The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54165439, 2020-04-06 00:06:29

Perniagaan Tingkatan 4 BUKU TEKS

Perniagaan Tingkatan 4 BUKU TEKS

2.0  VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Kertas Kerja Projek Perniagaan Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan,
Rimbun Sejadi Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif
organisasi perniagaan.

2.1 VISI
Menjadi pembekal perkhidmatan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-
barang pertanian yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur.

2.2 MISI
• Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan

berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan
• Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan
• Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat

2.3 OBJEKTIF
• Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan
• Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan
• Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat dan efektif

Penilaian
Visi dan misi yang dinyatakan oleh RSE ringkas dan padat. Tempoh masa
untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum.

Visi, misi dan objektif yang dibentuk oleh RSE masih perlu diperkemas
dan ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART. Ciri SMART sangat penting
dalam penetapan visi, misi dan objektif. Hal ini bagi memastikan setiap
perkara mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak
dengan lebih proaktif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hal ini
juga akan memudahkan anggota di setiap peringkat untuk memahami dan
mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi.

2

238 KERTAS KERJA PROJEK

3.0  MATLAMAT DAN STRATEGI Kertas Kerja Projek Perniagaan
ORGANISASI

Matlamat Rimbun Sejadi Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi
menjadi pembekal produk pertanian yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor
dalam jangka masa lima tahun.
Antara strategi Rimbun Sejadi Enterprise adalah seperti yang berikut:
• menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk pertanian dan pihak

pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan
• menjadi pengedar produk pertanian kepada syarikat-syarikat yang besar
• memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan

barang pertanian adalah cepat, efektif dan efisien
• mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di sekitar

Kuala Lumpur dan Selangor

Penilaian
Matlamat dan strategi RSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian
tempoh masa panjang. RSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas
dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

Matlamat dan strategi yang dibentuk oleh RSE mudah difahami dan diikuti
oleh setiap peringkat dalam organisasi. Selain itu, matlamat dan strategi yang
dirangka dan ditetapkan oleh RSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan
dalam mencapai visi, misi dan objektif organisasi.

Strategi yang mudah difahami, tepat dan proaktif akan menjadikan operasi
organisasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Hal ini seterusnya akan
mengukuhkan organisasi untuk terus berdaya saing dalam pasaran.

3

KERTAS KERJA PROJEK 239

4.0  PROFIL PERNIAGAAN

Nama : Rimbun Sejadi Enterprise
Bentuk Milikan : Milikan Tunggal
Alamat Perniagaan : Lot PF3, Tingkat 1, Pasar raya THE STORE
Nombor Telefon
Nama Pemilik 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Aktiviti Perniagaan : 017-1234567
: Mohd Yusof bin Hosaini
Panel Bank : Peralatan yang berkaitan dengan aktiviti
Penilaian
dalam sektor pertanian dan ternakan, baja
dan racun, tanaman dan baka ternakan,
makanan dan ubat-ubatan untuk ternakan,
membekal mesin dan peralatan kejuruteraan,
mesin dan kelengkapan bengkel, mesin
dan kelengkapan khusus, membekal alat
kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot
dan kelengkapan, mesin, perkakas elektrik,
peralatan pencuci dan pembersihan.
: MAYBANK BERHAD

Kertas Kerja Projek Perniagaan Profil perniagaan yang diberi oleh RSE adalah ringkas. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam profil perniagaan
seperti memasukkan perkara yang berikut:
• Nombor pendaftaran syarikat
• Tempoh perakaunan
• Tempoh rekod
• Modal perniagaan
• Jumlah pekerja
• Status perniagaan
• Nombor faks
• Nombor akuan perniagaan

4

240 KERTAS KERJA PROJEK

5.0  CARTA ORGANISASI

Rimbun Sejadi Enterprise

Pengarah
Urusan

Pengurus Kewangan dan Pengurus Pentadbiran dan
Belian Khidmat Pelanggan

Kerani Kerani

Penilaian Kertas Kerja Projek Perniagaan
Struktur carta organisasi RSE adalah ringkas. Struktur pembahagian tugas
pekerjanya dibentuk secara umum dengan menggabungkan dua jenis tugasan
di bawah satu bahagian fungsian. Satu fungsian terdapat dua tugasan, iaitu
pengurusan kewangan dengan belian dan pengurusan pentadbiran dengan
khidmat pelanggan.

5
KERTAS KERJA PROJEK 241

5.1  Latar Belakang Maklumat
1 Latar belakang pemilik: Mohd Yusof bin Hosaini
51 tahun
Perkara Lelaki
Nama 1. Kursus landskap
Umur 2. Kursus pengurusan perniagaan
Jantina Pengarah urusan
Kelayakan
Maklumat
Jawatan yang disandang Aizat Affan bin Mohd Yusof
24 tahun
2 Latar belakang staf: Lelaki
(a) Staf 1: 1. Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan
2. Kursus keusahawanan dan kerjaya
Perkara Pengurus pentadbiran dan khidmat pelanggan
Nama
Umur
Jantina
Kelayakan

Jawatan yang disandang

Kertas Kerja Projek Perniagaan 6

242 KERTAS KERJA PROJEK

(b) Staf 2: Maklumat
Amira Afiqah binti Mohd Yusof
Perkara 23 tahun
Nama Perempuan
Umur 1. Ijazah sarjana muda kewangan
Jantina 2. Kursus keusahawanan
Kelayakan Pengurus kewangan dan belian

Jawatan yang disandang

Penilaian

Bilangan staf RSE yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan,
belian, pengurusan pelanggan dan pentadbiran perlu diperkemas dan disusun
semula. Hal ini berdasarkan tahap perniagaan RSE yang merangkumi projek
berskala kecil dan sederhana.

Selain itu, beberapa aspek juga perlu dinyatakan secara terperinci.
Antaranya menambahkan beberapa perkara seperti berikut:
• pengalaman staf
• kemahiran staf
• tugasan bagi jawatan yang disandang

7 Kertas Kerja Projek Perniagaan
KERTAS KERJA PROJEK 243

Kertas Kerja Projek Perniagaan 6.0  BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI

Rimbun Sejadi Enterprise

Pengarah Urusan, iaitu Mohd Yusof bin Hosaini, bertanggungjawab dalam
memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-
masing demi mencapai objektif dan matlamat Rimbun Sejadi Enterprise.
6.1  Bahagian Fungsian Kewangan
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Rimbun Sejadi Enterprise adalah secara
kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam
bahagian yang sama. Rimbun Sejadi Enterprise hanya mempunyai dua orang
pengurus, iaitu Amira Afiqah binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab
dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Aizat Affan bin Mohd Yusof
bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan.
Selaku pengurus bahagian kewangan, Amira Afiqah akan menjalankan
tugas-tugas seperti yang berikut:
• menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima
• merekodkan wang yang diterima
• memeriksa dan membayar invois yang diterima
• menyediakan pembayaran gaji staf
• meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
• menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan
6.2  Bahagian Fungsian Belian
Amira Afiqah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan
tugas-tugas seperti berikut:
• menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar
• menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
• menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti,

terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain
• mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau

perubahan yang dilakukan
• meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau

kebaikan yang lain
• merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu

contohnya, masalah kualiti dan kuantiti
• mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar

8

244 KERTAS KERJA PROJEK

6.3  Bahagian Fungsian Pentadbiran Kertas Kerja Projek Perniagaan
Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Aizat Affan bin Mohd Yusof
bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
• mengagihkan dan menghantarkan e-mel
• mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik
• menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
• menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
• menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint
• mengkaji dan mencari maklumat
• menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel
6.4  Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Aizat Affan bin Mohd Yusof
sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan
tugas-tugas seperti berikut:
• menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis
• menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan
• menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang

yang rosak, menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian
• mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan

berdasarkan prosedur
• menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
• menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf

perkhidmatan pelanggan

Penilaian
Fungsian organisasi RSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan
berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan
setiap fungsian.

Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu mengikut
susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam carta organisasi.
Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memahami
setiap fungsian dengan mudah.

9

KERTAS KERJA PROJEK 245

Kertas Kerja Projek Perniagaan RUMUSAN

Rimbun Sejadi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi
tumpuan dalam ugasan untuk membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan
barang-barang pertanian terutamanya pokok-pokok bunga hiasan. Rimbun
Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk penebangan
pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar Kuala Lumpur.
Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah
hampir empat tahun beroperasi.
Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi
pembekalan dan penyediaan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok-
pokok di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek-projek
pembangunan. Selain itu, permintaan terhadap pokok-pokok hiasan untuk projek
landskap juga bertambah terutamanya daripada pelanggan atau kontraktor di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengarah Urusan Rimbun Sejadi Enterprise
telah mula menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam
masa yang sama akan menambahkan lagi bilangan staf supaya melancarkan
urusan perniagaan.

Cadangan
RSE perlu menetapkan visi dan misi yang lebih realistik. Tempoh masa untuk
perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan dengan jelas dalam misi dan objektif.

RSE perlu menambahkan bilangan staf kerana dua orang staf sahaja yang
mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, khidmat pelanggan
dan pentadbiran tidak mencukupi. RSE juga perlu mengambil staf bagi
mengurus bahagian pemasaran kerana bahagian pemasaran ini amat penting
bagi memperkenalkan RSE kepada orang ramai.

Pemasaran yang berkesan akan mempercepatkan pencapaian visi, misi dan
objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini diharapkan RSE dapat meluaskan
pasaran/lokasi perniagaannya ke negeri-negeri lain. RSE perlu membahagikan
fungsian secara lebih jelas dengan menambahkan dua fungsian kepada
empat fungsian, iaitu kewangan, belian, pentadbiran dan khidmat pelanggan.

10

246 KERTAS KERJA PROJEK

SENARAI RUJUKAN Kertas Kerja Projek Perniagaan

Aini Hayati Mohamed, et al. 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan.
Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mokhtar Pet, 2015. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan
Penggal I Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Profil perniagaan, 2016. Selangor: Rimbun Sejadi Enterprise.

11
KERTAS KERJA PROJEK 247

LAMPIRAN

Lampiran 1
Contoh Jadual Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan:

BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER

KEMAHIRAN Minggu Minggu Minggu
(Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober)
Perancangan Awal
Taklimat Guru 1234 1234 1234

Kertas Kerja Projek Perniagaan Proses tugasan
Pengenalan
Visi, Misi dan Objektif
Matlamat dan
Strategi Organisasi
Profil Perniagaan
Carta Organisasi
Fungsian Organisasi
Rumusan
Cadangan

12

248 KERTAS KERJA PROJEK

BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER

KEMAHIRAN Minggu Minggu Minggu
(Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober)

1234 1234 1234

Menganalisis
Membuat penilaian

Penggunaan TMK
Penggunaan Komputer
Komunikasi
Nilai Murni

Pengurusan dan Kertas Kerja Projek Perniagaan
Penilaian (Guru)

Pengumpulan dan

Semakan

Penilaian dan

Pentaksiran

Catatan

Tandatangan Guru

13
KERTAS KERJA PROJEK 249

Lampiran 2
LOGO RIMBUN SEJADI ENTERPRISE (RSE)

Kertas Kerja Projek Perniagaan Bentuk
Bonsai – Melambangkan kreativiti dan inovasi yang dimiliki syarikat dalam

mereka bentuk landskap terbaik dan menarik
Warna

– Daun dan Hijau – M elambangkan perlindungan alam semula jadi
seiring dengan keindahan yang ingin dicipta

– Bunga dan Merah – Melambangkan penjagaan keindahan alam
sekitar melalui kepelbagaian jenis
bunga-bungaan dalam mereka bentuk
landskap

– Air dan Biru – M elambangkan penjagaan dalam aspek kebersihan
dan perlindungan alam sekitar daripada aktiviti
yang mencemarkan sumber air

14

250 KERTAS KERJA PROJEK

Lampiran 3
Gambar peralatan yang diperlukan untuk penebangan pokok:

1.  Mesin pemotong pokok 2.  Mesin pengemas bentuk

3.  Mesin pemotong rumput 4.  Jentera pemotong pokok

5.  Jentera pengangkut 6.  Jentera penyedut dan pengangkut

15 Kertas Kerja Projek Perniagaan
KERTAS KERJA PROJEK 251

Lampiran 4
Contoh kerja pengubahsuaian landskap RSE:

1.  Pokok-pokok untuk kerja pengubahsuaian

2.  Mengubah suai landskap pusat penginapan dan taman rekreasi

3.  Mengubah suai landskap jalan raya dan bandar

Kertas Kerja Projek Perniagaan 16

252 KERTAS KERJA PROJEK

GLOSARI

A Dasar kewangan
Kerajaan menggunakan elemen kewangan sebagai alat
Aktiviti perniagaan untuk mengawal perkembangan ekonomi termasuk
Sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan cukai dan penetapan kadar faedah.
untuk mencapai matlamat keuntungan.
Daya saing
Ancaman Kemampuan sesebuah organisasi perniagaan berusaha
Trend yang menyebabkan objektif sukar dicapai. mengekalkan operasi perniagaan dalam industri.

Antarabangsa Dividen
Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia Kadar keuntungan perniagaan syarikat diagihkan
yang luar daripada sempadan sesebuah negara. kepada pemegang saham.

B E.

Bahan mentah Entiti
Sesuatu yang digunakan oleh tenaga manusia atau Sesuatu yang diwujudkan atas tujuan tertentu.
industri sebagai bahan asas untuk menghasilkan atau
pengeluaran produk. Entiti perniagaan
Jenis milikan perniagaan menurut undang-undang
Bajet tunai sesebuah perniagaan.
Satu alat perancangan kewangan jangka pendek yang
disediakan dengan mengambil kira kemampuan dan F
keperluan syarikat.
Faedah
Boleh dicapai Pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk
Sasaran boleh dicapai jika pekerja menggembleng kewangan dan bukan kewangan berdasarkan
tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara
pekerja dan majikan.
C
Faktor pengeluaran
Campuran pemasaran Input yang digunakan dalam proses perniagaan.
Gabungan strategi pemasaran, iaitu harga,
pengedaran, produk dan promosi yang boleh dikawal Fasa
dan dapat membantu organisasi untuk mendapatkan Tahap atau peringkat perkembangan sesuatu keadaan
maklum balas daripada sasaran pasaran. perniagaan atau ekonomi.

Cukai G
Sumber hasil kerajaan.
Ganjaran
Cukai eksais Pemberian majikan dalam bentuk kewangan dan
Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang bukan kewangan kepada sebilangan kecil pekerja
tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilangkan yang telah menunjukkan prestasi yang baik
dalam Malaysia. kepada organisasi.

D Guna tenaga
Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan
Dasar fiskal mental dalam sesuatu pekerjaan.
Tindakan kerajaan membuat perbelanjaan dan
melaksanakan cukai untuk merangsang
aktiviti-aktiviti perniagaan.

Glosari 253

Guna tenaga penuh Keperluan
Tiada wujud sebarang pengangguran terhadap Barang dan perkhidmatan yang membolehkan
sumber negara. manusia untuk terus hidup pada tahap keselesaan
yang minimum.
H
Kesatuan sekerja
Harga Pertubuhan yang menggabungkan semua pekerja
Sejumlah wang atau bayaran yang merupakan nilai dalam satu jenis industri, kumpulan pekerja dalam
sebagai pertukaran untuk mendapatkan barang bidang yang sama.
dan perkhidmatan.
Keuntungan
I Lebihan hasil daripada kos.

Inflasi Koperasi
Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan Suatu entiti perniagaan yang harus mempunyai
secara berterusan. sekurang-kurangnya 50 orang ahli untuk
membolehkan ia didaftarkan bermotifkan
Input keuntungan, motif utama koperasi adalah untuk
Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya.
menghasilkan keluaran.
Kualiti
Intranet Penghasilan produk secara konsisten supaya dapat
Jaringan hubungan dalaman di mana maklumat memenuhi dan melebihi jangkauan pelanggan
hanya boleh diakses oleh pengguna yang terhadap barang dan perkhidmatan.
dibenarkan sahaja.
Kuantitatif
J Kaedah pengukuran yang menggunakan data
bernombor yang boleh diukur secara objektif
Jangka masa dan tepat.
Satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu
penentuan objektif. L

Jangka masa panjang Latihan
Tempoh masa melebihi lima tahun. Usaha pengurus sumber manusia untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja
Jangka masa pendek serta membina sikap positif terhadap kerja selaras
Tempoh waktu tidak melebihi lima tahun. dengan perkembangan semasa dalam bidang
pekerjaan tertentu.
Jualan
Urus niaga yang berlaku antara penjual Latihan sambil bekerja
dengan pembeli barang dan perkhidmatan di Latihan yang dilakukan oleh pekerja di tempat
lokasi tertentu. kerja bagi tujuan mempelajari selok-belok tugasan
tempat kerja.
K
Liabiliti
Kehendak Liabiliti ialah pinjaman yang dilakukan oleh
Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan firma untuk membiayai sebahagian daripada
supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih aset perniagaannya.
selesa dan mewah.
Logistik
Kekuatan Merancang dan mengawal pergerakan barangan.
Kelebihan organisasi dalam aspek dalaman organisasi.
M
Kelemahan
Kekurangan organisasi dalam aspek Memaksimumkan keuntungan
dalaman organisasi. Mendapat keuntungan yang tertinggi daripada
penggunaan sumber perniagaan dengan cekap, iaitu
hasil yang tertinggi dan kos yang terendah.

254 Glosari

Milikan tunggal promosi dan pengedaran produk serta penetapan
Sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang harga bagi memenuhi keperluan dan kehendak
individu sahaja. pengguna serta mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh organisasi.
Misi Pengagihan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan Proses penghantaran produk ke tempat yang betul,
sesebuah organisasi yang dapat melihat manfaat pada masa yang tepat dan keadaan yang baik.
pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan. Pengeluaran
Suatu fungsi perniagaan yang mengubah input
Modal untuk menghasilkan produk sama ada barang
Wang atau aset yang dilaburkan dalam perniagaan. dan perkhidmatan melalui aktiviti
penambahan nilai.
Modal ekuiti Penyata pendapatan
Sumbangan kewangan yang diperoleh daripada pemilik. Menunjukkan sumber pendapatan, perbelanjaan,
dan keuntungan yang dicapai oleh perniagaan
Motivasi sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan.
Sesuatu yang mendorong seseorang berusaha dengan Penyelidikan dan pembangunan
bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan tertentu. Aktiviti melibatkan penyelidikan produk baharu
dan membangunkan hasil penyelidikan menjadi
N produk serta menambah baik produk sedia ada.
Perancangan kewangan
Nilai Penyediaan bajet tunai dan penentuan keuntungan
Harga barang yang ditetapkan oleh penjual melalui ramalan penyata pendapatan yang bertujuan
terhadap pembeli. memberi garis panduan kepada firma untuk mengarah,
menyelaras dan mengawal tindakan syarikat.
O Perkongsian
Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama
Objektif dua atau lebih individu bagi tujuan
Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian mendapatkan keuntungan.
tujuan organisasi dalam jangka pendek. Persaingan
Aktiviti antara firma yang bersaing untuk
Organisasi memaksimumkan keuntungan melalui
Gabungan manusia atau sekumpulan manusia yang pelbagai strategi.
melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat Pesaing
yang ditetapkan dalam perancangan. Perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan
untuk keperluan pelanggan yang sama dalam sebuah
P industri yang sama.
Produk
Pasaran Barangan yang dihasilkan oleh seseorang pengeluar
Tempat pertemuan antara pengeluar dengan atau organisasi pengeluar bagi tujuan memenuhi
pengguna yang terlibat dalam proses pertukaran. permintaan dalam pasaran.
Promosi
Pekerja Aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk
Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran yang boleh mempengaruhi pengguna bagi tujuan
dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja membuat keputusan pembelian.
dalam perniagaan. Proses perniagaan
Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan
Pelanggan dalam usaha memaksimumkan keuntungannya.
Pihak yang akan membeli barang atau perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh perniagaan.

Peluang
Trend persekitaran yang mendorong kepada
pencapaian objektif.

Pemasaran
Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses
penyelidikan dan analisis terhadap gelagat
pengguna, persekitaran pemasaran, saluran

Glosari 255

R U

Rancang Undang-undang
Rancangan untuk penambahbaikan operasi dengan Peraturan termaktub yang ditentukan oleh
mencari perkara yang tidak dapat diselesaikan, iaitu masyarakat, negeri dan negara untuk mengawal
mengenal pasti masalah dan menjana idea-idea kelakuan anggota sendiri.
untuk menyelesaikan masalah.
Untung
Risiko Pulangan yang diterima daripada aktiviti
Beberapa kemungkinan buruk yang akan dihadapi perniagaan.
seseorang seperti kerugian, kemalangan, kelemahan,
kebakaran, dan kerosakan. Risiko menyebabkan Untung bersih
sesuatu keadaan yang tidak boleh diramalkan ekoran Untung atau lebihan yang diperoleh setelah
daripada kombinasi bahaya dan ketidakpastian menolak semua kos perniagaan daripada semua
tentang kerugian. hasil perniagaan.

S Untung kasar
Untung yang diperoleh selepas kos jualan ditolak
Sasaran pasaran daripada hasil jualan.
Pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang
disasarkan/difokuskan/dihalakan untuk V
membeli produk.
Visi
Server Harapan atau perancangan yang ditentukan oleh
Sistem komputer yang membenarkan akses kepada perniagaan pada masa akan datang.
fail dan program yang disimpan sebagai sumber
yang dikongsi dalam sesebuah jaringan komputer. W

Sosiobudaya Wawasan
Kepercayaan agama, budaya, adat resam, dan cita rasa Hala tuju sesebuah organisasi yang ditetapkan dalam
penduduk sesebuah negara. bentuk matlamat atau objektif.

Spesifik Y
Pernyataan objektif hendaklah jelas apabila
bertindak sesuatu. Yayasan
Pertubuhan yang diwujudkan bukan bermotifkan
Syer pasaran untung tetapi sebagai salah satu organisasi
Jumlah pengguna yang membeli barang dan yang berperanan menguruskan dana bagi
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan tujuan tertentu.
dalam satu pasaran.
Z
T
Zon
Tahap perniagaan Kawasan yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.
Perkembangan sesebuah perniagaan melibatkan
peringkat proses pengeluaran, industri dan pasaran.

Teknologi
Suatu kaedah menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut perkembangan semasa
persekitaran perniagaan.

Titik pulang modal
Satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan
untuk merancang dan mengetahui hasil yang
diperoleh bersamaan dengan jumlah kos
yang ditanggung.

Trend
Aliran perkembangan sesuatu kejadian.

256 Glosari

SENARAI RUJUKAN

Ab Wahab Mat, Azahari Ramli, Shahrol Aman Ahmad & Abu Mansor Ahmad, 2007. Pengurusan. 257
Shah Alam, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Adibanurain, 2016, Februari 5. Suruhanjaya Perbadanan Awam. Dalam laman sesawang
SlideShare: http://www.slideshare.net/adibanurain/suruhanjaya-perbadanan-awam.

Adrian Palmer, B. H., 2002. The Business Environment (ed. 4th). United States: McGraw Hill
Publication.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 2015, Disember 22. Perkhidmatan Kami.
Dalam laman sesawang Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit: http://www.akpk.org.
my/my

Agrobank, 2016, Januari 1. Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i). Dalam laman sesawang
Business: http://www.agrobank.com.my/product/modal-usahawan-1malaysia-mus1m-i/

Aini Hayati Mohamed, et al, 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

Astro AWANI, 2016, Mac 12. Program Malaysia inklusif negara digital (MINDA). Dalam laman
sesawang Analisis AWANI: http://www.astroawani.com/video-malaysia/analisis-awani-
program-malaysia-inklusif-negara-digital-minda-108340

Bank Islam, 2016, Februari 6. Pembiayaan PKS Al-Ansar. Dalam laman sesawang http://www.
bankislam.com.my/home/ms/perbankan-perniagaan/program-pembiyaan/pembiayaan-
pks-al-ansar/

Bank Negara Malaysia, 2016, Januari 2. Dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/index.php?&lang=bm

Berita Harian, 2016, Februari 28. ‘MyDerm’ cipta sejarah penghasilan sel tisu. Dalam laman
sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/128000

Berita Harian, 2016, Februari 28. SBIDP lonjak Malaysia jadi hab pemprosesan biomas. Dalam
laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/127917

BERNAMA, 2016, Januari 5. Jalin inovasi pihak akademik, industri. Dalam laman sesawang
myMetro: http://www.hmetro.com.my/node/10326?m=1

BERNAMA, 2016, Mac 13. MDeC Lancar Kempen #YOUCANDUIT. Dalam laman
sesawang BERNAMA.com: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.
php?id=1224474

Bloomberg, 2016, Mac 10. Company overview of RAM Holdings Berhad. Dalam laman sesawang
Bloomberg Business: http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.
asp?privcapId=45976668

Carol Carysfoth, M. N., 2010. Business Book 1, Level 2. Essex: Pearson Education Limited.
Dewamor Signature, 2016, Mac 10. Dalam laman sesawang Dewamor Signature:

https://dewamor.com.my/
Daft, R. L., 2003, Management. Edisi ke-6. Ohio: Thomson South-Western West.
Fify_fathia, 2016, Januari 4. Dalam laman sesawang Jenis Pakaian Kaum di Malaysia:

http://fifyfathia.blogspot.my/
Group, NBC, 2016, Januari 12. Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal

dan Perkongsian. Dalam laman sesawang 1Syarikat: http://www.1syarikat.com.my/
Group, Z, 2016, Januari 5. Teknologi dan Kerjaya. Dalam laman sesawang Zenith Tech:

http://zenithtech.blogspot.hk/
Haim Hilman Abdullah, 2011. Pengurusan Strategik Konsep dan Kes. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia.
Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997, Pengurusan, Penterjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod,

Siti Nadzrah Sheikh Omar. New York: McGraw-Hill Education.

Senarai Rujukan

Heng Seai Kie, C. C., 2002. Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4. Melaka: Pustaka Seri Kancil.
Ilyasak, 2016, Januari 5. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC). Dalam laman

sesawang Usahawan: http://usahawan-jaya.blogspot.my/2008/06/pusat-pembangunan-
usahawan-mmalaysia.html
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Jabatan Kastam
Diraja Malaysia: http://www.customs.gov.my/ms
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Cukai Barang dan
Perkhidmatan Malaysia (CBP) Jabatan kastam Diraja Malaysia: http://gst.customs.gov.my/
ms/Pages/default.aspx
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 2016, Disember 19. Panduan Pengurusan Pertubuhan.
Dalam laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia: http://www.ros.gov.my/
index.php/my/perkhidmatan
Jabatan Penerangan Malaysia, 2015, Disember 28. Klinik 1Malaysia. Dalam laman sesawang
1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html
Jabatan Penerangan Malaysia, 2016, Februari 6. Dana-dana Belia. Dalam laman sesawang 1Klik:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/10200-dana-dana-belia.html
Jewell, B. R., 1990. And Intergrated Approach to Business Studies. London: Pittman Publishing.
John Bevan, H. C., 2010. Business Book 1, Level 3. Essex: Pearson Education Limited.
Kementerian Kewangan Malaysia, 2016, Mac 5. Medium Aduan Pengguna Malaysia. Dalam
laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia/Galeri Akhbar: http://www.treasury.gov.
my/pdf/akhbar/2015/24jun_kosmo.pdf
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 20. MINDA MERAKYATKAN
ERA DIGITAL . Dalam laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA): http://www.jasa.
gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/23-isu-terkini.html
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016, Februari 21. Maklumat Korporat. Dalam laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/my/visi-misi
KementerianPerdaganganDalamNegeri,KoperasidanKepenggunaanMalaysia,2016,Februari20.
Mengenai MPB. Dalam laman sesawang 1Malaysia Pengguna Bijak: http://www.1pengguna.
com/1pengguna/index.php?r=portal/full&id=eEEzYzNXb252Rk5HQTdZRGxEd2hHZz09
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Disember
25. Pendaftaran Perniagaan Francais di Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
Laman Utama. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
Maklumat Barang. Dalam laman sesawang MyKira GST: http://mykiragst.kpdnkk.gov.my/
gstcalculator/#
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
PERASMIAN PUSAT INFORMASI DAN GERAKAN OPERASI STRATEGIK (PIGOS).
Dalam laman sesawang Kenyataan Media: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/
KPDNKK/PDF/Teks_Ucapan_2015/PERASMIAN_PUSAT_INFORMASI_DAN_
GERAKAN_OPERASI_STRATEGIK_PIGOS_-_2.03.2016.doc.pdf
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2015, November 29. 19 NOVEMBER 2015:
MOSTI SEDIA PLATFORM BAGI MELONJAKKAN AKTIVITI PENGKOMERSIALAN
PADA TAHUN 2016. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.my/
highlights-ms/19-november-2015-mosti-sedia-platform-bagi-melonjakkan-aktiviti-
pengkomersialan-pada-tahun-2016/
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2016, Januari 16. MOSTI SOCIAL
INNOVATION (MSI) DI PERKENAL. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.
my/berita/16-april-2015-mosti-social-innovation-msi-di-perkenal/
Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 2016, Januari 15. Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja.

258 Senarai Rujukan

Dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia: http://myhos.mohr.gov.my/
Kerajaan Malaysia, 2016, Februari 17. Perniagaan: Memulakan Perniagaan. Dalam laman

sesawang Kerajaan Malaysia: https://www.malaysia.gov.my/business
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 11. Lembaga MIDA. Dalam Carta

Organisasi: http://fwwcloud.com/demo/mida/v3/mida-board/posts/
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 2. Sektor Perkhidmatan. Dalam

Dalam laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): http://www.
mida.gov.my/home/services-sector/posts/
Lembaga Tabung Haji, 2016, Februari 6. Dana Bumiputera Al-Ansar. Dalam laman sesawang
Lembaga Tabung Haji: http://www.tabunghaji.gov.my/dana-bumiputera-alansar-bm
Malaysia Airlines Berhad (MAB), 2016, March 1. Malaysia Airlines and Emirates sign agreement
to expand partnership. Dalam laman sesawang Press Room: http://www.malaysiaairlines.
com/my/en/corporate-info/press-room/2015/2-december-2015--sepang.html
Malik Ridhwan, 2016, Februari 12. GenEX tingkat eksport usahawan muda bumiputera. Dalam
laman sesawang Astro AWANI: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/genex-tingkat-
eksport-usahawan-muda-bumiputera-93886
McLeod, S, 2016, February 12. Maslow’s Hierarchy of Needs. Dalam laman sesawang Simply
Psychology: http://www.simplypsychology.org/maslow.html
Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1 Edisi
Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2 Edisi
Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
MyCreative Ventures Sdn. Bhd., 2016, Mac 24. What is MyCreative? Diakses daripada mycreative:
http://www.mycreative.com.my/about
MyKMU.NeT., 2016, Januari 15. Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE). Dalam laman
sesawang MyKMU.NeT: http://www.mykmu.net/2015/08/penubuhan-jawatankuasa-khas-
ekonomi-jke/
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Malaysia, 2016, Mac 1. Informasi Umum: Sistem
Insurans Deposit. Dalam laman sesawang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM):
http://www.pidm.gov.my/For-Public/About-Deposit-Insurance/Coverage?lang=ms-MY
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eRezeki. Dalam laman sesawang
Perbadanan Pembangunan Multimedia: http://www.erezeki.my/index.html
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eUsahawan. Dalam laman
sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia : http://www.mdec.my/eusahawan
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. Ringkasan. Dalam laman
sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec): http://www.mdec.my/ms/
mengenai-kami/ringkasan
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 11. Dalam laman sesawang Digital
Malaysia: http://www.digitalmalaysia.my/ms
Persatuan Francais Malaysia, 2016, Januari 15. Franchise News. Dalam laman sesawang
MALAYSIAN FRANCHISE Association: http://www.mfa.org.my/newmfa
Persatuan Usahawan Internet Malaysia, 2016, Februari 20. Dalam laman sesawang Persatuan
Usahawan Internet Malaysia: http://puim.my/
Philip Kotler, G. A. 2011. Principles of Marketing, 14th Edition. Essex: Pearson Education Limited.
Rafidah Manap & Mokhtar Pet, 2013. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan:
Keusahawanan Penggal 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sistem Guru Online, 2016, Mac 9. Dasar Baru KPM/Matamat, Visi dan Misi KPM. Dalam laman
sesawang Edu SGO/Sistem Guru Online Kememterian Pendidikan Malaysia: http://www.
sistemguruonline.my/2014/10/dasar-baru-kpm-matlamat-visi-dan-misi.html
SME Bank, 2016, Februari 2. Dana Usahawan Muda (YEF). Dalam laman sesawang SME Bank:
http://www.smebank.com.my/ms/pembiayaan-pks/program-sme/dana-usahawan-muda-
yef/

Senarai Rujukan 259

SME Corporation Malaysia, 2016, Januari 20. Laman Utama. Dalam laman sesawang SME Corp
Malaysia: http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/

SME Corporation Malaysia, 2016, January 29. Planning Your Business. Dalam laman sesawang
SMEinfo ONE STOP SME RESOURCES: http://www.smeinfo.com.my/

Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016, Januari 10. Panduan Penubuhan Koperasi. Dalam
laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia: http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/
Panduan-Penubuhan-Koperasi.aspx

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Januari 16. Laman Utama. Dalam laman sesawang
Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Mac 5. Perkongsian Liabiliti Terhad. Diakses daripada
Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/sites/
default/files/booklet/LLP_bkbmLS.pdf

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, 2016, Februari 12. 1MOCC -
1MALAYSIA ONE CALL CENTRE. Dalam laman sesawang MAMPU: http://www.mampu.
gov.my/web/en/1mocc-division

Unit Peneraju Agenda Bumiputera, 2016, Januari 17. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
(SUPERB). Dalam laman sesawang TERAJU: http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan-
permulaan-bumiputera/

Unit Perancang Ekonomi, 2016, Mac 3. Lampiran. Didapatkan dari RANCANGAN MALAYSIA
KESEBELAS 2016-2020: http://rmk11.epu.gov.my/book/bm/Lampiran/Lampiran.pdf

Urus setia Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP), 2016, Mac 1. Dalam laman sesawang Anugerah
Kedai Harga Patut (AKHP): http://akhp.1pengguna.com/akhp/

Usahawan.com., 2016, Disember 29. Mencipta Peluang Perniagaan Baru Untuk Peniagaan Kecil
& Sederhana. Dalam laman sesawang usahawan.com: http://www.usahawan.com/

Utusan Malaysia, 2016, Januari 30. Kerajaan akan tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet bantu
usahawan muda. Dalam laman sesawang Utusan Online: http://www.utusan.com.my/
berita/nasional/kerajaan-akan-tubuh-jawatankuasa-khas-kabinet-bantu-usahawan-
muda-1.177839

Utusan Malaysia, 2016, Mac 12. MySaveFood cari formula tangani pembaziran makan dilancar.
Dalam laman sesawang Utusan ONLINE: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/
mysavefood-cari-formula-tangani-pembaziran-makan-dilancar-1.199443

Wikipedia, 2016, Januari 16. Malaysia Airlines. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free
Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines

Wikipedia, 2016, Januari 4. Maslow’s hierarchy of needs. Dalam laman sesawang Wikipedia The
Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Maslow%27s_hierarchy_of_needs

260 Senarai Rujukan

INDEKS

A I kitaran, 82
struktur, 82
ahli lembaga pengarah, 25, 26, 28, 32 industri, 46, 81, 91, 138, 141, 178, 184, 187 teknologi, 82
akauntan, 21, 48, 180 inflasi, 63, 64, 65, 67, 83, 84 pentadbiran, 67, 75, 94, 178, 216
analisis, 100, 107, 115, 151, 154, 165 input, 47, 186, 187 penyelidikan dan pembangunan, 74, 87, 105,
PESTEL, 154 interaksi, 174, 204, 206, 207, 208, 215, 216
artikel, 58 148, 156, 161, 175, 184, 185
aset, 22, 24, 36, 37, 70, 71, 159, 166, 180 J perancangan, 82, 83, 97, 98, 107, 123, 137
perkhidmatan, 3-8, 16, 48-55, 79, 80
B jaringan, 87, 88, 141, 196, 203, 204 awam, 15, 48
jualan, 7, 16, 39, 42, 94, 99, 104 pelanggan, 161, 175, 216
bahagian, 44, 72, 133, 144, 173, 212-216 jumlah hasil, 136, 139, 140, 165 sukarela, 48
jualan, 196, 197 jumlah kos, 7, 136, 139, 140 swasta, 48
kewangan, 214, 216 perkongsian, 4, 17, 36, 68, 99, 124, 177, 205
pembelian, 185, 213, 216 K biasa, 21, 22
pengeluaran, 212, 213, 214, 216 liabiliti terhad, 22, 23, 24
pengurusan sumber manusia, 178 Kadar, 70, 80, 81, 98, 104, 143, 158, 182 peruncit, 193, 194
penyelidikan dan pembangunan, 184, 185 cukai, 86, 155 perundangan, 17, 45, 68, 86, 87, 89, 97
teknologi maklumat dan komunikasi, 182, faedah, 80, 84, 86, 155 perusahaan kecil dan sederhana, 38
pengangguran, 81, 96, 111 proses pengeluaran, 187, 188, 204
183, 202 kehendak, 5, 6, 161, 185, 193
bahan mentah, 37, 47, 54, 70, 89, 139, 185, kepuasan, 8, 126, 128, 145, 164, 190 R
keuntungan, 5, 7, 11, 13, 37, 38, 44, 45, 50
213 keusahawanan, 93 rakan kongsi, 20-25
barang, 3-8, 33, 36, 89, 98, 103-106, kewangan, 178, 182, 191 aktif, 21
separuh siap, 46 khidmat, 34, 51, 86, 198, 241
siap, 46 pelanggan, 216, 241, 242, 246 S
tidak nyata, 8 kitaran, 81, 96, 155
ekonomi, 96, 155 sasaran, 50, 129, 153, 164, 189, 196, 200, 216
C kontrak, 5, 7, 35, 68, 99, 112, 185 jualan, 149, 196
koperasi, 3, 4, 17, 29-32, 53, 109, 124 pasaran, 50, 190, 191, 200
campuran pemasaran, 103, 104, 190 kos, 7, 15, 16, 50, 94, 102, 109 sektor, 53-55, 58, 76, 79, 93, 124, 125
cukai, 27, 28, 32, 70, 80, 86, 95, 138, 155, 158 kualiti, 36, 40, 73, 104, 128, 139, 189, 244 awam, 8, 125
pendapatan, 18 kuantiti, 7, 28, 91, 137, 149, 165, 166, 193 kedua, 46, 47, 53, 54
kuasa beli, 85 ketiga, 46
D swasta, 8, 75, 125, 196
L utama, 3, 38, 46, 53, 54, 58, 92
Dasar, 48,71, 77, 78, 80, 82, 105,111, 159 sosiobudaya, 67, 105, 154, 160
fiskal, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 latihan, 8, 30, 51, 73, 152, 170, 179, 219 spesifik, 127, 128, 130, 134
kewangan, 71, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 lesen perniagaan, 19, 98 SWOT, 100, 107, 109, 151, 165
daya, 84, 87, 89, 135, 141, 201 liabiliti, 20-24, 26-28, 180 syarat perkongsian, 20
pengeluaran, 87, 152, 156 terhad, 22-24, 26 syarikat, 24, 34, 70, 99, 100
saing, 84, 89, 135, 141, 162, 163, 164, 201 awam berhad, 26, 28, 32
dividen, 32, 94, 147, 181 M berhad, 4, 17, 22, 25, 26, 53, 124
sendirian berhad, 3, 23, 26, 27, 28, 32
E melambung, 96, 100, 155 syer pasaran, 135, 144, 162, 200
merekrut, 103
e-dagang, 90, 182, 204 milikan tunggal, 17-20, 42, 53, 124 T
ekonomi, 3, 5, 12, 30, 31, 35, 45, 48, 50, 65, 67 misi, 37, 100, 133-135, 141, 165, 175, 177
entiti, 17, 20, 23, 24, 25, 36, 68, 99, 124 teknologi, 36, 37, 40, 45, 47, 53, 75, 81, 82
e-pemasaran, 143, 204 O maklumat, 75, 87, 143, 157, 175, 183, 203
maklumat dan komunikasi, 175, 183
F objektif, 13, 103, 107, 121, 133, 147, 163, 177 titik pulang modal, 136, 162, 166
organisasi, 3, 15, 29, 43, 74, 98, 110, 121
faktor, 8, 38, 41, 64, 67, 79, 83, 85, 87, 115, U
dalaman, 87, 88, 89, 115, 147, 165 P
luaran, 87, 88, 89, 115, 154, 162, 165 undang-undang, 29, 78, 86, 110- 113
pengeluaran, 8 pasaran, 7, 29, 49-51, 53, 89, 90, 93, 98, 113 urus niaga, 5, 7, 33, 90, 104
francais, 3, 4, 33, 34, 35, 36, 71 antarabangsa, 50, 51, 201 usaha sama, 3, 4, 36, 37, 146, 201
francaisi, 33, 34, 35, 36 baharu, 35, 43, 50, 72, 89, 106, 201, 210 usahawan, 6, 8, 38, 71, 75, 78, 85, 93, 100
francaisor, 33, 34, 35, 36 domestik, 49, 53, 201
fungsian, 159, 173-175, 192, 198, 216 kewangan, 142 V
produk, 90
G pemasaran, 34, 94, 105, 132, 144, 164 visi, 37, 100, 121-126, 131-135, 141, 175, 177
pemilikan perniagaan, 3, 4, 17, 18
guna pendaftaran, 19, 21, 43, 68, 125, 240 W
tenaga, 91, 93, 111 pengagihan, 133, 176, 181, 190-194, 200, 212
tenaga penuh, 63, 64, 65, 81, 111 pengangguran, 81, 82, 91, 96, 111 wang, 6, 7, 11, 18, 41, 94, 96, 128, 155, 214
bermusim, 81, 82
H

harga, 7, 16, 29, 44, 50, 69, 83, 104, 106

Indeks 261

JAWAPAN

Latihan Sumatif 1 4 B 5 C 6 B 7 D 8 C 9 C 10 A
14 D 15 A 16 A 17 D 18 D 19 B 20 B
1 D 2 A 3 B
11 B 12 A 13 D

Latihan Sumatif 2 4 C 5 D 6 A 7 A 8 B 9 C 10 D
14 D 15 C 20 A
1 D 2 A 3 A 16 C 17 B 18 A 19 C
11 A 12 A 13 C

Latihan Sumatif 3 4 A 5 A 6 C 7 C 8 D 9 D 10 C
14 C 15 D 20 B
1 D 2 D 3 C 16 B 17 C 18 C 19 D
11 D 12 D 13 D

Latihan Sumatif 4 4 D 5 C 6 C 7 C 8 C 9 D 10 D
14 B 15 B 20 B
1 D 2 C 3 B 16 D 17 D 18 A 19 A
11 D 12 D 13 A

262 Indeks

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


Click to View FlipBook Version