The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wardini, 2024-06-11 04:38:44

Gantung 2 (Nadia Khan)

Gantung 2 (Nadia Khan)

Gantung: 2 Nadia Khan


Nadia Khan mula menulis secara professional selepas tamat pengajian perubatan pada tahun 2009. Novel pertamanya, Kelabu diterbitkan oleh Buku Fixi pada tahun 2011 diikuti Cerpen (2012), novel Gantung (2013) dan dua novella dalam satu berjudul Pakar (2015). Dia juga menulis untuk TV dan filem untuk menguji kesabaran dan ketahanan dirinya. Di waktu lapang, dia menonton siri TV retro seperti Friends, Frasier dan 21 Jump Street. Alter ego-nya bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan.


Gantung: 2 © Nadia Khan 2017 Hakcipta terpelihara. Kecuali petikan-petikan pendek untuk ulasan di media massa, kandungan buku ini tidak dibenarkan dikeluarkan semula dalam apa bentuk sekalipun selagi tidak mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan e-Book ISBN: 978-967-2128-01-4 [email protected] http://fixi.com.my Facebook: fb.com/BukuFixi Twitter @BukuFixi


Buat semua pembaca Gantung, baik versi Malaysia mahupun Indonesia. Buat semua yang terlibat dalam pembikinan siri TV Gantung. Buat semua yang tak suka dibiarkan tergantung.


PROLOG “Nak buat darah takleh pakai cat merah la, pandai. Nampak tak real. Ish! Ni, kau gi beli barang yang aku tulis ni. Kang aku bancuh, kau tengok! Lain kali kau boleh buat sendiri,” kata KJ sambil menyerahkan nota kecik tu pada Kishen. Kishen berlari-lari anak turun dari pentas untuk ikut arahan KJ. Gibbs yang sedang duduk di sebelah Ray tersenyum. “Bossy betul artistic director kau,” komen Gibbs sambil menyiku Ray. “Itu baru artistic director. Hero tahun ni tak tahu la diva macamana,” perli Ray sambil mengerling ke arah Gibbs. “Eh, tolong sikit. Aku tak high maintenance la,” balas Gibbs sambil membuka spek mata hitam jenama Policenya dan meletakkannya ke dalam kocek baju. “Ray! Aku kena masuk ikut kiri ke, ikut kanan? Assistant kau ni kata ikut kanan pentas la pulak!” Troll menyahut dari atas pentas. “Tu, extra kau pun mendiva tu,” usik Gibbs sambil menjuihkan bibir ke arah Troll. Ray menggeleng sambil senyum. “Kiri, Troll. Apasal pulak dia kata kanan?” “Ha! Kan aku dah cakap kiri! Aku luku gak kepala kau ni kang,” ujar Troll kepada assistant director Ray, Joe. “Rosak pementasan aku tahun ni,” Ray pura-pura merungut. “Silap la kau suruh kitorang semua join,” balas Gibbs. “Final year kan,” kata Ray sambil tersenyum. Gibbs membalas senyuman Ray.


──♦── “Bos? Talent dah sampai.” Suara Abang Lan memecah masuk ruang fikiran Khalil di set penggambaran. Fikirannya telah melayang jauh ke angan-angan yang sama. Angan-angan di mana dia dan Musketeers yang lain bertungkuslumus menyiapkan pementasan tahun akhir di SMCGT bersama-sama. Angan-angan yang tak pernah tercapai. Khalil memandang keliling – tiada kelibat Gibbs, KJ mahupun Troll. Segala-galanya dah siap dan tersedia; hanya menunggu kata “Action!” dari Khalil. Dan Khalil masih rasa kosong.


──♦── 2021 ──♦──


1 “You gotta tell him, sayang.” Rayuan tu datang dari tunang Mika, Sofia. Mika mengeluh. “I tahu. But it’s not exactly easy. We haven’t spoken in 5 years,” balas Mika. Plus he’s not the most stable person on the planet, tambahnya dalam hati. “He’s the only family you have left,” Sofia mengingatkan. Mika diam. Sofia memegang tangannya di atas meja. “You takut dia marah?” Heh, “marah” is an understatement. Macamana kalau dia mengamuk? Mengamuk bukan sekadar jenis flip table ye, mind you. Ini mengamuk jenis kelar tangan, bakar diri. Oh, how I wish I’m kidding. Okay, let’s say dia tak mengamuk. Dia merajuk. Kau pikir rajuk dia sekadar tak bercakap dengan kau sehari dua? You think I can’t handle that? Dude, aku buat sujud syukur kalau dia merajuk macam tu. Tapi apa aku nak buat kalau dia guna savings dia dan bawak diri bermastautin luar negara? And when his money runs out, he’s gonna become a gypsy or a homeless person, wherever he’s at. Kalau dia mati kesejukan dan kelaparan kat tepi jalan kat negara orang… aku nak jawab apa kat roh mak ayah aku? “Sorry, mak. Dia buat gila lagi. Abah… err… nice tie…?” (Aku memang tak berapa rapat dengan ayah aku. Then again, they both passed away when I was twelve. Memori terakhir aku tentang ayah aku ialah bila dia dan mak hantar aku gi sekolah di pagi kecelakaan tu dan aku terfikir “Lawanya tie abah. Ada gambar pemandangan laut.”) “Sayang, you’re doing it again,” suara Sofia memecah masuk ruang


fikiran Mika. Mika sekadar merenung Sofia dengan senyuman yang berbunyi ‘sorry’. Sofia membalas senyuman Mika; tawar. “You’re stressed. Dan I rasa punca stress you sebab you tak contact abang you; which you should.” “I’m not stressed—” “You zoned out.” “That doesn’t mean—” Ayat Mika mati begitu saja melihat kening Sofia yang diangkat ala bintang veteran, Ziana Zain tu. “Kalau you tak bagitau dia, dia akan tahu melalui glog, ClickIt... Viral! You tak rasa dia akan lagi marah ke macam tu?” Ah, ni lagi satu masalah Mika – dia bakal berkahwin dengan seseorang yang boleh dianggap selebriti. “Haih, kenapalah you takleh resist jatuh cinta dengan I? Kalau tak, hidup I dah senang dah!” “Yeah, I know. Sucks to be you,” balas Sofia sambil mengambil sebatang rokok dan menyematkannya di bibir. Dia melirikkan matanya ke arah Mika… dan mereka sama-sama tertawa kecil. Sofia bertemu Mika di set penggambaran tiga tahun lalu, ketika berlakon untuk drama bersiri berbentuk action horror – 60 episod kesemuanya, jadi cinta lokasi tu tak dapat dielakkan. Bezanya Sofia tak jatuh hati pada hero; hatinya tergolek jatuh pada stunt double hero iaitu Mika. Tak cukup dengan memenangi Anugerah Bintang Paling Ohsem (Wanita) tahun lepas, Sofia juga merupakan seorang anak Dato’. Jadi, bayangkanlah berapa besarnya wedding diorang dan media coverage untuk wedding tu. Yang akan berlangsung dua bulan je lagi. Smartphone Mika bergetar di atas meja; nama Abang Lan tertera.


“Hello, bang?” Kedengaran Abang Lan tengah bercakap dengan orang lain. “—ye, dah lock tapi kau kena confirmkan jugak, paham?” Mika agak ni kebiasaan generasi Y macam Abang Lan – dah call orang tapi bercakap dengan orang lain sementara menunggu panggilannya disambut. Tak suka membuang masa, mungkin. Atau mungkin perangai ni untuk orang yang perlu multitask; yang bekerja sebagai pengurus produksi macam Abang Lan. “Bang?” “Okeh, set! Minggu depan shoot!” Mika diam sekejap. “Abang cakap ngan saya ke?” “Eh, dah tu? Aku call kau kan. Takkan bercakap dengan orang lain pulak.” “Shoot apa ni, bang?” “Movie yang kau nak sangat tu la.” Sekali lagi, Mika diam. Tapi atas sebab yang berbeza. Movie yang aku nak? Serious la— “Takyah cakap terima kasih. Aku tau aku power,” tetiba Abang Lan bersuara. “Dengan director—” “Ye, director yang kau gila-gilakan tahap sikit lagi nak couple tu,” usik Abang Lan. “Kata tak jadi?” “Tak jadi sebab takde funding. Ni dah dapat sponsor baek punya.” “Minggu depan?” “Yes!” “…Saya nak kahwin ni, bang.” “Kau kahwin dua bulan lagi. Jangan ingat aku tak tau, aku dah dapat kad jemputan.” “Hah? Ada kad jemputan? Saya tak pernah tengok pun.”


“Apasal? Kau takut tak dijemput ke?” “…” “Anyway, jadual aku dah buat. Sebulan sebelum nikah, kerja kau dah setel. Ha, apa lagi kau nak?” Mika diam lagi. Dia mencuri pandang pada Sofia. “Bang, saya…” “Apa lagi?” “Saya nak bersara dari jadi stuntman.” Giliran Abang Lan terdiam. “Oh. Err… sebab kes—” “Bukan. I mean… bukanlah sebab tu je.” “I see. Muktamad ke ni?” Ah dem. Mika diam lagi. “Bukan apa. Abang tau kau memang nak sangat kerja ngan director ni. So maybe… fikir dulu? Abang kasi sampai esok. Okay?” “Okay, bang. Thanks.” Sebaik saja dia meletakkan telefon, Sofia bersuara, “Don’t tell me you’re considering it.” Benci. Apasal la tunang aku ni senang sangat baca fikiran aku? Is there no mystery left in romance anymore? “It’s THE job, sayang.” “You mean—” Mika mengangguk. Sofia menghela nafas panjang. “Shit. I thought that film got cancelled?” “Money just rolled in.” Sofia menyalakan rokok yang dari tadi tersemat di bibir. “Bila habis shoot?” “Sebulan sebelum nikah.” Sofia menghembus asap rokok dan keluhan. “You decide then, baby.” Mika tak cakap apa-apa. Dia tahu Sofia akan cakap macam tu sebab


Sofia sendiri tahu betapa Mika impikan bekerja dengan director yang satu ni. Apa yang Mika tak tahu ialah Sofia punya sejarah tersendiri dengan director yang satu tu.


2 Sofia ke tayangan perdana filem pada malam tu dengan perasaan resah. Dahlah dia tak berlakon dalam filem yang ditayangkan tu – lagi la susah dia nak fokus. Fikirannya asyik melayang kepada tawaran yang diberikan kepada tunangnya petang tadi. Sofia kenal benar dengan pengarah yang satu tu. Kenal benar dengan method dia mengarah yang kadang-kadang boleh dianggap melampau. Kawan Sofia (well, ‘rakan sekerja’; susah nak cari kawan dalam industri ni) yang pernah jadi heroine dalam filem pengarah tu demam seminggu waktu shooting sebab disuruh berendam dalam sungai entah berapa lama. Ada juga yang cakap semua tu sekadar khabar angin. Dan memandangkan pelakon tu ada reputasi gedik, tak hairan la kalau cerita tu sekadar ditambah garam secukup rasa. Tapi Sofia tetap risau. Lagi-lagi lepas peristiwa yang melanda Mika di set beberapa bulan lalu yang menyebabkan Mika mengambil keputusan untuk bersara. Orang luar yang menilai mungkin rasa keputusan tu agak drastik tapi bagi Mika dan Sofia yang masih trauma dengan kejadian tu, keputusan Mika dianggap munasabah. Mika dan Sofia pun merancang hendak berkeluarga secepat mungkin. Kerja Mika yang berisiko tinggi tu… can’t be good for the family. Besides, it’s not like doing stunts is his only passion. Mika suka melukis, dan lukisannya dah pun dibeli oleh kawan bapa Sofia dengan harga puluhan ribu ringgit. He’ll be more than happy to continue that as a career and be a stay-athome dad. He’ll be happy… no, he’ll be ecstatic! …Yes, we’ll have a perfect life together. Sofia mengeluh. Kadang-kadang garisan antara ‘kebenaran’ dan


‘sekadar meyakinkan diri sendiri’ tu tipisnya mengalahkan benang. Usai tayangan filem, Sofia terpaksa bergaul barang sejam dua – mencium pipi, mengucap tahniah dan memberi glowing review tentang filem tadi; yang akan dirakam dan diulangtayang di TV berjuta kali. Bila Sofia dijemput ke sudut rakaman review tu, kelihatan seseorang sedang memberikan ulasannya yang tersendiri. Speak of the devil. “—I mean, the shots were nice. But the acting could’ve been better. Waaayyy better,” Sofia mencuri dengar review lelaki bergelar pengarah tersohor tu. Sofia nampak yang si tukang interview dah mula menunjukkan tanda-tanda kurang senang dengan komen jujur yang diberikan. Who wants to hear the truth here anyway? Sebaik sengaja pengarah tu ke tepi, Sofia menegurnya, “And that’s why your review will never be on TV.” Dia berpaling dan memandang Sofia dengan renungan yang dingin. “Hai, Sof.” Sofia membalas dengan renungan tajam sebelum menjawab, “Hi, asshole.” Mamat ni tahu yang aku cukup benci orang panggil aku Sof. Doesn’t have a nice ring to it – and she regrets the day she told him this because he has been calling her that ever since. “Careful about using that word. You tak nak press yang selama ni tertipu dengan Malaysian Sweetheart act you tiba-tiba tahu yang you ni Class A Bitch,” balasnya sambil tersenyum manis. “Whatever. Look, I ada benda nak bincang dengan you—” “And I don’t feel like talking to you at all. Isn’t life funny?” Baru je Sofia nak menjawab komen smartass dia tu, Firdani datang ke sisi boyfriendnya tu sambil memaut lengannya. “Sayang, okay tak I komen tad—hai, Sofia!” Sofia senyum dan berlaga pipi dengan Firdani sebelum Firdani cepat-cepat kembali memaut lengan boyfriendnya. Sofia nyaris tergelak


menengokkan aksi possessive Firdani tu. See, Firdani and Sofia share a weird relationship. Sebelum Firdani couple dengan mamat ni, dia dan Sofia boleh dikatakan berkawan baik sebab time frame diorang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan lebih kurang sama. Pada mulanya Sofia ingatkan yang dia dan Firdani akan jadi rivals yang bermusuhan (memandangkan pihak media cukup suka cuba lagakan diorang berdua). Tapi lepas sama-sama berlakon satu telefilem ni, Sofia and Firdani really hit it off. Sofia finds Firdani tolerable compared to everyone else, and she essentially has a good heart. Sayangnya lepas couple dengan sang sutradara arty-farty tu, Firdani macam memberikan Sofia satu vibe yang… pelik. Not that Sofia blames her entirely, given Sofia’s history with Firdani’s boyfriend. But still… “You mind if I steal your boyfriend for a bit?” Sofia bertanya kepada Firdani. Not helping, Sofia. “Whatever you wanna say, you can say it in front of her,” tegas si boyfriend. “You’re sure about that, Ray? I mean, Khalil.” Khalil (or Ray or whoever he is) dan Firdani memandang Sofia serentak. “How do you know that name?” Firdani yang bersuara dulu. “Oh, we go way back. Good to know he’s not keeping secrets from you though, darling,” kata Sofia dengan sangat manis. Sifatnya orang perempuan ni bila dia dah couple dengan seorang lelaki, dia mahu jadi orang yang paling mengenali lelaki tu. Someone who knows his deepest, darkest secrets that no one else knows. And Sofia has just crushed that fantasy for Firdani… while Khalil will bear the brunt of it later. Ah, sedapnya perasaan dapat mengenakan asshole ni. Sorry you had to be caught in the crossfire, Firdani. “Nani, can you excuse us for a while? I’ll be right back,” Khalil


meminta diri, dan Firdani tak ada pilihan selain akur. “What the hell was that?” kata Khalil setelah dia dan Sofia ke satu sudut yang agak terpencil. “Oh, relax. It’s not like she doesn’t know,” balas Sofia sambil menyalakan rokok. Khalil menyentap rokok yang dah tersemat di bibir Sofia dan menghisapnya sendiri. Sofia nak membentak, tapi pada masa yang sama malas nak memanjangkan cerita jadi dia nyalakan rokok yang berlainan. “Apahal yang penting sangat ni?” tanya Khalil sambil asap rokok sengaja tak dihembuskan menjauhi Sofia. “You offered my fiancé a job.” “Who?” Sofia memberikan Khalil renungan berbunyi ‘come on’. “Seriously, siapa?” “Mika.” “Actor?” “Stuntman!” “Oh. Hiring stunt guys is not my job.” “What? You, Mr. Pretentious, tak hire stuntman sendiri?” “Aku suruh Abang Lan carikan yang terbaik dan aku percaya pilihan dia. I’m not a control freak… unlike some people,” kata Khalil sambil menjeling ke arah Sofia. “Ha-ha. Look, I need you to offer the job to someone else.” Khalil merenung Sofia seketika, kemudian tersenyum sinis. “I see,” katanya, kemudian menyambung, “You don’t want him to do the job, but you don’t want to be the bad guy who tells him not to.” “Something like that.” “Why should I take the fall?” “What have you got to lose?” “And if I hire him still, what are you gonna do?”


Sofia memandang Khalil, dan sedikit terkejut melihat tiada senyuman sinis menemani soalan Khalil tu… sebaliknya ada sedikit rona paranoia dalam matanya. Sofia mengeluh. “I’m asking as a friend, Khalil. Aku takkan bocorkan rahsia kau.” Mungkin Sofia salah nampak tapi ada sedikit senyuman ikhlas di bibir Khalil yang hilang sebelum sesiapa sempat nampak. Sofia dan Khalil memang macam ni: seolah-olah ada love-hate relationship (lebih hate daripada love). “Kenapa kau beriya-iya tak nak dia ambik job ni? Kau offer dia jadi corporate stooge bapak kau? That’s what he’s supposed to do to marry you—” “Kau ada dengar pasal insiden kat Australia tu?” Khalil terdiam. Mustahil dia tak pernah dengar; tu antara berita terhangat di kalangan orang filem awal tahun tu. “That shark attack during filming?” Khalil memastikan. Sofia mengangguk. “That was your fiancé?!” Sofia mengangguk sekali lagi. “Damn. Filem tu rugi teruk semata-mata bayar duit saman kot. You were responsible for suing their asses off?” “That’s what you’re concerned with?” “Takdelah. I’m saying good for you. Diorang memang patut kena saman. Dah la takde insurans untuk stuntman,” kata Khalil. Dia sedar yang dia membebel sorang-sorang bila ternampak sepasang mata Sofia yang dah bergenang akibat fikirannya yang dah melayang jauh. “Teruk ke dia—I mean, he’s working again, so that must mean—” “I was in Paris when the production manager called me. I couldn’t get a flight out because there was a stupid suicide bomber who decided to blow herself up near the airport. I thought—I thought he was gonna


die before I could see him. Aku baca viral feed tak membantu langsung. Ada yang kata dia cedera teruk la, pendarahan dalaman la. It was the worst 48 hours of my life. Pertama kali dalam hidup aku, aku rasa semua benda di luar kawalan aku.” “Yeah, shit like that happens,” ujar Khalil. Suasana senyap seketika. Khalil yang memecahkan kesunyian tu. “Look, I won’t hire him… but only if you tell me he doesn’t really want the job.” “It doesn’t matter if he wants it or n—” “Sofia, kau tahu aku buat kerja macamana kan? He’ll be safe, don’t worry.” “Kenapa kau kena ambik dia? Ramai lagi orang lain—” “Kalau PM aku pilih dia, maksudnya dia yang terbaik. And maybe he needs that boost of confidence to get back in the game—” “He’s not getting back in the game.” “What?” “He’s retiring.” “To do what?” “Painting.” “Painting??” “Apa? Lukisan dia bagus. He enjoys it.” “As much as he enjoys doing stunts?” “Dia dah nak mati! Kau faham tak?!” Beberapa pasang mata mengerling ke arah Sofia bila dengar dia membentak macam tu. Khalil merenung mereka balik seolah-olah mencabar, dan diorang mengalihkan pandangan. “Dia boleh mati bila-bila. Dia boleh mati sambil memasak kat dapur kau, sambil melukis kat bilik dia. You can’t control it. Death sneaks up on you; that’s what it does.” “Tapi kalau kita boleh elak, takkan sengaja nak gi cari nahas?”


Khalil mengeluh. Good point. “Fine. I won’t hire him,” Khalil berjanji. Janji yang, pada ketika itu, dia pasti dia akan tepati.


3 Firdani is giving him the silent treatment. Great. Walaupun secara semulajadinya, Khalil jenis orang yang tak banyak cakap tapi dia tahu bezakan antara comfortable silence dan silent treatment. Dan apa yang berlaku dalam kereta dia sekarang ni ialah silent treatment. Firdani duduk di kerusi penumpang sambil memandang ke luar; sekali-sekali dia mendengus. Khalil pilih untuk fokus pada pemanduan. Besides, what good can come out of asking “You okay, sayang?” Sejarah perhubungan manusia moden dah membuktikan yang soalan ni hanya akan dijawab dengan “Okay” yang pendek dan penuh dengan penipuan. Dan kalau Firdani jawab “Tak, I tak okay” sekalipun, Khalil takkan tahu macamana nak pujuk. Ini bukan permainan dia. Jadi Khalil sibukkan diri dengan memandang jalan yang langsung tak sibuk. Larut malam di Kuala Lumpur tak lagi macam dulu – pukul 1 pagi kala malam hujung minggu di Bukit Bintang (yang kini dikenali sebagai Bukit Permata) tak lagi penuh sesak dengan kereta sejak adanya kemudahan awam yang berfungsi 24 jam. Maklumlah, masing-masing keluar cari penawar dalam bentuk alkohol dan tiada siapa yang mahu jadi designated driver. Waktu mula-mula pulang selepas tamat pengajian di Prague dulu, Khalil terpaksa sesuaikan diri dengan night life di Kuala Lumpur. Kebanyakan perjumpaan dengan orang industri filem berlaku selepas jam 12 tengah malam dan waktu tu Khalil masih menagih ihsan pelbagai produksi untuk menerbitkan filemnya. Hanya lepas berjumpa dengan bosnya sekarang ni, Khalil diambil sebagai resident director dan tak


perlu lagi sibuk ke hulu ke hilir berjumpa orang. Baguslah. Khalil pun bukan suka sangat dengan orang. Dan tak ramai orang yang suka Khalil. Yang suka pun selalunya punya motif tersendiri – macam Sofia. Khalil bertemu Sofia selepas filem pertamanya diterbitkan. Ramai yang menantikan filem kedua Khalil dan mulalah pelakon-pelakon kisah pasal kewujudan dia. Sewaktu Khalil berjumpa dengan seorang jutawan segera yang nak buat filem tentang dirinya sendiri, Sofia di meja sebelah dengan kawan-kawan lelakinya – Khalil kenal salah seorang lelaki di situ sebagai pelakon drama bersiri yang tengah meletup walaupun lakonannya seperti dipaksa-paksa. Lounge hotel tu agak gelap tapi Khalil perasan Sofia memandangnya – lama dan tajam; cukup untuk membuatkan Khalil rasa tak selesa. Jadi Khalil keluar seketika untuk ambil angin atau lebih tepat lagi ambil asap. Baru je Khalil nak menyalakan rokok, tau-tau je Sofia sudah berada di sebelahnya. “Hey,” kata Sofia. Khalil sekadar senyum sedikit kemudian kembali melemparkan pandangannya ke hadapan, melihat gelagat manusia. “Khalil, right?” Khalil mengangguk. “Sofia,” dia memperkenalkan diri. Sofia tak hulurkan tangan, jadi diorang tak berjabat salam. Sebagai tanda gentleman, Khalil menghulurkan kotak rokok. Sofia senyum sambil mengambil sebatang. “Thanks. You buat apa kat sini?” tanya Sofia. “Layan kerenah narcissistic manusia,” dia nak jawab tapi sebaliknya sekadar, “Meeting.” “Filem baru?” “Maybe.” “Right. P&C. I get it.” Suasana diam seketika. Kemudian dia dengar Sofia mengeluh. “I’m bored,” dia akui.


“With this conversation, or generally?” soal Khalil. Sofia nampak sedikit terkejut dengan balasan Khalil tu, tapi kemudian tersenyum. Nakal. “Both. I’m not much of a talker,” katanya. “Neither am I.” “Could’ve fooled me,” Sofia mengusik. Khalil senyum sedikit. “Jom?” Sofia mengajak tiba-tiba. “Gi mana?” “Where we won’t have to do much talking.” “I—I tengah meeting.” Sofia sekadar mengangkat bahu. “Suit yourself.” Sofia mematikan rokoknya dan mula berlalu pergi. Khalil pandang Sofia, kemudian pandang pintu lounge yang tak mengundang apa-apa keseronokan tu. Sofia berpaling semula untuk merenung Khalil, kemudian dia tersenyum – mungkin dia nampak wajah Khalil yang berbelah-bagi. “Room 501,” katanya, ringkas. ──♦── “I need a cigarette,” kata Sofia sambil bangun dan mencapai kotak rokoknya di atas meja di hujung katil. Khalil turut bangun dan mula memakai seluar. “Where are you going?” tanya Sofia. “Home.” “It’s 5am. Stay la,” balasnya sambil duduk di hujung katil. “Kalau you serius pasal nak berkecimpung dalam showbiz ni, biasa-biasa kan la sembunyi-sembunyi keluar bilik hotel at odd hours,” nasihat Khalil.


Sofia senyum. “So we have a deal?” dia cuba memastikan. Khalil mengeluh. Lepas dikerjakan dek Sofia (kali pertama) tadi, Sofia nyatakan hasrat sebenar di sebalik rendezvous diorang malam ni – dia nakkan watak utama untuk filem terbaru Khalil. Khalil berjaya alihkan perhatian Sofia dengan menyerah diri untuk dikerjakan dek Sofia (kali kedua). Tapi sekarang nampaknya dia terpaksa hadapi perbualan ni. “I don’t think you’re right for the part,” balasnya, jujur. Sofia ketawa. “Kenapa? Sebab watak tu pakai tudung dan ‘audition’ I tadi tak menggambarkan awek pakai tudung? Tak baik you prejudis kat awek pakai tudung macam tu. They can be fireballs in bed too, you know.” Khalil senyum sedikit. “Kenapa you tak start dengan TV? Like that dude you were hanging out with.” “Ugh, he’s so annoying. 50k followers on ClickIt and he thinks he’s God’s gift to the industry. Besides, I’m not interested in TV. I’m interested in films.” “And what makes you think films are interested in you?” Sofia memandang Khalil, cuba memastikan sama ada dia melawak atau serius. Nampaknya dia serius. “Films should gimme a try then.” Khalil mengerling ke arah katil tempat dia dan Sofia baru lepas buat projek, kemudian merenung Sofia kembali. “I think we have,” ujarnya. Ada sedikit rona marah dalam mata Sofia tetapi dia lenyapkan dengan segera sambil tersenyum manis. Dia bangun dan berdiri di depan Khalil. Dia menolak Khalil sedikit sehingga Khalil terduduk semula di atas katil. Sofia duduk di atas riba Khalil sambil berdepan dengannya. “So what do ‘films’ think of me... Mr. Raymond de Silva?” Khalil terkedu – dan dari senyuman manis berbaur sinis Sofia,


Khalil tahu Sofia sengaja pasang jerat tu. Tapi Khalil cuba untuk berlagak selamba. “I don’t go by that name anymore.” “Hmm... I wonder why.” “I masuk Islam.” “Masuk Islam tak payah tukar nama kot. Plus—” Sofia mengerling katil sebagaimana Khalil buat tadi, “—you’re hardly the poster boy for a true Muslim.” “Well, someone’s in a judging mood tonight,” kata Khalil sambil memegang pinggang Sofia dan mengalihkannya ke tepi (nasib baik minah ni kecik dan Khalil sedikit lebih buffed berbanding dulu). Sofia menyandarkan dirinya di kepala katil sambil memerhati Khalil bersiap. “If you wanna talk about judging, non-Muslims definitely have it easier in this industry. Takde siapa kacau diorang. Kenapa you pilih untuk susahkan hidup you sendiri?” Khalil biar Sofia membebel seorang diri tanpa menjawab. Dia tak perlu nak jelaskan pada seorang awek one-night stand kenapa dia buat keputusan besar dalam hidup dia. “Tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya tindakan you bijak jugak. Media kita sentiasa ada soft spot untuk muallaf. Apa je salah yang you buat pun, diorang akan maafkan. Smart, very smart.” Khalil baru je nak ambik jaket dia dan keluar bila kata-kata Sofia yang seterusnya menghentikan langkahnya, “Kalau diorang tahu yang you salah seorang budak lelaki yang menyebabkan seorang budak perempuan gantung diri kat sekolah lama you pun, I pasti media akan maafkan. Walaupun sekarang ni orang cukup sensitive pasal hal bunuh diri ni, tapi you takkan ada apa-apa masalah kot. After all, you’re the most discussed young director around. A silly little scandal can’t harm you, right?”


Khalil berpaling dan nampak Sofia masih tersenyum manis. Khalil mengeluh, kemudian akui kekalahan dia dalam permainan Sofia ni. “I’ll be sure to make your life hell on set,” janji Khalil. “Looking forward to it,” balas Sofia. Sebelum Khalil keluar, dia memandang Sofia sekali lagi dan berkata, “By the way, you’re not a fireball in bed.”


4 Firdani masuk ke dalam rumah Khalil malam tu dengan rasa terganggu. Waktu awal-awal couple dengan Khalil dulu, setiap kali masuk rumah ni ada perasaan takut kena tangkap basah. Tapi memandangkan security rumah Khalil ni agak ketat, dia jadi kurang risau. Kalau risau pun, sebab lain. Sebab Firdani tahu Khalil hargai privasinya dan Firdani selalu rasa seolah-olah kehadirannya tak diingini walaupun dia dah bergelar girlfriend. “Are we going to pretend nothing happened?” Firdani akhirnya bertanya bila tengok Khalil cuba berlagak selamba. “What?” “Macamana Sofia boleh tahu nama asal you?” “Dia korek sendiri. Masa tu dia nak cuba guna info tu untuk blackmail I.” “Blackmail you for what??” “She wanted the main role for my movie.” Bila Khalil jawab dengan tenang macam ni, Firdani lak yang rasa macam orang bodoh sebab menggelabah tak tentu pasal. Firdani sendiri pernah rapat dengan Sofia tapi lepas dapat tahu perangai go-getter dia yang kekadang tak kena tempat tu, Firdani mula menjauhkan diri. Jadi tak hairanlah kalau Sofia pernah buat macam tu pada Khalil. “You mean, filem you yang menang kat Beijing tu? She got that role hasil blackmail?” “Yes. But it wasn’t all bad, I guess. Dia bukannya tak boleh berlakon langsung,” komen Khalil. She’s a damn good actress, actually. “Who was supposed to get the part?”


Khalil mengangkat bahu, gaya acuh tak acuh. “Some new girl.” Some new girl whose face reminded me a lot of Kak Rahiza, tambah Khalil dalam hati. Dan sehingga ke hari ni Khalil tak pasti kalau itu sebab sebenar kenapa dia nak ambik budak tu berlakon dulu. Terlalu banyak bahagian dalam hati Khalil yang dirundung nostalgia sampaikan kadang-kadang dia tak pasti apa motivasi di sebalik keputusannya sendiri. Firdani mengeluh sambil membuka jaket yang sedang dipakainya – jaket Khalil yang dipinjamkan kepadanya sebab Firdani mengadu sejuk. He’s sweet like that sometimes. Sometimes. “So you gave in to the blackmail? What could she probably threaten you with, Khalil? You tak buat salah apa-apa.” “Come on, Nani. You tahu I tak suka orang tahu pasal masa silam I.” “Why? Because you were part of a clique that sleeps around with a bunch of girls? No one cares, Khalil.” “I got my friends killed.” Suara Khalil menjawab tu perlahan; terlalu perlahan untuk didengari sesiapa. Tapi Firdani dengar dan ni bukan kali pertama Khalil bersuara perlahan sebegitu. Firdani mendekati Khalil dan memegang wajahnya yang cuba mengelak dari renungan Firdani. “Hey,” tegur Firdani, “You’ve gotta stop telling yourself that. It’s not true.” “I could have stopped it…” “No, Khalil. You hampir jadi mangsa. Sama macam yang lain.” Khalil menghenyakkan badan ke sofa di ruang tamu dan Firdani duduk rapat di sebelahnya sehingga wangian Aramis Classic milik Khalil hampir melekat di baju Firdani. “You tahu,” Khalil memulakan, “sebab I biasa kena buli dengan senior masa Form 1, I ada habit untuk kunci pintu dan tak terus buka


pintu kalau ada orang ketuk. Bila dah start berkawan dengan Musketeers pun—” “Who?” Khalil senyum sedikit. “My friends and I.” “Oh.” “Masa Gibbs, Troll dan KJ mula protect I pun, I masih terbawabawa lagi habit tu. KJ teases me all the time about it,” Khalil berhenti dan memandang televisyen di hadapannya seolah-olah di situ terpapar segala pahit manis hidupnya dulu. “Kalau I masih simpan habit tu, I takkan biar Gibbs buka pintu—” “Sayang, stop,” pujuk Firdani. “Jangan seksa diri you macam ni, please. Or else you’ll be stuck in this loop. Hakikatnya benda tu takdir, sayang. Takde apa yang you boleh ubah, even if you can travel through time.” Khalil hanya mendiamkan diri. Firdani tahu apa yang dia cakap pada Khalil tu bukanlah sesuatu yang baru. Tapi dia rasa kadang-kadang Khalil perlu dengar perkara tu keluar dari mulut seseorang untuk memecahkan kitaran negatif dalam otaknya sendiri. Firdani mencium lembut pipi Khalil. Badannya dirapatkan pada badan Khalil sambil tangannya memeluk pinggang Khalil. Khalil membiarkan Firdani berbuat begitu dan tiba-tiba, entah dari mana, Firdani teringat perbualan antara dia dan teman baiknya, seorang jurusolek professional bernama Jay... “Kau tak rasa ke macam kau... rogol dia, kekadang?” soal Jay waktu makan tengahari tu. “Jay!” “What? Kau sendiri yang cakap... every time you get intimate with him is when he gets all vulnerable. Kau tak rasa macam ambik kesempatan ke?”


“That’s ridiculous!” “Ngaku jelah. Kau turned on kan tengok dia macam tu?” “No!” Jay sekadar memandang Firdani dengan resting bitch face dia tu. “Whatever. Tapi rogol tu macam extreme je. He’s a grown man. He can defend himself!” “Whatever. But honey, my gaydar is still beeping like crazy when I’m near him! He’s at least bi.” “Kau taste kat dia tu, kau punya pasal.” “Can you please be honest with yourself?” “About what?” “Benda ni dua hala, sayang. When you make a move on him, kau rasa tak benda tu berbalas? Ke dia main serah diri je?” “He’s complex, okay? He needs time to open up to me. Dia cerita pasal benda-benda yang tak cerita kat orang lain kat aku pun kira dah cukup bagus.” “Dan mungkin tu je fungsi kau dalam hidup dia. Untuk dia curhat kat k—” “Cur what?” “Curhat. Curah hati. Macamana kau ambik kesempatan kat dia, macam tu jugak dia ambik kesempatan kat kau.” “Aku tak—” “The point is: don’t you ever have that nagging feeling that he’s so far away from you, even when he’s so near?” Firdani berhenti membuka butang baju Khalil dan merenung wajah Khalil... yang langsung tak nampak seperti dia into the moment. Sebaliknya sepasang mata Khalil merenung jauh sehinggalah dia menyedari Firdani berhenti beraksi dan kembali duduk membatu di


sebelahnya. “What’s wrong?” tanya Khalil. Firdani senyum. “Nothing.” “You... don’t feel like it?” “Do you?” Khalil terdiam sedetik – cukup untuk Firdani tahu jawapan sebenar di sebalik jawapan yang keluar dari mulut Khalil, “Kalau you takde mood takpe, sayang. Kita naik tidurlah, jom.” Itu bukan jawapan kepada soalan I, sayang. “You naik la dulu. I nak buat kopi jap.” “Buat apa? Takleh tido pulak kang.” If you know me well enough, you would know that coffee doesn’t affect my sleep, sayang. “Takpe, you naik je dulu,” kata Firdani. Dan dia memerhati Khalil naik sambil kembali membutang bajunya yang dibuka Firdani tadi. ──♦── Firdani terus memerhati Khalil tidur di sebelahnya – turun naik dada Khalil yang kelihatan melalui t-shirt putih nipis yang sering dipakainya untuk tidur. Walaupun dah hampir setahun Firdani bergelar girlfriend kepada Khalil, Khalil masih belum cukup selesa untuk tampil au naturel di atas katil bersama Firdani. “Don’t you ever have that nagging feeling that he’s so far away from you, even when he’s so near?” Kalau boleh, Firdani memang tak nak jadi jenis perempuan yang terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang kawan-kawan cakap


sehingga mengganggu hubungan dengan si dia. Tapi betul kata Jay; Firdani tak mampu nak menipu diri sendiri. Sepanjang dia couple dengan Khalil, walaupun di saat Khalil paling vulnerable, Firdani masih rasa sukar untuk jumpa jalan masuk ke hati Khalil. Macam ada satu dinding yang Khalil bina di sekelilingnya dan dinding tu terlalu tinggi untuk dipanjat oleh sesiapa sekalipun. Firdani perasan yang setiap kali Khalil bercerita tentang kawankawannya yang bergelar Musketeers tu, ada sejenis rindu yang tak mungkin dapat digantikan apa-apa. Dan Firdani akui, dia rasa cemburu. Tak munasabah kan, cemburu dengan orang-orang yang dah mati? Tapi yang mati tu sekadar jasad dan ternyata diorang masih ‘hidup’ dalam fikiran Khalil. Perlahan-lahan, kelopak mata Firdani terasa semakin berat... tetapi hati dia semakin nekad. Esok hari baru. Hidup baru. Firdani baru – yang tak perlukan seorang lelaki yang tak perlukan dirinya.


5 Khalil memandang ke luar tingkap rumahnya sambil mengeluh panjang. Katil empuk yang malam ni dikongsi dengan Firdani dah lama dia tinggalkan sebelum malam betul-betul buta tadi. Jam menunjukkan pukul 5 pagi dan Khalil masih belum tidur. Kadang-kadang Khalil sendiri terfikir – bila kali terakhir dia betul-betul tidur? Ironinya, mungkin kali terakhir dia betul-betul tidur lena ialah waktu zaman sekolah. Zaman yang sebenarnya penuh dengan kesalahan remaja yang sepatutnya membuatkan seorang manusia bernama Ray tak tidur malam. Tapi waktu tu, kesalahan mudah dipadamkan dengan keseronokan. Bila dah tua macam ni (walaupun sebenarnya takdelah tua sangat) barulah nak mengenang balik segala dosa masa silam. Khalil memerhatikan kereta yang sudah mula berada di jalan raya. Diorang ni semua nak ke mana agaknya? Kebanyakannya mungkin baru balik daripada melepak dengan kawan-kawan. Awal pagi macam ni selalunya pertembungan antara anak muda yang pulang dari bercandaria dan si tua yang masih terpaksa bekerja. Awal pagi macam ni juga, Khalil sering ‘bertengkar’ dengan seorang manusia bernama Ray. Ray ni diibaratkan bulan yang tak nak menyerah kalah dan Khalil macam matahari yang berebutkan langit; bertegas menolak kegelapan. Selalunya di awal pagi macam ni, Khalil akan kalah. Tapi Ray menang pun bukan untuk masa yang lama. Khalil mengeluh. Otak aku dah mula merepek ni. Ayat-ayat macam ni memang kepunyaan Ray. Zaman sekolah dulu, ayat-ayat ni disambut dengan karpet merah dalam otak Khalil. Tapi sekarang, ayat-ayat ni seolah-olah tetamu yang tak reti-reti nak balik.


Khalil menghembuskan asap rokok, dan asap rokok tu seolah-olah bersatu dengan pemandangan sungai di bawah kediaman Khalil. Seakan sungai tu diselimuti kabus dan di celah-celah kabus tu Khalil sentiasa nampak empat kelibat yang berseronok mendayung di atas sampan (walaupun Musketeers sekalian tak pernah sekali pun naik sampan sama-sama). Itu satu lagi sebab kenapa Khalil suka berjaga awal pagi macam ni. Sebab dia sentiasa dapat nampak empat kelibat tu dalam asap rokoknya. Dan antara empat kelibat tu, Khalil sentiasa dapat lihat Ray memercikkan air ke arah Gibbs dan membasahkan rambutnya. Ray memang suka tengok rambut Gibbs basah. Khalil mengerling ke tingkat atas di mana Firdani masih lena, agaknya. Kalau Gibbs ni, tahu je dia bila aku takleh tidur. Konfem layan borak sampai matahari naik. Sejurus selepas terfikir macam tu, Khalil terus menggeleng sendiri. Tak adil. Tak adil untuk Khalil bandingkan Firdani dengan Gibbs. Tapi sayangnya, siapa saja yang bersama Khalil memang takkan terlepas daripada dibandingkan dengan Gibbs. Kadangkadang Khalil rasa dia tak patut ada hubungan dengan sesiapa atas dasar ketidakadilan ni. Tapi Khalil tak mampu untuk rasa sunyi. Pelik, dan bunyinya memang clingy. Tapi Khalil pernah lalui fasa di mana dia elakkan sebarang hubungan intim dengan sesiapa. Hasilnya Khalil sering diganggu mimpi buruk dan bayangan hitam dari masa lalu; kesan posttraumatic stress disorder yang dialaminya. Jadi, Khalil ambil jalan pentingkan diri sendiri. Plus, there’s nothing wrong with keeping each other company, even when love is not a two-way street... right?


6 Firdani bangun tanpa Khalil di sisi – dia anggap sebagai petanda yang tindakan yang bakal dia lakukan hari ni betul. Terlalu kerap Firdani bangun di tempat Khalil tanpa Khalil ada di sebelahnya. Mandi samasama memang jauh sekali. Firdani turun dan nampak Khalil sedang minum kopi sambil menulis di meja kerjanya di suatu sudut di ruang tamu, berdekatan dengan tingkap berpanel tinggi dalam rumahnya tu. Firdani tahu tu tempat kegemaran Khalil. Khalil pernah bercerita yang dia suka memandang ke luar tingkap tu; katanya kalau pandang jauh nampak segala kondominium mewah dan pejabat syarikat ternama, tapi kalau pandang bawah terus nampak kawasan setinggan. Terus nampak dua kelas manusia yang berbeza. Bila mengenang momen-momen peribadi macam tu, rasa berat jugak hati untuk buat apa yang dia nak buat ni… “Hai, sayang,” tegur Khalil dengan sedikit senyuman. Senyuman tipis yang menambahkan daya penarik pada seorang seniman seksi bernama Khalil. “Hey,” balas Firdani. “Off to work?” “Haah, ada shoot.” “Which one?” “Untuk TV Al-Hijab tu.” “Oh, right. Well.” Khalil bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Firdani. Dia mencium pipi Firdani dan berkata, “Have fun.” Kemudian Khalil berjalan semula ke meja kerjanya tanpa


mengerling sedikit pun ke arah Firdani. Terlepas tawa kecil dari mulut Firdani yang membuatkan Khalil mengangkat sedikit muka dan bertanya, “Something funny?” “You never ask me to stay, kan?” “What?” Firdani mengeluh sambil duduk di hujung sofa. “Whenever I have to go, you never ask me to stay a little longer.” Firdani dapat rasa yang Khalil tengah usha dia pelik sekarang; tak pasti perbualan ni nak dibawa ke mana. Mungkin di fikiran Khalil, Firdani berbunyi macam perempuan emosional yang tengah datang bulan (walaupun Firdani rasa yang Khalil bukan jenis lelaki yang stereotaipkan perempuan macam tu – but what does she know, right?). “You kena pergi kerja, kan? Takkan I nak—” “Do you ever miss me when I’m gone?” tanya Firdani, kali ni memandang tepat ke mata Khalil. Dan Khalil dengan segera mengalihkan pandangan. Selepas beberapa ketika baru dia memandang Firdani semula. “Sayang, kenapa ni?” Firdani mengeluh. Still not answering the question. Lagi molek rasanya kalau dia berterus-terang je. “Khalil, I think… we’re done.” Khalil diam. “I tak boleh hidup macam ni. Having you so near and feeling like you’re so far. We’re so disconnected,” kata Firdani lagi. Dia nampak Khalil mengangguk sedikit. Apa maksudnya tu? Bersetuju? Atau berdendam? “Kalau itu yang you nak, apa I boleh buat.” Dan balasan yang keluar dari mulut Khalil lagi teruk daripada bersetuju atau berdendam – menyerah kalah. Dan entah dari mana, Firdani dapat rasa perasaan marah meluap-luap dalam dada. Firdani bangun, mundar-mandir untuk hilangkan rasa marah tu


sebelum dia bersuara. Tapi tak berjaya. “Why do you keep doing that?” “Doing what?” “Playing the victim!” Dia nampak Khalil ternganga sedikit. Kemudian satu peratus dari marah yang Firdani rasakan mula menyala dalam sepasang mata Khalil. “Let me get this straight. You’re breaking up with me, and you’re blaming ME for playing the victim?” “Why are you not fighting for us?!” “Nani, apa you merepek ni? You DAH buat keputusan, lepas tu you suruh I ubah fikiran you?” “Yes!” “Well, I’m not good at playing games! Kalau you masih nak hubungan ni, you stay. Bukannya buat-buat break dengan I lepas tu suruh I pertahankan.” “Oh, believe you me, I bukan buat-buat. I memang nak break dengan you!” “Habis tu? Kenapa you marah I bila I terima keputusan you, like a mature adult?” “Jadi you nak kata I budak-budak?” “If you’re playing games, yes!” This is going nowhere. Firdani menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya sendiri. “Okay, let’s start over.” Firdani berdiri betul-betul di hadapan Khalil yang terang-terang nampak kecewa. Mungkin bukan kecewa sebab break-up ni, tapi kecewa sebab break-up ni tak berjalan selancar yang dia nak. “You’re not listening to me, Khalil. I rasa kita patut break sebab I rasa macam you menjauh dari I. You’re pushing us apart,” jelas Firdani. “So you want us to break up but you want it to be my fault?” Firdani kenal nada tu. Nada menyindir. Nada yang dia selalu gunakan pada Sofia; bukan pada dia. Firdani mula rasa perasaan marah


tadi curi-curi masuk semula ke dalam hati, tapi dia cuba tenangkan diri. “Don’t you at least want to explain why? Buat I faham dan timbang semula keputusan I?” tanya Firdani, hampir merayu. “Kalau you faham, you takkan tinggalkan I,” balas Khalil. “I think on some level, you want me to leave you, Khalil.” “That’s not true—” “Really? Jadi you happy dengan keadaan kita sekarang ni? Do I make you happy?” “Why is that so hard to believe?” “You’re not answering me, Khalil!” “Well, I WAS happy! Then everything was taken away from me. So what’s the point of being happy, anyway?” Firdani mengeluh. “See? This is what I’m talking about. You tahu, Khalil... kadang-kadang I rasa macam you memang suka jadi mangsa keadaan. Supaya you boleh salahkan keadaan dan bukan salahkan diri you sendiri.” Khalil pandang Firdani macam dia baru lepas kena tampar. Ada secebis hati Firdani yang rasa bersalah sebab cakap macam tu, tapi rasanya Khalil dah cukup dewasa untuk dengar benda ni. After all, didn’t he declare himself to be a mature adult a few moments ago? Jadi dah tiba masanya untuk Khalil buktikan yang dia dah betul-betul dewasa dan bukan lagi budak remaja bermasalah. “I told you about my past not for you to use it against me, Firdani.” “I’m not. You are.” “So you’re blaming me for what happened in my past?” “No, Khalil. I’m asking you to take charge of your present,” balas Firdani sambil mengambil beg tangan dia di meja yang berdekatan. Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah pintu. “Don’t call me, Khalil,” katanya sebelum keluar. Dan sebagaimana Khalil yang dia kenal; yang dah bina tembok


setinggi langit di sekitar dirinya dan tak mungkin Firdani lepasi, Khalil menjawab, “Don’t worry. I won’t.”


7 Khalil merenung dua biji Xanax dalam tangannya. Dua jam lagi, dia ada meeting dengan technical team bagi filem terbaru dia. Khalil perlu berada dalam kotak fikiran yang tak berkecamuk macam sekarang. Khalil menelan dua biji Xanax tu kemudian merenung dirinya sendiri dalam cermin bilik air. My God, you look pathetic. Siapa sangka kau boleh koyak macam ni lepas break-up. Dengan awek pulak tu. Dengan tak semena-mena, terlepas tawa kecil dari mulut Khalil. Walaupun tu suara hati dia sendiri, dia dapat bayangkan ayat tu datang dari KJ. Dan dia dapat bayangkan jugak balasan Troll kepada ayat KJ tu – sekurang-kurangnya aku lega; dah terbukti dia boleh bertahan bila couple dengan awek. Dan Gibbs? Gibbs takkan bahan Ray. Gibbs akan cakap, “Seorang Raymond de Silva boleh dapat sepuluh lagi awek macam tu kalau dia nak. Sorang blah, apa ada hal.” KJ akan offer pot brownie pada Ray tapi Gibbs takkan bagi Ray makan – sebab Gibbs akan kata benda alah tu tak elok makan waktu state of mind kita tengah depressed. Lepas tu Troll, walaupun tak sebijak mana, akan persoalkan – tadi kau kata Ray tak patut koyak sebab boleh dapat ramai lagi awek macam tu? Lepas tu KJ akan— Holy shit, this is not good. Khalil menggeleng-geleng seolah-olah cuba menggoncang suara-suara tu keluar dari kotak fikiran dia. Ini bukan pertama kali Khalil hidup dalam dunia imaginasi Musketeers dia. Dia memandang kotak Xanax yang masih di tepi sinki, dan terfikir kalau-kalau dunia imaginasi tu boleh betul-betul wujud kalau dua papan Xanax tu selamat masuk ke dalam sistem badan dia. Mungkin dua papan tak cukup. Apa kata kalau tiga... untuk selamat, empat...


Telefon Khalil tiba-tiba berdering, dan dia menjawabnya dengan segera sebelum sempat menenangkan diri sendiri. “H... hello?” “Bos? Bos okay ke?” suara Abang Lan bertanya dengan sedikit nada risau. “Okay. Kita ada meeting kan? Pukul 2?” “Ha, tulah. Nak tanya bos on the way ke?” “Kenapa? Nak jumpa dulu sebelum meeting ke?” “Err... taklah. Jumpa untuk meeting la, bos.” “Meeting kan pukul 2?” “... Sekarang dah pukul 2:20, bos.” ──♦── Khalil dapat rasa Husni dok tenung je dia. “Kalau kau nak mintak naik gaji, jumpa bos. Kau tenung aku sampai mati pun takkan dapat.” “Suka sangat cakap pasal mati. Mati betul baru tahu,” bebel Husni. Wouldn’t be such a bad idea, fikir Khalil. “Bos okay ke tak ni?” “Filem yang dah lama kena shelf akhirnya nak roll. Kau rasa?” “Kalau excited naw, and everything’s okay, kenapa bos datang lambat?” “Contrary to popular belief, I’m not perfect.” “Jangan risau; saya tak percaya khabar angin,” balas Husni sambil menggulingkan biji mata. Khalil senyum sedikit, kemudian kembali fokus pada filem pendek yang sedang disunting. “Bos… tak koyak kan?” “Kau ingat aku apa? Kertas?” “Tak. Tisu.” Khalil diam. Malas nak layan. “Saya nak tahu ni atas sebab profesional, bos. Saya tak nak bos


terganggu masa shoot tu nanti.” “Terima kasih la, jaga kebajikan aku.” “Ofkos! Apa guna ada PA?” “Entah la eh… tempat ex aku mengadu kot.” Husni terdiam. Khalil mengerling ke arahnya sekejap kemudian menggeleng. “Kau layankan sangat perempuan gila talak tu kenapa?” “Dah dia call, takkan saya nak ignore je.” “Kat telefon kau takde butang merah?” “Whatever. Saya cuma nak tahu bos tip-top, tu je.” Khalil rasa macam nak tergelak pun ada. Secara jujurnya, dia sendiri tak tahu apa yang dia patut rasa. Dia kecewa, betul – tapi kenapa, sebenarnya? Sebab satu-satunya hubungan (semi) intim yang dia pernah ada dah berakhir ataupun sebab dia tak berjaya menipu diri dia sendiri untuk hidup normal macam orang lain? Belum sempat persoalan tu terjawab (ah, mungkin memang takkan terjawab pun), kelihatan Abang Lan, pengurus produksi filem Khalil, berdiri di muka pintu ofisnya. “Bos, boleh cakap kejap?” “Duduk la, Abang Lan,” pelawa Khalil. Setelah duduk, Abang Lan terus tanya, “Betul ke bos tak nak Mika jadi stuntman?” “Kenapa, Abang Lan? Dia tengah takde job sangat ke?” “Bukan macam tu. Cuma Mika ni memang yang terbaik, bos. Bos cakap stunts yang nak buat ni, inspired by filem Infinito tu kan?” “I’m sure your second best is also one of the best, Abang Lan—” “Sejak bila bos settle for second best?” sampuk Husni. Eh eh, budak ni ada kat sini lagi! “Saya tak faham, bos. Bos ada dengar benda tak elok pasal Mika ni ke? Setahu saya attitude dia okay.” “Well, no—” “Oh. Faham,” sekali lagi Husni menyampuk.


“Apa bendanya yang kau faham?” soal Khalil. “Mika tu tunang Sofia. Sofia BFF Firdani. I get it.” Muka puas hati si Husni macam baru lepas menang kuiz anti-dadah antara sekolah tu buat Khalil rasa macam nak tepek je. “No, you don’t get it because that’s not the reason.” “Habis tu?” Husni dan Abang Lan dua-dua memandang Khalil, menunggu jawapan. “Aku… dengar dia dah nak bersara. Aku tak nak dia buat benda ni separuh hati.” Man, that was weak. Tapi Khalil tak boleh bagitau pasal perjanjian dia dengan Sofia. Kalau diorang tanya kenapa dia ikut cakap Sofia, macamana? Lagipun Khalil bukan buat ni untuk pastikan Sofia tak bercerita tentang kisah silam Khalil. Tapi sebab Sofia mintak Khalil buat ni “as a friend”. Damn those three words. Tiga per empat daripada ahli Musketeers dah mati (like, literally mati!) dan Khalil masih berpegang pada prinsip persahabatan. “Itu bos tak payah risau. Mika ni memang professional. Dan dia memang nak sangat kerja dengan bos. Tolong la consider, bos,” Abang Lan hampir merayu. Budak Mika ni mesti bagus betul sampai beriyaiya Abang Lan rekomen dia. Mestilah bagus. Kalau tak bagus, takkanlah dia komited buat stunts sampai sanggup bahayakan diri sendiri. Walaupun kemalangan yang menimpa diri Mika tu salah produksi, kalau Mika berkeras tak nak berenang jugak dalam laut yang berkemungkinan besar penuh jerung tu, tak jadi jugak. Bila difikir balik, boleh tahan bangang la gi serah diri macam tu. Jadi Mika ni... bagus ke bangang sebenarnya? Well, he’s with Sofia. So he’s gotta be one committed fool then. “Bos? Bos!” suara Husni memecah masuk ke dalam kotak fikiran Khalil. Khalil mengangkat muka dan terpandang ekspresi Husni yang dia


cukup kenal: risau. Sekaligus Khalil nampak diri dia sendiri melalui mata Husni – bos yang datang lambat untuk mesyuarat penting, mengelamun, prestasi kerja menurun... semuanya gara-gara koyak lepas putus dengan awek. Shit, I must look like a total loser! Satu-satunya manusia yang buat Khalil betul-betul koyak ialah Gibran Mohd. Zahim, dan tu pun sebab dia mati. A very valid reason. Tapi sekoyak mana pun Khalil waktu tu, dia tekad untuk capai cita-cita dia dan jadi yang terbaik dalam bidang dia. It was a huge distraction from his grief, but at least he’s damn good at it. Dan sekarang, semata-mata sebab awek yang dia tak betul-betul cinta pun (rasanya) putus dengan dia, dia nak musnahkan kerjaya yang dia dah bina untuk diri dia sendiri? No way. My work is the only thing that keeps me sane and damn it, I want the best people in my team because I can! “Fine. Ambik Mika,” putus Khalil sambil memandang tepat ke arah Husni. There! Teori kau salah!


8 Mika duduk menonton saluran Cartoon Network dia pagi tu sambil makan semangkuk Koko Krunch (susu: minimal). Ini rutin Mika setiap kali nak menghilangkan rasa nervous. Bukan, ni bukan rasa nervous sebelum buat kerja stuntman – Mika tak pernah nervous sebab tu. Mika nervous sebab akhirnya dia dapat kerja dengan pengarah tempatan idaman dia... dan dia belum bagitau Sofia lagi. Serentak itu juga, loceng pintu rumahnya berbunyi. Demmit, minah ni sekali-sekala jangan punctual sangat, boleh tak? Mika bangun, buka pintu... dan Sofia terpacul di muka pintu dengan muka annoyed dia. Okay, this is not good. Kenapa muka dia macam ni? Sofia masuk tanpa berkata apa-apa dan meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia memandang TV, kemudian memandang Mika. “Okay, what’s going on? Kenapa you pasang Cartoon Network?” Okay, she knows something’s up. I swear, in another life, this woman’s a witch. “First, tell me if everything’s okay with you,” kata Mika. Sofia mengeluh dan menghenyakkan badannya ke atas sofa. Sebagaimana dia mengenali Mika, begitu juga Mika mengenali dia. Ada beza antara Sofia punya normal resting bitch face dan totally annoyed bitch face. “Papa takleh datang nikah kita,” kata Sofia. Ah, shit. Mika duduk di sebelah Sofia dan mula membelai rambutnya. Sofia menepis tangan Mika tapi Mika merangkul Sofia sampai Sofia akhirnya terpaksa relakan je diri dia dipeluk Mika. Selalunya macam tulah – bila Sofia annoyed dia jadi snappy dengan


semua benda, termasuk Mika. Tapi Mika pulak jenis ‘kau nak annoyed tu suka hati kau la, aku nak pujuk pun suka hati aku la jugak’. Mika tahu Sofia ni memang ada daddy issues sikit. Sofia ni anak sorang – maknya meninggal waktu umur dia 15 tahun. Walaupun Mika sendiri kehilangan orang tua dia di usia yang lebih muda, tapi kes Sofia ni lebih rumit kot sebab papa dia ada lagi... bukanlah nak kata kalau parents meninggal tu patutnya meninggal dua-dua serentak. Tapi selalunya bila budak kena deal dengan pasangan yang hidup lagi tu, sama ada akan jadi rapat gila ataupun akan ada macam-macam isu – macam kes Sofia ni la. Dari awal pun, Sofia ni anak mama dan bukan anak papa. Agaknya lepas mama dia meninggal akibat kanser, papa Sofia tak reti nak buat apa dengan budak perempuan remaja yang hormon tengah tak menentu tu (sekarang pun hormon Sofia takdelah menentu sangat). Jadi papa Sofia sibukkan diri dengan kerja; bina empayar bisnes yang dia ada sekarang. Sofia yang nakkan father figure di umur tu cuba sedaya upaya untuk dapatkan perhatian papa dia – drugs, sex, parties... it’s like she bought a guide book on good girl gone bad and made it her bible. Bila papa dia bagi perhatian, baru la dia akan jadi good girl balik. Tapi selalunya perhatian tu tak lama, dan Sofia akan buat balik bendabenda yang papa dia larang. Sampai besar, Sofia masih dengan tabiat lamanya – piss dear papa off, then try to regain his approval. Menceburi bidang lakonan, misalnya... dan jatuh cinta dengan stuntman. Bila papa dia pura-pura sibuk dan tak nak datang majlis diorang, datang la balik keinginan Sofia nak puaskan hati papa dia (okay, tak la pura-pura... tapi Mika rasa boleh je papa Sofia clearkan jadual ni untuk anak perempuan sorang nak nikah kot!). “Papa ada apa?” Mika tanya. Sebenarnya Mika geli guna perkataan “papa” ni. Mungkin sebab masa sekolah dulu, kawan-kawan rempit dia yang bercouple gunakan “papa-mama” sebagai kata ganti nama diri bila


borak dengan awek diorang (ya Allah, mengenangkan balik pun geligeleman dibuatnya!) “Some stupid thing in Japan,” balas Sofia sambil menukar saluran dari Cartoon Network ke HBO – siri apa entah tengah main, tapi Sofia biar je (Mika tak paham apahal entah channel movie tapi pasang series. Bongok betul – aku unsubscribe jugak kang). “Berapa lama?” “Enam bulan.” “Enam bulan?! Dia simpan perempuan ke kat sana?” Oh demmit! Apasal mulut aku ni terlajak laju lak pagi ni! Ni semua HBO punya pasal! Kalau stay kat Cartoon Network tadi, mesti aku tak gelabah macam ni! Sofia menjeling Mika, tajam. “Kelakarnya...!” Mika peluk Sofia lebih erat walaupun Sofia cuba meronta – terkena debik gak la sikit kat pipi. Mujur kerja aku pakai body, tak pakai muka. “Sorry, sorry... tapi apahal lama sangat kat sana?” “Team-building apa jadah entah.” “Best gak company papa ni. Team-building kat luar negara sampai enam bulan. Agak-agak kalau I apply kerja jadi despatch, dapat join tak team-building macam ni?” Mika cuba berseloroh. “Makin menyampah pulak I dengar suara you ni. Diam je, boleh tak?” Tunang aku ni buat dah perangai kurang ajar dia. Geram betul, rasa nak ‘kerjakan’ je. “You tahu tak apa yang kita boleh buat tanpa bercakap?” usik Mika. “Bongok,” balas Sofia, tapi dengan sedikit senyuman. “You dah makan belum ni? Nak Koko Krunch?” tanya Mika sambil bangun. “Ugh, sugar! I dah cakap ngan you kita on keto diet, kan?” Sofia


berbunyi bossy sambil mengikut belakang Mika. “Heh, you’re not the boss of me,” balas Mika. Dan Sofia menolaknya ke dinding dan menahannya. “Really?” cabar Sofia, tangannya dah mula menjalar... Tangan Mika pantas menangkap tangan Sofia, memusingkan badannya kemudian mendakap Sofia dari belakang. Tangan Mika pulak yang merayap... Tiba-tiba Mika dengar ada esakan kecil terlepas dari mulut Sofia. “Oh, sorry. Did I hurt you?” tanya Mika, risau. “No... takde apa-apa... I—” dan Sofia tiba-tiba... menangis! What? What the hell is going on? Mika berdiri di depan Sofia – konfem, minah ni nangis! Apahal pulak ni? A bitchy Sofia, I can handle. This? Mika gelabah sikit. “Hey, sayang... kenapa ni?” “Nothing!” balas Sofia, sedikit keras. “Well, you have to tell me, okay? Because you don’t cry over nothing, and I don’t back down easily after seeing you cry,” Mika pun berkeras jugak. Sofia mengeluh dan kembali duduk di sofa. Tangisannya reda tapi Mika perasan ada sejenis kepenatan di wajah Sofia yang dia tak perasan sebelum ni. Mika duduk di sebelahnya. “If this is about papa, kita boleh tunggu sampai dia balik—” “No, kita tak boleh tunggu sampai dia balik. It’s six bloody months!” “Okay, I tak kisah. Tapi okay ke kalau you takde wal—” “I’m pregnant.” Kalau ada pin jatuh masa tu, memang boleh dengar. Dengan tak semena-mena keadaan sekeliling jadi senyap – pelik, selalunya ada je alarm kereta malaun memana kat bawah apartment Mika ni berbunyi. Mika rasa mulutnya kering seolah-olah tak berair liur. Did I hear


her right? “Yes, you heard me right,” kata Sofia. Did I say that out loud? Aku dah kata minah ni witch! Rasanya Mika tak bersuara untuk durasi 5 minit penuh. Dan rasanya mulut dia ternganga sikit sebab lepas 5 minit tu, Sofia tampar muka Mika dan dia tiba-tiba perasan yang dia tak tutup mulut. “That’s in case you were having a seizure,” kata Sofia. “I’m sorry. I—Are you sure?” “I kencing atas benda alah tu 5 kali kot.” “You tak share kat ClickIt kan?” “Soalan bodoh apa ni? You ni bila terkejut jadi bangang rupanya.” “Baguslah you dah tahu. Kalau you nak I jadi bangang, you terkejutkan la I macam ni lagi.” Sofia membuat muka, tapi tak balas apa-apa. Dia menekup wajahnya dalam kedua-dua belah tangan sambil mengeluh. Bila dia kembali memandang Mika, sekali lagi Mika nampak kepenatan dalam wajahnya. “You nak I gugurkan?” tanya Sofia. Tiba-tiba Mika memeluk Sofia. Erat. Dia dapat rasa Sofia sedikit terkejut dan tak memeluknya kembali. “Jangan cakap macam tu. Please. Dia boleh dengar,” bisik Mika. “Siapa?” Sofia, tanpa dia sendiri sedari, berbisik jugak. “Our kid.” Sofia meneliti wajah Mika selepas Mika meleraikan Sofia dari pelukannya. “You... you nak—?” Sofia tak menghabiskan ayatnya. Mika membelai pipi Sofia, lembut. “You tanya apa ni, sayang? Mestilah I nak. She’s in the woman I love. She’s ours.” Sofia senyum sedikit. “Konfidennya ‘she’.” “Mestilah ‘she’. I kan gentle. Mesti perenang I bawak kromosom X


punya.” “Wow, you retire dari stuntman sebab nak jadi scientist ke?” Oh, right. That. Mika tiba-tiba teringat tujuan asal dia ajak Sofia datang ke apartment dia pagi ni... “Jadi macamana ni? Kalau boleh I nak kita nikah minggu depan. Before the entertainment reporters and their bloodhound noses get a whiff of this,” kata Sofia. “I tak kisah kalau you tak kisah. Lagi senang I nak lafaz akad, knowing the wali doesn’t hate me.” Sofia memberi renungan senget kat Mika. “Papa doesn’t hate you.” “Hey, don’t take that away from me. I suka jadi bad boy.” Sofia senyum dan menggeleng. “Fine.” Mika memeluk pinggang Sofia. “You okay ke kalau papa tak datang? You tahu papa akan sindir-sindir kita lepas dia balik dari Japan kan?” “Ah, lantaklah dia. Siapa suruh dia tak datang?” “The reporters might hunt him down and ask him why.” “Lagi bagus! I nak jugak dengar dia cakap apa.” Di sebalik perangai acah-acah tak kisah Sofia tu, Mika tahu yang Sofia sebenarnya teramatlah kisah pasal papa dia tak datang nikah diorang. Tapi Mika juga tahu yang Sofia memang dari dulu nakkan anak – dia banyak kali cakap yang dia takkan buat anak dia macam papa dia buat kat dia. Dan sekarang anak tu dah ada bersama diorang, maka Sofia punya lioness instinct pun dah kick in. “Kita tunggu dua-tiga bulan lepas nikah, kita bagitau papa yang you pregnant. Lepas tu dia balik je dari Japan, kita lak gi honeymoon sampai enam bulan! Padan muka dia, tak dapat jumpa Elsa,” kata Mika. “Who’s Elsa?” “Your daughter.” “My daughter is the ice queen?”


Click to View FlipBook Version