Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4 Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran 8.4.1 Bukti Keberkesanan Tahun 2020 Inovasi ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid menyelesaikan masalah operasi, sekaligus meningkatkan pemahaman murid dalam konsep penambahan dan penolakan. Inovasi kaedah kotak minda ini telah berjaya membantu pencapaian murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Buktinya telah tercatat di dalam rancangan pelajaran harian (rph) guru pada tahun 2020 bahawa kaedah ini telah berjaya menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak murid dengan betul. Inovasi ini telah dibina pada tahun 2020 dan telah diuji keberkesanannya bukan sahaja melalui PdP secara bersemuka malah lebih daripada itu, turut diuji keberkesanannya melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr). Bagi melihat keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran, inovator membuat pengumpulan data awal berdasarkan : 1. Pemerhatian semasa PdP di dalam kelas menggunakan rph. 2. Semakan hasil kerja murid melalui ujian bertulis (ujian pra dan ujian post) 3. Temu bual separa berstruktur. Inovator juga telah menjalankan ujian pra dan ujian post. Ujian pra dan ujian post telah dilakukan oleh inovator dengan membuat semakan hasil kerja secara bertulis. Tujuan dilakukan semakan hasil kerja bagi ujian pra dan ujian post adalah kerana murid prasekolah adalah kanak – kanak kecil yang tidak dapat dijangka reaksi mereka. Mereka sebenarnya amat sukar memberi kerjasama kepada kesanggupan kerana sifat anak kecil yang sukakan bermain dan tidak boleh dijangka emosi. Oleh itu, pembelajaran yang menekankan unsur belajar sambil bermain menyebabkan inovator boleh menjadikan setiap data pada masa berlaku pengajaran di dalam kelas sebagai data yang sah. 39
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid prasekolah juga sebenarnya tidak boleh diramal. Mereka kadang kala bersedia, kadang kala pula tidak bersedia dengan ujian bertulis sebegini kerana pentaksiran mereka bukan lah bertulis. Namun atas inisiatif inovator untuk mendapatkan data melalui bentuk angka, inovator cuba mencari peluang dengan semakan hasil kerja secara spontan yang disiapkan oleh murid di dalam kelas dijadikan sebagai ujian pra murid prasekolah ini. Semua laporan turut dibincangkan di dalam laporan ini dengan jelas. 8.4.1.1 Pelaksanaan Ujian Pra ▪ Pemerhatian Bagi melihat keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran, inovator mula menjalankan pemerhatian. Semasa ujian penyelesaian masalah operasi tambah dan tolak pra dan pos dijalankan, inovator telah membuat pemerhatian ke atas cara penyelesaian para responden iaitu murid. Pemerhatian ini sangat penting bagi inovator untuk meneliti kelemahan setiap responden. Selain itu, pemerhatian pada ujian pos bertujuan meneliti sama ada kelemahan yang terjadi semasa ujian pra dapat diatasi dan berlaku peningkatan dalam kualiti menjawab soalan dengan betul menggunakan kaedah kotak minda ataupun tidak. Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 diajar kepada murid pada semester kedua iaitu bermula bulan Jun. Oleh sebab itu, ujian pos dilakukan pada semester kedua. Pengenalan topik ini adalah setelah murid menguasai kemahiran asas iaitu mengenal nombor 1-20, kenali simbol dalam matematik dan faham konsep asas tambah (semakin banyak) dan tolak (semakin berkurang). Pada minggu 36, inovator melaksanakan pengajaran tajuk operasi tambah dengan menggunakan kaedah lama iaitu mengaplikasikan penggunaan jari dan minda 40
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat secara optimum. Sepanjang PdP dilaksanakan, inovator mendapati 15 daripada 25 murid tidak dapat menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 18. Daripada jumlah itu, inovator telah mengenal pasti empat orang murid sebagai peserta kajian yang berumur 5 tahun. Hasil analisis mendapati subjek kajian seramai empat orang ini tidak dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan baik kerana mereka tidak dapat menambah dan menolak dalam bayangan minda. Oleh hal demikian, inovator mulai sedar bahawa murid prasekolah tidak mampu memberi gambaran seperti apa yang ada di minda untuk menyatakan dengan lisan kerana mereka tidak dapat melihat bahan maujud di hadapan mata. Gambar 25 : RPH bertarikh 20.9.2020 RPH ini telah menjadi bukti inovator telah menjalankan PdP kepada responden dan telah mengenal pasti kelemahan responden. Inovator turut mengenal pasti nama dan bilangan responden yang bermasalah untuk memahami konsep tambah dan tolak bagi nombor yang melebihi bilangan jari. © PPD Segamat 2023 Jilid I 41
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Oleh kerana itu, inovator telah memulakan langkah kedua iaitu mengadakan ujian pra dan seterusnya ujian post. ▪ Semakan hasil kerja murid Bagi menilai tahap pencapaian keseluruhan responden pula, inovator telah membuat semakan hasil kerja murid melalui ujian bertulis yang dijadikan ujian pra sebelum intervensi. Inovator juga menetapkan satu petunjuk bagi tahap pencapaian. Petunjuk tahap pencapaian bagi ujian yang diberikan inovator adalah seperti berikut: MARKAH INDIKATOR PENCAPAIAN 80 – 100 Cemerlang 60 – 79 Baik 40 – 59 Sederhana 20 – 39 Lemah 0 – 19 Lulus Jadual 4 : Petunjuk tahap pencapaian ujian pra dan ujian post Ujian pra mengandungi 7 soalan operasi tambah dan 10 soalan operasi tolak. Soalan operasi tambah dan tolak yang dibina adalah setara iaitu menguji kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 18. Soalan yang digunakan dalam ujian pra ini adalah sesuai dengan umur dan kemahiran yang telah subjek kajian capai. Data ujian pra ini diperolehi daripada markah latihan subjek kajian semasa menyelesaikan latihan pengukuhan selepas mereka menjalani sesi pembelajaran di dalam kelas berdasarkan rph bertarikh 20.9.2020. 42
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 26 : Subjek kajian A Gambar 27 : Subjek kajian B 43
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 28 : Subjek kajian C Gambar 29 : Subjek kajian D 44
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Graf 1 : Analisa markah ujian pra sebelum intervensi Graf bar 1 : Data ujian pra Berdasarkan graf bar 1 di atas dan bacaan oleh penunjuk pencapaian yang telah ditetapkan oleh inovator, responden subjek kajian A pada tahap lemah bagi soalan operasi tambah, iaitu dengan markah 29% . Soalan operasi tolak pula responden A menunjukkan pada tahap sederhana. Bagi responden subjek kajian B pula, pencapaian soalan tambah adalah pada tahap baik dengan peratus markah adalah 71%, manakala soalan operasi tolak juga menunjukkan pencapaian baik dengan markah 60%. Bagi responden subjek kajian C, petunjuk tahap pencapaian adalah pada tahap sederhana bagi soalan operasi tambah, iaitu dengan markah 43%. Soalan operasi tolak pula responden C menunjukkan pada tahap lemah dengan markah 20%. Bagi responden subjek kajian D pula, pencapaian soalan tambah dan tolak kedua – duanya menunjukkan pada tahap lemah dengan peratus markah adalah 29%, dan markah 30% sahaja. © PPD Segamat 2023 Jilid I 29% 71% 43% 29% 40% 60% 20% 30% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% SUBJEK KAJIAN A SUBJEK KAJIAN B SUBJEK KAJIAN C SUBJEK KAJIAN D Data ujian pra SOALAN TAMBAH SOALAN TOLAK 45
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ▪ Temu bual Fontana dan Frey (1994), Merriem (1998) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Patton (1980) pula menyatakan terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu tebu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Temu bual separa bertruktur lebih fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirikan oleh inovator. Tambahan pula, responden adalah murid prasekolah yang tidak dapat dijangka jawapannya. Oleh itu, dalam mendapatkan kesahan bukti dan dapatan keberkesanan inovasi, inovator telah memilih kaedah temu bual separa berstruktur bersama murid prasekolah ini untuk digunakan dalam kutipan data keberkesanan konsep inovasi ini. Pemilihan temu bual jenis separa berstruktur untuk digunakan ini membolehkan inovator melihat dapatan daripada perspektif orang yang ditemu bual terhadap keupayaan mereka menguasai operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 dengan lebih telus. Berikut adalah dapatan daripada data temu bual dan analisis : Temu Bual Analisa Cikgu : Cantik tulisan awak. Jawapan pun betul.. pandailah awak. Subjek A : (hanya tersenyum) dan pandang muka cikgu. Cikgu : Senang kan nak dapat jawapan? Subjek C : Hari tu saya buat salah. Murid tidak dapat menyelesaikan operasi dengan betul. Cikgu : Tak apa belajar memang macam tu. Cikgu ajar, awak fokus. Lama – lama pandailah. Mmm susah ke tambah dengan tolak ni? 46
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Subjek A : Saya macam susah nak kira sebab habis dah jari saya. Murid sukar membuat pengiraan operasi bagi haasil tambah yang melebihi bilangan jari. Subjek D : Saya macam lupa. Lepas tu macam susah nak kira jari sebab banyak. Murid sukar mengaplikasikan jari sendiri apabila membuat operasi. Cikgu : Kan cikgu dah ajar simpan dekat minda. Simpan otak la minda tu. Subjek D Minda? Otak? Murid tidak boleh membuat bayangan melalui minda. Subjek B : Ya tapi…Susah laa cikgu. Tak boleh tengok. Lepas tu…hmmm argg tak tauuu lah saya… Kadang tu saya ingat cikgu ajar kira macam batang aiskrim tu juga. Hmm ok laa Murid menjelaskan sedikit kesusahan dapat ditangani jika dengan menggunakan bahan. Subjek C : Cikgu, masa nak buka jari tu susah sikit sebab satu lagi nak kena jari. Mmm macam susah… Murid keliru. Cikgu : Ok yeke…boleh je batang asikrim pon samalah tu. Nanti batang aiskrim tu cikgu ganti dengan kertas jari juga. Cikgu buat jari pakai kertas. Baru senang nak kira Subjek A : Oh yeke cikgu (tersenyum). Nak… nak… Boleh pegang ke cikgu masa kira? Masing – masing teruja nak pegang dan gunakan bahan sebagai alat memudahkan mereka fahami operasi. Subjek C : Kita pon nak cikgu… Murid teruja dengan alat yang akan mereka gunakan untuk mengira. Cikgu : Boleh pegang. Ok cikgu bagi awak sorang satu nanti. Jadual 5 : Temu bual dan analisis jawapan 47
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat 8.4.1.2 Pelaksanaan Ujian Post Daripada dapatan ujian pra, inovator telah menfokuskan ujian post juga kepada empat orang murid yang sudah menguasai kemahiran asas matematik tetapi sukar membayangkan proses tambah dan tolak yang berlaku dalam minda. Namun begitu, beberapa sesi intervensi PdP telah dilakukan kepada semua murid di dalam kelas bagi mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep tambah dan tolak dengan menggunakan kaedah kotak minda. ▪ Intervensi 1 : Memperkenalkan kaedah kotak minda kepada murid dan melaksanakan pembelajaran kendiri. Pada ujian post dalam inovasi ini, inovator telah mempamerkan bahan maujud kaedah kotak minda di dalam kelas. Murid diberi penerangan satu persatu bahan di dalam set kotak minda. Murid juga diperjelaskan dengan cara menggunakan kaedah kotak minda. Bagi intervensi pertama ini, pengkaji telah membina rph yang berfokus operasi tolak pula. Objektif di dalam rph ini telah diteliti dengan betul sebelum pengkaji menyampaikan PdP supaya murid boleh memahami dengan jelas kaedah baru yang digunakan untuk menyelesaikan masalah operasi matematik ini. Sesuai dengan murid prasekolah, mereka perlu diberi pemahaman mengenai konsep dan diperkenalkan dengan bahan serta cara penggunaan dengan lebih mendalam sebelum diberi masa untuk diuji. Guru mengambil masa PdP selama 40 minit untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada kaedah ini sebelum ia boleh diguna, diuji dan diberikan kepada murid sebagai bahan yang akan mereka gunakan. Dapatan pembelajaran menunjukkan hanya 3 murid sudah menguasai pembelajaran hari ini. Selebihnya 7 sedang menguasai dan 12 belum menguasai. © PPD Segamat 2023 Jilid I 48
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 30 : Paparan skrin e-rph minggu 40 bertarikh 18.10.2020 ahad. Pembelajaran kendiri dilaksanakan di dalam kelas bersama guru. Gambar 31 : Sambungan paparan skrin 2 e-rph minggu 40 bertarikh 18.10.2020 Ahad 49
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat ▪ Intervensi 2 : Pembelajaran dan pengujian kendiri di dalam kelas. Setelah melaksanakan intervensi kali pertama, inovator pula telah melaksanakan intervensi kedua. Pada intervensi kedua ini, murid telah dibimbing untuk menjalani pembelajaran kendiri. Oleh hal demikian, dalam intervensi kedua ini guru hanya sebagai pembimbing dan pemudahcara. Murid diminta ke hadapan dan menyelesaikan operasi tolak dengan menggunakan kaedah kotak minda. Beberapa soalan diberikan kepada murid yang berbeza dan mereka ke hadapan menyelesaikan soalan. Murid lain sebagai pemerhati dan pembelajar aktif. Jika berlaku kesilapan oleh murid di hadapan, mereka akan cepat membuat teguran. Berikut adalah rph yang digunakan semasa pembelajaran kendiri kali kedua. Gambar 32 : Rph 8.11.2020 pembelajaran dan pengujian kendiri Pada intervensi 2 ini guru melaksanakan PdP dan melakukan ujian kendiri kepada murid dengan menyediakan rph lengkap sebagai ujian kepada penggunaan kaedah kotak minda. Setelah hampir 8 minggu diperkenalkan dan telah digunapakai di dalam kelas, murid diuji menggunakan kaedah dan data © PPD Segamat 2023 Jilid I 50
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat direkod sebagai ujian post. Dapatan daripada pembelajaran kendiri menunjukkan intervensi pertama telah menampakkan hasil. Pada intervensi kedua, Minggu ke 43 (8.11.2020 Ahad) yang dijalankan ini data menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian bilangan murid menguasai selepas menggunakan inovasi dalam PdP. Data menunjukkan jumlah murid telah menguasai meningkat daripada 3 orang kepada 12 orang. Sedang menguasai seramai 7 orang kepada 5 orang murid. Manakala pencapaian belum menguasai telah berkurang daripada 12 kepada 3 orang murid sahaja. ▪ Intervensi 3 : Latih tubi dan pengayaan Bagi intervensi ketiga yang berlaku dalam PdP murid prasekolah, inovator juga telah menggunakan kaedah kotak minda ini walaupun semasa perintah kawalan pergerakan versi 3.0. Inovator sebagai guru telah memberi latih tubi dan pengayaan kepada murid menggunakan kaedah ini dalam pdpr. Murid juga akan mengaplikasi kaedah ini sepanjang ujian post. Tajuk bagi operasi tolak dan tambah perlu diajar kepada murid berpandu keperluan oleh sukatan KSPK Semakan 2017. Oleh hal yang demikian, bahan inovasi inovator telah digunakan dalam pdpr bertarikh 13.6.2021 Ahad sebagai latih tubi dan latihan pengayaan kepada murid bagi tajuk operasi tolak dengan menggunakan kaedah kotak minda. © PPD Segamat 2023 Jilid I 51
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 33 : Paparan skrin pelaksanaan pdpr kepada murid Penerangan tentang kaedah kotak minda semasa pdpr Dalam melaksanakan kaedah ini semasa pdpr, inovator menghadapi sedikit kesukaran. Ini kerana, inovator perlu memahamkan ibu bapa untuk bantu melaksanakan kaedah kotak minda ini kepada murid di rumah. Justeru, inovator telah menggunakan mesej bersuara telefon dan aplikasi whatsapp sebagai langkah alternatif. Berikut adalah eviden arahan melalui panggilan telefon, pesanan suara melalui whatsapp dan juga penyampaian mesej whatsapp bagi menjelaskan arahan cara penggunaan kepada ibu bapa murid. 52
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 36 : Penjelasan cara menggunakan kaedah kotak minda kepada ibu bapa murid secara personal melalui panggilan telefon. Gambar 37 : Arahan pelaksanaan kepada ibu bapa murid secara personal melalui whatsapp 53
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 38 : Murid mengaplikasi kaedah kotak minda semasa menyiapkan soalan tambah dan tolak di rumah semasa sesi pdpr 54
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Gambar 39 : Murid mengaplikasi kaedah kotak minda semasa menyiapkan soalan tambah dan tolak Seterusnya data ujian post semasa pdpr direkod daripada empat responden bagi menilai sejauh mana mereka boleh menggunakan kaedah kotak minda ini walaupun ketika belajar di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Murid sangat teruja menggunakan bahan secara maujud semasa belajar di rumah bersama ibu bapa. Subjek kajian telah menghantar jawapan hasil tolak kepada guru untuk penandaan. Data ini akan digunakan sebagai data ujian post. Di bawah adalah jawapan bagi ujian post yang telah subjek kajian siapkan di rumah menggunakan kaedah kotak minda. Berikut adalah jawapan soalan bertulis murid yang digunakan oleh innovator sebagai data bagi ujian post. © PPD Segamat 2023 Jilid I 55
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 40 : Subjek kajian A Gambar 41 : Subjek kajian B 56
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Gambar 42 : Subjek kajian C Gambar 43 : Subjek kajian D Bagi menilai tahap pencapaian keseluruhan responden pada ujian post, inovator masih menggunakan petunjuk bagi tahap pencapaian yang telah ditetapkan seperti ujian pra sebelum ini. Berdasarkan petunjuk tahap pencapaian bagi ujian yang diberikan inovator, markah ujian post subjek kajian © PPD Segamat 2023 Jilid I 57
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat adalah seperti berikut : Graf bar 2 : Analisa markah ujian post selepas sesi PdP menggunakan kaedah kotak minda Berdasarkan graf bar 2 dan bacaan oleh penunjuk pencapaian yang telah ditetapkan oleh innovator, responden subjek kajian A berubah kepada pencapaian cemerlang 100% bagi kedua – dua soalan tolak dan tambah kerana berjaya betul bagi 5 soalan diberi inovator bagi soalan operasi tambah. Bagi responden subjek kajian B juga, pencapaian soalan tambah dan tolak memperoleh cemerlang dengan betul semua jumlah soalan diberi guru. Bagi responden subjek kajian C, petunjuk tahap pencapaian adalah pada tahap cemerlang 100% bagi soalan operasi tambah. Soalan operasi tolak pula responden C menunjukkan pada tahap sederhana dengan markah 50%. Bagi responden subjek kajian D pula, pencapaian soalan tambah dan tolak kedua – duanya menunjukkan pada tahap membanggakan berbanding semasa ujian pra. responden D mendapat 100% bagi soalan tambah dan 88% bagi soalan tolak. Kedua – dua menunjukkan indikator cemerlang. © PPD Segamat 2023 Jilid I 100% 100% 100% 100% 100% 100% 50% 88% 0% 20% 40% 60% 80% 100% 120% SUBJEK KAJIAN A SUBJEK KAJIAN B SUBJEK KAJIAN C SUBJEK KAJIAN D Data ujian post SOALAN TAMBAH SOALAN TOLAK Column1 58
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.2 Dapatan kajian Penganalisaan data yang dibentangkan adalah berdasarkan persoalan kajian dalam laporan ini yang ditetapkan oleh inovator iaitu : 1. Apakah masalah dihadapi murid semasa menyiapkan latihan operasi tambah dan tolak bagi hasil tambah yang melebihi bilangan jari? 2. Bagaimanakan murid boleh dibantu untuk mempertingkatkan pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dan tolak bagi hasil tambah dan tolak dalam lingkungan 18? Pengkaji akan membentangkan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan kaedah pengumpulan data yang telah dilakukan sepanjang penyelidikan ini. Pertama pemerhatian latihan murid dan impak rph berdasarkan semakan hasil kerja murid. Kedua, melalui ujian pra dan ujian post iaitu sebelum dan selepas intervensi. Ketiga melalui temu bual bersama responden. 8.4.2.1 Kaedah Pemerhatian Bil Pencapaian Tahap penguasaan sebelum intervensi Tahap penguasaan selepas intervensi TARIKH RPH 20.9.2020 8.11.2020 1 Telah menguasai 3 12 2 Sedang menguasai 4 5 3 Belum menguasai 14 3 Jadual 6 : Data penguasaan murid semasa pembelajaran Jadual 6 menunjukkan peningkatan data penguasaan murid. Subjek kajian telah menunjukkan peningkatan dalam tahap penguasaan daripada pencapaian sedang menguasai pada 20.9.2020 kepada telah menguasai 59
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I selepas dijalankan intervensi 8.11.2020 NOTA : Data pada tarikh 20.9.2020, 2 murid tidak hadir. Pada 8.11.2020, 5 murid tidak hadir manakala 13.6.2021 semua murid hadir mengikuti pdpr. 8.4.2.2 Ujian Sebelum Dan Selepas Intervensi (Semasa PdP Dan Pdpr) Bil Subjek kajian Markah sebelum intervensi Markah selepas intervensi semasa PdP Markah pengayaan selepas intervensi semasa pdpr TARIKH RPH 20.9.2020 8.11.2020 13.6.2021 1 A 4 10/10 16/16 2 B 6 10/10 16/16 3 C 3 10/10 16/16 4 D 3 10/10 16/16 Jadual 7 : Perbandingan markah ujian pra dan post 8.4.2.3 Perbezaan markah ujian pra dan ujian post Ujian pasca digunakan untuk menguji pencapaian murid dalam operasi tambah dan tolak, berpandu kaedah yang digunakan kepada murid. Kedudukan soalan dan pilihan nombor dalam ujian post tidak sama dengan ujian pra. Ini bertujuan mengelakkan berlaku penghafalan jawapan dan teknik semasa murid menjawab soalan post. Selepas pelaksanaan inovasi ini, perubahan kepada peningkatan pencapaian murid telah berlaku sangat drastik. Tidak dinafikan, pelaksanaan tunjuk cara kaedah kepada murid adalah sangat membantu. Tambahan lagi, semasa murid mengikuti pdpr di rumah, bimbingan daripada ibu bapa telah diberikan secara berfokus kepada individu murid. Ini membolehkan murid 60
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I mendapat pemahaman yang lebih baik. Selain itu, hubungan baik dan saling berkomunikasi antara ibu bapa dan guru menyebabkan ibu bapa lebih yakin membantu anak – anak memahami cara menggunakan kaedah kotak minda semasa menyiapkan latihan matematik di rumah. 8.2.4.4 Kaedah Temu Bual Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu apabila penyelidik mahu mendapatkan apa yang ada di dalam fikiran seseorang (Patton, 1990). Oleh itu, pengkaji iaitu innovator telah menemu bual subjek kajian bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai masalah dihadapi subjek semasa menyelesaikan soalan tambah dan tolak dalam lingkungan 18. Temu bual ini menggunakan jenis temu bual separa berstruktur. Bagi temu bual separa bersturktur ini, inovator cuma menyediakan soalan utama. Soalan susulan adalah berdasarkan jawapan subjek yang ditemu bual. Pada amnya, temu bual adalah untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku dalam minda seseorang. Dalam konteks penyelidikan inovasi ini, inovator cuba menjalankan temu bual dengan berhati- hati. Soalan susulan adalah berdasarkan jawapan yang diberi subjek kajian. Namun begitu, inovator memandu arah supaya jawapan yang diberikan adalah menjawab terus kepada persoalan kajian. Inovator juga mengelakkan daripada mengadakan temu bual kali kedua memandangkan subjek kajian adalah murid prasekolah yang tidak dapat dijangka emosinya. Analisis data bagi temu bual tidak dilaksanakan secara bersemuka pada dapatan kajian ini kerana murid mengikuti pdpr. Namun komunikasi inovator bersama ibu subjek kajian telah menjawab persoalan kajian apabila subjek kajian menyatakan beliau masih ingat apa yang diajar oleh guru di di dalam kelas. 61
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 44 : Eviden maklum balas baik daripada ibu bapa. Subjek kajian masih ingat kaedah diajar dan boleh menggunakan kaedah kotak minda untuk penyelesaian operasi matematik semasa pdpr. Ibu bapa memberi maklum balas positif, membuktikan murid dapat mengaplikasikan dan menggunakan kaedah kotak minda secara kendiri bagi soalan melibatkan operasi matematik. Justeru, hasil kerja latihan semasa pdpr yang dihantar kepada guru dan maklum balas baik daripada ibu bapa subjek kajian telah dijadikan penanda aras oleh inovator sebagai satu data lengkap bagi menggambarkan pandangan murid melalui temu bual telah berjaya menguasai kemahiran diajar menggunakan kaedah kotak minda tanpa menghadapi sebarang masalah. Hal ini bertepatan dengan Patton (1990) yang menjelaskan bahawa temu bual kualitatif bemula dengan anggapan bahawa pandangan orang lain adalah bermakna, diketahui dan boleh diterjemahkan. 62
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Subjek Kajian Latihan Pdpr Dihantar (Ya √ / Tidak ×) Jumlah Jawapan Betul Maklum Balas Baik Daripada Ibu Bapa (Ada √ / Tiada ×) Sebelum intervensi Selepas intervensi A √ 4/10 16/16 √ B √ 6/10 16/16 √ C √ 3/10 16/16 √ D √ 3/10 16/16 √ Jadual 8 : Dapatan data temu bual Buktinya, dengan penggunaan kaedah kotak minda pada PdP minggu ke 43 (8.11.2020 Ahad) menunjukkan peningkatan ketara murid dapat menguasai (TM) iaitu sebanyak 12 orang dan sedang menguasai (SM) sebanyak 5 berbanding sebelum penggunaan kaedah kotak minda iaitu masing – masing 3 orang dan 4 orang. Murid yang telah ditaksir sebagai belum menguasai (BM) direkodkan seramai 3 orang. 3 murid ini adalah direkod sebagai belum menguasai kemahiran asas nombor sebelum diberi intervensi kaedah kotak minda ini. Kejayaan buat murid ini kenal dapat kenal nombor melalui kaedah kotak minda. 63
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.2.4.5 Bukti Melalui RPH Inovator Yang Telah Disemak Oleh Pentadbir Gambar 45 : Bilangan murid menguasai amat sikit ketara sebelum inovasi digunakan. Minggu ke 36 (20.9.2020 Ahad) Gambar 46 : Pencapaian peningkatan bilangan murid menguasai selepas menggunakan inovasi dalam PdP. Minggu ke 43 (8.11.2020 Ahad) 64
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.2.4.6 Carta pai dapatan penguasaan jumlah murid menguasai operasi tambah dan tolak sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah kotak minda (tempoh 8 minggu) Carta pai 1 : Bilangan murid dan penguasaan kemahiran sebelum pelaksanaan inovasi Carta pai 2 : Bilangan murid dan penguasaan kemahiran selepas pelaksanaan inovasi dalam pdpc 12 5 3 Graf Dapatan Selepas Pelaksanaan Inovasi Dalam PDPC Telah Menguasai Sedang Menguasai Belum Menguasai 3 4 15 Graf Dapatan Sebelum Pelaksanaan Inovasi Dalam PdP Telah Menguasai Sedang Menguasai Belum Menguasai 65
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Carta pai di atas menunjukkan berlaku peningkatan ketara dalam jumlah murid. Bagi petunjuk penguasaan penilaian dan pentaksiran telah menguasai (TM), daripada 3 orang murid telah melonjak kepada 14 orang murid menguasai selepas dilaksanakan inovasi. Bagi penilaian dan pentaksiran sedang menguasai (SM) pula, daripada 2 orang murid, telah melonjak kepada 14 orang murid menguasai selepas dilaksanakan inovasi. Bagi penilaian dan pentaksiran belum menguasai (BM) jumlah murid telah berkurang 14 orang kepada hanya daripada 3 orang murid selepas dilaksanakan inovasi. Penurunan bilangan murid belum menguasai melibatkan seramai 11 murid. Bilangan peningkatan penguasaan yang sangat baik dan melibatkan ramai murid membuktikan keupayaan alat inovasi memberi kesan yang maksima kepada pemahaman konsep tambah dan tolak operasi matematik murid prasekolah, jika pendekatan diajar dengan betul. 8.4.3 Bukti Keberkesanan Tahun 2022 Semasa inovator berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat Johor pada 23 Jun 2021 kerana pertukaran jawatan, inovator telah membawa alat inovasi ini untuk diaplikasikan pula kepada murid baharu. Pada Januari 2022 kaedah kotak minda telah digunakan dalam PdP prasekolah dan PdP murid Tahun Satu Arif. Inovator memilih memberi sebar luas kepada tahun satu juga setelah melihat data pencapaian murid dalam pemahaman dan penguasaan konsep tambah dan tolak mereka pada tahap pencapaian yang perlu dipertingkatkan lagi. Justeru, inovator telah berbincang dan mendapat kesepakatan dengan memberi keizinan kepada guru prasekolah dan guru subjek matematik tahun satu untuk menggunakan kaedah kotak minda di dalam kelas. Bermula dengan inovator melaksanakan PdP di dalam kelas dengan 66
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I penyertaan guru Matematik tahun satu dan prasekolah, guru akhirnya yakin untuk menggunakan sendiri alat ini di dalam kelas. Oleh kerana penggal persekolahan telah dilanjutkan sehingga penggal ketiga, ia membuka ruang untuk menggunakan kaedah kotak minda secara bersemuka kepada murid. 8.4.3.1 Pemantauan Oleh Sisc+ Ppd Segamat Dalam Pencerapan PdP Matematik Awal Prasekolah Menggunakan Alat Inovasi Alat inovasi ini turut dipantau keberkesanan pemahaman murid prasekolah terhadap konsep tambah dan tolak pdpc prasekolah oleh pihak sisc+ Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Puan Hajah Ruzana binti Mohd Sam. Inovator telah menggunakan kaedah kotak minda dalam pencerapan pdpc dalam subjek matematik awal prasekolah. Melalui pencerapan tersebut, kelihatan murid sangat teruja menggunakan bahan yang boleh disentuh, dilihat dan diaplikasikan sepanjang mendapatkan jawapan soalan inovator sebagai guru. Murid prasekolah sangat seronok kerana dapat bermain – main dengan bahan inovasi ini seakan – akan permainan mereka bersama rakan. Pada masa sama, mereka sebenarnya menghadapi pembelajaran. Tindak balas keseronokan yang murid tunjukkan di dalam kelas adalah kejayaan dan sesuatu yang baik bagi inovator kerana jarang – jarang murid prasekolah yang berumur 6 tahun ini boleh mengikuti sesi pdpc selama 40 minit tanpa sebarang masalah walaupun bukan bersama guru sebenar mereka. Murid – murid begitu tekun dan bersemangat menyertai sesi pdpc. Inovator dapat mengagak bahawa unsur didik hibur turut membantu murid fokus penggunaan bahan inovasi. Inovator mendapat pujian daripada pegawai sisc+ PPD Segamat sepanjang pemantauan ini. Inovator lampirkan bukti laporan pencerapan pdpc standard 4 SKPMg2 oleh PPD Segamat bersama rph yang telah disemak. 67
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 47 : Pelaporan pencerapan PdP menggunakan borang SKPMg2 bagi penggunaan kaedah kotak minda dalam subjek Matematik prasekolah. 68
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 48 : Rancangan pengajaran harian semasa pemantauan oleh pegawai SISC+ PPD Segamat menggunakan kaedah kotak minda 69
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 49 : Murid prasekolah sedang mengikuti PdPR menggunakan kaedah kotak minda selama 40 minit dengan baik. pemantauan pada 19.1.2022 Gambar 50 : Inovator menggunakan kaedah kotak minda dalam PdP prasekolah dengan memasukkan unsur didik hibur iaitu lagu dan permainan jawab soalan kuiz. Ternyata kaedah kotak minda boleh menjadi satu daya tarikan kepada murid sepanjang 40 minit PdP. 70
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.2 Gambar Bukti Hasil Kerja Murid Menggunakan Kaedah Kotak Minda Semasa Pdpc Inovator. Gambar 51 : Antara hasil kerja murid yang disiapkan dengan baik semasa sesi pdpc. 71
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.3 PdP Oleh Guru Matematik Tahun Satu Arif Menggunakan Kaedah Kotak Minda Gambar 52 : Guru berjaya menerangkan konsep dan murid dilihat memahami. Buktinya murid boleh menyiapkan soalan diberikan guru dalam tempoh masa PdP. Gambar 53 : Guru dilihat selesa menggunakan kaedah kotak minda semasa PdP mereka 72
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.4 Gambar Bukti Hasil Kerja Murid Tahun Satu Arif Menggunakan Kaedah Kotak Minda Semasa PdP Bersama Guru Matematik 73
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.5 Sesi PdP Oleh Guru Prasekolah Menggunakan Kaedah Kotak Minda Gambar 54 : Murid boleh menyelesaikan latihan dengan baik setelah mendengar penerangan daripada guru. Gambar 55 : Guru selesa dan memahami kaedah dengan baik. PdP dapat disampaikan dengan jelas dan murid memahami konsep tolak dan tambah menggunakan kaedah kotak minda. 74
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.6 Gambar Bukti Hasil Kerja Murid, Menggunakan Kaedah Kotak Minda Semasa PdP Oleh Guru Prasekolah 75
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.4.3.7 ANALISIS DAPATAN AKHIR KESELURUHAN PELAKSANAAN PdP SEPANJANG TEMPOH 8 MINGGU BERMULA MINGGU 42 HINGGA MINGGU 49 8.4.3.7.1 Peningkatan data penguasaan tambah dan tolak murid prasekolah di SK Tenang Stesen sepanjang tempoh 8 minggu pelaksanaan kaedah kotak minda (minggu 42 hingga minggu 49) Tahap pencapaian murid prasekolah adalah dinilai dengan indikator telah menguasai (TM), sedang menguasai (SM) dan belum menguasai (BM). Tahap pencapaian ini adalah dengan merujuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah kebangsaan (IPPK). Carta 3 di bawah menunjukkan data penguasaan murid terhadap konsep tambah dan tolak dalam subjek Matematik Awal sebelum pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Carta bar 3 : Bilangan murid mengikut tiga tahap penguasaan sebelum dilaksanakan iovasi 0 1 2 3 4 5 6 7 MENGUASAI SEDANG MENGUASAI BELUM MENGUASAI 4 4 7 MENGUASAI SEDANG MENGUASAI BELUM MENGUASAI 76
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Graf bar 3 menunjukkan bilangan penguasaan konsep tambah dan tolak mengikut murid di dalam kelas Prasekolah Bintang Hati A, Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen. Dapatan data awal ini menunjukkan daripada lima belas orang murid, hanya empat murid sahaja yang menguasai kemahiran operasi tolak dan tambah. Dapatan bilangan tahap penguasaan murid prasekolah dalam graf bar terhadap konsep tolak dan tambah di atas adalah sehingga bulan Disember 2021. Murid prasekolah Bintang Hati A Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen adalah seramai 15 orang. Inovator mendapatkan data pencapaian murid melalui guru kelas prasekolah sebelum melaksanakan PdP menggunakan alat inovasi supaya dapat mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid tentang konsep tambah dan tolak. Murid Prasekolah Bintang Hati A ini adalah berumur enam tahun dan mereka kebanyakan kerap tidak hadir sekolah kerana situasi Covid – 19 serta menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr). Tahap pencapaian yang menjadi kerisauan guru kelas prasekolah ini adalah kerana murid tidak mengikuti pdpr sepenuhnya. Faktor lain yang perlu dikaji penglibatan rendah murid prasekolah dalam pdpr adalah di luar bidang inovator. Setelah beberapa siri intervensi dan PdP di dalam kelas dijalankan bersama murid selama tempoh 8 minggu, inovator mula membuat analisis data. Analisis data ini dilakukan pada minggu akhir persekolah penggal ketiga. Tujuan inovator membuat analisis data akhir ini adalah untuk mendapatkan kepastikan sejauh mana murid memahami konsep tambah dan tolak menggunakan kaedah kotak minda setelah kurang lebih 8 minggu mereka diberi intervensi dalam PdP. Analisis data ini sangat penting kepada laporan dokumentasi keberkesanan alat inovasi ini bagi inovator kerana ia adalah data akhir yang menyokong kepada data – data awal sepanjang tempoh 8 minggu ini. Data © PPD Segamat 2023 Jilid I 77
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I pencapaian ini adalah bagi menilai sejauh mana alat inovasi ini berjaya memberi kefahaman kepada murid tentang konsep tambah dan tolak bagi subjek matematik. Data yang dianalisis ini adalah mengambil data pertama semasa inovator tiba di sekolah baharu. Kemudian murid – murid ini telah melalui beberapa fasa intervensi selama tempoh 8 minggu dengan menggunakan kaedah kotak minda. Akhirnya pada minggu ke 49 iaitu minggu terakhir persekolahan penggal ketiga inovator sekali lagi mendapatkan data penguasaan murid terhadap konsep tambah dan tolak. Sebelum inovator mendapatkan kembali data akhir penguasaan konsep murid ini, inovator telah melalukan sesi PdP bersama murid. Carta 4 di bawah menunjukkan data penguasaan murid terhadap konsep tambah dan tolak menggunakan kaedah kotak minda dalam subjek Matematik Awal selepas pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Carta bar 4 : Bilangan murid mengikut tiga tahap penguasaan selepas dilaksanakan inovasi 0 1 2 3 4 5 6 MENGUASAI SEDANG MENGUASAI BELUM MENGUASAI 6 5 4 MENGUASAI SEDANG MENGUASAI BELUM MENGUASAI 78
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Hasil daripada dapatan yang diperolehi, menunjukkan bahawa kaedah kotak minda membantu murid memahami topik tambah dan tolak bagi subjek Matematik Awal prasekolah. Inovasi ini memberi kelebihan kerana pelaksanaannya boleh digandingkan dalam pelbagai keadah, sama ada belajar sambil bermain malah boleh digandingkan bersama pendekatan didik hibur semasa PdP oleh inovator. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Tambahan lagi, belajar sambil bermain amat menyeronokkan, mewujudkan kelas yang aktif dan menjadikan kaedah kotak minda berfungsi sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan. Berdasarkan graf, bilangan murid yang menguasai kemahiran konsep tambah dan tolak telah melonjak kepada 6 orang pada minggu ke 49 berbanding 4 orang sahaja menguasai pada minggu ke 42. Bilangan murid sedang menguasai telah berubah kepada 5 orang berbanding 4 orang sebelumnya, manakala bagi penguasaan belum menguasai pula, bilangan murid telah menurun dengan hanya 4 murid sahaja berbanding 7 murid sebelum pelaksanaan kaedah kotak minda ini. Inovator berasa sangat kagum dengan alat inovasi kaedah kotak minda ini kerana dalam tempoh lapan minggu pelaksanaan secara berterusan, akhirnya berjaya melahirkan murid prasekolah yang mempunyai kefahaman konsep tambah dan tolak matematik awal prasekolah dengan amat baik sekali. Kedatangannya ke sekolah baharu seolah – olah ditunggu untuk memberi kebaikan kepada murid prasekolah sebelum mereka masuk ke tahun satu. © PPD Segamat 2023 Jilid I 79
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.5 Potensi Untuk Disebar Luaskan Kepada Pihak Lain 8.5.1 Inovasi ini senang digunakan kerana menggunakan arahan mudah. Inovasi ini senang digunakan dan telah dapat dibuktikan apabila inovator berjaya menggunakan kaedah kotak minda semasa menjalani pdpr semasa tempoh pkp 3.0 pada tahun 2020. Arahan penggunaan yang sangat mudah sehingga boleh difahami oleh ibu bapa hanya melalui pesanan ringkas telefon. Inovator telah huraikan dengan lebih lanjut bukti ia dapat digunakan hanya melalui arahan mudah melalui bukti di dalam bahagian 8 laporan ini iaitu bahagian huraian inovasi. Inovasi ini senang digunakan oleh murid kerana ia melibatkan alat yang senang dikendalikan oleh murid kecil. Inovator juga telah meletakkan arahan pada kotak penyimpanan atau kit kaedah kotak minda supaya dapat dibaca dengan mudah oleh pengguna. Alat inovasi ini telah digunakan oleh guru matematik tahun satu dan tahun dua di sekolah pertama inovator iaitu Sekolah Kebangsaan Pogoh, Cikgu Hapiz bin Mahat. Guru ini turut memberikan reaksi yang sangat baik terhadap alat inovasi kaedah kotak minda kerana beliau sendiri telah mencuba menggunakan kaedah ini kepada anak muridnya di tahun satu dan tahun dua. Masalah dihadapi oleh murid beliau yang sebelum ini meminjam jari rakan untuk menyelesaikan masalah hasil tambah dan tolak yang melebihi bilangan jari, dapat diselesaikan dengan serta merta melalui penghasilan kaedah kotak minda ini. Kaedah kotak minda kemudian turut digunakan oleh guru tahun satu Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat Johor iaitu Cikgu Morniati binti Sabki. Guru ini menggunakan kaedah kotak minda di dalam kelas matematik beliau dan mendapati alat inovasi ini merupakan alat yang sangat baik diberikan 80
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I untuk membantu pemahaman konsep murid di dalam kelas beliau. Beliau menggunakan alat ini sekurang- kurangnya seminggu sekali sepanjang lapan minggu iaitu sepanjang tempoh inovator mengambil data pelaksanaan kepada murid di sekolah ini. Beliau mengakui, murid dapat memahami operasi dengan lebih baik kerana mereka memahami konsep tambah dan tolak dengan teknik yang terbaik. Gambar 56 : Arahan menggunakan kaedah disediakan di dalam kit penyimpanan kaedah kotak minda 8.5.2 Boleh dibawa ke merata tempat dan tidak memerlukan ruang yang besar. Inovasi kaedah kotak minda ini hanyalah bersaiz sepemeluk kanak – kanak prasekolah. Inovator telah memberi nafas baru dengan memberi tambah nilai kepada kaedah penyimpanan kaedah kotak minda. Dengan adanya kit, murid senang bawa ke mana – mana sahaja. murid tidak terbatas dengan alat yang besar. bukan sahaja fizikal yang senang diurus murid malah beratnya juga adalah boleh diangkat oleh kanak- kanak kecil dengan mudah. ini kerana alat 81
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I inovasi ini hanya menggunakan mountain board dan kain felt yang sangat – sangat ringan. Oleh kerana saiznya yang kecil, kit kaedah kotak minda boleh dibawa ke merata – rata tempat. Ini adalah apa yang berlaku sepanjang tempoh 8 minggu di Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen, alat inovasi kaedah kotak minda ini sentiasa digunakan setiap minggu secara bergilir oleh dua kelas yang berlainan iaitu prasekolah dan tahun satu. Kelas prasekolah di aras bawah manakala tahun satu di aras satu bangunan sekolah. Namun begitu, alat ini boleh dibawa murid turun dan naik ke kelas berbeza dengan baik tanpa ada rungutan. Gambar 57 : Kit penyimpanan di dalam kotak bersaiz A4 memudahkan dibawa oleh murid. 8.5.3 Mesra penggunaan oleh sesiapa sahaja guru prasekolah, murid prasekolah dan ibu bapa. Kaedah kotak minda juga adalah mesra pengguna kerana ia tidak dibataskan oleh umur untuk mengendalikannya. Guru, murid dan ibu bapa boleh 82
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I mengendalikan dengan mudah kit ini. Bermula daripada penggunaan, sehinggalah pengendalian simpanan semuanya senang diurus. Ia tidak memerlukan kaedah pasang semula atau buka tutup yang memerlukan langkah – langkah tertentu. Sangat mesra pengguna dan gembira digunakan murid – murid. 8.5.4 Pendekatan belajar sambil bermain dapat menarik minat murid untuk menggunakan Kaedah Kotak Minda ini. Alat inovasi kaedah kotak minda ini tidak diragukan lagi memang berjaya menarik minat murid. Inovator telah membuktikannya mellaui penulisan laporan ini dalam bahagian hadapan laporan. Kaedah kotak minda ini sangat disukai oleh murid kerana berwarna warni dan menarik. alat berbentuk tangan sangat menarik minat murid kerana seperti tidak percaya mereka memiliki tangan mainan. tindak balas seronok bermain dengan alat inovasi memberi kesan motivasi kepada inovator untuk mengaplikasikan konsep sebenar kepada murid. Selain bentuk fizikal alat inovasi, pendekatan yang digunakan turut memainkan peranan penting. Inovator menekankan pendekatan belajar sambil bermain menggunakan bahan inovasi dan memasukkan unsur didik hibur. lagu yang diperkenalkan kepada murid turut membantu mereka belajar dan fokus dengan lebih baik, sekaligus telah membantu mereka memahami konsep sebenar tambah dan tolak melalui kaedah kotak minda ini. 83
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 8.6 Keterangan Lain Yang Berkaitan 8.6.1 Kepelbagaian Bolehguna Kaedah Kotak Minda juga boleh dipelbagaikan penggunaan. Contohnya dijadikan alat pertandingan secara individu dan juga pertandingan antara kumpulan. Caranya, murid diberikan beberapa set soalan dan menyiapkan mengikut keupayaan murid dengan cara guru menetapkan masa. Alat inovasi ini juga boleh digunakan oleh matapelajaran Jawi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Petak yang dicipta pada papan boleh tulis boleh digunakan untuk cerakinan konsep suku kata bagi ejaan dan bacaan bagi matapelajaran Jawi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Guru boleh bina perkataan mudah semasa pengajaran di dalam kelas. sebagai contoh, ci + ku = cikgu begitu juga dengan jawi. Bagi Bahasa Inggeris yang menggunakan pendekatan sebutan, ruangan segi empat menulis boleh diletakkan sebutan pertama manakala ruangan kedua adalah bagi sebutan kedua. Contoh br + oom = broom 8.6.2 Inovasi sebagai alat bantu mengajar Kegunaan inovasi ini pada awal inovator menciptanya, ia bukan lah bertujuan untuk menyertai pertandingan, sebaliknya semata – mata sebagai inisatif untuk peningkatan kefahaman murid dalam konsep pembelajaran yang sukar bagi subjek matematik, iaitu operasi tambah dan tolak. Tajuk operasi tambah dan tolak merupakan tajuk paling sukar dalam KSPK bagi murid – murid prasekolah. Saban tahun, guru prasekolah menghadapi kesukaran dapat memberi pemahaman yang cepat kepada murid bagi topik ini. Oleh kerana itu, inovator 84
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I mendapat idea mencipta alat bantu mengajar yang paling ekonomik tetapi dapat memberi kefahaman yang cepat kepada murid – murid kecil ini. Inovator turut perlu memikirkan satu bahan yang tidak akan membosankan murid. Setelah melalui fasa literatur dan melihat dapatan kajian ahli psikologi barat mengenai pendidikan kanak – kanak, akhirnya terciptalah kaedah kotak minda. 8.6.3 Harapan Inovator Oleh kerana kaedah kotak minda telah terbukti memberi impak kepada pemahaman murid tentang konsep tambah dan tolak yang begitu ketara, inovasi ini telah menjadi perangsang kepada inovator dengan mengambil peluang mengetengahkannya melalui medium berbentuk pertandingan. Tujuannya tidak lain, hanya supaya inovasi ini dapat dikenali umum supaya dapat diketengahkan melalui saluran yang betul secara profesional, bukan hanya dipandang sepi. Justeru, besarlah harapan inovator agar suatu hari nanti, inovasi ini dapat dikembangkan untuk dimanfaatkan oleh semua guru prasekolah dan sekolah rendah daerah Segamat khasnya dan guru di Malaysia amnya. 85
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I RUJUKAN Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for Young Children, 29-39. USA: Delma Thomson Learning. Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Play’s potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of exellence for early childhood developement.http://www.childencyclopedia.com/documents/ChristieRoskosANGxp.pdf. [1 Mac 2010] Bushell, D. Jr., Wrobel, P. A., and Michaelis, M. L. (1968). Applying “Group” Contingencies To The Classroom Study Behavior Of Preschool Children. Journal Of Applied Behavior Analysis. 1, 55-61. Camp, D. R. (2012). The Effects Of A Token Economy On The Completion & Accuracy Of Homework. United States : Thesis Master Of Arts in Special Education. Mercer, C. D. (2005). Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall. Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research And Case Study Applications In Education. 2nd Ed. San Francisco: Jossey-Bass. Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass. 86
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Patton, M. Q. (1987). How To Use Qualitative Methods In Evaluation. Thousand Oaks, CA : SAGE Publication. Pierce, W.D., and Cheney C. D. (2008). Behavior Analysis and Learning: Fourth Edition. New York and Hove: Psychology Press. Santrock, J. W. (2012). Educational Psychology. 5th Edition. McGraw Hill International Edition: New York. 87
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LAMPIRAN SILA IMBAS UNTUK MENONTON VIDEO INOVASI KAEDAH KOTAK MINDA 88