Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Data Ujian Pra a) Kuiz dalam Google Form Jadual 1.1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh responden daripada Kuiz Ujian Pra. Daripada jumlah markah iaitu 20 peratus, murid hanya dapat mencapai markah dalam lingkungan 4-14 peratus sahaja. Ini menunjukkan tahap kefahaman murid dalam penggunaan kata kerja, pemilihan subjek serta Auxiliary verb dalam membina sebuah ayat yang pendek adalah dalam aras yang membimbangkan. Ini juga terbukti murid berada dalam tahap yang sederhana dan lemah semasa membina ayat yang pendek dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2. b) Menulis Ayat Ringkas (Ujian Bertulis) 189
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Jadual 1.2 menunjukkan markah Ujian Pra Bertulis yang diperolehi oleh 10 orang responden. Data ini menunjukkan murid hanya dapat memperolehi markah dalam lingkungan 2% - 5% sahaja. Ini menunjukkan murid tidak dapat membina struktur ayat dengan betul. Data Ujian Pasca a) Kuiz dalam Google Form Jadual 1.3 menunjukkan markah yang diperolehi oleh responden daripada Kuiz Ujian Pasca. Daripada jumlah markah iaitu 20 peratus, murid hanya dapat mencapai markah dalam lingkungan 14-20 peratus. Ini menunjukkan tahap kefahaman murid dalam penggunaan kata kerja, pemilihan subjek serta Auxiliary verb dalam membina sebuah ayat yang pendek adalah dalam aras yang amat memuaskan. Ini juga terbukti murid berada dalam tahap yang baik semasa membina ayat yang pendek dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2 selepas menggunakan produk yang dibina iaitu Scrollster. 190
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I b) Menulis Ayat Ringkas (Ujian Bertulis) Jadual 1.4 menunjukkan markah Ujian Pasca Bertulis yang diperolehi oleh 10 orang responden. Data ini menunjukkan murid dapat memperolehi markah dalam lingkungan 6% - 10%. Ini menunjukkan murid dapat memahami dan membina struktur ayat dengan betul. Graf Berbandingan Markah Kuiz Ujian Pra dan Ujian Pasca Rajah 2.1 191
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Rajah 2.1 menunjukkan perbandingan markah Kuiz Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diperolehi oleh responden. Graf menunjukkan peningkatan yang ketara dalam markah yang diperolehi oleh murid selepas penggunaan Scrollster. Daripada 10 orang murid 4 orang dapat mencapai markah maksimum iaitu 20 peratus dan 4 orang murid mencapai 18 peratus. Ia menunjukkan murid dapat mencapai markah yang maksimum iaitu 20 peratus dengan menggunakan produk yang dihasilkan iaitu Scrollster. Graf Perbandingan Markah Ujian Bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pasca) Rajah 2.2 Rajah 2.2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pasca) yang diperolehi oleh responden. Graf menunjukkan peningkatan yang ketara dalam markah yang diperolehi oleh murid selepas penggunaan Scrollster. Daripada 10 orang murid, tiga orang murid dapat mencapai markah maksimum iaitu 10 peratus dan seorang murid lagi mencapai 9 peratus. Selain itu, 3 orang murid memperolehi 8 peratus dan 2 orang memperolehi 7 peratus. Ia menunjukkan murid dapat mencapai markah yang maksimum iaitu 10 peratus dengan menggunakan produk yang dihasilkan iaitu Scrollster. 192
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I POTENSI UNTUK DISEBARKAN KEPADA PIHAK LAIN Scrollster ini telah disebar luas untuk guru Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu, kerana produk ini merupakan Dwibahasa. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menggunakan Scrollster ini untuk membantu murid dalam membina ayat yang mudah. Produk ini juga telah disebar luas untuk guru sekolah lain. Seorang guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah menggunakan produk kami untuk murid darjah dua. Respon guru and GPK 1 sekolah itu amat memuaskan. Mereka amat menyukai dan berminat untuk menggunakan produk kami di mana mereka memberitahu bahawa Scrollster amat membantu dalam penulisan ayat ringkas bagi murid bermula untuk membina ayat. Projek ini amat penting untuk diperluaskan kepada guru -guru dan ibu bapa yang ingin membantu murid dalam menulis ayat yang ringkas. Scrollster ini juga sangat mudah digunakan oleh sesiapa tanpa bimbingan sesiapa. Produk ini akan menarik minat murid untuk menggunakanya kerana ia mengandungi kad gambar, kad tulisan dan aktivi menolak perkataan ke atas dan ke bawah (scroll). Scrollster juga mudah dibawa oleh murid kerana ia ringan dan boleh dipegang seperti beg. 193
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KELEBIHAN PRODUK 1. Dwibahasa 2. Belajar menulis 200 ayat bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai latih tubi dalam satu produk. 3. Lebih mudah memahami kata kerja yang mempunyai gambar. 4. Ringan dan mudah dibawa 5. Mesra pengguna dan senang digunakan tanpa bimbingan orang lain. 6. Terdapat marker dan pemadam untuk murid berlatih menulis. 7. Kad menulis semula, marker dan pemadan – hands on activity 8. Pembelajaran Kendiri 9. Menarik dan aktif berasaskan dalam elemen PAK 21. 10. Boleh digunakan secara kolaboratif dan individu. 194
INOVASI KUNCI PdP BERKUALITI PPD SEGAMAT JKR1884, Jalan Aji, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim.