The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98302881, 2026-01-25 07:49:05

BP BT T5

BP BT T5

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M150Isi 1: Sisa elektronik akan menghasilkan bahan toksik▪ alat peranti elektronik yang terdedah kepada cuaca panas, hujan atau persekitaran yang lembap akan menggalakkan penghasilan bahan toksik▪ jika dibuang ke dalam tong sampah atau di mana-mana kawasan bukan tapak pelupusan khas – bahan toksik yang ada pada alat peranti akan melalui proses degradasi dan akan masuk ke dalam ekosistem melalui tanah atau air bawah tanah ▪ contoh bahan toksik ialah plumbum, raksa, arsenik,kadmium dan penebat api▪ kesan sangat serius kepada kesihatan manusia dan alam sekitar - disebabkan oleh pendedahan kepada karsinogen neurotoksinIsi 2: Masuk ke dalam kitaran kehidupan▪ pelupusan e-waste yang tidak mesra alam boleh menyebabkan penyusupan toksin ke dalam sumber air ▪ contoh sumber air ialah sungai, tasik, kolam dan air bawah tanah ▪ kesannya air menjadi toksik dan berasid – sumber perikanan akan terjejas kerana sumber makanan hidupan akuatik telah tercemar – ikan dan hidupan akuatik lain akan mati▪ kandungan pH air juga meningkat - air minuman yang diperoleh daripada sumber sungai menjadi beracun- punca keracunan kepada manusiaIsi 3: Pencemaran kepada pertanian dan penternakan ▪ Pembuangan e-sisa ke tempat pelupusan sampah – memberi kesan kepada kualiti tanah ▪ logam berat seperti merkuri, plumbum dan cadmium yang terkandung di dalam e-waste berpotensi untuk meresap ke dalam tanah ▪ menyebabkan pencemaran serta mengakibatkan ketidaksuburan tanah▪ kesannya, gangguan kepada pertumbuhan tanaman – haiwan ternakan akan mengalami mutasi serta dijangkiti penyakit – petani dan penternak kerugianIsi 4: Menjejaskan kesihatan manusia ▪ Komponen berbahaya dalam sisa elektronik boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit – peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai ▪ Sebagai contoh merkuri menyebabkan kesan kronik kepada otak dan pernafasan, plumbum mengakibatkan perkembangan otak terjejas , membawa kepada kerosakan buah pinggang dan sistem darah, kromium pula menyebabkan asma dan bronkitis. Pertumbuhan otak boleh terbantut dalam kalangan kanak-kanak.▪ Oleh itu, peranti tersebut atau mana-mana peralatan elektrik dan elektronik perlu dilupuskan dengan baik sekiranya tidak digunakan lagi▪ Jangan pula sudah terhantuk baru tengadah, akibat tidak mengendahkan cara pelupusan e-waste yang betul, penyakit menimpa baru terasa sesal – kos rawatan perlu ditanggung, nikmat kesihatan tidak lagi dirasaiIsi 5: Menjejaskan alam sekitar ▪ Pembuangan sampah elektronik secara pembakaran - mendorong pembebasan dan penyebaran banyak bahan kimia ke dalam udara – kualiti udara merosot dan tercemar- berlaku pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC) dan gas-gas berbahaya lain – penipisan lapisan ozon – sinaran ultraungu yang berbahaya boleh mengakibatkan kanser kulit, boleh merosakkan mata , buta – ozon yang nipis juga mewujudkn permasalahan besar kepada alam sekitar iaitu kemarau


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M151▪ kepupusan spesies haiwan dan tumbuhan – kandungan logam berat dalam rantaian makanan boleh mengancam flora dan faunaPENUTUP / KESIMPULAN▪ Cadangan – kitar semula komponen sisa elektronik▪ Harapan – supaya dapat menyelamatkan sumber bumi dan mengekalkan kebersihan serta menjamin keselamatan alam sekitar - sisa elektronik mempunyai pelbagai jenis logam berharga yang boleh dikitar semula - Sebagai contoh, televisyen mengandungi tembaga, besi, gelas dan plastik - 75% daripada komponen TV boleh dikitar semula untuk digunakan sebagai sumber bahan mentah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M152AKTIVITI 1: MENDENGAR AUDIO & MENJANA IDEA BAHARU1. Apa itu mobiliti hijau?Mobiliti hijau ialah kenderaan yang tidak menggunakan petrol atau diesel. Kenderaan bergerak tetapi tidak melepaskan gas-gas berbahaya seperti kereta, bas, dan tram elektrik.Berbasikal dan berjalan kaki juga merupakan eleman mobilitii hijau.2. Nyatakan satu usaha kerajaan untuk menggalakkan mobiliti hijau.Pihak kerajaan menyediakan persekitaran pejalan kaki yang kondutif, laluan pejalan kaki berbumbung lebih banyak diwujudkan.3. Kesan usaha kerajaan menggalakkan mobiliti hijau ialah:(i) Pengangkutan awam menjadi pilihan utama(ii) Kesesakan kenderaan dapat ditangani.4. Pada pandangan anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan hijau?Pada pendapat saya, peranan setiap individu amat penting dalam menyumbang kepada kejayaan pengangkutan hijau. Setiap individu perlu bersikap positif terhadap pengangkutan hijau. Mereka perlu beralih dari pengangkutan konvensional kepada pengangkutan hijau. Maksudnya mereka perlu menukar kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel kepada kenderaan yang menggunakan gas asli cecir, elektrik, solar atau kenderaan teknologi hijau yang lain. Selain itu, mereka juga hendaklah memberikan sokongan kepada pengangkutan awam yang menggunakan teknologi hijau. Maka dengan penglibatan individu yang menyeluruh menyokong pengangkutan hijau, mobiliti hijau ini akan berjaya mencapai matlamatnya.AKTIVITI 2: PEMBENTANGAN – PENGANGKUTAN HIJAUDEFINISI PENGANGKUTAN HIJAU▪ Pengangkutan hijau ialah semua jenis pengangkutan yang mesra alam yang tidak memberi kesan kepada alam sekitar.▪ Pengangkutan hijau meminimumkan pencemaran kualiti persekitaran dan pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar.▪ Kenderaan hijau direka dengan tujuan meningkatkan kecekapan sumber melalui proses bahan api sampingan. Kenderaan pengangkutan hijau ialah pelbagai kenderaan yang rendah pencemaran


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M153▪ Pengangkutan hijau menggunakan tenaga diperbaharui seperti hybrid, LNG, elektrik, hidrogen, tenaga solar, biofuel, biojisim, hidro dan angin.▪ Sistem pengangkutan yang boleh dikategorikan sebagai pengangkutan hijau seperti basikal, motosikalelektrik, kereta elektrik dan gas asli, kereta api elektrik dan bateri atau kapasitor ultra, dan bas elektrikatau hibrid.KEPENTINGAN PENGANGKUTAN HIJAU▪ Penggunaan kenderaan elektrik hibrid antara punca kurangnya impak kepada pemanasan global yang merosakkan persekitaran. Ia merupakan salah satu penyumbang kepada pengurangan kesan rumah hijau dunia.▪ Kenderaan hibrid di bandar terancang di Malaysia dapat menjamin kelestarian bandar dengan penggunaan teknologi hijau untuk pengangkutan awam.▪ Pengangkutan berasaskan teknologi hijau dapat membantu meningkatkan prestasi alam sekitar.▪ Pengangkutan hijau mengurangkan pembaziran dan mencapai penjimatan kos.▪ Pengangkutan hijau meningkatkan kecekapan dan sinergi daripada kalangan ahli perniagaan dan syarikat utama mereka. ▪ Pengangkutan menggunakan gas asli dapat mengurangkan gas rumah hijau dan pencemaran persekitaran. ▪ Pangangkutan awam yang menggunakan biodiesel boleh mengurangkan kelegapan asap, zarah, sebatian kimia hidro dan karbon, karbon dioksida yang tidak terbakar dan karbon monoksida.▪ Pengangkutan hijau melalui penggunaan gas cecair asli yang telah dimampatkan dan teknologi elektrik hybrid untuk bas ialah pilihan yang paling murah dalam kos operasi dan pemilikan. ▪ Bas yang menggunakan bateri sel membenarkan pengurangan pengeluaran asap karbon monoksida yang tertinggi sehingga 61% perlepasan gas tersebut setahun. ▪ Pengangkutan hijau akan mewujudkan bandar rendah karbon yang akan menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kesihatan penduduknya.▪ Pengangkutan hijau juga menyumbang kepada pengurangan suhu bumi yang sedang meningkat akibat pelepasan karbon dioksida.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M154AKTIVITI 1 & 2: MENGANALISIS MAKLUMAT & MENULIS ISI DALAM PERENGGANPUNCA-PUNCA KEPUPUSAN HIDUPAN LIARPunca 1: Pembakaran hutan ▪ berlaku disebabkan cuaca kering▪ contohnya kebakaran yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pada bulan April 2020. Disebabkan oleh cuaca kering.▪ fenomena seperti ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu ▪ peningkatan suhu menyebabkan perubahan cuaca dalam jangkamasa yang panjang.▪ haiwan liar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca akan mati.▪ Contohnya Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam pada tahun 2017 menganggarkan bahawatujuh peratus daripada mamalia dan empat peratus daripada spesies burung telah pupus akibat perubahan iklim dan cuaca yang teruk (mateimpactnews.com) ▪ lama-kelamaan fenomena perubahan cuaca akan menyebabkan kepupusan hidupan liar.Punca 2: Pembalakan haram ▪ penebangan pokok yang dilakukan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan.▪ dilakukan untuk tujuan mengaut keuntungan.▪ biasanya tidak ada usaha penanaman semula▪ menyebabkan habitat semulajadi fauna dan flora mengalami ancaman ▪ hidupan liar yang kehilangan tempat tinggal akan turut kehilangan sumber makanan. ▪ hidupan liar yang tidak boleh meneruskan kehidupan akan pupus.Punca 3: Pencemaran alam ▪ berlaku di Kawasan perairan seperti di lautan akibat tumpahan minyak dan longgokan sampah.▪ berpunca daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab memilih jalan mudah untuk melupuskan sisa.▪ contoh membuang sisa industri, sampah plastik ke dalam laut.▪ menyebabkan habitat hidupan liar akuatik terjejas▪ pengaliran air dari kilang ke dalam laut boleh meningkatkan suhu air sehingga menyebabkan hidupan liar di lautan mati.▪ antara hidupan laut liar yang terus terancam ialah ikan paus biru, paus sirip dan juga penyu Hawksbill. ▪ jelas bahawa angkara manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan banyak hidupan laut pupus.LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KEPUPUSAN HIDUPAN LIARLangkah 1: Penyelidikan dan Pembangunan▪ perlu dilakukan oleh Institut Pengajian Tinggi untuk memastikan haiwan liar dapat dipelihara dari pupus dari muka bumi. ▪ Jabatan PERHILITAN boleh menubuhkan bank genetik untuk menympan DNA haiwan liar ▪ baka haiwan yang disimpab boleh digunakan untuk menghidupkan semula haiwan liar yang telah pupus.▪ Pada masa yang sama penyelidekan juga perlu dilakukan untuk mencipta pelbagai pelalian dan hormon untuk memberi kekuatan kepada haiwan liar untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mengancam kehidupan mereka. ▪ Selain itu, usaha -usaha perlu diambil untuk menempatkan haiwan-haiwan liar di zoo supaya dapat dilindungi daripada ancaman kepupusan.▪ hiawan yang ditempatkan di dalam zoo mudah untuk digunakan sebagai specimen kajian lanjutan bagi menjamin kewujudannya di muka bumi.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M155Langkah 2: Penguatkuasaan dan Pemantauan▪ kerajaan perlu menguatkuasakan undang agar aktiviti yang menyebabkan kehidupan haiwan liar terancam dapat dikurangkan.▪ pegawai jabatan Perhutanan, TLDM perlu melakukan rondaan sekerap mungkin untuk memastikan aktiviti yang tidak dibenarkan seperti pemburuan haram dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan laut dapat dtangani dengan lebih berkesan. ▪ pesalah yang terbukti melakukan aktiviti yang menjejaskan kehidupan hidupan liar perlu dikenakan Tindakan undang-undang yang tegas.▪ manakala anggota masyarakat yang memberikan Kerjasama dengan cara melaporkan aktiviti yang menjejaskan hidupan liar peralu diberikan ganjaran sebagai tanda terima kasih.▪ gandingan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan yang rapi pasti dapat mengurangkan risiko habitat hidupan liar terancam oleh perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Langkah 3: Program Kesedaran▪ pelbagai pihak perlu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memlihara hak hidupan liar sebagai ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi.▪ Pihak kerajaan seperti Jabatan PERHILITAN dan Jabatan Perhutan boleh bekerjasama dengan badan bukan kerajaan seperti World Wildlife Fund (WWF) untuk menganjurkan kempen kesedaran menghargai hidupan liar untuk orang awam. ▪ pihak sekolah boleh mendidik murid-murid dari peringkat bangku sekolah untuk mengelakkan Tindakan yang boleh mengancam habitan hidupan liar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M156SOALAN 1(i): KARANGAN BPendahuluan:▪ Pelancongan kesihatan didefinisikan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani rawatan atau untuk mendapatkan rawatan▪ Menurut Mantan Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad telah menyatakan bahawa kerajaan telahmenjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan sejak tahun 1998 lagi.▪ Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia semakin mendapat perhatian oleh pelancong asing▪ Usaha yang boleh dilakukan untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia bagi beristirahat di samping mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaikUsaha 1: Peranan Media massa▪ mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan pada peringkat antarabangsa.▪ televisyen menyiarkan dokumentari tentang keunikan Malaysia sebagai tempat berehat yang murah kosnya di samping mempunyai kemudahan kesihatan yang menawarkan pelbagai teknik rawatan yang moden dan tradisional.▪ boleh membuat liputan media tentang kepakaran perubatan yang terdapat di negara kita serta kemudahan yang disesuaikan dengan kos yang berbeza mengikut kemampuan pesakit.Usaha 2: Peranan masyarakat▪ memberitahun rakan-rakan di luar negara tentang kemasyhuran Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan rawatan pelbagai penyakit. ▪ menjaga kebersihan tempat-tempat pelancongan di negara kita agar disenangi oleh pelancong yang dating ke negara kita untuk menerima rawatan.▪ melengkapkan diri dengan maklumat yang tepat dan mencukupi tentang kemudahan perubatan yang ditawarkan di negara kita dan juga tentang kemudahan pelancongan yang dapat dinikmati oleh pelancong.▪ sentiasa mempamerkan tingkah laku yang sopan dan mudah beramah mesra dengan pelancong.Usaha 3: Peranan Kerajaan▪ menyediakan pakar-pakar perubatan yang berkelayakan dan komited dalam kerja mereka.▪ meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan perubatan supaya sentiasa setanding dengan mutu rawatan yang ditawarkan oleh negara-negara maju. ▪ memberikan latihan yang baik kepada pemandu pelancong yang berperanan sebagai duta kecil Malaysia. ▪ memberi kemudahan kepada agensi pelancongan membuat promosi di peringkat antarabangsa.▪ mengadakan Kempen yang sesuai di peringkat antarabangsa menampilkan Malasyia sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang paling mengkagumkan.Penutup :▪ pelancongan kesihatan yang sedang rancak berjalan di Malaysia merupakan salah satu panyumbang utama kepada ekonomi negara▪ Dengan ini telah memberi kelebihan kepada Malaysia dalam menarik minat pelancong asing datang untuk membuat rawatan di sini▪ kerjasama dari semua pihak terutamanya dari sektor awam dan juga swasta amat perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri ini ▪ menaik taraf peralatan yang sedia ada agar setanding dengan negara maju yang lain▪ pelbagai perancangan yang dirancangkan negara dalam industri ini akan dapat mencapai hasrat serta aspirasi negara


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M157SOALAN 1(ii): KARANGAN BPendahuluan ▪ sektor pertanian penting bagi memastikan negara mempunyai simpanan makanan yang mencukupi untuk tahun-tahun akan datang▪ dengan perubahan teknologi yang semakin maju, pertanian bukan lagi terhad kepada pengeluaran ladang sebaliknya sudah memasuki dunia yang lebih luas seperti penghasilan benih atau baka baru, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian▪ kerajaan menyeru generasi muda supaya terlibat adalam sektor pertanian kerana mempunyai masa depan yang cerah▪ usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan minat saya dalam bidang pertanianIsi 1 ▪ melakukan aktiviti pertanian bersama-sama dengan ahli keluarga di halaman rumah masing-masing▪ diri akan sedar betapa menariknya bidang pertanian dan akan berazam untuk menceburi bidang ini apabila dewasa kelakIsi 2 ▪ memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian melalui pembacaan dan bahan yang ditonton▪ menonton video dan dokumentari tentang bidang pertanian yang diusahakan di seluruh dunia untuk mendapat gambaran yang jelas dengan perkembangan yang letah berlaku dalam sektor pertanian di negara kita dan juga di seluruh dunia.▪ sikap cinta akan pertanian dalam diri juga dapat disemai dengan menghadiri ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa(MAHA) yang diadakan setiap 2 tahun supaya dapat meneroka pelbagai cabang pertanian dengan lebih lanjutIsi 3 ▪ sering menyertai kursus-kursus yang diadakan oleh kerajaan tentang pertanian terutama bidang agropelancongan▪ dapat mengetahui peluang dalam bidang ini amatlah luas▪ pendedahan tentang bidang ini amat penting untuk meningkatkan minat Penutup ▪ tidak dapat dinafikan penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian sangat penting untuk menjadi pelapis kepada generasi lama yang masih aktif dalam kegiatan pertanian yang membabitkan tanaman▪ tugas berat akan menanti saya dan generasi muda yang lain untuk mencorak dan mewarnakan bidang pertanian di negara ini▪ diharap kami dapat menjadikan bidang ini sebagai satu sektor yang amat berpotensi dan menjanjikan keuntungan kepada negara.SOALAN 2: PETIKAN UMUM1. Berdasarkan bahan, pengurusan kewangan tidak sistematik ialah:▪ Pengurusan kewangan tidak sistematik apabila 71.4% yang bekerja sendiri menyatakan simpanan kewangan yang mereka ada hanya cukup untuk 1 bulan. ▪ 53% rakyat Malaysia merasa sangat tertekan dari segi kewangan.▪ tidak membuat simpanan 10 peratus daripada pendapatan▪ tidak melangsaikan hutang kad kredit sepenuhnya setiap bulan▪ tidak menyediakan belanjawan sesuai dengan pendapat yang diterima. ▪ tidak membuat senarai belanjawan bulanan yang bijak▪ tidak berbincang dengan pasangan tentang strategi belanjawan keluarga▪ tidak membuat senarai barangan yang ingin dibeli2. Pengurusan wang saku yang saya amalkan adalah:▪ membuat catatan belanjawan harian pada setiap hari▪ tidak membelanjakan semua wang saku ▪ pastikan 10 peratus wang saku harian disimpan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M158▪ mengutamakan barang keperluan daripada barang kehendak.▪ mengamalkan perbelanjaan berhemat seperti membawa bekal ke sekolah.▪ menabung baki duit belanja sekolah dan setiap hujung bulan, duit tabungan tersebut dimasukkan ke dalam bank. 3. Berdasarkan pengetahuan saya, amalan pengurusan kewangan dapat menjamin kesejahteraan hidup dengan cara: ▪ mengelakkan kita berhutang dengan orang lain.▪ memastikan kita berbelanja tidak melebihi pendapatan.▪ mendidik diri agar sentiasa mempunyai wang tabungan untuk kegunaan waktu kecemasan.▪ merancang perbelanjaan agar dapat memenuhi semua keperluan hidup.▪ menyimpan 10 peratus daripada pendapatan bulanan.▪ catatkan segala perbelanjaan harian, termasuk bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit.▪ menyenaraikan segala hutang dan bil tertunggak. ▪ menetapkan matlamat untuk melangsaikan hutang.▪ mengutamakan keperluan daripada kehendak.▪ menetapkan azam untuk mencapai matlamat kewangan. ▪ mendisiplinkan diri dan jangan berputus asa.▪ menyediakan perlindungan kewangan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.4. Perancangan kewangan penting demi kelestarian hidup kerana:▪ hidup tidak akan menjadi terumbang-ambing akibat masalah hutang.▪ tidak mencari kemewahan hidup di luar kemampuan ▪ dapat menikmati ketenangan dalam hidup.▪ dapat menjamin hubungan kekeluargaan yang mesra dan harmoniPerancangan kewangan penting untuk kelestarian hidup. Ulasan saya ialah perancangan kewangan merupakan salah satu perkara penting dalam memastikan kehidupan kita berjalan dengan lancar. Perancangan kewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan. Kegagalan seseorang menguruskan kewangan boleh mengakibatkan kesan yang sangat besar kepada individu, keluarga dan masyarakat sekeliling. Contohnya, jika seseorang itu diisytihar bankrap atau muflis. Ahli keluarga akan merasai tempias masalah kewangan akibat tidak diurus dan dirancang dengan baik. Antaranya, anak-anak terpaksa dinafikan peluang untuk belajar dengan baik, suami isteri terpaksa berkerja lebih masa dan terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menampung keperluan hidup. Kesannya, perhatian kepada keluarga terpaksa dikurangkan dan bakal memberi kesan kepada jiwa dan sosial anak-anak. Selain itu, akibat buruk daripada tidak menguruskan wang adalah berlakunya pembaziran. Hasil pendapatan digunakan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya secara berlebihan. Kesannya, pada pertengahan bulan, kebanyakan daripada kita sudah mula kekurangan wang untuk dibelanjakan untuk barang-barang keperluan dan mula mencari sumber wang lain antaranya dengan cara berhutang.SOALAN 3: AKTIVITI LISAN BERKUMPULANTEMA 1:▪ manusia bersikap tidak bertanggungjawab.▪ manusia tidak menghargai alam ciptaan tuhan.▪ manusia kurang kesedaran tentang impak negatif perbuatan mereka terhadap alam dan kehidupan manusia.▪ sikap rakus manusia yang hanya mementingkan keuntungan wang ringgit juga menyebabkan manusia melakukan tindakan-tindakan yang akhirnya menjejaskan alam sekitar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M159▪ manusia perlu mengamalkan teknologi hijau untuk menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.▪ amalan teknologi hijau perlu diberi keutamaan dalam semua sektor ekonomi dengan memberikan insentif yang menarik.▪ contoh amalan teknologi hijau adalah penggunaan kereta hybrid, pengunaan tenaga solar dan air untuk menjana tenaga.▪ individu tersebut tidak mempunyai kesedaran diri untuk menjaga alam sekitar▪ sewenang-wenangnya membuang sampah sarap di tempat-tampat yang tidak sepatutnya membuang sampah▪ kesannya, tempat- tempat berkenaan seperti sungai akan tercemar dan hidupan akuatik akan mati▪ pihak kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu menyediakan tong sampah yang banyak bagi mengelakkan pembuangan sampah sarap yang leluasa di tempat yang tidak sepatutnyaTEMA 2:▪ sektor pertanian penting untuk menjamin kehidupan manusia kerana sektor ini merupakan salah satu sektor yang membekalkan sumber makanan utama.▪ sektor ini menghasilkan sumber makanan untuk keperluan manusia.tanpa sumber makanan ▪ kehidupan manusia akan terjejas.▪ negara-negara yang menjadikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan sebagai sektor ▪ ekonomi utama akan sentiasa menjadi negara pengeksport sumber bekalan makanan yang mempunyai permintaan yang tinggi.▪ permintaan yang tinggi untuk hasil pertanian bermakna pendapatan negara juga terjamin.▪ pengusahaan aktiviti pertanian, perikanan ataupun penternakan juga merupakan satu cara menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia yang menganggur.▪ penggunaan teknologi pertanian yang moden telah menjadikan kerjaya ini mendatangkan pendapatan lumayan. Namun:▪ pengusahaan pertanian, penternakan mempunyai risiko-risiko yang boleh menjejaskan pendapatan petani atau penternak.▪ contohnya risiko penyakit yang menyerang haiwan ternakan, ataupun serangan serangga perosak yang merosakkan tanaman sebelum sempat dituai hasilnya.▪ usaha peyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti ▪ MARDI mampu mengurangkan risiko kemusnahan hasil tanaman memberikan harapan kepada ▪ golongan petani untuk terus mengusahakan tanaman mereka.▪ sektor pertanian, pertanian dan perikanan boleh terus dibangunkan dengan pesat jika kerajaan ▪ menyediakan skim pampasan yang boleh digunapakai apabila petani atau penternak ditimpa mala petaka yang tidak dijangka.SOALAN 4: PETIKAN SASTERA(i) Maksud rangkap pertama ialah tindakan manusia memusnahkan hutan boleh membawa impak yang buruk kepada semua hidupan di dunia ini.(ii) Berdasarkan Bahan 1, akibat daripada penggondolan hutan ialah kemusnahan habitat hidupan liar. Selain itu, haiwan liar semakin pupus.Berdasarkan Bahan 2, akibat daripada penggodolan hutan ialah pemandangan hijau semakin hilang dari pandangan. Selain itu, kepupusan flora dan fauna.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M160(iii) Langkah-langkah yang harus diambil agar hutan akan kekal seperti sediakala walaupun pembangunan pesat dijalankan ialah: ▪ penanaman semula spesies tanaman yang sama di tempat lain supaya khazanah hutan semulajadi tetap kekal. ▪ pemindahan pokok-pokok ke tempat lain.▪ membuat perancangan yang teliti agar pembangunan tidak mengorbankan kawasan hutan semulajadi.▪ kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti ekonomi seperti projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat mungkin dalam kuantiti yang tertentu. ▪ kerajaan mewartakan semua kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. (iv) Pada pendapat saya, cara yang harus dilakukan agar setiap individu di muka bumi ini menghargai kewujudan hutan dan tidak sewenang-wenangnya melakukan kemusnahan ialah: ▪ mendidik anak-anak dari kecil sejak di bangku sekolah rendah untuk menyayangi hutan ciptaan tuhan dengan tidak melakukan aktiviti -aktiviti yang boleh merosakkan hutan.▪ ibu bapa menjadi suri teladan yang baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik apabila melakukan aktiviti di Kawasan hutan.▪ media massa menayangkan dokumentari yang bermaklumat tentang kepentingan memelihara hutan kepada manusia.▪ kerajaan mengadakan kempen tentang kepentingan hutan kepada manusia dari semasa ke semasa untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat memelihara hutan.▪ kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk mengelakkan pihak yang tidakbertanggungjawab memusnahkan kawasan hutan.▪ badan bukan kerajaan boleh menghasilkan bulletin yang memuatkan pelbagai rencana tentang hutan dan haiwan liar untuk dijadikan bahan bacaan yang menarik.▪ hukuman yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman penjara dan denda.▪ pesalah turut dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk memberi peringatan kepada masyarakat. ▪ sikap tegas dan telus kerajaan dalam melaksanakan undang-undang memberi impak yang ketara dalam usaha menangani kemusnahan hutan. ▪ pihak kerajaan seharusnya menjalankan kempen di sekolah-sekolah dengan menerangkan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang mengalami perubahan cuaca global ini. SOALAN 5: NOVEL(i) Kesan-kesan gelombang cahaya yang terlalu tinggi kepada manusia ialah hal ini mengganggu kitaran haiwan yang aktif pada waktu malam dan tumbuhan dari segi pertumbuhan, pembiakan dan jadual mencari makan. Selain itu, gelombang cahaya yang terlalu tinggi ini juga membawa kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Manusia yang terlalu terdedah kepada cahaya yang terlalu tinggi akan mengalami tekanan darah yang lebih tinggi dan juga masalah kesuburan.(ii) CONTOH JAWAPAN BAGI NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA:Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Antara peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M161Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah peristiwa pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. CONTOH JAWAPAN BAGI NOVEL TIRANI:Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumahtangga dan telah mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet Aya Sajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang mempunyai masa depan.Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah peristiwa Waheeda gigih mendapatkanpinjaman tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana setiap usaha yang dilakukan oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya.CONTOH JAWAPAN BAGI NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN:Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan ialah peristiwa Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana datuk bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah peristiwa Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana sikap mengambil tahu situasi nasib yang menimpa seseorang sebelum mencari jalan penyelesaian.CONTOH JAWAPAN BAGI SONGKET BERBENANG EMAS:Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. Peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan ialah peristiwa Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana kerana masyarakat mengambil tahu nasib anggota masyarakat dalam kalangan mereka dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah peristiwa Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban yang dihadapi oleh orang lain.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M162SOALAN 6: RUMUSANPendahuluan Kata Kunci 1 Kepentingan industri pelancongan kepada masyarakat dan negaraKata kunci 2 Usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan popular duniaIsi Kata kunci 1 –Bahan 11. Industri pelancongan dapat menjanakan pendapatan negara.2. Industri pelancongan dapat mengurangkan pengangguran dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan yang terbentang luas.3. Industri ini memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.4. Kegiatan pelancongan yang aktif merupakan tarikan utama pelabur asinguntuk menanam modal di negara ini.Kata kunci 1 –Bahan 25. Industri pelancongan dapat memperkasakan ekonomi luar bandar.6. Industri ini dapat merapatkan jurang ekonomi.7. Industri pelancongan dapat meningkatkan pendapatan usahawan yang terlibat dalam sektor ini.Kata kunci 2 –Bahan 11. Pihak kerajaan boleh memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesk.2. Rakyat perlu memainkan peranan dengan menunjukkan sikap mesra dalam menyantuni para pelancong.Penutup Kesimpulannya, semua pihak perlulah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia supaya bilangan pelancong ke negara kitameningkatkan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M163


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M164AKTIVITI 1: PERBUALAN – KESELAMATAN PENGGUNAAN E-DOMPETPerbualan dengan rakan anda tentang keselamatan penggunaan e-dompet.Najwa : Hai Sumathy, apa khabar? Awak hendak ke mana?Sumathy : Hai Najwa. Khabar baik. Saya hendak ke kedai.Najwa : Lama kita tidak berjumpa, boleh kita berbual sebentar?Sumathy : Boleh, apa salahnya. Saya pun dah lama tidak berjumpa dengan awak.Najwa : Awak hendak ke kedai beli apa?Sumathy : oh, saya hendak membeli barang keperluan sekolah. Saya risau sebenarnya pergi seorang diri kerana perlu membawa wang yang banyak.Najwa : Ya, sekarang ni macam-macam jenayah berlaku. Alangkah bagusnya jika semua pihak menyediakan perkhidmatan e-dompet.Sumathy : E-dompet? Apa tu?Najwa : E-dompet ni adalah aplikasi seperti ‘beg duit’ yang boleh kita gunakan untuk membayar barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan wang tunai.Sumathy : Wah, betul ke ada aplikasi seperti itu. Mudah la kalau kita hendak keluar dan tak perlu bawa wang tunai.Najwa : Banyak kelebihannya jika kita mempunyai e-dompet ni. Selain tidak perlu membawa wang tunai, kita juga tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan wang di mesin “ATM”. Rekod perbelanjaan juga disimpan, jadi tak perlu ada resit.Sumathy : Jika macam tu mesti ada diskaun serta ganjaran diberi oleh pihak bank perbankan jika kita menggunakan e-dompet semasa berbelanja.Najwa : Tapi…e-dompet ni ada juga kelemahannya. Aplikasi ni hanya berfungsi jika ada capaian internet. Selain itu, mungkin ada pihak tertentu yang bijak menggodam maklumat peribadi kita yang terdapat dalam e-dompet ini. Tambahan pula, tak semua tempat menerima edompet untuk urusan jual beli.Sumathy : Oh begitu. Baru saya faham. Terima kasih atas maklumat ini. Najwa : Sama-sama. Awak mesti dah terlambat untuk pergi ke kedai. Maaflah sebab mengganggu awak.Sumathy : Eh, tak adalah. Saya gembira dapat berbual-bual dengan awak. Nanti jika ada kesempatan, kita akan berbual lagi.Najwa : Hati-hati ya. Jumpa lagi.Sumathy : Jumpa lagi.AKTIVITI 2: MEMBERI PENDAPAT & ALASAN Pada masa akan datang, wang kertas dan wang syiling tidak akan digunakan lagi sama sekali. Bersetujukah anda dengan penyataan ini. Berikan alas an.Bersetuju. Alasannya:1. Kehidupan moden dengan capaian internet yang menyeluruh menyebabkan masyarakat memilih untuk memiliki e-dompet.2. Lebih menjamin keselamatan kerana risiko untuk dirompak adalah kurang.3. Urusan jual beli lebih mudah dan cepat tanpa perlu membuang masa di kaunter bayaran.4. Banyak premis atau pusat jualan menerima e-dompet bagi memudahkan urusanTidak bersetuju. Alasannya:


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M1651. Kawasan luar bandar terutama kawasan pedalaman masih ketinggalan dari segi kemajuan dan ini menyebabkan urusan jual beli masih menggunakan wang dan syiling.2. Terdapat beberapa perkhidmatan yang kurang sesuai menggunakan e-dompet


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M166AKTIVITI 1: MEMBACA DENGAN TEKNIK BACAAN CHATTTEKNIK BACAAN CHATTC: Circle (Bulatkan kata kunci)H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting)A: Asterisk (Tandakan asterik * pada isi sampingan / sokongan)T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT)T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang CHATTTeknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif dan pembaca berinteraksi dengan teks. Pembaca juga perlu membuat pertimbangan terhadap maklumat dan menanda halaman yang dibaca. Kekuatan teknik ini ialah guru dapat memberikan maklum balas terhadap nota murid dan mengaitkannya dengan pelajaran.AKTIVITI 2: PERBANDINGAN MAKLUMAT JBPM - APMBORANG PENGURUSAN GRAFIK- MEMBANDING DAN MEMBEZA(*Telah diubah suai untuk kesesuaian tahap murid sederhana / lemah)KATA KUNCI / ISTILAHAPM - Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaJBPM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia IMEJ (DEFINISI)Baju biru (APM)Baju Oren (JBPM)DEFINISI KATA KUNCISiap Sedia Sentiasa (APM) Sedia Menyelamat (JBPM)IDEA UTAMAAPM menjaga keselamatan awam tanpa senjata semasa perang dan semasa aman menjaga keselamatan awam sebelum, semasa dan selepas bencanaJBPM berperanan menyelamat nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyatIDEA SAMPINGANKedua-dua agensi kerajaan ini mempunyai tugas yang tersendiri dan khusus. Namun, ada beberapa tugas yang ada persamaannya. Walau bagaimanapun, persamaan ini saling melengkapi dan bekerjasama.RUMUSAN GURUMurid dapat mengenal pasti maklumat-maklumat penting daripada petikan. Murid juga membandingkan antara APM dan JBPM dari segi peranan dan tugas agensi-agensi ini.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M167Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPERSAMAAN● Bertanggungjawab menjaga keselamatan awam (keselamatan nyawa dan harta benda) demi kesejahteraan rakyat● Memberikan khidmat kemanusiaan● Menjalankan perkhidmatan kecemasan/ operasi penyelamatan di pelbagai tempat dan keadaan di seluruh negaraPERBEZAANAngkatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaTUGAS/PERANAN/TANGGUNGJAWAB● Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam● Melaksanakan tugas penyelamatan dan perlindungan daripada sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.● Mengenal pasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberikan impak terhadap keselamatan rakyat dan negara● Melaksanakan dan menambah baik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan puca kuasa yang ditetapkan● Menjalankan tugas pencegahan dan pemadaman kebakaran● Menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan● Menjalankan kawad kebakaran● Mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan dan bahaya kebakaran● Memastikan sesebuah bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan● Menjalankan kerja-kerja forensik kebombaan ● Melaksanakan pendakwaan di mahkamahAKTIVITI 3: PEMBENTANGAN – PERANAN PASUKAN KESELAMATAN LAINPasukan keselamatan satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan organisasi berkanun dengan mandat keselamatan dalam negeri. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pasukan keselamatan utama di negara kita.POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)OBJEKTIF PENUBUHAN PDRM▪ Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara.▪ Mengawal dan membanteras jenayah dan ancaman dadah/bahan bagi mengurangkan kegusaran masyarakat.▪ Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengumpulan risikan keselamatan.▪ Mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.▪ Melaksanakan konsep \"total policing\" melibatkan penyertaan masyarakat dan lain-lain stakeholders.▪ Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan aset dalam pelaksanaan tugas-tugas kepolisan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M168▪ Mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu-isu jenayah dan kesan-kesan perlakuan jenayah.▪ Mewujudkan suasana kondusif dari aspek spiritual dan moral.TUGAS/PERANANSeksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:▪ menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;▪ memproses risikan keselamatan;▪ menjalankan pendakwaan;▪ memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;▪ memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;▪ melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;▪ mempamerkan maklumat;▪ melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;▪ menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;▪ memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;▪ melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;▪ menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan▪ menjaga ketenteraman didalamnya danmengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.▪ Seksyen 21pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalu lintas di jalan awam.ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)TUGAS/PERANAN▪ Melindungi kedaulatan dan integriti negara.▪ Bertindak proaktif dalam menjamin keselamatan serta keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata.▪ Menyokong dan membantu usaha- usaha kerajaan dalam pentadbiran dan kesejahteraan rakyat jelata.▪ Mengeratkan hubungan antara tentera dan rakyat jelata serta menyemarakkan kewibawaan dan kemampuan ATM demi kepentingan kesejahteraan negara.▪ Melibatkan diri dalam usaha meningkatkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara- negara serantau melalui pelaksanaan aktiviti- aktiviti bilateral dan multilateral serta confidence building measures.▪ Mendukung usaha keamanan dan operasi bantuan kemanusian di arena antarabangsa.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M169AKTIVITI 1: SUSUN & OLEH ISI-ISI PENTING KARANGANBINAAN PERENGGAN PENDAHULUANBINAAN AYAT JUMLAH PERKATAANAYAT TEMAKeselamatan negara bermaksud satu keadaan bebas daripada ancaman bahaya. Keselamatan sesebuah negara amat penting untuk dijaga oleh semua lapisan masyarakat untuk memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.26 p.pAYAT HURAIAN[Mengapa]Benteng keselamatan negara yang kukuh dapat mengelakkan negara daripada ancaman-ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kesejahteraan negara.18 p.pAYAT HURAIAN[Contoh]Antara ancaman yang dibimbangi oleh masyarakat ialah bahaya dadah, kemasukan warga asing, penyeludupan, serangan lanun dan pengganas, keselamatan siber dan serangan mata wang.21 p.pAYAT HURAIAN[Kesan]Sekiranya ancaman-ancaman berkenaan dibiarkan berlalu, nescaya impak negatif seperti jenayah siber, kes rompakan, penyakit berjangkit, kejatuhan ekonomi negara tidak dapat dielakkan.20 p.pAYAT ARAHAN[Tugasan]Oleh hal yang demikian, sebelum luka menjadi nanah, masyarakat perlu bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara dengan mengambil pelbagai tindakan yang drastik dan berkesan. 18 p.p103 p.pBINAAN PERENGGAN ISI 1BINAAN AYAT JUMLAH PERKATAANAYAT TOPIK[Idea]Peranan masyarakat dalam menjaga keselamatan negara adalah dengan mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain.15 p.pAYAT HURAIAN[Mengapa]Masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Sikap toleransi dalam kalangan masyarakat sangat penting untuk mengekalkan keselamatan negara 25 p.pAYAT HURAIAN[Contoh]Tamsilnya, setiap masyarakat hendaklah bertolak ansur dalam mencapai kata sepakat untuk memilih pucuk pimpinan negara yang bertanggungjawab. Hal ini sudah tentu dapat memastikan negara Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan berintegriti.32 p.pAYAT HURAIAN[Kesan]Impaknya, peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat dielakkan sekiranya semua masyarakat sentiasa mencapai kata sepakat kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh14 p.pAYAT SIMPUL[Penegas]Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa masyarakat yang saling bertoleransi dapat memastikan keselamatan negara terus terjaga.13 p.p99 p.p


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M170BINAAN PERENGGAN ISI 1BINAAN AYAT JUMLAH PERKATAANAYAT TOPIK[Idea]Tanggungjawab masyarakat dalam menjaga keselamatan negara ialah masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada polis.15 p.pAYAT HURAIAN[Mengapa]Setiap lapisan masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam menyampaikan maklumat jenayah yang berlaku di persekitaran mereka.19 p.pAYAT HURAIAN[Contoh]Buktinya ,kejadian jenayah yang berlaku di sesebuah kawasan seperti kes samun, rompakan, penyalahgunaan dadah perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera supaya tidak menjadi kudis yang bernanah dalam masyarakat pada hari ini.30 p.pAYAT HURAIAN[Kesan]Impaknya, aduan setiap lapisan masyarakat sudah tentu dapat mengekang kegiatan jenayah tersebut daripada menjadi duri dalam daging. Masyarakat yang terdedah kepada ancaman samun, rompakan, bahaya dadah juga dapat dikurangkan 26 p.pAYAT SIMPUL[Penegas]Bulan sudah terang, bayang kian jelas, menunjukkan bahawa masyarakat yang keselamatan negara dapat dipelihara apabila setiap masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.13 p.p103 p.pBINAAN PERENGGAN ISI 3BINAAN AYAT JUMLAH PERKATAANAYAT TOPIK[Idea]Masyarakat hendaklah menjadi warganegara yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjaga.12 p.pAYAT HURAIAN[Mengapa]Warganegara yang bertanggungjawab adalah mereka yang sentiasa memastikan rakyat di negara ini hidup dalam keadaan sihat, aman dan sejahtera.18 p.pAYAT HURAIAN[Contoh]Contohnya , semua petugas barisan hadapan negara bertungkus lumus merawat pesakit yang dijangkiti virus Covid 19. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa mematuhi arahan pencegahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Keselamatan Negara 31 p.p


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M171AYAT HURAIAN[Kesan]Buktinya , kes jangkitan COVID-19 tahap 3 dan 4 dapat dikurangkan apabila setiap masyarakat yang bertanggungjawab mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan. Hal ini sangat bertepatan dengan peribahasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 26 p.pAYAT SIMPUL[Penegas]Oleh itu, dapat ditegaskan bahawa, warganegara yang bertangggungjawab dapat mengurangkan ancaman bahaya COVID 19 terhadap kesihatan masyarakat 16 p.p103 p.pBINAAN PERENGGAN PENUTUPBINAAN AYAT JUMLAH PERKATAANAYAT KESIMPULANKonklusinya, obligasi untuk menjaga keselamatan di negara kita tidak seyogianya diletakkan atas pundak kerajaan sahaja.14 p.pAYAT KESIMPULAN[Mengapa]Oleh itu, keselamatan negara tanggungjawab bersama perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak sama ada dari akar umbi masyarakat mahupun tampuk pimpinan negara. 21 p.pAYAT HURAIAN [Cadangan]Semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk untuk menjaga keselamatan negara supaya bebas daripada ancaman bahaya.18 p.pAYAT HURAIAN[Kesan]Jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummahmaka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, malah benteng keselamatan negara mudah dibolosi oleh ancaman-ancaman bahaya.25 p.pAYAT HARAPAN[Penegas]Oleh itu, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dalam aspek keselamatan negara mampu direalisasikan. 19 p.p97 p.pAKTIVITI 2: PERSEMBAHAN SEDUTAN NOVELArahan: Persembahkan sedutan novel dengan kreatifnya dan menariknyaPelajar boleh mempersembahkan sedutan novel dengan kreatif dan menarik sama ada dengan melukis karikatur atau persembahan dalam bentuk multimedia.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M172AKTIVITI 3: KENAL PASTI PERIBAHASA & MENULIS SITUASI PERIBAHASAArahan: Kenal pasti peribahasa dalam petikan teks halaman 144 hingga 145. Berikan maksud peribahasa kemudian tulis situasi yang menggambarkan peribahasa tersebutPERIBAHASA MAKSUDBersekutu bertambah mutu Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama bertanggungjawabIbarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaKesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjungTiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannyaYang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahatMengikut peraturan (adat, resam) yang lazimPenghulu Ali dan 40 orang kampung berhenti menembak AP Redzuan Alias.terbunuhPasukan pemintas Komunis yang memintas pasukan bantuan orang kampung telah berpecah 3 kumpulan.Penghulu Ali gelisah dengan bunyi tembakan dari Balai Polis Bukit Kepong yang memerlukan bantuan.Pasukan bantuan orang kampung berpecah kepada 2 kumpulan.Pasukan Penghulu Ali dipintas oleh pasukan kecil pengganas Komunis dan anak buah Penghulu Ali gagal bolos.Tembak-menembak semakin hebat. Pihak polis terus bertahan. Orang kampung diketuai Penghulu Ali belum sampai ke destinasi.123456


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M173PERIBAHASA SITUASIBersekutu bertambah mutu CEO syarikat selalu memberi peringatan kepada para pekerja syarikatnya sama ada dari bahagian jualan, promosi, pengeluaran dan juga kewangan untuk bekerjasama demi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik.Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Ketiga-tiga sahabat itu berkongsi kepayahan apabila syarikat perkongsian mereka rugi, namun akhirnya mereka berjaya merasai kesenangan apabila berjaya memulihkan kembali perniagaan yang merosot kerana dari awal mereka telah bertekad untuk jatuh dan bangun bersama-sama.Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaIrsyad dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu akibat perbuatan buruknya yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjungKejayaan yang dicapai oleh Nur Amalina dalam bidang perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana dia perlu melalui fasa kegagalan sebelum menuju puncak.Yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahatPenduduk Kampung Sentosa hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jawatakankuasa Penduduk Kampung.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M174AKTIVITI 1: BERBAHAS – KEMALANGAN PENGGUNAAN ELEKTRIKAktiviti Perbahasan - Tajuk :Kecuaian Manusia Menyebabkan Berlakunya Kemalangan ElektrikCadangan Isi Perbahasan:Pencadangi. Sikap sambil lewa/ tidak berhati-hati ii. Tidak memakai pakaian keselamatan yang sesuaiiii. Pemasangan peralatan tidak dibuat mengikut garis panduaniv. Penggunaan peralatan melebihi bebanPembangkangi. Peralatan tidak selamat - mengaut keuntunganii. Kebocoran/kerosakan pendawaian dalam bangunan yang tidak diketahui- - gigitan tikusiii. Pencorobohan manusia yang tidak bertanggungjawab di pencawang elektrik- kecurianiv. Renjatan elektrik disebabkan petir-berada berhampiran tiang elektrik atau paip air besi (konduktor elektrik)(Murid diminta menghuraikan dengan mengemukakan bukti yang logik, relevan dan kukuh serta penggunaan ungkapan menarik yang sesuai secara bertatasusila mengikut format perbahasan)AKTIVITI 2: PERBINCANGAN – PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIKAktiviti Perbincangan - Tajuk: Berhati-hati Semasa Menggunakan Peralatan Elektrik untuk mengelakkan kemalanganCadangan isi- Isi Perbincangan:i. Memastikan peralatan elektrik yang dibeli mempunyai kelulusan SIRIM dan label yang dipercayaiii. Memastikan tangan tidak basah semasa menggunakan atau memasang peralatan elektrik iii. Jika ingin membaiki sesuatu/ menukar lampu atau membersihkan kipas pastikan punca kuasa ditutup terlebih dahulu.iv. Tidak menggunakan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasav. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan peralatan elektrik yang berisiko vi. Tidak membaiki peralatan elektrik sendiri/ upah orang yang mahirvii. Memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja di tempat peralatan elektrik yang berisiko/ berdekatan dengan punca utama elektrik (pencawang)(Perbincangan boleh dilakukan secara sumbangsaran)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M175AKTIVITI 1: TEKNIK BACAAN - KENAL PASTI MASALAH & PENYELESAIANNYA1. Murid diminta membaca teks menggunakan Teknik Bacaan CHATTC - Circle (bulatkan kata kunci)H - Highlight (Garis idea penting)A - Asterisk (Tanda isi sokongan)T - Transfer (Pindahkan maklumat)T - Teacher (Guru rumus borang CHATT murid)2. Masalah / punca kemalangan motosikal▪ memotong di sebelah kiri▪ memotong di simpang jalan ▪ keadaan lampu yang tidak berfungsi dengan baik terutamanya waktu malam▪ bunga tayar sudag haus.3. Langkah penyelesaian▪ Patuhi peraturan, tanda-tanda jalan raya dan halaju yang ditetapkan.▪ Menyelenggara motosikal secara berkala, iaitu menukar tayar apabila sudah haus atau tiga tahun digunakan.▪ Memakai topi keledar keselamatan▪ Mendapatkan latihan profesional atau lesen motosikal▪ Memastikan sentiasa berada di lorong yang betulAKTIVITI 2: KENAL PASTI KATA GANDA & AKRONIM SERTA MEMBINA PERENGGANSenarai kata ganda yang terdapat dalam petikantanda-tanda halai-balaiberawas-awas berulang-aliklampu-lampu kenderaan-kenderaangelap-gelita berhati-hatiSenarai kata AKRONIM yang terdapat dalam petikanMIROS SuksisSYATAHAS halajuKejara jentolakSatu perenggan pendek menggunakan kata ganda dan AKRONIMMIROS merupakan satu institus penyelidikan yang menggalakkan penunggang kenderaankenderaan yang berulang-alik agar sentiasa berhati-hati semasa menunggang motosikal. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi halaju dan memastikan lampu-lampu berfungsi terutamanya semasa keadaan gelap-gelita. Kejara dan SYATAHAS juga berperanan membantu dalam mengurangkan kadarkemalangan dengan menasihati penunggang terutamanya apabila berhadapan dengan jentolak dan keadaan motosikal.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M176AKTIVITI 3: PEMBENTANGAN – MAKLUMAT & STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYAMaklumat dan statistik kemalangan di Malaysia melalui laman sesawang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.Berdasarkan pangkalan data kebangsaan kemalangan jalan raya yang diuruskan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), terdapat kira-kira 2550 (2006) dan 2021 (2007) kes kematian dan kecederaan pejalan kaki, iaitu 69.8% dan 69.4% dari jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki bagi tahun 2006 dan 2007. Di samping itu, berdasarkan laporan statistik kemalangan jalan raya oleh PDRM, kematian pejalan kaki menyumbang 10% dari keseluruhan kemalangan maut di Malaysia bagi tahun 2007. Fakta ini membimbangkan, dantindakan segera untuk mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kaki adalah perlu. Kajian adalah penting bagi mengenalpasti faktor-faktor yang dikaitkan dengan kematian dan kecederaan dalam kemalangan kenderaan bermotor pejalan kaki. Data skunder bagi tempoh 2006 - 2008 dari PDRM di gunakan untuk tujuan kajian ini. Output kajian akan digunakan sebagai asas untuk menerokai topik untuk penyelidikan yang lebih komprehensif pada masa hadapan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M177Imej (Definisi)AKTIVITI 1: MEMBACA & MENGENAL PASTI MAKLUMAT BAHARUa. Murid membaca petikan.b. Murid membaca dengan menggunakan teknik bacaan CHATT. c. Murid memindahkan maklumat dalam borang CHATT.d. Secara berkumpulan , murid melengkapkan langkah-langkah keselamatan yang boleh ditingkatkan di Malaysia dengan menggunakan peta i-Think.Bacaan Teknik CHATT1. Murid membulatkan kata kunci yang terdapat dalam petikan.2. Murid menyerlahkan idea atau isi penting.3. Murid menandakan * pada isi sampingan atau idea sokongan.4. Murid memindahkan maklumat dalam borang CHATT.5. Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang CHATT.BORANG CHATTNama: …………………………………………………. Tarikh: ………………………Topik: …………………………………………………Idea utamaSelamat daripada tahap pelanggaran perundangan, kekejaman atau kekerasan.Selamat daripada integrasi serantau, ketelusan, pentadbiran indeks, rasuah, tahap pendidikan, dan julat pendapatan penduduk. Ketenangan jiwa dan kesepaduan emosi.Kata kunci/ IstilahSelamatDefinisiTerpelihara atau terhindar daripada bencanaIdea sampinganDunia sudah tidak selamat kerana serangan wabak penyakit, gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami. Hasil bumi dikaut tanpa kawalan dan pencemaran.Di samping itu kejadian jenayah yang berleluasa.Rumusan guru:Memberikan maklum balas terhadap nota murid dan mengaitkannya dengan pelajaran.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M178AKTIVITI 2: PERBINCANGAN – LANGKAH-LANGKAH KESELAMATANBincangkan langkah-langkah keselamatan yang boleh ditingkatkan di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyatnya.▪ Meningkatkan kemampuan ketenteraan.▪ Kerjasama yang erat dengan negara-negara jiran.▪ Mempertahankan sistem demokrasi▪ Pembasmian kemiskinan▪ Mengaktifkan rukun tetangga▪ Kempen keselamatan negara▪ Menanam sifat patriotisme dalam kalangan rakyat▪ Memilih pemimpin yang betul dan tepat▪ Patuh kepada peraturan dan undang-undang▪ Bertoleransi sesama masyarakat ▪ Peningkatan kualiti kesihatan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M179


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M180AKTIVITI 1: SOAL JAWAB – POTENSI TUMBUK KALANGBerdasarkan bahan, bersoal jawab menggunakan soalan terbuka secara bertatasusila tentang potensi tumbuk kalang untuk diketengahkan dan dipopularkan pada peringkat antarabangsa.Murid A : Lama saya tidak jumpa awak, ke mana awak pada minggu lepas?Murid B : Oh ya, minggu lepas saya pergi ke Negeri Sembilan, menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Seminggu juga kami tinggal di sana. Banyak perkara baru yang saya belajar semasa berada di sana.Murid A : Menariknya. Apakah perkara baru yang awak dapat semasa di sana?Murid B : Yang paling menarik perhatian saya ialah permainan tumbuk kalang yang dimainkan semasa majlis perkahwinan itu sedang berlangsung.Murid A : Tumbuk kalang? Macam pernah saya dengar, tapi bagaimana permainannya?Murid B : Tumbuk kalang merupakan permainan muzik asli yang diilhamkan daripada menumbuk padi dan dikategorikan sebagai permainan rakyat di Negeri Sembilan.Murid A : Bagaimanakah muzik dapat dihasilkan?Murid B : Irama dan bunyi yang terhasil adalah daripada tumbukan manja beberapa batang antan ke sebuah lesung kayu.Murid A : Kalau begitu, menarik betul. Saya tidak menyangka dengan hanya menumbuk padi dapat menghasilkan suatu muzik yang indah. Tetapi bagaimanakah cara kita ingin mengetengahkan permainan itu supaya golongan muda pada hari ini tahu akan kewujudan permainan tradisional ini?Murid B : Sebenarnya, saya juga terpikir tentang perkara itu. Pada pandangan saya, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh, ibu bapa atau orang yang lebih dewasa perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada golongan muda dengan selalu memainkan semasa berlansungnya majlis yang melibatkan orang ramai. Di situ golongan muda dapat belajar seterusnya dapat mengenali permainan tradsional tersebut.Murid A : Saya amat bersetuju denga pandangan awak. Di samping dapat mengenali permainan tradisonal ini, ia juga dapat menarik minat golongan muda untuk mencuba permainan tersebut. Murid B : Betul. Pihak media juga boleh memainkan peranan dalam hal ini dengan menyiarkan lagu-lagu yang berkaitan permainan tumbuk kalang ini. Contoh lagu yang dihasilkan daripada permainan ini seperti lagu Tumbuk Emping, Kuda Berontak, Patah Lambung dan banyak lagi.Murid A : Bagus pandangan awak. Di samping dapat mendengar lagu-lagu itu, kita juga dapat mempromosikan dan mempopularkan permainan ini pada peringkat antarabangsa. Murid B : Saya setuju. Mungkin suatu hari nanti saya akan bawa awak melihat sendiri persembahan permainan tumbuk kalang ini sekiranya saya pergi ke rumah pak cik saya nanti.Murid A : Wah, menarik! Saya tidak akan melepaskan peluang tersebut. Terima kasih awak.Murid B : Sama-sama.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M181AKTIVITI 2: PERSEMBAHAN DRAMA MULTIMEDIA – TUMBUK KALANG


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M182AKTIVITI 3: PERSEMBAHAN KREATIF – MUZIK TRADISIONAL NEGERI LAINMONGMong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedek, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu.SERUNAISerunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling, gendang silat, wayang kulit dan sebagainya.GAMBUSGambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan dalam pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu. Dalam sejarah, alat muzik ini dikatakan dibawa ke Malaysia oleh pedangang dari Parsi serta negara timur tengah yang lain. Alat muzik ini direka dengan seni yang amat halus dan diukir dengan teliti. Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis kayu. Gambus menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi. Cara menghasilkan bunyi gambus ialah petikan talinya. Gambus merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Jika dilihat dari corak yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsur kesenian timur tengah yang ditonjolkan.SAPESape adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di Sarawak. Sape berasal dari Kaum Kayan. Sape juga merupakan salah satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik. Ia berbentuk lebar, mempunyai tali, bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan. Selaras dengan peredaran zaman, sape dimainkan secara sosial dan dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.GAMELANGamelan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Gamelan Jawa, Bali, Sunda, Banyuwangi, Kromong dan Gamelan Amerika. Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana bagi tatapan diraja. Pemuzik gamelan lazimnya terdiri daripada 9 orang lelaki dan tujuh orang penari perempuan. Alatan muzik yang digunakan dalam muzik gamelan terdiri daripada beberapa jenis iaitu Gong Agong, Gong Samakan, Gendang Ibu, Gambang dan Bonang. Kini Gamelan diserapkan menjadi pelajaran di universiti dan dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu bagi mengekalkan kesenian ini. Gamelan sudah menjadi satu seni muzik yang diminati dan persembahannnya dipamerkan di tempat bersejarah seperti di Makam Mahsuri.NOBATNobat ialah salah satu kesenian muzik yang masih popular di Malaysia. Seni nobat masih terpelihara sejak400 tahun yang lalu. Dahulunya nobat terkenal dengan persembahan kesenian untuk diraja khususnya dinegeri Perak, Kedah dan Kelantan. Nobat dilihat paling popular di negeri Kedah dan bertapak di negeri ituhingga kini. Muzik nobat dianggap satu kesenian yang amat unik di rantau nusantara. Ia dimainkan pada


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M183majlis-majlis tertentu sahaja di istana. Kini muzik nobat dijadikan penghibur utama atau pengiring dalammajlis perkahwinan, istiadat pertabalan dan dipersembahkan dalam majlis tertentu bagi memperkenalkankesenian ini dalam masyarakat sosial di negara kita.CAK LEMPONGMuzik tradisional yang dipanggil Cak Lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke -14. Cak Lempong dimainkan menggunakan gong-gong kecil yang berbentuk seperti seperti Bonang. Dahulunya Cak Lempong dimainkan bertujuan menyatukan rakyat dan dimainkan ketika upacara sultan di Negeri Sembilan. Kini masayarakat menjadikan Cak Lempong sebagai satu seni muzik yang dijadikan hiburan di majlis perkahwinan, perasmian, keraian dan tarian. Muzik Cak Lempong juga sudah mulai popular dalam kalangan masyarakat majmuk di seluruh Malaysia. Cak Lempong dijadikan satu pelajaran di institusi pengajian tinggi bagi menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional ini di Malaysia.GENDANG KELINGKesenian gendang keling merupakan kesenian yang amat popular di negeri Kedah dan Perlis. Ia diberi nama Gendang Keling kerana terdapat sedikit kesenian dari India yang terdapat dalam seni muzik ini. Antara kesenian India yang terdapat dalam muzik ini ialah irama ,serunai yang digunakan dan bentuk gendang yang digunakan. Kumpulan muzik Gendang Keling lazimnya terdiri daripada lima orang. Dua orang diberi tugas memukul gedang pengibu dan penganak, seorang diberi tugas meniup serunai, seorang memainkan kerincing dan seorang lagi memukul gong jantan dan gong betina. Gendang keling lazimnya dimainkan pada majlis-majlis kenduri bagi menghiburkan tetamu yang bertandang. Dalam erti kata lain Gendang Keling sudah sinonim dengan masyarakat apabila sesuatu majlis kenduri diadakan. Dalam persembahan Gendang Keling, lagu-lagu yang dimainkan ialah lagu tradisional seperti kutip siput, ayam didik, selendang mak inang, lagu-lagu india, lagu-lagu siam, dan lagu hindustan. Selain lagu tersebut, kadangkala muzik gendang silat juga dimainkan dalam persembahan kumpulan muzik Gendang Keling.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M184AKTIVITI 1: MEMBACA & MENGANALISIS BAHANTEKNIK KWLH:K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.Pengetahuan Sedia Ada (Know):▪ Kuih tradisional terdapat di setiap negeri.▪ Ada kuih tradisonal yang sama tetapi berlainan nama antara negeri.▪ Kuih tradisional memiliki keunikan yang tersendiri.Perkara Ingin Diketahui (What):▪ Apakah nama kuih tradisonal di Pahang?▪ Bagaimanakah cara pembuatannya kuih tradisional?▪ Mengapakah kuih tradisonal semakin ditelan zaman?Isi Bahan (Learned):▪ Pengumpulan resipi warisan negeri ▪ Kesinambungan koleksi Air Tangan Tengku Puan Pahang: Masakan Tradisional Pahangyang diterbitkan pada tahun 2007. ▪ Tujuannya supaya resipi lama menjadi warisan kepada generasi akan datang, yang mungkin hilang ditelan zaman ▪ Buku ini memuatkan resipi yang jarang-jarang dinikmati, terutamanya juadah asli air tangan orang lama▪ Kuih tradisional menggabungkan ramuan asli tanpa menggunakan ramuan import ▪ Tercetuslah pelbagai jenis resipi yang jarangjarang disediakanCara Mendapat Maklumat Tambahan (How):▪ Membaca buku-buku resepi▪ Bertanya orang-orang tua ▪ Mengakses maklumat dalam laman web kuih tradisional▪ Menonton video Youtube berkaitan cara membuat kuih tradisional▪ Menjelajah negeri-negeri di Malaysia untuk merasai rasa kuih tradisonal▪ Menuntut ilmu daripada tukang masak berpengalaman▪ Mencuba sendiri membuat kuih tradisionalAKTIVITI 2: KESIMPULAN BERDASARKAN BAHAN▪ Makanan taradisional negeri Pahang teutama kuih tradisional sebagai pemanis mulut.▪ Jenis-jenis kuih tradisional negeri Pahang dan cara-cara membuatnya.▪ Kebanyakan kuih tradisional dikukus.▪ Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengembara merentas ke seluruh ceruk desa dan daerah di Pahang hampir setahun bagi melengkapkan pencarian lebih kurang 600 resipi manisan tradisional Pahang.▪ Koleksi Air Tangan Tengku Puan Pahang dari dapur istana.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M185AKTIVITI 3: KUIH TRADIDIONAL HAMPIR PUPUS & LANGKAH MEMPOPULARKANNYA• Kuih Barongko – Selangor –asal Bugis• Kuih Wadai Kepeng –Selangor/Perak – asal Banjar• Kuih Puteri Dua Sebilik –Kelantan – asal Siam• Kuih Kelamai – Perak – asal Rawa• Kuih Kebebe – Lenggong Perak• Kuih Kandas - perak• Kelamai - perak• Kuih Opok-opok –Terengganu• Kuih Penyaram – N.9 – asal Minang• Kuih Lemper – Selangor –asal Jawa• Kuih Ringgi / Emping Kelapa – Perlis• Kuih Halwa Maskat –P.Pinang – asal Arab• Penjan Ubi Kayu – perak• tepung gomak - Kelantan dan Terengganu• Burasak – Selangor – asal Bugis• Kuih Ocong-ocong – Perak –asal Bengkulu• Kuih Gedung Chak – Kedah• Kuih Dodol Kukus Tahi Minyak – Pahang• Apam Daun Rambai – N.9 –asal Minang• kuih celorot - di Sarawak• Tepung puli – Melaka• serabai - negeri-negeri di UtaraCadangan cara-cara mempopularkannya semula:▪ Kelas kemahiran kuih muih tradisional bagi golongan muda▪ Cef-cef tempatan menyediakan kuih-kuih tradisional di hotel-hotel▪ Ibu bapa mengajar anak-anak cara membuat kuih tradisional▪ berkongsikan resepi istimewa kuih tradisional dengan masyarakat▪ Pihak kerajaan / swasta mempromosikan kuih tradisional di pasaran tempatan ▪ Media massa boleh menjadikan iklan barangan industri tradisional sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan. ▪ Pihak media massa membuat dokumentasi / dokumentari tentang sajian generasi terdahulu menerusi projek Kuih Warisan.▪ Kekalkan resipi asli - mengekalkan kesempurnaan resipi asli dan petua kuih tradisional diajar kepada komuniti di Malaysia untuk generasi akan datang.▪ Papar di akaun YouTube / blog tentang kandungan buku resipi dan proses penyediaan kuih tradisional supaya mudah difahami dan digunakan.▪ Mengetengahkan beberapa pembuat kuih tradisional menunjuk cara masakan kuih tradisional▪ Mengadakan pesta kuih tradisional bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keunikan sajian turun-temurun ▪ Pihak ibu bapa memperkenalkan serta mempopularkan kuih tradisional kepada anak-anak mereka.▪ Pihak sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan Budaya Bangsa, murid boleh belajar tentang cara membuatkuih tradisional.▪ Mengadakan pelbagai kempen cintai kuih▪ Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat menganjurkan pelbagai bentuk pertandingan memasak kuih tradisional masyarakat di Malaysia / penganjuran Festival Kuih Tradisional Pelbagai Kaum.▪ Menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah▪ Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek pemasaran


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M186AKTIVITI 1: HURAIAN PERENGGAN ISIBerdasarkan bahan, huraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengn menggunakan bahasa yang gramatis tentang usaha pelestarian pemakaian pakaian tradisional.ISI 1: IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN KEPADA ANAK-ANAKAntara usaha pelestarian pemakaian pakaian tradisional ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anakanak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak dan lazimnya anak-anak akan mengidolakan ibu bapa dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, ibu bapa memakai pakaian suku kaum masing-masing pada waktu-waktu tertentu seperti hari-hari perayaan atau hari kebesaran. Tindakan ini akan menginspirasikan anak-anak untuk memakai pakaian tradisional kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya pemakaian pakaian ini ditekankan sejak anakanak kecil lagi, sudah pasti mereka akan terbudaya dan tidak akan berasa janggal untuk memakai pakaian tradisi nenek moyang meraka. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jelaslah bahawa ibu bapa berperanan menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak dalam usaha untuk mengekalkan pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat.ISI 2: KOMUNITI MASYARAKAT MENGADAKAN PROGRAM KEBUDAYAANSelain itu, komuniti masyarakat pula boleh mengadakan program kebudayaan bagi melestarikan pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat. Dalam konteks ini, komuniti masyarakat seperti Jawatankuasa Kampung dan Rukun Tetangga bertanggungjawab merancang program ini sebagai aktiviti tahunan. Tamsilnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung boleh mengadakan aktiviti memperagakan pakaian tradisional sama ada dalam bentuk pertunjukan ataupun pertandingan yang melibatkan penduduk setempat. Program seperti ini akan memberi ruang dan peluang kepada penduduk setempat mengenali kepelbagaian pakaian tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas biarpun arus modenisasi telah menunjangi kehidupan seharian mereka. Pendek kata, jika komuniti masyarakat kerap menjalankan program-program sedemikian pasti pemakaian pakaian tradisional sentiasa membugar dalam kalangan masyrakat sampai bila-bila.ISI 3: PIHAK SEKOLAH MENUBUHKAN KELAB KEBUDAYAANDi samping itu, pihak sekolah juga wajar menubuhkan kelab kebudayaan yang disertai pelajar sebagai langkah pelestarian pemakaian pakaian tradisional. Hal ini demikian kerana kelab kebudayaan menjadi wadah utama untuk memperkenalkan pakaian tradisional kepada generasi muda bukan sahaja dari sudut materialnya malah falsafahnya juga turut diketengahkan. Sebagai bukti, kelab kebudayaan sekolah boleh merancang pelbagai aktiviti yang kreatif dan menarik seperti lawatan sambil belajar ke pusat-pusat kebudayaan atau galeri busana agar ahli kelab dapat menimba sebanyak mungkin ilmu daripada aktiviti tersebut. Selain itu, kelab kebudayaan juga boleh menyarankan ahlinya memakai pakaian tradisi semasa majlis-majlis rasmi di sekolah dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. Impaknya, generasi muda akan lebih menghayati pakaian tradisional kerana terdedah dengan aspek tersirat di sebalik pakaian tersebut. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaktifkan kelab kebudayaan bagi menjamin kelangsungan pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat.ISI 4: PENGANJURAN MAJLIS RUMAH TERBUKA OLEH PIHAK KERAJAAN.Pelestarian pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat juga dapat direalisasikan dengan penganjuran majlis rumah terbuka oleh pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana majlis rumah terbuka berupaya mempromosikan busana tradisional suku kaum di Malaysia. Contohya, majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan yang dikelolakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut memuatkan peragaan dan pameran pakaian tradisional diadakan semata-mata untuk memperkenalkan busana tersebut kepada pengunjung. Kesannya, sikap prejudis terhadap pakaian tradisional yang dikatakan ketinggalan zaman dapat dihapuskan kerana masyarakat Malaysia dapat memahami kepentingan mempertahankan warisan tersebut sekali gus memupuk perpaduan agar negara kekal tenang seperti air dalam terenang. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa prakarsa melestarikan pemakaian pakaian tradisional harus diambil oleh pihak kerajaan dengan mengadakan majlis rumah terbuka kebangsaan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M187ISI 5: MEDIA MASSA MENYIARKAN RANCANGAN KHAS BUSANA TRADISIONALSelanjutnya, media massa perlu bersikap proaktif dalam menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan kebudayaan sebagai satu kaedah melestarikan pemakaian pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini kerana media massa berfungsi sebagai penyebar luas informasi kepada masyarakat apatah lagi media massa sering menemani masyarakat pada waktu-waktu senggang mereka tatkala mereka berada di rumah. Contohnya, pihak RTM atau Astro boleh menerbitkan dokumentari khas yang bertemakan pakaian tradisi untuk disajikan kepada para penonton. Kreativiti para penerbit dalam menerbitkan rancangan bermaklumat seumpama ini akan menarik perhatian audiens terhadap pakaian tradisional di samping mengisi minda mereka dengan keunikannya sehingga memupuk kecintaan terhadap busana tersebut kerana tak kenal maka tak cinta. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa merupakan saluran terbaik untuk mempromosikan pakaian tradisional supaya pakaian ini dapat diteruskan pemakaiannya oleh generasi akan datang.AKTIVITI 2: LAPORAN – FALSAFAH BUSANA KAUM LAINPAKAIAN ORANG CINA▪ Kedudukan dan situasi seseorang dapat diketahui melalui pemakaian sesuatu pakaian. Corak dan simbol pada pakaian tradisional ini juga dapat menjelaskan identiti si pemakainya.▪ Cheongsam sering dipakai pada ketika urusan rasmi atau formal dan dikenakan oleh golongan yang tertentu sahaja.▪ Corak bunga peony pada pakaian membawa maksud kekayaan dan kesejahteraan ini sering dikenakan oleh wanita cina.▪ Corak bunga teratai pada pakaian membawa maksud pengorbanan yang suci.▪ Corak bunga Krisan pada pakaian pula membawa maksud panjang umur.▪ Corak ikan pada pakaian memberi maksud kesejahteraan.▪ Corak burung pada pakaian ialah lambang yang menunjukkan kecantikan dan kemurnian. ▪ Bagi corak burung phoenix, dipakai oleh keluarga kerajaan atau mereka yang kena mengena dengan kerajaan.▪ Pakaian dengan corak burung merak dikenakan dalam dalam kalangan masyarakat bangsawan wanita tingkat dua.PAKAIAN ORANG RUNGUS▪ Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka daripadakepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M188AKTIVITI 1: MEMBACA & MEMBUAT ULASANPelajar dikehendaki membaca halaman 160, pelajar dikehendaki membuat perbandingan antara kelompok Temuan dan Masyarakat Temuan. Selepas membuat perbandingan, pelajar dikehendaki melengkapkan peta buih berganda di bawah.PersamaanKelompok Temuan Masyarakat Temuan1.hidup secara berkelompok2.mempunyai koloni3.mempunyai adatPerbezaanKelompok Temuan Masyarakat Temuan1.Diketuai Tok Batin 1.Diketuai Batin2.seperti koloni lebah 2.seperti koloni semut3.adat resam menyamai orang Melayu 3.memegang adat yang diwarisi4. Mengamalkan Adat Pepatih 4. Mengamalkan Lembaga Adat Suku Kaum Temuan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M189AKTIVITI 2: MENGENAL PASTI GOLONGAN KATA & MEMBINA AYAT MENGIKUT LARASAKTIVITI 3: PERBANDINGAN ADAT & BUDAYA ORANG ASLI SUKU LAINPersamaanKaum Iban Kaum Bidayuh1. Cincin boleh dijadikan tanda ikatan pertunangan.PerbezaanKaum Iban Kaum BidayuhMerisik1. Ada peringkat merisikMerisik 1. Tidak ada peringkat merisikMeminang2. Selepas risikan, baru mempertimbangkan peringkat meminang.3. Wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka pada waktu pagi.Meminang2. Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan.3. Perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan.4. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak.Bertunang4. Lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.Bertunang5. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, pihak lelaki akan mencari perantara perempuan bertugas untuk menghantar tepak


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M1905. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, cincin sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki.sirih atau kapur tunang atau sebentuk cinicin kepada pihak perempuanMajlis Perkahwinan6. Pihak keluarga lelaki menyediakan perbelanjaan setra barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan.7. Pihak keluarga perempuan membuat persiapan termasuk memburu biinatang untuk disembelih pada hari perkahwinan.Majlis Perkahwinan6. Majlis kenduri yang besar dan mewah pertunangan dan perkahwinan pengantin lelaki berhubung rapat dengan menuai padi iaitu hasil padi.7. Faktor utama kemampuan ekonomi keluarga pengantin diambil kira.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M191AKTIVITI 1: MENUKAR MAKLUMAT KEPADA PENULISAN & BAHAN GRAFIKi. Teliti bahan untuk mendapatkan maklumat. (Murid dikehendaki membaca dan meneliti petikan muka surat 162 bertajuk ‘Arca Awam di Malaysia’ dan bahan grafik muka surat 163 bertajuk ‘Arca di Tengahtengah kota’)ii. Hasilkan pelbagai bentuk penulisan. a. Kesan / kepentingan seni arca kepada pengarca, masyarakat, dan negara.b. Punca seni arca semakin berkembang.c. Langkah memelihara dan memulihara seni arca.d. Kekangan untuk memajukan seni arca.iii. Hasilkan pelbagai bahan grafik.(rujuk muka surat 163) iv. Justifikasi serta mengolah maklumat1. Kesan seni arca-Pengarca dapat menonjolkan bakat-pengarca dapat sumber pendapatan -Pengarca dapat mengharumkan nama Negara-masyarakat menghargai khazanah kebudayaan Negara-masyarakat tersemai semangat patriotik-imej negara berbudaya dapat diketengahkan-tarikan pelancong2. Punca seni arca semakin berkembang.-Pihak kerajaan menggalakkan pengarca untuk menonjolkan bakat-Pihak penggiat seni mengadakan pelbagai program kesenian secara besar-besaran.-Pendidikan seni arca untuk mengembangkan bakat dalam kalangan bakat muda-Media massa turut memperkenalkan / mempromosi sesuatu tempat dengan perlbagai binaan arca.-Masyarakat turut menerima positif perkembangan seni arca di negara kita3. Langkah memelihara dan memulihara seni arca.-Peranan pengarca menghasilkan arca yang kreatif dan unik di sesuatu tempat-Peranan masyarakat menghargai seni arca.-Peranan pemimpin tempatan menggalakkan pembinaan arca. -Peranan kerajaan memelihara dan memulihara arca yang ada di negara kita-Peranan media massa menyampaikan maklumat tentang kaitan arca dengan sejarah sesuatu tempat.4. Kekangan untuk memajukan seni arca.- Bakat seni arca tidak sepopular bakat seni yang lain- Fahaman segelintir masyarakat yang berbeza politik dan terlalu taksub terhadap sesuatu.- Masih ramai yang buta seni- Kekurangan modal untuk memulihara dan memelihara khazanah arca Negara


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M192AKTIVITI 2: TAFSIRAN KEUNIKAN ARCA AWAM1. Seni arca dapat menyerlahkan keindahan sesuatu kawasan.2. boleh menjadi identiti serta mercu tanda tarikan pelancong bagi sesebuah kota metropolitan.3. mengetengahkan hasil karya seni artis muda tempatan 4. mengiktiraf bakat seni pengarca untuk tatapan umum.5. mengemukakan idea artis dan pengarca bagi menonjolkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kebudayaan dan kreativiti.6. mendidik masyarakat supaya lebih menghargai dan mengenal seni selain karya berkenaan membawa mesej yang mudah ditafsir dan difahami oleh masyarakat.7. Memperingati sejarah atau peristiwa yang berlaku berkaitan dengan bangunan yang dibina ketika zaman penjajahan British.8. “Dome of Disappearance mempunyai tiga tujuan iaitu kolumbaria untuk mengarkib memori serta tapak di ibu kota Kuala Lumpur yang semakin pupus; rumah selamat untuk perkongsian serta mengeratkan komuniti dan untuk menggalakkan dialog yang bermakna.9. membuatkan golongan artis / pengarca dihargai oleh masyarakat setempat.10. Menarik orang ramai untuk mengunjungi kawasan yang dibina arca pelancongan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M193AKTIVITI: ULASAN KEINDAHAN & KEUNIKAN PERMATAPermata memiliki daya penarik kerana memiliki keunikan dan keindahan dari segi tindak balasnya kepada pencahayaan. Cahaya yang mengenai permukaan permata seumpama bulan yang membalikkan cahaya matahari atau sebanding cermin yang mengenainya. Warna permata juga mampu memikat mata yang melihatnya kerana jasadnya berona cerah dan berkeamatan tinggi. Selain itu, kilauan permata mengeluarkan sinar yang bergemerlapan seumpama permukaan air tasik yang dipancar cahaya suria. Di samping itu, percikan cahaya yang berwarna-warni daripada permata yang disinari cahaya seolah nyalaan lampu-lampu nion yang pelbagai warna. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa identiti permata amat terserlah kerana semua cahaya boleh menembusinya dan memperlihatkan keunikan dan keindahannya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M194


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M195AKTIVITI 1: BERSOAL JAWAB BERDASARKAN BAHANBerdasarkan bahan, bersoal jawablah dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi menggambarkan keterampilan diri. Cadangan jawapan:▪ Seseorang yang mempunyai keterampilan diri yang kuat ialah seseorang yang mempunyai kelebihan seperti mempunyai kemahiran teknologi. Keadaan ini akan membantu seseorang mempunyai kebolehpasaran diri yang lebih luas dan membantu negara.▪ Seseorang yang mempunyai disiplin yang kukuh dalam diri dapat menggambarkan bahawa seseorang itu mampu membantu negara dalam membentuk pemimpin negara masa depan yang lebih amanah.▪ Seseorang yang mempunyai semangat patriotisme yang kuat. Keadaan ini akan membantu seseorang itu untuk memasarkan diri mereka sebagai seorang yang saying akan negara bangsa.AKTIVITI 2: SESI TEMU DUGA BERKUMPULANDalam sesi temu duga berkumpulan, anda dan rakan-rakan diberi satu masalah yang berkaitan dengan jati diri remaja kini. Setiap orang diminta menyelesaikan masalah tersebut. Kemukakan idea yang dapat meningkatkan kebolehpasaran diri.Cadangan jawapan;▪ Masalah mengingkari arahan kerajaan:- Saya harus bertanggungjawab terhadap sebarang arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai Contoh, Covid-19 telah memberikan suatu tamparan hebat kepada masalah dunia. Sebagai remaja kini, saya harus menunjukkan keprihatinan saya kepada isu dunia. Saya harus duduk rumah dan mengikut segala arahan yang ditetapkan. Jika saya diberikan peluang untuk membantu, saya akan menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan misalnya, sebagai pembantu di pusat pemberian vaksin. ▪ Masalah remaja tidak menghormati lagu Negaraku:- Saya akan memberikan nasihat bahawa kita harus menghormati lagu Negaraku. Keadaan ini adalah untuk melatih diri kita sebagai seorang yang berdisiplin dan mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang kukuh. Bukan sahaja dapat membentuk disiplin, tetapi kita juga dapat menunjukkan teladan yang baik kepada orang luar yang datang melancong ke negara kita. ▪ Masalah vandalisme- Saya akan membantu komuniti untuk membuat pemantauan jika ada berlakunya sebarang jenayah vandalisme di kawasan tempat tinggal saya. Pelibatan saya dalam komuniti sebagai satu tanggungjawab saya kepada negara. Saya juga akan menubuhkan persatuan remaja di kawasan tempat tinggal saya untuk mengisi masa terluang dengan membuat kerja amal di kawasan itu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M196Petikan di bawah berkaitan ciri- ciri warganegara yang kurang baik (berdasarkan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM, muka surat 166 dan 167)Baca dan fahami petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan- soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat- ayat yang gramatis._________________________________________________________________________SOALAN RANGSANGAN1. Sebagai seorang pelajar yang cinta akan negara, nyatakan prinsip- prinsip Rukunegara.2. Berdasarkan petikan, senaraikan perlakuan- perlakuan yang menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai jati diri yang baik. 3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya isu- isu seperti yang terdapat dalam petikan yang dibaca?4. Sebagai seorang warganegara yang patriotik, cadangkan beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita._________________________________________________________________________CADANGAN JAWAPAN1. Prinsip- prinsip Rukunegara▪ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN▪ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA▪ KELUHURAN PERLEMBAGAAN▪ KEDAULATAN UNDANG- UNDANG▪ KESOPANAN DAN KESUSILAAN 2. Perlakuan-perlakuan yang menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai jati diri yang baik berpandukan petikan▪ Melarikan diri setelah disahkan terkena jangkitan koronavirus (Covid-19)▪ Tidak menghormati lagu ‘Negaraku’ / tidak berdiri ketika lagu ‘Negaraku’ dimainkan▪ Tidak patuh semasa mengisytiharkan cukai pendapatan 3. Faktor berlakunya isu- isu seperti yang terdapat dalam petikan▪ Kurang sikap cinta akan negara▪ Sikap mementingkan diri / bersikap egosentrik▪ Tidak bersikap amanah / jujur▪ Terima apa- apa sahaja jawapan yang sesuai4. Usaha- usaha untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia▪ Amalan kunjung-mengunjungi rakan pelbagai kaum semasa perayaan▪ Mengadakan aktiviti gotong- royong di kawasan perumahan, kampung dan kawasan awam▪ Mengamalkan amalan ziarah-menziarahi ketika sakit, meninggal dunia, ditimpa musibah atau ketika kecemasan▪ Menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan▪ Terima apa- apa sahaja jawapan yang sesuai.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M197AKTIVITI 1: MEMBUAT RUMUSAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BACAANTEKNIK KWLHKnow (K)Apa yang sudah diketahui.Want (W)Apa yang hendak diketahui.Learned (L)Apa yang telah dipelajari.How(H)Apa lagi maklumat tambahan yang diperlukan.Pendidikan KV di MalaysiaFaktor yang menyebabkan KV Keningau berjaya di pentas duniaUntuk mencapai kejayaan kita perlu:▪ mempunyai slogan untuk dibudayakan seperti KV Keningau- rancang apa-apa yang ingin dibuat, buat apa-apa yang dirancang dan buktikan.▪ Kualiti guru akan mempengaruhi keberhasilan murid▪ murid-murid bersaing dengan rakan sebaya daripada negaralain.▪ kejayaan rakyat Malaysia di pentas dunia inovasiKepentingan inovasi dalam kehidupan.Kejayaan inovasi yang ditempa oleh Malaysia di peringkat antarabangsa yang membanggakan.Kesan kejayaan kepada negara dan diriTEKNIK BACAAN SQ3R1. Survey (meninjau tajuk besar, tajuk kecil,gambar atau ilustrasi,membaca perenggan awal dan perenggan akhir)▪ KV Keningau di puncak dunia▪ gambar kejayaan murid dan guru2. Soalan – (Tukarkan tajuk utama menjadi soalan) - bina soalan▪ Apa yang anda faham tentang tajuk?▪ Berapakah petikan yang ada?▪ Apakah tujuan petikan satu dan petikan 4▪ Mengapakah KV Keningau boleh mencapai kejayaan di pentas dunia?▪ Apakah slogan KV Keningau?▪ Huraikan kejayaan KV Keningau pada tahun 2020▪ Kejayaan murid KV di pentas dunia▪ Kejayaan guru di arena antarabangsa3. Read (baca semula) – Murid membaca semula keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawaban.4. Recite (imbas Kembali) -murid mengingat kembali bahan yang dibaca dan Menyusun idea dan isi penting -boleh dibuat dengan peta pemikiran.5. Review – menyebut semula tajuk utama bagi setiap bahagian dan perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M198TEKNIK CHATTNama: …………………………………………………………………………… Tarikh: …………………Topik: …………………………………………………………………………….AKTIVITI 2: PENDAPAT – PERTANDINGAN PENYELIDIKAN & INOVASI ANTARABANGSACiptaan pelajar bawa pulang anugerah Disember 12, 2019 @ 9:17pm- Berita Harian.comPUTRAJAYA: Dua pelajar dari Kolej Vokasional Taiping, Perak memenangi tiga anugerah antaranya ‘Innovation Inventor Grand Award’ pada World Inventor Award Festival, yang berlangsung di Korea Selatan, Ahad lalu, melalui ciptaan mereka ‘High Powered Motorcycle Parking Lock System’.Nurazira Muhammad Saiful dan Nur Aikeyra Wafa Nashwa Karim, yang mewakili kolej itu turut membawa pulang piala dan sijii bagi dua anugerah lain, iaitu Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Electronics Field Order of Merit.Berkongsi kisah kejayaan pelajar, guru pengiring Nini Syarina Zakaria, berkata sistem itu dicipta bagi mengurangkan kecurian motosikal dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem keselamatan di kawasan tempat letak motosikal.“Projek ini menggunakan pengawal mikro yang berfungsi sebagai penggerak utama yang memberi arahan kepada setiap komponen. Solenoid pula dijadikan sebagai lock.“Pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan dan nombor telefon dan secara automatik lock akan berfungsi. Dalam pada waktu yang sama, GSM (Global System for Mobile Communication) yang berfungsi sebagai medium penghantaran akan menghantar pesanan ringkas menyatakan kata laluan yang dinyatakan sebentar tadi,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.Nini Syarina berkata, aplikasi GSM juga akan menghantar notifikasi atau maklumat berkenaan keadaan motosikal, contohnya sekiranya terdapat sebarang gangguan atau percubaan mencuri, alarm akan berbunyi dan pesanan ringkas akan dihantar kepada pengguna yang menyatakan bahawa motosikal dalam bahaya.Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Taiping Kamarulzaman Nayan, berkata pihak kolej amat berbangga dengan kejayan yang dicapai pelajarnya.“Banyak lagi projek akan diketengahkan dalam usaha merealiasasikan impian untuk membudayakan inovasi yang juga satu agenda dalam TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) dan ini langkah pertama Kolej Vokasional Taiping melaksanakan misi itu,” katanya.Kata kunci /IstilahInovasi oleh rakyat MalaysiaImej (definisi)Gambar kejayaan rakyat Malaysia yang diwakili oleh orang SabahDefinisiSesuatu yang baru diperkenalkan oleh rakyat negara ini.Idea utama▪ Kualiti guru merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.▪ Murid diharapkan dapat bersaing dengan rakan sebaya darpada negara luar▪ Rahsia kejayaan KV Keningau▪ Kebaikan kejayaan InovasiIdea sampingan▪ faktor pendorong kejayaan inovasi.▪ perasaan yang dapat digambarkan atas kejayaan yang dicapai.Rumusan guru


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M199PENDAPAT SAYA:1. Bidang penyelidikan dan inovasi di Malaysia semakin berkembang.2. Inovasi bermula daripada isu yang mudah sehinggalah isu yang lebih besar.3. Bidang penyelidikan dan inovasi perlu terus dibudayakan dan disuburkan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kecil lagi.4. Semua pihak termasuklah kerajaan dan pihak ibu bapa perlulah menyokong anak-anak agar mereka berminat dalam bidang sains dan teknologi.5. Pendidikan kemahiran seperti di KV,Giat Mara dan IBKN umpamanya boleh diperkukuh untuk melahirkan lebih banyak inovasi sesuai dengan RI 4.06. Penyelidikan dan inovasi akan meningkatkan produktiviti masyarakat kita.7. Semua sekolah boleh mengambil langkah proaktif dalam menggalakkan murid menyertai pertandingan inovasi bermula di peringkat sekolah.8. Bidang STEM perlu diperkasakan untuk menarik lebih ramai murid untuk melakukan inovasi sesuai dengan minat mereka.9. Kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa meningkatkan imej negara.10.Inovasi melahirkan produk baharu yang boleh menjana pendapatan kepada kita.11.Penyelidikan dan inovasi juga akan membolehkan ramai cendekiawan dapat dilahirkan untuk membawa negara mengharungi tenologi yang rencam dan pantas ini.


Click to View FlipBook Version