Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I TREK 60 SINOPSIS INOVASI PDP Setelah mengajar murid pendidikan khas KSSRPK tahun 4 masalahpembelajaran bagi topik Masa dan Waktu, saya dapati proses penerangan berkenaan konsep nama jarum, fungsi dan membaca masamenjadi sukar kerana teknik pembelajaran biasa membuat mereka kelirudengan pemerhatian realiti mereka. Jawatankuasa BersamaKebangsaan Bermasalah Pembelajaran ( The National Joint Committeeon Learning Disabilities, 1988 ) yang terdiri daripada organisasi professional mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satukumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yangnyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusanatau menyelesaikan masalah matematik. Masalah – masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat, dan boleh berlakupada bila – bila tahap umur. Terutamanya , murid ADHD, mempunyai masalah inattention yang mana murid mempunyai daya penumpuanCikgu Fairuz Hani Binti Wagiman Sk Datuk Wan Idris Segamat Guru Pendidikan Khas 89
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I yang lemah . Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebihmenarik dan berpandu. Oleh itu, pengkaji mendapati penggunaan BBMbiasa sebagai medium pengajaran membuatkan murid bosan dan tidakfokus. Pengkaji memikirkan strategi pembelajaran yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini dengan mengambil kira keperluan objektif pembelajaran dan strategi pembelajaran yang bersesuaian. OBJEKTIF INOVASI Objektif Am Secara amnya, objektif kajian inovasi ini ialah untuk meningkatkanpenguasaan kemahiran mengenal konsep masa dan waktu sertaperkaitannya. Objektif Khusus Melalui kajian ini murid-murid diharap dapat: i. Mengenal dan menamakan 3 jarum yang terdapat padamuka jam. ii. Perkaitan masa antara 3 jarum jam yang terdapat pada mukajam. iii. Membaca masa yang ditunjukkan pada muka jam dengatepat dan betul. KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 6 orang murid Pendidikan Khas Bermasalahpembelajaran KSSRPK 4 (4 LENTERA FANSURI ) tahun 2021 yangmenghadapi masalah untuk membezakan 3 jarum yang terdapat padamuka jam dan membaca masa yang ditunjukkan. 90
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I TINJAUAN AWAL MASALAH Pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat seperti Soal Jawab, Ujian pra dan membuat analisis. Sepanjangpelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kepadapemerhatian, ujian pra dan analisis serta soal selidik (undian). SOAL JAWAB Pengkaji menyediakan soalan berkenaan muka jam dan beberapakemahiran yang telah dipelajari semasa KSSR 3 secara lisan. Soalan ini menguji murid soalan asas berkaitan jarum pada muka jam, dan persamaan unit piawai bagi masa. Bil Soalan 1. Namakan jarum jam yang paling pendek pada muka jam? 2. Namakan jarum jam ini? (minit) 3. Namakan jarum jam yang paling laju pada muka jam? 4. 1 minit bersamaan _____ saat ? 5. 1 jam bersamaan ______ minit ? 6. Nyatakan masa yang ditunjukkan ? 91
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I UJIAN PRA Ujian pra secara bertulis juga telah diberikan kepada murid demi mengesan kelemahan kemahiran Masa dan waktu yang telah diajar. Kertas Latihan : ANALISIS ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Analisis Pemerhatian Penggunaan bahan bantu yang diinovasikan ini membuatkan murid lebihtertarik dengan “Trek 60’ berbanding BBM yang selalu digunakan didalamkelas, berdasarkan warna dan pergerakan yang bergerak secaralangsung. 92
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Analisis Ujian Pra Berikut adalah hasil daripada ujian pra yang dijalankan berkaitan topik : Analisis yang boleh dibuat disini murid mempunyai asas berkenaankonsep masa tetapi mempunyai masalah mengaitkan pengetahuan danmenterjemahkan pengetahuan mereka semasa menjawab soalan. Evidens Ujian : Bil Soalan M 1 M 2 M3 M4 M5M6M71. Perkaitan masa 1 jam = ______ minit √ √ X√ √X√2. Perkaitan masa 1 minit = ______ saat X√ √ XXX√3. Lukis jarum jam berdasarkan waktu diberi XXXXXX√4. Penyelesaian masalah perkaitan masa Persamaan 60 minit = 1 jam. XXXXXX√5. Penyelesaian masalah perkaitan masa 1 jam selepas waktu diberikan. XXXXXX√93
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HURAIAN INOVASI 94
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Daripada dapatan di atas, pengkaji telah menghasilkan “TREK 60” yangmembolehkan murid ini memahami konsep Masa dan Waktu melalui pengibahsuaian Objek melalui teknik penceritaan yang lebihmenyeronokkan: Objektif 1 : Membolehkan murid mengenal dan menamakan 3 namajarum pada muka jam dengan betul. Objektif 2 : Membolehkan murid membuat perkaitan diantara jamdengan minit dan minit dengan saat menggunakan TREK 60. Objektif 3 : Membolehkan murid menjawab soalan masa yangditunjukkan pada mukan jam dengan tepat. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN : “TREK 60”. Aktiviti 1 : Penceritaan : “Perlumbaan Hebat antara Arnab, Kura-kura danSiput” i. Guru bercerita tentang perlumbaan Arnab, Kura-kura dan Siput. Dengan memberi nama 3 jarum yang terdapat pada muka jammengikut kelajuan. 95
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I ii. Perbincangan tentang kisah yang pernah didengar dan pandumurid kepada realiti kehebatan binatang dalam dunia sebenar. Murid juga diterapkan dengan metafora persamaan larian Arnabsatu pusingan barulah kura-kura bergerak satu langkah. Begitu jugadengan kisah siput . Pemerhatian : Murid-murid berminat untuk mengikuti pelajaran matematik dengan lebihsantai dan menyeronokkan. Penceritaan menggunakan gambar membuat mereka lebih responsif dan tidak hanya memikirkan tentang nombor. Refleksi : Murid mencapai objektif dengan memahami nama 3 jarum jam yangdiwakili oleh 3 binatang yang diceritakan didalam gambar. Aktiviti 2 : Penerangan dan penggunaan Trek 60 untuk perkaitan masa. i. Guru memulakan penerangan tentang TREK 60 denganmenerapkan a. Ini Trek 60 yang mana satu pusingan trek sejauh 60. b. TREK 60 ada 12 stesen kesemuanya. 96
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat c. Fungsi warna di mana binatang yang diceritakan berada. Warna ini akan mewakili TREK Jam, minit dan saat. ii. Perkaitan waktu di terangkan contohnya : Arnab ( Saat) berlari sebanyak 1 pusingan trek. “INI IALAH TREK 60”, maka 60 Saat bersamaan 1 bagi minit . 60 Saat = 1 minit. Begitu juga Jamyang bergerak 60 minit = 1 jam (satu stesen) iii. Tanpa bateri TREK 60 boleh dilajukan untuk menunjukkanperubahan masa dengan cepat. Dengan bateri muridditunjukkan realiti kepantasan jarum saat mengatasi jarum-jarumyang lain. iv. Ujian pos dijalankan. Pemerhatian : Murid mudah faham konsep perbezaan waktu, nama yang diberikan dan perkaitan yang telah ditunjukkan guru. Pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih responsif dan menyeronokan. Refleksi : Sebelum intervensi dijalankan murid mempunyai masalah memberi fokus pada pembelajaran tetapi dengan penggunaan ‘TREK 60’ murid bermasalah pembelajaran mudah memahami fungsi dan perbezaan jarum pada muka jam, murid ADHD lebih fokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Ciri TREK 60 yang menarik dengan warna dan bahan pada muka jam boleh menjadi kelebihan dan memahami konsep ini. Nota : Lihat pada video sewaktu PdP berlangsung. © PPD Segamat 2023 Jilid I 97
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Aktiviti 3 : Aktiviti membaca waktu pada muka jam dengan bantuan“KOTAK MASA” dan “SEPIT PENANDA” Cara pelaksanaan Dengan menggunakan “TREK 60”, Murid melengkapkan kotakberdasarkan warna sepit yang sama. Disini kemahiran mengenal jarum jam dan minit tadi digunakan semula. Menjawab dan menulis soalan diberikan. Ujian pos dijalankan Pemerhatian : Saya dapati bahawa murid boleh menunjukkan hasil yang positif danmencapai objektif. Aktiviti ini juga berjaya menarik minatnya. murid jugamenunjukkan tanda-tanda perkembangan pembelajaran yang positif Rujuk ujian pos. 98
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Refleksi : Saya berpuas hati dengan peningkatan prestasi murid ini denganpenggunaan TREK 60 dan aktiviti yang dijalankan dengan menggunakanbahan. Ujian Pos Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian murid-murid. Dalamujian pos, murid-murid diuji sekali lagi dengan soalan yang sama denganujian pra. Tetapi selepas penggunaan ‘TREK 60’. Bil Soalan M 1 M 2 M3 M4 M5M6M71. Perkaitan masa 1 jam = ______ minit √ √ √ √√√√2. Perkaitan masa 1 minit = ______ saat √ √ √ √√√√3. Lukis jarum jam berdasarkan waktu diberi √ √ √ √√√√4. Penyelesaian masalah perkaitan masa Persamaan 60 minit = 1 jam. √ √ √ √√√√5. Penyelesaian masalah perkaitan masa 1 jam selepas waktu diberikan. √ √ √ √√√√99
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I REFLEKSI KESELURUHAN Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkanpeningkatan yang ketara selepas tindakan diambil. Berikutnyamerupakan gambar murid semasa ujian pra dan ujian post dijalankan. Murid-murid lebih berminat untuk belajar dengan memasukkan elemenpenceritaan membantu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Saya berpuas hati dengan kemajuan murid kerana bukan mudah untukmenarik perhatian murid-murid berkeperluan khas mengikuti pengajarandan pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu murid meningkatkankeupayaan pembelajaran di samping menjadikan suasana pengajarandan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. 100
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji bercadang murid-murid dibimbing untuk menguasai kemahiranoperasi asas matematik nombor dalam lingkungan 20 dikalangan muridmasalah pembelajaran. 101
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I SMART KIT PRASEKOLAH (Literasi Bahasa Melayu) Cikgu Mohammad Azri bin Ahmad Anuar Sekolah Kebangsaan Buluh Kasap PPP DG 44 [email protected] SINOPSIS INOVASI PdP Pada awal tahun 2020 telah berlaku satu penularan virus yang dinamakan virus covid-19 di negara kita ini. Kita dapat lihat kesan penularan virus covid-19 ini telah menyebabkan norma kehidupan kita perlu ditukar hampir keseluruhannya. Virus covid-19 ini juga menyebabkan sistem pendidikan lumpuh buat seketika di mana murid-murid terpaksa menangguhkan pembelajaran mereka beberapa kali. Berikutan dari hal ini, ibu bapa mulai rasa bimbang dengan pendidikan anak-anak mereka, di mana kita dapat melihat sekurang-kurangnya murid telah belajar dari rumah selama berbulan-bulan. Ini merupakan 1 tempoh yang lama muridmurid tidak mendapatkan pendidikan formal secara bersemuka. Ada ibu bapa yang mula mengadu tentang pencapaian anak-anak mereka agak ketinggalan. Antaranya masalah murid tidak mengenal huruf, membaca dan tidak tahu menulis. Rentetan dari isu yang dikemukan oleh ibu bapa, saya telah terpanggil untuk membantu mereka, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya ini. Saya telah membangunkan satu bahan bantu mengajar (inovasi) yang akan membantu murid-murid untuk 102
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I belajar mengenal huruf, suku kata dan menulis dalam satu bahan. Inovasi ini bukanlah untuk menjadikan mereka pandai sepenuhnya. Tujuan utama inovasi ini adalah untuk merubah cara mereka belajar dengan menggunkan pendekatan belajar sambil bermain. Inovasi ini akan menarik tumpuan murid untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan berfokus pada sesuatu tajuk. Saya namakan inovasi sebagai SMART KIT (Literasi Bahasa Melayu) di mana fokus inovasi ini untuk membantu murid-murid dalam mengenali asas huruf, mengeja dan menulis. OBJEKTIF Di akhir kajian ini, murid-murid boleh menyelesaikan: i. Masalah mengenal huruf dan menulis huruf. ii. Masalah mengeja suku kata. iii. Masalah menyusun ayat mudah. KUMPULAN SASARAN Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat, Johor. Responden terdiri daripada 25 orang murid dari Prasekolah Ibnu Battuta yang telah dikesan gagal mengenal huruf, mengeja dengan betul dan tidak boleh menulis huruf dengan betul. Murid-murid yang terlibat ini terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Mereka adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Saya membahagikan murid-murid ini kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A adalah murid yang tidak mengenal huruf dan menulis huruf dengan betul. Kumpulan B ialah murid yang tidak boleh mengeja dengan betul. Manakala Kumpulan C ialah mereka yang memerlukan aktiviti pengayaan (aras tinggi). 103
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I LATAR BELAKANG Saya merupakan seorang guru prasekolah yang berpengalaman mengajar dalam opsyen prasekolah selama 7 tahun. Selama 4 tahun pertama saya mengajar secara normal, namun pada tahun 2020 negara kita Malaysia telah dikejutkan dengan wabak pendamik virus covid-19 yang begitu dahsyat sehingga menyebabkan negara kita terpaksa menjalani perintah kawalan pergerakan selama hampir berbulan-bulan lamanya. Segala sektor terjejas dengan teruk, baik dari segi ekonomi negara mahupun pendidikan di Malaysia. Dalam tempoh masa ini, murid prasekolah yang berusia 5 tahun pada tahun 2021 dan memasuki sesi persekolah tahun 2022 telah menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) selama 8 bulan. Ia merupakan 1 tempoh masa yang sangat lama untuk murid-murid tidak menjalani pembelajaran secara normal. Ramai dalam kalangan muridmurid yang terjejas pembelajaran mereka, tambahan pula dengan kekangan lain semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) seperti capaian internet tidak laju, kekurangan peranti untuk menghadiri kelas PDPR, kekangan ibu bapa dan penjaga yang berkerja serta kemampuan ibu bapa dan penjaga untuk mengajar anak mereka dengan pendekatan yang betul amat terbatas disebabkan faktor latar belakang pendidikan. Hal ini amat merunsingkan saya sebagai pendidik juga kepada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Ada dalam kalangan ibu bapa yang mengadu pada saya kerana terlalu bimbang dengan prestasi semasa anak-anak mereka terutamanya dalam asas mengenal huruf, mengeja dan menulis. Oleh itu, saya terpanggil untuk membantu murid- murid saya yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mengenal huruf, mengeja 104
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I dan menulis huruf dengan cara yang betul. Berbekalkan ilmu yang ada rujukan bahan bacaan berilmiah, saya cuba untuk membangunkan 1 bahan bantu mengajar yang boleh membantu murid-murid untuk mengenal huruf, mengeja dan menulis huruf dengan cara yang betul serta membuatkan mereka rasa seronok untuk belajar. Saya namakan bahan bantu mengajar ini dengan nama “SMART KIT”. Asas mengenal huruf dan menulis adalah sangat penting. Tanpa asas yang kukuh, maka sukar bagi murid-murid untuk belajar dalam era pendidikan yang menfokuskan pembelajaran abad ke 21 di mana kemahiran berfikir aras tinggi juga diterapkan dalam semua subjek. Mereka akan terus tercicir jika mereka tidak menguasai asas yang penting ini. Dengan bantuan bahan bantu mengajar ini, diharapkan murid boleh mengenal huruf, mengeja dan menulis huruf dengan betul, seterusnya mereka boleh belajar untuk membaca dengan cepat. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH BAHAN INOVASI i. Murid Kumpulan A boleh mengenal huruf dan menulis huruf dengan betul ii. Murid kumpulan B boleh mengeja dan mengingat perkataan yang di eja dengan betul. iii. Murid Kumpulan C boleh menyusun dan membuat ayat mudah berdasarkan perkataan yang diberikan. 105
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HURAIAN INOVASI BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI Manik Mounting board Laminating Film Twist Rod Velcro Paper Fasteners Kertas A4 Gam 106
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CARA INOVASI DIGUNAKAN Gambar di atas merupakan bahan inovasi yang dicipta yang diberi nama Smart Kit. Smart Kit ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian paling kiri dilekatkan dengan velcro untuk membuat aktiviti menampal seperti bermain kuiz, puzzle dan bermacam-macam lagi bergantung kepada perancangan guru untuk mengajar tajuk apa pada waktu itu. Bahagian tengah pula ada dawai berbulu yang berfungsi untuk dilekatkan huruf-huruf. Murid akan bermain huruf itu membentuk perkataan ataupun sebagai pengecaman bagi aktiviti mengenal huruf. Bahagain kanan pula adalah untuk aktiviti menulis, sama ada menulis huruf ataupun perkataan. Gambar menunjukkan contoh aktiviti bermain puzzle 107
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid akan mencantumkan gambar membentuk huruf dan ditampal pada velcro. Murid menyebut nama huruf dan mencari perkaitan huruf dengan gambar yang lain. Gambar yang berkaitan juga perlu ditampal pada velcro. Contoh aktiviti bermain puzzle yang telah siap Pada bahagian tengah pula, huruf akan diletakkan secara rawak untuk murid mencari huruf yang mereka telah pelajari pada bahagian sebelumnya. Murid menurunkan atau menaikkan kad huruf tertentu di dalam kotak berwarna jingga mengikut huruf yang betul pada gambar di velcro. Sambil mencari huruf tersebut murid boleh menyebut nama huruf yang dicari apabila diletakkan pada kotak berwarna jingga. 108
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Huruf diletakkan secara rawak Contoh pergerakkan kad huruf yang telah siap Pada bahagian kanan pula, murid menulis semula huruf yang telah mereka pelajari pada kedua-dua bahagian sebelumnya. Murid akan menulis menggunakan marker pen bersaiz kanak-kanak pada permukaan yang telah dilaminate. Permukaan ini boleh dipadam dengan mudah. Tidak meninggalkan kesan comot seperti di permukaan kertas malah dapat menjimatkan penggunaan kertas. © PPD Segamat 2023 Jilid I 109
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Contoh penulisan huruf yang telah dipelajari KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI BIL BAHAN KUANTITI HARGA 1 Mounting Board 1 RM 1.50 2 Velcro 1 RM 1.20 3 Laminating Film 6 RM 0.60 4 Manik 40 RM 0.50 5 Twist Rod 8 RM 0.40 6 Kertas A4 10 RM0.20 7 Paper fasteners 16 RM 1.00 8 Glue gun stick 2 RM 0.20 JUMLAH KESELURUHAN RM 5.60 110
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KUMPULAN A (MENGENAL HURUF DAN MENULIS HURUF DENGAN BETUL) Data ujian Pra menunjukan murid-murid yang berada dalam kumpulan ini tidak berjaya menjawab soalan dengan betul. Seramai 8 orang murid yang terlibat telah gagal kesemuanya iaitu hanya mengenal 5 huruf dan ke bawah. Setelah menggunakan alat atau inovasi Smart Kit ini selama seminggu, markah setiap murid meningkat dengan sekurang-kurangnya mengenal separuh huruf yang telah mereka pelajari. Aktiviti mengecam huruf ini berjaya membantu murid untuk mengingat huruf- huruf dengan baik. 111
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CONTOH UJIAN PRA DAN POS MURID KUMPULAN A UJIAN PRA MURID A UJIAN POS MURID A UJIAN PRA MURID B UJIAN POS MURID B 112
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I UJIAN PRA MURID C UJIAN POS MURID C 113
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CONTOH AKTIVITI MENGGUNAKAN INOVASI SMART KIT - KUMPULAN A 114
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 115
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KUMPULAN B (MENGEJA HURUF) Bagi kumpulan B pula, data menunjukan murid tidak boleh mengingat dan mengeja semula perkataan yang telah mereka pelajari. Rata-rata murid tidak berjaya menjawab dengan betul soalan yang diberikan. Namun selepas menggunakan inovasi Smart Kit ini, murid berjaya menjawab soalan dan mengingat semua perkataan yang telah mereka pelajari. Murid mampu mengeja dengan betul setiap perkataan tersebut. Aktiviti berbentuk permainan ini mampu meningkatkan daya ingatan murid berbanding dengan mereka mengeja dan melihat di papan putih sahaja. CONTOH UJIAN PRA DAN POS KUMPULAN B UJIAN PRA MURID A UJIAN POS MURID A 116
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I UJIAN PRA MURID B UJIAN POS MURID B UJIAN PRA MURID C UJIAN POS MURID C 117
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CONTOH AKTIVITI MENGGUNAKAN INOVASI SMART KIT - KUMPULAN B 118
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I 119
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KUMPULAN C (AKTIVITI PENGAYAAN) Bagi Kumpulan C pula, mereka terdiri daripada murid yang sudah boleh membaca. Murid-murid ini diberikan latihan pengayaan berbentuk permainan menyusun perkataan menjadi ayat mudah. Latihan ini akan memberikan murid peluang untuk membuat ayat berdasarkan perkataan yang diberikan. Ayat yang disusun adalah secara bebas menggunakan kreativiti mereka. Murid akan lebih terdedah dengan perkataan yang sesuai untuk digunakan semasa membuat ayat. Di bawah menunjukan hasil murid sebelum menggunakan Smart Kit dan selepas menggunakan Smart Kit. Sebelum menggunakan Smart kit, murid dilihat seperti kekurangan idea untuk menulis sesuatu cerita atau ayat mudah. Namun selepas menggunakan bahan inovasi Smart Kit ini, murid kelihatan lebih mahir dan yakin untuk menulis sesuatu cerita ataupun membina ayat mudah. 120
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CONTOH HASIL KERJA SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN BAHAN INOVASI SMART KIT - KUMPULAN C HASIL KERJA MURID A – SEBELUM HASIL KERJA MURID A -SELEPAS HASIL KERJA MURID B – SEBELUM HASIL KERJA MURID B - SELEPAS 121
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I HASIL KERJA MURID C – SEBELUM HASIL KERJA MURID C – SELEPAS 122
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CONTOH AKTIVITI MENGGUNAKAN INOVASI SMART KIT - KUMPULAN C 123
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat POTENSI UNTUK DI SEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Perkongsian ilmu bersama Pn. Hjh Ruzana Binti Mohd Sam (Pegawai SISC+ TVET SEGAMAT) Penggunaan SMART KIT oleh Cikgu Jamaah Binti bu Bakar (Guru Prasekolah Ibnu Sina SK Buloh Kasap, Segamat) © PPD Segamat 2023 Jilid I 124
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Penggunaan SMART KIT oleh Cikgu Siti Raihana Binti Zainal (Guru Prasekolah Ibnu Khaldun SK Melayu Raya, Segamat) 125
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN Penggunaan bahan inovasi Smart Kit ini tidak terbatas kepada matapelajaran Bahasa Melayu. Ia juga boleh digunakan dalam semua subjek mengikut kreativiti guru. Saya cuba memanfaatkan penggunaannya ke tahap maksimum supaya bahan inovasi yang dibina ini tidak terbatas kepada sesuatu perkara. Di bawah ialah contoh penggunaan bahan inovasi ini dalam tunjang lain. 126
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA (PIRAMID MAKANAN) TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI (MENGENAL NOMBOR DALAM BAHASA INGGERIS) 127
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I TUNJANG BAHASA INGGERIS 128
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I BENANG MENANG SINOPSIS INOVASI PDP Inovasi ini direka bentuk menggunakan benang dan kadbod sahaja bagi membolehkan murid-murid dalam kategori lemah menguasai penolakan dan penambahan yang melibatkan operasi tolak tanpa mengumpul semula, operasi tolak dengan mengumpul semula, operasi tambah tanpa mengumpul semula dan operasi tambah dengan mengumpul semula. Inovasi ini bertujuan membantu murid lemah yang tidak boleh mengingat nombor selepas mereka membuat aktiviti penolakan dan penambahan menggunakan jari atau bahan lain. Walaupun inovasi ini dibina khusus untuk murid tahun 2 yang lemah namun ia boleh juga digunakan untuk murid-murid tahun 1 hingga 6 yang masih mengalami masalah pengiraan. Cikgu Marlin A/P Thewanisham @ Moses SJKT Bandar Segamat Ketua Panitia Bahasa Tamil 129
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I OBJEKTIF INOVASI 1. Memastikan murid dalam kategori lemah dapat menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 1000 dengan mudah. 2. Memastikan murid dalam kategori lemah dapat menyelesaikan operasi tambah tanpa mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 1000 dengan betul. 3. Memastikan murid dalam kategori lemah dapat menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 1000 dengan tepat. 4. Memastikan murid dalam kategori lemah dapat menyelesaikan operasi tolak tanpa mengumpul semula dua nombor dalam lingkungan 1000 dengan betul. KUMPULAN SASARAN Murid tahun 2 kategori lemah tetapi boleh juga digunakan untuk murid-murid tahun 1 hingga 6 kategori lemah. LATAR BELAKANG Terdapat dua masalah yang dapat dikesan dalam isu yang melibatkan operasi tambah dan tolak iaitu masalah koordinasi dan mengingat semula. Murid lemah mempunyai masalah koordinasi dalam pengiraan menggunakan jari. Kesilapan mengira menyebabkan murid salah menulis jawapan bagi operasi tambah dan tolak. Murid juga mempunyai masalah mengingat semula nombor selepas membuat operasi tambah dan tolak. 130
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat Selain itu, murid juga mempunyai masalah dalam menulis nombor pada nilai tempat yang betul. Keadaan ini dapat dikesan semasa aktiviti pdp dijalankan dalam kelas. Justeru, saya telah berusaha mencari jalan penyelesaian sehingga terciptanya inovasi ini agar murid dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak dengan mudah. ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Murid tahun 2 yang berada dalam kategori lemah telah berupaya membuat operasi tambah dan tolak selepas bahan inovasi ini direka. Murid dapat membuat operasi tolak tanpa membuat penggiraan menggunakan jari atau bahan lain. Murid juga dapat mengetahui cara menulis nilai tempat suatu nombor dengan tepat. Murid juga dapat menyebut nombor dengan tepat. Pemahaman murid dalam operasi tambah dan tolak dapat ditingkatkan dengan senang. Selain itu, guru-guru lain dapat menjalankan aktiviti pengajaran mereka untuk murid lemah dengan lebih mudah. © PPD Segamat 2023 Jilid I 131
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I A D B C E HURAIAN INOVASI A Tempat laminate Tempat untuk menulis soalan dan jawapan B Nilai tempat Tempat untuk menngetahui nilai tempat C Glu tag Tempat untuk melekatkan benang D Tempat laminate Tempat untuk menulis angka semasa penambahan kumpul semula E Benang sulaman Benang untuk mewakili nombor. Benang berwarna -warni untuk membezakan nilai tempat 132
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I CARA INOVASI DIGUNAKAN ⚫ Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi hanya kadbod hitam dan benang sulaman. ⚫ Pada mulanya murid diberi pendedahan mengenai nilai tempat. ⚫ Murid juga diberi beberapa latihan untuk menyusun benang dengan nilai tempat yang tepat. ⚫ Seterusnya, murid diberi pendedahan cara membuat operasi tolak dengan tepat hanya menggunakan benang sulaman. ⚫ Murid hanya perlu membuat penyusunan benang mengikut nilai tempat yang betul. ⚫ Penyusunan ini dilakukan berdasarkan ayat matematik yang diberi oleh guru. ⚫ Bahan buangan seperti kotak digunakan sebagai alat untuk mengukuhkan kadbod. Cara penggunaan bahan inovasi ( Contoh 1 ) – Penolakan tanpa kumpul semula 133
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Nombor pada nilai tempat puluh dan ratus diletakkan dengan benang Satu – 5 Puluh – 3 Ratus - 4 Nombor 5 pada nilai tempat satu seperti dalam soalan Benang yang diletakkan mengikut nilai tempat akan dikeluarkan untuk operasi tolak 435-22 134
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Jawapan yang dapat selepas mengeluarkan benang untuk operasi tolak 435 – 22 = 413 Nombor pada nilai tempat satu, puluh dan ratus diletakkan dengan benang Satu – 3 Puluh – 4 Ratus - 5 Cara penggunaan bahan inovasi ( Contoh 2 ) – Penolakan dengan kumpul semula Soalan : 543 – 127 = 135
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Bagi penolakan murid akan ambil satu benang biru dari nilai tempat sepuluh dan meletakkan di nilai tempat satu. Seterusnya murid akan letak 9 helai benang yang berwarna merah menjadikan jumlah 13. Selepas benang biru dialihkan ke nilai tempat satu, maka murid akan tulis langkah tersebut di soalan 136
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Murid akan mengeluarkan 7 benang merah seperti soalan dan seterusnya. Benang yang ada merupakan jawapan yang ditulis oleh murid di bahagian soalan. 543 – 127 = 416 137
Himpunan Inovasi PdP (SR) Daerah Segamat © PPD Segamat 2023 Jilid I Benang diletakkan pada nilai tempat dengan kehendak soalan. Sa- 4 benang merah Puluh – 4 benang biru Ratus – 7 benang hitam Penambahan benang diletakkan pada nilai tempat mengikut angka di soalan Satu – tambah 3 benang merah Puluh – tambah 1 benang biru Ratus – tambah 2 benang warna hitam 744 – 213 = 957 Cara penggunaan bahan inovasi ( Contoh 3 ) – Penambahan tanpa kumpul semula 138