PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH RENDAH) KUNCI PdP BERKUALITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT INOVASI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH RENDAH) KUNCI PdP BERKUALITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT INOVASI
Diterbitkan oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Segamat Kementerian Pendidikan Malaysia JKR 1884, Jalan Aji 85000 Segamat Johor Darul Ta’zim Tel: 07-9311132 http://ppdsegamat.com e-mel: [email protected] ©Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Segamat 2023 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Kunci PdP Berkualiti (Sekolah Rendah) e-ISBN 978-629-98935-1-6 Pengurus Penerbitan Ruzana binti Mohd Sam Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf Mohd Hafiz bin Ramli Fatin Daratul Ain binti Johari
JAWATANKUASA PENAUNG TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN KECHIK PPD SEGAMAT PENASIHAT PUAN NORLIN BINTI JAAFAR TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT KETUA EDITOR PUAN HAJAH RUZANA BINTI MOHD SAM SISC+ TVET PPD SEGAMAT EDITOR DAN PEREKA GRAFIK CIKGU NOR HAYATUN RAHIMAH BINTI ROSLI CIKGU MOHD HAFIZ BIN RAMLI CIKGU AINUN BINTI CHE OMAR CIKGU FATIN DARATUL AIN BINTI JOHARI CIKGU SUPIAN BIN HASHIM CIKGU MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR CIKGU MA HAN SIN CIKGU SITI YUSNIRA BINTI CHE SOH
KANDUNGAN KAEDAH KOTAK MINDA Cikgu Siti Yusnira binti Che Soh Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar SMART KIT PRASEKOLAH (Literasi Bahasa Melayu) Cikgu Mohammad Azri bin Ahmad Anuar Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap TREK 60 Cikgu Fairuz Hani binti Wagiman Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris BENANG MENANG Cikgu Marlin a/p Thewanisham@Moses Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Segamat BATULTIKTOK Cikgu Siti Raihana binti Zainal Sekolah Kebangsaan Melayu Raya KAPAL FAWAHAN Cikgu Lim Boo Chian Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jementah 1 DAM 32 LANGKAH PUTIH BERCAHAYA Cikgu Supian bin Hashim Cikgu Dhevanes a/l Karthikesu Cikgu Mohamad Adib Aizat bin Zailani Sekolah Kebangsaan Canossian Convent SCROLLSTER Cikgu Siri Priya a/p Muniandy Cikgu Premma a/p Ganason Cikgu Lachumynayar Rama Krishnan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Cantuman Chaah 1 89 102 129 150 169 177 159
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah akhirnya Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP dapat merealisasikan usaha untuk menghimpunkan penulisan inovasi PdP terbaik guru-guru daerah Segamat dari tahun 2019 hingga 2023 dalam bentuk e-book. Penulisan ini terdiri daripada lima kategori inovasi PdP yang dipertandingkan setiap tahun iaitu kategori individu prasekolah, individu sekolah rendah, individu sekolah menengah, individu prauniversiti dan berkumpulan. Amalan melaksanakan inovasi dalam PdP adalah bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran dengan lebih efektif dalam kalangan para pendidik. Dalam masa yang sama dapat menghasilkan aktiviti PdP yang lebih berkualiti dan dapat menarik minat murid untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan lebih aktif. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan PPD Segamat Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Kechik, Timbalan PPD (Pembelajaran) Pn. Norlin Binti Jaafar, rakan SISC+ TVET Pn. Hjh. Rosmiah binti Marjin dan Pn. Ahzan Noraini binti Ahmad atas dorongan, lontaran idea dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak terkecuali juga kepada Tuan Pengetua serta Tuan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Segamat atas kerjasama dalam menggalakkan guru-guru melaksanakan inovasi PdP serta kajian tindakan di sekolah masing-masing. Kepada Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah Segamat teruskan budaya kerja yang cemerlang. Anda telah berada di landasan yang betul. Ikhlas, Ketua Editor / Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi PdP RUZANA BINTI MOHD SAM DARI MEJA KETUA EDITOR
SEKAPUR SIRIH TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN KECHIK PENAUNG PPD SEGAMAT Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Panel Jawatankuasa Kajian Tindakan dan Inovasi PdP Daerah Segamat kerana telah bertungkus lumus dalam memastikan Himpunan Penulisan Inovasi PdP dapat dijelmakan dalam bentuk e-book. Usaha ini menepati prinsip kerja ke arah keterbukaan minda untuk mempelajari ilmu, kemahiran baharu dan sentiasa meningkatkan prestasi. Selain itu, budaya berinovasi dalam pdp ini juga menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam membudayakan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi. Justeru, saya berharap agar Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PdP Daerah Segamat akan terus menjadi platform untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk terbaik dan dikomersialkan bagi manfaat warga pendidik Segamat dalam usaha menghasilkan Anak yang Baik lagi Cerdik serta Murid Ceria, Guru Bahagia. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Panel Kajian Tindakan dan Inovasi PPD Segamat
SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada barisan Jurulatih Utama Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah Segamat bawah bimbingan Pn. Hjh. Ruzana Binti Hj. Mohd. Sam SISC+ TVET selaku Penyelaras Kajian Tindakan dan Inovasi PdP daerah, Pn. Hjh. Rosmiah Marjin SISC+ TVET dan Pn. Ahzan Noraini SISC+ TVET atas kejayaan menjilidkan inovasi PdP guru-guru daerah Segamat tahun 2023. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru daerah Segamat yang berjaya menghasilkan inovasi dalam meningkatkan kualiti pdp mereka di dalam bilik darjah. Saya sangat kagum kerana guru-guru inovasi ini sentiasa optimis, proaktif dan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membantu kecemerlangan murid-murid. Saya yakin himpunan inovasi PdP yang terbina atas ilham dan gabungan cetusan idea bersama mampu melonjakkan kecemerlangan murid di pentas juara. Harapan saya agar guru-guru dapat memanfaatkan idea dan inovasi yang dihimpunkan ini dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan penyampaian ketika PdP di sekolah. Kesungguhan guru-guru menjadikan himpunan Inovasi PdP ini sebagai rujukan akan mampu melakar keseronokan dalam menyampaikan ilmu di dalam kelas. PUAN NORLIN BINTI JAAFAR PENASIHAT TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT
PENGHARGAAN EN. NASIR BIN MOHAMED YUNOS MANTAN PPD SEGAMAT PN. SHAMSIAH BINTI SIDEK MANTAN PENGETUA SMK SERI BALI EN. SYAKIRIN BIN SAULANI MANTAN GURU BESAR SK POGOH PN. HJH. ROZITA BINTI MOHD KASSIM MANTAN TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT TN. HJ. HAMRI BIN HASHIM PENGETUA SMK BEKOK EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH MANTAN GURU BESAR SK (FELDA) CHEMPAK PN. HJH. SA’ADIAH BINTI MAD SA’AD MANTAN TPPD (PEMBELAJARAN) SEGAMAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT PENGERUSI JKD KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI PdP (MENENGAH) PENGERUSI JKD KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI PdP (RENDAH)
JURULATIH UTAMA CIKGU NOR HAYATUN RAHIMAH BINTI ROSLI, SMK BEKOK CIKGU MOHD HAFIZ BIN RAMLI, SK LABIS CIKGU HAJAH ZULAIHA BINTI SAMAD, SMK SERI BALI CIKGU NOOR HAFIZAH BINTI MOHAMED, SK BULOH KASAP CIKGU PUSHPA A/P KANDASAMY, SMK DATO' BENTARA DALAM CIKGU HAJAH SHAMSINAH BINTI SHAMSUDIN, SMK BEKOK CIKGU AZIJAN BINTI DAHLAN, SMK MUNSHI IBRAHIM CIKGU ZULIANA BINTI SUKOR, SMK AGAMA SEGAMAT CIKGU J.VIJEAN A/L JEGANATHAN, SMK PADUKA TUAN CIKGU NORIZAN BINTI A. KADIR, SMK TINGGI SEGAMAT CIKGU KOMATHI A/P V. GANASEN, SJK (T) LADANG SEGAMAT CIKGU SITI AISHAH BINTI SUKAIMI, SMK MUNSHI IBRAHIM CIKGU AINUN BINTI CHE OMAR, SJK (C) AI CHUN CIKGU FATIN DARATUL AIN BINTI JOHARI, SK POGOH CIKGU SUPIAN BIN HASHIM, SK CANOSSION CONVENT CIKGU MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR, SK BULOH KASAP CIKGU MA HAN SIN, SMK KAMARUL ARIFFIN CIKGU LIM SZE YEE, SMK DATO’ BENTARA DALAM CIKGU SITI YUSNIRA BINTI CHE SOH, SK BUKIT HAMPAR CIKGU RODHIHA BINTI MA’ROF, SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN CIKGU KAVITHA A/P VELMURUGAN, SJK (T) BANDAR SEGAMAT CIKGU ZURIADAH BINTI MD YUSOF, SJK (C) JABI
AKTIVITI
AKTIVITI
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat KAEDAH KOTAK MINDA Cikgu Siti Yusnira binti Che Soh Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar PPP DG 44 [email protected] SINOPSIS INOVASI PdP Inovasi subjek Matematik Awal Prasekolah ini dijalankan adalah untuk membantu murid prasekolah berusia 5 dan 6 tahun meningkatkan kefahaman konsep melalui pengajaran dan pemudahcaraan(PdP) yang berkesan. Inovasi ini turut bertujuan membantu murid memahami konsep kemahiran tolak (dikeluarkan daripada asal) dan tambah (mendapat yang lain dari luar) dalam lingkungan 18 dengan cepat dan betul supaya mereka lebih bersedia dengan pembelajaran matematik di tahun satu. Penghasilan alat ini telah mengambil kira tinjauan literatur, pendekatan tingkah laku dan kognitif sosial, teori – teori pembelajaran oleh ahli psikologi, serta pandangan melalui kajian ahli psikologi pembelajaran seperti Jean Piaget, Albert Bandura dan Teori Pembelajaran Tingkah Laku. Sasaran murid adalah kanak- kanak prasekolah berumur 5 dan 6 tahun yang telah menguasai kemahiran asas metematik. Justifikasi pemilihan tajuk operasi tambah dan tolak adalah kerana murid perlu diberi lebih pemahaman konsep operasi dengan teknik belajar melalui bermain dan pendedahan kepada kaedah baru yang lebih mudah dan mesra pengguna. Sungguh pun murid menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) © PPD Segamat 2023 Jilid I 1
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat berikutan negara menghadapi situasi pendamik Covid -19, murid masih boleh menggunakan alat inovasi ini hanya dengan bimbingan ibu bapa. Selain itu, murid juga dapat diperkukuhkan kemahiran mereka menguasai tajuk sukar sebelum mereka menginjak ke tahun satu. Oleh itu, inovator telah melakukan tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah seterusnya melakukan intervensi melalui pelaksanaan PdP. Tinjauan awal ini dijalankan dengan cara menganalisis latihan murid, pelaksanaan ujian intervensi, pelaksanaan PdP di dalam kelas dan temu bual menggunakan metodologi reka bentuk kualitatif separa berstruktur. Hasil tinjauan ini mendapati murid mempunyai masalah yang hampir sama iaitu sukar membayangkan operasi tambah dan tolak yang berlaku di dalam minda. Bagi menangani masalah ini, inovator telah menghasilkan satu bahan inovasi untuk menjadi pemudahcara murid. Bahan tersebut dinamakan kaedah kotak minda. Hasil dapatan kajian membuktikan kaedah kotak minda telah membantu murid di dua buah sekolah untuk memahami konsep pembelajaran matematik awal prasekolah bagi tajuk operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18. Data peningkatan tahap penguasaan murid sebelum dan selepas intervensi PdP telah dibentangkan dengan jelas di dalam laporan ini. Kaedah kotak minda ini terbukti telah membantu murid prasekolah menyelesaikan operasi tolak dan tambah dengan lebih baik kerana murid dapat melihat dengan lebih jelas dengan pandangan mata berbanding pengiraan menggunakan bayangan minda mereka. © PPD Segamat 2023 Jilid I 2
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I TAJUK INOVASI Kaedah kotak minda Gambar 1 : Kaedah kotak minda Gambar 2 : Kaedah kotak minda untuk untuk kegunaan guru kegunaan murid. Satu set untuk satu individu murid Penghasilan kaedah kotak minda yang mempunyai dua versi iaitu untuk kegunaan guru dan kegunaan murid dan hampir sama fizikal adalah kerana inovator merujuk kepada konsep pembelajaran melalui peniruan. J .W Santrock (2012) menyatakan bahawa teori Kognitif Bandura telah membuktikan tingkah laku baik dapat ditunjukkan dan diamalkan oleh kanak - kanak dengan meningkatkan perlakuan baik oleh orang dewasa. Teori sosial kognitif bandura menekankan konsep timbal balik dipengaruhi dengan tingkah laku, persekitaran dan faktor kognitif seseorang. Dalam hal ini, penggunaan alat inovasi yang digunakan oleh guru mampu mewujudkan pengaruh timbal balik kepada perlakuan murid. Murid turut menggunakan bahan inovasi mereka dengan cara yang betul dengan melihat guru. Albert Bandura percaya aktiviti timbal balik murid ini dipengaruhi pula oleh 3
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I tingkah laku. Oleh sebab itu, inovasi ini melibatkan pemberian ganjaran yang berupaya meningkatkan atau mengekalkan perbuatan menggunakan alat inovasi secara berterusan (Albert Bandura, 2010) Penghasilan alat inovasi murid yang menyerupai set guru serta ditambah nilai dengan memasukkan unsur PAK -21 iaitu ruang pelekat penghargaan telah disokong oleh Charney, (2005). Charney (2005) menyatakan peneguhan perlu diberikan semasa murid menunjukkan tingkah laku baik dan diberi dengan segera. Melalui Charney lagi, seandainya orang dewasa iaitu guru mengharapkan murid untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model (guru), murid mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain Teori Sosial Kognitif Bandura, penghasilan alat inovasi set guru dan murid yang seakan sama ini turut disokong oleh teori pembelajaran pelazamin klasik. Teori pendekatan pembelajaran tingkah laku dalam pembelajaran ini menekankan proses asas pembelajaran adalah bermula dengan pembentukan dua perkaitan iaitu antara rangsangan dan tindak balas. Peneguhan berupa ganjaran adalah rangsangan guru terhadap tindak balas murid menyiapkan soalan yang diberikan. Tindak balas akan ditunjukkan dengan konsisten apabila wujud rangsangan secara konsisten. Justeru, inovator melihat tindak balas ini penting untuk mengekalkan pembelajaran. Murid yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Oleh sebab itu, alat inovasi dicipta dalam versi guru yang sama dengan murid kemudian berbentuk papan dilekatkan ruang ganjaran supaya dapat memenuhi keperluan motavasi murid sekaligus menyokong pembelajaran murid dengan lebih baik. Permulaan yang baik dalam matematik merupakan penentu kepada kejayaan di sekolah rendah, menengah dan peringkat yang lebih tinggi (Duncan et al., 2007). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 4
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I turut menetapkan bahawa murid – murid Prasekolah seawal usia lima dan enam tahun perlu diajar dengan mata pelajaran Matematik Awal. Pembelajaran Matematik pada peringkat awal ini adalah bermula daripada memahami konsep kemudian barulah kepada tahap yang lebih sukar iaitu operasi tambah dan tolak. Sungguhpun dengan mempelajari konsep terlebih dahulu, pembelajaran Matematik bagi murid prasekolah terutamanya topik tambah dan tolak adalah tetap dianggap susah dan sangat mencabar bagi kanak – kanak usia lima dan enam tahun. Mereka perlu menggunakan kognitif dalam mempelajari konsep matematik peringkat ini. Tambah memberi kesulitan untuk mempelajari konsep matematik peringkat ini adalah apabila mereka sukar membayangkan proses tambah dan tolak melebihi bilangan jari yang berlaku dalam minda mereka. Menurut Bruner 1988, kanak – kanak dalam usia lima dan enam tahun kanak – kanak masih berjuang untuk menguasai perkembangan bahasa. Justeru dalam situasi murid prasekolah ini, mereka jelas sedang memperjuang dua situasi yang berbeza iaitu untuk mempelajari pemahaman konsep matematik serta menguasai bahasa pada masa yang sama. Oleh kerana murid sedang mempelajari pemahaman konsep matematik serta menguasai bahasa pada masa yang sama, maka dengan itulah juga salah satu sebab alat inovasi dihasilkan. Dalam proses menguasai perkembangan bahasa, bahan inovasi yang dhasilkan ini boleh merangsang kemahiran berbahasa pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep matematik melalui pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) yang berkesan. Ujian pra dan post serta bukti melalui pelaporan ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kaedah kotak minda berupaya mencipta pemahaman yang kukuh terhadap konsep tambah dan tolak bagi subjek matematik awal prasekolah. Perkembangan bahasa dan kognitif yang seiring ini telah merangsang 5
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I kesinambungan kognitif murid dalam pembelajaran dan penguasaan kemahiran mereka. Kesinambungan pemahaman dan penguasaan konsep operasi tambah dan tolak yang dikuasai pada tahap peringkat prasekolah pula boleh menjadi kayu pengukur kepada kejayaan murid dalam penguasaan operasi Matematik semasa di tahun satu khas nya dan sekolah rendah amnya. 6
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI Selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017), (KSPK) bahan inovasi ini telah dicipta bagi memenuhi keupayaan murid menguasai KSPK Standard Kandungan MA 3.1.6 iaitu menyelesaikan masalah operasi tambah dan MA 3.2.5 menyelesaikan masalah operasi tolak adalah mencakupi elemen belajar sambil bermain. Kaedah kotak minda ini digunakan untuk menguasai kemahiran yang akan diajar pada akhir tahun setelah murid menguasai kemahiran mengenal nombor 1-20 seperti mana yang disarankan di dalam KSPK (Semakan 2017). Alat yang dihasilkan ini menggambarkan minda atau otak murid yang dikeluarkan di hadapan. Ia dihasilkan secara maujud bagi memberi gambaran sebenar kepada murid proses penambahan dan penolakan nombor yang berlaku di dalam minda atau otak mereka. Justeru, inovator telah menghasilkan bahan secara hands-on yang mesra penggunaan dan mudah dikendalikan untuk membantu murid memahami konsep tambah dan tolak dalam lingkungan 18 iaitu yang melebihi bilangan jari mereka. Objektif alat inovasi ini ialah: a. Membantu murid prasekolah seawal usia 5 dan 6 tahun memahami konsep kemahiran tolak (dikeluarkan daripada asal) dan tambah (mendapat yang lain dari luar) dalam lingkungan 18 dengan cepat dan betul supaya mereka lebih bersedia dengan pembelajaran matematik di tahun satu. b. Membantu murid prasekolah menyelesaikan operasi tolak dan tambah dengan lebih baik melalui bahan maujud kerana murid dapat melihat dengan lebih jelas dengan pandangan mata berbanding pengiraan menggunakan bayangan minda mereka. 7
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat c. Mengoptimumkan stategi pengajaran dan pembelajaran guru berpandu aspek skpmg2 dalam pembelajaran berpusatkan murid, murid sebagai pembelajr aktif, belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan. d. Memberi peluang kepada guru prasekolah dan guru tahap satu menggunakan kaedah kotak minda ini untuk membantu anak murid membuat penyelesaian operasi tambah tolak dengan lebih senang dan cepat seawal umur 5 tahun. 4.1Persoalan Kajian Inovasi ini telah menjawab soalan berikut: 1. Apakah masalah dihadapi murid semasa menyiapkan latihan operasi tambah dan tolak bagi hasil tambah yang melebihi bilangan jari? 2. Bagaimanakan murid boleh dibantu untuk mempertingkatkan pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dan tolak bagi hasil tambah dan tolak dalam lingkungan 18? Persoalan kajian yang terjawab daripada pelaksanaan kaedah kotak minda dalam PdP yang berkesan adalah kerana ia dihasilkan secara maujud. Kaedah ini memberi gambaran sebenar kepada murid proses penambahan dan penolakan nombor yang berlaku di dalam minda murid. Bahan maujud ini sangat penting kepada murid prasekolah bagi memahami konsep tambah dan tolak, kerana tambah dan tolak adalah tajuk yang sukar bagi mereka. Kaedah kotak minda menfokuskan kepada operasi tambah dan tolak dengan hasil tambah dan tolak adalah dalam lingkungan 18, selaras dengan © PPD Segamat 2023 Jilid I 8
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017). Alat ini turut menggunakan gabungjalin kaedah dalam pelaksanaanya PdP guru bagi memberi impak yang lebih bermakna. Kaedah yang digabungjalinkan adalah elemen PAK-21 yang merangkumi belajar melalui bermain dan unsur didik hibur. Konsep belajar melalui bermain dalam pembelajaran prasekolah harus mempunyai elemen-elemen perkembangan kanak-kanak seiring dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Berdasarkan kajian literatur, penggunaan alat sebagai bahan permainan dalam pendekatan bermain sambil belajar yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Justeru, inovator melihat alat inovasi Kaedah Kotak Minda telah memenuhi elemen-elemen perkembangan yang sepatutnya diberi penekanan dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Bagi memenuhi elemen perkembangan kanak – kanak prasekolah, kaedah kotak minda telah melalui proses tambah baik alatan. Inovator melihat ubahsuai alatan perlu dilakukan sesuai dengan tahap murid, mudah selia dan dan keboleh gunaan murid. Kaedah kotak minda ini sesuai digunakan secara individu atau berkumpulan murid prasekolah, tahun satu serta tahun dua. Alat inovasi kaedah kotak minda membolehkan murid menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan betul dan tepat. Keberkesanan kepada murid telah diuji sendiri oleh guru subjek matematik tahun satu dan tahun dua. Sesuai dengan pembelajaran murid prasekolah seawal usia lima dan enam tahun, murid dilatih secara tidak langsung melalui kaedah kotak minda ini untuk berkolaborasi dengan rakan dan juga meneroka pembelajaran berasaskan inkuiri. Selain itu, bimbingan guru pula akan berlaku secara minimum kerana berlaku pembelajaran kooperatif (bagi murid berkumpulan) dan pembelajaran secara inkuiri (secara individu). Kaedah kotak minda sangat mesra pengguna. Kit penyimpanan hanya memerlukan keupayaan murid mengendalikannya dengan mudah. © PPD Segamat 2023 Jilid I 9
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Persoalan kajian ini telah dijawab yang memberi gambaran kepada penyelesaian masalah dihadapi guru di dalam kelas. Jawapan ini muncul daripada ujian keberkesanan yang dilakukan oleh inovator melalui ujian pra (pre test) dan ujian post (post test) di sekolah pertama. Inovator meneruskan perkenalkan alat inovasi ini di sekolah baharu dan kemudian berterusan melaksanakan kaedah kotak minda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah baharu selama tempoh lapan minggu. Dapatan jelas menunjukkan bahawa impak kaedah kotak minda memang memberi kesan peningkatan pemahaman konsep tambah dan tolak murid – murid di kedua – dua buah sekolah. Peningkatan pemahaman konsep tambah dan tolak yang ditunjukkan dalam kalangan murid prasekolah dan tahun satu dalam laporan ini bukan hanya kerana dilaksanakan oleh inovator, malah diaplikasikan oleh guru subjek mereka sendiri. Situasi ini telah menunjukkan wujudnya keluwesan alat inovasi. Penyebaran penggunaan kaedah kotak minda ini kepada dua buah sekolah yang berbeza dilihat sebagai bonus kerana inovator berpeluang menguji alat inovasi kepada guru dan murid yang berbeza. Kejayaan melihat hasil daripada penggunaan dan pelaksanaan di dua buah sekolah terhadap pemahaman konsep tambah dan tolak dalam subjek matematik, inovator menganggap sebagai satu kejayaan besar bagi alat inovasi kaedah kotak minda ini. Kejayaan ini lebih hebat lagi apabila memberi impak langsung kepada pembelajaran murid – murid. Kejayaan ini dapat dibuktikan melalui data yang diperolehi semasa murid menjawab soalan operasi tambah dan tolak. Dapatan data bagi kedua – dua buah sekolah dibentangkan dengan jelas di dalam laporan ini. 10
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KUMPULAN SASARAN Murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun yang sudah menguasai konsep nombor. LATAR BELAKANG 6.1Proses Penghasilan Inovasi Mengikut Kronologi Tahun 2020 MASA / TAHUN 2020 MINGGU 36 37 38 39 40 41 42 43 44 Masalah murid telah dikenal pasti (RPH Minggu 36 bertarikh 20.9.2020) Ujian pra Menganalisis dan merangka inovasi Membina alat inovasi Menjalankan ujian pasca Pelaksanaan PdP menggunakan bahan inovasi Merekod ujian post Merekod dapatan selepas penggunaan alat inovasi (RPH minggu 43 bertarikh 8.11.2020) Analisis keputusan Jadual 1 : Garis masa penghasilan kaedah kotak minda 11
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 3 : Alat inovasi Kaedah Kotak Minda untuk kegunaan guru versi pertama sebelum inovator tambah baik Alat inovasi pada gambar 3 di atas dibina pada minggu ke 37 pada tahun 2020 seperti dalam kronologi Rajah 1, selepas inovator menganalisis dan merangka inovasi. Ia memakan masa hampir enam minggu menyiapkan dengan lengkap. Dalam tempoh itu, inovator menggunakan alat inovasi yang dihasil sendiri, walau tidak cantik tetapi masih dalam bentuk yang sama. Dalam tempoh menyiapkan bahan inovasi yang lengkap ini, penggunaan kepada murid tetap dilakukan. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) murid berjalan dan direkod pada minggu 43 dengan bukti rancangan pelajaran harian dan dipantau oleh pentadbir sekolah. Tindakan inovator amat tepat semasa menghasilkan bahan inovasi 12
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) ini. Ini kerana sepanjang tempoh itu inovator telah membuat beberapa bacaan daripada pengkaji lepas. Didapati alat inovasi inovator ini adalah selari dengan dapatan melalui kajian oleh teori Piaget (1988). Teori Piaget menjelaskan bahawa kanak – kanak pada peringkat ini masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek, tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Ini kerana pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang diamatinya. Justeru, bagi merangsang proses pengamatan, inovator telah melaksanakan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai inovasi yang boleh dilihat, disentuh dan digunakan oleh murid dalam proses meningkatkan tahap penguasaan pemahaman murid terhadap konsep tambah dan tolak dengan lebih baik. Inovasi ini menjadi satu alat yang dapat membantu murid berumur lima dan enam tahun memahami konsep tambah dan tolak pada masa yang sama penerapan elemen PAK -21 dapat dipraktikkan semasa murid belajar. Alat ini yang diberi nama Kaedah Kotak Minda. Berdasarkan pembacaan innovator semasa memilih untuk menghasilkan alat inovasi ini, kajian oleh Bruner (1988) menyatakan bahawa kanak – kanak pada peringat Simbolik (5-7 tahun), penggunaan konsep bahasanya adalah sedang berkembang. Namun pada masa sama ia boleh memanipulasi simbol. Kajian oleh Bruner ini amat tepat merujuk kepada penggunaan bahan hands-on yang bersifat manipulatif dalam kelas matematik inovator. Justeru, dapatan kajian ini telah menyokong intervensi dalam kelas inovator bagi subjek matematik awal yang dilakukan oleh inovator iaitu menghasilkan kaedah kotak minda sebagai alat hands-on untuk meningkatkan tahap penguasaan operasi tambah dan tolak bagi murid prasekolah. Kajian oleh inovator dalam penggunaan alat inovasi ini turut disokong oleh tulisan Zawawi Hussin (2010) dalam Teori – Teori Pembelajaran Matematik. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada © PPD Segamat 2023 Jilid I 13
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I murid-murid apabila umur mereka meningkat. Ini kerana matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan. Justeru, kesusahan yang dialami oleh murid prasekolah untuk memahami konsep tambah dan tolak terbukti telah dapat ditangani menggunakan alat inovasi kaedah kotak minda, sekaligus membolehkan mereka dapat mengembangkan penguasaan matematik pada tahap yang lebih tinggi. 6.2Proses Tambah Nilai Dan Pengubahsuaian Alat Inovasi Serta Pelaksanaan PdP Kepada Murid Baharu Mengikut Kronologi Kaedah kotak minda kini menjadi satu bahan inovasi yang lebih menarik, mencabar dan hebat apabila inovator telah berpindah ke sekolah baharu kerana pertukaran jawatan. Ia seakan memberi cabaran baharu kepada kaedah kotak minda dalam proses meluweskan keupayaannya dalam memberi pemahaman kepada murid baharu untuk memahami konsep kaedah tambah dan tolak. Proses ubahsuai alat inovasi bukan lah sesuatu yang mudah kerana inovator perlu melihat penyesuaian aspek kegunaan dan fungsi kepada murid pada masa yang sama impak pemahaman konsep tambah dan tolak adalah menjadi fokus utama. Oleh kerana itu, pengubahsuaian alat inovasi ini berlaku bermula minggu ke 43 dan berakhir pada minggu ke 49 iaitu setelah berkali – kali penggunaan bersama murid dengan aplikasi di dalam kelas. Penggunaan alat inovasi di dalam kelas walaupun dilaksanakan oleh guru lain selain inovator, penguasaan matematik bagi murid prasekolah sebenarnya masih dapat diramalkan keberkesanannya. Ini kerana, merujuk kepada teori pembelajaran Jean Piaget (1988), perkembangan intelek murid bergantung kepada potensi semula jadi dan alam persekitaran yang merangsangnya. Oleh hal demikian, guru yang mengajar perlu memahami dahulu perkembangan kognitif murid-murid. 14
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Melalui pembacaan, inovator juga telah meneliti bagaimana cara-cara membolehkan murid memahami konsep matematik dengan baik. Salah satu teknik adalah dengan memasukkan unsur didik hibur. Melalui aktiviti didik hibur, murid – murid akan lebih tertarik untuk terlibat aktif kerana PdP memberi peluang mereka menjadi pembelajar aktif. Apatah lagi dengan adanya kaedah kotak minda ini, murid berasakan seperti mereka memiliki alat mainan sendiri. Piaget (1988) telah membuktikan pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor, Peringkat PraOperasi, Peringkat Operasi Konkrit dan Peringkat Operasi Formal. Justeru, murid prasekolah adalah pada peringkat kedua iaitu Pra-Operasi. Alat inovasi kaedah kotak minda dibuktikan sesuai dengan kanak – kanak pada peringkat ini, yang lebih suka bersosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Jadual 2 di bawah menunjukkan dengan jelas perkara kronologi proses tambah nilai dan pengubahsuaian alat inovasi serta pelaksanaan PdP kepada murid baharu selepas inovasi kaedah kotak minda dinobatkan johan di peringkat negeri dan berjaya mara ke peringkat kebangsaan tahun 2022. © PPD Segamat 2023 Jilid I 15
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I MASA / TAHUN 2022 MINGGU 42 43 44 45 46 47 48 49 Bahan inovasi diperkenalkan kepada guru subjek, di sekolah baharu inovator (Kelas Prasekolah dan Tahun 1 Arif). bermula minggu 42, bertarikh 10.1.2022) Menganalisis dan merangka pengubah suaian inovasi untuk tambah nilai, setelah melihat kumpulan murid yang berpotensi menggunakan alat inovasi iaitu prasekolah dan tahun satu Inovator melaksanakan PdP dengan dilihat oleh guru subjek (supaya nanti guru subjek menguasai cara aplikasi alat dalam PdP) Pelaksaan PdP atau intervensi bersemuka kepada murid tahun satu dan prasekolah Membuat pengubahsuaian alat inovasi supaya lebih mesra murid dan tahan lasak serta memperbanyakkan bahan. Pemantauan PdP oleh PPD SISC+ Daerah menggunakan bahan inovasi dalam PdP Memantau pengunaan alat inovasi untuk PdP oleh guru subjek di dalam kelas prasekolah dan tahun satu Merekod dapatan hasil kerja murid sebelum dan selepas penggunaan alat inovasi (RPH minggu 49 bertarikh 24.2.2022) Analisis keputusan (24.2.2022) Jadual 2 : Garis masa pengubah suaian tambah nilai dan pelaksanaan PdP kaedah kotak minda 16
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Gambar 4 : Alat inovasi kaedah kotak minda untuk guru versi kedua Gambar 4 di atas menunjukkan alat inovasi kaedah kotak minda untuk guru versi kedua yang telah diubah suai bagi memudahkan inovator serta guru prasekolah dan guru subjek matematik tahun satu gunakan. Senang kendalian bahan untuk simpanan dan mesra penggunaan. Konsep mengumpulkan kesemua bahan yang bertujuan senang diakses oleh guru semasa PdP menyebabkan slot kad dibina dengan memberi label nombor bagi memudahkan susunan dan penyimpanan kad nombor. Label nombor diwujudkan pada setiap slot adalah bagi mengelakkan guru keliru semasa menggunakan kad bagi operasi tambah dan tolak. Label nombor pada slot telah menjadi pandu arah kepada guru semasa menggunakan kad. © PPD Segamat 2023 Jilid I kotak minda 17
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Bagi alat inovasi kaedah kotak minda untuk murid pula, inovator telah mengubahsuai kepada papan kaedah kotak minda yang lebih mesra pengguna. Gambar 3 di bawah adalah gambar alat inovasi pada 11 Mac 2022 yang telah digunakan semasa PdP bersama murid di dalam kelas. Alat ini sedang dalam pengubahsuaian, tetapi inovator mengambil inisiatif membina alat sementara untuk kegunaan murid semasa PdP di dalam kelas. Gambar 5 : Alat inovasi pada 11 Mac 2022 yang telah digunakan semasa PdP bersama murid di dalam kelas. Set jari 10 hanya dilekatkan pada meja murid kerana bahan inovasi masih dalam proses tambah nilai. responden di dalam gambar 5 adalah murid baharu yang belum pernah melihat dan menggunakan alat inovasi ini. Kaedah Kotak Minda digunakan kepada responden iaitu murid yang pelbagai keboleh upayaan. Justeru, © PPD Segamat 2023 Jilid I 18
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I inovator melihat situasi ini sebagai peluang terbaik untuk menguji keberkesanan kaedah kotak minda. Kaedah kotak minda diuji sekali lagi kehebatannya pada murid baharu untuk melihat impak atau kesan penggunaan kepada pemahaman konsep tambah dan tolak murid yang berbeza latar belakang dan umur. Inovator telah mengubahsuai kepada papan kaedah kotak minda yang lebih mesra pengguna dan disimpan dalam kit fail. Akhirnya, dilihat alat inovasi ini lebih praktikal kepada kegunaan harian murid. Kaedah kotak minda yang lebih mesra penggunaan akhirnya terlihat seperti gambar 6 dan 7 di bawah. Alat inovasi ini telah melalui proses pengubah suaian pada minggu ke 48, Februari 2022. Inila rupa akhir alat inovasi kaedah kotak minda. Gambar 6 : Alat inovasi kaedah kotak minda untuk kegunaan individu murid versi kedua. 19
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 7 : Alat inovasi papan kaedah kotak minda untuk kegunaan individu lengkap ruangan ganjaran. Gambar 2 menunjukkan inovator telah menggabungkan unsur PAK-21 melalui alat inovasi ini dengan memasukkan ruang untuk penghargaan murid. Alat inovasi ini telah melalui proses pengubah suaian pada minggu ke 48, Februari 2022. 20
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ISU ATAU MASALAH YANG DITANGANI BERKAITAN BAHAN INOVASI 7.1Peningkatan pemahaman penguasaan operasi tambah dan operasi tolak murid berumur 5 dan 6 tahun. Sebelum diberikan inovasi, murid mengaplikasikan penggunaan jari dan minda secara optimum. Namun, tidak semua murid prasekolah semua mampu memberi gambaran seperti apa yang ada di minda untuk menyatakan dengan lisan kerana mereka tidak dapat melihat bahan maujud di hadapan mata. Bagi murid prasekolah yang hanya berusia 5 dan 6 tahun, tajuk penambahan dan penolakan adalah tajuk yang sangat sukar bagi mereka. Namun selepas pelaksanaan inovasi ini, perubahan kepada peningkatan pencapaian murid telah berlaku sangat drastik walaupun mereka baru berumur 5 dan 6 tahun. Gambar 8 : Bukti murid masih terikut dengan kaedah lama, menggunakan jari bagi konsep matematik walaupun hasil tambah adalah melebihi bilangan jari. Akhirnya, murid hilang punca kerana tidak dapat menjumlahkan dengan betul. 21
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 9 : Inovator memberi peluang kepada murid menggunakan kaedah kotak minda, dan baiki pemahaman konsep cara lama kepada cara pemahaman konsep kaedah kotak minda. Gambar 10 : Akhirnya murid dapat memahami dan menyelesaikan operasi bagi hasil tambah yang melebihi bilangan jari mereka dengan tepat dan betul. Lembaran kerja murid telah disemak dan disimpan oleh inovator 22
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 7.2Keupayaan kognitif sosial (social cognitive) murid dapat ditingkatkan. Pendekatan kognitif sosial menekankan bagaimana faktor interaksi tingkah laku, persekitaran dan seseorang individu mempengaruhi pembelajaran ( Bandura, 2009, 2010 (a) dalam Santrock, J.W, 2012). Justeru, penggunaan alat inovasi kaedah kotak minda telah secara tidak langsung mengatasi masalah murid prasekolah yang pasif. Pelaksanaan kaedah kotak minda secara individu dan kumpulan akan berupaya menyerlahkan tingkah laku baik mereka. Aktiviti belajar melalui bermain ini mendesak murid untuk saling bekerjasama, tolong - menolong dan saling mempengaruhi antara rakan bagi memenuhi tugasan. Namun begitu, guru sebagai pengawal proses pembelajaran perlu sentiasa peka dengan pergerakan murid sesuai dengan pematuhan prosedur standard operasi covid – 19 semasa PdP berjalan di dalam kelas. Merujuk kepada teori peniruan oleh Albert Bandura, alat inovasi yang dihasilkan untuk setiap individu murid telah berjaya memberi peluang kepada murid merasai pengalaman sendiri terlibat sebagai pembelajar aktif di dalam kelas untuk proses penyelesaian soalan, melalui tunjuk cara guru. Bahan guru dijadikan pandu arah kepada murid, menyebabkan murid berjaya menyelesaikan masalah sendiri menggunakan latihan soalan bertulis dan lembaran kerja. Murid boleh menzahirkan keyakinan diri sendiri yang tinggi. Gambar 11 Gambar 12 23
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 11 & 12 : Bukti murid masih pasif telah berupaya mencipta tingkah laku aktif. Murid bertudung di dalam gambar adalah murid pasif. Pada waktu ini inovator menfokus hanya kepada beliau untuk memerhati perlakuan bagi melihat keupayaan sosial kognitif murid bertudung di dalam gambar. Individu murid ini telah berjaya menunjukkan perubahan sikap daripada pemalu, pasif dan tidak yakin berinteraksi dengan rakan kepada memulakan penglibatan aktif. Jelas kelihatan murid telah merasai pengalaman sendiri terlibat sebagai pembelajar aktif di dalam kelas melalui penggunaan alat inovasi kaedah kotak minda semasa menyiapkan tugasan. 24
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HURAIAN INOVASI 8.1Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Inovasi Kaedah kotak minda ini menggunakan bahan yang didapati dalam pasaran runcit sahaja. Inovator turut menggunakan bahan kitar semula seperti kotak jika difikirkan sesuai dan bahan seperti keinginan inovator tiada dijual di pasaran runcit. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan alat inovasi kaedah kotak minda adalah kain felt, kayu batang aiskrim, maountain board, plastik A4 transparent, bola kecil, kad nombor tiga warna iaitu merah, kuning, biru. Kad nombor yang dicetak angka merah adalah operasi tambah, angka kuning untuk operasi tolak manakala biru adalah untuk jawapan. 8.1.1 Set jari sepuluh Gambar 13 : Set jari sepuluh • Set jari sepuluh ini ialah lakaran asal tangan murid tetapi dimaujudkan menggunakan kain felt. Dijahit berbentuk jari tangan, dilekatkan velcro dan ditampal pada mountain board bagi 25
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I memudahkan murid dan guru kendalikan. Tujuan diletakkan velcro pada tapak tangan adalah supaya murid dapat melakukan tutup jari dengan kemas semasa membuat kiraan. • Set jari sepuluh ini dibina dengan pemilihan warna yang pebagai supaya dapat menarik minat murid menggunakan alat inovasi. Menurut teori Kecerdasan Pelbagai dan Perkembangan Kreativiti Kanak – kanak oleh Gardner (1993), semua kanak – kanak berpotensi berfikiran secara kreatif. Kanak - kanak juga sentiasa melintasi sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan aktiviti. Justeru, inovator memilih warna yang pelbagai sebagai membantu perkembangan kecerdasan pelbagai murid. Alat berwarna – warni akan memudahkan dilihat oleh murid, memberi fokus kepada murid untuk mewujudkan tumpuan, menceriakan suasana sekeliling, mewujudkan perasaan harmoni dalam kalangan murid dan untuk mempengaruhi emosi murid semasa belajar. 8.1.2 Papan kaedah kotak minda dan set papan boleh tulis Gambar 14 : Papan kaedah kotak minda murid 26
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I • Set papan yang boleh ditulis ini adalah untuk kegunaan individu murid semasa menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Simbol operasi dibina dengan meletakkan pelekat velco bahagian bawah supaya memudahkan murid menukar operasi tambah dan tolak bila diperlukan. Set papan ini turut dilengkapi dengan marker papan putih yang boleh dipadam selepas digunakan. • Bulatan berwarna merah jambu adalah ruangan untuk penghargaan murid. Pelekat ganjaran akan diberikan dan dilekatkan pada bahagian tersebut setiap kali murid berjaya menyelesaikan soalan diberikan guru. Kajian oleh Erikson (Erikson, 1980) kanak-kanak ketika mereka melakukan aktivitidan kanakkanak akan lebih teruja jika diberi ganjaran pada setiap pencapaian yang diperolehi. • Petak segi empat adalah tempat menulis angka bagi ayat matematik mengikut soalan diberi guru. Murid boleh tulis dan pada, setelah selesai. Dibekalkan bersama marker pen. 8.1.3 Set kotak transparent (lutsinar) berbentuk minda dan set bekas lutsinar Gambar 15 : Set kotak minda untuk guru Gambar 16 : Set kotak minda untuk murid 27
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I • Kotak kitar semula dan kotak transparent ini digunakan menggambarkan minda murid. Direka bentuk seperti minda murid dan dibuat secara transparent bagi memberi gambaran sebenar kepada murid apa yang tersimpan di dalam minda semasa murid melakukan operasi. Murid boleh lihat berapa bilangan bola yang dimasukkan ke dalam atau dikeluarkan daripada dalam minda. 8.1.4 Set bola kecil 20 Gambar 17 : Set bola kecil 20 • 20 bola kecil ini merupakan item utama dan menjadi objek konkrit kepada ayat matematik di dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak. • Set bola 20 ini hanya disediakan untuk guru dan satu set bagi setiap kumpulan sahaja. Tujuan disediakan set bola dalam kumpulan sahaja adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran PAK 21 dan menggalakkan komunikasi dan pembelajaran secara kolaboratif. 28
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I • Jika murid menyelesaikan soalan secara individu, murid akan menggunakan bola guru di hadapan dan membahagikan bilangan bola kepada beberapa murid di dalam kumpulan yang sama. Inovator menggunakan kaedah sebegini adalah sesuai dengan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), pentaksiran standard 4 : pembelajaran dan pemudahcaraan. • Instrumen SKPMg2 dalam aspek 4.5 iaitu guru sebagai penilai berperanan mengesan tahap penguasaan murid melalui penglibatan murid di dalam kelas. oleh sebab itu, murid perlu menggunakan bola dalam kawalan guru supaya tahap penguasaan murid dapat dikesan. Turut mendokong adalah aspek 4.6 iaitu murid bertindak sebagai pembelajar aktif. Melalui penggunaan bola set 20 yang dibina dalam kumpulan, inovator berpeluang mencipta murid sebagai pembelajar aktif. 8.1.5 Set soalan ayat matematik Gambar 18 : Set soalan tambah dan tolak (tolak teknik 1 dan tolak teknik 2) 29
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I • 3 set soalan operasi tambah dan tolak dengan hasil tambah dan tolak dalam lingkungan 18 dengan teknik 1 dan teknik 2 disediakan di dalam kit kaedah kotak minda sebagai soalan. Guru boleh fotokopi set soalan yang tersedia ini untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi PdP. • Bilangan soalan yang disediakan adalah sesuai dengan keupayaan murid prasekolah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Soalan ini adalah pengukuhan kepada konsep yang telah dipelajari murid. • Bagi murid lemah, murid boleh hanya menyalin ayat matematik ini kepada papan kaedah kotak nombor dan mula menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan bimbingan guru sepenuhnya. • Bagi murid pada tahap penguasaan sederhana, set soalan ini boleh dijadikan sebagai latihan pengukuhan sepenuhnya seterusnya menggunakan kaedah kotak minda sebagai alat penyelesaian. • Murid yang sudah menguasai soalan pada lembaran kerja ini pula, murid boleh salin soalan yang diajukan guru secara lisan pada papan kaedah kotak minda sebagai aktiviti pengayaan. 30
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.1.6 Set kad nombor dan tapak set kad nombor Gambar 19 Gambar 20 Gambar 19 & 20 : Set kad nombor untuk alat inovasi guru • Ini adalah set kad nombor bagi alat inovasi guru. Angka setiap kad dibezakan dengan warna. Setiap warna berfungsi kepada tapak masing – masing. Fungsi warna ini sangat membantu guru baharu menggunakan alat inovasi ini dengan lebih baik dan lancar di dalam kelas. Set nombor ini dilekatkan pada tapak set kad nombor guru iaitu gambar 20 semasa proses penggunaan alat berlaku. • Pada bahagian belakang turut dinomborkan mengikut slot agar mudah penyimpanan selepas digunakan. Label nombor sebegini amat praktikal kerana memudahkan pengurusan pengendalian sebelum dan selepas sesi PdP. Ini diakui sendiri oleh guru prasekolah dan guru matematik tahun satu. 31
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.1.7 Tapak set kad nombor Gambar 201 : Tapak set kad nombor bagi guru • Tapak set kad nombor ini mengandungi arahan kepada guru baharu gunakan supaya menjadi pandu arah. Inovator telah melekatkan arahan setiap tapak kad bagi memudahkan guru menggunakannya dengan membezakan kad dengan tiga warna yang berlainan. 32
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.2 Cara Inovasi Digunakan Kaedah kotak minda ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu individu dan berkumpulan. Inovator memilih dua cara penggunaan inovasi ini kerana mengambil kira Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di mana murid – murid prasekolah perlu mengikuti pembelajaran bersepadu (KSPK, 2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2016) menyatakan bahawa pembelajaran bersepadu termasuklah aktiviti rutin (perbualan awal, rehat, aktiviti penutup) dan aktiviti pembelajaran (aktiviti luar iaitu fizikal dan main bebas). Semua aktiviti ini dilaksanakan secara individu dan berkumpulan, secara menyeluruh. Ketetapan yang dibuat inovator terhadap dua cara inovasi ini digunakan turut disokong dengan kajian oleh Erikson (1980). Erikson (1980) menyatakan bahawa kanak – kanak terdorong melakukan aktiviti secara berkumpulan dan berinteraksi antara satu dengan lain. Dalam perkembangan ini, orang dewasa berperanan untuk memantau kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti dan kanak-kanak akan lebih teruja jika diberi ganjaran pada setiap pencapaian yang diperolehi. 8.2.1 Secara Individu 8.2.1.1 Operasi tambah (tutupkan dahulu semua jari tangan inovasi) ❖ Murid diberikan ayat matematik melalui set nombor. Murid kenal pasti operasi dan terus menutup 10 jari inovasi. Kemudian murid mengambil bola, memasukkan ke dalam kotak minda mengikut bilangan. Contoh soalan ialah 12 + 6 = ❖ Masukkan 12 bola ke dalam kotak minda, bukakan 6 pada jari inovasi (10 33
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I jari inovasi ini telah ditutup seawal murid mendapat soalan). Akhirnya kirakan kesimbungan kotak minda dan jari inovasi yang dibuka. ❖ Mula kira dengan 12 (sebab di minda ada 12), sambung dengan 13 (pada jari inovasi pertama), 14 (pada jari inovasi ke dua), 15 (pada jari inovasi ke tiga), 16 (pada jari inovasi keempat), 17 (pada jari inovasi kelima) 18 (pada jari inovasi ke enam). ❖ Jadi, jawapannya ialah 18 (iaitu dengan melihat kedudukan 6 jari yang dibuka tadi) 8.2.1.2 Operasi tolak dengan teknik 1 ❖ Teknik 1 digunakan apabila digit sa adalah lebih besar daripada nombor pertama. Jika ayat matematik ditukar dalam bentuk lazim, ia melibatkan pengumpulan nombor. Contoh: 11 – 6 = ❖ 11 adalah 10 dan 1 (10 di jari. 1 masuk bola ke dalam kotak minda) - 6 adalah ambil baki di jari inovasi. ❖ Baki di jari inovasi ialah dengan membuat kirakan 1 di kotak minda tadi terus 2 (tutup jari inovasi pertama), 3 (tutup jari inovasi kedua), 4 (tutup jari inovasi ke tiga), 5 (tutup jari inovasi ke empat),6 (tutup jari inovasi kelima) ❖ Akhirnya, kira jari inovasi yang masih terbuka. Itulah jawapannya. JAWAPAN = 5 (MERUJUK KEPADA 5 JARI YANG MASIH TERBUKA) 34
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.2.1.3 Operasi tolak dengan teknik 2 ❖ Teknik 2 digunakan apabila digit sa adalah kurang daripada nombor pertama. Contoh : 15 – 3 = ❖ 15 adalah 10 dan 5 (10 di jari 5 di minda). -3 ialah tutup 3 jari. (jari lebih sebanyak 7). Kirakan dalam minda 5, tambah jari lebih 7. Jawapannya ialah 12. Gambar 22 : Murid tahun satu menggunakan kaedah kotak minda secara individu 35
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 23 : Murid prasekolah menggunakan kaedah kotak minda secara individu 8.2.2 Secara Kumpulan Alat inovasi kaedah kotak minda ini boleh dijalankan secara berkumpulan. Konsep masih menggunakan kaedah penambahan dan penolakan yang sama seperti cara individu. Namun begitu bagi aktiviti berkumpulan, murid perlu memainkan peranan masing – masing. Ada murid membaca arahan, murid membuat pengiraan, murid membuat pilihan kepada kalendar nombor, dan murid seterusnya pula akan membuat pembentangan. Sungguh pun begitu, cara mengajar adalah bergantung kepada kreativiti guru. Apa yang ditekankan oleh inovator adalah konsep sebenar kaedah kotak minda yang perlu diajar dengan cara yang betul. Bagi aktiviti kumpulan, setiap ahli dalam kumpulan perlu memastikan peranan masing – masing dilaksanakan dengan jayanya supaya akhirnya 36
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I mereka mendapat jawapan yang tepat. Dalam situasi ini, peranan guru dalam standard 4 SKPMg2 iaitu guru sebagai perancang, mengawal, membimbing dan mendorong adalah sangat memainkan peranan penting keberjayaan proses pembelajaran murid secara berkumpulan. Permainan dalam kumpulan juga akan lebih menarik kerana murid akan bertanding untuk mengumpul pelekat ganjaran. Biasanya inovator suka untuk menukar bentuk ganjaran pelekat yang dikumpul murid kepada hadiah berbentuk fizikal. Sebagai contoh, jika aktiviti kumpulan dilakukan murid berjaya mengumpul 5 pelekat ganjaran, inovator akan menukarkan dengan barang disukai murid seperti pemadam beraneka bentuk dan warna. Objek yang mempunyai bentuk dan warna yang cantik amat digemari murid. Gambar 24 : Murid prasekolah menjalani aktiviti kumpulan menggunakan kaedah kotak minda semasa PdP bersama guru prasekolah. Murid turut dikawal aspek pematuhan sop di dalam kelas walaupun aktiviti kumpulan dijalankan. 37
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.3 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi Kos bagi menghasilkan inovasi ini adalah : BIL. PERKARA INOVASI KOS (RM) 1 Set sepuluh jari • Kain felt • Velcro 0.70 1.20 2 Set kotak transparent bayangan minda • Kotak bola • Kotak sebagai kotak minda 6.80 6.80 3 Set 20 bola kecil 12.00 4 Set papan kaedah kotak nombor • Mountain board • Plastik transparent 0.98 0.20 5 Fail sebagai tempat penyimpanan alat inovasi 17.00 6 Marker 1.50 PERBELANJAAN KESELURUHAN 36.70 Jadual 3 : Kos Menghasilkan Kaedah Kotak Minda Seunit Kos menghasilkan kaedah kotak minda tidak terlalu mahal. Tujuan inovator membina alat inovasi dengan penggunaan kepada barangan yang berharga mampu milik adalah kerana bagi membolehkan alat ini dimiliki oleh semua orang tanpa mengira individu. Kemampuan kewangan setiap orang guru dan ibu bapa adalah mungkin berbeza. Jadi, dalam masa meraikan perbezaan ini, inovator telah mencipta bahan inovasi berimpak tinggi dengan hanya bermodalkan kos yang rendah. Alat yang berimpak tinggi tetapi bermodalkan kos yang rendah ini sudah tentu akan menggembirakan semua pihak, termasuklah ibu bapa. 38