The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98302881, 2026-01-25 07:49:05

BP BT T5

BP BT T5

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M200AKTIVITI 1: HUBUNG KAIT MAKLUMAT – PENULISAN & BAHAN GRAFIK1. Tema: Perniagaan Kitar Semula2. Tugasan soalan: Faktor penentu kejayaan usahawan kitar semula dan kebaikan perniagaan kitar semula. ISI:Bahan 3 (Grafik)Faktor Penentu kejayaan usahawan kitar semula1. Pengalaman dalam perniagaan kitar semula2. Tahu selok-belok perniagaan3. Berkeyakinan dan bermotivasi4. Latar belakang keluarga yang berniagaBahan 1(Artikel)Kebaikan perniagaan kitar semula1. Menjana pendapatan yang lumayan2. Menyelamatkan alam sekitarBahan 2 (gambar)▪ Boleh dijadikan sebagai contohCONTOH KARANGAN LENGKAPPerniagaaan kitar semula dianggap masih baharu di negara kita.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa perniagaan kitar semula telah berkembang dengan pesatnya khususnya di Jakarta. Misalnya,, usahawan kitar semula Jakarta, Indra Noviansyah membuktikan bahawa perniagaan ini berpotensi luas untuk dikembangkan. Persoalannya, apakah faktor penentu kejayaan usahawan kitar semula dan kebaikan perniagaan ini? (49pp)Usahawan kitar semula yang berjaya seharusnya mempunyai pengalaman dalam perniagaan tersebut.Buktinya, Indra Noriansyah memulakan perniagaan kitar semula bermula daripada aktiviti memungut sampah sehingga berjaya mengembangkan perniagaannya.Oleh itu, pengalaman dan pengetahuan yang luas ini telah membantu beliau untuk menjadi usahawan kitar semula yang disegani. Tegasnya,pengalaman amat penting untuk menjadi usahawan kitar semula yang berjaya. (52pp)Kebaikan perniagaan kitar semula ialah boleh menjana pendapatan. Sebagai contoh, peniaga kitar semula boleh menghasilkan kraftangan daripada bahan buangan menjadi barang perhiasan.Hasil daripada jualan kraftangan ini akan menyumbnag pendapatan kepada individu terbabit malah perniagaan ini dikatakan mampu memberi pulangan yang lumayan.Jelaslah bahawa, perniagaan kitar semula sangat menguntungkan. (49pp)Berdasarkan huraian di atas, terbuktilah bahawa perniagaan kitar semula sangat berpotensi untuk dimajukan.Jadi, kita mestilah merebut peluang keemasan ini untuk berjinak-jinak dalam perniagaan kitar semula.Diharapkan agar semua pihak dapat membuka mata tentang kelebihan menjadi usahawan kitar semula.Tuntasnya, slogan Fikir Dahulu Sebelum Buang haruslah dsematkan dalam hati. (47pp)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M201AKTIVITI 2: KENAL PASTI FRASA & MEMBINA SAJAK DARIPADA FRASASAYANGI ALAMTanpa kita sedarisampah sarapbertaburan di merata-rata tempatpembalut gula – guladiselitkan di celah- celah kerusibotol air mineral kosongditinggalkan di bawah kerusiangkara siapakah ini?Namunramai yang tidak tahukinipemungut sampahboleh menjadi jutawanbukan jutawan yang biasa-biasa sahajatetapiada pendapatan bulanansehinggamampu membeli rumahmalahan tanahmampu mencipta konsortium perniagaan kitar semulaberkat usaha gigih mengutip sampahmengurus sampahtanpa berasa jijiktanpa rasa jemukerana bukan mudah hendak senangsemuanya bermuladaripada hasil berjual beli sampah sarap.Ayuh semuamari kitahidupkan kembali slogan Fikir Dahulu Sebelum Buangkerana masih belum terlambat untuk kitamengumpulkan sampahyang tidak boleh digunakan lagibegitu jugabarang yang boleh dikitar semuladikumpul dan diasingkanmengikut jenisnyamengikut tong sampahuntuk dikitar semula


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M202di pusat kitar semulaagarmasalahdi kawasan tapak pelupusan sampahtidak berulang kembali.▪ Frasa yang berhuruf tebal merupakan frasa yang telah dikenal pasti daripada petikan teks.AKTIVITI 3: LAKARAN JALUR KOMIK KITAR SEMULAPlastik & AluminiumKacaKertasBilas sisa jika perluKenal pasti sisaAsingkan mengikut jenis


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M203AKTIVITI 1: PEMBELAJARAN BERBALIK – ASPEK MENARIK NOVEL / FILEMPelajar membaca novel Komsas ( Baca sebelum kelas )**Pembelajaran menggunakan aktiviti Pembelajaran Berbalik.Pendekatan Kelas pembelajaran berbalik amat berbeza dari segi pelaksanaannya berbanding pendekatan secara konvesional kerana melalui pendekatan ini pelajar akan berusaha mencari maklumat yang berkaitan isi kandungan pembelajaran dan memahaminya sama ada secara kendiri atau berkumpulan di luar kelas berbanding pendekatan konvesional yang membolehkan pelajar menguasai segala maklumat hanya di dalam kelas melalui pengajaran guru. Kelas berbalik merupakan satu kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di rumah dan waktu pembelajaran di sekolah akan dilaksanakan dengan menjalankan aktiviti seperti kuiz , perbincangan , permainan dan sebagainya. Kesimpulannya , kelas berbalik adalah suatu teknik pembelajaran yang dinamik, aktif dan dapat membantu pelajar berdikari meneroka sama ada dalam mahupun di luar waktu pengajaran. Kaedah ini juga akhirnya dapat membantu mengatasi masalah kekurangan masa dalam pengajaran kerana guru tidak perlu menerangkan sepenuhnya semua topik yang diajar kerana pelajar akan dilatih mencari maklumat sendiri kemudian dipersembahkan di dalam kelas. Dalam hal ini, pelajar akan mencari maklumat sendiri tanpa mengharapkan guru kerana peranan guru hanya sebagai pemudah cara sahaja, dan bukan sebagai sumber pemberi maklumat yang utama. Misalnya pelajar akan diberi tugasan oleh guru seperti menonton video Youtube di rumah melalui aplikasi dalam talian dan menyelesaikannya sama ada secara individu atau berkumpulan. Sepanjang membuat tugasan tersebut pelajar bebas mencari dan meneroka pelbagai jenis bahan untuk mendapatkan maklumat. Kemudian mereka akan membentangkan hasil tugasan mereka di dalam kelas untuk dinilai oleh guru. Segala kekurangan dan kesilapan semasa proses pembentangan akan diperbetulkan oleh guru bagi mengelakkan kesalahfahaman dan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Pelajar akan dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti berkomukasi, kolaboratif, berfikiran aras tinggi, membina pengetahuan, penyampaian maklumat , meningkatkan kreativiti dan motinasi pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran bahasa Melayu. Pendekatan ini sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran bahasa Melayu lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.AKTIVITI 2: AKTIVITI 3 LILAU 1 TETAP1. Aktiviti dilaksanakan secara Tiga Lilau Satu Tetap.Tiga Lilau Satu Tetap adalah strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif dengan lebih menggalakkan pelajar untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran mereka. Strategi ini adalah sangat sesuai dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kepada pembinaan konsep 4C atau 4 K dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu kemahiran kolaboratif , kreatif, berfikiran kritis dan juga komunikasi.Guru bertindak sebagai pemudah cara bagi memudahkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan murid berlangsung. Guru juga bertindak sebagai pakar rujuk jika pelajar berdepan dengan persoalan dan masalah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M204Kaedah pelaksanaan : 1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan (ikut kesesuaian bilangan murid dalam kelas).2. Setiap murid dalam kumpulan diberikan nombor.3. Guru memberikan tajuk untuk tugasan setiap kumpulan.4. Setiap kumpulan melakarkan peta minda berdasarkan tugasan.5. Hasil kerja ditampal.6. Murid yang bernombor 1, 2, dan 3 dalam kumpulan akan bergerak keluar mendengar dan menyoal tugasan kumpulan lain.Murid yang bernombor 4 akan kekal dalam kumpulan untuk menerangkan tugasan mereka kepada murid yang datang kepada kumpulan mereka. 2. Guru menyediakan borang dalam bentuk peta minda atau yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pembelajaran bagi tujuan pembentangan.3. Guru membimbing murid mempersembahkan puisi menggunakan intonasi yang sesuai. AKTIVITI 3: PERSEMBAHAN LAGU PUISITukar puis-puisi yang diberi pada muka surat 173 kepada lagu. Contoh Lagu :Permata ( Permata Untuk Isteri ) Kumpulan KopratasaTelah ku siapkanSatu daerah paling sunyiDalam hati ini untuk kau isi sebagai isteriUntuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanitaUntuk kau beri erti dengan kelembutanUntuk kau hargai dengan kasih sayingKuingin kau jadi wanita muliaYang tahu harga budi dan hatiSeorang lelaki bernama suamiKerana engkau isteriKuingin kau mengertiBahawa hidup iniTak semudah yang kita janjikanYang kita janjikanKerana kau isterikuUntuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanitaUntuk kau beri erti dengan kelembutanUntuk kau hargai dengan kasih sayangKuingin kau jadi wanita muliaYang tahu harga budi dan hatiSeorang lelaki bernama suami


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M205Kerana kau isteriKuingin engkau mengertiBahawa hidup iniTak semudah yang kita janjikanYang kita janjikanKerana kau isteri


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M206AKTIVITI 1: MENULIS RENCANA & SURAT RASMIKarangan rencana tentang langkah-langkah menghormati Jalur GemilangFormat Rencana – Tajuk rencana & Nama penulis Cadangan isiPendahuluan Malaysia yang sudah mencapai kemerdekaan selama 64 tahun mempunyai pelbagai lambang dan simbol kedaulatan negara. Kesemua lambang dan simbol yang telah diwartakan itu tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Salah satu lambang dan simbol kedaulatan negara ini ialah bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang.Ayat topik Upacara menaikkan dan menurunkan Jalur GemilangAyat huraian Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan sekolah, hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari.Ayat contoh Lazimnya di Malaysia Jalur Gemilang dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 petang.Ayat kesan Dengan menepati masa menaikkan dan menurunkan bendera, dapat memantapkan displin yang tinggi dalam kalangan murid dan warga sekolah.Ayat penegasan Oleh yang demikian, kita perlulah cakna dengan upacara menaikkan dan menurunkan bendera dengan cara yang betul sebagai bukti menghormati Jalur Gemilang.Ungkapan menarik Masa itu emasAyat topik Tatacara berpakaianAyat huraian Orang yang menaik dan menurunkan Jalur Gemilang hendaklah berpakaian kemas dan lengkap.Ayat contoh Tidak boleh pakai pakaian yang menjolok mata atau pakai kain sarung yang disentengkan ke paras lutut, tidak berbaju, dan tidak berkasut.Ayat kesan Cara berpakaian melambangkan identiti sesuatu bangsa dan sesebuah negara.Ayat penegasan Jelaslah bahawa langkah yang efesien menghormati Jalur Gemilang adalah berpakaian lengkap dan kemas semasa upacara menaikkan dan menurunkannya.Ungkapan menarik Pemuda harapan negara, pemudi tiang negaraAyat topik Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiangAyat huraian Sebagi tanda bergabung atas peristiwa-peristiwa tertentu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-negeri berkenaan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M207Ayat contoh Terdapat beberapa situasi yang melibatkan pengibaran bendera separuh tiang seperti ada kematian pembesar negara dan peristiwa-peristiwa lain yang diarahkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau negeri.Ayat kesan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang, hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung menggambarkan simbol kesedihan seluruh rakyat terhadap sesuatu yang berlaku.Ayat penegasan Seluruh rakyat terkesan dengan peristiwa yang berlaku dan bersama-sama mendepaninya dengan penuh istiqamah.Ungkapan menarik Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit.Ayat topik Jalur Gemilang dipasang pada kenderaan hendaklah teguhdan saiz yang sesuai.Ayat huraian Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan pastikan diikat atau dilekatkan dengan kuat agar tidak mudah tercabut dan menggunakan saiz yang sesuai.Ayat contoh Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalan raya lain. Misalnya, apabila lori berhenti di lampu merah, Jalur Gemilang tersebut menutup muka penunggang motosikal ini sungguh tidak bertimbang rasa dan memalukan.Ayat kesan Banyak bendera yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain menggambarkan tidak menghormati Jalur Gemilang.Ayat penegasan Tuntasnya. dengan pemasangan Jalur Gemilang yang teguh pada kenderaan dan menggunakan saiz yang sesuai menggambarkan teladan yang baik menghormati Jalur Gemilang.Ungkapan menarik Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Penutup Sudah terang lagi bersuluh, kita haruslah memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam menghormati Jalur Gemilang.Ayat Cadangan Elakkan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana akan menyukarkan visi kudsi melahirkan rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu dengan menjadikan amalan menghormati Jalur Gemilang sebagai rutin harian.Ayat Harapan Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan segala langkah menghormati Jalur Gemilang dapat direalisasikan dengan berkesan. Kesannya, kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan menjadikan negara aman dan makmur.Surat rasmi kepada pihak berkenaan untuk membuat aduan tentang kesilapan pengibaran Jalur Gemilang.Format surat kiriman rasmi – Alamat pengirim, garisan melintang, alamat penerima, tarikh, panggilan hormat, tarikh, perkara, isi kandungan, pengakuan pengirim, tandatangan, jawatan dan nama pengirim.Cadangan isiPendahuluan Perkara: Aduan tentang kesilapan pengibaran Jalur Gemilang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M208Ayat topik Insiden mengibarkan Jalur Gemilang yang salah pada sebuah kejohanan sukan merupakan kejadian yang amat menyedihkan.Ayat huraian Kejadian seumpama itu wajar dilihat secara serius oleh semua pihak terutama pihak yang bertanggungjawab dengan penganjuran acara sukan tersebut.Ayat contoh 14 jalur merah dan putih wajib diketahui oleh semua pihak agar tidak berlaku penambahan dan pengurangan jalur sesuka hati dalam Jalur Gemilang yang digunakan.Ayat kesan Sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan tidak menghormati Jalur Gemilang ialah perbuatan yang mencabar maruah negara.Ayat penegasan Pihak yang terlibat jangan hanya mengejar populariti menganjurkan sesuatu kejohanan dengan melupakan dan mengambil mudah perkara yang wajib disediakan.Ungkapan menarik Bagai melepas batuk di tanggaAyat topik Terdapat juga Jalur Gemilang diletakkan secara terbalik tidak sengaja.Ayat huraian Jalur Gemilang yang dikibarkan semasa insiden tersebut sememangnya telah dicetak sedemikian rupa oleh bahagian pencetakan.Ayat contoh Mengibarkan dan memasang Jalur Gemilang secara terbalik bersama-sama bendera negara lain sangat memalukan seluruh rakyat Malaysia.Ayat kesan Pihak penganjur yang profesional sepatutnya cakna dengan sensitiviti sesebuah negara yang melibatkan bendera sebagai lambang dan simbol kedaulatan negara.Ayat penegasan Oleh hal yang demikian, kejayaan sesebuah penganjuran tidak hanya dinilai berdasarkan sambutan yang diterima tetapi juga kelancaran perjalanan sepanjang kejohanan yang tidak terdapat perkara yang boleh menjatuhkan imej negara.Ungkapan menarik Lempar batu sembunyi tanganAyat topik Alasan yang menyatakan pihak penganjur tidak menyedari simbol bintang yang ada dalam Jalur GemilangAyat huraian Alasan yang sangat dangkal dan tidak boleh diterima kerana Malaysia bukanlah baru mencapai kemerdekaannya. Jalur Gemilang negara ini telah berkibar selama 62tahun di bumi Malaysia.Ayat contoh 14 bucu bintang menggambarkan perpaduan 13 buah negeri-negeri dan sebuah Persekutuan sememangnya sudah termaktub dalam sejarah negara yang wajib diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.Ayat kesan Justeru, alasan tidak mengetahui warna, bentuk dan simbol yang ada dalam Jalur Gemilang sememangnya tidak dapat diterima.Ayat penegasan Hilangnya semangat patriotik dan kemantapan jati diri antara sebab kesilapan pengibaran Jalur Gemilang berlaku.Ungkapan menarik Seperti katak di bawah tempurungAyat topik Keadaan itu menjadi lebih parah dan amat menyedihkan lagi apabila insiden tersebut berlaku di dalam negara sendiri, tanah tumpah darahku.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M209Ayat huraian Jalur Gemilang melambangkan semangat sayang, bangga, patriotik, setia dan perpaduan kaum.Ayat contoh Pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan serius terhadap mereka yang terlibat agar tindakan tersebut mampu untuk menjadi pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.Ayat kesan Kejahilan rakyat dan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan sewajarnya mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotik, kebanggaan, kesetiaan dan kepatuhan kepada negaraAyat penegasan Tindakan serius dan tegas yang diambil oleh pihak yang berwajib mampu untuk menyekat insiden itu daripada berulang.Ungkapan menarik Sediakan payung sebelum hujanPenutup Semua pihak haruslah cakna dengan cara pengibaran Jalur Gemilang yang betul kerana negara ini mencapai kemerdekaan dan membina kehidupan yang harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit atau kepercayaan dan terus berusaha ke arah membina perpaduan dan negara yang mampan untuk generasi masa hadapanAyat Cadangan Kesilapan pengibaran Jalur Gemilang baru-baru ini sebagai peringatan kepada semua bahawa apabila kita mengendalikan bendera kebangsaan atau negeri, pastikan dikibar atau dipaparkan dengan lambang dan cara yang betul.Ayat Harapan Jalur Gemilang adalah maruah negara dan tiang seri dalam menyatukan masyarakat majmuk di bawah satu bumbung. Jalur Gemilang perlu dipertahankan dan dijaga oleh semua pihak kerana melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang tercinta ini.AKTIVITI 2: BUKU SKRAP JALUR GEMILANGBENDERAMALAYSIAJALUR GEMILANG


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M210AKTIVITI: PERMAINAN PEMBELAJARAN BERBALIKPERMAINAN: DETIK ILMUSOALAN 2 MARKAHKenal pasti frasa dalam ayat1. Nama saya Zanariah.2. Nama saya Ahmad.3. Kami anak Malaysia.4. Kolej Vokasional Keningau di Puncak Dunia.5. Kami warga Kolej Vokasional Keningau.6. Guru Malaysia Juara Inovasi Antarabangsa di Paris.7. Beliau mendedikasikan kejayaan itu kepada ayah dan ibunya.8. Ini kejayaan keempat Dr. Mohd Sirhajwan pada peringkat global.9. Kita dijajah empat kurun.10. Kita bangsa terjajah.11. Harga diri semakin turun.12. Bunga bangsa gugur terkorban.13. Rakyat jelata mendaulatkan negara.14. Negara dan bangsa menempa nama.15. Inggeris datang meredah Pahang.16. Sungai Semantan mengalir merah.17. Namamu terukir di jantung rakyat.18. Jalur Gemilang dikibarkan.19. Bendera dinaikkan ke puncak20. Jalur Gemilang berada pada kedudukan di tengah-tengah.21. Sampah sarap di merata-rata tempat.22. Pembalut gula-gula dan coklat di celah-celah kerusi.23. Umi Hani ke pejabat rakan.24. Rakan saya biasa-biasa sahaja.25. Budaya dan ilmu setandus gurun.26. Pahlawan bangsa pahlawan rakyat.27. Kaulah pahlawan sebenarnya.28. Epik terunggul sepanjang zaman29. Daulat pun malap.30. Permata di PelimbahanSOALAN 3 MARKAHKenal pasti frasa dalam ayat1. Kualiti guru merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.2. Murid-murid dapat bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain.3. Kolej Vokasional Keningau telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan mencipta nama di persada antarabangsa4. 4.Kolej Vokasional Keningau meraih satu lagi kecemerlangan.5. Kolej Vokasional Keningau mempunyai tenaga pengajar yang kreatif, inovatif dan berdedikasi.6. Guru Kolej Vokasional Keningau mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa.7. Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu menewaskan 10 pesaing pada pertandingan akhir.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M2118. Upacara menaikkan bendera dilakukan pada awal sesi persekolahan.9. Upacara menurunkan bendera dilakukan setelah tamat sesi persekolahan.10. Bendera dinaikkan atau diturunkan secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa.11. Sebahagian daripada bendera hendaklah diselempangkan ke bahu supaya tidak meleret ke tanah.12. Semua yang berada di kawasan yang berhampiran hendaklah berdiri untuk menghormati bendera yang sedang dinaikkan.13. Bendera separuh tiang dikibarkan ketika pemimpin negara meninggal dunia.14. Bendera diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang sebagai tanda berkabung.15. Pembayar cukai yang dikesan tidak patuh dalam pengisytiharan cukai pendapatan boleh dikenakan penalti antara 80 peratus hingga 300 peratus.16. Pembayar cukai patut merebut peluang untuk membuat pengisytuharan pendapatan dalam tempoh yang diberikan. 17. Ketua Polis Negara menyelar mana-mana individu yang disyaki terkena jangkitan koronavirus (COVID19) yang melarikan diri daripada kuarantin.18. Sekumpulan individu didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagu Negaraku dimainkan barubaru ini19. Sampah ialah sisa yang terhasil daripada aktiviti kehidupan manusia yang dianggap tidak berguna.20. Mereka mngutip sampah sarap yang ada lalu dijual di pusat kitar semula.21. Jangka hayat sesebuah tapak pelupusn adalah antara 20 tahun hingga 25 tahun.22. Manusia dikurniai akal yang mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.23. Beliau berkata bahawa tindakan itu tidak bertanggungjwab serta boleh endatangkan bahaya dan risiko kepada individu lain.24. Rumah anak cucu kita di kawasan tapak pelupusan sampah.25. Pemulung ialah gelaran bagi pemungut sampah di Jakarta.26. Kedudukan tong sampah tidak sampai dua meter dari situ.27. Kos mengurus sampah bagi tujuh buah negeri ialah RM2 bilion.28. Antara ciri warganegara yang baik ialah kesetiaan kepada raja dan negara.29. Sebanyak 37 890 tan sisa dihasilkan oleh rakyat Malaysia setiap tahun.30. Setiap tapak pelupusan sampah perlu dirawat bagi tempoh 20 tahun sebelum digunakan semula.(Sumber:Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Halaman 168 -175)SOALAN 4 MARKAHLengkapkan frasa peribahasa.1. Biduk .........................................., ....................................... bertaut2. Bagi ................................ tumbuh selepas .......................................3. Jik tidak dipecahkan .......................... di mana boleh dapat sagunya.4. Di mana ada ......................................., di situ ada ............................5. ....................................... ke hulu, ....................................... ke tepian, 6. bersakit-sakit ................................., bersenang-senang ......................7. Bagai isi. dengan .................................................................................8. Ke bukit ..............................................., ke luruh ................................9. Ada gula, ..............................................................................................10. Ibarat belayar sambil ............................................................................11. Ibarat buku ..........................................................................................12. ........................................................., lain belalang 13. Ada ubi ada ...................................., ada budi ada ..............................14. Ilmu pelita ...........................................................................................15. ................................................... jambatan ilmu.16. Berguru ............................................bagai ..........................................17. Laut ................................ ......tepian ....................................................


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M21218. Menyauk .......................................... membeli ....................................19. Air ............................................. menghanyutkan.20. Malu ........................................., sesat .................................................21. Duduk meraut ..........................., tegak meninjau ................................22. Rajin .........................................., tembolok .........................................23. Tak lapuk dek hujan, ............................................................................24. 22.Alah ............................................, tegal ................................................25. 23. Duduk ........................................., tegak ..............................................26. 24. Biar putih tulang, ..................................................................................27. 25. Orang ..........................................., disorongkan ...................................28. 26. Hendak belajar ............................................................... dapatkan itik,29. Hendak belajar .............................................................. dapatkan tupai.30. 27. Belukar sudah menjadi ..........................................................................31. 28. Tak kenal, maka ....................................................................................32. 29. Putih sepeti ............................................................................................33. Halus bak telur ......................................................................................34. Umpama ................., menjalar dulu ......................................................35. Orang memberi ..................................., tidak diberi ..............................36. Hemat pangkal ................................, rajin pangkal ...............................37. Bara yang ......................................biar sampai menjadi .......................38. Gading mana yang tak ................, bumi mana yang tak ditimpa ..........39. Sakit sama ............................, luka sama ...............................................40. Ibarat telur sesangkak, ............................................................................41. Yang bertakuk ..............................., yang bergaris .................................42. Adat ................................................, ...................................... dijunjung.43. Adat sepanjang jalan, ...........................................................................(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)PANDUAN JAWAPANSOALAN 2 MARKAHKenal pasti frasa dalam ayat1. Nama saya / Zanariah. FN / FN2. Nama saya / Abi Zareer. FN / FN3. Kami / anak Malaysia. FN / FN4. Kolej Vokasional Keningau / di Puncak Dunia. FN / FS5. Kami / warga Kolej Vokasional Keningau. FN / FN6. Guru Malaysia / Juara Inovasi Antarabangsa / di Paris. FN / FN / FS7. Beliau / mendedikasikan kejayaan itu / kepada ayah dan ibunya. FN / FK / FS8. Ini / kejayaan keempat / Dr. Mohd Sirhajwan / pada peringkat global. FN / FN / FN/ FS9. Kita / dijajah / empat kurun. FN / FK / FA10. Kita / bangsa terjajah. FN / FN11. Harga diri / semakin turun. FN / FA12. Bunga bangsa / gugur terkorban. FN / FK13. Rakyat jelata / mendaulatkan negara. FN / FK14. Negara dan bangsa / menempa nama. FN / FK15. Inggeris / datang meredah Pahang. FN / FK16. Sungai Semantan / mengalir merah. FN / FK17. Namamu terukir / di jantung rakyat. FN / FK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M21318. Jalur Gemilang / dikibarkan. FN / FK19. Bendera / dinaikkan ke puncak. FN / FK / FS20. Jalur Gemilang / berada pada kedudukan di tengah-tengah. FN / FK21. Sampah sarap / di merata-rata tempat. FN / FS22. Pembalut gula-gula dan coklat / di celah-celah kerusi. FN / FS23. Umi Hani / ke pejabat rakan. FN / FS24. Rakan saya / biasa-biasa sahaja. FN / FA25. Budaya dan ilmu / setandus gurun. FN / FA26. Pahlawan bangsa / pahlawan rakyat. FN / FN27. Kaulah / pahlawan sebenarnya. FN / FN28. Epik / terunggul sepanjang zaman. FN / FA / FN29. Daulat / pun malap. FN / FA30. Permata / di Pelimbahan. FN / FSSOALAN 3 MARKAHKenal pasti frasa dalam ayat1. Kualiti guru / merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan / keberhasilan murid. FN / FN / FN2. Murid-murid / dapat bersaing / dengan rakan sebaya / dari negara lain. FN / FK / FS / FS3. Kolej Vokasional Keningau / telah mengambil langkah-langkah proaktif / dengan mencipta nama / di persada antarabangsa. FN / FK / FK / FS4. Kolej Vokasional Keningau / meraih satu lagi / kecemerlangan. FN / FK / FN5. Kolej Vokasional Keningau / mempunyai tenaga pengajar / yang kreatif, inovatif dan berdedikasi. FN / FK / FA6. Guru Kolej Vokasional Keningau / mencipta sejarah apabila menjuarai / Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa. FN / FK / FA7. Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu / menewaskan 10 pesaing pada pertandingan akhir. FN / FK / FS8. Upacara menaikkan bendera / dilakukan pada awal sesi persekolahan. FN / FK / FS9. Upacara menurunkan bendera / dilakukan setelah tamat sesi persekolahan. FN / FK10. Bendera / dinaikkan atau diturunkan / secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. FN / FK / FS11. Sebahagian daripada bendera / hendaklah diselempangkan / ke bahu / supaya tidak meleret / ke tanah.FN / FK / FS / FK / FS12. Semua yang berada di kawasan yang berhampiran / hendaklah berdiri untuk menghormati bendera / yang sedang dinaikkan. FN / FK / FS / FK13. Bendera separuh tiang / dikibarkan / ketika pemimpin negara meninggal dunia. FN / FK /FS14. Bendera / diturunkan / perlahan-lahan ke separuh tiang sebagai tanda berkabung. FN / FK/ 15. Pembayar cukai yang dikesan tidak patuh dalam pengisytiharan cukai pendapatan / boleh dikenakan penalti / antara 80 peratus hingga 300 peratus. FN / FK / FA16. Pembayar cukai / patut merebut peluang untuk membuat pengisytuharan pendapatan dalam tempoh yang diberikan. FN / FK17. Ketua Polis Negara / menyelar mana-mana individu yang disyaki terkena jangkitan koronavirus (COVID-19) / yang melarikan diri / daripada kuarantin. FN / FK / FK / FS18. Sekumpulan individu / didakwa kerana tidak berdiri sebagai tanda hormat / ketika lagu Negaraku / dimainkan baru-baru ini. FN / FK / FN / FK19. Sampah / ialah sisa yang terhasil daripada aktiviti kehidupan manusia yang dianggap tidak berguna. FN / FN20. Mereka / mengutip sampah sarap yang ada / lalu dijual / di pusat kitar semula. FN / FK / FK / FS21. Jangka hayat sesebuah tapak pelupusn / adalah antara 20 tahun hingga 25 tahun. FN / FN22. Manusia / dikurniai akal yang / mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara. FN / FK / FK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M21423. Tindakan itu / tidak bertanggungjwab serta / boleh mendatangkan bahaya dan risiko kepada individu lain. FN / FA / FK24. Rumah anak cucu kita / di kawasan tapak pelupusan sampah. FN / FS25. Pemulung ialah gelaran bagi pemungut sampah / di Jakarta. FN / FN / FS26. Kedudukan tong sampah / tidak sampai dua meter / dari situ. FN / FN / FS27. Kos mengurus sampah bagi tujuh buah negeri ialah RM2 bilion. FN / FN28. Antara ciri warganegara yang baik / ialah kesetiaan kepada raja dan negara FN / FN.29. Sebanyak 37 890 tan sisa dihasilkan oleh rakyat Malaysia / setiap tahun. FN / FK / FA30. Setiap tapak pelupusan sampah / perlu dirawat bagi / tempoh 20 tahun sebelum digunakan semula. FN / FK / FNSOALAN 4 MARKAHLengkapkan frasa peribahasa.1. Biduk lalu, kiambang bertaut2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan3. Jika tidak dipecahkan ruyong. di mana boleh dapat sagunya.4. Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan.5. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, 6. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian7. Bagai isi dengan kuku8. Ke bukit sama didaki, ke luruh dituruni.9. Ada gula, ada semut10. Ibarat belayar sambil memapan11. Ibarat buku bertemu ruas12. Lain padang , lain belalang 13. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas14. Ilmu pelita hidup15. Membaca jambatan ilmu.16. Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi17. Laut budi tepian akal18. Menyauk kering-kering, membeli habis-habis19. Air tenang menghanyutkan.20. Malu bertanya, sesat jalan21. Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak22. Rajin mengais, tembolok berisi23. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas24. 22.Alah bisa , tegal biasa25. 23. Duduk berkisar, tegak berpaling.26. 24. Biar putih tulang, . jangan putih mata27. 25. Orang mengantuk, disorongkan bantal28. 26. Hendak belajar berenang dapatkan itik,29. hendak belajar melompat dapatkan tupai.30. 27. Belukar sudah menjadi rimba31. 28. Tak kenal, maka tak cinta32. 29. Putih seperti kapas.33. Halus bak telur dikupas34. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit35. Orang memberi kita merasa , tidak diberi usah meminta36. Hemat pangkal kaya , rajin pangkal pandai37. Bara yang digenggam, biar sampai menjadi arang38. Gading mana yang tak retak, bumi mana yang tak ditimpa hujan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M21539. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk40. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua41. Yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat42. Adat dikelek, hukum dijunjung.43. Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M216AKTIVITI: TAKLIMAT & LAKONAN PERBUALANAKTIVITI 1: TAKLIMAT TATACARA PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSARujuk Carta Alir Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (Buku Teks Halaman 177). Sebagai seorang pegawai imigresen, anda telah diminta untuk menyampaikan taklimat tentang tatacara permohonan pasport Malaysia Antarabangsa kepada para pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia. Sampaikan taklimat tersebut dengan betul, tepat dan jelas. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia. Selamat datang ke Jabatan Imigresen Malaysia. Di Jabatan Imigresen Malaysia, kami berpegang pada slogan ‘Intergriti, Profesional, Mesra.Berikut ialah tatacara permohonan pasport Malaysia Antarabangsa. Para pelanggan perlu beratur dan menyerah dokumen untuk semakan di kaunter nombor giliran apabila sampai di Jabatan Imigresen Malaysia. Pegawai Imigresen di Kaunter Pertanyaan akan menyemak dokumen pelanggan dan menyerahkan nombor giliran. Proses ini mengambil masa 15 minit. Pelanggan perlu menunggu sehingga nombor giliran dipanggil dan menyerahkan permohonan atau pasport lama. Seterusnya, Pegawai Imigresen di Kaunter Pertanyaan akan menyemak MyKad atau sijil kelahiran, mengimbas cap jari dan mengambil gambar pelanggan. Proses ini mengambil masa 25 mint. Setelah siap membuat semakan, Pegawai Imigresen di Kaunter Penerimaan akan mencetak maklumat permohonan. Kemudian, pelanggan perlu menyemak cetakan maklumat permohonan tersebut. Jika semua maklumat yang dicetak adalah betul, pelanggan perlu menurunkan tandatangan dan cap jari pada cetakan maklumat tersebut. Jika terdapat ralat, permohonan pelanggan akan dibuat pembetulan oleh Pegawai Imigresen di Kaunter Pertanyaan.Selanjutnya, Pegawai Imigresen Kanan akan menyemak permohonan pelanggan untuk membuat keputusan sama ada diluluskan atau tidak. Proses ini mengambil masa 30 minit. Sementara itu, pelanggan perlu menunggu sehingga nombor giliran dipanggil dan membuat pembayaran.Sekiranya permohonan pelanggan diluluskan, Pegawai Imigresen di Bilik Proses akan mencetak pasport pelanggan. Proses ini mengambil masa 60 minit. Pelanggan perlu sabar menunggu sehingga nombor giliran dipanggil untuk menyemak pasport di Kaunter Serahan. Setelah membuat semakan, pelanggan perlu menurunkan tandatangan dan mengimbas cap jari serta mengambil pasport yang telah siap. Sekiranya terdpat kesilapan pada pasport, pindaan akan dibuat oleh Pegawai Imigresen di Bilik Proses.Kami berharap para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.(Sumber:www.imi.gov.my)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M217AKTIVITI 2: LAKONAN ANTARA PEMOHON DENGAN PEGAWAI IMIGRESEN TENTANG ISU PERMOHONAN PASPORTPEGAWAI IMIGRESENSelamat sejahtera, encik. Selamat datang ke Jabatan Imigresen Malaysia. Kami sedia membantu encik.PEMOHON Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang permohonan Pasport Antarabangsa MalaysiaPEGAWAI IMIGRESENSilakan.PEMOHON Wujudkah kaunter khas bagi orang-orang cacat?PEGAWAI IMIGRESENJabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa (cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan daripada pakar perubatan Hospital KerajaanPEMOHON Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar. Apakah kenyataan ini betul?PEGAWAI IMIGRESENYa, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak menepati kehendak JabatanPEMOHON Saya ingin memohon pasport Malaysia tetapi dimaklumkan nama saya telah disenaraihitamkan dan permohonan ini tidak dapat diproses seterusnya saya tidak boleh ke luar negara . Apakah yang perlu saya lakukan?PEGAWAI IMIGRESENEncik boleh mendapatkan maklumat daripada pegawai yang terima permohonan pasport tersebut sebab nama encik telah disenaraihitamkan oleh Jabatan ImigresenPEMOHON Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) semasa berada di luar negara?PEGAWAI IMIGRESENEncik perlu membuat laporan polis di negara berkenaan dan rujuk kepada pihak Kedutaan Malaysia yang berdekatan untuk tindakan lanjut.PEMOHON Berapa lamakah proses yang diambil bagi setiap permohonan pasport?PEGAWAI IMIGRESENSekiranya encik memohon di pejabat pengeluar dan penerima permohonan akan hanya mengambil masa selama 1 jam selepas bayaran dibuat. Walau bagaimanapun sekiranya encik memohon di pejabat penerima permohonan akan diproses dalam masa 3 hari waktu bekerja.PEMOHON Terima kasih atas penerangan yang diberikan.PEGAWAI IMIGRESENSama-sama.(Sumber:www.imi.gov.my)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M218


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M219AKTIVITI 1: PROGRAM PENGHARGAAN PERANAN SASTERAWAN NEGARABerdasarkan bahan, berbincanglah tentang program untuk menghargai peranan Sasterawan Negara (SN) dengan menerima atau menolak hujah secara rasional dan bertatasusila. BILPROGRAM MENGHARGAI PERANAN SASTERAWAN NEGARACATATAN/HURAIAN1 PameranDi Perpustakaan Negara/Negeri bersempena Bulan Bahasa;pameran khas tentang SN akan diadakan.Karya-karya SN dipamerkan semula kepada generasi muda dan dijual kepada mereka yang berminat.2 Pertandingan Menganjurkan kuiz/deklamasi sajak @ puisi karya SN. Nama piala/pingat menggunakan nama SN yang ada.3 Dokumentari KhasLiputan khas tentang SN dari segi biografi, karya agung yang pernah dihasilkan, rakaman SN sedang mempersembahkan sajak atau puisi ciptaan mereka.4Mewujudkan sudut /laman khas tentang paraSNDi universiti/kolej/sekolah sudut khas untuk mempamerkan gambar,biodata diri dan resensi/ulasan tentang karya-karya SN5 Malam PenghargaanITNM menganjurkan \"Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan\" bagi memperingati jasa SN Usman Awang. Pada 8 Ogos ini pula akan diadakan \"Menjelang 75 Tahun A. Samad Said\".AKTIVITI 2: RESENSI – KARYA SASTERAWAN NEGARAJudul : JIKA ESOK TIBAPenerbit : DEWAN BAHASA PUSTAKAPengarang : SN. Anwar RidhwanTebal Buku : 170 halamanBuku istimewa ini mengandungi 15 buah cerpen karya Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan. Buku ini memaparkan pelbagai tema dan persoalan yang merentas pertembungan budaya dalam masyarakat majmuk yang kaya dengan unsur budaya dan sosial.Karya ini berjaya mengungkapkan rakaman persekitaran dan citra tamadun bangsa, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Antara cerpen yang terkandung dalam Jika Esok Tiba ialah Sesudah Perang, Menjadi Tua, Sahabat, Minoriti, Jambu Anak Sungai, Dari Kijev ke Moskva, Puisi Terakhir di Makedonija, Fikir Yuyutsu dan banyak lagi.Cerpen Sesudah Perang yang menjadi cerpen pembuka cerita buku ini menyajikan pembaca untuk merasai kepayahan, keperitan dan konflik perasaan yang mereka lalui. Seterusnya ialah cerpen Sahabat. Cerpen ini menceritakan tentang seorang perantau yang berdiri atas garisan mengharap dan mendesak belas kasihan dari seseorang atas alasan dilahirkan di negara yang sama.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M220Cerpen Jambu Anak Sungai pula berjaya meruntun perasaan pembaca kerana kisahnya yang menyedihkan iaitu apabila penonton membaca Tindakan Jambu yang terpaksa menjual anak kecilnya dengan harga sebanyak RM 100 untuk melangsungkan hidup.Koleksi cerpen dalam Jika Esok Tiba wajar menjadi bahan bacaaan generasi kini kerana kepelbagaian tema dan persoalannya. Bahasa yang digunakan juga mudah dan tidak meleret-leret. Terdapat pelbagai nilai positif yang boleh diambil daripada setiap cerpen yang ada.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M221AKTIVITI 1: KEKUATAN & KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHASA JAWI PERANAKAN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M222AKTIVITI 2: PEMBENTANGAN – MAKLUMAT LANJUT JAWI PERANAKAN▪ Lelaki Muslim Asia Selatan yang berkahwin dengan wanita Melayu Muslim melahirkan keturunan Jawi Peranakan.▪ Jawi Peranakan memilih pasangan mereka dari segi kekayaan dan status dalam kalangan orang Arab, India dan bangsawan Melayu. ▪ Mereka berasimilasi dengan budaya Melayu tetapi memiliki identiti yang tersendiri seperti dalam seni bina, pakaian, perhiasan dan masakan mereka. ▪ Masyarakat Jawi Peranakan memberi penekanan dalam pendidikan Bahasa Inggeris.▪ Sekumpulan Jawi Peranakan membiayai akhbar berbahasa Melayu pertama iaitu Jawi-Peranakan. ▪ Keluarga Jawi Peranakan tinggal di Singapura dan Pulau Pinang yang merupakan penempatan terbesar mereka. ▪ Kebanyakan hari ini mendaftar sebagai orang Melayu dan kehilangan identiti mereka disebabkan oleh pelbagai sebab. ▪ Golongan Jawi Peranakan terlibat perniagaan, pekerjaan kerajaan dan perkeranian.▪ Di Singapura dan Tanah Melayu, Jawi Peranakan tetap menjadi komuniti yang dipandang tinggi oleh orang Melayu tempatan terutamanya kerana pencapaian pendidikan dan kekayaan yang diwarisi.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M223AKTIVITI 1: MENGOLAH MAKLUMAT KEPADA PENULISAN / BAHAN GRAFIKBahan Grafik1. Mewujudkan Malaysia sebagai negara membaca dan bangsa Malaysia yang berilmu dan bertaraf dunia menjelang tahun 2030.2. Murid sekolah menengah membaca untuk meningkatkan pengetahuan kreatif dan inovatif3. Pelajar di institsi pengajian tinggi awam dan swasta membaca untuk mendapatkan pengetahuan kreatif, inovatif dan sebagai rekreasi4. Masyarakat membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan pembacaan sebagai asas kerjaya5. Penjawat awam membaca untuk meningkatkan profesionalisme dan menambah ilmu dalam urus tadbir kerajaan6. Belia membaca untuk tujuan rekreasi dan menambah ilmu pengetahuan yang kreatif dan inovatifPetikan1. Membaca sebagai satu hiburan2. Membaca untuk mendapatkan motivasi 3. Membaca untuk tujuan pendidikan 4. Menambahkan ilmu pengetahuan5. Mengisi masa lapangAKTIVITI 2: SKRIP DRAMA – GALAKAN BUDAYA MEMBACAArahan: Sebagai pustakawan sekolah, anda mendapati beberapa minggu ini bilangan murid yang berkunjung ke perpustakaan semakin menurun. Malah , peminjaman buku oleh murid juga agak kurang. Oleh itu, anda dan pustakawan diminta untuk memikirkan langkah-langkah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Tulis skrip drama tersebut dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik.Skrip Drama Galakan Budaya Membaca Tempat: Perpustakaan sekolahBulan Membaca Kebangsaan semakin hampir. Sungguhpun demikian, keadaan di dalam perpustakaan sekolah masih kelihatan lengang dan sunyi. Hanya dua orang murid yang sedang memilih buku yang hendak dipinjam. Seorang guru dan dua orang pustakawan mula berbincang tentang cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M224Guru : Asri dan Kumar, Bulan Membaca Kebangsaan semakin hampir. Ada apa-apa cadangan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sempena bulan yang mulia ini?Asri : Cikgu, mungkin kita boleh mengadakan pertandingan membaca buku terbanyak. Murid yang meminjam buku paling banyak dalam bulan ini akan dinobatkan sebagai juara bulan membaca. Kumar : Ya, saya setuju dengan cadangan Asri. Tapi cuba tahun ini kita buat aktiviti yang berbeza daripada tahun lepas. Kita boleh mewujudkan pondok bacaan dengan meletakkan buku-buku cerita, majalah dan surat khabar di pondok tersebut. Sebagai contohnya, kita sediakan satu rak buku di pondok yang terletak di pintu pagar sekolah. Dengan cara ini murid-murid dapat membaca sementara menunggu ibu bapa mereka datang untuk mengambil mereka, bak kata pepatah “berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak”. Guru : Satu usaha lagi yang dapat kita laksanakan ialah kita mempromosikan buku-buku baharu tertutamanya novel dengan membuat ulasan buku semasa perhimpunan sekolah. Murid-murid yang gemar membaca pasti teruja untuk mengetahui perjalanan cerita yang selanjutnya dan mereka akan berebut-rebut untuk meminjam buku tersebut.Asri : Kita juga boleh mewujudkan sudut bacaan di setiap kelas. Mungkin ada segelintir murid tidak sempat berkunjung ke perpustakaan disebabkan masa rehat yang agak singkat. Mereka juga perlu membeli makanan di kantin dan pergi ke bilik air. Kumar: Ya, kita boleh menyediakan buku-buku cerita dan buku rekod peminjaman buku untuk memudahkan urusan peminjaman. Cikgu : Semua cadangan kamu berdua agak bagus. Cikgu akan berbincang dengan pengetua nanti. Cikgu berharap selepas ini lebih ramai lagi murid dapat membudayakan amalan membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. AKTIVITI 3: CADANGAN AKTIVITI PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN1. Guru kelas mewujudkan sudut bacaan di dalam kelas2. Jawatakuasa pusat sumber sekolah mewujudkan pondok bacaan di sekolah dengan menyediakan bahan bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita di pondo tersebut3. Jawatakuasa pusat sumber sekolah mempromosikan buku baharu seperti novel dan cerpen semasa perhimpunan sekolah4. Jawatankuasa pusat sumber sekolah menyediakan suasana yang kondusif seperti keadaan yang bersih dan dilengkapi pendingin hawa untuk menggalakkan murid berkunjung ke perpustakaan5. Guru bahasa menjalankan program NILAM secara aktif6. Panitia Bahasa Melayu menjalan Program Bacaan 15 Minit pada setiap pagi sebelum pembelajaranbermula.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M225AKTIVITI 1: SIMULASI PERUNDINGAN PENERBITAN BUKU SENDIRISkrip di bawah ialah diskusi seorang penulis baharu (PB) dengan penulis yang sudah berpengalaman menulis dan menerbitkan karya sendiri (Penulis Terbit Sendiri – PTS).PB: Assalamualaikum. Saya seorang penulis yang masih baharu dalam bidang ini dan berminat menulis dan menerbitkan karya sendiri. Apakah langkah pertama saya?PTS: Waalaikumusalam. Tindakan pertama seseorang penulis ialah menyiapkan manuskrip. Manuskrip ialah kandungan buku sebelum dicetak. Anda boleh menghadiri bengkel-bengkel penulisan seperti teknik menulis buku sehingga siap dan cara menulis buku yang ada kebolehpasaran.PB: Selepas saya menyelesaikan penulisan masnuskrip, apakah langkah seterusnya?PTS: Penulis perlu menyerahkan proses penyuntingan manuskrip kepada orang lain. Kebiasaanya, penulis akan terlepas pandang kesilapan-kesilapan sendiri. Penyunting akan meneliti dan membetulkan kesilapan ejaan, tatabahasa, struktur ayat, dan fakta yang terdapat dalam manuskrip.PB: Selepas manuskrip saya siap disunting, bolehkah saya mencetaknya ?PTS: Manuskrip anda perlu disusunnya dalam bentuk buku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah saiz buku, konsep buku, jenis dan saiz tulisan, susunan gambar, hiasan, jenis kertas dan warna. Proses ini anda boleh lakukan sendiri.PB: Bagaimana pula dengan kulit buku?PTS: Reka bentuk kulit buku ditentukan oleh tajuk dan konsep buku. Sekarang, ada banyak perisian untuk menghasilkan kulit buku. Kita boleh membuatnya sendiri jika berkemampuan.PB: Apakah cara untuk memastikan buku kita sah di sisi undang-undang?PTS: Anda perlu membuat permohonan ISBN. Sebelum buku dicetak, penulis perlu memohon International Standard Book Number (ISBN) daripada Perpustakaan Negara Malaysia.PB: Seterusnya, buku boleh dicetak?PTS: Sebelum buku dicetak, anda perlu menentukan bilangan buku untuk dicetak berdasarkan peruntukan kawangan anda dan jangkaan bilangan kebolehpasaran buku anda. Semakin banyak bilangan buku dicetak, semakin kurang kosnya. Jadi, perancangan amatlah penting untuk mengelakkan kerugian dan lambakan buku.PB: Selesai mencetak buku, apa yang perlu dilakukan oleh penulis?PTS: Penulis sendiri perlu mempromosi, memasarkan, dan menjualkan bukunya. Perkembangan teknologibanyak membantu tugas ini terutamanya menerusi media sosial. Pemasaran buku melalui Facebook,


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M226Instagram dan sebagainya boleh membantu dalam hal ini. Penjualan pula boleh dilakukan melalui aplikasi maya seperti Shopee.PB: Terima kasih tuan atas penerangan dan tunjuk ajar.PTS: Sama-sama. Semoga anda berjaya mencapai impian sebagai penulis yang menerbitkan karya sendiri.AKTIVITI 2: MENGENAL PASTI AYAT TERBITAN & MEMBINA PERENGGANNota Ringkas Ayat Terbitan:Konsep Ayat Terbitan1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar. Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan kepada unsurunsur struktur dalaman.Proses Penggugurana. Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek▪ Pengguguran subjek kata nama diri orang kedua dalam ayat perintah.▪ Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.b. Pengguguran Frasa Predikat▪ Pengguguran seluruh frasa predikat.▪ Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.c. Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif.d. Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama.Proses Penyusunan Semulaa. Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek.b. Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek.c. Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang.Proses Peluasana. Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek.b. Peluasan Frasa Predikat.c. Peluasan dengan Kata Hubung.d. Peluasan melalui Proses Komplementasi.AYAT TERBITAN DALAM BAHAN BUKU TEKS :Tulis dan Terbit sendiri- Pengguguran seluruh frasa predikat- Tulis Sendiri. Terbit SendiriSaya tidak mahu menghantarnya kepada syarikat penerbitan tetapi mahu menerbitkannya sendiri.- Proses peluasan kata dengan kata hubung.- Saya tidak mahu menghantarnya kepada syarikat penerbitan.- Saya mahu menerbitkannya sendiri.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M227Kami menawarkan perkhidmatan penyediaan reka letak muka surat, rekaan kulit buku, dan pencetakan.- Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.- Kami menawarkan perkhidmatan reka letak muka surat.- Kami menawarkan perkhidmatan rekaan kulit buku.- Kami menawarkan perkhidmatan pencetakan.Bayaran bergantung pada perkhidmatan yang diperlukan, ketebalan buku, dan jumlah cetakan.- Pengguguran Frasa Predikat- Bayaran bergantung pada perkhidmatan yang diperlukan.- Bayaran bergantung pada ketebalan buku.- Bayaran bergantung pada jumlah cetakan.Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyuntingan dan pemasaran buku?- Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.- Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyuntingan?- Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pemasaran buku? Kami boleh mencadangkan nama beberapa orang penyunting jika saudari memerlukannya.- Penyusunan semula ayat songsang.- jika saudari memerlukannya, kami boleh mencadangkan nama beberapa orang penyunting .Jawaban tambahan:1. Anda ingin melihat karya anda dalam bentuk bercetak?2. Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari penerbit bagi merealisasikan impian anda.3. Akan kami zahirkan impian anda menjadi kenyataan.4. Hubungi kami.5. Orkid Maryam telah pergi ke Pejabat Syarikat Kasih Mustika untuk berunding tentang penerbitan antologi cerpennya.6. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Kasih Mustika?7. Bayaran yang diperlukan untuk menerbitkan buku sendiri berapa?8. Untuk pemasaran buku, kami ada menyediakan perkhidmatan tersebut.MEMBINA PERENGGAN PENDEK :Mata pena lebih tajam daripada mata pisau. Begitulah ungkapan yang masih berdiri kukuh dalam mengangkat status bidang penulisan dan nama penulis tanah air. Bidang penulisan bukanlah satu bidang yang baharu. Namun, budaya menulis semakin suram terutamanya dalam kalangan remaja dek perkembangan dunia teknologi penyiaran dan hiburan. Kemelut ini ditambah lagi dengan sikap obses remaja terhadap permainan video secara dalam talian. Ditambah pula dengan anggapan ibu bapa yang menjurus kepada pencapaian akademik, kecemerlangan dalam peperiksaan dan mendapat pekerjaan bergaji lumayan.AKTIVITI 3: KUMPUL & TERBITKAN KARYA PENULISAN RAKAN ANDA


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M228AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA & MEMURNIKAN TEKSPERIBAHASA DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKATPERENGGAN 1:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanbertugas berfungsidaripada dariHal ini demikian kerana Hal ini dikatakan demikian keranakias ibarat kiasanada wujudmenjadikan mereka menjadikan mereka sebagaiperibadi keperibadiansebagai bagibahawa -yang jugatidak angkuh, dan tidak angkuh danjangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampungayam bertelur sebiji, riuh sekampungikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yang tahupenyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampungPERENGGAN 2:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanmemberikan kita memberi kitabaharu barudalam pasir di dalam pasirsang penyu penyumencanang mencanangkankepada akanhasilnya tidak ada tiada hasilnyabising riuh-rendah bising/riuh-rendahapa yang dilalukan kita perkara yang kita lakukanPERENGGAN 3:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanDemikian Kesimpulannya,beberapa banyak contoh-contoh beberapa contohhasil karyaKita melihat juga Kita juga melihatdi dalam dalamsemua ahli masyarakat ikuti diikuti oleh semua ahli masyarakatpenunjuk petunjukmengenai tentang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M229MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYAPERENGGAN 1:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanDi antara Antaramasyur masyhurPERENGGAN 2:Kesalahan bahasa Cadangan jawabandari ketelitian daripada ketelitiansatu sesuatuamati mengamatidaripada peringkat pada peringkatdalam melihat apabila/ketika melihatPERENGGAN 3:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanmenyedari menyedarkan tanggung jawab tanggungjawabMereka perlu memberikan didikan yang baik Ddikan yang baik perlu diberikan oleh merekake dalam dalamhidup kehidupanSeandainya jika Seandainya/Jikapendidikan moral didikan moralPERENGGAN 4:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanIni kerana Hal ini dikatakan demikina keranaDalam usia Ketika usiaJusteru ..senang dibentuk, justerumenjadi dan menjadinasi telah menjadi bubur nasi sudah menjadi buburKesimpulannya, Tegasnya,sejak mereka ketika merekaPERENGGAN 5:Kesalahan bahasa Cadangan jawabanini dihayati ini perlu dihayatiyang anak-anak bahawa anak-anak


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M230AKTIVITI 2: ANALISIS TEKS – KEJITUAN & KESINAMBUNGAN IDEAPERIBAHASA DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKATNo 2. Halaman 188No 2. Halaman 189PERENGGAN ANALISIS TEKS1 PendahuluanKesatuan Kepaduan Perkembangan2 Isi 1 Perenggan ini tidak dikemukakan isi atau idea yang jelas. Jadi, kecacatanya dari segi kesatuanSepatutnya perenggan dimulai dengan idea tetapi tidak dikemukakan. Hal ini menunjukkan bahawa perenggan ini tiada kesepaduan.Perkembangan perenggan ini tidak lengkap kerana tiada ayat judul atau idea pokok.Kesatuan Kepaduan Perkembangan3 Isi 2Perenggan ini menghuraikan contoh yang terdapat dalam perenggan kedua,yakni tiada idea .Sepatutnya perenggan ini turut dimulai dengan idea tetapi tidak dikemukakan yakni tiada kesepaduan.Perkembangan perenggan ini juga tidak lengkap kerana tiada ayat judul atau idea pokok4 PenutupPERENGGAN ANALISIS TEKS1 PendahuluanKesatuan Kepaduan Perkembangan2 Isi 1 Perenggan ini memberi maksud peribahasa ,tidak menyatakan peranan ibu bapa. Jadi, kecacatanya dari segi kesatuanSepatutnya perenggan dimulai dengan idea ana-anak umpama rebung, mudah dilentur oleh ibu bapa. Hal ini menunjukkan bahawa perenggan ini tiada kesepaduan.Perkembangan perenggan ini tidak lengkap kerana tiada ayat judul atau idea pokok.Kesatuan Kepaduan Perkembangan3 Isi 2 Idea tangggungjawab ibu bapa menyemai nilai murni tidak dikaitkan dengan contoh yang sesuai.Tiada kesatuan idea.Sepatutnya perenggan dimulai dengan idea ibu bapa menyemai nilai murni Hal ini menunjukkan bahawa perenggan ini tiada kesepaduan.Perkembangan kurang jelas kerana tiada contoh .Kesatuan Kepaduan Perkembangan4. Isi 3 Perenggan ini dikemukakan isi atau idea yang yang sama denga isi 1. Pengulangan huraian dan contoh yang sama Pengulanagn huraian yagn sama tanpa isi tidak menampakkan kepauan teks ideaPerkembangan perenggn ini juga tidak lengkap kerana ketiadaan idea pokok.5 Penutup


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M231AKTIVITI 3: MEMBINA SITUASI BERDASARKAN PERIBAHASAPeribahasa 1:ikutlah resmi padi, makin berisi makin tundukSituasi:Ayah sering memberi nasihat kepada kami supaya tidak berlagak sombong walaupun berilmu tinggi , sebaliknya sentiasa merendahkan diri.Peribahasa 2:penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampungSituasi:“Usah heboh-hebohkan kejayaan awak Ali. Lihat Amin jiran kita itu, banyak kejayaannya, tapi tidak pernah sebut-sebut,” kata ibu.Peribahasa 3:melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnyaSituasi:Ibu bapa sebagai ketua keluarga mestilah bersikap prihatin terhadap kelakuan anak-anak mereka ketika mereka masih kecil lagi.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M232AKTIVITI: BACA & CATAT MAKLUMAT DALAM BENTUK GRAFIK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M233AKTIVITI: KENAL PASTI AYAT TERBITAN & MEMBINA AYAT TERBITAN SENDIRIAktiviti : Kenal pasti ayat Terbitan yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat terbitan dengan perkataan anda sendiri.• Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak dua ratus ribu tahun dahulu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal.• Bahasa Melayu ini didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di alam Melayu.• Bahasa ini digunakan dalam segenap lapangan kehidupan, merangkumi pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan.• Tulisan ini telah digunakan sehingga melahirkan tradisi bahasa Melayu persuratan yang menjadi asas yang merentas sempadan kaum dan sempadan geografi.• Bahasa itu sebahagian daripada roh bangsa, mencerminkan sejarah, adab tertib, etika dan etiket bangsa dalam sesuatu peradaban.• Perkembangan tamadun sesuatu bangsa, dari segi keupayaan dan pencapaian intelek, tergambar dalam bahasa.• Elemen pengaruh-mempengaruhi telah memperkaya bahasa Melayu, menjadikannya bahasa yang dinamik, bahasa yang hidup, dan bahasa yang terus berkembang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M234AKTIVITI: MENGOLAH MAKLUMAT DALAM BENTUK PENULISAN / BAHAN GRAFIKLangkah kerja 1- Menentukan majlis - Majlis Apresiasi Bidang ( Menengah Atas )Langkah kerja 2- mencipta dan mengumpul puisi yang akan digunakan - pantun atau sajak (biasanya pantun dua kerat dan empat kerat)Langkah kerja 3- Berbincang untuk memilih puisi yang sesuaiLangkah kerja 4- menulis skrip pengacaraan majlis SKRIP JURUACARA MAJLIS APRESIASI BIDANG (MENENGAH ATAS) PERKARA ANNNYANYIAN LAGUNEGARAKUMohon para hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu NegarakuPara hadirin dipersilakan duduk.SALUTASIMekar mewangi bunga cempakaSayang harumnya memukau sudahMajlis bermula tirai dibukaDengan alunan madah yang indahBismillahirrahmanirrahimYang Berusaha, Encik Che Aziz Bin Othman, Pengetua SMK Terusan,Yang Dihormati Cik Hamsiah Hj Yangkok, Penolong Kanan Pentadbiran,En. Ravi Vellan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abdul Wahit Ali Asgar, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Sitti Jaida Aspala, Penolong Kanan PPKIBarisan ketua bidang, barisan kaunselor, barisan ketua bidang, rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam gegagon kito dan salam SMK Terusan terus terusan cemerlang.Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Apresiasi Bidang kategori menengah atas bagi tahun 2021


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M235BACAAN DOABagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Untuk itu, majlis menjemput saudara Ahmad Amsyar Bin Asharman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar dan dilimpahi berkat oleh yang maha esa.UCAPAN PERASMIANAdat berbahasa menyampaikan pesanAdat majlis menyampaikan ucapanMajlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Che Aziz Bin Othman Pengetua SMK Terusan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Bidang kategori menengah atas bagi tahun 2021. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassala tannabi,Dengan takdir ilahi rabbi,Selesailah sudah upacara merasmi.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Bidang kategori menengah atas bagi tahun 2021. PENYAMPAIAN SIJIL APRESIASITINGKATAN 4Terbang tinggi si burung helangBerkicau kenari sambil berterbanganInsan cemerlang negara terbilangAnugerah diberi tanda kecemerlanganMajlis kita pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian sijil apresiasi kepada para pelajar. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Puan Nurhidayah Muksin, Pengarah Majlis Apresiasi Bidang 2021 untuk menjemput dan mengiringi Encik Abdul Wahit Ali Asgar, Penolong Kanan Kokurikulum bagi menyempurnakan penyampaian sijil apresiasi kepada pelajar tingkatan 4.(BACAKAN NAMA IKUT SENARAI)Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampaikan sijil kepada para pelajar sebentar tadi.PENYAMPAIAN SIJIL APRESIASITINGKATAN 5Berkebaya batik warna keemasan Diserikan dengan permata berlianPenyampaian anugerah kita teruskan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M236Penerima teruja menunggu giliranHadirin yang dihormati, majlis kita teruskan lagi dengan penyampaian anugerah apresiasi untuk tingkatan lima. Untuk itu, majlis menjemput Encik Ravi Vellan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan diiringi oleh Cik Siti Jaimah Said bagi menyampaikan anugerah apresiasi untuk tingkatan lima.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(BACAKAN NAMA IKUT SENARAI)Terima kasih diucapkan kepada Encik Ravi Vellan dan Cik Siti Jaimah Said atas kesudian menyampaikan sijil kepada para pelajar.BACAAN IKRARSemua pelajar diminta untuk berdiri.Majlis kita teruskan lagi dengan bacaan ikrar. Untuk itu, majlis menjemput saudara Mohd Norhakeem bin Hassan untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas lafaz ikrar sebentar tadi.Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis Apresiasi Bidang Kategori Menengah Atas Bagi tahun 2021. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.Tiada kata secantik bahasaHendak diluah segala rasaSempurna sudah majlis bermaknaPasti dikenang sepanjang masaNYANYIAN LAGU SEKOLAHBagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah. Guru-guru dipersilakan untuk berdiri.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M237


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M238AKTIVITI 1: MEMBUAT RUMUSAN & ULASANRumusan membincangkan masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri kecil dan langkah memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara.Masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri kecil ialah para pengusaha industri kecil sukar untuk mempelajari dan menguasai teknologi yang menjadi semakin rumit dan sukar untuk mereka. Selain itu, kebanyakan pengusaha industri kecil ialah mereka yang mempunyai latar belakang golongan penduduk luar bandar. Di samping itu, kurang terdedah kepada teknologi yang semakin canggih dan moden pada masa ini. Seterusnya, mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan teknologi tersebut. Masalah lain ialah pengunaan teknologi moden yang memerlukan tenaga mahir untuk mengendalikan teknologi. Daya saing antara industri kecil dengan firma-firma besar yang telah mempunyai pasaran yang kukuh dan stabil dalam negara. Akhir sekali, kualiti barangan juga merupakan cabaran untuk memasarkan produk IKS termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah.Langkah meningkatkan Industri Kecil dan sederhana adalah dengan pihak kerajaan juga perlu meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur dikawasan pusat Industri Kecil Dan Sederhana. Selain itu, kerajaan menyediakan prasarana yang baik dan tapak kilang yang sesuai.Kesimpulannya, Industri Kecil dan sederhana haruslah dibangunkan secara berganding bahu oleh semua pihak agar Industri ini mampu menjana ekonomi negara yang mapan.AKTIVITI 2: MAIN PERANAN – USAHAWAN & PEGAWAI JABATAN BERKAITANPerbualan ini adalan antara Encik Ahmad Syukri pegawai daripada Industri kecil dan sederhana (IKS) cawangan Negeri SembilanEncik Azam pengusaha produk makanan sejuk beku.Encik Azam: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh En Syukri, Apa khabar Encik SyukriEncik Ahmad Syukri: Waalaikumussalam, Ye En Azam, khabar baik, ada apa-apa yang boleh saya bantu.Encik Azam: Begini Encik Syukri, Saya ialah seorang pengusaha makanan sejuk beku.Perusahaan saya ini telah berjalan selama 10 bulan. Antara produk keluaran sayarikat saya ialah Karipap, Semosa, Kuih cara dan bebebrapa jenis kuih kebiasaan yang disukai oleh rakyar Malaysia. Perusahaan yang baru ini agak maju pada bulan Ramadhan yang lepas namun semenjak lepas raya sehinggalah sekarang, produk keluaran syarikat sy tidak laku. Saya amat susah hati.Encik Azam tertunduk.Encik Ahmad Syukri: Owh begitu, saya faham perasaan En Azzam, Beginilah saya selaku pegawai Pemasaran Industri Asas Tani (IAT) di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedia membantu En Azzam.Encik Azam: Bagaimanakan caranya En Syukri, tanya En Azzam penuh minat, bersinar-sinar matanya .


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M239En Ahmad Syukri: Begini, FAMA menyediakan kursus dan latihan menambah baik kualiti produk, serta membantu mereka memasarkan produk ke pasar raya tempatan. Encik Azzam boleh ikuti kursus ini.Langkah ini penting untuk menambah baik kualiti produk Encik Azzam.Selain itu, FAMA membantu memasarkan produk kami ke seluruh Negeri Sembilan ini. Melalui FAMA produk Encik Azzam akan dipasarkan di pasar raya besar yang ada di negeri ini.Encik Azam: Selama ini saya tidak tahu bahawa ada badan yang boleh membantu saya dalam menguruskan perniagaan saya ini. Puncanya pada awal-awalnya saya mensasarkan perniagaan kecil-kecilan, apabila mendapat sambutan saya telah perbesarkan, namun disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, persekitaran semasa ditambah dengan suasana pandemik wabak covid-19 ini banyak menganggu .Encik Ahmad Syukri: Jangan bimbang En Azzam, pihak kami akan terus membantu usahawan kecil seperti Encik Azzam, itu telah menjadi tanggungjawab kami. Selain bantuan yang disebut di atas tadi golongan usahawan muda dan petani muda tidak harus bimbang, kerana kerajaan menerusi agensi terlibat sentiasa menawarkan pelbagai program pembangunan pertanian seperti teknik pertanian dan panduan perniagaan , juga perusahaan makanan seperti yang Encik Azzam sedang jalankan sekarang.Encik Azzam: Selain itu, saya juga bimbang dari segi modal dan kewangan. Simpanan saya telah habis saya laburkan untuk perniagaan ini, sedangkan pulangan modal tiada lagi, malah saya terikat dengan hutang daripada bank untuk memulakan perniagaan. Saya rasa sungguh buntu tuan.Encik Ahmad Syukri: Pelbagai langkah turut diatur oleh kerajaan untuk membantu IKS meningkatkan kejayaan mereka. Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh sebab, IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan.Jadi Encik Azzam pun boleh memohon.Encik Azzam: Betul ke En Ahmad Syukri. Lega hati saya mendengar kata-kata En Syukri ini. Ruparupanya setiap masalah saya ini ada penyelesaiannya. Cuma saya lambat dapat makluman.Encik Syukri: Alhamdulillah. Benar Encik Azzam, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, asalkan En Azzam hendak berusaha tidak mudah putus asa dan bersungguh-sungguh. Ingatlah selalu di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Encik Azzam: Baiklah Encik Ahmad Syukri. Terima kasih atas segala pandangan dan cadangan. Saya akan terus bergerak kea rah menambah baik perniagaan saya. Terima kasih juga kepada FAMA dan IKS kerana sudi membantu usahaawan kecil seperti kami.Encik Ahmad Syukri: Terima kasih kembali. Semoga Berjaya En Azzam.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M240AKTIVITI 1: MEMBACA & MENGANALISIS BAHANTeknik Bacaan: KWLHK – Know Apakah yang diketahui tentang kenaf?-menghasilkan bunga-pokok berserat-ada kaitan dengan bendi dan kapas-kenaf sesuai ditanam di MalaysiaW – What Apakah perkara yang hendak diketahui tentang kenaf?-nama saintifik kenaf-ketinggian pokok kenaf-aspek penting dalam penanaman kenaf-tanah yang sesuai untuk penanaman kenaf-agensi yang terlibat dengan penanaman kenafL – Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca bahan-Hibicus cannabinus L-2.5 meter-4.5 meter-pembajaan dan pengairan-peroi dan berpasir-MARDI dan Lembaga Kenaf dan Tembakau NegaraH – How Cara mendapatkan maklumat tambahan- https://www.sinarharian.com.my/article/95763/BERITA/Nasional/Kerajaan-akan-perluaspenanaman-kenaf- https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/41911/potensi-kenaf-komoditieksport-baharu-negara- https://www.youtube.com/watch?v=8J3w9PxLvoUAKTIVITI 2: MENGENAL PASTI AYAT MAJMUK & MENGHASILKAN PERENGGANRUJUK JAWAPAN : BUKU TEKS HALAMAN 232-233Sektor perindustrian menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia dan pendapatan negara. Walau bagaimanapun, sektor perindustrian kita masih bergantung kepada jumlah buruh yang ramai dan sedikit sahaja industri berteraskan teknologi tinggi. Malaysia harus mengubah polisi yang yang sudah lapuk dan menuju ke era Industri 4.0 yang melibatkan penggunan mesin dan robot serta teknologi maklumat. Perubahan paradigma ini akan turut mengubah keperluan kepada tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan mengurangkan lambakan tenaga kerja tidak mahir di nehara ini.AKTIVITI 3: PROMOSI PRODUK KENAFPromosi untuk mengetengahkan produk daripada kenaf kepada pelbagai lapisan masyarakat.(i) Membuat risalah(ii) Video pendekRujukan:https://www.youtube.com/watch?v=1cxjqToxdR0https://www.youtube.com/watch?v=aMFlXmBPBNw(iii) Promosi produk kenaf “Beli Satu, Hatiku Terpaku” (Lakonan murid)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M241AKTIVITI 1: PENGHASILAN PELBAGAI JENIS KARANGANi. Karangan Jenis RencanaTajuk : Industri makanan sejuk beku semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Anda ingin menulis rencana tentang kepentingan makanan sejuk beku dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk dipaparkan dalam akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya.Format : a. Tajuk b. Nama PengarangCadangan Isi:i. Harga yang kompetitif- Budaya saing/ cenderung bersaing- Pilihan untuk membeli- Alah membeli menang memakaiii. Mudah disediakan- menggoreng, mengukus, memanggang- diet pemakanan- badan sihat otak cerdasiii. Menjimatkan masa- Menjimatkan kos- Masa itu emas- Sibuk bekerjaiv. Berkhasiat- Kebersihan terjamin- Halalv. Sumber pendapatan masyarakat- Kesempatan yang kecil sering kali merupakan permulaan kepada usaha yang besar- Industri kecil/ pendapatan sampinganvi. Tahan lama - Tempoh lupus- Boleh dijadikan stok makananii. Karangan Jenis Pendapat Tajuk : Perkembangan industri makanan sejuk beku merupakan salah satu penyumbang utama bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan pendapat anda tentang prospek industri makanan sejuk beku di Malaysia.Cadangan isi:i. Masa hadapan yang sangat cerah- Perubahan gaya hidup manusia- Lebih mudah disediakan- Menjimatkan masa- Masa itu emasii. Merancakkan industri makanan- Ibu yang bekerjaya sukar menyediakan makanan dalam masa yang singkat- Beli produk sejuk beku – tetamu yg datang menziarah secara tiba-tibaiii. Memasuki pasaran antarabangsa- Meningkatkan pendapatkan rakyat- Meningkatkan ekonomi negara- Menaikkan imej negaraiv. Pelbagai jenis produk dapat dihasilkan- Bahan mentah seperti ayam, dan daging- Separa proses seperti karipap, samosa dan nugget- Sedia dimakan seperti ais krim dan ais krim putar


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M242AKTIVITI 2: PENGHASILAN GURINDAMContoh Gurindam Barang siapa hendak tahu Industri makanan sejuk beku Hidup menjadi tidak keruan Jika tersalah membuat pilihan Segala ilmu perlu dipelajari Agar keistimewaanya terpahat di hati Barang siapa tak mudah menyerah Masa hadapan makanan sejuk beku makin cerah.AKTIVITI 3: PERBINCANGAN – PERSAINGAN PRODUK SEJUK BEKUHuraikan usaha-usaha yang harus diambil oleh pengusaha tempatan untuk memastikan produk makanan sejuk beku mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa.Cadangan Isi:1. Penggunaan alat-alat teknologi moden - penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti - Pembungkusan yang menarik- Tempoh ketahanan/ Tarikh luput- Resipi asli turun-temurun- Tanda logo halal2. Pengusaha harus bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk di peringkat domestik mahupun global- Proses penghantaran produk- Tempahan melalui atas talian- Pasaran sasaran3. mempromosikan perniagaan - melalui jiran tetangga, kenalan, atau melalui media seperti facebook atau Instagram.4. Mengikuti Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian/ MARA/MARDI- Pengurusan- Pemasaran- Perkhidmatan/ penyelidikan- Khidmat nasihat5. para pengusaha perlulah menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti.- Pembungkusan produk- Ketahanan- Cita rasa pengguna- Harga berpatutan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M243AKTIVITI 1: PERSAMAAN & PERBEZAAN MAKLUMATAKTIVITI 2: BUKU SKRAP PERABOT KAYU BUATAN MALAYSIAHasilkan buku skrap tentang perabot kayu buatan Malaysia (kelebihan dan kekurangan)Format Penyediaan Buku Skrap:Buku skrap yang disediakan hendaklah mengikut format seperti berikut:1. Kulit- Tajuk - Nama kumpulan dan ahli (1 kumpulan = 4 orang murid) - Kelas2. Kandungan - Tajuk kandungan dan nombor muka surat3. Isi - Keratan gambar dari majalah / surat khabar / internet - Ulasan / penerangan berkaitan tajuk atau gambar4. Penutup / kesimpulan berkaitan tajukBIL KELEBIHAN PERABOT KAYU KEKURANGAN PERABOT KAYU1 Kayu getah menjadi pilihan pembuat perabot kayu kerana kayu ini lebih mesra alam, fleksibel, dan tahan lasak. (ms 200: perengan 4, baris 1)Perabot kayu getah perlu dielakkan daripada terkena sinaran matahari serta permukaan kayu getah perlu dielakkan daripada terkena bahan pelarut seperti alkohol, minyak wangi serta cecair pengilat kuku yang boleh menyebabkan permukaannya rosak. (ms 200: perengan 3, baris 5)2 Penggunaan kayu getah tidak menyebabkan kemusnahan hutan. (ms 200: perengan 4, baris 4)Proses pengawetan kayu getah dan buluh yang agak rumit dan memakan masa yang lama.3 Industri perabot daripada buluh mempunyai potensi besar untuk dimajukan. (ms 210: perengan 5, baris 2)Usia kematangan kayu getah dan buluh juga perlu diambil kira sebelum dijadikan perabot.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M244AKTIVITI 1: MENGOLAH MAKLUMAT KEPADA BAHAN GRAFIK & PENULISAN AKTIVITI 2: PENGAPLIKASIAN ELEMEN DIGITAL DALAM SEKTOR PERINDUSTRIANPenggunaan elemen digital dalam sektor perkilangan akan dapat memenuhi permintaan yang semakin canggih dan dapat meningkatkan produktiviti negara. Selain itu, pendigitalan amat membantu dalam penyelesaian masalah kekurangan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing. Di samping itu, penggunaan teknologi tinggi ini juga membantu syarikat menguruskan kos dengan lebih cekap dan berkesan serta menyediakan ruang untuk syarikat berinovasi dalam memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dan berubah secara pantas. Pendigitalan akan menjadi pemangkin ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Malah, penggunaan teknologi pendigitalan sesuai dengan perkembangan serta hala tuju syarikat juga akan mengukuhkan daya saing mereka. Potensi impak pelaksanaan pendigitalan mampu mengukuhkan kedudukan negara dalam rantaian bekalan global dan membantu Malaysia beralih kepada industri berteknologi tinggi. Pendigitalan kan membantu industrimerangka strategi pengembangan syarikat yang berkesan dan membantu mereka menguruskan kos operasi dengan lebih baik. Secara langsung dan tidak langsung, pengaplikasian elemen akan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M245AKTIVITI: MENGENAL PASTI AYAT MAJMUK & MENGHASILKAN PERENGGANAyat Majmuk Gabungan1. Sos merupakan sediaan makanan dalam bentuk cecair atau separa cecair.2. Terdapat juga sos yang dicampur dengan rempah atau tanpa rempah yang bertujuan untuk menambah keenakan makanan.3. Di negara kita, antara sos yang mendapat permintan yang paling tinggi termasuklah sos cili dan sos kicap.4. Kisaran cili akan dicampurkan dengan garam,gula dan cuka.5. Sos cili lazimnya mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa serta kondisioner makanan yang dibenarkan.6. Pelbagai jenis sos cili telah dikeluarkan seperti sos cili Thai, sos cili hijau dan sos cili padi.7. Selepas itu, campuran tersebut akan diletakkan di dalam dulang keluli tahan karat dan berlubanglubang dan diperam di atas rak khas di dalam bilik pemeraman koji selama 48 jam.8. Kulat akan tumbuh pada campuran itu dan akan dikenali sebagai koji.9. Suhu dan kelembapan udara di dalam bilik dikawal untuk mendapatkan koji yang terbaik.10. Air garam pada kepekatan 22 peratus dimasukkan ke dalam tangki pemeraman pada jumlah tertentu dan kemudian didedahkan kepada cahaya matahari selama dua bulan.11. Air kicap seterusnya diadun dengan air garam, gula pasir, caramel, bahan penambah perisa, bahan awet dan bahan pemekat sebelum dimasak pada suhu 80 darjah Celcius selama 30 minit sebelum dibotolkan.Ayat Majmuk Pancangan Relatif1. Sos cili yang disediakan mestilah daripada cili yang baik serta masak seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.2. Sos kicap pula dihasilkan daripada kacang soya yang telah melalui dua peringkat pemeraman, iaitu pemeraman kacang soya yang dikenali sebagai pemeraman pepejal dan diikuti oleh pemeraman kacang soya dalam larutan garam.3. Dalam industri pembuatan kicap secara moden, kacang soya yang telah direbus akan digaul dengan campuran tepung gandum dan ibu kicap atau inokulum.4. Kemudian, koji dimasukkan ke dalam tangki pemeraman yang diperbuat daripada kaca gentian gred makanan yang dilengkapi peralatan seperti penapis, lubang peredaran udara, injap dan saluran paip.Ayat Majmuk Pancangan Komplemen1. Setelah tempoh pemeraman tamat, air kicap disedut keluar dengan menggunakan pam ke dalam tangki pematangan untuk didedahkan kepada cahaya matahari selama seminggu.2. Pembotolan dilakukan dengan menggunakan mesin pengisi jenis sistem bervakum untukmempercepat proses pengisian.Contoh perenggan yang mengandungi ayat majmuk mengikut konteks. Rakyat yang bersatu bermaksud masyarakat yang bermuafakat dan bersatu hati dalam melakukan sebarang pekerjaan, manakala negara maju pula membawa pengertian negara yang berkembang dengan pesat dalam semua bidang. Rakyat yang bersatu dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi Negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini, sikap bersatu dan saling memahami antara satu sama lain amat penting bagi menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M246AKTIVITI: MENGHASILKAN 2 JENIS KARANGANRANGKA KARANGAN 1PendahuluanPerkembangan sektor perindustrian di Malaysia telah menjadi perangsang utama kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantap dan memperkukuhkan daya saing sektor perindustrian ini. Hal ini diikuti pula dengan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKE-8) yang memberi penekanan kepada usaha membangunkan kelebihan daya saing yang baru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta meningkatkan produktiviti yang akan membolehkan sektor tersebut terus berkembang. Persoalannya, apakah faktor-faktor sektor perindustrian semakin berkembang di negara ini? Isi pertamaKemerosotan komoditi – hasil pertanian dan pembalakanKeadaan ini bukan bererti pengeluaran komoditi utama merosot, tetapi disebabkan peratus pengeluaran lebih kecil jika dibandingkan dengan sumbangan sector pertanian. Isi keduaDasar / Polisi Kerajaan – promosi dan taraf perintisSektor perindustrian berkembang dengan adanya promosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ) dan lain-lain intensif di samping memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan.Isi ketigaTeknologi – pemindahan teknologi pembangunan dan penyelidikanMelalui perkembangan teknologi, kepakaran dan R&D dalam bidang perindustrian di pelbagai peringkat, membolehkan pengeluaran sektor perkilangan menjadi lebih berkualiti dan dapat meningkatkan produktiviti. Isi keempatBuruh – tenaga buruh tempatan yang murahPenawaran tenaga buruh tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi daya tarikan pelabur luar untuk menanam modal dalam sektor perindustrian.Penawaran buruh yang murah akan menjimatkan kos pengeluaran perindustrian.Isi kelimaPasaran – saiz pasaran dan kuasa beli penggunaSaiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan tersebut.Keluaran barangan industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti, malah begitu kompetitif untuk bersaing di pasaran antarabangsa.Isi keenamModal – dana tempatan – pinjaman daripada kerajaan / swastaIklim pelaburan yang sihat terhasil daripada kestabilan politik jangka panjang yang telah menarik kemasukan modal asing untuk melabur di dalam pelbagai jenis industry perkilangan di negara ini.Dana tempatan yang disokong oleh pinjaman kerajaan dan institusi kewangan setempat juga semakin meningkat dalam usaha membantu mengembangkan industry perkilangan di Malaysia.Contohnya, kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor industri pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan modal yang ada.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M247KesimpulanSesungguhnya, pelbagai faktor dapat dilihat dalam mempengaruhi perkembangan pesat sektor perindustrian di negara ini.Kerjasama yang erat oleh semua pihak amat diharapkan dalam memastikan sektor ini terus berkembang maju di negara ini agar Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.RANGKA KARANGAN 2PendahuluanSektor perindustrian merujuk kepada sektor perkilangan yang menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia seperti penghasilan kereta dan makanan. Negara kita telah menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara terutama negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia. Persoalannya, sektor perindustrian ini telah membawa kesan-kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat.Isi PertamaMemusnahkan kawasan hutan-kawasan hutan, flora dan fauna musnah.Habitat hidupan liar semakin terancam.Kemusnahan kawasan hutan di negara ini yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula. Isi KeduaMeningkatkan pencemaran alam-menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik.Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja ke dalam sungai tanpa sebarang rawatan.Kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai sisa-sisa kimia yang berbahaya.Isi KetigaMenggoyahkan sistem kekeluargan-ramai ibu bapa yang bekerja dalam sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang.Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka tidak berupaya untuk mendidik anak-anak dengan baik yang membawa kepada peningkatan masalah sosial.Isi KeempatMeminggirkan sektor pertanian-kadar upah dan cara kehidupan di ladang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di sektor perindustrian.KesimpulanSektor perindustrian telah membawa banyak impak negatif kepada negara dalam jangka masa panjang.Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadi sebuah negara moden yang kehilangan budaya dan khazanah negara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M248AKTIVITI: MEMBUAT INFERENS TENTANG PELANCONGAN KESEJAHTERAANFaedah-faedah pelancongan kesejahteraan1. dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan.2. dapat menikmati keindahan tempat orang.3. dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan4. mencari perkhidmatan bagi menurunkan berat badan dan tatacara melakukan diet.5. mencari perubatan konvensional6. menghilangkan tekanan dan merehatkan diri.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M249


Click to View FlipBook Version