MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M250AKTIVITI 1: PENILAIAN KEKUATAN & KELEMAHAN KARYARUMUSAN PETIKAN NOVEL (208) SILIR DAKSINAPetikan mengisahkan Haiqal pulang ke kampung sementara menunggu keputusan STPM.Dia tidak menyangka Tauke Ong yang menjemputnya,ialah pemegang amanah arwah ayahnya.Selama ini Tauke Ong yang telah menguruskan tanah arwah Haiqal yang ditanami kelapa sawit dan getah. Taukeh Ong ingin menyerahkan urusan tersebut kepada Haiqal dan sebuah buku bank yang telah dibuka oleh arwah ayah atas nama Haiqal.Sebenarnya Taukeh Ong sangat terhutang budi kepada arwah ayah Haiqal yang telah banyak membantunya.Haiqal terharu akan kejujuran dan amanah yang dipegang oleh Taukeh Ong selama ini.RUMUSAN SEDUTAN NOVEL (209) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSAKisah bermula apabila Adnan dan Budin enggan mengikut kemahuan orang kampung agar mereka berlawan dalam perlawanan tinju.Mereka tetap dengan prinsip persahabatan.Semaun yang kecewa menyimpan dendam terhadap mereka.Orang kampung memfitnah Adnan dan Budin kepada Pak Husin dan Pak Saidi,bapa mereka.Akibat berasa malu terhadap kelakuan anaknya,Pak Husin telah membelasah Budin tanpa usul periksa.Sebaliknya Pak Saidi menanyakan Adnan kejadian yang sebenar.Adnan tegas mempertahankan dirinya dan sentiasa ingat akan pesan ayahnya untuk menjaga nama baik.KEKUATAN SEDUTAN NOVEL1. Watak-watak dalam sedutan novel sangat jelas kaitan dengan tema integriti. Buktinya:▪ Tauke Ong digambarkan sangat amanah dan jujur dalam menguruskan kebun kelapa sawit dan getah arwah ayah Haiqal.▪ Adnan dan Budin tetap enggan meneruskan perlawanan tinju demi persahabatan mereka walaupu didesak oleh orang kampung.▪ Adnan tegas mempertahankan dirinya daripada fitnah orang kampung yang menuduhnya berkelakuan samseng dan mencuri.Malah dia sentiasa ingat akan pesan ayahnya supaya tidak bergaduh,mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.2. Nilai perpaduan yang ditonjolkan dalam m/s 208. Buktinya:▪ Tauke Ong dan bapa Haiqal hidup saling membantu di kampung walapun berlainan kaum.3. Banyak mesej terdapat dalam sedutan novel: masalah sosial dalam kalangan orang kampung.Buktinya:▪ Semaun, Samuri,Dolah dan orang-orang kampung di warung Pak Samad memfitnah Adnan dan Budin menjadi samseng dan mencuri rambutan Dolah kepada Pak Husin dan Pak Saidi,bapa Budin dan Adnan. 4. Pengajaran tantang pentingnya menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu. Buktitnya:▪ Pak Husin tanpa menanyakan kebenaran cerita daripada Budin,telah membelasahnya manakala Pak Saidi terlebih dahulu menanyakan peristiwa yang sebenar kepada Adnan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M2515. Sikap menghargai budi seseorang yang telah memberi bantuan. Buktinya:▪ Tauke Ong amanah dalam menguruskan kebun kelapa sawit dan getah arwah bapa Haiqal sehingga Haiqal balik ke kampung.Malah Tauke Ong menyerahkan buku bank Haiqal yang diamanahkan oleh bapa Haiqal.3. KELEMAHAN SEDUTAN NOVELSedutan novel 1:▪ Watak See Hwa tidak dihuraikan menyebabkan pembaca tertanya-tanya kesudahan novel.AKTIVITI 2: PERSEMBAHKAN PETIKAN NOVEL SECARA KREATIFGRAFIK SEDUTAN NOVEL 1: SILIR DAKSINA WATAK DAN PERWATAKANARWAH BAPA HAIQALprihatinpenyayangbertanggungjawabTAUKE ONGamanahjujurbertanggungjawabmengenang budiHAIQALmenghormati orangberbudi bahasamengenang budi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M252PERISTIWA:Selama ketiadaan Haiqal dan kematian bapanya,Tauke Ong yang telah menguruskan tanah arwah bapa Haiqal yang ditanami kelapa sawit dan getah. Taukeh Ong ingin menyerahkan urusan tersebut kepada Haiqal dan sebuah buku bank yang telah dibuka oleh arwah ayah atas nama Haiqal setelah Haiqal pulang ke kampung selepas tamat STPM.Haiqal berasa terhutang budi dan berterima kasih kepada Tauke Ong.Sebaliknya Tauke Ong yang berasa terhutang budi kepada bapa Haiqal yang banyak membantunya.GRAFIK SEDUTAN NOVEL 2: LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSAPERISTIWA:Adnan dan Budin enggan mengikut kemahuan orang kampung agar mereka berlawan dalam perlawanan tinju.Mereka tetap dengan prinsip persahabatan.Semaun yang kecewa menyimpan dendam terhadap mereka.Orang kampung memfitnah Adnan dan Budin kepada Pak Husin dan Pak Saidi,bapa mereka.Akibat berasa malu terhadap kelakuan anaknya,Pak Husin telah membelasah Budin tanpa usul periksa.Sebaliknya Pak Saidi menanyakan Adnan kejadian yang sebenar.Adnan tegas mempertahankan dirinya dan sentiasa ingat akan pesan ayahnya untuk menjaga nama baikGELANGGANG TINJUWARUNG PAK SAMADRUMAH PAK HUSINRUMAH PAK SAIDIADNANTEGAS,BERANI,SETIA KAWAN DAN TETAP PENDIRIANENGGAN BERTINJU DEMI PERSAHABATAN DENGAN BUDINMEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA DIFITNAHMENDENGAR KATABUDINTEGAS DAN BERANIENGGAN BERTINJU DENGAN ADNAN WALAUPUN DIDESAK ORANG KAMPUNGPAK HUSINEGO,PEMARAHBERASA MALU AKAN TUDUHAN ORANG KAMPUNGMEMBELASAH BUDIN TANPA USUL PERIKSAPAK SAIDITEGAS,PENYAYANG DAN RASIONALTIDAK MUDAH PERCAYA AKAN FITNAHBERTANYAKAN ADNAN CERITA SEBENARMENASIHATI ADNANSEMAUN SAMURI DOLAHPENDENDAM,JAHATBERDENDAM DENGAN ADNAN DAN BUDIN YANG ENGGAN BERTINJU DAN SANGGUP MEMFITNAH MEREKA SAMSENG DAN PENCURI
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M253AKTIVITI 3: MEMBACA NOVEL & MEMBUAT PENILAIANLaskar Pelangi merupakan karya penulis Indonesia yang bernama Andrea Hirata dan diterbitkan pada 2005. Novel ini juga telah diadaptasikan dalam sebuah filem Indonesia dan mendapat sambutan yang sungguh baik. Novel ini merupakan kisah masyarakat dan berkaitan dengan kehidupan 10 orang kanak-kanak di Desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitung Timur. Mereka merupakan anak-anak daripada keluarga miskin yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah yang serba kekurangan.Walaupun mereka hidup dalam kesempitan tetapi mereka memiliki jati diri yang ampuh. Kekuatan dalaman inilah yang menjadi pendorong kepada mereka untuk membuat sesuatu yang terbaik dalam kehidupan dan pendidikan mereka.Sekolah Muhammadiyah di desa tersebut hampir ditutup kerana kekurangan murid. Namun, kehadiran murid baharu menyebabkan sekolah itu terus wujud. Demikianlah pembuka tirai kisah dalam novel ini.Watak-watak yang mewarnai plot dalam novel ini ialah Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun. Merekalah yang dikenali sebagai Laskar Pelangi dalam pertandinganpertandingan yang dianjurkan di daerah mereka. Novel Laskar Pelangi yang merupakan cerita persahabatan 10 orang anak muda ini berakhir dengan kesedihan. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini disusun atur dengan kemas sehingga mampu menambat hati para pembaca. Penghayatan pembaca-pembaca akan dapat merasakan semangat yang berkobar-kobar yang ada dalam diri watak-watak Laskar Pelangi.Buku ini menekankan akan kepentingan persahabatan dan kesetiaan serta kepentingan pendidikan. Kisah yang dipaparkan dalam novel sangat sarat dengan pengajaran dan boleh dijadikan teladan kehidupan.Walaupun terdapat istilah-istilah ilmiah yang mungkin kurang menjadi kosa kata lazim masyarakat umum namun hal ini tidaklah menjejaskan kualiti novel ini secara keseluruhannya.Anda semua patut membaca novel Laskar Pelangi ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M254AKTIVITI 1: PENILAIAN & PERBANDINGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BACAAN QUACKBIL KES JUSTIFIKASI1 Kes 1 1. Rasuah2. Memberi rasuah3. Suapan hadiah.2 Kes 2 1. Rasuah2. Salah guna kedudukan3. Kronisme3 Kes 3 1. Rasuah2. Salah guna kedudukan. 3.Kronisme4 Kes 4 1. Bukan rasuah2. Kes penipuan5 Kes 5 1. Rasuah2. Salah guna kedudukan3. Nepotisme6 Kes 6 1. Bukan rasuah2. Dikita tidak bertanggungjawab3. Boleh didakwa dibawah Seksyen 25(3) dan (4) AKTA SPRM 2009AKTIVITI 2: KES-KES RASUAH SEMASA – PENILAIAN & PERBANDINGANAKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH 2009:4 kesalahan utama: 1. Meminta /menerima rasuah2. Menawar /memberi rasuah 3. Membuat tuntutan palsu 4. Salahguna kedudukan / jawatan oleh pegawai awam1. Meminta / Menerima RasuahMana-mana orang atau ejen meminta / menerima suapan (rasuah) sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Sek.16 & 17(a) ASPRM 2009Contoh kesalahan Meminta /Menerima RasuahContoh 1: Pegawai Kerajaan Seorang kerani Jabatan Kewangan menerima wang RM500.00 sebagai upah mempercepatkan bayaran tuntutan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja ubahsuai pejabat.Kes Sebenar:Haji Hassan Basri (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ipoh) Kesalahan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM13,000 sebagai upah meringankan hukuman pesalah syarie dan melepaskan wang jaminan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M255mahkamah. Beliau turut meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan permohonan poligami. Hakim Hassan dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000. Kes masih dirayu.2. Menawar/Memberi RasuahMana-mana orang menawar/memberi rasuah kepada seorang ejen/pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal ejen/pegawai awam tersebut. Sek. 17(b) ASPRM 2009Contoh 1: Seorang penungang motosikal memberi wang rasuah kepada polis trafik bagi mengelakkan daripada disaman kerana kesalahan lalulintas.Kes sebenar:Datuk Azman Mahalan(Exco Perak) Memberi rasuah sebanyak RM2,000.00 dan RM5,000.00 kepada seorang kontraktor A. Suapan bertujuan supaya A menolak tawaran penyelesaian hutang daripada B. Penolakan tawaran penyelesaian itu akan menyebabkan B kekal muflis dan tidak layak bertanding untuk menentang Dato’ Azman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 22 April 2001. Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000.3. Mengemukakan Tuntutan PalsuMana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (contohnya pesanan kerajaan, resit dan invoice) yang mempunyai butiran atau maklumat palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya (pejabat/majikan)Sek. 18 ASPRM 2009 Contoh 1:Seorang pegawai kerajaan (atau swasta) telah mengemukakan tuntutan elaun perjalanan kepada majikannya. Tuntutan tersebut menyatakan beliau melaksanakan tugas rasmi di Pulau Pinang, walhal pada tarikh tersebut beliau tidak berada di tempat yang dinyatakan. Tuntutan tersebut adalah bagi mendapat keuntungan peribadi dan dengan niat untuk memperdayakan majikannya.Kes sebenar:YB Yap Soo Sun (ADUN Teratai) YB Yap dan pembantunya Firdaus telah mengemukakan tujuh tuntutan berhubung program mesra rakyat yang kononnya dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina dan sambutan Thaipusam. Padahal sebenarnya, program-program tersebut tidak pernah dibuat. Kedua-duanya dihukum penjara 2 tahun dan denda RM50,000. Kes masih dirayu.4. Salah Guna Kedudukan/JawatanPegawai badan awam menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. Sek. 23 ASPRM 2009Contoh 1:Dalam satu mesyuarat tender, Pengerusi mesyuarat selaku YDP Pihak Berkuasa Tempatan telah menggunakan jawatan beliau dengan meluluskan dan memberikan projek pembinaan rumah kos rendah (di kawasan jajahan PBT itu) kepada syarikat XXX Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh isterinya sendiri.Kes sebenar:Dato’ Waad Mansor (EXCO Negeri Sembilan) Terlibat membuat keputusan dalam mesyuarat EXCO yang membuat keputusan meluluskan projek kuari kepada syarikat Teraju Nusantara. Isterinya merupakan salah seorang pengarah syarikat tersebut. Dipenjara 2 tahun
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M256AKTIVITI 1: MENGOLAH MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN KARANGANKARANGAN ULASAN / PENDAPATKEPENTINGAN INTEGRITI.Integriti didefinisikan sebagai sikap kejujuran dalam menjalankan tanggungjawab. Integriti tidak lahir dengan sendirinya dalam setiap individu malah nilai ini perlu dipupuk sejak kecil melalui insititusi kekeluargaan dan sistem pendidikan. Pengurusan integriti tidak seharusnya dipandang remeh kerana sikap ini mengandungi pelbagai kepentingan kepada negara. Antara kepentingan integriti ialah sikap ini mampu menurunkan indeks jenayah. Hal ini kerana semakin meningkat nilai integriti, semakin kuranglah individu yang terpengaruh oleh nilai-nilai negatif. Kes salah guna kuasa, penyelewengan dan kes salah laku anggota awam dapat dikurangkan lantas mampu menurunkan indeks jenayah secara keseluruhan.Selain itu, integriti dapat meningkatkan ekonomi negara. Sikap bertanggungjawab, bekerjasama, dan ikhlas dalam setiap pekerjaan dan perkhidmatan akan membuahkan budaya kerja positif dan meningkatkan produktiviti. Justeru, integriti memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai wawasan ekonomi mampan.Seterusnya, sikap integriti penting dalam mewujudkan pentadbiran yang cekap. Bersifat adil, jujur dan amanah ialah ciri-ciri integriti yang perlu diamalkan oleh setiap peneraju sesebuah organisasi supaya menjadi contoh yang baik kepada pekerjanya. Tambahan lagi, sikap menghargai masa, tidak mengambil kesempatan dan taat kepada ketua sangat diperlukan dalam membina pentadbiran yang telus.Tuntasnya, pengurusan integriti mempunyai pelbagai kepentingan kepada masyarakat dan negara. Semua pihak perlu berganding bahu memupuk nilai integriti dalam diri masing-masing demi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berbakti dan berkualiti. Sewajarnya nanti, negara ini akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi setanding dengan negara maju yang lain.KARANGAN PERBUALAN / DIALOGDIALOG TENTANG INTEGRITIRahman sedang menunggu giliran untuk membayar cukai pintu di ruang legar pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam. Sedang dia melihat poster yang terpampang di dinding hadapan kaunter, Rahman telah terserempak dengan kawan lamanya Adi.Rahman : Assalamualaikum Adi. Lama kita tak berjumpa. Awak buat apa di sini?Adi : Waalaikumsalam. Eh, Rahman!. Apa khabar? Sihatkah? Saya nak membayarcukai pintu di sini. Rahman : Oh, samalah tujuan kita. Saya sihat, Alhamdulillah. Apakah yang awak lihat sejakdari tadi ? Khusyuk benar nampaknya. Saya lalu di sebelah pun awak takperasan.Adi : Saya membaca maklumat integriti di poster ini. Saja mengisi masa yangterluang bak kata pepatah masa itu emas. Rupanya integriti banyakkepentingannya ya.Rahman : Betul tu Adi. Sikap integriti mampu menurunkan indeks jenayah. Mana
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M257tidaknya, semakin meningkat nilai integriti semakin kuranglah individu yangterpengaruh dengan nilai-nilai negatif. Kes-kes salah laku, salah guna kuasa,danpenyelewengan juga dapat dikurangkan. Sebab itulah sikap integriti ini perludiamalkan.Adi : Ya saya setuju dengan pendapat awak itu. Integriti tidak lahir dengan sendirinyadalam diri malah perlu dipupuk sejak kecil. Barulah boleh melahirkan individuyang berintegriti dan pekerja yang cemerlang. Tak secara langsung , hal ini akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi kerana wujudnya budaya kerja positif bagi mencapai hasil yang maksimum. Tidakkah hal ini menyumbang kepada ekonomi mampan? Betul tak Rahman?Rahman : Tepat sekali. Awak memang bijak orangnya. Bukan itu sahaja. Integriti jugadapat membina sebuah pentadbiran yang cekap.Adi : Bagaimana tu Rahman?Rahman : Begini. Apabila pemimpin bersifat adil, jujur, dan amanah dalam menjalankantugas, akan terhasillah kepimpinan yang cekap dan telus. Lagipun, ketua harus menunjukkan teladan yang baik dan menjadi contoh kepada orang di bawahnya. Sikap menghargai masa, selalu tersenyum, tidak mengambil kesempatan ialahciri-ciri integriti yang sangat diperlukan untuk kejayaan sesebuah organisasi. Adi : Ya benar. Negara kita akan dipandang tinggi di persada antarabangsa. Sebagaianak bangsa, kita perlu menanam nilai integriti ini dalam jiwa anak-anak kitaagar lahirnya masyarakat yang berdaya saing, berbakti dan berkualiti. Rahman : Wah, bersemangat sungguh kita ni. Terlupa pula tujuan kita ke sini. Mari kita kekaunter pertanyaan untuk dapatkan maklumat tentang urusan kita. Adi : Silalah. Nampaknya pegawai wanita itu sedang tersenyum manis menunggukita. Berintegriti sungguh ya.Rahman : Ya. Nakal juga awak ni, Adi.AKTIVITI 2: MENCIPTA PANTUNPANTUN INTEGRITIBuah bidara enak dimakanSudah dibeli dibawa pulangAmalan integriti perlu diamalkanDemi budaya kerja cemerlangUbi kayu sebesar lenganDiangkut petani ke dalam hutanAdil dan jujur jadi peganganBiar amanah jadi ikutanAnjung surau sudah berusiaTempat orang berbuka puasaSaling menghormati sesama manusiaWalaupun berbeza agama dan bangsaAdik mengejar si rama-ramaDitangkap dibela diberi namaBertanggungjawab bekerjasamaItulah sikap yang paling utama
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M258AKTIVITI 3: MERANCANG PROJEK PEMASARAN PRODUKPengenalan :Persatuan Bahasa Melayu merancang untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor. Cadangan untuk menjual tanda buku yang dihasilkan oleh ahli persatuan telah dipersetujui sebulat suara. Oleh itu, setiap kumpulan ahli persatuan mestilah merangka projek pemasaran untuk mendapatkan dana tersebut.Perancangan:Garis panduan:1. Pengerusi persatuan membahagikan tugas kepada ahli dengan adil dan saksama.2. Ahli-ahli yang telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan mestilah melakukan tugasan dengan ikhlas dan bertanggungjawab.3. Mereka juga mesti mengamalkan konsep kerjasama demi menjayakan projek tersebut.4. Mereka juga mesti merekodkan penjualan dengan amanah.5. Mereka juga mesti saling menghormati sesama manusia walaupun berbeza agama dan bangsa.Rumusan : Nilai-nilai integriti perlulah diamalkan dalam setiap peringkat pelaksanaan projek tersebut demi mencapai kejayaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M259AKTIVITI 1: RUMUSAN TENTANG PANDANGAN PENULIS YANG BERBEZABahan 1 – Petikan Fokus 1 : Pandangan Pegawai Undang-UndangLangkah-langkah yang boleh diambil oleh pengguna)1. Memfailkan tuntutan ganti rugi 2. Nilainya tidak lebih daripada RM 50000.00 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TPPM).Fokus 2 : Pandangan Pembeli Tegar Dalam TalianSebab-sebab tuntutan dilakukan oleh pengguna 1. Beberapa kali ditipu2. Bayaran telah dibuat namun barang yang dinanti tidak sampai-sampai.3. Barangan tidak seperti yang diiklankan dalam talian dari segi fizikal dan kualitinya.4. Supaya peniaga tidak sewenang-wenangnya menipu pengguna.5. Pengguna tidak berpuas hati6. Mengetahui hak sebagai pengguna dan mempraktikkannya. Fokus 3 : Pandangan Usahawan Dalam TalianPunca-punca masalah ini berlaku dalam kalangan pembeli1. Pembeli kadang-kadang terlalu cerewet2. Mereka tidak mahu mengeluarkan wang3. Tetapi hendak barangan murah dan berkualitiBahan 2 : Grafik Fokus 1 : Hak-hak Pengguna• Hak untuk mendapatkan keselamatan• Hak untuk mendapatkan keperluan asas• Hak untuk membuat pilihan• Hak untuk mendapatkan maklumat• Hak untuk menyuarkan pendapat• Hak untuk mendapatkan ganti rugi• Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna• Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M260AKTIVITI 2: MENGENAL PASTI & MEMBINA PERENGGAN AYAT AKTIF & PASIFRUJUK JAWAPAN : BUKU TEKS HALAMAN 243AYAT AKTIF AYAT PASIFPada masa ini, ramai anak muda menceburi bidang perniagaan. Mereka menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Seseorang usahawan perlumenimba ilmu sebelum terjun ke alamkeusahawanan. Adakah anda sanggup menghadapi rintangan sebagai peniaga ? Jika kail panjang sejengkal, jangan anda mengharungi lautan bergelora ini. Pada masa ini, bidang perniagaan diceburi oleh ramai anak muda. Pelbagai produk dan perkhidmatan dijual oleh mereka. Ilmu perluditimba oleh seseorang usahawan sebelum terjun ke alam keusahawanan. Adakah rintangan sanggup anda hadapi sebagai peniaga ? Jika kail panjang sejengkal, lautan bergelora ini jangan anda harungi.AKTIVITI 3: CARA-CARA MENUNTUT GANTI RUGI DARIPADA TRIBUNALDalam menuntut hak tebus rugi, pengguna bertanggungjawab untuk:a) Menyimpan resit atau bukti pembelian bagi setiap pembayaran barang atau perkhidmatan;b) Menyimpan waranti yang disertakan bagi barang yang dibeli sekiranya ada;c) Berhenti menggunakan barang yang didapati rosak tersebut sehingga barang itu dapat dikembalikan kepada pembekal atau pengilang; dand) Melaporkan kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan kepada pembekal atau pengilangdalam tempoh masa yang munasabah.Rujukan : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanLaman web: http://ttpm.kpdnkk.gov.my
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M261AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA & MEMBUAT PEMBETULANIkrar Integriti Perkhidmatan Awam1. Menutup - menyekat/menghalang/mengekang2. mendedahkan - menjurusTonggak 121. lewat - dalam2. kewajipan - kewajibanMenghargai Masa3. berlalunya masa - masa berlalu4. sebarang - apa-apa5. Pada masa kini - pada masa ini6. maka - menyebabkan7. dilaksanakan - dibuat8. diberi - mempunyai9. merancangkan - merancangKetekunan Membawa Kejayaan1. memberi - memberikan2. sebut - membicarakan3. adalah - ialah4. berkali-kali - jauh5. Namun begitu kegigihan, - Namun begitu, kegigihan6. kesabaran, kekuatan - kesabaran dan kekuatan7. padam - goyah8. selesai kerja - kerja selesaiKeseronokan Bekerja1. ringan - mudah2. yang - umpama3. hujungnya - penghujungnyaKemuliaan Kesederhanaan1. hiasan yang berlebihan - hiasan berlebihan yang2. mengeluarkan - memberikan3. kerana ini - keranaAristotle1. dari - daripada2. apa - apa-apa3. tapi - tetapiLa Bruyere1. kekurangan - ketiadaan/kesuntukan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M262Napoleon Bonaparte1. adalah - ialah Mahatma Gandhi1. penuh - dipenuhiJohann C.Schiller1. sempurnyanya - sempurna2. mudahnya - mudahAKTIVITI 2: MENGANALISIS KEJITUAN & KESINAMBUNGAN IDEAIntegriti Perkhidmatan AwamKesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea iaitu menyatakan secara jelas kriteria yang harus dimiliki dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh setiap kakitangan perkhidmatan awam.Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan tujuan diikuti dengan cara yang harus dilakukan oleh penjawat awam.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas.ContohKami, Pegawai Awam Malaysia (subjek)dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkuku integriti perkhidmatan awam (predikat)dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan (keterangan cara)Tonggak 12Kesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea kerana menyenaraikan Tonggak 12 tersebut.Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana menyatakan latar belakang tonggak 12 terlebih dahulu dengan memberikan maklumat tokoh yang mengilhamkannya dan tarikh mula diuar-uarkan diikuti 12 kata kunci bagi tonggak 12 tersebut.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.ContohTonggak 12 diilhamkan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiuasaha Negara yang disampaikan lewat ucapan perasmiannya bersempena dengan seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992. (Ayat Majmuk campuran)Tonggak 12 telah menjadi dasar dan pegangan penjawat awam. (Ayat penyata)Mari kita telusuri sebahagian daripada Tonggak 12 tersebut. (Ayat perintah suruhan)Menghargai MasaKesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan kepentingan menghargai masaKepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan kepentingan menghargai masa, kesan sekiranya tidak menghargai masa dan cara menghargai masa.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.Contoh
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M263Orang yang menghargai masa tidak akan membiarkan berlalunya masa tanpa sebarang kerja yang berfaedah. (Ayat majmuk)Setiap orang diberi masa yang sama banyak. (Ayat penyata)Ketekunan Membawa KejayaanKesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan kepentingan bersikap tekun dalam melakukan sesuatu perkara.Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan memberikan maksud ketekunan, diikuti contoh untuk memudahkan pemahaman pembaca.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.ContohKetekunan beerti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja sehingga selesai dan sempurna hingga membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu (Ayat majmuk gabungan)Biasanya, sang semua akan memikul benda-benda yang berkali-kali lebih berat daripada dirinya. (Ayat penyata)Keseronokan BekerjaKesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan kerja.Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan memberikan maksud diikuti dengan huraian tentang konsep bekerja yang dapat menjadikannya lebih seronok.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.Sejak zaman-berzaman, kerja ialah suatu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada dengan membanting tulang ataupun memerah otak. (Ayat songsang)Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, tetapi bagi kebanyakan mansuia, bekerja itu yang tiada hujungnya. (Ayat majmuk gabungan)Kemuliaan KesederhanaanKesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan sikap bersederhana Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan memberikan maksud kesederhanaan dan diikuti comtoh perlakuan yang dapat dikaitkan dengan sikap bersederhana itu.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.Kesederhanaan ialah sikap yang menolak keterlaluan, sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelajaan dan sebagainya. (Ayat penyata)Perbuatan melanggar disiplin kerja tidak boleh dibiarkan kerana ini tidak dianggap sederhana. (Ayat majmuk pancangan keterangan)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M264AKTIVITI 3: MENGANALISIS KEJITUAN & KESINAMBUNGAN IDEA DOKUMEN RASMI
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M265Kesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan memberikan gambaran keadaan semasa, langkah mengatasi dan cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga bagi memastikan anak mereka mendapatkan imunisasi kesihatan.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataan-pernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.i. Dengan ini dimaklumkan bahawa ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekolah tidak dapat beroperasi secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 kecuali bagi murid kelas peperiksaan kohort 2020. (Ayat majmuk campuran)ii. Perkhidmatan kesihatan sekolah terutamanya aktiviti imunisasi tidak dapat beroperasi seperti biasa. (Ayat penyata)iii. KKM memaklumkan bahawa imunisasi kepada murid sekolah merupakan perkhimatan yang boleh diteruskan dalam situasi ini. (Ayat majmuk komplemen)iv. Pasukan Keselamatan Sekolah (PKS) akan datang membuat lawatan ke sekolah mengikut temujanjii yang telah ditetapkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM. (Ayat aktif)v. Bagi memastikan murid mendapat liputan imunisasi yang lengkap, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak atau jagaan mereka ke klinik kesihatan yang berhampiran semasa tempoh PKP. (Ayat songsang)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M266Kesatuan Perenggan ini mempunyai kesatuan idea berkaitan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kepaduan Urutan maklumat teratur kerana dimulakan dengan memberikan gambaran keadaan semasa, langkah mengatasi dan cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga bagi memastikan anak mereka mendapatkan imunisasi kesihatan.Perkembagan Perenggan yang lengkap kerana dimulakan dengan ayat judul kemudiaan diikuti dengan pernyataanpernyataan yang jelas menggunakan pelbagai jenis ayat.i. Dengan ini dimaklumkan bahawa ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekolah tidak dapat beroperasi secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 kecuali bagi murid kelas peperiksaan kohort 2020. (Ayat majmuk campuran)ii. Perkhidmatan kesihatan sekolah terutamanya aktiviti imunisasi tidak dapat beroperasi seperti biasa. (Ayat penyata)iii. KKM memaklumkan bahawa imunisasi kepada murid sekolah merupakan perkhimatan yang boleh diteruskan dalam situasi ini. (Ayat majmuk komplemen)iv. Pasukan Keselamatan Sekolah (PKS) akan datang membuat lawatan ke sekolah mengikut temujanjii yang telah ditetapkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM. (Ayat aktif)v. Bagi memastikan murid mendapat liputan imunisasi yang lengkap, ibu bapa atau penjaga perlu membawa anak atau jagaan mereka ke klinik kesihatan yang berhampiran semasa tempoh PKP. (Ayat songsang)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M267SOALAN 1: KARANGAN AKEPENTINGAN KESELAMATAN JALAN RAYAAhmad Afif bin Badrol HishamStatistik kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2019 mencatatkan kes sebanyak 7000 hingga 8000 orang. Dari segi kecederaan pula, seramai 25,000 orang pengguna jalan raya yang terlibat. Angka ini menjadi petunjuk untuk kerajaan membuat tindakan pelbagai langkah intervensi menggunakan pendekatan 5E iaitu pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran dan penilaian. Namun, perkara yang utama adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan keselamatan jalan raya.Kesedaran masyarakat yang cakna dengan keselamatan jalan raya perlu dibugarkan secara berterusan melalui pendidikan. Ceramah, penerangan, dan apa-apa kaedah penyampaian maklumat atau pengetahuan perlu digerakkan dari semasa ke semasa. Misalnya Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan kepada murid sekolah rendah dan menengah dan kempen “Pandu Selamat, Sampai Selamat” untuk masyarakat umum. Dengan pendidikan secara berterusan ini mampu menyedarkan pengguna-penggunaagar sentiasa ambil berat dan ambil peduli akan keselamatan jalan raya.Selain itu, bagi para pengguna jalan raya yang degil, langkah penguatkuasaan dan hukuman ialah strategi yang terbaik untuk menundukkan mereka. Ketegasan perlu nampak dengan jelas melalui penyebaran berita pelaksanaan undang-undang yang termaktub dan hukuman maksimum. Umpamanya pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) pada tahun 2020 telah membabitkan peningkatan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen. Semoga dengan penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang berat dapat menangani manusia bak itik dimandikan takkan basah ini. Akhirulkalam, kesedaran masyarakat akan kepentingan keselamatan jalan raya merupakan pembuka jalan ke arah pengurangan kemalangan jalan raya dan kematian. Semoga tindakan-tindakan pihak berwajib yang diamanahkan dalam menangani hal ini mampu menurunkan statistik kecelakaan di jalan raya. Tanggungjawab berkaitan perkara ini bukan sahaja berada atas bahu kerajaan malahan rakyat juga. Tinggigunung, tinggi lagi harapan kita agar Malaysia tidak terus berada di kedudukan ketiga dunia dalam kadar kematian di jalan raya.SOALAN 2: KARANGAN BSOALAN (i)Pendahuluan: Pada era globalisasi ini, pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Setiap majikan pastinya mengidam-idamkan pekerja yang mempunyai ciri-ciri terbaik. Hal ini demikian kerana, sesebuah organisasi mahu menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja agar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang. Pekerja yang cemerlang juga menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M268baik. Kategori pekerja seperti ini akan menyumbang kepada kewujudan organisasi yang akan dapat bersaing secara kompetetif. Pekerja yang memiliki semua aspek positif sudah pasti akan dapat menyumbang hasil pekerjaan yang berkualiti dan menjamin kepada pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi. Dari sudut pandangan pekerja pula, adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri yang diidamkan oleh majikan supaya dapat mempersiapkan diri sebelum memohon pekerjaan atau menghadiri temuduga. Namun demikian, sudah pasti setiap majikan mempunyai kriteria pilihan mereka berdasarkan corak perniagaan atau kerja yang dijalankan. Sebagai aset kepada sesebuah organisasi, pekerja juga orang yang bertanggungjawab menentukan masa depan organisasi sama ada ke arah kemunduran atau kejayaan. Oleh itu, ciri-ciri pekerja yang cemerlang atau berkualiti sangat penting dalam sesebuah organisasi. Tambahan pula, seorang pekerja yang cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa tetapi mereka akan melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Dengan itu, wajar kita bincangkan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada setiap bakal pekerja yang cemerlang? Isi 1: keterampilan yang menarik. Antara ciri perdana yang diidamkan oleh majikan pada pekerja mereka adalah mempunyai keterampilan diri yang menarik. Keterampilan diri merupakan gaya yang ditunjukkan oleh setiap individu seperti berpakaian kemas, menyisir rambut dengan rapi dan memakai bau-bauan yang menenangkan. Ciri ini adalah penting terutamanya dalam bidang yang memerlukan pekerja menjadi wakil kepada syarikat atau majikan. Secara tidak langsung, pelanggan yang berurusan dengan mereka akan tertarik dengan personaliti mereka. Bukan itu sahaja, pekerja yang mempunyai keyakinan diri yang baik serta dilengkapi dengan tatasusila yang unggul sudah pasti dapat membantu setiap pekerja dalam syarikat terbabit untuk lebih bersikap profesional. Terdapat segelintir individu yang mencari pekerjaan khususnya graduan dari institusi pengajian tinggi mempunyai biodata dan profil yang meyakinkan tetapi apabila datang ke sesi temuduga, mereka kurang dari segi keterampilan diri yang menarik terutamanya etika berpakaian. Persis kata mutiara, indah khabar dari rupa. Izharnya, keterampilan diri merupakan ciri yang diidamkan oleh majikan kerana dapat membentuk imej positif mewakili syarikat atau organisasi tersebut. Isi 2: Kemahiran komunikasi yang baik. Kupasan dan huraian tentang ciri-ciri pekerja cemerlang tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek kemahiran komunikasi yang baik. Majikan lazimnya mengidamkan pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik seerta memiliki pemikiran minda kelas pertama. Sejak di bangku persekolahan lagi, kita telah diterapkan bahawa komunikasi merupakan kunci kepada segala peluang. Kemahiran untuk berkomunikasi pula perlu diasah daripada pengalaman stiap individu kerana pelbagai factor yang menyumbang kepada cara kita berkomunikasi. Sebagai majikan, mereka pastinya memerlukan pekerja yang jujur dalam menjalankan tuasan, pandai mengutarakan pendapat apabila berlaku perselisihan dan cadangan serta bijak mendengar dan memerhati perkata yang dikehendaki oleh majikan. Selain itu, majikan juga gemar kepada pekerja yang pandai bergaul dan membiasakan diri dengan budaya kerja mereka. Hal ini demikian kerana, syarikat atau organisasi yang besar dan sudah lama bertapak, mereka pasti mempunyai budaya kerja yang wajar dipatuhi oleh pekerja baharu. Oleh itu, setiap pekerja harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Tegasnya, kemahiran komunikasi yang tinggi akan membawa pekerja ke tahap yang lebih baik dan memberi manfaat kepada majikan. Isi 3: Pekerja yang produktif dan berinisiatif. Suatu hakikat yang tidak dapat kesampingkan ialah majikan akan mengupah pekerja yang mempunyai ciri yang proaktif dan berinisiatif dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, pekerja baharu mempunyai tempoh percubaan dan akan diletakkan di bawah seliaan pekerja senior di syarikat terbabit. Apabila tamat tempoh percubaan, pekerja akan bergerak sendirian untuk menyelesaikan tugasan dan amanah. Maka, jika pekerja bersikap proaktif, berinisiatif, sentiasa belajar serta meminta nasihat daripada pekerja yang berpengalaman sudah pasti menjadi nilai tambah kepada organisasi atau majikan. Sebahagian daripada pekerja bersikap bagai pahat dengan penukul yang menunggu arahan daripada majikan baru bergerak menyelesaikan tugasan mereka. Nescaya karier mereka tidak akan berkembang. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa, kalau takt dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekiranya kita ingin berjaya, kita hendaklah berani menempuh rintangan dan berusaha lebih daripada norma kebiasaan kita supaya dapat menghasilkan keputusan yang luar biasa. Deduksinya, pekerja yang bersikap proaktif dan berinisiatif merupakan ciri pekerja cemerlang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M269Isi 4: Pekerja yang berdisiplin. Sebagai penutup tirai perbincangan, kriteria pekerja cemerlang yang dibincangkan di atas akan ditinjau dan dibugar dari sudut pekerja yang mempunyai kemahiran pengurusan yang tinggi atau erti kata lain pekerja yang berdisiplin tinggi. Ketidaktentuan ekonomi masa kini telah menyebabkan budaya melakukan pelbagai kerja dalamsuatu masa semakin menjadi-jadi. Oleh itu, kemahiran menguruskan tugasan dan perkara-perkara lain adalah penting supaya majikan tidak perlu menjana tenaga dan masa untuk melatih pekerja. Nilai utama yang menjadi kayu ukur bagi para majikan adalah ketepatan masa pekerja dalam menghadirkan diri ke tempat kerja, menyiapkan tugasan serta tidak kerap mengambil cuti sakit. Oleh itu, kita seharusnya memilih bidang kerjaya yang menepati kebolehan diri dan minat bagi mendorong kita menjadi pekerja yang diidamkan oleh para majikan. Secara tidak langsung, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menepati masa dan keperluan majikan. Ibarat kata pujangga, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak dating melayang. Natijahnya, pekerja yang pandai mengurus masa dan diri pasti dapat menarik perhatian majikan untuk menawarkan pekerjaan secara tetap dan seterusnya memberi perkembangan karier yang baik. Penutup: Bagi menyimpulkan perbincangan yang telah dihuraikan di atas, ciri-ciri yang diidamkan oleh majikan terhadap pekerja mengikut variasi dan corak syaraikat atau organisasi masing-masing. Umum sedia maklum bahawa majikan merupakan kepala kepada struktur organisasi atau starikat tetapi pekerja merupakan kaki dan tangan yang melakukan pekerjaan yang perlu bagi menjayakan objektif yang ditetapkan oleh majikan. Sehubungan dengan itu, layanan yang seyogia harus diberikan kepada semua pekerja yang berkorban tenanga dan masa demi memenuhi hasrat dan visi majikan dengan memastikan kebajikan serta kadar gaji mereka diberikan mengikut ketetapan Kementerian Sumber Manusia. Malaysia melahirkan lebih daripada 100,000 graduan pada setiap tahun dan setiap di antara mereka pasti mempunyai nilai yang berharga buat syarikat dan organisasi di seluruh negara. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Kini, keputusan terletak kepada majikan untuk mengilap dan melahirkan golongan professional tempatan yang akan menjadi khazanah berguna buat negara dan nusa bangsa. SOALAN (ii)Pendahuluan: • Definisi sastera ialah bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab atau hasil seni. • Kementerian Pendidikan memperkenalkan karya sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. • Bahan bacaan ringan lebih digemari remaja seperti novel-novel popular, cinta, dan fiksi. • Karya sastera berat kurang mendapat sambutan remaja. • Usaha pihak sekolah untuk menyuburkan minta murid terhadap karya sastera. Isi 1: Peranan pusat sumber sekolah. • Pusat sumber sekolah menjadi tumpuan murid-murid di sekolah. • Lokasi pelbagai khazanah ilmu dengan kemudahan yang selesa. • Perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung. • Mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun. • Menggalakkan murid-murid meminjam dan membaca karya sastera. Isi 2: Persatuan Bahasa Melayu mengadakan kempen membaca karya sastera. • Mengadakan kempen membaca karya sastera secara besar-besaran. • Diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan memberi pengetahuan baharu. • Pelajar dapat melihat pelbagai jenis karya sastera, pameran. • Menganjurkan kursus penulisan karya sastera untuk semua murid. • Mencungkil bakat-bakat baharu dan emmupuk minat membaca karya sastera.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M270Isi 3: Guru Bahasa Melayu melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. • Guru memainkan peranan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan. • Mewujudkan suasana seronok di dalam kelas. • Karya sastera dipertandingkan mengikut kreativiti murid. • Guru merancang corak untu mengubah persepsi murid terhadap karya sastera. • Para guru memartabatkan karya sastera dalam kalangan generasi muda. Penutup: • Sokongan semua pihak menyuburkan minat terhadap karya sastera. • Karya sastera mengandungi nilai estetika yang tinggi. • Sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu memaparkan nilai kemanusiaan. • Alat peranti pintar menyebabkan sastera dianggap sesuatu yang kurang komersial. • Karya-karya hebat para Sasterawan Negara boleh menjadi rujukan. CONTOH KARANGAN CEMERLANG Kamus Dewan mendefinisikan sastera sebagai bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab atau hasil seni dalam bentuk prosa dan puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Namun, masyarakat era millenium termasuklah murid-murid sekolah semakin menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti atau bahan bacaan berkaitan karya sastera. Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan karya sastera menerusi teks Komsas yang dimuatkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid masih tidak mampu memupuk minat generasi muda terhadap karya sastera. Novel-novel popular, kisah cinta remaja dan novel fiksyen mendapat sambutan menggalakkan daripada para pembaca kini terutamanya generasi muda. Karya sebegini lebih digemari terutamanya apabila diangkat menjadi drama bersiri atau filem kerana penyampaiannya yang lebih terbuka dari segi tema dan bahasa yang digunakan. Namun begitu, karya sastera berat masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan remaja khususnya murid-murid di sekolah. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa karya-karya tersebut terlalu sukar untuk dihayati. Oleh itu, pihak sekolah sewajarnya mengambil usaha pragmatik untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera demi kepentingan bersama. Langkah efektif untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera yang harus dijalankan oleh pihak sekolah ialah pusat sumber sekolah perlu memainkan peranan yang signifikan. Secara empirikalnya, pusat sumber sekolah merupakan satu premis yang sering menjadi tumpuan murid-murid pada waktu senggang semasa mereka berada di sekolah. Pada masa yang sama juga, pusat sumber sekolah menjadi lokasi tersimpannya pelbagai khazanah ilmu dan bahan bacaan yang bermutu sesuai dengan kata-kata hikmat selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan. Lantaran itu, pusat sumber haruslah dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan aktiviti yang menarik untuk memupuk minat murid-murid membaca karya sastera. Oleh itu, pusat sumber juga perlu menyediakan ruang atau sudut bacaan yang kondusif dan dilengkapi dengan karya-karya sastera untuk aktiviti membaca malah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung hasil penulisan Sasterawan Negara seperti novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ karya Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A. Samad Said dan ‘Saudagar Besar dari Kuala Lumpur’ oleh KamaludinMuhammad agar murid dan guru berpeluang untuk membaca karya agung ini. Selain itu, pusat sumber sekolah boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan di pentas terbuka yang disediakan di dalam pusat sumber sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut merupakan prakarsa yang ampuh kerana dapat menggalakkan murid-murid meminjam dan membaca karya-karya sastera dari pusat sumber sekolah demi menghasilkan ulasan yang menarik bagi memenangi hadiah dan sijil daripada pihak sekolah. Tegasnya, minat murid terhadap karya sastera akan bercambah melalui aktiviti galakan membaca yang dianjurkan oleh pihak pusat sumber sekolah di samping mereka dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang karya-karya sastera agung. Jika dilihat dari dimensi yang seterusnya, usaha yang perlu diambil oleh pihak sekolah agar murid meminati karya sastera ialah Persatuan Bahasa Melayu perlu mengadakan kempen berkaitan karya sastera secara besarbesaran. Umum mengetahui bahawa, kempen merupakan satu medium yang paling sesuai untuk menyampaikan maklumat dan memberikan kesedaran kepada golongan sasaran agar melakukan perubahan. Tambahan pula, Kempen
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M271Cintai Sastera yang diadakan akan diisi dengan pebagai aktiviti yang menyeronokkan dan memberi pengetahuan baharu kepada murid-murid. Oleh hal yang demikian, kempen tersebut perlu dianjurkan dengan lebih kerap agar minat murid terhadap karya sastera tidak akan luntur. Melalui kempen dan pameran seperti ini, murid-murid akan dapat melihat pelbagai jenis karya hasil penulisan penulis tersohor termasuklah karya Sasterawan Negara. Di samping itu, Persatuan Bahasa Melayu juga boleh menganjurkan kursus penulisan karya sastera untuk semua murid dalam salah satu aktiviti semasa kempen dan pameran dijalankan. Dengan ini, mereka akan dapat mengetahui cara-cara menghasilkan karya sastera yang baik serta berkualiti untuk tatapan masyarakat. Melalui kursus penulisan karya sastera ini, mereka dapat menghasilkan karya sastera dengan menggunakan daya kreativiti mereka yang asli dan idea yang tersendiri. Secara tidak langsung, kaedah ini dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menghasilkan karya selain memupuk minat terhadap karya sastera kerana tak kenal maka tak cinta. Tegaslah bahawa, kempen berkaitan sastera yang menjadi inisiatif Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah, sudah pasti karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman. Usaha seterusnya untuk menyuburkan minat murid terhadap karya sastera yang perlu diambil oleh pihak sekolah ialah guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu harus memainkan peranan masing-masing semasa aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Menurut kajian, guru mampu menjadi sumber inspirasi yang berkesan terhadap perubahan sikap dan nilai murid-murid di sekolah. Dengan kata lain, guru-guru boleh menjadi suri teladan dalam usaha menarik minat murid melakukan sesuatu termasuklah meminati bahan bacaan sastera yang dilabel sebagai bahan yang membosankan oleh para pelajar. Menurut pakar motivasi, guru merupakan agen sosialisasi murid-murid selain ibu bapa dalam proses membangunkan jati diri serta minat mereka. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu wajar menerapkan minat murid terhadap karya sastera semasa pembelajaran dan pemudahcaraan di bilik darjah agar mereka mendapat serba sedikit pendedahan terutamanya karya para Sasterawan negara. Dengan itu, guru mata pelajaran bahasa Melayu boleh menggunakan kaedah didik hibur semasa mengajar teks Komsas di dalam bilik darjah termasuklah mengangkat kandungan Komsas menjadi skrip drama dan dipentaskan di perhimpunan atau di dalam kelas serta melagukan syair untuk dipertandingkan mengikut kreativiti murid. Guru Bahasa Melayu boleh berkolaboratif dengan guru kelas untuk mewujudkan sudut sastera di dalam bilik darjah bagi menggalakkan muridmurid membaca dan mengkaji karya sastera. Pihak sekolah juga boleh menawarkan hadiah sebagai motivasi kepada guru-guru bahasa dan murid-murid untuk menyertai pertandingan tersebut. Natijahnya, guru yang kreatif dalam proses merancang corak pembelajaran dan pemilihan media pengajaran dapat mengubah tanggapan negatif muridmurid terhadap karya sastera. Namun begitu, alasan kekangan masa serta bebanan tugas hendaklah dikesampingkan oleh para guru demi memartabatkan karya sastera dalam kalangan generasi muda yang bakal menerajui ketamadunan bangsa. Izharlah bahawa, peranan guru Bahasa Melayu tidak harus dipandang sebelah mata dalam usaha menyuntik minat murid terhadap karya sastera di negara kita. Sebagai penyimpul bicara dan pengakhiran tarian pena ini, usaha-usaha drastik dan konkrit yang diambil oleh pihak sekolah, di samping sokongan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan seluruh anggota masyarakat sudah pasti dapat menyuburkan minat murid terhadap karya sastera. Bertitik tolak daripada itu, karya sastera bukan sekadar bahan bacaan pada waktu lapang seperti tanggapan sesetengah masyarakah malah lebih daripada itu kerana di dalamnya terkandung nilai estetika yang tinggi. Melalui sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu juga ada menegaskan bahawa dalam konteks pendidikan, karya sastera merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masayarakat. Namun, usaha untuk memartabatkan karya bermutu tersebut janganlah hanay sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Harus diinggat bahawa penularan alat peranti pintar dalam kehidupan seharian remaja akan menyebabkan mereka menganggap sastera bukan sahaja sebagai sesuatu yang kurang komersial, malah turut meletakkan tarafnya pada tempat yang tidak sewajarnya. Dengan itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk terus melestarikan karya sastera hasil cetusan idea para Sasterawan negara supaya menjadi rujukan generasi pewaris bangsa dari pelbagai dimensi kehidupan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M272SOALAN 3: SISTEM & APLIKASI BAHASASOALAN (i)Kata Nama Terbitan Kata kerja terbitanUsahawan MemasarkanKerajaan MelakukanKemudahan Disediakan1. Usahawan – orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha. Contoh ayat: Seorang usahawan yang berjaya harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. 2. Kemudahan – sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha. Contoh ayat: Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keperluan rakyat. 3. Memasarkan – menjual sesuatu di pasar; memperdagangkan Contoh ayat: Pihak MARA telah berusaha memasarkan produk batik ke luar negara. 4. Melakukan – 1. menjalankan sesuatu tugas; mengadakan; mengerjakan 2. menjadikan laku, melariskan jualan 3. membuat laku atau perangai. Contoh ayat: Kami dapat melakukan banyak aktiviti bersama keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan. SOALAN (ii)(ii) Berdasarkan bahan, tukarkan tiga ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Ayat aktif: Ibu merenung mataku tepat-tepat. Ayat pasif: Mataku direnung oleh ibu tepat-tepat. 2. Ayat aktif: Aku menundukkan kepala. Ayat pasif: Kepala kutundukkan. 3. Ayat aktif: Ibu menyayangi semua anak ibu. Ayat pasif: Semua anak ibu disayangi oleh ibu. 4. Ayat aktif: Aku mengangkat mukaku. Ayat pasif: Mukaku ku angkat. SOALAN (iii)(iii) Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan 1:rekabentuk reka bentukdan sertarekacorak reka corak berunsurkan kepada motif berunsurkan motif spesis spesiescitarasa dengan cita rasamempercepatkan bagi/untuk mempercepat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M273sekaligus sekali gusmeningkat meningkatkanBahan 2:hari ini pada hari iniEksekutif eksekutifyang bahawaatas keranadari masa ke semasa dari semasa ke semasa/ dari masa ke masaDeretan kenderaan-kenderaan Deretan kenderaandan atauJalan Raya Persekutuan Jalan Persekutuandiambil oleh pihak kami kami ambil penunggang pemandutolong jangan janganmenunggang memanduSOALAN (iv)(iv) Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya. Kemudia, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu baku tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Seri Wak Raja?”Baginda bertitah kepada Seri Nara Diraja, “Adakah kamu mahu akan Tun Kanaka, saudara kepada Seri Wak Raja?”Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.” Seri Nara Diraja bersembah, “Saya mohon tuanku mempertimbangkan lagi.”Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Sultan bertanyakan kepada Seri Nara Diraja beberapa anak orang besar-besar, namun tiada yang berkenan oleh Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukan Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?’Sultan bertitah, “Adakah kamu mahu akan Tun Kudu, anak kepada Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”Maka sembahnya,” Daulat tuanku.” Seri Nara Diraja bersembah, “Saya menurut perintah.”SOALAN (v)Peribahasa di bawah mengandungi bebeberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. 1. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Maksud: Perhubungan yang sangat karib; tidak dapat diceraikan. 2. Malang tidak berbau. Maksud: Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. 3. Anak ayam kehilangan ibu. Maksud: Rakyat yang kehilangan pemimpin; kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 5 T E L E G R A M G U R U B M S P M274SOALAN 4: PETIKAN UMUM(i) Maksud “hairan dan takjub” ialah berasa pelik dan aneh. (ii) Sang Ketam mengatakan bahawa kaum mereka tidak pernah mengajar anak ketam berjalan dengan betulnya kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan seperti cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu-cicit kepada cucu-cicitnya berjalan telah betul dan sempurna. (iii) Perkara yang menimbulkan kehairanan Sang Ketam terhadap manusia ialah manusia tidak habis-habisdengan ajaran dan peraturan. Selain itu, manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segalamacam peraturan dan mengawas pelaksanaan peraturan- peraturan. Akhir sekali, manusia menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu majununtuk memperkuat bahagianbahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit,menentukan jenis darah dan keturunan serta status gelaran di samping berkelahi, menindas dan menipusesama sendiri. (iv) Berdasarkan bahan, idea yang terdapat dalam bahan ialah penulis menyatakan bahawa manusia mencipta pelbagai peraturan dan ajaran untuk mengajar manusia yang lain. Namun demikian, segala peraturan ini menonjolkan sikap manusia yang tidak mampu berjalan dengan betul tetapi inginkan orang lain mengikut peraturan dan ajaran tersebut dengan betul. Tambahan pula, mereka terlalu taksub dengan aktiviti keduniaan seperti menghiaskan diri, mengumpul harta dan wang ringgit. Selain itu, wujud juga manusia yang mempunyai sikap mementingkan status dan gelaran disamping berkelahi dan menindas antara satu sama lain. Oleh itu, manusia sewajarnya mempunyai sikap muhasabah diri dan mencerminkan perwatakan yang baik sebelum mendidik dan mengajar orang lain. (v) Pada pendapat saya, perkara yang perlu dilakukan oleh manusia agar kehidupan mereka lebih sejahtera dan harmoni ialah mereka tidak menindas dan menipu antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga bersyukur dengan segala yang mereka ada tanpa ada perasaan hasad dan dengki dengan orang lain. SOALAN 5: NOVEL(i) Keistimewaan-keistimewaan pusat pelancongan yang diusahakan oleh Waheeda di Tanah Tinggi Cameron ialah dia akan membawa Tajau Emas ke Tanah Tinggi Cameron. Selain itu, dia akan menyediakan tempat pelancongan menarik seperti Aya-Strawberry Park. (ii) Kebaikan aktiviti membaca novel ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang. Buktinya, berdasarkan novel Di Sebalik Dinara, penulis menggunakan banyak ilmu Sains dan Teknologi dalam novel ini seperti penetrator, imbasan mata, interkom, robot dan sebagainya. Selain itu, karya novel juga dapat menanam perasaan cinta akan sastera dan budaya. Sebagai contoh, novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang menceritakan kisah hidup seorang pencinta sastera dan budaya iaituAbdullah bin Kayan. Penulis juga menonjolkan aktiviti kebudayaan seperti tarian zapin dan deklamasi puisi. Akhir sekali, pembacaan novel dapat menerapkan nilai murni dalam kalangan generasi muda untuk dijadikan iktibar dan pengajaran dalam kehidupan. Semua novel menampilkan nilai-nilai murni untuk dijadikan iktibar. Hal ini dibuktikan melalui novel Di Sebalik Dinara yang menerapkan nilai kasih sayang antara adik-beradik walaupun tanpa pertalian darah.