MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M50Kerjaya baharu untuk memangkinkan ekonomi negara ini sudah tentu perlu sealiran dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dalam hal ini, Revolusi Industri menyaksikan perubahan corak kerjaya yang sebelum ini banyak bergantung kepada kepintaran dan kebolehan manusia. Pada masa ini, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang berpaksikan mesin, robotik, komputer dan seumpamanya mula mendominasi dunia. Perkembangan pekerjaan menjadi terlalu pantas. Oleh itu, antara kerjaya baharu yang boleh muncul ialah:1 Pengurus Teknologi AI Menghasilkan program komputer dan mesin untuk tugas-tugas khas dalam bidang industri dan perniagaan runcit (mesin menyusun barangan / pengiraan stok)Membangunkan sistem pertahanan yang canggih dengan mengurangkan peranan manusia seterusnya mengelakkan kehilangan nyawa (tentera robot / drone tanpa pemandu).Mencipta robot yang boleh menjalankan tugas-tugas yang sukar di kawasan berisiko tinggi seperti dalam lautan, puncak menara dan seumpamanya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M51AKTIVITI 1 & 2: BINA AYAT TUNGGAL (RUJUK CARA PERMAINAN)CADANGAN KATA GANDA:NO KATA GANDA MAKSUD1 agar-agar ⚫ sejenis kuih⚫ nama sejenis lumut laut2 anai-anai ⚫ sejenis serangga seperti semut, putih warnanya, membuat sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu)3 kira-kira ⚫ lebih kurang, perhitungan, agaknya, fikiran4 sia-sia ⚫ tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia⚫ kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dengan sembarangan sahaja5 masing-masing ⚫ sendiri-sendiri, tiap-tiap orang6 dayang-dayang ⚫ gadis-gadis pelayan di istana7 kanak-kanak ⚫ budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun)8 diam-diam ⚫ dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit9 bayang-bayang ⚫ tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda⚫ lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar⚫ gambar pada cermin (air dll)⚫ rupa yang tidak jelas dalam gelap⚫ gambaran dalam fikiran, khayal10 bebola ⚫ sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola11 kekunci ⚫ butang yang mewakili abjad dan nombor-nombor yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer12 pepejal ⚫ benda yang mempunyai bentuk yang tidak berubah-ubah, benda padat13 tetamu ⚫ orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu14 jejantas ⚫ jambatan (di atas jalan raya) untuk pejalan kaki melintas jalan15 lelangit ⚫ kain / papan yang dipasang di bawah atas, kain bahagian atas kelambu, bahagian sebelah atas rongga16 sesungut ⚫ alat perasa yang menyerupai rambut dan terdapat pada beberapa jenis serangga dll17 tetangga ⚫ orang yang tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang setangga, jiran18 dedaun ⚫ pelbagai jenis daun, bak daun19 batu-batan ⚫ berbagai-bagai jenis batu⚫ batu karang20 bengkang-bengkok ⚫ tidak lurus, berkelok-kelok, berliku-liku21 remeh-temeh ⚫ tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga22 karut-marut ⚫ sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala23 hiruk-piruk ⚫ keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara24 kusut-masai ⚫ sangat kusut, mangsai25 gilang-gemilang ⚫ bercahaya terang, terang sungguh26 desas-desus ⚫ suara orang berbisik-bisik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M52⚫ khabar angin27 lalu-lalang ⚫ banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari⚫ mencurah-curah keluar (kata-kata dasar dll)⚫ tidak teratur, kacau-bilau28 menunjuk-nunjuk ⚫ gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri29 beria-ia ⚫ bercakap-cakap, bermesyuarat⚫ selalu berkata ya⚫ bersungguh-sungguh30 kecil-kecilan ⚫ sedikit-sedikit, tidak secara besar-besaran31 habis-habisan ⚫ mati-matian, dengan sepenuh kemampuan32 berbagai-bagai ⚫ bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yang berlainan33 lama-kelamaan ⚫ lambat-laun, akhir-akhirnya34 mensia-siakan ⚫ menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga dll)35 dengki-mendengki ⚫ saling berdengki36 sekurang-kurangnya ⚫ paling kurang, yang tersedikit, serendah-rendahnya, setidak-tidaknyaCADANGAN AKRONIM:NO AKRONIM MAKSUD1 Mara ⚫ Majlis Amanah Rakyat2 pawagam ⚫ Panggung wayang gambar3 NATO ⚫ North Atlantic Treaty Organization4 motel ⚫ Motor hotel5 Bernama ⚫ Berita Nasional Malaysia 6 Gapena ⚫ Gabungan Penulis Nasional7 ubahsuai ⚫ Ubah sesuai8 kugiran ⚫ Kumpulan gitar rancak9 LUTH ⚫ Lembaga Urusan dan Tabung Haji10 ABIM ⚫ Angkatan Belia Islam Malaysia11 tabika ⚫ Taman bimbingan kanak-kanak12 purata ⚫ Pukul rata13 Pernas ⚫ Perbadanan Nasional14 Intan ⚫ Institut Tadbiran Awam Negara15 Petronas ⚫ Petroleum Nasional16 Proton ⚫ Perusahaan Otomobil Nasional17 Perhilitan ⚫ Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara18 halaju ⚫ Hala tuju19 cepumas ⚫ Cepu emas20 cerpen ⚫ Cerita pendek21 jentolak ⚫ Jentera tolak22 debunga ⚫ Debu bungan23 asbut ⚫ Asap kabut24 jalurah ⚫ Jalan lurah25 jenambang ⚫ Jenang ambang26 MAMPU ⚫ Management of Man Power Unit27 Perodua ⚫ Perusahaan Otomobil Kedua28 berdikari ⚫ Berdiri di atas kaki sendiri
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M5329 Perkeso ⚫ Pertubuhan Keselamatan Sosial30 jenama ⚫ Jenis nama31 tadika ⚫ Taman Didikan Kanak-kanak32 gimrama ⚫ Gimnastik berirama33 taska ⚫ Taman Asuhan Kanak-kanak34 cereka ⚫ Cerita rekaan35 ADUN ⚫ Ahli Dewan Undangan Negeri36 maun ⚫ Makan daun
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M54
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M55AKTIVITI 1: PERBUALAN AKTIVITI PROGRAM RIMUP DAN IDEA BAHARU PROGRAMBerbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti program RIMUP (berdasarkan buku teks) dan kemukakan idea baharu bagi program yang akan dilaksanakan secara bertatasusila (rujuk program di bawah).AKTIVITI MURID: TUGASAN 1: PERBUALAN / PERBINCANGAN KUMPULANi) Anda dikehendaki membuat kumpulan perbincangan (Cadangan: PAK-21:aktiviti Meja Bulat) di dalam kelas;ii) Agihkan kelas anda kepada 4 kumpulan kecil;iii) Lantik seorang ketua kumpulan dan seorang pencatat (Cadangan: gunaaplikasi decision roulette);iv) Ketua kumpulan mengagihkan peranan ahli kumpulan dan strategimendapatkan maklumat, seperti menggunakan kamus, komputer, majalahdan sebagainya;v) Ketua kumpulan membuat cabutan kad untuk menentukan tajuk sertatugasan kumpulan;vi) Kumpulan melaksanakan tugasan secara berkumpulan;vii) Pencatat melaporkan hasil perbincangan kumpulan (Cadangan: gunaaplikasi powerpoint dan LCD);viii) Kumpulan lain mencatat maklumat yang disampaikan oleh pencatat.x) Semua kumpulan diberi cabutan tugasan seterusnya untuk aktiviti simulasi.AKTIVITI MURID: TUGASAN 2: SIMULASIi) Ketua kumpulan mengatur strategi untuk melaksanakan aktiviti simulasi;ii) Tugasan simulasi merangkumi kumpulan penyedia minit mesyuarat,penyedia paparan powerpoint, penyedia peralatan teknikal dan wakilkumpulan untuk melaksanakan simulasi sesi Mesyuarat Kali Ke-2 KelabRukun Negara;iii) Lantik seorang pengerusi mesyuarat dan seorang pencatat;iv) Lantik seorang pengerusi lantai untuk aktiviti simulasi, yang akan mengawalperjalanan simulasi mesyuarat;v) Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat (anggaran masa 20 minit);vi) Selesai mesyuarat, murid mengadakan penilaian aktiviti (8 minit);vii) Sesi penutup / penggulunggan / ulasan keseluruhan aktiviti (2 minit);viii) Sesi aktiviti kelas selesai.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M56Program baharu bagi program yang akan dilaksanakan : 1. Pada pendapat saya melalui permainan dan sukan juga murid dapat bergaul dan mengenali rakan berbilang bangsa dengan lebih baik.Program Kokurikulum Sukan dan Permainan 2. Menyemai nilai perpaduan dalam Pendidikan awal kanak-kanak dilatih melafazkan dan menghayati Rukun Negara.Program ‘Take 5’ segmen kebersihan diri, pendidikan serta penghayatan Rukun Negara. Program ini memberi pendedahan dan penerapan nilai-nilai murni dengan kaedah yang kreatif dan interaktif untuk dijadikan sebagai pembudayaan dalam kehidupan seharian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M573. Program patriotisme, kenegaraan dan nilai murni seperti Sambutan Hari Kemerdekaan juga antara program yang mampu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan murid. 4. Pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk urusan rasmi juga salah satu cara mengeratkan silaturahim antara kaum.Program Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul AKTIVITI 2: SIMULASI MESYUARATLaksanakan simulasi mesyuarat bagi membincangkan agenda yang disediakan.Tunjukcara mesyuarat (tonton video)https://www.youtube.com/watch?v=JPdHuBW_QCchttps://www.youtube.com/watch?v=kWLkdgrOfNkhttps://www.youtube.com/watch?v=_Ag7o4n69Y8Tunjukcara membuat kertas kerja : (pilihan)https://www.youtube.com/watch?v=Phxio6kynv0https://www.youtube.com/watch?v=JSaFeYsc_9Ehttps://www.youtube.com/watch?v=lGa4rGqA_CEhttps://www.youtube.com/watch?v=TE8Oa1iaXNAhttps://www.youtube.com/watch?v=z2RSb6mdBHU
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M58Simulasi mesyuarat : Adakan Mesyuarat Kelab Rukun Negara Kali Ke-2 dalam kalangan murid. Pilih 6-8 orang murid bagi memainkan peranan sebagai ahli jawatankuasa kelab. • Pengerusi• Pengarah Program• Setiausaha• Bendahari• AJKGuru mengedarkan minit mesyuarat Kelab Rukun Negara Kali Pertama. (Guru sediakan)Kertas kerja minta murid sediakan lebih awal dengan bimbingan guru.Minit mesyuarat https://www.youtube.com/watch?v=pbDQwtpgx78Mesyuarat Kali Ke-2Tahun 2021Kelab Rukun NegaraSekolah Menengah Kebangsaan Seri JauhariTarikh: 25 Mac 2021 Masa: 2.30 – 4.00 petangTempat: Bilik MesyuaratKehadiran: 1.2.3.1. Ucapan alu-aluan pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa kelab. Pengerusi menyatakan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang melalui Kelab Rukun Negara.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan program RIMUP.1.3 Pengerusi juga mengingatkan bahawa pelbagai aktiviti dirancang setiap tahun merangkumi lima elemen iaitu akademik, khidmat masyarakat, jati diri dan patriotisme, kebudayaan dan kesenian serta sukan dan permainan. 2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat2.1 Pembentangan minit mesyuarat kali pertama oleh setiausaha kelab. 2.2 Minit mesyuarat kali pertama yang diadakan pada 20 Januari 2021 dicadangankn oleh Encik Fauzi bin Hussin untuk disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh En Malik bin Rahman. 3. Perkara berbangkit
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M593.1 Merujuk kepada perkara 4.3 (Mesyuarat Bil. 1/2021), ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa yuran persatuan ditetapkan sebanyak RM30.00 setahun setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli melalui soal selidik yang diedarkan. Tindakan: BendahariStatus: Selesai4. Pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan4.1 Aktiviti yang dirancang:4.1.1 Pertunjukan kebudayaanMemandangkan pertunjukan kebudayaan yang dianjurkan pada tahun lepas begitu menggalakkan maka tahun ini dicadangkan program ini diteruskan. Tindakan: AJK yang terlibat4.1.2 Ziarah komunitiProgram ziarah ke rumah-rumah warga emas dan golongan yang kurang bernasib baik juga menarik dan disukai oleh murid-murid.Tindakan: AJK yang terlibat4.1.3 Gotong-royongAli mencadangkan aktiviti gotong-royong yang lebih berfaedah kerana melibatkan ramai murid daripada pelbagai kaum.Tindakan: AJK yang terlibat4.1.4 Perkhemahan RIMUPSiti mencadangkan aktiviti yang lebih menarik yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu mengadakan perkhemahan RIMUP bagi meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan.4.2 Laporang kewangan4.2.1 Bendahari melaporkan perbelanjaan kewangan pertasuan. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa baki wang persatuan setakat bulan Mac 2021 adalah sebanyak RM1200.004.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang dibentangkan. Tindakan: Makluman5. Hal-hal lain5.1 Bendahari mencadangkan wang tabungan persatuan ditambah untuk melancarkan perjalanan program melalui projek kitar semula dengan mengumpul surat khabar, buku-buku lama dan kertas-kertas terpakai untuk dijual. Tindakan: Bendahari dan semua AJK6. Ucapan Penangguhan6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 4 petang dengan memberi kata-kata semangat kepada ahli jawatankuasa kelab agar terus ikhlas dalam menjalankan tugas bagi menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M60AKTIVITI 1: ANALISIS DAN KESIMPULAN BAHANBaca dan analisis bahan dengan menggunakan teknik bacaan QUACK. Teknik ini dipilih kerana murid mungkin tiada pendedahan tentang Wisma Putra dan banyak persoalan yang akan bermain di minda mereka apabila membaca bahan terutama dari segi pemilihan perkataan dan rangkai kata dalam bahan ini. 1. Question mark – letakkan tanda soal (?) pada perkataan, rangkai kata dan idea yang kabur serta tidak difahami.2. Underline – Garisi takrif3. Asterisk (*) – Letakkan tanda asterisk (*) pada maklumat atau idea yang penting atau menarik.4. Circle – bulatkan fakta dan definisi penting5. Keyword – letakkan huruf besar K di sebelah kata kunciKesimpulan tentang bahan yang dibaca:1. Kepentingan hubungan antara negara lain / negara serantau untuk mengekalkan keamanan.2. Kebaikan berbincang secara diplomasi untuk menyelesaikan isu-isu antarabangsa. 3. Peranan KLN untuk menyelasaikan isu-isu di peringkat antarabangsaAKTIVITI 2: KENAL PASTI GOLONGAN KATAJawapan golongan kata yang terdapat dalam bahan terdapat pada muka surat 225. Latihan tambahan 1. Bina satu ayat anda sendiri daripada golongan kata yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaanya.2. Berikan contoh golongan kata yang lain selain golongan kata yang terdapat dalam petikan. Cadangan jawapanKata nama – negara, AminahKata kerja – menyepak, melaksanakanKata adjektif – besar, kecilKata tugas – dapat, kepadaAKTIVITI 3: PERKARA YANG INGIN DIKETAHUI TENTANG WISMA PUTRAPerkara-perkara yang patut diketahui tentang Wisma Putra untuk dicari oleh murid seperti berikut:1. Maksud perkataa ‘wisma’ dan ‘putra’2. Aktiviti terkini yang dijalankan oleh Wisma Putra3. Lokasi bangunan Wisma Putra4. Wisma Putra di bawah kementerian apa?5. Bantuan yang boleh diberikan oleh Wisma Putra kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M61AKTIVITI 1, 2 & 3: MELENGKAPKAN RANGKA KARANGAN / HURAIAN ISI DALAM PERENGGAN / KARANGAN LENGKAPLANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUANPENDAHULUANPERKARA AYATAyat Rangsangan 13 Mei 1969 ialah sejarah hitam dalam konteks perpaduan kaum di Malaysia.Ayat Huraian RangsanganHal ini berlaku kerana kurangnya integrasi antara bangsa yang menjadi entiti baharu negara Malaysia dan juga kesan daripada system pecah dan perintah yang ditinggalkan oleh penjajah.Ayat Ungkapan MenarikOleh itu, etnik yang menjadi rakyat di tanah air kita ini perlu diintegrasikan di peringkat nasional agar menjadi warga yang bersatu padu bak air dicincang tidak putus dan serumpun bak serai, sesusun bak sirih.Ayat Persoalan Persoalan yang menjadi mainan minda kita ialah langkah-langkah yang perlu digerakkan agar Hasrat murni ini menjadi realiti.Ayat Arah Strategi bagi menyemai dan memupuk perpaduan akan diperjelas secara konkrit dalam perenggan seterusnya agar sudah terang lagi bersuluh.IBU BAPAPERKARA AYATAyat TopikSuri teladan daripada ibu bapa merupakan model terbaik untuk diikuti oleh anak-anak terutama ketika anak-anak masih kecil kerana ibu bapa ialah idola mereka dalam hal perpaduan.Ayat HuraianHal ini secara tidak langsung meruntuhkan rasa kekok dalam diri anak-anak untuk berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit dan dia dapat melihat cara berinteraksi di depan mata daripada orang tuanya untuk dicontohi.Ayat ContohTamsilnya, ibu bapa bertegur sapa dengan jiran ketika bersua atau berkunjung ke rumah mereka semasa hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, dan Tahun Baharu Cina dan program-program kemasyarakatan anjuran persatuan penduduk seperti aktiviti gotong royong dan program keilmuan.Ayat Ungkapan MenarikKesannya, suri teladan yang ditunjukkan ibu bapa akan melekat dalam kalbu anak-anak dan menjadi sebahagian gaya hidupnya apabila dewasa untuk bercampur gaul dengan pelbagai bangsa kerana alah bisa, tegal biasa.Ayat PenegasJelaslah bahawa suri teladan ibu bapa merupakan ikut-ikutan yang ampuh dalam menyuburkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak dan seterusnya merekalah yang akan membentuk warga Malaysia yang kukuh perpaduannya.KERAJAANPERKARA AYATAyat TopikSelain itu, penglibatan kerajaan dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 1 Julai 1969 dengan misi sebagai pemacu perpaduan negara merupakan tindakan yang bermakna.Ayat Huraian Peranan utama JPNIN adalah untuk meningkatkan usaha mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional melalui beberapa wadah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M62Ayat ContohAntara program dan projek perpaduan yang dikendalikan oleh JPNIN ialah Kelab Rukun Negara, Sekretariat Rukun Negara, Program Latihan Industri Perpaduan, Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan.Ayat Ungkapan MenarikRancangan dan skim pemupukan perpaduan dan integrasi nasional oleh pihak JPNIN ini umpama asal ditugal, adalah benih iaitu usaha JPNIN ini tentunya akan membuahkan hasilnya.Ayat Penegas Pendek kata, penubuhan JPNIN ini merupakan ikhtiar yang penting untuk menautkan semula kerenggangan dan jurang perhubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.SWASTAPERKARA AYATAyat TopikPihak swasta seperti media massa, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan boleh menganjurkan rencana yang menjurus ke arah penglibatan pelbagai kaum dan menyemai integrasi nasional.Ayat HuraianHal ini bersesuaian dengan fungsi dan kemampuan organisasi-organisasi ini. Misalnya media massa yang memiliki saluran sebaran melalui televisyen, radio, media sosial dan akhbar. Syarikat korporat pula memiliki dana untuk disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat. Seterusnya pertubuhan bukan kerajaan yang memperoleh dana daripada kerajaan dan orang awam berperanan dalam menyumbangkan dalam projek-projek kebajikan.Ayat ContohMisalnya Radio Televisyen Malaysia mewajibkan sesetengah drama dibarisi pelakon pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan menerapkan elemen perpaduan seperti dalam teledrama “Berdua”. “Ola Bola” pula ialah contoh filem perpaduan kaum melalui sukan bola sepak. Manakala NGO seperti Pertubuhan Cinta Umat Malaysia yang dikelolakan oleh Ebit Liew menyampaikan bantuan kebajikan kepada semua kaum.Ayat Ungkapan MenarikPihak swasta perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menyuburkan perpaduan bak sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.Ayat PenegasJadi, Integrasi nasional dan perpaduan kaum melalui pelibatan pihak swasta akan sedikit sebanyak membantu menjayakannya.SEKOLAHPERKARA AYATAyat Topik Kegiatan sukan, persatuan dan kelab boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk menyuburkan persepakatan antara murid dan jalinan kemesraan guru dengan murid.Ayat Huraian Aktiviti-aktiviti berkumpulan yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum serta melibatkan guru dan murid akan mengurangkan jurang komunikasi dan perhubungan.Ayat Contoh Umpamanya pasukan dalam acara larian 4 X 100 meter atau kumpulan pembentangan yang melibatkan 4 ahli yang berbeza kaum.Ayat Ungkapan MenarikPercampuran dan kerjasama antara pelbagai etnik dan pelbagai lapisan masyakarat umpama aur dengan tebing akan mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini.Ayat Penegas Begitulah halnya jika diaplikasikan penyertaan murid dan guru pelbagai bangsa dalam kegiatan sukan, persatuan dan kelab, pastinya integrasi antara kaum semakin kukuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M63INDIVIDU DAN MASYARAKATPERKARA AYATAyat TopikTidak dapat tidak, rakyat Malaysia sebagai individu dan anggota masyarakat perlu taat kepada raja dan negara serta mematuhi peraturan dan undang-undang bagi menimbulkan keharmonian dan kedamaian dalam komuniti.Ayat Huraian Kesetiaan kepada satu ketua dan mengutamakan kedaulatan undang-undang akan mengurangkan krisis dan huru-hara dalam perhubungan kaum.Ayat ContohMisalnya sistem Raja Berpelembagaan telah membantu mengurangkan krisis politik berasaskan perkauman selepas Pilihanraya 2018 dan undang-undang melalui sistem mahkamah telah menjadi saluran penyelesaian kes-kes perkauman.Ayat Ungkapan MenarikKetaatan dan kepatuhan semua kaum kepada satu punca kuasa merupakan elemen penting kepada perpaduan bak seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.Ayat Penegas Tuntasnya, setiap warga Malaysia mesti taat kepada raja dan undang-undang bak di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung agar kesatuan terwujud dan terbina.PENUTUPPERKARA AYATKesimpulanKesimpulannya, langkah-langkah menyemai, membaja dan memelihara perpaduan kaum tidak akan berjaya tanpa semua pihak menghulur tangan untuk melaksanakannya. Cadangan Semua golongan dari peringkat atas hingga bawah, segenap lapisan masyarakat dan setiap entiti perlu sederap langkah bagi menjayakan matlamat perpaduan ini.Harapan Semoga dengan persepakatan ini akan membuahkan hasil dan menjadikan Malaysia contoh negara berbilang kaum yang harmoni.Penegasan Tidak dapat disangkal lagi bahawa perpaduan rakyat merupakan tunjang kepada kestabilan negara dan penyumbang kepada kepesatan pembangunan negara.Ungkapan Menarik Oleh itu jadilah kita bak seikat bagai sirih, serumpun bagai serai kerana perpaduan ialah kekuatan kita dan kejayaan kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M64AKTIVITI 1: KEMUKAKAN PENDAPATBERSETUJU TIDAK SETUJU- Bersetuju- Kita mesti memahami dan menghargai budaya kaum lainsikap ini dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum- Contohnya dari aspek pakaian- Amalan memakai pakaian tradisional kaum lain memerlukan kos yang tinggi.- Pakaian tradisional mahal dan dipakai sekali- sekala sahaja- Setuju semangat muhibah melalui penglibatan dalam acara sukan- Sukan sebagai agen perpaduan dapat menyatukan rakyat Malaysia- Sebagai contoh zaman gemilang bola sepak negara pada tahun 1980-an, iaitu pemain terdiri daripada pelbagai kaumMokhtar Dahari, R. Arumugam, Soh Chin Aun- Tidak bersetuju- Sukan tertentu sahaja yang ada pelbagai kaum, iaitu sukan bola sepak, badminton- Sukan bola keranjang dikuasai oleh bangsa Cina, Sepak takraw dikuasai oleh bangsa MelayuAKTIVITI 2: MEMBERIKAN RESPONS SECARA BERTATASUSILASoalan: Semangat muhibah dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia memahami dan menghargai kepelbagaian budaya. Bersetujukan anda dengan pendapat ini? Berikan alasan yang sesuai.SETUJU/ ALASANSemangat menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku sekolahsemangat itu penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih baik serta mapan.menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, memahami Rukunegara, memahami perbezaan budaya yang wujud, menghayati dan mengamalkan kesepakatan dan muhibah di kalangan merekaMengadakan program- program yang dapat merapatkan jurang keharmonian dan muhibbah antara rakyat terutama murid-murid sekolah, sekiranya generasi muda yang dianggap generasi pelapis tidak bersatu padu dan tidak mempunyai visi serta misi yang sehaluan, kestabilan yang sedang dinikmati akan tergugat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M65AKTIVITI 3: PENILAIAN PERSEMBAHAN RAKANBorang PenilaianNama Murid: _______________________________________________________________Tingkatan : _______________________________________________________________PERKARA Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Sangat BaikIDEA• Isi bernas• Huraian yang jelas• Contoh / data yang tepat / logikPERSEMBAHAN• Kepetahan, kelancaran dan intonasi suara• Gaya yang menarik dan berkeyakinan• Daya penarik kepada audienBAHASA• Bahasa baku• Sebutan baku• Tatabahasa betul• Pengolahan ayat yang menarikTATASUSILA• Penggunaan bahasa sopan• Sensitiviti kaum, agama dan individu Tandakan √ pada ruang yang berkenaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M66AKTIVITI 1: BACA DENGAN TEKNIK BACAANTEKNIK BACAAN; SQ3RS- SURVEY (MENGKAJI)• Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan• Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk• Baca keterangan, carta dan grafik• Baca rumusan• Melihat bagaimana maklumat disampaikan• Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusanQ- QUESTION (MENYOAL)• Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian• Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan• Menyoal; \"apa yang saya tahu tentang tajuk ini?\". Kaitkan dengan apa yang dibaca• Bersoal jawab dengan rakan-rakan• Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab3R- READ (MEMBACA)• Baca perlahan pada petikan yang sukar• Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting• Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan• Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca• Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci3R- RECITE (MENYEBUT)• Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula• Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat• Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan3R- REVIEW (MENGULAS)• Ulas semula maklumat yang dibaca• Ulas soalan dan jawapan• Buat ulasan nota• Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar• Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajarAKTIVITI 2: BUAT ULASANPetikan tentang kisah dan pengalaman penulis dengan seorang rakannya bernama Jane yang merupakan guru Bahasa Korea dari Korea Selatan. Penulis menyifatkan Jane sebagai seorang yang mudah mesra serta cepat menyesuaikan diri umpama masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Semua jenis masakan tempatan dimakannya dengan penuh berselera. Jane juga seorang yang pandai mengambil hati kerana memberikan cenderamata yang dibawanya dari Korea kepada penulis dan rakan-rakan lain di sekolah tersebut. Sebagai balasan, mereka juga telah memberikan Jane pelbagai hadiah kerana sudah menjadi lumrah kehidupan tepuk berbalas, alang berjawab. Penulis dan Jane juga telah berkongsi pengalaman tentang perbezaan budaya penggunaan tandas di Malaysia dan di Seoul. Pengalaman tersebut jelas membuktikan kepentingan mengikuti budaya dan peraturan disesuatu tempat bak kata pepatah di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Pandangan Jane yang menganggap bahasa sebagai cerminan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M67kepada budaya sesuatu bangsa ialah gambaran tepat tentang bahasa jiwa bangsa. Penulis berasa kehilangan setelah Jane pulang ke negaranya seperti kata pepatah jauh di mata dekat di hati.AKTIVITI 3: JELASKAN MAKSUD DAN MEMBUAT PERENGGANCadangan Jawapan1. Senyum sumbing (kiasan)Maksud: senyum yang sedikit sahajaContoh ayat: Amir hanya senyum sumbing apabila diusik oleh rakan-rakannya.2. Putih seperti kapas (perbandingan semacam)Maksud: sangat putihContoh ayat: Pakaian pengantin itu putih seperti kapas.3. Halus bak telur dikupas (perbandingan semacam)Maksud: Sangat licin/tidak menggerutuContoh ayat: Kulit peragawati itu sangat halus bak telur dikupas.4. Makanan bukan sekadar makanan, tetapi melalui makanan kita dapat mengenali sesebuah negara dan budayanya. (madah pujangga)Contoh ayat: Festival makanan Asia yang diadakan di ibu negara baru-baru ini sangat unik kerana festival tersebut membuktikan bahawa makanan bukan sekadar makanan, tetapi melalui makanan kita dapat mengenali sesebuah negara dan budayanya.5. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas (bahasa berirama)Maksud: kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.Contoh ayat: Ibarat ada ubi ada batas, ada budi ada balas, Encik Rahim telah menghadiahi Mak Leha sepasang kain songket sebagai balasan kerana telah menjaga rumahnya ketika dia bertugas di luar negeri.6. Orang memberi kita merasa, tidak diberi usah meminta (bahasa berirama)Maksud: Sifat suka meminta haruslah dielakkan.Contoh ayat: Walaupun Mak Cik Kiah miskin, dia sering mengingatkan anak-anaknya supaya bekerja keras untuk memperoleh sesuatu dan tidak meminta-minta daripada orang lain, kerana padanya orang memberi kita merasa, tidak diberi usah meminta.7. Untuk lebih mengenali budaya sesuatu bangsa, belajarlah bahasanya.Contoh ayat: Bahasa sesuatu bangsa merupakan cerminan kepada budaya bangsa tersebut. Oleh itu, untuk lebih mengenali budaya sesuatu bangsa, belajarlah bahasanya.8. Senyuman perpaduan.Contoh ayat: Amalan sapa, salam, dan senyum yang diterapkan dalam diri murid-murid mampu menjadi senyuman perpaduan bagi rakyat pelbagai kaum di negara ini.AKTIVITI 4: PERBUALAN MUDAH DALAM BAHASA ASING• Helo = 안녕 diucapkan \"anyeong\" (secara santai) dan \"anyeong-haseyo\" dengan cara formal.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M68• Ya = 네 diucapkan \"ne\" dalam situasi di mana anda akan berbicara secara formal, atau 응\"eung\" jika anda bercakap dengan seseorang secara tidak rasmi.• Tidak = 아니요 diucapkan \"aniyo\"• Terima kasih = 감사 합니다 diucapkan \"gam-sa-hab-nee-da\"• Nama saya ialah... = 저는 ___ 입니다 diucapkan \"joneun ___ imnida\" tetapi kalimat \"내 이름은 ___ 예요\" diucapkan \"nae ileumeun ____yeyo\" juga boleh digunakan.• Apa khabar? = 어떠 십니까? diucapkan \"otto-sib-nikka\"• Senang bertemu dengan anda = 만나서 반가워요 diucapkan \"mannaso bangawo-yo\"• Selamat tinggal ketika pihak lain tinggal = 안녕히 계세요 diucapkan \"an-nyounghi kyesayo\"• Selamat tinggal apabila pihak lain atau anda berdua meninggalkan = 안녕히 가세요diucapkan \"an-nyounghi ga-seyo\"Sumber rujukan : https://ms.10steps.org/Speak-Korean-4827
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M69AKTIVITI 1: PERBINCANGAN PELIBATAN MALAYSIA DI PENTAS ANTARABANGSAEKONOMI▪ Dasar ekonomi terbuka▪ Perdagangan dua hala▪ Perdagangan serantau▪ Perdagangan pelbagai halaPERDAGANGAN DAN PELABURAN▪ Ahli Bank DuniaKEMASUKAN PELABURAN ASING▪ Peluang pekerjaan▪ Prasarana Pendidikan▪ PenyelidikanPOLITIK▪ PBB▪ Menentang Dasar Aparteid▪ Menjaga keamanan di Namibia▪ Pasukan pemerhati di sempadan Iran-Iraq▪ Pasukan pengaman di Bosnia▪ Isu PalestinAKTIVITI 2: KESATUAN ANTARABANGSA LAIN1. KOMANWEL▪ Negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.▪ Ibu pejabat di London▪ Malaysia menganjurkan sukan Komanwel2. PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)▪ Ditubuhkan pada September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin▪ Terdiri daripada negara membangun Asia, Afrika dan Amerika Selatan▪ Matlamatnya mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok kapitalis atau blok komunis▪ Menghapuskan Dasar Aparteid3. KUMPULAN SELATAN-SELATAN▪ Idea Dr Mahathir Mohamad▪ Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan▪ Sistem Keistimewaan Perdagangan Global▪ Penubuhan kemudahan kredit▪ Menubuhkan Kumpulan 154. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M70▪ Ibu pejabat di Jeddah▪ Idea Tunku Abdul Rahman pada 1971/ setiausaha pertama▪ Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.▪ Menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq▪ Sokongan kepada rakyat Palestin
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M71
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M72AKTIVITI 1: SENARAI SOALAN TERBUKASOALAN TERBUKAPERBANDINGAN ANTARA SOALAN TERTUTUP DENGAN SOALAN TERBUKASOALAN TERTUTUP SOALAN TERBUKA1. Mendapatkan jawapan khusus 1. Membolehkan jawapan yang pelbagai2. Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan 2. Memerlukan jawapan yang panjang3. Mendapatkan data 3. Mendapatkan pandangan,sebab,penerangan dan lain-lain.4. Menyekat respons klienSENARAI SOALAN TERBUKA:1. Apakah yang anda faham tentang murid berkeperluan khas?2. Apakah jenis-jenis atau kategori murid berkeperluan khas yang anda ketahui?3. Boleh anda sebutkan ciri-ciri murid berkeperluan khas yang anda ketahui?4. Pada pendapat anda,mengapakah murid berkeperluan khas wajar diberi layanan dan perhatian?5. Jika anda memiliki ahli keluarga yang berkeperluan khas,apakah saranan anda untuk memastikan kebajikan mereka terbela?6. Pada pendapat anda,mengapakah setiap individu termasuk berkeperluan khas layak menerima pendidikan?AKTIVITI 2: SESI SOAL JAWAB SECARA BERTATASUSILA1. Apakah yang anda faham dengan murid berkeperluan khas?Murid berkeperluan khas ialah murid yang disahkan oleh pakar perubatan sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan tertentu. Selain itu, murid berkeperluan khas dikenali sebagai orang kurang upaya.2. Apakah jenis-jenis atau kategori murid berkeperluan khas yang anda ketahui?Jenis-jenis ketidakupayaan murid berkeperluan khas ini adalah seperti masalah penglihatan,pendengaran,pertuturan,fizikal dan masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran pula boleh dikategorikan sebagai individu autisme,sindrom kurang daya tumpuan dan disleksia.3. Boleh anda sebutkan ciri-ciri murid berkeperluan khas iaitu autisme yang anda ketahui?Individu autisme mempunyai ciri seperti tiada hubungan mata,perbualan hanya satu pihak sahaja,tidak menunjukan minat,tidak bermain dengan orang lain,suka memutar objek,mengulangi sesuatu perbuatan dan mengulangi percakapan tentang perkara yang sama.4. Pada pendapat anda,mengapakah murid berkeperluan khas wajar diberi layanan dan perhatian?Pada pendapat saya,setiap orang mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang dan perhatian tidak kiralah seseorang yang normal atau sebaliknya.Murid berkeperluan khas juga layak diberi layanan dan perhatian sama seperti individu normal kerana mereka juga mempunyai perasaan dan keinginan untuk dihargai dan disayangi oleh orang-orang di sekelingnya terutamanya daripada ibu bapa serta ahli keluarga.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M735. Jika anda memiliki ahli keluarga yang berkeperluan khas,apakah saranan anda untuk memastikan kebajikan mereka terbela?Saranan saya ialah mereka wajar mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka,iaitu menghantar mereka ke sekolah pendidikan khas sejak di peringkat rendah lagi. Pendidikan formal sangat penting supaya bakat dan potensi mereka dapat digilap serta mempelajari cara berinteraksi,berkomunikasi malah mampu mengurus diri.Selain itu, saya menyarankan agar ahli keluarga tidak malu atau bimbang dengan kehadiran anak berkeperluan khas ini kerana ketidakupayaan mereka tidak dipinta dan sokongan serta motivasi perlu sentiasa diberikan kepada anak syurga ini.6. Pada pendapat anda,mengapakah setiap individu termasuk berkeperluan khas layak menerima pendidikan?Pada pendapat saya, pendidikan adalah untuk semua tidak mengira individu normal ataupun yang berkeperluan khas. Setiap orang wajib menimba ilmu pengetahuan hingga ke akhir hayat seperti peribahasa tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.Ilmu sangat penting sebagai panduan kehidupan yang lebih bermakna.Oleh itu, sewajarnya setiap orang mengutamakan pendidikan bagi menjamin masa depan yang cerah.AKTIVITI 3: PENGANJURAN PAMERAN AUTISMEPAMERAN SENI KREATIF BERNAMA SEMPENA HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIAANJURANBERNAMA2 APRIL 2021BERTEMPAT DI WISMA BERNAMAPERASMIAN OLEH:DATUK SERI RINA MOHD HARUNMENTERI WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKATHARI ini masyarakat antarabangsa menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang merupakan ruang terbaik bagi orang awam untuk memahami golongan tersebut secara lebih dekat.Pelbagai program sama ada berbentuk pameran atau kempen diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan berkaitan autisme untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan ini.Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) juga tidak ketinggalan dalam kempen kesedaran ini dengan menganjurkan Pameran Seni Kreatif Bernama sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia. Gangguan Spektrum Autisme (ASD) atau autisme adalah gangguan perkembangan saraf pada seseorang yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan berdepan dengan masalah tingkah laku.Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan setakat Februari lepas, seramai 28,941 individu autisme di negara ini, telah berdaftar dengan jabatan itu.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seorang daripada 160 kanak-kanak di dunia mengalami autisme dan golongan ini sering berdepan stigma dan diskriminasi dalam kalangan masyarakat.Antara stigma yang sering dikaitkan dengan golongan ini adalah masalah tingkah laku seperti mudah mengamuk dan sukar mendengar arahan.Diskriminasi lain termasuk golongan ini dikatakan sukar untuk berdikari atau mendapatkan pekerjaan walaupun mereka mampu bekerja dengan baik. –BERNAMA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M74AKTIVITI 1: BACAAN DAN ULASANPERSAMAANGuru Muzik Guru Kemahiran (Masakan dan Jahitan)▪ Murid yang kurang bernasib baik dapat hidup berdikari untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang.▪ Melatih mereka untuk mencari pendapatan sampingan sendiriPERBEZAANGuru Muzik Guru Kemahiran (Masakan dan Jahitan)▪ Melatih murid bermain alat muzik▪ Menerima undangan persembahan di majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan majlis berbuka puasa▪ Membeli peralatan di dalam studio sendiri▪ Membuat tauhu bergedel▪ Mempelajari cara berkomunikasi dan membuat pengiraan▪ Belajar ilmu perniagaan dan MatematikAKTIVITI 2: KENAL PASTI FRASA (FN FK FA FSN) & PERENGGAN BERDASARKAN LARASLARAS IKLANFRASA NAMA FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF FRASA SENDI NAMAGelandangan Mengambil istimewa diGolongan terpinggir Mengikuti pandai untukKanak-kanak Mengikut dariMurid-murid BermainAlat muzik MelupakanMajlis perkahwinan MenerimaMajlis berbuka puasa DiagihkanKumpulan MembeliStudio muzik MenyediakanJuadah PulangTauhu bergedel MemasakBilik masakan BelajarKehidupan MelihatAnak yatimCubalah tauhu bergedil di Kedai Mak Mah berhadapan Pasar Chow Kit yang mula beroperasipada minggu hadapan. Teksturnya yang sangat lembut dan sangat enak menggunakan resipi turun temurun. Tauhu bergedil menggunakan lobak merah yang segar dan padat dengan isi ayam.Pelanggan juga boleh melihat sendiri penyediaan tauhu bergedel yang amat istimewa ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M75LARAS BERITAAKTIVITI 3: BERITA BANTUAN GOLONGAN TERCICIR DALAM PELAJARAN & ULASANBERITA 1'Pendidikan Untuk Semua' Elak TercicirSalah satu dari bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). - Gambar hiasanJika ada orang bertanya - apakah program dilaksanakan Kementerian Pendidikan sepanjang 2019 yang memberi impak besar terhadap murid?Jawapan saya pastinya usaha memperkasakan program murid berkeperluan khas dan tindakan membaik pulih kemudahan sekolah daif.Sekalung pujian harus diberikan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, apabila mengumumkan lima fokus utama pendidikan negara, iaitu mengupayakan program murid berkeperluan khas dan arahan memperbaiki kemudahan asas sekolah daif, selain melakukan reformasi sistem, reformasi digital dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).Langkah ini selaras visi bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ membabitkan empat kelompok teras, iaitu orang kurang upaya (OKU) yang juga murid berkeperluan khas, kumpulan B40, murid dan guru.Dalam pengumuman, baru-baru ini, beliau menyatakan secara purata sekurang-kurangnya dua kelas untuk pelajar OKU ditambah setiap hari di seluruh negara, menjadikan keseluruhannya 10,200 kelas, bertambah 526 berbanding 9,674 kelas tahun lalu.Bilangan murid OKU mendaftar masuk sekolah juga meningkat mendadak dengan pertambahan 4,821 orang berbanding 2018, menjadikan jumlah keseluruhan 88,419 murid. Salah satu faktor penyumbang adalah kesedaran ibu bapa untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak mereka.Sebelum ini kumpulan murid berkeperluan khas kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kita. Kebiasaan berita yang menonjol di muka akhbar atau media massa adalah murid cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Jarang sekali golongan murid ini mendapat tempat sewajarnya. BERITA HARIAN 2019KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan optimis untuk mewujudkan lebih banyak sekolah yang mengambil murid dalam kalangan golongan yang kurang bernasib baik. Antaranya termasuklahgelandangan, golongan terpinggir, kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan anak yatim. Matlamat kami adalah untuk memberikan setiap anak-anak istimewa ini kepada pendidikan berkualiti tinggi yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka. Contohnya kemahiran bermain alat muzik, memasak, ilmu perniagaan dan sebagainya.“Selain mempersiapkan guru dengan pengetahuan asas pendidikan khas dan menyasarkan tiga daripada empat pelajar dengan keperluan khas menyertai program inklusif menjelang 2025,” katanya.Pendidikan mempunyai impak yang ketara kepada prospek pekerjaan dan apabila negara bergerak untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing, orang kurang upaya ini boleh diberi peluang untuk mengisi slot pekerjaan di dalam sektor swasta.Seperti yang dilihat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, murid-murid diberi kemahiran bermain alat muzik dan memasak. Mereka dilatih untuk mengadakan persembahan di majlis keraian, majlis perkahwinan dan majlis berbuka puasa. Kemahiran memasak diberi kepada murid-murid seperti memasak tauhu bergedil. Bukan sahaja mempunyai kemahiran memasak malah mereka diajar cara berkomunikasi, membuat pengiraan dan tentang ilmu perniagaan. Pendidikan di sini mengajar mereka menjalani kehidupan pada masa akan datang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M76ULASANBerdasarkan kepada kedua-dua berita di atas jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat peka berkaitan pendidikan kepada golongan tercicir. Berdasarkan berita 1 kerajaan berusaha membaik pulih kemudahan sekolah daif dan memperkasakan program murid-murid berkeperluan khas. Manakala berita 2 kerajaaan memperuntukkan belanjawan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak RM60.3 bilion.Pengarah School Leader Malaysia berharap peruntukan yang lebih ini dapat memudahkan proses persekolahan murid miskin dan seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk bersekolah. Kesimpulannya bahawa kedua-dua bahan berita ini membincangkan usaha-usaha memberi pendidikan terbaik kepada golongan tercicir.BERITA 2Belanjawan 2019: Harap Tiada Lagi Pelajar Miskin TercicirAstro AwaniNovember 3, 2018 10:59 MYTCHERYL ANN: Banyak keadaan sekolah kita yang tidak selesa, bukan sahaja di kawasan luar bandar atau pedalaman, tetapi juga sekolah di bandar. Foto Astro AWANI/ Shahir OmarPeruntukan terbesar Belanjawan 2019 yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan dengan RM 60.3 billion dalam pembentangan yang dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Jumaat, disifatkan tepat pada masanya.Menurut Pengarah Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando, bantuan pendidikan dalam bentuk bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai sejumlah RM2.9 bilion akan memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana kesempitan hidup. “Pelajar miskin tidak sepatutnya terpinggir untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, tetapi malangnya kita dapati ramai pelajar yang kurang berkemampuan akan tercicir untuk mendapatkan kualiti pembelajaran yang baik,” katanya. Dengan lebih peruntukan untuk bantuan ini, Cheryl Ann berkata, proses persekolahan pelajar miskin akan dapat dimudahkan dan mereka akan terus bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. ASTRO AWANI 2018
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M77AKTIVITI 1: RANGKA KARANGAN & PENGEMBANGAN ISI DENGAN TEKNIK 5W1HPENDAHULUAN▪ Pelajar yang cemerlang umpama benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. ▪ Namun untuk menjadi cemerlang pelajar perlulah mempunyai sahsiah yang baik yang boleh dicontohi▪ Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk membina sahsiah diri yang unggul.ISI1. Disiplin▪ Cara melahirkan sahsiah unggul adalah dengan mempunyai disiplin▪ Contohnya dengan menyertai kawad kaki, merentas hutan dan menjelajah gua.▪ Pelajar yang menyertai aktiviti kawad kaki hendaklah menepati masa latihan yang telah ditetapkan.▪ Manakala apabila menyertai aktiviti merentas hutan, disiplin mendengar arahan daripada ketua atau jurulatih dapat diterapkan. ▪ Jelaslah aktiviti yang mewujudkan disiplin dalam diri pelajar dapat mewujudkan sahsiah unggul kepada para pelajar2. Keyakinan▪ Sahsiah unggul juga lahir dari tahap keyakinan yang ada pada diri pelajar.▪ Pelajar perlulah mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti lasak contohnya berjalan malam, turun cenuram dan luncur keluang.▪ Pelajar seharusnya mengambil inisiatif untuk membiasakan diri mengikuti aktiviti ini secara sukarela.▪ Sudah terang lagi bersuluh, pelajar yang berkeyakinan pastinya mempunyai sahsiah yang unggul3. Kemahiran ▪ Pelajar yang berkemahiran juga merupakan pelajar yang bersahsiah unggul.▪ Pelajar mestilah mengambil peluang untuk mempelbagaikan kemahiran seperti kemahiran ikhtiar hidup, kembara berpandu arah dan membaca peta cabaran. ▪ Pelajar janganlah berasa malu untuk bertanya dan mempelajari kemahiran ini sebaliknya mengambil peluang yang ada.▪ Maka tidak dapat dinafikan pelajar yang berkemahiran dapat membina sahsiah unggul.PENUTUP▪ Pelajar perlu berusaha membina sahsiah yang unggul bagi menjadi pelajar cemerlang▪ Pelajar boleh menjadi cemerlang apabila bijak menguruskan masa dan berusaha secara luar biasaAKTIVITI 2: KARANGAN LENGKAPBenih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Demikianlah gambaran seorang pelajar yang cemerlang. Namun untuk menjadi cemerlang, pelajar perlulah mempunyai sahsiah yang baik yang boleh dicontohi dan bukan sahaja cerdik seperti kancil. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk membina sahsiah diri yang unggul.Cara untuk melahirkan sahsiah unggul adalah dengan mempunyai disiplin. Contoh pembinaan disiplin adalahdengan menyertai kawad kaki, merentas hutan dan menjelajah gua. Pelajar yang menyertai aktiviti kawad kaki hendaklah menepati masa latihan yang telah ditetapkan. Manakala apabila menyertai aktiviti merentas hutan, disiplin mendengar arahan daripada ketua atau jurulatih dapat diterapkan. Aktiviti-aktiviti ini perlulah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M78diselesaikan bak bara yang digenggam biar sampai menjadi arang agar disiplin terbina dalam diri pelajar lalumewujudkan sahsiah unggul kepada para pelajar.Selain itu, sahsiah unggul juga lahir daripada tahap keyakinan yang ada pada diri pelajar. Pelajar perlulah mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti lasak seperti berjalan malam, turun cenuram dan luncur keluang. Pelajar seharusnya mengambil inisiatif untuk membiasakan diri mengikuti aktiviti ini secara sukarelakerana hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai. Sudah terang lagi bersuluh, pelajar yang berkeyakinan pastinya mempunyai sahsiah yang unggul.Akhir sekali, pelajar yang berkemahiran juga merupakan pelajar yang bersahsiah unggul. Pelajar mestilah mengambil peluang untuk mempelbagaikan kemahiran seperti kemahiran ikhtiar hidup, kembara berpandu arah dan membaca peta cabaran. Pelajar usahlah berasa malu untuk bertanya dan mempelajari kemahiran ini sebaliknya mengambil peluang yang ada umpama rajin seperti semut. Maka tidak dapat dinafikan pelajar yang berkemahiran dapat membina sahsiah unggul.Kesimpulannya, pelajar perlu berusaha membina sahsiah yang unggul bagi menjadi pelajar cemerlang. Pelajar boleh menjadi cemerlang apabila bijak menguruskan masa dan berusaha secara luar biasa kerana usaha tangga kejayaan. Benarlah bak peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.AKTIVITI 3: PERBINCANGAN – PEMBAHARUAN KEM MOTIVASIAndaikan anda hendak membuka kem motivasi, apakah pembaharuan yang akan anda lakukan? Bincangkan dengan rakan anda.RANGKA KARANGANIsi 1Ayat topik – Fasilitas penginapan yang lengkapAyat Hurai 1 – bilik tidur beserta bilik airAyat Hurai 2 – mempunyai ruang santai/ruang rehatIsi 2Ayat Topik – kawasan persekitaran yang nyamanAyat Hurai 1 – mempunyai kawasan riadah yang cantik ayat Hurai 2 - susun atur atau binaan bangunan masih mengekalkan ciri semulajadi alam sekitarIsi 3 Ayat topik – menawarkan kemudahan perkhidmatanAyat Hurai 1 – perkhidmatan pengurusan diri (dobi)Ayah Hurai 2 – jaringan perhubungan dan komunikasi yang baikIsi 4Ayat topik – kem motivasi di bawah satu bumbungAyat Hurai 1 – menawarkan program motivasi fizikal dan kerohanian yang terkiniAyat Hurai 2 – pakej penyertaan yang pelbagai individu, keluarga,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M79AKTIVITI 1: PERBINCANGAN – HALA TUJU SELEPAS TINGKATAN 5Terdapat dua pilihan iaitu sama ada menyambung pelajaran iaitu di universiti, kolej, pusat matrikulasi, kolej kemahiran atau kolej komuniti. Pilihan kedua ialah bekerja mengikut bidang yang diminati.PILIHAN 1: MENYAMBUNG PELAJARANBIDANG PENGAJIANBUTIRAN PENGAJIAN1. DIPLOMA Sains SukanSains KomputerKesenian Reka bentukPerbankanKulinariPengurusanPertanianTempat pengajian: Universiti awam, politeknik, kolej perubatan dan sebagainyaTempoh pengajian: Enam semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Melanjutkan pengajian pada peringkat ijazahDigunakan untuk bekerja2. PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN MENJADI GURU DALAM PELBAGAI PILIHAN SUBJEKTempat pengajian: Institut Pendidikan GuruTempoh pengajian: Dua semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Ditawarkan mengikuti Program IjazahSarjana Perguruan3. MATRIKULASI SainsKejuruteraanPerakaunan Perakaunan ProfesionalTempat pengajian: Kolej MatrikulasiTempoh pengajian: Dua hingga tiga semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M80AKTIVITI 2: BERSOAL JAWAB SECARA BERTATASUSILA TENTANG KEBOLEHPASARAN DIRICADANGAN JAWAPAN:Pelbagai situasi - dialog- wawancara/temu ramah4. ASASI SainsPengurusanPerniagaanKejuruteraan PerubatanEkonomiUndang- undangTempat pengajian: Universiti awamTempoh pengajian: Dua hingga tiga semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah5. TINGKATAN 6 Sains Sains SosialTempat pengajian: Sekolah harianKolej tingkatan enamTempoh pengajian: Tiga semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Melanjutkan pengajian pada peringkat ijazahDigunakan untuk bekerja6. SIJIL KEMAHIRANAutomotifTeknologi ElektrikTeknologiElektronikKimpalanTeknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan UdaraTekstilKecantikanRoti dan PastriTempat pengajian: Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara dan sebagainyaTempoh pengajian: Dua hingga tiga semesterHala tuju selepas tamat pengajian:Melanjutkan pengajian ke peringkat diplomaDigunakan untuk bekerjaPILIHAN 2: BEKERJA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M81Idea baharu: • meningkatkan tahap keyakinan diri terutama apabila menghadiri temu duga• penguasaan pelbagai bahasa• kemahiran menangani konflik dan cabaran bekerja dalam kumpulan• perlu lebih berdaya saing untuk menjadi tenaga kerja yang lebih baik • bersikap kreatif, kritis, aktif dan berani menyuarakan pendapat• celik komputerAKTIVITI 3: GAMBARAN MASA DEPAN KEHIDUPAN SETELAH BEKERJABEKERJA SETELAH TAMAT PENGAJIAN❖ Mempunyai pekerjaan yang baik dengan kelulusan yang ada❖ Berpendapatan tinggi sesuai dengan jawatan yang disandang❖ Sekiranya menjadi pemimpin, menjadi pemimpin yang menjadi tauladan kepada golongan yang dipimpin ❖ Memahami situasi pekerja-pekerja bawahan❖ Seimbangkan antara kerjaya dan hidup berumah tanggaBEKERJA SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN❖ Bekerja dalam bidang yang diminati❖ Berusaha untuk memberikan yang terbaik❖ Berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa❖ Tidak mudah menyerah kalah dengan situasi yang mencabar❖ Sering mencuba sesuatu yang baharu
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M82AKTIVITI 1: MEMBACA & MERUMUSKAN PANDANGAN PENULISA. Gred A Bukan UkuranPandangan penulis tentang isu yang dikemukakan ialah penulis menyatakan dua pendapat yang berbeza tentang kecemerlangan pelajar. Pendapat pertama ialah kecemerlangan pelajar tertumpu kepada akademik semata-mata. Pendapat kedua pula menyatakan kecemerlangan pelajar berkaitan dengan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, menyelesaikan masalah, dan bekerja dalam kumpulan. Percanggahan pendapat ini menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat. Oleh itu, ibu, bapa dan masyarakat wajar berfikiran terbuka bahawa pencapaian akademik dan kemahiran insaniah mestilah seimbang bagi pelajar melahirkan pelajar cemerlang dari segala aspek seterusnya memudahkannya bersaing dalam pasaran kerja. B. Kolar Biru Bukan Kelas RendahPandangan penulis tentang isu yang dikemukakan ialah ibu bapa masih berpendapat bahawa bidang kemahiran hanya untuk golongan kelas kedua. Namun begitu, mereka harus sedar bahawa bidang akademik dan bidang kemahiran wajib seimbang agar anak mereka mendapat pekerjaan. Bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran, kerajaan telah memberi penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) . Hal ini disebabkan kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara yang mencipta teknologi, bukan negara yang menggunakan teknologi. Demi menjayakan usaha ini, pelajar dilatih menjadi tenaga kerja profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Selain itu, kerajaan juga memberi penekanan kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan agar pelajar mampu membina kerjaya sendiri tanpa mengharapkan kerja makan gaji.AKTIVITI 2: BUKU SKRAP – PENCAPAIAN TOKOH AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIKPROFESOR DIRAJA DR. UNGKU AZIZPendidikan▪ Raffles College, Singapura (Diploma Seni)▪ Universiti Malaya, Singapura (Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi)▪ Universiti Waseda, Tokyo (Ijazah Doktor Falsafah bidang ekonomiPencapaian Kerjaya ▪ Perkhidmatan Awam Johor (JCS)▪ Pensyarah Ekonomi Universiti Malaya Singapura▪ Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur▪ Naib Canselor Universiti MalayaSumbangan dan Jawatan ▪ Pencetus idea penubuhan dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)▪ Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II▪ Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH).▪ Pencetus idea penubuhan dan Ketua Pengarah Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)▪ Pengasas Institut Bahasa Teikyo▪ Pengasas Universiti MalayaSumber: Wikipedia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M83SOALAN 1: KARANGAN ATEKS UCAPAN / CERAMAHPendahuluan- Kata-kata aluan- Tema – penurunan berat badan- Pemakanan seimbang – mencegah lebih baik daripada mengubati- Aktiviti senamanIsi 1 – dapatkan bimbingan- Dapatkan bimbingan pakarIsi 2 – cari sokongan - Bentukkan kumpulan rakan sekerja yang mempunyai matlamat yang sama- Dapatkan sokongan ahli keluargaIsi 3 – tetapkan sasaran- Tetapkan sasaran penurunan berat badan.Isi 4 – sediakan ganjaran- Berikan ganjaran kepada diri sendiri setelah mencapai sasaran yang dikehendaki.Penutup – harapan terhadap program penurunan berat badan – badan sihat otak cergas – untuk berat badan ideal – ikuti program berat badan yang telah dirancang suapay misi dan visi menjadi kenyataan.SOALAN 2: TATABAHASA(i) Morfologi1) berbolak – berbolak-balik2) begana – begana-begini3) berlengah – berlengah-lengah4) cepat – cepat-cepat(ii) MorfologiFrasa adjektif Frasa sendi namaAmanahTanggungjawabBeratRingan tulangDenganUntukSepertidalam(iii) PenyuntinganBahan 1- banyak kegiatan-kegiatan- mereka lakukan- banyak kegiatan- dilakukan oleh mereka
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M84- menangguhkan- sebaiknya- ditangguhkan- sebaik-baiknyaBahan 2- kriteria pakaian- menasihati- baiknya- sekali- kriteria pemakaian- dinasihati- sebaiknya- sesekaliiv) Bahasa Melayu StandardBAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU STANDARDSetelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal.Setelah kedua-dua, Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar/pembesar, anak Melayu telah berpecah. Sebahagian berpihak kepada Paduka Raja manakala sebahagian lagi berpihak kepada Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya orang yang sangat berpengaruh.Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja.Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa berselisih pendapat. Paduka Raja sering dijumpai berada dalam kampung Seri Nara Diraja.v) Peribahasa- sediakan payung sebelum hujan- nasi sudah menjadi bubur- sudah terhantuk baru nak tergadah-beringat-ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis- sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada bergunaSOALAN 3: PETIKAN i) Maksud rangkai kata keluarga besar – institusi sosialii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, langkah-langkah untuk memupuk perpaduan di Malaysia▪ aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai kaum▪ aktiviti pembelajaran melibatkan pelbagai kaum di sekolah.▪ Murid pelbagai kaum terlibat dalam aktiviti di sekolah dan di luar sekolah.▪ Pengetua dan guru perlu menggalakkan murid agar saling memahami dan saling menghormati.iii) Pada pendapat saya, kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah…▪ masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan ▪ mampu mengukuhkan ekonomi negara▪ meningkatkan imej negara di mata duniaiv) Sebagai ahli jawatankuasa persatuan penduduk, kegiatan-kegiatan yang boleh dianjurkan oleh persatuan untuk mengeratkan perpaduan ialah ▪ gotong-royong▪ sukaneka
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M85▪ rukun tetangga▪ rumah terbuka / sambutan perayaan▪ hari keluargaalasan – dapat mengukuhkan keharmonian kaum, saling berkenalan/ bertegur sapa sesama jiran tetangga, mengeratkan silaturahimSOALAN 4: RUMUSANPendahuluan – penglibatan dan faktor kejayaan wanita dalam bidang sukanBahan 1 Bahan 2▪ kajian berkaitan penglibatan wanita dalam sukan.▪ Atlet wanita mampu menjadi penyumbang pingat emas pertama negara dalam sukan Olimpik.▪ Wanita diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet profesional.▪ Usaha melahirkan lebih ramai atlet wanita.▪ Lebih ramai atlet wanita untuk mengukir nama dan berjaya dalam sukan.▪ Mempunyai bakat, minat, dan kebolehan untuk bersukan.▪ Sokongan daripada pelbagai pihak▪ Golongan wanita perlu sentiasa positif dan yakin akan kemampuan diri sendiri.▪ Penglibatan atlet wanita dalam sukan antarabangsa.▪ Jumlah pingat yang diperoleh dalam temasya sukan anatarabangsa.▪Kesimpulan- Semua pihak perlu bekerjasama menyokong penglibatan wanita dalam bidang sukan agar penglibatan mereka lebih menyerlah di peringkat antarabangsa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M86
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M87AKTIVITI 1: MENYAMPAIKAN IDEA DAN MAKLUMATSUMBER KOMPOSBaja kompos dihasilkan daripada bahan organik. Sumber baja kompos diperoleh daripada sumber haiwan, tumbuhan, dapur dan sumber mineral. Kesemua sumber melalui proses pereputan secara sistematik sama ada secara manual mahupun menggunakan mesin dalam industri tertentu. Kita boleh menggunakan sumber haiwan sebagai baja kompos . Paling popular penggunaan najis (tahi atau tinja). Tulangnya juga boleh digunakan. Apabila mereput boleh dijadikan baja. Biasanya penduduk kampung yang biasa menggunakan najis ayam, itik, kambing dan lembu untuk dijadikan baja pokok-pokok yang ditanam. Sumber tumbuhan yang mereput seperti dedaun, bunga-bunga yang dibuang kerana telah layu mahupun tumbuhan yang lain turut boleh dijadikan baja kompos. Demikian juga sumber daripada sisa makanan datangnya dari dapur. Sebagai contohnya, sisa-sisa makan dari rumah yang dibuang yang terdiri daripada kulit buah-buahan dan hampas sayur-sayuran. Dengan membuat kompos sendiri ternyata dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah. Yang akhir sekali, sumber mineral. Sumber in datangnya daripada serbuk kapur, batu phosphate dan Chilean saltpetre termasuk tanah gambut dikelaskan dalam sumber mineral.PROSES PENGOMPOSAN1. Pengumpulan sampah organik2. Penyediaan ragi - larutan pengurai yang mengandungi mikro organisma perlu disediakan terlebih dahulu. Ini adalah kaedah kompos 'Takakura' yang memerlukan dua larutan iaitu larutan 'masin'. Kita perlu memasukkan cebisan sayur-sayuran dan beberapa kulit buah dalam bekas mengandungi air bersih dan garam. Untuk larutan kedua, letakkan tauhu, tempe dan gula dalam bekas air yang berbeza. Tauhu dan tempe mengandungi mikro organisma yang bertindak sebagai agen untuk memulakan proses kompos. Malah, kita boleh menambah cendawan atau dadih. Simpan larutan untuk tempoh tiga hingga empat hari dan akan dicampurkan dalam tong drum yang telah diisi dengan serkam padi atau daun-daun kering yang dicampurkan dengan dedak ayam. Campur kesemuanya dalam bekas dan tutup dan dalam jangkamasa sehari dua, suhunya akan meningkat. Kalau tidak panas bermakna sudah gagal kalau panas maknanya sudah berjaya menghasilkan kompos.3. Pembuatan kompos - kita boleh mencampurkan sisa makanan bermula dengan nasi, sayur, buah-buahan diikuti dengan daging dan tutup bekas itu. 4. Penggaulan kompos - Selang beberapa hari, buka penutup bekas dan gaulkan sisa makanan kompos yang tidak berbau busuk. Biasanya untuk membolehkan udara masuk bagi membantu sistem penguraian. Kaedah ini dapat menghasilkan selepas dua minggu, sisa makanan akan mula diurai dan menjadi kompos5. Pembungkusan kompos
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M88MANFAAT KOMPOS1. Ekonomi - Baja organik akan menjadikan tanaman menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang maksimum. Hasilnya, produktiviti bertambah dan menyumbang kepada pertambahan pendapatan petani dan kemajuan ekonomi negara.2. Kesihatan - Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman dan mesra alam serta manusia. Baja organik juga tidak mencemarkan air bawah tanah dan mengganggu sumber bekalan air mentah.3. Sosial – Pembuatan baja kompos boleh melibatkan jiran tetangga serta komuniti setempat. Mereka bolehmenjadikan projek baja kompos sebagai aktiviti kerjasama yang akan mengeratkan perhubungan di samping mendapat manfaat untuk kebun komuniti.4. Ekosistem - Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Oleh itu, baja organik akan membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.5. Teknologi – Penghasilan baja kompos merupakan satu teknologi hijau atau mesra alam. Sisa makanan yang banyak dibuang dapat dimanfaatkan sebagai baja bernilai tinggi.AKTIVITI 2: MENULIS JURNALTAJUKNAMA PENULISABSTRAKPENGENALANKAEDAHANALISIS & PERBAHASANKESIMPULANRUJUKANGambaran isi keseluruhan secara ringkas (masalah, objektif, kaedah yang digunakan, kesimpulan, cadangan)Penghuraian tentang kepentingan kajian dibuat dan alasan pemilihan judul serta dikaitkan dengan isu semasaPenjelasan berkaitan pendekatan, data, cara pengumpulan dan cara analisis data yang digunakanPemerian tentang perbandingan teori, hasil temuan dan analisis. Penemuan ditampilkan dalam bentuk gambar atau graf atau jadual. Perbahasan dibuat secara jelas bagi menjawab permasalahan yang ditimbulkan dalam bahagian pendahuluan.Penutup berisi kesimpulan dan saranan penyelesaian masalah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M89AKTIVITI 1: MEMBACA & MEMBUAT REFLEKSIBahan 1: I-Force Refleksi murid kepada bahan:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:1. Saya akan dapat memahami konsep kesimbangan daya.2. Saya akan memahami konsep elemen leraian daya pada paksi x dan paksi y.3. Saya akan memahami Teknik atau cara penggunaan I-Force untuk mengenal pasti daya yang bertindak pada sesuatu objek. 4. Saya akan memahai fungsi I-Force untuk menentukan arah daya normal bagi objek pegun.AKTIVITI 2: KENAL PASTI & MEMBINA PERENGGAN AYAT TERBITANRUJUKAN JAWAPAN KENAL PASTI AYAT TERBITAN: BUKU TEKS HALAMAN 226AKTIVITI 3: ULASAN BAHAN INOVASI PDPCONTOH INOVASI: PISATUM Ulasan:1. Inovasi PITASUM ini dicipta oleh Cikgu Mohd Ridzuan bin Mohd Nasir bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan peribahasa dan makna dengan pantas.2. PITASUM ini merupakan kad imbasan yang menggunakan kad imbasan sebagai kandungan3. Inovasi ini juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dan tidak membosankan.4. PITASUM akan memudahkan guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) untuk topik peribahasa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M90AKTIVITI 1-2: PENELITIAN MAKLUMAT / PENGOLAHAN MAKLUMAT & JUSTIFIKASI Astrofotografi merupakan satu bidang yang agak asing bagi kebanyakan kita. Sebenarnya astrofotografi membolehkan kita mengetahui, memahami dan menghayati rahsia serta keindahan angkasa lepas. Bidang astrofotografi merupakan gabungan antara astronomi dan fotografi.Perbezaan ketara antara astrofotografi dengan fotografi biasa ialah bidang astrofotografi memakan masa yang panjang untuk merekodkan objek di angka lepas dan hanya dapat dilakukan pada masa-masa tertentu. Astrofotografi begitu relevan dengan kehidupan kita kerana pelbagai maklumat alam semesta dapat dikumpulkan dan pada masa yang sama kita dapat menikmati keindahan objek langit, ciptaan Tuhan. Antara peralatan penting untuk menjayakan bidang ini termasuklah kamera digital,teleskop,tripod yang tegap dan komputer. Keadaan cuaca yang berawan dan hujan akan mempengaruhi aktiviti astrofotografi. Selain itu, hanya terdapat lokasi-lokasi tertentu untuk menjalankan aktiviti ini.Sebaik-baiknya tempat tersebut hendaklah bebas daripada pencemaran cahaya. Di Malaysia,tempat yang paling sesuai ialah di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Malahan di balai ini telah disediakan kemudahan teleskop dan kamera digital yang khas.AKTIVITI 3: PENCIPTAAN SAJAKBIMASAKTIBintang-bintang berkerlipanIndahnya dipandangManusia terpesonaAnugerah Allah yang Maha KuasaSyukur dipanjatkanAir mata mengalir menginsafi nikmat-NyaKauciptakan bukan sia-siaTanda-tanda kewujudan-MuIngatan kepada sekalian hamba-Mu
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M91AKTIVITI 1: PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN HUJAHBAHAN 1 – PETIKAN (Buku Teks - Muka surat 78)MENERIMA HUJAH [KEBAIKAN NANOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN]1. Keupayaan teknologi nano dapat mengubah kehidupan manusia seperti industri penyediaan makanan, industri fabrik dan sukan.2. Terhasilnya banyak penemuan teknologi baharu yang dapat dimanfaatkan oleh negara lain.3. Penemuan teknologi baharu juga memberikan pendapatan kepada sesebuah negara melalui kejayaan mencipta produk berasaskan nanoteknologi.4. Melahirkan lebih ramai saintis yang mampu menghasilkan ciptaan terbaharu yang canggih dan inovatif.5. Mewujudkan persaingan yang sihat dengan berlumba-lumba mencipta teknologi terbaharu yang dapat memberikan manfaat kepada makhluk di muka Bumi ini.MENOLAK HUJAH [KEBURUKAN NANOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN]1. Pencerobohan maklumat iaitu negara luar dapat mencuri atau menceroboh maklumat dan penemuan terbaharu yang dihasilkan oleh sesebuah negara melalui satelit / nanoteknologi.2. Secara tidak langsung, keselamatan sesebuah negara akan terancam.3. Mewujudkan persaingan yang tidak sihat semata-mata untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi.4. Negara lain terpaksa membeli penemuan teknologi terbaharu yang memenangi Seminar Zentaron kerana mengikut Perjanjian Umum Sidang Galaksi Zentaron.5. Harga produk penemuan teknologi terbaharu akan menjadi lebih mahal kerana dimonopoli oleh negara yang memenangi seminar tersebut.6. Negara yang miskin sudah tentu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli penemuan teknologi tersebut.7. Penyalahgunaan teknologi yang mendatangkan risiko kepada kesihatan manusia.BAHAN 2 – GRAFIK (Buku Teks – Muka surat 79)MENERIMA HUJAH [KEBAIKAN NANOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN]1. Mengubah kualiti kehidupan manusia dalam pelbagai bidang iaitu bidang perubatan, teknologi maklumat dan elektronik2. Nanoteknologi dalam bidang perubatan mampu mengesan punca penyakit, memusnahkan sel kanser yang mula tumbuh, membuang toksin dalam badan dan melambatkan proses penuaan sel manusia.3. Dalam teknologi maklumat pula, komputer yang menggunakan teknologi nano dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi dengan pemprosesan data yang lebih cepat dan lancar.MENOLAK HUJAH [KEBURUKAN NANOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN]1. Penyalahgunaan nanoteknologi membahayakan manusia melalui penghasilan senjata-senjata moden yang banyak memusnahkan kehidupan manusia seperti senjata kimia yang dibangunkan menggunakan nanoteknologi lebih berbahaya daripada senjata kimia sedia ada.2. Nanoteknologi menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini disebabkan partikel nano yang terapung di udara boleh mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar kerana zarahnya tidak boleh diurai.AKTIVITI 2: PENGHASILAN VIDEO PENDEK ADIWIRA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M92CONTOH VIDEO:▪ Naib Johan Video Pendek | Adiwira Nano 2020 - YouTube▪ Video Pendek | Adiwira Nano V2 - YouTube▪ Saguhati Video Pendek | Adiwira NANO 2019 - YouTube
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M93AKTIVITI 1: PENGOLAHAN MAKLUMAT KEPADA BENTUK TEKS & GRAFIKBENTUK GRAFIKBahan Grafik (a)PENYAKIT POKOK PISANGPenyakit Layu Fusarium Penyakit MokoPunca PenyakitKulat Fusarium oxysporiumPunca Penyakit Bakteria Ralstonia solanacerumKesan• Daun menjadi layu dan bertukar kuning• Pangkal pokok akan pecah• Tanda hitam pada bahagian tisuKesan• Daun tua layu kekuningan dan mati• Daun muda menjadi hijau pucat atau kekuningan dan bergulung• Dalam buah menjadi kehitaman dan reputBahan Grafik (b)Gambar rajah: Proses Penghasilan Kultur Tisu PisangBENTUK PENULISANPengenalan: Kepentingan pertanian – kewujudan S & T menyemarakkan bidang iniIsi 1:Masalah yang dihadapi dalam bidang pertanian (tanaman pisang)Penyakit Moko dan kesannyaIsi 2:Cara untuk mengatasi masalah tersebut – kaedah kultur tisu pisangSelepas empat hingga enam minggu, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.Pada peringkat penggandaan tunas dan penghasilan akar, tunas akan dipindahkan ke medium baharu yang sesuai untuk penggandaan dan pengakaran Tisu pemula akan dimasukkan ke dalam medium permulaanTisu pemula yang diambil daripada sulur yang baik dirapikan dan dibasmi kuman
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M94*(merupakan satu inovasi dalam dunia sains dan teknologi kerana kaedah sedemikian mampu menyelamatkan tanaman dan juga mengelakkan kerugian – kaitan dengan Tema 6)Isi 2:Proses penghasilan kultur tisu pisangPenutup: Inovasi yang berterusan dalam pelbagai bidang – termasuk dalam bidang pertanian – penting –meningkatkan taraf ekonomi…AKTIVITI 2: PENGHASILAN SKRIP DRAMASkrip DramaKok Seng : Mengapa muram sahaja Fathan?Fathan : Mestilah muram Kok Seng, habis punah semua tanaman pokok pisangku pada kali ini (mengeluh)Kok Seng : Aik? Kenapa pula? Banjirkah?Fathan : Bukanlah Kok Seng, kebun aku tak pernah banjir. Kena jangkitan penyakit pokok pisang.Kok Seng : Teruk sangatkah?Fathan : Teruk jugalah ni..kalau tak takkan aku merungut kat awak sekarang ni.Kok Seng : Apakah yang berlaku sebenarnya? Fathan : Semua pokok pisang aku tak menjadi. Mula-mula ingatkan daunnya sahaja yang layu dan berwarna kekuningan. Apabila melihat buah pisang tersebut….terus terkedu aku. Buahnya kehitaman dan reput. Bukan beberapa pohon pokok pisang macam tu Kok Seng, tapi semua. Bayangkan semuanya…..aduhai.Kok Seng : Emmm….kalau semua….memang teruk jugalah ya. Sudah dapatkan pendapat dan bantuan daripada pakar? Dah cuba mendapatkan bantuan dan maklumat daripada persatuan petani ataupun mana-mana agensi pertanian?Fathan : Sudah Kok Seng…tengah runsing menunggu maklum balas daripada mereka. Kok Seng : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari ini mungkin bukan hari engkaulah ya Fathan, tapi mana tahukan…esok lusa kejayaan akan dapt kaukecapi. Bersabar dan tabahlah sahabatku. Kita tunggu dulu respons daripada pihak yang berkenaan dan kemudian kita lihat apa yang kita boleh buatlah ya. Pasti ada jalan penyelesaiannya.Fathan : Terima kasih Kok Seng kerana sudi mendengar rungutan dan luahanku ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M95AKTIVITI: KENAL PASTI & BINA AYAT TERBITAN DALAM PERENGGANNota: Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.1. Gas hidrogen boleh dihasilkan daripada air melalui proses elektrolisis.2. Kemunculan tenaga hidrogen sebagai sumber bahan api alternatif yang mesra alam sudah mula disedari oleh banyak pihak.3. Hidrogen boleh berfungsi sebagai sumber tenaga alternatif untuk menggantikan petrol dan diesel bagi menggerakkan kenderaan.4. Dengan satu isian penuh tangki, kereta hidrogen mampu bergerak sehingga 500 kilometer, setanding dengan kereta berasaskan petrol.5. Sel bahan api berfungsi untuk menghasilkan elektrik yang akan menggerakkan kenderaan melalui tindak balas kimia antara hidrogen dan oksigen.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M96
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M97AKTIVITI 1: PERUNDINGAN & JUSTIFIKASI PILIHANBerdasarkan bahan Buku Teks muka surat 84 – 85, buat satu jadual dan tentukan pokok herba manakah yang sesuai untuk di tanam di taman herba sekolah anda. Senaraikan pilihan anda dan alasan pokok herba sesuai atau tidak sesuai.POKOK HERBA YANG SESUAI DI TANAM DI TAMAN HERBANO. NAMA POKOK HERBA SESUAI (/) TIDAK SESUAI (X) KEISTIMEWAANNYA1 TEPUS TANAH2 KARI3 KEMANGI4 TERATAI5 TELANG6 KUNYIT7 ASAM GELUGOR8 SENDUDUK 9 CENGKIHCADANGAN JAWAPAN :NO. NAMA POKOK HERBASESUAI (/)TIDAK SESUAI (X) KEISTIMEWAANNYA1 TEPUS TANAH /- Tidak terlalu tinggi, ketinggiannya hanya 2.5 meter.- Ubat untuk mengurangkan bengkak.2 KARI /- Ketinggiannya hanya 0.9- 6 meter.- Daun digunakan untuk masakan.- Akarnya digunakan untuk merawat buasir, sakit perut, bengkak dan lebam.3 KEMANGI /- Ketinggian 2 meter sahaja- Akarnya untuk merangsang dan melawaskan haid, merawat demam panas, influenza dan selsema.- Daun digunakan pada bengkak, bisul, penyakit kulit dan sakit kepala.4 TERATAI /- Hidup di kawasan yang berair seperti kolam, tasik cetek dan paya.- Biji = membantu mengelakkan masalah cirit – birit, radang usus kronik dan muntah-muntah.- Rizom = mengatasi masalah demam, rasa haus, tekanan darah tinggi.- Daun = mengelakkan pitam, pening dan hidung berdarah.5 TELANG /- Hidup menjalar- Bunga = dapat meredakan tekanan, mengurangkan risiko penyakit jantung, bersifat antidiabetik, meredakan demam, baik untuk kesihatan rambut.6 KUNYIT /- Baik untuk sistem pencernaan, antiinflamasi, menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengurangi bintik hitam pada wajah, mempercepat proses penyembuhan luka.7ASAM GELUGOR /- Pokoknya tinggi iaitu 20 meter- Buah dan daun yang ditumbuk halus sesuai untuk disapu pada tubuh wanita selepas bersalin.- Boleh digunakan untuk mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol.8 SENDUDUK / - Sejenis tumbuhan renek
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M98ROSEMARY Tanaman yang tahan lasak & mudah tumbuh di dalam atau di luar rumah. Digunakan dalam pelbagai hidangan moden.MISAI KUCING Tumbuhan renek yang mudah membiak, Ia dapat melawaskan kencing, darah tinggi dan masalah diabetes.- Daunnya dapat mengatasi cirit-birit dan keputihan.- Akarnya dapat menghilangkan bintik – bintik cacar, mengatasi buasir dan melegakan sakit gigi.9 CENGKIH /- Pokoknya tinggi iaitu setinggi 20 meter.- Buahnya boleh dibuat ubat dalaman untuk meningkatkan selera, merawat perut memulas, dan usus kembung angin.- Kudup bunganya dapat membunuh dan menyingkirkan cacing di dalam perut, merawat cirit-birit , nafas berbau busuk, sakit perut dan sakit gigi.AKTIVITI 2: MAKLUMAT & KEISTIMEWAAN HERBA LAINTumbuhan herba bukan saja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau luar rumah, malah turut memberi pelbagai manfaat lain antaranya dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan, mahupun sebagai perubatan tradisional.Bagi yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah. Ia juga sesuai disusun di bahagian dapur, tidak memerlukan ruang yang besar dan mudah dijaga.Kebun dapur merangkumi mana – mana ruang (luar dan dalam) yang boleh anda gunakan khususnya untuk tanaman menambah rasa dalam makanan yang dimasak di dapur anda sendiri. Ia adalah cara mudah untuk menikmati manfaat herba segar di rumah sendiri. Maknanya, setiap tingkap atau ruang kosong yang ada di rumah anda boleh digunakan untuk menghasilkan kebun herba sendiri. Sumber : Laman Web Impiana & MyMetroKETUMBARBACAAN TAMBAHAN : Manfaat Ruang Kediaman Dengan Tanaman HerbaPUDINA Tumbuhan kecil yang tahan lasak dan cepat membesar. Dijadikan sebagai perasa tambahan,dan digunakan sebagai the ubat herba. Tanaman herba yang tumbuh melalui keratan batang. Digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M99AKTIVITI 1: KENAL PASTI & BANDING INTONASI & NADAPETIKAN SURATKenal pasti intonasi serta nada yang sesuai bagi petikan surat pada muka surat 87Intonasi ialah nada turun naik dalam sesuatu ayat. Intonasi berbeza-beza mengikut jenis-jenis ayat yang digunakan. Intonasi yang betul boleh membezakan maksud dan objek dalam sesuatu pengucapan.Jawapan1. Ayat Penyata Ayat yang membuat pernyataan atau keterangan. a.Buat masa ini, saya agak sibuk membantu ayah saya menguruskan penternakan ayam piru. b.Baka warisan ini cepat membesar dan dagingnya juga banyak pada bahagian dada dan juga paha. c.Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan tentang ayam Piru.2. Ayat Tanya Ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu dan mengharapkan jawapan. a.Saudari di sana apa khabar? b.Tahukah saudari bahawa ayam piru juga dikenali sebagai ayam Belanda? c.Bilakah saudari ingin berkunjung ke ladang ayam Piru ayah saya? 3. Ayat Perintah a. Jumpa lagi dalam lembaran akan dating.4. Ayat Seruan Ayat yang menyatakan emosi atau perasaana. Wah, banyak ilmu yang saya peroleh apabila menternak ayam Piru!AKTIVITI 2: KENAL PASTI & BINA AYAT MAJMUKRUJUK JAWAPAN DALAM BUKU HALAMAN 226▪ Ayat majmuk gabungan▪ Ayat majmuk relatif▪ Ayat majmuk komplemen▪ Ayat majmuk keterangan