The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54165439, 2020-04-06 00:06:29

Perniagaan Tingkatan 4 BUKU TEKS

Perniagaan Tingkatan 4 BUKU TEKS

Bab 2 Minda Kreatif Kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku
disebabkan oleh jumlah barang dan perkhidmatan yang tidak
Jelaskan secara ringkas tentang mencukupi. Pelaksanaan dasar galakan pelaburan merupakan
punca pekerja kehilangan salah satu cara yang dapat meningkatkan kadar pengeluaran
pekerjaan. sesuai dengan jumlah permintaan. Hal ini seterusnya boleh
menyekat kenaikan harga secara berterusan.
Buletin Keusahawanan Jika inflasi berlaku disebabkan oleh tolakan kos, kerajaan
akan memberikan subsidi kepada pengeluar supaya tidak berlaku
Terdapat pelbagai program peningkatan kos pengeluaran yang dihadapi oleh pengeluar dan
keusahawanan yang dibentuk mengelakkan berlaku peningkatan harga barang dan perkhidmatan.
oleh kerajaan bagi melahirkan Langkah-langkah lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan
generasi usahawan muda yang adalah seperti berikut:
lebih berdaya saing. Berikut • meningkatkan kadar faedah
ialah antara program berkaitan Apabila berlaku inflasi dalam ekonomi, kerajaan berperanan
dengan keusahawanan yang
boleh dimanfaatkan oleh untuk mengurang­kan tekanan permintaan terhadap barang
usahawan muda. atau perkhidmatan dengan menggalakkan penduduk untuk
menyimpan wang melalui peningkatan dalam kadar faedah.
Kesannya, permintaan akan jatuh yang menyebabkan harga
tidak terus naik.

1Malaysia Gambar foto 2.12  Jualan barang di pasar raya
EnTrepreneur

• dasar kerajaan
Tindakan kerajaan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan

dapat membantu penduduk sesebuah negara mengekalkan
kesejahteraan dengan memenuhi keperluan dan kehendak
dalam kehidupan. Harga barang dan perkhidmatan yang stabil
memberi daya saing dalam aspek harga dan hal ini mendorong
peningkatan permintaan terhadap produk tempatan daripada
pengguna negara luar.

84 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

Buletin Keusahawanan Bab 2

Gambar foto 2.13  Aktiviti import dan eksport Duti eksport dikenakan terhadap
barang yang dieksport ke luar
Keadaan ini menggalakkan aktiviti eksport ke luar negara. negara. Contoh barang keluaran
Pendapatan kerajaan meningkat ekoran peningkatan kutipan utama yang dikenakan duti
cukai melalui duti eksport yang dikenakan terhadap perniagaan eksport ialah petroleum, kayu
yang mengeksport ke luar negara. balak, kelapa sawit dan getah.

(b) Deflasi Minda Kreatif

Deflasi merupakan satu keadaan kejatuhan harga barang dan Jelaskan kesan deflasi kepada
perkhidmatan secara berterusan. Antara faktor yang menyebabkan usahawan yang baru menceburi
berlaku kejatuhan harga barang atau perkhidmatan termasuklah bidang perniagaan. Berikan cara
faktor permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membantu usahawan tersebut.
membeli barang di pasaran. Selain itu, penduduk meramalkan
harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh, kesannya
pembeli akan menangguhkan pembelian.

Membantutkan aktiviti Kesan deflasi Kuasa beli penduduk
perniagaan menurun
Penduduk kehilangan
pekerjaan

Rajah 2.9  Kesan deflasi

Berdasarkan Rajah 2.9, jelaskan kesan deflasi.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 85

Minda Kreatif Bagi mengatasi masalah berkaitan deflasi, kerajaan memainkan
peranan seperti yang berikut:
Senaraikan jenis cukai yang telah • menurunkan kadar cukai
dilaksanakan di Malaysia dan
jelaskan kepentingan setiap jenis Bagi mengatasi deflasi, kerajaan mengurangkan kadar cukai
cukai tersebut kepada negara dari yang dibayar oleh pengguna supaya dapat meningkatkan
aspek ekonomi, sosial dan politik. pendapatan boleh guna penduduk. Kesannya, pengguna boleh
Kemudian berikan cadangan berbelanja lebih bagi merangsangkan aktiviti perniagaan.
penambahbaikan kepada sistem
Bab 2 cukai sedia ada. • memberi khidmat nasihat dan perundangan
Pihak kerajaan berperanan untuk mendidik para peniaga agar
EMK menggunakan setiap sumber secara optimum dalam aktiviti
perniagaan untuk meningkatkan jumlah aktiviti eksport ke
Arahan: negara serantau.
Baca situasi di bawah dengan
teliti, kemudian bincangkan • dasar kewangan negara
dalam kumpulan. Deflasi juga dapat diatasi dengan menurunkan kadar faedah
Soalan: supaya pengguna mengurangkan simpanan di bank dan
Deflasi menyebabkan pelbagai meningkatkan perbelanjaan. Kerajaan juga menggunakan
kesan negatif bukan sahaja kepada peruntukan undang-undang dan beberapa dasar percukaian
rakyat tetapi turut memberi seperti menurunkan cukai eksport untuk menggalakkan
kesan negatif kepada negara. aktiviti perniagaan pada peringkat antarabangsa.
Oleh sebab itu, terdapat beberapa Selain itu, dasar fiskal boleh dilaksanakan bagi tujuan
perkara yang perlu dianalisis meningkatkan permintaan yang akan meningkatkan harga
berkaitan dengan deflasi bagi barang serta merancakkan aktiviti dan hasil jualan perniagaan.
memastikan masalah ini tidak Seterusnya, hasil pendapatan kerajaan akan meningkat melalui
menjejaskan ekonomi negara kutipan cukai korporat dan individu. Kutipan atau hasil cukai
secara menyeluruh. Perkara yang yang diperoleh akan dapat memastikan aktiviti perniagaan
perlu dianalisis adalah seperti berkembang melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.
yang berikut:
1 faktor yang menyebabkan Bajet 20XX

berlaku masalah deflasi. Cukai Pinjaman & Duti Perkhidmatan Keselamatan Emolumen
2 cara mengatasi masalah deflasi. eksport sosial 4.5% 1.8% 23.5%
3 adakah deflasi mempunyai pendapatan penggunaan aset 1.0%
46.4% kerajaan 18.9% Perkhidmatan Pentadbiran Bayaran
kebaikan? Jika Ya, jelaskan Duti ekonomi 12.0% am 0.8% khidmat
hujah anda dengan fakta yang import hutang
tepat dan jelas. 0.9% 8.9%
Sebagai murid yang berfikir
di luar kotak, bincangkan RM249,6671 RM249,6672
dan nyatakan pendapat anda juta juta
berdasarkan bukti dan fakta
yang diperoleh daripada sumber Perbelanjaan
rujukan seperti buku dan Internet. lain 12.0%

Subsidi 15.1% Bekalan &

Hasil bukan cukai & Cukai tidak Pemberian Pencen & perkhidmatan
cukai-cukai lain 19.8% 5.4%
langsung lain & serahan ganjaran
13.0% 5.4%
kepada kerajaan
negeri 2.5%

HASIL

1 Terdiri daripada hasil, pinjaman dan penggunaan aset kerajaan

2 Tidak termasuk simpanan luar jangka
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia.)

Rajah 2.10 Contoh belanjawan negara

86 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

2.2 Trend Persekitaran
Perniagaan

Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran Istilah Perniagaan Bab 2
perkembangan sesuatu perniagaan. Persekitaran perniagaan
dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Trend (trend):
Faktor dalaman merupakan faktor yang boleh dikawal Arah aliran perkembangan
oleh organisasi yang dikenali sebagai faktor persekitaran tugas. sesuatu kejadian.
Faktor ini terdiri daripada gaya pengurusan, sumber manusia,
pemasaran, pengeluaran, kewangan dan perakaunan, teknologi Minda Kreatif
maklumat serta penyelidikan dan pembangunan.
Faktor luaran pula dikenali sebagai persekitaran umum, iaitu Jelaskan kesan trend persekitaran
faktor ekonomi, politik dan perundangan, pelanggan, masyarakat, perniagaan pada masa ini kepada
persaingan dan jaringan. Kedua-dua faktor ini mempengaruhi pembangunan usahawan muda.
trend perniagaan, iaitu trend meningkat, trend menurun dan
trend mendatar.

Rajah 2.11  Graf perniagaan meningkat

2.2.1 Trend Meningkat Cintai Negara

Trend meningkat menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan Setiap perniagaan yang telah
semakin meningkat. Hal ini menggambarkan situasi persekitaran berjaya perlu membantu bakal
perniagaan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan usahawan yang mempunyai
dapat memacu perkembangan sesebuah perniagaan. minat dan semangat untuk
turut berjaya.
(a)  Faktor Dalaman

Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin, berdisiplin 87
dan berkemahiran tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran
sesebuah perniagaan. Perniagaan dapat menawarkan barang dan
perkhidmatan yang lebih banyak akan meningkatkan keuntungan.
Selain itu, pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu
meningkatkan aktiviti dan operasi perniagaan.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2

Bab 2 Minda Kreatif (b)  Faktor Luaran

Jelaskan secara ringkas Dalam aspek faktor luaran, persekitaran perniagaan berada
cara persekitaran perniagaan dalam keadaan positif. Hal ini menunjukkan keadaan ekonomi
mempengaruhi situasi atau berada dalam keadaan berkembang dengan pesat. Kemampuan
operasi sesebuah perniagaan. sesebuah perniagaan untuk menjana keuntungan hasil daripada
aktiviti perniagaan dan pelaburan akan meningkatkan keyakinan
EMK pihak pembiaya untuk memberi bantuan kewangan.
Trend perniagaan yang meningkat juga didorong oleh
Arahan: situasi politik dan perundangan yang stabil. Perkembangan
Bincang dalam kumpulan. teknologi terkini dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran
Soalan: dan mengurangkan kos. Selain itu, kewujudan persaingan dan
Jelaskan cara menangani jaringan perniagaan yang positif boleh menjana kreativiti dan
masalah trend menurun inovasi sesebuah perniagaan.
dalam perniagaan.
2.2.2 Trend Menurun

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan
aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun.

Cintai Negara Rajah 2.12  Graf perniagaan menurun

Setiap perniagaan yang (a)  Faktor Dalaman
mengalami kegagalan perlu
terus berusaha dan tidak mudah Faktor dalaman termasuk gaya pengurusan yang tidak bersesuaian
berputus asa. Hal ini disebabkan dengan keadaan pekerja, sumber manusia yang kurang produktif,
oleh terdapat ramai usahawan aktiviti pemasaran yang kurang berkesan, pengeluaran yang tidak
berjaya membuktikan bahawa mencukupi untuk memenuhi permintaan dan tiada teknologi
kegagalan merupakan batu maklumat dan penyelidikan. Hal ini menyebabkan sesebuah
loncatan kepada kejayaan besar perniagaan menjadi semakin merosot.
sesebuah perniagaan.

88 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(b)  Faktor Luaran EMK Bab 2

Trend menurun turut dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang Arahan:
lembap atau perlahan. Situasi ini juga disebabkan oleh keadaan Bincangkan dalam kumpulan.
politik dan perundangan sesebuah negara yang tidak stabil. Selain Soalan:
itu, bencana alam juga akan menyebabkan kesukaran untuk Jelaskan cara menangani
mendapatkan bahan mentah. Kesannya, aktiviti pengeluaran masalah trend mendatar
akan terjejas. dalam perniagaan.

2.2.3 Trend Mendatar Istilah Perniagaan

Persekitaran perniagaan trend mendatar menggambarkan keadaan Pasaran tepu (market saturation):
konsisten dalam perniagaan. Trend ini berlaku disebabkan oleh Pasaran yang mengalami jumlah
tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan jualan yang statik.
faktor luaran perniagaan. Oleh itu, perkembangan perniagaan
berada dalam keadaan malar.
Dalam hal ini, peniaga perlu memainkan peranan penting
untuk meningkatkan aktiviti dan operasi untuk mengembangkan
perniagaan. Sekiranya pasaran menjadi tepu, peniaga perlu
meningkatkan daya saing dengan membuat penambahbaikan
pada barang dan perkhidmatan sedia ada, mengeluarkan produk
baharu atau mencari pasaran baharu.

Kadar pertumbuhan

Masa

Rajah 2.13  Carta perniagaan mendatar

Andaikan anda ialah peniaga nasi lemak, cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
pasaran nasi lemak yang telah tepu di tempat anda.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 89

Bab 2 Minda Kreatif 2.2.4 Pasaran

Jelaskan jenis pasaran yang wujud Pasaran merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga
di kawasan anda. antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat harga dan
masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pada masa ini,
Buletin Keusahawanan pasaran boleh wujud secara dalam talian seperti e-dagang.
Terdapat beberapa jenis pasaran seperti yang berikut:
Faedah-faedah memasarkan 1 pasaran untuk semua (mass market)
produk perniagaan di Internet: Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada
• M asa perniagaan fleksibel
semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos tomato.
Perniagaan boleh dijalankan 24 2 pasaran produk
jam dan 7 hari seminggu. Tidak Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis
seperti kedai biasa yang hanya
beroperasi jam 7 pagi hingga produk seperti makanan, pelancongan dan perumahan.
jam 8 malam. 3 pasaran kewangan
• Komunikasi pantas Berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pertukaran
Anda boleh berkomunikasi
terus di Internet. Sediakan wang asing, pinjaman dan pelaburan.
borang pertanyaan di laman
sesawang anda dan pastikan Gambar foto 2.14  Pasaran perniagaan
anda respons dalam jangka
masa yang terdekat.
• Prospek perniagaan yang luas
Anda dapat menyampaikan
maklumat kepada prospek
pelanggan yang tersangat ramai.
Anda dapat memperkenalkan
perniagaan kepada jutaan orang
di Internet.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://

www.usahawan.com/
strategi bisnes)

Kajian Kes Tajuk: Proton Iriz

Proton Iriz juga dikenali sebagai Proton Global kereta dari luar negara seperti Toyota Prius,
Small Car (GSC) dan Proton Compact Car (PCC). Daihatsu, Honda Jazz dan Hyundai i20.
Di Malaysia, Proton Iriz bersaing dengan Produa Berdasarkan kes tersebut, jelaskan peranan
Myvi yang telah menjuarai kereta terlaris di kerajaan untuk membantu Proton Iriz menghadapi
Malaysia lapan tahun berturut-turut. Di samping persaingan pasaran kereta di Malaysia.
itu, Proton Iriz juga bersaing dengan pengeluar

90 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

2.2.5 Trend Guna Tenaga, Buletin Keusahawanan Bab 2
Pendapatan dan
Pertumbuhan Ekonomi Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna Transformasi Ekonomi (ETP)
dari dalam dan luar negara akan meningkat. Sektor perniagaan merupakan idea terbaik yang
akan meningkatkan kuantiti pengeluaran produk bagi memenuhi telah berjaya mengukuhkan
permintaan yang terus meningkat. ekonomi negara.
Perbelanjaan kerajaan juga akan terus meningkat kerana
pendapatan kerajaan meningkat ekoran daripada peningkatan
pembayaran cukai. Langkah kerajaan meningkatkan perbelanjaan
adalah bagi tujuan memacu perkembangan ekonomi negara.

(a)  Trend Guna Tenaga

Guna tenaga ialah pekerja yang menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan. Jika guna tenaga
yang sedia ada tidak digunakan, hal ini akan mewujudkan
masalah pengangguran.

Bidang Profesional Aktiviti Pembinaan
Negara maju terkenal dalam bidang industri dan • Mengutamakan penggunaan modal dalam
perkhidmatan. Oleh itu, kebanyakan negara maju
memiliki ramai pekerja berkemahiran tinggi. menjalankan aktiviti pekerjaan seperti
menggunakan mesin, komputer, perkakas,
robot dan teknologi.
• Oleh itu, trend penggunaan tenaga pekerja
negara maju semakin berkurangan,
kesannya kadar upah yang dibayar
lebih tinggi.

Gambar foto 2.15  Aktiviti pelantar minyak Gambar foto 2.16  Aktiviti pembinaan
Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2
91

(i)  Pembangunan Negara

Aktiviti pengeluaran
• Banyak terlibat dalam aktiviti sektor utama seperti

pertanian dan hasil semula jadi. Oleh itu, pekerja
ini tidak mempunyai kemahiran yang tinggi.
• Mengutamakan penggunaan tenaga pekerja
manusia dalam menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bab 2

Gambar foto 2.17  Ladang kelapa sawit Gambar foto 2.18  Pengumpulan kelapa sawit
di kilang
Bidang penyelidikan
• Mempelbagaikan sektor ekonomi

dengan menceburi sektor perindustrian
dan perkhidmatan bagi mengurangkan
kebergantungan pada sektor utama.
• Menjalankan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) agar berkembang
seiring dengan negara maju.

Minda Kreatif Gambar foto 2.19  Penyelidikan kelapa sawit

Jelaskan cara Malaysia
dapat menangani masalah
ketidaktentuan ekonomi negara
dan dunia pada masa ini.

92 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(ii)  Perubahan dalam Guna Tenaga EMK

Perkembangan teknologi telah berjaya membantu ramai Arahan:
usahawan mengembangkan aktiviti perniagaan mereka. Bincang dalam kumpulan dan
bentangkan dalam kelas.
Penambahan Menunjukkan sektor itu sedang Soalan:
bilangan pekerja berkembang. Walau bagaimanapun, Sebagai seorang usahawan,
pengambilan ramai pekerja sambilan oleh bagaimanakah anda membentuk
sesetengah sektor seperti peruncitan dan diri menjadi usahawan yang Bab 2
hospitaliti mungkin menyebabkan angka berdaya saing dalam pasaran?
bilangan pekerja tidak begitu tepat.

Perkembangan Menyebabkan bilangan pekerja yang
dalam teknologi diperlukan dalam sesuatu sektor
berkurangan walaupun sektor tersebut
mengalami pertumbuhan pesat.

Kepakaran Sangat diperlukan untuk menggunakan Minda Kreatif
guna tenaga teknologi. Hal ini secara tidak langsung
berkemahiran telah meningkatkan nilai kebolehpasaran Jelaskan cara melahirkan guna
tinggi guna tenaga dalam sesebuah industri. tenaga yang kreatif dan inovatif.

Rajah 2.14  Perubahan dalam guna tenaga

Buletin Keusahawanan

Perbadanan Usahawan Nasional
Berhad (PUNB) menawarkan
pelbagai program keusahawanan
bagi membantu golongan
bumiputera untuk terus maju
dalam bidang perniagaan agar
berjaya seiring dengan kaum
lain di Malaysia.

Rajah 2.15  Transformasi aktiviti penanaman padi

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 93

Bab 2 RM Celik Kewangan (b)  Trend Pendapatan

Setiap individu perlu memastikan Untuk memenuhi peningkatan permintaan barang dalam pasaran,
simpanan sekurang-kurangnya perniagaan akan meningkatkan pengeluaran barang. Perniagaan
10 peratus daripada jumlah akan memperoleh peningkatan pendapatan melalui peningkatan
pendapatan kasar setiap bulan hasil jualan.
dijadikan keutamaan. Keuntungan dalam perniagaan diperoleh melalui hasil jualan
ditolak dengan kos dan perbelanjaan perniagaan yang sedang
Buletin Keusahawanan dijalankan. Perniagaan yang beroperasi dengan cekap memberi
keuntungan maksimum terhadap perniagaan.
Selain hasil jualan produk, perniagaan juga boleh mendapat
sumber pendapatan daripada aktiviti sampingan yang lain seperti
yang berikut:
• penyewaan bangunan,
• dividen daripada pelaburan saham dan
• faedah daripada simpanan wang di bank.

Tunas Usahawan Belia Perniagaan Buku Sdn. Bhd.
Bumiputera (TUBE) Penyata Pendapatan
Program TUBE merupakan
inisiatif kerajaan bagi bagi Tahun Berakhir 31 Disember 20XX
menggalakkan generasi belia
menceburi bidang perniagaan. RM RM RM
Program ini menyokong dasar Jualan 1,953,252
pembangunan belia negara yang Tolak: Kos Jualan 1,688,322
mana keusahawanan merupakan Untung Kasar 264,930 (i)
antara bidang tumpuan utama
untuk belia maju ke hadapan. Tolak: Perbelanjaan
Program ini menyasarkan Belanja Pentadbiran
golongan belia bumiputera yang
berumur antara 18 hingga 30 Gaji 80,200
tahun yang mempunyai minat Sewa 10,000
mendalam untuk melibatkan diri Insurans 4,200
dalam bidang keusahawanan. Alat Tulis 2,223
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan Belanja Am 2,500
daripada laman sesawang http:// Penyelenggaraan 4,123
tube.smecorp.gov.my/, capaian Susut Nilai Perabot 2,500
Bil Elektrik, Air dan Telefon 3,812 109,558 (a)
pada 22 September 2016)
Belanja Pemasaran
Minda Kreatif
Promosi 19,500
Jelaskan kaedah menguruskan Penghantaran 38,200
perniagaan ketika menghadapi Belanja Kewangan 13,500
situasi di luar jangka seperti Susut Nilai Kenderaan 7,000 78,200 (b)
kemelesatan ekonomi.
Belanja Kewangan 4,200 (c)
Faedah Pinjaman

Jumlah Perbelanjaan (a + b + c) 191,958 (ii)
Untung Bersih Sebelum Cukai (i – ii) 72,972

Rajah 2.16  Contoh penyata pendapatan

94 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(c)  Pertumbuhan Ekonomi Bab 2

Pertumbuhan ekonomi menyebabkan perniagaan berkembang
dengan pesat. Keuntungan dalam perniagaan yang meningkat
akan menyeb­abkan perniagaan membayar cukai keuntungan
yang tinggi kepada kerajaan.
Sementara itu, penduduk juga akan mendapat pendapatan
daripada gaji dan upah yang semakin meningkat, dengan jumlah
cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja turut meningkat.
Kerajaan akan menggunakan pendapatan yang diperoleh
untuk membangunkan negara termasuk dalam bidang ekonomi.
Perkembangan ekonomi pesat dalam sesebuah negara akan
mendorong perkembangan sesebuah perniagaan.

Gambar foto 2.20 
Pengurusan pembangunan

Gambar foto 2.21  Aktiviti pembinaan

Contoh

Pada tahun 1930-an, 1980-an, 1998 dan 2009, negara kita pernah RM Celik Kewangan
mengalami masalah kemelesetan ekonomi. Pada masa itu,
pertumbuhan ekonomi negara adalah perlahan serta memberikan
kesan negatif kepada perkembangan perniagaan. Dengan inisiatif
dan usaha bersungguh-sungguh pihak kerajaan Malaysia serta
mendapat kerjasama penuh daripada rakyat Malaysia, ekonomi
negara berada di landasan yang baik seperti pada tahun 1999
dan tahun 2000 tetapi berkembang dengan perlahan pada tahun
2001 disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi global.

Berdasarkan contoh di atas, boleh disimpulkan bahawa trend Perniagaan perlu bijak membuat
persekitaran pertumbuhan ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu pinjaman dengan memilih
kemerosotan dan perkembangan. Jika trend kemerosotan, negara institusi kewangan yang telah
akan menghadapi cabaran untuk memulihkan keadaan ekonomi. disahkan dan diluluskan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM).

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 95

Kitaran ekonomi boleh digambarkan melalui Rajah 2.17 seperti
yang berikut:

Kadar pertumbuhan

Melambung

Bab 2 EMK

Arahan: Kemelesetan
1 Bentukkan kelas kepada
FASA I FASA II Tempoh masa
kumpulan kecil.
2 Jalankan proses atau aktiviti Rajah 2.17  Graf kitaran ekonomi

sumbang saran. Huraian
3 Bincangkan dalam kumpulan. Fasa I: Fasa Kemelesetan
Soalan:
1 Jelaskan pengaruh Penduduk tidak mempunyai wang atau pendapatan yang
mencukupi untuk membeli produk. Pendapatan kerajaan
kitaran ekonomi kepada juga merosot ekoran jatuhnya pendapatan perniagaan
perkembangan sesebuah dan pekerja.
organisasi perniagaan. Kadar pengangguran juga turut meningkat kerana
2 Jelaskan kaedah menjadikan perniagaan tidak dapat menawarkan pekerjaan yang
pengaruh positif seperti ketika menyebabkan wujudnya deflasi.
ekonomi melambung sebagai
peluang mengukuhkan operasi
perniagaan yang dijalankan.

Istilah Perniagaan Fasa II: Fasa Melambung

Fasa (phase): Pada fasa ini, perniagaan akan menambah pengeluaran
Tahap atau peringkat produk untuk memenuhi peningkatan penggunaan
perkembangan sesuatu keadaan produk yang semakin meningkat.
perniagaan atau ekonomi. Perniagaan juga memerlukan pekerja yang ramai
untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta mampu
membayar gaji dan upah yang tinggi. Perniagaan juga
akan mengorak langkah ke tahap antarabangsa termasuk
aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara.

96 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

2.2.6 Undang-undang Perniagaan Cintai Negara Bab 2

Undang-undang merupakan suatu peraturan yang termaktub Setiap undang-undang perlu
dan ditentukan oleh sesebuah masyarakat untuk mengawal dipelihara kedaulatannya
kelakuan dan tingkah laku anggota sendiri. Dalam konteks supaya persekitaran yang aman
negara Malaysia, Parlimen memainkan peranan untuk menggubal dapat diwujudkan.
undang-undang untuk peringkat Persekutuan manakala Dewan
Undangan Negeri (DUN) pula menggubal undang-undang untuk
peringkat negeri dan kerajaan tempatan.

Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan digubal
dan dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan setiap aktiviti
perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan
dan memberikan kesan positif terhadap persekitaran perniagaan.
Setiap perniagaan yang dijalankan adalah tertakluk kepada
peraturan dan undang-undangnya tersendiri. Hal ini termasuk
aspek undang-undang berkaitan dengan penubuhan dan operasi.
Perkara yang terdapat dalam organisasi perniagaan mengikut
kerangka perundangan adalah seperti berikut:

Peta MINDA

Kesihatan dan
keselamatan

Persekitaran Pekerjaan

Undang-undang Organisasi Maklumat
syarikat perniagaan Perancangan
Pengiklanan dalam kerangka
perundangan

Persaingan Perlindungan
pengguna

Rajah 2.18  Organisasi perniagaan dalam kerangka perundangan 97
Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2

Berdasarkan Rajah 2.19, undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan boleh memberikan
kesan terhadap aspek persekitaran yang berikut:

Kesihatan dan Pekerjaan Maklumat
keselamatan

Bab 2 • Aspek kesihatan dan • Undang-undang yang • Pada abad ke-21,
keselamatan berkaitan berkaitan dengan aspek dunia mengalami
dengan peraturan kebakaran pekerjaan ialah menekankan ledakan maklumat yang
dan perlindungan kadar upah minimum, membolehkan maklumat
pemakanan pekerja. tempoh waktu bekerja mudah diperoleh dan boleh
dan diskriminasi pekerjaan. dicapai dengan cepat.
• Undang-undang
memastikan organisasi • Undang-undang melarang • Dengan itu, undang-undang
perniagaan mematuhi perniagaan mengamalkan perlindungan maklumat
peraturan keselamatan diskriminasi terhadap penting untuk mengelakkan
dalam menjalankan pekerja berdasarkan kaum, berlakunya cetak rompak
operasi perniagaan. agama dan jantina dengan dan perlindungan data
mengeratkan perpaduan dan sulit daripada diceroboh
semangat kerjasama dalam oleh pihak yang tidak
kalangan rakyat Malaysia. bertanggungjawab.

Perancangan Perlindungan Persaingan
pengguna

• Perniagaan memerlukan • Undang-undang • Sistem ekonomi negara
bangunan sebagai premis perlindungan pengguna menggalakkan unsur
untuk menjalankan operasi bertujuan untuk melindungi persaingan dengan harga
perniagaan seperti bangunan hak-hak pengguna daripada yang berdaya saing untuk
kilang kereta Proton untuk amalan perniagaan yang memberikan faedah yang
mengeluarkan kereta menyalahi undang-undang. besar kepada pengguna.
nasional negara di Malaysia.
• Perniagaan perlu • Untuk mewujudkan
• Di Malaysia, lesen mengeluarkan produk persaingan yang sihat,
perniagaan diperoleh yang sesuai dengan tujuan undang-undang diperlukan
berdasarkan undang-undang penggunaan seperti untuk mengawal aktiviti
Persekutuan sementara barangan makanan yang persaingan, iaitu dalam
bangunan di bawah bidang tidak mengandungi persaingan harga, pasaran
kuasa kerajaan negeri. pengawet yang boleh dan antarabangsa.
menjejaskan kesihatan.

98 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

Pengiklanan Undang- Persekitaran Bab 2
• Aktiviti pengiklanan undang Aktiviti perniagaan pada
Syarikat masa ini memerlukan
merupakan satu inisiatif penggubalan
komponen dalam • Undang-undang undang-undang berkaitan
campuran promosi yang diwujudkan sebagai alam sekeliling dengan
menyebarkan maklumat garis panduan untuk mengambil kira kepentingan
produk kepada pengguna memulakan dan masyarakat termasuklah
dengan menggunakan menjalankan operasi pengurusan perniagaan
media massa. sesebuah perniagaan. dalam pembuangan sisa
• Undang-undang berkaitan pengeluaran yang berbahaya
dengan pengiklanan perlu • Butiran undang-undang kepada manusia.
digubal atau meminda syarikat berkaitan
undang-undang sedia ada dengan entiti perniagaan
supaya sesuai dengan termasuklah aspek
keperluan semasa. pengurusan dan bidang
kuasa pihak pengurusan
yang ada dalam organisasi.

• Akta Kontrak 1950 • Akta Kerja 1955 (Pindaan 1980)
• Akta Jualan Barangan 1957 • Akta Perhubungan Industri 1967
• Akta Sewa Beli 1967
• Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974) (Pindaan 1980)
• Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992) • Akta Hak Cipta 1987

Rajah 2.19  Persekitaran perniagaan dari aspek undang-undang

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.
2 Setiap kumpulan diberikan satu tajuk akta perniagaan. Contohnya, Akta Kerja 1955, Akta

Syarikat 1965 dan Akta Perkongsian 1961.
3 Ahli kumpulan dikehendaki mendapatkan naskhah akta berkenaan atau maklumat yang

berkaitan sama ada melalui Internet atau perpustakaan.
4 Kenal pasti skop atau kandungan utama dalam akta tersebut.
5 Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda dalam kelas dengan menggunakan idea dan

kreativiti masing-masing.
6 Kemukakan soalan kepada rakan-rakan anda pada akhir sesi pembentangan bagi memastikan

rakan-rakan anda memahami setiap fakta yang telah anda sampaikan.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 99

Bab 2 2.3 Analisis Faktor-faktor
yang Membawa
Perubahan kepada
Persekitaran
Perniagaan

RM Celik Kewangan Sesuatu perubahan yang berlaku di persekitaran dunia perniagaan
tidak kira kecil atau besar boleh memberi kesan kepada sesebuah
Kunci utama dalam syarikat perniagaan. Para usahawan perlu sentiasa peka terhadap
meningkatkan kekayaan ialah perubahan-perubahan yang berlaku di luar kerana perubahan itu
berbelanja kurang daripada boleh memberi kesan yang besar kepada perniagaan mereka.
pendapatan tidak kira Faktor ini terbahagi kepada dua, iaitu faktor dalaman
waktu ekonomi melambung dan luaran. Kedua-dua faktor ini boleh dianalisis dengan
atau meleset. menggunakan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman (SWOT). Analisis SWOT merupakan analisis
EMK persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi dalam
aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis
Arahan: SWOT digunakan untuk memastikan strategi yang digubal itu
1 Bentukkan kelas kepada benar-benar berkemampuan untuk merealisasikan objektif, misi
dan visi perniagaan.
kumpulan kecil.
2 Jalankan proses atau aktiviti 2.3.1 Faktor Dalaman

sumbang saran. Faktor dalaman merujuk pada faktor-faktor yang dimiliki
3 Bincangkan dalam kumpulan. oleh syarikat yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan
Soalan: kepada sesebuah organisasi. Faktor dalaman terdiri daripada
Jelaskan kelebihan dan faktor yang berkaitan dengan gaya pengurusan, sumber manusia,
kekurangan yang wujud dalam pemasaran, pengeluaran, kewangan dan teknologi maklumat serta
faktor dalaman kepada sesebuah penyelidikan dan pembangunan (R&D).
organisasi perniagaan.
(a)  Gaya Pengurusan

Gaya pengurusan ialah teknik mengurus sesebuah perniagaan
yang akan memacu pertumbuhan perniagaan. Gaya pengurusan
memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran
yang kondusif dan produktif.
Terdapat beberapa gaya pengurusan yang diamalkan dalam
perniagaan. Penerangan ringkas tentang gaya pengurusan dalam
perniagaan ditunjukkan dalam Rajah 2.20 yang berikut:

100 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

9 (1,9) (9,9)
8

7Orientasi pekerja
6
Bab 2
5 (5,5) Cintai Negara
4
Setiap perniagaan perlu
3 menjalankan sistem pengurusan
2 secara adil dan saksama dengan
mengambil kira kepentingan
1 (1,1) 23 45 6 7 (9,1) semua pihak.
1 Orientasi pengeluaran 89
EMK
Rajah 2.20  Grid pengurusan
Arahan:
(i)  Gaya pengurusan laissez-faire (1,1) Bentangkan dalam kelas.
Gaya pengurusan laissez-faire menunjukkan majikan terlalu Soalan:
memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka. Hal ini Berdasarkan trend semasa dalam
mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal. perniagaan dan situasi ekonomi
Hal ini seterusnya menyebabkan organisasi gagal mencapai semasa, jelaskan gaya pengurusan
matlamat yang telah ditetapkan. masa kini yang berupaya memacu
pertumbuhan perniagaan ke arah
(ii)  Gaya pengurusan sokongan (1,9) yang lebih baik.
Gaya pengurusan sokongan menunjukkan tahap perhubungan
yang baik telah terjalin antara majikan dengan pekerja. Walau
bagaimanapun, masih wujud risiko kegagalan dalam tindakan
daripada majikan bagi mempengaruhi pekerja untuk berusaha
membantu perniagaan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

(iii)  Gaya pengurusan sederhana (5,5)

Gaya pengurusan sederhana menunjukkan tindakan majikan yang Minda Kreatif
bijak dalam menjaga hubungan dengan pekerja mereka. Tindakan
tersebut diambil bagi tujuan memberi motivasi kepada pekerja Jelaskan kaedah menguruskan
agar berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. perniagaan dengan cara yang
(iv)  Gaya pengurusan autokratik (9,1) baik dan berkesan.

Gaya pengurusan autokratik menunjukkan tindakan majikan 101
yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, gaya pengurusan seperti ini berpotensi
untuk menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan
sesetengah pekerja.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2

RM Celik Kewangan (v)  Gaya pengurusan demokratik (9,9)
Gaya pengurusan demokratik menunjukkan tindakan majikan
Setiap pekerja perlu didedahkan mengamal­kan toleransi dan menjalinkan hubungan yang baik
dengan pengurusan kewangan dengan pekerja dalam semua aspek. Gaya pengurusan jenis ini
bagi memastikan pekerja tidak berupaya mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai
terbeban dengan masalah matlamat yang telah ditetapkan.
kewangan sehingga menjejaskan
Bab 2 produktiviti mereka. (b)  Sumber Manusia

QR Code Sumber manusia ialah fungsi perniagaan yang memberi fokus
kepada keperluan tenaga kerja semasa termasuk pengurusan
Pembangunan Sumber pembahagian kerja dan menambah baik tenaga kerja sedia
Manusia Berhad (HRDF) ada. Sumber manusia yang mencukupi dan baik akan menjadikan
http://www.hrdf.com.my persekitaran perniagaan lebih berkesan dan berdaya saing.
Sumber manusia dibahagikan kepada dua, iaitu sumber dalaman
Minda Kreatif dan luaran.

Jelaskan secara ringkas tiga (i)  Sumber Manusia Dalaman
kumpulan pekerja mengikut Sumber dalaman merujuk pada pekerja yang sedang berkhidmat
peringkat kemahiran. dalam sesebuah organisasi perniagaan. Penggunaan sumber
dalaman akan mengurangkan kos perniagaan dan memudahkan
proses pengambilan dengan merujuk rekod pekerja sedia ada.
Kelebihan dan kekurangan pengambilan pekerja melalui sumber
dalaman ditunjukkan di dalam Jadual 2.2 yang berikut:

Jadual 2.2  Kelebihan dan kekurangan sumber manusia dalaman

Kelebihan Kekurangan

• Memotivasikan pekerja • Tidak membawa idea baharu
Pekerja akan lebih bermotivasi Organisasi tidak memperoleh

untuk bekerja kerana wujud idea baharu daripada pekerja
kemungkinan untuk
kenaikan pangkat

• Pekerja lebih memahami • Kekosongan jawatan
budaya organisasi Berlaku jika pekerja

Pekerja sudah memahami dinaikkan pangkat atau
budaya organisasi, maka berhenti kerja
program induksi tidak
perlu dijalankan

• Maklumat pekerja sedia ada • Pengetahuan stereotaip
Maklumat dan prestasi pekerja Pekerja yang telah lama

sudah diketahui oleh majikan berkhidmat di syarikat
mungkin akan mempunyai
pengetahuan stereotaip

102 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(ii)  Sumber Manusia Luaran EMK
Sumber luaran merujuk pada pengambilan pekerja dari luar
organisasi. Penggunaan sumber luaran memerlukan proses yang Arahan:
lebih rumit dan kos tertentu termasuk pengiklanan dan lain-lain. Bincangkan dalam kumpulan.
Kebaikan dan kekurangan pengambilan pekerja melalui sumber Soalan:
luaran ditunjukkan di dalam Jadual 2.3 yang berikut: Jelaskan cara meningkatkan
produktiviti sumber manusia
Jadual 2.3  Kelebihan dan kekurangan sumber manusia luaran dalam perniagaan. Bab 2

Kelebihan Kekurangan Minda Kreatif
• Melahirkan idea baharu
Pekerja baharu akan • Memerlukan program induksi Jelaskan kaedah mendapatkan
Pekerja perlu diberikan program sumber manusia yang memenuhi
membawa idea baharu keperluan operasi perniagaaan.
induksi untuk menyesuaikan diri
• Kemahiran baharu dengan keadaan tempat kerja
Pekerja baharu
• Mengambil masa untuk
mempunyai kemahiran memahami budaya organisasi
baharu dan terkini
Pekerja memerlukan masa untuk
• Semangat menyesuaikan diri dengan budaya
Pekerja baharu akan kerja organisasi

mempunyai semangat • Kos merekrut yang tinggi
yang berkobar-kobar Organisasi perlu membelanjakan
untuk menjalankan tugas
kos yang tinggi untuk pengambilan
pekerja baharu

(c) Pemasaran Cintai Negara

Pemasaran merupakan satu sistem aktiviti sesebuah perniagaan Aktiviti pemasaran perlu
yang dibentuk dalam merancang dan melaksanakan strategi mengutamakan promosi
produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran barang barang atau perkhidmatan
atau perkhidmatan. Objektif pemasaran ialah untuk memenuhi keluaran tempatan berbanding
keperluan dan kehendak pengguna dalam mencapai objektif dengan barang atau
organisasi perniagaan. perkhidmatan import.

Perniagaan juga boleh menggunakan elemen-elemen yang
terdapat dalam campuran pemasaran untuk mempengaruhi
permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Elemen dalam campuran pemasaran ditunjukkan dalam Jadual
2.4 yang berikut:

Pilih satu perniagaan yang terdapat di tempat tinggal anda. Berdasarkan persekitaran perniagaan di tempat anda, kenal
pasti faktor-faktor yang membolehkan perniagaan tersebut terus berdaya saing.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 103

Jadual 2.4  Campuran pemasaran

Elemen Keterangan
Produk
• Tahap kualiti • Pembungkusan
Pengedaran • Reka bentuk • Saiz produk
• Gaya dan jenama • Jaminan produk
Promosi
Harga • Saluran pengedaran • Kadar inventori
• Kawasan pengedaran • Pengangkutan
• Lokasi syarikat
Bab 2
QR Code • Kaedah pengiklanan • Aktiviti promosi
• Pendekatan jualan • Program publisiti
Campuran pemasaran
http://ecrim.ptsb.edu.my/ • Harga yang ditetapkan • Tempoh bayaran
file/20141106092106.pdf • Kadar diskaun jualan kredit

• Kemudahan kredit

EMK (d) Pengeluaran

Arahan: Pengeluaran merupakan satu proses menghasilkan barang atau
Bincangkan dalam kumpulan. perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
Soalan: manusia yang tidak terhad. Pengeluaran melibatkan proses
Jelaskan teknik mengawal mengubah input kepada output melalui aktiviti tambah nilai.
perbelanjaan terbaik bagi
memastikan kos pengeluaran (e) Kewangan
dapat dikurangkan.
Faktor kewangan dan perakaunan merujuk pada struktur
kewangan perniagaan. Faktor kewangan dan perakaunan ini
bergantung pada kaedah perniagaan menjalankan urus niaga
dan sistem kewangan yang diamalkan dalam perniagaan. Faktor
kewangan juga berkaitan tentang sumber pendapatan serta
peluang-peluang pelaburan perniagaan.

Cintai Negara (f)  Teknologi Maklumat

Penggunaan teknologi maklumat Perkembangan dalam sistem teknologi maklumat telah mengubah
pada masa ini perlu digunakan cara komunikasi dan hubungan antara peniaga dengan pembekal,
secara berhemah dan bijak pelabur dan pelanggan. Maklumat lebih mudah diperoleh dan
dengan mengutamakan disampaikan melalui Internet. Perkembangan dalam teknologi
kepentingan negara. maklumat membolehkan proses pencapaian, penghantaran dan
penyimpanan maklumat menjadi lebih teratur. Hal ini seterusnya
membantu dan memudahkan proses membuat keputusan. Selain
itu, pasaran perniagaan bagi barang dan perkhidmatan menjadi
lebih meluas.

(g)  Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan aktiviti
kreatif dan inovatif yang dijalankan secara sistematik bagi

104 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

meningkatkan pengetahuan dan hasil sedia ada kepada EMK Bab 2
pembangunan dan penciptaan produk baharu yang bermanfaat.
Penyelidikan pemasaran perlu dilakukan untuk memastikan Arahan:
barang yang dikeluarkan mampu mendapat tempat dalam Bincangkan dalam kumpulan.
pasaran. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Soalan:
sesebuah perniagaan untuk meningkatkan kualiti barang atau Jelaskan cara menjadikan
perkhidmatan bagi memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna peluang yang wujud dalam
yang sentiasa berubah-ubah. persekitaran luaran sebagai
kelebihan kepada perniagaan.
2.3.2 Faktor Luaran
Buletin Keusahawanan
Faktor luaran merujuk pada faktor yang boleh memberi peluang
dan ancaman kepada sesebuah syarikat. Faktor-faktor luaran • Bermula 1 April 2015, cukai
yang mempengaruhi perniagaan terdiri daripada faktor politik, barang dan perkhidmatan
ekonomi, sosiobudaya, teknologi, ekologi dan undang-undang. (GST) dikenakan atas
Kebiasaannya, faktor luaran berada di luar kawalan syarikat. produk tertentu.

(a) Politik • Cukai ini telah membantu
menambah sumber
Keputusan dalam sesebuah perniagaan turut dipengaruhi oleh pendapatan negara.
perkembangan politik. Setiap dasar yang ditetapkan oleh sesebuah
kerajaan mempengaruhi persekitaran perniagaan. Kerajaan boleh
meluluskan undang-undang yang membawa kesan positif atau
negatif yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan.

Contoh

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus
(6%) telah diperkenalkan pada 1 April 2015. Antara kesan GST
kepada peniaga ialah mereka perlu mengeluarkan modal bagi
membeli perisian kewangan berkaitan GST.

QR Code 105

Parlimen Malaysia
http://www.parlimen.gov.my

Gambar foto 2.22  Persidangan Dewan Rakyat
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang https://commons.

wikimedia.org/wiki/File:Dewan_Rakyat_Malaysia.jpg,
capaian pada 22 September 2016)
Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2

Bab 2 EMK (b) Ekonomi

Arahan: Faktor ekonomi mempengaruhi kuasa beli dan gaya perbelanjaan
Bentangkan dalam kelas. pengguna. Pendapatan meningkat bermakna kuasa beli turut
Soalan: meningkat. Apabila keadaan sesuatu ekonomi itu baik, prestasi
Jelaskan cara menggunakan perniagaan juga menjadi baik.
perkembangan teknologi untuk
melicinkan aktiviti perniagaan. Contoh

RM Celik Kewangan Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dilanda kemelesetan ekonomi,
pelbagai industri seperti perhotelan dan automobil turut terjejas
Perbelanjaan secara berhemah kerana pengguna hanya berbelanja untuk keperluan sahaja.
perlu dijadikan sebagai amalan
yang konsisten bagi memastikan (c) Sosiobudaya
keadaan kewangan sentiasa berada
dalam keadaan kukuh dan baik. Cara hidup dan sosiobudaya yang diamalkan oleh pelanggan akan
mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.
Komposisi etnik yang terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina,
India serta bumiputera Sabah dan Sarawak membentuk corak
permintaan terhadap keluaran. Sikap pengguna terhadap sesuatu
barang dan perkhidmatan berubah mengikut masa.

Contoh

Pandangan terhadap gaya hidup sihat telah berubah menjadi
sesuatu yang penting untuk semua pada masa kini berbanding dengan
10 tahun yang lalu. Kesannya, perniagaan barang dan perkhidmatan
berasaskan kesihatan telah berkembang pesat. Pusat kecergasan dan
produk-produk kesihatan mengalami pertumbuhan yang positif.

Gambar foto 2.23  Mesin pengeluaran (d) Teknologi
wang automatik (ATM) 24 jam
Perubahan dalam teknologi mewujudkan peluang dan pasaran
baharu yang lebih banyak kepada usahawan. Perkembangan
teknologi membolehkan barang dan perkhidmatan baharu
ditawarkan kepada pengguna.
Teknologi baharu menjadikan barang dan perkhidmatan
sedia ada ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding
dengan harga pasaran. Perkembangan dalam teknologi komputer
membolehkan barang dan perkhidmatan disampaikan dengan
lebih efisien kepada pengguna.

Contoh

Perkhidmatan perbankan sudah mengalami perubahan teknologi.
Pengguna kini boleh menggunakan perkhidmatan perbankan 24 jam
tanpa mengambil kira lokasi mereka berada.

106 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(e) Ekologi Gambar foto 2.24  Teknologi solar Bab 2

Ekologi melibatkan isu alam sekitar yang memberi kesan kepada
perniagaan. Ekologi melibatkan beberapa perkara seperti sumber
bahan mentah, sumber tenaga, kadar pencemaran serta campur
tangan kerajaan dalam pengurusan sumber semula jadi.
Sumber semula jadi sedia ada yang terhad menjadi semakin
berkurangan berbanding dengan permintaan yang memerlukan
penyelesaian untuk masalah tersebut. Pelbagai agensi telah
melakukan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan produk
baharu untuk menggantikan atau mengurangkan penggunaan
sumber semula jadi.

Contoh

Teknologi solar lebih mesra alam dan bersih. Teknologi ini lebih
murah berbanding dengan sumber tenaga lain.

(f) Undang-undang Minda Kreatif

Faktor undang-undang juga boleh mempengaruhi persekitaran Jelaskan kepentingan
perniagaan. Setiap organisasi perniagaan memerlukan peraturan undang-undang dalam mengawal
dan undang-undang untuk melindungi semua pihak termasuk operasi sesebuah perniagaan.
masyarakat dan alam sekitar. Undang-undang juga dapat
mewujudkan persaingan yang sihat dan melindungi pengguna
daripada penyelewengan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

2.3.3 Analisis Faktor Dalaman
dan Faktor Luaran

Analisis faktor dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi EMK
perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis SWOT.
Analisis SWOT merupakan salah satu kaedah menganalisis yang Arahan:
digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu Bincangkan dalam kumpulan.
perniagaan. SWOT ialah singkatan kepada perkataan Strengths Soalan:
(Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Jelaskan peranan analisis SWOT
Threats (Ancaman). dalam memastikan faktor dalam
Objektif analisis SWOT ini adalah bertujuan untuk menilai dan luaran kepada perkembangan
kesan perubahan persekitaran dalaman dan luaran yang boleh dan kemajuan perniagaan.
mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan. Selain itu, analisis
SWOT juga dapat membantu organisasi merancang aktiviti
perniagaan secara lebih sistematik. Kekuatan dan kelemahan
merupakan komponen analisis faktor dalaman manakala peluang
dan ancaman ialah komponen untuk analisis faktor luaran.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 107

Bab 2 Cintai Negara (a)  Analisis Faktor Dalaman

Pada 2 Oktober 2002, jemaah Analisis faktor dalaman ialah penilaian secara terperinci tentang
menteri telah meluluskan Dasar kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah organisasi perniagaan.
Alam Sekitar Negara bertujuan Antara faktor dalaman yang boleh dianalisis dan dinilai ialah
meneruskan kemajuan, sosial dan struktur organisasi, budaya kerja, sumber kewangan, kecekapan
budaya serta peningkatan kualiti pengeluaran, kualiti pengeluaran dan sumber manusia.
hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan (i) Kekuatan
pembangunan lestari. Kekuatan ialah keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan perniagaan untuk bersaing. Contoh kekuatan ialah jenama
yang popular, paten, hubungan baik dengan pelanggan, sumber
daripada laman sesawang kewangan yang kukuh dan lain-lain.
http://www.doe.gov.my)
(ii) Kelemahan
Kelemahan ialah kekurangan yang wujud dari aspek sumber
tenaga, kepakaran dan bahan mentah. Jenama yang belum dikenali
serta pekerja kurang berkemahiran juga boleh menghalang
perniagaan mencapai prestasi yang baik.

EMK (b)  Analisis Faktor Luaran

Arahan: Analisis faktor luaran ialah penilaian berkaitan dengan peluang
Bincangkan dalam kumpulan. dan ancaman yang wujud di persekitaran luaran perniagaan.
Soalan: Faktor-faktor luaran yang boleh dinilai adalah seperti pelanggan,
Jelaskan kaedah menjadikan persaingan, trend pasaran, pembekal, keadaan ekonomi, sosial,
faktor luaran sebagai sumber teknologi, politik dan perundangan.
idea dalam memaksimumkan
keuntungan perniagaan. (i) Peluang
Peluang ialah kelebihan yang diperoleh kesan daripada perubahan
yang berlaku dalam persekitaran luaran perniagaan. Contohnya,
kewujudan teknologi baharu dan perubahan cita rasa pelanggan.

(ii) Ancaman
Ancaman pula ialah sesuatu perubahan daripada persekitaran
luaran perniagaan yang boleh membantutkan perkembangan
perniagaan. Contohnya, muncul barang atau perkhidmatan
pengganti daripada pesaing dan perubahan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan.

Pilih satu perniagaan yang terdapat di tempat tinggal anda. Kenal pasti peluang dan ancaman yang wujud
dan dihadapi oleh perniagaan tersebut. Kemudian, jelaskan cara yang boleh digunakan oleh perniagaan bagi
menggunakan peluang yang wujud agar dapat memajukan perniagaan yang sedang dijalankan. Seterusnya, berikan
cadangan terbaik menghadapi ancaman yang wujud bagi memastikan perniagaan dapat berdaya saing dalam pasaran.
108 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

(c)  Cara Menggunakan Matriks SWOT

Berikut merupakan cara menggunakan matriks SWOT.

Dalaman Kekuatan Kelemahan EMK

Arahan:
Bentangkan dalam kelas.

Luaran Peluang Ancaman Soalan: Bab 2
Jelaskan peluang yang boleh
diambil oleh koperasi atau
kantin sekolah anda dalam
memaksimumkan keuntungan
yang diperoleh.

Rajah 2.21  Cara menggunakan matriks SWOT

Analisis SWOT dibuat berdasarkan pada hubungan antara faktor
dalaman, iaitu kekuatan dan kelemahan, terhadap faktor luaran,
iaitu peluang dan ancaman.

Jadual 2.5  Kaedah menggunakan SWOT

Strategi Huraian
Kekuatan-­ Kekuatan merujuk pada keunikan yang ada pada faktor dalaman perniagaan yang
Peluang boleh digunakan untuk merebut peluang yang wujud ekoran daripada perkembangan
faktor luaran.
(S O)

Kelemahan- Kelemahan merujuk pada kekurangan yang dihadapi perniagaan disebabkan oleh
Peluang (W O) faktor dalaman. Kelemahan ini boleh menggugat perkembangan perniagaan. Oleh itu,
pihak pengurusan perniagaan perlu mengambil langkah yang proaktif supaya peluang
Kekuatan- perniagaan yang wujud disebabkan oleh faktor luaran dapat direbut oleh perniagaan.
Ancaman (S T) Kekuatan perniagaan yang dimiliki oleh faktor dalaman perniagaan dapat digunakan
dalam strategi menghadapi ancaman yang wujud disebabkan oleh perkembangan
Kelemahan- faktor luaran.
Ancaman Kekurangan yang dihadapi oleh perniagaan seperti kekurangan tenaga pakar memberi
ancaman kepada perniagaan ekoran tindakan pesaing dalam pasaran. Perniagaan perlu
(W T) menjalinkan kerjasama dengan pihak lain supaya setiap kelemahan dapat diatasi.

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

1 Pilih sebuah perniagaan bagi mengkaji dan menganalisis berdasarkan analisis SWOT.
2 Bahagikan kelas kepada empat kumpulan kecil.
3 Setiap kumpulan diberikan satu ciri SWOT, iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
4 Lakukan aktiviti sumbang saran berdasarkan ciri SWOT yang telah ditetapkan.
5 Bentangkan dalam kelas.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 109

Bab 2 Cintai Negara 2.4 Kesan Perubahan
Persekitaran
Setiap individu perlu saling terhadap Organisasi
bekerjasama dan bertoleransi Perniagaan
bagi membantu negara
menangani keadaan ekonomi Setiap trend dan faktor persekitaran akan memberi kesan kepada
semasa yang tidak menentu persekitaran perniagaan sama ada secara langsung atau tidak
pada masa ini. langsung. Usahawan atau peniaga perlu sentiasa peka terhadap
keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah.
Antara kesan perubahan persekitaran terhadap sesebuah
organisasi perniagaan ialah pasaran, trend dan undang-undang.

2.4.1 Kesan Perubahan dari
Aspek Pasaran

Kesan perubahan persekitaran terhadap pasaran dalam sesebuah
perniagaan boleh dilihat dari beberapa perspektif seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.22 yang berikut:

BERITA PERNIAGAAN
Perniagaan • Kewangan • Gaya Hidup • Pelancongan • Sukan • Cuaca

Perubahan fesyen dan gaya Lambakan barang import Pembangunan dalam
hidup pengguna Kemasukan barang teknologi
Cara untuk mendapatkan import yang murah tanpa Pembangunan dalam
muzik kegemaran pada masa sekatan boleh menjejaskan teknologi memberi kesan
ini berubah daripada membeli perniagaan tempatan. kepada pasaran barang.
cakera padat (CD) kepada Wujudnya barang baharu
memuat turun dari Internet. seperti kamera digital,
Hal ini memberi kesan kepada telefon mudah alih 4G,
pembekal CD kerana pasaran televisyen beresolusi tinggi
mereka menjadi kecil dan (HD), pencetak tanpa wayar
tertumpu kepada sebilangan dan lain-lain menyebabkan
individu yang suka mengumpul permintaan untuk versi lama
dan menyimpan CD sahaja. produk semakin berkurang.

Rajah 2.22  Kesan perubahan dari aspek pasaran
110 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

2.4.2 Kesan Perubahan dari EMK Bab 2
Aspek Trend
Arahan:
Kesan perubahan dari aspek trend meliputi kesan terhadap guna Bincangkan dalam kumpulan.
tenaga, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Soalan:
Berdasarkan keadaan
(a)  Guna Tenaga ekonomi negara dan dunia
pada masa ini, jelaskan kesan
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan perubahan ekonomi kepada
ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. persekitaran perniagaan.
Guna tenaga penuh ialah kadar pengangguran sumber tenaga
pekerja berada pada paras empat peratus (4%) atau kurang. RM Celik Kewangan
Pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak dalam kehidupan dan menyebabkan wujudnya Setiap individu perlu berani
perkembangan perniagaan. mencari sumber pendapatan
Bagi pihak kerajaan, sumber pendapatan negara diperoleh tambahan dan tidak hanya
daripada pelbagai sumber seperti cukai yang dikenakan atas bergantung pada sumber
keuntungan sesebuah perniagaan dan pendapatan penduduk. pendapatan sedia ada.
Jika trend penurunan dalam guna tenaga berlaku, hal ini
bermakna kadar pengangguran akan meningkat.

(b) Pendapatan

Pendapatan persendirian ialah jumlah nilai pendapatan yang
diterima oleh individu dalam satu jangka masa tertentu,
biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan
produktif atau tidak produktif. Pendapatan boleh guna yang
meningkat akan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

(c)  Pertumbuhan Ekonomi

Trend pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang
memberi kesan positif kepada perniagaan. Kerajaan berperanan
memperkukuh tahap pertumbuhan ekonomi negara melalui
pelaksanaan dasar tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan.

2.4.3 Kesan Perubahan dari
Aspek Undang-undang

Undang-undang yang telah diluluskan kerajaan berkaitan dengan
pelbagai isu perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat
dalam perniagaan.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 111

Bab 2 Kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang adalah
seperti yang berikut:
QR Code
(a)  Melindungi Perniagaan daripada
Akta Persaingan 2010 Sebarang Penipuan
http://www.mycc.gov.my
Dari semasa ke semasa kerajaan akan menggubal dan meminda
undang-undang berkaitan dengan perniagaan untuk melindungi
sesebuah organisasi perniagaan daripada unsur penipuan. Akta
Kontrak 1950 memberi peruntukan dalam aspek perundangan
berkaitan dengan elemen-elemen kontrak yang wujud supaya
pihak-pihak perniagaan yang terlibat dapat mematuhi elemen
kontrak yang telah dipersetujui.
Peruntukan Akta Kontrak 1950 menetapkan bahawa setiap
perjanjian perlu wujud konsep balasan atas pihak yang memb­ uat
kontrak. Balasan merupakan faedah yang diperoleh semua pihak
yang menjalankan urus niaga. Jika sesuatu pihak gagal mendapat
balasan, hal ini menyebabkan sesuatu kontrak batal.

Contoh

Puan Nor Bahijah bersetuju untuk menjual sebuah rumah teres
dengan harga sebanyak RM300,000 kepada Encik Ismat. Penjual
rumah perlu menyerahkan rumah teres tersebut kepada pembeli
setelah Encik Ismat menyelesaikan semua pembayaran sebanyak
RM300,000. Selagi pembayaran tidak diselesaikan sepenuhnya,
penjual tidak perlu menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli
untuk mengelakkan berlaku sebarang penipuan dalam urus niaga.

EMK (b)  Mewujudkan Sistem Perniagaan
secara Adil
Arahan:
1 Bentukkan kelas kepada Setiap organisasi perniagaan tidak boleh lari daripada unsur
persaingan yang wujud dalam pasaran. Oleh itu, persaingan untuk
kumpulan kecil. mendapatkan pembeli antara perniagaan akan wujud. Peruntukan
2 Jalankan proses atau aktiviti undang-undang membolehkan sesebuah perniagaan mendapat
hak dalam menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mendapat hak
sumbang saran. persaingan yang sihat.
3 Bincangkan dalam kumpulan. Akta Persaingan 2010 memberi peruntukan kepada sesebuah
Soalan: perniagaan bersaing secara adil serta mengelakkan daripada
Jelaskan kaedah mewujudkan terlibat dalam perjanjian persaingan termasuk penyalahgunaan
sistem perniagaan yang adil kedudukan dominan sesebuah perniagaan dalam pasaran.
dan saksama dalam sesebuah
organisasi perniagaan.

112 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

Contoh Minda Kreatif

Syarikat besar luar negara menjalankan dasar lambakan untuk Terangkan peranan kerajaan
mengeluarkan perniagaan bersaiz kecil daripada pasaran. Dasar dalam memastikan setiap
lambakan merupakan strategi perniagaan menjual produk dengan perniagaan dijalankan secara adil
harga di bawah kos. Hal ini bermakna syarikat besar luar negara dalam pasaran.
menjalankan aktiviti dalam keadaan kerugian dalam jangka
masa pendek. Tujuan syarikat ini adalah untuk menyingkirkan Bab 2
perniagaan kecil dalam pasaran dalam jangka masa pendek. Dalam
jangka panjang, syarikat besar luar negara akan menaikkan harga
produk setelah perniagaan kecil tidak ada lagi dalam pasaran.

(c)  Melindungi Hak Semua Pihak di Istilah Perniagaan
Dalam Perniagaan
Paten (patent)
Bagi mengelakkan berlakunya unsur peniruan dan mengambil Satu hak eksklusif yang
hak cipta perniagaan daripada perniagaan lain, pihak kerajaan dianugerahkan oleh pihak
telah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi kerajaan untuk suatu reka cipta
melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain baharu, iaitu satu produk atau
tanpa mendapat kebenaran. Akta Hak Cipta 1987 digubal bagi satu proses. Perlindungan Paten
tujuan memberi perlindungan terhadap karya-karya sastera, adalah selama 20 tahun dari
muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Perlanggaran hak tarikh pemfailan.
cipta berlaku apabila perniagaan lain mengambil hak cipta tanpa
mendapat kebenaran seperti menjual, mengeluarkan, memiliki
dan menyalin bagi tujuan perniagaan.

Contoh

Syarikat Filem A telah menyalin semula filem yang dikeluarkan
oleh Syarikat Filem B bertujuan untuk disiarkan dalam Youtube
supaya mendapat keuntungan. Dengan itu, Syarikat Filem A telah
melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang
melalui Akta Hak Cipta 1987.

Cari maklumat tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kemudian jelaskan perkara yang berikut:
1 peranan MyIPO.
2 kebaikan MyIPO kepada perniagaan dan pengguna.
3 kandungan yang termaktub dalam undang-undang:

(a) Akta Paten 1983
(b) Akta Cap Dagangan 1976
(c) Akta Hak Cipta 1987

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 113

Gerak Minda 2

SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Nyatakan maksud faktor dalaman dalam persekitaran perniagaan.

2 Berikan dua contoh kesan perubahan dalam ekonomi dan teknologi kepada perniagaan.

3 Nyatakan jenis pelepasan cukai yang berkaitan dengan perniagaan.

4 Berikan dua contoh agensi kerajaan yang membantu memberi pembiayaan kepada usahawan.
(a)
(b)

5 Nyatakan maksud inflasi.

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 (a) Huraikan persekitaran dalam perniagaan.

(b) Berikan cadangan yang dapat membantu sesebuah perniagaan menangani perubahan dalam
teknologi dan perundangan.

2 Jelaskan jenis pengangguran yang sedang dihadapi oleh negara pada masa ini. Bincangkan.
3 Jelaskan punca berlakunya deflasi di sesebuah negara.
4 Terangkan kepentingan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
5 Terangkan perbezaan antara persekitaran dalaman dengan persekitaran luaran.

114 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2

Tugasan: Menjelaskan jenis-jenis perundangan dan peraturan perniagaan yang terdapat di Malaysia
Kaedah dicadangkan: Pembelajaran berasaskan inkuiri
Langkah-langkah:
1 Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan tugasan mengikut jenis perundangan oleh guru. Contohnya,

undang-undang yang melindungi pengguna dan undang-undang yang melindungi peniaga.
3 Murid melayari Internet untuk mendapatkan maklumat.
4 Bincangkan maklumat dalam kumpulan dan buat pembentangan dalam kelas.

Refleksi

1 Terangkan peranan kerajaan dalam menangani isu tempatan, negara dan serantau.
2 Jelaskan perbezaan peranan yang wujud antara kerajaan pusat, negeri dan tempatan.
3 Terangkan undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan.
4 Jelaskan peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan masalah

kemelesetan ekonomi.
5 Jelaskan persekitaran perniagaan yang wujud di Malaysia.

Rumusan

Bab ini mengulas isu berkenaan dengan persekitaran perniagaan yang sangat kompleks. Persekitaran
perniagaan terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Elemen dalam kedua-dua faktor
ini perlu diberi perhatian dalam membentuk satu sistem pengurusan dan operasi yang mantap
dalam sesebuah perniagaan. Faktor dalaman merupakan kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah
organisasi. Faktor luaran pula ialah sesuatu yang di luar kawalan perniagaan. Hala tuju perniagaan
boleh ditentukan dengan membuat analisis dalaman dan luaran untuk menentukan tindakan yang
perlu diambil untuk menangani perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan.

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 115

Latihan Sumatif 2

SOALAN OBJEKTIF 7 Pengangguran kitaran berlaku kerana
Arahan: Jawab semua soalan. A ekonomi tidak stabil
1 Antara berikut, yang manakah akta yang B pekerja tamat kontrak
C pekerja kekurangan kemahiran
terdapat dalam perniagaan? D majikan gagal membayar gaji pekerja
A Akta kontrak 1960
B Akta sewa beli 1967 8 Yang manakah faktor inflasi?
C Akta perkongsian 1969 A Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
D Akta jualan barangan 1975 secara tahunan
2 Yang manakah peranan Pihak Berkuasa B Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
Tempatan (PBT)? secara berterusan
A Menyediakan infrastruktur C Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
B Menyediakan bantuan pelaburan secara berperingkat
C Memajukan sistem pendidikan usahawan D Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
D Menaja pembangunan perniagaan setempat mengikut jumlah permintaan
3 Kerajaan negeri menjalankan peranan
A membangunkan kawasan setempat 9 Yang manakah kesan deflasi?
B membina jaringan pengangkutan yang baik A Berlaku guna tenaga penuh
C mengumpul cukai pendapatan dan cukai B Kuasa beli pengguna meningkat
C Wujud lambakan barang atau perkhidmatan
keuntungan perniagaan dalam pasaran
D melindungi pengguna daripada menjadi D Permintaan terhadap barang atau
perkhidmatan meningkat secara berterusan
mangsa penipuan perniagaan
4 Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan 10 Pilih kesan yang berlaku akibat daripada
kewujudan faktor persekitaran luaran yang
guna tenaga penuh. menyebabkan trend menurun.
A Pengangguran mencapai tahap minimum A Kuasa beli meningkat
B Nilai wang meningkat
empat peratus C Kos pengeluaran menurun
B Pengurangan kadar ganti pusing dalam D Kesukaran melaksanakan polisi atau dasar
yang berkaitan dengan ekonomi
kalangan pekerja
C Tidak wujud pengangguran sumber tenaga 11 Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi
operasi sesebuah perniagaan?
dalam kalangan pekerja A Melalui penggubalan dasar dan
D Penganggur diberi latihan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang
B Memberikan khidmat nasihat kepada
peningkatan produktiviti golongan peniaga
5 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan C Meletakkan wakil kerajaan di setiap
premis perniagaan
pengangguran bermusim? D Mengenakan denda kepada peniaga yang
A Keadaan ekonomi meleset tidak mengikut peraturan
B Tiada kemahiran yang diperlukan
C Berlaku perubahan dalam industri
D Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek
6 Apakah faktor yang menyebabkan
pengangguran bermusim berlaku?
A Pekerja tamat kontrak
B Pekerja diberhentikan
C Pekerja tiada kemahiran teknologi
D Pekerja mendapat pekerjaan baharu

116 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

12 Yang manakah pasangan yang betul? 16 Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja
di negara maju semakin berkurangan?
Dasar Fiskal Dasar Kewangan A Tiada peluang untuk kenaikan pangkat
dalam organisasi
A Pelaksanaan cukai Penetapan kadar B Upah yang ditawarkan rendah oleh itu
faedah pekerja berhijrah ke negara lain
C Meningkatnya penggunaan mesin, robot
B Dilaksanakan Dilaksanakan untuk dan teknologi dalam pengeluaran
sepanjang tahun tempoh tertentu D Negara maju hanya menumpukan kepada
bidang perkhidmatan sahaja
C Dikenakan kepada Khas untuk peniaga
semua orang sahaja

D Dilaksanakan Dilaksanakan 1 7 Pilih pernyataan betul tentang masalah
melalui bank melalui bank pusat kemerosotan ekonomi.
saudagar
I Pendapatan penduduk tidak mencukupi
untuk membeli barang
1 3 Antara berikut, yang manakah kesan II Peniaga akan mengeksport barang ke
kemelesetan ekonomi?
I Guna tenaga penuh luar negara
III Pengeluaran barang meningkat
II Pengangguran meningkat IV Kadar pengangguran meningkat
III Kuasa beli penduduk menurun
IV Kuasa beli penduduk meningkat A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
18 Yang manakah kesan perubahan dari aspek
14 Gambar foto berkaitan faktor dalaman dalam teknologi?
persekitaran perniagaan. A Kaedah pengagihan barang dan
perkhidmatan menjadi lebih cekap
Pekerja Cemerlang B Perbezaan gaya hidup membuka peluang
menembusi pasaran yang baharu
dianugerahkan kepada C Pelbagai program berkaitan perniagaan
diterapkan dalam sistem pendidikan
Siti Juna binti Isa D Sekatan dikenakan ke atas barang import
sebagai penghargaan untuk melindungi dan menjaga kepentingan
Pembaktian, semangat dan usaha anda peniaga tempatan

Tandatangan 01 January 2016 19 Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya
Tarikh pengurusan sederhana?
A Majikan bertindak tegas dengan pekerja
Apakah faktor dalaman tersebut? B Majikan terlalu memberi ruang kepada
A Pekerja C Pengeluaran pekerja mereka
B Pemasaran D Gaya pengurusan C Majikan menjaga hubungan baik dengan
pekerja mereka
15 Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis D Majikan menjalinkan hubungan baik
SWOT. dengan pekerja mereka
A Kekuatan dan ancaman ialah komponen
analisis luaran 2 0 Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya
B Kekuatan dan kelemahan ialah komponen Syarikat Malaysia (SSM)?
analisis luaran A Mendaftar perniagaan
C Peluang dan ancaman ialah komponen B Mengawal penetapan harga
untuk analisis luaran C Menggubal undang-undang syarikat
D Peluang dan ancaman ialah komponen D Membantu mempromosi syarikat ke
untuk analisis dalaman luar negara

Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2 117

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Jelaskan dengan ringkas kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara.
2 Terangkan empat faktor persekitaran luaran dengan memberikan contoh yng sesuai.
3 Jelaskan analisis kekuatan (strenghts) dan peluang (opportunities) dapat menyumbang kepada sesebuah

organisasi perniagaan.
4 Terangkan sebab pihak kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk memberi

perlindungan kepada pengguna.
5 Huraikan bagaimana faktor yang berikut dapat menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

(i) Pelanggan
(ii) Ekonomi
(iii) Undang-undang
6 Dengan memberikan contoh, jelaskan bagaimana perubahan teknologi dan pelanggan dapat
menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan industri perbankan Malaysia.
7 Terangkan manfaat yang diperoleh oleh sebuah organisasi perniagaan yang telah melakukan analisis
dalaman dan luaran untuk perniagaannya.
8 Terangkan dengan contoh dasar fiskal dan dasar kewangan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk
memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
9 Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi perniagaan. Jelaskan.
10 Jelaskan cara mengatasi lambakan barang import di Malaysia.

118 BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan

3BAB

PENETAPAN VISI, MISI
DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Organisasi perniagaan memerlukan visi, misi dan objektif perniagaan untuk memudahkan pengurusan.
Visi, misi dan objektif dijadikan panduan kepada perniagaan dalam menentukan hala tuju sebarang aktiviti
perniagaan yang akan dijalankan.

Untuk pengetahuan anda, penetapan visi, misi dan objektif bukan sahaja bagi organisasi perniagaan tetapi
melibatkan organisasi bukan perniagaan supaya dijadikan panduan dalam sebarang keputusan dan tindakan.

Dalam bab ini, anda akan mengetahui maksud, ciri, tujuan dan faktor penetapan visi, misi dan objektif
sesebuah perniagaan.

KATA KUNCI • Objektif
• Visi • Matlamat

• Misi

Standard Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 menyatakan maksud dan menulis visi, misi dan objektif perniagaan
2 membandingkan visi, misi dan objektif beberapa perniagaan yang berbeza
3 menjelaskan ciri-ciri objektif sesuatu perniagaan
4 menghuraikan tujuan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan sebagai panduan perniagaan
5 menghasilkan visi, misi dan objektif bagi perniagaan tertentu
6 menerangkan kesan kepada perniagaan akibat kegagalan mencapai matlamat dan objektif
7 menjelaskan faktor lain yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan
8 menilai pencapaian visi, misi dan objektif bagi sesebuah perniagaan

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3 121

3Peta Konsep

Penetapan visi, misi dan
objektif perniagaan

Maksud visi,
misi dan

objektif perniagaan

Ciri-ciri Faktor lain yang
objektif mempengaruhi
perubahan visi,
Penghasilan visi, misi dan objektif
misi dan objektif perniagaan
bagi perniagaan
Pencapaian visi, misi
Perbandingan visi, dan objektif dalam
misi dan objektif sesebuah perniagaan
beberapa perniagaan
yang berbeza

Tujuan penetapan
visi, misi dan objektif
perniagaan sebagai
panduan perniagaan

Kesan kepada perniagaan
akibat kegagalan mencapai
matlamat dan objektif

122 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.1 Maksud Visi, Misi dan
Objektif Perniagaan

Setiap perniagaan mempunyai visi, misi dan objektif (VMO) Minda Kreatif
tersendiri yang selari dengan jenis perniagaan yang sedang
dijalankan. Visi, misi dan objektif perniagaan yang ditetapkan Jelaskan kelebihan pembentukan
akan menjadi pemacu kepada pencapaian dan kesinambungan visi, misi dan objektif sesebuah
sesebuah organisasi perniagaan. organisasi perniagaan.
Visi, misi dan objektif perniagaan merupakan jenis
perancangan yang digunakan oleh organisasi perniagaan dalam Bab 3
mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, visi,
misi dan objektif perniagaan dijadikan sebagai panduan dalam
pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan
dan tindakan yang diambil. Visi, misi dan objektif perniagaan
merupakan asas pembentukan strategi perniagaan.

• Merupakan penetapan perancangan
melibatkan fokus dan perancangan
jangka masa panjang

• Menjadi panduan untuk membuat
keputusan dan tindakan bagi
memastikan hala tuju perniagaan
berada di landasan yang tepat

• M erupakan satu pernyataan ringkas
y ang menjelaskan tujuan atau
matlamat utama sesebuah perniagaan

• D ibentuk menjadi satu ketetapan
dalam melakukan aktiviti perniagaan
untuk mencapai matlamat

• M erupakan pembentukan maklumat
yang lebih khusus

• Sasaran boleh diukur bagi membantu
pencapaian tujuan organisasi

Rajah 3.1  Maksud visi, misi dan objektif
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Pengurusan Strategik Konsep dan Kes, Edisi Ketiga, Pearson: Petaling Jaya)

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3 123

3.2 Perbandingan Visi,
Misi dan Objektif
Beberapa Perniagaan
yang Berbeza

Penentuan pernyataan visi, misi dan objektif perniagaan adalah
berbeza antara satu sama lain. Visi, misi dan objektif perniagaan
ditetapkan bersesuaian dengan aspek perniagaan, iaitu organisasi
bermotifkan untung, organisasi bukan bermotifkan untung dan
pertubuhan sukarela.

Bab 3 3.2.1 Organisasi Bermotifkan
Untung (OBU)

EMK Organisasi bermotifkan untung ialah perniagaan yang
mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan
Arahan: supaya dapat memuaskan kehendak pemilik perniagaan.
Layari laman sesawang Khazanah
Nasional dan bentangkan Organisasi bermotifkan untung didaftarkan di bawah Pendaftar
kajian anda dalam kelas dengan Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
menggunakan teknologi terkini.
Soalan: Organisasi bermotifkan untung terdiri daripada entiti perniagaan
Apakah visi, misi dan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi.
objektif Khazanah Nasional? Entiti perniagaan yang berbeza tertakluk pada undang-undang
Bagaimanakah visi, misi perniagaan yang berbeza.
dan objektif Khazanah
Nasional dibentuk?

Contoh Organisasi bermotifkan untung

QR Code Felda Global Ventures (FGV)

Khazanah Nasional Kebanyakan visi, misi dan objektif bagi organisasi yang
http://www.khazanah.com.my berteraskan sektor swasta menjurus kepada matlamat yang sama,
iaitu bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.

124 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.2.2 Organisasi Bukan QR Code
Bermotifkan Untung
(OBBU) Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (ROS)
Organisasi bukan bermotifkan untung pula ialah perniagaan
yang mempunyai objektif berorientasi kepada kebajikan http://www.ros.gov.my
ahli, masyarakat dan memberikan perkhidmatan kepada
orang ramai. Perniagaan ini berbentuk persatuan, pertubuhan, Bab 3
yayasan, kelab, angkatan dan kesatuan. Dalam aspek pendaftaran,
organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) perlu didaftarkan
di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Pembentukan visi, misi dan objektif OBBU tertumpu kepada
kepentingan orang ramai termasuklah penyediaan perkhidmatan
yang cekap dan berkualiti kepada ahli. Walaupun visi, misi dan
objektif OBBU berbeza dengan OBU tetapi pada masa ini, OBBU
telah menerapkan budaya kerja korporat dalam pengurusan
organisasi supaya visi, misi dan objektif boleh dicapai dengan
cekap dan berkesan.

QR Code

Pejabat Pendaftar
Pertubuhan Belia (ROY)

http://roy.kbs.gov.my

Gambar foto 3.1  Organisasi bukan bermotifkan untung Cintai Negara

Begitu juga visi, misi dan objektif sektor awam berbeza Setiap perniagaan atau individu
daripada sektor swasta, tetapi pada masa sekarang kerajaan telah perlu sentiasa membantu
menerapkan budaya korporat dalam pengurusan supaya visi, misi organisasi bukan bermotifkan
dan objektif dapat dicapai. Pengamalan budaya korporat dalam untung agar usaha membantu
pengurusan milikan kerajaan membolehkan sumber digunakan masyarakat atau golongan
dengan cekap. yang memerlukan dapat terus
dilaksanakan dengan baik dan
berkesan secara berterusan.

Jelaskan perbezaan antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung dari aspek
peranan dan kepentingannya.

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3 125

Minda Kreatif 3.2.3 Pertubuhan Sukarela

Dengan memberikan satu contoh Masyarakat merupakan pelanggan utama kepada pertubuhan
yang sesuai, jelaskan secara sukarela. Oleh itu, penentuan visi, misi dan objektif yang tepat
ringkas visi, misi dan objektif akan dapat menyokong tujuan organisasi tersebut.
pertubuhan sukarela. Pencapaian visi, misi dan objektif pertubuhan sukarela
ber­gantung kepada pengurusan organisasi yang dapat menarik
ahli menjalankan aktiviti yang telah dirancang secara sukarela.
Kemampuan menarik ahli yang ramai serta aktif menjalankan
aktiviti yang dirancang menyumbang kepada pencapaian visi,
misi dan objektif pertubuhan sukarela.

Bercorak 1 2 Lebih berfokus pada
kebajikan dan perkhidmatan yang
faedah bersama disediakan untuk
ahli dan masyarakat

Bab 3

4 3 Lebih bercorak
aktiviti selaras
Lebih dikenali dengan tujuan
dengan nama organisasi
persatuan, kelab, tersebut
yayasan dan angkatan didaftarkan

Rajah 3.2  Tumpuan pertubuhan sukarela
Jadual 3.1  Perbandingan antara OBU dengan OBBU

Gambar foto 3.2  Persekutuan Pengakap Dimensi Organisasi Organisasi Bukan
Malaysia (PPM) Aktiviti Bermotifkan Untung Bermotifkan Untung
Mengeluarkan barang Tertumpu pada aktiviti
Tujuan dan perkhidmatan memberi perkhidmatan
Sumber kepada masyarakat
kewangan Memaksimumkan Memberi kepuasan dan
keuntungan menjaga kebajikan ahli
Sumber modal daripada Dapat pembiayaan daripada
pemilik, pinjaman dan kerajaan, sumbangan dan
keuntungan perniagaan yuran keahlian

Bentukkan satu kumpulan kerja yang terdiri daripada lima orang. Cari dan bentangkan perkara yang berikut:
• Visi, misi dan objektif sekolah.
• Bandingkan visi, misi dan objektif antara sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah dan kelab pengakap.

– Jika pengusaha kantin sekolah anda tidak menyatakan visi, misi dan objektif organisasi, sebagai murid yang
berpengetahuan dalam perniagaan, sediakan visi, misi dan objektif kantin tersebut berdasarkan pengetahuan
sedia ada anda.

126 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.3 Ciri-ciri Objektif
Sesebuah Perniagaan

Objektif sesebuah perniagaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu Minda Kreatif
objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang. Objektif ini
dibentuk oleh pihak pengurusan organisasi sama ada organisasi Anda dalam proses membuka
bermotifkan untung atau organisasi bukan bermotifkan untung. sebuah perniagaan mencuci
Objektif jangka pendek merupakan matlamat organisasi yang kenderaan. Nyatakan satu objektif
ingin dicapai dalam tempoh masa kurang daripada lima tahun yang sesuai digunakan untuk
sementara objektif jangka panjang pula merupakan matlamat perniagaan anda.
organisasi yang ingin dicapai dalam tempoh masa melebihi
lima tahun. Bab 3
Ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep
SMART. SMART ialah akronim yang mewakili rangka untuk
membentuk objektif yang berkesan. Lima ciri yang diwakili
oleh SMART ditunjukkan dalam Rajah 3.3 yang berikut:

Peta -THINK S
Specific
T (Spesifik) M

Time frame Ciri-ciri Measureable
(Jangka Masa) objektif (Boleh Diukur)
perniagaan
R
A
Realistic Attainable
(Munasabah) (Boleh Dicapai)

Rajah 3.3  Ciri-ciri objektif perniagaan 127
Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3

Bab 3 Istilah Perniagaan 3.3.1 S – Specific (Spesifik)

Kuantitatif (Quantitative): Spesifik merupakan ciri objektif yang menekankan bahawa
Kaedah pengukuran yang pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus.
menggunakan data bernombor Lazimnya, spesifik merujuk pada sesuatu tindakan yang boleh
yang boleh diukur secara objektif diukur secara kuantitatif.
dan tepat.
3.3.2 M – Measureable
RM Celik Kewangan (Boleh Diukur)

Sebaik-baiknya setiap sumbangan Boleh diukur merujuk pada objektif yang telah ditetapkan dapat
derma yang ingin dibuat perlu dibandingk­an dengan pencapaian pada sebelum dan selepas
dilaksanakan mengikut agensi sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan. Objektif dan pencapaian
yang telah diperakui dan disahkan sebenar mestilah boleh diukur sama ada dalam bentuk kuantitatif
oleh pihak yang berkuasa agar atau kualitatif. Pengukuran pencapaian boleh dibuat sepanjang
setiap sumbangan yang diberi tindakan yang dibuat. Bentuk kuantitatif lazimnya diukur dalam
dapat dinikmati oleh insan yang bentuk angka, nombor, masa dan wang.
layak menerimanya.
Contoh
EMK
Pengukuran dalam bentuk kuantitatif
Arahan: Syarikat kereta menyasarkan pengeluaran kereta sport sebanyak
Bincangkan dalam kumpulan dan 100,000 unit kereta pada tahun 2017 bagi memenuhi permintaan
bentangkan dalam kelas. pengguna di Malaysia. Hujung tahun 2017 didapati syarikat berjaya
Soalan: mengeluarkan kereta sebanyak 90,000 unit kereta sport. Berapakah
1 Jelaskan kepentingan jurang wujud?
Secara pengiraannya, jurang yang wujud ialah 10,000 unit kereta
ciri boleh diukur dalam sport. Hal ini bermaksud terdapat kegagalan syarikat kereta
memajukan sesebuah mencapai objektif apabila terdapat kekurangan 10,000 kereta sport
organisasi perniagaan. dan ini boleh diukur dengan menggunakan angka.
2 Adakah unsur boleh diukur
dapat mengurangkan Sementara bentuk kualitatif pula diukur dalam bentuk kualiti,
kos pengeluaran dan iaitu kepuasan pengguna apabila menggunakan sesuatu barang
memaksimumkan keuntungan dan perkhidmatan.
sesebuah perniagaan?
3 Jelaskan jawapan yang anda Contoh
berikan dalam soalan 2.
Perbandingan kualitatif boleh dibuat dengan melihat jumlah jualan
jenis kereta pada tahun 2017, iaitu 60,000 buah kereta jenis sport
dan jangkaan jualan sebanyak 40,000 buah kereta jenis sedan pada
tahun 2017. Terdapat perbezaan sebanyak 20,000 unit kereta antara
jenis sport dan sedan yang disasarkan pada tahun 2017.

128 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.3.3 A – Attainable RM Celik Kewangan Bab 3
(Boleh Dicapai)
Setiap keputusan berkaitan
Boleh dicapai ialah satu penentuan objektif berdasarkan dengan pelaburan perlu dinilai
sasaran yang boleh dicapai jika pekerja menggembleng tenaga secara teliti bagi memastikan
sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. keuntungan dapat diperoleh
Bagi menetapkan objektif, sesebuah perniagaan perlu mengenal mengikut sasaran yang ditetapkan.
pasti sumber-sumber sedia ada dengan baik.
EMK
3.3.4 R – Realistic (Munasabah)
Arahan:
Munasabah bermaksud penetapan objektif menjurus kepada Bentangkan dalam kelas.
peluang yang tidak mustahil untuk mencapainya. Bagi Soalan:
mencapai objektif, sesebuah perniagaan memerlukan sumber Jelaskan kepentingan membentuk
manusia dan fizikal yang mencukupi. Dengan perkataan lain, objektif yang munasabah dalam
sesebuah organisasi berkemampuan untuk mencapai objektif sesebuah perniagaan.
yang telah ditetapkan.
Selain itu, faktor kemampuan mengambil kira faktor sumber
fizikal dan faktor persekitaran yang memadankan kekuatan
sumber yang ada dengan faktor persekitaran luaran.

Apakah fakta • Penentuan objektif perlu mengambil kira
asas untuk kemampuan syarikat dalam aspek
menentukan sumber yang ada dalam organisasi.
Antaranya, aspek sumber manusia
kemampuan? yang meliputi pengalaman, kemahiran,
pengetahuan dan bilangan pekerja.
• Pihak pengurusan boleh mendapatkan Cintai Negara
data tentang maklumat pekerja
inventori kemahiran. Setiap keputusan yang dibuat
untuk sesuatu aktiviti perlu
Rajah 3.4  Fakta asas penentuan kemampuan mengambil kira semua aspek
termasuk kepentingan pemegang
saham, pelanggan, alam sekitar
dan negara.

3.3.5 T – Time Frame 129
(Jangka Masa)

Jangka masa merupakan satu tempoh masa yang perlu ada
dalam sesuatu penentuan objektif perniagaan. Pencapaian
objektif lazimnya merujuk pada tempoh jangka pendek dan
jangka panjang. Oleh itu, penentuan objektif perlu ada penetapan
tarikh yang perlu dicapai.

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3

Minda Kreatif Carta Gantt menunjukkan perkara yang berkaitan dengan
jenis aktiviti yang dirancangkan dengan tempoh yang masa telah
Jelaskan secara ringkas tentang ditetapkan. Rajah 3.5 menunjukkan Carta Gantt aktiviti membina
kepentingan ciri spesifik sebuah bangunan kedai.
sesebuah perniagaan.
Masa Januari Februari Mac April Mei
RM Celik Kewangan Aktiviti
Menyediakan
Pembahagian sumber kewangan tapak
perlu dibuat secara tepat dan
sistematik bagi memastikan Cerucuk
tidak berlaku pembaziran atau
Bab 3 penyalahgunaan wang. Membina
rangka
Melengkapi
bangunan

Rajah 3.5  Carta Gantt membina bangunan kedai

Huraian:
Aktiviti membina sebuah bangunan kedai mengambil tempoh
masa selama lima bulan. Aktiviti yang terlibat dalam membina
bangunan kedai adalah dengan menyediakan tapak, cerucuk,
membina rangka dan melengkapi bangunan.
Bagi aktiviti menyediakan tapak memerlukan masa selama
satu bulan, iaitu dilakukan pada pada bulan Januari. Aktiviti
membuat cerucuk juga mengambil masa selama satu bulan
yang dimulakan pada bulan Februari. Aktiviti membina rangka
bangunan mengambil masa satu bulan yang dilakukan pada
bulan Mac.
Aktiviti melengkapi bangunan memerlukan tempoh masa
selama dua bulan setengah yang dimulakan pada pertengahan
bulan Mac dan siap pada bulan Mei.

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.
2 Setiap kumpulan diberikan satu jenis perniagaan. Contohnya, kilang membuat sos tomato.
3 Bincangkan kaedah penentuan masa dibuat dalam menetapkan visi, misi dan objektif

perniagaan tersebut.
4 Bincangkan kelebihan dan kelemahan visi, misi dan objektif perniagaan tersebut.
5 Bentangkan hasil cadangan kumpulan anda.

130 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.4 Tujuan Penetapan
Visi, Misi dan Objektif
Perniagaan sebagai
Panduan Perniagaan

Penetapan visi, misi dan objektif setiap perniagaan mempunyai EMK Bab 3
tujuan tersendiri yang menunjukkan kepentingannya dalam
menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan. Penetapan visi dan misi Arahan:
adalah bertujuan untuk mencapai matlamat perniagaan dalam Lakukan aktiviti sumbang saran
jangka masa panjang. Manakala, penetapan objektif dibahagikan dalam kumpulan.
kepada dua kategori, iaitu objektif jangka masa pendek dan Soalan:
objektif jangka masa panjang. Penetapan objektif hendaklah Cari maklumat berkaitan dengan
selari dengan misi dan visi perniagaan supaya dapat membantu visi yang dibentuk oleh sebuah
pencapaian matlamat organisasi keseluruhannya. perniagaan yang berada di
kawasan anda. Jelaskan kelebihan
3.4.1 Tujuan Penetapan Visi dan kekurangan yang wujud
dalam visi perniagaan tersebut.
Visi merupakan wawasan yang dimasukkan dalam komponen
pengurusan strategik dan proses untuk mencapainya mengambil
masa lebih daripada lima tahun.

Gambar foto 3.3  Perniagaan petroleum Cintai Negara

Contoh Setiap visi yang dibentuk dalam
sesebuah perniagaan perlu
Visi Petronas ialah “untuk menjadi pembekal minyak yang berupaya memberi impak positif
terkemuka bukan sahaja di negara Malaysia, malahan pada terutama kepada pertumbuhan
peringkat antarabangsa”. Untuk mencapai visi sebagai pembekal ekonomi negara.
minyak terkemuka di Malaysia dan antarabangsa, strategi yang
mampu mencapai visi Petronas tersebut perlu dirancang.

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3 131

EMK Penetapan visi sesebuah organisasi perniagaan adalah dengan
mencapai matlamat perniagaan dalam jangka masa melebihi lima
Arahan: tahun. Penetapan visi ini boleh mendorong semua pihak yang
Bentangkan dalam kelas. terlibat dalam sesebuah organisasi memahami dan bekerjasama
Soalan: bagi menterjemahkan visi yang telah ditetapkan dalam bentuk
Jelaskan kepentingan penetapan tindakan terhadap setiap pekerja berdasarkan tanggungjawab dan
visi dalam carta organisasi peranan masing-masing.
sesebuah perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Visi

Pengurus Pemasaran Pengurus Pengeluaran

Bab 3 RM Celik Kewangan Pekerja A Pekerja B

Pengurusan kewangan yang baik Rajah 3.6  Carta organisasi penyampaian visi
dan selaras dengan penetapan
visi akan membantu perniagaan
menjalankan aktiviti perniagaan
dengan lancar.

Berdasarkan carta organisasi di atas, ketua pegawai eksekutif
sebuah perniagaan menjelaskan visi yang ingin dicapai oleh
organisasi perniagaan kepada pengurus pemasaran dan pengurus
pengeluaran. Setiap pengurus pemasaran akan menyampaikan
visi organisasi kepada pekerja A sementara pengurus pengeluaran
akan menyampaikan visi organisasi kepada pekerja B.

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Pembelajaran Penerokaan

Tugasan: Membandingkan visi dua buah perniagaan

Langkah-langkah:
1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diarahkan melayari Internet untuk mengenal pasti visi dua buah perniagaan

dalam bidang yang sama. (Contohnya, bidang pengangkutan)
3 Adakah visinya sama atau berbeza?
4 Cari kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam visi kedua-dua perniagaan tersebut.
5 Lakukan aktiviti sumbang saran dalam kumpulan.
6 Bentangkan dalam kelas.

132 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.4.2 Tujuan Penetapan Misi Minda Kreatif Bab 3

Misi organisasi perniagaan dibentuk setelah wujud penyataan visi Jelaskan kepentingan penetapan
sesebuah organisasi perniagaan. Visi menggambarkan matlamat misi secara spesifik kepada
yang ingin dicapai pada masa akan datang dalam tempoh masa sesebuah organisasi perniagaan.
panjang, sementara misi lebih menjurus kepada aktiviti yang
dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini. Buletin Keusahawanan
Dalam erti kata yang lain, misi ialah menyatakan sebab
sesebuah organisasi wujud pada masa ini berdasarkan matlamat Sekretariat Pembangunan
yang telah dinyatakan dalam visi. Tujuan penyataan misi dapat Usahawan Malaysia (SAME)
menerangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan. diwujudkan untuk menjana
Tujuan penetapan misi perniagaan adalah bagi memudahkan pembangunan perusahaan
pihak pengurusan yang telibat untuk mengagihkan setiap sumber kecil dan sederhana (PKS),
yang berkaitan dengan unit-unit dan bahagian-bahagian dalam selaras dengan Pelan Induk PKS
sesebuah organisasi perniagaan. Penyataan misi secara spesifik (SME Masterplan) 2012-2020.
dapat dijadikan garis panduan menilai keperluan setiap unit dan Penubuhan sekretariat ini
bahagian organisasi. adalah untuk
Dengan itu, pengagihan sumber manusia dan sumber fizikal • merangsang peningkatan
dapat dibuat secara tepat. Pada masa yang sama, sumber boleh
digunakan secara cekap dan berkesan. tahap keusahawanan di
Penyataan misi perniagaan dijadikan asas dalam penyataan seluruh negara, bagi mencapai
objektif sesebuah organisasi perniagaan. Penyataan objektif akan sumbangan minimum 41
menjelaskan perkara yang perlu dicapai dengan lebih terperinci peratus kepada Keluaran
berdasarkan misi yang telah ditetapkan. Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada tahun 2020.
Ketua Pengawai Eksekutif Misi • membantu menjelaskan dengan
lebih terperinci tentang inisiatif
Pengurus Pemasaran Pengurus Pengeluaran kerajaan kepada seluruh
komuniti PKS tempatan dan
Pekerja A Pekerja B luar negara.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
Rajah 3.7  Carta organisasi penyampaian misi daripada laman sesawang http://
same.jpm.gov.my/html/, capaian
Berdasarkan Rajah 3.7, penyataan misi dibuat oleh pihak
atasan, iaitu ketua pengawai eksekutif. Misi dijadikan garis pada 22 September 2016)
panduan dalam organisasi perniagaan supaya hala tuju organisasi
difahami oleh semua pihak. Pihak pengurus dalam perniagaan
yang terlibat akan memberi maklumat kepada semua pekerja
yang terdapat dalam kawalan masing-masing.

Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3 133

EMK 3.4.3 Tujuan Penetapan Objektif

Arahan: Penyataan objektif terikat dengan ciri-ciri SMART sebagaimana
Bentangkan dalam kelas. yang telah dijelaskan dalam bab yang sebelumnya. Bagi mencapai
Soalan: matlamat organisasi perniagaan, penyataan objektif hendaklah
Jelaskan perkaitan antara ciri selaras dengan penyataan misi.
SMART dengan penetapan Penetapan objektif organisasi perniagaan perlu mempunyai
objektif sesebuah perniagaan. sekurang-kurangnya satu objektif yang mempunyai ciri SMART
bagi menggambarkan satu sasaran yang ingin dicapai secara
spesifik dan khusus. Hal ini seterusnya memudahkan kefahaman
semua pihak organisasi perniagaan dalam usaha untuk mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.

Bab 3 Cintai Negara Visi

Semangat cintai negara perlu Misi
diaplikasikan dalam setiap
perniagaan agar operasi yang Objektif
dijalankan memberi penekanan Rajah 3.8  Pembentukan objektif
kepada kepentingan negara. Berdasarkan Rajah 3.8 di atas, tujuan pembentukan sesuatu
objektif bergantung pada pembentukan visi dan misi yang telah
ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Penetapan objektif perlu
selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi perniagaan
yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan. Anak panah dari
bawah ke atas menggambarkan penetapan objektif menjadi asas
kepada pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Berikut ialah maklumat tentang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Objektif KESEDAR
• Mengimbangi nisbah kepadatan penduduk
• Mengecilkan jurang pembangunan antara kawasan
• Menyediakan kemudahan infrastruktur dan sosial
• Meningkatkan taraf sosioekonomi dan membasmi kemiskinan tegar serta mengurangkan kadar

kemiskinan pada masa ini
• Membangunkan modal insan

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.kesedar.gov.my

Berikan pendapat anda tentang objektif yang telah ditetapkan oleh KESEDAR.

134 BAB 3  Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

3.5 Menghasilkan Visi,
Misi dan Objektif bagi
Perniagaan Tertentu

Visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan ditetapkan supaya Minda Kreatif
menjadi panduan kepada pihak pengurusan perniagaan dalam
mencapai tujuan perniagaan. Indikator perniagaan yang boleh Berikan cadangan tentang teknik
digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan ialah titik pulang terbaik bagi menghasilkan visi,
modal, pertumbuhan, pemaksimuman keuntungan, daya saing, misi dan objektif yang dapat
syer pasaran, jualan dan penyediaan perkhidmatan. memajukan perniagaan.
Semua perkara yang terdapat dalam visi, misi dan objektif
mempunyai tujuannya tersendiri yang menunjukkan kepentingan Bab 3
penetapannya dalam perniagaan. Tujuan penetapan visi, misi dan
objektif perniagaan sebagai panduan perniagaan adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.9 yang berikut:

Peta MINDA

Titik pulang
modal

Penyediaan Pertumbuhan
perkhidmatan

Jualan Faktor yang Pemaksimuman
perlu keuntungan

dipertimbangkan
untuk menghasilkan
visi, misi dan objektif

perniagaan

Syer pasaran Daya saing

Rajah 3.9  Faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan sebagai 135
panduan perniagaan
Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3


Click to View FlipBook Version