The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasaat08, 2021-06-12 04:20:30

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

ii. Penyakit gusi / periodontol
• Gusi yang mudah berdarah, merah dan bengkak. Plak adalah selaput bakteria
yang melekat pada permukaan gigi. Ia mengandungi berbagai jenis bakteria.
Bakteria dalam plak boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi.

iii. Gigi tidak teratur (maloklusi)
• Keadaan gigi yang tidak tersusun.
• Disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Kehilangan gigi susu terlalu awal.
- Keturunan.
- Tabiat buruk seperti menghisap jari dan menggigit pensel atau objek lain.
• Akibatnya :
- Gigi sukar digosok dengan berkesan.
- Masalah mengunyah dengan sempurna.
- Penampilan diri terjejas.
- Makanan mudah terperangkap di celahan gigi.

iv. Mulut berbau

3. Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian

a. Amalan yang baik untuk kesihatan pergigian
• Memberus gigi dengan sempurna setiap hari dengan ubat gigi berfluorida
dan berus gigi yang sesuai.
• Mengamalkan pemakanan yang sihat.
• Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis /
bergula.
• Mendapatkan pemeriksaan oral sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur malam.
• Berkumur selepas makan.
• Gunakan flos gigi untuk membersihkan celahan gigi.
• Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula.

b. Amalan yang tidak baik untuk kesihatan pergigian
• Mengambil makanan snek atau minuman manis di antara masa makan
utama dengan kerap.
• Tidak memberus gigi di waktu malam sebelum tidur.
• Tabiat menghisap jari.
• Tabiat merokok.

4. Cara Memberus Gigi Dengan Berkesan

Berikut adalah cara memberus gigi dengan berkesan untuk mengeluarkan plak
dari semua permukaan gigi

i. Berus setiap permukaan gigi di rahang atas dan bawah.
ii. Berus permukaan luar dan dalam di bahagian belakang gigi atas.
iii. Berus bahagian luar dan dalam di bahagian hadapan gigi atas.
iv. Berus permukaan mengunyah gigi atas.
v. Ulangi langkah ii-iv bagi gigi bawah.
vi. Bersihkan permukaan atas lidah dengan berus gigi.

49

5. Panduan Pemilihan dan Penjagaan Berus Gigi dan Ubat Gigi SKOP 4
i. Guna berus gigi yang lembut.
ii. Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut.
iii. Ganti berus gigi yang rosak.
iv. Pastikan berus gigi diletak di tempat yang sesuai.
v. Elakkan berkongsi berus gigi.
vi. Guna ubat gigi berfluorida.

6. Cara Penggunaan Flos Gigi dengan Betul
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat
mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang
tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.
a. Kekerapan menggunakan flos gigi
• Sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.
b. Panduan menggunakan flos gigi
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci
dengan tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda. Gerakkan ke atas dan ke
bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.
c. Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos
• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah
akan menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi
ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas
seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

Cara Penggunaan Flos Gigi

50

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberi penerangan berkaitan dengan masalah pergigian kepada
Doktor Muda.

2. Guru mengemukakan soalan berikut :
• Apakah masalah oral yang sering terjadi?
• Apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut?

3. Guru terangkan masalah pergigian seperti berikut :
• Karies gigi
• Penyakit gusi/periodontal
• Gigi yang tidak teratur (maloklusi)

4. Guru meminta murid menyenaraikan amalan yang baik dan tidak baik untuk
kesihatan oral.

5. Doktor Muda menerangkan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan
gigi dan gusi.

B. Sumber

• Modul Doktor Muda

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal jawab

AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MEMBERUS GIGI

(Doktor Muda dikehendaki membawa berus gigi sendiri untuk menjalankan aktiviti
ini).

A. Cara Pelaksanaan

1. Anggota kesihatan / guru menunjukkan cara memberus gigi dengan betul
menggunakan model gigi.

2. Doktor Muda menunjukkan semula cara memberus gigi dengan betul
menggunakan model gigi.

3. Doktor Muda dikehendaki menggosok gigi sendiri sambil dipantau oleh
anggota kesihatan / guru.

4. Doktor Muda memberi ulasan tentang kepentingan memberus gigi dengan
cara yang betul.

51

B. Sumber SKOP 4
• Model gigi
• Berus Gigi
• Ubat gigi
• Air
C. Masa
• 45 minit
D. Penilaian
• Demonstrasi semula oleh Doktor Muda
• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : LATIHAN MENGGUNAKAN FLOS GIGI
A. Cara Pelaksanaan

1. Anggota kesihatan / guru menunjukkan cara menggunakan flos gigi
dengan betul.

2. Doktor Muda menunjukkan semula cara menggunakan flos gigi dengan
betul.

3. Doktor Muda memberi ulasan tentang kepentingan memflos gigi
dengan cara yang betul.

B. Sumber
• Flos Gigi
• Air
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Demonstrasi semula oleh Doktor Muda
• Soal jawab

52

AKTIVITI 4 : KILAUAN SIHAT
A. Cara Pelaksanaan

1. Aktiviti ini berbentuk pertandingan.
2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan

ahli.
3. Guru mengedarkan kad kilauan sihat kepada setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun kad gambar mengikut urutan

yang betul dalam masa 1 minit.
5. Guru bertanggungjawab untuk menjaga masa bagi menentukan

pemenang bagi aktiviti ini.
6. Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 8 langkah memberus gigi

dengan betul dalam masa satu (1) minit dikira sebagai pemenang.
7. Guru perlu membimbing kumpulan yang gagal menyusun kad gambar

secara betul.
8. Guru meminta Doktor Muda menerangkan semula 8 langkah memberus

gigi yang betul.
9. Doktor Muda dikehendaki menyusun kembali kad untuk simpanan dan

memberi ulasan.
B. Sumber
• Kad Kilauan Sihat
C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Soal Jawab

53

SKOP Minda SIHAT
5
UNIT 1 : HARGA DIRI
UNIT 2 : MARI BERKAWAN
UNIT 3 : TEGAS DIRI
UNIT 4 : PEMIKIRAN POSITIF UNTUK HIDUP SIHAT
UNIT 5 : BIJAK MENANGANI STRES

UNIT 1 : HARGA DIRI

PENGENALAN SKOP 4

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan harga diri sebagai SKOP 5
elemen asas kemahiran kesihatan mental.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyatakan definisi harga diri.
2. Menerangkan cara-cara membina harga diri.

ISI PENTING

1. Definisi harga diri.
2. Nilai-nilai dalam harga diri.
3. Tip-tip untuk membina harga diri.

KANDUNGAN

1. Definisi Harga Diri

Harga diri ialah satu cara murid menilai diri, menghormati diri dan merasakan
diri sebagai seorang yang berguna. Ini bermakna murid akan menyayangi diri,
di samping bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

Sesuatu perlakuan yang baik yang dilakukan biasanya akan menerima
pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan
pada kebolehan diri sendiri dan cara meletakkan diri sendiri dalam sesuatu
situasi. Harga diri menolong murid untuk maju, meningkatkan diri, menilai dan
menerima diri sendiri, mencuba sesuatu yang baru, berinteraksi secara positif
dengan orang lain dan rasa selesa dengan diri sendiri. Murid juga akan menjadi
lebih tegas dan mampu berhadapan dengan tekanan daripada orang lain.

54

2. Nilai-nilai Dalam Harga Diri

Nilai-nilai positif adalah nilai-nilai yang mulia di sisi agama dan masyarakat
manakala nilai-nilai negatif adalah nilai-nilai yang tidak baik di sisi agama
dan masyarakat.

3. Tip-tip Untuk Membina Harga Diri

• Terima hakikat kekuatan dan kelemahan diri.
• Kembangkan potensi dan bakat diri.
• Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
• Belajar menerima pujian secara positif.
• Belajar memberi pujian kepada orang lain.
• Sentiasa berfikiran positif.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : CERMIN DIRI

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan maksud harga diri, kekuatan diri dan kelemahan diri
dengan memberikan contoh.

2. Guru mengedarkan penanda buku ‘Cermin Diri’ (Lampiran 5.1) kepada
semua Doktor Muda.

3. Guru meminta Doktor Muda mengisi 3 kekuatan diri dan 3 kelemahan diri
masing-masing pada penanda buku ‘Cermin Diri’.

4. Doktor Muda diminta untuk menyatakan kekuatan dan kelemahan diri
masing-masing.

5. Doktor Muda membuat ulasan bagi setiap kekuatan dan kelemahan diri
dengan menggalakkan rakan-rakan membuat perubahan diri.

6. Guru meminta Doktor Muda menggunakan penanda buku ‘Cermin Diri’
sepanjang masa.

B. Sumber

• Penanda buku ‘Cermin Diri’ (Lampiran 5.1)
• Pensel / Pen
• Pemadam

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal jawab

55

AKTIVITI 2 : BULATAN DIRI SKOP 5
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan bahawa setiap individu mempunyai keutamaan
dalam hidup masing-masing.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja Bulatan Diri kepada semua Doktor
Muda.

3. Doktor Muda diminta untuk membuat pembahagian bulatan di Bahagian
A mengikut 5 keutamaan masing-masing. Keutamaan yang paling tinggi
perlu mempunyai ruang yang lebih besar. Contoh adalah seperti pada
Lampiran 5.1.(A).

4. Setelah selesai, Doktor Muda diminta untuk mengisi aktiviti yang dilakukan
dalam satu hari pada hari Sabtu (atau bukan hari persekolahan) di
Bahagian B.

5. Guru akan meminta Doktor Muda untuk membentangkan pada
kumpulan.

6. Doktor Muda diminta untuk memberikan ulasan berdasarkan kepada
keutamaan (Bahagian A) berbanding aktiviti harian (Bahagian B) yang
dijalankan.

B. Sumber
• Lembaran Kerja Bulatan Diri (Lampiran 5.1.(A))
• Pensel / Pen
• Pemadam

C. Masa

• 30 minit
D. Penilaian

• Soal Jawab

56

UNIT 2 : MARI BERKAWAN

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan berkawan sebagai salah satu
elemen kesihatan mental.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan definisi berkawan.
2. Menyatakan kepentingan berkawan.
3. Menyenaraikan tip-tip menjalinkan persahabatan.
4. Menyenaraikan prinsip-prinsip persahabatan.

ISI PENTING

1. Definisi berkawan.
2. Kepentingan berkawan.
3. Tip-tip menjalinkan persahabatan.
4. Prinsip-prinsip persahabatan.

KANDUNGAN

1. Definisi Berkawan
• Proses membina persahabatan secara positif.

2. Kepentingan Berkawan
• Menjadikan hidup kita lebih ceria, bermakna, gembira dan seronok dalam
pelbagai situasi kehidupan.
• Dapat berkongsi suka-duka dalam kehidupan.

3. Tip-tip Menjalinkan Persahabatan
• Ucapkan salam persahabatan. (“Assalamualaikum / Hai..selamat pagi
semua!”)
• Perkenalkan diri. (“Saya Ali, boleh kita berkawan?”)
• Tanya nama mereka. Berbual dengan mereka. (Awak ni ….?” / “Hai
Zailan, saya gembira mengenali awak.”)
• Bermain bersama semasa waktu rehat dan selepas sekolah.
• Berkongsi makanan dengan kawan. (“Cuba rasa snek yang saya bawa dari
rumah, sedap tau.”)
• Kenali diri rakan dengan lebih rapat. (“Di manakah awak tinggal sekarang?”,
“Bolehkah saya datang ke rumah awak ?”)
• Ketahui hobi rakan anda. (“Apakah hobi awak?” kemudian nyatakan hobi
anda.)

57

4. Prinsip-prinsip Persahabatan

a. Belajar mendengar
• Kadangkala murid perlu memberi peluang kepada kawan untuk
bercakap. Apabila seseorang bercakap, pandanglah muka mereka.
Sebelum menjawab, tunggu sehingga kawan habis bercakap.

b. Belajar berkongsi dan menyayangi kawan
• Apabila ternampak kawan menangis, murid boleh bertanya, “Kenapa
menangis? Bolehkah saya tolong?”.

c. Bantu kawan
• Jika kawan terjatuh, bantulah dia.
• Sekiranya luka, bawalah dia berjumpa dengan guru atau sesiapa yang
dapat membantunya.

d. Apabila bermain bersama-sama SKOP 5
• Bersikap lemah-lembut.
• Ikut giliran.
• Jangan terlalu kasar.
• Beri sokongan moral.
• Jangan cederakan orang lain.

e. Jika kawan dibuli daripada guru atau sesiapa yang dapat
• Minta bantuan
membantunya.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : FACEBOOK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengumpulkan semua ahli Doktor Muda
2. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi klu berkenaan kawan.

Contoh seperti di Lampiran 5.2.
3. Doktor Muda diminta menulis nama kawan yang sepadan dengan klu yang

diberi.
4. Doktor Muda memperkenalkan rakan-rakan yang tersenarai dalam borang

jawapan.
5. Doktor Muda membuat ulasan berkaitan cara-cara untuk berkomunikasi

dalam persahabatan.

B. Sumber

• Kertas Klu (Lampiran 5.2)
• Pensel / Pen
• Pemadam

58

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal jawab

AKTIVITI 2 : LAKONAN PRINSIP PERSAHABATAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan untuk
melakonkan satu senario berkaitan dengan prinsip persahabatan.

2. Guru menerangkan cara lakonan kepada Doktor Muda yang dipilih. Dua
sesi lakonan iaitu:-

Lakonan I - Komunikasi Berkesan
Lakonan II - Komunikasi Tidak Berkesan
3. Guru memberikan watak dan skrip lakonan kepada Doktor Muda yang

dipilih berpandukan Skrip Lakonan seperti Lampiran 5.2(A) dan 5.2(B).
4. Guru memberikan sedikit masa kepada Doktor Muda untuk membuat

persiapan.
5. Doktor Muda diminta memberi perhatian kepada sesi lakonan dan cuba

mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menjejas dan membina
persahabatan.
6. Sebelum lakonan dimulakan, guru menerangkan senario lakonan kepada
semua Doktor Muda.
7. Doktor Muda yang tidak berlakon diminta untuk mengenal pasti perkara-
perkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan dalam
lakonan.
8. Lakonan dijalankan.
9. Doktor Muda yang tidak berlakon diminta menyatakan perkara-perkara
yang boleh menjejas dan membina persahabatan yang dikenal pasti oleh
mereka dalam sesi lakonan.
10. Doktor Muda yang berlakon diminta untuk menyatakan perasaan mengenai
perkara-perkara yang boleh menjejas dan membina persahabatan yang
dilalui oleh mereka dalam sesi lakonan.
11. Doktor Muda memberi ulasan mengenai komunikasi yang boleh menjejas
dan membina persahabatan kepada Doktor Muda berpandukan Panduan
Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan seperti Lampiran 5.2(C).

59

B. Sumber SKOP 5
• Skrip Lakonan (Lampiran 5.2(A))
• Panduan Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan (Lampiran 5.2(C))

C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Soal Jawab

60

UNIT 3 : TEGAS DIRI

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek kepentingan tegas diri sebagai
salah satu amalan kesihatan mental yang baik.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan definisi tegas diri.
2. Menyenaraikan faedah tegas diri.

ISI PENTING

1. Definisi tegas diri.
2. Faedah mempunyai tegas diri.
3. Ciri-ciri tegas diri.

KANDUNGAN

1. Definisi Tegas Diri
• Keupayaan untuk menyuarakan perkara yang difikir, dirasa dan diperlukan
secara jujur dan berterus-terang.
• Menghormati hak dan perasaan orang lain.
• Mempunyai ketegasan diri tidak akan mencabar hak orang lain.

2. Faedah Mempunyai Ketegasan Diri
• Dapat memberi pendapat diri dengan jelas dan berkesan.
• Dapat mengawal perasaan dan keadaan.
• Boleh menyatakan “Tidak” tanpa rasa bersalah.
• Berasa lebih yakin pada diri sendiri.
• Berani membuat keputusan.
• Mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
• Dapat meminta bantuan apabila diperlukan.
• Lebih dihormati oleh orang lain.
• Menghormati perasaan dan hak orang lain.

3. Ciri-ciri Tegas Diri
• Boleh mengawal perasaan diri apabila dicabar oleh pembuli.
• Lebih yakin akan diri dan mudah menjalinkan hubungan persahabatan.
• Berupaya menyuarakan sesuatu yang difikirkan atau diperlukan dengan jujur
dan berkesan.

61

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 5

AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberikan penerangan tentang Tegas Diri berpandukan Modul Doktor
Muda.

2. Doktor Muda diminta berbincang mengenai senario 1 seperti berikut :
Senario 1 : Adila diugut atau dibuli oleh kanak-kanak lain. Bagaimanakah

tindak balas Adila?
3. Doktor Muda diminta memberikan pandangan masing-masing.
Antara jawapan Senario 1 :

• Adila menangis.
• Adila melaporkan masalah kepada guru, ibu bapa atau ketua kelas.
• Adila menjadi agresif dan marah atau menumbuk pembuli.
4. Doktor Muda diminta membuat rumusan dengan menyatakan bentuk
tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Adila.
5. Guru akan mengajak Doktor Muda berbincang mengenai senario 2 seperti
berikut :
Senario 2 : Ahmad sedang menyiapkan kerja latihan yang diberikan oleh
guru kelasnya. Tanpa disedari, seorang rakan sekelas telah mengambil
pembarisnya (tanpa meminta izin daripada Ahmad). Bagaimana Ahmad
akan bertindak?
6. Doktor Muda diminta memberikan pandangan masing-masing.
Antara jawapan Senario 2 :
• Tegur rakan dan meminta pembaris semula.
• Menangis kerana kehilangan pembaris.
• Mengambil balik pembaris dan menasihati rakan meminta kebenaran

terlebih dahulu.
7. Doktor Muda diminta membuat rumusan dengan menyatakan bentuk

tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Ahmad.

B. Sumber

• Modul Doktor Muda

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal jawab

62

UNIT 4 : PEMIKIRAN POSITIF UNTUK HIDUP SIHAT

PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan berfikiran positif sebagai
salah satu elemen kesihatan mental.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menyatakan definisi pemikiran positif.
2. Menyenaraikan kebaikan pemikiran positif.
3. Membezakan antara pemikiran positif dan negatif.
ISI PENTING
1. Definisi pemikiran positif.
2. Kebaikan pemikiran positif.
3. Perbezaan pemikiran positif dan pemikiran negatif.
4. Bicara diri positif (Positive self-talk).
KANDUNGAN
1. Definisi Pemikiran Positif
Kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang

situasi.
2. Kebaikan Pemikiran Positif

• Kebolehan mengawal situasi dengan baik. Ini membolehkan murid
menangani situasi untuk mencapai hasil positif. Murid mungkin telah lama
mengamalkannya dari semasa ke semasa tanpa disedari. Apa yang perlu
dilakukan kini ialah mempertingkatkan kemahiran ini.

• Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri. Secara tidak langsung
berfikir secara positif dapat meningkatkan harga diri.

• Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif merupakan satu strategi
daya tindak balas yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih
berkesan.

63

3. Perbezaan Antara Pemikiran Positif Dan Negatif

Pelbagai situasi atau kejadian boleh dilihat secara positif atau negatif oleh individu.
Berikut diberikan beberapa contoh pemikiran positif dan negatif akibat daripada
tindak balas tentang satu situasi yang sama

Situasi Pemikiran Negatif Pemikiran Positif Faedah Pemikiran
Positif
Pada setiap hari • Mengapa saya • Sudah tentu saya
Selasa anda telah yang dipilih? akan lebih • Pengetahuan
ditugaskan untuk memahami konsep matematik akan
balik lewat kerana • Saya ada hal dan prinsip lebih mantap.
menolong pelajar lain yang lebih matematik apabila
yang lemah dalam penting. saya menerang dan • Membantu orang
Matematik. mengajarnya lain adalah perkara
kepada orang lain. murni yang amat
digalakkan. SKOP 5

Anda gagal dalam • Saya memang • Tidak mengapa. • Sekali gagal tidak
BM. lemah dalam BM.
Saya akan berusaha. bermakna gagal
• Bagaimana saya
akan lulus UPSR selamanya.
saya?
• Setiap hari saya

akan menulis • Usaha yang

karangan dan berterusan akan

membuat lebih membuahkan

latihan. kejayaan.

Rakan karib anda • Tak guna! Apa • Kawan saya ada • Setiap individu saling
tidak memberi salah saya? masalah. Saya harus memerlukan satu
perhatian apabila siasat apa masalah sama lain.
anda cuba berbual • Dia tak patut dia dan cuba tolong
dengannya pagi buat saya begini. kalau boleh. • Persahabatan amat
ini. penting dalam
hidup individu.

4. Bicara Diri Positif (Positive self-talk)

Strategi untuk mengubah suai dan memperbaiki cara pemikiran. Ini melibatkan
komunikasi intra personal (dalaman) bagi menenangkan diri supaya lebih mudah
menerima keadaan. Berkata positif pada diri sendiri adalah satu cara mengatasi
situasi yang menekan. Bicara diri yang positif adalah penting dalam membina imej
diri yang positif dan juga harga diri.

• “Saya boleh” … bukannya … “Saya tidak boleh”.
• “Saya penyayang dan mudah disayangi” … bukannya … “Tiada siapa yang
sayangkan saya”.

• “Saya boleh menjadi johan” … bukannya … “Saya selalu tidak berjaya”.
• “Saya bagus” … bukannya … “Saya memang tidak berguna”.

64

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : MENGENALI PERASAAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja ‘Wajah Saya’, seperti di Lampiran 5.4(A),
kepada Doktor Muda.

2. Doktor Muda diminta melukiskan wajah mengikut arahan dalam lembaran
kerja tersebut.

3. Guru bertanyakan soalan kepada Doktor Muda :
3.1 Apakah pilihan anda? Menjadi seorang yang gembira, sedih atau
marah?
Jawapan : Murid bebas membuat pilihan
3.2 Pada pandangan anda, siapakah yang boleh membawa
kegembiraan?
Jawapan : Murid bebas memberikan jawapan.

4. Guru membuat ulasan bagi soalan 3.2 seperti berikut :
Tuhan (beribadat dan bersyukur)
Ibu bapa (menghargai, menghormati)
Adik beradik (menghargai, menghormati)
Kawan (sokongan, tempat mengadu)
Guru (sokongan, pujian, galakan)
Diri sendiri (harga diri, sayang diri sendiri)
5. Guru seterusnya bertanyakan soalan seterusnya:

5.1 Bagaimanakah anda boleh membawa kegembiraan kepada diri
anda?

6. Doktor Muda diminta membuat ulasan bagi soalan 5.1 berlandaskan ‘Berfikiran
positif dan bertindak positif’.

7. Doktor Muda menerangkan panduan mengenali perasaan dan berfikiran
positif (Lampiran 5.4(B)).

8. Doktor Muda seterusnya memberikan rumusan keseluruhan. Murid mempelajari
jenis emosi yang dialami (marah, sedih, kecewa dan gembira). Murid diberi
pilihan (diberi kuasa) untuk memilih perasaan mereka. Seterusnya mereka
berupaya membuat pilihan yang wajar.

B. Sumber

• Modul Doktor Muda

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal jawab

65

AKTIVITI 2 : SUKA-SUKA SKOP 5
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja Suka - Suka kepada Doktor Muda.
2. Doktor Muda diminta untuk menyenaraikan 3 perkara yang disukai dan

3 perkara yang tidak disukai serta sebab-sebabnya di dalam lembaran
kerja tersebut. Contoh seperti di (Lampiran 5.4.(c)).
3. Guru mengumpul semua lembaran kerja daripada Doktor Muda.
4. Doktor Muda diminta menyemak hasil kerja rakan-rakan dan memilih
beberapa hasil kerja yang berbentuk pemikiran negatif untuk
dibentangkan kepada kelas.
5. Doktor Muda membentangkan hasil kerja kepada kelas dan
mendedahkan nama murid yang menulis hasil kerja tersebut.
6. Doktor Muda diminta membuat ulasan berdasarkan hasil kerja yang
berfikiran negatif kepada positif.
B. Sumber
• Lembaran Kerja ‘Suka-Suka’ (Lampiran 5.4.(c))
C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Soal jawab

66

UNIT 5 : BIJAK MENANGANI STRES

PENGENALAN

Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan menangani stres
secara bijak.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Mendefinisikan stres.
2. Menyenaraikan punca-punca stres.
3. Menyenaraikan tanda-tanda stres.
4. Menyatakan kesan-kesan stres.

ISI PENTING

1. Definisi stres.
2. Punca-punca stres.
3. Tanda-tanda stres.
4. Penawar stres.

KANDUNGAN

1. Definisi Stres
Stres adalah tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental kepada

perubahan. Stres berlaku apabila kita berasa risau atau tidak selesa.

2. Punca Stres
• Diri sendiri (contoh : ketakutan, tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, tidak
cemerlang dalam peperiksaan).
• Keluarga (contoh : ibu bapa kerap bergaduh, tidak mampu memenuhi harapan
ibu bapa, tiada orang untuk berbicara).
• Sekolah saya (contoh : cikgu marah, kawan tidak mahu bercakap dan berkawan,
dibuli oleh kawan sekolah).
• Persekitaran (contoh : jiran, tiada taman rekreasi).

3. Tanda-tanda Stres
• Jantung berdegup kencang
• Sukar bernafas
• Cepat marah
• Tidak gembira
• Tiada selera makan
• Tidak cukup tidur
• Hilang minat
• Ingin membalingkan sesuatu
• Cuba mengasingkan diri

67

4. Penawar Stres SKOP 5
• Beribadat
• Bersiar-siar
• Membaca buku/majalah yang sesuai
• Bersenam
• Hobi
• Mendengar muzik
• Berbincang dengan keluarga / guru / kawan
• Cuba tenteramkan diri

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TANGANI STRES SECARA BIJAK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah yang
dimaksudkan dengan stres?’

2. Guru menerangkan maksud stres.
3. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah punca-

punca stres?’
4. Doktor Muda diminta menerangkan punca-punca stres.
5. Guru mengemukakan pertanyaan kepada Doktor Muda ’Apakah tanda-

tanda stres?’
6. Doktor Muda diminta menerangkan tanda-tanda stres.
7. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Adakah Anda Stres ? seperti di Lampiran

5.5(A) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja.
8. Guru meminta maklum balas dan berbincang.
9. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Tanda-tanda Utama Stres Anda seperti

di Lampiran 5.5(B) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja.
10. Guru meminta maklum balas dan berbincang.
11. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Penawar Stres seperti di Lampiran 5.5(C)

dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja.
12. Guru meminta maklum balas dan berbincang.
13. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Penawar Utama Stres Anda seperti di

Lampiran 5.5(D) dan meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja.
14. Guru meminta maklum balas dan berbincang.
15. Doktor Muda diminta membuat rumusan keseluruhan sesi pembelajaran.

68

B. Sumber
• Lembaran Kerja Adakah Anda Stres ? (Lampiran 5.5(A))
• Lembaran Kerja Tanda-tanda Utama Stres Anda (Lampiran 5.5(B))
• Lembaran Kerja Penawar Stres (Lampiran 5.5(C))
• Lembaran Kerja Penawar Utama Stres Anda (Lampiran 5.5(D))
C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Doktor Muda boleh membuat pengukuran ini dengan betul.
• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : API DAN AIR
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan mengedarkan Lembaran Kerja Api dan Air, seperti di Lampiran
5.5(E), kepada Doktor Muda.

2. Guru meminta Doktor Muda mengisi Lembaran Kerja Api dan Air.
3. Setiap Doktor Muda diminta untuk memberitahu kelas :

• Tiga punca utama kemarahan.
• Tiga tanda-tanda kemarahan diri.
• Tiga cara penawar kemarahan diri.
4. Doktor Muda seterusnya menyerahkan Lembaran Kerja Api dan Air kepada
guru.
5. Doktor Muda diminta memberi ulasan kepada setiap maklumbalas yang
diberikan oleh rakan-rakan.
B. Sumber
• Lembaran Kerja Api dan Air (Lampiran 5.5(E))
C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Soal Jawab

69

AKTIVITI 3 : PENAWAR MARAH SAYA SKOP 5

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengarahkan semua Doktor Muda supaya berdiri.
2. Guru seterusnya mengajar ‘Teknik Pernafasan’ bagi mengawal kemarahan

seperti berikut:
• Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.
• Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.
• Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan

kiraan 10.
• Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. Terapkan perasaan lega

setiap hembusan nafas.
• Ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa

tenang dan relaks.
• Akhirnya buka mata anda perlahan-lahan.
3. Guru meminta Doktor Muda memberi maklum balas tentang perasaan mereka
selepas aktiviti tersebut. Doktor Muda diminta menjelaskan penggunaan ‘Teknik
Pernafasan’ sebagai penawar kemarahan.

B. Sumber

• Tiada

C. Masa

• 15 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 4 : SPA DIRI ANDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengarahkan Doktor Muda duduk secara berpasangan mengikut
jantina.

2. Guru seterusnya mengajar teknik urutan bagi melegakan stres seperti berikut;
• Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan
tentang sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan
tangan di atas bahunya. (Tanggalkan cermin mata jika ada.)
• Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga
ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.
• Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas
lengan. Ulang 3 kali.
• Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke
luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.
• Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.

70

• Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunaan teknik
memutar.

• Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke
bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.

• Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.
3. Guru meminta Doktor Muda memberi maklum balas tentang rasa stres mereka

selepas aktiviti urutan.
4. Guru boleh mengulangi aktiviti Spa Diri Anda mengikut kesesuaian masa.
B. Sumber

• Risalah Minda Sihat
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

71

SKOP mencegah penyakit semasa
6

UNIT 1 : MENCEGAH DEMAM DENGGI
UNIT 2 : MENCEGAH CHIKUNGUNYA
UNIT 3 : MENCEGAH DEMAM MALARIA
UNIT 4 : MENCEGAH PENYAKIT LEPTOSPIROSIS

UNIT 1 : MENCEGAH DEMAM DENGGI

PENGENALAN SKOP 6

Unit ini memberi penjelasan kepada Doktor Muda mengenai Demam Denggi.
Penyakit bawaan vektor ini sangat berbahaya dan murid sekolah adalah antara
golongan yang berisiko tinggi. Pengetahuan tentang pencegahan Demam
Denggi sangat mustahak kepada murid bagi mendorong mereka mencari dan
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan ini boleh dilakukan
sama ada di sekolah, dalam dan luar rumah serta persekitaran mereka.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya.
2. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3. Mengetahui cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4. Menyatakan tanda Demam Denggi
5. Mengetahui cara mencegah jangkitan Demam Denggi.

ISI PENTING

1. Apa itu Demam Denggi?
2. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya.
3. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4. Tanda Demam Denggi.
5. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
6. Langkah pencegahan jangkitan Demam Denggi.

KANDUNGAN

1. Apa Itu Demam Denggi?
Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Orang

yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang
mengandungi virus Denggi. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa
maut. Tiada ubat atau vaksin untuk merawat penyakit ini. Cara yang paling
berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk Aedes.

2. Mengenali Nyamuk Aedes
• Nyamuk Aedes dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kakinya.
• Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja.

72

• Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di sekolah, di dalam
dan luar rumah serta persekitarannya.

• Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil
masa lebih kurang 1 minggu.

3. Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

a. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah:
• Alas pasu bunga
• Pam tandas
• Kolam hiasan
• Bahan buangan yang menakung air
• Pokok hiasan yang menakung air secara semula jadi

b. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah:
• Di dalam kolah bilik mandi
• Tempat simpanan air terbuka
• Bekas perangkap semut
• Bekas menakung air peti sejuk
• Pasu jambangan bunga
• Alas pasu bunga
• Kolam hiasan

c. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah:
• Tayar terpakai / buruk
• Tempurung kelapa
• Botol
• Saluran air hujan
• Tin kosong
• Bekas pembungkus makanan dan minuman (polystrena)
• Di celah kelopak pohon keladi
• Di celah kelopak pokok pisang
• Mangkuk tadahan susu getah

4. Tanda Demam Denggi

• Demam kuat yang mengejut.
• Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata.
• Sakit kepala.
• Ruam merah di kulit.
• Hilang selera makan.
• Kekeringan bibir.
• Muntah.
• Sakit perut.
• Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi.

73

5. Mencari dan Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. SKOP 6

• Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan
semua bekas kosong yang boleh menakung air.

• Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate ke dalam semua
bekas simpanan air tiga bulan sekali.

• Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah
nyamuk daripada bertelur.

• Tukar air jambangan bunga setiap minggu dengan membasuh dan
memberus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

• Buang air dalam alas pasu bunga dan berus hingga bersih setiap
minggu.

• Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).

6. Langkah Pencegahan Jangkitan Demam Denggi

• Tidur menggunakan kelambu.
• Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
• Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
• Gotong royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk

Aedes.
• Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai

tanda jangkitan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘DEMAM DENGGI’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Hapuskan Aedes mengenai mencegah
Demam Denggi kepada Doktor Muda.

2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk menerangkan semula
kandungan video yang ditayang

3. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda juga diminta untuk menerangkan
kembali kepentingan mencegah Demam Denggi.

B. Sumber

• Video Hapuskan Aedes

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

74

AKTIVITI 2 : OPS! CARI

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja “Ops Cari”, seperti di Lampiran 6.1(A),
kepada Doktor Muda.

2. Doktor Muda diberi masa selama 20 minit untuk mencari tempat pembiakan
nyamuk Aedes di dalam lembaran tersebut.

3. Setelah tamat 20 minit, guru akan memberikan jawapan kepada Doktor
Muda. Doktor Muda akan menyemak jawapan mereka untuk mengetahui
bilangan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang mereka temui dalam
lembaran tersebut.

4. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda diminta untuk memberi ulasan
mengenai lembaran kerja tersebut dan berbincang mengenai tempat
pembiakan nyamuk Aedes.

B. Sumber

• Lembaran Kerja “Ops! Cari” Lampiran 6.1(A)

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal jawab

AKTIVITI 3 : TEKA KATA DENGGI

A. Cara Pelaksanaan

1. Semua Doktor Muda diberi Lembaran Kerja Teka Kata Denggi seperti di
lampiran 6.1(B), 6.1(C) dan 6.1(D).

2. Guru menerangkan cara permainan kepada Doktor Muda.
3. Tempoh masa selama 10 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk

menyelesaikan Teka Kata Denggi.
4. Guru mengarahkan Doktor Muda bertukar Lembaran Kerja Teka Kata dengan

rakan.
5. Guru seterusnya memberikan jawapan yang betul dan meminta semua

Doktor Muda memeriksa jawapan.
6. Bagi setiap jawapan yang diberikan, guru perlu memberikan ulasan.

75

B. Sumber SKOP 6
• Lembaran Kerja Teka Kata Denggi (Lampiran 6.1(B), 6.1(C) dan 6.1(D)).
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal jawab

AKTIVITI 4 : CARI DAN MUSNAH
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti ini di mana Doktor Muda

perlu mencari tempat pembiakan nyamuk dan memusnahkannya.
3. Guru mengagihkan setiap kumpulan Doktor Muda ke tempat tertentu

seperti kantin, padang sekolah, taman sekolah, tandas dan kawasan
persekitaran sekolah.
4. Masa selama 30 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk mencari
dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
5. Pada akhir sesi, Doktor Muda diminta memberikan ulasan dan berbincang
mengenai tempat pembiakan nyamuk Aedes.
B. Sumber
• Buku Nota
• Pen
C. Masa
• 1 jam
D. Penilaian
• Soal jawab

76

UNIT 2 : MENCEGAH CHIKUNGUNYA

PENGENALAN

Unit ini memberi penjelasan kepada Doktor Muda mengenai Chikungunya. Penyakit
bawaan vektor ini berbahaya dan murid sekolah adalah antara golongan yang
berisiko. Penyebab dan cara jangkitan Chikungunya adalah sama seperti Demam
Denggi. Oleh itu, pengetahuan tentang pencegahan Demam Denggi sangat
mustahak kepada murid bagi mendorong mereka mencari dan memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada di sekolah,
dalam dan luar rumah serta persekitaran mereka.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya.
2. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3. Mengetahui cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4. Menyatakan tanda Chikungunya.
5. Mengetahui cara mencegah jangkitan Chikungunya.

ISI PENTING

1. Apa itu Chikungunya?
2. Mengenali nyamuk Aedes dan kitaran hidupnya.
3. Mengenali tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4. Tanda Chikungunya.
5. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
6. Langkah pencegahan jangkitan Chikungunya.

KANDUNGAN

1. Apa Itu Chikungunya?

Penyakit Chikungunya disebabkan oleh Virus Chikungunya yang dibawa oleh
nyamuk Aedes. Penyakit ini berbahaya dan boleh mengakibatkan sakit sendi
yang teruk terutama di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali. Cara
yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk Aedes.

2. Mengenali Nyamuk Aedes

• Nyamuk Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih di badan dan
kaki.

• Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja.

77

• Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar SKOP 6
rumah.

• Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil
masa lebih kurang 1 minggu.


3. Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

a. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah :
• Alas pasu bunga
• Pam tandas
• Kolam hiasan
• Bahan buangan yang menakung air
• Pokok hiasan yang menakung air secara semula jadi

b. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah :
• Di dalam kolah bilik mandi
• Tempat simpanan air terbuka
• Bekas menakung air peti sejuk
• Pasu jambangan bunga
• Alas pasu bunga
• Kolam hiasan

c. Tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah :
• Tayar terpakai / buruk
• Tempurung kelapa
• Botol
• Saluran air hujan
• Tin kosong
• Bekas pembungkus makanan dan minuman (polystrena)
• Di celah kelopak pohon keladi
• Di celah kelopak pokok pisang
• Mangkuk tadahan susu getah

4. Tanda Chikungunya

• Demam panas
• Sakit sendi
• Rasa ngilu pada tulang
• Ruam pada tangan, kaki dan badan
• Pening kepala
• Loya dan muntah

5. Mencari dan Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

• Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan semua
bekas kosong yang boleh menakung air.

78

• Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate ke dalam semua bekas
simpanan air tiga bulan sekali.

• Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur.

• Tukar air jambangan bunga setiap minggu dengan membasuh dan
memberus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

• Buang air dalam alas pasu bunga dan berus hingga bersih setiap minggu.
• Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).

6. Langkah Mencegah Jangkitan Chikungunya

• Tidur menggunakan kelambu.
• Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
• Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
• Gotong-royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk

Aedes.
• Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai

tanda jangkitan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘CHIKUNGUNYA’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Chikungunya mengenai pencegahan
Chikungunya kepada Doktor Muda.

2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk menerangkan semula
kandungan video yang ditayang.

3. Guru menerangkan kembali faedah mencegah Chikungunya.

B. Sumber

• Video Chikungunya

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal jawab

79

UNIT 3 : MENCEGAH DEMAM MALARIA SKOP 6

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek pencegahan dan kawalan
Demam Malaria. Pengetahuan tentang pencegahan Demam Malaria juga
mustahak kepada murid bagi mengelak jangkitan penyakit ini melalui tindakan
yang disarankan.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyatakan penyakit Demam Malaria.
2. Menyatakan cara jangkitan Demam Malaria.
3. Menyatakan tanda Demam Malaria.
4. Mengetahui cara rawatan Demam Malaria.
5. Menyatakan cara mencegah Demam Malaria.

ISI PENTING

1. Apa itu Demam Malaria?
2. Cara Jangkitan.
3. Tanda Demam Malaria.
4. Rawatan Demam Malaria.
5. Kesan Demam Malaria.
6. Langkah Pencegahan Demam Malaria.

KANDUNGAN

1. Apa Itu Demam Malaria?

Malaria adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat
awal. Penyakit ini juga dikenali sebagai Demam Kura atau Demam Ketar.
Ianya disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Plasmodium yang
dibawa oleh nyamuk Tiruk (Anopheles). Nyamuk Tiruk membiak di kawasan air
jernih yang terdedah kepada cahaya matahari seperti sawah, aliran air kaki
bukit, aliran air tepi semak dan paya. Nyamuk Tiruk biasanya menggigit manusia
pada waktu malam.

2. Cara Jangkitan

Nyamuk Tiruk (Anopheles) yang mempunyai parasit Malaria di dalam badannya
apabila menggigit orang yang sihat akan memindahkan parasit tersebut
kepada orang itu.

80

3. Tanda Demam Malaria
• Mengalami demam.
• Rasa sejuk dan menggigil.
• Badan berpeluh dan pesakit seolah-olah merasa sihat.
• Demam boleh berlaku setiap hari, selang sehari atau selang dua hari.
• Merasa lesu, tidak bermaya dan pucat.

4. Rawatan Demam Malaria
Jika seseorang itu disahkan menghidap Demam Malaria, dia akan diberi ubat
Malaria. Ubat ini perlu dihabiskan mengikut arahan doktor. Jika tidak pesakit
tidak akan sembuh sepenuhnya. Pesakit mungkin boleh dijangkiti semula
kerana tidak semua parasit Malaria mati.

5. Kesan Demam Malaria
Parasit Malaria yang memasuki badan manusia akan hidup di dalam sel darah
mereka. Parasit ini akan menyerang sel darah merah dan menjangkiti otak,
buah pinggang, paru-paru serta limpa pesakit. Jika tidak dirawat atau tidak
mendapat rawatan sepenuhnya, pesakit Malaria akan mengalami :
• Kekurangan darah terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu
mengandung.
• Kegagalan fungsi buah pinggang.
• Jangkitan bahagian otak.
• Kematian.

6. Langkah Pencegahan Demam Malaria
Demam Malaria boleh dicegah melalui :
• Tidur di dalam kelambu berubat.
• Menggunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
• Menggunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
• Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai
tanda jangkitan.

81

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 6
AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ’DEMAM MALARIA’
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Demam Malaria mengenai cara
mencegah Demam Malaria.

2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan semula isi
kandungan video yang ditayangkan.

3. Doktor Muda diminta menerangkan kembali kepentingan mencegah
Demam Malaria.

B. Sumber
• Video Demam Malaria
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal jawab

82

UNIT 4 : MENCEGAH PENYAKIT LEPTOSPIROSIS

PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada aspek pencegahan dan kawalan
Leptospirosis. Pengetahuan tentang pencegahan Leptospirosis juga mustahak
kepada murid bagi mengelak jangkitan penyakit ini melalui tindakan yang
disarankan.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Mengetahui penyakit Leptospirosis.
2. Mengetahui cara jangkitan penyakit Leptospirosis.
3. Memahami tanda jangkitan.
4. Menyatakan langkah pencegahan penyakit Leptospirosis.
ISI PENTING
1. Apa itu Penyakit Leptospirosis?
2. Mengenali cara jangkitan Penyakit Leptospirosis.
3. Tanda Penyakit Leptospirosis.
4. Langkah pencegahan Penyakit Leptospirosis.
KANDUNGAN
1. Apa Itu Penyakit Leptospirosis?
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh Bakteria Leptospira. Bakteria ini boleh

terdapat dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti tikus,
kucing, anjing, lembu, kambing, kuda dan babi.
2. Cara Jangkitan Penyakit Leptospirosis
• Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung

dengan air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang
terjangkit.
• Manusia juga boleh dijangkiti sekiranya mengambil makanan / minuman
yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.
• Tempoh inkubasi adalah selama 2 - 30 hari.

83

3. Tanda Penyakit Leptospirosis SKOP 6

• Demam
• Sakit kepala
• Loya dan muntah
• Sakit otot
• Kemerahan pada mata
• Sakit pada abdomen
• Batuk
• Sakit pada betis

4. Langkah Pencegahan

• Menjaga kebersihan persekitaran rumah, tempat perkelahan dan taman
permainan.

• Tutup dan tudung makanan untuk menghindari daripada haiwan.
• Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan,

sebelum makan dan selepas ke tandas.
• Mencuci tangan, kaki, serta anggota badan dengan sabun selepas bekerja di

kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
• Cuci dan balut luka dengan sempurna.
• Jangan bermain air dan lopak air terutama selepas banjir.
• Segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital sekiranya mempunyai tanda

jangkitan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO PENYAKIT ‘LEPTOSPIROSIS’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Leptospirosis mengenai mencegah Penyakit
Leptospirosis.

2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan semula isi kandungan
video yang ditayangkan.

3. Doktor Muda diminta untuk menerangkan kembali kepentingan mencegah
Penyakit Leptospirosis.

B. Sumber

• Video Leptospirosis

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

84

AKTIVITI 2 : TEKA KATA LEPTOSPIROSIS
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru boleh melaksanakan Teka Kata Leptospirosis seperti di lampiran 6.4.
2. Semua Doktor Muda diberi helaian Teka Kata.
3. Guru menerangkan cara permainan kepada Doktor Muda.
4. Tempoh masa selama 20 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk

menyelesaikan Teka Kata Leptospirosis.
5. Guru mengarahkan Doktor Muda bertukar helaian Teka Kata dengan

rakan.
6. Doktor Muda seterusnya diminta memberikan jawapan yang betul dan

meminta rakan memeriksa jawapan rakan yang lain.
7. Bagi setiap jawapan yang diberikan, guru perlu memberi ulasan.
B. Sumber
• Helaian Teka Kata (Lampiran 6.4)
• Pensel
• Pemadam
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Semakan jawapan aktiviti
• Soal jawab

85

SKOP RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS
7 DAN RAWATAN RINGAN

UNIT 1 : PERTOLONGAN CEMAS
UNIT 2 : RAWATAN RINGAN

UNIT 1: PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN SKOP 6

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan kemahiran memberi SKOP 7
pertolongan cemas kepada kes-kes kecemasan sebelum pesakit mendapat
rawatan selanjutnya.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyatakan kepentingan pertolongan cemas.
2. Mengendalikan kotak pertolongan cemas seperti :
• Memastikan semua keperluan mencukupi.
• Mengenalpasti kegunaan setiap bahan yang ada dalam kotak.
• Memastikan pemeriksaan kotak secara berkala.
3. Mengenalpasti kes-kes kecemasan di sekolah.
4. Mempunyai kemahiran asas untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

ISI PENTING

1. Definisi dan kepentingan pertolongan cemas (Basic Life Support).
2. Kandungan dan kegunaan kotak pertolongan cemas.
3. Jenis-jenis kes kecemasan.
4. Kemahiran asas dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

KANDUNGAN

1. Definisi Pertolongan Cemas (Basic Life Support)

Rawatan awal yang diberikan kepada kes-kes kecemasan bagi mengelakkan
komplikasi sebelum kes tersebut dirujuk untuk rawatan selanjutnya.

Kepentingan rawatan pertolongan cemas adalah untuk :
a. Mengurangkan pendarahan.
b. Mengelakkan komplikasi seperti :
• Pengsan
• Jangkitan kuman
• Gangguan pernafasan
• Kematian

8688

2. Kandungan Kotak Pertolongan Cemas

Kandungan Gambar Kegunaan Bila perlu
Set pencuci ditukar
Dressing set luka pakai Pakai Buang
• Tray buang
• Gauze Bila kurang
• Swab Menyekat elastik atau
• Forsep aliran darah kotor
• Sarung tangan

pakai buang
• Beg plastik

(pakai buang)

Tourniquet

Thermometer Memeriksa Pastikan bateri
scan suhu badan sentiasa ditukar

Pita pelekat Pelekat Apabila
Kain anduh pelekat tidak
Roll bandage berfungsi

Penyokong Apabila
kepatahan bertukar warna
tulang

Pembalut luka Apabila
bertukar warna

87

Kandungan Kotak Pertolongan Cemas (sambungan)

Kandungan Gambar Kegunaan Bila perlu
Crepe bandage ditukar
Pembalut luka
elastik Bila kurang
elastik atau
bertukar warna

Splint kayu Penyokong Apabila kayu
kepatahan rosak

Gunting Memotong Tumpul atau
Minyak angin berkarat
Antiseptik
Melegakan Luput Tarikh
kesakitan /
pening

Mencuci luka Luput tarikh

SKOP 7

Flavine Lotion Lotion Luput tarikh
pembasmi
kuman

Krim antiseptik Krim Luput tarikh
pembasmi
kuman

Antiseptic Cream

88

3. Jenis-Jenis Kes Kecemasaan dan Kemahiran Asas dalam Mengendalikan
Kes-Kes Kecemasan.

3.1 KEMAHIRAN TEKNIK MEMULIHKAN PERNAFASAN DAN JANTUNG
(CARDIO PULMONARY RESUSCITATION - CPR)

Satu teknik untuk memulihkan pernafasan dan fungsi jantung.

Kepentingan mempelajari CPR

• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian
rawatan pemulihan pernafasan dan jantung yang betul.

• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.
• Memberi bantuan awal sebelum ketibaan paramedik.
• Mengelakkan komplikasi dan kematian akibat respon lambat.

Teknik Pengendalian CPR yang betul

• DRCAB

Teknik Ilustrasi Teknik Penerangan
Pengendalian

Danger PERIKSA KAWASAN Kenal pasti mangsa dan diri
(Bahaya) ALIHKAN BAHAYA / anda berada dalam keadaan
KAWASAN selamat untuk memberi
bantuan.

Response Tentukan mangsa sedar
(Tindak balas atau tidak dengan menepuk
Mangsa) bahunya.

Tanya Encik / Cik kenapa?
Beberapa kali dengan suara
yang lantang.

Sekiranya tiada tindak balas
daripada mangsa, minta
bantuan untuk memanggil
pasukan bantuan.

Kenal pasti sama ada mangsa
dalam keadaan lemas atau
pengsan.

89

Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan)

Teknik Ilustrasi Teknik Penerangan
Pengendalian

Circulation Letakkan 2 jari ke kotak suara di
(Pemeriksaan bawah dagu mangsa tarik 2 cm
nadi) ke kanan atau kiri.

Rasa nadi selama 5 saat.
Sekiranya tiada nadi mulakan
tekanan pada bahagian dada.

Chest Letakkan dua jari di sempadan
Compression bawah tulang rusuk .

Ikut sempadan tulang rusuk SKOP 7
hingga ke tulang dada (sternum
notch).

Letakkan tumit tapak tangan
yang satu lagi ke bahagian
dada kemudian letakkan tapak
tangan yang kedua ke atas
tangan yang pertama tadi.

Tekan terus ke bawah dengan
mempastikan kedua-dua siku
lurus dan kedua bahu selari
dengan tangan anda.

Gunakan tekanan dari bahu ke
bawah. Jangan tekan tulang
rusuk mangsa.

Tekan sebanyak 30 kali dengan
kedalaman 1 ½ - 2 inci (pada
kadar 80 -100 kali seminit).

90

Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan)

Teknik Ilustrasi Teknik Penerangan
Pengendalian

30 tekanan dada dan 2
hembusan merupakan 1
pusingan.

Bila selesai 5 pusingan(kira-kira 2
minit) periksa nadi karotid sekali
lagi.

Sekiranya ada nadi, periksa
pernafasan (Look, Listen,
Feel) jika tida pernafasan beri
hembusan pernafasan setiap 5
saat.

Airway (Saluran Kemudian tentukan sama ada
pernafasan) mangsa bernafas atau tidak
dengan :
Breathing • Lihat pergerakan dada (Look)
(Bernafas) • Dengar bunyi pernafasan

(Listen)
• Rasa hembusan pernafasan

(Feel)

Sekiranya mangsa didapati
tidak bernafas beri bantuan
pernafasan sebanyak dua kali
dengan cara berikut :

Picit hidung mangsa dengan
ibu jari telunjuk sambil
mendongakkan kepala.

Buka mulut, tarik nafas panjang
dan lekapkan mulut anda ke
mulut mangsa.
Hembuskan 2 kali pernafasan
(1½ - 2 saat ).

91

Teknik Pengendalian CPR yang betul (sambungan)

Teknik Ilustrasi Teknik Penerangan
Pengendalian

Circulation Letakkan 2 jari ke kotak suara di
(Pemeriksaan bawah dagu mangsa tarik 2 cm
nadi) ke kanan atau kiri.

Rasa nadi selama 5 saat.
Sekiranya tiada nadi mulakan
tekanan pada bahagian dada.

Jika tiada nadi dan pernafasan
ulangi semula sebanyak 5
pusingan berikutnya.

Posisi pemulihan Jika mangsa boleh bernafas
letakkan pada posisi pemulihan
(recovery position).

SKOP 7

Jangka masa • Mangsa pulih iaitu ada nadi
melakukan CPR dan pernafasan.

• Anda penat dan tidak
berdaya lagi melakukannya
dengan sempurna.

• Tempat anda diambil oleh
orang yang ada kemahiran
CPR.

• Bantuan perubatan yang
sempurna tiba.

92

3.2 TERCEKIK

Satu teknik untuk memberi rawatan awal akibat tercekik apabila saluran
pernafasan disekat oleh bendasing.

Kepentingan mempelajari rawatan tercekik
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian

apabila tercekik.
• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes tercekik.
• Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke klinik atau

hospital.

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Rawatan tercekik
Minta bantuan
kecemasan.

Pastikan mangsa
berada di tempat
yang selamat
sebelum memberi
bantuan kecemasan.

Cuba berinteraksi
dengan mangsa,
apa yang telah
berlaku atau kenal
pasti tanda-tanda
tercekik.

Mangsa selalunya
tidak boleh
bercakap, batuk
atau bernafas.
Jangan ganggu
jika mangsa cuba
untuk mengeluarkan
bahan dari dalam
mulut.

93

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Rawatan tercekik
Berdiri di belakang
mangsa.

Peluk mangsa
dengan erat.

Genggam tangan SKOP 7
dengan tangan
kanan dan letakkan
tangan tersebut di
atas perut mangsa.

Lapik tangan kiri di
bawah genggaman
tangan kanan. Tolak
ke dalam dan ke
atas dengan kuat.

Ulang tolakkan
tersebut sehingga
mangsa boleh
bernafas semula.

94

3.3 KEPATAHAN

Satu teknik untuk memberi rawatan awal akibat kecederaan yang menyebabkan
kepatahan jari.

Kepentingan mempelajari rawatan patah jari
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan

patah jari.
• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes patah jari.
• Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.

Tanda-tanda patah
• Sakit
• Hilang fungsi
• Kecacatan
• Bengkak

PENGENDALIAN RAWATAN KEPATAHAN JARI

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Kepatahan jari
• Tenangkan murid.
Maklumkan kepada
guru.

• Bawa murid ke tempat
yang selamat.

• Kenal pasti jari dan
bahagian jari yang
patah.

• Hentikan pendarahan
sekiranya berlaku
pendarahan di tempat
yang patah.

• Gunakan kayu splint
di bahagian jari yang
patah.

95

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Kepatahan jari
• Pakaikan anduh di
bahagian lengan jari
yang patah bagi tujuan
sokongan.

• Maklumkan kepada
guru untuk rujuk ke klinik.

3.4 PENDARAHAN HIDUNG

Hidung berdarah (Epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di
rongga hidung pecah.

Kepentingan mempelajari rawatan pendarahan hidung
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan

pendarahan hidung.
• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes pendarahan hidung.
• Membantu memberi rawatan awal.

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan SKOP 7
Pendarahan Hidung
• Tenangkan murid.
Maklumkan kepada
guru.

• Dudukkan mangsa
dengan kepala tunduk
ke bawah.

• Picit bahagian batang
hidung dan suruh
mangsa bernafas dari
mulut.

• Tuamkan kening
mangsa dengan ais.

• Maklumkan kepada
guru untuk rujuk ke klinik
sekiranya pendarahan
tidak berhenti.

96

3.5 ASMA / LELAH

Satu teknik untuk memberi rawatan awal serangan asma akibat ada sejarah
penyakit asma, perubahan cuaca dan alahan terhadap debu dan habuk.

Kepentingan mempelajari rawatan serangan asma
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan

serangan asma.
• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes serangan asma.
• Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Serangan asma
• Maklumkan kepada
guru.

• Tenangkan pesakit dan
bantu pesakit duduk.

• Letakkan pesakit pada
kedudukan selesa
dengan tubuhnya ke
depan sedikit.

• Benarkan pesakit
mendapatkan ubat
sekiranya ada.

• Rujuk ke Klinik / Hospital
berdekatan.

97

3.6 PENGSAN

Satu teknik merawat pening dan pengsan akibat tidak mengambil sarapan pagi,
demam, cuaca yang terlalu panas dan ruang yang sesak. Seseorang itu boleh
pengsan apabila darah tidak sampai kebahagian otak secukupnya.

Kepentingan mempelajari rawatan pening dan pengsan
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian rawatan

pening dan pengsan.
• Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes pendarahan hidung.
• Membantu memberi rawatan awal.

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan SKOP 7
Merasa hendak
pengsan • Maklumkan kepada guru.
• Duduk dengan kepala
Pengsan
diletakkan di antara dua
lututnya.
• Boleh meneguk sedikit air
supaya cepat pulih.

• Baringkan mangsa dengan
cermat.

• Jika muka kelihatan pucat,
tinggikan kakinya supaya
darah di anggota bawah
dapat turun ke jantung dan
seterusnya ke bahagian
kepala.

• Longgarkan pakaian
seperti stoking, tudung, tali
leher, butang di kolar atau
baju kurung, tali pinggang.

• Pastikan udara bersih tidak
terhalang.

• Jika pesakit tidak bernafas
bantuan pernafasan perlu
diberikan terlebih dahulu.

• Rujuk ke Klinik / Hospital
berdekatan.

98


Click to View FlipBook Version