The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasaat08, 2021-06-12 04:20:30

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

UNIT 2 : AMALAN 5B

PENGENALAN
Unit ini membolehkan Doktor Muda memahami amalan 5B dan kepentingannya.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menyatakan amalan 5B.
2. Menerangkan kepentingan amalan 5B.
ISI PENTING
1. Apakah itu amalan 5B?
2. Apakah kepentingan amalan 5B?
KANDUNGAN
1. Amalan 5B

a) Pesakit yang Betul
b) Ubat yang Betul
c) Dos yang Betul
d) Cara pengambilan yang Betul
e) Masa yang Betul
2. Kepentingan Amalan 5B
a) Pesakit yang Betul

• Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul seperti yang dinyatakan pada
sampul ubat.

• Ubat tidak boleh dikongsi.
Walaupun mempunyai penyakit yang sama, keperluan ubat adalah berbeza

bagi setiap pesakit.
b) Ubat yang Betul

• Pastikan ubat yang diambil adalah betul seperti yang disarankan oleh ahli
farmasi atau doktor.

• Pengambilan ubat yang salah akan membahayakan kesihatan.

149

c) Dos yang Betul SKOP 11
• Pastikan dos ubat yang diambil adalah betul.
• Gandaan dos tanpa nasihat ahlifarmasiataudoktorakan membahayakan
kesihatan manakala pengurangan dos akan mengurangkan kesan ubat.

d) Cara pengambilan yang Betul
• Pastikan ubat diambil dengan cara yang betul seperti disarankan.
• Cara pengambilan ubat yang salah bukan sahaja mengurangkan kesan
ubat tetapi akan menyebabkan kesan sampingan yang serius.
• Contohnya, ubat minum tidak boleh disapu, ubat sapu tidak boleh
diminum, supositori tidak boleh dimakan, ubat titis telinga tidak boleh
digunakan pada mata, dan sebagainya.

e) Masa yang Betul
• Pastikan ubat diambil mengikut masa yang disarankan.
• Pengambilan ubat pada masa yang tidak tepat akan mengganggu
kesan ubat terhadap kesihatan.

150

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : YANG MANA SATU?
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan konsep 5B serta maklumat yang perlu ada pada label

ubat.
2. Sebelum memulakan permainan, guru akan meletakkan label ubat-ubatan

ke dalam kotak label ubat secara rawak seperti Lampiran 11.2.
3. Guru membahagikan Doktor Muda kepada tiga kumpulan.
Setiap kumpulan perlu beratur 5 meter dari kotak label ubat.
4. Setiap kumpulan akan diberikan satu set kad ubat-ubatan. Setiap ahli

kumpulan akan menerima satu kad.
5. Setiap ahli kumpulan perlu mencari label ubat-ubatan dalam kotak label

ubat yang sepadan dengan kad ubat yang diterima secara bergilir-gilir
sehingga semua label ubat dalam kotak tersebut habis dipadankan.
6. Kumpulan yang berjaya memadankan kad dengan label ubat yang betul
dan terpantas akan dikira sebagai pemenang.

* Peraturan utama :
- Setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang Doktor Muda.
B. Sumber
1. Kad ubat-ubatan
2. Label ubat-ubatan
3. Kotak label ubat
4. DVD Label Ubat
C. Masa
• 30 minit

151

AKTIVITI 2 : TEKA LABEL UBAT SKOP 11
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan memilih ahli Doktor Muda secara bergilir-gilir untuk bermain
permainan Teka Label Ubat.

2. Doktor Muda diminta untuk memadankan label ubat yang diberikan
dalam masa 2 minit.

3. Doktor Muda yang mencatat markah tertinggi dikira sebagai
pemenang.

4. Doktor Muda seterusnya akan menerangkan kepentingan membaca
label ubat.

B. Sumber
• DVD Permainan Interaktif - Teka Label Ubat
C. Masa
• 10 Minit
D. Penilaian
• Markah Tertinggi
• Soal Jawab

152

UNIT 3 : CARA PENYIMPANAN UBAT

PENGENALAN
Cara penyimpanan ubat yang betul adalah penting dalam mengekalkan kesan
ubat dan mengelakkan ubat tersebut rosak dengan cepat.Melalui unit ini, Doktor
Muda mempunyai idea asas tentang cara-cara penyimpanan ubat yang betul.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Mengetahui cara penyimpanan ubat yang betul
ISI PENTING
1. Cara penyimpanan ubat
KANDUNGAN
1. Cara Penyimpanan Ubat Adalah Penting Bagi Memastikan Keberkesanan Ubat

dan Mengelakkan Kesan Mudarat Ubat.
2. Cara Penyimpanan Ubat yang Betul :

a. Lindungi ubat daripada cahaya matahari atau haba.
b. Asingkan ubat makan daripada ubat untuk kegunaan luar.
c. Jauhkan ubat daripada kanak-kanak.
d. Jangan simpan sebarang ubat dalam peti sejuk kecuali dinasihatkan

berbuat demikian. Contoh ubat yang perlu disimpan dalam peti sejuk adalah
sirap antibiotik, suntikan insulin dan supositori.
e. Jangan simpan ubat di dalam bilik mandi kerana kelembapan boleh
merosakkan ubat.
f. Jangan simpan ubat di dalam kenderaan kerana suhu yang tinggi boleh
merosakkan ubat.
g. Ubat titis mata tidak boleh digunakan selepas 2 minggu penutup botol
dibuka.
h. Ubat yang luput, rosak (berubah warna atau bertukar rupa) dan hilang label
perlu diasingkan dan dihantar ke farmasi di hospital dan klinik kerajaan.

153

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 11
AKTIVITI 1: AMBIL DAN SIMPAN
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menerangkan kepentingan penyimpanan ubat yang betul.
2. Sebelum memulakan permainan, guru akan menampal poster ‘Rumahku

Selamat’ di dinding.
3. Guru membahagikan Doktor Muda kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan

perlu beratur 5 meter dari poster Rumahku Selamat’.
4. Setiap kumpulan akan diberikan satu set kad yang telah dicampur secara

rawak. Set tersebut mempunyai 7 gambar ubat yang berbeza dan terdapat
3 keping kad bagi setiap gambar.
5. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melekatkan kad gambar ubat ke lokasi
penyimpanan yang sesuai pada poster ‘Rumahku Selamat’ secara bergilir-
gilir sehingga semua kad dilekatkan.
6. Kumpulan yang berjaya melekatkan kad dengan betul dan terpantas akan
dikira sebagai pemenang.
7. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan cara menyimpan
ubat secara betul.
* Peraturan utama :
- Setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang Doktor Muda.
B. Sumber
• DVD Penyimpanan Ubat
• Kad gambar ubat
• Poster ‘Rumahku Selamat’
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal jawab

154

AKTIVITI 2: KEEP ME SAFE

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan memilih ahli Doktor Muda secara bergilir-gilir untuk bermain
permainan Simpan Ubat Dengan Betul.

2. Doktor Muda diminta untuk memadankan ubat dengan tempat simpanan
yang betul.

3. Doktor Muda yang menyelesaikan permainan dengan cepat dikira sebagai
pemenang.

4. Guru seterusnya memilih beberapa Doktor Muda untuk menerangkan
kepentingan penyimpanan ubat secara betul.

B. Sumber

• DVD Permainan Interaktif - Simpan Ubat Dengan Betul

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Markah Tertinggi
• Soal Jawab

AKTIVITI 3: TEKA KATA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan satu set kertas teka kata yang berkaitan Lampiran

11.3.
3. Kumpulan pertama melengkapkan teka kata dengan betul akan dikira

sebagai pemenang dalam pertandingan ini.
4. Guru menjelaskan mesej yang ingin disampaikan dalam aktiviti ini.
5. Doktor Muda menjelaskan apa yang dipelajari dalam Teka Kata ini.

B. Sumber

• Lembaran teka-kata (Lampiran 11.3).

C. Masa

• 20 Minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

155

SKOP NILAI-NILAI MURNI
12

UNIT 1 : MEMBERI HARAPAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
UNIT 2 : PENDERMA ORGAN
UNIT 3 : MENGHORMATI WARGA EMAS

UNIT 1 : MEMBERI HARAPAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

PENGENALAN

Unit ini akan mendedahkan Doktor Muda berkenaan Pendermaan dan Pemindahan
Organ dan Tisu.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan apakah itu pendermaan organ.
2. Membezakan antara pendermaan organ dan pemindahan organ.
3. Menerangkan jenis-jenis organ dan tisu yang boleh didermakan selepas kematian.
4. Kepentingan pendermaan organ.

ISI PENTING

1. Definisi pendermaan organ.
2. Definisi pemindahan organ.
3. Jenis-jenis organ dan tisu yang boleh didermakan selepas kematian.
4. Kepentingan pendermaan organ.

KANDUNGAN

1. Definisi Pendermaan Organ

Pendermaan organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan
seseorang selepas kematian untuk tujuan transplan (pemindahan organ).

2. Definisi Pemindahan Organ

Pemindahan Organ merupakan kaedah rawatan terbaik bagi menggantikan organ
dan tisu pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ dan tisu bagi tujuan
menyelamatkan nyawa pesakit.

3. Jenis-jenis Organ dan Tisu yang Boleh Didermakan Selepas Kematian

Di Malaysia, organ dan tisu yang boleh didermakan selepas kematian ialah :

Organ Tisu
Jantung Injap Jantung
Paru-paru Kornea
Hati Tulang
Buah Pinggang (Ginjal) Kulit

156 SKOP 12

4. Kepentingan Pendermaan Organ

Dengan adanya pendermaan organ selepas kematian, ianya boleh membantu
memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan (pesakit kegagalan
organ).

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TEKA SILANG KATA PENDERMAAN ORGAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Teka Silang Kata Pendermaan Organ,
seperti di Lampiran 12.1, kepada Doktor Muda.

2. Masa selama 15 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menjawab.
3. Doktor Muda tidak dibenarkan berbincang atau merujuk nota.
4. Jawapan hendaklah diberi dengan mengisi petak kosong dalam teka silang

kata tersebut.
5. Setelah tamat masa yang ditetapkan, guru mengarahkan Doktor Muda bertukar-

tukar jawapan sesama mereka.

B. Sumber

• Lembaran Kerja Teka Silang Kata Pendermaan Organ (Lampiran 12.1)

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : TAYANGAN VIDEO DOKUMENTARI ORGAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda dikumpulkan dalam satu kumpulan di dalam kelas.
2. Guru menayangkan Video Dokumentari Pendermaan Organ kepada Doktor

Muda.
3. Guru akan membuat sesi soal jawab kepada Doktor Muda.

B. Sumber

• DVD Video Pendermaan Organ

C. Masa

• 20 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

157

UNIT 2 : PENDERMA ORGAN SKOP 12

PENGENALAN

Unit ini menerangkan perbezaan antara pengikrar dan penderma organ.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Membezakan antara pengikrar dan penderma organ.
2. Menerangkan siapa yang boleh menderma organ dan tisu.
3. Menerangkan siapa yang boleh menderma tisu sahaja.
4. Siapa yang boleh mendaftar.

ISI PENTING

1. Mengenali pengikrar dan penderma organ.
2. Penderma yang boleh menderma organ dan tisu.
3. Penderma yang boleh menderma tisu sahaja.

KANDUNGAN

1. Mengenali Pengikrar dan Penderma Organ

a. Pengikrar
• Pengikrar penderma organ merupakan individu yang telah mendaftar
sewaktu hidup dan berhasrat untuk mendermakan organ dan tisu
mereka selepas kematian.
• Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai penderma organ. Walau
bagaimanapun individu yang berusia 18 tahun ke bawah perlu
mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
• Semua pengikrar penderma organ perlu memaklumkan hasrat kepada
ahli keluarga.

b. Penderma Organ
• Penderma organ merupakan individu yang mendermakan organ dan
tisu selepas meninggal dunia setelah mendapat persetujuan keluarga
atau penjaga.

2. Menerangkan Siapa yang Boleh Menderma Organ dan Tisu

Seseorang yang telah disahkan mati otak boleh mendermakan organ dan
tisu. Mati otak pada hakikatnya telah meninggal dunia.

a. Mati Otak
• Mati otak ialah suatu keadaan di mana tiada peredaran darah dan
oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak mati (termasuk
batang otak yang mengawal pernafasan dan denyutan jantung).

158

b. Punca Mati Otak
• Kecederaan otak yang menyebabkan otak bengkak atau pendarahan
dalam kepala yang teruk :
i. Pendarahan otak yang teruk terjadi kerana salur darah ke otak terputus
akibat tekanan darah tinggi atau saluran darah yang tidak normal.
ii. Otak bengkak yang teruk kerana jangkitan kuman atau virus
(encephalitis) ataupun ketumbuhan seperti barah otak.
iii. Strok (angin ahmar) yang teruk melibatkan seluruh otak kerana saluran
darah tersekat oleh darah beku.
iv. Otak yang tidak mendapat bekalan oksigen seperti selepas serangan
asma yang teruk, tercekik dan lemas.

3. Penderma yang Boleh Menderma Tisu Sahaja
Mereka yang meninggal dunia (Jantung Berhenti Berdegup) hanya boleh

mendermakan tisu sahaja.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : TEKA KATA ORGAN
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Teka Kata Organ seperti di Lampiran
12.2.

2. Masa selama 10 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menjawab.
3. Doktor Muda dibenarkan berbincang tetapi tidak dibenarkan merujuk nota.
4. Setelah tamat masa yang ditetapkan guru mengarahkan Doktor Muda

bertukar-tukar kertas jawapan sesama mereka.
B. Sumber
• Lembaran Kerja Teka Kata Organ (Lampiran 12.2)

C. Masa
• 20 Minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

159

AKTIVITI 2 : XPDC- Sihat SKOP 12
A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan empat
(4) orang bagi setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan bahan permainan ‘XPDC - Sihat’.
3. Doktor Muda akan bermain permainan tersebut dalam kumpulan masing-

masing mengikut panduan berikut :
a. Seramai empat orang pemain diperlukan untuk permainan ini.
b. Setiap peserta perlu membaling dadu untuk menentukan giliran masing-

masing. Peserta yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai peserta
pertama.
c. Peserta pertama akan memulakan permainan dengan membuat
balingan dadu. Sekiranya peserta mendapat enam mata pada
balingannya, peserta perlu membuat balingan sekali lagi. Begitulah
seterusnya.
d. Tangga menunjukkan peserta akan naik manakala ular menunjukkan
peserta akan turun.
e. Peserta juga perlu mengikuti arahan yang terdapat dalam petak sama
ada ‘undur’ atau ‘maju’ ke petak yang diarahkan.
f. Peserta pertama yang sampai ke petak 100 dikira sebagai pemenang.
4. Setelah permainan tamat, Doktor Muda akan memberikan ulasan
mengenai mesej kesihatan yang terdapat dalam permainan XPDC - Sihat
tersebut.
B. Sumber
• Permainan XPDC-Sihat
C. Masa
• 30 minit
E. Penilaian
• Soal Jawab

160

UNIT 3 : MENGHORMATI WARGA EMAS

PENGENALAN

Unit ini bertujuan memupuk nilai murni dalam kalangan ahli Doktor Muda terhadap
warga emas melalui amalan dan tingkah laku yang baik.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran mengenai kepentingan menghormati dan menghargai
warga emas.

2. Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah yang dihadapi oleh
warga emas.

3. Mengenal pasti bentuk bantuan yang dapat diberikan kepada warga emas.

ISI PENTING

1. Definisi warga emas.
2. Kepentingan menghormati dan menghargai warga emas.

• Kepentingan.
• Amalan menghormati warga emas.
3. Masalah yang sering dihadapi warga emas.
• Fizikal - sukar bergerak, menghidap pelbagai jenis penyakit.
• Mental - sering lupa, murung, Dementia, Alzheimer.
• Sosial - sunyi, tiada kawan, pergaulan dengan masyarakat terbatas, anak-

anak tidak mengambil berat.
• Ekonomi.
4. Bantuan yang dapat diberi / dihulurkan.

KANDUNGAN

1. Definisi Warga Emas :

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Ianya
berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly Of Ageing 1982”
di Vienna.

2. Kepentingan Menghormati dan Menghargai Warga Emas

• Kepentingan menghormati warga emas.
o Penuaan adalah proses semula jadi, setiap orang akan melalui proses ini.
o Kebanyakan warga emas ini telah banyak menyumbang kepada

kehidupan kita.
- Mewujudkan peluang yang ada sekarang
- Bersama untuk berkongsi kebahagiaan dan kesusahan kita
- Merupakan sumber pengalaman dan pengetahuan
o Untuk dihormati, kita perlu menghormati orang lain.

161

• Amalan menghormati warga emas SKOP 12

o Menghormati mereka yang lebih tua: Memberi salam atau menyapa
dengan sopan apabila bertemu dengan warga emas.

o Ringan Tulang : Membantu warga emas apabila diperlukan. Contoh :
menyeberang jalan, mengangkat barang.

o Berhemah Tinggi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia seperti
berinteraksi dengan warga emas.

o Kasih Sayang : Mengasihi dan menyayangi warga emas dengan
perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada
hati yang ikhlas.

o Baik Hati : Peka terhadap perasaan dan kebajikan warga emas
dengan memberi bantuan dan sokongan moral.

o Berterima Kasih : Menyatakan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap jasa, sumbangan, pemberian dan pengorbanan warga
emas kepada kita.

o Toleransi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
dengan warga emas.

3. Masalah yang Sering Dihadapi oleh Warga Emas

• Masalah fizikal
o Pergerakan sukar.
o Tidak mampu bergerak.
o Berpenyakit kronik.

• Masalah mental
o Murung.
o Berpenyakit seperti Alzheimer dan Dementia.
o Emosi yang tidak terkawal.
o Tidak berselera makan.

• Masalah sosial
o Kesunyian sebab tiada kawan, tidak dapat keluar untuk berjumpa
orang lain, anak tidak memberi perhatian.
o Susah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
o Susah berinteraksi dengan orang dari generasi yang lain.

• Masalah Ekonomi
o Tiada punca pendapatan.
o Hidup dalam kemiskinan.
o Bergantung pada anak-anak untuk hidup.

4. Bantuan yang Dapat Dihulurkan / Diberi Kepada Warga Emas

• Bercakap dengan mereka, dengar cerita mereka dan beri perhatian.
• Selalu melawat mereka.

• Hulurkan bantuan seperti bantu mendapatkan ubat, bantu memberi
makan ubat dan bantu untuk makan.

162

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
A. Cara Pelaksanaan
1. Guru menganjurkan lawatan ke Rumah Penjagaan Warga Emas.
B. Sumber
• Kenderaan
C. Masa
• 3 jam
D. Penilaian
• Perbincangan dan Soal Jawab

AKTIVITI 2 : MAIN PERANAN
A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda dikumpulkan dalam satu kumpulan di dalam kelas.
2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk aktiviti main peranan.
3. Guru membacakan senario main peranan.
4. Doktor Muda yang dipilih untuk melakonkan semula senario yang diberikan

sebagaimana Lampiran 12.3.
5. Guru akan membuat sesi perbincangan dan soal jawab kepada semua

Doktor Muda.
6. Doktor Muda diminta memberikan ulasan dan pandangan hasil daripada

aktiviti main peranan.
B. Sumber
• Cerita Doktor Muda Ali, Lampiran 12.3
C. Masa
• 15 Minit
D. Penilaian
• Perbincangan dan soal jawab

163

BAHLAAN MPEMP BI RELAAJNARAN

DOKTOR MUDA

164

SENARAI LAMPIRAN

Skop/Unit Lampiran Tajuk
Skop 1, Unit 3 Lampiran 1.3 Borang Penilaian Pengucapan Awam
Skop 2, Unit 2 Lampiran 2.2 Senarai Semak Kebersihan Diri
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1 Senarai Semak XPLO - School
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(A) Teka Silang Kata Persekitaran (1)
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(B) Teka Silang Kata Persekitaran (2)
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(C) Teka Kata Persekitaran 1
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(D) Teka Kata Persekitaran 2
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(E) Teka Kata Persekitaran 3
Skop 3, Unit 1 Lampiran 3.1(F) Senarai Semak Kebersihan Kantin Sekolah ‘Ops Kantin’
Skop 3, Unit 2 Lampiran 3.2 Senarai Semak Kebersihan Tandas ‘Ops Bersih dan Wangi’
Skop 5, Unit 1 Lampiran 5.1 Penanda Buku ‘Cermin Diri’
Skop 5, Unit 1 Lampiran 5.1(A) Bulatan Diri
Skop 5, Unit 2 Lampiran 5.2 Facebook
Skop 5, Unit 2 Lampiran 5.2(A) Skrip Lakonan Prinsip Persahabatan
Skop 5, Unit 2 Lampiran 5.2(B) Skrip Latihan Komunikasi Tidak Berkesan
Skop 5, Unit 2 Lampiran 5.2(C) Panduan Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan
Skop 5, Unit 4 Lampiran 5.4(A) Lembaran Kerja Tajuk : ‘Wajah Saya’
Skop 5, Unit 4 Lampiran 5.4(B) Panduan Mengenali Perasaan dan Berfikiran Positif
Skop 5, Unit 4 Lampiran 5.4(C) Suka-suka
Skop 5, Unit 5 Lampiran 5.5(A) Lembaran Kerja Tajuk : Adakah Anda Stres?
Skop 5, Unit 5 Lampiran 5.5(B) Lembaran Kerja Tajuk : Tanda Utama Stres
Skop 5, Unit 5 Lampiran 5.5(C) Lembaran Kerja Tajuk : Penawar Stres
Skop 5, Unit 5 Lampiran 5.5(D) Lembaran Kerja Tajuk : Penawar Utama Stres Anda
Skop 5, Unit 5 Lampiran 5.5(E) Lembaran Kerja Tajuk : Api dan Air
Skop 6, Unit 1 Lampiran 6.1(A) Lembaran Kerja Tajuk : “Ops! Cari”
Skop 6, Unit 1 Lampiran 6.1(B) Teka Kata Denggi (1)
Skop 6, Unit 1 Lampiran 6.1(C) Teka Kata Denggi (2)
Skop 6, Unit 1 Lampiran 6.1(D) Teka Kata Denggi (3)
Skop 6, Unit 4 Lampiran 6.4 Teka Kata Penyakit Leptospirosis
Skop 7, Unit 1 Lampiran 7.1 Kotak Pertolongan Cemas
Skop 7, Unit 1 Lampiran 7.1(A) Aktiviti Teknik Pengendalian CPR
Skop 7, Unit 1 Lampiran 7.1(B) Aktiviti Teknik Rawatan Tercekik
Skop 7, Unit 1 Lampiran 7.1(C) Senario “Patah Jari”
Skop 7, Unit 1 Lampiran 7.1(D) Kad Peranan

SENARAI LAMPIRAN

Skop/Unit Lampiran Tajuk
Skop 8, Unit 2 Lampiran 8.1 Cadangan Sarapan Yang Sesuai
Skop 8, Unit 2 Lampiran 8.2 Permainan Sampul Ajaib
Skop 8, Unit 2 Lampiran 8.2(A) Diari Sarapan Saya
Skop 8, Unit 3 Lampiran 8.3 Di Mana Saya?
Skop 9, Unit 1 Lampiran 9.1 Panduan Melakukan Regangan
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(A) ‘Katakan Tak Nak Merokok!’
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(B) Merokok Adalah Amalan Yang Mesti Dielakkan
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(C) Merokok......Renungkan
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(D) Teka Silang Kata Tak Nak Merokok
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(E) Senario ‘Merokok Membawa Padah Yang Buruk’
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(F) Kad Peranan
Skop 9, Unit 3 Lampiran 9.3(G) Tubuh Seorang Perokok
Skop 11, Unit 2 Lampiran 11.2 Senarai Label Ubat-ubatan
Skop 11, Unit 3 Lampiran 11.3 Teka Kata Penyimpanan Ubat
Skop 12, Unit 1 Lampiran 12.1 Teka Silang Kata Pendermaan Organ
Skop 12, Unit 2 Lampiran 12.2 Teka Kata Organ
Skop 12, Unit 3 Lampiran 12.3 Senario 1: Cerita Doktor Muda Ali

BORANG PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM LAMPIRAN 1.3
(Untuk Diisi Oleh Guru)

BIL NAMA ISI BAHASA KELANCARAN GAYA INTONASI SUSUNAN JUMLAH ULASAN

DOKTOR MUDA / CERAMAH MARKAH

KUMPULAN 20 20 15 15 15 15 100

1

2

3

4

5

6

TANDATANGAN PENILAI:

…………………………………… )
(

Guru Penasihat

BORANG PENILAIAN PENGUCAPAN AWAM LAMPIRAN 1.3
(untuk DIisi Oleh Doktor Muda)

TAJUK 1: DOKTOR MUDA

BIL NAMA KUMPULAN ISI BAHASA KELANCARAN GAYA INTONASI SUSUNAN JUMLAH
3 5 CERAMAH 30
1 10 3 5
2 4
3
4
5
6

TANDATANGAN PENILAI:

…………………………………… )
(

Doktor Muda

BIL KUMPULAN BORANG KOMEN PENGUCAPAN AWAM LAMPIRAN 1.3
1 ULASAN

2

3

4

5
Disediakan oleh:

…………………………………
()

LAMPIRAN 2.2

SENARAI SEMAK KEBERSIHAN DIRI

Rambut Tidak
Berkutu
Berkutu

Tudung

Baju

Seluar / Kain
Sarung Kaki

Kasut

Gigi Kotor Kuku Pendek
Kotor
Bersih Panjang

Bersih

LAMPIRAN 3.1

Nama Kumpulan :

Tarikh Pemeriksaan :

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika pemeriksaan. Sila bulatkan
jawapan yang berkenaan.

1 BILIK DARJAH Kemas Tidak Kemas
Papan Kenyataan Bersih Kotor
Siling Bersih Kotor
Lantai Bersih Kotor
Kipas Baik Rosak
Meja Guru Baik Rosak
Kerusi Guru Baik Rosak
Meja Murid Baik Rosak
Kerusi Murid Bersih Kotor
Cermin Tingkap Bersih Kotor
Langsir Bersih Kotor
Papan Hitam Ada Tiada
Penyapu Ada Tiada
Bakul Sampah

2 LUAR BILIK DARJAH Kering Air Bertakung
Longkang Tidak Berbau Berbau Busuk

Lantai Koridor Bersih Berlumut
Tiada Sampah Ada Sampah
Tiada Tumbuhan Ada Tumbuhan

Bersih Kotor

3 PERSEKITARAN Tiada Sampah Ada Sampah
Padang / Taman Ada Tong Sampah
Tiada Tong Sampah
Tiada Lalat Ada Lalat

Tiada Tikus Ada Tikus
Tiada Lipas Ada Lipas
Rumput Pendek
Tidak Berbau Rumput Panjang
Tiada Air Bertakung Berbau Busuk
Air Bertakung

LAMPIRAN 3.1 (A)

2K

1G T R 6O Teka Silang kata
Persekitaran 1
4S

3S J N

8D

5T N 9T M
7S L G U

B 10 H

MELINTANG

1. Aktiviti membersihkan persekitaran.
3. Sentiasa menutup makanan dengan tudung ___________.
5. Pencemaran pada makanan boleh menyebabkan penyakit ini.
7. Membasuh tangan menggunakan __________ selepas ke tandas.
10. Pokok-pokok ditanam bagi mewujudkan suasana ___________.
9. Salah satu pelupusan sampah yang sesuai

MENEGAK

2. Program ______________ salah satu aktiviti dalam menjaga kebersihan
persekitaran.
4. Persekitaran Bersih Rakyat _____________.
6. Pencemaran udara menipiskan lapisan _______________.
8. Penyakit disebabkan nyamuk Aedes.

LAMPIRAN 3.1 (B)

8

B

5 10 S M 6
S
KT L
L
TPeekrsaeSkiiltaanrgakna2ta
GH T

2 4

P U

3 S

A

N 7 Y R

T

PR

9 DS

T

HK

1 RK

T

MELINTANG

1. Demam Malaria disebabkan oleh nyamuk____________ .
3. Demam Denggi berjangkit melalui gigitan nyamuk ____________ .
5. Lakukan __________________ untuk mengurangkan pencemaran.
7. Tempat pembiakan nyamuk Aedes.
9. Tempat membuang najis secara selamat.

MENEGAK

2. Kebersihan persekitaran penting untuk mencegah _______________ .
4. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan pencemaran ______________ .
6. Tandas penting untuk mencegah pembiakan / gangguan _____________ .
8. Pastikan tandas sentiasa _____________ .
10. Buang sampah ke dalam ________________ .

LAMPIRAN 3.1 (C)

TEKA KATA PERSEKITARAN 1

T I N K O S O N G GN S OK
OO GI S C I S I C T T I J

U R NK T T I R U K K K UM
L L G G S A A B C A M N P B

K OP S S E T L I L A L A T

E E R RB AK T E R I AKI
P D AS T A MU N I T S U K

I T AP D A D P I NT U N U
A A A MN MB S A S N I A S

L I PAS B T A E H I AB C

U CE NDT U N D I I T G D

P E U O R UE P E D OA F E

A K U T AN DA S U OU P L

L E P TOS P I R OS I SK

Cari perkataan berikut :

1. Tong Sampah
2. Tin Kosong
3. Taun
4. Aedes
5. Tandas
6. Lalat
7. Tikus
8. Lipas
9. Kepialu
10. Tiruk
11. LEPTOSPIROSIS
12. BAKTERIA

LAMPIRAN 3.1 (D)

TEKA KATA PERSEKITARAN 2

D E G G D E N G G I E E I D
K L E P TOS P I R OS I S
I B BER S I H S E DB ER

T E R B AAB AK T ER I A

A A I DC J I A E L MM J L

R L U DB I Z N E I B U CK

S AK LMJ OGU AE DE S

E ML B I OZ ONH L AAO
MA I HK AR OP T K R E P

U N L OJ N A Z OE P A E P

L D OZ S I H A T R U K R U

A S PU F GY OF R AK T I
I B PENY AK I T DT L H

P OOP T A T N T A Y AR G

Cari perkataan berikut :

1. Kitar Semula
2. Denggi
3. Tayar
4. Ozon
5. Saji
6. Bersih
7. Sihat
8. Udara
9. Penyakit
10. Aedes
11. LEPTOSPIROSIS
12. BAKTERIA

LAMPIRAN 3.1 (E)

TEKA KATA PERSEKITARAN 3

ME NNAMT A N AH I U K

E ME DD T U U H J K L UM

NEAYT AU NNAS S I S
I NI E I NNAT T UE E E

AA RE S DOAK B K I OL
AN E PNA J I S I ME L R

K AT PT S T AB R I L HR

MM K OO T B T T I T A I J

UE AI AAT C I T P L N I

I J BH J L AR R MU AD I

OS AB U NE E A T B T AO

P L R I I I NS I AL URM
L E P TOS P I R OS I S N
CI R I T B I R I T B I RM

Cari perkataan berikut :

1. Najis
2. Tandas
3. Sabun
4. Timbus
5. Sampah
6. Menanam
7. Cirit-Birit
8. Taun
9. Busuk
10. Lalat
11. Leptospirosis
12. Bakteria

LAMPIRAN 3.1 (F)

Senarai Semak Kebersihan Kantin Sekolah

OPS KANTIN

Nama Doktor Muda : Sila tandakan pada petak yang berkenaan
Kumpulan :
Tarikh :
Arahan :

A. Longkang Kantin Sekolah YA TIDAK

1. Tiada sampah dalam longkang
2. Tiada rumput yang tumbuh dalam longkang
3. Longkang tidak pecah
4. Aliran air tidak tersekat
5. Tiada lalat dalam longkang
6. Tiada sisa makanan
7. Tiada binatang berkeliaran
8. Tidak ditumbuhi rumput

B. Lantai Kantin Sekolah

1. Tiada sampah
2. Tiada sisa makanan
3. Tiada binatang berkeliaran
4. Tiada lalat
5. Kelihatan bersih
6. Tidak rosak/pecah
7. Kalis air/dipasang jubin tidak gelincir
8. Kecuraman dan pengairan yang sempurna

C. Sinki Kantin Sekolah

1. Sinki tidak tersumbat
2. Disediakan sabun di setiap sinki
3. Disediakan kain pengelap tangan di setiap

sinki
4. Tiada sampah di dalam sinki
5. Kelihatan bersih
6. Tiada lalat

D. Meja Makan Kantin Sekolah

1. Tiada sampah di atas meja
2. Tiada lalat di atas meja
3. Kelihatan bersih
4. Tiada sisa makanan
5. Tidak berbau busuk
6. Bilangan mencukupi

LAMPIRAN 3.1 (F)

Senarai Semak Kebersihan Kantin Sekolah

OPS KANTIN

E. Kaunter Menghidang Makanan YA TIDAK

1. Kelihatan bersih
2. Tiada lalat
3. Makanan ditutup dengan plastik
4. Pinggan makanan tidak ditindan
5. Pinggan tidak retak atau sumbing

F. Pengendalian Makanan

1. Makanan/kuih diambil menggunakan penyepit
2. Makanan dibungkus menggunakan plastik

atau kertas khas
3. Pengendali memakai penutup kepala
4. Pengendali memakai apron
5. Pengendali kelihatan bersih

G. Dapur Kantin

1. Kelihatan bersih
2. Tiada lalat
3. Tiada binatang berkeliaran
4. Perkakas yang sesuai
5. Menggunakan sumber air yang bersih

LAMPIRAN 3.2

SENARAI SEMAK KEBERSIHAN TANDAS

OPS! BERSIH DAN WANGI

Nama Doktor Muda :

Kumpulan :

Tarikh :

Arahan : Sila tandakan / pada petak yang berkenaan

A. Peralatan ADA TIADA

Bekalan air YA TIDAK
Sinki
Sabun
Tisu
Paip getah
Baldi/gayung
Tong sampah
Pewangi
Bunga hiasan

B . Keadaan Peralatan / Persekitaran

Paip berfungsi dengan baik
Pintu berkeadaan baik
Pam tandas berfungsi dengan baik
Lampu berfungsi
Cermin berkeadaan baik
Sistem pengudaraan baik
Tandas berbau busuk
Terdapat sisa najis
Terdapat contengan di dinding
Lantai bersih
Lain-lain:

LAMPIRAN 5.1

PENANDA BUKU ‘CERMIN DIRI’

PENANDA BUKU CERMIN DIRI (HADAPAN)

PENANDA BUKU CERMIN DIRI (BELAKANG)

LAMPIRAN 5.1 (A)

BULATAN DIRI

BAHAGIAN A BAHAGIAN B
(KEUTAMAAN) (AKTIVITI HARIAN)

BELAJAR MELAYARI BERMAIN
INTERNET
MEMBANTU
IBUBAPA

BERMAIN MEMBACA
KOMIK

MELAYARI MEMBACA MENONTON
INTERNET MENONTON BUKU TV

TV BAHAGIAN B
BAHAGIAN A

LAMPIRAN 5.2 Nama Kawan
Nama Kawan
FACEBOOK Nama Kawan
Nama Kawan
Petunjuk Nama Kawan
Lahir Bulan April
Suka warna merah
3 orang adik-beradik
Anak pertama

Petunjuk
Lahir Bulan Januari
Suka warna biru
5 orang adik-beradik
Anak kedua

Petunjuk
Lahir Bulan Disember
Suka warna kuning
2 orang adik-beradik
Anak tunggal

Petunjuk
Lahir Bulan Mac
Suka main badminton
Suka makan nasi ayam
Anak bongsu

Petunjuk
Lahir Bulan Ogos
Suka warna hijau
Suka makan sayur
Suka mengumpul setem

LAMPIRAN 5.2 (A)

Skrip Lakonan Prinsip Persahabatan

Komunikasi Yang Berkesan
Senario:

Haikal merupakan pelajar baru Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya. Pada
hari pertama persekolahan, Haikal bertemu dengan Rizal di kantin sekolah.

Haikal membeli mee goreng dan air sirap. Selepas membayar, dia terus duduk
di kerusi bersebelahan dengan Rizal. Lantas Rizal pun menegur Haikal.
Rizal : Assalamualaikum.. Saya Rizal. Awak murid baru kan?
Apa nama awak? Boleh kita berkawan?
Haikal : Ooo..boleh. Nama saya Haikal. Ya , saya murid baru di sini.
Rizal : Awak berasal dari mana? Sekarang tinggal di mana?
Haikal : Saya berasal dari Alor Setar, Kedah. Sekarang saya tinggal di Presint
9, Putrajaya. Awak pula tinggal di mana?
Rizal : Eh,..saya pun tinggal di sana juga. Kalau macam tu, bolehlah kita pergi

ke sekolah bersama-sama. Kalau ada masa lapang, apa kata kita
main bola di padang? Seronok tau. Ada ramai kawan. Badan pun

boleh jadi sihat.
Haikal : Ok.. Saya pun suka main bola. Seronok dapat berkenalan dan
berkawan dengan awak, Rizal.
Mereka berdua makan dengan perasaan yang gembira. Tepat pukul 10.30 pagi,
loceng pun berbunyi. Mereka beratur bersama-sama dan beredar ke kelas.

LAMPIRAN 5.2 (B)

Skrip Latihan Komunikasi Tidak Berkesan

Senario:
Haikal merupakan pelajar baru Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya. Pada hari
pertama persekolahan, Haikal bertemu dengan Rizal di kantin sekolah.
Haikal membeli mee goreng dan air sirap. Selepas membayar, dia terus duduk di kerusi
bersebelahan dengan Rizal. Lantas Haikal menyapa Rizal untuk duduk di sebelahnya.
Haikal : Assalamualaikum.. Boleh saya duduk di sebelah awak?
Rizal : Tak boleh..tak boleh..!!! Tempat ini ada orang. Engkau makan kat tempat lain la!
(bercakap dengan nada suara yang tinggi).
Haikal : Tapi, semua tempat dah ada orang. Hanya ini sahaja yang kosong. Boleh saya
duduk di sini?
Rizal : Kan aku cakap dah ada orang? Engkau tak faham-faham ke?
Cikgu Hasni melihat kejadian tersebut. Beliau kasihan melihat Haikal. Lantas beliau menuju
ke arah Haikal dan Rizal untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Cikgu Hasni : Apa yang terjadi ni?
Rizal : Tak da apa-apa cikgu. Budak ni tak faham-faham bila saya katakan yang
tempat ni dah ada orang. Tapi dia masih mahu duduk kat sini.
Haikal : Cikgu, semua tempat dah penuh hanya ini sahaja yang kosong. Salah ke saya
duduk di sini? Lagipun memang tiada orang yang duduk di sini.
Cikgu Hasni : Begini lah, Rizal awak sepatutnya memberi tempat duduk ini kepada
Haikal. Lagipun tempat ni tiada orang. Awak sepatutnya bersikap baik dan
bertolak ansur pada murid baru seperti Haikal.
Rizal : Maafkan saya, cikgu. Maafkan saya, Haikal. Saya janji takkan melakukannya
lagi.
Haikal : Tidak mengapa.

LAMPIRAN 5.2 (C)

Panduan Ulasan Lakonan Prinsip Persahabatan

Rizal terus mengajak Haikal duduk di sebelahnnya. Mereka makan bersama-sama.
Cikgu Hasni senyum gembira melihat telatah mereka.

Tip ulasan guru

Komunikasi berkesan

1. Mengucapkan ’Salam Perkenalan’
2. Bertegur sesama rakan
3. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut
4. Cuba mengenali rakan dengan lebih rapat
5. Memperkenalkan diri
6. Berbudi bahasa
7. Hormat menghormati

Komunikasi tidak berkesan

1. Bercakap dengan nada yang kasar
2. Menggunakan bahasa yang tidak sopan ketika berbicara
3. Tidak mengendahkan rakan
4. Tidak berbudi bahasa
5. Tidak bertolak ansur

LAMPIRAN 5.4 (A)

Wajah Saya

.BSBI

(FNCJSB

4FEJI

LAMPIRAN 5.4 (B)

PPAANNDUDAUNAMNENMGEENNAGLEI PNEARALSIAPAENRA& SBAERAFINKIR&ANBEPORFSIITKIFIRAN POSITIF

Panduan Mengenali Perasaan

Terdapat beberapa emosi yang biasa dialami oleh kanak- kanak
dalam kehidupan seharian. Antara emosi yang dialami ialah
gembira, sedih, kecewa dan marah.
Kanak - kanak mampu mengenalpasti pelbagai emosi dalam diri
sendiri.
Kanak - kanak juga boleh merasa marah pada bila- bila masa.
Adalah penting bagi kanak - kanak mengawal perasaan marah
supaya dapat menangani stres.
Mempunyai perasaan gembira adalah sangat penting kepada kita
untuk kesejahteraan diri kita.
Salah satu cara utama yang boleh kita lakukan sendiri untuk
mewujudkan perasaan gembira ialah ‘berfikiran positif dan
bertindak positif’.

Proses Pemikiran Positif

Situasi

Individu Tafsir Proses berfikir

Penerima positif Penerima negatif

Perasaan positif Perasaan negatif

Tindakan positif Tindakan negatif

Hasil positif Hasil negatif

LAMPIRAN 5.4 (B)

$POUPI TJUVBTJ
.VSJE " EJUFHVS PMFI HVSV EJ LFMBT

Pemikiran Tindakan Hasil
negatif negatif negatif

Cikgu tidak Conteng kereta Benci cikgu.
adil. cikgu selepas Pelajaran
merosot.
Cikgu tidak sekolah. Tindakan
suka dan Ponteng disiplin.
sekolah.
marah saya.

Pemikiran Tindakan Hasil
positif positif positif

Cikgu ambil Saya akan belajar Mendapat
berat tentang bersungguh - sungguh keputusan
peperiksaan
diri saya. supaya saya tidak yang baik.
Cikgu bukan menghampakan Saya tidak
marah saya. harapan cikgu.
Saya akan dapat stres.
Cikgu mahu Masa depan
saya berjaya. pertolongan daripada yang cerah.
kawan saya.

Saya akan belajar
lebih matematik.

LAMPIRAN 5.4 (B)

Pemikiran positif

Pemikiran positif adalah kebolehan melihat situasi dari sudut yang positif
walaupun nampak negatif.

Kebaikan pemikiran positif

• Dapat mengawal situasi dengan baik.
• Meningkatkan harga diri dan perasaan gembira.
• Dapat menangani stres.
• Memudahkan diri menyesuaikan dengan orang lain.
• Meningkatkan persahabatan kita dengan rakan.
• Mendapat ramai kawan.

LAMPIRAN 5.4 (C)

SUKA-SUKA

Imej suka Imej tak suka
ramai kawan
Suka pergi sekolah Tidak suka makan
sayur

Tidak sedap

Banyak kerja Suka Seronok Tidak suka
rumah melancong melancong Matematik

Letih/penat Suka Cikgu Cikgu baik Tidak suka
bersenam

LAMPIRAN 5.5 (A) LAMPIRAN 9.5(a)

Adakah Anda stres?

Dalam jangkamasa satu minggu yang lepas, saya sering mengalami
tanda berikut. Tandakan pada petak yang berkaitan dengan diri
anda (Jawapan boleh melebihi daripada satu)

Mempunyai masalah fizikal

Selalu menangis Makan berlebihan

Tidak boleh tidur Menggigit kuku

Sukar beri tumpuan Tidak boleh duduk diam

Tidur berlebihan Tiada selera makan
Tidak rasa hendak melakukan apa-apa Mengalami masalah kulit

Lain-lain

LAMPIRAN 5.5 (B)

LAMPIRAN 9.5(b)

3 TANDA UTAMA stres

Murid menyenaraikan 3 tanda utama stres pada diri sendiri
1.
2.
3.

LAMPIRAN 5.5 (C)

LAMPIRAN 9.5(c)

PENAWAR stres

Apabila saya mengalami tanda stres, saya akan ......

Tandakan pada petak yang disediakan
(Jawapan boleh melebihi dari satu)

Bersiar
Membaca buku / majalah yang sesuai
Hobi
Bersenam
Mendengar muzik
Beribadat
Cuba tenteramkan diri
Berbincang dengan keluarga
Berbual dengan guru
Berbincang dengan kawan
Lain-lain

LAMPIRAN 5.5 (D)

SENARAI

3 Penawar Utama Stres Anda:

1. ___________________
________________________

2. _____________________
________________________

3. ______________________
________________________

LAMPIRAN 5.5 (E)

Api dan Air

war Kemarahan S awar Kemarahan Pena war Kemarahan

1._________________ 1.________________ 1.________________
__________________ _________________ ________________
Pena Saya:
Saya:
aya:
Pen

Tanda Kemarahan Saya:

1.
2.
3.
4.

Psuanycaa:kemarahan kemarahan 3.saPyuan:ca kemarahan
1.

Punca 2.
saya:

Nama : Tarikh : LAMPIRAN 6.1 (A)
Tahun :

OPS CARI!!

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

LAMPIRAN 6.1 (B)

Teka Kata Denggi 1

B E L E S E K O L O H I MM
OB OT O L L T O L N B U I
T OMN A A I N S I GN U U
I T B J H AACE NT I AA
L E NMA T P U O A E N L A
S E UOI R U S H NM I I I
S E DGT H O S L J D V A R
N N I OF K S I D U B I S J
J GE ON I D E A U OR ME
AG I I L I MS K L R UDR
GR T K A A I S Y A H S Z N
U O I L MWA H I D A H I I
I K OAE D E S J U J U NH
J E NT I K J E N T I K J A

Cari perkataan berikut :
1. Aedes
2. Virus
3. Tin Kosong
4. Botol
5. Demam
6. Jentik-jentik
7. Gigitan
8. Muntah
9. Senja
10. Air Jernih

LAMPIRAN 6.1 (C)

Teka Kata Denggi 2

BE RBE RU S S B E T US
H A Y S I AR A H Z AOT N
D E MAMMG U N I U A A U
E I K L ON P A D N B NK A
I T DN I AK I AU E M I K
B I OGG A A T I P O S U U
U K GU I S P A G I Y MOA
E OE B S CN OA A ACJ C
F I MI CAGD L Y U AR T
I E L L L OE A N L R E F T
P E J E S K MT F T F DF A
MH K K E L AM B U F E F Y
K L CC I B U P E MN S B A
ME L S U J U J U WAWAR

Cari perkataan berikut :
1. Pagi
2. Demam
3. Kelambu
4. Ubat Nyamuk
5. Fogging
6. Tayar
7. Pembiakan
8. Ubat
9. Berus
10. Aedes


Click to View FlipBook Version