Minda Kreatif (b) Peranan Bahagian Fungsian
Pembelian
Jelaskan kaedah meningkatkan
keuntungan perniagaan melalui Bahagian fungsian pembelian berperanan untuk menentukan
bahagian fungsian pembelian. kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat. Bahagian
ini juga turut berperanan untuk menentukan pemilihan pembekal
yang bersesuaian dan cekap serta memastikan barang diterima
tepat pada masa dan lokasi yang telah ditentukan.
Proses pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian
ditunjukkan dalam Rajah 4.6 yang berikut:
Peta -THINK Mencari pembekal Menerima sebut
Menerima tempahan yang sesuai harga daripada
belian daripada pembekal-pembekal
pengurus jualan
Menilai Membuat Penerimaan
pembekal- pesanan barang daripada
pembekal pembelian
Rajah 4.6 Tatacara pembelian pembekal
Bab 4
EMK 4.2.7 Bahagian Fungsian
Pengeluaran
Arahan:
Bincangkan dalam kelas. Pengeluaran merupakan proses menghasilkan barang melalui
Soalan: proses transformasi yang menukarkan input kepada output
Jelaskan kepentingan bahagian bagi memenuhi keperluan kehendak pengguna.
fungsian pengeluaran dalam
memacu pertumbuhan (a) Tujuan Bahagian Fungsian
sesebuah perniagaan. Pengeluaran
Pengurusan bahagian fungsian pengeluaran yang baik, cekap,
sistematik dan berkesan sangat penting bagi memastikan setiap
aktiviti pengeluaran yang dijalankan dapat mengurangkan kos
dan memaksimumkan keuntungan.
186 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(b) Peranan Bahagian Fungsian Buletin Keusahawanan
Pengeluaran
Pelancaran Pelan Pembangunan
Bahagian fungsian pengeluaran memainkan peranan seperti Industri Biomas Sabah dan
yang berikut: Sarawak (SBIDP) oleh Perdana
• Menghasilkan barang dan perkhidmatan Menteri Malaysia telah membuka
peluang baharu kepada rakyat
Menghasilkan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan
dengan mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan. melalui perniagaan.
• Memenuhi keperluan dan kehendak
Output yang dihasilkan iaitu, barang dan perkhidmatan akan
dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak kepada
pengguna dalam pasaran.
• Menukarkan input kepada output
Merancang dan menjalankan proses transformasi input yang
terdiri daripada tanah, buruh, teknologi dan bahan mentah
untuk menghasilkan output.
Input Proses Transformasi Output Bab 4
Kerja 1
Tanah Ciri produk
Buruh Kerja 3 Kerja 2 Cita rasa
Teknologi Kualiti
Bahan mentah
Rajah 4.7 Proses pengeluaran
Selain itu, pengurus bahagian ini juga perlu bertanggungjawab Minda Kreatif
kepada kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas.
• Kawalan Awalan Jelaskan proses transformasi
Kawalan awalan dilakukan adalah untuk memastikan semua input kepada output.
bahan atau input berada dalam keadaan baik dan berkualiti
sebelum proses transformasi dimulakan seperti mesin dalam
keadaan baik, bahan mentah yang berkualiti dan tenaga kerja
yang mencukupi.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 187
EMK
Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
Jelaskan kepentingan kawalan
dalam operasi pengeluaran
sesebuah perniagaan.
Bab 4 Buletin Keusahawanan Gambar foto 4.4 Memeriksa sumber pengeluaran
Kemudahan Pengeluaran • Kawalan semasa
dan Perintisan Pengurus bahagian fungsian pengeluaran dalam sesebuah
Program Kemudahan Pengeluaran perniagaan juga turut bertanggungjawab untuk melaksanakan
dan Perintisan (KPP) Bahagian kawalan semasa yang terdiri daripada kawalan pengeluaran,
Pembangunan Usahawan MARA kawalan utiliti mesin dan kawalan staf.
merupakan satu rangkaian – Kawalan pengeluaran
kemudahan yang disediakan bagi Kawalan pengeluaran berperanan untuk memastikan proses
membantu dan membangunkan
usahawan dalam perusahaan kecil pengeluaran berjalan lancar. Selain itu, kawalan ini juga
dan sederhana melalui kaedah akan membantu mengatasi masalah yang timbul dalam
pembentukan etika keusahawanan, pengeluaran dengan segera.
perintisan perniagaan, kemudahan
pengeluaran, galakan pengeluaran,
pemindahan teknologi dan
rawatan perniagaan dan
pengkomersialan.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
www.mara.gov.my/kemudahan_
pengeluaran_perintisan)
Gambar foto 4.5 Menjalankan aktiviti pengeluaran
Cari maklumat tentang aktiviti pengeluaran di kawasan anda. Adakah perniagaan tersebut menjalankan aktiviti
pengeluaran mengikut sistem kawalan awalan, semasa dan selepas? Jika Ya, jelaskan prosedur yang dilakukan. Jika
Tidak, berikan pandangan anda terhadap sistem pengeluaran perniagaan tersebut.
188 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
– Kawalan utiliti mesin Minda Kreatif
Kawalan utiliti mesin memainkan peranan dengan
Jelaskan cara menaik taraf
memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik, sistem sedia ada dalam sesebuah
mengawal penggunaan mesin, membaiki mesin dengan perniagaan bagi memastikan
segera jika berlaku kerosakan dan menyelia mesin secara sistem yang wujud memberi
konsisten dan berkala. impak positif kepada perniagaan.
– Kawalan staf Cintai Negara
Kawalan staf berperanan untuk memastikan semua staf bekerja
Setiap perniagaan perlu
secara efektif, efisien dan fokus kepada sasaran pengeluaran mengutamakan perniagaan
serta memastikan jumlah tenaga buruh mencukupi. tempatan sebagai rakan
• Kawalan selepas perniagaan dalam menjalankan
Kawalan selepas pengeluaran merupakan pemeriksaan kualiti sesuatu kerjasama berkaitan
terakhir bagi memastikan produk yang dihasilkan berada pada aktiviti pengeluaran.
standard yang betul. Selain itu, kawalan ini juga berfungsi
membuat pemeriksaan produk sama ada secara manual atau
automatik dan membuat pemeriksaan kualiti.
Bab 4
Gambar foto 4.6 Memeriksa hasil pengeluaran
4.2.8 Bahagian Fungsian Buletin Keusahawanan
Pemasaran
Tahun Pengkomersialan
Pemasaran merupakan suatu aktiviti mencipta nilai barang, Malaysia yang dilaksanakan oleh
penentuan harga, promosi dan pengedaran produk bagi Kementerian Sains, Teknologi
menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi. akan membantu memperkasa,
melonjak dan membudayakan
(a) Tujuan Bahagian Fungsian Pemasaran aktiviti pengkomersialan
produk inovasi serta aktiviti
Tujuan bahagian fungsian pemasaran adalah untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan
pertukaran antara dua pihak, iaitu pembeli dan penjual. (R&D) ke tahap yang lebih baik.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 189
EMK Bahagian fungsian pemasaran akan memastikan barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna
Arahan: dengan cepat. Selain itu, aktiviti pemasaran yang berkesan dapat
Cari maklumat berkaitan mencipta permintaan bagi sesuatu barang dan perkhidmatan
Anugerah Kedai Harga Patut serta mampu meningkatkan keuntungan kepada peniaga.
(AKHP) dan Anugerah Kedai Bagi melancarkan aktiviti pemasaran, pengurus pemasaran
Pilihan Rakyat 1Malaysia. akan membentuk strategi pemasaran yang terdiri daripada
Soalan: sasaran pasaran dan campuran pemasaran.
Adakah anugerah itu sama atau
berbeza? Jelaskan jawapan anda. (i) Sasaran Pasaran
Kemudian jelaskan kelebihan Sasaran pasaran merupakan kumpulan pengguna sedia ada
anugerah tersebut kepada atau bakal pengguna yang berpotensi untuk membeli produk
usahawan dan pengguna. yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan.
(ii) Campuran Pemasaran
Campuran pemasaran merupakan rangkuman beberapa strategi
utama yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar bagi
tujuan menghasilkan proses pertukaran nilai yang dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna. Terdapat empat elemen
dalam campuran pemasaran, iaitu produk, harga, pengedaran
atau pengagihan dan promosi.
Bab 4
1 Produk merangkumi 2 3 4
keputusan yang Harga ialah Pengedaran Promosi melibatkan
berkaitan dengan penentuan atau pengagihan aktiviti memberitahu
penyelidikan dan nilai produk ini merupakan pelanggan tentang
pembangunan berkaitan dengan aktiviti untuk sesuatu barang
produk baharu, penetapan memastikan atau perkhidmatan
ujian produk, harga dan polisi barang dan yang ada melalui
perancangan harga serta perkhidmatan pengiklanan, promosi
pengurusan produk, pembentukan sampai kepada jualan atau publisiti.
pembungkusan dan strategi harga pengguna.
jaminan produk. termasuk
pelbagai diskaun.
Rajah 4.8 Huraian campuran pemasaran
190 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(b) Peranan Bahagian Fungsian Buletin Keusahawanan
Pemasaran
MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
Pengurusan bahagian fungsian pemasaran berperanan untuk • MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
mewujudkan dan meningkatkan permintaan. Selain itu, pihak
pengurusan juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti sasaran merupakan salah satu inisiatif
pasaran. Bahagian ini juga berperanan untuk menjalin hubungan kerajaan bagi melahirkan
dengan pengguna setia. Pengguna setia merupakan pengguna dan membantu lebih ramai
yang membeli barang dan perkhidmatan secara berterusan. usahawan terutama dalam
industri kreatif dari
Contoh pelbagai bidang.
• Generasi muda yang
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berfikiran kreatif berupaya
FAMA berperanan menjalankan aktiviti pemasaran menjana pendapatan dengan
berkaitan pertanian yang melibatkan semua pihak menjadikan bakat yang ada
termasuk agensi kerajaan dan swasta. sebagai sumber idea untuk
memulakan perniagaan.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
www.mycreative.com.my/about)
Ringkasan peranan fungsian pemasaran Minda Kreatif Bab 4
• Mengemaskinikan dan mempromosikan barang dan
Bincangkan kelebihan pemasaran
perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran secara dalam talian berbanding
• Menghasilkan dan mengedarkan bahan publisiti seperti katalog dengan kaedah tradisional.
• Mendapatkan dan mengemaskinikan profil pelanggan yang
sedia ada untuk membuat sasaran pasaran
• Mempromosikan barang dan perkhidmatan melalui pelbagai
cara pengiklanan dan kaedah promosi, seperti akhbar,
televisyen, dalam talian, mel terus, penajaan serta pertunjukan
dan pameran perdagangan
• Menjalankan penyeliaan pasaran untuk mendapatkan maklum
balas berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang
telah berada dalam pasaran atau produk yang berpotensi
untuk dipasarkan
4.2.9 Bahagian Fungsian Cintai Negara
Pengagihan
Setiap organisasi dan individu
Pengagihan ialah barang atau perkhidmatan yang diagihkan yang terlibat dalam aktiviti
oleh perniagaan dapat diterima oleh pengguna mengikut pengagihan perlu melaksanakan
tempat dan masa yang tepat serta berada dalam keadaan baik. tugas dengan penuh komitmen,
amanah dan integriti yang tinggi.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 191
RM Celik Kewangan (a) Tujuan Bahagian Fungsian Pengagihan
Setiap perniagaan perlu Tujuan bahagian fungsian pengagihan dibentuk adalah untuk
mengagihkan semua sumber memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh
yang terlibat termasuk sumber pengguna mengikut tempat dan masa yang betul. Selain itu,
kewangan mengikut keutamaan. bahagian ini juga perlu memastikan pemilihan setiap saluran
agihan perlu bersesuaian dengan jenis barang yang hendak
dipasarkan. Bahagian ini juga akan memastikan pengangkutan
yang digunakan juga bersesuaian dengan barang yang hendak
diagihkan agar tidak berlaku pembaziran masa dan kos.
Fungsian pengagihan tersebut ditunjukkan seperti dalam gambar
foto 4.7 dan 4.8 yang berikut:
Menentukan lokasi dan destinasi penghantaran Memastikan kenderaan tidak pulang dalam
keadaan kosong, iaitu dengan membawa
barangan untuk dihantar dan dikutip
Bab 4
Gambar foto 4.7 Merancang perjalanan Gambar foto 4.8 Pengagihan barang
Minda Kreatif (b) Peranan Bahagian Fungsian
Pengagihan
Bincangkan kesan kepada
perniagaan sekiranya barang Bahagian fungsian pengagihan memainkan beberapa peranan
tidak dapat dihantar pada masa seperti memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel
yang ditetapkan. sebelum dihantar pada waktu yang tepat. Selain itu, bahagian ini
juga berperanan untuk memeriksa semua barang yang ditempah
dan bertindak jika terdapat perbezaan atau kesilapan.
Bahagian fungsian pengagihan juga melibatkan aktiviti
pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran barang. Bahagian
fungsian agihan turut berperanan untuk melengkapkan dokumen
penghantaran, menyediakan jadual pergerakan kenderaan dan
menyelesaikan masalah proses pengagihan.
192 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Pengurus bahagian pengagihan akan memilih saluran EMK
agihan yang berbeza untuk mengedarkan barang berdasarkan
keperluan dan kehendak pengguna pasaran dan jenis barang yang Arahan:
dipasarkan. Terdapat empat jenis saluran agihan yang digunakan Bentangkan dalam kelas.
dalam membuat pengagihan dan pengedaran kepada pengguna. Soalan:
Jelaskan kelebihan dan
(i) Saluran 1: Pengeluar → pengguna kekurangan jenis saluran 1, 2, 3
Jenis saluran ini dikenali sebagai saluran pemasaran langsung. dan 4.
Pengeluar memasarkan barang secara terus kepada pengguna
akhir. Saluran agihan ini tidak melibatkan orang tengah.
Contoh
Barang dan perkhidmatan yang dipasarkan menggunakan saluran
agihan ini ialah:
• barang yang tidak tahan lama seperti barang pertanian
• barang bernilai tinggi seperti kapal terbang
• barang tempahan khas seperti pakaian
• perkhidmatan profesional seperti khidmat doktor dan guaman
(ii) Saluran 2: Pengeluar → peruncit → pengguna Buletin Keusahawanan Bab 4
Saluran agihan ini hanya melibatkan satu orang tengah sahaja.
Pengeluar memasarkan barang kepada peruncit dan peruncit Projek Pembangunan Bersepadu
akan menjual barang kepada pengguna. Penapisan Minyak dan
Jenis barang yang sesuai diagihkan menggunakan saluran Petrokimia (Rapid)
agihan ini ialah barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar
dan barang tahan lama. Saluran agihan ini wujud apabila peruncit Kerajaan negeri Johor membuat
membeli secara besar-besaran terus daripada pengeluar. pengagihan projek Pembangunan
Bersepadu Penapisan Minyak dan
Contoh Petrokimia (Rapid) di Pengerang
kepada kontraktor serta usahawan
Barang yang diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang tempatan dan bumiputera. Hal
kosmetik, tayar, alat elektrik dan pakaian. ini membantu meningkatkan
penyertaan pelbagai pihak
(iii) Saluran 3: Pengeluar → pemborong termasuk syarikat tempatan,
→ peruncit → pengguna usahawan dan kontraktor dalam
projek besar yang dijalankan
Jenis saluran ini mengandungi dua pihak pengantara, iaitu termasuk projek Rapid.
pemborong dan peruncit. Pemborong berperanan membeli (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
barang daripada pengeluar secara pukal dan memecah pukal
dalam kuantiti kecil untuk dijual kepada peruncit. daripada laman sesawang http://
muafakatjohor.com/pengagihan-
projek-rapid-kepada-usahawan-
tempatan/)
Peruncit akan menjual barang kepada pengguna mengikut
permintaan pengguna. Jenis barang yang sesuai digunakan
dalam saluran agihan ini ialah barang keperluan harian.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 193
Contoh
Barang yang diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang
keperluan harian seperti gula, beras dan barang dapur.
Cintai Negara (iv) Saluran 4: Pengeluar → ejen → peruncit
→ pengguna
Setiap pihak perlu saling
bekerjasama dengan membantu Jenis saluran ini melibatkan ejen dan peruncit sebagai
antara satu sama lain agar setiap pengantara. Pengeluar akan melantik ejen untuk memasarkan
urus niaga yang berlaku dapat dan mengedarkan barangnya kepada peruncit.
memanfaatkan semua pihak. Pengeluar akan membekalkan barangnya kepada ejen untuk
diagihkan kepada peruncit. Peruncit pula akan menjual barang
yang diperoleh daripada ejen kepada pengguna.
Bab 4 EMK Contoh
Arahan: Jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah
Bentangkan dalam kelas. pakaian yang berjenama, buku dan majalah.
Soalan:
Huraikan jenis-jenis saluran Ringkasan peranan bahagian fungsian agihan
agihan yang sesuai digunakan • Memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel sebelum
untuk mengagihkan barang
keperluan harian dan barang yang dihantar pada waktu yang tepat
memerlukan tempahan khas. • Memeriksa semua tempahan dan bertindak jika berlaku perbezaan
• Melengkapkan penghantaran dokumen
• Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
• Menyelesaikan masalah proses pengagihan
• Memenuhi kekurangan bekalan yang berlaku di sesuatu lokasi
• Mengambil dan mengagihkan tempahan seperti yang
telah ditetapkan
• Membantu fungsian lain seperti pengeluaran dan jualan dalam
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi
Maklumat berikut berkaitan dengan barang dan perkhidmatan
• Barang keperluan harian
• Barang kosmetik
• Perkhidmatan guaman
• Pakaian yang berjenama
Bahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyatakan contoh barang dan
contoh perkhidmatan serta jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan barang dan
perkhidmatan tersebut.
194 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Contoh
OSRA Exclusive dan ZAWARA Sdn.
Bhd. mengagihkan barang mereka
secara terus kepada pelanggan
terutamanya apabila barang tersebut
dibeli dalam talian.
Gambar foto 4.9 Membeli pakaian
Perniagaan yang lain
menyimpan stok
mereka di gudang
sebelum dihantar ke
lokasi yang diperlukan.
Gambar foto 4.10 Gudang Bab 4
Sesetengah syarikat
menggunakan kenderaan
yang sesuai untuk membawa
barangan sejuk beku.
Gambar foto 4.11 Lori ais
Terdapat perniagaan yang
menggunakan kenderaan lain
seperti lori dan kereta api
untuk membawa barang yang
berat dan pukal seperti barang
kejuruteraan, kereta, atau
bahan kimia.
Gambar foto 4.12 Kereta api
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 195
Bab 4 Buletin Keusahawanan 4.2.10 Bahagian Fungsian Jualan
Anugerah Kedai Harga Patut Bahagian fungsian jualan merupakan antara fungsi yang penting
(AKHP) dalam sesebuah organisasi perniagaan. Jualan merupakan suatu
transaksi yang memberikan nilai tambah dalam memenuhi
TAHUN keperluan pelanggan dan memberi manfaat bersama kepada
penjual dan pembeli. Kebanyakan perniagaan akan meletakkan
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI jumlah sasaran jualan tertentu sebagai tujuan dan objektif kepada
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN perniagaan yang sedang dijalankan oleh mereka.
Staf di bahagian jualan akan sentiasa berkomunikasi dan
Anugerah AKHP berperanan berinteraksi dengan pengguna. Hal ini seterusnya membina
mengenal pasti, menilai dan jaringan yang kukuh yang akan menggalakkan pelanggan untuk
mengiktiraf premis perniagaan terus memilih perkhidmatan syarikat pada masa akan datang.
yang menjual barang dan
perkhidmatan pada harga yang (a) Tujuan Bahagian Fungsian Jualan
berpatutan mengikut tahap
kualiti terhadap barang dan Bahagian fungsian jualan dibentuk untuk memastikan jumlah
perkhidmatan yang ditawarkan. sasaran jualan yang telah ditetapkan dalam objektif perniagaan
tersebut tercapai. Selain itu, semua staf bahagian ini perlu
EMK mengetahui dan memahami undang-undang yang melindungi
pengguna dan memahami jenis perniagaan yang dibenarkan dan
Arahan: tidak dibenarkan. Staf yang berkemahiran dan berkebolehan akan
Lakukan aktiviti sumbang saran bertanggungjawab untuk menjawab pelbagai soalan daripada
dalam kumpulan dan bentangkan pengguna serta mempengaruhi pengguna untuk membeli.
dalam kelas.
Soalan: (b) Peranan Bahagian Fungsian Jualan
Huraikan kelebihan bahagian
fungsian jualan dalam Bahagian fungsian jualan memainkan peranan untuk menjawab
memaksimumkan keuntungan pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang yang dijual seperti
sesebuah perniagaan. jenis, spesifikasi, kualiti dan cara pemasangan dan penggunaan
barang. Bahagian ini juga berperanan untuk membuat jualan
RM Celik Kewangan secara bersemuka atau secara dalam talian.
Selain itu, bahagian fungsian jualan juga memainkan peranan
Setiap hasil jualan perlu disimpan untuk menyediakan sebut harga atau jangkaan harga barang yang
dan digunakan berdasarkan dikehendaki oleh pengguna. Bahagian ini juga akan melakukan
keperluan perniagaan semasa. rundingan dengan pengguna berkaitan dengan diskaun dan
terma jual beli.
Bahagian fungsian jualan turut berperanan untuk memberi
nasihat teknikal kepada pengguna. Selain itu, bahagian ini
juga berperanan untuk merancang dan mengurus masa yang
bersesuaian untuk membuat promosi jualan. Pada masa yang
sama, bahagian ini juga akan menjalankan peranannya untuk
menyemak dan mengemas kini rekod pengguna supaya mudah
untuk menghubungi pengguna.
196 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Pekerja di bahagian Bab 4
jualan dan kumpulannya
bertanggungjawab
untuk mencapai objektif
yang ditetapkan.
G ambar foto 4.13
Gerai buah durian
Premis yang menjual barangan
asas seperti buku atau majalah
memerlukan pekerja yang
berpengetahuan asas dalam
perkara yang berkaitan.
Gambar foto 4.14 Kedai buku
Premis yang menjual barang
yang kompleks dan mahal
seperti komputer riba
memerlukan pekerja jualan
yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi.
Gambar foto 4.15
Kedai barangan elektronik
Lakukan temu bual dengan jurujual di sebuah perniagaan berdekatan anda. Kenal pasti peranan jurujual di premis
perniagaan tersebut.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 197
Bab 4 Gambar foto 4.16 Perniagaan spa 4.2.11 Bahagian Fungsian
Khidmat Pelanggan
Cintai Negara
Khidmat pelanggan ialah keupayaan dan kebolehan organisasi
Setiap perniagaan perlu perniagaan dalam menyampaikan produk untuk memenuhi
berusaha meningkatkan kualiti keperluan dan kehendak pelanggan melebihi daripada tahap
barang atau perkhidmatan yang mereka harapkan dan perkhidmatan diberikan secara
yang ditawarkan agar dapat berterusan dan konsisten.
menembusi pasaran domestik
dan antarabangsa. (a) Tujuan Bahagian Fungsian Khidmat
Pelanggan
Bahagian fungsian khidmat pelanggan adalah untuk memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Pengurus bahagian ini akan
memastikan pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang baik.
Kebanyakan organisasi perniagaan akan bertindak dengan
melantik dan meletakkan staf atau pekerja yang bersifat positif
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab pada bahagian
khidmat pelanggan. Perniagaan yang membuat dan menjual
barang industri yang kompleks akan melantik pakar teknikal
untuk memberikan nasihat secara terperinci dan maklumat
kepada pelanggan.
Contoh
Khidmat pelanggan yang
dilaksanakan oleh Bahijahdzakaria
seperti mengamalkan konsep
“Pelanggan ialah tetamu VVIP”
merupakan antara contoh terbaik
dalam memberi perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan.
Minda Kreatif (b) Peranan Bahagian Fungsian Khidmat
Pelanggan
Jelaskan kelebihan bahagian
fungsian khidmat pelanggan Bahagian fungsian khidmat pelanggan memainkan peranan
kepada sesebuah perniagaan. untuk menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang
dan perkhidmatan. Selain itu, bahagian ini juga berperanan
untuk menyediakan pakar bagi memberikan maklumat mengikut
kehendak pelanggan.
198 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
4.3 Pembangunan Produk Minda Kreatif
dan Pasaran Baharu
Jelaskan kepentingan
Pembangunan produk merujuk pada suatu aktiviti dan strategi pembangunan produk dalam
pertumbuhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
yang bertujuan untuk memperkenalkan produk baharu (NBOS) kepada sesebuah
kepada pasaran sedia ada. Strategi ini memerlukan kreativiti organisasi perniagaan.
dan inovasi yang baik untuk menghasilkan produk yang baharu
atau mengubah suai produk sedia ada bagi menarik pelanggan
dalam pasaran sedia ada.
4.3.1 Langkah-langkah
pembangunan produk
baharu
Langkah-langkah pembangunan produk baharu ditunjukkan
dalam Rajah 4.9 yang berikut:
Peta -THINK
Penjanaan Penyaringan Pembangunan produk Pembangunan strategi Bab 4
idea idea dan pengujian konsep pemasaran
Analisis Pembangunan Ujian pemasaran Komersialisasi
perniagaan produk
Rajah 4.9 Langkah-langkah pembangunan produk baharu
(a) Penjanaan Idea EMK
Penjanaan idea merupakan proses bagi memenuhi keperluan Arahan:
pasaran. Penjanaan idea ini dibuat carian sistematik untuk Bincangkan dalam kelas.
idea-idea produk baharu berdasarkan dua jenis sumber Soalan:
utama, iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sumber Jelaskan kaedah memastikan
dalaman merujuk pada penyelidikan dan pembangunan rasmi setiap ahli dalam organisasi
syarikat sendiri, pengurusan dan kakitangan. Manakala sumber bersedia menyumbangkan idea
luaran merujuk pada sumber-sumber di luar sesebuah syarikat bagi membantu meningkatkan
seperti pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan firma-firma keuntungan perniagaan.
reka bentuk di luar organisasi.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 199
Buletin Keusahawanan (b) Penyaringan Idea
Unit Peneraju Agenda Bumiputera Penyaringan idea merupakan proses mengkaji idea-idea produk
(TERAJU) ialah unit strategik baharu untuk memilih yang terbaik dan menggugurkan yang
di Jabatan Perdana Menteri kurang berpotensi secepat mungkin.
bertujuan menerajui, memacu
dan menyelaras penyertaan (c) Pembangunan Produk dan Pengujian
Bumiputera dalam ekonomi Konsep
negara selaras dengan Pelan
Transformasi Negara. TERAJU Pembangunan produk melibatkan pembangunan idea, iaitu idea
menyediakan peluang perniagaan, produk yang berpotensi untuk ditawarkan oleh syarikat sendiri.
pembiayaan perniagaan dan Pengujian konsep melibatkan proses menguji konsep baharu
pembangunan modal insan serta produk dengan kumpulan-kumpulan pengguna sasaran untuk
pelaburan swasta. mengetahui sama ada konsep tersebut telah berjaya menarik
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan perhatian mereka.
daripada laman sesawang http:// (d) Pembangunan Strategi Pemasaran
www.teraju.gov.my/, capaian pada
Pembangunan strategi pemasaran menerangkan sasaran pasaran,
22 September 2016) posisi produk yang dirancang, jualan, syer pasaran dan matlamat
keuntungan. Pembangunan pemasaran ini juga melibatkan
strategi harga, produk, pengagihan dan promosi.
Bab 4 EMK (e) Analisis Perniagaan
Arahan: Analisis perniagaan melibatkan kajian semula jualan, kos
Lakukan aktiviti sumbang saran dan unjuran keuntungan untuk mengetahui sama ada dapat
dalam kumpulan dan bentangkan memenuhi objektif syarikat.
dalam kelas.
Soalan: (f) Pembangunan Produk
Huraikan kelebihan pembangunan
produk dalam meningkatkan Pembangunan produk melibatkan proses mereka bentuk produk
keuntungan perniagaan. daripada idea atau proses pembuatan produk prototaip.
(g) Ujian Pemasaran
RM Celik Kewangan Ujian pemasaran melibatkan ujian ke atas produk prototaip
untuk mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap produk
Peruntukan sewajarnya perlu yang dibangunkan.
disediakan bagi aktiviti menguji
pemasaran untuk membantu (h) Komersialisasi
perniagaan mengenal pasti
makluamat yang diperlukan Komersialisasi melibatkan proses pembuatan sesuatu keputusan
dalam meningkatkan keuntungan berkaitan dengan di mana (where, iaitu tempat), bila (when, iaitu
perniagaan yang dijalankan. bila), kepada siapa (to whom, iaitu sasaran pasaran), bagaimana
(how, iaitu cara promosi dilakukan).
200 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Dalam pembangunan produk, pekerja saling bekerjasama Minda Kreatif Bab 4
dengan pereka cipta dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Kerjasama ini melibatkan usaha membentuk produk Andaikan anda seorang pemilik
yang boleh diguna pakai dan dikeluarkan dengan harga yang perniagaan, kenal pasti pasaran
kompetitif serta selamat digunakan. Kebanyakan organisasi baharu yang terdapat di kawasan
perniagaan bermatlamat untuk menambah baik dari segi reka anda dan berpotensi untuk
bentuk produk dan persembahan secara berterusan. diterokai sebagai sumber idea
dalam sesebuah perniagaan.
4.3.2 Pasaran Baharu
Buletin Keusahawanan
Strategi pembangunan pasaran merupakan salah satu usaha
berkaitan dengan pemasaran strategik yang dilakukan untuk Tan Sri Dr Tony Fernandes
mencari pasaran baharu bagi tujuan memasarkan produk yang Salah seorang usahawan yang
sedia ada. paling dikenali di Asia. Tan Sri
Dr Tony Fernandes adalah salah
(a) Kepentingan Pasaran Baharu seorang pengasas AirAsia, iaitu
syarikat penerbangan tambang
Pasaran baharu penting bagi menguasai pasaran yang lebih besar murah pertama di rantau ini.
dan mengembangkan pasaran sedia ada. Selain itu, pasaran Tony Fernandes terkenal dengan
baharu akan membantu mewujudkan peluang pasaran serta pembelian syarikat penerbangan
mengelakkan daripada terlibat dalam pasaran tepu. yang dibebani oleh masalah
Pasaran baharu boleh diteroka sama ada dalam pasaran domestik hutang pada tahun 2001 dengan
atau pasaran antarabangsa. harga RM1 token. Tony Fernandes
hanya mengambil tempoh
(i) Pasaran domestik masa selama dua tahun untuk
Strategi yang dijalankan untuk meluaskan pasaran baharu membina dan mengembangkan
domestik ialah mencari pasaran ke kawasan yang belum syarikat penerbangan tempatan
diterokai. Strategi ini boleh dilakukan dengan menyertai ekspo yang berpangkalan di Malaysia
atau pameran perniagaan yang dilakukan di sesuatu kawasan. kepada sebuah syarikat kumpulan
yang terbesar dan paling berjaya
(ii) Pasaran antarabangsa di rantau Asia. AirAsia kini
Strategi pasaran baharu antarabangsa boleh dibuat melalui aktiviti beroperasi di enam buah negara
promosi yang agresif di pasaran yang menjadi tumpuan. Selain yang menawarkan lebih daripada
itu, perniagaan boleh menyertai rundingan yang aktif melalui 260 laluan daripada 120 destinasi
hubungan dua hala, usaha sama dan pameran ke luar negara. di seluruh Asia Pasifik, Timur
Setiap perniagaan berusaha menjadikan produk sentiasa Tengah dan Afrika.
unik berbanding pesaing mereka. Kemajuan teknologi telah
mewujudkan transformasi kepada pasaran dunia. Pasaran baharu
turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teknologi, polisi
kerajaan dan perubahan persekitaran. Pasaran antarabangsa
dapat dibentuk melalui kerjasama erat yang dijalinkan dengan
semua pihak termasuk pihak kerajaan dan organisasi perniagaan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 201
Buletin Keusahawanan 4.4 Penggunaan Teknologi
Maklumat
Menyediakan perkhidmatan
urusan pembaharuan lesen Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information
memandu, insurans kenderaan and Communication Technology-ICT) merupakan salah satu
dan cukai jalan, semakan dan proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
pembayaran saman, sistem maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Pada masa
tukar milik sementara atau ini, ICT diperlukan untuk pemprosesan data.
sukarela, pembaharuan permit
pekerja asing, semakan dan
pembayaran zakat.
Bab 4 EMK
Arahan: Gambar foto 4.17 Teknologi maklumat dan komunikasi
Kenal pasti perubahan teknologi
maklumat dan komunikasi Teknologi maklumat pada masa ini merangkumi teknologi
masa ini yang digunakan dalam pengkomputeran dan telekomunikasi yang telah menjadi suatu
aktiviti perniagaan. Kemudian, keperluan kepada setiap perniagaan dalam menjalankan dan
bincangkan dalam kelas. melancarkan aktiviti perniagaan.
Soalan: Ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
1 Jelaskan kaedah yang dapat yang semakin berkembang pada masa ini telah mencetuskan
pelbagai fenomena yang memberi ruang dan peluang kepada
membantu setiap organisasi perkembangan perniagaan.
perniagaan menjalankan
aktiviti seiring dengan
perkembangan teknologi
semasa pada masa ini.
2 Jelaskan kesan kepada
sesebuah perniagaan
jika tidak menggunakan
teknologi terkini dalam
aktiviti perniagaan yang
sedang dijalankan.
Senaraikan teknologi maklumat dan komunikasi yang terdapat di kawasan anda. Jelaskan kelebihan dan kekurangan
kemajuan teknologi maklumat tersebut kepada perkembangan perniagaan di kawasan anda. Kemudian, berikan
cadangan bagi mengatasi kekurangan yang wujud.
202 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(a) Tujuan penggunaan teknologi Minda Kreatif Bab 4
maklumat
Jelaskan cara menjana
Tujuan penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah pendapatan pada masa kini
organisasi perniagaan adalah seperti berikut: dengan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi.
(i) Membantu memudahkan sistem operasi
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu Buletin Keusahawanan
organisasi perniagaan membuat keputusan, menyesuaikan diri
dengan perubahan yang berlaku serta meningkatkan komunikasi e-Filing
dalam organisasi. ICT juga membolehkan urusan menjadi lebih Perisian e-Filing ialah satu aplikasi
cekap, berkesan, mudah dan cepat. yang mudah, tepat dan selamat
(ii) Memperoleh maklumat dengan mudah bagi pihak yang terlibat untuk
mengisi borang nyata cukai
dan cepat pendapatan melalui komputer
Organisasi perniagaan berupaya untuk mencari dan memperoleh tanpa memerlukan borang nyata
maklumat yang diperlukan daripada pelbagai sumber melalui cukai pendapatan tersebut dicetak,
ICT. Hal ini seterusnya memudahkan dan mempercepatkan ditandatangani dan dihantar
proses penjanaan idea dalam sesuatu perbincangan. secara fizikal. Contoh pihak yang
boleh mendaftar melalui e-Filing
(iii) Memperluas skop perniagaan ialah syarikat, individu dan
Kewujudan ICT telah membolehkan organisasi perniagaan ejen cukai.
meluaskan skop perniagaan daripada berurusan secara fizikal (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
kepada secara maya. Hal ini seterusnya membolehkan organisasi
mendapat jumlah pelanggan yang lebih ramai meliputi jaringan daripada laman sesawang
di seluruh dunia. http://ww1.utusan.com.my/
(iv) Memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan utusan/info.asp?y=2006&dt=
Melalui rangkaian teknologi maklumat, aktiviti kewangan dan 0211&pub=Utusan_Malaysia&sec
perakaunan dapat dijalankan dengan lebih mudah, cepat, tepat =Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
dan berkesan. Hal ini disebabkan oleh kewujudan pelbagai
perisian yang membantu memastikan ketepatan dalam pengiraan #ixzz4IbfUhGYe)
dan kemasukan data.
(v) Menjadikan operasi perniagaan lebih efektif
dan efisien
Penggunaan ICT membantu anggota organisasi menguruskan
organisasi perniagaan dengan lebih baik, membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang tepat dan membantu dalam
meningkatkan kelebihan persaingan dalam kalangan pesaing.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 203
(vi) Meluaskan pasaran perniagaan
Minda Kreatif Pasaran perniagaan dapat diperluas ke tahap global melalui
kemajuan teknologi maklumat tanpa sempadan. Kelebihan ini
Jelaskan kelebihan menggunakan membolehkan perniagaan memaksimumkan keuntungan.
e-dagang dan e-pemasaran
dalam perniagaan. (vii) Mewujudkan hubungan dan jaringan yang
lebih luas
Jaringan dengan pelanggan dan rakan strategik dalam perniagaan
dapat dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh tiada lagi halangan
komunikasi yang menjejaskan interaksi antara dua buah atau
lebih perniagaan.
(viii) Mempercepatkan sistem pengeluaran dan
pengedaran
Bab 4 RM Celik Kewangan Penggunaan ICT membantu memastikan proses pengeluaran
dipantau secara lebih sistematik. Hal ini seterusnya membantu
Kemajuan teknologi perbankan mempercepatkan operasi pengeluaran dan pengedaran barang.
pada masa ini membolehkan
pemilihan jenis pinjaman (b) Aplikasi Teknologi Maklumat dalam
dibuat dengan bijak melalui Perniagaan
perbandingan dari aspek kos
dan kadar faedah. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan
maklumat dalam perniagaan seperti yang berikut:
Buletin Keusahawanan (i) e-pemasaran
e-pemasaran merupakan satu kaedah yang digunakan oleh
perniagaan memasarkan produk keluaran secara dalam talian
(online). Kaedah ini memberi kemudahan kepada pelanggan
untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan barang dan boleh
membuat tempahan dengan segera.
(ii) e-dagang
MILITARY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE e-dagang ialah suatu sistem urusan perniagaan berkaitan dengan
tempahan, pembelian dan pembayaran dilakukan secara dalam
Pusat transformasi yang talian (online). Penggunaan kaedah ini membolehkan perniagaan
diwujudkan oleh kerajaan telah mendapat faedah dalam peningkatan hasil jualan kerana
membantu memperkasa sistem memudahkan pekerja memenuhi kehendak pelanggan dengan
penyampaian perkhidmatan segera dan secara berterusan tanpa henti.
awam. Selain itu, pembentukan
pusat ini telah memberi impak (iii) e-government
positif kepada insdutri setempat Pihak perniagaan menggunakan secara dalam talian (online)
dan berjaya melahirkan ramai untuk sebarang urusan perniagaan yang melibatkan pihak
usahawan muda termasuk belia kerajaan seperti kementerian dan jabatan kerajaan. Urusan pihak
untuk menjalankan perniagaan. perniagaan dengan pihak kerajaan akan menjadi lebih cepat,
menjimatkan kos dan telus.
204 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(iv) e-banking
e-banking merupakan suatu sistem urusan perniagaan yang
melibatkan perbankan dengan menggunakan urusan dalam
talian (online) dengan pihak bank. Faedah yang diperoleh ialah
urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos
seperti membayar bil, membuat pelaburan, menyemak baki
akaun dan urusan keluar masuk duit.
(v) Penggunaan laman sosial Gambar foto 4.18 Aktiviti
Pihak perniagaan boleh membuat perkongsian urusan perniagaan jual beli secara dalam talian
dengan pelanggan melalui laman sosial. Manfaat yang diperoleh
dengan menggunakan kemudahan laman sosial adalah seperti EMK
dapat mengiklankan barang atau perkhidmatan, meluaskan
rangkaian rakan perniagaan, mencari pelanggan baharu dan Arahan:
mengekalkan pelanggan sedia ada. Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
Contoh Laman sosial Jelaskan kelebihan dan
kekurangan penggunaan
media sosial sebagai platform Bab 4
menjalankan perniagaan.
(vi) Penggunaan e-mel Cintai Negara
Perniagaan boleh menggunakan mel elektronik untuk berurusan
dengan perniagaan-perniagaan lain dan pelanggan dalam pasaran. Setiap individu atau perniagaan
Melalui kemudahan e-mel pada masa ini, pihak perniagaan boleh perlu menggunakan kemudahan
menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak pelanggan media sosial secara berhemah.
dengan cepat dan menjimatkan kos perniagaan. Setiap perselisihan atau
ketidakpuasan hati perlu dibuat
melalui saluran yang betul.
Jelaskan cara memaksimumkan dan memanfaatkan perkembangan teknologi seperti media sosial dalam
meningkatkan daya saing dan keuntungan perniagaan. Kemudian, berikan cadangan bagi mengatasi masalah yang
wujud akibat penyalahgunaan media sosial dalam aspek perniagaan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 205
4.5 Hubungan dan
Interaksi antara
Bahagian Fungsian
Lain
EMK Dalam sesebuah organisasi perniagaan, tiada bidang fungsian
yang boleh bekerja secara berasingan. Kebiasaannya, setiap
Arahan: bahagian fungsian saling bergantung dan memerlukan antara
Bandingkan jawapan anda satu sama lain.
dengan rakan.
Soalan: 4.5.1 Tujuan dan Kepentingan
Setiap perniagaan bermatlamat Interaksi dengan
untuk memaksimumkan Organisasi Luar
keuntungannya. Kenal pasti
bagaimana perkara ini akan (a) Tujuan Interaksi dengan
memberi kesan kepada setiap Organisasi Luar
aktiviti dalam bahagian fungsian
pembelian, sumber manusia, Tujuan interaksi dilakukan dengan organisasi luar adalah untuk
kewangan, jualan dan pemasaran. mewujudkan komunikasi antara perniagaan dengan organisasi
luar seperti pihak pembekal, pembiaya, pelabur, agensi kerajaan
Bab 4 dan pelanggan.
Cintai Negara (b) Kepentingan Interaksi dengan
Organisasi Luar
Setiap interaksi dalam
perniagaan perlu dibuat Antara kepentingan interaksi dengan organisasi luar adalah seperti
mengikut undang-undang yang berikut:
negara yang telah ditetapkan
bagi memastikan kedaulatan (i) mewujudkan jaringan perniagaan
negara terus terpelihara. Interaksi dengan organisasi luar dapat membantu perniagaan
mewujudkan jaringan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Jaringan yang bertambah akan membantu mengukuhkan sistem
operasi dan kelangsungan perniagaan dalam pasaran.
(ii) mengukuhkan hubungan baik sedia ada
Interaksi yang wujud dengan organisasi luar akan membantu
mengukuhkan hubungan baik yang sedia ada ke tahap yang lebih
baik. Hubungan yang semakin baik akan membantu peningkatan
dalam pencapaian matlamat perniagaan.
206 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(iii) menjalin kerjasama strategik EMK
Interaksi dengan organisasi luar juga bertujuan untuk meningkatkan
jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan lain yang Arahan:
berpotensi untuk menjalinkan kerjasama strategik. Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
(iv) menambahkan sumber perniagaan Jelaskan teknik berinteraksi yang
Interaksi dengan organisasi luar akan membolehkan perniagaan baik, efektif dan efisien dalam
menambahkan potensi sumber perniagaan seperti pembekalan urusan perniagaan.
bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran.
Bab 4
(c) Hubungan dan Interaksi dengan
Organisasi Luar
(i) Interaksi dengan pembekal
Interaksi berlaku apabila perniagaan membuat tempahan atau
membuat pembelian dengan pihak pembekal. Pihak peniaga akan
menghubungi pembekal untuk menetapkan jumlah tempahan
dan jumlah pembayaran yang perlu dibuat.
Interaksi yang baik dan berkesan akan memudahkan proses
urus niaga. Hal ini seterusnya memberi pelbagai kelebihan
kepada peniaga termasuk mendapat harga yang murah dan
penghantaran yang cepat dan berkualiti.
RM Celik Kewangan
Setiap perniagaan perlu bijak
memilih sumber bekalan
dengan memilih pembekal
yang menawarkan kualiti
terbaik dengan harga yang
paling kompetitif. Hal ini bukan
sahaja membantu perniagaan
meningkatkan keuntungan tetapi
turut membantu mengukuhkan
reputasi perniagaan ke tahap
terbaik dalam kalangan pelanggan
sedia ada dan baharu.
Gambar foto 4.19 Perbincangan tempahan stok
(ii) Interaksi dengan pelanggan
Interaksi akan berlaku apabila sesebuah perniagaan menjalankan 207
urus niaga dengan menjual barang atau perkhidmatan kepada
pelanggan. Kebiasaannya, pelanggan akan menghubungi peniaga
sekiranya berminat untuk membeli barang atau perkhidmatan
yang ditawarkan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4
EMK Pada masa yang sama, peniaga juga turut menghubungi dan
mendekati pelanggan bagi mempengaruhi mereka untuk membeli
Arahan: barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.
1 Bentukkan kelas kepada
beberapa kumpulan kecil.
2 Lakukan proses atau aktiviti
sumbang saran.
3 Buat rumusan hasil daripada
sumbang saran kepada kelas.
Soalan:
Jelaskan teknik terbaik yang
dapat mempengaruhi pelanggan
untuk menerima atau membeli
barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan.
Bab 4 Minda Kreatif Gambar foto 4.20 Penerangan produk
Jelaskan bagaimana bank dapat (iii) Interaksi dengan bank
membantu sesebuah perniagaan. Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan bantuan
pembiayaan kewangan daripada pihak bank. Kebiasaannya, pihak
bank akan meneliti kemampuan sesebuah perniagaan untuk
berdaya saing dalam pasaran dan membayar balik pinjaman.
RM Celik Kewangan
Pemilihan jenis pinjaman
perniagaan perlu dibuat dengan
teliti dan bijak dengan membuat
kajian dan perbandingan dari
semua aspek termasuk kadar
faedah dan tempoh pinjaman.
Gambar foto 4.21 Pengeluaran wang
(iv) Interaksi dengan agensi kerajaan
Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan sesuatu
kelulusan daripada pihak kerajaan. Selain itu, urusan tender juga
akan mewujudkan interaksi antara peniaga dengan pihak kerajaan.
208 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Cintai Negara
Setiap urusan perlu dilakukan
secara telus mengikut prosedur
yang telah ditetapkan. Setiap
unsur negatif perlu dielakkan
bagi memastikan aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan
dengan lancar dan berjaya.
Gambar foto 4.22 Perbincangan bersama agensi kerajaan
4.5.2 Aliran Maklumat Minda Kreatif Bab 4
Aliran maklumat merupakan suatu proses komunikasi yang Nyatakan gangguan-gangguan
melibatkan aktiviti pemindahan maklumat daripada sesebuah yang terdapat dalam sesuatu
organisasi perniagaan kepada perniagaan lain. Dalam proses proses komunikasi.
komunikasi, penerima maklumat harus menerima maksud yang
sama sebagaimana yang dirancang dan diingini oleh penghantar
maklumat. Maklumat yang diterima tersebut akan diterjemahkan
oleh penerima.
Seterusnya, proses memberi maklum balas terhadap maklumat
yang diterima akan berlaku untuk menilai tahap keberkesanan
proses komunikasi tersebut. Proses komunikasi melibatkan enam
langkah komunikasi seperti dalam Rajah 4.10 yang berikut:
x Gangguan |
Penghantar y z {
Enkod SALURAN Dekod
} Penerima
Maklum balas
Gangguan
Rajah 4.10 Proses komunikasi 209
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4
EMK (a) Penghantar
Arahan: Penghantar akan mencipta maklumat daripada pencetusan idea.
Bentangkan dalam kelas.
Soalan Contoh
1 Jelaskan cara mengatasi
Ketua eksekutif Proton akan memberi maklumat kepada semua
masalah yang wujud dalam pengurus cawangan dan pengurus bahagian yang terlibat. Selain itu,
proses komunikasi. pengurus pemasaran ingin memberi taklimat strategi pemasaran
2 Berikan cadangan untuk keluaran baharu, iaitu Proton Perdana.
penambahbaikan sistem
komunikasi sedia ada dalam (b) Enkod (encode)
sesebuah perniagaan.
Proses enkod melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea sedia
ada seperti dalam bentuk tulisan, gambar dan pertuturan agar
dapat difahami penerima maklumat tersebut dengan mudah.
Contoh
Pengurus pemasaran Proton menggunakan tayangan video dan
gambar bagi menerangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan
untuk menembusi pasaran baharu.
Bab 4 RM Celik Kewangan (c) Saluran
Setiap perniagaan perlu bijak Saluran ialah suatu kaedah yang digunakan untuk menghantar
menjalankan urusan seperti mesej. Penghantar akan memilih jenis saluran yang sesuai untuk
menggunakan kemudahan menyampaikan mesej tersebut kepada penerima. Saluran media
teknologi terkini seperti media yang digunakan boleh terdiri daripada gabungan antara audio,
sosial, e-mel dan sebagainya visual dan bertulis.
agar dapat mengurangkan kos
pengeluaran ke tahap yang Contoh
paling minimum.
Pengurus pemasaran Proton boleh menggunakan peralatan media
dengan gabungan teknik audio dan visual.
(d) Dekod
Dekod ialah satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej
yang dihantar oleh penghantar. Selepas menerima mesej, penerima
akan menterjemahkan mesej tersebut mengikut kefahamannya.
1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang murid.
2 Murid pertama dalam setiap kumpulan akan diberi mesej untuk disampaikan kepada murid yang kedua dan
murid kedua pula akan menyampaikan mesej tersebut kepada murid ketiga.
3 Lakukan proses ini sehingga murid yang terakhir.
4 Murid yang terakhir perlu menyatakan mesej yang diterima secara lisan atau bertulis.
5 Murid dalam setiap kumpulan akan membuat perbandingan dengan mesej asal yang diterima dan
membuat rumusan.
210 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Contoh Cintai Negara Bab 4
Penerima maklumat yang dihantar oleh pengurus pemasaran Setiap pihak yang menjalankan
ialah penyelia jualan dan jurujual. Penerima maklumat berusaha aktiviti komunikasi perlu
memahami maksud mesej dan penerangan yang disampaikan oleh sentiasa berfikiran terbuka
pengurus pemasaran Proton tentang strategi pemasaran untuk dan berlapang dada dalam
menembusi pasaran baharu. menghadapi sesuatu perkara
atau isu.
(e) Penerima
EMK
Penerima ialah pihak yang menerima mesej yang dihantar oleh
penghantar. Penerima akan menterjemahkan mesej yang diterima Arahan:
berdasarkan pengalaman, budaya, dan latar belakang keluarga atau Cari maklumat dalam Internet/
pendidikan. Peringkat ini akan menentukan sama ada maklumat jurnal/surat khabar. Kemudian,
disampaikan secara berkesan atau tidak berkesan. bincangkan dalam kelas.
Soalan:
Contoh Jelaskan kaedah untuk
memastikan setiap ahli
Penyelia pemasaran dan jurujual Proton yang menerima dan dalam organisasi bersedia
memahami maksud mesej yang disampaikan oleh pengurus pemasaran menyumbangkan idea bagi
Proton tentang strategi menembusi pasaran baharu. membantu meningkatkan
keuntungan perniagaan.
(f) Maklum balas
Minda Kreatif
Maklum balas merujuk pada tindak balas penerima terhadap
mesej yang diterima. Setiap maklum balas yang diterima adalah Jelaskan ciri maklum balas
penting untuk mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi dalam komunikasi yang baik dari
dan memastikan maksud mesej yang dihantar oleh penghantar perspektif perniagaan.
sama dengan maksud mesej yang diterima oleh penerima.
Maklum balas boleh diberi dalam bentuk tulisan atau kata,
isyarat badan atau memek muka. Melalui pemberian maklum
balas oleh penerima, penghantar mesej dapat mengenal pasti
sama ada maksud mesej yang ingin disampaikan dapat difahami
penerima dengan sepenuhnya, atau hanya sebahagian sahaja atau
maksud mesej gagal difahami.
Contoh
Bengkel dan perbincangan yang dilakukan oleh penyelia pemasaran
dan jurujual Proton dapat memberi maklumat kepada pengurus
pemasaran sama ada strategi pemasaran yang disampaikan dapat
difahami oleh pihak penerima.
(g) Gangguan 211
Gangguan merujuk pada unsur luaran yang mempengaruhi
proses komunikasi. Gangguan wujud daripada pelbagai aspek
termasuk persekitaran.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4
4.5.3 Aliran Barang
dan Perkhidmatan
Aliran barang dan perkhidmatan merujuk pada suatu proses
pemindahan barang atau perkhidmatan daripada sesebuah
perniagaan kepada perniagaan yang lain. Tujuan aliran barang
dan perkhidmatan adalah untuk memudahkan dan melancarkan
proses pemindahan barang mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh sesebuah organisasi perniagaan.
Peta -THINK Penerimaan Jadual pengeluaran
Wujudkan katalog dan pesanan daripada yang dipersetujui
diedarkan (Bahagian pengguna (Bahagian (Bahagian fungsian Jualan
fungsian pemasaran dan fungsian jualan) dan bahagian fungsian
bahagian fungsian jualan)
pengeluaran)
Pesanan bahan mentah Penerimaan invois pembekal
(Bahagian fungsian dan pembayaran (Bahagian
pembelian)
fungsian kewangan)
Bab 4 Pengeluaran item barang Penghantaran invois kepada
dan pengedaran (Bahagian pembeli dan penerimaan
pengeluaran dan bahagian bayaran (Bahagian fungsian
kewangan)
fungsian pengagihan)
Rajah 4.11 Aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan
EMK (a) Wujudkan Katalog dan Diedarkan
(Bahagian fungsian pemasaran dan
Arahan: bahagian fungsian jualan)
Bincangkan dalam kelas.
Soalan: Bahagian pemasaran perlu membuat katalog yang mengandungi
Jelaskan kepentingan aliran maklumat yang berkaitan dengan jenis barang atau perkhidmatan
barang dan perkhidmatan kepada dan harga yang ditawarkan. Katalog hendaklah diedarkan kepada
sesebuah organisasi perniagaan. pihak pengguna yang disasarkan dan berkemampuan membeli.
Contoh
Katalog yang mengandungi senarai peralatan sukan dan harga setiap
jenis peralatan sukan diedarkan kepada semua badan-badan sukan
dan sekolah.
212 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
(b) Penerimaan Pesanan daripada RM Celik Kewangan
Pengguna (Bahagian fungsian jualan)
Setiap pesanan yang dibuat perlu
Pihak pengguna yang berminat dengan barang atau perkhidmatan mengikut tahap kemampuan
serta harga yang telah ditetapkan dalam katalog akan membuat kewangan masing-masing.
pesanan mengikut jumlah dan item yang dipersetujui. Pesanan
ini akan diterima oleh unit jualan di bahagian pemasaran untuk
tindakan selanjutnya.
Contoh
Pihak sekolah membuat pesanan peralatan sukan yang dipersetujui
berdasarkan item dan harga dalam katalog kepada bahagian
fungsian jualan.
(c) Jadual Pengeluaran yang Dipersetujui Minda Kreatif
(Bahagian fungsian jualan dan
bahagian fungsian pengeluaran) Jelaskan kaedah membentuk
jadual pengeluaran yang baik,
Pihak jualan di bahagian pemasaran akan memberikan maklumat sistematik dan berkesan.
berkaitan dengan pesanan yang telah dipersetujui kepada bahagian
pengeluaran untuk tujuan menghasilkan setiap barang atau Bab 4
perkhidmatan yang telah ditetapkan. Bahagian pengeluaran akan
menyenaraikan sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan yang telah dirancang.
Contoh
Pihak pengeluaran akan menentukan jumlah sebenar keperluan
sumber untuk menghasilkan peralatan sukan yang telah dipersetujui
oleh pihak sekolah.
(d) Pesanan Bahan Mentah Cintai Negara
(Bahagian fungsian pembelian)
Setiap perniagaan yang terlibat
Unit pembelian di bahagian pengeluaran hendaklah membuat dalam penggunaan bahan
pesanan membeli bahan mentah yang mencukupi dalam proses mentah seperti kayu, petroleum
menghasilkan barang atau perkhidmatan yang telah dijadualkan dan sebagainya perlu berusaha
sebelum ini. mengenal pasti bahan mentah
alternatif supaya sumber bahan
Contoh mentah sedia ada dapat bertahan
dengan lebih lama.
Bahagian pembelian menyenaraikan keperluan bahan mentah untuk
menghasilkan peralatan sukan berdasarkan persetujuan dengan
pihak sekolah.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 213
EMK (e) Penerimaan Invois Pembekal
dan Pembayaran
Arahan: (Bahagian fungsian kewangan)
Bentangkan dalam kelas.
Soalan: Bahagian kewangan akan membuat pembayaran kepada pihak
Jelaskan kepentingan penerimaan pembekal yang membekalkan bahan mentah kepada perniagaan.
invois pembekal dan pembayaran Pengaliran wang keluar akan berlaku daripada perniagaan kepada
dalam urus niaga sesuatu barang pihak pembekal.
atau perkhidmatan.
Contoh
Perniagaan menerima bekalan bahan mentah daripada syarikat
pembekalan peralatan sukan dan membayar wang kepada pembekal
berdasarkan pesanan bahan mentah.
Bab 4 Cintai Negara (f) Pengeluaran Item Barang dan
Pengedaran (Bahagian pengeluaran
Setiap aktiviti perniagaan dan bahagian fungsian pengagihan)
perlu mengambil kira semua
aspek termasuk kepentingan Bahan mentah yang diterima daripada pihak pembekal akan
dan sensitiviti semua kaum di diproses untuk menghasilkan barang yang telah dipesan oleh
Malaysia serta perlindungan pihak pengguna. Setelah selesai menghasilkan barang, bahagian
haiwan dan alam sekitar. pemasaran mengedarkan kepada pihak pengguna yang membuat
pesanan pembelian barang.
Contoh
Pihak perniagaan mendapatkan peralatan sukan daripada bahagian
pengeluaran dan mengedarkan kepada pihak sekolah.
Minda Kreatif (g) Penghantaran Invois kepada Pembeli
dan Penerimaan Bayaran
Jelaskan tujuan menyimpan (Bahagian fungsian kewangan)
invois oleh pembeli selepas
membuat pembayaran. Bahagian kewangan menghantar invois kepada pelanggan yang
mengandungi senarai barang dan jumlah bayaran yang perlu
dibayar oleh pihak pengguna. Pihak pengguna perlu membayar
sejumlah wang kepada perniagaan berdasarkan invois seperti
pesanan yang dibuat oleh pihak pengguna sebelum itu.
Contoh
Bahagian kewangan menghantar invois kepada pihak sekolah
untuk menuntut bayaran. Pihak perniagaan menerima pembayaran
daripada pihak sekolah yang telah memesan peralatan sukan
sebelum itu.
214 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
4.6 Interaksi dan
Perkaitan antara
Bahagian Fungsian
dalam Dua
Perniagaan Berlainan
Bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi EMK
perniagaan adalah berbeza antara satu sama lain mengikut
saiz perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, setiap Arahan:
bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi perniagaan perlu Bentangkan dalam kumpulan.
berinteraksi dengan bahagian fungsian perniagaan yang lain bagi Soalan:
melancarkan aktiviti perniagaan. Dengan memberikan contoh dua
jenis perniagaan berbeza, jelaskan
4.6.1 Interaksi antara perbezaan antara bahagian
Perniagaan fungsian serta perkaitan yang
wujud dalam dua jenis
Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan perniagaan tersebut.
kecil dan perniagaan besar.
(a) Perniagaan Kecil RM Celik Kewangan Bab 4
Perniagaan kecil mempunyai bahagian-bahagian fungsian yang Pengguna perlu bijak mengambil
sedikit. Setiap bahagian fungsian ini akan berinteraksi secara setiap peluang yang ditawarkan
formal dan tidak formal. Staf yang terlibat dalam bidang jualan oleh perniagaan.
mengetahui pelanggan yang manakah yang membayar bil mereka
serta merta dan yang manakah masih berhutang. Pengurus
mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf. Pertanyaan
daripada pelanggan dapat diselesaikan dengan segera.
(b) Perniagaan Besar
Perniagaan besar mempunyai banyak bahagian fungsian dan Minda Kreatif
mempunyai lebih ramai staf. Proses komunikasi menjadi lebih
panjang dan mengambil masa yang lama. Hubungan komunikasi Jelaskan peranan perniagaan
yang baik antara pengurus dengan pekerja dalam setiap bahagian besar dalam membantu
fungsian adalah sangat penting. perkembangan perniagaan kecil.
Perniagaan memerlukan maklumat dan sokongan daripada
bahagian-bahagian fungsian yang berkaitan supaya perniagaan
tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan. Interaksi
bahagian fungsian antara perniagaan kecil dengan perniagaan
besar ditunjukkan dalam Jadual 4.1 seperti yang berikut:
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 215
Jadual 4.1 Interaksi antara bahagian fungsian bagi perniagaan kecil dengan perniagaan besar
Perniagaan Kecil Interaksi Perniagaan Besar
• Bahagian Jualan
Bahagian Fungsian Jualan
berhubung dengan
pelanggan tanpa melalui • Bahagian Jualan harus
bahagian pengeluaran. mengetahui jadual
• Bahagian Jualan turut Perniagaan kecil akan menghubungi pengeluaran dan tarikh
melaksanakan fungsi perniagaan besar bagi meluaskan pasaran penghantaran pesanan yang
Bahagian Pembelian sedia ada kepada pasaran yang lebih besar. telah dipersetujui dengan
mengikut jumlah bahagian pengeluaran.
permintaan yang dibuat Manakala perniagaan besar akan • Bahagian Jualan akan
oleh pelanggan. menghubungi perniagaan kecil bagi memaklumkan Bahagian
• Bahagian Kewangan menambah dan mengukuhkan pasaran Pembelian bahan dan
mengeluarkan invois
dalam pembelian barang sedia ada.
atau perkhidmatan.
• Bahagian Kewangan kuantiti yang diperlukan.
mengawasi urusan
pembayaran gaji dan Bahagian Fungsian Kewangan • Bahagian Kewangan mesti
pembelian bahan mentah. Perniagaan kecil akan menghubungi peka terhadap setiap
perniagaan besar bagi memastikan setiap pergerakan barangan supaya
bayaran telah diterima tanpa masalah. invois boleh dikeluarkan.
Manakala perniagaan besar akan • Bahagian Kewangan
menghubungi perniagaan kecil bagi mengawasi perbelanjaan dan
memastikan setiap bayaran dibuat pencapaian sasaran kewangan
dalam setiap jabatan.
mengikut perjanjian.
Bab 4 • Bahagian Kewangan Bahagian Fungsian Sumber Manusia • Bahagian Pengurusan
menguruskan hal ehwal Perniagaan kecil akan menghubungi Sumber Manusia dan
gaji dan bonus. perniagaan besar bagi mengenal pasti Kewangan akan berhubung
kaedah pengurusan sumber manusia. berkenaan dengan gaji
• Bahagian Sumber
Manusia hanya Manakala perniagaan besar akan • Pengurusan sumber manusia
melaksanakan tugas menghubungi perniagaan kecil bagi mengendalikan kekosongan
mengambil pekerja atau pekerjaan dan peluang
staf baharu. membantu mengurus sumber kenaikan pangkat.
manusia dengan baik.
Khidmat pelanggan
dilaksanakan kepada Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
pelanggan terpilih sahaja.
Perniagaan kecil akan menghubungi Khidmat pelanggan harus
Bahagian Pentadbiran perniagaan besar bagi mempelajari kaedah menghantar maklum balas
terlibat dalam hampir setiap mengurus pelanggan dengan baik. daripada pelanggan yang
urusan yang dijalankan boleh memberi kesan kepada
oleh perniagaan. Manakala perniagaan besar akan perkembangan barangan atau
menghubungi perniagaan kecil bagi jualan masa hadapan.
membantu membentuk teknik
pengurusan pelanggan berskala kecil.
Bahagian Fungsian Pentadbiran
Perniagaan kecil akan menghubungi Bahagian Pentadbiran terlibat
perniagaan besar bagi mempelajari sistem apabila maklumat diperlukan
pentadbiran yang baik. dan apabila mesyuarat antara
jabatan dijalankan.
Manakala perniagaan besar akan
menghubungi perniagaan kecil bagi
memastikan sistem pentadbiran yang baik
digunakan dalam urusan perniagaan.
216 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Gerak Minda 4
SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Berikan maksud teknologi.
2 Senaraikan peranan bahagian fungsian sumber manusia.
3 Berikan kepentingan carta organisasi.
4 Terangkan elemen kawalan semasa yang terdapat dalam bahagian fungsian pengeluaran.
5 Berikan kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan.
SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Huraikan kepentingan struktur organisasi kepada sistem pengurusan perniagaan.
2 Jelaskan kelebihan bahagian fungsian pemasaran kepada perniagaan.
3 Jelaskan kepentingan bahagian fungsian teknologi maklumat dalam membantu mengurangkan kos
pengeluaran perniagaan.
4 Jelaskan bagaimana bahagian fungsian pentadbiran membantu melancarkan operasi perniagaan.
5 Jelaskan cara bahagian fungsian khidmat pelanggan meningkatkan keuntungan perniagaan. 217
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4
Main Peranan
Tugasan: Menjelaskan tujuan dan peranan setiap bahagian fungsian utama
Langkah-langkah:
Sebelum P&P
1 Guru memilih murid untuk memegang jawatan pengurus besar dan pengurus bagi setiap
bahagian fungsian.
2 Murid diminta untuk menyediakan skrip bagi menjelaskan tujuan bahagian fungsian dan
peranan pengurus bahagian tersebut semasa mesyuarat.
Semasa P&P
1 Bilik darjah telah disusun seperti sebuah bilik mesyuarat.
2 Pengurus besar akan menjadi pengerusi mesyuarat dan meminta setiap pengurus bahagian
membentangkan tujuan dan peranan
3 Pengurus bagi setiap bahagian boleh bertanya soalan kepada pengurus bahagian yang lain.
4 Setelah selesai mesyuarat, murid yang lain diminta membuat ulasan dan rumusan.
Refleksi
1 Terangkan mengapakah perniagaan yang besar memerlukan banyak bahagian fungsian?
2 Kenal pasti enam bidang fungsian atau jabatan-jabatan yang terdapat dalam kebanyakan
organisasi perniagaan.
3 Kenal pasti perbezaan antara fungsian penjualan dengan fungsian pemasaran.
4 Apakah peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah perniagaan?
5 Mengapakah aliran maklumat antara bidang fungsian adalah penting?
Rumusan
Semua organisasi perniagaan mempunyai bahagian fungsian tertentu untuk memastikan perniagaan
berjalan lancar. Setiap fungsian menjalankan peranan masing-masing untuk mencapai tujuan atau
objektif perniagaan.
Fungsian utama dalam sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada jualan, pengeluaran,
pembelian, pentadbiran, pengurusan pelanggan, pengagihan, kewangan, pengurusan sumber
manusia, penyelidikan dan pembangunan, teknologi maklumat dan komunikasi dan pemasaran.
Selain itu, dalam sesebuah organisasi perniagaan, tiada bidang fungsian yang boleh bekerja secara
berasingan. Setiap fungsian perlu berinteraksi antara satu bidang fungsian dengan satu bidang
fungsian yang lain. Bagi memudahkan interaksi ini berjalan dengan lancar, penggunaan teknologi
maklumat amat diperlukan.
218 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Latihan Sumatif 4
SOALAN OBJEKTIF 5 Rajah berikut berkaitan peranan bahagian
Arahan: Jawab semua soalan. sesuatu fungsian
1 Mengapakah struktur organisasi dibahagikan
Perancangan sumber Latihan dan
mengikut bahagian fungsian? manusia Pembangunan
A Memaksimumkan keuntungan
B Mengurangkan bilangan pekerja X
C Meminimumkan kos pengeluaran
D Anggota organisasi perniagaan mengetahui
tugas masing-masing
2 Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan Perkhidmatan Skim insentif
tujuan bahagian fungsian? pekerja dan kebajikan produktiviti
I Boleh melatih lebih ramai pekerja Apakah bahagian fungsian X?
II Dapat mengurangkan kos dan masalah A Bahagian pentadbiran
B Bahagian pengeluaran
dalam pengurusan C Bahagian sumber manusia
III Mewujudkan pengkhususan dalam D Bahagian khidmat pelanggan
6 Lengkapkan rajah berikut.
bidang tugas
IV Memperoleh keuntungan yang banyak Peranan Pengurusan Kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu
fungsian.
• Menyediakan dokumen dengan Merancang hal Y Mengawal
menggunakan perisian yang berkaitan penggunaan
dengan sumber
• Menyediakan pelan atau program organisasi kewangan
untuk staf
Apakah peranan Y?
• Mengurus dan menyediakan dokumen A Mengawal risiko syarikat
syarikat B Membuat analisis perniagaan
C Mengagihkan sumber kewangan
• Membeli alat tulis dan peralatan pejabat D Menjana keuntungan dan meningkatkan
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A Bahagian fungsian pembelian produktiviti pengeluaran
B Bahagian fungsian pentadbiran
C Bahagian fungsian sumber manusia 7 Apakah kepentingan bahagian fungsian
D Bahagian fungsian teknologi maklumat penyelidikan dan pembangunan dalam
4 Apakah peranan bahagian fungsian teknologi organisasi perniagaan?
maklumat dan komunikasi dalam sesebuah A Pemasaran produk yang terhad
organisasi perniagaan? B Mempercepat proses pengeluaran produk
A Dapat meningkatkan produktiviti C Dapat membangunkan produk baharu dan
B Memudahkan pengurusan inventori berkualiti tinggi
C Dapat membuat perancangan kewangan D Memastikan pengeluaran barang
D Memastikan keselamatan sistem ICT yang maksimum
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 219
8 Susun tatacara pembelian bahan mentah A Lokasi
dengan betul. B Harga
C Promosi
I Mencari pembekal yang sesuai D Sasaran pasaran
II Membuat pesanan pembelian 12 Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran
III Menilai pembekal-pembekal berdasarkan dengan tepat?
A Aktiviti menjual barang kepada pengguna
sebut harga yang dikemukakan B Aktiviti mengagihkan barang daripada
IV Menerima sebut harga daripada
syarikat -syarikat pembekal penjual kepada pengguna
C Aktiviti memperkenalkan barang oleh
A I, II, IV, III
B IV, I, III, II penjual kepada pengguna
C I, IV, III, II D Aktiviti pertukaran barang yang dapat
D IV, III, I ,II
9 Maklumat berikut berkaitan sesuatu peranan memberi nilai kepada penjual dan pengguna
bahagian fungsian. 1 3 Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang
• Menghasilkan barang dan perkhidmatan atau perkhidmatan.
• Memasarkan barang kepada pengguna • Perlu tempahan
• Tidak tahan lama
untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai
• Merancang dan menjalankan proses untuk memasarkan produk tersebut?
transformasi input A Pengeluar → Pengguna
Apakah bahagian fungsian tersebut? B Pengeluar → Peruncit → Pengguna
A Bahagian fungsian pembelian D Pengeluar → Pemborong → Peruncit →
B Bahagian fungsian pemasaran
C Bahagian fungsian pentadbiran Pengguna
D Bahagian fungsian pengeluaran C Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
10 Mengapakah kawalan selepas pengeluaran 1 4 Maklumat berikut merupakan antara tugas yang
perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian perlu dilakukan oleh Encik Azmi.
pengeluaran?
A Mengawal penggunaan sumber secara efektif • Melengkapkan dokumen penghantaran
B Memastikan peralatan dan mesin dalam • Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
keadaan baik • Menyelesaikan masalah proses pengedaran
C Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam Di bahagian fungsian apakah Encik Azmi
pengeluaran dengan segera bertugas?
D Memastikan produk yang dihasilkan A Bahagian fungsian jualan
mengikut standard yang betul B Bahagian fungsian pengagihan
11 Lengkapkan rajah berikut. C Bahagian fungsian pemasaran
D Bahagian fungsian pentadbiran
Strategi Pemasaran 1 5 Apakah kepentingan mewujudkan pasaran
baharu?
Y Campuran pemasaran A Dapat membuat promosi
Apakah Y? B Dapat menguasai pasaran baharu
C Dapat meningkatkan jumlah pekerja
D Dapat menggunakan teknologi moden
220 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
16 Pernyataan berikut berkaitan dengan aktiviti I belian
dalam strategi meneroka pasaran baharu. II kewangan
• Menjalankan promosi yang agresif di III khidmat pelanggan
pasaran yang menjadi tumpuan IV pentadbiran
• Melibatkan diri atau organisasi dalam A I dan II C II dan III
rundingan yang aktif melalui hubungan B I dan IV D III dan IV
dua hala
Mengapakah aktiviti tersebut dilaksanakan? 1 9 Mengapakah teknologi maklumat penting
A Meneroka pasaran setempat dalam sesebuah organisasi perniagaan?
B Meneroka pasaran tempatan A Dapat meluaskan pasaran
C Meneroka pasaran domestik B Dapat memproses barang dengan cepat
D Meneroka pasaran antarabangsa C Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
D Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
17 Antara berikut, yang manakah merupakan
fungsian jualan? 20 Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan
dalam menggunakan teknologi maklumat.
I mengurus belian barang
II menghantar barang jualan Penggunaan teknologi maklumat dalam
III mengambil tindakan pertanyaan pelanggan sesebuah perniagaan dapat meluaskan
IV menyediakan sebut harga kepada pelanggan pasaran ke peringkat global.
A I dan II Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah
B I dan IV peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?
C II dan III A Membuat promosi melalui radio dan
D III dan IV surat khabar
18 Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam B Membina laman web untuk
pernyataan berikut?
“Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja memperkenalkan barang
dalam sesebuah organisasi perniagaan” C Menggunakan kapal terbang untuk
menghantar barang
D Mengambil lebih ramai pekerja untuk
memasarkan barang
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 221
SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Huraikan masalah yang akan wujud sekiranya kewangan sesebuah organisasi tidak diurus dengan baik.
2 Jelaskan cara ICT dapat memudahkan komunikasi dalaman (Intranet) dan luaran organisasi (Internet).
3 Huraikan kepentingan pembangunan produk kepada sesebuah organisasi perniagaan.
4 Encik Affan merupakan pengurus bahagian pengeluaran di sebuah kilang televisyen. Jelaskan peranan
Encik Affan.
5 Strategi pemasaran yang berkesan berupaya untuk melancarkan aktiviti pemasaran. Jelaskan.
6 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sesuatu produk.
• Barang yang tidak tahan lama seperti barang pertanian
• Barang bernilai tinggi seperti kapal terbang
• Perkhidmatan profesional seperti khidmat doktor dan guaman
Nyatakan dan jelaskan jenis saluran agihan yang sesuai untuk mengagihkan produk tersebut.
7 Pada pendapat anda, mengapakah pelanggan merupakan aset yang penting kepada sesebuah organisasi
perniagaan? Jelaskan.
8 Huraikan kepentingan interaksi bahagian fungsian pembelian dengan pihak luar, iaitu pembekal.
9 Jelaskan strategi pemasaran yang dapat melancarkan aktiviti perniagaan.
1 0 Jelaskan bagaimana fungsian teknologi dan maklumat dapat membantu dalam pembangunan produk
dan pasaran baharu dalam sesebuah organisasi perniagaan.
222 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
KERTAS KERJA
PROJEK
Kertas kerja projek dibentuk bagi tujuan memberi pengalaman dan persediaan awal kepada semua
murid berkaitan dunia perniagaan. Aktiviti dan tugasan yang dijalankan dalam kertas kerja projek
akan memberi pengetahuan berkaitan dengan perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan
sesebuah perniagaan.
Dalam bahagian ini, anda akan memperoleh panduan untuk memulakan dan menyediakan
kertas kerja projek dengan cara yang betul. Anda juga akan dapat melatih diri dan mengenal pasti
keupayaan anda untuk menceburkan diri dalam bidang tertentu mengikut jenis perniagaan yang
ingin anda ceburi.
Kertas kerja projek yang dijalankan akan membantu melahirkan murid yang lebih berdaya
tahan, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, bersemangat waja dan berpengetahuan tinggi. Selain
itu, kertas kerja projek ini juga akan membentuk semangat patriotik dan meningkatkan kemahiran
komunikasi dalam kalangan murid dengan masyarakat di dalam sekolah dan di luar sekolah.
Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan bermatlamat untuk mempersiapkan
dan melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengurusan
perniagaan di samping menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional
serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan malah berani menghadapi apa-apa juga
persaingan berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
Oleh itu, setiap murid perlu menggunakan peluang membuat kertas kerja projek ini sebaik
mungkin sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
Objektif Pembelajaran
Selepas menyelesaikan kertas kerja projek ini, murid boleh:
1 menghasilkan visi dan misi profil perniagaan yang mengandungi perkara yang berikut:
• latar belakang perniagaan
• matlamat
• objektif
• carta organisasi bahagian fungsian
2 menyediakan laporan lengkap kertas kerja projek
KERTAS KERJA PROJEK 225
Peta Konsep Kertas Kerja Projek
Kertas Kerja Projek
Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek Contoh Kertas Kerja Projek
Pengenalan Visi dan misi
Contoh soalan kertas Latar belakang
kerja projek perniagaan
Panduan pelaksanaan
kertas kerja projek Matlamat
Contoh elemen dan Objektif
aspek yang dinilai Carta organisasi
Contoh aliran proses bahagian fungsian
pelaksanaan tugasan
kertas kerja projek
Contoh format penulisan
kertas kerja projek
226 KERTAS KERJA PROJEK
Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan
Kertas Kerja Projek
Pengenalan
1 Tugasan kertas kerja projek hendaklah dibuat mengikut
panduan yang telah ditetapkan.
2 Tajuk tugasan kertas kerja projek akan ditetapkan berdasarkan
sesuatu tajuk atau gabungan Bab 1, 2, 3 dan 4 yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP).
3 Tugasan kertas kerja projek ini wajib dilaksanakan oleh
semua murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
Perniagaan.
4 Tugasan kertas kerja projek ini dilaksanakan secara individu.
5 Setiap murid perlu mematuhi sepenuhnya format penulisan
tugasan kertas kerja projek yang telah ditetapkan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
6 Setiap murid perlu peka dan menitikberatkan elemen dan
aspek yang dinilai untuk tugasan kertas kerja projek ini. Hal
ini bagi memastikan setiap murid dapat memahami dan
mencapai matlamat atau tujuan sebenar tugasan kertas kerja
projek ini dibuat atau dilaksanakan.
7 Selain itu, elemen tatabahasa dan ejaan juga perlu diberi
perhatian ketika menyediakan kertas kerja projek.
8 Setiap murid perlu merujuk pada guru mata pelajaran
Perniagaan masing-masing sekiranya terdapat sebarang
masalah atau kekeliruan sebelum atau semasa melaksanakan
tugasan kerja projek.
(a) A spek-aspek yang Perlu Dititik Beratkan Ketika
Melaksanakan Tugasan Kertas Kerja Projek
• Memastikan elemen keselamatan diri sentiasa menjadi keutamaan
• Menerapkan elemen kreatif dan inovatif semasa menjalankan kerja projek
• Menerapkan elemen kekemasan dan ketepatan dalam penyediaan laporan
• Menerapkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan tugasan dan penyediaan laporan
• Mengadaptasikan penggunaan teknologi dan informasi terkini
• Memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut arahan dan format yang telah ditetapkan
• Menggunakan pengetahuan yang diperoleh ketika proses pembelajaran dalam kelas
• Memahami dengan baik kehendak sebenar soalan atau arahan
KERTAS KERJA PROJEK 227
Kertas Kerja Projek Perniagaan (b) C ontoh Soalan Tugasan Kertas Kerja
Projek
1 Kenal pasti dan pilih sebuah organisasi perniagaan yang
sesuai, anda dikehendaki mengkaji perkara yang berikut:
(a) jenis milikan
(b) jenis perniagaan
(c) visi
(d) misi
(e) latar belakang organisasi
(f ) objektif
(g) carta organisasi bahagian fungsian
Atau
2 Kenal pasti dan pilih sebuah organisasi perniagaan yang
berorientasikan perkhidmatan. Kemudian, anda dikehendaki
mengkaji perkara yang berikut:
(a) visi dan misi
(b) matlamat
(c) objektif
(d) latar belakang organisasi
(e) carta organisasi bahagian fungsian
Panduan Pelaksanaan Tugasan
Kertas Kerja Projek
(a) Pengenalan
1 Setiap tugasan yang bakal dilakukan perlu mempunyai sistem
dan perancangan yang teratur dan gerak kerja yang sistematik.
2 Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti atau tugasan
yang ingin dilaksanakan dapat dibuat dengan baik dan betul.
3 Panduan tugasan kertas kerja projek ini memberi peluang
kepada murid untuk mencari idea terbaik dalam merangka
strategi melaksanakan tugasan kerja projek.
4 Selain itu, panduan ini juga memberi gambaran awal kepada
murid berkaitan dengan perkara yang perlu dilaksanakan oleh
mereka dalam menyediakan tugasan kertas kerja projek bagi
mata pelajaran perniagaan tingkatan 4.
5 Pada masa yang sama, panduan yang disediakan ini juga akan
memberi peluang kepada murid untuk membuat persediaan
awal dan memahami dengan lebih baik tentang perkara yang
perlu dibuat sebelum melaksanakan tugasan.
228 KERTAS KERJA PROJEK
6 Persediaan awal sangat penting bagi memastikan setiap isu
atau masalah yang wujud sebelum atau semasa atau selepas
tugasan dilaksanakan dapat diatasi dengan bijak dan rasional.
(b) Maklumat Tugasan Kertas Kerja
Projek
1 Tugasan kertas kerja projek ini memberi peluang kepada
murid untuk melalui dan mengalami proses pembelajaran
dan pengajaran yang pelbagai.
2 Bimbingan akan dibuat oleh guru mata pelajaran Perniagaan
masing-masing dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
3 Hasilan akhir tugasan kertas kerja projek akan dijadikan
sebahagian daripada penilaian.
4 Penilaian tugasan kertas kerja projek adalah bersandarkan
darjah atau tahap penguasaan murid dalam beberapa elemen
dan beberapa kriteria lain yang akan dimaklumkan oleh guru.
5 Pendedahan dan penguasaan kefahaman oleh semua murid
tentang keseluruhan proses perniagaan yang wujud dalam
jenis perniagaan yang dikaji akan diterjemahkan melalui
penghasilan tugasan kerja projek yang diintegrasikan dengan
menggunakan komputer.
6 Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada
kriteria tertentu mengikut piawaian yang akan ditetapkan.
(c) Maklumat Am
1 Tugasan kertas kerja projek ini dicadangkan untuk
dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu.
2 Pembahagian tempoh pelaksanaan tugasan kertas kerja Kertas Kerja Projek Perniagaan
projek adalah seperti yang berikut:
(a) penyiapan projek : 8 minggu
(b) pengurusan dan penilaian : 2 minggu
3 Contoh Jadual Pelaksanaan Kertas Kerja Projek adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran 1.
4 Tugasan kertas kerja projek bagi murid Tingkatan 4 akan
dimulakan pada bulan Ogos hingga September.
5 Tugasan kertas kerja projek yang disediakan oleh murid
akan dinilai oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Perniagaan di sekolah masing-masing.
6 Penilaian tugasan kertas projek ini merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
KERTAS KERJA PROJEK 229
7 Penilaian tugasan kertas kerja projek ini dilakukan secara
berterusan dalam tempoh yang ditetapkan.
8 Semua murid wajib melaksanakan dan menyelesaikan setiap
tugasan kertas kerja projek secara individu.
9 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil
kerja akhir calon.
10 Penilaian hasil kerja murid akan dilakukan sepanjang masa
tugasan kertas kerja projek dilaksanakan.
11 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah
tugasan kertas kerja projek disiapkan.
12 Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
projek yang tulen dan asli.
13 Murid dilarang melakukan perkara seperti memplagiat
daripada mana-mana bahan tanpa menyatakan sumber
sebenar bahan tersebut diambil.
14 Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.
(d) Contoh Elemen dan Aspek yang Dinilai
Kertas Kerja Projek Perniagaan Elemen Aspek penilaian
Pengetahuan dan kefahaman • Pengenalan perniagaan
Kemahiran mengaplikasi • Profil perniagaan
• Penetapan visi
Kemahiran menganalisis • Penetapan misi
• Penetapan objektif
Kemahiran membuat keputusan • Carta organisasi bahagian fungsian
Kemahiran teknologi maklumat • Menganalisis dan menilai tahap keberkesanan bahagian fungsian
dan komunikasi
Nilai-nilai murni yang terdapat organisasi perniagaan
dalam perniagaan • Memberikan cadangan untuk menambah baik operasi bahagian
fungsian organisasi perniagaan
Keputusan perniagaan
Penggunaan komputer dan teknologi komunikasi
• Jujur dan amanah
• Telus dan tekun
• Berdisiplin dan bekerjasama
• Terbuka untuk menerima kritikan
• Bercita-cita tinggi
• Menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar
• Menepati dan menghargai masa
• Berjimat cermat
230 KERTAS KERJA PROJEK
(e) C ontoh Aliran Proses Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja
Projek
Antara langkah untuk tugasan kertas kerja projek adalah seperti berikut:
Tugasan Bermula
Mendengar Taklimat Projek
ATAU Memilih Tajuk Projek dan
Menyediakan Jadual Tugasan
Menyemak Jadual Tugasan
Membentangkan Jadual Tugasan
Pembetulan atau DITOLAK Status Murid boleh mendapatkan
penambahbaikan Jadual maklumat perniagaan
Tugasan tersebut melalui sumber
temu bual, Internet,
DITERIMA majalah, jurnal dan
Melaksanakan Tugasan Kerja Projek sumber-sumber lain
yang berkaitan
Penyerahan Hasil Kerja Projek Kertas Kerja Projek Perniagaan
dan Draf Kertas Kerja Projek
Pembetulan atau DITOLAK Status Draf
penambahbaikan Kertas Kerja
Projek
DITERIMA Penulisan kertas kerja
Menghantar Kertas Kerja Projek projek perlu mengikut
Tugasan format yang telah
TAMAT ditetapkan
KERTAS KERJA PROJEK 231
(f) Contoh Format Penulisan Kertas Kerja Projek
Format kertas kerja projek yang perlu dipatuhi oleh setiap murid adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Huraian
1 Saiz kertas Kertas A4
2 Margin Bahagian atas dan bawah 1 inci dan bahagian kiri dan kanan
1.25 inci
3 Saiz tulisan 12 pt
4 Jenis tulisan Times New Roman
5 Saiz langkau (spacing) 2 pt
6 Jumlah muka surat 15 hingga 20 muka surat termasuk jadual, gambar rajah, graf,
carta senarai rujukan dan lampiran
7 Penggunaan gambar rajah/ Calon boleh menggunakan gambar rajah/gambar foto dan
gambar foto/ilustrasi ilustrasi sebagai sebahagian daripada penulisan untuk dijadikan
sebagai sokongan kepada projek yang dijalankan
8 Penyerahan kertas projek Kertas projek hendaklah diserahkan kepada penilai/guru dalam
bentuk bercetak dan berjilid
Muka Surat Hadapan
1 Muka surat hadapan yang mengandungi perkara yang berikut:
(a) Nama sekolah
(b) Nama dan kod mata pelajaran
(c) Tajuk/Soalan
(d) Nama murid
(e) Nombor kad pengenalan
(f) Angka giliran
Kertas Kerja Projek Perniagaan Kandungan (e) Objektif
1 Senarai kandungan (f) Carta organisasi
2 Penghargaan (g) Bahagian fungsian
3 Isi-isi penting
(a) Jenis milikan
(b) Jenis perniagaan
(c) Visi
(d) Misi
Muka Surat Belakang
1 Rumusan
2 Senarai rujukan
3 Lampiran
232 KERTAS KERJA PROJEK
CONTOH KERTAS KERJA PROJEK
TINGKATAN 4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BERJAYA
JALAN USAHAWAN, 56100, KUALA LUMPUR
MATA PELAJARAN : PERNIAGAAN
KOD MATA PELAJARAN : ABC 1234
TAJUK : PROFIL PERNIAGAAN
NAMA : SAIYIDAH BINTI OTHMAN Kertas Kerja Projek Perniagaan
NOMBOR KAD PENGENALAN : 010123-00-1234
ANGKA GILIRAN : WP008 A150
KERTAS KERJA PROJEK 233
Kertas Kerja Projek Perniagaan PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada
semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina. Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Nor Bahijah binti Dzakaria selaku
guru pembimbing atas kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga
selesainya kertas projek ini. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga
kepada pemilik Rimbun Sejadi Enterprise telah memberi kerjasama untuk
menjayakan tugasan ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta
rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.
234 KERTAS KERJA PROJEK
SENARAI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Abstrak iv
1.0 Pengenalan 1
2.0 Visi, Misi dan Objektif 2
3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3
4.0 Profil Perniagaan 4
5.0 Carta Organisasi 5
6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8
Rumusan 10
Senarai Rujukan 11
Lampiran 12
KERTAS KERJA PROJEK 235 Kertas Kerja Projek Perniagaan
ABSTRAK
Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan
sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kajian kerja projek ini
adalah bertujuan untuk mengenal pasti tujuan perniagaan, organisasi perniagaan,
visi, misi dan objektif perniagaan.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang
wujud dalam perniagaan yang dipilih. Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian
fungsian mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi
sesebuah perniagaan.
Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan.
Setiap maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan
dapatan dalam kertas kerja projek. Dapatan kajian juga diperoleh secara temu
bual dan bacaan daripada sumber rujukan tertentu seperti melalui bacaan bahan
rujukan di perpustakaan dan sumber daripada Internet.
Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai
setiap visi, misi dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud
dalam perniagaan yang dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian
rumusan juga dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya
dapat menjalankan operasi perniagaan mereka dengan lebih profesional, berkesan
dan sistematik.
Kertas Kerja Projek Perniagaan iv
236 KERTAS KERJA PROJEK
1.0 PENGENALAN Kertas Kerja Projek Perniagaan
Rimbun Sejadi Enterprise ditubuhkan pada 20 Julai 2012. Perniagaan ini
ditubuhkan secara milikan tunggal. Pemilik Rimbun Sejadi Enterprise ialah
Mohd Yusof bin Hosaini. Beliau telah dibantu oleh dua orang anaknya, iaitu
Aizat Affan bin Mohd Yusof dan Amira Afiqah binti Mohd Yusof.
Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan peralatan
pertanian dan ternakan, baja dan racun, tanaman dan baka ternakan, makanan
dan ubat-ubatan ternakan, membekal mesin dan peralatan kejuruteraan, mesin
dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, membekal alat
kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot dan kelengkapan, mesin, perkakas
elektrik, peralatan pencuci dan pembersihan.
Walau bagaimanapun, syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam bidang
membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-barang pertanian.
Rimbun Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk
penebangan pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar
Kuala Lumpur. Rimbun Sejadi Enterprise juga ingin mengembangkan lagi
perniagaan ini agar prestasi dan kestabilan perniagaan menjadi lebih kukuh
dan maju.
Rimbun Sejadi Enterprise juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk
projek landskap di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kebanyakan pokok-pokok ini
dibeli terus di nurseri-nurseri dari negeri Selangor, Pahang dan Johor.
1
KERTAS KERJA PROJEK 237