sijil kematian tetap Jailani bin Hassan. Mortal. Manusia biasa. Ray menangis. Perlahan pada mulanya, kemudian makin deras. Celaka betul perasaan ni – macam jatuh dan terus jatuh dalam ruang gelap yang tak berpenghujung. Ray dah tak perasan orang lalu-lalang dan takde siapa yang tegur dia pun. Jadi dia kekal dalam ruang gelap yang tercipta khas untuk dia dan terus menangis. Ray tak tahu berapa lama dia duduk terpuruk kat situ tapi yang dia tahu lepas dia berhenti menangis (ataupun berehat sebelum menangis semula), Ray rasa haus sangat. Tekak dia rasa kering macam kertas pasir. Ray bangun. Dia nampak sorang budak perempuan dalam umur 5 tahun pakai tudung ropol-ropol dok usha dia. Sambil lalu, Ray usap kepala budak tu sikit – sedikit tanda pemberi semangat untuk dia lalui hidup yang tak berapa adil ni. Bila dia buat tu, dia perasan yang mak budak tu menjeling tajam ke arahnya. Tak tahu kenapa, Ray rasa macam nak gelak. Look at us – so worried about the smallest things; completely clueless about how the bigger things can be swiftly taken away from us. Ray berdiri lama depan vending machine dan tak tahu nak pilih air yang mana – mineral water or something with sugar? Dia tengok jam – pukul 2:34 pagi. Dah berbelas jam dia tak makan apa-apa. Maybe a Coke wouldn’t be such a bad idea. Baru je Ray nak masukkan duit, dia terpandang dua kelibat yang selama ni dia cuma pernah nampak dalam gambar. Tapi menengokkan muka panik diorang masing-masing, Ray yakin sangkaan dia betul – tu ayah dan abang Gibbs. Ray nampak diorang masuk ke dalam kawasan hospital dan Ray mengikut. Dia terfikir jugak nak tegur dan tolong bawakkan ke tempat yang diorang nak tuju tapi tak tahu kenapa tak terkeluar sepatah perkataan pun dari mulut dia. Dia cuma mampu ikut. Sampai je kat tempat yang sepatutnya, doktor bertugas dah
menunggu – doktor sama yang cakap dia tak boleh bagitau Ray keputusan post-mortem Gibbs selagi ahli keluarga belum sampai. Ray berdiri di belakang ayah dan abang Gibbs sambil diorang dengar penerangan doktor – diorang tak perasan pun kehadiran Ray dan Ray faham; ruang gelap yang menyelubungi Ray tadi mungkin dah berpindah pada diorang. Ray dapat tangkap beberapa patah perkataan yang diungkap dek doktor tu – gunshot wound, ruptured spleen, siasatan polis, only one survivor – benda-benda yang Ray sebenarnya dah tahu. Ray tak tahu bila saatnya abang Gibbs, Rehan perasan kehadiran dia kat situ. Yang Ray tahu cuma tiba-tiba ada perasaan macam dia tengah diperhati. Like a pair of eyes have been staring at you for a few seconds – dan Ray mengalihkan pandangan dari doktor kepada Rehan yang sedang memandangnya dengan ekspresi… keliru? Sedih? Marah? Ray tak pasti. Tapi yang dia pasti ialah kata-kata yang keluar dari mulut Rehan… “How come he’s still alive?” Mula-mula Ray tak faham; Rehan tengah cakap pasal siapa sebenarnya? Ray pandang doktor tu dan doktor tu nampak serba salah. Doktor tu akhirnya menjawab, “We don’t know—” “Kau Raymond, kan?” Kali ni, Rehan bertanya terus. Ray sekadar mengangguk. “Kenapa dia biar kau hidup?” “Saya… saya tak—” Ayah Gibbs meletakkan tangannya di atas bahu Rehan. “Rehan, don’t—” “No, I want to know. Why Gibran and not him?” “Rehan, please—” “Gibran pernah cerita pasal kawan-kawan dia kat aku. Dia pernah
cerita pasal kau. You don’t have anybody. Kan lagi adil kalau kau yang mati?” “Rehan!” Bentakan tu datang dari ayah Gibbs yang mungkin tak sangka anak dia boleh cakap macam tu pada budak yang dia baru kenal. Tapi bentakan tu tak juga berbunyi terlalu keras sebab mungkin ayah Gibbs sendiri masih terkejut dengan berita kematian anak bongsunya. Atau mungkin ayah Gibbs sekadar marah sebagai tanggungjawab dan sebenarnya terfikir benda yang sama. Kenapa Gibran dan bukan Raymond? Dan soalan tu terus menghantui Ray sambil dia melangkah keluar dari hospital malam tu. Soalan yang sama juga menghalang Ray daripada hadir untuk upacara pengebumian Gibbs. Soalan yang sama bermain di fikiran Ray setiap malam sebelum tidur, berbelas tahun lamanya. ──♦── “That’s it?” Kalau tangan Khalil tak terikat, mau dia tumbuk je mamat psycho ni. Setiap pengakuan yang Khalil buat sekadar jadi bahan untuk mamat ni perlekehkan dia – siapa tak bengang. Khalil malas nak jawab. Sebaliknya dia sekadar merenung muka Gibbs yang serba salah. Say something, Gibbs. Tell me what he said was wrong. “Abang dia persoalkan kenapa orang lain hidup, adik dia mati? Itu yang buat kau marah sangat?” mamat tu tanya lagi. Sekali lagi, Khalil pilih untuk diam. “Khalil, you of all people should understand the grief process. Abang dia pilih untuk marah. Marah dengan semua benda yang ada
sekeliling dia. Takkan kau tak faham tu?” “Bukan aku yang bunuh adik dia,” Khalil bersuara. Mamat psycho tu terdiam jap. Tak tahu kenapa tapi Khalil rasa macam mamat tu tengah kawal marah – there was an eerie calm that made the panic rise in Khalil’s throat again. Lepas tu, mamat tu mengeluh. “Memanglah bukan kau yang bunuh adik dia. But he wanted something to blame. Dia terlepas cakap.” “Setiap manusia patut bertanggungjawab atas semua benda yang dia cakap, sama ada terlepas ataupun tak,” ayat tu dengan lancar keluar dari mulut Khalil. Mamat psycho tu merenung Khalil. “You think so?” Khalil rasa macam dia dah tersalah langkah dan kena jilat ludah dia sendiri. Tapi dia beranikan diri untuk jawab, “Yes.” Mamat tu mengangguk. “Then I think it’s time you hear my confession.”
30 Haikal bangun pagi tu dengan semangat yang dah lama hilang – semangat yang mengatakan hidup dia dah lengkap dan dia tak perlu rasa macam ada apa-apa kekurangan lagi dah. Semua sebab panggilan telefon yang dia dapat malam tadi. Lima tahun dah Haikal tak jumpa dia. Walaupun diorang dikira ‘friends’ kat Facebook dan Haikal dengan mudahnya boleh stalk perkembangan terbaru dia, tetap tak sama dengan berdepan dan berborak macam dulu-dulu. Tapi Dr. Sandra dah pesan: only when the other side is ready. Kalau Haikal je yang rasa bersedia tapi belah sana masih tak nak tengok muka dia, tak guna gak. Dan proses tu sendiri melatih Haikal untuk mengawal perasaan dia sendiri. Ikutkan hati, memang macam-macam prasangka buruk yang dia boleh ternak tentang kenapa adik dia sendiri tak nak jumpa dia. Tapi kalau ikutkan akal, agak logik gak tindakan adik dia tu. Mana nak tahan hidup dengan manusia penuh drama macam Haikal. Haikal teringat sesi terakhir dia dengan Dr. Sandra – waktu tu, kepala dia memang tengah tak berapa betul sebab sibuk dengan macammacam hal kat tempat kerja; secara tak langsung, emosi dia pun terganggu. Jadi macam-macam jugaklah yang keluar dari mulut dia. “Kerja penat-penat ni pun buat apa? Ada adik; satu-satunya darah daging yang tinggal pun, dia tak nak ada kena-mengena dengan saya. Pointless kan semua ni?” Dr. Sandra telah bagi renungan maut dia. “You know what you’re doing, right?” Haikal mengeluh. “Saya kaitkan benda yang tak berkait.”
“So let’s break it down?” Haikal tarik nafas dalam-dalam. “Saya cuma stress kat tempat kerja sebab sekarang tengah busy; it’s always busy at the end of the year. Saya tahu tu. Saya dah kerja kat syarikat ni dah tiga tahun. This shall pass.” “Right. Is your job pointless?” “No. Saya buat ni untuk stabilkan diri saya. Untuk saya buktikan yang saya boleh berfungsi dengan normal.” “Dan tentang adik awak pulak? Let’s recap your understanding about that.” “Adik saya perlukan masa untuk bina hidup dia sendiri jugak. Saya bergaduh teruk dengan dia; saya cakap benda-benda yang tak sepatutnya dan dia marah. Bukan sekadar marah; dia perlukan masa untuk berjauhan daripada saya. Supaya saya tak terus ganggu dia dengan aura negatif saya.” “But you have to remember…?” “I have to remember that I’m not that negative person anymore. At least, I don’t want to be. Jadi saya perlu ingat yang waktu-waktu stress memang akan datang dan pergi tapi apa yang paling penting ialah macamana saya handle stress tu.” “That’s good, Haikal. And about the tragedy in your past?” Haikal ambik masa untuk jawab soalan yang ni. Dr. Sandra pun bagi dia ruang sebab sebagai doktor psikologi yang dah merawat dia sejak lima tahun dulu, dia bukanlah bertanya dek kerana tak tahu – dia bertanya untuk pastikan Haikal faham apa yang diorang dah sama-sama capai melalui sesi-sesi ni. “Saya perlu akui yang kematian mak dan ayah saya dalam kemalangan tu memang satu tragedi yang besar dalam hidup seseorang. Tapi saya juga kena sedar yang saya tak patut berpaksikan tragedi tu dan gunakan tragedi tu sebagai alasan untuk semua kegagalan dan kekecewaan hidup saya.”
“And…?” Haikal terdiam. Dia tahu apa yang Dr. Sandra nak dengar. “I’m not ready to admit that, doc.” “It’s okay, Haikal. I’m not here to force you. But I am here to push you towards getting better. Always remember that.” Haikal mengangguk. Mungkin kalau dia dapat akui satusatunya perkara yang dia masih tak dapat nak ungkapkan tu, dia akan rasa lebih lega. Tapi “mungkin” tu satu perkataan yang nakal, kan? ──♦── Haikal tarik nafas dalam-dalam sambil berdiri depan pintu rumah tu. This is it, man. Keep it cool. Haikal ketuk pintu. Takde respon. Dia ketuk sekali lagi dan kali ni kedengaran suara sayup-sayup berkata, “Coming.” Dan belum sempat Haikal menarik satu lagi nafas panjang, pintu terbuka dan Haikal nampak muka tu secara langsung; pertama kali setelah bertahun-tahun lamanya. Dalam nada paling selamba seolah-olah momen ni taklah sebesar mana, Haikal bersuara, “Hey, Mika.” Mika senyum. Ada sejenis kesayuan menyapa hati Haikal bila dia sedar yang pada satu ketika dulu, dia selalu nampak senyuman tu – senyuman arwah maknya. Mika memang ikut muka mak. Soft features – mata bundar, hidung penyek sikit, senyum lebar. Tak seperti Haikal yang ikut muka garang ayahnya – mata dalam, tulang pipi seolah diukir dan senyuman tipis. “Masuklah, bang,” Mika menjemput, masih tersenyum tapi jelas sedikit gementar. Don’t worry, kiddo. I’m not gonna mess this up, Haikal berjanji dalam hati.
Haikal masuk dan dia terus nampak seorang perempuan cantik berdiri di tengah-tengah ruang tamu, bersedia untuk menyambut kedatangannya. Haikal tak pernah jumpa dia tapi kenal dia siapa – Sofia Aliya, salah seorang pelakon wanita paling popular sekarang. Juga awek Mika (kalau gosip internet yang dia pernah baca tu betul). Sofia bersalaman dengan Haikal dan Haikal merenungnya seketika; tak cukup lama untuk buat Sofia rasa creeped out. “You’re really as pretty as you are on screen,” ujar Haikal. Sofia ketawa; juga ada sedikit gementar. “I hope that’s a good thing.” “Of course,” balas Haikal ringkas. “So what is a classy lady like you doing with a clown like my brother?” Sekadar berseloroh, obviously. At least he hopes it’s obvious. Mika ketawa kecil sambil menggeleng – sekaligus membuatkan Haikal rasa lega. Buatnya Mika tiba-tiba sentap ke, freeze up ke tadi… Menengokkan Mika ketawa, Sofia pun senyum. I’m sure my lil’ brother has told you all about my mood swings, Sofia – Haikal berbisik dalam hati. “Sometimes, I don’t know,” balas Sofia. “Jawablah sebab I hensem. You ni,” Mika menyampuk. “Sorry la, dude. Bab hensem ni, I think I won the gene lottery,” Haikal pulak sambung. “I would have to agree on that,” sahut Sofia. “Hoi, apa ni! Belum-belum dah gang up on me,” ujar Mika. Haikal sekadar tersenyum. This is going good. This is really good. Banter. Macam dulu-dulu. When things were okay between us. Keep it up, Haikal. Diorang bertiga duduk di ruang tamu dan sambil duduk, Haikal bersuara, “Jadi, berapa banyak dah tulang kau patah?” Masih niat berseloroh. Tapi tiba-tiba suasana senyap sekejap dan
Haikal mula panik. Shit, why did I have to go and say that? Topik tu mesti la tak berapa sedap lagi nak buat borak. Tu yang buat kitorang gaduh besar dulu kot! Haikal cuba senyum. Cuba sedaya-upaya untuk hantar vibe yang mengatakan diorang masih okay dan sekadar bergurau-senda. Dia sedar Mika tengah perhati raut wajah dia; nak pastikan sama ada Haikal serius, berkias ataupun memang tak maksudkan apa-apa. I really didn’t mean anything by it, bro. Honest! Please know that… “Satu je.” Akhirnya, Sofia yang memecah kesunyian. Haikal perasan Mika pandang Sofia dan Sofia berikan jelingan yang seolah-olah berkata, ‘Keep it light and easy. Come on, now.’ Dan Mika pun senyum. “Haah. Tulang fibula belah kanan. Tulang kecik je.” Haikal mengangguk. “Masa kena gigit jerung tu ke?” Sekali lagi, segala bunyi macam masuk dalam ruang vakum. Eh bangang betul la kau ni, Haikal. Tadi elok dah Sofia selamatkan kau, pastu kau gi buat balik macam sengaja cari pasal ni kenapa! Tiba-tiba, Mika gelak. Sofia nampak pelik kenapa gelak tu datang tiba-tiba dan tak putus-putus pulak tu. Mula-mula Haikal pun pelik. Tapi dia dah lama tak dengar gelak tu; gelak Mika yang memang mudah berjangkit. Dan sebab tu jugak la, tak pasal-pasal… Haikal join gelak sama! Sambil Mika sapu air mata yang keluar dek kerana parah sangat gelaknya, Sofia tanya, “Okay, is there an inside joke that I’m missing here?” “Sorry, sayang. Serius, I tak bermaksud nak—tapi—” Mika tak dapat kawal diri dan gelak dia terburai sekali lagi. “Abang patut tengok muka abang masa abang tanya pasal kena
gigit jerung tu… lawak gila! Straight, deadpan je… macam orang harihari kena gigit jerung!” “Aku pun baru perasan sebenarnya. Apahal rilek sangat aku tanya pasal kena gigit jerung?” sahut Haikal. Sofia masih nampak macam dia tak terhibur. Mika perasan dan memegang tangannya. “Sorry, sayang. I tahu insiden tu sensitif untuk you. Tapi bila you fikir balik, kena gigit jerung ni macam kelakar sebenarnya. Macam benda yang jadi dalam katun je. You bayang macam I ni kononnya kerja opis. Lepas tu I telefon you dari tempat kerja, I cakap – sorry, yang. Hari ni I balik lambat sikit. I kena gigit jerung.” Makin berdekah la dua beradik tu gelak. Sofia yang pada mulanya muka ketat pun lama-lama tak dapat nak tahan gelak gak. Dia cubit lengan Mika sambil kata, “Bongok la you ni!” “Dia ni memang bongok. Apasal la Sofia nak kat dia?” tanya Haikal yang dah kumpul oksigen balik lepas gelak tak cukup nafas tadi. “Tu la. Dulu takde siapa bagi warning masalahnya,” balas Sofia. “Belum terlambat lagi,” kata Haikal. “Dah. Dah lambat dah,” ujar Mika, kemudian dia pandang Haikal sambil tersenyum lebar, “Kitorang nak kahwin dah, bang.” Haikal pandang Mika, lepas tu pandang Sofia. Sofia angguk, senyum. “Kitorang buat majlis kecil-kecilan kat masjid je. Kalau abang sudi, kitorang nak mintak abang jadi salah sorang saksi. Boleh?” Mika menyambung. “Mestilah boleh,” jawab Haikal. Ada satu rasa bahagia yang tersebar ke seluruh dada Haikal dan terus merebak ke seluruh badan tanpa kawalan. “Bila tarikhnya?” “Hujung minggu ni.” “Amboih, cepatnya!” “Abang busy ke?”
“Takdelah. Kalau ada hal pun, abang clearkan je la.” “Sebenarnya, kitorang ada satu berita lagi ni,” kata Mika. Sekali lagi dia pandang Sofia sebelum menyambung, “Sofia is—” “Pregnant?” Haikal menyambung. “Eh? Macamana abang tahu?” “Selalunya penyudah ayat cenggitu sama ada pregnant ataupun gay. Takkan la gay, ye dak?” Sofia pecah gelak dulu kali ni. “Korang sama-sama bengong rupanya!” “See where I get it from?” ujar Mika. Kemudian dia renung Haikal. “Abang tak marah kan?” “Nak marah buat apa. Korang bukannya budak-budak. Lagipun korang dah nak nikah kan,” balas Haikal. Haikal macam perasan seolah-olah Mika nampak kagum sikit dengan balasan Haikal tu. Mungkin sebab Haikal berbunyi tenang – tak macam dulu bila dia boleh marah tak tentu pasal, lagi-lagi bila dia rasa dia kat moral high ground (which happened a lot in the past). Dr. Sandra pernah cakap yang Haikal ada perangai di mana dia memainkan watak moral police untuk mengatasi rasa bersalah dia sendiri atas kematian mak ayahnya. Well, I’m better now. I don’t do that anymore. “Well, you boys catch up then. I gotta go,” kata Sofia sambil bangun. “Eh, Sofia nak ke mana? Bukan kita nak gi makan sekali?” tanya Haikal. “Plan asalnya macam tu la, bang. Tapi tadi production manager ni call pulak, nak kena reshoot. Sofia tunggu jumpa abang dulu jap.” Haikal mengangguk. Tanpa diduga, Sofia mengambil beberapa langkah ke arah Haikal – dan memeluknya. “Thank you. For coming back into his life – into ours,” bisiknya. Haikal menepuk belakang Sofia perlahan-lahan sambil tersenyum.
I won’t screw this up. I promise.
31 Khalil masih ambik angin kat luar hospital lepas Fara masuk balik untuk tenangkan budak Jeremy yang dihantui tu. Dihantui dek ‘hantu’ yang suatu ketika dulu (dan masih) digilai oleh Khalil. Khalil mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya tanpa menghiraukan pandangan serong seorang jururawat yang baru nak masuk kerja. Dalam hati dia berkata, Rilek ah. Aku bukannya hisap rokok tepi budak. Khalil menghembuskan asap rokok sambil melepaskan keluhan berat. Can’t believe this shit is happe— Belum sempat dia habiskan ayat dalam kepala dia, telefon bimbitnya bergetar dalam poket. Dia melihat skrin dan tertera nama Abang Lan kat situ. “Hello, Abang Lan?” “Bos. Err… sorry kacau.” “Ada apa, Abang Lan?” “Takde, saya tanya Husni berapa lama lagi bos cuti kecemasan ni tapi dia tak tahu. Jadi… err… saya nak tanya bos sendiri la ni.” “Kenapa, Abang Lan?” Khalil dapat dengar keresahan Abang Lan di hujung talian. “Sebab… Kush kata investors macam dah panas bontot sikit tunggu kita sambung shoot ni. Sebab hari tu kan dah shoot lepas tu tetiba berhenti, diorang risau sikit.” Khalil menghabiskan rokok dan memicit-micit dahinya. Dammit, I can’t deal with this right now. “Saya memang tengah tak boleh ni, Abang Lan. Nak buat macamana.” “Saya bukan apa, bos. Takut tetiba investors pull out nanti, sayang
la. Projek dah jalan dah ni.” Peduli apa aku pasal si Rehan tu. Kalau dia betul-betul kata nak tunaikan hasrat Gibbs, hadapkan je la benda ni. Ikutkan hati nak je dia jawab macam tu tapi terpaksa la professional. “Kalau AD saya shoot lima, enam scene dulu?” cadang Khalil. “Takpe ke, bos?” Abang Lan tanya. Khalil tahu tu agak abnormal sebab Khalil selalunya teliti dan tak pernah bagi assistant director dia je yang shoot walau scene sekecik mana pun. “Kalau dah investors bingit sangat,” balas Khalil. Kalau kualiti ke laut pun padan la muka si Rehan tu. “AD kita pun boleh harap,” tambah Khalil, cuba meyakinkan. “Hmm… kalau dramatic scenes kena ada bos kot.” “Tak payah la buat dramatic scenes.” “Action scenes?” “Ha, boleh je. Stuntman dengan team dia ready je kan?” “Hmm… okay la kot. Nak bagitau Kush ke?” “Kush dah tahu. Saya dah bincang dengan dia hari tu sebelum ambik cuti ni.” “Hmm… okay. Kita start lusa. Tapi bos?” “Ye?” “Err… kalau bos in the area, mintak drop by la kejap ye? Saya tak berapa sedap hati ni nak shoot tapi bos takde.” “Jangan risau, Abang Lan. Ni team senior, semua dah pro.” “Tahu tu. Tapi…” “Abang Lan, saya kena masuk wad balik ni. Apa-apa Abang Lan WhatsApp je la eh?” Tak tipu. Aku memang kat hospital dan memang nak masuk wad balik. Siapa sakit tu tak payah la aku cerita. “Okay, bos. Jadi bos kasi green light shoot eh, lusa?” “Yep.” Semudah itu, panggilan dimatikan. Dan dalam sekelip mata, hidup
beberapa orang manusia boleh berubah. ──♦── “Bos kau nak sound kau ke?” KJ bersuara dari seat belakang kereta Khalil. Khalil terlompat sikit (dia harap KJ tak nampak) bila tiba-tiba dengar suara KJ macam tu – dia masih belum biasa dengan kehadiran semula KJ dan Gibbs dalam hidup dia ni. “Kau ingat ni sekolah ke? Macam Pak Lan sound kau?” ujar Gibbs yang tiba-tiba muncul di sebelah Khalil. Khalil senyum sikit – masih ada perasaan gementar bila dia boleh nampak Gibbs macam ni. Something he never thought could be possible. Rasa macam mimpi. Khalil mula memandu; dia dapat rasa Gibbs sedang merenungnya. “Kau nervous ke pasal meeting ni?” tanya Gibbs. Khalil sekadar mengangkat bahu. “Sikit la.” “Bukan salah kau kan?” tanya Gibbs lagi. Khalil tak menjawab. Secara jujur, dia tak tahu macamana nak jawab soalan tu. Lama dia berdebat dengan diri dia sendiri sejak berita tu sampai ke telinganya. “Salah kau ke tak, tu tak penting. Yang penting, can you get away with it – tu je,” sahut KJ dari belakang. “Aku tak rasa kau leh apply prinsip prank kau dalam situasi ni kot,” balas Gibbs. “Apasal tak boleh lak? That’s what lawyers are for, kan? Kau buat salah macamana pun, yang penting lawyer kau power. Setel!” Gibbs menggeleng. “Bahaya kau bawak budak ni keluar dari sekolah, Ray. Boleh rosakkan dunia ni.” “Eleh. Macamlah moral code kau mulia sangat, Gibbs,” balas KJ. Gibbs sekadar ketawa kecil. Khalil perasan yang tangan Gibbs
diletakkan absentmindedly atas hand brake; cuma beberapa inci saja jauhnya dari sisi Khalil. Rasa ingin tahu dalam diri Khalil membuakbuak. Kalau aku letak tangan aku atas tangan dia, agak-agak aku boleh rasa tak? Sepanjang perjalanan ke pejabat Kush, Khalil terlalu leka memikirkan kemungkinan tu sampai dia lupa tentang isu yang bakal dia hadapi. ──♦── “The conversation you had with Abang Lan can’t be used as evidence for the case. Plus, Abang Lan insists that you should not be held accountable even though you okay-ed the shoot,” kata Kush lepas selesai berbasa-basi dalam pejabatnya dengan Khalil. Khalil merenung Kush. Buat pertama kali dalam sepuluh tahun, Khalil tak lagi berseorangan untuk hadapi situasi intense macam ni. Di belakangnya Gibbs menyandar pada dinding dengan tenang sementara KJ sibuk meneroka pejabat Kush yang taklah sebesar mana tu. “But that’s not what you think, is it?” Khalil seolah-olah mencabar. “Kau rasa aku salah dalam kes ni?” Kush mengeluh. “I don’t know what to think, Khalil. Kau tak pernah buat benda macam ni. Kau tak pernah bagi team kau shoot tanpa kau. And the one time you do it, something like this happens.” “Kush, kalau aku ada kat set pun, benda ni tetap akan jadi. Checking the calibrations of the cable is the stunt team’s job, bukan aku.” “It doesn’t matter. Khalil, kau director. Kau sepatutnya ada kat sana. Bila kau bagi green light untuk shoot but you don’t show up on set, that’s negligence,” balas Kush. “Jadi sebab tu la kau panggil aku datang jumpa kau hari ni? We’re
being sued for negligence?” tebak Khalil. Kemudian dia tiba-tiba teringat sesuatu – dia teringat pada janji yang dia pernah buat pada seseorang. Khalil mengeluh panjang. “Let me guess; Sofia wants my head on a platter?” Tapi Kush menggeleng. “We haven’t heard a word from her.” Khalil pelik. “That’s very unlike Sofia Aliya.” Kush pandang Khalil macam dia manusia paling bebal dalam dunia. Dan buat pertama kali sepanjang mengenali Kush, Khalil rasa Kush mampu marah dengan hanya renungan yang dia bagi kat Khalil ketika tu. “Her husband died on our set, Khalil! She’s in depression, obviously. Diorang baru kahwin kot. And rumour has it she’s pregnant with Mikael’s child. Apa perasaan kau kalau orang yang kau nak bersama dengan kau seumur hidup tiba-tiba mati katak macam tu?” Entah kenapa, ketika tu Khalil terpandang Gibbs – dan di luar kawalannya sendiri, Khalil tersenyum. I felt that before. But now I have him back. “Kau boleh senyum lagi?” soal Kush – dan Khalil dengan segera menyembunyikan senyumannya. “Siapa cakap aku senyum? I was wincing. Look, I’m sorry. But it’s a good thing that we’re not getting sued, right? Aku dengar Re— investors bayar pampasan tinggi kat keluarga Mika,” balas Khalil (dia berjaya mengelak daripada sebut nama Rehan di depan Gibbs). Dia tahu dia mungkin berbunyi macam asshole tapi dia dah belajar dari masa silamnya sendiri yang dia tak patut salahkan diri dia atas keputusan, gerak hati dan kelalaian orang lain. “Well, he has no family other than Sofia and after much digging, we found out that he has an older brother – Haikal. Kita dah hantar surat kat Sofia untuk setelkan kes ni tapi masih belum dapat jawapan.” “Like you said, she’s in depression. Give her time,” balas Khalil. If
you’re lucky she might take ten years – like I did. By then the case would’ve gone cold – tambah Khalil dalam hati. “Khalil, I need you to see a psychiatrist.” Khalil tergamam kejap. “What? Why?” “Kalau Sofia atau abang Mikael tu nak saman kita, we can say that you were not in the right state of mind when you authorized the shoot – and we can say that we’ve dealt with it.” Khalil terlepas tawa ironis. “So, what – you want me to plead insanity?” “Something like that.” Khalil menggeleng sambil senyum pahit. “It’s a good thing, really. Mungkin sesi-sesi dengan psychiatrist ni boleh leraikan segala kusut dalam otak kau yang kau tak kongsi dengan orang lain tu.” “Sesi-sesi? Berapa lama kau nak aku jumpa psychiatrist ni?” “Enam bulan. At least. And I’m putting you on sabbatical for a year.” “What?” “Woohoo! Road trip!” tiba-tiba KJ menyahut. “Take a break, Khalil. It’s not easy being you – everybody expects you to be a genius. Maybe it got to you,” Kush cuba memujuk. Khalil memandang ke satu sudut di mana Gibbs dan KJ sedang berdiri – KJ dah nampak seronok bukan main sebab nak bercuti sementara Gibbs cuma senyum sambil mengangguk. “Jomlah. Dah lama sangat kita tak gi road trip.” Khalil pura-pura mengeluh di depan Kush sambil bangun untuk keluar. Tapi sambil dia melangkah ke kereta, Khalil senyum meleret sambil memakai spek hitam Police yang sentiasa tersimpan kemas dalam kocek kemejanya.
──♦── Dengan langkah yang lemah, Haikal menekan butang lif untuk naik ke apartment Sofia – apartment yang tak berapa lama dulu milik Sofia dan Mika. Dah tiga bulan Sofia memerap dan tak nak buat apa selain menangis siang malam. Untuk dua minggu pertama, selang dua hari Haikal akan melawat Sofia. Pada awalnya, Haikal masih ada semangat bila dia fokus untuk mententeramkan orang lain dan sekaligus tak ada masa untuk layan perasaan sedih dia sendiri. Tapi daripada pengalaman Haikal, dia tahu dia tak mampu nak mengawal perasaan dengan terlalu lama. Lepas kematian mak ayahnya dulu, Haikal cuma mampu bertahan beberapa bulan sebab dia fokus nak menjaga Mika ketika tu – sebelum penyakitnya mula buat hal. Dan penyakitnya jadi main teruk bila Mika bagitau yang dia nak ceburkan diri dalam bidang yang boleh bahayakan nyawa dia. Haikal ingat lagi waktu dia gaduh besar dengan Mika dulu. Waktu tu, untuk kesekian kalinya Haikal kena buang kerja sebab selalu datang lambat, ambik EL dan bergaduh dengan orang lain kat tempat kerja. Mika berniat nak menolong dalam menampung perbelanjaan rumah; dia mula senyap-senyap kerja dan dah berhenti dari universiti – hari tu Haikal dapat surat dari universiti Mika dan mula mengamuk. Dua-dua hilang kawalan emosi; Haikal dan Mika masing-masing terlepas cakap dan keluarlah perkara-perkara yang tak patut. Akhirnya diorang ambik jalan untuk berpisah sementara Mika capai impian dia sendiri dan Haikal jalani terapi – yakin yang satu hari nanti diorang mampu duduk makan semeja tanpa sebarang kasualti. Dan pada waktu dan ketika semua tu tercapai, yang tinggal cuma sekotak cereal kegemaran Mika yang tarikh luputnya lebih lewat daripada tarikh luput kehidupan Mika sendiri. Mengenangkan hal tu, lepas dua minggu pemergian Mika, Haikal
sendiri alami breakdown dan terpaksa lebih kerap berjumpa dengan Dr. Sandra untuk stabilkan emosi dia. Jadi kali terakhir Haikal jumpa Sofia ialah seminggu lepas. Pintu lif terbuka dan baru saja Haikal memasuki koridor untuk ke unit apartment Sofia, dia nampak kelibat Sofia berpakaian elegan menuju ke arah lif. Mukanya masih cengkung tapi mekap tebal berjaya lindungi kesan hitam bawah matanya akibat berbulan-bulan meratap pemergian Mika. “Sofia?” Sofia berhenti – dan dari riak wajahnya, nampak macam sedikit kesal sebab terserempak dengan Haikal. “Hai, bang.” “Are you okay? Sofia nak ke mana ni?” “Sofia ada shoot,” balasnya, ringkas. Macam tak sabar nak habiskan perbualan ni. “Oh. Err… okay. Sofia dah okay ke?” “Okay je.” “Sure?” Sofia mengeluh perlahan. “Bang, Sofia dah lambat ni sebenarnya. Ada apa eh?” Haikal terkejut sikit. “I was just… checking on you.” “Well, I’m okay. Sofia pergi dulu eh?” “You mind if I walk with you to your car?” Sofia mengangguk lemah – seperti mengatakan, ‘What choice do I have?’ Dalam lif, untuk mengurangkan suasana janggal yang tiba-tiba wujud antara dia dan adik iparnya tu, Haikal bersuara, “So… I was thinking… kalau Sofia ada peguam, kita boleh bincang dengan dia pasal kes ni.” “Bincang apa?”
Dia ni melawak ke? Takkan dah boleh melawak kot? “Suing the production house for what happened to—” “It won’t work,” Sofia memintas. Pintu lif terbuka dan Sofia keluar dulu sementara Haikal masih terkedu. Haikal percepatkan langkah untuk berjalan di sebelah Sofia. “I’ve looked it up. They should be held responsible for negligence—” Sofia berhenti di sebelah keretanya dan memegang tepi kereta seolah-olah nak menghalang diri daripada rebah. Perlahan-lahan dia berpaling dan mengadap Haikal. “Abang… abang tak faham macamana industri ni berfungsi. The moment Mika signed that contract, the production has covered their asses for anything that would befall him. Paling kuat pun kita boleh dapat pampasan tapi kalau kita turun naik mahkamah… by the time we get justice—IF we get justice, kita dah habis duit, masa, tenaga… untuk apa?” “Untuk… untuk pastikan Mika tak mati sia-sia.” “Kita akan dapat Mika balik ke, bang?” Haikal terdiam. “Jadi kita susah-payah nak saman diorang untuk apa? Untuk yakinkan diri kita sendiri yang sebenarnya ni bukan salah kita?” Haikal tersentak. But… I’ve been so good. We were good. I didn’t mess things up. Sofia menyandar pada keretanya dan melepaskan keluhan panjang. “Ni semua salah Sofia. Sofia dah faham sekarang. It’s my fault and I shouldn’t blame other people. And now that I’ve accepted that, I shouldn’t waste my time dwelling on it, too.” “Sofia… jangan cakap macam tu—” “It’s true! I could’ve played the psychotic girlfriend role; bagi kata dua kat dia supaya dia tak buat job tu. It was supposed to be his last job! He was going to retire!” “I know…”
“Patutnya Sofia berkeras. Paling kuat dia nak simpan rasa tak puas hati kat Sofia pun sebulan dua. Instead I relented… and that stupid cable was miscalibrated… and now he’s dead!” suara Sofia bergema kat basement parking tu. Haikal merapatkan dirinya pada Sofia dengan niat nak menenangkan tapi Sofia menjauh. Matanya berkaca tapi kali ni Sofia tekad untuk tak biarkan air mata tu tumpah. Dia membuka pintu kereta dan masuk tapi Haikal tetap berdiri di tepi, menghalang Sofia daripada menutup pintu. “Sofia, you can talk to me about this. Tak elok kalau Sofia pendam je apa yang Sofia rasa—” “Pendam? Yang Sofia meraung tiga bulan tak buat apa-apa, pendam ke tu?” “Tapi sekarang ni Sofia macam—” “I’ve moved on, abang. You should too.” “No, Sofia. You haven’t. And please don’t shut me out. We can go through this together. This can’t be healthy. Not for you, not for the baby…” “It’s gone.” Haikal rasa macam segala tenaga yang masih tinggal dalam badannya direntap keluar serta-merta. “What is?” tanya Haikal… walaupun dia dah tahu jawapan kepada pertanyaan tu. “The baby. It’s gone.” Remuk. Jantung Haikal remuk dan jiwanya hilang segala nafas. “Gu—gugur?” Sofia diam membatu. Jantung yang remuk tadi tiba-tiba berdegup kencang. “Sofia. Please tell me you didn’t…” “I can’t do this without Mika, abang. I just can’t.”
Haikal terdiam, tergamam, ternganga. Oh my God… dear God, how did this happen? How did everything get so messed up? “Sofia… Mika—Mika satu-satunya keluarga yang abang ada. Baby tu… we had a part of Mika with us, Sofia… and you—you—” Haikal rasa macam nak pitam. Tapi sebaliknya dia menjauh dari kereta Sofia dan dia berjalan sepantas mungkin… ke mana? Where should I go? My whole life… my whole family is gone… Haikal tak perasan bila Sofia keluar dari basement parking tu. Haikal tak sedar bila pak guard berbangsa Nepal tu datang dan bertanya kalau dia okay sebab mukanya nampak biru. Dan Haikal tak tahu macamana tapi bila dia buka mata, dia dah berada di hospital dan Dr. Sandra sedang duduk di tepi katilnya.
32 “Kau… kau Haikal.” Mamat yang duduk di depannya tu mengangguk lemah. Khalil nak minta maaf atas kejadian yang dah bertahun dulu tu, tapi apa gunanya? Cukup ke maaf tu? Dan kalau tak cukup, kata-kata apa lagi yang boleh diungkapkan dek Khalil kat Haikal ni? Haikal mengeluh panjang. “Kau percaya pada takdir, Khalil?” “Can’t say that I don’t. But can’t say it’s fair.” Haikal mengangguk. “Aku dulu macam tu jugak. Bebila orang cakap everything happens for a reason, aku selalu rasa benda tu bullshit,” balas Haikal. Kemudian dia menyambung, “Sampailah aku terserempak dengan kau kat klinik Dr. Sandra.” Khalil tak cakap apa-apa; cuma merenung Haikal dengan ekspresi ingin tahu. “Of course you didn’t know who I was, but I knew who you were. Masa tu aku baru habis sesi aku dan kau baru nak mulakan sesi kau. Aku tergamam gak bila nampak kau. Lepas tu aku terfikir – ada berapa ramai psychiatrists kat Malaysia ni… what are the odds of you and I seeing the same one?” “Betul. Freaky gak tu,” KJ menyampuk. “Kiranya Ray bunuh adik mamat ni ke?” Troll pulak bertanya. “Ray tak bunuh siapa-siapa la. Kan dia dah cerita, cable yang Mika guna untuk terjun bangunan tu salah calibrate,” Gibbs mempertahankan. “Gila dowh, mati gitu. Scary sial,” komen Troll. “Haah. Kita punya mati tak scary la kan?” sindir KJ. Khalil rasa ni
pertama kali KJ sebut pasal kematian dia sendiri. Haikal sambung, “That’s when I decided to find out more about you. And it turns out we share a lot more in common.” Haikal berdiri kejap dan memandang ke luar tingkap bangunan tu sambil mengurut belakang lehernya sendiri. “We’ve both suffered great losses in our lives, Khalil. Bezanya…” Haikal memandang keliling, seolah-olah mencari-cari sesuatu tapi tak jumpa. “Bezanya kau masih dapat nampak orang-orang yang kau sayang; yang kau pernah hilang. Kan?” Khalil tak menjawab. Gibbs nampak tenang tapi penat (Khalil tak pernah tahu yang dia mampu rasa penat). KJ sedikit resah dan Troll masih keliru. “Dia nampak kita ke?” Troll tanya. Khalil sekadar menggeleng tanpa berkata apa-apa. “Kenapa kau geleng? Kau nampak diorang kan?” Haikal pulak bertanya. “Aku… aku kesal dengan apa yang jadi kat Mika.” Haikal diam dan merenung jauh, seolah-olah dia tak dengar apa yang Khalil cakap. “Aku ingat lagi lepas Sofia bagitau aku yang anak dia dan Mika dah takde, aku… I felt like hurting her. Tapi lepas tu, aku tak rasa apa-apa. I felt so numb. Like I didn’t care about what happened to her, to me… to other people. Everything just felt so pointless,” kata Haikal. Khalil mengangguk – lebih kepada dirinya sendiri. Dia kenal sangat dengan perasaan tu. Itulah perasaan dia lepas kematian Gibbs, KJ dan Troll. Like nothing matters. Hidup pun sekadar nak penuhi kehendak jasad je. Nothing felt fulfilling. Dari luaran memang orang nampak macam Khalil dah capai macam-macam tapi tu semua sekadar aktiviti yang Khalil buat untuk alihkan perhatian dia daripada rasa sakit
yang dia usung ke hulu ke hilir. Cuma sekali je dalam hidup dia tanpa Musketeers yang dia rasakan mungkin dia layak untuk hidup secara normal – bila dia dengan Natalia di Prague. Tapi seolah-olah dia tak bagi kesempatan pada diri dia sendiri untuk terlalu gembira – like he was insulting the Musketeers if he was enjoying life too much. “Dengan pemergian setiap orang yang aku sayang, aku hilang secebis diri aku. Sampai aku rasa aku dah kosong. Takde apa yang tinggal,” kata Haikal. Khalil sekadar mengangguk, memahami. “Kawan-kawan kau… yang kau masih nampak ni… regardless of whether or not they’re real, do they help?” soal Haikal. “Yes, they do.” “Tapi kau tak hidup dalam dunia sebenar bila kau dengan diorang. Kau sedar tu, kan?” Perkara sama yang Fara pernah utarakan. Tapi kenapa Khalil tak rasa macam tu? Apa maksud “dunia sebenar” – dan siapa yang berhak definisikan dunia sebenar Khalil kalau bukan Khalil sendiri? “Macamana kalau diorang dunia sebenar aku?” “Tapi macamana kalau ni bukan dunia sebenar diorang? Kau pernah terfikir tu?” Haikal soal balik. Khalil terdiam. “What if they’re not meant to be here? Are you being fair to them?” “Kalau kau dapat hidup dengan mak ayah kau, dengan Mika… dengan anak Mika… kau akan persoalkan ke semua benda ni?” Haikal mengangguk. “That’s fair.” Masing-masing diam jap sampailah Haikal bangun untuk keluar. “Hey,” tegur Khalil, lembut. “You mind… cutting me loose? Kejap je,” pinta Khalil. “Belum masanya lagi,” balas Haikal sebelum keluar meninggalkan
Khalil dengan dunia sebenarnya. ──♦── “Did you mean that?” Soalan tu datang dari Troll ketika Gibbs dan KJ keluar ambik angin (untunglah boleh ambik angin) sementara Troll temankan Khalil. “What?” Khalil tanya balik. “Yang kitorang ni dunia sebenar kau?” Khalil mengangguk. Tapi yang dia nampak di wajah Troll bukan terharu – sebaliknya risau. “Kenapa?” Khalil tanya. “That can’t be good,” balas Troll. “Aku tak faham.” “Ray, kitorang dunia sebenar kau? Really? Kitorang yang dah takde ni?” Khalil terkedu sekejap. “Aku—” “Aku dengar kau dah jadi pengarah filem. Benda yang kau memang nak dari zaman sekolah. Kan best tu?” Khalil senyum tawar. “Apa guna semua benda tu?” “Apa guna? Kau dapat penuhi cita-cita kau; benda yang kitorang semua takkan dapat buat. Macamana pulak kau boleh cakap benda tu tak guna?” “Aku tak la cakap benda tu tak guna. Cuma benda tu kurang bermakna.” “Kenapa?” Kali ni Khalil tenung Troll dalam-dalam. Sekali lagi, rasa gementar tu datang balik. “Kalau kau kat tempat aku, macamana?” Troll angkat bahu. “Aku akan rindu korang. Tapi aku mampu jugak happy dengan apa yang aku ada.”
Khalil tak tahu nak terasa ke tak bila dengar Troll cakap macam tu. Tapi bila difikir balik, Troll memang simple-minded dari dulu lagi. Kalau benda dah takde, takde la; dia takkan bergantung pada benda yang takde. Tapi… “Habis tu kalau kau senang sangat move on, kenapa kau datang balik?” Belum sempat Troll jawab soalan tu, Gibbs dan KJ masuk. “Amacam? Korang ada plan lain nak selamatkan Ray ni?” tanya Troll. “Aku ingatkan Gibbs boleh la nak bagitau Fara lokasi Ray ni, tapi masalahnya kitorang pun tak tau tempat ni kat mana,” kata KJ. “Korang takleh scout ke?” tanya Khalil. “Kitorang takleh tengok tempat yang luar daripada bilik ni,” jelas Gibbs. “Habis tu tadi korang lepak kat mana?” tanya Khalil. KJ nampak serba salah sikit sebelum dia jawab. “Kedai Kopi Bintang.” Khalil angkat kening. “Habis tu kitorang nak lepak mana lagi,” keluh Gibbs, seolah-olah mempertahankan diri daripada dihakimi dek Khalil. “Jauhnya,” ujar Troll. “Doesn’t matter to us,” balas KJ. Entah kenapa, Khalil rasa sedih bila KJ sebut “us” sebab dia tahu “us” di situ tak termasuk dirinya. “Korang rasa Haikal ni nak apa dari Ray?” tanya Troll. Gibbs mengangkat bahu. “Validation. About his own life.” “Maksudnya?” “Dia kata Ray ngan dia banyak persamaan. Tapi dia kata dia rasa kosong. Mungkin sama dengan macamana Ray rasa sebelum aku dengan KJ muncul balik,” Gibbs kemudian berpaling kepada Khalil. “Kau pernah
—” Gibbs berhenti kejap, kemudian menyambung, “Kau pernah ada rasa nak bunuh diri ke?” Khalil diam – mungkin tu dah cukup untuk jawab soalan Gibbs. “Kau rasa apa yang Haikal cakap tu betul? Do you think I’m not being fair to all of you by keeping you here?” tanya Khalil pulak. “You’re not—” “Fara pernah bagitau aku yang mungkin korang ada kat sini sebab aku perlukan korang. Korang takkan boleh move on selagi aku tak move on. What if that’s true?” Gibbs mengeluh. “Maybe we’re all looking for closure, Ray. Ni bukan salah kau.” “Entahnya. Kalau dah stunt team kau yang salah calibrate cable, bukan kau yang salah. Tu bukan kerja kau,” tambah KJ. Khalil senyum sikit ke arah KJ. Tapi dia perasan yang Troll tak berkata apa-apa dan tu menimbulkan sedikit rasa tak senang dalam diri Khalil.
33 Dah dua hari Haikal tak masuk ke dalam bilik tu. Maksudnya dah dua hari jugak Khalil tak minum, tak makan, tak buang air. Terus terikat kemas atas kerusi tu. Dah dua kali Khalil tengok siang berganti malam dan malam tu, rasa panik kembali menyelubungi diri Khalil. Dia tak nampak kelibat Gibbs, KJ ataupun Troll. Khalil mula terasa haus yang bukan lagi haus biasa. Rasa nak kencing petang tadi dah hilang; mungkin sebab badan dia tengah cuba simpan sebanyak air yang diperlukan. Otak Khalil dah mula fikir apa akan jadi kalau dia terbiar kat sini untuk beberapa hari lagi. Khalil mula sesak nafas bila tiba-tiba… Gibbs muncul di depannya. Gibbs pegang segelas air dan air tu disuakan kepada Khalil. But that’s impossible… I can’t—he can’t— Khalil mendekatkan bibirnya pada gelas tu. Gibbs menonggang gelas tu sedikit dan Khalil dapat rasa air yang sejuk tu pada bibirnya. Khalil mula meneguk sehingga air tu habis. Khalil memandang Gibbs, sedikit keliru – Gibbs sekadar tersenyum ke arahnya. Khalil sedar macam ada orang berdiri di belakangnya. Khalil cuba untuk menjenguk ke belakang – dia nampak kelibat KJ dari ekor matanya. Tiba-tiba gari di keduadua pergelangan tangan Khalil terlerai. Khalil mengurut pergelangan tangannya sambil memandang KJ – seperti Gibbs, KJ juga tersenyum ke arahnya. Tetapi lebih nakal, macam dia dah berjaya buat prank. Khalil nampak tingkap di depannya terbuka (mana pergi grill yang ada sebelum ni?) Khalil berjalan ke arah tingkap tu dan memandang ke bawah – bangunan tu tak lagi tinggi tapi sebaliknya cuma beberapa inci
dari atas tanah. Khalil memanjat tingkap tu untuk keluar. Dia mula berjalan tapi dia tersedar sesuatu – Gibbs dan KJ tiada di sisinya. Dia berpaling dan lihat Gibbs dan KJ masih dalam bilik itu sambil memandang ke luar. Khalil cuba memanggil tapi suaranya tak keluar. Gibbs dan KJ terus tersenyum ke arahnya; kemudian diorang berpaling dan bergerak ke arah satu cahaya terang dari dalam bilik tu. Khalil mula berjalan semula ke arah bilik tu tapi bilik tu seolaholah makin menjauh. Khalil dapat rasa satu perasaan sebak memenuhi ruang dadanya tapi cahaya tu semakin terang, mengaburi pandangan Khalil dan apabila pandangannya kembali jelas – bilik tu dan seluruh isinya lenyap begitu sahaja… ──♦── Khalil terjaga dari tidur dan nampak Troll duduk di depannya. “Bad dream?” tegur Troll. Khalil menggeleng. “I’m not sure.” Dia memandang sekeliling, mencari kelibat Gibbs dan KJ. “Mana Gibbs ngan KJ?” “Trying to figure out how to get you out of here,” jawab Troll. “Thanks for keeping me company,” kata Khalil. Troll tak terus menjawab. Ada sesuatu tentang Troll – sejak dari mula dia muncul lagi – membuatkan Khalil rasa gementar. Tapi Khalil abaikan. Mungkin dia sekadar tak biasa dengan kewujudan Troll versi ni. “Bagus kawan-kawan kau tu,” ujar Troll. “Yeah—” …wait a minute. Kawan-kawan ‘kau’? Khalil merenung Troll dalam-dalam. Memang tak syak lagi – ni Troll. Mustahil Khalil dah lupa macamana rupa roommate dia selama 4 tahun tu. Tapi kenapa rasa gementar ni tak hilang; malah makin menebal?
“Kau siapa, sebenarnya?” Khalil tanya soalan yang sebenarnya dia sendiri pun takut nak dengar jawapan. Troll senyum pahit ke arahnya. “I’m here… to guide your friends back to where they belong.” Khalil rasa macam jantung dia berhenti berdegup untuk beberapa saat. Tekak dia yang memang dah kering rasa bertambah kering. Ada soalan susulan yang dia nak tanya tapi soalan tu tak disuarakan. Sebaliknya satu kenyataan berbunyi marah yang terkeluar, “Guide? You mean, you’re tricking them.” “No, Khalil—” “Habis tu, kau panggil ni apa? Berupa macam kawan kitorang, buat-buat macam kau baik dengan kitorang tapi sebenarnya nak sakitkan kitorang je?” “Khalil, aku takde niat nak sakitkan sesiapa. If anything, I’m trying to make it easier for everyone.” “By what? Forcing them to go where they don’t want to go?” “Mana kau tahu diorang tak nak?” Khalil tergamam. “Sebab—sebab kalau diorang nak, tu pilihan diorang. Diorang boleh je pergi tapi kenapa diorang ada kat sini lagi? Diorang tahu keadaan diorang dan diorang pilih untuk stay!” “Something’s holding them back, Khalil. And I think you know what.” Khalil mendengus, masih marah. “Kadang-kadang diorang stay sebab diorang ada unfinished business. Kadang-kadang diorang stay sebab orang yang diorang sayang ada unfinished business.” “I have no unfinished business,” Khalil menjawab dengan pantas. “Really?” “Aku cuma nak hidup dengan kawan-kawan aku.” “Tapi diorang dah tak hidup, Khalil. It’s not right and you know it.”
“So what do you want, my permission? Kau ada kuasa kan? Kau bawak je la diorang pergi.” “Tak semudah tu, Khalil. If you’re holding them back, there must be a reason. Aku kena pastikan kau okay dulu.” “Well, mamat Haikal ni mungkin akan bunuh aku esok lusa. Problem solved.” “Khalil—” nada benda berupa Troll tu memang jelas memujuk. Ikhlas bunyinya; sekaligus membuatkan Khalil mengeluh. “Ada benda yang kau belum buat… yang kau nak buat kan?” tanya benda tu.
34 Ray tiba di SMCGT pagi tu lebih awal daripada Musketeers yang lain. Final year. Nothing to lose; everything to gain. Ray tahu reputasi Musketeers mungkin tak sehebat dulu lepas kes Deepa gantung diri. Mungkin diorang akan dikecam tapi tak mustahil jugak kalau masih ada yang mempertahankan diorang. Ray sendiri rasa yang keputusan untuk bunuh diri patut dianggap macam keputusankeputusan lain dalam hidup; ia terletak di tangan orang tu sendiri, dan orang lain tak sepatutnya dipersalahkan. Ah, dia tak peduli tentang semua tu. Tahun ni tahun terakhir di SMCGT – ada banyak benda yang dia nak capai. Dia nak buat pementasan drama paling hebat yang sekolah ni pernah saksikan. Dia nak mintak biasiswa ke universiti pilihan dia. Dan yang paling penting, dia nak— “Hey.” Ray memandang ke arah pintu bilik. Gibbs baru masuk sambil memegang helmet. Nampak gaya macam terus menyinggah bilik Ray. Speak of the devil. “Yang lain belum sampai?” tanya Gibbs. “Belum.” “Teman aku, jom?” Ray menengok jam tangannya. “Lagi setengah jam nak start kelas ni.” Gibbs senyum nakal. “Siapa kata kita nak gi kelas hari ni?” ──♦──
Ray memegang empat bekas kopi sambil Gibbs memakai helmet untuk balik ke SMCGT. “Dah alang-alang nak skip kelas hari ni, apasal kita tak lepak sini je terus?” tanya Ray sambil mengunjuk ke arah Kedai Kopi Bintang. “Senior year ni kena tunjuk taring la sikit. Lepak kat asrama bila orang lain kat blok akademik baru la otai,” balas Gibbs. “Pak Lan mesti bangga ngan kau,” balas Ray. Dia capai helmet dan cuba seimbangkan kopi untuk pakai helmet tu tapi macam susah lak. Nak letak kopi tu kat tempat duduk belakang motor Gibbs, permukaan dia tak level – satgi tumpah gak kopi ni. “Boleh tak tu?” tanya Gibbs bila dia tengok Ray masih tak membonceng belakang dia. “Takyah pakai helmet la,” putus Ray. “Eh, tak boleh!” “Dekat je kot.” “Tak. Bo. Leh,” tegas Gibbs. Ray senyum sambil menggeleng. Gibbs memang pelik macam ni – kat sekolah macam-macam peraturan dia langgar, tapi bab peraturan jalan raya ni bukan main skema lagi. Gibbs mengambil helmet dari tangan Ray dan dengan selambanya memakaikan helmet tu ke kepala Ray. Ray tergamam jap – tapi dia cuba sedaya-upaya untuk maintain cool. Sialan mamat ni tetiba buat move macam ni. Usai memakaikan helmet Ray, Gibbs senyum sambil memakai spek mata hitam Police-nya. “Dah. Naik. Pegang kopi tu elok-elok.” Ray membonceng belakang Gibbs – tak tahu dengan yang mana dia patut lebih hati-hati: kopi ke, jantung dia sendiri. ──♦──
Pukul 9 pagi. Troll dan KJ masih tak sampai lagi. Nampaknya dua ekor tu dah sepakat datang lambat dan ponteng kelas hari ni. Gibbs pun tak kisah; dia cuma hantar satu mesej ke KJ mengatakan dia dan Ray melepak kat bilik Ray dan dah beli kopi. Ray lagi la tak kisah – cuma dia dan Gibbs je melepak kat bilik. Ray buka almari sambil membelakangi Gibbs – ada satu balang kecil berisi biskut istimewa yang KJ tolong belikan untuk dia lewat tahun lepas. Ray dah makan satu tadi – efeknya dah mula naik, tapi Ray rasa macam dia perlukan satu lagi. Apa yang dia bakal buat ni bukan sekadar memerlukan keberanian; tapi juga sedikit ketenangan. “Makan sorang eh?” suara Gibbs mengusiknya. Ray berpaling menghadap Gibbs sambil tersenyum. “Nampak je kau ni.” “Aku tahulah KJ supply kat kau benda alah tu tahun lepas,” kata Gibbs. “Nak bagi idea mari ke, ambik benda tu?” “Something like that,” balas Ray sambil membawa balang tu untuk duduk atas katil sebelah Gibbs. Etika makan benda alah ni – sharing is caring. Gibbs ambik satu sambil sibuk main telefon. “Mesej siapa tu?” tanya Ray, walaupun dia tak payah tanya. Dengar cerita masa cuti hari tu selain sibuk ulang-alik ke rumah Ray, Gibbs turut sibuk memujuk Fara. Dah okay la tu, dok tersengih-sengih macam tu. “Mana ada mesej. Tengah tweet ni ha,” balas Gibbs. “Kau dah ada Twitter belum?” Ray mengangkat bahu. “I don’t get Twitter.” “What’s not to get? It’s just a less annoying version of Facebook.” “Entahlah. Macam untuk bebudak ADHD je.” Gibbs gelak. “I thought of all people, you would enjoy Twitter.”
“How come?” “I dunno. You’re a man of few words. Perfect for only 140 characters.” Ray cuma membalas dengan ketawa kecil. “Well, sometimes it’s good to let more words out.” Like today. Ray menarik nafas dalam-dalam tapi belum sempat dia bersuara, telefon Gibbs berbunyi dulu. Gibbs menjawab dengan suara yang lebih perlahan, “Hey, you.” Ray bangun untuk ambik kotak rokok dari mejanya. Dia duduk berdepan dengan Gibbs sambil mamat tu dok bercoochie-coo dengan awek dia. Entah kenapa, Ray ambik sebatang rokok, nyalakan kemudian menghembuskan asap rokok tu ke arah Gibbs. Dia cukup tahu yang Gibbs tak berapa gemar dengan asap rokok. Dan dah tiba masanya Gibbs pun tahu yang Ray tak berapa gemar dengan relationship status yang Gibbs ada sekarang. “Yeah, I’ll see you later. Bye,” kata Gibbs, sambil terbatuk sikit dek kerana asap rokok Ray. Gibbs merenung Ray; Ray merenung dia kembali. “What’s up with you?” tanya Gibbs. “Takde apa-apa,” balas Ray, kemudian menunjuk pada telefon Gibbs, “Fara ke?” “Haah.” “I’m guessing there’s no more trouble in paradise?” Gibbs sekadar membalas dengan senyuman. “Can I ask you something?” Ray memulakan. Gibbs makan sekeping lagi biskut special tu. “Shoot.” “Kau dengan Fara ni… serius ke?” Senyuman Gibbs beransur hilang, diganti dengan renungan yang dilontar jauh. Feeling la tu, cebik Ray dalam hati. Akhirnya Gibbs mengangkat bahu. “Apa je yang serius dalam dunia
ni.” Aku. Aku serius. “So you don’t want to marry her, have children with her – the whole nine yards?” tanya Ray. Gibbs mengeluh. That’s a good sign – a good sign for me, fikir Ray. “Have you ever felt like an old soul trapped in a young body?” giliran Gibbs bertanya. Wow, mamat ni pegi deep ni – dah ‘naik’ ke? Tapi sebab Ray sendiri pun dah menyelam dalam ni, dia layankan je. “Kau? Rasa macam old soul?” Gibbs gelak. “Kau ingat orang art macam kau je ke boleh rasa macam old soul?” “Taklah.” “Kadang-kadang aku rasa macam kita dah lalui semua benda. We’ve done the whole nine yards. Kita dah buat berulang-ulang sampai kita rasa macam we’re trapped to go through the motions. Does that make sense?” “I guess,” balas Ray. “But if someone’s The One, isn’t it worth being trapped?” Gibbs gelak lagi. “I’m still not sold on this whole The One concept.” “Says the guy who broke our Musketeer Code.” Gibbs senyum. “Menyesal ke?” tanya Ray lagi. “Menyesal tu taklah,” jawab Gibbs (Ray sedikit hampa di situ). Kemudian dia menyambung, “In some ways, she’s perfect for me. She makes me sane, stable… she makes me feel right, you know? But what if I want someone like that but at the same time I want someone different? Someone who makes me crazy, wild… and wrong?” What if that someone is looking at you right in the eye now,
Gibbs? What if I’m not The One, yet I am? What if I can make you feel exactly like that? “Gibbs, aku—” “Aku dah cakap, kan. Beli la banyak sikit. Kau je dah makan portion gergasi, tinggal ciput je untuk kitorang kang,” suara KJ menerjah masuk ke dalam bilik yang tadinya hanya berpenghunikan Ray dan Gibbs. Gibbs berpaling ke arah pintu di mana kelibat KJ dan Troll baru masuk – Troll bawak plastik-plastik yang konfem berisi makanan. Tapi Ray terus merenung wajah Gibbs yang tersenyum meleret memandang KJ dan Troll… dan tiba-tiba berpaling semula ke arah Ray, masih tersenyum tapi kali ni senyuman tu seolah-olah memujuk. “Kalau tak cukup, beli je la lain kang. Kecoh la,” balas Troll sambil meletakkan plastik-plastik makanan tu atas meja. KJ pandang Gibbs, lepas tu pandang Ray, lepas tu pandang Gibbs balik… lepas tu sengih. “Korang buat apa berdua dalam niii~” Giliran Troll usha Gibbs dan Ray, lepas tu dia buat muka sambil cepuk KJ. “Jangan disgusting, boleh tak?” “Aduh! Kau ni! Diorang tengah stim la!” Troll tutup kedua-dua telinga. “Aku tak nak tahu!” “Bengong betul gergasi ni,” kata KJ sambil alihkan kedua-dua tangan Troll dari telinganya. “Diorang high la. Tu, cookies tu… nampak?” Troll terpandang balang cookies sebelah Gibbs dan mengeluh lega. “Ceh, tak ajak!” katanya sambil duduk sebelah Gibbs. “Nak ajak la ni,” kata Gibbs. “Dem, konfem la makanan tak cukup lepas ni!” KJ mengeluh. “Kang kita keluar la, setan,” balas Troll. Dan akhirnya Ray berhenti merenung Gibbs. Dia mengambil sebatang rokok dan menyalakannya sambil berazam dalam hati – by hook or by crook, I’m telling you today, Gibbs. Nothing can stop me. Unfortunately, death can.
35 “That’s what this has been about, hasn’t it?” tanya benda berupa Troll tu. Khalil menggeleng. “Aku tak rasa tu masalahnya. Kalau ni cuma antara aku dan Gibbs, kenapa KJ ada sekali?” “Kau kenal KJ kan? Dia akan pilih mana yang lagi fun. Kalau ikut Gibbs dan kau tu lagi fun, mesti la dia akan pilih tu.” “Troll? Troll macamana pulak?” Benda tu senyum sikit. “Troll lurus orangnya. Tamat tempoh maksudnya tamat tempoh la. Akal dia tak sepanjang KJ nak fikir cheat code.” Khalil pun tak pasal-pasal tersenyum sikit. “Yeah, that sounds like him.” “Aku minta maaf kalau aku berupa dia ni buat kau rasa marah. But it’s not an easy job; I need all the help I can get.” Khalil sekadar mengangguk. “Macamana kalau aku happy macam ni?” soal Khalil. “Sampai bila, Khalil? Kau tahu kan, sekarang ni bukan sekadar diorang terperangkap dalam dunia kau, tapi kau pun terperangkap dalam dunia diorang. Kau tak lalui kehidupan sebenar.” “Tapi sekurang-kurangnya sekarang aku tak kacau hidup orang. Masa aku hidup bila diorang takde tu, I was an asshole – and look what I got myself into for that!” “How you are is a choice, Khalil. Kau boleh pilih untuk tak jadi asshole, walaupun kawan-kawan kau dah takde.” “Cakap memang senang.”
“Masalahnya kau tak pernah bagi diri kau peluang, kan? Setiap kali kau rasa macam kau mampu rasa happy balik, kau macam halang diri kau sendiri. Kenapa?” Khalil mengeluh. “Aku rasa bersalah. Rasa macam aku terlepas ajal bila ajal aku sepatutnya sekali dengan kawan-kawan aku.” Benda berupa Troll tu diam jap – berfikir, mungkin. Kemudian dia bersuara, “Se-psycho mamat Haikal ni, what he said earlier made sense. Everything happens for a reason. Kau pernah terfikir tak kenapa dalam korang berempat, kau yang survive?” Khalil mengangkat bahu. “Dah dua belas tahun – if there was a reason, I haven’t come across it yet.” “Sabar, Khalil. Setiap benda tu ada saat dan ketika yang dah ditentukan kemunculannya.” “Like you? Did you know all this was going to happen? Kenapa kau pilih untuk bawak diorang pergi sekarang?” “Aku tak boleh jawab soalan-soalan kau tu. Tapi kau perlu yakin yang semuanya akan okay kalau kau usahakan untuk benda jadi okay. Faith is the first step, always.” Khalil diam. Dia buntu – dan sedih. Sedih mengenangkan apa yang mungkin jadi lepas ni. “So… do I have to confess? To let them go?” “Terpulang pada kau. Kau rasa perlu?” Walaupun tak mustahil yang Gibbs dah lama tahu? Jantung aku ni bukannya reti nak discreet. “I think on some level, I’ve always known what his answer would be,” keluh Khalil. “Up to you, Khalil. I won’t do it till you’re ready.” What if I’ll never be ready? “Bagi diri kau peluang, Khalil. Peluang untuk sedar yang banyak lagi benda dalam hidup ni untuk kau nikmati.” “Gibbs ngan KJ… dah tahu ke siapa kau sebenarnya?”
Benda tu menggeleng. “Itu pun aku serahkan pada kau sama ada kau nak bagitau diorang ke tak.” “Diorang kat mana sekarang ni?” “Doesn’t matter. They’ll be here if you want them to be.” “Boleh aku tanya satu soalan?” “Go ahead.” “Gibbs pernah… masak untuk aku. Pernah sekali aku bangun tidur —aku ingat yang aku tak pakai selimut malam tu, tapi bila aku bangun pagi ada selimut. Kadang-kadang bila aku balik stress, rumah dah kemas.” “You wanna know what that’s all about?” Khalil mengangguk. “Aku rasa… Gibbs cuba jawab apa yang kau tak pernah tanya. Not through words, but through his actions.” Dan segala rasa sakit, rasa sedih yang Khalil rasa tadi beransur hilang… diganti dengan rasa melankoli yang mungkin disulam dengan sedikit bahagia. ──♦── “Kau nak kitorang buat apa?” soal Gibbs waktu dia dan KJ dah kembali ke bilik tu. Khalil mengeluh. “Move on.” Kemudian dia menunjuk kepada benda berupa Troll tu. “Follow him.” Dia nampak KJ masih terpaku sambil usha benda berupa Troll tu. Daripada mula-mula Khalil bagitau dia pasal benda ni, dia dok usha benda ni macam tu. Khalil rasa nak tergelak pun ada gak. “Jadi selama ni kau bukan Troll la?” akhirnya keluar soalan tu dari mulut KJ. “Bukan,” Khalil tolong jawabkan.
Tiba-tiba KJ menggeletik sorang-sorang. “Geli dowh!” Khalil terpecah gelak. “Geli?” “Ye ah! Selama ni aku ingat dia member kita. Tetiba dia ni makhluk lain, geli la!” “Geli kenapa? Kau ada buat benda bukan-bukan ke ngan dia?” usik Gibbs. “Eh, ingat tak dulu masa kau keluar date dengan Deepa tapi rupanya dia dah gantung diri kat auditorium tu? Kau bukannya buat benda bukan-bukan pun, tapi kau geli kan?” tebak KJ. Gibbs fikir jap. “Geli la gak.” “Ha!” kata KJ. Khalil senyum. Oh God, I’m gonna miss this… Keadaan kembali bertukar jadi serius bila Gibbs merenung Khalil. “Betul ke kau nak kitorang buat ni, Ray?” Khalil mengangguk perlahan. “I can’t be selfish, Gibbs. Cukuplah aku jadi asshole dengan orang lain, takkan aku nak jadi asshole dengan kawan-kawan aku sendiri.” “Mana ada kau asshole. Kau mana leh lawan level scumbag beruk ni,” balas Gibbs sambil menyekeh KJ. “Aku ada satu soalan,” kata KJ sambil masih memandang benda berupa Troll tu – dari tadi benda tu diam je kat satu sudut, membiarkan Khalil berurusan dengan kawan-kawannya. “Tanyalah,” kata benda tu, lembut. Langsung tak macam Troll. “What’s it like for… you know, the likes of me… on the other side?” tanya KJ. Ada sedikit segan dalam suaranya yang menyentuh hati Khalil. Benda tu senyum. “It’s fair,” katanya, ringkas. “Kau risau eh? Tulah, menyetan lagi,” usik Gibbs. “Kau tak payah nak konfiden sangat, Gibbs. Kau tu tak kurang setan daripada aku,” balas KJ. Gibbs gelak. Khalil nampak KJ terdiam jap – macam betul-betul
risau. “You were 16, J. It was a prank,” kata Khalil, memujuk KJ. KJ sengih dengan serta-merta. Still a kid… Gibbs duduk di depan Khalil – at a certain angle, it looks like he’s down on one knee. What a wonderful sight. Gibbs meletakkan tangannya di atas lutut Khalil – he feels nothing. And yet he feels everything. “Betul ke kau okay kalau kitorang pergi?” Khalil mengangguk, lemah. “Whatever this dude is gonna do to me, I don’t think it’s gonna be pretty. Aku pernah cakap yang aku tak nak korang tengok kalau ada apa-apa benda buruk jadi kat aku.” Gibbs diam. Macam tak bersetuju. “Gibbs, worst case scenario: mamat psycho ni bunuh Ray. Dia join kita on the other side. Not so bad, right?” KJ cuba menceriakan suasana – dan cuma dibalas renungan tajam dari Gibbs. “Not ready to joke about it yet? Okay,” ujar KJ sambil mengangat tangan tanda surrender. “You have to promise me one thing,” pinta Gibbs pada Khalil. “Anything.” “Don’t let him mess with your head. Fight for your life. Got it?” “That’s two things,” Khalil pulak cuba melawak – juga mendapat renungan tajam dari Gibbs. “You didn’t do anything wrong, Ray. Remember that,” tegas Gibbs. “Okay. Aku janji—” Belum sempat Khalil habiskan ayat, Haikal masuk ke dalam bilik tu. Tanpa sepatah kata, dia meleraikan ikatan yang mengikat Khalil pada kerusi kemudian menariknya bangun. “Ray!” suara Gibbs bergema dalam bilik tu sambil Khalil diheret keluar oleh Haikal.
36 Haikal membawa Khalil ke bumbung bangunan tu. Satu-satunya pintu keluar masuk ke bumbung tu dikunci oleh Haikal dan kemudian kunci tu disimpan di dalam kocek seluarnya. KJ dan Gibbs masih bersama Khalil – juga benda berupa Troll tu. “Recognize this place, Khalil?” tanya Haikal sambil membuka gari di tangan Khalil. Khalil melihat kawasan sekeliling. Sunyi – dan tinggi. “Mestilah tak, kan? Kau arahkan krew kau je datang sini, tapi kau takde,” kata Haikal. Khalil ingat tempat ni. Dia recce tempat ni untuk penggambaran filemnya – penggambaran yang melibatkan Mika, adik Haikal. Seperti kata Haikal, waktu penggambaran tu sendiri, Khalil tak hadir. Dan dari bumbung nilah Mika terjun dengan tali cable yang menyebabkan kematiannya. “Developer bangunan ni pun tak pasal-pasal kena bungkus. Siapa yang nak duduk kat apartment yang ada orang mati, kan?” kata Haikal lagi. Khalil pastikan dia tak berdiri kat mana-mana bahagian hujung bumbung tu. Haikal berjalan ke satu hujung dan memandang ke bawah. “They said his head was smashed in. There was no way he could have been saved. Ambulans tak sempat sampai lagi, dia dah takde.” “Jangan pedulikan dia, Ray. You know what he’s trying to do. Dia tengah cuba psycho-kan kau tu,” pesan Gibbs. Haikal berpaling dan memandang Khalil. “Memang betul apa yang
Rehan pernah persoalkan kat kau tu. Kenapa orang lain mati dan kau yang hidup? Kenapa kau?” Khalil mengerling ke arah Troll, kemudian beranikan diri merenung Haikal sambil berkata, “Everything happens for a reason.” Haikal gelak. Gelak yang berbunyi kosong. “Betul. Betul tu! Dan apa yang bakal berlaku hari ni pun ada la sebabnya, kan?” Khalil diam. Haikal mengambil sesuatu dari dalam koceknya. Smartphone. Haikal mengetik-mengetik touch screen pada smartphone tu. Is he calling someone? Who? Haikal menunjukkan satu laman ClickIt pada Khalil. Laman tu milik seorang wanita awal 30-an yang jelas cantik. Khalil mengambil smartphone tu dari tangan Haikal kerana ada sesuatu tentang wanita tu yang Khalil rasa dia cukup kenal. Sambil laman tu memainkan gambargambar This Week’s Review, Khalil memang tak syak lagi siapa wanita dalam gambar-gambar tu. Kak Rahiza. “Kau kenal kan siapa tu?” tanya Haikal. Khalil sekadar mengangguk. Kak Rahiza masih cantik macam dulu. In fact, if it’s possible she’s even prettier now than before. “From what I can see, she’s living a nice, decent life. Apparently her life picked up quite well after giving birth to that kid when she was 17. Somehow she survived the first few years walaupun dia nampak macam dah putuskan terus hubungan dengan mak bapak dan keluarga dia. Got herself through night classes, got a scholarship to college albeit a bit late.” Sebab aku dan Gibbs tanggung dia mana termampu. At least, that’s what I’d like to believe. “Still hot dowh,” komen KJ tetiba dari tepi Khalil. “Single lagi,” tambahnya.
“Besar dah anak dia,” ujar Gibbs dari tepi satu lagi sambil melihat gambar Kak Rahiza menyambut hari lahir Sweet 16 anak terunanya. Sweet 16. Sweet, indeed. “Ray...” tegur KJ. “Is it just me or… anak Kak Rahiza ni muka sebijik macam…” KJ tak perlu menyambung ayat tu. Memang tulah yang bermain di fikiran Khalil sebaik saja dia ternampak gambar anak teruna Kak Rahiza. Khalil nampak Gibbs tersenyum – manis berbaur pahit. “Would be a damn shame if anything happened to them, right?” tanya Haikal. Belum sempat Khalil menjawab, Haikal merampas smartphone tu dari Khalil dan membuangnya jauh ke dalam semak-samun nun di bawah. “You wouldn’t…” kata Khalil. “Kenapa? Tiba-tiba kau kisah pasal orang lain? Selama ni kau tak peduli pun?” balas Haikal. “Tak payah nak libatkan orang lain, Haikal. Ni antara kau dengan aku.” “You’re right. So we’ll end this. Together.” Haikal berdiri betul-betul di depan Khalil. Khalil bersedia untuk sebarang serangan dari Haikal – skill berlawan yang Khalil ada taklah sehebat mana tapi janji dia pada Gibbs cukup kuat untuk dia jadikan perisai. “Jump,” arahan ringkas tu keluar dari mulut Haikal. “What?” “Jump. Jump off this building, Khalil. Like Mika did.” Khalil tergamam. “Kau nak aku—” “Aku nak kau terjun. Dan aku akan terjun sekali dengan kau.” “What the hell? And if you don’t?” Haikal mengangkat bahu. “Kau ada pilihan lain ke selain percaya
cakap aku?” Khalil menggeleng. “If you wanna kill me, you gotta get your hands dirty. I’m not going that easy.” Dari ekor mata Khalil, dia nampak Gibbs senyum bangga. “Why? You killed so many people without getting your hands dirty.” “Eh, babi ni. Berapa kali dia nak blame kau untuk benda yang kau tak buat?” celah KJ. Pertama kali rasanya Khalil tengok KJ bengang sampai macam tu sekali. Khalil jadi semakin berani. “Aku tak pernah bunuh sesiapa, Haikal. And you shouldn’t start either,” kata Khalil. Haikal mengeluarkan butterfly knife di dalam poketnya dan merapati Khalil. Khalil menjauhi Haikal – dan secara langsung terpaksa mendekati hujung bumbung tu. “Jump, Khalil.” “No.” “Kau dah banyak menyusahkan orang. Kau memang patut mati je!” “I’m going to change. I can move on. You can too, Haikal.” “Kau tak payah nak kaunselingkan aku. Aku nak kau mampus je sekarang ni.” “Haikal, fikir elok-elok. Kalau kau bunuh aku, kau kena meringkuk dalam penjara—” Sekali lagi, Haikal gelak kosong. “Aku dah cakap kan? Lepas kau terjun, aku akan terjun. Tapi kalau kau tak terjun, kau boleh mereput kat atas ni sementara aku kerjakan Kak Rahiza kesayangan kau tu.” Mendengarkan ugutan ni, Khalil naik berang. Dia terbayang muka anak teruna Kak Rahiza yang dah membesar dengan sempurna tu – dan mamat ni berani cakap dia nak apa-apakan diorang. Khalil menyerang Haikal tanpa mempedulikan butterfly knife yang dipegang oleh Haikal. Haikal cuba merodok pisau tu ke arah perut Khalil
tapi Khalil menahan tangan Haikal. Kekuatan Haikal memang tak ada tandingan untuk Khalil yang dah tak makan dua hari. Haikal terus mengacukan pisau tu pada Khalil sambil menolaknya ke hujung bumbung. Khalil dapat rasa yang salah satu kakinya cuma setengah je yang masih bertapak pada lantai bumbung tu – selebihnya dah di atas angin. Haikal cuma perlu menolak sikit je lagi sebelum Khalil jatuh dari bangunan 30 tingkat tu… Apa yang berlaku seterusnya berlaku dalam sekelip mata. Kalau tak silap Khalil, dia nampak KJ menepis pisau tu dari tangan Haikal – dalam kekeliruan Haikal yang senjatanya tiba-tiba tercampak jauh, Gibbs menolak Khalil menjauhi hujung bumbung tu. Khalil tak tahu macamana tapi dia dapat rasa impak badan Gibbs ke atas badannya bila dia terjatuh ke tepi. Haikal yang tiba-tiba tak punya halangan di depannya tertujah mara beberapa tapak. Beberapa tapak yang cukup untuk menghumbannya jatuh dari bumbung bangunan tu – berserta dengan kunci pintu yang masih tersemat dalam poket seluarnya. ──♦── Khalil, Gibbs dan KJ duduk di hujung bumbung bangunan tu dengan kaki masing-masing berlunjur ke bawah. Dari belakang, nampak macam tiga budak remaja yang melepak sambil tengok matahari terbenam. “Konfem ke dia dah mati tu?” tanya KJ. “No one can survive that fall,” kata Gibbs. Khalil tak berkata apa-apa. Dia cuma nak nikmati saat ni. “Macamana Ray nak balik ni? Kunci ada kat mamat tu,” tanya KJ lagi.