4.2.6 Menyisip dan menyunting teks mengikut kesesuaian.
4.2.7 Menyunting warna imej dan teks dengan menggunakan
fitur kecerahan/ kontra dan variasi warna yang sesuai.
4.2.8 Mencadangkan kesan khas imej dan teks dengan
mengaplikasikan fitur Filter dan Blending.

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

1 Mengubah bentuk objek

menggunakan fitur Transform.

2 Menggunakan Text Tool untuk
menaip perkataan di dalam
perisian penyuntingan grafik.

3 Menghasilkan imej dan teks yang
telah diubah warna dengan
menggunakan fitur kecerahan /
kontra dan variasi warna yang
sesuai.

236

KSSM MPV

Pencapaian

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil

4 Meletakkan kesan khas imej dan
teks dengan mengaplikasikan fitur
Filter dan Blending.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh

Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh

237

KSSM MPV

Standard Pembelajaran

4.2.9 Menghasilkan karya Teknik Manipulasi Imej
grafik berdasarkan
teknik manipulasi imej: Teknik manipulasi imej digunakan oleh
i. Photomerge pereka grafik untuk menghasilkan karya
ii. Photocollage seni yang kreatif dan menarik. Apabila
iii. Superimpose anda memahami fokus utama dalam
teknik manipulasi imej, anda boleh
mencipta sebuah karya menarik
mengikut imaginasi anda.

Dalam menghasilkan karya manipulasi imej, terdapat beberapa
teknik manipulasi imej. Antaranya ialah:
i. Photomerge
ii. Photocollage
iii. Superimpose

a. Photomerge
Teknik photomerge adalah gabungan beberapa gambar
menjadi satu imej yang sempurna dengan cara memotong,
menampal, dan menggabungkan beberapa imej fotografi
menjadi satu hasil imej yang baru. Sebagai contoh, anda boleh
mengambil tiga foto pemandangan dan kemudian
menggabungkannya menjadi satu panorama yang menarik.
Penghasilan karya grafik digital yang menggunakan teknik ini
boleh dilakukan dalam keadaan melintang dan menegak.

Rajah 4.2.9.1: Contoh foto panorama yang menggunakan teknik photomerge
238

KSSM MPV

+

Foto 1 Foto 2

Photomerge

Rajah 4.2.9.2: Contoh Imej Menggunakan Teknik Manipulasi Photomerge

b. Photocollage
Teknik photocollage dilakukan dengan menggunakan kaedah
potong dan tampal dengan memilih dua atau lebih gambar
dan diharmonikan dalam pelbagai saiz, corak, susunan atau-
pun kesan grafik menjadi satu hasil
gubahan imej yang menarik.

Pada asalnya, photocollage dilakukan dengan memotong
kepingan - kepingan gambar dengan baik dan menampalnya
pada satu permukaan untuk menjadikannya sebagai hasil kar-
ya seni fotografi.

Namun demikian, perkembangan teknologi digital membole-
hkan teknik ini menghasilkan karya grafik digital yang menarik
dan realistik.

239

KSSM MPV

Rajah 4.2.9.3: Contoh Imej Menggunakan Teknik Manipulasi
Photocollage

Rajah 4.2.9.4: Contoh imej Photocollage
240


Click to View FlipBook Version