The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasaat08, 2021-06-12 04:20:30

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Kandungan Modul

kata aluan 2 SKOP 7 86
ketua pengarah kesihatan rawatan pertolongan cemas
kementerian kesihatan malaysia dan rawatan ringan 106

kata aluan 3 SKOP 8 124
amalan makan yang sihat 140
ketua pengarah pelajaran dan selamat 146
156
kementerian pelajaran malaysia

pengenalan 4 SKOP 9
cara hidup yang sihat
panduan menggunakan 7 SKOP 10
modul persediaan ke alam remaja
SKOP 11
ikrar dan lagu 9 kenali ubat anda
doktor muda SKOP 12
nilai-nilai murni
SKOP 1 10

doktor muda


SKOP 2
26

amalan kebersihan diri dan

penjagaan kesihatan mata

SKOP 3 40
amalan kebersihan
persekitaran

SKOP 4 48
amalan kesihatan
pergigian

SKOP 5 54
minda sihat

SKOP 6 72
mencegah penyakit semasa


MODUL LATIHAN
KELAB DOKTOR MUDA (Edisi 4)

Modul Latihan Kelab Doktor Muda (Edisi 4) ini merupakan penambahbaikan
kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda (Edisi 3) yang diterbitkan pada tahun
2007. Penambahbaikan dibuat bagi kandungan modul, penambahan maklumat
baru serta penambahan bahan bantu mengajar.

© Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


KATA ALUAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Program Doktor Muda melalui penubuhan Kelab Doktor Muda Sekolah
Rendah merupakan antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
memperkenal dan menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam
kalangan murid sekolah. Program yang berpusat di sekolah ini bermatlamat
untuk melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas.
Program yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 terus berkembang.
Pengiktirafan Program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia amat berharga untuk merealisasikan
hasrat Negara melahirkan masyarakat yang sihat.
Modul Latihan Kelab Doktor Muda edisi empat merupakan penambahbaikan
terhadap isi kandungan yang dibuat selaras dengan keperluan semasa dan
mengambil kira kehendak keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu ia
dibuat berdasarkan maklumbalas daripada guru. Penambahan yang dibuat
adalah terhadap skop sediada di samping menambah skop baru iaitu Kenali
Ubat Anda dan Nilai-Nilai Murni.
Saya berharap agar guru menggunakan modul ini dengan cara yang berkesan
dan dapat mencapai matlamat. Dengan cara ini kita yakin bahawa Kelab
Doktor Muda dapat menarik minat penyertaan murid ke arah mencapai
matlamat yang digariskan.
Doktor Muda, Rakan Kesihatan Anda.
Sekian, Terima Kasih.

DATO’ SRI DR. HASAN B. ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

2


KATA ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tahniah, diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pelajaran Malaysia atas usaha menerbitkan Modul Latihan Kelab Doktor Muda
Edisi Empat.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyokong usaha menerapkan
pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan dalam kalangan murid sekolah
rendah. Usaha tersebut akan dapat meningkatkan taraf kesihatan diri mereka,
rakan sebaya, warga sekolah dan ahli keluarga.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktiraf Kelab Doktor Muda sebagai
aktiviti kokurikulum pada tahun 2006 sebagai usaha utama menekankan
aspek kesihatan. Pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah
menubuhkannya. Dengan menjadikan Kelab Doktor Muda sebagai aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah rendah, diharapkan lebih ramai murid dan
warga sekolah untuk sentiasa membudayakan amalan hidup sihat.

Di samping itu, program ini berupaya membantu mencapai matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2035 yang menggariskan sistem
pendidikan yang komited untuk membangunkan murid secara menyeluruh.
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi
membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi pelbagai
dimensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan
komponen bukan akademik dilaksanakan di luar bilik darjah menerusi aktiviti
kokurikulum. Saya yakin program seperti ini mampu melahirkan modul insan
yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, sihat dan berketrampilan.

Harapan saya Program Doktor Muda ini dapat terus berkembang dan menjadi
contoh kepada aktiviti kokurikulum lain.

SELAMAT MAJU JAYA

Y. BHG. TAN SRI ABD. GHAFAR B. MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia

3


PENGENALAN

Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan murid sekolah
rendah melalui konsep empowerment. Program yang berpusat di sekolah (school-
based programme) ini bermatlamat melahirkan sekumpulan murid yang mementing
dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan
kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli
keluarga.

4 Doktor Muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan
beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Murid ini kemudian dilatih dari segi
pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan
berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya murid ini akan
bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan,
sikap dan amalan kesihatan.

Program ini yang berlandaskan kepada konsep dan strategi promosi kesihatan
adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah
dilaksanakan. Sehubungan itu program ini amat sesuai dan bertepatan sekali
sebagai salah satu pakej di bawah PBSS. Program ini juga merupakan perkongsian
bijak (smart partnership) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan sokongan agensi lain. Ini selaras dengan kehendak
Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan kepada konsep persepakatan
dalam perkhidmatan kesihatan.

ProgramDoktorMudayangberkonsepkan “Dari Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar”
merupakan satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah
yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat melahirkan
murid yang sihat, cergas dan cerdas kerana murid adalah aset yang penting serta
pewaris masa depan negara. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang
baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan
yang optimum. Aspek ini perlu dipupuk di peringkat awal kanak-kanak lagi umpama
pepatah Melayu “Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

4


OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk memperkasa murid-murid sekolah rendah
dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan
taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk :

• Membolehkan murid membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah
mengamalkan cara hidup sihat.

• Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah
amalan hidup sihat.

• Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

• Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha
meningkatkan kesihatan murid.

• Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada
kesihatan murid.

• Meningkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan
Pelajaran dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan
murid.

STRATEGI

Sehubungan itu bagi mencapai objektif yang telah ditentukan, beberapa strategi
program telah digariskan iaitu :

• Menggunakan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan, Jabatan
Pelajaran dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaan
lain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan.

• Membentuk jawatankuasa di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolah
untuk tujuan penyelarasan aktiviti.

• Memilih murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

• Meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran kesihatan murid yang dipilih
melalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan.

• Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school-based) secara
berperingkat berdasarkan sumber sedia ada.

• Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aktiviti pendidikan
yang dilaksanakan oleh murid terpilih.

5


LATIHAN
Latihan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan membina
kemahiran Doktor Muda untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti.
Latihan dijalankan di sekolah dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada
guru-guru dan anggota kesihatan yang telah diberi latihan terlebih dahulu.

AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda adalah sejajar dengan peranan
penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan kesihatan di sekolah,
antaranya adalah:
• Membimbing ke arah cara hidup sihat.
• Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
• Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan
kesihatan yang dijalankan di sekolah.
• Pemberitahuan masalah kesihatan.
• Merawat kecederaan ringan.
• Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.
• Menyertai / membantu kempen-kempen serta sambutan Hari-Hari Khas

Kesihatan di sekolah.
• Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda.
• Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan.
• Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis, mengarang

dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
tentang kesihatan dalam kalangan pelajar.
• Menganjurkan kempen-kempen kesihatan.

6


PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

TUJUAN

Modul ini disediakan untuk melatih pembimbing / fasilitator Kelab Doktor Muda.
Mereka terdiri daripada anggota kesihatan, guru dan pegawai di Jabatan Pelajaran
Negeri.

KANDUNGAN MODUL

• Modul ini mengandungi 12 skop yang meliputi aspek-aspek kesihatan yang relevan
dengan kesihatan murid di sekolah rendah.

• Setiap unit disediakan mengikut tajuk-tajuk kecil yang seragam iaitu terdiri
daripada Pengenalan, Objektif, Isi Penting, Kandungan, Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran, Sumber serta Penilaian.

• Penyusunan skop adalah berdasarkan kepada keutamaan / kepentingan kesihatan
pelajar.

• Unit-unit dalam skop perlu diberi keutamaan dalam latihan Doktor Muda oleh
fasilitator.

Langkah-langkah Menggunakan Modul

• Fasilitator perlu membaca dengan teliti setiap unit modul.

• Fasilitator perlu memberi perhatian kepada setiap objektif yang disenaraikan dalam
setiap unit. Objektif tersebut merupakan hasil yang seharusnya dicapai pada akhir
sesi pengajaran.

• Isi penting untuk setiap unit turut disenaraikan bagi mencapai objektif. Bagi
mendapatkan maklumat lanjut isi penting, fasilitator boleh merujuk kepada
kandungan yang disediakan.

• Seboleh-bolehnya setiap fasilitator perlu mengikuti aktiviti pengajaran yang telah
disenaraikan.

• Sesetengah aktiviti pengajaran memerlukan fasilitator membuat perancangan
awal.

• Strategi pengajaran yang akan digunakan perlulah sesuai dengan kebolehan dan
kemampuan murid.

• Tumpuan hendaklah diberikan untuk membolehkan murid memahami konsep dan
membentuk kemahiran yang diperlukan.

7


KRITERIA PEMBIMBING / FASILITATOR
• Fasilitator perlulah mewujudkan keadaan yang kondusif semasa mengendalikan

sesi pengajaran.
• Fasilitator perlu mahir tentang tajuk serta isi kandungan setiap unit yang hendak

disampaikan.
• Fasilitator perlu menyampaikan mesej dengan tepat dan ringkas serta

menggunakan bahasa yang mudah difahami.
• Fasilitator perlu menarik minat Doktor Muda tentang topik yang disampaikan.

8


IKRAR DOKTOR MUDA LAGU DOKTOR MUDA

Kami Doktor Muda berikrar Kamilah Doktor Muda
Bahawasanya kami akan sentiasa Memberi khidmat menabur jasa
Melaksanakan peranan dengan efektif Bantu rakan semua
Berdisiplin dan berakhlak mulia Jaga kesihatan hidup bermakna
Berusaha menimba ilmu
Menjaga kesihatan diri Mari rakan semua
Membina hubungan secara positif Berkongsi ilmu menjana minda
Menjauhkan diri dari sikap negatif Otak cergas kesihatan terjaga
Menghormati insan lain dan Sejahtera hidup selamanya
Mengamalkan prinsip rukun negara
Korus
Puan Noor Aini Hj. Zakaria Usah buang masa lagi
Guru Kaunseling Bersamalah kita berpadu usaha
SMK Bukit Rangin Kesihatan diri fokus utama
25150 Kuantan Hubungan mesra hidup ceria
PAHANG
Harga diri terpelihara
Maju bangsa maju negara
Jangan leka, berubah segera
Cergas ke arah jaya
(Ulang Korus)

Baris Akhir :
Diri cemerlang hidup sempurna

Lirik & Melodi :
Puan Noor Aini Hj. Zakaria
Guru Kaunseling
SMK Bukit Rangin
25150 Kuantan
PAHANG

9


SKOP SKOP 1
1
DOKTOR MUDA

Unit 1 : Saya Doktor Muda
Unit 2 : Mengenali Kemudahan Kesihatan
Unit 3 : Menyampaikan Mesej Kepada Rakan dan Keluarga

UNIT 1 : SAYA DOKTOR MUDA

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada definisi, peranan, aktiviti dan merekod
aktiviti Doktor Muda. Penglibatan guru dan Doktor Muda secara aktif sangat
penting bagi menentukan kejayaan program ini.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan definisi Doktor Muda.
2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.
3. Menyenaraikan aktiviti Doktor Muda.
4. Mengetahui cara mencatat aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Harian dan

Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah

ISI PENTING

1. Definisi Doktor Muda.
2. Peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.
3. Aktiviti Doktor Muda.
4. Keperluan dan kepentingan mencatat aktiviti dalam buku catatan.

KANDUNGAN

1. Definisi Doktor Muda

Doktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri tertentu
dan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan kemahiran
berdasarkan Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Mereka bertindak sebagai
agen perubahan pengetahuan, sikap dan tingkah laku kesihatan untuk diri
sendiri, rakan, keluarga dan masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf
kesihatan.

10


2. Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda

• Mempromosikan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan,
anggota keluarga dan masyarakat.

• Mendorong rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif dan
bertingkahlaku sihat.

• Menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dalam kalangan semua murid.
• Bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran sekolah.
• Membantu anggota kesihatan menjalankan aktiviti kesihatan.

3. Aktiviti Doktor Muda

3.1 Di Sekolah

• Pemeriksaan kebersihan rambut dan telinga.
• Pemeriksaan kuku jari dan kaki.
• Pengukuran tinggi.
• Penimbangan berat badan.
• Pemeriksaan ketajaman penglihatan (Carta Snellen).
• Pemeriksaan gigi.
• Pemeriksaan kebersihan pakaian sekolah.
• Memeriksa dan memastikan kotak pertolongan cemas sentiasa lengkap.
• Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi ceramah,

nasihat individu, kerja berkumpulan, demonstrasi, pameran).
• Melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit, luka dan masalah kesihatan

murid kepada guru kesihatan.
• Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar bersama murid lain

(contohnya: kantin, tandas, bilik darjah dan padang).
• Mengesan dan memberi bantuan awal masalah kesihatan atau kecederaan

ringan seperti luka atau calar.
• Menghadiri sesi perjumpaan bersama anggota kesihatan dan ibu bapa.

3.2 Di Rumah dan Komuniti

• Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi nasihat
individu, bercerita, kerja berkumpulan, demonstrasi dan pameran).

• Membantu ahli keluarga dan masyarakat menjalankan aktiviti gotong-
royong.

• Menggalakkan ahli keluarga dan masyarakat menjaga kebersihan diri dan
persekitaran.

• Memaklumkan / melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit dan
masalah kesihatan ahli keluarga dan masyarakat kepada anggota kesihatan
berhampiran.

11


SKOP 1

4. Keperluan dan Kepentingan Mencatat Aktiviti dalam Buku Catatan.

4.1 Keperluan :

• Buku Catatan Aktiviti Harian perlu dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri
kepada setiap Doktor Muda.

• Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan
Negeri kepada setiap Sekolah Doktor Muda dan perlu ditempatkan di Bilik
Doktor Muda atau disimpan oleh guru penasihat.

4.2 Kepentingan :

• Guru dapat mengenal pasti masalah kesihatan dan menilai tahap kebersihan
diri murid.

• Merupakan salah satu instrumen pemarkahan Penilaian Kompetensi Doktor
Muda.

• Rasional pemilihan Tokoh Doktor Muda.
• Memudahkan guru penasihat membuat pemantauan aktiviti Kelab Doktor

Muda.
• Memastikan agihan tugas adil dan sama-rata dalam kalangan Doktor

Muda.
• Boleh menilai sekolah yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti Doktor Muda.
• Boleh mencatat rumusan tahap kebersihan persekitaran sekolah.
• Boleh menjelaskan peranan ahli Kelab Doktor Muda di sekolah.
• Sebagai platform / ruang Doktor Muda memberi cadangan untuk

meningkatkan lagi kesihatan murid, kebersihan bilik darjah dan sekolah.

4.3 Kandungan :

a. Buku Catatan Aktiviti Harian

- Jenis aktiviti
- Tarikh
- Tempat aktiviti dilaksanakan
- Bilangan rakan sebaya terlibat
- Cadangan / Tindakan daripada aktiviti
- Pengesahan guru penasihat dan tandatangan ibubaapa / penjaga

b. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah

- Jenis aktiviti
- Tarikh
- Tempat aktiviti dilaksanakan
- Bilangan rakan sebaya terlibat
- Cadangan / Tindakan daripada aktiviti
- Pengesahan guru penasihat

12


c. Cara Mencatat:
i. Buku Catatan Aktiviti Harian
Doktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan (termasuk
aktiviti di bilik darjah) mengikut jenis aktiviti setiap kali dijalankan. Doktor
Muda perlu mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat bagi
setiap aktiviti yang dijalankan pada penghujung bulan.
Doktor Muda boleh menggunakan buku catatan aktiviti harian yang sama
bagi mencatat tingkah laku sihat dan tidak sihat yang diamalkan oleh ahli
keluarga dan masyarakat.
ii. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah
Doktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah
mengikut jenis aktiviti setiap kali selepas aktiviti dijalankan. Doktor Muda
perlu mendapatkan pengesahan daripada guru yang berada di kawasan
di mana aktiviti dijalankan atau mendapatkan pengesahan dari guru
Penasihat Kelab Doktor Muda.

13


SKOP 1

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘SAYA DOKTOR MUDA’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Saya Doktor Muda.
2. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk menerangkan semula

kandungan video yang ditayangkan.
3. Guru menerangkan kembali maksud, peranan dan tugas Doktor Muda.

B. Sumber

• Video Saya Doktor Muda

C. Masa

• 30 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : BUKU CATATAN DOKTOR MUDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Buku Catatan Aktiviti Harian dan Buku Catatan
Aktiviti Doktor Muda Sekolah kepada semua Doktor Muda.

2. Guru menerangkan cara mengisi kedua-dua buku tersebut dengan betul.
3. Doktor Muda menulis satu contoh aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Harian

dan Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah.

B. Sumber

• Buku Catatan Aktiviti Harian
• Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah.

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

14


UNIT 2 : MENGENALI KEMUDAHAN KESIHATAN

PENGENALAN

Unit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda tentang kemudahan dan fungsi
perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian dan farmasi.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan perbezaan di antara kemudahan dan perkhidmatan perubatan
(Hospital), kesihatan, pergigian dan farmasi.

2. Menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan :
• Hospital
• Kesihatan
o Pejabat Kesihatan Daerah
o Klinik Kesihatan
o Klinik Desa
o Klinik 1 Malaysia
o Klinik Bergerak
o Klinik Bergerak 1 Malaysia
• Pergigian
• Farmasi

ISI PENTING

1. Peranan dan perkhidmatan :

a. Hospital
b. Kesihatan
o Pejabat Kesihatan Daerah
o Klinik Kesihatan
o Klinik Desa
o Klinik 1 Malaysia
o Klinik Bergerak
o Klinik Bergerak 1 Malaysia
c. Pergigian
d. Farmasi

KANDUNGAN

1. Peranan dan Perkhidmatan Perubatan (Hospital)

Perkhidmatan perubatan menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakit
mengikut skop rawatan. Hospital diketuai oleh seorang Pengarah.


15


SKOP 1

Antara perkhidmatan yang disediakan di hospital ialah:

a. Rawatan Pesakit Luar :
• Kecemasan dan Trauma (Emergency Department).
• Klinik Pakar (Antaranya: Perubatan, Pediatrik, Pembedahan, Ortopedik

Pergigian, Perbidanan & Sakit Puan, Mata, Telinga, Hidung serta Tekak, dan
Psikiatri)
b. Rawatan Pesakit Dalam Wad
• Perubatan
• Pembedahan
• Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
• Perbidanan dan Sakit Puan (O&G @ Obstetric and Gyneacology)
• Ortopedik (Tulang)
• Telinga, Hidung dan Tekak (Otorinolaringology).
• Mata (Ophthalmology)
• Psikiatrik dan Kesihatan Mental.
• Rawatan Rapi (ICU @ Intensive Care Unit)
• Rawatan Jantung (CCU @ Cardiac Care Unit)
• Rawatan Rapi Neonatal (NICU @ Neonatal Intensive Care Unit)
c. Dewan Bedah
d. Pendidikan Pesakit
e. Farmasi
f. Patologi (Makmal Perubatan)
g. Radiologi (x-ray)
h. Tabung Darah
i. Fisioterapi dan Rawatan Cara Kerja
j. Kerja Sosial Perubatan
k. Dietetik
l. Hemodialisis
m. Pengurusan

2. Peranan dan Perkhidmatan Kesihatan

2.1 Pejabat Kesihatan Daerah

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan

berperanan untuk melaksanakan program kesihatan seperti berikut:

a. Menyediakan perkhidmatan perubatan, pergigian dan farmasi.
b. Menjalankan perkhidmatan promosi kesihatan.
c. Mencegah dan mengawal penyakit.
d. Menjaga kesihatan masyarakat.

Perkhidmatan yang terdapat di PKD ialah:

o Pembangunan Kesihatan Keluarga
o Kesihatan Primer (Pesakit Luar)
o Pemakanan


16


o Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC @ Communicable Disease Control)
o Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
o Keselamatan dan Kualiti Makanan (KMM)
o Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
o Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
o Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV)
o Promosi Kesihatan
o Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS)
o Inspektorat dan Perundangan (UIP)
o Farmasi
o Pengurusan

2.2 Klinik Kesihatan

Klinik Kesihatan ialah salah satu fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia yang menjadi titik permulaan (first point of contact) masyarakat untuk
memperolehi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas. Di bawah Klinik Kesihatan
terdapat beberapa Klinik Desa. Klinik Kesihatan diketuai oleh Pegawai Pentadbir
Perubatan.

Perkhidmatan Dan Aktiviti Klinik Kesihatan

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif meliputi aspek promosi,
pencegahan, rawatan dan pemulihan (rehabilitasi) bagi semua peringkat umur dari
dalam kandungan hingga akhir hayat .

KLINIK KESIHATAN

Perkhidmatan

Kesihatan Kesihatan Kesihatan Kesihatan Pra Hospital Kesihatan Warga Sihat Lawatan & Kesihatan
Antenatal Kanak-kanak Sekolah Mental Ambulans & Pekerjaan Remaja Jagaan Di Pergigian
& Postnatal Dalam Kecemasan Dewasa
Komuniti Rumah
Warga Emas

Kawalan Klinik Kem Klinik BAKAS Harm Depo PLKN
Penyakit 1Malaysia Kesihatan Bergerak & Reduction Tahanan
Berjangkit & Sementara
VEKTOR
Tidak
Berjangkit

Aktiviti-aktiviti

Rawatan Pendidikan Rehabilitasi Kaunseling Pemakanan Rawatan Rujukan
& Kesihatan dan Tindak
Susul
Prosedur Dietetik

Noti kasi Dokumentasi Saringan
dan

intervensi
risiko

Perkhidmatan Sokongan Am dan Klinikal Farmasi Pentadbiran Patalogi

Pengimejan Diagnostik

17


SKOP 1

2.3 Klinik Desa

Klinik Desa diwujudkan untuk menyedia perkhidmatan kesihatan kepada penduduk
berkaitan penjagaan kesihatan ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan lawatan ke
rumah. Klinik Desa menempatkan jururawat masyarakat (JM) dan juga Penolong
Pegawai Perubatan.

Perkhidmatan dan Aktiviti :

o Perkhidmatan rawatan ringan
o Perkhidmatan penjagaan ibu mengandung (Ante natal)
o Perkhidmatan penjagaan selepas bersalin (Post natal)
o Perkhidmatan imunisasi

2.4 Klinik Bergerak / Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M)

Klinik Bergerak 1 Malaysia diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan
kepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahan
kesihatan statik sedia ada seperti di kawasan ladang, kampung tradisional dan
penempatan orang asli.

Perkhidmatan dan Aktiviti :

o Rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasan
o Penjagaan kesihatan ibu dan anak (antenatal, postnatal, imunisasi, perancang

keluarga)
o Saringan dan intervensi risiko kesihatan
o Rawatan susulan kes penyakit akut (jika perlu) dan penyakit kronik
o Rujukan kes (jika perlu)
o Melakukan prosedur rawatan ringan
o Notifikasi (makluman) penyakit berjangkit
o Ujian makmal asas
o Farmasi

2.5 Klinik 1 Malaysia

Klinik 1 Malaysia merupakan satu premis kesihatan yang ditempatkan berdekatan
dengan kawasan perumahan di bandar yang terpilih dan mudah dikunjungi oleh
penduduk setempat. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan
perkhidmatan rawatan perubatan ringan dan membantu meningkatkan tahap
kesihatan rakyat. Klinik 1 Malaysia diwujudkan di kawasan bandar bertujuan untuk
meringankan beban masyarakat bandar mendapat rawatan, khususnya mereka
yang berpendapatan rendah.

18


Perkhidmatan dan Aktiviti :

• Perkhidmatan rawatan ringan (contoh: demam, selsema, batuk dan penyakit-
penyakit ringan yang lain).

• Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal (contoh: diabetes,
darah tinggi dan asma).

• Melakukan prosedur rawatan ringan (mencuci luka dan membuka jahitan).
• Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit (contoh: denggi, kolera, keracunan

makanan dan sebagainya).
• Menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes

kecemasan.
• Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit.

2.6 Peranan dan Perkhidmatan Pergigian

Perkhidmatan pergigian bertujuan meningkatkan tahap kesihatan oral melalui
perkhidmatan pencegahan, promosi, kuratif dan rehabilitatif. Perkhidmatan ini boleh
diperolehi di Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian
Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak, Pasukan Pra-sekolah dan Klinik Pergigian Pakar.

Perkhidmatan dan Aktiviti :

a. Perkhidmatan kesihatan pergigian asas :

• Pemfluoridan bekalan air sekolah, murid prasekolah dan ibu
• Promosi kesihatan pergigian
• Program-program untuk murid

mengandung
• Perkhidmatan pesakit luar

b. Penjagaan kesihatan pergigian pakar :

• Ortodontik
• Periodontik
• Pembedahan mulut
• Pediatrik Pergigian
• Perubatan / patologi mulut

c. Perkhidmatan rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian:

• Tampalan gigi
• Cabutan gigi
• Penskaleran dan penggilapan
• Rawatan endodontik (salur akar gigi)
• Sealan fisur
• Pembuatan dentur (gigi palsu)
• Rujukan untuk rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, periodontik dan

pembedahan mulut

19


SKOP 1

2.7 Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Farmasi
Perkhidmatan farmasi terdapat di hospital dan klinik kesihatan. Peranan utama
perkhidmatan farmasi ialah memberikan perkhidmatan pembekalan / pengagihan
ubat-ubatan serta kaunseling kepada pesakit dan pelanggan. Pegawai yang
memberi perkhidmatan farmasi dikenali sebagai Pegawai Farmasi.
Perkhidmatan dan aktiviti:

a. Farmasi Pesakit Luar
• Pegawai Farmasi akan memeriksa kesesuaian ubat pesakit sebelum
dibekalkan kepada pesakit.

b. Kaunseling Ubat-ubatan
• Pegawai Farmasi akan memberitahu pesakit berkenaan fungsi ubat, cara

pengambilan dan cara penyimpanan ubat yang betul.
c. Stor Ubat

• Pegawai Farmasi akan menguruskan perolehan dan pembekalan ubat
ubatan di hospital dan klinik kesihatan.

d. Bekalan Wad Farmasi
• Pegawai Farmasi akan membekalkan ubat yang bersesuaian kepada
pesakit yang berada di dalam wad.

e. Farmasi Klinikal
• Pegawai Farmasi akan memberi cadangan / maklumat ubat kepada
doktor semasa doktor merawat pesakit di dalam wad.

f. Pendidikan Pengguna
• Pegawai Farmasi akan memberi pendidikan penggunaan ubat-ubatan
secara berkualiti kepada orang awam.

20


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : KENALI KEMUDAHAN KESIHATAN
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan Video ‘Kenali Kemudahan Kesihatan’.
2. Sesi soal jawab antara guru dan murid.

3. Doktor Muda membuat rumusan mengenai perkhidmatan kesihatan yang
disediakan.

B. Sumber

• Video Kenali Kemudahan Kesihatan
C. Masa

• 30 minit
D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menganjurkan lawatan ke Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Bergerak,
Klinik Desa, Klinik Pergigian dan Hospital.

2. Doktor Muda perlu menyediakan catatan / laporan ringkas mengenai lawatan
di atas.

B. Masa
• 3 jam
C. Penilaian

• Soal Jawab

21


SKOP 1

UNIT 3 : MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN DAN KELUARGA

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kebolehan dan kemahiran menyampaikan
mesej kepada orang lain. Kemahiran ini perlu ada pada Doktor Muda. Dengan
kebolehan dan kemahiran tersebut, Doktor Muda akan mempunyai keyakinan
untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Secara tidak langsung mereka yang
menerima maklumat tersebut akan memberi tumpuan untuk mendengar dan cuba
memahami serta mengikuti apa yang disampaikan. Kebolehan dan kemahiran ini
akan meningkatkan lagi kredibiliti Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti. Terdapat
pelbagai cara menyampaikan mesej kepada rakan dan keluarga antaranya
ceramah, nasihat individu, demonstrasi, perbincangan kumpulan kecil, bercerita,
sketsa dan madah berhemah (Choral Speaking).

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menjelaskan cara berceramah yang berkesan.
2. Memahami petua komunikasi yang berkesan.
3. Menyenaraikan cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan ceramah

kepada rakan dan keluarga.
4. Mengenal pasti ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya.

ISI PENTING

1. Cara penyampaian ceramah yang berkesan :
• Membuat persiapan tajuk
• Membuat persediaan diri
• Adab semasa berucap
2. Petua komunikasi berkesan.
3. Cara meningkatkan kredibiliti penceramah semasa berceramah.
4. Ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya.

KANDUNGAN

1. Cara penyampaian ceramah yang berkesan

a. Sebelum Berucap

• Membuat persiapan tajuk
- Memahami tajuk atau topik yang akan disampaikan.
- Mencari bahan rujukan ceramah.
- Menyediakan rangka ucapan.
- Menyediakan beberapa contoh yang berkaitan bagi menjelaskan

mesej.




22


- Menghubung kaitkan pertalian antara isi penting.
- Menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti gambar, carta selak
atau poster.

• Membuat persiapan diri
- Pakai pakaian seragam Doktor Muda atau berpakaian kemas dan
bersih.
- Senyum dan kelihatan bersedia.
- Sentiasa tenang.
- Berlatih berucap beberapa kali sebelum memberi ceramah sebenar.
- Berlatih menggunakan alat bantu.
- Meneliti cara berucap yang dilakukan oleh orang lain yang mahir
berucap.

b. Adab Semasa Berucap

- Wujudkan kemesraan dengan audien.
- Mulakan dengan bertanya soalan berkait dengan tajuk ceramah atau cerita

pendek.
- Terangkan kaitan tajuk ceramah dengan kesihatan kita.
- Beri pujian kepada audien kerana sudi mendengar ceramah.
- Bercakap dengan sopan santun.
- Suara mestilah jelas dan terang.
- Berdiri dengan yakin.
- Memandang kepada audien.
- Tidak terlalu kerap melihat nota.
- Tidak mengkritik audien.
- Layan semua pertanyaan dengan adil.
- Jawab semua soalan dengan memuaskan.
- Ringkaskan idea sebelum berhenti.
- Tegaskan tindakan yang perlu diambil.

2. Petua Komunikasi Berkesan

- A - Accurate (Tepat)
Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai.

- B - Brief (Ringkas)
Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan difahami oleh
audien.

- C - Clear (Jelas)
Gunakan suara, perkataan, alat, gambar dan contoh yang jelas.

- D - Direct (Secara Langsung)
Maklumat yang ingin disampaikan mestilah mempunyai ciri berterus terang
(direct to the point) dan tidak berbelit-belit.



23


SKOP 1

- E - Easy (Mudah)
Kaedah penyampaian maklumat mestilah mudah dan tidak mengelirukan.

- F - Fast (Lancar)
Penyampaian maklumat mestilah lancar, tidak tersekat-sekat dari segi tutur

kata dan bahasa.

- G - Good Taste (Sedap Didengar)
Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bahasa yang bagus,

bersopan dan sedap didengar. Elakkan mengutuk dan memperbodohkan
audien.

3. Cara-cara Meningkatkan Kredibiliti Semasa Menyampaikan Ucapan atau
Ceramah

• Mempunyai sikap dinamik iaitu bertenaga, aktif dan penuh minat semasa
menyampaikan ucapan atau ceramah.
• Konsisten - mengambil pendirian yang sama sepanjang ucapan.
• Keramahan - lemah-lembut dan menekankan persamaan beliau dengan
audien; tidak bongkak.
• Kejujuran - bercakap benar.
• Keikhlasan - tidak berpura-pura.
• Memberi penekanan kepada mesej - memberi penekanan pentingnya

mesej atau maklumat tersebut.
• Mengambil berat terhadap audien - layan dan jawab setiap soalan dengan

memuaskan.
• Kredibiliti mesej yang dipercayai dan tidak menimbulkan keraguan.
• Berpengetahuan dalam topik yang diperkatakan.
• Daya tarikan peribadi - menarik, berpakaian kemas dan mampu

mempamerkan keramahan.

4. Ruang dan Peluang Untuk Mendidik Rakan Sebaya

• Perhimpunan awal pagi
• Program kelas angkat
• Radio sekolah
• Di kantin
• Di tandas
• Perjumpaan kokurikulum
• Perkhemahan / lawatan / riadah
• Semasa melihat rakan sebaya mengamalkan tingkah laku negatif

24


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : PENGUCAPAN AWAM

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan cara menyampaikan ceramah atau syarahan secara
berkesan.
2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan.
3. Guru memberi tajuk ceramah yang berkaitan dengan Modul Doktor Muda
kepada setiap kumpulan.
4. Guru meminta setiap kumpulan berbincang mengenai tajuk tersebut dan
membuat persediaan untuk menyampaikan ceramah.
5. Guru memilih seorang wakil setiap kumpulan untuk menyampaikan
ceramah berpandukan kepada tajuk yang diberikan.
6. Guru akan memberikan markah kepada Doktor Muda berdasarkan isi,
bahasa, kelancaran, gaya, intonasi dan susunan ceramah menggunakan
Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam seperti Lampiran 1.3.
7. Doktor Muda diberi peluang memberi maklum balas berkaitan ceramah
yang diberikan.
8. Guru membuat ulasan terhadap pencapaian penceramah dan kumpulan
masing-masing berpandukan Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan
Awam (Lampiran 1.3).

B. Sumber

• Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3)

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal Jawab

25


SKOP AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN SKOP 2
2 PENJAGAAN KESIHATAN MATA

Unit 1 : Menjamin Kebersihan Tangan
Unit 2 : Menjaga Kebersihan Badan Dan Rambut
Unit 3 : Menjaga Kebersihan Kuku
Unit 4 : Menjaga Kesihatan Mata

UNIT 1 : MENJAMIN KEBERSIHAN TANGAN

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada amalan mencuci tangan sebelum
dan selepas makan, sebelum menyedia atau menghidang makanan dan selepas
ke tandas bagi mencegah penyakit dan masalah kesihatan seperti kolera, demam
kepialu, hepatitis A, disentri, cirit-birit, keracunan makanan, jangkitan cacing dan
selesema daripada merebak.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan bila perlu mencuci tangan.
2. Menunjukkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.
3. Menyenaraikan penyakit-penyakit bawaan makanan dan air.

ISI PENTING

1. Masa-masa yang perlu untuk mencuci tangan.
2. 7 langkah mencuci tangan.
3. Kepentingan menjaga kebersihan tangan.

KANDUNGAN

Mencuci tangan merupakan amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk
kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai
jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor
membawa kuman pada kulit, celah jari dan di bawah kuku.

1. Keperluan Untuk Mencuci Tangan

Doktor Muda dinasihatkan supaya mencuci tangan dalam situasi tertentu seperti
berikut :

• Selepas ke tandas.
• Sebelum dan selepas makan.
• Selepas menyentuh sampah atau kotoran.
• Sebelum menyedia dan menghidang makanan.

26


2. Langkah Mencuci Tangan

Untuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yang
berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :

i. Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.
ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.
iii. Gosok setiap jari dan celah jari.
iv. Gosok kuku di tapak tangan.
v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.
vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.

3. Kepentingan Menjaga Kebersihan Tangan

Tangan yang kotor boleh memindahkan kuman dan telur cacing kepada makanan
dan minuman. Akibatnya, seseorang itu boleh menghidap penyakit seperti keracunan
makanan, kolera, disentri, demam kepialu (Tifoid) dan selesema. Selain itu, tangan
kotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dan kudis buta.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : ‘ 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN’

A. Cara Pelaksanaan


1. Guru akan menayangkan video 7 Langkah Mencuci Tangan mengenai kepentingan
mencuci tangan dengan betul.

2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan semula kandungan
video yang ditayangkan.

3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul.

B. Sumber

• Video 7 Langkah Mencuci Tangan

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

27


AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MENCUCI TANGAN SKOP 2

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mendemonstrasikan 7 langkah mencuci tangan sambil diikuti oleh semua murid.
2. Guru memilih beberapa orang murid untuk mendemonstrasikan semula 7 langkah
mencuci tangan secara betul.
3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul.

B. Sumber

• Poster 7 Langkah Mencuci Tangan

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : TUJUH SERANGKAI

A. Cara Pelaksanaan

1. Aktiviti ini berbentuk pertandingan.
2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan ahli.
Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang Doktor Muda.
3. Tujuh (7) orang dari setiap kumpulan bertanggungjawab untuk memegang kad
gambar cara membasuh tangan (satu kad untuk seorang murid).
4. Masa satu (1) minit diberikan kepada murid yang memegang kad gambar
untuk berdiri di hadapan kelas mengikut urutan 7 langkah mencuci tangan dari
kiri ke kanan (ahli kumpulan diminta untuk membuat keputusan bersama bagi
membantu murid berdiri mengikut urutan kad yang betul).
5. Doktor Muda juga bertanggungjawab untuk menjaga masa bagi menentukan
pemenang bagi aktiviti ini.
6. Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 7 langkah mencuci tangan dengan
betul dalam masa satu (1) minit dikira sebagai pemenang.
7. Doktor Muda juga perlu membimbing kumpulan yang gagal menyusun kad
gambar secara betul.
8. Doktor Muda menerangkan semula cara-cara 7 langkah mencuci tangan.
9. Di akhir sesi, Doktor Muda dikehendaki menyusun kembali kad untuk simpanan.

B. Sumber

Kad 7 Langkah Mencuci Tangan

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

28


UNIT 2 : MENJAGA KEBERSIHAN BADAN DAN RAMBUT

PENGENALAN

Unit ini menekankan kebersihan badan dan rambut sebagai salah satu amalan asas
penjagaan kebersihan diri.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan penyakit berkaitan dengan kurang penjagaan kebersihan badan
dan rambut.

2. Menyenaraikan amalan penting menjaga kebersihan badan dan rambut.

ISI PENTING

1. Penyakit-penyakit berkaitan dengan kurang penjagaan kebersihan badan dan
rambut.

2. Amalan penjagaan kebersihan badan dan rambut
• Mandi
• Membasuh rambut
• Menukar pakaian

KANDUNGAN

1. Penyakit-penyakit Berkaitan dengan Kurang Penjagaan Kebersihan Badan dan
Rambut :

• Jangkitan kutu.
• Kudis buta.
• Penyakit-penyakit kulit seperti kurap dan panau.

2. Amalan Penjagaan Kebersihan Badan dan Rambut

• Mandi
Mandi setiap hari adalah penting untuk membersihkan badan daripada peluh,

kotoran dan kuman. Mandilah dengan menggunakan air bersih dan sabun.
Gosok setiap bahagian badan untuk menanggalkan kotoran dan daki. Selepas
mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih dan pakailah pakaian yang
bersih. Elakkan berkongsi tuala bagi mencegah jangkitan kulit. Basuh tuala
sekurang-kurangnya seminggu sekali.

• Membasuh rambut
Kebersihan rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih, sihat dan kemas.

Rambut yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kutu. Rambut
perlu dicuci dengan syampu rambut semasa mandi dan dibilas dengan air
yang bersih. Keringkan rambut. Elakkan berkongsi sikat rambut untuk mencegah
jangkitan kutu.

• Menukar pakaian
Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan dan imej diri. Pakaian yang

kotor dan berbau busuk menggalakkan pembiakan pelbagai jenis kuman yang
boleh menyebabkan penyakit kulit. Tukarlah pakaian sekiranya kotor.

29


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 2
AKTIVITI 1 : PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DIRI RAKAN SEBAYA
A. Cara Pelaksanaan


1. Guru menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh Doktor Muda berkaitan

pemeriksaan kebersihan badan dan rambut.
2. Guru mengarahkan Doktor Muda untuk memilih pasangan masing-masing.
3. Doktor Muda diminta menjalankan pemeriksaan kebersihan badan dan rambut

rakan sebaya secara bergilir berdasarkan Senarai Semak Kebersihan Diri seperti
Lampiran 2.2.
4. Guru memilih pasangan Doktor Muda ke hadapan kelas. Doktor Muda diminta
membaca hasil pemeriksaan ke atas rakan sebaya kepada kelas berdasarkan
Senarai Semak Kebersihan Diri.
5. Doktor Muda diminta untuk menerangkan langkah yang boleh diambil untuk
menjaga kebersihan badan dan rambut.
6. Doktor Muda membuat ulasan dan menerangkan kepentingan menjaga
kebersihan badan dan rambut.
B. Sumber

• Senarai Semak kebersihan badan dan rambut (Lampiran 2.2)
C. Masa

• 30 minit
D. Penilaian

• Soal Jawab

30


UNIT 3 : MENJAGA KEBERSIHAN KUKU

PENGENALAN
Amalan memotong kuku tangan dan kuku kaki membantu mencegah kuman dan
cacing daripada membiak di bawah kuku serta mencegah keracunan makanan dan
jangkitan cacing.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menjelaskan kepentingan memotong kuku.
2. Menyatakan cara memotong kuku tangan dan kuku kaki dengan betul.
ISI PENTING
1. Kepentingan memotong kuku.
2. Cara memotong kuku.
KANDUNGAN
1. Kepentingan Memotong Kuku

Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan menjadi
tempat pembiakan kuman. Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor :
• Jangkitan cacing
• Jangkitan kuku
• Penyakit kulit
• Keracunan makanan
2. Cara Memotong Kuku
Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan kuku
kaki. Berhati-hati semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada
jari. Potonglah kuku supaya sentiasa pendek dan bersih. Potong kuku sekurang-
kurangnya seminggu sekali. Elakkan tabiat menggigit kuku dan memotong kuku
menggunakan pisau.

31


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 2

AKTIVITI 1 : PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KUKU

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menerangkan cara menjalankan pemeriksaan kebersihan kuku
rakan sebaya kepada Doktor Muda.
2. Guru meminta Doktor Muda memilih pasangan masing-masing.
3. Guru meminta Doktor Muda memeriksa kuku tangan dan kuku kaki
pasangan secara bergilir.
4. Doktor Muda diminta untuk menerangkan langkah yang boleh diambil
untuk menjaga kebersihan kuku.
5. Doktor Muda membuat ulasan serta menerangkan cara dan kepentingan
menjaga kebersihan kuku.

B. Masa

• 30 minit

C. Penilaian

• Soal Jawab
• Demonstrasi

AKTIVITI 2 : MEMOTONG KUKU SECARA BETUL

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru meminta Doktor Muda untuk membawa pengetip kuku bagi sesi
latihan ini.
2. Guru meminta Doktor Muda untuk memeriksa kuku pasangan dan mengenal
pasti rakan yang mempunyai kuku yang panjang.
3. Guru menunjukkan cara memotong kuku yang betul.
4. Semua Doktor Muda diminta menunjukkan cara memotong kuku dengan
betul.
5. Doktor Muda menghuraikan keburukan kuku panjang.

B. Sumber

• Pengetip Kuku

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab


32


UNIT 4 : MENJAGA KESIHATAN MATA

PENGENALAN

Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan menjaga kesihatan
mata dan cara memeriksa ketajaman penglihatan dengan menggunakan Carta
Snellen.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan kepentingan menjaga kesihatan mata.
2. Menyenaraikan tujuan pemeriksaan penglihatan.
3. Membuat pemeriksaan penglihatan menggunakan Carta Snellen dengan betul.
4. Mencatat aktiviti ke dalam Buku Rekod Kesihatan.

ISI PENTING

1. Kepentingan menjaga kesihatan mata.
2. Tujuan pemeriksaan penglihatan.
3. Panduan pemeriksaan ketajaman penglihatan menggunakan Carta Snellen.
4. Cara membuat catatan pemeriksaan mata dalam buku rekod kesihatan murid.

KANDUNGAN

1. Kepentingan Menjaga Kesihatan Mata

Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering,angin,
alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda
berisiko untuk mendapat jangkitan, alahan, kecederaan dan kelesuan mata.

a. Panduan Penjagaan Kesihatan Mata

i. Semasa menonton TV :


o Dengan jarak lebih daripada 2 meter.
o Jika anda mendapati diri anda perlu menonton TV secara dekat, anda

perlu menjalani ujian penglihatan.
o Jangan menonton TV secara berbaring.
o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan

pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.
o Lakukan pergerakan badan selepas 2 jam menonton TV. Lakukan aktiviti

regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa menonton TV
yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan
belakang badan. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda.
o Jangan menonton TV dalam keadaan gelap.



33


ii. Semasa membaca : SKOP 2
o Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm.
o Pastikan pencahayaan yang mencukupi.
o Jangan membaca sambil berbaring.

o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari bahan
bacaan dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.

o Lakukan pergerakan badan selepas 2 jam membaca. Lakukan aktiviti
regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa membaca yang
baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan
belakang badan. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda.

iii. Semasa menggunakan komputer :
o Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan
pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.
o Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam
selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan
anda.
o Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya
anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama.
o Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan semasa
menggunakan komputer yang baik membantu menghalang kesakitan di
bahagian otot leher dan belakang badan.
o Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya
mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer.

iv. Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah,
bayam, tomato, buah-buahan dan minum banyak air.

v. Jangan memandang tepat ke arah matahari kerana boleh menyebabkan
kerosakan mata.

o Pakai cermin mata gelap setiap kali anda keluar jika matahari terik.

vi. Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut :
o Mata merah.
o Kesakitan yang teruk pada mata.
o Penglihatan kabur.
o Benda asing di dalam mata.
o Kecederaan pada mata.

vii. Elakkan :
o Menggosok mata dengan tangan atau benda kasar.
o Penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
o Terdedah kepada wap panas, tempat berdebu dan benda-benda

yang berbahaya.

34


b. Panduan Senaman mata

i. Duduk di atas kerusi dengan selesa
Gosok kedua-dua tapak tangan sehingga panas. Tutup kedua belah mata

dan tekapkan tangan di mata. Elakkan daripada menekan mata. Jangan
tutup hidung. Pastikan tiada cahaya masuk di celah-celah jari. Fokus dan
bayangkan anda berada di bilik yang gelap. Tarik nafas dalam-dalam
secara perlahan-lahan sambil menggambarkan perkara yang indah dan
menggembirakan. Selepas tidak nampak apa-apa, turunkan tangan anda.
Ulang langkah tersebut selama 3 minit atau lebih.

ii. Tutup mata anda dengan rapat selama 3 - 5 saat. Buka semula mata selama
3 - 5 saat. Ulang selama 7 - 8 kali.

iii. Urut mata anda
Gunakan 2 helai tuala dan rendam sehelai dalam air panas dan sehelai dalam

air sejuk. Tekap tuala pada kedua kelopak mata, kening dan pipi secara
perlahan-lahan. Lakukan secara selang seli (2 kali) dan diakhiri dengan tuala
sejuk. Tutup mata dan urut secara bulatan selama 1 - 2 minit menggunakan
jari. Pastikan mengurut mata secara lembut dan menggunakan tangan
yang bersih.

iv. Tekan kelopak mata atas menggunakan 3 jari selama 1 - 2 saat dan ulang
sebanyak 5 kali.

v. Duduk dan bertenang. Pusing anak mata mengikut arah jam dan lawan jam.
Ulang sebanyak 5 kali dan kelip mata di antara pusingan tersebut.

vi. Fokus pada objek sejauh 50 meter selama 10-15 saat
Kemudian, secara perlahan-lahan fokuskan semula pandangan anda pada

objek yang berhampiran ( kurang daripada 10 meter) tanpa menggerakkan
kepala anda selama 10-15 saat. Ulang semula langkah ini sebanyak 5 kali.
Anda digalakkan melakukan aktiviti ini di tepi tingkap.

vii. Luruskan tangan sambil memegang pensel. Pandang pensel tersebut dan
gerakkan tangan perlahan-lahan ke hidung. Ulang sebanyak 10 kali.

viii. Pandang dinding di hadapan anda dan bayangkan menulis sesuatu
menggunakan mata tanpa menggerakkan kepala. Anda akan dapati ianya
sukar di peringkat awal, tetapi sekiranya diamalkan ia akan menyeronokkan.
Lebih besar huruf yang ditulis, kesannya akan lebih baik.

ix. Pergerakan kepala
Tutup sebelah mata kiri dan gerakkan kepala dengan perlahan-lahan,

membentuk angka 8. Ulangi langkah yang sama pada mata kanan. Ulangi
langkah tersebut selama 2 - 3 minit.

35


x. Pandang mata ke atas dan ke bawah. Lakukan sebanyak 8 kali. Pandang SKOP 2
ke kiri dan ke kanan sebanyak 8 kali. Jangan paksa mata anda melakukan
pergerakan tersebut melebihi kemampuan kerana ia akan merosakkan
pandangan .

xi. Akhiri senaman mata anda dengan menekap mata menggunakan tapak
tangan.

2. Tujuan Pemeriksaan Penglihatan

• Untuk mengenal pasti ketajaman penglihatan.
• Untuk mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal.
• Untuk rujukan dan rawatan susulan.
• Untuk memudahkan guru membuat susunan kedudukan murid di dalam

kelas ketika sesi pembelajaran.
• Untuk memastikan pelajaran tidak terjejas akibat daripada masalah

penglihatan.

3. Panduan Pemeriksaan Ketajaman Penglihatan Menggunakan Carta Snellen

a. Gantungkan Carta Snellen di dinding. Pastikan huruf bersaiz paling kecil
berada pada paras mata murid.

b. Murid hendaklah berdiri 6 meter di atas garisan dari Carta Snellen dengan
kedua-kedua tapak kaki di atas garisan.

c. Bagi murid yang tidak boleh membaca, gunakan Snellen huruf E. Murid diminta
menyatakan huruf yang dilihat dengan menggunakan kad berbentuk ‘E’
berwarna hitam.

d. Bagi murid yang boleh membaca, gunakan Snellen ‘huruf’ T.

e. Untuk memeriksa mata kiri, murid diminta menutup mata kanan dengan alat
penutup mata.

f. Jangan ada sebarang tekanan ke atas mata yang ditutup. Kedua-dua
belah mata hendaklah terbuka semasa ujian dijalankan walaupun sebelah
mata ditutup dengan alat penutup mata.

g. Biarkan murid memandang tepat kepada carta terlebih dahulu dan tentukan
murid memahami pelbagai kedudukan ‘E’ atau huruf.

h. Doktor Muda hendaklah menunjukkan satu demi satu dari barisan atas
hingga ke bawah sekali, tetapi huruf-huruf itu perlu ditunjukkan secara tidak
mengikut urutan untuk menghindari murid daripada menghafal.

36


i. Doktor muda meneruskan pemeriksaan dengan menunjukkan huruf satu
demi satu daripada huruf yang paling besar kepada huruf yang kecil (Carta
E saiz 60 hingga 6 dan Carta T saiz 60 hingga 5) sehingga baris terakhir murid
dapat membaca dan melihat dengan tepat.

j. Doktor Muda yang lain perlu merekod keputusan ke dalam buku rekod.
(Contoh : Buku Rekod Kesihatan Murid)

k. Ulangi pemeriksaan mata kanan sama seperti pada mata kiri.
Jika penglihatan bagi mata didapati pada aras 6/9 atau ke atas bagi mana-mana
satu mata, maka pemeriksaan kedua-dua mata yang terbuka mestilah dijalankan.
Ulang semula langkah e. Jika murid tersebut masih mendapat bacaan yang sama,
Doktor Muda perlu merujuk murid tersebut kepada guru penasihat/guru kelas. Jika
murid bercermin mata, murid perlulah diperiksa dengan memakai cermin mata.

!

Contoh Carta Snellen

37


4. Panduan membuat catatan pemeriksaan mata dalam buku rekod kesihatan SKOP 2
murid (Rujuk Gambarajah Carta Snellen).

• Sekiranya murid dapat melihat huruf T bersaiz 60, maka bacaan yang ditulis
ialah 6/60. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellen dengan
kedudukan murid. ‘60’ merujuk kepada huruf bersaiz 60.

• Sekiranya murid dapat melihat huruf H bersaiz 6, maka bacaan yang ditulis
ialah 6/6. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellan dengan
kedudukan murid. ‘6’ merujuk kepada huruf bersaiz 6.

• Sekiranya murid dapat melihat huruf T bersaiz 5, maka bacaan yang ditulis
ialah 6/5. ‘6’ merujuk kepada jarak 6 meter di antara Carta snellan dengan
kedudukan murid. ‘5’ merujuk kepada huruf bersaiz 5.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : SENAMAN MATA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberi penerangan tentang kepentingan dan panduan penjagaan
kesihatan mata.
2. Guru memilih 11 pasangan Doktor Muda untuk menjalankan aktiviti senaman
mata. Salah seorang daripada setiap pasangan akan membaca arahan dan
seorang lagi akan melakukan aktiviti.
3. Ulang aktiviti di atas dengan menukar peranan masing-masing.
4. Setiap pasangan Doktor Muda perlu memberi maklum balas.
5. Doktor Muda akan membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.

B. Sumber

• Poster Senaman Mata

C. Masa

• 20 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

38


AKTIVITI 2 : MENGUJI KETAJAMAN PENGLIHATAN
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberi penerangan tentang panduan penggunaan Carta Snellen.
2. Guru membuat demonstrasi cara menggunakan Carta Snellen (minta

seorang Doktor Muda sebagai subjek). Tunjukkan kaedah yang betul.
3. Guru menjelaskan cara mencatat hasil pemeriksaan mata yang

menggunakan Carta Snellen.
4. Doktor Muda seterusnya melakukan demonstrasi cara penggunaan

Carta Snellen dengan betul kepada rakan mereka dan merekodkan hasil
pemeriksaan.
5. Doktor Muda membuat rumusan tujuan pemeriksaan mata dilakukan selepas
tamat aktiviti.
B. Sumber

• Carta Snellen
C. Masa

• 45 minit
D. Penilaian

• Soal Jawab

39


SKOP AMALAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN
3

UNIT 1 : PERSEKITARAN BERSIH (SEKOLAH / RUMAH)
UNIT 2 : PENGGUNAAN TANDAS SEMPURNA

UNIT 1 : PERSEKITARAN BERSIH (SEKOLAH / RUMAH) SKOP 3

PENGENALAN

Unit ini menerangkan tentang kepentingan amalan kebersihan persekitaran
di sekolah dan rumah bagi mencegah penyakit yang terjadi akibat daripada
persekitaran yang tidak bersih.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
2. Menyenaraikan penyakit yang terjadi akibat daripada persekitaran yang

tidak bersih.
3. Menyatakan amalan kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah.
4. Menyatakan cara pelupusan sampah yang sempurna.

ISI PENTING

1. Kepentingan persekitaran yang bersih.
2. Penyakit berjangkit yang berpunca daripada persekitaran yang tidak bersih.
3. Amalan penjagaan kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah.
4. Cara pelupusan sampah yang sempurna.

KANDUNGAN

1. Kepentingan Kebersihan Persekitaran
• Mencegah penyakit berjangkit.
• Mencegah daripada bau busuk .
• Menjadikan persekitaran sentiasa ceria dan selesa.

2. Penyakit Berjangkit yang Terjadi Akibat Persekitaran yang Tidak Bersih
• Demam Denggi
• Chikungunya
• Taun (Kolera)
• Keracunan Makanan
• Demam Kepialu (Tifoid)
• Leptospirosis (Kencing Tikus)

40


3. Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran di Sekolah dan Rumah
• Buang sampah ke dalam tong sampah.
• Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Cara Pelupusan Sampah yang Sempurna
• Menanam
• Kitar Semula

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : “XPLO-School”

A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan kebersihan

berpandukan kepada Senarai Semak XPLO-School seperti di Lampiran 3.1.
3. Setiap kumpulan perlu membuat laporan kepada guru menggunakan Senarai

Semak XPLO-School seperti di Lampiran 3.1.
4. Guru membuat semakan jawapan kumpulan dan memberi ulasan kepada

jawapan yang diberikan.

B. Sumber

• Senarai Semak XPLO-School (Lampiran 3.1)
• Pensel
• Pemadam

C. Masa

• 45 minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan aktiviti
• Soal jawab

AKTIVITI 2 : TEKA SILANG KATA PERSEKITARAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Teka Silang kata adalah seperti Lampiran 3.1(A) dan 3.1(B). Guru boleh memilih
untuk menggunakan salah satu daripada teka silang kata ini atau membentuk
teka silang kata baru mengikut kreativiti guru bagi tajuk persekitaran bersih.

2. Guru memilih seorang Doktor Muda untuk mengetuai aktiviti ini.
3. Semua Doktor Muda diberi helaian teka silang kata.

41


4. Doktor Muda yang dipilih membacakan pembayang teka silang kata yang SKOP 3
diberikan kepada Doktor Muda yang lain.

5. Doktor Muda bertukar-tukar helaian teka silang kata yang telah dijawab dengan
rakan.

6. Doktor Muda yang dipilih akan memberikan jawapan yang betul dan meminta
semua Doktor Muda memeriksa jawapan rakan masing-masing.

7. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan
mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan
bimbingan guru.

B. Sumber

• Helaian Teka Silang kata
• Pensel
• Pemadam

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan aktiviti
• Soal jawab

AKTIVITI 3 : TEKA KATA PERSEKITARAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Teka Kata adalah seperti Lampiran 3.1(C), 3.1(D) dan 3.1(E). Guru boleh memilih
untuk menggunakan salah satu daripada teka kata ini atau membentuk Teka
Kata baru mengikut kreativiti guru bagi tajuk persekitaran bersih.

2. Guru memilih seorang Doktor Muda untuk mengetuai aktiviti ini.
3. Semua Doktor Muda diberi helaian teka kata.
4. Doktor Muda yang dipilih membacakan perkataan tersembunyi kepada Doktor

Muda yang lain.
5. Doktor Muda bertukar-tukar helaian teka kata yang telah dijawab dengan

rakan.
6. Doktor Muda yang dipilih akan memberitahu jawapan yang betul dan meminta

semua Doktor Muda memeriksa jawapan rakan masing-masing.
7. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan

mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan
bimbingan guru.

42


B. Sumber

• Helaian Teka Kata
• Pensel
• Pemadam

C. Masa

• 20 minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan aktiviti
• Soal jawab

AKTIVITI 4 : RIANG RIA DOKTOR MUDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan empat (4)
orang bagi setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan bahan permainan ‘Riang Ria Doktor Muda’.
3. Doktor Muda akan bermain permainan tersebut dalam kumpulan masing-

masing mengikut panduan berikut :

a. Seramai empat orang pemain diperlukan untuk permainan ini.
b. Setiap peserta perlu membaling dadu untuk menentukan giliran masing-

masing. Peserta yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai peserta
pertama.
c. Peserta pertama akan memulakan permainan dengan membuat balingan
dadu. Sekiranya peserta mendapat enam mata pada balingannya, peserta
perlu membuat balingan sekali lagi. Begitulah seterusnya.
d. Tangga menunjukkan peserta akan naik manakala ular menunjukkan peserta
akan turun.
e. Peserta juga perlu mengikuti arahan yang terdapat dalam petak sama ada
‘undur’ atau ‘maju’ ke petak yang diarahkan.
f. Peserta pertama yang sampai ke petak 100 dikira sebagai pemenang.

4. Setelah permainan tamat, Doktor Muda yang dipilih akan memberikan ulasan
mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan ini dengan
bimbingan guru.

B. Sumber

• Permainan Riang Ria Doktor Muda

43


C. Masa SKOP 3
• 20 minit
D. Penilaian
• Soal jawab

AKTIVITI 5 : OPS KANTIN
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan kantin kepada
Doktor Muda.

2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Guru mengedarkan Senarai Semak ‘Ops Kantin’ kepada Doktor Muda

Lampiran 3.1(F).
4. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan kantin dengan

menggunakan Senarai Semak ‘Ops Kantin’ yang diberi.
5. Setelah pemeriksaan, kumpulan perlu melaporkan hasil pemeriksaan

mereka.
6. Doktor Muda membuat ulasan mengenai laporan yang disediakan oleh

setiap kumpulan dengan bimbingan guru.
B. Sumber

• Senarai Semak ‘Ops Kantin’ Lampiran 3.1(F)
C. Masa

• 30 Mini
D. Penilaian

• Semakan jawapan pada Senarai Semak ‘Ops Kantin’.
• Soal jawab

44


UNIT 2 : PENGGUNAAN TANDAS SEMPURNA

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada Doktor Muda tentang amalan penggunaan tandas
dengan betul dan sempurna yang merupakan kemudahan asas. Penggunaan
tandas yang sempurna boleh mencegah penyakit berjangkit seperti taun (Kolera),
demam kepialu (Tifoid), Hepatitis A, cirit-birit dan jangkitan cacing.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Mengetahui kepentingan penggunaan tandas dari aspek kesihatan dan
perspektif agama.

2. Menyatakan cara penggunaan dan penjagaan tandas yang betul dan
sempurna.

ISI PENTING

1. Kepentingan penggunaan tandas.
2. Amalan semasa menggunakan tandas.
3. Panduan penggunaan dan penjagaan tandas.
4. Tempat pembuangan najis yang tidak selamat dan selamat.

KANDUNGAN

1. Kepentingan Tandas

a. Aspek kesihatan
• Mencegah penyakit berjangkit seperti taun (Kolera), demam kepialu
(Tifoid), Hepatitis A, cirit-birit dan jangkitan cacing.
• Mencegah pembiakan vektor pembawa penyakit.
• Menghindarkan daripada pencemaran najis.
• Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran sekolah dan rumah.

b. Perspektif agama
• Kebersihan itu adalah tuntutan agama.
• Suci daripada najis adalah penting untuk kesempurnaan ibadat.
• Dilarang membuang najis di merata tempat seperti di aliran air (sungai,
tali air, alur air), bawah pokok, tepi jalan serta tempat lapang.

45


2. Amalan Semasa Menggunakan Tandas SKOP 3
a. Aspek kesihatan
• Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga.
• Menggunakan selipar yang sesuai ketika ke tandas.
• Membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas.
b. Aspek agama Islam
• Membaca doa sebelum memasuki tandas.
• Mendahulukan dengan kaki kiri apabila memasuki tandas.
• Menutup kepala dengan kain ketika sedang berhajat.
• Mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas.
• Membaca doa ketika keluar tandas.

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Doa Masuk Tandas

Ertinya : Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan

Doa Keluar Tandas

Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan
apa yang menyakitkan aku dan
menyihatkan diriku

3. Panduan Penggunaan Tandas
• Menggunakan tandas dengan betul mengikut jenis tandas yang digunakan
(tandas duduk dan tandas cangkung).
• Pam tandas selepas digunakan.
• Membasuh tangan menggunakan sabun.

46


• Bilas sehingga bersih dan sempurna.

• Mengeringkan tangan menggunakan tisu / tuala / pengering.
• Membuang tisu / tuala wanita ke dalam tong yang disediakan.

4. Panduan Penjagaan Tandas

• Sediakan air bersih yang mencukupi.
• Sediakan selipar yang sesuai ketika ke tandas.
• Memastikan lantai tandas dalam keadaan kering dan bersih.
• Gunakan peralatan mencuci tandas (contohnya berus, bahan pencuci,

sabun bersama bekasnya) bagi menjaga kebersihan tandas.
• Pembersihan tandas mesti dijalankan secara berjadual.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : OPS! BERSIH DAN WANGI

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan kepentingan penjagaan kebersihan tandas kepada
Doktor Muda.
2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Guru mengedarkan Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’ kepada Doktor

Muda Lampiran 3.2.
4. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat pemeriksaan tandas dengan

menggunakan Senarai Semak “Ops! Bersih dan Wangi” yang diberi.
5. Setelah pemeriksaan, kumpulan perlu melaporkan hasil pemeriksaan

mereka.
6. Doktor Muda membuat ulasan mengenai laporan yang disediakan oleh

setiap kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

B. Sumber

• Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’ (Lampiran 3.2)

C. Masa

• 40 minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan pada Senarai Semak ‘Ops! Bersih dan Wangi’.
• Soal jawab

47


SKOP AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN
4
UNIT 1 : KESIHATAN PERGIGIAN

UNIT 1 : KESIHATAN PERGIGIAN SKOP 3

PENGENALAN SKOP 4

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kesedaran kesihatan pergigian
dan langkah-langkah bagi mengekalkan kesihatan pergigian sepanjang
hayat.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Menyenaraikan masalah kesihatan pergigian.
3. Menyatakan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian.
4. Menunjukkan cara memberus gigi yang betul.
5. Memilih dan menjaga berus gigi yang betul.
6. Menunjukkan cara menggunakan flos gigi dengan betul.

ISI PENTING

1. Kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Masalah kesihatan pergigian.
3. Amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian.
4. Cara memberus gigi dengan berkesan.
5. Cara memilih dan menjaga berus gigi yang betul.
6. Cara menggunakan flos gigi dengan betul.

KANDUNGAN

1. Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pergigian

Gigi dan gusi perlu dikekalkan dalam keadaan sihat sepanjang hayat untuk
pengunyahan makanan dan pertuturan yang jelas. Ia dapat menambah
keyakinan dan kecantikan paras rupa. Manusia mempunyai dua peringkat
perkembangan gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu berjumlah 20
batang. Gigi susu akan digantikan secara berperingkat dengan gigi kekal
yang berjumlah 32 batang.

2. Masalah Kesihatan Pergigian

Masalah kesihatan pergigian yang sering berlaku ialah :
i. Karies gigi
• Gigi yang berlubang atau rosak.

48


Click to View FlipBook Version