The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasaat08, 2021-06-12 04:20:30

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

Modul Latihan Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4

3.7 RENJATAN ELEKTRIK

Renjatan elektrik ialah kejutan elektrik yang menyebabkan mangsa tidak
sedarkan diri. Renjatan elektrik juga boleh menyebabkan kematian kepada
mangsa atau mereka yang cuba membantu.

Langkah yang perlu diambil :
• Matikan suis atau suis utama dan pastikan elektrik sudah terputus.
• Menggunakan penebat untuk menyelamatkan mangsa :

a. Gunakan galah yang panjang dan kering
b. Kerusi kayu
c. Tikar getah
d. Kain sal (tuala yang kering)
e. Plastik tebal
f. Tali atau tali nylon yang kering

3.8 SENGATAN

Satu gigitan yang menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam
masa beberapa jam antara gerak balas badan berasa gatal, sakit, dan
bengkak kemerahan.

Langkah yang perlu diambil :

a. Kenal pasti serangga yang telah menyengat mangsa.
b. Alihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.
c. Tenangkan mangsa.
d. Laporkan kepada guru.

3.9 KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan pada seseorang berlaku akibat memakan makanan
yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu
benda atau bahan yang tidak seharusnya berada di dalamnya.

Tanda-tanda dan gejala keracunan
a. Loya dan muntah
b. Memulas dan sakit perut
c. Kadangkala demam dan dehidrasi
d. Cirit birit

Langkah yang perlu diambil :
a. Tenangkan murid
b. Rujuk kepada guru

99

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 7

AKTIVITI 1 : KOTAK KECEMASAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menerangkan kepada Doktor Muda mengenai kandungan dan
kegunaan kotak pertolongan cemas.

2. Guru mengedarkan kertas aktiviti kotak pertolongan cemas (Lampiran 7.1).
3. Guru kemudian mengarahkan Doktor Muda memadankan gambar dan

kegunaan peralatan pertolongan cemas.
4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab dengan

rakan untuk disemak bersama-sama.

B. Sumber

• Carta selak kotak pertolongan cemas
• Lembaran kerja Kotak Pertolongan Cemas ( Lampiran 7.1)

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan lembaran kerja Kotak Pertolongan Cemas

AKTIVITI 2 : TAYANGAN VIDEO ‘TEKNIK PERTOLONGAN CEMAS’
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan kepada Doktor Muda mengenai video ‘Teknik
Pertolongan Cemas’.

2. Guru mengedarkan kertas aktiviti Teknik Pengendalian CPR (Lampiran 7.1(A)).
3. Guru kemudian meminta Doktor Muda memadankan ruang A dengan ruang

B dengan betul.
4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab dengan

rakan untuk disemak bersama-sama.
B. Sumber
• Video Teknik Pertolongan Cemas
C. Masa
• 30 Minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

100

AKTIVITI 3 : TERCEKIK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan kepada Doktor Muda mengenai video ‘Teknik
Rawatan Tercekik’.

2. Guru mengedarkan kertas aktiviti Teknik Rawatan Tercekik (Lampiran 7.1(B)).
3. Guru kemudian meminta Doktor Muda menomborkan langkah-langkah

Teknik Rawatan Tercekik mengikut turutan yang betul.
4. Guru meminta Doktor Muda bertukar kertas aktiviti yang telah dijawab

dengan rakan untuk disemak bersama-sama.

B. Sumber

• Video Teknik Rawatan Tercekik
• Lembaran kerja Teknik Rawatan Tercekik (Lampiran 7.1(B))

C. Masa

• 30 Minit

D. Penilaian

• Semakan jawapan lembaran kerja Teknik Rawatan Tercekik

AKTIVITI 4 : MAIN PERANAN ‘PATAH JARI’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan senario ”Patah Jari” (Lampiran 7.1(C)) kepada setiap

kumpulan Doktor Muda.
3. Guru membincangkan senario berkenaan bersama Doktor Muda dengan

merujuk kepada kad peranan (Lampiran 7.1(D)).
4. Doktor Muda diminta melakonkan senario tersebut.
5. Guru akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan.
6. Guru merumuskan tindakan yang harus diambil untuk merawat jari yang

patah dengan teknik dan alatan yang betul.
Peringatan :

• Pilih pelakon secara sukarela. Sekiranya tiada, Guru menggunakan budi
bicara untuk memilih pelakon.

• Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka
lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut (melalui proses
”role” dan ”de-role”).

• Pastikan pemerhati mengambil bahagian dalam perbincangan.

101

B. Sumber SKOP 7
• Senario ”Patah Jari” (Lampiran 7.1(C))
• Kad Peranan (Lampiran 7.1(D))
C. Masa
• 45 Minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

AKTIVITI 5 : PENDARAHAN HIDUNG
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menunjukkan teknik rawatan pendarahan hidung yang betul
kepada Doktor Muda.

2. Guru memilih beberapa orang Doktor Muda untuk mendemonstrasikan
semula teknik rawatan pendarahan hidung .

3. Guru mengadakan sesi soal jawab untuk menguji kefahaman Doktor
Muda.

B. Sumber
• Carta selak
• Kotak pertolongan cemas
• Ketulan air batu
• Tuala muka

C. Masa
• 30 Minit
D. Penilaian
• Soal jawab

102

UNIT 2 : RAWATAN RINGAN

PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kepentingan kemahiran memberi
rawatan ringan kepada kes-kes seperti demam dan kecederaan ringan.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menyatakan kepentingan mengendalikan rawatan ringan.
2. Mengenal pasti jenis-jenis penyakit dan kecederaan ringan.
3. Mempunyai kemahiran merawat penyakit dan kecederaan ringan.
ISI PENTING
1. Kepentingan mengendalikan rawatan ringan.
2. Jenis-jenis penyakit dan kecederaan ringan.
3. Kemahiran asas dalam mengendalikan rawatan ringan.
KANDUNGAN
1. Kepentingan Mengendalikan Rawatan Ringan

Kepentingan rawatan ringan untuk :
a. Mengelakkan jangkitan berlaku bagi kes luka dan pendarahan.
b. Mengurangkan kesakitan dan mengelakkan daripada menjadi lebih teruk

seperti kes demam.
2. Jenis-jenis Penyakit dan Kecederaan Ringan

• Penyakit ringan seperti demam, pening, batuk dan selesema.
• Kecedaraan ringan adalah seperti :
o Terguris; luka lurus dan bersih, cedera akibat benda tajam seperti kaca

dan pisau.
o Melecet; luka dipermukaan kulit akibat pergeseran.
o Calar; luka permukaan kulit seperti terjatuh.
o Lebam; Kapilari pecah seperti terkepit, tumbukan.
o Tercucuk; Luka kecil seperti duri, selumbar dan “thumbtack”.
o Melecur ringan; Minuman panas atau sup panas.

103

3. Kemahiran Asas dalam Mengendalikan Rawatan Ringan
A. Merawat Luka Ringan

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan

Abrasion wound / • Tenangkan murid.
luka calar • Maklumkan kepada guru.
• Berhentikan pendarahan

dengan gauze yang
bersih.
• Bersihkan luka dari
sebarang benda asing
contoh : kaca, pasir,
minyak dan lain-lain.
• Beri tekanan tempat
tercedera, tinggikan dari
jantung, balut luka dengan
kain steril / bersih.

SKOP 7

104

B. Merawat Demam

Teknik Pengendalian Ilustrasi Teknik Penerangan
Rawatan Demam
• Maklumkan kepada guru.

• Minum banyak air.

• Catatkan bacaan suhu
setiap 2 jam dan jika perlu
catatkan perubahan

gejala.

• Basahkan bahagian kepala
dengan tuala lembab.

• Rujuk ke Klinik / Hospital
berdekatan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : LUKA RINGAN

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menunjukkan teknik rawatan luka ringan yang betul kepada
Doktor Muda.

2. Guru memilih beberapa Doktor Muda untuk mendemonstrasikan semula
teknik rawatan luka ringan.

3. Guru mengadakan sesi soal jawab untuk menguji kefahaman Doktor
Muda.

B. Sumber

• Carta selak
• Kotak pertolongan cemas

C. Masa

• 30 Minit

D. Penilaian

• Soal jawab

105

SKOP AMALAN MAKAN YANG SIHAT DAN SELAMAT
8

UNIT 1 : MAKAN SECARA SIHAT
UNIT 2 : MENGUTAMAKAN SARAPAN PAGI
UNIT 3 : MEMILIH PREMIS MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT
UNIT 4 : PILIH MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT ”LIHAT, HIDU, RASA”

Bagi unit 1 dan 2, guru penasihat boleh menggunakan Pakej Cabaran Sihat Doktor
Muda Sekolah Rendah untuk memantapkan kedua-dua unit ini. Sekiranya pihak
sekolah ingin melaksanakan projek inovasi berkaitan pemakanan sihat, sila rujuk
’Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah’.

UNIT 1 : MAKAN SECARA SIHAT SKOP 8

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai pemakanan sihat bagi menjaga
kesihatan.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyatakan konsep dan amalan makan secara sihat serta kepentingannya
berdasarkan piramid makanan.

2. Menyenaraikan masalah-masalah berkaitan pemakanan.
3. Menyatakan keburukan snek yang tidak sihat.
4. Memahami label makanan.

ISI PENTING

1. Amalan makan secara sihat berdasarkan Piramid Makanan.
2. Masalah pemakanan.
3. Baca dan fahami label makanan.
4. Keburukan snek tidak sihat.

KANDUNGAN

1. Amalan Makan Secara Sihat Berdasarkan Piramid Makanan

Makanan dikelompokkan mengikut kandungan nutrien makanan utama dan
fungsinya seperti berikut :
i. Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada tubuh.
ii. Protein untuk membina sel-sel dalam tubuh dalam membantu tumbesaran
iii. Vitamin dan mineral untuk menjauhkan penyakit.
iv. Serat penting untuk sistem penghadaman dan mencegah sembelit.

106

Pengambilan makanan harian perlulah berdasarkan gabungan pelbagai makanan
dalam Piramid Makanan Malaysia.

Piramid Makanan Malaysia
Setiap aras kumpulan makanan membekalkan beberapa jenis nutrien makanan
tertentu sahaja. Makanan dari aras bawah Piramid Makanan perlulah diambil
dengan secukupnya berbanding dengan hanya sedikit sahaja makanan dari aras
paling atas. Kandungan nutrien dalam setiap aras adalah berbeza dan tidak boleh
digantikan dengan kumpulan yang lain. Bagi memastikan badan kita mendapat
semua nutrien yang diperlukan, murid perlu mempelbagaikan pengambilan
makanan mengikut 5 kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
untuk hidangan harian.
Prinsip Makan Secara Sihat
a. Makan pelbagai jenis makanan.

• Tiada makanan yang dapat membekalkan semua jenis nutrien yang
diperlukan.

• Pilihlah makanan harian daripada gabungan pelbagai makanan
berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

• Makanlah secara teratur mengikut waktu.

107

b. Utamakan makanan bijirin dan produk bijirin. SKOP 8
• Sumber tenaga yang utama haruslah diambil berasaskan nasi, mee, roti,
bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
• Pilihlah produk bijirin penuh (wholemeal) kerana ia tinggi kandungan
serat.

c. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan
serat yang baik.
• Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan pada setiap kali waktu
makan.

d. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
• Kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
• Pilih makanan yang mengandungi rendah lemak.
• Pilih makanan yang rendah kolesterol.

e. Pilih makanan yang mengandungi kurang garam.
• Kurangkan makan makanan segera.
• Kurangkan makanan yang diproses (sosej, nugget, burger).
• Makanlah makanan daripada bahan semula jadi atau yang disediakan
segar.
• Kurangkan pengambilan makanan ringan.
• Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam akan
meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi.

f. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
• Kurangkan pengambilan gula-gula dan coklat.
• Kurangkan pengambilan makanan bersalut gula dan berkrim seperti
donut dan kek.
• Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat.
• Pengambilan gula yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan berat
badan, obesiti, diabetis, karies gigi, penyakit kardiovaskular dan kanser.

g. Banyakkan minum air kosong.
• Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air kosong sehari.

2. Masalah Pemakanan

a. Berlebihan berat badan dan obesiti.

Pengambilan makanan secara sihat dan seimbang adalah penting dalam
pertumbuhan murid. Berlebihan berat badan dan obesiti akan berlaku
disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya makanan
tinggi lemak dan gula seperti makanan segera, makanan ringan, minuman
berkarbonat dan gaya hidup tidak aktif. Jika tidak diberi perhatian, ia
akan mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,
diabetes dan tekanan darah tinggi.

108

b. Kesan kekurangan zat makanan.

Makanan berkhasiat mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan.
Ia diperlukan bagi mencegah penyakit tertentu dan membantu tumbesaran
murid.


Jadual berikut menunjukkan senarai nutrien makanan dan kesan

kekurangannya.

Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan
Iodin • Goiter (Beguk)
Makanan laut seperti ikan
dan kerang.

Zat Besi Hati, Buah pinggang, • Anemia (Pucat
daging dan telur. atau kurang darah)

Kalsium Susu, keju, ikan sardin dan • Osteoporosis (tulang)
ikan bilis. rapuh atau mudah
patah)

Vitamin A Hati, ikan, hasil tenusu, telur, • Rabun malam
mentega, margerin dan • Kerosakan pada
sayur-sayuran berwarna
kuning dan berdaun hijau selaput mata (kornea)
tua. • Kebutaan

Vitamin B Roti, bijirin, ubi kentang, • Gangguan sistem saraf
Vitamin C sayuran, kekacang dan hati. • Kurang selera makan
• Gementar
Betik, nenas, jambu batu,
limau, mangga, sayuran. • Skurvi (Penyakit gusi)
• Kebutaan

Vitamin D Minyak ikan, hati, telur, • Pembentukan gigi
hasil tenusu dan kurang kuat
sinar matahari yang
mengandungi ultraviolet. • Pembesaran tulang
terhalang

Vitamin K Hati, sayuran berdaun hijau, • Darah lambat beku
keju, mentega dan daging. • Pendarahan dalam

badan

109

3. Keburukan Snek Tidak Sihat

Snek ialah makanan yang diambil di antara waktu makan utama seperti
sewaktu minum pagi dan minum petang. Snek boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu snek sihat dan snek tidak sihat.

Snek yang sihat adalah makanan yang kurang kandungan gula, garam dan
lemak seperti buah-buahan, salad, roti, kacang rebus, jagung rebus dan biskut
kraker.

Snek yang tidak sihat adalah makanan yang tinggi kandungan gula, garam
dan lemak seperti gula-gula, donat, coklat, makanan ringan, asam, jeruk,
minuman berkarbonat dan aiskrim.

Keburukan snek tidak sihat adalah :

• Tidak berkhasiat.
• Mengurangkan selera makan.
• Menyebabkan kegemukan.
• Kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan kerosakan gigi dan

diabetes.
• Kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan risiko tekanan darah

tinggi.

4. Baca dan Fahami Label Makanan

a) Makanan yang siap dibungkus untuk jualan perlu mempunyai label.
b) Label makanan merupakan tanda berupa tulisan / gambar pada

pembungkus makanan sebagai keterangan atau penjelasan tentang
sesuatu makanan.
c) Label makanan memberi maklumat seperti :

Label Makanan Keterangan SKOP 8

Nama Produk Nama sebenar makanan. Contoh : roti.
Tarikh Luput
Tempoh hayat sesuatu makanan selamat untuk
Bahan Ramuan dimakan. Contoh : ”GUNA SEBELUM” atau
”TARIKH LUPUT”

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat
makanan tersebut. Contoh ramuan : tepung,
gula, serbuk penaik, telur.
Ramuan disenaraikan secara menurun
daripada paling banyak hingga paling sedikit.

110

Label Makanan Keterangan

Nama dan alamat Maklumat syarikat / kilang yang
pengeluar mengeluarkan/membungkus atau mengedar
makanan.
Cara penyimpanan
Panduan untuk menyimpan makanan
Maklumat pemakanan sebelum atau selepas dibuka.

Maklumat nutrisi makanan. Contoh :

Saiz hidangan: 50 g

Hidangan bagi setiap bungkusan : 10

*Per 100 g Per 175 ml

2 keping (50 g)

Tenaga 252 kcal 151 kcal

Karbohidrat 58.2 g 29.1 g

Lemak 2.8 g 1.4 g

Protein 10.0 g 5.0 g

Kalsium 300 g 150 g

Vitamin C 1.2 mg 0.6 mg

*untuk perbandingan produk, guru diminta untuk
membaca di ruang ”per 100 g”

d) Panduan :
• Belilah makanan berbungkus yang berlabel.
• Jangan beli atau makan makanan yang melewati tarikh luput.
• Baca dengan teliti dan patuhi cara penyimpanan makanan.
• Elakkan membeli makanan dengan bungkusan yang telah rosak.
• Teliti senarai ramuan. Jika gula atau garam merupakan ramuan
pertama, ini menunjukkan makanan tersebut tinggi kandungan gula
atau garam.
• Fahami dan bandingkan maklumat pemakanan sebelum membeli
produk.
• Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam.

111

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 8

AKTIVITI 1 : PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Guru memberikan ’Piramid Makanan Malaysia’ kepada setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta untuk membentuk piramid makanan daripada

kepingan puzzle tersebut.
4. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan jenis makanan mengikut aras

setiap piramid.
5. Wakil kumpulan diminta membentangkan jenis makanan mengikut aras

yang dikenal pasti.
6. Doktor Muda membuat rumusan tentang kepentingan piramid makanan.

B. Sumber

• ’Puzzle Piramid Makanan’

C. Masa

• 1 Jam

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : SANDWICH SIHAT

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan gambar-gambar makanan kepada setiap Doktor
Muda.

2. Doktor Muda diminta memakai / menggantungkan sandwich sihat (gambar
makanan) yang diberikan untuk digantung pada badan masing-masing.

3. Guru memberi penerangan permainan :
• Doktor Muda diminta berkumpul bersama-sama.
• Doktor Muda yang berkenaan diminta bergerak ke sudut tertentu

mengikut arahan guru.
• Guru memberikan arahan mengikut :
- Kumpulan protein
- Kumpulan karbohidrat
- Kumpulan lemak
• Guru memberikan arahan mengikut :
- Aras piramid makanan
4. Doktor Muda diminta untuk memberikan ulasan tentang kepentingan

piramid makanan.

112

B. Sumber
• Gambar Sandwich Sihat
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : HEALTHY SHOPPING
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru meminta Doktor Muda membawa bungkusan makanan berlabel
(kotak, plastik atau tin).

2. Guru memberi petunjuk kepada Doktor Muda untuk mendapatkan
maklumat seperti di bawah:
i. Dapatkan tarikh luput
ii. Makanan yang paling rendah kandungan gula.
iii. Makanan yang paling rendah kandungan garam
iv. Makanan yang paling rendah kandungan lemak
v. Makanan yang paling rendah kandungan kalori
vi. Makanan yang paling tinggi serat
vii. Dapatkan nama selain garam
viii. Dapatkan nama selain gula
ix. Dapatkan makanan yang mempunyai akuan pemakanan
(Nutrition claim)

3. Doktor Muda diberi masa 30 minit untuk menyelesaikan tugasan
tersebut.

4. Doktor Muda diminta untuk memberi penerangan dan rumusan tentang
pemahaman label makanan.

B. Sumber
• Bungkusan makanan berlabel
C. Masa
• 45 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

113

AKTIVITI 4 : KENALI SAYA (BACA LABEL) SKOP 8

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru meminta Doktor Muda membawa makanan atau minuman
berbungkus / berkaling (tin) kegemaran yang mempunyai label makanan
ke sesi perjumpaan kelab.

2. Pada sesi perjumpaan, guru menunjukkan cara membaca kandungan
gula pada label.

3. Guru menunjukkan jumlah sukatan sebenar gula berpandukan kepada
label.

4. Guru cuba membuat satu demonstrasi untuk menunjukkan manisnya gula
dengan cara berikut :

• Menunjukkan satu tin minuman berkarbonat 235 ml
• Guru menunjukkan bacaan gula pada label sebanyak 40 gram

• Guru menunjukkan sukatan sebenar gula 40 gram = 8 sudu teh
(1 sudu teh = 5 gram)
• Guru menyediakan satu gelas air kosong 230 ml
• Guru membancuh sukatan 8 sudu teh gula ke dalam gelas

berkenaan
• Guru meminta Doktor Muda merasa air tersebut
5. Guru meminta Doktor Muda membuat beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan perlu mengulangi langkah-langkah dalam perkara 4.
7. Doktor Muda membuat ulasan tentang kandungan gula dalam makanan

dan bahaya pengambilan gula berlebihan.

B. Sumber

Makanan dan minuman berbungkus / berkaling yang berlabel
• Gula
• Sudu teh
• Gelas

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal Jawab

114

UNIT 2 : MENGUTAMAKAN SARAPAN PAGI

PENGENALAN
Unit ini mendedahkan kepada Doktor Muda tentang kepentingan mengutamakan
sarapan pagi sebelum ke sekolah.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menyatakan kebaikan mengambil sarapan.
2. Menyatakan keburukan tidak mengambil sarapan.
ISI PENTING
1. Definisi sarapan.
2. Kebaikan sarapan.
3. Keburukan tidak mengambil sarapan.
KANDUNGAN
1. Definisi Sarapan

Sarapan adalah makanan pertama yang diambil pada waktu pagi. Sarapan
hendaklah diambil sebelum sesi kelas bermula sama ada di rumah atau di kantin
sekolah.
2. Kebaikan Sarapan
• Menyumbang kepada pengambilan tenaga dan nutrien harian.
• Lebih bertenaga dan fokus di dalam kelas.
• Meningkatkan prestasi pelajaran.
• Meningkatkan daya ingatan.
• Dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga jika sarapan diambil bersama

sebelum ke sekolah.
3. Keburukan Tidak Mengambil Sarapan

• Kurang bertenaga dan kurang tumpuan di dalam kelas.
• Mudah letih dan mengantuk di dalam bilik darjah.
• Kurang cergas dalam kelas.

115

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SKOP 8

AKTIVITI 1 : SARAPAN SAYA

A. Cara Pelaksanaan

1. Doktor Muda mengemukakan soalan kepada rakan-rakan ’Siapa yang
mengambil sarapan?’

2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
1 dan kumpulan 2. Setiap kumpulan diberikan Lampiran 8.1, Sarapan Yang
Sesuai.

3. Guru meminta kumpulan berbincang dan menyenaraikan :
• Kumpulan 1 - kebaikan mengambil sarapan
• Kumpulan 2 - keburukan tidak mengambil sarapan
4. Setiap kumpulan diminta menulis hasil perbincangan masing-masing di

atas kad manila.
5. Doktor Muda menampal hasil kerja kumpulan di papan hitam.
6. Doktor Muda diminta memberi ulasan kepada hasil kerja kumpulan.
7. Doktor Muda meminta semua rakan-rakan menyenaraikan dan membaca

jenis sarapan yang sesuai dan berkhasiat.
8. Doktor Muda diminta untuk membuat rumusan tentang kepentingan

mengambil sarapan.

B. Sumber

• Kad Manila
• Pensel
• Pemadam
• Pita pelekat

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : SAMPUL AJAIB

A. Cara Pelaksanaan

1. Sebelum menjalankan permainan sampul ajaib, guru dikehendaki
menyediakan bahan-bahan seperti mana Lampiran 8.2.

2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada dua kumpulan.
3. Guru memberi penerangan permainan :

• Doktor Muda diminta berkumpul bersama-sama.
• Doktor Muda yang berkenaan diminta bergerak ke sudut tertentu

mengikut arahan guru.
• Guru memberikan arahan mengikut :
- Kumpulan protein
- Kumpulan karbohidrat
- Kumpulan lemak

116

B. Sumber
• Sampul Ajaib (Lampiran 8.2)
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : DIARI SARAPAN SAYA
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberikan kad Diari Sarapan Saya. Seperti dalam Lampiran 8.2(A).
2. Doktor Muda perlu menulis sarapan yang telah diambil seminggu sebelum

sesi perjumpaan.
3. Guru akan mencatat bilangan Doktor Muda yang mengambil sarapan dan

yang tidak mengambil sarapan.
4. Doktor Muda membuat ulasan tentang kebaikan dan kepentingan

mengambil sarapan.
5. Guru mengesyorkan jenis-jenis sarapan yang sesuai seperti di Lampiran

8.2.(A).
B. Sumber
• Kad Diari Sarapan Saya (Lampiran 8.2 (A))
C. Masa
• 30 - 40 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

117

UNIT 3 : MEMILIH PREMIS MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT SKOP 8

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai kepentingan memilih premis makanan
yang bersih dan selamat serta menerangkan kesan serta akibat makan di premis
yang kotor.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan ciri-ciri premis makanan yang bersih.
2. Mengenal pasti ciri-ciri pengendalian makanan yang bersih.
3. Menerangkan faedah makan di premis yang bersih.
4. Menyenaraikan penyakit yang sering berlaku sekiranya memilih makanan di

premis yang tidak bersih.

ISI PENTING

1. Ciri-ciri premis makanan yang bersih.
a. Ciri-ciri pengendali makanan yang bersih
b. Ciri-ciri pengendalian makanan yang bersih
2. Faedah-faedah makan di premis yang bersih.
3. Senarai semak premis makanan yang bersih.

KANDUNGAN

1. Ciri-ciri Premis Makanan yang Bersih

Sekiranya makan di luar, pastikan premis makanan tersebut bersih. Ciri-ciri kedai
makan yang bersih adalah :
• Persekitarannya bersih, lantai bersih, jauh dari jalan raya, tiada lalat dan tiada

binatang berkeliaran.
• Mempunyai peredaran udara yang sesuai.
• Mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih (air paip),
mempunyai saliran atau longkang, tong sampah bertutup, bekalan elektrik

dan tandas.
• Membuang sisa makanan ke dalam beg plastik dan diikat dengan

sempurna.
• Mempunyai perabot seperti meja dan kerusi yang dijaga bersih.
• Makanan yang telah dimasak mesti ditutup.
• Mempunyai tempat menyimpan makanan mentah yang sempurna.
• Menggunakan peralatan yang bersih.
• Premis makanan mempamerkan Sijil Latihan Pengendali Makanan.
• Premis makanan mempamerkan penggredan premis bersih :
o Gred A - Paling Bersih
o Gred B - Baik
o Gred C - Memuaskan

2. Ciri-ciri Pengendali dan Pengendalian Makanan yang Bersih

Selain memilih gerai makanan, pengguna juga perlu memastikan orang yang
menjual makanan (pengendali) mengamalkan pengendalian makanan yang
bersih. Antara amalan tersebut termasuklah :

118

• Berada dalam keadaan sihat, mempunyai sijil kesihatan dan menjalani
pemeriksaan kesihatan.

• Pengendali makanan yang bersih, memakai apron dan penutup kepala. Apron
hendaklah tidak berpoket dan berwarna cerah.

• Menggunakan sudu atau penyepit makanan dan tidak memegang makanan
dengan tangan.

• Tidak meludah merata-rata atau bersin ke arah makanan.
• Berkuku pendek.
• Tidak merokok semasa mengendali makanan.
• Tidak menindih makanan semasa menghidang makanan kepada pelanggan.
• Menggunakan tuala khusus yang berbeza untuk mengelap tangan, meja dan

pinggan mangkuk.
• Tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan

makanan.
• Membasuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta

selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, ikan dan sebagainya.
• Tidak memakai barang kemas seperti cincin, gelang dan jam tangan semasa

mengendalikan makanan.
• Pengendali makanan hendaklah memakai kasut (tidak memakai selipar).

3. Faedah Makan di Premis yang Bersih

• Mengelakkan penyakit-penyakit bawaan air dan makanan seperti cirit-birit,
Hepatitis A, Tifoid, keracunan makanan dan kolera (taun).

4. Senarai Semak Premis Makanan yang Bersih

a. Keadaan makanan :
• Dalam keadaan baik.

b. Perlindungan :
• Makanan ditutup dengan baik.
• Mengambil makanan dengan menggunakan penyepit.

c. Peralatan :
• Baik dan bersih.
• Dibasuh dengan air bersih (digalakkan menggunakan air panas).
• Guna bahan cucian pinggan mangkuk.
• Disimpan dengan baik.

d. Tuala pengelap :
• Menggunakan tuala khusus yang berbeza untuk mengelap tangan, meja

dan pinggan mangkuk.

e. Longkang :
• Bersih.
• Mengalir dengan baik.

f. Tempat basuh tangan / sinki :
• Bersih.
• Mempunyai sabun.
• Sesuai kedudukannya.
• Diselenggara dengan baik.

119

g. Tong sampah : SKOP 8
• Mencukupi.
• Keadaan baik.
• Bersih.
• Berpenutup.

h. Bangunan :
• Lantai bersih.
• Tingkap bersih.
• Siling bersih.
• Struktur bersih.

i. Kebersihan seluruh premis terjaga.

j. Tempoh masa antara penyediaan dan penggunaan makanan tidak melebihi 2 jam.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : DI MANA SAYA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Di Mana Saya?, seperti Lampiran 8.3, kepada
semua Doktor Muda.

2. Guru mengarahkan Doktor Muda mencari dan menanda objek tersembunyi
pada ’Lembaran Kerja Di Mana Saya?’.

3. Doktor Muda diminta menyenaraikan objek yang menggambarkan ciri-ciri gerai
bersih dan tidak bersih.

4. Doktor Muda diminta untuk membentangkan hasil kerja kepada guru.
5. Doktor Muda diminta membuat ulasan mengenai kepentingan setiap objek

tersembunyi dalam Lembaran Kerja Di Mana Saya.

Objek-objek tersembunyi :
• Paip air
• Lalat
• Bakul sampah
• Apron
• Tudung saji
• Tikus
• Lipas
• Penyepit makanan
• Sudu
• Sabun
• Tisu / Pencuci tangan
• Tanda ’Larangan Merokok’

B. Sumber

• Lembaran Kerja Di Mana Saya? (Lampiran 8.3)

C. Masa

• 20 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

120

UNIT 4 : PILIH MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT ”LIHAT, HIDU, RASA”

PENGENALAN

Unit ini memberi panduan kepada Doktor Muda menggunakan deria semasa
memilih makanan untuk mengelakkan membeli makanan yang telah rosak atau
basi.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan tiga deria utama iaitu lihat, hidu dan rasa.
2. Mengenal pasti ciri-ciri makanan yang bersih dan selamat.
3. Menerangkan faedah penggunaan deria dalam memilih makanan bersih dan

selamat.

ISI PENTING

1. Memperkenalkan tiga deria utama dalam mengenal pasti makanan yang rosak
atau basi.

2. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih makanan.
3. Menggunakan deria lihat, hidu dan rasa dalam memilih makanan.
4. Kesan mengambil makanan yang rosak dan basi.
5. Tindakan yang perlu diambil oleh murid.

KANDUNGAN

1. Perkara yang Perlu diberi Perhatian Semasa Memilih Makanan.

Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya murid memakan makanan yang
rosak atau basi. Oleh itu, murid perlu memilih makanan :
o Panas dan segar (makanan hendaklah tidak melebihi 4 jam selepas

dimasak).
o Tidak terdedah (tidak dihinggapi lalat atau serangga).
o Tidak berbau masam dan tidak busuk.
o Tidak berlendir.
o Tidak berubah warna.
o Tidak berasa masam.
o Makanan yang dibungkus dengan bahan yang bersih.
o Makanan yang diambil dengan peralatan yang bersih.

2. Tiga Deria Utama dalam Mengenal Pasti Makanan yang Rosak atau Basi.

Penggunaan deria amat penting untuk menghantar maklumat dan rangsangan
kepada otak. Otak menganalisa maklumat dan membolehkan badan bertindak
balas. Tiga anggota utama iaitu mata, hidung dan lidah boleh digunakan untuk
memilih makanan yang bersih dan selamat melalui deria lihat, hidu dan rasa.

121

Deria Makanan Berbungkus / Makanan Tidak
Lihat Berkaling (tin) Berbungkus
(Rupa fizikal
makanan) • Tidak tamat tarikh luput • Tidak berlendir
• Tidak berkulat • Tidak berbuih
Hidu • Tidak kemek • Tidak berubah warna
Rasa • Tidak gelembung • Tiada bendasing
• Tidak bocor • Tidak dihinggapi
• Tidak berkarat
• Tidak koyak serangga seperti lalat
• Tidak membungkus dan • Tidak disentuh/diambil

menutup makanan dengan menggunakan
dengan surat khabar tangan
• Tidak menggunakan
• Tidak berbau masam bekas makanan yang
• Tidak berbau busuk retak atau sumbing
• Bekas makanan tidak
• Tidak berasa basi bertindih secara
langsung dengan
makanan
• Tidak terdedah
• Tidak berkulat

• Tidak berbau masam
• Tidak berbau busuk

• Tidak berasa basi

3. Kesan Mengambil Makanan yang Rosak dan Basi SKOP 8
Boleh menyebabkan keracunan makanan dengan tanda-tanda seperti
berikut:
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit
• Demam dan kesejukan
• Pening kepala

4. Tindakan yang Perlu Diambil oleh Murid
Sekiranya murid mendapati makanan tersebut telah rosak atau basi,
JANGAN MAKAN MAKANAN TERSEBUT!
Tindakan Segera yang perlu diambil ialah :
a. Murid perlu memaklumkan kepada guru bertugas atau guru kesihatan jika;
• Makanan yang dimakan atau makanan yang dihidang didapati rosak
atau basi.
• Makanan yang berbungkus / berkaling rosak atau telah tamat tarikh
luput.

122

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : PANDANGLAH, LIHATLAH
A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan permainan Kad Rupa Saya.
2. Guru mengarahkan Doktor Muda untuk memilih gambar makanan yang

tidak selamat untuk dimakan.
3. Doktor Muda diminta untuk memaklumkan kepada kelas gambar yang dipilih

dan menyatakan sebab-sebab yang terdapat dalam gambar dipilih. Doktor
Muda diminta untuk membentangkan hasil kerja kepada guru.
4. Doktor Muda diminta membuat ulasan berdasarkan penggunaan deria lihat,
hidu dan rasa dalam memilih makanan yang bersih dan selamat.
B. Sumber
• Kad Rupa Saya
C. Masa
• 30 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

123

SKOP CARA HIDUP YANG SIHAT
9

UNIT 1 : MARI BERSENAM
UNIT 2 : MENGEKALKAN BERAT BADAN UNGGUL
UNIT 3 : JANGAN MULA MEROKOK

Bagi unit 1 dan 2, guru penasihat boleh menggunakan Pakej Cabaran Sihat Doktor
Muda Sekolah Rendah untuk memantapkan kedua-dua unit ini. Sekiranya pihak
sekolah ingin melaksanakan projek inovasi berkaitan dengan aktiviti kecergasan
dan pemakanan sihat, sila rujuk ’Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah
Rendah’.

UNIT 1 : MARI BERSENAM

PENGENALAN SKOP 8

Unit ini mendedahkan Doktor Muda mengenai kepentingan bersenam dengan cara SKOP 9
yang betul, selamat dan berkesan.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan faedah-faedah bersenam.
2. Menyatakan cara-cara bersenam dengan betul.
3. Melakukan senaman dengan betul, selamat dan berkesan.

ISI PENTING

1. Faedah-faedah bersenam.
2. Prinsip Senaman (F.I.T.T).
3. Langkah berjaga-jaga sebelum, semasa dan selepas bersenam.

KANDUNGAN

1. Faedah-faedah Bersenam

• Menjadi cergas dan cerdas.
• Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah.
• Mengawal berat badan.
• Meningkatkan stamina.
• Menguatkan otot, tulang dan sendi.
• Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakan badan.
• Mengurangkan stres.
• Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.
• Memperbaiki postur badan.
• Menjadi lebih ceria dan meningkatkan ketrampilan diri.

128124

2. Prinsip Senaman

Untuk mendapatkan faedah senaman, ia perlu dilakukan berdasarkan prinsip
F.I.T.T.

a. Frequency (kekerapan melakukan senaman)
• Disyorkan kekerapan senaman sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.
• Jika tidak pernah bersenam sebelumnya atau sudah lama tidak
bersenam, mulakan senaman dua hingga tiga kali seminggu pada
minggu permulaan.
• Tingkatkan kekerapan melakukan senaman secara berperingkat
mengikut kemampuan.

b. Intensity (tahap senaman)
• Secara umumnya senaman boleh dibahagikan kepada 3 jenis tahap
iaitu :

Tahap Senaman Jenis Senaman
Senaman Tahap Rendah
Senaman Tahap Sederahana Berjalan

Senaman Tahap Tinggi Berbasikal, joging, senamrobik,
berenang

Lompat tali, bermain bola
sepak, bola jaring, badminton

• Lakukan senaman dengan bersungguh-sungguh tetapi jangan sampai
memudaratkan badan iaitu sehingga rasa semput atau sukar bernafas.

c. Time (tempoh senaman)

• Disyorkan senaman selama sekurang-kurangnya 30 minit dan secara
berterusan.

• Jika tidak pernah bersenam sebelumnya atau sudah lama tidak
bersenam, mulakan senaman beberapa minit sahaja pada minggu
permulaan.

• Tingkatkan tempoh melakukan senaman secara berperingkat mengikut
kemampuan.

d. Type (jenis senaman)

• Murid boleh melakukan apa jua senaman yang diminati dan mengikut
kemampuan. Umpamanya berbasikal, joging, senamrobik, lompat tali,
bermain permainan rakyat, bermain bola sepak, badminton atau ping
pong.

125

3. Langkah Bersenam dengan Betul SKOP 9

• Sebelum bersenam murid perlu melakukan regangan awal untuk memastikan
tubuh badan bersedia. Ia juga membantu mengurangkan risiko kecederaan
dan meningkatkan kecekapan tubuh. Lakukan regangan ke atas semua otot-
otot utama bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki.

• Selepas itu lakukanlah apa jua senaman yang diminati untuk sekurang-
kurangnya 30 minit setiap sesi.

• Setelah tamat sesi senaman, jangan lupa lakukan sesi menyejukkan badan
atau cool down. Hentikan senaman secara perlahan-lahan iaitu setelah
selesai bersenam dan jangan terus duduk. Ia bertujuan untuk menstabilkan
kembali kadar denyutan jantung dan mengelakkan badan mengalami
ketidak selesaan seperti sakit di bahagian sendi, kekejangan dan loya.

• Selepas bersenam, minum air kosong secukupnya untuk menggantikan cecair
yang hilang sewaktu bersenam.

4. Langkah Keselamatan Sebelum dan Semasa Bersenam

• Jika murid mempunyai masalah kesihatan seperti asma, masalah jantung,
buah pinggang atau lain-lain penyakit, dapatkan nasihat doktor sebelum
bersenam.

• Mulakan senaman secara perlahan pada permulaan dan tingkatkan
kekerapan mengikut keupayaan apabila murid telah bersedia.

• Pastikan warm-up dan cool-down dilakukan sebelum dan selepas bersenam.
• Pakailah kasut yang sesuai untuk bersenam.
• Pakaian mestilah longgar dan selesa.
• Jangan bersenam selepas makan. Tunggu sehingga 2 jam selepas makan.

Ini kerana dalam tempoh 2 jam selepas makan, proses penghadaman masih
berlaku. Murid berkemungkinan akan mengalami semput, sakit perut atau
muntah.
• Janganbersenamdibawahcuacayangterlalupanas.Iabolehmengakibatkan
murid mendapat kejutan panas (heat stroke, pitam atau tidak sedarkan diri).
Bersenamlah semasa cuaca redup atau di tempat yang teduh.
• Jangan lakukan senaman semasa badan tidak sihat. Jumpalah doktor dengan
segera.
• Lakukan senaman dengan penuh keseronokan. Murid akan berasa cergas
dan lebih sihat.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : BERSENAM SECARA BETUL

A. Cara Pelaksanaan

Fasa Memanaskan Badan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan (10 orang
setiap kumpulan).

2. Guru akan meminta Doktor Muda untuk membuat satu bulatan dan melakukan
lari setempat / lari kapal terbang / lari ulang alik / lari rama-rama dan pelbagai
aktiviti regangan selama 3 - 5 minit.

126

Fasa Regangan

1. Guru menunjuk cara dan diikuti oleh murid melakukan aktiviti-aktiviti
regangan mengikut Panduan Melakukan Regangan (Lampiran 9.1) selama
5 minit.

Fasa Aerobik

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan (10 orang
setiap kumpulan).

2. Setiap Doktor Muda diberi satu belon yang belum ditiup.
3. Doktor Muda dikehendaki meniup belon masing-masing sehingga sebesar

bola sepak dan belon itu hendaklah diikat.
4. Kepit belon dengan menggunakan kedua belah lutut dan berjalan ke

hadapan selama 1 minit.
5. Kemudian, Doktor Muda diarahkan menghadap rakan masing-masing

dengan jarak 2 meter.
6. Doktor Muda diminta membalingkan belon dengan kedua-dua belah

tangan kepada rakan masing-masing sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir
selama 3 minit.
7. Selepas itu, Doktor Muda dikehendaki melambung belon ke atas sambil
bergerak ke arah dalam bulatan dan keluar balik tanpa berpusing ke
belakang bersama belon. Ulang 2 hingga 3 kali.
8. Doktor Muda berlari mengelilingi padang atau kelas sambil melontar belon
ke atas selama 2 minit.
9. Guru juga meminta Doktor Muda menimbang belon dengan menggunakan
kaki selama 2 minit.
10. Akhir sekali, guru menyuruh Doktor Muda mendapatkan pasangan masing-
masing. Doktor Muda akan mengikat belon ke arah luar kaki dan cuba
pecahkan belon pasangan masing-masing.
11. Selain aktiviti ini, guru boleh melakukan aktiviti tersebut seperti :
• Lari zig-zag
• Lari ambil bola
• Lari berganti-ganti
• Gelung rotan
• Lompat tali
• Merangkak dalam gelung rotan

B. Sumber

• Panduan Melakukan Regangan (Lampiran 9.1)
• Belon, wisel, tali skip dan gelung rotan
• Jam randik

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal Jawab

127

UNIT 2 : MENGEKALKAN BERAT BADAN UNGGUL SKOP 9

PENGENALAN

Unit ini menerangkan kepada Doktor Muda tentang cara mengukur tinggi dan
menimbang berat badan dengan betul. Ia mendedahkan Doktor Muda mengenai
status berat badan melalui kaedah pengiraan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index).
Seterusnya Doktor Muda dapat mengawal berat badan melalui pemantauan
status (BMI) secara berkala.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Mengukur tinggi dengan betul.
2. Menimbang berat badan dengan betul.
3. Menyatakan cara-cara mengukur Indeks Jisim Tubuh.
4. Menjelaskan kepentingan berat badan unggul.
5. Menyenaraikan langkah untuk mencapai berat badan unggul.
6. Membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut untuk dicatat ke dalam

Buku Rekod Kesihatan.

ISI PENTING

1. Panduan mengukur tinggi.
2. Panduan mengukur berat badan.
3. Panduan pengiraan dan interpretasi Indeks Jisim Tubuh.
4. Kepentingan memiliki berat badan unggul.
5. Cara mengekalkan berat badan unggul.

KANDUNGAN

1. Panduan Mengukur Ketinggian

• Pastikan alat pengukur dalam keadaan baik.
• Pastikan murid berdiri tegak, tanpa kasut, kaki dirapatkan dan tumit
mencecah dinding. Lutut rapat dan ditegakkan.
• Catatkan ukuran tinggi dalam meter (m) pada satu angka perpuluhan.

2. Panduan Menimbang Berat Badan

• Pastikan alat timbang dalam keadaan baik.
• Pastikan jarum penimbang berada pada bacaan ‘0’ sebelum membuat

timbangan.
• Pastikan tiada barang-barang berat dalam poket murid.
• Pastikan murid berdiri tegak di atas alat timbang tanpa kasut, tidak berpegang

pada apa-apa dan murid mesti berdiri diam semasa ukuran diambil.
• Berat badan dicatat dalam unit kilogram (kg) kepada satu angka

perpuluhan.

128

3. Panduan Pengiraan dan Interpretasi Indeks Jisim Tubuh (BMI)

BMI ialah satu ukuran saintifik untuk menentukan sama ada berat badan
bersesuaian mengikut ketinggian. Mencapai dan mengekalkan Indeks Jisim
Tubuh yang sesuai mengikut umur adalah baik untuk kesihatan.

Pengukuran nilai BMI dilakukan mengikut formula berikut :

Formula BMI = Berat (Kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

Umur BMI - untuk umur, Lelaki (Sumber : 2007 WHO)
(Tahun)
< -3 SD >-3 SD-<-2SD > -2 SD - < 1 SD >1SD-<2SD > 2 SD
7 (Susut Teruk) (Susut) (Berat badan (Berlebihan (Obes)
8
9 normal) berat badan)
10
11 < 12.3 12.3 - 13.0 13.1 - 17.0 17.1 - 19.0 > 19.0
12
< 12.4 12.4 - 13.2 13.3 - 17.4 17.5 - 19.7 > 19.7

< 12.6 12.6 - 13.4 13.5 - 17.9 18.0 - 20.5 > 20.5

< 12.8 12.8 - 13.6 13.7 - 18.5 18.6 - 21.4 > 21.4

< 13.1 13.1 - 14.0 14.1 - 19.2 19.3 - 22.5 > 22.5

< 13.4 13.4 - 14.4 14.5 - 19.9 20.0 - 23.6 23.6

Umur BMI - untuk umur, Perempuan (Sumber : 2007 WHO)
(Tahun)
< -3 SD >-3 SD-<-2SD > -2 SD - < 1 SD >1SD-<2SD > 2 SD
7 (Susut Teruk) (Susut) (Berat badan (Berlebihan (Obes)
8
9 normal) berat badan)
10
11 < 11.8 11.8 - 12.6 12.7 - 17.3 17.4 - 19.8 > 19.8
12
< 11.9 11.9 - 12.8 12.9 - 17.7 17.8 - 20.6 > 20.6

< 12.1 12.1 - 13.0 13.1 - 18.3 18.4 - 21.5 > 21.5

< 12.4 12.4 - 13.4 13.5 - 19.0 19.1 - 22.6 > 22.6

< 12.7 12.7 - 13.8 13.9 - 19.0 20.0 - 23.7 > 23.7

< 13.2 13.2 - 14.3 14.4 - 20.8 20.9 - 25.0 > 25.0

Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas IJT yang unggul (ideal) adalah
antara 18.5 - 25.0.

4. Kepentingan Memiliki Berat Badan Unggul

• Mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes
dan tekanan darah tinggi.

• Kelihatan lebih cantik dan kemas.
• Lebih aktif dan cergas.
• Rasa lebih yakin dan mempunyai harga diri yang tinggi.

129

5. Cara Mengekalkan Berat Badan Unggul SKOP 9

Sekiranya murid mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka murid
perlu mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat
dan senaman yang teratur.

(Guru boleh merujuk Pakej Cabaran Sihat Doktor Muda Sekolah Rendah)

5.1 Mengamalkan pemakanan yang sihat

• Makan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan bijirin dan produk
bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan, ayam, daging dan kekacang,
susu dan produk tenusu berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

• Utamakan makanan tinggi kandungan serat (fiber) seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh (wholemeal).

• Kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan lemak.
• Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
• Makan mengikut keperluan.
• Makan mengikut masa yang tetap.
• Elakkan snek yang tidak berkhasiat.

5.2 Mengamalkan senaman yang cukup dan teratur mengikut Prinsip F.I.T.T.

F: Frekuensi (kekerapan). Bersenamlah sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali
seminggu. Contoh senaman adalah berjalan pantas, joging, berbasikal,
senamrobik dan bersukan.

I: Intensiti ialah tahap keupayaan murid untuk bersenam.
Sekiranya murid mengalami kesukaran untuk bernafas semasa bersenam,

ini bermakna dia telah melakukan senaman melebihi had keupayaan.
Mulakanlah senaman secara perlahan-lahan dan tingkatkan tahap
mengikut keupayaan murid.

T: Tempoh ialah masa atau berapa lama masa yang diperlukan untuk
bersenam. Luangkan masa sekurang-kurangnya 60 minit untuk bersenam
bagi mendapatkan berat badan unggul.

T: Type (Jenis). Jenis senaman yang dilakukan yang memerlukan pergerakan
dan mengikut minat murid seperti beriadah, bersukan, bermain permainan
rakyat dan sebagainya.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TIMBANGAN SIHAT

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru memberi penerangan tentang pentingnya mengambil ukuran berat
badan serta ukuran tinggi bagi memantau pertumbuhan tubuh badan.
Seterusnya, guru membuat demonstrasi cara mengukur ketinggian dan
berat badan dengan betul.

130

2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 2 kumpulan.
• Kumpulan 1 - mengambil ukuran ketinggian
• Kumpulan 2 - mengambil ukuran berat badan
3. Setelah selesai, Doktor Muda perlu menukar aktiviti pengukuran mengikut

kumpulan sehingga murid faham dan cekap.
4. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda akan membuat rumusan terhadap sesi ini.

B. Sumber

• Alat ukur tinggi
• Alat penimbang berat badan

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Doktor Muda boleh mengambil ukuran berat badan dengan betul
• Doktor Muda boleh mengambil ukuran ketinggian dengan betul
• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : CARA MENGUKUR INDEKS JISIM TUBUH (BMI)

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru meminta Doktor Muda mendapatkan bacaan ukuran tinggi dan berat
badan masing-masing.

2. Guru memberi formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan meminta Doktor Muda
mengira BMI masing-masing berdasarkan formula yang diberikan.

3. Guru memperkenalkan Carta Pertumbuhan WHO bagi mendapatkan klasifikasi
berat badan murid.

4. Guru menerangkan kepentingan berat badan unggul kepada Doktor Muda.
5. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda menerangkan kaedah mengekalkan

berat badan unggul.

B. Sumber

• Carta Pertumbuhan WHO 2007 (Lelaki dan Perempuan)
• Jadual Klasifikasi Berat Badan

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Doktor Muda boleh membuat pengiraan BMI dengan betul
• Doktor Muda boleh membuat intepretasi BMI dengan betul
• Soal Jawab

131

UNIT 3 : JANGAN MULA MEROKOK SKOP 9

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda tentang bahaya merokok dan juga faedah
tidak merokok agar mereka tidak mula merokok.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan bahan kimia berbahaya di dalam asap rokok.
2. Menyatakan bahaya merokok kepada kesihatan.
3. Menerangkan bahaya merokok kepada perokok pasif.
4. Menyenaraikan kebaikan tidak merokok.

ISI PENTING

1. Fakta mengenai tembakau.
2. Fakta mengenai rokok – Pahit Tetapi Benar.
3. Mengapa seseorang itu merokok.
4. Bahan-bahan kimia dalam asap rokok.
5. Penyakit-penyakit akibat merokok.
6. Kesan-kesan lain yang dikaitkan dengan merokok.
7. Kesan merokok kepada remaja.
8. Risiko kepada perokok pasif.
9. Faedah tidak merokok.
10. Faedah tidak merokok bagi remaja.
11. Denda merokok.
12. Kawasan-kawasan larangan merokok.
13. Hak murid sebagai orang yang tidak merokok.
14. Tanggungjawab murid.

KANDUNGAN

1. Fakta Mengenai Tembakau
• Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum.

• Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara.
• Dibawa oleh Christopher Columbus ke Eropah pada kurun ke-16.
• Sejak itu, penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia.
• Kini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan terdapat 1.1 billion

perokok di seluruh dunia (47% lelaki dan 12% wanita).
• Di Malaysia : 46.4% lelaki dan 1.6% wanita berusia 18 tahun ke atas didapati

merokok.

2. Fakta Mengenai Rokok - Pahit Tetapi Benar

• Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian
sebelum masa dan ini boleh dielakkan.

• Merokok menyebabkan :
- 25% daripada penyakit jantung koronari
- 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik
- 90% daripada kesemua kes barah paru-paru

132

• 50% daripada perokok seumur hidup dijangka akan meninggal dunia akibat
diserang penyakit berkaitan dengan merokok.

• Merokok menyebabkan komplikasi semasa mengandung, terencatnya
pertumbuhan anak di dalam kandungan, kesulitan lain semasa mengandung,
bersalin dan berpantang serta menyebabkan penyakit salur pernafasan kanak-
kanak.

• Merokok menggandakan risiko maut akibat serangan sakit jantung sebanyak 10
- 15 kali ganda berbanding bukan perokok dan pada usia yang lebih muda.

• Lebih 85% dari perokok dewasa mula merokok ketika usia remaja.

3. Mengapa Seseorang Itu Merokok?

Antara sebab-sebab seseorang itu merokok adalah :

• Menonjolkan imej yang anggun dan hebat.
• Melambangkan kedewasaan.
• Ingin mencuba.
• Mengikut tingkah laku ibu bapa.
• Pengaruh rakan sebaya.
• Pengaruh iklan.
• Berkemampuan untuk membeli.
• Mudah memperolehi bekalan rokok.

4. Bahan Kimia dalam Asap Rokok

Tahukah anda? Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap rokok
yang boleh membahayakan kesihatan kita.

• Aceton (penanggal cat)
• Methanol (bahan api roket)
• Naphthalene (ubat gegat)
• Toluene (bahan pelarut)
• Cadmium (bahan bateri kereta)
• Vinylchlorida (bahan pembuat PVC)
• Toluidine (pelarut industri)
• Ammonia (pencuci lantai)
• Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam bilik gas)
• Arsenik (racun anai-anai atau semut)
• Phenol (pembersih)
• Butane (cecair pemetik api)
• DDT (racun makhluk perosak)
• Pyrene
• Benzopyrene
• Urethane
• Nickel
• Polonium
• Nikotin (racun serangga dan asap)
- menyebabkan ketagihan
- meningkatkan tekanan darah
- meningkatkan kadar denyutan jantung
- mengecutkan saluran darah
• Karbon Monoksida (gas ekzos kereta)
- boleh membawa maut
- menyebabkan kekurangan oksigen kepada otak, penglihatan dan otot-otot
(tidak dapat berfungsi dengan baik)

133

- mengurangkan fungsi pembersihan oleh paru-paru dan menyebabkan SKOP 9
bahan kimia daripada asap rokok melekat di sepanjang saluran pernafasan
(ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru)

- kesan jangka masa panjang : saluran pernafasan membengkak dan jumlah
udara yang disedut berkurangan

• Tar (minyak tar jalan)
- melekat di sepanjang saluran pernafasan (seperti jelaga di sepanjang
terowong asap)
- bahan karsinogenik (bahan yang boleh menyebabkan kanser atau barah)

5. Penyakit-penyakit Akibat Merokok

• Pelbagai jenis kanser
- paru-paru
- tekak
- mulut
- pankreas
- pundi kencing
- buah pinggang
- rahim
- esofagus
- gaster (perut)

• Penyakit jantung
• Darah tinggi
• Strok atau angin ahmar
• Penyempitan saluran darah
• Ulser perut atau gastrik
• Bronkitis kronik atau Emfisima
• Penyakit lelah bertambah teruk
• Buta
• Memendekkan hayat seseorang

6. Kesan-kesan Lain yang Dikaitkan dengan Merokok

• Nafas berbau busuk
• Gigi rosak atau kuning
• Cepat beruban atau kulit cepat berkedut
• Kurang stamina atau mudah letih
• Bibir menjadi hitam
• Nampak selekeh dan pengotor
• Badan dan pakaian berbau busuk
• Kesuburan atau kelakian menurun
• Membazir wang
• Menyebabkan kebakaran

7. Kesan Merokok Kepada Remaja

• Menyebabkan kelihatan selekeh dan tidak sopan.
• Mendorong ke arah amalan buruk yang lain seperti menghidu gam, menagih

dadah dan minum minuman yang memabukkan.
• Tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menambah masalah.
• Menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
• Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal.
• Menyebabkan ketagihan yang sukar dipulihkan.
• Boleh dikenakan tindakan disiplin.

134

8. Risiko Kepada Perokok Pasif

• Risiko kepada kanak-kanak

- lebih mudah mendapat lelah.
- mudah mendapat jangkitan paru-paru.
- pertumbuhan paru-paru terganggu.
- mudah menjadi perokok apabila dewasa.
- lebih terdedah kepada kanser.

• Risiko kepada wanita

- melahirkan bayi yang kurang berat badan atau menyebabkan
rencatan tumbesaran bayi dalam rahim.

- melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
- menyebabkan keguguran atau bayi mati dalam rahim.
- lebih terdedah kepada kanser.
- mengurangkan kesuburan.
- putus haid awal.

9. Faedah Tidak Merokok

• Jangka hayat lebih panjang dan lebih sihat.
• Mencegah penyakit.
• Menghindari racun.
• Meningkatkan kecergasan dan stamina.
• Nafas lebih segar.
• Gigi lebih putih.
• Kulit lebih sihat.
• Meningkatkan deria rasa dan bau.
• Rambut dan pakaian tidak berbau busuk.
• Berasa lebih segar dan segak.
• Lebih keyakinan diri.
• Melindungi orang lain.
• Menjadi teladan yang baik.
• Menjimatkan wang.
• Melindungi alam sekitar.

10. Faedah Tidak Merokok Pada Remaja

• Lebih segak.
• Lebih matang.
• Berketrampilan.
• Berkeyakinan diri yang tinggi.
• Perawakan yang menarik.
• Kecemerlangan akademik.
• Lebih cergas dan berstamina.
• Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit.
• Sentiasa disenangi orang lain.
• Lebih wang saku dan berjimat cermat.
• Sentiasa ceria.

135

11. Denda Merokok SKOP 9

AMARAN!

• Jika anda merokok di kawasan yang dilarang merokok, anda boleh
dikenakan kompaun minimum RM250.00 sehingga maksimum RM5,000.00.

• Sekiranya kompaun tidak dijelaskan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh
dikeluarkan, anda boleh didakwa di mahkamah!

• Jika sabit kesalahan, anda boleh dijatuhi hukuman denda sehingga
RM10,000.00 atau penjara kurang 2 tahun!

12. Kawasan-kawasan Larangan Merokok

• Sekolah
• Hospital atau klinik
• Tadika
• Institusi Pengajian Tinggi
• Premis kerajaan
• Kaunter awam
• Kompleks sukan atau stadium
• Dewan
• Lif awam
• Tempat makan berhawa dingin
• Kenderaan awam
• Hentian Pengangkutan Awam
• Stesen minyak
• Kompleks membeli-belah
• Panggung wayang
• Lapangan terbang
• Rumah ibadat

13. Hak Murid Sebagai Orang yang Tidak Merokok

• Memberitahu orang lain bahawa anda tidak suka asap rokok.
• Membantah dengan baik apabila orang lain merokok di hadapan anda.
• Memberitahu orang lain tentang bahaya merokok.
• Memberitahu orang lain tentang kawasan larangan merokok.

14. Tanggungjawab Murid

• Jangan cuba mula merokok kerana ini tabiat yang boleh menyebabkan
ketagihan.

• Berhenti serta-merta jika sudah merokok.
• Elakkan diri daripada pengaruh kawan untuk merokok.
• Katakan ‘tidak’ kepada sebarang pelawaan merokok.
• Berikan maklumat kepada sesiapa sahaja yang merokok di kawasan‘larangan

merokok’ kerana itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
• Berikan nasihat dan galakan kepada rakan-rakan yang merokok supaya

berhenti merokok.
• Laporkan kepada guru disiplin murid yang didapati merokok di sekolah atau

di luar sekolah.
• Jangan belikan rokok untuk orang lain termasuk ibu bapa sendiri.
• Sebarkan maklumat tentang bahaya merokok kepada rakan sebaya.

136

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : POSTER TAK NAK MEROKOK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengarahkan Doktor Muda melukis poster atau lukisan bertemakan
’Tak Nak Merokok!’.

2. Tempoh masa selama 2 minggu diberikan kepada Doktor muda untuk
menyerahkan hasil kerja mereka.

3. Pada tarikh penghantaran lukisan, guru memilih beberapa orang Doktor
Muda untuk memberikan penjelasan tentang visual lukisan mereka.

4. Doktor Muda diminta membuat rumusan bagi setiap poster yang
dihasilkan.

5. Poster yang terbaik akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah.

B. Sumber

• Kertas Lukisan
• Cat Air
• Pensel Warna

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : KATAKAN…TAK NAK MEROKOK!

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja ’Katakan..Tak Nak Merokok!’, seperti
di Lampiran 9.3(A), kepada Doktor Muda.

2. Masa selama 15 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menulis
jawapan masing-masing.

3. Doktor Muda diminta untuk menyimpan lembaran ’Katakan..Tak Nak
Merokok!’ masing-masing sehingga tamat sesi latihan berkenaan.

4. Guru menayangkan video Tak Nak Merokok.
5. Doktor Muda diminta memberi ulasan berpandukan Lampiran 9.3(B)

’Merokok Adalah Amalan Yang Mesti Dielakkan’.
6. Guru dan Doktor Muda membincangkan jawapan bagi soalan-soalan di

dalam Lembaran ’Katakan..Tak Nak Merokok!’ bersama Doktor Muda.
7. Doktor Muda akan merumuskan sesi dengan menggunakan Lampiran

9.3(C) ’Merokok...Renungkan’.

137

B. Sumber SKOP 9

• Lembaran Kerja ’Katakan..Tak Nak Merokok!’ (Lampiran 9.3(A))
• Helaian Merokok Adalah Amalan Yang Mesti Dielakkan (Lampiran 9.3(B))
• Helaian ’Merokok ...Renungkan’. (Lampiran 9.3(C))
• Video Tak Nak Merokok

C. Masa

• 1 jam

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : TEKA SILANG KATA TAK NAK MEROKOK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja Teka Silang Kata Tak Nak Merokok,
seperti di Lampiran 9.3(D) , kepada Doktor Muda.

2. Masa selama 15 minit diberikan kepada Doktor Muda untuk menjawab.
3. Doktor Muda tidak dibenarkan berbincang dan merujuk nota.
4. Jawapan hendaklah diberi dengan mengisi petak-petak kosong dalam

teka silang kata tersebut.
5. Setelah tamat masa yang ditetapkan, guru mengarahkan Doktor Muda

bertukar-tukar kertas jawapan sesama mereka.

B. Sumber

• Lembaran Kerja Teka Silang kata Tak Nak Rokok (Lampiran 9.3(D))

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 4 : MAIN PERANAN ‘MEROKOK MEMBAWA PADAH YANG BURUK’

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan senario ”Merokok Membawa Padah Yang Buruk’

(Lampiran 9.3(E)) kepada setiap kumpulan Doktor Muda.
3. Guru membincangkan senario berkenaan bersama Doktor Muda dengan

merujuk kepada kad peranan (Lampiran 9.3(F)).
4. Doktor Muda diminta melakonkan senario tersebut.

138

5. Guru akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan.
6. Guru meminta Doktor Muda merumuskan bahawa amalan merokok membawa

padah yang buruk.
Peringatan :
• Pilih pelakon secara sukarela. Sekiranya tiada, guru menggunakan budi

bicara untuk memilih pelakon.
• Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka

lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut (melalui proses
”role” dan ”de-role”).
• Pastikan pemerhati mengambil bahagian dalam perbincangan.

B. Sumber

• Senario ”Merokok Membawa Padah Yang Buruk” (Lampiran 9.3(E)).
• Kad Peranan (Lampiran 9.3(F)).

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 5 : TUBUH SEORANG PEROKOK

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja Tubuh Seorang Perokok seperti di
Lampiran 9.3(G).

2. Doktor Muda diminta untuk mengisi penyakit-penyakit akibat merokok di
ruang kosong yang disediakan.

3. Guru meminta Doktor Muda membentangkan jawapan kepada kumpulan.
4. Wakil Doktor Muda memberikan jawapan yang betul kepada kumpulan

serta menerangkan kesan buruk akibat merokok.

B. Sumber

• Lembaran Kerja Tubuh Seorang Perokok (Lampiran 9.3(G))

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

139

SKOP PERSEDIAAN KE ALAM REMAJA
10
UNIT 1 : MENGENALI ALAM REMAJA

UNIT 1 : MENGENALI ALAM REMAJA SKOP 9

PENGENALAN SKOP 10

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada perubahan awal remaja untuk persiapan
diri dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi untuk diri dan untuk membimbing rakan-
rakan sebaya.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Memahami peringkat tumbesaran dan perkembangan individu.
2. Mengenal pasti perubahan fizikal, dan mental yang dialami semasa perubahan

ke alam remaja.
3. Mengamalkan cara-cara penjagaan kebersihan alat sulit.

ISI PENTING

1. Definisi remaja.
2. Perubahan kedewasaan

2.1 Perubahan remaja dari aspek fizikal.
2.2 Anatomi sistem reproduktif.
2.3 Perubahan remaja dan aspek psikososial.

3. Amalan kebersihan alat sulit.

KANDUNGAN

1. Definisi Remaja

• Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.
• Remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun.
• Tempoh berbeza mengikut individu.

1406

2. Perubahan Kedewasaan

Bayi 2 Tahun 5 Tahun 15 Tahun Dewasa


2.1 Perubahan remaja dari aspek fizikal.

2 tahun 6 tahun 10 -12 tahun 20 - 22 tahun 30-34 tahun

TAHAP PERTUMBUHAN MANUSIA

141

Pundi kencing Vesikel semen
Vas deferens Prostat
Tulang pubis

Zakar

Kepala zakar

Kerandut testis Testis
Saluran epididimis

Gambarajah Sistem Reproduktif Lelaki

Ovari polisistik

Tiup falopio

Ovari normal
Ovari

Uterus Endometrium
Serviks
SKOP 9
Faraj

Vulva SKOP 10
Gambarajah Sistem Reproduktif Perempuan

142

2.2 Anatomi sistem reproduktif.

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang
dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini.
Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

• Kognitif ( proses mental ) - memahami , membuat perkiraan, membuat
pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.

• Emosi - perkembangan pantas sewaktu pra-sekolah, tugasan ini
termasuk :
o Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi.
o Belajar mengawal emosi.
o Memahami kesan emosi terhadap tingkahlaku.

• Sosial - Dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan bentuk
pergantungan kepada ibubapa atau penjaga utama.

• Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah.

3. Amalan Kebersihan Alat Sulit

Lelaki :

• Masalah alat sulit
o Masalah sukar kencing dan kencing tak lawas.

o Buah zakar - Hernia atau angin pasang. Kejadian apabila otot yang
menyokong buah zakar menjadi lemah.

o Masalah jangkitan kulat pada sekeliling kemaluan (penis).
o Kecederaan pada alat sulit - bengkak dan sakit semasa kencing.

• Kebersihan pakaian dalam
o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kain kapas.
o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan dari berbau dan jangkitan
kuman dan kulat.

• Kepentingan untuk bersunat
o Memudahkan penjagaan kebersihan.
o Mengelakkan jangkitan kutu dan kulat.
o Mengelakkan masalah buang air kecil.
o Mengelakkan kecederaan. Contoh terlekat pada zip seluar.

Peringatan : Dinasihat untuk mendapat khidmat berkhatan di klinik atau

hospital

Perempuan :

• Masalah alat sulit
o Jangkitan kulat, bakteria - menyebabkan gatal, sakit dan berbau.
o Keradangan (merah dan bengkak).
o Lendir.
o Kecederaan (contoh semasa bersukan).

143

• Kebersihan pakaian dalam SKOP 10
o Disarankan memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain
kapas.
o Mesti ditukar setiap hari untuk mengelakkan daripada berbau dan jangkitan
kuman dan kulat.
o Ketika masa haid tukar lebih kerap pakaian dalam.

• Penjagaan semasa haid
o Kerap tukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar
kerana darah merupakan medium yang sesuai untuk kuman membiak.
o Tukar seluar dalam jika dicemari darah.
o Jika sakit sebelum atau semasa haid maklum kepada guru untuk rujukan ke
klinik.
o Tuala wanita yang telah digunakan, hendaklah dilupus dengan
sempurna.

• Dibungkus dengan baik menggunakan kertas pembalut tuala wanita atau
surat khabar.

• Buang dalam tong khas untuk tuala itu atau ke dalam tong sampah.
(Peringatan : Jangan membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas

kerana lubang tandas akan tersumbat dan rosak.)

Peringatan : Dinasihat untuk mendapat khidmat berkhatan di klinik atau

hospital.

• Penjagaan payu dara
o Perubahan ketara tumbesaran payu dara.
o Pakai coli yang sesuai mengikut saiz payu dara.
o Menjaga kebersihan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : ALAMI ALAM REMAJA

A. Cara Pelaksanaan

1. Murid lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan dalam menjalani aktiviti
ini.

2. Guru membahagikan Doktor Muda ke dalam kumpulan kecil 5 hingga 7
orang.

3. Mereka diminta membincangkan peringkat tumbesaran atau perkembangan
yang dialami oleh individu. Berikan masa kira-kira 10 minit.

4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka dan diikuti soal
jawab.

5. Guru memberikan penerangan secara berperingkat-peringkat tentang
peringkat tumbesaran atau perkembangan individu.

144

6. Guru meminta Doktor Muda secara bergilir-gilir menulis perubahan yang berlaku
pada diri mereka sebelum berumur 10 tahun dan selepas atas kertas sebak
(mahjong).

7. Guru kemudian mengkategorikan perubahan tersebut kepada fizikal atau emosi
(psikologikal).

8. Guru seterusnya menerangkan perubahan fizikal dan psikologi masa remaja.
9. Guru menerangkan cara-cara menghadapi perubahan tersebut.
B. Sumber
• Kertas sebak (Kertas Mahjong)
• Marker pen
• Gambar sistem reproduktif lelaki dan perempuan
• Set buku kecil ‘Rahsia Remaja’
C. Masa
• 45 minit
D. Penilaian
• Soal Jawab

145

SKOP KENALI UBAT ANDA
11
UNIT 1 : APAKAH ITU UBAT
UNIT 2 : AMALAN 5B
UNIT 3 : CARA PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL

UNIT 1 : APAKAH ITU UBAT

PENGENALAN

Unit ini membolehkan Doktor Muda memahami ubat dan jenis-jenis ubat yang sering
digunakan.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan apa itu ubat.
2. Membezakan jenis-jenis ubat dan cara penggunaannya.

ISI PENTING

1. Pengenalan ubat.
2. Jenis-jenis ubat yang sering digunakan dan cara penggunaannya.

KANDUNGAN

1. Pengenalan ubat

• Ubat ialah bahan kimia untuk merawat, mengawal dan mencegah penyakit.
• Ubat untuk merawat, contohnya ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik.
• Ubat untuk mengawal penyakit, contohnya ubat diabetes dan ubat asma.
• Ubat untuk mencegah penyakit, contohnya vaksin dan vitamin.
• Penggunaan yang betul akan membawa manfaat kepada kita tetapi

penyalahgunaan ubat akan membawa kesan mudarat. Berhati-hati semasa
mengambil ubat.
• Ubat yang dipasarkan perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia supaya selamat, berkualiti dan berkesan.

SKOP 11

146

2. Antara Jenis-jenis Ubat yang Sering digunakan dan Cara Penggunaannya

Nom- Jenis Ubat Cara Penggunaannya
bor
1. Tablet Untuk dimakan / ditelan
2. Kapsul Untuk dimakan / ditelan
3. Ubat minum Untuk diminum
4. Ubat sapu Untuk disapu (pada kulit)
5. Ubat titis Untuk dititis (pada mata / telinga /
hidung)
6. Ubat sedut (Inhaler) Untuk disedut (oleh pesakit asma)
7. Supositori Untuk dimasukkan ke dalam dubur

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : KENALI UBAT ANDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menjelaskan jenis-jenis ubat dan cara penggunaannya.
2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 4 kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberikan satu set kepingan gambar jenis ubat dan kad

cara penggunaan ubat.
4. Doktor Muda diminta menyusun kepingan gambar untuk membentuk tujuh

gambar. Seterusnya, mereka hendaklah memadankan gambar tersebut
dengan kad cara penggunaan dengan tepat dalam masa 10 minit.
5. Kumpulan yang paling cepat melengkapkan ketujuh-tujuh set tersebut
dengan betul dianggap sebagai pemenang.
6. Dengan bimbingan guru, Doktor Muda menjelaskan jenis-jenis ubat dan cara
penggunaan setiap jenis ubat.

B. Sumber

• Kepingan gambar jenis ubat : tablet, kapsul, ubat minum, ubat sapu, ubat
titis,ubat sedut(Inhaler) dan supositori

• Kad cara penggunaan ubat

C. Masa

• 20 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

147

AKTIVITI 2: SATU, DUA, PUSING! SKOP 11

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru membahagikan Doktor Muda kepada 2 kumpulan dan duduk
dalam bulatan.

2. Setiap kumpulan diberikan satu set kad gambar ubat sebanyak 42
keping. Set tersebut mempunyai 7 jenis ubat yang berbeza dan terdapat
6 keping kad yang sama bagi setiap jenis.

3. Sebelum memulakan permainan, kad tersebut dicampur secara rawak
dan dibahagi secara rawak kepada ahli kumpulan.

4. Untuk memulakan permainan, seorang ahli dalam setiap kumpulan akan
memilih satu kad yang tidak diingini. Kad tersebut hendaklah diserahkan
kepada kawan di sebelah kanan sambil menyebut “1, 2, pusing !”

5. Langkah ini akan disambung oleh ahli seterusnya sehingga salah seorang
ahli dalam kumpulan berjaya mengumpul 6 keping kad bercorak ubat
sama.

6. Apabila seseorang ahli kumpulan berjaya mengumpul 6 keping kad
bercorak ubat sama, ahli kumpulan tersebut hendaklah meletakkan
keenam-enam kadnya di tengah-tengah bulatan sambil menyebut
nama ubat serta cara penggunaan ubat tersebut. Ahli kumpulan yang
paling pantas berbuat demikian dengan betul dianggap sebagai
pemenang.

7. Guru meminta beberapa Doktor Muda menyebut nama ubat dan cara
penggunaan ubat tersebut.

* Peraturan Utama :
- Setiap kumpulan terdiri daripada 7 orang murid.
- Kad setiap ahli haruslah dilindungi dan tidak boleh dilihat oleh ahli-
ahli lain dalam kumpulan.
- Kad yang diserahkan kepada kawan di sebelah kanan hendaklah
ditutup dan hanya boleh diketahui oleh pemberi dan penerima kad
sahaja.

B. Sumber

• Kad gambar ubat

C. Masa

• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

148


Click to View FlipBook Version