The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan pelaporan kajian tindakan dan inovasi guru-guru sekolah rendah daerah Segamat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin Daratul, 2023-11-29 22:41:04

INOVASI PdP - KUNCI PdP BERKUALITI (SEKOLAH RENDAH)

Himpunan pelaporan kajian tindakan dan inovasi guru-guru sekolah rendah daerah Segamat

Keywords: inovasi

Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Benang diletakkan pada nilai tempat dengan kehendak soalan. Sa- 5 benang merah Puluh – 3 benang biru Ratus – 8 benang hitam Ribu – 1 benang merah jambu Benang ditambahkan pada nilai tempat dengan kehendak soalan. Sa- 5 benang merah Jumlah akan menjadi 10 jadi murid akan menulis 10 di tempat laminate di bawah soalan. Cara penggunaan bahan inovasi ( Contoh 4 ) – Penambahan kumpul semula 139


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Seterusnya akan tambahkan satu benang biru di tempat puluh. Murid akan mengeluarkan semua benang merah seperti yang ada pada nilai tempat satu iaitu sifar. 140


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid akan tambah satu benang warna hitam di nilai tempat ratus. Seterusnya menulis jawapan mengikut bilangan benang yang ada. 1835 + 125 = 1960 KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI Bahan Harga Kad bod RM 1.00 Benang 4 warna RM 8.00 Kertas warna 4 warna RM 2.80 Jumlah RM 11.80 Kos perbelanjaan adalah tidak mahal. Bahan-bahan yang dibeli untuk hasilkan bahan inovasi boleh digunakan semula untuk menghasilkan 4 set bahan inovasi. 141


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( SERTA BUKTI) Keberkesanan inovasi ini diperkukuhkan lagi dengan kebolehgunaanya secara berulang kali oleh murid termasuk semasa murid berada di luar kelas. Selain itu, murid dapat melakukan penolakan bersama dengan rakan sekelas. Seramai 10 orang murid telah dipilih untuk menggunakan bahan inovasi ini. Dapatan sebelum dan selepas penggunaan bahan inovasi ini adalah seperti berikut : Dapatan sebelum dan selepas penggunaan bahan inovasi Benang Menang Nama Murid Ujian Pra Ujian Pasca Betul Salah Betul Salah 1. S. Durgashini 0 6 6 0 2. Eswaran 0 6 6 0 3. M. Heeramaduri 0 6 6 0 4. S. Jaganesh 0 6 6 0 5. R. Kavines 0 6 6 0 6. S. Kerthana 0 5 6 0 7. J. Lishalini 0 5 6 0 8. A. Ranisree 0 5 6 0 9. T. Teshini 0 6 6 0 10. M. Yaathessh 0 6 6 0 142


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Sebelum memperkenalkan bahan inovasi Selepas memperkenalkan bahan inovasi Murid A Murid B Murid C Sebelum penggunaan bahan inovasi 143


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid B Murid C Selepas penggunaan bahan inovasi Murid D Murid D Sebelum penggunaan Selepas penggunaan bahan inovasi bahan inovasi 144


© PPD Segamat 2023 Jilid I Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Bahan inovasi ini boleh digunakan oleh guru pemulihan dan guru-guru Matematik sekolah saya. Bahan ini amat membantu guru-guru Matematik untuk mengajar murid-murid kategori lemah. Semua guru dapat mengawal murid dengan mudah kerana semua murid mengambil bahagian dalam penggunaan bahan inovasi ini. Ia memudahkan murid-murid untuk memahami konsep tolak dan tambah yang melibatkan mengumpul semula dan tanpa mengumpul semula. Guru Matematik tahun 3 Guru Matematik tahun 2 Guru menggunakan bahan inovasi semasa PdP di dalam kelas 145


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penyelidik telah berkongsi bahan inovasi dengan SISC+, guru-guru di SJKT Bandar Segamat dan telah diuji lari dengan 2 buah sekolah yang berhampiran iaitu SK Cannosion Convent dan SJKC Pekan Jabi. Bahan inovasi ini boleh digunakan untuk semua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Ia merupakan bahan yang dapat disesuaikan dengan keadaan semasa. Bahan ini dapat membantu murid lemah di sekolah untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam penambahan dan penolakan dengan mengumpul semula dan tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 1000. Penerangan bahan inovasi kepada SISC+ PPD Segamat Penerangan bahan inovasi kepada Guru Besar SJKT Bandar Segamat, Encik Govinthan Perumall 146


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bahan Inovasi telah digunakan diuji lari di SK Canossian Convent, Segamat Penerangan guru kepada murid Murid SK Cannosion Convent menggunakan bahan inovasi Murid menggunakan bahan inovasi Sijil penghargaan daripada SK Canossion Convent 147


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid SJKC Jabi Guru Matematik SJKC Jabi Sijil penghargaan Bahan Inovasi telah diuji lari di SJKC Jabi, Segamat Pemberian sijil pengakuan berkongsi hasil inovasi oleh Guru Besar SJKC Jabi, Encik Tan Yee Boon 148


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Cara penyimpanan bahan Inovasi – Benang Menang 149


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I BATULTIKTOK Cikgu Siti Raihana Binti Zainal Sekolah Kebangsaan Melayu Raya PPP DG 44 [email protected] SINOPSIS INOVASI PdP Melihat kepada keputusan ibu bapa memilih jam digital kepada anakanak agar mudah membaca jam telah mewujudkan jurang masalah yang besar kepada murid untuk membaca jam analog dengan tepat dan betul. Bertepatan dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, murid berumur 6 tahun mestilah boleh membaca jam analog dengan betul, maka guru telah menguji kefahaman murid membaca jam analog. Dan hasilnya, semua murid gagal membaca jam analog dengan betul. Bagi menyelesaikan isu ini, satu inovasi dicipta bagi membolehkan murid membaca jam dengan mudah dan betul. Namun, sebelum mengaplikasikan inovasi tersebut, terdapat beberapa aktiviti sokongan yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum murid sepenuhnya boleh membaca jam dengan betul. Pertama, murid mengenal pasti ukuran panjang dan pendek supaya dapat membezakan jarum jam panjang dan pendek. Kedua, murid diajar untuk menyebut nombor yang ditunjukkan oleh jarum pendek yang mewakili jam 150


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I dahulu kemudian menyebut nombor yang ditunjukkan oleh jarum panjang yang mewakili minit. Ketiga, murid diperkenalkan dengan jam bagi waktu yang tepat seperti 12 tepat, 5 tepat, 9 tepat dengan syarat jarum panjang berada tepat pada jam 12 maka jarum pendek akan berada pada kedudukan waktu yang tepat. Kemudian guru menghasilkan inovasi daripada jam analog terpakai. Inovasi ini diberi nama BATULTIKTOK singkatan daripada BAca BEtul jam. BATULTIKTOK mempunyai 12 warna yang berbeza mewakili setiap waktu yang berbeza. Warna-warna tersebut berada dalam lingkungan waktunya tersendiri, malah nombor bagi waktu tersebut juga diwarnakan sama dengan warna bagi setiap lingkungan. Setelah itu, murid dapat membaca jam hanya dengan melihat kedudukan jarum jam pendek berada dikedudukan warna apa, dan seterusnya melihat nombor apakah yang sama warna dengan kedudukan jarum jam pendek itu berada. warna pada lingkungan yang telah ditetapkan. Lingkungan antara nombor 12 hingga nombor 1 akan diwarnakan dengan warna kuning. Sepanjang jarum pendek berada di kedudukan warna kuning, maka waktu yang ditunjukkan adalah pukul 1. Kemudian murid melihat kedudukan jarum panjang untuk membaca minit bagi melengkapkan waktu yang perlu dibaca dengan tepat pada jam analog. 2.0 OBJEKTIF INOVASI Di akhir kajian ini, murid-murid boleh: 2.1Mengenalpasti jarum jam panjang dan pendek. 2.2Mengenal jam dan minit. 2.3Membaca jam dengan betul. 151


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 3.0 KUMPULAN SASARAN Kajian dijalankan melibatkan 20 orang murid prasekolah Ibnu Khaldun berumur 6 tahun yang mana kesemua responden gagal membaca jam analog dengan betul. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada 8 orang murid perempuan dan 12 orang murid lelaki. 4.0 LATAR BELAKANG Pada awal pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran, saya terdengar seorang murid menyebut jam yang ditunjukkan pada jam analog yang berada di dalam kelas adalah jam 8.00 pagi sedangkan jam tersebut menunjukkan jam 7.50 pagi. Ianya mengelirukan apabila jam pendek berada dikedudukan yang hampir dengan nombor 8. Murid hanya mampu membaca jam tepat seperti pukul 8.00, 11.00, 2.00 dan sebagainya namun gagal membaca jarum panjang mewakili jarum minit. Bagi menyelesaikan isu ini, BATULTIKTOK dicipta bagi membolehkan murid membaca jam dengan betul, mudah dan meyeronokkan. Maka terhasillah. BATULTIKTOK yang mana guru menetapkan warna bagi setiap lingkungan jam supaya murid dapat membaca jam hanya dengan melihat warna pada lingkungan yang telah ditetapkan. 5.0 ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Setelah menggunakan BATULTIKTOK, semua responden yang terlibat dalam kajian ini berjaya membaca jam analog dengan tepat. Daripada tiada seorang murid pun yang berjaya membaca jam dengan betul pada awalnya, kini setelah mengaplikasi BATULTIKTOK, 20 orang murid mampu membaca jam analog dengan betul dan tepat. 152


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 6.0 HURAIAN INOVASI 6.1 BAHAN DAN KOS YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI 153


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 6.2 CARA INOVASI DIGUNAKAN LANGKAH 1 Gerakkan jarum (1) kemudian jarum (2) Guru menghalakan jarum jam (1) dan jarum minit (2). LANGKAH 2 Murid tekan jarum jam pendek, lihat warna nombor yang sama dengan kedudukan jarum tersebut. Sekiranya kedudukan jarum berada dalam lingkungan hijau. Maka murid menyebut nombor bewarna hijau juga. LANGKAH 3 Murid tekan jarum jam panjang, lihat kedudukan jam panjang menunjukkan nombor yang berwarna putih. LANGKAH 4 Murid sebut jam mengikut kedudukan jarum pendek dan panjang Nombor 12 berwarna hijau dan jarum pendek berada di kedudukan lingkungan hijau. waktu ditunjukkan adalah jam 12.30. 154


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 6.3 KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 0 20 0 5 10 15 20 25 BILANGAN BILANGAN MURID BOLEH MEMBACA JAM ANALOG SEBELUM SELEPAS 155


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I UJIAN PRA UJIAN POST 156


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 6.4 Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain Sebar luas oleh Cikgu Hapipah Binti Budi, guru Matematik tahun 1, Sek Keb Melayu Raya Sebar luas oleh Cikgu Abdul Hadi Bin Saim, guru Matematik tahun 2, Sek Keb Melayu Raya 157


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Sebar luas oleh Cikgu Mohammad Azri bin Ahmad Anuar, guru Prasekolah, Sek Keb Buloh Kasap 158


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat KAPAL FAWAHAN SINOPSIS INOVASI PDP KAPAL FAWAHAN merupakan sebuah inovasi yang boleh digunakan dalam PdP untuk membantu murid memahami teori-teori Sains dalam sukatan Sains Tahun 5 Sekolah Rendah. Inovasi ini dinamakan sebagai Kapal Fawahan kerana dapat membantu guru menerangkan bagaimana terbentuknya pelbagai fasa-fasa bulan (Fa). Di samping itu, Kapal Fawahan juga dapat membantu guru menerangkan fenomena wajah bulan yang sama sahaja boleh kita lihat pada setiap masa (wahan) Kebanyakan bahan yang digunakan untuk membina Inovasi ini ialah bahan kitar semula. ABM ini telah diuji keberkesanannya dan didapati membantu murid memahami teori Sains fasa-fasa bulan. Inovasi berpotensi untuk disebarluas kerana guru-guru lain mendapati inovasi ini sangat berkesan. © PPD Segamat 2023 Jilid I Cikgu Lim Boo Chian SJKC Jementah 1, Segamat Guru Pengurusan Data/Maklumat 159


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI Murid dapat melukis sekurang-kurangnya 6 daripada 8 fasa bulan dalam kedudukan bulan yang betul. KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 5 LATAR BELAKANG Saya sebagai guru Sains mendapati bahawa murid kurang memahami teori berlakunya fenomena fasa-fasa bulan. Murid sukar menghubungkait kedudukan bulan dengan fasa-fasa bulan yang kita nampak dari pandangan bumi. Saya mendapati masalah yang saya hadapi kemungkinan disebabkan oleh murid tidak dapat membezakan pandangan dari angkasa dan pandangan dari bumi. Gambaran bulan yang ditanda warna merah adalah gambaran bulan yang kita lihat dari pandangan angkasa manakala fasa-fasa bulan yang berbeza (yang tanda warna kuning) berlaku apabila kita lihat dari pandangan bumi. Gambar 1.0 160


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Saya berpendapat bahawa sekiranya saya dapat membina model matahari, bumi dan bulan, murid dapat melihat gambaran dengan jelas dan dapat melihat bulan dari kedudukan bumi. ANALISIS ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI 1. Murid dapat melihat peredaran bulan mengelilingi bumi dengan jelas dan menghubungkait fasa-fasa bulan dengan kedudukan bulan dengan melihat fasa bulan dari pandangan bumi melalui “webcam” Kapal Fawahan. 2. Murid lebih memahami teori berlakunya fenomena fasa-fasa bulan denganmenggunakan Kapal Fawahan. BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI 1. Kotak milo 2. Lampu 3. Bola ping pong 4. Tabung bulu tangkis 5. Bola polystyrene 6. Kamera (webcam) Gambar 2.0 Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Kapal Fawahan 161


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 3.0 Komponen-komponen Kapal Fawahan CARA INOVASI DIGUNAKAN Langkah 1: Guru menyambungkan plug dan USB kabel ke laptop Langkah 2: Guru buka aplikasi camera 162


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Langkah 3: Guru menerangkan fungsi Kapal Fawahan Langkah 4: Murid memusingkan bola ping pong (bulan) Langkah 5: Murid melihat fasa bulan yang terbentuk di skrin 163


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Langkah 6: Murid melukis fasa bulan dalam lembaran kerja Langkah 7: Murid mengulang langkah 4 hingga 6 bagi Kedudukan bulan lain KOS PENGHASILAN KAPAL FAWAHAN Bil. Bahan Kuantiti Kos 1 kotak milo 3 (percuma) 2 lampu 3 RM 24.00 3 bola ping pong 1 RM 0.50 4 tabung bulu tangkis 1 (percuma) 5 bola polystyrene 1 RM 1.00 6 Kamera (webcam) 1 RM 10.00 Jumlah RM 35.50 Jadual 1.0 Kos Penghasilan Kapal Fawahan Inovasi ini dihasilkan dengan kos yang berpatutan dan kebanyakan bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula. 164


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Ujian Pra 10 8 6 4 2 0 6 6 3 3 1 2 0 1 1 2 Ujian Pra Ujian Pasca 10 8 6 4 2 0 8 8 8 8 8 8 8 8 8 6 Ujian Pasca KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PdP Seramai 10 orang murid telah dipilih untuk menjalani ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra diberi tanpa menggunakan Kapal Fawahan manakala ujian pasca dijalankan dengan menggunakan Kapal Fawahan. Jadual 2.0 Data ujian pra dan Pasca GRAF Graf 1.1 Data ujian pra Graf 1.2 Data Ujian Pasca Murid Ujian Pra Ujian Pasca Murid A 1 8 (betul semua) Murid B 6 8 (betul semua) Murid C 3 8 (betul semua) Murid D 0 8 (betul semua) Murid E 1 8 (betul semua) Murid F 6 8 (betul semua) Murid G 1 6 Murid H 3 8 (betul semua) Murid I 2 8 (betul semua) Murid J 2 8 (betul semua) 165


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Perbandingan antara Ujian Pra dan 9 Pasca 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 7 6 6 6 6 5 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1 1 0 0 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid H Murid I Murid J Graf 1.3 Perbandingan antara data ujian pra dan ujian pasca Data yang diperolehi menunjukkan peningkatan yang jelas antara ujian pra dan ujian pasca. Terdapat 9 daripada 10 responden dapat melukis semua fasa bulan dengan betul semasa ujian pasca. Dengan ini, boleh dikatakan bahawa Kapal Fawahan telah membantu murid lebih memahami teori berlakunya fasa-fasa bulan. POTENSI UNTUK DISEBARLUAS 1. Kapal Fawahan digunakan oleh guru sekolah yang sama Gambar 4.1 PdP Sains menggunakan Kapal Fawahan oleh guru sekolah yang sama 166


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Seorang guru Sains berpengalaman sekolah saya telah menggunakan Kapal Fawahan dalam PdP Sains Tahun 5. Beliau mendapati bahawa inovasi ini memang amat membantu dari segi memberi gambaran yang jelas berkaitan dengan fenomena berlakunya fasa-fasa bulan. 2. Kapal Fawahan digunakan oleh guru sekolah yang lain Gambar 4.2 PdP Sains menggunakan Kapal Fawahan oleh guru sekolah lain Kapal Fawahan juga digunakan oleh guru sekolah lain iaitu SJK(C) Chung Hwa Asahan dan beliau mendapati bahawa inovasi ini membolehkan murid berfikir secara kritis (KBAT) semasa menghubungkaitkan kedudukan bulan dengan fasa-fasa bulan. Selain itu, Kapal Fawahan juga disebarluas kepada guru-guru sekolah lain di Daerah Segamat. © PPD Segamat 2023 Jilid I 167


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Gambar 4.3 Perkongsian Kapal Fawahan kepada guru-guru sekolah lain Kapal Fawahan boleh diubahsuai untuk digunakan dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 3 dalam tajuk Pelan dan Dongakan. Gambar 4.4 Kapal Fawahan digunakan dalam tajuk Pelan dan dongakan 168


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat DAM 32 LANGKAH PUTIH BERCAHAYA Sekolah Kebangsaan Canossian Convent [email protected] [email protected] SINOPSIS INOVASI PdP Pelbagai jenis kad permainan di pasaran seperti Sahibba, Saidina, Monopoly, UNO dan kad-kad permainan yang lain. Begitu juga permainan dam seperti dam ular. Sayangnya kebanyakan kad permainan dan dam ular yang telah dihasilkan bertujuan hiburan semata-mata. Bertindak melakukan transformasi dalam PAK21, kami telah mengembleng pemikiran dengan menggabungkan dua elemen iaitu permainan berasaskan dam dan kad maka terhasil inovasi Dam 32 Langkah Putih Bercahaya. Objektif utama ialah memudahkan guru mengajar Sains Tahun 3 dalam topik berkaitan gigi, mengubah cara belajar dan mengulang kaji pelajaran dengan membaca buku atau nota kepada belajar berpasangan atau kumpulan dalam bentuk permainan yang menggabungkan elemen dam dan kad. Selain itu, Dam 32 Langkah Putih bercahaya juga boleh digunakan sebagai instrument untuk mentaksir penguasaan murid bagi tajuk-tajuk berkaitan gigi. Produk inovasi ini telahberjaya merealisasikan PdP Sains Tahun 3 bagi tajuk gigi secara didik hibur dan pendekatan “belajar melalui bermain”. Kesannya PdP menjadi lebih mudah dan menarik, motivasi murid untuk belajar secara kendiri dan mengulang kaji pelajaran dalam tempoh lama semakin meningkat. Selain itu, inovasi ini telah memudahkan murid mengingat jenis-jenis gigi dan fungsinya. Inovasi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk set induksi, aktiviti dan penutup PdP tetapi juga © PPD Segamat 2023 Jilid I Cikgu Supian bin Hashim Guru Cemerlang Sains DG48 Cikgu Dhevanes A/L Karthikesu PPP DG41 Cikgu Mohamad Adib Aizat bin Zailani PPP DG41 169


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I boleh digunakan sebagai alat untuk mentaksir penguasaan murid. Dam ini telah merancakkan lagi penghasilan alat bantu mengajar (ABM) yang memberi manfaat kepada pendidikan negara. Rumusnya, penggunaan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya bukan sahaja dapat merealisasikan sasaran sekolah meningkatkan bilangan murid A tetapi juga membantu guru merealisasikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan SKPMg2 Standard 4 (4.2.2 iv) bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan pelajar. PERNYATAAN MASALAH Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Sains Tahun 3 terdapat tajuk berkaitan gigi yang merangkumi set kegigian, jenis dan fungsi gigi, keratan rentas gigi serta makanan yang boleh menguatkan dan merosakan gigi. Walaupun tajuk gigi sangat rapat dengan diri murid tetapi ada dalam kalangan murid yang tidak menguasai tajuk ini. Terdapat murid yang memperoleh pangkat B, C dan gagal bagi tajuk ini. Bilangan murid yang memperoleh pangkat A atau Tahap Penguasaan (TP) 6 hanyalah 15 % daripada 33 orang murid Tahun 3 Cerdik. Murid mudah bosan mengulang kaji pelajaran secara kendiri dengan cara membaca buku teks, buku rujukan atau nota dalam tempoh yang lama. Kaedah mengulang kaji pelajaran dengan menonton video atau televisyen pendidikan yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid sahaja. Oleh itu, transformasi teknik pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan bagi mengubah keadaan ini. Penggunaan dam dan kad sebagai alat bermain dalam Pengajran dan pempelajaran (PdP) Sains telah berjaya menarik minat murid. Pelbagai jenis kad permainan telah diterokai oleh pengkaji seperti Sahibba, Saidina, Monopoly, UNO, Donkey dan kad-kad permainan yang lain. Pengkaji telah menggarap idea dan pemikiran dengan menyesuaikan elemen permainan dalam teknik didik hibur. Akhirnya terhasillah Dam 32 Langkah Putih Bercahaya dengan mengambil kira elemen permainan dalam teknik didik hibur yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep pendidikan kanak-kanak ini 170


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I amat menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” (play and learning). Ini disebabkan melalui proses bermain, kanak-kanak sebenarnya akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara semula jadi. Dalam aktiviti didik hibur, kanak-kanak dapat membangunkan kaedah kendiri dalam membentuk hubungan dengan rakan-rakan, berpeluang untuk bersaing secara positif, membuat keputusan dan penilaian, menganalisis, membayangkan dan membuat diskriminasi. Melalui penghasilan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya, motivasi murid untuk mengulang kaji pelajaran bagi topik gigi meningkat secara drastik dan telah mengubah cara mengulang kaji dari membaca buku kepada belajar melalui bermain. Secara tidak langsung, murid-murid telah belajar secara berpasangan atau berkumpulan apabila mereka bermain dam ini. Impaknya masalah untuk melihat murid mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama telah berjaya dicapai dengan penghasilan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya. OBJEKTIF INOVASI i) Meningkatkan bilangan murid memperoleh A atau TP 6 bagi tajuk berkaitan gigi. ii) Merealisasikan pelaksanaan teknik pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur dengan elemen permainan dilaksanakan. iii) Menghasilkan alat bantu mengajar bagi tajuk gigi bagi memudahkan proses PdP dilaksanakan. iv) Alat bantu belajar secara kendiri bagi murid. v) Mengubah cara mengulang kaji pelajaran yang konvensional iaitu membaca buku teks atau nota kepada bentuk permainan kad. vi) Menghasilkan instrumen baharu bagi mentaksir penguasaan murid. PENGGUNAAN INOVASI Menghasilkan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya sebagai alat bantu mengajar (ABM) alternatif kepada guru-guru Tahun 3 untuk topik gigi. Inovasi ini bukan sahaja sebagai ABM tetapi juga satu kaedah baharu mengulang kaji pelajaran dengan cara permainan kad. 171


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Cara mengulangkaji yang stereotaip seperti membaca buku dan nota serta menonton video atau televisyen telah bertukar kepada bentuk permainan dam. Dam 32 Langkah Putih Bercahaya ini juga dihasilkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal dengan luas papan 1 meter x 1 meter. Dengan cara ini, SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dipatuhi sekaligus berupaya memutuskan rantaian Covid-19. IMPAK INOVASI 1. Meningkatkan bilangan murid memperoleh A atau TP 6 bagi tajuk gigi bagi mata pelajaran Sains Tahun 3. 2. Meningkatkan motivasi diri murid untuk mengulang kaji pelajaran lepas dalam tempoh yang lama. 3. Mengubah cara mengulang kaji secara konvensional seperti membaca buku teks, buku rujukan dan nota kepada mengulang kaji secara bermain. 4. Meransang semua deria (lihat, dengar & sentuh) dan pelbagai kemahiran lisan, berkomunikasi dan berfikir semasa belajar atau mengulang kaji pelajaran. 5. Menyokong hasrat KPM memperkasakan didik hibur dalam PdP. NOVELTI Hasil carian melalui internet, tiada produk yang menyerupai reka cipta Dam 32 Langkah Putih Bercahaya. Produk ini tidak terdapat dalam senarai daftar internet atau di pasaran. Produk ini dihasilkan sendiri dari permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh muridmurid dan berpotensi bukan sahaja digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkan penguasaan dalam tajuk gigi tetapi juga boleh dijadikan permainan santai yang berteraskan ilmu pengetahuan. Penghasilan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya adalah gabungan beberapa permainan seperti dam, penggunaan kad dan wang. Permainan ini sangat berpotensi untuk disebarluaskan kepada syarikat-syarikat permainan dan syarikat buku seperti Sains Adik dan Ana Muslim dan sebagainya dengan grafik dan animasi yang lebih menarik. 172


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Banyak permainan di pasaran yang kami dapati kurang memberi pengetahuan sekadar menghiburkan sahaja. Dam 32 langkah Putih Bercahaya ini adalah berfokuskan kepada topik gigi. Murid dapat menimba pengetahuan dan mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan secara santai. PERLUASAN / KOMERSIAL Dam 32 Langkah Putih Bercahaya merupakan satu-satunya permainan berteraskan Mata Pelajaran Sains di dunia. Di pasaran terdapat kad permainan UNO, Sahhiba, Saidina, dan Monopoly bertujuan bermain untuk mengisi masa lapang semata-mata. Dengan terhasilnya Dam 32 Langkah Putih Bercahaya yang memfokuskan isi kandungan DSKP Sains bagi topik gigi, maka berpotensi komersial yang sangat besar untuk di pasarkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia. Dam 32 Langkah Putih Bercahaya ini telah disebar luaskan penggunaannya di enam buah sekolah di daerah Segamat, Johor dan iaitu SK Kampung Jawa, SK LKTP Medoi, SK Bandar Putra, SK Paya Jakas, SK LKTP Kemelah dan SK Jementah, Segamat. Tiga buah sekolah di luar negeri Johor yang terlibat dengan pengujian produk inovasi ini ialah SK Taman Tawau, Sabah, SK Sungai Pusu, Gombak, Selangor dan SK Sungai Penchala, Kuala Lumpur. 173


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KAD PERMAINAN DAM 32 LANGKAH PUTIH BERCAHAYA Papan Permainan 3 Penanda – kacip, geraham & taring Kad Soalan dan Jawapan Wang GG Dolar Peraturan Permainan 1. Murid bermain secara berkumpulan sekurang-kurangnya 3 orang pemain bagi mewakili gigi kacip, geraham dan taring. Dam ini boleh dimainkan sehingga 6 orang pemain kerana telah disediakan 2 set penanda kacip, geraham dan taring. 2. Papan Dam 32 Langkah Putih Bercahaya dibuat dengan ukuran 1meter x 1 meter bersesuai dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi memutuskan rantaian Covid-19. 3. Pemain boleh bermain dengan penanda diri masing-masing menggunakan penanda jenis-jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham yang disediakan. 4. Setiap pemain akan menerima 300 GG Dolar sebelum memulakan permainan. 5. Pemainan dimulakan dengan pemain pertama membaling dadu. 174


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 6. Petanda yang dimiliki oleh pemain pertama akan digerakkan mengikut bilangan nombor yang diperoleh apabila dadu dilambung. 7. Setiap pemain akan menempuh pelbagai halangan berupa ganjaran dan dendaan disebabkan penjagaan gigi yang baik atau kurang baik. 8. Pemain yang tiba di petak gigi yang mempunyai tanda soal ( ? ) perlu menjawab soalan yang disediakan. Ganjaran : - Mendapat wang berdasarkan jumlah yang dinyatakan pada petak-petak dam. - Maju ke petak gigi yang seterusnya. - Pemain akan mendapat 100 GG Dolar bagi setiap kad soalan yang berjaya dijawab. Denda : - Membayar wang dendaan kepada bank mengikut jumlah yang dinyatakan pada petak-petak dam. - Murid yang tidak berjaya menjawab kad soalan perlu berundur dua petak dari gigi tersebut. - dimasukkan ke klinik gigi berhampiran. 9. Pemain perlu menamatkan 32 batang laluan gigi . Pemain yang mendapat GG Dolar terbanyak dinobatkan sebagai pemenang. 175


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penyelidik menerangkan cara Dam 32 Langkah Putih Bercahaya dimainkan Tiga orang pemain (minimum ) yang mewakili gigi kacip, geraham dan taring sedang bermain Dam 32 Langkah Putih Bercahaya 176


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I SCROLLSTER Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)Cantuman Chaah SINOPSIS INOVASI PDP SCROLLSTER dibina untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis ayat mudah dengan penggunaan struktur ayat yang betul. Scrollster ini dapat membantu murid untuk belajar menulis 200 ayat bagi subjek Bahasa Inggeris dan 200 ayat bagi subjek Bahasa Melayu (400 ayat dalam satu masa). Produk ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis ayat di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta membantu murid untuk menulis tanpa bimbingan orang lain. Penggunaan gambar bagi kata kerja dapat membantu murid memahami makna kata kerja dengan mudah. Produk ini dibina dengan menggunakan bahan buangan dan dengan kos yang amat rendah. Cikgu Siri Priya A/P Muniandy Guru Data Cikgu Premma A/P Ganason Ketua Panitia Sains Cikgu Lachumynayar Rama Krishnan Guru Prasekolah 177


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI Selaras dengan idea memantapkan kemahiran penulisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, objektif inovasi membantu : a) Murid dapat menulis 10 ayat mudah dari segi struktur yang betul. b) Murid dapat menulis dan membaca 10 kata kerja dengan betul. c) Murid dapat membina 10 ayat mudah dari segi tatabahasa yang betul. Objektif inovasi ini memenuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Inggeris Tahun 2 dan DSKP Bahasa Melayu Tahun 2 yang dinyatakan seperti berikut: 4.3.3 Plan, draft and write simple sentences 3.1.1 Asas menulis secara mekanis (ii) ayat. KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 2 LATAR BELAKANG PENGHASILAN INOVASI Analisis Masalah Mengenalpasti masalah murid dan mendapati murid menghadapi masalah untuk menulis ayat yang mudah dengan menggunakan struktur ayat yang betul. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian dan analisis latihan yang diberikan. Data telah dianalisis secara kaedah Google Form. Analisis dokumen dilakukan melalui pemerhatian, latihan menulis ayat dan Ujian Pra. Masalah Pemerhatian Latihan Menulis Ayat Ujian Pra Pembinaan ayat yang salah dari segi struktur / / / Kurang kefahaman kata kerja / / / Pembinaan ayat yang salah dari segi tatabahasa / / / 178


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Perbincangan Setelah menganalisis masalah murid. Perbincangan bersama ahli kumpulan telah dibuat dan telah bersetuju untuk membina Scrollster. Proses Penghasilan SCROLLSTER Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Scrollster ialah kotak, tali, kertas A4 dan bahan hiasan. Tiga proses dalam menghasilkan Scrollster iaitu : a) Pengumpulan bahan untuk menghasilkan produk - Kotak terpakai, kotak mancis dan tali. b) Mencari gambar dan kata kerja yang sesuai bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu 179


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I c) Proses membina scrollster – menyediakan panduan struktur ayat. Scrollster yang dihasilkan i) Menyediakan struktur ayat supaya ia dapat membantu murid membina ayat tanpa bantuan guru. 180


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ii) Menyediakan pilihan kata kerja untuk membantu menulis ayat. iii) Penggunaan gambar merupakan salah satu elemen dalam pembinaan Scrollster. Penggunaan gambar dapat merangsang minda dan memudahkan murid mengenal makna kata kerja dengan mudah. IMPAK INOVASI Melalui inovasi Scrollster ini, guru dapat menangani masalah : a) Pembinaan ayat yang salah dari segi struktur. b) Kurang kefahaman kata kerja menyebabkan murid gagal menulis ayat. c) Pembinaan ayat yang salah dari segi tatabahasa. CARA INOVASI DIGUNAKAN Muka depan produk ‘Scrollster’ LANGKAH 1 Scrollster mempunyai butang di bahagian atas. Butang tersebut perlu dibuka untuk mengakses bahagian dalam Scrollster 181


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LANGKAH 2 Selepas membuka butang di bahagian atas, Scrollster perlu dibuka seperti laptop untuk mengaksesnya LANGKAH 3 Ini adalah paparan bahagian dalam Scrollster. Terdapat buku manual penggunaan, kad padam semula, marker, pemadam, 1 set ( 20 gambar kata kerja Bahasa Inggeris ) dan 1 set (20 gambar kata kerja Bahasa Melayu) diletakkan di dalam kotak yang disediakan di dalam Scrollster. 182


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bahagian ‘Subject’ dibuat dalam bentuk bujur . Bahagian ‘Auxiliary Verb’ dibuat dalam bentuk bendera Bahagian ‘Verb’ dibuat dalam bentuk segi empat tepat. LANGKAH 4 Murid perlu memilih subjek (SUBJECT) dari bahagian bawah yang telah diletakkan di atas zipper. Kemudian perlu diletakkan di dalam kotak yang disediakan. Terdapat subjek ‘personal pronouns’. 183


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Pemilihan dibuat mengikut tanda stiker mata yang diletakkan di atas kad subjek dan Auxiliary verb. Tanda satu mata adalah untuk membezakan di antara singular dan plural. Murid akan memilih subject dengan tanda satu mata bersama dengan auxiliary verb satu mata. Sekirannya murid memilih dua mata stiker di subject , murid akan memilih dua mata stiker pada auxiliary verb. Seterusnya, murid akan memilih Kata penguat (AUXILIARY VERB) dan meletakkanya dalam kotak yang disediakan. 184


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Pemilihan Subjek (SUBJECT) dan Kata penguat (AUXILIARY VERB) adalah berdasarkan bentuk dan warna untuk mengelakkan murid melakukan kesilapan dalam pemilihan auxiliary verb yang salah. Selain itu, terdapat stiker mata di atas kad subjek dan Auxiliary Verb bagi membezakan Singular dan Plural. Stiker mata ini diletakkan supaya murid tidak membuat kesilapan dalam pemilihan yang salah di bahagian Auxiliary verb. Murid diberi bimbingan memilih kategori perkataan yang betul dengan penggunaan warna, bentuk dan stiker mata kerana ia merupakan peringkat awal penulisan. 185


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LANGKAH 5 Setelah memilih Subjek dan Kata Bantu murid boleh menolak kotak Subjek dan Kata Bantu (SUBJECT DAN AUXILIARY VERB) ke atas dan ke bawah dan menjadikannya ayat yang lengkap sebagai latih tubi. LANGKAH 6 Seterusnya, murid perlu membaca ayat yang lengkap dengan betul. Cth ayat: ‘She is writing’. Kanak – kanak sedang berlari. 186


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LANGKAH 7 • Setelah memilih struktur ayat yang lengkap dan membacanya, murid boleh salin ayat tersebut di Papan Tulis Semula yang disediakan berserta dengan pen marker dan pemadam. • Murid dapat mengenali, membaca dan menulis 200 ayat mudah dengan betul bagi setiap bahasa dalam satu masa sebagai latih tubi. LANGKAH 8 Ini adalah paparan bahagian belakang ‘Scrollster’. Bahagian ini mengandungi 10 gambar kata kerja supaya murid dapat mengenali lebih mendalam tentang maksud Kata Kerja (VERB) yang diberi. Kad kata kerja dimasukkan di dalam poket plastiK yang disediakan. Ia memudahkan untuk menukar kata kerja yang diperlukan untuk membina ayat. Scrollster telah dibina dengan 2 set kata kerja. 20 kata kerja Bahasa Inggeris dan 20 kata kerja Bahasa Melayu 187


Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LANGKAH 9 Setelah menggunakannya, murid boleh menutup ‘Scrollster’ dengan melipatnya seperti laptop dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah. KOS PENGHASILAN Bahan Kos Bahan hiasan RM 3.00 Kertas A4 RM 2.00 Kotak, tali (bahan buangan ) - Pen Marker dan Pemadam papan putih RM 2.00 Jumlah Kos RM 7.00 Produk ini telah dihasilkan dengan kos yang agak murah dan menggunakan bahan buangan. KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Seramai sepuluh murid Tahun 2 dari sekolah yang sama telah dipilih dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca iaitu kuiz dalam google form dan menulis ayat ringkas telah dijalankan untuk melihatkan keberkesanan Scrollster. Data menunjukan peningkatan yang mendadak dalam kemahiran penguasaan dan penulisan ayat ringkas selepas responden menggunakan Srcollster 188


Click to View FlipBook Version