Kehadiranmu
Oleh : acapis
Prolog
“Kau memang tak guna orang”,jerit seorang perempuan yang sedang berlalu pergi dari meja
yang diduduki itu.
“Please jangan pergi dalam hidup aku”,rintih hati ini mengharapkan insan yang kian
menghilangkan bayang itu tidak meninggalkan aku.
Badan terus melekat dikerusi untuk aku bangun dan mengejarnya.Cukup sakit untuk aku
melihat dia mula menjauh dari aku atas kesilapan aku itu.Sebuah kisah yang panjaang untuk
dinukilkan yang bermul dari sebuah perharapan hati terhadap kasih sayang dan cintanya.
Biarlah ini yang mengajar aku untuk mulakan kisah baharu sebagai Adham Mikail yang
baharu.Baju yang basah dek terkena simbahan air tadi cukup memalukan aku disitu.Cukup
malu kerana menjadi tontonan orang yang ada disitu.
Kini aku bersendirian namun aku juga masih rindukan dia.Kini aku ada apa yang kejarkan
namun dia .Aku rindu dia.
………………………………………
Berlalu pergi dari situ selepas menyimbah air di muka Adham Mikail.Kini jiwanya berteriak
dan menangis bukan kerana perbuatannya itu tapi terkenang waktu dia mendapat tahu yang
Adham Mikail sudah menipu dirinya.Dia yang baru saja belajar menyukai dan menyukai
Adham Mikail pasti tidak dapat menerima semua itu.
Kini semua orang sedang memandang dirinya kerana tangisan yang teresak-esak dari
matanya sambil mengharakan Adham Mikail akan mengejarnya dari belakang untuk
memohon maaf.Dia hanya perlukan kata maaf itu untuk restart hidupnya dengan Adham
Mikail.
“Kau memang bodoh Adham Mikail.Kau tak sedar ke yang aku dah mula suka kau”,raung
hatinya.
Kini dia mulakan hidup baharu seorang diri.Bukan dia tak percaya kepada lelaki tapi jauh
disudut hatinya dia masih rindukan wajah Adham Mikail.Dia harapkan Adham Mikail akan
datang untuk meminta maaf namun dia hampa selama bertahun-tahun.
Pulang
Jam menunjukkan hampir memasukki angka 5 namun bayang Razali dan Amanina masih
gagal di temui oleh aku yang setia menunggu mereka di Lapangan Terbang Heathrow.Dah
berjam-jam aku tunggu dua ‘ekor’ kawan aku ni tak muncul-muncul lagi.Takkan sesat dalam
airport kot.Dua minggu lepas Razali hubungi aku sama ada aku masih ada dekat London ke
tak sebab dia dengan Amanina nak datang.Katanya nak pusing-pusing UK sambil ada kerja
sikit.Harul betulah dua orang ni nasib baik aku tak balik lagi.
Secawan kopi Latte Starbuck menjadi peneman buat diri aku menunggu mereka berdua
hampir 3 jam .Pasangan Razali dan Amanina sudah dikenali oleh aku sejak zaman univesiti
lagi kerana kami bertiga melanjutkan pelajaran kami dalam jurusan kejuruteraan di universiti
yang sama .Pasangan yang aku sudah kenali ini tidak asing buat aku kerana aku sering kali
menjadi third wheeler apabila mereka ini berdating.Bayang jelah kau terpaksa layan karenah
dua orang ni yang entah apa-apa kebudakan yang teramat teruk.
Puas menunggu dan mengimbau kenangan lalu berseorangan akhirnya bayang mreka berdua
muncul melambai-lambai ke arah aku.Majlis nikah mereka pun aku tak hadiri sebab aku
dekat London masa tu lebih winter lepas.Haru jugaklah bila aku dah janji dulu nak jadi
pengapit Razali.Sah-sah kena bahan kaw-kawa dengan Razali.
“Muncul pun kau.Puas aku menunggu tau”…
“Alah kau.merungut je kau ye”.
“Takde-takde.Kau kena belanja dinner aku nanti”.
“Aku bayar ye nanti bila kau dah kahwin”
“Hrmmm…Tak payah belanja la kalau macam tu”.
Selesai meletakkan bagasi dalam but kereta, kami bertiga menuju ke restoran halal yang ada
di kota Metropolitan London ini.Lapar katanya sebab tak makan sejak pagi tadi lagi.Masuk-
masuk kereta dah kena tanya soalan yang pelik.Khabar langsung tak di tanya.Maklumlah
kalau tak susah tak cari aku.Nak mikah pun pun tanya pendapat aku lagi.Solat Istikahrah lah
jawabnya.
“Kau bila nak kahwin ni”,tanya Razali.
“Kahwin?Tengok lah dulu macam mana”,jawab ku dengan tenang.
“Kau tahu tak yang kau dah nak masuk angka 30 tau”,Razali dengan tenang membalas
jawapan aku.
“Ye lah.In sha Allah tahun depan kau kahwin.Tu pun kalau jumpa jodoh”,aku cuba mengelat
dari pertanyaan seperti ini kerana kau tak bersedia lagi.
“Takde lah.Masuk-masuk kereta tanya nak nikah bila.Baik tanya aku sihat ke tak?”,merungut
aku sendirian kepada dua buah mangkuk hayun ni.
“Tengok kau macam ni dah tahu kau sihat.Aku tanyala kot-kot ada minah saleh offer diri dia
dekat kau”.
Terlopong aku dibuatnya mendengar minah saleh nak mengorat aku.Muka dah la macam
mamat bangla kerja kontraktor je.Tak hensemlah.Razali pun agak-agaklah nak bagi jawapan
pun.
…………………………………..
Seusai makan aku terus menanyakan lokasi hotel kerana aku perlu menghantar mereka ke
hotel.Dua minggu mereka di UK atas urusan kerja dan peribadi.Seminggu kerana Razali ada
urusan kerja dan seminggu lagi mereka berdua akan melancong ke sekita UK.Katanya na
pergi Manchester,Liverpool dan Scotland.Entah sempat ke tak mereka berdau nak habiskan
semua tempat dalam seminggu.Aku yang dah dua tahun dekat London pun tak sampai-
sampai lagi dekat Scotland.Setakat Liverpool tu aku redah je pergi tengok match Liverpool
dekat sana
“Hotel kau dekat mana?”,aku menanyakan lokasi dan nama hotel yang bakal diduduki oleh
pasangan ini sepanjang mereka berada disini selama kira-kira seminggu.
“Ini hotelnya”,Razali menunjukkan nama hotelnya di telefon pintarnya.
“Dekat je ini dengan rumah aku”,jawab aku.
“Boleh la aku menumpang nanti sebelum balik Malaysia”.
“Boleh je.Takdehal lagipun budak-budak yang lain dah terbang ke Malaysia”,Aku start
duduk sorang-sorang dalam rumah sewan kami berempat tu sejak awal bulan Disember sejak
kerja kami dah tamat.Aku saja nak balik lambat sikit sebab nak pusing-pusing kota UK
dulu.Duduk je dua tahu dekat sini tapi habuk langsung tak bercuti lagi.Asyik terperap dalam
bilik je.
Dah habis kerja baru fikir nak melancong ke apa.Lain dengan lagi tiga orang partner aku tu
yang hari biru bawa wife pusing-pusing UK setiap kali winter dengan sama.Lain la macam
aku yang single ni.Nak bawa Umie dan Ayah pun mereka dah sampai dah.Mungkin aku patut
fikir soal nak cari jodoh sekarang ni.
……………………………………….
“Kring!Kring!Kring!”.Deringan telefon ku berbunyi.Aku melihat dari siapa panggilan itu.
Nama ‘Sherry ”tertera menyebabkan aku dengan segara mengangkat panggilan itu.
Entah kenapa hati aku menjadi kurang enak melihat nama Sherry tertera disitu.Seolah-olah
apa perkara yang berlaku namun masih tidak ada jawapan untuk itu.
“Assalam, Am. Ini aku , Sherry”,Suara perempuan bernama Sherry memecah kebosanan aku
menunggu Razali dan Amanina di temat parkir kereta.
“Wassalam.Ada apa Sherry,”,aku menjawab dengan tenang.
“Aku ada benda nak beritahu kau ni.”,Suara Sherry seakan usai menangis menambah
kerisauan aku.Amat jarang Sherry menghubungi diriku kecuali atas urusan penting.
Aku yang sedang menunggu Razali dan Amanina pergi check in hotel sementara aku
memarkirkan kereta di kawasan yang sepatutnya.
…………………………………..
Rasa kelakar apabila hotel yang ditempah bertarikh esok bukannya hari ini maka terpaksalah
mereka berdua bermalam di rumah aku dahulu untuk malam ini.Nasib baik housemates aku
semua dah pulang ke kampung halaman masing-masing minggu lepas lagi.Kini rumah sewa
aku hanya tinggal aku seorang saja dan sewaan akan berakhir hujung Januari kira-kira
sebulan lebih lagi.Aku memberikan bilik aku kerana bilik aku adalah master bedroom untuk
memberi keselesaan kepada mereka berdua tidur malam itu.Cukup aku tidur di bilik belakang
mahupun di ruang tamu.
Kami bertiga meluangkan masa berbual-bual sebelum masuk tidur.
“Kau balik bila?”,tanya aku kepada Razali.
“Minggu depan,nak balik sekali ke?”Razali cuba mndapatkan kepastian dari soalan aku
kerana pasti dia kehairan dengan soalan aku itu kerana aku yang mengatur jadual
penerbangan mereka berdua.
“Itu tak penting sekarang sebab dari petang tadi kau sedih dan macam risaukan something
je.Ada berlaku apa-apa ke yang aku tak tahu ni. ”tanya Razali lagi.Razali sudah perasan yang
aku sudah berperwatakan aku.Dari seorang ceria dan banyak bercakap kepada seorang yang
muram dan menjadi pendiam sejak petang tadi
“Takde apa-apa.Aku penat sikit ”,aku cuba menyembunyikan apa yang Sherry katakan dan
beritahu aku pada petang tadi.
“Aku ikut balik sekali dengan kau tau”.
“Serius ini kau balik sekali.Jangan memain tau”.
“Iye Deku.Aku balik sekali esok.”
“Kenapa nak balik tiba-tiba ini? Jangan cakap Umie kau aturkan perkahwinan kau senyap-
senyap and kau rosakkannya.”,Razali ataupun dikenali sebagai Deku ini memang tak asing
panggilan ini oleh aku dan teman-teman yang lain.
“Aku tak bodoh dan gila lagi nak buat kerja gila macam tu tau.”aku cuba tenangkan keadaan
dari pertanyaan dan soalan bodoh itu.
“Nanti kita bertiga sampai Malaysia ,aku beritahu kau”.
Hari demi hari aku cuba menghitung untuk aku pulang ke Malaysia.Hari demi hari jugaklah
aku duduk di rumah tu seorang diri sementara menunggu Razali habiskan dia punya aktiviti
melancong.Bukannya tak biasa tapi entah kenapa aku perlukan seseorang untuk diajak
berborak.Rindu pada rumah means aku homesick ke?Atau just aku sedang rindukan
seseorang?Tiada jawapan untuk aku mengenai soalan yang bermain di benak fikiran.
Sejak 9 tahun lepas,tiada maksud ‘rindu’yang tertera dalam kamus hidup aku.Atau
mungkinkah aku terlalu egostik menerima hakikatnya aku sebenarnya rindukan kotaraya
Kuala Lumpur.
………………………
Aku memandu kereta yang dipenuhi bagasi Razali dan Amanina ini.Aku sendiri mengetahui
apa yang dibeli oleh mereka buat teman dan keluarga mereka.Aku banyak habiskan masa
menunggu mereka bershopping di sini dengan sakannya.
Aku sendiri sedia maklum bahawa musim Krismas sdang kunjung tiba maka tak hairan untuk
banyak pusat membeli belah tawarkan potongan harga diskaun yang tak masuk akal untuk
menarik perhatian pengunjung.
“Ini kereta siapa sebenarnya”,tanya Razali dengan penuh kehairanan.Dari hari pertama lagi
aku memandunya ke hulu hilir tanpa rasa kekok dan paling menghairankan adalah ia tersadai
di tempat parkir di rumah aku.
Aku tidak menjawab persoalan itu kerana aku sedang memikirkan hal yang diberitahu Sherry
itu.Dua tahun aku tak balik macam-macam dah terjadi dan banyak perkara yang aku tak tahu
mengenainya.Aku terlalu cuba untuk putuskan dunia aku dengan dunia luar sejak aku masuk
ke dunia di UK.Walhal bukan tiada tali yang cuba disambung namun aku yang memotongnya
kerana terlalu ego dengan diri sendiri.Ego menguasai diri sendiri kecuali dengan keluarga
aku.Gila agaknya aku ni.
…………………………………….
Di atas kapal terbang aku banyak mendiamkan diri dan melelapkan mata.Hanya Allah saja
tahu apa yang aku rasa pada ketika itu dengan perkhabaran yang kurang baik yang di terima
dari Malaysia.
Hanya tasbih dan tahmid dan doa sahaja yang aku mampu kirimkan kerana tiada apa yang
aku mampu lakukan sekarang.Menyembunyikan perkara itu tak mudah buat aku dari seorang
yang bernama Razali.Seseorang yang amat mengenali diri aku sebaik-baiknya dan begitulah
sebaliknya.
Aku hanya memandang ke luar tingkap kapal terbang dari awal perjalanan.Fikiran aku
melayang-melayang sejak aku menerima berita yang aku terima itu.Seminggu yang lalu,Izz
juga menelefon aku soal perkara itu.Mujur dia tenang memberitahu aku soal itu dan Izz juga
lega apabila mendengar aku sudah mengetahuinya.Apa yang tidak khabarinya adalah soal
kepulangannya aku ke tanah air.Bengong agaknya tak beritahu adik sendiri yang akan
pulang.
“Betul ni kau tak balik.Dia perlukan kau sekarang ni”,ayat Izz buatkan aku memberontak
dengan diri sendiri kerana ia berkait dengan janji yang dilafaz oleh aku 9 tahun lepas.Aku
ego kerana terlalu pegang pada janji bodoh yang dipegang oleh aku selama ini.Agaknya apa
yang terjadi nanti.Bukan membenci tapi lebih kepada rasa bersalah dan kecewa dengan diri
sendiri.
“I’m a stupid guy”,memberontak hati ini
Terbaring
Di KLIA,aku meminta untuk Sherry menjemputku dengan keretaku di rumah ibu bapaku.Aku
membiarkan kereta itu diguna pakai oleh Umie ke sekolah.Pasti Umie kehairanan kerana aku
memaklumkan bahawa Sherry akan mengambil kereta.Umie tidak risau kerana Umie masih
ada lagi Toyota Vios kepunyaannya yang selalu diguna oleh ayahku .Ayahku banyak
menggunakan motorsikal Kawasaki milikku yang juga aku tinggalkan di rumah jua.
Selepas selesai memasukkan segala beg dan bagasi ke dalam but kereta,kami masuk ke dalam
kereta.Sherry menawarkan kepada aku untuk memandu tapi aku menolaknya.Kereta milik
Sherry dibiarkan di hospital kerana aku ingin memandu kereta milikku untuk pulang.
“Am,kau nak balik dulu tak?”tanya Sherry.
“Terus ke hospital boleh tak”,jawabku.
“Hospital?”tanya Razali.
“Nanti kau sampai kau tahulah kenapa kita ke hospital dulu”,aku cuba tidak memberitahu lagi
kepada Razali.
“Nanti kalau nak balik ke rumah ,kau ambil and guna dulu kereta ini.Kesian kau dekat
Amanina kepenatan tu.Balik rehat-rehat dulu and lepas tu baru fikir pasal aku”, sambung
bicara ku.
Razali mengangguk walaupun banyak lagi dia tanyakan sebenarnya tapi dia tak mahu
memaksa kerana dia tahu orang yang bergelar Am ini tidak akan memberi apa-apa infomasi
kepadanya.Betulah aku ni bodoh-bodoh juga tapi soal member aku tolak tepi.
Sepanjang perjalan ke hospital itu,hanya suara juruhebah radio yang memecah keheningan
sunyi kerana tiada yang berani membunyikan suara.Fikiran yang aku terarah ke suasana yang
bakal yang dihadapi nanti di hospital kelak.Tiada muka ceria yang aku paparkan sejak turun
dari kapal terbang.Gila agaknya kalau nak senyum je dengan keadaan penat lagi plus nak
hadap unexpected thing lagi.Hati mana boleh tenang kalau macam ni.Kerja gila balik tak
bagitahu sapa-sapa kecuali Sherry and terus nak terjah hospital buat rumah sendiri.Sumpah
kerja gila di tambah takt ahu macam mana kondisi nanti dan siapa yang akan ada nanti.
Entah apa yang sedang terbayang dalam fikiran Razali pun aku tak tahu tapi aku dapat
rasakan yang dia sedang memikirkan benda terburuk yang terjadi.Aku diamkan saja kerana
tak mahu susahkan kau untukcari kereta lain untuk jemput kau.Aku tak gila nak buat macam
tu dekat member sendiri.Biarlah aku berahsia dulu sebab suatu saat rahsia akan pecah dua
juga.
……………………………….
Tak tenang duduk aku dibuatnya bukan sebab takut sebab takut melihat tapi sebab aku takut
diri sendiri yang tak boleh control nanti.Sherry meninggalkan kami bertiga di pintu utama
hospital untuk aku terlebih dahulu pergi ke wad sementara Sherry pergi memarkirkan kereta.
“Aku pergi parking kereta dulu tau”,ucap Sherry kepadaku.
“Okay.Aku naik dulu .Dia wad and katil no berapa?”,tanyaku kepada Sherry.
“Wad Mahligai Katil No 25.Tanya je nurse yang ada nanti”,balas Sherry.
Aku memandang label informasi mencari di mana Wad Mahligai.Segera aku mendaki anak
tangga kerana wad tersebut hanya berada di tingkat dua.Aku menanyakan kepada nurse yang
bertugas di mana katil nombor 25.Tag nama yang bernama “Liza” itu melemparkan
senyuman dan cuba menenangkan aksi tercungap-cungap aku selepas berlari menaiki nak
tangga itu.Jururawat yang bernama Liza itu menunjukkan ke arah kiri.
“Laju sangat kau berlari tadi”
“Kau pehal lari macam kena sampuk jumpa hantu ni”.
Aku mendiamkan diri dari menjawab pertanyaan Razali itu.Di depanku,sebuah pintu yang
berlabel 25 itu.Hati yang gundah gulana dan degupan jantung yang kian laju menembak
diriku.
Aku memulas tombol pintu dan masuk ke bilik tersebut.Kelibat seorang wanita yang terbujur
di atas katil.Melihat wanita tersebut,air mata aku mula membasahi pipi aku.Ingin aku
menyembunyikan air mata daripada Razali tapi tidak ku tahan.Air mata kerinduan dan air
mata kesedihan yang keluar tidak langsung memberikan peluang untuk aku menunjukkan
reaksi yang lebih baik daripada menangis.
Aku berdiri di sisi katil tersebut memandang susuk tubuh yang dipenuhi dengan wayar dan
alatan perubatan yang tidak aku kenali langsung.
“Kau okay tak ni?”tanya Razali.
“Aku okay je”,jawabku dalam menyembunyikan perasaan sedihku.
Razali segera memelukku untuk menenangkan diri aku yang sedang menangis.Pelukan itu
dilepaskan dan aku mula mengelap air mata dengan lengan bajuku.
“Kalau kau nak balik dulu ,baliklah.Guna dulu kereta aku and nanti aku minta tolong adikku
jemputku”,sambung ku.
“Kau kuat,Am.Aku tahu lebih kuat dari ini.Allah nak uji kau .Sabarlah ye”,Razali cuba
memujuk ku.
“Entah la.Aku sendiri tak tau apa salah aku yang Allah nak uji aku macam ini.Aku hanya
mampu berdoa biar Allah sembuhkan dan selamatkan dia dari bencana seperti ini.”
“Aku selalu berdoa untuk kau .Jangan jadikan ini alasan untuk kau lemah.Takpe lah,aku balik
dulu dengan Amanina.Nanti apa-apa bagitahu aku.”,Razali membalas ucapan aku tadi.Dia
sendiri tidak tahu lagi macam mana ingin memujuk aku.
Razali dan Amanina meninggalkan aku sendirian di bilik itu.Sherry memberikan anak kunci
kereta aku kepada Razali.Air mata aku yang berguguran mula reda dan aku teringat akan soal
aku dan perempuan yang sedang terbaring itu itu.Wanita yang diberi nama Nur Dhiya Sofea
itu lebih di sapa oleh aku dengan panggilan Dhiya.
Dhiya adalah kenalan aku sejak dari sekolah rendah lagi dan kami sudah bersahabat lebih
kurang 20 tahun namun sejak 9 tahun aku tidak lagi bertemu ataupun berjumpa dengan Dhiya
.Segala khabar dan berita hanya aku ketahui apabila Sherry memberitahu aku . Benar aku
terlalu ego untuk tanya khabar dia sendiri.Ego atau masih tak boleh move on.
Suara pintu dibuka dengari oleh aku.Aku memalingkan wajah aku dan melihat keluarga
Dhiya memasukki kamar itu.Aku menjawab salam dari bapa Dhiya atau di sapa oleh ku
dengan panggilan Pak Cik Aki.Mujur garisan air mata sudah dikesat awal-awal lagi sebelum
mereka masuk kalau naya kalau mereka tahu aku menangis
Aku mempelawa Pak Cik Aki untuk duduk dia di atas kerusi yang duduki sebentar tadi.Pak
Cik Aki hanya tersenyum dan duduk di atas kerusi tersebut.Entah apa yang bermain di benak
fikiran keluarga Dhiya kerana tiada ahli keluarga yang inginkan keluarga mereka ditimpa
dengan musibah seperti ini.
Aku teringat di mana hampir 2 minggu yang lalu satu panggilan telefon dari Sherry
menyatakan Dhiya kemalangan kereta .Di saat itu,ingin saja aku menangis di hadapan Razali
namun jika aku menceritakan apa yang berlaku kepada mereka pasti mereka membatalkan
percutian mereka ke United Kingdom dan segera menyuruh aku pulang.Perkhabaran bahawa
aku ingin pulang bersama mereka telah diiringi dengan seribu soalan aku sendiri mengelak
daripada menjawabnya.
Petang ini,air mata aku menjadi jawapan aku buat mereka berdua terutama bagi Razali.Suara
Pak Cik Aki menegur aku yang kelihatan aku telah mengelamun dibuai dengan suasana dan
Pak Cik Aki mengajak aku berbual di luar bilik.Pasti mengelak untuk ahli keluarga yang lain
mengetahui apa yang kami ingin borakkan.
“Kamu dah lama ke sampai?”tanya Pak Cik Aki.
“Baru saja .Dalam 15 minit macam tu”,balas ku.
“Kamu datang sorang ke?Mana orang rumah kamu?”
“Takde lah.Saya dengan kawan tadi tapi dia dah pulang dulu ”.
“Orang rumah tak ikut sekali ke?”
“Saya tak kahwin lagi ,pak cik”,jawabku.
“Bukan kamu dah kahwin ke?”
“Belum.itu adik kembar saya yang kahwin tiga tahun lepas”,jawabku
“Ohhh..Lupa pula yang kamu ada adik kembar.Maafkan pak cik”,
“Tidak mengapa pak cik”.
“Kenapa belum kahwin?Tak jumpa orang istimewa lagi ke?Ke sibuk dengan kerja je?Dengan
kata kamu kerja dengan UK?Betul ke?”,aku menghela nafas dengan pertanyaan yang banyak
itu
“ Saya belum bersedia untuk kahwin lagi inipun saya baru sampai dari UK.Dari airport terus
saya ke sini.Rumah pun belum saya jejak kaki lagi”,jawabku dengan tenang.
“Tak elok kamu asyik fikirkan kerja je.Betul hidup ini perlu ada duit tapi apa yang penting
ialah keluarga.Mungkin kamu masih muda untuk faham erti kekeluargaan tapi bila kamu dah
ada anak nanati kamu faham apa itu kekeluargaan”.
“Kamu nak balik dengan apa nanti ?Pak cik boleh hantarkan kamu balik sebab pak cik pun
nak balik untuk ambil baju sebab kami akan menginap dekat sini .”kata
“Takpe pak cik.Saya dah mesej adik saya untuk jemput.Minta diri dulu.Saya nak surau untuk
solat asar .Dah lewat ni”,jawab ku
“Pergilah .Nanti terbabas pula asar kamu yea.”
Aku meninggalkan Pak Cik Aki menuju ke usrau untuk solat asar.Aku lupa yang aku belum
Whatsapp adik kembar ku si Izz untuk jemput di hospital.
………………………………………….
Seusai solat asar,aku membuka telefon dan Whatsapppku sudah dibalas dengan Izz sudah pun
sampai dan menunggu ku di biik Sofea.Kebetulan untuk aku kerana Izz sendiri memang
mahu melawat Dhiya pada petang itu.Izz yang kebetulan keluar awal dari pejabat terus
menjemput Jenny untuk melawat Dhiya di hospital.Memang setiap dua minggu Izz akan
balik ke rumah Umie dan kebetulan minggu ini jatuh hari dimana mereka balik ke sana.
Aku berjalan perlahan menuju ke bilik 25 yang menjadi saksi air mata lelaki jatuh
berguguran.Kalau si Izz tahu mati kutu aku di bahan olehnya.Tiada lagi bekas air mata jatuh
berguguran hanya ada kesan rambut basah terkena air sewaktu mengambil wudhu’ tadi.
Sesampainya aku di bilik itu,kelihatan Jenny turut ada di sana.Aku hanya berdiri jauh dari
yang lain.Termenung memikirkan soal kepulangan aku ke Malaysia.
Biarpun segala urusan kerja di United Kingdom sudah siap 3 minggu lepas tapi aku belum
mahu pulang ke Malaysia namun kejutan berita kemalangan Sofea membawa aku pulang
dengan awal daripada jangkaan dan rancangan,
Pak Cik Aki rancak berborak dengan Izz maka aku tidak mahu mengacau perbualan mereka
maka aku biarkan mereka terus berborak panjang.
Suasana petang itu yang hujan renyai-renyai seperti menyambut kepulangan aku dengan
berita sedih ini.Dunia dan langit seolah-olah sedang menyambut kedatangan aku ke sini juga
dengan tangisan.Tangisan rahmat agaknya.
Kejutan
Dalam perjalanan kami bertiga ke rumah ,kami hanya berdiam diri sehingga Jenny
menegurku dahulu.Sungguh aku bisu bukan sebab Dhiya tapi takut untuk dimarahi sebab
balik tak beritahu mereka apatah lagi keluarga aku.
“Kau balik berapa lama kali ini .Jangan cakap seminggu sudah”.
“Entah la…Kalau ikutkan aku stay je terus kerja dekat sini”jawabku
“Kau ni fikirkan kerja je.Bila nak kahwin.Ke kau masih tunggu dia lagi.Dulu kau juga cakap
dekat aku yang tak elok buat macam ni kan”,menyampuk si Izz .
“Bunyi azan maghrib tu kan?Apa kata kita solat dulu dekat masjid sebelum pulang ke
rumah”aku cuba mengelak dari menjawab sampukan Izz.Sebenarnya kau belum bersedia
untuk menjawab sebarang pertanyaan berkaitan mendirikan rumah tangga lagi.
“Ada saja alasan kau untuk mengelat ye”.usik si Jenny terhadapku.
Kereta yang dipandu oleh Izz memasuki selekoh untuk kami bertiga solat Maghrib di Masjid
Nur.Sebuah masjid yang berhampiran dengan rumah keluarga kami.
“Kalau ada rezeki dapatlah jumpa Ayah dulu dekat sini.”kataku dala hati.
Kami bertiga sangat mengenali diri Ayah yang mana dia lebih suka untuk solat berjemaah di
sini berbanding masjid ataupun masjd dan surau lain.Di radius 5 kilometer rumah
saja,terdapat lebih 10 masjid dan surau yang berdekatan.
……………………..
Seusai solat ,aku melihat Ayah dan Along berbual di tangga masjid dengan kariah masjid
yang lain.Saja aku menunggu masa yang sesuai untuk menegur mereka berdua.Ayah dan
Along berjalan ke tempat parkir motorsikal,aku menyarungkan jaket cotton hitamku dan
menyembunyikan kepalaku dengan hoodie dan berjalan kea rah mereka.
“Pakcik,saya nak salam boleh”,tegurku sambil menundukkan kepala sedikit ke bawah.
“Boleh ,nak”jawab Ayah yang masih tidak perasan akan kehadiran aku di situ.
Aku segera menyambut salam yang dihulurkan oleh Ayahku.
“Woi,Angah!!Kau buat apa tu ahhhhhh..”jerit Izz terhadap perbuatan ku.
Aku segera mengangkat kepala aku.
“Bila kamu sampai.Tak cakap pun yang kamu balik.”,Ayah terkejut apabila melihat diri aku
yang terpacak di hadapannya.Air mata kelihatan mengalir di pipinya namun disembunyikan
dengan mengesat secara perlahan.Aku memeluk Ayah di tangga masjid itu jugak.Air mata tak
dapat ditahan terus jatuh berguguran.Air mata kerinduan selama dua tahun yang di tahan
akhirnya pecah juga.Rindu untuk bersama keluarga.Rindu segala-galanya tentang mereka
yang bernama keluarga.Bukan aku tak nak balik langsung namun aku ego dengan diri sendiri
sebab aku tahu kalau aku balik pasti aku tidak akan jejakkan lagi bumi UK.Hampir dua tahun
aku tak jejaki tanah rumahku.Rasa rindu pula dengan tanah air ini.Rindu untuk makan
makanan Malaysia.
“Baru petang tadi.Saya suruh kawan jemput saya sebab saya ke hospital dulu
”,jawabku.Kami berpelukan dengan agak lama sehingga mendapat perhatian daripada Jemaah
masjid yang lain.Biarlah kami berpelukkan melepaskan rindu masing-masing.Tiada perasaan
yang lebih gembira selain melihat air mata gembira seorang ibu bapa .
“Ni Umie kamu tahu tak yang kamu balik?Jangan cakap kamu rahsiakan juga?”tanya Along.
“Hrmmmm…..Nak buat surprise jugak”,
“Ada saja helah kamu ”,Along pasrah dengan permainan aku soal kepulangan aku kali ini.
“Kalau kamu kena tidur dekat luar or kena halau dengan penyampu ,aku tak nak terlibat
sekali”,Izz cuba menakutkan aku.
Kami bergelak dengan usikan Izz terhadapku.Sesungguhnya aku rindu untuk bergelak
bersama mereka .Merekalah keluarga aku yang aku membesar dengan kritikan dan sokongan
mereka.Mereka berdiri sama rendah dan sama tinggi bersama sama dengan aku.Merekalah
kelurgaku.
Bagiku keluarga itu sebuah ikatan yang tiada penamat kecuali kematian.Marah mereka itu
tanda mereka sayang.Teguran mereka itu adalah pengalaman mereka.Gelak ketawa mereka
itu kebahagiaan mereka.
“Jomlah balik,aku dah lapar ni”,aku berseloroh .
Kelihatan Jenny menunggu kami di kereta .Pasti dia tidak mahu menggangu perbualan kami
yang kian rancak.
“Ayuh geng…Kesian dekat Jenny menunggu kita dari tadi lagi.”jawab Izz.
“Ayah dengan Along pergi dahulu.Nanti cakap dekat Umie “kawan Along ” nak datang
sekali”,kataku kepada Along.
“Okay..Kamu buat kamu tanggung penyapu lepas ini”
“Hrmmm…”
………………………………………..
Makanan malam sudah tersedia atas meja namun masing-masing buat tak endah
saja.Mungkin nak menutup rahsia mereka tentang kepulangan aku .Mujur Along dah
bagitahu siap-siap yang ‘kawan’ dia nak datang.
“Dah-dah la tu main fon.Makanan dah tersedia ni”
“Kamu kata kawan kamu nak datang tadi”,Umie menyambung ucapan selepas menghidang
makanan di atas meja.
“Haah …Dia dah sampai dah and dia tunggu dekat luar”.
“Kenapa tak suruh dia masuk ke rumah.Kesian dia tunggu dekat luar.Tak elok buat begitu
dekat tetamu.Tetamu datang dengan seribu rahmat tau tak ”,Umie membebel kepada Along.
“Kejap orang mesej dia suruh masuk dalam rumah.”.
Along segera menghantar mesej kepada ku untuk memberi isyarat untuk bersedia .
Bunyi loceng seorang insan memberi salam di pintu rumah..
“Lepas ni ibu buka pintu dengan bawa penyapu sekali”,kata Along.
“Ada saja kamu ni yea”,balas Umie.
“Assalamulaikum! Assalamulaikum! Assalamulaikum!”.Bunyi salam dan ketukan pintu dari
luar jelass kedengaran.
……………………………………………………..
“Lama betul isyaratnya.Ke diorang dah makan dulu.Tak kesian ke dekat aku yang kebulur ni
”,jenuh aku membebel sendirian di dalam hati.
Sudah jenuh aku membelek akaun Instagram dan Twitter aku.Sudah beratus gambar aku
membelek dan hanya beberapa gambar yang berjaya menarik perhatian aku.
Satu notifikasi masuk ke dalam telefon yang berbunyi,
“Ready untuk kena pukul dengan penyapu ”.
Aku segera menyarungkan jaket hitam ku dan berjalan perlahan-lahan ke pintu utama rumah.
Aku memberi salam sebanyak tiga kali.
……………………………………..
“Kejap ”
Umie membuka pintu dan menjawab salam itu.
“Walaikumusalam”,Umie membalas salam yang au berikan tadi.
“Angaaaaaaahhhhhh!!!Betul ke ini ni anak Umie”,ucap Umie yang masih terkejut dengan
kehadiran aku di depannya.Air matanya keguguran.Pasti sebak melihat anak bujang pulang
tanpa khabar berita ada di depan matanya.Pelukan dari Umie seakan menghuilangkan segala
penat dan kesedihan yang melanda
“Betul la..Takkan pelanduk dua serupa yang lain pula”,kata ku
Umie mengesatkan air mata yang berguguran di pipinya.
“Bila sampai and kenapa tak bagitahu dulu nak balik’’.tanya Umie .Kami berdua yang masih
berdiri di hadapan pintu
“Kot nak berdrama pun jangan lah lupa dekat kitaorang ni.Kitaorang lapar ni.”,usik Ayah.
“Umi patut bawa penyapu tadi .Senang sikit nak halau dia”,sambung Si Along.
“Patut kitaorang habiskan makanan dulu baru suruh Angah massuk tadi”,sambung lagi Si Izz
Jenny dan Kak Sofea hanya ketawa kecil dengan telatah kami.Mereka faham sangat dengan
perangai kami berempat yang lelaki di dalam rumah ni.Semuanya satu kepala.
“Dah la mengusik dia.Kan Umie cili nantikan ”,
“Uwerkkk…Umie backup aku”aku mencelah sambil membuat mimik muka .
“Dah-dah…Mari kita makan and lepas tu kita borak yea”.
“Sedapnya udang goreng dan tom yam.Dekat sana tiada semua ini. ”kataku selepas melihat
menu juadah makan malam kita bertujuh.
………………………………………………
Selesai aku mandi dan tukar aku pakaian ,aku keluar ke ruang keluarga untuk menonton
televisyen.
Kelihatan kesemua ahli keluarga yang lain sedang asyik menonton filem Avengers.Suatu
filem yang menarik perhatian peminat Marvel.
“Nak kopi tak?”,tanya Umie yang sedang leka dengan telefon.
“Takpe lah.Takut tak tertidur pulak malam ni”,jawabku.
“Ni nak tanya asal balik tiba-tiba ni.Bukan kata dalam sebulan lagi ke nak balik?”,tanya lagi
Umie kepada diriku.’
“Balik awal pun salah ke?”.
“Tak salah pun tapi pelik lah sebab kamu tu jenis yang cakap direct”,sambung Umie lagi.
“Saja nak balik awal.Kerja dah habis and lagipun orang nak kena pergi Langkawi hujung
bulan depan. ”,aku cuba untuk mengelak diri.
“Uyoooo..nak ikut jugak”,Along mencelah perbualan kami berdua.
“Kalau rasa nak duduk terperap dalam bilik boleh je”,jawabku.
“Aku okay je asal kau bayar duit shopping kitaorang”.
“Yelah..Nanti aku book tiket flight untuk semua orang”.
“Kau bayar ke?”,tanya Izz.
“Kalau kau sanggup bayar aku lagi suka”,semua orang gelak apabila mendengar jawapan dari
aku.
“Takpelah…Kau bayar”,
“Apa jadual kamu untuk esok”,tanya Umie kepadaku.
“Tak tahu lagi nak buat pagi tu.Cadang lepas Zohor nak pergi hospital kejap”.Aku cuba
menerangkan jadual dengan penuh detail.
“Ingat nak ajak kamu pergi beli barang kejap pagi.Boleh juga tu lepas beli barang ,kita terus
ke hospital”
“Okay..Nanti Umie kejutlah takut terlajak lepas Subuh”.
“Dah besar pun suruh orang kejutkan lagi”.
Aku mencebik dengan usikan itu.Aku terus ke bilik tanda sedang merajuk.
“Dah tua-tua pun “keju” lagi ke?”.kedengaran ketawa kecil dengan pertanyaan itu.
Keluarga
Pagi itu ,aku dikejutkan seawal 5 pagi.Sudah menjadi Umie untuk bangun seawall itu untuk
solat sunat Tahajjud sebelum memulakan perkerjaan hariannya.Dibuai enak dengan mimpi
ditambah dengan kepenatan sukar buat aku untuk bangun.Setelah dikejut beberapa kali dan di
matikan suis kipas ,aku terpaksa akur untuk bangun.Azab jugaklah terpaksa tidur dalam
kepanasan.Biasalah dah biasa tidur dalam keadaan udatra yang sejuk.
Aku juga mengambil peluang untuk solat sunat Tahajjud sekadar yang masih sempat.
Azan Subuh berkumandang maka berangkatlah kami sekeluarga ke masjid dengan menaiki 2
buah kereta.Dengan penuh kemalasan didaki anak tangga masjid satu persatu.Terasa berat
untuk melangkah kaki.Dasar pemalas.
Disebabkan hari tersebut adalah hari Jumaat sudah menjadi kelaziman untuk imam membaca
Surah As-Sajadah pada raakat pertama hampir juga aku ter ‘ruku’ walhal kami akan
melakukan sujud tilawah selepas ayat ke-15 .Lama sangat mendiami bumi Merseyside dan
London .Di UK mana ada semua ini kerana kelaziman ini hanya berlaku di Tanah Tumpah
Darahku Malaysia saja .
Seusai doa akan ada kuliah Subuh daripada ustaz jemputan.Tajuk pada minggu tersebut agak
menarik juga untuk didengari maka aku mengambil keputusan untuk dengar kuliah tersebut
walhal keputusan awal yang aku ambil adalah untuk pulang sambung tidur lepass solat
berjemaah.
“Tajuk pagi ini adalah Tanggungjawab Diri Membentuk Keluarga Sakinah”.
Entah apa yang merasuki dalam diri aku sampaikan ingin mendengar kuliah tersebut.Mungkin
sebab dah lama membujangkan diri.Aku mendengarnya dengan enuhh fokus ceramah yang
disampaikan itu kerana nak tak nak harus dengar jugak sebab phon tertinggal dekat rumah.Satu
persatu isi tajuk ceramah dihuraikan oleh penceramah membuatkan aku makin khusyuk
mendengarnya.Gaya personality dan penyampaian ayng mudah difahami disamping jokes-
jokes yang simpleu turut diselitkan buatkan rasa mengantuk itu hilang serat merta.
………………………
Aku,Izz dan Jenny naik satu kereta untuk pulang dari masjid.Saja aku naik dengan diorang
sebab dah lama tak berborak dengan diorang.Maklumlah kami sebaya dena belajar sekali waktu
sekolah dulu.Memanglah kami dah ‘ngam’ sejak dulu lagi.Kira tukang ketawa sama-sama
sejak dulu lagi.Si Izz pulak dari dulu minat di Si Jenny namun main tarik tali pulak.Haru betul
orang makhluk ni .Mujur selamat sampai ke jinjang pelamin tiga tahun lepas.Aku jugakah yang
masih mmbujang.Bukan tak laku tapi terlalu memilih kot.
“Ingatkan kau dah balik tadi.Rupanya kau yang paling depan sekali dengar kuliah”.
Kedengaran ada suara ketawa dari belakang selepas mendengar ucapan Izz .
“Orang dah kahwin macam aku pun duduk belakang tau”,sambung Izz.
“Hehehe….Menuntut ilmu seeloknya berada di depan sekali”.
“Banyaklah alasan kau.Ke kau nak kahwin?”
“Yang dekat belakang gelak semacam dah kenapa”
“Nak gelak sikit pun tak boleh”.Jenny membalas ucapan ku.
Kami bertiga ketawa sepanjang perjalanan pulang itu.Terlalu banyak soalan dari mereka
berdua berkaitan aku dan kepulanganku.Hanya iringan gelak ketawa yang menyelubungi
perbualan kami selepas masing -masing mengusik diri aku.Mungkin mereka sendiri dah
mengagak soal kepulangan aku ni.Mungkin mereka sdar kalau tanya pun takkan dijawab
punya.
Soal aku dengan Dhiya banyak yang mereka takt ahu sebenarnya.Aku rahsiakan soal apa yang
berlaku antara kami berdua atas dasar seorang kawan bukan apa.Meang terjadi yang buruk
antara kami berdua dulu namun aku dah lupakanya.Aku takt ahu Dhiya dah lupakannya atau
tak tapi ia adalah masa silam yang yang harus dipadam begitu saja.
………………………..
Kami bertiga yang gerak dulu tadi dari masjid melihat Along,Ayah dan Umie dah sampai ke
rumah terlebih dahulu dari kami.
“Lambat sampai .Bukan gerak dulu ke tadi”,Umie menanyakan kepada diriku.
“Ada budak ni mengidam nak makan nasi lemak Kedai Pak Jalil itu yang singgah dulu
tu”.jawab Jenny.
“Umie baru suruh Ayah beli nasi lemak yang sama tadi”.
“Takpelah..Tu buat bekal tengah hari nanti”.
“By the way,jadi tak nak pergi mall nanti ”,sambung aku untuk menanyakan soal ajakan Umi
untuk ke mall.
“Apasal tak jadi lak.Dalam pukul 11 kita pergi ”.
Umie memberikan aku pinggan untuk aku makan nasi lemak yang aku beli.
“Banyaknya kamu beli ni.”
“Takpe..nanti orang habiskan”.
Satu demi satu suapan nasi lemak masuk ke dalam mulut.Sedar tak sedar dah dua bungkus
masuk mengisi ruang kosong perut aku ini.Dah lama mengidam nasi lemak ini malumlah nasi
lemak dekat London tak sedap dan mahal harganya.Rindu denagn makanan tanh air
sendiri.Malaysia adalah tempat terbaik mengenai makanan.Cakap je nak makan makanan apa
semua ada.Warisan makanan masyarakat Malaysia masih mengekalkan citarasa asal serta
ditambah baik mengikut arus kemodenan juga.Dulu pisang goreng je sekarang dah ada pisang
goreng cheese lagi.Kan lain tu.
“Orang masuk bilik nak sambung tidur.Nanti kejutlah kalau dah siap-siap nak pergi”
“Okay”,sambil mengisyaratkan tanda okay dengan jari.
……………………………………
Ahli keluarga yang lain sedang berkumpul melainkan aku yang sudah masuk tidur di dala
bilik.Bermesyuarat soal kepulangan aku yang terus menjadi tanda tanya dan tanda soal.Balik
tak bagitahu sapa-sapa memanglah semua terkejut.
“Abang tak tanya ke kenapa Si Am tu balik tiba-tiba”.
“Awaklah tanya”.
“Saya rasa mesti ada sebab tertentu .Entah-entah dia nak kahwin kot ”.
“Entahlah.Awakkan tahu sangat Am tu bukan jenis bercerita soal masalah dia ,Bagi
dia,masalah dia biarlah dia selesai sendiri.Lagipun dia dah besar panjang ”.
“Saya pun tak tahu nak kata apa tapi saya harap semuanya okay”.
Along dan Izz berjalan ke dapur .Izz menyampuk perbualan Ayah dan Umie.
“Izz rasa la yang dia balik sebab Dhiya la”.
“Kenapa dengan dia?”,Umie cuba menanyakan sebab ingin mengorek rahsia daripada Izz.
“Izz rasa Umie tak tahu pasal hal ini”.
“Hal apa?”
“Sejak Am melanjutkan pelajaran ke universiti untuk sambung degree dia,Am langsung tak
pernah ketemui Dhiya langsung sampai petang semalam ”.
“Aikk!!! Bukan ke zaman matrik mereka rapat ke?”
Umie menanyakan hal tersebut sebab dia ingin mengetahui cerita sebenar apa yang berlaku.
“Izz sendiri tak pasti apa yang berlaku sebab Am tak pernah cerita dekat siapa-siapa pun soal
tu.Bila di tanya ada je jawapan untuk mengelat.”
“Izz terkejut jugak bila semalam dia Whatspp yang dia ada dekat hospital sedang menjenguk
Dhiya.Kepulangan Am langsung Izz tidak mengetahuinya inikan orang lain yang ada dalam
rumah ini ”.
Izz menyambung percakapannya .Suasana di dapur kian tegang apabila banyak cerita dan
spekulasi yang timbul.
…………………………….
“Am,bangunlah.DAH PUKUL 11 LEBIH NI!!!!!”
Jeritan Umie segera membangkitkan aku dari tidur yang nyenyak.
Aku berjalan ke pintu dan membukanya.Mata di gosok-gosok bukan keran gatal mahupun
masuk habuk tapi disebabkan mata ini masih belum segar sepenuhnya.
“Kenapa tak kejut ah”
Aku menjerit apabila melihat jam dinding yang sudah menunjukkan jarum dah berada pada
angka 11.11.Dah macam Single Day jam pun. Tahulah aku masih single dan membujang
lagi.Aku mencapai tuala dan segera membersihkan diri dan mandi .
Selepas mandi,aku berjalan dengan penuh berhati takut tergelincir menujuke almari
pakaian.Terpaksa aku pakai pakaian lama aku kerana kepulangan aku hanya diiringin dengan
satu beg galas berisi laptopku dan satu beg bagasi berisi pakaian kerja dan formal.Segala tshirt
dan pakaian sukan semua aku tinggalkan di UK dan hanya tunggu untuk sampai ke rumah
apabila aku menyuruh John untuk pos segala barangan aku ke Malaysia.
Aku membuka almari dan tiba-tiba satu kotak bersaiz kertas A4 jatuh ke kaki.
“Aduh!”
Jeritan aku dapat didengari hingga ke dapur.Aku membuka kotak tersebut dam melihat isi yang
ada dalam kotak tersebut.Terlihat satu foto yang sangat aku kenali insan yang ada dalam foto
tersebut.Air mata ini menitik selepas terimbau kenangan lapan tahun lalu.
Umie membuka pintu kamarku dan menanyakan kenapa aku menjerit kesakitan tadi.
“Takde apa cuma kotak ini jatuh tadi ”,jawabku sambil menunjukkan kotak tersebut itu.
“Umie yang simpan dalam almari sejak kamu berangkat ke UK .Semasa kamu berangkat ke
UK semua barangan kamu disusun rapi di atas meja namun kotak ini dibiarkan saja di atas
meja kamu itu.Ingatkan kamu nak buang tapi naluri mengatakan itu barangan penting kamu
jadi Umie simpam dalam almari.”.
“Takpe lah kalau macam tu.Terima kasih Umie ”.
“Jangan risau Umie tak prnah intai apa yang ada dalam itu.HEHEHE”,usik Umie terhadapku
“Cepat siap.Semua dah siap nak pergi sekali ke mall”.Umie menyambung kembali ucapannya.
“Aikkk…bukan kita berdua je ke?”,soalku dengan penuh kehairanan.
“Semua nak ikut sekali jugak”,jawab Umie dengan nada ceria.
“Okay..Kejap orang pakai baju”.
Umie keluar dan menuntup pintu bilikku dengan perlahan takut bunyi bising mengganggu
orang lain.
Aku mencapai seluar jeans dan mencapai jersey Liverpoolku.
“Segak juga aku ni tapi kenapa single lagi ni”,monolog berseorangan aku sambil menyikat
rambut yang separa panjang itu.Disarung pula topi hita kesayangan selepas rambut yang
serabai itu disikat dengan kemas.
Berjalan keluar aku baru teringat foto dan kotak masih belum ku simpankan.Aku meletakkan
kembali foto itu ke dalam kotak dan meletakkan kotak itu di atas meja.Kota hitam yang tertera
“ Senorita” di atasnya.Aku rindukan saat-sat bersama orang itu.Kerana dialah aku berdiri hari
ni.Tiada ucapan yang mampu gambarkanny selain terima kasih.
…………………………..
“Aku ingatkan orang bujang ni cepatlah siap ini mengalahkan orang perempuan”.
Masuk saja aku ke ruang dapur terus di tembak oleh Along.
“Baby J mana Along”,tanya aku kepada Along tentang anak buah yang baru berusia empat
setengah namun sudah petah berbicara ini.
“Ada dekat luar tengah main buaian dengan Jenny dan Kak Long”.
“ Izzati pun ada sekali dekat luar.Pergilah”,Along menyuruh aku ke halaman rumah.
“Izz,Adin ada sekali ke dekat luar ?”,tanya aku kepada Izz
“Adin dalam bilik tengah tidur”,jawabnya Izz.
……………………….
“Baby J where are you?”,
“I’m here,Uncle ”
Baby J menyahut panggilan aku dan berlari anak ke arah aku.ku segera memeluk anak comel
ini .Waktu berangkat dulu dia masih kecil kira-kira umurnya sekitar dalam tiga tahun mana
nak kenal pakciknnya yang handsome dan bergaya ni.
“Dah besar dah kamu ye”…
Kami sempat untuk bermain-main sementara menunggu Along dan Izz makan .Aku tak tahu
dah berapa kali diorang makan nasi hari ni.Dari mereka berdua makan lepas balik dari masjid
bersama aku hinggalah nak masuk jam 12 tengah hari.
……………………………………..
Kami meluangkan hampir 3 jam untuk membeli-belah barangan dapur dan barangan keperluan
serta makan tengah hari memandangkan waktu lunch hampir melabuhkan tirai .
Kami memilih untuk solat zuhur di surau kompleks membeli belah ini agar tidak terlalu
terkejar-kejar untuk solat apabila pulang nanti.
Sudah lama aku meninggalkan keluarga aku untuk merantau ke negara orang demi mencari
wang.Wang bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan wang.Terlalu mndambakan wang
sehingga lupa untuk mencari erti kasih saying dalam keluarga sesuatu yang sukar dimaafkan.
Kepulangan aku membawa kepada apa itu erti kasih sayang dalam kekeluargaan.Rasa rindu
yang berpanjangan akibat berjauhan hanya mampu diubati dengan melihat orang yang dirindui
ada di depan mata senyum kegembiraan.
……………………………………….
Sedar
“Umie ,esok angah dah start kerja ”,aku memberitahu bahawa aku akann kembali kerja.
“Tak sampai 2 minggu balik dah start kerja balik ke?”,tanya Umie yang asyik melayan
drama di televisyen.
“Haah...lagipun angah bosan takde buat apa-apa dekat rumah tu mintak masuk awal tu”.
“Habis tu kamu nak pergi dengan apa nanti?Kamu bawa jelah motorsikal tu eh.Lagipun dah
lama tak terusik nanti rosak ”.
Ayah menyuruh aku membawa kembali motorsikal yang aku belikan dahulu namun sejak aku
ke UK ayah jarang menggunakannya.Kereta masih berada dengan Razali.Dia membawa
kereta tu pulang ke Kuantan dan masih belum pulangkan lagi.Aku ingatk nak pergi ambil
kereta minggu ini tapi terasas malas pula nak naik bas ke sana.
“Memang cadang macam tu pun.Dah jenuh drive kereta hadap jammed”
………………………………..
Hari pertama aku memulakan perkerjaan aku bukan hari yang baik kerana terbangun lambat
kerana lupa untuk kunci alarm telefon.Dah la baju kemeja tak bergosok lagi.Memang haru-
biru la jawabnya.Nasib baik beg dah kemas awal-awal lagi semalam sebelum
tidur.Terbangun jam 6.15 pagi disebabkann azanSubuh berkumandang.Terus dicapai tuala
untuk mandi dan bersiap-siap nak pergi kerja.Entah macam mana baju kemeja hitam sudah
siap bergosok walaupun aku bercadang nak pakai putih pada hari pertama.
“Kalau kejar masa sekali pun,minumlah air teh ni dulu ”.
Aku segera meneguk air teh yang sudah disiap dihidang di dalam cawan .
“Ni Umie pergi ke sekolah dengan apa nanti?”.tanya aku sambil berjalan keluar ke pintu.
“Umie minta ayah hantarkan”.jawab Umie dengan nada lembut.
“Okay”.
“Bawa motor elok-elok sikit.Sekarang musim hujan jalan licin”.
Aku memberi isyarat tanda aku faham dengan nasihat tersebut.Aku menyarungkan helmet
dan menghidupkan enjin motorsikal.
Melihat jam tangan yang hampir ke angka tujuh .Aku terus keluar dari pintu pagar dan
memecut dengan lajunya.Pagi itu agak mendung namun hujan masih tidak turun menyembah
bumi.Kalau tak melambatkan lagi prjalanan aku ke pejabat dengan keadaan hujan lagi plus
jalan raya akan sibuk dengan kenderaan lagi.Biasalah jalan dekat sekitar Selangor dan KL
kalau tak jammed waktu puncak memang tak sah lagi-lagi hari hujan macam ni.Agak banyak
juga kereta di kedua-dua belah lorong namun masih terkawal lagi..Bawa motorsikal senag
sikit nak menyelit antara kereta.
…………………………….
Aku berjalan masuk ke ruang lobi pejabat selesai memarkirkan motorsikalku di ruang bawah
pejabat.Jam menunjukkan menghampiri angka 8 pagi.Agak awal jugak untuk aku samapi
pagi ni.Hari pertama selepas dua tahun berada di UK atas urusan kerja juga.Lain rasanya
kembali berkerja di tanah air sendiri berbanding di UK.Bahasa pengantara juga dan berbeza.
“Morning Encik Adham”,sapa Natalia kepada ku semasa aku berjalan ke arah lif.
“Morning ,Natalia”
Aku menyapa kembali sapaan itu dengan senyuman.Tak elok memberi ekspresi muka yang
kurang sopan pada diri orang lain .Amalkan senyum kepada orang lain kerana itu sebahagian
daripada sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
“Tingkat berapa ni?”tanya aku keraan aku berdiri di sebelah butang lif.Kami berdua menaiki
lif yang sama.
“Tingkat 6”
“Bukan awak department Marketing sama dengan Ajat ke sebelum ni”,aku menanyakan
kepada Natalia dengan penuh kehairanan.
“Tu la sapa suruh berkelana ke UK kan dah tak tahu yang saya dah tukar department lain”.
Natalia seorang wanita yang muda dua tahun daripada aku namun dia lebih awal setahun
menjejakkan kaki di syarikat ini berbanding aku kerana aku terlebih dahulu berkelana ke
syarikat lain sebelum mendapat tawaran untuk berkerja di sini .Hanya enam bulan berkerja
aku dihantar ke UK untuk menjadi beberapa orang yang terpilih dari beberapa syarikat untuk
berkerjasama dalam suatu projek di sana.Bukan ditawarkan tapi lebih kepada menawarkan
diri sebenarnya.Biasalah nak lari dari masalah selaian nak tambah pengalaman berkerja di
bumi UK
Anak jati Seremban ini cukup baik dan sopan orangnya.Senyuman yang tak lekang dari bibir
yang pasti mencairkan setiap hati yang memandangnya namun tiada siapa yang kenapa
wanita ini masih memilih untuk hidup membujang lagi.
“Dah lama ke balik Malaysia?”.Natalia menanyakan soal kepulangan ku ke Malaysia.
“Dalam 10 hari macam tu”.
“Awalnya masuk kerja.Bukan ke sepatunya minima 14 hari awak bercuti?”
“Saja masuk awal lagipun dengar kata nak dapat bos baru”.
“Memang pun nak dapat bos baharu tapi di department accounting rasanya”.
“Oh …okay”…
Pintu lif terbuka dan itu adalah isyarat bahawa untuk aku keluar daripada lif.Aku memberi
isyarat kepada Natalia untuk keluar dahulu daripada lif .Aku melangkah dengan perlahan
menuju ke bilikku.Sudah lama rasanya aku tak ke sini dan hari ni aku melangkah kembali
menyambung tugasku kembali.
Tidak banyak yang berubah sejak kali terakhir selain daripada warna yang sudah dicat baharu
selain itu semua nya sama.Hanya beberapa saja tag nama di meja yang tidak ku kenali.Dua
tahun aku berkelana dan banyak nama-nama yang tidak aku kenali.Beberapa staff
dipindahkan ke cawangan lain mahupun mendapat kenaikan pangkat.
Membuka pintu bilik yang tertera nama aku “Adham ”. Selain meja dan rak yang
berhabuk,tiada sebarang fail mahupun yang berlonggokkan kerana bilik ini telah digunakan
oleh orang lain sepanjang ketiadaan aku.
Aku mencari kain lap untuk mengelap segala debu dan habuk yang ada.Jam baru memasuki
pukul lapan dan cleaner baru saja “punch card ” jadi aku tak mahu menyusahkan mereka
untuk membersihkan bagi pihak aku.
Bagi aku,biarlah aku menyusahkan diri untuk melakukan semua ini kerana ia sebahagia dari
perkerjaan ku juga.Lagipun kalau ikutkan cuti yang diperolehi,aku masih berbaki 4 hari
sebelum memulakan tugas kembali.
Mungkin juga mereka beranggapan bahawa aku takkan datang secepat ini.
……………………………….
Aku mencari suis aircond dan membukanya .Melihat telefon bimbit dan aku terkejut melihat
tarikh pada hari tersebut “10 Januari”.
“Macam mana aku boleh lupa pasal tarikh hari ni”.
Aku segera ke bilik dan membuka beg galas dan mencari sebuah kotak .
“Fuhh..nasib baik aku bawa”.
Sebuah kotak yang sentiasa aku bawa sepanjang kepulangan aku ke Malaysia.Aku
meletakkan kotak tersebut di dalam laci.Sebenarnya kotak itu adalah kotak hadiah yang
suddah lama aku beli namun isinya saja bertukar-tukar sebab aku takt ahu bila kotak akan
diserahkan kepada tuannya.Kotak hitam yang dkat rumah tu adalah kotak lain.
Aku menggapai laptop di dalam beg dan meletakkan di atas meja.Aku menekan button “On ”
dan skrin terus menyala.
Hari pertama aku kembali kerja tidaklah terlalu penat selain aku disambut atas kejayaan
projek di UK.Kejutan yang lagi menarik adalah tiada siapa sangka aku akan kembali berkerja
seawal ini maka segala dokumen dan fail mereka masih belum sediakan.
Aku menganggap itu sebahagian daripada dugaan dalam perkerjaan.Kelam kabut jugaklah
terpaksa turun naik department untuk mengambil butiran yang lebih lengkap berkaitan projek
di Langkawi.
…………………………………..
Membuka laci untuk mengambil kembali kotak tersebut .Hari pun agak lewat petang dan aku
pun ingin ke hospital untuk menjenguk Dhiya.Jam sudah menunjukkan menghampiri lima
suku minit petang.Aku sudah mengemas barang-barang aku sebelum ke surau untuk solat
Asar tadi secara berjemaah.
“Kotak apa itu?Nak bagi dekat makwe ke?”
Aku disapa oleh Ajat semasa mengemas barangan aku.
“Mengarutlah kau .”
Kami berbual-bual semasa berjalan turun ke tempat parkir motorsikal.Selain daripada
kepulangan,aku smpat menanyakan soal Wahidah isterinya.Sudah lama aku tak ke temu dirinya
.Wahidah adalah kenalan ku semasa di university namun kami berdua berlainan jurusan namun
ada ketika kami berjumpa ketika ada program yang dianjurkan oleh pihak university.
………………………..
Petang yang agak cerah untuk aku pulang hari ni berbeza sekali dengan waktu aku berangkat
ke pejabat pagi tadi yang suasana yang agak mendung.Sampa saja di pejabat terus hujan diluar
sampailah tengah hari.Boleh tahan lebat juga hujan tadi.Bekas-bekas lopak air masih tersias
lagi di bahu-bahu jalan.
“Singgah kedai bunga dulu lah.Awal lagi ini”.
Segera aku berhenti di tepi jalan raya dan search google maps untuk mencari kedai bunga yang
terdekat.
“Maria’s Flower?.Dekat je ni.Pergi sini la”.Itu yang keluar dari bibir ku setelah enjin carian
Google menemukan keddai yang terdekat.
Aku meletakkan telefonku di pemegang khas lalu memecut laju.
“Aunty ,black rose ada tak?”
Sejurus memarkirkan motorsikal,aku berjalan ke arah kedai dan melihat sorng aunty Chinesse
sedang membersihkan pasu bunga.
“Ada je”.
“Nak berapa banyak?”
“Satu jambangan kecil boleh?”.
“Boleh saja.Sekejap aunty siapkan ”.
“Nanti saya datang ambil.Saya nak kedai depan tu”.
Aunty itu menunjukkan isyarat okay dan aku segera ke kedai yang berdekatan .
Sesampai aku terus menanyakan kepada pekedai di mana letaknya kad ucapan.Pekedai itu
menunjukkan arah dan aku segera memilih yang sesuai.
Diambilnya jambangan bunga itu dan aku terus membayar harga jambangan tersebut tanpa
mengambil baki.Sempaat juga aku meminjam pen untuk menulis ucapan ku di atas kad yang
baharu dibeli itu.
……………………………….
Berlari ke bilik dan aku terserempat dengan Sherry di ruangan lobi hospital.
“Am,Dhiya dah sedar.Kau nak jenguk dia ke?”.
“Serius la dia dah sedar .Bila dia sedar?”.
“Iye takkan aku nak bohong pulak..Petang semalam tadi lepas kau balik.Pergilah jenguk dia ”.
“Tapi aku takut la setelah apa yang berlaku ”.
“Let bygone be bygone.”
“Kau nak pergi mana ni?”.
“Aku nak pergi beli dinner jap”.
“Semua ada dekat atas.Zack,Dinie ,Izz ,Jenny dan beberapa kawan sekerja dia”.
“Kau pergi la dulu nanti aku menyusul.Nanti aku belikan makanan untuk kau sekali ”,sambung
Sherry .
Jujur pada masa itu hati girang ini bertukar gundah gulana.Au sendir takt ahu dengan apa yang
aku rasakan pada petang itu.Gembira je datang hospital nak jenguk Dhiya sekali dia dah sedar
pula.Aku dah janji dengan diri sendiri yang aku akan jenguk Dhiya sehingga dia sedar dari
komanya.Tak tahu nak cakap apa dekat diri sendiri pada waktu itu.Hati begitu berbelah bahagi
samada ingin menaiki tanggan untuk jenguk Dhiya mahupun menolaknya.Jambangan bunga
masih lagi aku pegang di tangan kiri aku.Sekotak
…………………………………………..
Langkah yang laju terus bertukar perlahan .Dari memilih untuk menaiki lif aku terus
menukarnya ke tangga.Tingkat tiga hanyalah seperti Gunung Everest yang aku sedang
daki.Bukannya tinggi tapi lambat sampai.Kelihatan ada beberapa wajah yang aku sedang
kenali.Hanya aku intai dari luar cermin pintu bilik itu.
Sesungguhnya aku tak bersdia untuk menemui dirinya lagi setelah apa yang berlaku.
Dalam benak fikiran hanya terfikir untuk masuk mahupun tak dan akhirnya aku memilih untuk
pulang sahaja hari tu.Biarlah dia berehat dahulu dan aku tak nak dia stress atau menambah
tekanan akibat melihat diri aku.Biarlah dia melayan kawan-kawan yang lain.Hati yang girang
itu bertukar sugul sekali.Aku melangkah ingin balik ke rumah.Berita bahawa dia sudah sedar
sudah cukup untuk menggembirakan aku.Tanpa sedar air mata ini mengalir di pipi.Segera
dikesat agar tiada siapa yang pandang.
Berjalan aku ke arah kaunter nurse yang bertugas.
“Nurse ,boleh tak saya nak mintak nurse hantarkan bunga dan kotak ini ke bilik patient Dhiya
Sofea.Cakap ada orang kirimkan buat dia”.
“Letak saja di situ .Nanti saya hantarkan lagipun saya pun nak masuk bilik itu juga ”.
Lemparan senyuman dari jururawat itu sedikit sebanyak hentikan tangisan hati ini.
Aku memerhatikan dari jauh jururawat itu pergi bilik 25 milik Dhiya.Saat jururawat itu
membuka pintu aku mula beransurkan diri pergi.Tidak sanggup untuk saksikan apa yang
berlaku seterusnya.
“Assalamulaikum Cik Dhiya Sofea”.
“Waalaikumusalam .Masuklah .Nak datang check patient ye”.
“Iye”.
Nurse tersebut membawa peralatannya untuk membuat pemeriksaan .
“Nurse saya tahulah yang awak dapat bunga dan hadiah tapi takkan nak tunjuk dekat
patient”.Usik si Izz kepada nurse tersebut.
“Ohh..Ini bukan saya punya tapi untuk Cik Dhiya.Tadi ada lelaki minta saya sampaikan”.
Nurse tersebut memberikan kedua-dua barang tersebut lalu beredar keluar.
“Selamat Ulang Tahun Ke 29.Semoga tahun ini menjadi tahun yang baik.Bergembiralah selalu
dan moga cepat sihat”.Dibacanya Dhiya ucapan yang di kad tersebut.
Dibuka kotak hitam itu dan Dhiya melihat satu bungkusan kecil hadiah untuknya.Dibiarkan
saja hadiah itu di atas meja kerana Dhiya merasakan tiada kepeluang untuk Dhiya membuka
kotak itu.
Semua orang yang ada di dalam bilik itu memandang satu sama lain tanda kehairan dengan apa
yang berlaku di bilik itu tadi.
“Assalamulaikum semua.Ini makanannya”.Sherry masuk membawa makanan malam mereka.
“Waalaikumusalam”.Salam tersebut dijawab dengan serentak.
“Eh…Adham takde ke?”.tanya Sherry .
“Takde pulak dia datang sini ”.Jawab Zack
“Aku ingatkan dia ada tadi sebab aku jumpa dia dekat lobi ”.
“Okay itu misteri tapi kita ada misteri lagi satu”.
“Misteri apa ni?”.
“Ada orang kirimkan kotak berisi hadiah dan satu jambangan bunga black rose”.
“Eh ini bukan yang Adham pegang tadi ke?Mungkin ramai orang jadi dia tak mahu ada yang
tahu pasal benda ini.Baik aku sembunyikan perkara ini dari pengetahuan semua
orang”.Bermonolog Sherry
“Okay itu misteri.Adham kata dia nak jenguk kawan dia kejap and kalau sempat dia datang
sini”’.
Dhiya kelihatan terpinga-pinga mendengar nama Adham yang sudah balik ke Malaysia.Hanya
dia seorang saja yang tidak mengetahui soal kepulangan Adham.Kenapa semua orang harus
rahsiakan hal ini adaripada pengetahuanya.
Pergaduhan antara Aadhadan Dhiya memang tidak diketahui oleh orang lain dan hanya
Adham,Dhiya dan Sherry tahu pasal punca sebenar ia terletus.Kata Dhiya,biarlah dia dan
Adham yang selesaikan maka tidak perlu untuk orang tahu pasal itu.Untuk diri Adham ,cukup
untuk aku rasai keperitan itu seorang diri dan tidak diketahui oleh orang lain.
Misteri bunga dan kotak menjadi misteri dan ia bukanlah topik perbualan sepanjang mereka
ada disitu.Sherry menyembunyikan soal kedatangan Adham dan soal bungkusan hadiah
itu.Biarlah dia saja yang tahu pasal soal itu.
……………………………………………..
Sherry seperti biasa akan melawat Dhiya setiap kali waktu lunch dari butik.Mujur untuknya
kerana hospital dan butik baju miliknya tidaklah terlalu jauh untuk dia datang setaip hari
dengan hanay berjalan kaki saja.Sejak Dhiya sedar passti Sherry akan membawa makanan
tengah hari untuk dia dan Dhiya makan.Tekak orang sakit selalunya tak boleh makan makanan
hospital.
“How was your day today?”,tanya Sherry saat meletakkan handbag miliknya di atas meja
bersama bungkusan makanan yang dibawa bersamanya.
“Alhamdulillah.Tak sabar nak chcck out”.
“Sherry boleh aku tanya sikit?”.
“Apa dia?”.
“Dah lama ke Adham balik Malaysia and kenapa takde siapa yang beritahu aku?”.Sherry serba
salah untuk memberitahu soal kepulangan Adham sebenarnya namun akhirnya dia
tewas.Sherry menceritakan segala butiran soal kepulangan Adham ke Malaysia kira-kira dua
minggu lalu.
“Ada dia jenguk aku tak?”.Sherry mengangguk dengan soalan itu.
Pertemuan
Sudah seminggu sejak peristiwa itu dan sudah seminggu jugalah aku tidak menjenguk Dhiya
di hospital.Serabut dalam fikiran memenuhi benak otak yang kian kusut
memikirkannya.Telefon dibiarkan notifikasi masuk tanpa membalas sebarang jawapan
kecuali hal berkaitan kerja.Segala ajakan untuk lepak dan pertemuan semula dibiarkan
“bluetick”.
Sudah seminggu jugalah aku kembali berkerja dan fikiran hanya melayang ke arah peristiwa
itu.Urusan kerja biarlah urusan kerja namun kadang ia mengganggu fokus dan konsetrasi
fikiran .Betulah orang angau ini memang kacau bilau hidupnya .
Hujung minggu yang bosan aku habiskan dengan menonton televisyen.Orang bujang
memang macam ini.Umie dan Ayah keluar untuk hadiri majlis perkahwinan sahabat
mereka.Kalau ikutkan hati memang nak ikut sekali namun ikut fikiran memang nak duduk
rumah saja.
Deringan telefon memecah kebosanan hari itu.Tanpa melihat siapa yang menelefon aku terus
mengangkatnya.
“Waalaikumusalam .Ni siapa ni?”.tanya aku dengan penuh tanda soal di ruang pemikiran
otak ku.
Detik hati bahawa aku kenal suara ini.
“Ni Dhiya ni.Boleh tak datang hospital kejap?”.
Terdengar je nama itu terus badan yang panas bertukar sjuk bagai nak demam.Rasa kebah
diseluruh kaki termasuk di bahagian lidah.
Tiada jawapan yang aku berikan sama “Ya ” mahupun “Tak Boleh”.
“Boleh ke tak?”.Dhiya lagi namun suara kali ini lebih serius.
“Iye boleh je.Tunggu dalam setengah jam”.
Entah macam mana itu jawapan yang keluar dari mulut .Nak tak nak terpaksa pergi kerana
tidak elok mungkiri janji yang sudah dibuat.
Dhiya terus mematikan panggilan itu tanpa sebarang ucapan balas atas jawapan itu.
Terus dicapai topi keledar dan jaket dan beredar ke hospital.
………………………………………..
“Macam mana hari ni?Dah sihat ke?”tanya Sherry kepada Dhiya semasa lawatan dia pada
tengah hari itu.Bilik yang kosong yang tinggal mereka berdua.
“Sherry,hari di mana aku sedar sebenarnya aku nampak Adham dekat luar pintu bilik aku ”.
“Kau yakin ke itu dia?”.
“Aku yakin yang aku tak buta lagi walau dah rabun sikit”.
“Bila kau sebut pasal Adham sebenarnya aku ada nak cakap something pasal dia”.
“Dia dah kahwin ke”.Sherry terkejut apabila Dhiya menanyakan soal itu pada dirinya
“Takdelah.Kau ingat tak pasal bunga dan hadiah hari tu?”.
“Mestilah aku ingat .Jangan cakap yang Adham yang bagi semua itu?”.Sherry mula
mengerutkan muka tanda untuk cuba mengelak.
“Iye .Adham yang bagi semua itu”.
“Aku dah agak dah sebab abah aku cakap sejak kepulangan dia ,dia datang jenguk aku hari-
hari dekat sini namun sejak aku sedar dia langsung tak datang tapi ada kiriman bunga yang
sama terus ke bilik ini ”.
“Apa lagi yang Abah bagitahu dekat kau?”
“Abah cakap setiap kali Adham datang mesti dia mengaji Al Quran dekat telinga aku,bagi
support dekat aku biar aku cepat sedar and satu hari tu………….”
“Habiskan jelah ayat kau.Jangan cakap Adham buat benda tak elok dekat kau”.Sherry
bercakap dalam nada yang sedikit marah.
“Dia minta maaf and dia menangis lepas tu dia beredar .Dia teserempat dengan Abah sambil
lap air mata.Kau kenal dia kan macam mana?”
“Takpelah kalau macam tu.Mungkin dia masih rasa bersalah atas apa yang berlaku dekat
korang berdua dulu”.
“Aku dah lama maafkan dia and dia tak salah pun sebab kami berdua masih mentah lagi pada
masa itu.Jujur aku cakap yang aku nak bagi dia peluang kedua namun dia pilih untuk
hilangkan diri akibat rasa bersalah dia tu”.
“Dulu aku tak sedar tapi peristiwa itu ajarkan aku untuk menghargai siapapun yang hadir
dalam hidup aku .Adham baik dan ikhlas orangnya cuma aku je tak hargai semua tu”.Dhiya
tersenyum apabila mengatakan semua itu
Sherry serba salah sebenarnya berkaitan hal tersebut namun bagi dia ,mereka berdua berhak
dapatkan peluang untuk bina masa depan mereka.Bina sebuah masa depan yang lebih
daripada apa yang pernah ada.Jujur dari Sherry mereka berdua dibesarkan dengan ego diri
masing-masing yang buatkan mereka bermain api satu sama lain dan bukannnya salah
seorang menjadi air untuk mengalah.
Sherry merasakan tindakan Adham yang sekarang ini bermain ‘air’ dengan ingin mengalah
terlebih dahulu.Walaupun agak lama untuk salah seorang bertindak tapi lebih baik daripada
tiada langsung.
“Boleh tak kau ambil fon aku dekat sana ?”,Dhiya meminta bantuan Sherry kerana dia masih
lagi mengalami kesukaran untuk bergerak .
“Kau nak buat apa ?”
“Aku nak call Adham biar dia datang sini”.
………………………………………………………….
Aku masih tercungap-cungap lari dari tempat parkir motorsikal.Dahla baju aku basah lencun
dek kerana hujan tiba-tiba turun semasa dalam perjalanan tadi.Mujur aku pakai jaket jadi
kuranglah sikit baju disebelah dalam basah.
Nafas aku masih tercungap-cungap sewaktu tiba di hadapan pintu bilik.Aku cuba
menenangkan diri sebelum masuk agar mereka berdua tidak diperlihatkan aksi aku yang
sakan anjing yang sedang menjelirkan lidahnya. Aku memperbetulkan diri dahulu sebelum
masuk.Rambut yang basah diperkemas dan aku mengetuk pintu bilik.
“Assalamulaikum.Adham ni.”Bunyi pintu diketuk dari luar.
“Waalaikumusalam.Masuklah pintu tak berkunci”.
Aku terus berjalan masuk dengan perlahan.Sebelum mengetuk pintu sempatlah juga mengintai
insan mana yang ada dalam bilik itu.Mujur hanya Dhiya dan Sherry saja dalam bilik .
“Korang berdua boraklah yea.Aku pergi beli kundapan kejap”.
“Pergi lah.Lama-lama pun takpe”.
Belum duduk atas kerusi dah hampir kena heart attack akibat perbualan dua orang mangkuk
hayun ni.
“Sah mati aku kena semburan api naga lepas ni”.Bukan jantung yang berdegup kencang tapi
hati bagai digoncang dengan taufan .Aku cuba menenangkan diri sebaik mungkin agar dilihat
terlalu cemas.
“Tak elok aku berdua je dengan dia jadi biar aku yang pergi beli”.Fikiran tengah cari akal untuk
lari daripada semua ini.
“Jangan nak ngada-ngada!!!Duduk sekarang!”.Nada Dhiya yang tinggi terus mendiamkan
aku.Aku tahu yang orang sakit masih boleh marah-marah dekat pelawantnya.Agak-agak boleh
minta tuntutan saman ke tak?Haru betul hidup aku hari ni.
Bukan setakat bibir yang keluh bahkan otak terus blackout mencari helah lain.Aku diam
seketika sebelum menjawab .
“Okay,aku stay”.
“Aku pergi dulu tau”.
Kepergian Sherry bagai melanda bencana apabila kami berdua masing-masing diam
membisu.Hati yang ego bagaikan mengharapkan diri yang satu lagi untuk mulakan
perbualan.Mati kutu aku dibuatnya.Dah la kena tengking lepas tu diamkan diri
pula.Sesungguhnya diri ini tidak memahami langsung apa yang sedang berlaku.Apa yang
passti aku ingin balik secepat mungkin.Ego yang tebal dan perasaan takut menyelubungi diri
risau perkataan yang keluar boleh melukakan hati yang sudah berparut ini.
“Awak okay tak?Dah rasa sihat sikit ke?”.Akhirnya aku mulakan langkah yang
pertama.Biarlah aku yang mengalah dulu dari terus terseksa terpaksa tunggu lebih lama lagi
“Ingatkan takde mulut tadi”.
“Ada je mulut ini.Nasib baik ada satu je”,sambil menunjukkaan ke arah mulut aku yang satu
ni.Aku tersedar aku sedang mencekik diri aku sendiri dengan membuat lawak bodoh seperti
itu.
Tak pasal-pasal aku kena jelingan maut daripada sinaran mata tajam Dhiya yang mengena
tempat ke mata aku.
“Sihat.Alhamdulillah”.Jawab Dhiya selepas melemparkan sinaran jelingan mauut itu.
“Cantik baju jersey itu”.Lepas cakap baru aku perasan yang baju itu adalah hadiah aku untuk
dirinya yang 10 tahun lepas.
Aku ini menghalakan perbualan kami buka ke arah personal maka disebabkan itu aku cuba
elakkan dari bertanya soalan yang berkaitan dengan itu.
“Kena sembur lagi la nampaknya”,getus hati ini sendirian.
“Baju je cantik?”
Terus aku terdiam bila pertanyaan itu keluar daru mulutnya.Entah nak puji atau tak.
“Ermmm…”.
“Dari dulu awak langsung tak berubah.Ingatkan lepas 9 tahun awak akan berubah”.
Bagai sembilu mencucuk-cucuk di hati apabila terdengar itu.Nak marah bertukar redha.
“Saya minta maaf walaupun saya tahu yang awak bencikan perkataan itu”.
“Takpelah .Biar saya yang beredar dulu.Awak jaga diri awak elok-elok”.
Aku mengangkat punggung dari kerusi dan berjalan ke arah pintu.
“Apa yang aku dah buat.Aku tak patut layan begitu”.Rasa bersalah menyelubungi diri Dhiya.
“Saya minta maaf kalau awak terasa.Boleh tak awak duduk semula”.
Baru saja membuka pintu bilik namun apabila terdengar semua itu,hati yang lulu kembali
bercantum.Tanpa merespon menerusi perkataan aku terus ke kerusi balik.
“Kenapa awak buat semua ini.Kenapa awak hilangkan diri dan jauhkan diri ”.
“Mana ada saya jauhkan diri.Instagram dan Whatsapp kan ada”.
“Setiap hari saya tunggu bahawa awak akan text saya tapi saya hampa”.
“Dan bila awak berangkat ke UK,saya tahu yang awak kecewa sebenarnya”.
“Macam mana saya nak maafkan diri saya untuk apa yang berlaku itu .Mungkin saya boleh
maafkan diri awak sebab it wasn’t your fault but mine”.
“Saya nak mulakan hidup baharu saya.Terima kasih”.
Aku segera beredar dari situ.Jujur aku tak harap pertemuan ini jadi seperti ini.Luka yang dalam
masih lagi bernanah di hati Dhiya .Perasaan bersalah kian menebal dalam diri ni.Kedua-dua
kami sedang menyimpan luka yang berlainan namun kesan parut yang sama.Tipu untuk aku
tak merindui wajahnya namun itu hanya mainan dulu bukannya sekarang.Melihat dia kini
semakin pulih buatkan aku ingin lari dari dirinya.Menananggung rasa bersalah dan terus lari
darinya adalah jawapan yang terbaik.
Air mata Dhiya jatuh satu persatu namun segera dilapkannya.Dia sedar yang memperlakukan
Adham seperti itu bukannah dirinya tapi dirinya yang diselebungi dengan kemaraha.Di dah
maaafkan orang yang bernama Adham Mikail yang sedang lari dari hidupnya itu.Dhiya sedar
yang dia dah hilang orang yang sedang manruh kpercayaan kepadanya.Dia hilang orang yang
pernah beri dia senyuman dulu.Biarlah dia saja yang menanggun kperitan akibat berbohong
dengan diri sendiri.Kejam tapi itulah raliti untuk mereka berdua yang ego mengatasi tanda maaf
…………………………………………..
“Mana Adham pergi ?”.Sherry menanyakan keberadaan aku selepas Adham selepas kehilangan
diri Adham dari bilik Dhiya.
“Dia dah balik”.
“Kau halau dia eh?”.
“Takde lah .Dia dapat emergency call about his work”.
“Takpelah kalau macam tu”.
Sherry mencurigaikan tentang apa yang diperkatai oleh sahabat baiknya ,Dhiya soal kepulanga
Adham .
………………………………………………
“Kamu pergi mana tadi”,soal Umie tentang kehilangan aku di rumah .
“Ada kerja sikit tadi tu yang keluar”.
“Ingatkan pergi mana tadi.Itu Umie belikan makanan untuk kamu”.
“Nantilah Angah makan.Dah makan tadi masa jumpa kawan”.
Aku segera masuk ke dalam bilik untuk menenangkan diri seketika.
Baringkan kepala untuk lelapkan mata ,Mujur aku mengambil keputusan untuk solat di surau
hospital sebelum pulang tadi .
………………………………..
“AllahuAkbar!AllahuAkbar!”
Bunyi azan asar menyedarkan aku dari lelapan tidur .Satu notifikasi dari Dhiya yang berbunyi.
Dhiya:Don’t lt anyone know about this especially Sherry.
Aku hanya tersenyum dan mengambil keputusan untuk solat berjemaah di masjid .Kunci
motorsikal dicapai dari tempatnya dah terus menuju ke masjid.Lega dapat tenangkan fikiran
dan hati dari kekusutan dan keserabutan yang terbelenggu yang ada.
……………………………….
Pertemuan Semula
Sudah 2 minggu sejak peristiwa di hospital itu dan sejak itu juga aku tidak mengirimkan apa-
apa kepada diri Dhiya apatah lagi menjenguknya.Khabarnya dia sudah dibenarkan checkout
daripada hospital pada minggu yang sama dengan peristiwa pergaduhan kami berdua dan
sudah memulakan tugasnya kembali pada minggu lepas.
Pantas masa berlalu dan masa akan terus mengejar diri kita andai lalai dengan permainan
dunia .Bak kata orang bijak pandai dahulu , “Masa itu ibarat musuh dalam
peperanngan.Andai kita terleka pasti mush akan memancung kepala kita dahulu sebelum kita
memancung kepala mereka”.
Aku meneruskan perkerjaan ku seperti biasa.Tidak sedikit pun ia menngganggu konsentrasi
dan fokus dalam urusan kerja walaupun kadang ia datang menjenguk dan menegur aku.
Cukup ia berikan pengalaman untuk aku teruskan kehidupan.Kesemuanya aku bersrah
kepada takdir dan ketentuan yang sudah ditetapkan oleh Allah.Manusia hanya mampu
merancag segala gerak geri begitu dengan Allah namun perancangan-Nya adalah yang
terbaik untuk kita
…………………….
Aku sedang duduk di kerusi aku dan tanpa aku sedari ,aku sedang membawa diri aku ke alam
lamunan dan khayalan.Keempukan kerusi yang disadar menambah lagi keenakan diri
melayan perasaan diri.Entah kenapa makin difikirkan makin ia datang.Nak kata aku tak
sibukkan diri menipu sampai ambil overtime setiap hari.Tak pernah-pernah buat kerja gila
macam tu.Suasana yang diluar yang agak hiruk-pikuk tidak diendahkan oleh aku yang keluar
makan tengah hari sendirian pada hari tu.Memilih untuk makan tengah hari di restoran yang
berdekatan dengan pejabat saja.
“Lama sangat kau termenung ni?”.lamunan aku terhenti apabila Ajat menepuk bahuku.
Aku yang sedang leka melayan perasaan baru perasan akan kehadiran Ajat ,Natalia dan Tiro .
“Bila sampai ?Duduk lah sini.Aku sorang je ni”.
Mereka bertiga melabuhkan punggung mereka untuk duduk di meja yang sama dengan aku.
“Kau buat apa dekat sini ?Tunggu makwe datang lunch sekali ke?”.Usik Ajat.
“Mengarutlah kau.Aku saja datang sini sebab member aku recommend makanan sini sedap”.
“Member or makwe?”.
“Aku single lagi tak bermakwe lagi”.
“Dah order belum ?”
“Dah tadi sebelum sergah kau ”
“Tiro,macam mana kerja dekat company ni ?”
“Okay la not bad”.
Kami menghabiskan masa makan lunch kami disitu sebelum pulang ke pejabat untuk
sambung tugasan kami pada sebelah petang pula.
Lamunan aku berkisarkan apa yang berlaku kejadian dua minggu lepas antara aku dan
Dhiya.Tiada siapa yang mengetahuinya kecuali kami berdau saja namun entah kenapa aku
rasakan yang ia tidak sepatutnya berlaku.Aku tak sepatutnya menghalakan diri aku menjadi
seperti hari tersebut.Aku patut lebih jujur dengan diri Dhiya bahkan dengan diri aku sendiri.
…………………………
Tengah hari itu,Dhiya mengajak Sherry untuk makan bersamanya.Dhiya menjemput Sherry
di butik pakaian milik Sherry yang kebetulan tidak jauh dari tempat kerjanya.Berjalan-jalan
mereka sambil mencari restoran yang trkenal untuk makan tengah hari bersama.Dhiya tahu
restoran itu brdekatan dengan pejabat Adham namun saja dia memilih untuk makan di
situ.Takut-takut ada rezeki dapatlah berjumpa dengan Adham dekat situ.
Sherry sebenarnya tidak mengetahui yang Dhiya sebenarnya ingin makan disitu kerana mahu
berjumpa dengan Adham jika ada rezeki.Sherry juga tidak mengetahui yang kawasan tu
adalah terletaknya pejabat Adham.
Dhiya menyedari yang dia yang dia ternampak Adham di restoran yang sama dengan restoran
yang saa mnjadi pilihan mereka berdau untuk makan tengah hari pada hari tu.Melihat Adham
bersama rakan-rakannya yang lain terus dia membatalkan niat untuk berjumpa dengan
Adham .
“Sherry ,tu bukan Am ke?”.
“Haah.Tu Am tu.Nak join dia sekali ke?Ke kau yang ajak dia makan sekali hari ni?”
“Mengarutlah kau.Aku tak tahu yang dia akan makan dekat sini juga”.
“Kita makan dekat tempat lain lah”.
“Ikut kau lah ”.
Dhiya dan Sherry memilih untuk lari daripada Adham.Keputusan awal mereka untuk makan
di restoran itu tidak menjadi kenyataan selepas Dhiya nampak kelibat aku di situ yang sedang
asyik leka dengan melayan 3 orang kawan aku.Aku yang sedang berselera menyuap makanan
ked ala mulut aku tidak menyedari kehadiran Dhiya disitu.Makanan di restoran itu boleh
tahan jugaklah masakanya walaupun harganya agak yahudi sikit tapi boleh la dengan selera
tekak orang melayu
……………………………
Dhiya dan Sherry memilih untuk makan direstoran lain yang juga berdekatan dengan
kawasan yang itu juga.Malas untuk memandu kereta untuk pergi makan ditempat lain
ditambah pula yang waktu lunch Dhiya sudahpun ingin tamat.
“Kau rasa siapa perempuan yang sebelah Am tadi?”,tanya Dhiya kepada Sherry semasa
sedang makan di restoran lain.
“Tanyalah dia asal nak tanya aku pulak”
“Betul juga tu”.
“Asal tanya pula ni .Jealous ke ada perempuan rapat denganAm?”
“Mengarutlah kau ni”.
Waktu lunch mereka dihabiskan dengan bercakap soal Adham Mikail dan akhirnya bocor
suatu rahsia soal kehilangan aku secara misteri daripada hospital dua minggu lepas.
Menurut pandangan Sherry ,Dhiya tidak patut memperlakukan aku seperti itu kerana sudah
jelas kedatangan Adham pada hari tersebut sudah baik kerana dia sudah berani untuk
bersemuka dengan Dhiya dan meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan .
“Aku rasa kau yang patut minta maaf dengan Am sekarang dan biarlah ini menjadi titik
baharu buat korang berdua ”.
“Entahlah.Nanti aku fikirkan nya”.
Dhiya memilih untuk mengakngkat punggungnya dahulu kerana ada kerja yang perlu
disiapkan .Sepanjang perjalanannya ke tempat kerja yang mengambil masa hanya 15 minit
dengan berjalan kaki,Dhiya memikirkan soal untuk meminta maaf .
Dhiya sedar yang dia sudah melakukan kesilapan dan sudah berkassar dengan
Adham.Mungkin Adham pernah melakukan kesilapan juga namun dia berani untuk datang
minta maaf walau ia mengambil masa 9 tahun untuk dia datang.
Urusan kerja dia sedikit tidak tenteram petang apabila masih memikirkan soal itu.Dia
mengambil keputusan untuk berjumpa denganAdham dan minta maaf.Dicapai Iphone
8plusnya dan menghantar Whatsapp.
Dhiya:Adham,can I see you at your office this evening?Share your office location.
Hati Dhiya sedikit tenang apabila sudah menghantar pesanan itu.Dia kembali menyambung
tugasanya dan kali ini,dia lebih tenang .
………………………….
Aku baru saja duduk di atas kerusi selepas selesai makan tengah hari tadi.Aku yang tertinggal
telefon di dalam pejabat melihat ada beberapa mesej yang masuk kedalam telefon aku.Cuba
untuk melihat siapa yang menghantar pesanan itu kepada aku.Selain mesej dari group
Whatsapp,ada satu mesej yang menari perhatian aku.Mesej yang dihantar oleh Dhiya kepada
aku.
Dhiya:Adham,can I see you at your office this evening?Share your office location.
Aku yang membaca text itu tersenyum dan membalasnya.Aku membalasnya dan
menyambung kembali menyiapkan perkerjaan ku.Agak terkejut juga apabila nama Dhiya
tertera di skrin telefon mengajak aku untuk berjumpa.Biarlah asalkan tiada buruk yag berlaku
nanti.
Adham:Sure at 5.30pm. *Location.
………………………………
Aku membelek jam tangan aku dan melihat angka 5.30pm sudah tertera di skrin jam.Aku
yang turun lambat ke surau tadi untuk solat Asar berjemaah maka sedikti lambatlah aku naik
kembali ke tingkat atas.Dah lah hari ni suarau agak penuh dengan staff turun ke suarau untuk
solat Asar.Selalunya tidaklah sesesak seperti hari ni.Mungkin keadaan diluar yang sedikit
mendung menyebabkan staff mengambil keputusan untuk solat dahulu dipejabat in case jalan
jammed untuk balik ke rumah.
“Alamak dah lambat”.Getus hati ni sendirian .
Aku mengemas barangan aku dan segera turun ke tingkat bawah .Bag galas laptop digalas di
bahu dan sweater disarungkan ke tubuh aku.Kereta yang dipinjamkan Razali sudah
dipulangkan namun aku memilih untuk ke pejabat dengan motorsikal saja kerana malas
bersesak di jalan raya.Ada la beberapa aku membawaw kereta ke pejabat sebab harus ke
Putrajaya untuk mesyuarat.Selebihnya aku banyak menunggang motorsikal ke pejabat.
Butang lif ditekan dan pintu lif terbuka.Butang aras grounf floor ditekan oleh aku sambil
membelek jam di tangan.Skrin yang menandakan aku sedang berada di tingkat berapa
diperhatikan dengan penuh khusyuk dan penuh ketidaksabaran untuk sampai di aras bawah.
Aku memandang Dhiya yang berpakaian baju kurung moden yang berwarna peach saat pintu
lif terbuka.
“Lawa lak dia hari ni”.Dhiya yang berdiri membelakangi pintu lif memang tidak menyedari
akan kehadiran aku.Saja aku menunggu masa yang sesuai untuk menegurnya.
Aku berjalan perlahan-lahana dan menegurnya dari belakang.Langkah tapak kasut aku
disenyapkan agar langkah aku didengari oleh Dhiya.Suasana lobi pejabat masa itu agak
lengan mungkin staff lain sudah pulang awal untuk mengelakkan brtembung dengan hujan
dan jalan yang sesak.Ada beberapa cleaner yang sedang berborak mungkin syif mereka sudah
tamat mahupun hampir tamat.
“Assalam Cik Nur Dhiya Sofea.Ada appointment dekat sini ke?”.Aku sengaja mengusik
Dhiya seperti itu.
“Wassalam.Takde ,saja datang nak jumpa kawan”.Dhiya masih tidak perasan akan kehadiran
aku sehinggalah dia memalingkan mukanya ke arah aku.
“Saja nak usik aku ”.Sempat lagi dia memukul handbagnya ke aku.
“Gurau sikit pun tak boleh”.
“Bukan tak boleh tapi terkejut adalah”.
“Dah-dah…Kita pergi borak dekat restoran sana.Hari ni biar aku yang belanja”
Kami memilih untuk berjalan kaki saja kerana kami hanya perlu melintas jalan .
“Minah ni kena sampuk hantu ke apa jadi baik hari ni”.Aku mempersoalkan perwatakan
Dhiya yang sedikit lain pada hari ni.
Kami duduk di meja yang sedikit belakang agar aku tak mudah dicam or terserempak dengan
staff dan rakan sepejabat aku yang lain.Nanti tak pasal kena bahan dengan diorang.Kami
memilih untuk memesan minuman saja kerana mungkin ia akan menjadi pertemuan yang
sangat singkat namun jauh disudut hati aku inginkan ia menjadi pertemuan yang lama supaya
aku boleh melihat wajahnya lebih lama.Kerinduan masih lagi terbuku di hati melihat dirinya.
Betulah pandangan gambar dan pandangan dari depan-depan sungguh jauh bezanya.Dari
gambar ,dia hanya seorang perempuan dengan kecantikan biasa namun pandangan ‘eye to
eye’ memberikan pandangan kecantikan yang tidak semua orang miliki.Aku senang melihat
Dhiya bertudung litup sekarang ini.
“Ada apa nak jumpa ni?”.Soal aku dengan penuh tanda tanya dimuka .
“SABARLAH”.Nada Dhiya sedikit tinggi jadi aku biarkan dia mengambil masa sedikit.
“Sebenarnya saya nak minta maaf pasal hari tu.Saya tahu yang tak patut layan awak macam
tu”.Tiba-tiba nada Dhiya sedikit rendah bagai orang nak menangis dan kesal.
“Saya tak kisah dan tak amik hati pun .Anggap je semua itu adalah kesilapan yang semua
orang akan lakukan.Let bygone be bygone.Kita berdua dah besar panjang and kadang kita
lakukan kesilapan yang tak patut kita lakukan namun ia proses dalam kehidupan ”.Aku
mengambil nafas yang panjang sebelum menjawab apa yang diperkatakan oleh Dhiya.
“And aku pun nak minta maaf jugak.Kosong-kosong ”.
“Alamak ada orang dating la dekat sini ”.
Baru tengah nak syok borak dengan Dhiya,Si Mangkuk Hayun Ajat,Tiro dan Natalia datang
menegur.Aku ingat mereka bertiga dah balik tadi sebab semasa aku keluar tadi,pejabat dah
sunyi sebab selalunya kalau mereka bertiga ada memang riuh-rendah jawabnya.
“Boleh tak nak duduk sekali?”,tanya Ajat kepadaku.
“Duduklah sini pun”.
“Kau senyap-senyap berpacaran aku bagitahu aku pun ”,kata Tiro.
“Ni wife aku ”.Semua terkejut dengan apa yang aku perkatakan kepada mereka bertiga lebih-
lebih lagi Dhiya.
“Kahwin tak ajak pun”,Natalia mengeluarkan kata-katanya.
“Aku kahwin senyap-senyap lagipun majlis tak buat lagi.Buat yang wajib dulu”.
“Dah terlepas la nak tackle kau lepas ni”,ucap Tiro dengan selamba.
“Kouta ada lagi tiga kosong”,aku tak tahu ucapan aku itu akan menyebabkan kaki aku akan
dipijak oleh Dhiya.
“Aduh!Sakitlah”.Dhiya senyum kambing melihat aku menjerit kesakitan.
“Tu la nak bergurau pun agaklah sikit.Kan wife kau dah marah.”,Kami ketawa mendengar
jenaka yang diperdendangkan itu.Dhiya yang melakonkan bahawa dia sedang ketawa.
“Kami minta diri dulu lah.Nak singgah beli barang dapur kejap.”,aku saja membohong kalau
tak lagi banyak bohongan kepada mereka.Air yang dipesan pun tak diminum samapi separuh
lagi.Membazir je pesan minuman tadi.Harub betul hidup baru nak bahagia dah ada yang
kacau.Kacau line and kacau daun betullah mereka ini.
Aku membayar segala bil kami berdua dan yang mereka bertiga dan beredar dari situ.
“Hujan ni awak nak balik macam mana?”.Dhiya mempersoalkan cara untuk aku pulang ke
rumah kerana hari tersebut hujan .
“Takpa saya redah je.Tak lebat pun”.jawabku .
“Awak balik dengan saya je lah.Nanti saya hantar awak ke rumah”.
“Tak susahkan awak ke?”
“Tak pun .Lagipun kita satu jalan je”
Selepas dipujuk oleh Dhiya akhirnya aku tewas dan bersetuju untuk pulang bersamanya.Aku
pergi mengunci tayar motorsikal dan memaklumkan kepada security guard yang aku
tinggalkan motrosikal di pejabat senang untuk mereka jagakan nanti.
………………………………
Ajat,Tiro dan Natalia masih rancak brborak di restoran itu.Nak balik pun hari masih hujan
diluar.Natalia dan Tiro selalunya mereka pulang sekali kerana mereka berkongsi kreta saja ke
pejabat.Hanya brbeza taman perumahan saja.Ajat selalunya balik awal kerana perlu
menjemput Wahidah dari pejabat namun hari itu Wahidah cuti maka tu yang balik lamabt
sikit tu.
“Ajat,tu memang wife dia ke?”,Tiro menanyakan soal adakah apa yang diperkatakan oleh
Adham Mikail itu benar.
“Bukan la.Aku tak pasti perempuan tu siapa tapi memang bukan wife dia”.
“Mana kau tahu semua ni?”,tanya Natalia .
“Dia pernah bagitahu aku yang dia tengah tunggu seseorang”.
“So kau nak cakap yang perempuan adalah orang yang Adham tunggu selama ini”.
“Tu aku takleh nak bagitahu lebih sebab Adham tak pernah bagitahu aku apa-apa soal tu”.
Mereka bertiga pulang apabila keadaan diluar sana mula redanya hujan.Walau masih agak
lebat namun ia tidak selebat setengah jam yang pertama.
………………………………
Dhiya menyuruh aku memandu kerana situasi diluar sedang hujan lebat jadi agak sukar untuk
dia memandu dalam keadaan seperti itu.Tak terbiasa sebanrnya untuk memandu kereta orang
lain kerana saiznya berbeza.Mujur system pemanduan di UK dan Malaysia sama iaitu system
pemanduan di sebelah kanan maka tidak susah sangat untuk aku terbiasa dengan pemanduan
di sini selepas pulang dari UK.Biasalah gaya pemanduan di UK dan di sini agak berbeza
kerana sikap dan adab ketika di jalan yang berbeza-beza.
Hanya bunyi suara juruhebah yang di konti radio saja yang ada ketika itu kerana kami berdua
seolah mulut diikat dan dirantai .Tiada seorang pun yang berani untuk memulakan langkah
dahulu untuk bercakap.
“Suka hati je cakap dia wife depan semua orang ”.Getus hati kecil ini sendirian .Fokus aku
hanya pada pemanduan kerana keadaan diluar kereta masih hujan walau tak selebat
tadi.Masih boleh nampak cahaya lampu kereta yang datang dari arah bertentang serta lampu
brek kereta hadapan.Tidak perlu untuk nyalakan lampu tinggi.
Aku tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Dhiya yang sedang membisu sejak kami berdua
masuk ke dalam kereta.Akhirnya aku memilih untuk mulakan bicara dulu.Wajah Dhiya agak
moyok dan keletihan dari kebiasaan.Tak tahu sama ada sebab kerja di ofis ataupun mungkin
dia masih rasai kesakitan itu.Ataupun dia marah dekat aku.Banyak sungguh yang bermain
dalam fikiran aku ni.
“Awak okay tak ni?Kalau penat ,tidurlah dulu ke nak makan apa-apa nanti saya singgah beli
pisang goreng ”.
“Ke awak marah pasal apa yang terjadi tadi?”,sambung ku.
“Saya tak marah pun cuma terkejut je.Berani jugak awak kata begitu tadi ”.
“Malas nak layan sangat sebab tu mulut cakap je macam tu ”.
“Kalau betul jadi wife pun takpe”.Jawapan ini hanya sayup dengar tak dengar apa yang
diucapkan oleh Dhiya.
“Apa awak cakap tadi saya tak dengar? ”.
“Takde apa-apa.Awak salah dengar kot”.
“Boleh tak berhenti dekat kedai mana-mana ,saya lapar la ”.
Aku segera mencari 7-Eleven or Speedmart yang berdekatan .Mujurlah kawasan tersebut
banyak kedai jadi mudah aku berhenti dan membeli apa-apa makanan untuk dimakan.Jujur
aku pun lapar juga.Kalau ikutkan hati memang tadi nak order makanan sekali tapi ingatkan
kejap je sekali boleh terserempak dengan mereka bertiga.Haru betul tadi.Aku tengah craving
pisang goreng tapi mana nak cari pisang goreng pada keadaan macam ni.
“Awak nak apa ?”,tanya aku selepas memarkirkan kereta untuk dihadapan sebuah 7-Eleven.
“Beli je apa -apa”.
“Kejap saya pergi”.
Hampir 15 minit berlalu dan Adham masih tidak munculkan diri selepas ke 7-Eleven
berdekatan.Dalam keadaan hujan macam tu,susah untuk Dhiya nak cam dimana kedudukan
Adham kerana hampir semua orang yang keluar masuk memakai sweater ataupun hoodie.Ia
memberi kerisauan buat Dhiya kerana bayang Adham masih menghilang dari pandangannya.
Akhirnya pintu kereta dibuka dan Adham yang sedang kesejukan masuk ke dalam
kereta.Bajunya basah terkena air hujan
“Nah ,makanan awak.Saya belikan awak roti dan air.Pilihlah nak yang mana”.Suara Adham
yang sedang mengigil jelas kedengaran.
“Lagi satu, saya beli pisang goreng ni”,sambung aku sambil menunjukkan arah pisang
goreng yang dibeli oleh aku.Sekejap je aku dkat dala 7-Eleven namun selepas keluar
ternampak pula makcik jual pisang goreng tu yang ambil masa tu.Aroma minyak panas
pisang goreng tu gagal ditolak oleh aku.
“Awak okay tak ni?By the way,thank you”.Sejak masuk ke dalam kereta,aku asyik terbersin-
bersin saja.Mungkin kesejukan sebab kena air hujan tadi masa menunggu pisang goreng
dekat gerai makcik tadi.
Dhiya mengeluarkan purse dan menghulurkan satu note RM50 kepada Adham .
“Untuk apa ni?”,aku menanyakan soal duit itu.Dahi aku berekrut itu tanda tak faham dengan
perlakuan itu.
“Duit air dan roti ”.Dhiya melemparkan senyuman aku.Hampir tergoda dibuatnya.
“Takpa ,saya belanja”.
Dhiya mengucapkan terima kasih atas roti itu dan aku meneruskan pemanduanku.Permukaan
jalan dan sedikit basah menyebabkan pemandu memilih untuk memandu secara perlahan dan
ini menyebabkan aliran trafik menjadi lebih perlahan dari kebiasaan.Aku mengeluh dengan
aliran trafik seperti itu kerana kebiasaan aku dapat pulang lebih awal kerana membonceng
motorsikal.
Dhiya menegur akan perbuatan aku yang sedang mengeluh.
“Tak elok mengeluh tau.Ia tanda diri tak redha dengan apa yang kita hadapi dan tanda kita
tidak syukur”.
Aku mendiamkan diri selepas mendengar apa yang diucapkan oleh Dhiya itu.
Dhiya menghulurkan pisang goreng dan air kepadaku.Kelihatan pisang goreng itu dimakan
juga oleh Dhiya.Roti disimpan di dalam hangbag.
“Nah pisang goreng”.
Aku terus mengambil pisang goreng itu dan makan secara perlahan-lahan.
“Kenapa awak ketawa ni.Ada saya buat lucu ke?”,tanyaku yang sedang melihat Dhiya ketawa
kecil selepas aku menghabiskan pisang goreng itu tersebut.
“Tak tahu lak bapak budak pun makan comot”,sambil menunjukkan sisa krim coklat yang
terlekat di bawah daguku.
Aku hanya tersenyum melihat dengan apa yang diperkatakan oleh Dhiya itu.Aku mencapai
tisu dan mengelap sisa pisang yang melekat di bawah dagu itu .
Aku sedang leka dengan aliran trafik yang kian laju namun masih lagi berhati-hati agar tak
terkena lopak air yang boleh memberi kesusahan kepada pemandu lain.
“Boleh tak awak hantar je saya ke rumah”.
“Habistu awak pergi kerja macam mana esok?”.
“Awak jemput saya lepas tu kita pergi office saya”.
Entah apa yang merasukki diriku tapi aku hanya bersetuju dengan permintaan itu.Mungkin
kesian dan risau untuk dia memandu pulang ke rumah dalam keadaan hujan lebat seperti
ini.Aku terus memandu ke rumah Dhiya.Dhiya kata sejak dia keluar dari hospital dia masih
mendiami rumah ibu bapanya kerana ibu bapanya masih risau dengan keadaan kesihatannya.
…………………………………………….
Malam itu aku memilih untuk duduk saja di rumah akibat kepenatan memandu dalam
keadaan hujan dan jammed.
Sepulangnya aku ke rumah,Umie menanyakan kereta siapa itu dan aku hanya menjawab
kereta kawanku dan aku harus menjemput kawan aku di rumahnya pagi esok.
Date?
Pagi itu aku keluar seawal 6.30 pagi risau akan jalan raya akan jammed memandangkan pagi
itu juga hujan renyai-renyai masih membasahkan bumi.Hujan adalah rahmat yang diturunkan
oleh Allah kepada makhluknya kerana air hujan itu memberi banyak kebaikan dan manfaat
kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Air hujan juga adalah salah satu cara membersihkan
udara dari kotoran.
Aku menjemput Dhiya di rumahnya dan disebabkan aku keluar awal pada pagi itu,tak sempat
untuk aku minum secawan teh apatah lagi makan karipap goreng.
Mujur pada pagi tu aliran trafik agak lancar maka perjalanan kami tidaklah terlalu lama.
“Nak berhenti beli sarapan kejap.Tadi tak sempat nak minum air pun”.
“Tak yah la.Saya dah bawa bekal khas untuk awal.Coffe and nasi lemak”.
Mendengar jawapan makin bersemangat aku untuk memandu.
Aku mengucapkan terima kasih .Ingin saja aku makan nasi lemak itu semasa memandu tapi
boleh membahayakan jadi aku tahan nafsu lapar itu.Perut sudah berkeroncong banyak kali
melawan godaan nasi lemak itu.
Sesampai di ofis,Dhiya mengucapkan terima kasih dan segera memandu ke pejabatnya
pula.Kalau ikutkan hati ingin saja aku hantar dia ke pejabatnya namun dia menolaknya
kerana katanya menyusahkan aku pula.
Aku risau jika terjadi apa-apa kepadanya yang akan memandu dalam keadaan hujan seperti
itu.Dah la dia rabun jauh risau pula memikirkan dia memandu dalam keadaan hujan seperti
itu.Aku sendiri tidak perasan sama ada dia bawa spec mata mahupun contacs lens tadi.Aku
harapkan dia bawa je.
Naik saja ke pejabat dan segera membuka bekas makanan itu untuk menjamah nasi lemak itu
dan tiba-tiba pintu bilik diketuk.Pagi itu,aku sampai lebih kurang jam 8 pagi dan ikutkan
masih awal lagi kerana pejabat mula 8.30 pagi.
“Encik Adham,bos suruh masuk office dia sekarang dan bawakan fail dan dokumen untuk
meeting jam 10 nanti ”,pesan Si Izzati .
Terus ditutup bekas makanan itu dan mengambil segala fail yang berkaitan untuk dibawa ke
bilik bos.
Sekali lagi godaan nasi lemak itu terpaksa dilawan kerana tugas.Damn it.
……………………………………………………….
Mesyuarat masih lagi berlangsung dan jam sudah menunjukkan jam 12.30 tengah hari.Perut
kian memberi isyarat bahawa dia perlukan makanan untuk dihadam.
“That’s all for today,Thank you”.Alangkah bahagia apabila mendengar ucapan tersebut.
Segera dikemaskan segala fail untuk dibawa ke bilik dan memeriksanya kembali.
“Encik Adham,boleh tak awak join saya lunch sama-sama.Saya ada benda nak bincang
dengan awak pasal projek di Langkawi”.Terdengar suara Puan Dayin mengajak aku untuk
makan bersamanya.
“Nak tolak ke tak.Kan membazir lak nasi lemak tu”.hati kecil ini bersuara.
Aku memilih untuk menolak pelawaan itu dan menyatakan bahawa aku sudah membawa
bekal daripada rumah.
“Takpelah kalau macam tu.Tak baik membazir makanan lebih-lebih kalau dimasak oleh
isteri.Kalau macam tu jumpa saya dekat office jam 2.30 petang ni”.
Aku terkedu apabila mendengar itu.Bukan takutkan soal kena masuk dalam “Bos Besar” tapi
apabila terdengar perkataan isteri.Maklumlah masih membujang.
Aku bergegas ke bilikku untuk makan nasi lemak itu.
Segera disuapkan satu persatu nasi lemak tanpa sedar bekas itu sudah kosong.
“Sedap jugak nasi lemak ni”.
Dicapai telefon ku dan menangkap gambar bekas yang sudah kosong itu dan meng
‘upload’nya di IG story miliku dengan caption ,
“Thanks for this …Sedap sangat”.
…………………………
Dhiya yang sedang leka dengan kerja tak menyedari bahawa ‘lunch hour’ sudah pun kunjung
tiba.
Deringan alarm telefon menyedarkan dia untuk makan dan solat tengah hari.
“Dah tengah hari la.Patutlah lapar semacam je”.
Dia membuka beg dan mmembawa satu bungkusan plastic yang berisi bekas
Tupperware.Dibawa juga satu thermos kopi panas ke pantri pejabat.
Dia mengambil sudu garfu dan cawan di rak pinggan mangkuk untuk memudahkan dia
makan.
Aroma nasi lemak membangkitkan nafsu laparnya.Kebetulan Faiz juga berada di sana.
“Sedap la bau nasi lemak ni”.
“Nak sikit ke?”,tanya Dhiya sambil melemparkan senyuman .
“Boleh ke?”
“Boleh aje lagipun banyak ni takut tak habsi pulak nanti membazir”.
Dhiya bangun untuk mengambil pinggan dan sudu untuk Fazi dan membahagikan nasi itu
kepada dua bahagian.Satu demi satu suapan masuk ke dalam mulutnya sambil membelek
laman Instagram miliknya.
Satu IG story menarik perhatiannya iaitu akaun milik Adham .Selalu jarang untuk Adham
memuat naik story di laman Instagram kerana dia kata privasi dia seolah diceroboh oleh
orang luar.Dia memilih untuk menghantar mesej kepada Adham .
…………………………….
Hujung minggu kunjung tiba lagi dan kali ini dia sudah ada program untuk dilakukan .Azan
Subuh lagi aku bangun dan memilih untuk solat Subuh berjemaah di masjid .Amat jarang aku
solat berjemaah Subuh di masjid.Kali terakhir rasanya masa aku hari pertama aku jejakkan
kaki di bumi Malaysia lebih kurang sebulan yang lalu.
Menjadi rutin minggu untuk aku jogging di sekitar taman pada hujung minggu sambil
membeli sarapan pagi setelah pulang .
“Kamu ada rancangan ke minggu ni?”,Umie menanyakan soal rancangan aku pada hujung
minggu itu kerana selalunya habiskan masa di depan tv saja.Single katakan mana nak dating
bagai .
“Ermm…nak keluar pergi mall kejap dengan kawan ”,sambil meletakkan sarapan pagi yang
aku belikan seusai balik jogging tadi.
“Dating la tu”,usik Si Izz apabila dia mencelah perbualan kami dua beranak.
“Angah dah ada makwe ke?Kalau ada elok juga kahwin cepat-cepat”,Along menambah
perisa usikan.
Along dan Izz ni kalau tak usik aku sah demam agaknya.Ada je bahan untuk dijadikan
usikan.
“Mana ada dating..Teman beli barang je”.
“Ye lah …Beli barang hantaran kahwin eh?”,aku terus terdiam apabila Ayah terus bagi
checkmate kepada aku dengan kata-katanya.
“Dah-dah la tu mengusik.Mari makan”,aku membuat mimic muka tanda aku senang hati yang
Umie sedang back up aku.
“Dhiya ke kawan kau tu?”,tanya Izz.
“Mana kau tahu?”.