The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98302881, 2026-01-25 07:49:05

BP BT T5

BP BT T5

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M100AKTIVITI 3: PERBANDINGAN AYAM PIRU – AYAM MUTIARA / AYAM API-APIPERBANDINGAN AYAM MUTIARA DAN AYAM PIRUAYAM MUTIARA AYAM PIRUBahasa Inggeris ia disebut “Guinea Fowl” saintifik sebagai Meleagris gallopavo (Wild turkeys) iaitu dari keluarga Phasianidae.Berasal dari benua Afrika iniAyam belanda ini ada dua spesis dan dipercayai natif dari benua Amerika Utara (M. gallopavo) tetapi spesis M. ocellata berasal dari kawasan Amerika TengahDagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol Disyorkan dalam diet, untuk semua orang dan didefinisikan sebagai salah satu daging yang paling sihat . Kaya protein dan tiada lemakSeekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari..Ayam Piru bertelur paling banyak 2 biji semingguTempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atasTempoh matang ayam piru mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan sebelum boleh disembelihCiri khas ayam mutiara adalah warna bulunya abuabu dengan bintik-bintik putih kecil dengan leher tidak berambut. Bentuk jantan dan betina hampir mirip antara jengger dan jambulnya.Keunikan ayam ini terletak pada kepalanya yang mempunyai belalai seakan-akan seperti gajah. Selain daripada itu, ia juga mampu mengembangkan bulu badannya dan ekornya juga boleh dikembangkan sebagaimana burung merakAyam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun.Kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular. Ayam mutiara ini juga sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadiAyam Piru mempunyai tahap pendengaran yang jauh lebih baik dari manusia dan sangat sensitif dengan bunyi yang bernada tinggi seperti bunyi dari siren ambulan, wisel, kapal terbang dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga amat sensitif dengan persekitaran seperti kehadiran pemangsa, manusia atau haiwan yang tidak dikenalinya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M101AKTIVITI 1: PENGOLAHAN MAKLUMAT KEPADA TEKS & GRAFIKContoh – karangan FaktaPeranan Fama dalam memajukan industri pertanian. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authurity (FAMA) adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Antara objektif utama penubuhannya adalah untuk merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan. Bagi mencapai hasrat ini Fama memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran hasil produk dan meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan produk pertanian ini juga dapat diperoleh pada harga mampu dibayar oleh pengguna. Fama juga giat mengusahakan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran yang mampu membantu pelaksanaan peranannya di sektor pemasaran Malaysia. Sebagai agensi yang bertujuan untuk memajukan bidang pertanian, FAMA telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti. Antara aktiviti atau program yang dijalankan oleh FAMA ialah mewujudkan pasar tani mega Pasar Tani Mega diwujudkan bagi membantu pengusaha kecil pertanian untuk memasarkan hasil keluaran mereka secara terus. Dengan kewujudan pasar seperti ini, sedikit sebanyak dapat mengajar pengusaha kecil berkenaan menyertai bidang perniagaan. Pasar tani mula diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi pemasaran bagi membangunkan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M102saluran pemasaran dan menggalakkan penyertaan ushawan tani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar tani juga menjadi medan pertemuan antara pengeluar dengan pengguna yang berupaya membantu petani menerima harga yang munasabah dan pengguna mendapat bekalan bermutu denganharga yang berpatutan. Selain itu, bagi pertanian berasaskan buah-buahan pula, FAMA melaksanakan program Gerai Buah-buahan Segar (GBBS). GBBS ialah premis yang menjalankan aktiviti urus niaga buah-buahan segar sebagai komoditi utamanya yang dinaik taraf atau dibangunkan oleh FAMA dengan mengguna pakai imej korporat projek yang seragam. Hal ini membolehkan pengusaha memasarkan produk hasil keluaran mereka secara terus dan pembeli tidak perlu risau mengenai kualiti buah-bauhan yang dijual kerana buah-buahan ini dibawa terus daripada sumbernya. Jelaslah bahawa FAMA berjaya memainkan peranannya sebagai rakan kongsi yang menguruskan pemasaran hasil-hasil buah-buahan. Selari dengan perkembangan teknologi dan peningkatan trend pembelian dalam talian, FAMA telah memperkenalkan program Agrobazaar Online. Agrobazaar Online merupakan platform digital untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan hasil pertanian secara maya kepada pengguna. Platform ini menjadi e-pasaran produk agromakanan yang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa. Bagi memperluas pasaran usahawan tani pasar tani dalam memasarkan hasil pertanian, FAMA telah memperkenalkan Karavan Tani. Projek ini merupakan konsep baharu transformasi perkhidmatan pemasaran yang bertujuan untuk memodenkan outlet peruncitan secara bergerak dalam memasarkan hasil pertanian dan produk makanan. Tuntasnya, golongan petani dan kerajaan perlu menggembleng tenaga untuk merangka strategi pemasaran hasil pertanian yang berkesan. Hal ini disebabkan tiada gunanya kita mendabik dada memiliki hasil pertanian yang banyak sedangkan kita tidak tahu cara memasarkannya. Di sinilah pentingnya peranan yang dimainkan oleh FAMA memberi panduan tentang teknik pemasaran yang berkesan. Jelaslah, strategi pemasaran yang baik dan harga hasil tani yang munasabah penting untuk memartabatkan sektor pertanian.*catatan- murid juga boleh menghasilkan penulisan dalam bentuk rencana, berita, laporan, ulasan dan bahan grafik.AKTIVITI 2: PENCIPTAAN GURINDAMGurindam FAMA, Rakan Kongsi PetaniRakan kongsi petani FAMA berperanan Fokus utama dalam pemasaranPelbagai program FAMA jalankan Untuk membantu hasil dipasarkanAktiviti pemasaran membantu usahawan Membuka ruang jualan hasil pertanianPasar Tani pusat perjumpaan Tempat urus niaga pengguna dan usahawan Platform digital turut disediakan Trend pembelian dalam talianPegurusan pemasaran FAMA sempurnakan Cekap pengurusan, petani raih keuntunganAKTIVITI 3: RANCANGAN PROJEK PEMASARAN PRODUK MAKANANPanduan menyediakan rancangan pemasaran produk makanan1. Penerangan produk yang ditawarkan dengan mengaitkan kehendak dan keperluan pengguna.2. Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.3. Saiz pasaran sama ada dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya.4. Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran -senaraikan status kekuatan dan kelemahan mereka.5. Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan. Nyatakan juga bentuk jualan sama ada secara tunai, kredit atau kedua-duanya.6. Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan iaitu strategi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M103barangan, strategi harga, strategi promosi dan strategi edaran.7. Butiran perbelanjaan pemasaran. Contoh ; Perbelanjaan kenderaan - RM ____ Perbelanjaan promosi - RM ____ Perbelanjaan Insurans - RM ____


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M104AKTIVITI 1: CARI & ANALISIS MAKLUMAT DENGAN TEKNIK PEMBELAJARAN BERBALIKStrategi Pemahaman TakrifanMeringkaskan Pelajar menggunakan strategi meringkas untuk memilih idea utama dan perkara utama.Menyoal Pelajar menganalisis lebih mendalam dengan menggunakan pelbagai kata tanya dan membuat kesimpulan.Meramalkan Pelajar membuat tekaan yang berpendidikan untuk mencari petunjuk apa-apa yang akan berlaku.Memperjelas Pelajar mengenal pasti maksud perkataan sukar menggunakan glosari atau kamus.TAKWILAN BERDASARKAN IDEA PELAJARi. Meringkaskana. Apakah isu atau perkara utama dalam teks ini?\\Isu atau perkara utama dalam teks tersebut ialah industri ikan hiasan. b. Apakah yang definisi isu berkenaan?Industri ikan hiasan merupakan industri penting yang mampu menghasilkan 325 juta ikan pada tahun 2017. Ikan hiasan menjadi penyeri ruang rumah, taman, kedai dan pejabat. ii. Menyoala. Apakah pendapat anda tentang isu tersebut?Saya berpendapat industri ikan hiasan mampu menjadi satu bidang ekonomi yang menguntungkan. b. Berapakah bilangan spesies ikan hiasan yang popular di Malaysia?Bilangan spesies ikan hiasan yang popular di Malaysia ada 5 jenis iaitu ikan emas, ikan kelisa, ikan kaloi, ikan Angel dan ikan Gupi. iii. Meramalkana. Saya rasa penulis cuba menceritakan bahawa perniagaan ikan hiasan sangat bermanfaat kerana indutri ini dapat membuka satu bidang perniagaan yang berasaskan hobi. Selain INFO BESTARITeknik Pembelajaran BerbalikDalam pembelajaran berbalik, guru memodelkan empat strategi pemahaman (meringkaskan, menyoal, meramalkan, dan memperjelas) melalui perbincangan kumpulan berpandu. Setelah pelajar berasa selesa dengan proses dan strategi, mereka bergilir-gilir memimpin perbincangan serupa dalam kumpulan kecil.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M105itu, industri ini dapat menarik minat golongan muda untuk berkecimpung dan mengembangkan peluang pekerjaan.b. Saya percaya anda juga mempunyai hobi yang tersendiri. Boleh anda nyatakan hobi tersebut.Saya juga mempunyai hobi tersendiri seperti keterujaan mengumpul koleksi kereta ‘hot wheels’, mengumpul barangan lusuh atau terpakai yang unik atau ‘rare’ dan banyak lagi. iv. Memperjelasa. Jelaskan maksud perkataan tersebut dengan merujuk glosari atau kamus.1. Kompetitif Bersifat persaingan 2. BiosekuritiMencegah kemasukan penyakit 3. Dokumentasi Bukti atau keterangan terkumpul AKTIVITI 2: RUMUSAN & ULASANRumusan membincangkan spesies pengeluaran ikan hiasan, kepentingan industri ini dan cabarannya di Malaysia.Spesies Cyprinids merupakan spesies ikan hiasan yang paling banyak dikeluarkan di Malaysia. Negeri yang menjadi pengeluar spesies terbanyak ialah Johor. Manakala negeri Perlis ialah negeri terendah pengeluarannya. Industri ini penting kerana menjanakan pulangan yang mengukuhkan pendapatan negara. Selain itu, industri ini turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Walau bagaimanapun, ada cabarandalam memajukan industri ikan hiasan iaitu dalam soal peningkatan produktiviti. Di samping itu, halangan lain ialah dalam memajukan teknologi dan inovasi. Akhir sekali, kekangan juga dihadapi dalam menetapkan jaminan kualiti industri ikan hiasan ini.Kesimpulannya, industri ikan hiasan ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan agar industri ini akan berkembang dengan lebih pesat.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M106AKTIVITI 3: AKTIVITI FORUMUJIAN LISAN BERTUTURKUMPULAN- 1 tema umum disediakan untuk perbincangani. Usaha-usaha memajukan penternakan ikan hiasan di Malaysia.a. Meningkatkan kerjasama antara persatuan-persatuan ikan dengan institusi penyelidikan. b. Pengusaha dan IPT meningkatkan teknologi pengeluaran dan kualiti ikan melalui projek penyelidikan dan pembangunan. c. Penganjuran festival atau pameran ikan hiasan sebagai cara meneroka pasaran global. d. Sokongan modal daripada kerajaan dan perkongsian teknologi dengan pengusaha yang berminat. - Perbincangan dalam kumpulan 3 – 5 orang caloni. Perbincangan dalam bentuk forum ( 1 pengerusi; 4 ahli panel)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M107AKTIVITI 1: PENGOLAHAN MAKLUMAT DALAM TEKS & GRAFIKKAEDAH DAN PUNCA KEGAGALAN PENANAMAN ANGGURPendahuluan:• Jenis-jenis pokok anggur-Black Orzark, Summer Black, Everest, Isabella dan White Malaga• Khasiat buah anggur- baik untuk kesihatan• Ciri-ciri buah anggur-bulat,berwarna unggu gelap atau hijau,rasanya manis dan bertangkai.Isi-isi penting:• Penyediaan kawasan yang sesuai-kawasan tanah rendah untuk tanaman terbatas-kawasan tanaman tidak sekata memerlukan sistem peparitan.• Melakukan penyelenggaraan terhadap tanaman-membuat pemangkasan secara berperingkatmenyediakan para-bagi membolehkan pokok menjalar dan mengeluarkan hasil-melakukan pembajaan-dilakukan setiap bulan dan setiap kali selepas kerja pemangkasan dilakukan.• Tidak memilih jenis tanah dan benih yang sesuai- benih tidak berkualiti-pokok anggur sukar untuk berbuah• Tidak membuat teduhan-teduhan dapat melindungi anggur daripada ditimpa hujan-anggur yang terkena hujan mudah terkena penyakitPenutup:• Industri penanaman anggur-semakin berkembang dalam Negara-meningkatkan pendapatan ekonomi Negara-perlu usaha dan mencari ilmu-gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.Kaedah Penanaman AnggurPenyediaan kawasan yang sesuaiMelakukan penyelenggaraan terhadap tanamanPunca Kegagalan Penanaman AnggurTidak memilih jenis tanah dan benih yang sesuaiTidak membuat teduhan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M108AKTIVITI 2: PENDAPAT – LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI ANGGUR1. Petani menggunakan teknologi moden dan terkini –teknologi hibrid2. Kerajaan atau badan berkaitan perlu memberikan bantuan insentif dan bengkel kemahiran menanam anggur kepada petani3. Pihak MARDI boleh membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap tanaman anggur di Malaysia.4. Jabatan Pertanian Malaysia menganjurkan pameran pertanian anggur di Ekspo Pertanian Malaysia.5. Kerajaan perlu menggalakkan pengguna membeli produk tani tempatan terutamanya anggur.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M109AKTIVITI : RUMUSAN PETIKAN & BAHAN GRAFIKPendahuluan : Rumusan membincangkan proses / langkah penghasilan cuka air matang (fokus 1) dan Manfaat/ kebaikan kepada kesihatan manusia. (fokus 2).Pendahuluan [2 markah]• Rumusan membincangkan proses / langkah penghasilan cuka air matang dan Manfaat/ kebaikan kepada kesihatan manusia. [2 markah]• Rumusan membincangkan proses / langkah penghasilan cuka air matang. [1 markah]• Rumusan membincangkan Manfaat / kebaikan kepada kesihatan manusia. [1 markah]Bahan Bilangan isi Bilangan isi yang diterima MarkahBahan 1 / fokus 15 2/3/2 4/6/4Bahan 1 /fokus 26 4/2/4 8/4/8Bahan 2 / fokus 16 2/3/2 4/6/4Jumlah 8 16BAHAN 1(Fokus 1 : Proses / langkah penghasilan cuka air matang)1. Air kelapa matang yang merupakan substrat utama akan ditapis, dimaniskan dengan gula, dipasteur sebelum diinokulasikan dengan mikroorganisma.2. Fermentasi gula kepada etanol oleh yis (Saccharomyces cereviasiae), 3. Pengoksidaan etanol kepada asid asetik oleh mikroorganism bakteria asid asetik (Acetobacter acetii). 4. Kandungan asid asetik akan meningkat dan kandungan etanol akan menurun. 5. Proses fermentasi mengambil masa antara 30 hingga 90 hariBAHAN 1(Fokus 2 : Fungsi / kepentingan kepada kesihatan manusia)1. Tinggi kandungan antioksidan2. Tiada bahan pengawet 3. Tiada bahan pewarna sintetik 4. Tidak toksik5. Sebagai ramuan di dalam masakan6. Sebagai makanan tambahan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M110BAHAN 2(Fokus 1 : Proses / langkah penghasilan cuka air matang)1. Air kelapa matang (air kelapa tua) ditapis dengan menggunakan air kasa.2. Gula ditambah sehingga larutan mencapai brix 14”.3. Pempasteuran (90°c selama 20 minit) air kelapa yang telah dipasteur dimasukkan ke dalam balang kaca yang sesuai dan disejukkan pada suhu bilik.4. Inokulasi dengan 10°c yis (Sacchatomyces cereviasiae). Balang ditutup dengan kain dan diikat dengan kemasnya.5. Fermentasi etanol bahan yang telah diinokulasikan dieramkan pada suhu bilik selama 7-10 hari. (sehingga kepekatan etanol mencapai 5-7 % dan pH 5.0 – 5.15).6. Bahan diinokulasi lagi dengan 10 % bakteria Acetobacter acetii (di dalam balang yang sama)7. Fermentasi asid asetik bahan dieramkan pada suhu bilik selama 2 bulan (sehingga keasidan mencapai kepekatan 2.45 – 4.36% (selepas 4 minggu) dan 4.55 – 5.34% selepas 8 minggu), pH 2.98 – 3.64 (selepas 4 minggu) dan pH 3.01 – 3.23 (selepas 8 minggu)Penutup : Kesimpulannya, manusia perlu memanfaatkan kebaikan cuka air matang agar / supayaberada dalam keadaan sihat sejahtera / terhindar daripada penyakit.Kesimpulan [2 markah]• Kesimpulannya, manusia perlu memanfaatkan kebaikan cuka air matang agar / supayaberada dalam keadaan sihat sejahtera / terhindar daripada penyakit. [2 markah]• Kesimpulannya, manusia perlu memanfaatkan kebaikan cuka air matang [1 markah](Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)(b) Bahasa [10 markah]Markah bahasa dinilai secara holistik.Markah bahasa8-10 Cemerlang5-7 Baik3-4 Sederhana1-2 LemahPengiraaanP – 02F1 + F2 – 16 ( 8 isi )K – 02ISI : 20BAHASA : 10JUMLAH : 30


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M111


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M112AKTIVITI 1: RUMUSAN & PENILAIAN KEKUATAN & KELEMAHAN KARYAPENILAIAN KARYA Pelancongan Mapan Antara Alam Sekitar dengan PembangunanKekuatan▪ Mesej yang disampaikan secara berterus terang.▪ Ciri-ciri pelancong mapan disenaraikan satu-persatu.▪ Tema berkaitan pelancongan yang lestari berbeza dengan penebangan hutan Berjaya disampaikan.▪ Bahasa yang digunakan mudah difahami.Kelemahan▪ Ketandusan penggunaan kata-kata puitis dan perlambangan.▪ Rima akhir yang bebas pada rangkap pertama.▪ Dialog agak kaku dan kurang menarik.AKTIVITI 2: AKTIVITI FORUMTeks Aktiviti Forum “Pelancongan mampan” di dalam kelas.PEMBICARA SKRIPPengerusiBismillahirahmannirrahimAlhamdulilahirabbilalaminYang dihormati, ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melontarkan idea Serta siding hadirin sekalian.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatih, salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia.Ahli panel dan siding hadirin yang dirahmati Allah Sekalian. Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Allah Subbanahu Wataala kerana dengan limpa kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam forum “Pelancongan Mampan” pada pagi nirmala yang bening dan ceria ini. Saya …………………………..akan bersama-sama warga dewan sekalian untuk mempengerusikan forum kita pada pagi ini. Hadirin yang dihormati,Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu mauduk bual bicara forum kita pada hari ini. Mauduk forum kita berkisar tentang “Pelancongan Mampan”. Mampukah menjadi realiti atau sekadar ilusi?. Pelancongan mampan merupakan salah satu agenda penting dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (PEK) yang perlu diaplikasi kepada semua bentuk pembangunan pelancongan yang dijalankan di Malaysia. Pembangunan mampan dan pelancongan mampan mempunyai persamaan dalam aspek memenuhi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M113keperluan indivu atau pelancong serta penggunaan sumber jaya secara optimum seperti tanah, air, tumbuhan dan tarikan pelancongan lain. Walaupun begitu, penggunaan sumber jaya ini perlu melalui proses perancangan yang selari dengan PEK supaya dapat menyumbangkan kesan positif terhadap ekonomi , alam sekitar dan social serta dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Sidang hadirin sekalian, Terlalu asyik saya berbicara tentang “Pelancongan mampan” sehingga terlupa untuk memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang kacak-kacak belaka serta sungguh bergaya pada hari ini. Baiklah hadirin yang dihormati sekalian. Sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri lebih mendalam topik perbincangan, molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya, saudara…………………………yang merupakan ahli panel kita yang pertama, tampan dan murah dengan senyuman. Selamat datang saudara……………… Apa khabar saudara?Ahli panel 1Terima kasih saudara pengerusi, saudara…………………Alhamdulilah, khabar baik. Saudara bagaimana?PengerusiAlhamdulilah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup bersemangat untuk berbicara tentang pelancongan mampan.Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel yang kedua. Nampak yakin dan tenang berada disebelah kiri saya iaitu saudara……………………………Selamat dating saudara…………………………Apa khabar saudara?Ahli panel keduaAlhamdulilah, sihat sejahtera tuan pengerusi. Datang ke sini dengan semangat yang membara seperti saudara juga.PengerusiYa. Sudah pasti saudara……………….topik bual bicara kita pada hari ini memang menarik menjadikan kita sunggul terpanggil untuk membincangkannya. Berada disebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu saudara……………………………….kacak bergaya orangnya. Walaupun Nampak pemalu namun petah bicaranya sungguh berbisa. Apa khabar saudara?Ahli anel ketigaAlhamdulilah, saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya berada disini bersamasama saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.PengerusiUsai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik iaitu “Pelancongan Mampam”. Mampukah menjadi realiti atau ilusi?Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M114Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum kita dengan soalan pertama yang saya ajukan kepada ahli panel yang pertama. Saudara ……………………., mohon saudara memberikan penjelasan tentang pelancongan mampan yang menjadi tunjang kekuatan untuk memajukan ekonomi sesebuah negara. Ahli panel pertamaTerima kasih saudara pengerusi, ………..Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati. Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudara pengerusi tentang pelancongan mampan. Istilah kemampanan apa awalnya digunakan untuk memberi penekanan kepada pengekalan sumber asli. Kemampanan beerti keupayaan untuk mengekalkan sesuatu, memastikan kewujudan atau memanjangkan. Tatapi konsep awal kemampanan ini diperkembangkan lagi dengan mengambil kira teori ekologi sebagai dasar pembangunan negara yang mampan. Kemudian ia diperkembangkan lagi untuk meliputi demensi teknikal, pengurusan, ekonomi, sosial, kemanusiaan, kebudayaan, etika dan institusi. Terima kasih, kembali semula kepada saudara pengerusi forum, saudara…………….Pengerusi Terima kasih saudara ahli panel yang pertama. Benar kata saudara tadi bahawa sektor pelancongan yang mampan mampu melonjokkan lagi pendapatan negara dan dalam masa yang sama tidak memusnahkan alam sekitar dan juga nilai kebudayaan negara umpama serampang dua mata. Peribahasa Melayu ada mengatakan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel yang kedua, saudara…………………………..tentang peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan dalam memajukan sektor pelancongan negara dalam masa yang sama tidak mengorbankan khazanah negara yang bernilai tinggi bak kata orang tua-tua diluahkan mati emak ditelan mati bapa. Dipersilakan saudara………………..Ahli panel keduaTerima kasih saudara pengerusi, ………..Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati. Assalamualaikum, salam sejahtera ……..Persoalan daripada saudara pengerusi tentang peranan yang peru dimainkan oleh pihak kerajaan ialah pihak kerajaan memperkenalkan Program Productivity Day yang membuktikan pihak kerajaan mempunyai kesungguhan dalam merangsang produktiviti pelancongan dalam negara. Kerajaan juga meluaskan lagi jangkauan bagi membudayakan produktiviti melalui inisiaitif proses inovasi dan kecemerlangan perniagaan khasnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Contohnya kerajaan juga telah memperkenalkan inap desa dalam industry pelancongan untuk memperkenalkan kebudayaan negara kepada pelancong. Ketibaan pelancong yang sentiasa mendadak dari tahun ke tahun telah bermakna kerajaan perlu meningkatkan proses pembangunan mampandi beberapa destinasi utama pelancongan di Malaysia. Ketibaan pelancong ke Malaysia meningkat saban tahun walaupun berlaku pelbagai perkembangan dalam ekonomi semasa seperti krisis ekonomi, krisis kewangan global, dan yang terbaru pandemic covid 19. Menyedari hakikat tersebut pihak kerajaan berusaha meneruskan proses pembangunan pelancngan mampan terhadap destinasi utama kawasan yang menjadi daya tarikan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M115seperti di Pulau Perhentian. Namun begitu proses pembangunan pelancongan tidak dapat lari daripada meninggalkan impak negative terhadap pelbagai aspek. Di samping itu juga pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pelancongan mampan dengan memberi penekanan kepada sumber kebudayaan dan kembara perniagaan disamping menangani kelestarian persekitaran dan memelihara alam persekitaran yang indah. Saya serahkan kembali kepada pengerusi.PengerusiTerima kasih saudara ahli panel yang kedua, saudara………………betul kata ahli panel kita bahawa kerajaan perlu memainkan langkah yang poraktif untuk membangunkan pelancongan mampan. Pada pendapat saudara………………………apakah pihak berkuasa perlu memperkenalkan kod etika pelancongan kepada para pelancong yang datang melancong ke Malaysia? Dipersilakan saudara……………….Ahli panel ketigaTerima kasih saudara pengerusi, ………..Rakan ahli panel dan hadirin yang dihormati sekalian.Bumi mana yang tidak ditimpa hujanLautan mana yang tidak bergeloraHidup ini ada pasang surutnyaAda kala kita berada diatasDan ada kalanya kita berada di bawahDemikianlah juga dengan industri pelancongan dan pemeliharaan khazanah bernilai negara. Kod etika pelancongan amat penting dalam mengurangkan kesan negative terhadap pembangunan pelancongan. Kod etika pelancongan merupakan garis panduan kepada pelancong mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan disesebuah destinasi pelancongan. Garis panduan yang diberikan adalah untuk meminimakan kesan negative dan memaksimkan kesan positif terhadap alam sekitar, ekosistem dan sosioekonomi di sesebuah destinsi pelancongan. Sebagai contoh, kod etika pelancongan telah diwajibkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui pihak Majlis Daerah Besut supaya para pengusaha pelancongan di Pulau Perhentin meletakkan di tempat yang strategik seperti di pintu masuk utama destinasi atau lokasi-lokasi tumpuan pelancong. Kod etika pelancongan diedarkan dalam bentuk broser, risalah, atau papan tanda. Di samping itu kod etika ini diperkenalkan bagi mengelakkan pihak kerajaan dan swasta menfokuskan penjagaan alam sekitar dalam pembangunan pelancongan. Ianya lebih kepada pembangunan pelancongan yang tidak mengabaikan alam sekitar sebagai asas pembangunan pelancongan. Oleh itu marilah kita sama-sama mematuhi kod etika pelancongan agar ekonomi bertambah mantap, alam sekitar terpelihara. Setakat ini sahaja hadirin saya serahkan semula kepada pengerusi saudara………………………………….Pengerusi Terima kasih saudara ahli panel yang ketiga, saudara…………………….Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat rumusan perbincangan kita pada hari ini.Ahli panel pertamaSaudara pengerusi majlis, sahabat panel dan siding hadirin.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M116Pelancongan mampan, ekonomi terjana, alam sekitar terpelihara. Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan perjuangan memartabatkan pelancongan mampan. Ahli panel keduaAkhir kalam daripada saya, hasrat memartabatkan pelancongan mampan bukanlah angan-angan mat jenin atau impian diawang-awangan. Dengan izin Allah, iltizam padu dan komitmen jitu semua pihak, kerajaan, rakyat termasuk kita generasi muda, walau masih setahun jagung, darah setampuk pinang, marilah kita usahakan yang terbaik demi industi pelancongan dan khazanah negara.Ahli panel ketigaSebagaimana sahabat ahi panel yang lain, pendirian dan rumusan saya juga serupa walau tidak sama. Membujur lalu melintang patah, sekali kita mara, pantang kita berundur. Perjuangan memartabatkan pelancongan mampan merupakan usaha yang murni.PengerusiTerima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan beriltizam.Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita tentang pembangunan pelancongan mampan, reality atau ilusi. Tuntasnya bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kata sepakata yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, maka hasrat menjadikan pelancongan mampan akan menjadi realiti bukannya fantasi.Terima kasih kepada ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan isu pembangunan mampan. Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan masyarakat yang cakna terhadap isu-isu pembangunan yang merosakan khazanah negara. Harapan saya forum ini dapat memberi informasi yang bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati. Sidang hadirin yang dihormati.Kalua berkayuh dah sampai ke pulauKalan mendaki dah sampai ke puncakKita telah sampai ke penghujung bicaraErti kata salahEntah maksud salah sampaiTerimalah salam, salam bersantunSaya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi menyaksikan forum pada hari ini. Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya mohon mengundur diri. Sekian terima kasih.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M117AKTIVITI 1: MEMBACA TEKS & DEKLAMASI PUISI1. Baca teks prosa “Pulau Mutiara” dalam suara latar seorang pengembara dan mendeklamasikan puisi “Perindu Mutiara” dengan gaya seorang penyajak.2. Ketika membaca atau mendeklamasi, anda dikehendaki menggunakan intonasi yang betul. Intonasi ialah naik turun suara / rendah atau tinggi suara. Intonasi ditandai oleh angka.▪ Angka 1 mewakili suara yang paling rendah manakala angka 2 ialah suara permulaan dalam ujaran. Angka 3 pula merupakan tekanan suara dalam ujaran. Akhir sekali, angka 4 ialah suara yang palingtinggi.▪ Naik turun suara dalam ayat bergantung pada jenis ayat seperti berikut:Ayat penyata : Pegawai (2 → 4) itu, (2) pengurus (3).Ayat tanya : Pegawai (2 → 4) itu, (3) pengurus? (4)Ayat perintah : Masuklah (2 → 3 → 1)Susunan songsang : Pengurus (2) pegawai (3) itu (1)Ayat pasif : Jawatan (2) itu (4) saya (2) pohon (3)3. Di samping itu, bacaan anda perlu ada jeda iaitu berhenti sebentar ketika membaca iaitu pada sempadan antara subjek dan predikat, predikat dan keterangan, koma dan noktah.4. Selain itu, anda juga perlu menggunakan nada yang sesuai. Nada sama ada gembira, sedih, marah dan sebagainya ditentukan oleh situasi dalam ayat.AKTIVITI 2: KENAL PASTI RAGAM AYAT & MEMBINA AYAT


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M118SILA RUJUK BUKU TEKS HALAMAN 227 UNTUK MENGETAHUI JAWAPANNYA.AKTIVITI 3: PENCIPTAAN PUISI


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M119


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M120AKTIVITI 1 : MENGENAL PASTI KESALAHAN & MEMBUAT PEMBETULANAKTIVITI 3: SEBAB-SEBAB KESALAHAN BAHASAKESALAHAN BAHASA PEMBETULAN SEBAB KESALAHAN1. kedua Kedua-dua Kedua – kata bilangan tingkatmenunjukkangiliran atau urutan dalam sesuatu jumlahKedua- dua – bermaksud himpunan2. lebat Tebal Lebat – banyak dan rapat tumbuhnya, sesuai untuk rambutTebal – lebat lagi banyak tumbuhnya, sesuai untuk hutan3. dengan -4. kaya Unik Kaya- banyak mempunyai atau mengandungiUnik- tersendiri; istimewa5. dikunjungi oleh anda Anda kunjungi Kesalahan ayat pasif ganti diri orang kedua6. selain daripada itu Selain itu Kata sendi nama ‘daripada’ hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan7. tempat menarik di Sarawak yang utamaTempat menarik yang utama di SarawakHukum DM8. merasa Berasa Merasa – mengaami rasa dengan lidahBerasa – mendapat rasa [dalam hati/ perasaan]9. diberkati Dikenali Diberkati – diberi restuDikenali -10. tanda , Tanda . Kesaahan tanda baca11. di sini Ke sini Kata sendi nama12. mengetahui bahawa bukan sahajaMengetahui bahawa -13. paling banyak sekali Paling banyak/banyak sekali Kata penguat ‘paling’ tidak boleh digandingkan dengan kata penguat belakang ‘sekali’.14. tanda , Tanda . Kesalahan tanda baca


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M12115. tanda , Tanda . Kesalahan tanda baca16. seperti contohnya Seperti/contohnya MelewahAKTIVITI 2: KEJITUAN & KESEIMBANGAN IDEAP Idea jelas dan relevan dengan tema. Urutan idea teratur. P01 Idea jelas dan relevan dengan idea utama.Huraian dikuatkan dengan contoh yang tepat.Nampak perkaitan antara ayat dalam perenggan.P02 Idea jelas tetapi perkembangan isi tidak teratur. Ayat topik , ayat huraian , contoh dan kesan ditulis dalam satu ayat panjang.P03 Idea jelas tetapi idea tidak berurut.P04 Idea jelas. Idea berurutan dengan baik. P05 Perenggan yang tak lengkap. Hanya ada ayat contoh.P06 Kaitan antara ayat tak jelas dan kurang berkait. Tiada ayat judul yang jelas dan perenggan tidak berkembang dengan baik.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M122AKTIVITI 1 : PERUNDINGAN UNTUK MEMPROMOSIKAN ARKEOPELANCONGANJom melancong ke Lembah LenggongJauh berjalan luas pemandangan.Bertepatan dengan peribahasa di atas jika kita suka melancong ke tempat-tempat menarik sudah pasti akan meningkatkan pengetahuan tentang tempat yang dilawati. Jadi jom kita melancong ke Lembah Lenggong.Lembah Lenggong merupakan Tapak Warisan Dunia yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Aktiviti melancong ke tempat bersejarah ini juga dikenali sebagai arkeopelancongan. Pelancong boleh meneroka khazanah prasejarah negara dengan bantuan ahli-ahli arkeologi. Tempat-tempat yang boleh dilawati oleh pelancong yang datang ke Lembah Lenggong ialah Bukit Bunuh,Gua Badak dan Gua Kajang. Kesemua tapak arkeologi ini mempunyai keistimewaan dan sejarah yang perlu diketahui oleh masyarakat terutama golongan pelajar. Hal ini demikian kerana, aktiviti arkeopelancongan ini akan membawa pelancong menelusuri tapak prasejarah dan kesan artifak yang boleh ditemui di situ. Oleh itu, Jom melancong ke Lembah Lenggong untuk mengenali lebih dekat tapak prasejarah di negara kita ini. AKTIVITI 2 : PERSEMBAHAN DRAMA ARKEOPELANCONGANSkrip drama -Apa istimewanya Lembah LenggongSituasi: Di dalam kelas 5 BETA semasa pembelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 bersama dengan dengan guru BM Cikgu Liza.Ketua Kelas : Semua bangun,Selamat pagi Cikgu Liza.Cikgu Liza : Selamat pagi semua, terima kasih semua boleh duduk.Fizul : Cikgu hari ini kita nak belajar tentang apa?Cikgu : Baiklah disebabkan semua sudah tidak sabar untuk belajar, hari ini cikgu nak bawa semua murid melancong ke tempat yang menarik.Amirah : KLCC ya cikgu!Cikgu : BukanFizul : Melaka!Cikgu : pun bukan.Cikgu : Baik cikgu beri kata kunci tempat yang akan kita lawati nanti merupakan tempatbersejarah dan belum lagi mendapat tempat di hati pelancong dalam dan luar negara.Amirah : alamak cikgu…memang kami tak tahu tempat itu.Cikgu : Baiklah…semua keluarkan buku teks,buka muka surat 104 petikan bertajukLenggong oh Lenggong.Kamu semua pernah mendengar nama tempat tersebut?Semua murid : Tidak cikgu. (secara serentak)Cikgu : Baiklah. Mari kita baca dan lihat apakah keistimewaan Lembah Lenggong ini. Cikgu berikan masa 10 minit untuk semua membaca secara senyap petikan tersebut.Baiklah semua telah membaca petikan Lenggong Oh Lenggong?Semua murid : Dah cikguCikgu : Fizul apakah yang kamu dapat cerita tentang petikan tersebut?Fizul : Baiklah cikgu, Lembah Lenggong terletak di negeri Perak danmerupakan WarisanDunia. Ahli arkeologi yang membuat kajian sejak dahulu telah menemukan banyak bukti prasejarah. Dengan itu kerajaan telah merangka satu program iaitu program


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M123arkeopelancongan. Terdapat banyak tapak prasejarah yang boleh dilawati antaranya Bukit Bunuh, Gua Kajang dan Gua Badak.Cikgu : Baik terima kasih Fizul.Seterusnya, Amirah apakah yang dimaksudkan dengan arkeopelancongan?Amirah : Arekeopelancongan ialah program yang membawa semua pelancong untuk meneroka khazanah prasejarah negara yang diiktiraf dunia melalui lawatan berpandu oleh ahliarkeologi. Para pelancong boleh melawat tapak prasejarah seperti Gua Badak yang mempunyai lukisan gua yang dilukis dengan arang oleh masyarakat Negrito. Terdapat juga tembikar dan alat batu zaman Neolitik.Cikgu : Baik terima kasih Amirah. Adakah semua murid telah faham keistimewaan tempat prasejarah Lembah Lenggong dan maksud arkeopelancongan? Semua murid : Sudah cikgu!Cikgu : Sebagai tugasan kumpulan cikgu mahu setiap kumpulan menyediakan satuiklan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong datang melancong ke Lembah Lenggong. Iklan yang disediakan boleh dalam bentuk powerpoint atau bentuk brosur.AKTIVITI 3 : MUAT NAIK KE INTERNETRakam persembahan drama di atas dan muat naik ke Internet.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M124AKTIVITI 1 : MEMBACA DENGAN TEKNIK 5W1HBIL AYAT DALAM BAHAN ANALISIS MAKSUD AYAT + 5W1H1 Semasa cuti persekolahan yang lalu, Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya telah mengadakan lawatan sambil belajar di Tanah Tinggi Cameron.WHO (siapa) - Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri JayaWHAT (apa)- mengadakan lawatan sambil belajarWHERE (di mana) - Tanah Tinggi CameronWHEN (bila)- Semasa cuti persekolahan yang lalu2 Semasa lawatan, guru pengiring telah meminta salah seorang murid memainkan peranan sebagai pemandu pelancong.WHO (siapa) - guru pengiringWHAT (apa) - guru pengiring telah meminta salah seorang murid memainkan peranan sebagai pemandu pelancongWHEN (bila) - Semasa lawatan3 Murid bertuah yang terpilih pada hari pertama di Tanah Tinggi Cameron ialah rakan saya, Ameerul, yang agak bijak bermain kata-kata. WHO (siapa) - AmeerulWHY (mengapa) - bijak bermain kata-kata4 Sebelum itu, sila pastikan bahawa semua barang keperluan sudah dibawa. Walaupun cuaca nampak terang, manalah tahu, panas tak sampai ke petang kerana tiba-tiba hujan turun tak hentihenti. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan.WHAT (apa) - barang keperluanWHY (mengapa)- panas tak sampai ke petang kerana tiba-tiba hujan turun tak henti-hentiHOW (bagaimana) - sediakan payung sebelum hujan.WHO (siapa) - peserta5 Destinasi utama yang akan kita kunjungi ialah ladang teh yang seyojana mata memandang. WHERE (di mana) - ladang tehWHAT (apa) - seyojana mata memandang (sangat luas)6 Setelah itu, kita akan ke kawasan penanaman bunga ros kerana bunga-bungaan dengan Tanah Tinggi Cameron bagai irama dengan lagu yang tidak dapat dipisahkan.WHAT (apa) – bunga ros, bunga-bungaanWHY (mengapa) - bunga-bungaan dengan Tanah Tinggi Cameron bagai irama dengan lagu yang tidak dapat dipisahkan – bermaksud cuaca sejuk sesuai untuk penanaman bungaHOW (bagaimana) – cuaca yang sejukWHERE (di mana) - Tanah Tinggi CameronWHO (siapa) - kita7 Sebentar lagi kita akan ke Tanah Rata. Di Tanah Rata, kita akan mengunjungi dua lokasi menarik iaitu taman Agroteknologi MARDI dan kawasan penanaman strawberi. WHERE (di mana) - Tanah Rata, Agroteknologi MARDI dan kawasan penanaman strawberiWHO (siapa) - kitaWHEN (bila) – sebentar lagi8 Di kawasan penanaman strawberi pula, kita akan berpeluang untuk melihat cara strawberi ditanam. Kita juga boleh membeli strawberi yang telah dipetik atau memetiknya sendiri dari pokok.WHAT (apa) - melihat cara strawberi ditanamHOW (bagaimana) - Kita juga boleh membeli strawberi yang telah dipetik atau memetiknya sendiri dari pokokWHERE (di mana) - Di kawasan penanaman strawberi pulaWHO (siapa) - kita


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M125AKTIVITI 2 : PENULISAN PERENGGAN MAKSUD AYATPenulis telah menyertai lawatan sambil belajar di Tanah Tinggi Cameron yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya semasa cuti persekolahan. Semasa lawatan, penulis memberitahu bahawa rakannya yang bernama Ameerul dipilih menjadi pemandu pelancong kerana kepetahannya berkata-kata. Sebagai pemandu pelancong, Ameerul mengingatkan kami untuk membawa semua barang keperluan sebagai persediaan mengahdapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca. Ameerul menerangkandestinasi yang akan dikunjungi iaitu ladang teh, kawasan penanaman bunga ros, taman Agroteknologi MARDI dan kawasan penanaman strawberi kerana setiap tempat yang dipilih mempunyai kelebihan yang tersendiri. Di kawasan penanaman strawberi penulis dan rakan-rakannya berpeluang untuk melihat cara strawberi ditanam, membeli strawberi yang telah dipetik atau memetiknya sendiri dari pokok. Selain itu, Ameerul juga mengingatkan rakan-rakannya supaya pandai membawa diri demi menjaga nama baik keluarga dan sekolah.AKTIVITI 3 : MENCIPTA TEKA-TEKI / AYAT UNSUR TANDA TANYATEKA-TEKI JAWAPANKalau tuan pergi ke kedai,Belikan saya buah nam-nam;Kalau tuan cerdik dan pandai,Di manakah tempat teh ditanam?Tanah Tinggi CameronRamai orang pergi Melaka,Berebut-rebut membeli pekasam;Buah apa cubalah teka,Semakin dikunyak semakin masam?Buah strawberiAYAT YANG MENGANDUNGI UNSUR TANDA TANYA JAWAPANPelbagai spesies bunga ditanam di Tanah Tinggi Cameron? (tanpa kata tanya)Bunga ros, Lavender, matahari, kaktusPokok kaktus berduri digemari? (tanpa kata tanya) Kerana unikSemua barang keperluan sudah dibawa? (tanpa kata tanya) Ya, sudah.Apakah maksud peribahasa sediakan payung sebelum hujan? (kata tanya apakah)Bersedia menghadapi sebarang kemungkinanSiapakah yang petah berkata-kata? (kata tanya siapakah) Ameerul


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M126AKTIVITI: MEMBUAT KESIMPULAN & MENGEMUKAKAN PENDAPAT1. Penipuan dalam industri pelancongan dilakukan oleh orang yang memegang jawatan penting dalam syarikat seperti CEO.2. Kerugian melibatkan jumlah yang besar antara setengah hingga lima juta ringgir.3. Polis sentiasa bergerak aktif memburu dan menangkap saspek penipuan pelancongan.4. Kes penipuan oleh agensi pelancongan merupakan yang terbanyak berbanding tiga agensi perkhidmatan lain seperti pengubahsuaian rumah, pembaikan kenderaan dan Pendidikan.5. Sebahagian tuntutan atau award telah berjaya dikeluarkan antara tahun 2016 hingga 2019.6. Tuntutan atau award tersebut sebahagiannya adalah daripada empat sektor perkhidmatan.7. Sekiranya pelancongan tidak dikawal, sektor pelancongan akan terencat perkembangannya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M127


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M128AKTIVITI 1: MENDENGAR, MEMAHAMI DAN MENUTURKAN AYATAUDIO HALAMAN 110Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang diperdengarkan1. AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2006 oleh __________________________.2. Nyatakan sebab utama seseorang terjebak dalam masalah hutang. __________________________.3. Apakah tanggungjawab kaunseling kewangan dalam membantu invidu dalam menghadapi masalah kewangan? _________________________________.4. Bulatkan jawapan anda.Pendidikan kewangan telah menawarkan 4 modul iaitu Modul Pengajian Tinggi, Modul Permulaan Kerja, Modul “Family” dan Modul _________________.a) Kaunseling b) Pengurusan kreditc) Persaraan d) Pelan pembayaranJAWAPAN1. Bank Negara Malaysia2. Kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi3. Memberi panduan pengurusan bijak daripada segi ▪ perbelanjaan ▪ pengurusan wang ▪ pengurusan kredit4. c) PersaraanAUDIO HALAMAN 111Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang diperdengarkan1. Nyatakan pekerjaan Alen. _________________________________________________________2. Nyatakan sebab Alen diberhentikan kerja. ______________________________________________.3. Apakah punca-punca Alen terlibat dengan pinjaman peribadi dan kad kredit? _________________.4. Apakah tindakan yang diambil oleh Alen untuk mengatasi masalah kewangannya yang semakin genting? _______________________________________________________.5. Berikut merupakan perwatakan Alen kecuali :a) berumur 29 tahun b) mempunyai seorang isteric) tinggal di Perak c) seorang yang bertanggungjawabJAWAPAN1. Pengurus Jualan2. Syarikatnya terpaksa menutup operasi kerana kemerosotan ekonomi.3. -ibu sakit - isteri tidak boleh berkerja - tiada saudara-mara membantu4. Alen meminta bantuan AKPK.5. c) tinggal di Perak


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M129PETIKAN HALAMAN 111Murid diminta membaca petikan “Perangkap Hutang Sambung Bayar” dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat.Soalan Rangsangan1. Nyatakan notis yang diterima oleh Encik Ahmad daripada bank. _____________________________.2. Nyatakan tindakan yang diambil oleh AKPK untuk membantu Encik Ahmad. ___________________.3. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak sejak daripada awal usia. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi melahirkan generasi bebas daripada belenggu hutang?_________________________________________________________________________________4. Cadangkan langkah proaktif yang perlu diambil oleh agensi AKPK untuk membantu masyarakat dalam pengurusan kewangan. JAWAPAN1. notis pembayaran tertunggak2. memberi kaunseling dan nasihat tentang pengurusan kewangan secara bersemuka3. - Amalan menabung - Berjimat cermat - Mendidik anak-anak berbelanjan mengikut senarai yang disediakan - Mendedahkan anak-anak tentang pendidikan kewangan berhemat4. - Menyediakan talian “hotline” secara 24 jam - Mewujudkan perkhidmatan di seluruh Malaysia - Sentiasa mengadakan kempen tentang kepentingan AKPKAKTIVITI 2: AKTIVITI PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMATAktiviti pengurusan kewangan berhemat di sekolah.1. Pihak sekolah mengadakan aktiviti bersama dengan bank yang berhampiran sekolah untuk memberi ilmu pendidikan pengurusan kewangan secara berhemat dalam dalam kalangan murid.2. Pihak sekolah mengadakan aktiviti kempen menabung dalam kalangan murid daripada peuntukan wang perbelanjaan yang diperolehi mereka.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M130AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI MASALAH & PENYELESAIANNYAMEMBACA TEKNIK BACAAN KWLH :▪ Know(Apa yang telah anda ketahui?)Terdapat pelbagai jenis pelaburan di Malaysia yang mempunyai lain-lain risiko, keuntungan dan masa untuk mendapat hasil pelaburan.▪ What(Apa yang hendak diketahui?Jenis pelaburan yang sesuai bagi bapa Maisarah.▪ Learn(Apa yang telah diketahui)Pelaburan yang bapa Maisarah inginkan ialah pelaburan yang stabil dan banyak mendatangkan keuntungan.▪ How(Bagaimanakah ingin mendapat maklumat tambahan)Bahan bacaan berkenaan pelaburan dan InternetMASALAH DAN PENYELESAIANNYAMasalah yang terkandung dalam bahan ialah bapa Maisarah tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan dan bapa Maisarah meinginkan pelaburan yang stabil dan mendatangkan banyak keuntungan. Bapa Maisarah boleh mencari pengetahuan tentang pelaburan melalui banyak bahan bacaan tentang pelaburan yang boleh dibeli. Selain itu, terdapat pelbagai artikel,video dan panduan melabur yang terdapat di Internet. Akhir sekali, jenis pelaburan yang sesuai bagi bapa Maisarah ialah pelaburan unit amanah kerana pelaburan ini melibatkan pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah. Tiga pihak ini mempunyai banyak ilmu dan pengalaman dalam pelaburan, jenis pelaburan ini adalah stabil dan mendatangkan keuntungan yang banyak. AKTIVITI 2: KENAL PASTI KATA TUNGGAL / MAJMUK & MENGHASILKAN PERENGGANRUJUK BUKU TEKS HALAMAN 228 UNTUK JAWAPAN KATA TUNGGAL & MAJMUKAina telah mencari maklumat tentang bentuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa ibunya. Hal inibertujuan agar bentuk pelaburan yang dipilih dapat hasil yang luar biasa , stabil dan boleh mengurangkan risiko kerugian. Setelah meneliti dan mendapat maklumat berkaitan beberapa bentuk pelaburan yang ada, ibu Aina telah bersetuju memilih pelaburan hartanah. AKTIVITI 3: PENJELASAN PELABURAN PILIHAN ANDABerdasarkan pembacaan yang telah saya baca, bentuk pelaburan yang menjadi pilihan saya ialah pasaran saham. Walaupun pasaran saham mempunyai risiko yang tinggi, keuntungan juga adalah tinggi jika mengetahui strategi yang betul. Saya haruslah peka terhadap berita-berita di seluruh dunia kerana hal ini boleh digunakan sebagai spekulasi penurunan atau kenaikan harga saham sesebuah syarikat. Selain itu, saya harus peka dengan corak dan pola pergerakan harga saham sesebuah syarikat. Akhir sekali, saya boleh memilih untuk melabur dalam jangka yang panjang kerana pulangan kompaun dengan strategi jangka panjang adalah tinggi.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M131AKTIVITI 1: TULIS JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNAAN KAD KREDITPemilikan kad kredit pada era moden ini semakin popular. Ada yang memperoleh kebaikan daripada pemilikan kad kredit,namun ada yang memperoleh mudarat daripada pemilikan kad kredit. Hal ini berkait rapat dengan tujuan penggunaan kad kredit oleh seseorang. Pada pendapat saya, sebenarnya, kad kredit merupakan wang kecemasan apabila kita tidak mempunyai wang tunai. Dalam kehidupan harian, kita jarang membawa wang tunai yang banyak bersama dengan kita. Oleh itu, apabila kita memerlukan wang dalam jumlah yang besar dan kita tidak mempunyai wang tunai yang begitu banyak, kita boleh menggunakan kad kredit untuk melakukan pembayaran. Seterusnya, mata ganjaran yang diberikan oleh pihak bank membolehkan kita memperoleh barangan yang dikehendaki. Semakin kerap kita menggunakan kad kredit, semakin banyak mata ganjaran yang diperoleh. Kita dapat menggunakan mata ganjaran itu untuk membeli alatan elektronik seperti televisyen tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Wang tunai berkemungkinan akan tercicir atau dicuri, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Kad kredit dapat mengatasi pelbagai masalah ini kerana kehilangan atau keciciran dapat diselesaikan sekiranya kita menghubungi pihak bank untuk menguruskannya. Pemegang kad kredit juga menikmati pelbagai kemudahan istimewa. Dengan nombor kad kredit, kita dapat membelibelah dalam talian tanpa perlu keluar dari rumah. Kita juga dapat menempah hotel dengan memberikan nombor kad kredit kita melalui telefon. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa.AKTIVITI 2: BROSUR PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BERHEMAHCara menggunakan kad kredit secara berhemat 1. Mengehadkan bilangan perbelanjan kad2. Membayar hutang kad kredit tepat pada masa3. Membayar lebih daripada kadar minimum yang ditetapkan 4. Sentiasa peka dengan caj tersembunyi yang dikenakan oleh pihak bank5. Pilih pakej kad kredit yang betul-betul sesuai dengan kemampuan diri 6. Elakkan penggunaan kad kredit untuk membeli barangan mewah 7. Gunakan kad kredit semasa waktu kecemasan sahaja


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M132AKTIVITI 1: MENDENGAR & MEMBERI RESPONS DALAM PELBAGAI JENIS AYATDengar audio daripada kod QR dan teliti maklumat yang disampaikan. Kemudian berikan respons dalam pelbagai ayat tanpa mengubah maksud ayat.1- Apakah maksud kopitiam ?▪ Kopi merupakan perkataan bahasa Melayu. Tiam pula bermaksud kedai dalam bahasa Hokkien. Maka, kopitiam bermaksud kedai kopi.2- Apakah ciri-ciri kopitiam?▪ Pertama, kerusi kavu, kedua meja marmar, ketiga menunya, kopi hitam pekat bersama roti kahwin, iaitu roti bakar disapu kaya, dan telur rebus. Keempat, tempat minum sambil bersantai bersama dengan kawan-kawan.3- Apakah maksud hipster?▪ Hipster itu bermaksud sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Hipster merupakan alternatif kepada arus perdana, sama ada fesyen atau muzik atau kafe.4- Sila nyatakan tiga keunikan kafe hipster.▪ Pertama, dari segi hiasan dalamannya. Ada konsep tertentu seperti gaya moden dan tradisional. Kalau dahulu, susah hendak mencari tempat makan yang menitikberatkan hiasan dalaman dan hanya golongan kaya menikmatinya. Kini, kafe-kafe menarik ini mudah sahaja didapati di mana-mana.▪ Keunikan kedua ialah signature. Keunikan tersebut diterima baik dan disukai oleh pengunjung. Malah, pengunjung akan kembali ke kafe berkenaan kerana terkenangkan signature di kafe tersebut.▪ Ketiga, tentu sahaja keunikan menunya. Hidangan Barat merupakan sajian utama kafe hipster. Pun begitu, untuk menepati cita rasa rakyat, masakan tempatan tidak dikecualikan. 5- Apakah itu signature ?▪ Signature ialah produk atau ciri-ciri paten unik yang membezakannya daripada kafe lain.6- Nyatakan keadaan pengunjung kopitiam dan kafe hipster sebagai lambang perpaduan dan semangat muhibbah antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.▪ Realitinya, pengunjung kopitiam dan kafe hipster terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka menghidupkan suasana harmoni dan kadangkala mereka boleh makan di meja yang sama walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Keadaan sebegini merupakan lambing kepada perpaduan dan semangat muhibah antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M133AKTIVITI 2: PERSEMBAHAN SELOKA DALAM BENTUK MULTIMEDIAⓢ€↳⊙ϰꍏ ϰꍏϜ€ ♄♗ρⓢ☂€☈ ◗☋↳☋ ◗ꍏ♫ ϰ♗♫♗ ⓢ☋◗ꍏ♄ ♭€☈♭€☡ꍏ♔ꍏϰꍏ♫ ◗♗ ϰ€◗ꍏ♗ ♪ꍏ◗♗ ♭☋◗ꍏ☿ꍏ❡€☈ꍏ♗, ☈€ⓢ☂⊙☈ꍏ♫, ◗ꍏ♫ ♪☋❡ꍏ ϰꍏϜ€ꍏ◗ꍏ ☿ꍏ♫❡ ♭♗ꍏⓢꍏ ꍏ◗ꍏ ☿ꍏ♫❡ ♄♗ρⓢ☂€☈☂€ρ☋ϰ↳ꍏ♄ ◗ꍏ◗ꍏ☂ꍏ♫☿ꍏ ⓢ€↳€☈ꍏ♭€☈♭ꍏ❡ꍏ♗-♭ꍏ❡ꍏ♗ ♄♗◗ꍏ♫❡ꍏ♫ ♔€♫ꍏ☈♗ϰρ♗↳♗♄ ⓢꍏ♄ꍏ♪ꍏ ♪ꍏ♫❡ꍏ♫ ♔€♔♭ꍏ☡♗☈ꍏ◗ꍏ ↳ꍏⓢꍏ❡♫ꍏ, ☾♄☋☈☈⊙ⓢ, ◗ꍏ♫ ♫ꍏ☾♄⊙ⓢⓢꍏ↳ꍏ♄ ◗♗ⓢ€♭☋☂ ↳♗◗ꍏ♄☂€☈♭€↳♗☂♗◗€♫☂♗☂♗ ϰꍏϜ€ ☾☋ϰ☋ρ☂€☈ⓢ€♫◗♗☈♗☈€☂☈⊙, ꍏ♫☂♗ϰ ♔ꍏ♄☋ρ☋♫ ♔⊙◗€♫ρ€↳ꍏ♫❡❡ꍏ♫ ◗ꍏ☂ꍏ♫❡☂☋ꍏ ◗ꍏ♫ ♔☋◗ꍏϰ€♫ꍏ♫❡ꍏ♫☂€☈☾♗ρ☂ꍏ ♄ꍏ☂♗ ❡€♔♭♗☈ꍏϰꍏϜ€ ♔€♫ꍏ☈♗ϰ ♪ꍏ◗♗ ρ♗↳♗♄ꍏ♫☈☋ꍏ♫❡ ♭€☈ⓢꍏ♫☂ꍏ♗ ♭€☈ⓢꍏ♔ꍏ ☈ꍏϰꍏ♫ⓢ€☾ꍏωꍏ♫ ϰ⊙ρ♗ ♪ꍏ◗♗ ♗☈♗♫❡ꍏ♫♭€❡♗☂☋ ♭€❡♗♫♗ ϰ♗ⓢꍏ♫☂€↳ꍏ◗ꍏ♫. AKTIVITI 3: KONSEP KAFE HIPSTER IDAMANKonsep kafe hipster idaman saya ialah konsep santai, iaitu satu konsep yang mana para pelanggan boleh menjamu selera secara santai seperti di rumah sendiri. Elemen vintaj, retro dan Inggeris akan disatukan agar dapat menjadi satu dekorasi yang unik bagi kafe hipster saya nanti. Perabot dan bahan dekorasi dalam kafe saya nanti adalah menggunakan barangan tempatan yang akan disuai padan mengikut kesesuaian ruang kafe saya. Ruang kafe akan saya cat dengan warna putih manakala kerusi dan mejanya akan berwarna-warni supaya dapat menimbulkan suasana santai dan ceria. Dari segi menu pula, kafe saya nanti akan menghidangkan makanan dan minuman yang bercirikan masakan tempatan, barat dan Thai seperti nasi lemak, mi kari, laksa, “chicken chop”, pelbagai jenis pasta dan tomyam. Semua hidangan tersebut akan saya masak sendiri supaya pelanggan terasa seperti masakan di rumah. Di samping itu, kafe saya juga akan menghidangkan pelbagai jenis kopi yang enak untuk para pengujung kafe saya nanti. Seterusnya, para pelanggan yang berkunjung ke kafe saya nanti akan menikmati makanan yang dihidangkan sambil menikmati muzik santai agar para pelanggan berasa tenang dan santai menikmati hidangan mereka.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M134AKTIVITI 1: MENULIS KEPENTINGAN PERKHIDMTAN E-PANGGILAN1. Pengguna boleh menempah perkhidmatan e-panggilan daripada dari mana-mana lokasi.2. Pengguna boleh mengesan kedudukan dan laluan pemandu perkhidmatan e-panggilan.3. Pengguna boleh menghubungi pemandu perkhidmatan e-pangggilan.4. Pemandu perkhidmatan e-panggilan berpeluang menambah pendapatan keluarga.5. Rakyat boleh membuat pekerjaan sambilan melalui perkhidmatan e-panggilan.6. Pemandu perkhidmatan e-panggilan tidak terbeban dengan pajakan sewa kenderaan kerana boleh menggunakan kenderaan sendiri.7. Pamandu perkhidmatan e-panggilan boleh log masuk atau log keluar daripada aplikasi e-panggilan pada bila-bila masa.8. Aplikasi e-panggilan telah memacu ekonomi negara.9. Aplikasi e-panggilan membawa perubahan sosial di Malaysia.AKTIVITI 2: LISAN – PENGALAMAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-PANGGILANSaya merupakan pengguna tegar perkhidmatan e-panggilan. Saya menggunakan perkhidmatan ini untuk ke mana-mana sahaja terutama untuk ke tempat kerja atau lokasi lain. Sebelum menggunakan perkhidmatan e-panggilan, saya memuat turun aplikasi perkhidmatan e-panggilan dalam Play Store. Saya mendaftar seperti biasa seperti lumrah aplikasi yang lain. Aplikasi e-panggilan yang pertama kali saya muat turun ini adalah mesra pengguna kerana ciri-cirinya yang ringkas. Saya cepat memahami fungsi-fungsi yang digunakan walaupun baru pertama kali menggunakannya. Kemudian, saya terus mengakses pemandu perkhidmatan e-panggilan. Saya ingin melakukan perjalanan ke bandar untuk urusan peribadi. Saya dapat mengenal pasti pemandu e-panggilan yang paling dekat dengan lokasi rumah saya. Sistem e-panggilan ini boleh mengesan pemandu-pemandu perkhidmatan ini dengan jelas melalui petanya. Saya menaip lokasi rumah dan kemudian tempat yang hendak ditujui. Selepas itu, aplikasi ini menyenaraikan harga perkhidmatan dan saya menekan butang tempahan. Dalam lebih kurang 5 minit, kenderaan e-panggilan itu sampai di lokasi saya menunggu. Seterusnya, saya menaiki kenderaan itu ke lokasi tujuan. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan kad kredit. Jadi, mudah sahaja pengalaman menggunakan perkhidmatan e-panggilan ini walaupun pada kali pertama. Demikianlah pengalaman saya dengan perkhidmatan e-panggilann.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M135AKTIVITI: MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENYELESAIANNYATEKNIK BACAAN KWLH:KNOW(Apakah yang telah anda ketahui?)WHAT(Apakah yang hendak diketahui?)LEARN(Apakah yang telah diketahui?)HOW(Bagaimanakah ingin mendapatkan maklumat tambahan)Bahan ini mengisahkan cabaran usahawan iaitu seorang saudagar dalam perniagaan membina rumah burung walit• Kepentingan ilmu pengetahuan tentang sesuatu bidang sebelum melaksanakannya• Langkah penyelesaian dalam menangani masalah untuk memamjukan perniagaan .Kepentingan ilmu pengetahuan:• Dengan adanya ilmu pengetahuan, keyakinan dapat dibentuk dan menjadikan seseorang lebih bertekad dan tekun untuk berjayaLangkah penyelesaian :• Menambahkan ilmu pengetahuan melalui sumber bacaan seperti buku,majalah Internet dll.• Internet(contohnya Teknik Bacaan HEBAT KWLH• Buku(Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5)• GuruBertanya maklumat yang berkaitan kepada guru


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M136AKTIVITI: MELENGKAPKAN MAKLUMAT TENTANG PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI MENJANA PENDAPATANPada era globalisasi dunia tanpa sempadan , perbahasan tentang teknologi maklumat dan komunikasi tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan hangat yang dibahaskan oleh masyarakat di negara kita mahupun di negara luar . Sudah terang lagi bersuluh bahawa pada zaman moden ini, masyarakat banyak bergantung pada teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih. Teknologi maklumat banyak menyumbang kepada manusia iaitu memudahkan segala urusan dengan hanya melalui dunia alam maya . Bukan itu sahaja, teknologi maklumat dan komunikasi juga membantu dalam menjanakan pendapatan pengguna . Namun, tidak semua orang mengetahui akan kebaikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menjanakan pendapatan. Persoalannya, apakah cara-cara menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menjanakan pendapatan? Persoalan ini akan dikupas sehingga ke akar umbi sebentar lagi. Sebagai cetusan minda saya yang pertama, mauduk tentang teknologi maklumat dan komunikasi akan dibugar dari perspektif yang pertama iaitu melalui penulisan blog. Dalam konteks ini, penulisan blog dapat menghasilkan pendapatan lumayan dengan cara memasukkan pautan iklan ke dalam blog. Pelbagai jenis penulisan blog yang dapat dilakukan bagi menarik perhatian pembaca seperti penulisan mengenai blog masakan dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, pembaca akan tartarik dan mengklik pautan blog yang dimasukkan. Melalui pautan ini, komisen akan diperoleh setiap kali pengunjung blog mengklik pautan berkenaan. Blog yang mempunyai kadar lawatan yang tinggi akan mendapat komisen yang lumayan. Bukan itu sahaja, penulisan blog yang mempunyai kandungan yang baik juga sudah tentu akan mendapat lawatan yang tinggi. Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah, penulisan blog mengenai bidang akademik sering mendapat kunjungan daripada guru-guru atau pelajar ketika ingin mencari maklumat. Jelaslah bahawa melalui penulisan blog juga mampu menjana pendapatan. Skop perbincangan akan diteruskan lagi dari aspek menjual barangan. Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat pada masa ini sering membeli barangan dalam talian kerana urusan jual beli yang lebih mudah. Darpada realiti ini dapat kita katakan bahawa cara ini memudahkan urusan jual beli antara kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli.. Melalui cara yang mudah, iaitu dengan hanya memuat naik gambar dan memberikan keterangan ringkas dalam laman sesawang atau aplikasi yang digunakan. Bagi individu yang ingin menjana pendapatan sampingan, mereka boleh menjadi ejen jualan atau stokis tanpa modal bagi produk baharu dengan membangunkan satu portal dalam talian sendiri, menggunakan perkhidmatan laman sesawang tertentu atau menggunakan laman sosial yang ada bagi memasarkan produk itu. Sebagai contoh, membuat akaun media sosial seperti Instagram atau Facebook bagi memasarkan produk yang hendak dipasarkan. Dengan cara ini, seseorang individu dapat menjana pendapatan sampingan daripada perniagaan ini sekali gus membantu jika berlakunya sebarang kecemasan. Situasi ini amat bersesuaian dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Tegasnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mampu memudahkan urusan jual beli sekali gus menjana pendapatan. Seterusnya, tema teknologi maklumat dan komunikasi yang dibincangkan akan ditinjau dan dibugar dari sudut yang makin popular pada masa ini iaitu penggiat YouTube. Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan ialah YouTube terbukti telah melahirkan jutawan seantero dunia dengan meraih ramai pelanggan melalui penghasilan video yang bermutu tinggi secara konsisten. Sebagaimana yang kita sedia maklum, YouTube merupakan antara platform utama yang sering mendapat kunjungan yang paling tinggi terutamanya oleh golongan remaja. Tambahan pula, terdapat banyak individu yang mempunyai bakat dan kelebihan masingmasing. Oleh itu, penghasilan video yang mampu mengagumi penonton sudah tentu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelanggan ibarat jantung kepada


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M137penggiat YouTube. Pendapatan yang dijanakan bergantung sepenuhnya kepada bilangan penonton. Tegasnya, YouTube juga mampu menjana pendapatan dan sekali gus melahirkan individu yang berjaya walau pada usia yang masih muda. Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya banyak mendatangkan kebaikan termasuklah dalam menjanakan pendapatan. Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menggunakan teknologi dengan sebaik-baiknya supaya peribahasa nasi sudah menjadi bubur tidak akan berlaku. Semua pihak wajar bertindak dengan bijaksana umpama menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus, tepung tak berselerak dalam menjaga penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan ini diharapkan, semua pihak mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M138


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M139AKTIVITI 1: MENDENGAR AUDIO & MENGAITKAN DENGAN PENGETAHUAN / FAKTAPetikan : DialogArahan : Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan dialog yang diperdengarkan.1. Di manakah lawatan itu diadakan? [ 1 markah ]Taman Negara Johor Tanjung Piai.2. Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan sekiranya ternampak monyet di taman negara tersebut? [ 2 markah ]i. Jangan memeberikan makananii. Jangan bermain mata dengan monyet3. Berikan ciri-ciri pokok bakau? [ 2 markah ]i. Tumbuh di kawasan berlumpurii. Tumbuh di kawasan berpaya4. Berapakah keluasan pokok bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai?526 hektar kawasan bakau.5. Berikan 2 kegunaan kayu bakau? [ 2 markah ]i. kayu arangii. kayu cerucuk untuk membuat bangunanBulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.6. Berikut merupakan hidupan yang terdapat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, kecuali?[ 1 markah ]A ketam nipahB burung borakC siput sedutD babi hutanAKTIVITI 2: PEMBENTANGAN - KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAUIsi 1 Menstabilkan muara sungai dan persisir pantai. • Pokok bakau yang berakar berceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen (bahan enapan)dari kawasan muara dan pantai.Isi 2 Berfungsi sebagai zon penampan semulajadi• untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin dan arus.Isi 3 Penapis bahan pencemar. • Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian fosforus.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M140Isi 4 Menjadi habitat• pelbagai jenis hidupan air dan daratan. • Fungsi hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, tiram dan ikan.Isi 5 Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat.• Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida & membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya.Isi 6 Kegunaan manusia• ekosistem bakau juga memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah; sumber kayu arang & kayu api.• Bahan binaan seperti cerucuk & pancang kayu dalam pembinaan benteng & jambatan.• Merupakan sumber perubatan.• Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai.• Ekosistem hutan bakau diubah menjadi kolam ternakan akuakultur.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M141AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI PERSAMAAN & PERBEZAAN DENGAN TEKNIK BACAANTEKNIK KWLHK W L HAir merupakan salah satu sumber tenaga semula jadi- Jenis sumber tenaga air- Kebaikan tenaga daripada air - Cara mendapatkan tenaga hidroelektrik- Kesan pembinaan empangan- Air merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui- Kebaikan tenaga daripada air ialah bersih dan mesra alam. Tenaga ini tidak mencemarkan alam sekitar- Cara mendapatkan tenaga hidroelektrik adalah dengan membina empangan yang besar- Kesan pembinaan empangan ialah memerlukan kos yang tinggi. Empangan yang rosak akan memberikan risiko besar kepada manusia dan kawasan di sekitar empangan itu.- Internet : VE/issue/nasco http://upikpolimas.edu.my/ojs/index.php/JTK W L HCahaya matahari merupakan salah satu sumber tenaga semula jadi- Jenis sumber tenaga cahaya matahari- Kebaikan tenaga solar- Cara mendapatkan tenaga solar- Kesan pembinaan panel solar- Tenaga cahaya matahari, iaitu tenaga solar merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui- Kebaikan tenaga solar ialah mesra alam dan menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih- Cara mendapatkan tenaga solar adalah dengan memasang solar panel pada bumbung- Pengguna panel solar akan mendapat rebat pada bil elektrik mereka- Internet https://myagri.com.my/2017/10/tenaga- solar/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M142


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M143BORANG CHATTPerkara Tenaga daripada air Bukan sekadar sinaranPersamaan 1. Mesra alam.2. Tenaga boleh diperbaharui1. Mesra alam dan kelestarian alam sekitar.2. Tenaga boleh diperbaharuiPerbezaan 1. Dikenali juga sebagai tenaga hidroelektrik2. Terhasil daripada air.3. Kos yang tinggi untuk membina ampangan.1. Dikenali juga sebagai tenaga solar.2. Terhasil daripada sinaran matahari.3. Penjimatan kos elektrik dalam penggunaansistem solar.AKTIVITI 2: KENAL PASTI KATA TERBITAN & MEMBINA AYAT PELBAGAI LARAS BAHASA RUJUK BUKU TEKS HALAMAN 229 UNTUK JAWAPAN KATA KERJA TERBITANMEMBINA AYAT 1) Laras bahasa biasa ▪ Bila kita nak berbincang jawapan latihan Matematik ? ▪ Eh Dania ! Aku terjumpa adik kau dekat kedai runcit tadi. ▪ Kita haruslah berganding bahu untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk supaya negara kekal gemilang dan cemerlang. ▪ Kau dah pilih aliran untuk naik ke tingkatan 4 belum, Arissa? ▪ Pokok tua kesayangan aku sudah ditebang semalam ▪ -Alamak! Saya terlupa siapkan kerja rumah yang cikgu beri semalam! 2) Laras bahasa perniagaan ▪ Beli satu, percuma satu. Minyak Angin Z pilihan pertama anda. ▪ Cepat ! Cepat ! Pakaian remaja dengan diskaun 10%. ▪ Apakah yang ditunggu-tunggu lagi ? Pameran buku sedia dilangsungkan pada hari ini. ▪ Dapatkan ubat gigi jenama kami untuk berpeluang memenangi hadiah yang menyeronokkan! ▪ Jika terdapat sebarang kerosakan dalam tempoh jaminan, anda boleh menghubungi pihak kami untuk mengantikannya. ▪ Memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan tiba, pihak kami akan mengadakan jualan besar besaran dengan potongan harga sebanyak 50%.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M1443) Laras bahasa media massa ▪ Pendedahan seorang hakim menerima rasuah sebanyak RM30 juta sungguh mengejutkan orang ramai. ▪ Seramai 452,919 orang telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. ▪ Penemuan satu mayat perempuan yang diperkosa berhampiran di hutan kecil. ▪ -Tindakan seorang anggota polis yang tidak bertanggungjawab itu telah mencemarkan nama baik Malaysia. ▪ -Dadah yang dijumpai sebanyak 500g itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa ▪ -Aktiviti seperti melepak tidak mendatangkan sebarang faedah malah memberikan kesan buruk pada pemikiran anak muda 4) Laras bahasa agama ▪ Wahai Tuhan-ku, aku berdoa agar kau tingkatkan keberkatan rezeki dan anugerahi keampunan ke atas hamba-Mu ini. ▪ Wahai Tuhan-ku, semoga pengalaman yang perit ini dijadikan sebagai dorongan kehidupanku. ▪ Ya Allah, Kau terangilah hidupku dengan sinaran rahmat-Mu. ▪ Oh Tuhan, aku pohon Kau maafkan kesalahan kami sebagaimana kami memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka terhadap kami. - Ya Allah, jika aku diberikan pilihan, aku tidak ingin melakukan dosa itu 5) Laras bahasa sukan ▪ Brighton peroleh enam mata daripada zon penyingkiran Liga Perdana dengan kemenangan selesa 3-0 mengatasi Newcastle awal pagi tadi. ▪ Pasukan bola sepak Harimau Malaya yang menjuarai pertandingan bola sepak pada peringkat antarabangsa itu telah menjadi saat kebanggaan rakyat Malaysia. ▪ -Sambutan kemenangan sungguh gemilang apabila pasukan Perak berjaya menumpaskankan Kedah di Stadium Nasional malam tadi.A. IMBUHAN AWALANKATA TERBITANMAKSUD LARAS BAHASACONTOH AYATditempa mencipta, membuatLaras bahasa mediaJohan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Rembau telah ditempa oleh Sekolah Kebangsaan Sepri pada tahun ini.bertambah menjadi lebih banyakLaras bahasa ekonomiHasil pengeluaran getah dari negara-negara ASEAN bertambah dari tahun ke tahun.A. IMBUHAN APITANKATA TERBITAN MAKSUD LARAS BAHASA CONTOH AYATpenemuan perjumpaan Laras bahasa akademik.Pada tahun 1990, telah tercatat dalam sejarah dunia iaitu penemuan pertama sel darah merah tertua dalam mumia manusia berumur 5300 tahun di pergunungan Alpen.pembersihan proses penyucian/pengemasanLaras bahasa perubatanPihak Hospital Tunku Ampuan Najihah telah mengadakan pembersihan di seluruh bangunan forensik pada minggu lepas. A. IMBUHAN SISIPAN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M145KATA TERBITANMAKSUD LARAS BAHASA CONTOH AYATgemilang bercahaya terang benderang, baik atau berjaya sekaliLaras bahasa media Tahun 2021 merupakan saat -saat gemilang penyanyi tersohor itu menerima pelbagai anugerah dan kejayaan.serabut benda seperti benangLaras bahasa iklan Jangan serabut dan jangan panik, jika anda menyertai kami, anda akan bergelar jutawan!AKTIVITI 3: BLOG PEMBELAJARAN – MAKLUMAT TENAGA SUMBER ALAM LAINRUJUKAN SUMBER TENAGA LAIN:1. Tenaga angin: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_angin2. Tenaga ombak: https://www.majalahsains.com/penjanaan-tenaga-dari-ombak/3. Tenaga geoterma: https://www.renovablesverdes.com/ms/tenaga-geoterma/4. Tenaga biojisim: http://c-tenaga.blogspot.com/p/tenaga-biojisim.html


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M146AKTIVITI 1: ANALISIS & RANGKA KARANGAN – SISA ELEKTRONIKISI – ISI PENTING (LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGURUS SISA ELEKTRONIK)1. Kerajaan perlu menggubal peraturan yang mewajibkan pengeluar mengitar semula atau melupuskan barangan elektronik yang telah rosak secara selamat.2. Penguatkuasaan undang- undang haruslah telus kepada mana- mana pihak yang melupuskan sisa elektronik secara haram di negara ini di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.3. Masyarakat perlu menggunakan produk sedia ada dan membaiki barang yang rosak . Langkah ini mampu mengurangkan penghasilan bahan sisa elektronik.4. Pihak sekolah haruslah memberi pendedahan dan pendidikan tentang pengurusan dan pelupusan sisa elektronik perlu dimantapkan pada peringkat sekolah . Perkara ini penting bagi membekalkan pengetahuan , kemahiran , nilai dan komitmen secara bersama ke arah penyelesaian sisa elektronik dalam kalangan generasi muda.5. Pihak swasta terutamanya sektor industri hendaklah menyelaraskan standard penggunaan peranti elektronik. Aksesori dan komponen bahan gantian elektronik boleh diseragamkan untuk pelbagai kegunaan .6. Kempen yang berterusan dapat memberikan kesedaran bahawa alam sekitar penting bagi manusia mencapai kehidupan yang sejahtera. Pihak kerajaan dan NGO perlu menjalankan kempen alam sekitar dengan lebih agresif dan teratur.KERANGKA ISI KARANGANIsi Jenis Ayat 1 Ayat topik Satu daripada langkah untuk mengurus sisa elektronik ialah kerajaan perlu menggubal peraturan yang mewajibkan pengeluar mengitar semula atau melupuskan barangan elektronik yang telah rosak secara selamat.Ayat huraian(mengapa?)Hal ini demikian kerana, sisa elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya seperti asid, pelarut, raksa, dan plumbum.Ayat huraian kepada huraian(kesannya?)Sekiranya bahan-bahan ini tidak dilupuskan dengan betul, akan terjadinya pelbagai masalah kesihatan dan isu keselamatan berkaitan sisa elektronik kerana bahan ini dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual yang mempunyai ciri-ciri kebolehnyalaan, menghakis, bertindak balas dan bertoksik.Ayat contoh (bagaimana?)Oleh itu, penguatkuasaan undang- undang haruslah telus kepada mana- mana pihak yang melupuskan sisa elektronik secara haram di negara ini di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Ayat impak Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang ini menjamin keselamatan pengurusan sisa elektronik kerana mana-mana individu atau syarikat akan mengembalikan barangan elektronik yang tidak diperlukan kepada pengeluar untuk dikitar semula atau dilupuskan.Ayat penegas Sehubungan itu, amat wajarlah sekiranya kerajaan bertegas dan menjadikan undang- undang sebagai landasan utama dalam hal pengurusan sisa elektronik di negara kita.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M147Isi 2Ayat topik(siapa?)Selain itu, hal berkaitan langkah untuk menguruskan sisa elektronik ini juga perlu melibatkan pihak swasta . Contohnya, sektor industri perlulah menyelaraskan standard penggunaan peranti elektronik.Ayat huraian 1(bagaimana?)Hal ini boleh diaplikasikan dalam inovasi pembuatan aksesori dan komponen bahan gantian elektronik yang boleh diseragamkan untuk pelbagai kegunaan.Ayat contoh(apa?)Sebagai contohnya, alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal televisyen boleh digunakan juga untuk memainkan alat- alat elektronik yang lain seperti kipas angin dan lampu.Ayat impak Tujuan penyeragaman penggunaan alat kawalan jauh ini adalah untuk mengurangkan seseorang pengguna itu untuk membeli pelbagai alat kawalan jauh bagi setiap peralatan elektronik. Ayat penegasOleh itu, jelaslah bahawa sesuatu alat elektronik yang boleh diguna pakai dan berfungsi kepada beberapa alatan elektronik lain dapat mengurangkan jumlah sisa elektronik di muka bumi ini. Hal ini diibaratkan serampang dua mata iaitu kita dapat berjimat dalam berbelanja di samping mengurangkan penghasilan sisa elektronik.Isi 3Ayat topik Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan menggunakan produk sedia ada dan membaiki barang elektrik yang rosak.Ayat huraian(mengapa?)Langkah ini mampu mengurangkan penghasilan bahan sisa elektronik dan dapat mengelakkan pembelian barangan elektronik yang baharu. Ayat contoh kepada huraianDalam sesebuah organisasi, contohnya sektor awam, usaha menyelenggara penggunaan komputer secara berkala sangatlah perlu bagi memanjangkan hayat penggunaannya Ayat Impak(mengapa)Langkah ini janganlah dipandang sebelah mata sahaja kerana cara ini mampu mengurangkan kos perbelanjaan pihak yang terlibat serta secara tidak langsung membantu mengurangkan pengurusan dan pelupusan sisa elektronik negara.Ayat penegas Jelaslah bahawa, isu lambakan dan pengurusan pelupusan e-sisa ini dapat diatasi sekiranya masyarakat sedar peri pentingnya menggunakan produk elektronik sedia ada tanpa perlu menambah barangan elektronik yang sama fungsinya.Isi 4Ayat Topik Kempen yang berterusan dapat memberikan kesedaran bahawa alam sekitar penting bagi manusia mencapai kehidupan yang sejahtera.Ayat Huraian(siapa?)Usaha penting ini memerlukan penglibatan kerajaan dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang menjalankan kempen dengan lebih agresif dan teratur.Ayat Huraian kepada huraian(apa?)Antara kempen yang boleh diperkasakan ialah Kempen Kitar Semula dan Kempen Kesedaran Pengurusan Sisa Elektronik yang lebih kerap didedahkan kepada masyarakat. Anggota masyarakat juga perlu diperjelaskan mengenai isu lambakan sisa elektronik dan kesannya terhadap alam sekitar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M148Ayat Contoh Kempen menggalakkan amalan kitar semula 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) perlu diterapkan dengan berkesan dalam kalangan masyarakat .Ayat Huraian ContohMisalnya kerajaan memperbanyak tong kitar semula sisa elektronik dan sentiasa menyeru rakyat untuk menghantar sisa elektronik ke pusat- pusat kitar semula.Ayat Penegas Oleh itu, amalan mengitar semula barangan terbuang termasuk sisa elektronik dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran alam sekitar dapat mencapai matlamatnya jika pihak kerajaan dan NGO menggembleng tenaga.Isi 5Ayat Topik Usaha lain untuk mengurus sisa elektronik ialah pendidikan tentang pengurusan dan pelupusan sisa elektronik yang dimantapkan pada peringkat sekolah.Ayat Huraian(mengapa)Perkara ini penting bagi membekalkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen secara bersama ke arah penyelesaian sisa elektronik dalam kalangan generasi muda.Ayat Impak Melalui pelbagai program bermula daripada Kementerian Pendidikan sehingga ke pelaksanaannya oleh pihak sekolah, isu sisa elektronik ini akan menjadi salah satu agenda Pendidikan negara.Ayat Contoh Ironinya, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai permasalahan alam sekitar serta memupuk budaya berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya murid terlibat dengan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Sekolah Lestari.Ayat Huraian ContohPenyertaan dalam pertandingan sebegini akan menjadikan murid lebih berdaya fikir dan kreatif kerana sebilangan masa banyak digunakan untuk membuat penyelidikan dan kajian.Ayat Penegas Akhirnya, usaha pihak sekolah untuk menjadikan murid- murid berpengetahuan dalam pengurusan sisa elektronik ini akan berjaya dengan menggalakkan penglibatan murid dalam pertandingan alam sekitar.AKTIVITI 2: PERSEMBAHAN MULTIMEDIA – GURINDAM???????? ????????? ???? ????? ??????,????? ??????? ????. ??????? ????? ????????, ???????? ?????? ??????. ?????? ????? ,????? , ???????? ???????. ???? ,


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M149 ????????. ??????? ???? ??????????,?????????? ?????? ??????????. ??????????? ????? ??????,?????? ????? . ? ????? ?????????,??????? ?????? . ????? ??????? ????????,???????? ???? ????????. ????? ,????? ???????? ??????? ?????. ???????? ???????,????? ?????? ????? ??? ?????. ????? ,??? ???????? ???????? ???????? :??????????? ????????????, AKTIVITI 3: PENJELASAN - KESAN BAHAN KIMIA DARIPADA SISA ELEKTRONIKPENDAHULUAN ▪ Maksud sisa elektronik – bahan buangan daripada barangan elektrik dan elektronik yang telah atau tidak diperlukan oleh penggunanya – kandungannya terdiri daripada bahan kimia berbahaya – asid, pelarut, raksa, plumbum▪ Kebergantungan manusia kepada peralatan elektronik – semakin meningkat kerana memudahkan kerja-kerja seharian- namun longgokan sisa elektronik mendatangkan kesan buruk- pengurusan sisa elektronik yang tidak betul – menjejaskan kesihatan manusia dan membahayakan alam sekitar


Click to View FlipBook Version