The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ashraf Idzham, 2020-05-01 23:53:02

A x D = by Idzham {Recovered}

A x D = by Idzham {Recovered}

“Dah sampai pun orang penting majlis”,keluarnya aku daripada kereta aku ditegur oleh
Ayman dan Fadhil.Dua orang peguam yang membuka firma guaman.Si Ayman peguam sivil
manakala Fadhil si peguam Syariah.
“Mengarutlah korang ni.Semua dah sampai ke?”,tanya aku.
“Dah..Kau yang last sampai”.

Dhiya pun keluar dari kereta .
“Patutlah lambat .Pergi amik bakal isteri rupanya”,usik Si Ayman.
“Dah la korang ni..Jom kita ke sana”.

Aku mengajak mereka berdua untuk bergabung dengan rakan-rakan yang lain yang sedang
melakukan aktiviti.

Keseganan Dhiya menyebabkan dia memilih untuk berjalan disebelah aku.Aku sendiri tak
faham kenapa diam ahu segan dan malu padahal mereka adalah teman-teman persekolahan .
“Diumumkan ketibaan Abang Besar Adham dan isteri.Sila berikan tepukan yang gemuruh
kepada mereka berdua”.

Aku hanya mampu terlopong apabila ketibaan kami berdua disambut dengan sebegini.Sah
mereka berpakat untuk usik aku.

Semua hadirin yang ada disitu menepuk tangan mereka.Aku hanya mampu menggelengkan
kepala dengan reaksi yang ditunjukkan oleh mereka.Dhiya menundukan kepala.Pasti dia
mahu menyembunyikan air mukanya.

Dhiya yang berterusan menuruti aku yang sedang berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.

Akhirnya aku bergabung dengan Team Meja Tidur yang terdiri daripada
aku,Izz,Ayman,Fadhil dan Nazmi.Kami berlima mempunyai kepakaran subjek yang berbeza
pada zaman persekolahan.Aku dan Fizik berpisah tiada.Izz Si Geliga Math.Ayman subjek
agama dia tapau.Fadhil pemilik atom Kimia dan Bahasa.Nazmi Pemburu Sejarah.Perbezaan
kami membawa kepada satu persamaan iaitu kami kaki tidur dalam kelas.Berkat doa dari
cikgu-cikgu Alhamdulillah ,kami berjaya dalam bidang masing-masing.
“Weh,dah lama tak berkumpul macam ni.Last rasanya sebelum aku berangkat ke UK”.
“Itulah kau …Kalau sedih pun janganlah bawa diri ke UK”,kata Nazmi.

Dhiya membisikkan sesuatu kepada aku.Selepas itu,Dhiya berjalan pergi.
“Kesian dekat Dhiya.Merah giler muka dia tadi”.
“Sorry boss…Kau salahkan si Izz sebab dia yang rancang semua ni”,kata Ayman.
“Aku nak tanya sikit ni.Kau serius ke dengan Dhiya”,tanya Nazmi kepada aku.

“Entah la..Kau pun tahu kan yang aku suka dia sejak zaman sekolah lagi dan kau tahulah aku
ke UK sebab nak bawa diri and aku balik pun sebab dia.Kalau kau tanya aku serius ke
tak,aku rasa YES jawapan yang terbaik”.

“Okay la kalau macam tu.Aku rasa kau dah boleh fikir next phase dalam hidup kau dah”,kata
Fadhil.

“Aku tak berani kata apa-apa lagi tapi kalau ikut rancangan aku ,aku nak kahwin hujung
tahun ni ”.

“Aku tak kisah siapa calon kau.Kitaorang memang nak tunggu makan nasi minyak kau
je”,kata Nazmi.

Izz memilih untuk senyap dala perbualan kami kerana dia sendiri tahu soal pilihan aku.

Sementara menunggu sesi kedua acara sukaneka,kami berborak soal kerjaya dan keluarga
masing.Adalah mengimbau sikit-sikit zaman persekolahan kami yang penuh dengan suka
duka riang tawa tangisan.Memori yang kekal terpahat di dalam hati.Walau kami selalu
kesibukan,kami tak pernah lupa untuk tolong antara satu sama lain jika ada yang kesusahan.

Memori terbaik buat kami adalah kami berjaya buktikan kami mampu untuk berjaya.

Teringat pula masa kami semua ponteng kelas tambahan malam dan keesokkannya kami kena
denda.Bukan sorang dua yang tak datang kelas tu tapi kelima-lima orang kami berpakat untuk
tidak hadirkan diri. Memang cikgu dapat agaklah kami semua berpakat. Dah la masa tu
kurang 2 bulan sebelum SPM.Rasa kelakar pula mengingati perkara itu semua.

…………………………..

“Dhiya ,datang la sini .Join group kitaorang borak-borak”,panggil Jenny yang melihat Dhiya
yang munda-mandir di kawasan pantai berseorangan.

Jenny yang sedang berkumpul dengan ahli kumpulan Blinkers yang terdiri daripada
Jenny,Dini,Aliya,Erni dan beberapa orang lagi.

“Takpe lah.Korang borak lah aku tak nak kacau”,balas Dhiya dengan ajakan Jenny tadi.

Hubungan Dhiya dengan ex-classmatesnya agak dingin disebabkan ada hal yang berlaku
selepas zaman SPM. Tak tahu pula ia melarat sampai ke hari ni.Sebenarnya tiada isu pun tapi
mungkin Dhiya saja yang terbawa-bawa dengan emosi tentang perkara lampau.

Selepas diajak beberapa kali dipelawa,Dhiya bersetuju dengan pelawaaan itu.Mereka sedang
menjamu selera bihun goreng serta kueh-mueh yang dihidang di atas meja.

“Aku ingatkan kau tak datang langsung”,kata Dini kepada Dhiya.

Jenny yang sudah tahu akan kehadiran Dhiya ke majlis itu kerana Izz sudah memalumkan
bahawa Dhiya akan pergi bersama Adham lebih awal lagi.

“Aku ingatkan macam tu juga tadi tapi aku gembira kau datang.Kau asyik jauhkan diri je dari
kitaorang ni.Jangan risau kitaorang dah maafkan kau pasal benda tu”,tambah si Dini.

Dhiya senyum mendengar kata-kata dari Dini.Setelah hampir 10 tahun,mereka berdamai
secara rasmi.

“Aku sebenarnya terkejut kau datang dengan Adham tadi.Aku baru keluar toilet tengok ada
perempuan dalam kereta dia.Ingatkan dia bawa minah salih bertudung mana tadi.Rupa-
rupanya itu kau”,kata Aliya.

Mereka ketawa mendengar kata-kata dari Aliya itu.Dhiya hanya senyum kelat saja.Mungkin
masih trauma dengan kes yang berlaku semasa dia sampai.

“Are you serious with him?”,tanya Aliya lagi.

“Cakap malay please.Tak pepasal aku suruh Jenny speak Arabic you know”,kata Erni.

Mereka ketawa lagi dan kali ni Dhiya turut sama ketawa.

“Tu kena tanya dia sendiri .From my side ,I can say ‘Yes’ is the answer ”.jawab Dhiya
dengan pertanyaan Aliya.

“Kalau tanya aku,aku mungkin tak kenal sangat dengan Adham but he is a good guy.Macam
mana nak cakap eh tapi apa yang aku boleh cakap,zaman kita semua kenal dia waktu sekolah
dulu memang dia lain.Siapa sangka dia boleh berjaya sampai ke tahap ni.Beruntung siapa
dapat dia sekarang”,kata Erni.

“Weh,betul la apa yang kau cakap.Kalau dulu dia ketua Meja Tidur kot.Dia yang first sekali
tidur dalam kelas tapi siapa sangka usia yang belum cecah 30 dah ada Master and siap jadi
wakil untuk projek di UK lagi”,tambah Aliya.

“Bila aku kahwin Izz ,Izz ada cerita yang Adham tu ramai je kawan perempuan dari zaman
sekolah hingga sekarang tapi Izz kata Adham pernah kata dekat dia yang dia tak boleh nak
buka lagi hati dia untuk orang lain.Izz kata lagi Adham tak pernah sebut nama orang tu dan
nama tu masih kekal misteri sampai sekarang ”,sambun Jenny.

Dhiya hanya diam apabila merea berbicara soal Adham Mikail.Dhiya merasakan dia belum
cukup mengenali siapa Adham Mikail yang sebenarnya.Dhiya merasakan Adham yang
mempunyai perwatakan yang berbeza saat bersama dirinya.

…………………………….

Acara sukaneka sesi pun bemula.kesemua peserta yang mengambil bahagian diminta untuk
berkumpul.

“Acara pertama adalah balingan sayang.Acara ni memerlukan peserta untuk baling belon
berisi air kepada pasanganya.Belon yang pecah dikira tersingkir”,Fadhil memberi taklimat
kepada peserta yang ingin mencuba nasib.

“Awak nak join ke permainan ni?”,tanya Dhiya kepada aku.Aku yang sudah siap berseluar
trek dan jersi sejak dari rumah lagi.

“Awak nak join ke ?Saya tak kisah ”,jawab aku .

Dhiya menyatakan bahawa dia ingin mencuba nasib dalam setiap pertandingan yang ada.Aku
tak kisah soal acara sukaneka.Asalkan dapat berkumpul ramai-ramai begini pun dah syukur
Alhamdulillah.

“Preeeeeetttt”,bunyi wisel kedengaran menandakan permainan itu bermula.

Satu demi balingann dilempar begitu juga satu demi satu pasangan yang tersingkir akibat
belon itu pecah.Pecah itu tidak jadi masalah namun masalah utama basah kuyup siapa yang
pecahkan belon.

Selepas beberapa pusingan akhirnya tinggal dua pasangan saja yang tinggal. Aku dan Dhiya
akan melawan Hakem dan Ika.Alhamdulillah kami menang Balingan Sayang itu.Disebabkan
belon itu ditangan aku jadi aku ambil keputusan untuk mengusik Dhiya.

“Dhiya”,panggil aku.Aku segera baling belon tersebut ke arahnya.Belon itu tepat mengena
bahu Dhiya dan basash kuyup baju Dhiya.

“Adham Mikail!!!!”,jerit Dhiya.

Teman-teman kami gelak besar apabila menyaksikan kejadian tersebut kelakuan kami
berdua yang seakan anak-anak kecil bergaduh.Aku memilih untuk lari ke arah pantai dan
Dhiya mengejar aku.

Bagi acara kedua,kami tak menyertai kerana ia acara tarik upeh dan setiap kelas harus
menghantar peserta.Kali ni Izz dan Jenny yang mengambl bahagian dan Dhiya memilih untuk
jaga Adin.Jenny bukanlah classmates aku maka dia bergandingan dengan orang lain.Begitu
juga dengan Izz yang terpaksa bergandingan dengan orang lain.Nasib tak menyelebahi kami
apabila kami kalah teruk untuk pertandingan ni.

“Acara sukaneka terakhir adalah gula-gula dalam tepung”.

Setiap kelas harus menghantar 2 pasangan wakil .Aku dan Izz wakil untuk kelas kami dan
Jenny dan Dhiya wakil untuk kelas mereka.

“Dhiya,menang atau kalah kita baling tepung tau 2 orang tu ”,bisik Jenny kepada
Dhiya.Dhiya setuju dengan idea jahat itu.

Pertandingan itu menyaksikan budak-budak kelas Khaldun yang memenanginya.

“Abang sini kejap”,panggil Jenny .

Aku dan Izz yang sedang berjalan memalingkan muka apabila Jenny memanggil Izz.Tanpa
aku sedari,tepung memenuhi raut wajah kami.Mulut yang manis merasakan setiap butir

tepung yang tawar itu.Hampir tersedak dibuatnya.Jenny dan Dhiya high five atas kejayaan
itu.

……………………………..

Acara dewan dimulakan selepas solat Zohor.Acara dewan tak lebih kepada sesi menjamu
selera.Kami dihidangkan dengan pelbagai aneka makanan dan juadah.Penglibatan hampir
100 orang pada kali ini begitu meriah.Kehadiran beberapa guru-guru kami memeriahkan lagi
majlis ni.

“Dah lama saya tak jumpa kamu,Adham.Hampi 3 tahun rasanya”,kata Bonda Nor kepada
aku.

“Kalau cikgu pun rasa begitu saya apatah lagi.Rindu betul dengan sekolah”.

Aku mempelawa Bonda Nor serta beberapa cikgu-cikgu aku untuk menjamu bersama Team
Meja Tidur.

“Dulu saya ingat muka-muka ni la yang selalu tidur dalam kelas”,seloroh Cikgu Wani kepada
kami berlima.

“Alhamdulillah berkat ilmu cikgu lah kami berjaya sampai ke tahap ni”,kata Fadhil.

“Adham,saya masih belum terima kad undangan kahwin kamu.Bila nak nikah?”,sekali lagi
Bonda Nor berseloroh dengan kami.

Bonda Nor adalah guru Fizik kami.Berkat doa dan kemasinan mulut Bondalah aku berjaya
mendapat keputusan cemerlang bagi subjek Fizik.Kalau dulu nama Dewi Izzah dan aku
,rasanya nama aku paling banyak yang Bonda sebut.Kalau kami gabung kelas lagilah aku
dibanding-bandingkan.

Dewi Izzah adalah pelajar cemerlang SPM batch kami jadi nama dia selalu disebut dalam
mana-mana kelas.Teringat pula satu kisah di mana masa kelas aku dan kelas Dhiya
digabungkan maka Izzah ada semasa sesi kelas tambahan itu.Bonda menyoal kami soalan
.Bonda menanyakan jawapan kepada Izzah dan Izzah terlepas satu point .Bonda mencari
mangsa lain dan kebetulan nama aku yang naik.Budak kelas aku merasakan ini perlawanan
antara dua budak Fizik.Aku memberi jawapan kepada Bonda.Jawapan aku betul kerana
menyatakan key point bagi soalan tersebut.

Selepas kejadian itu ,setiap kali aku berkunjung ke kelas Dhiya untuk berjumpa rakan-rakan
yang lain pasti Dewi Izzah menunjukkan reaksi yang tidak berpuas hati dengan aku.Aku tak
merasakan diri aku pandai tapi aku dengan prinsip aku iaitu belajar bukan untuk bertanding
siapa lagi pandai.Ilmu itu untuk dikongsi.Alhamdulillah Dewi Izzah melanjutka pelajaran ke
UK dalam bidang perubatan manakala aku dengan diri aku.

“Ermm…In sha Allah hujung tahun ni.Soal siapa calon tu dirahsiahkan”.

Dhiya datang ke arah aku. Aku meminta diri untuk keluar kejap selepas Dhiya memanggil
aku.

…………………………………

Merisik

Kata-kata Umie sebulan yang lepas terus terngiang-ngiang di dalam benak fikiran kepala
aku.Satu perbualan yang mengubah segalanya.

“Umie,dah buat keputusan untuk merisik dan tunangkan kamu dengan anak kawan
umie.Kamu tak kisahkan”.

Satu ayat nak mengubah aku.Mendengar semua ini segala dunia aku bertukar kosong seolah
apa yang aku cuba perjuangkan menjadi sia-sia. Aku cuba mempersoalkan tindakan Umie
namun lidah kelu membisu kecuali bersetuju saja dengan permintaan itu.

Sebulan itu juga aku diamkan diri daripada Dhiya.Segala panggilan dan Whatsapp tidak aku
endahkan.Hati ini jelas kecewa dan aku tak mahu lukakan hati Dhiya dengan perkara ini
lagi.Biarlah aku seorang saja yang menanggung keperitan dan duka lara ini.Dhiya tak
bersalah soal ini semua kerana aku yang bersalah soal ini.

Benak fikiran terus meracau sendirian selain titipan doa yang terus dikirimkan agar ada sinar
dan petunjuk yang mampu aku dapatkan.

Aku pasrah dan redha dengan ketentuan andai ini adalah ‘perempuan itu’ adalah jodoh aku
,aku hanya mampu terima jika ia terbaik untuk aku bimbing dirinya serta dia membimbing
diri aku.Seorang yang aku tidak kenali langsung paras rupanya apatah lagi perwatakan sifat
kelakuannya.

Apa yang diperkatakan oleh Umie,Hari Raya Aidilfitri akan menjadi satu lembaran baharu
hidup aku kerana ia menukarkan status aku daripada ‘bujang tua’ kepada ‘tunangan orang’.

…………………………..

Petang Sabtu,aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Razali dan Amanina di rumah
mereka berdua bandar Kuantan.Sejak berkahwin Razali membuat keputusan untuk tinggal
dan berkerja di Kuantan saja.Katanya senang Amanina nak jenguk-jenguk Ibu yang kurang
sihat.

“Assalamulaikum”.

“Waalaikumusalam,masuklah Am.Razali ada dekat dapur”,Amanina menjemput aku untuk
masuk ke dalam rumah.

Aku dipelawa oleh Amanina untuk duduk di atas sofa sementara menunggu Razali yang
sedang memasak di dapur.

“Nah,karipap goreng dan air untuk kau”,Razali meletakkan sepinggan karipap dan seteko air
teh di atas meja.

“Apasal kau datang tiba-tiba ni”,tanya Razali kepada aku.

“Saja nak melawat kau”.

“Jangan nak tipu aku.Mesti datang sebab permintaan Umie nak tunangkan kau tu kan”,aku
hanya mampu tersenyum mendengar itu daripada Razali.

Sememangnya Razali dan Amanina sudah ketahui pasal semua ini kerana mereka berdua
sangat rapat dengan lagi-lagi Razali.

“She knew about this?”,tanya Amanina kepada aku.Aku menggelengkan kepala tanda Dhiya
tidak mengetahui langsung soal pertunangan ini.

“Aku tak tahu nak bagitahu dia macam mana and aku tak sanggup nak bagitahu dia”,jawab
aku.

“Jangan macam ni ,Am.Lagi sakit untuk dia kalau dia tahu dari mulut orang lain.Kau kena
jujur dengan dia.Macam mana kau nak hadap masalah lain in future kalau benda macam ni
kau buat diam je.Ini buka masalah budak tadika yang senang-senang”,Razali memberi
ceramah kepada aku.

Aku mendiamkan diri mendengar semua itu.

“Tapi aku tak tahu nak buat apa sekarang.Dah sebulan aku tak Whatsapp dia inikan jumpa
dia.Aku tak sanggup untuk lihat muka dia andai aku beritahu kebenaran ini kepadanya ”,aku
memberi alasan kepada Razali.

“Aku tahu kau boleh hadap semua ni.Kalau kau mampu bertahun untuk semua ni kenapa baru
sekarang kau nak mengalah.Aku akui masalah kau rumit sebab libatkan family kau tapi kau
dulu kena jujur dengan diri kau.She deserved to know about this”,Razali menambah lagi.

“Apa yang penting bukan untuk halang pertunangan tu tapi adalah soal Dhiya wajib tahu soal
ini semua”,kata Amanina.

“Rancak borak”,Ibu Amanina datang ke arah kami bertiga yang sedang berborak di ruang
tamu.

“Mak cik ada rupanya.Sihat ke?”,tanya aku.

“Biasalah sihat orang tua”.

Aku membuat keputusan untuk menceritakan soal masalah aku kepada Ibu
Amanina.Mungkin pandangan dari seorang yang lebih makan garam dari mereka berdua
mampu meredakan sedikit ketegangan yang ada di benak fikiran ini.Seolah-olah pintalan
wayar yang berselirat di gumpalan wayar yang sejenis yang tidak ketahui pangkal dan
hujungnya lagi.

“Nasihat dari makcik adalah duduk semeja dan bincang ibu kamu.Senantiasa seorang ibu
mahukan yang terbaik untuk anaknya tapi kadang anak itu tidak bercerita soal diri mereka
maka seorang ibu terpaksa membuat keputusan yang dirasakan adil dan sepantasnya untuk

anaknya.Kamu mungkin tak berapa faham sangat sebab kamu masih muda dan tak
berkeluarga lagi ”.

“Kamu kena buktikan pilihan adalah yang terbaik untuk diri kamu.Mak cik yakin yang ibu
kamu akan faham dan hormat keputusan kamu itu”,tambah Ibu Amanina lagi.

“Terima kasih untuk nasihat itu.In sha Allah saya akan cuba buat yang terbaik”,jawab aku.

“Kau balik terus ke bermalam dekat Kuantan dulu”,tanya Razali.

“Aku bermalam dekat sini .Aku dah check-in hotel sebelum datang rumah kau”.

“Duduk je sini,Am.Takde sapa pun dekat sini”,kata Amanina yang mempelawa aku untuk
bermalam dirumahnya .

“Aku tak nak susahkan korang berdua lagipun aku segan.Lagipun aku nak pergi Pekan
dengan Teluk Cempedak kejap ”,kata aku yang ingin menolak pelawaan Amanina.

“Takpe lah kalau itu.Esok sebelum balik KL,datang sini dulu tau”,kata Amanina kepada aku.

“InSha Allah..aku beransur dulu tau”,aku meminta diri untuk balik ke hotel sebelum sambung
perjalanan aku lagi.

…………………………

“Umie,Along nak tanya sikit ni”,tanya Along kepada Umie yang sedang menyiapkan
makanan untuk mereka berenam makan malam.

“Apa dia,tanya je”,jawab Umie.

“Umie yakin ke dengan cadangan Umie tu.Umie tahukan ni soal masa depan Angah
sendiri”,kata Along.

“Angah memang takkan bantah tapi Umie kena sedar yang ini boleeh lukakan hati
dia”,sambung Along.

“Sebab Umie kenal la Umie buat semua ni.Kamu bukan tak kenal adik kamu tu.Umie tahu
yang dia serius dengan Dhiya tapi Umie tak nampak yang dia serius.Mungkin dengan semua
ini,Angah akan lebih serius.Umie nak dia datang dan cakap soal dia dan Dhiya”,jawab Umie.

“Tapi Umie.Sejak Umie cakap soal itu dengan Angah,Angah langsung tak Whatsapp
mahupun call Dhiya”,Izz menyambung perbualan mereka berdua.

“Bagi Angah masa untuk dia tenangkan diri dan fikir soal Dhiya dulu.Sabar la majlis tu kan
lambat lagi”,kata Umie.

“Cakap soal Angah,mana Angah?”,tanya Along.

“Angah pergi Kuantan katanya pergi jumpa Razali dengan Amanina.Bermalam dekat sana
katanya”,jawab Umie.

“Dah-dah la tu dengan Angah,ajak Ayah and yang lain mari makan”,Umie menyuruh Along
dan Izz untuk mengajak yang lain supaya ke dapur untuk makan.
…………………………..

Dhiya dan Sherry berjumpa di sebuah kafe pada malam tersebut.Suami Sherry pergi
outstation selama seminggu.
“Dah lama ke tunggu?”,tanya Sherry kepada Dhiya yang sedang menunggu di dalam kafe itu.
“Cukup la untuk beranak-pinak”,kata Dhiya.
“Kenapa ajak aku keluar ni.Nak bincang ke nak gossip”,kata Sherry.
“Saja ajak kau keluar.Dah lama tak lepak together-gether”.
“Sejak dah taken ni mana nak jumpa aku dah.Asyik berkepit dengan pakwe je”,Sherry cuba
mengusik Dhiya.
“Aku single lagi.Takde pakwe-pakwe ni”,Dhiya cuba mengelak dari usikan itu.
“Habis tu si cinta hati Adham Mikail kau tu sape?Tukang sapu”,kata Sherry.
“Kawan je”.
“Iye la tu kawan. Asyik berkepit 24 hours 7 days je”,Mereka berdua gelak mendengar kata-
kata daripada Sherry itu.
“Cakap pasal Adham,Tak keluar dengan dia ke?”,tanya Sherry.
“Pasal tu la aku ajak kau keluar ni”,jawab Dhiya.
“Cuba cerita dengan aku.Dah break up ke?”
“Dah sebulan dia hilangkan diri.Aku pm Whatsapp dibluetick,dm IG seen je.Geram pulak
aku dengan Adham ni”,Dhiya menunjukkan reaksi seakan-akan ingin naik angina.
“Aku yakin dia ada sebab buat semua tu.Sabar sikit je .Allah nak uji kau la tu,Nak tengok
sekuat mana kesabaran kau”,Sherry cuba menenangkan Dhiya.Kemarahan Dhiya beransur-
ansur reda.

Sambil makan,mereka berbual-bual soal life masing-masing.Macam-macam cerita yang
dikeluarkan dari mulut mereka berdua.
“Wey,Adham post satu gambar la dekat Ig”,kata Sherry yang sedang membelek-belek laman
Instagram.

Sherry segera mennunjukkan posting itu kepada Dhiya.
“Kau baca caption dia”,Dhiya membaca caption gambar itu milik Adham.

Caption gambar yang berbunyi, “Andai dia yang terbaik untuk aku,aku terima.Andai dia
yang akan aku bimbing,aku akan sedaya-upaya untuk bimbing dia.Andai dia yang akan
melihat segala senyum dan tangis aku,aku akan gembira untuk dirinya.Andai 15 tahun
penantian ini akan menjadi sia-sia,aku sanggup untuk seorang yang aku tidak kenali
langsung ”.

Mereka berdua saling meneka-meneka apa yang dimaksudkan oleh caption itu.Jelas ia
membawa satu makna yang hanya difahami oleh Adham seorang saja.

……………………

Puasa

Bulan Ramadhan akhirnya tiba menemui aku sekeluarga.Dah dua tahun berpuasa di negara
orang mana nak sama dengan berpuasa di negara sendiri.Rindu dengan segala masakan dan
bazar Ramadhan yang hanya mampu dinikmati semasa bulan Ramadhan.
“Kau bukak puasa dekat mana hari ni?”,tanya Natalia dan Tiro kepada aku.
“Takt ahu lagi.Dekat rumah la kot.Kenapa?”,jawab aku.
“Ajat ajak buka puasa sama-sama”,kata Natalia.
“Boleh je”.
“Kitaorang nak pergi bazar ni.Nak kirim apa-apa tak”,tanya Athirah kepada aku.
“Beli murtabak dengan air cincau.Nasi beli je yang sama dengan korang”,kata aku yang
sedang menyiapkan tugasan aku .

Mereka berdua angguk tanda faham dan aku menghulurkan duit RM50 dan menyuruh mereka
belikan kueh mueh untuk disedekah kepada staff lain.

Aku memaklumkan kepada Umie yang hari tersebut aku buka puasa dipejabat saja.

Sejak bulan puasa tiba,aku sering balik lambat ke rumah.Berterawih di masjid yang aku
sempat singgah untuk solat Isya’.Mungkin soal pertunangan dengan pilihan Umie itu masih
mengganggu aku.Tinggal beberapa minggu lagi pertunangan itu dan aku masih tidak
memaklumkan langsung kepada Dhiya.Aku akui segala nasihat itu berguna namun aku masih
belum bersedia untuk terima apa yang berlaku nanti.

Aku membelek jam di tangan dan angka 5.30 petang tertera.Aku bergegas ke surau pejabat
untuk solat Asar.Leka dengan perkerjaan sampai lupa untuk solat.Selepas solat,aku membuat
keputusan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu makanan untuk sampai.
……………………..

Natalia dan Tiro yang pergi ke bazar Ramadhan yang terdekat untuk membeli juadah berbuka
nanti.
“Kau perasan tak yang Adham dah lain sekarang”.
“Maksud dengan lain tu ”,kata Natalia.
“Sejak dua menjak ni ,aku tengok Adham tu balik lambat lepas tu sering pergi site.Dulu dia
yang paling malas untuk ke site”.

Perbualan mereka terhenti apabila melihat seorang perempuan yang dikenali oleh mereka.
“Tu bukan Cik Dhiya ke?”,kata Tiro kepada Natalia sambil menunjuk-nunjuk kea rah Dhiya.

“Mana la aku tahu .Cuba kau tegur dia”,balas Natalia.

Athirah memberanikan diri untuk menegur Dhiya yang kebetulan membeli juadah di gerai
sebelah .

“Assalamulaikum,Ni Cik Dhiya kan?”,Tiro menegur Dhiya terlebih dahulu.

“Waalaikumusalam,Athirah right?”,Dhiya yang memalingkan muka dan cuba mengecam raut
wajah orang yang memberi salam kepadanya.

“Haah…Jauh datang beli juadah”.

“Kebetulan ada mesyuarat dekat area sini tu yang singgah kejap”,Dhiya membalas
pertanyaan Tiro itu.

“Banyaknya beli makanan”,Dhiya yang melihat beg plastic yang dibimbit oleh mereka
berdua di tangan.

“Budak-budak pejabat yang kirim.Adham pun ada kirim jugak tapi untuk Adham je belum
beli apa-apa lagi”,kata Natalia.

“Kami tengah pening nak beli nasi apa dekat Adham ”,kata Tiro.

“Beli nasi lemak.Dia memang hantu kalau bab nasi lemak”,jawab Dhiya yang sememangnya
tahu akan kesukaan aku adalah nasi lemak.Lagi-lagi kalau peparu goreng.

“Tadi Athirah cakap Adham buka dekat pejabat kan?Takkan dia tak balik lagi ke
rumah”,Dhiya yang kehairanan disebabkan Adham selalu cakap yang bulan Ramadhan bulan
untuk dia pulang lebih awal ke rumah.

“Kami yang lain pun pelik jugak sebab hari biasa pun selalu balik on time tiba-tiba rajin dia
OT”,kata Natalia kepada Dhiya.

“Takpelah kalau macam tu .Nanti kirim salam dekat dia”,Dhiya meminta diri untuk pulang
dahulu ke rumah meninggalkan mereka berdua.

……………………..

Aku yang leka dengan laptop di meja terus menghadap skrin seusai membaca Al-Quran
sambil menunggu kepulangan Natalia dan Athirah dari bazar.

Bunyi pintu bilik diketuk.

“Nah,nasi ,murtabak dengan air kau”,Natalia menghulurkan makanan dan minuman tersebut
kepada aku.

“Letak je dekat tempat kita nak beriftar.Nanti aku join sama”,kata aku yang mataku masih
menghadap skrin dan tangan masih menaipkan sesuatu.

Natalia terus keluar dari bilik aku untuk menghidangkan makanan di ruangan pekerja.Aku
terus menyambung urusan perkerjaan aku kembali.
……………………………..

Bunyi azan Maghrib berkumandang menandakan kami dah boleh berbuka puasa.Aku
mengambil posisi aku untuk makan bersama mereka.
“Adham pun ada sekali rupanya”,Puan Dayin menegur aku.
“Eh!Puan ada sekali la”,aku terkejut dengan kehadiran Puan Dayin disitu.

Mereka ketawa melihat gelagat kami berdua.
“Aku belikan nasi lemak untuk kau”,kata Tiro.
“Wah!Dah lama tak makan nasi lemak’.
“Ada orang suruh beli untuk kau nasi lemak and orang tu kirim salam dekat kau.Dia kata nasi
lemak peparu goreng favourite kau”,kata Natalia.
“Siapa?”,tanya aku yang inginkan identity orang tersebut.
“Dhiya awek kau”,aku terus terbatuk mendengar nama Dhiya disebut oleh Tiro.
“Puan,nampaknya kita dah boleh beli baju baharu untuk majlis Adham nanti”,usik Ajat.
“Nampaknya begitulah,Ajat”,Puan Dayin menambah lagi.Mereka ketawa mendengar usikann
daripada Ajat itu.

Selepas makan dan mengemas ruangan tersebut ,kami solat Maghrib berjemaah dan kali ini
cabutan imam jatuh giliran aku.
Kami memilih untuk solat Isya’ dan solat tarawih di rumah saja memandangkan kami
kepenatan mengharungi hari berkerja di bulan puasa.Dapat berehat dan beribadat di rumah
disamping keluarga tersayang.
………………………….
Aku mengambil keputusan untuk solat Isya’ dan solat Terawih di Masjid Darul Falah.Sebuah
masjid yang tersegam indah .Masjid ini melakukan 20 rakaat tarawih .Kebiasaan habis dalam
jam1030 malam.

Aku yang memakai baju kemeja putih dan berseluar slack hitam turun dari tangga untuk
pulang dan aku disapah oleh seseorang.
“Assalamulaikum,Adham”,tegur orang tersebut.

Aku segera memusingkan badan aku untuk melihat siapa gerangan orang tersebut.

“Waalaikumusalam,Pak cik rupanya.Ingatkan siapa tadi”,aku menjawab salam tersebut dan
melihat rupa-rupanya Pak Cik Aki yang menegurku.

“Baru balik kerja ke?”,tanya Pakcik Aki kepadaku selepas melihat aku masih berbaju
kemeja.Hanya tie saja yang dibuang serta lengan baju sudah dilipat hingga ke siku.

“Baru balik,pak cik.Tadi berbuka dekat pejabat tu yang singgah tarawih dekat sini tu”,jawab
aku.

“Jangan asyik fikir pasal kerja saja.Jaga kesihatan tu.Lagi-lagi bulan puasa yang mulia
ni,eloklah kamu lebihkan masa beribadat sikit.Bulan ni la untuk kita beramal menambah
pahala.Ganjaran pahala pun Allah gandakan.Pak cik rasa kamu tahu semua tu sebab kamu
pun datang dari sekolah agama”,sambil menepuk bahu ku.

“Terima kasih untuk peringatan dan nasihat itu.In sha Allah saya cuba untuk
mempertingkatkan amal ibadat saya ”.Pakcik Aki tersenyum mendengar kata-kata aku.

“Ingat nak ajak kamu minum-minum tadi biarlah kesian kamu penat baru balik kerja”,kata
Pakcik Aki.

“Takpe lah kalau macam tu saya minta diri dulu”,aku bersalam dengan Pakcik Aki dan
kemudia beredar dari situ.

Aku hanya mampu termenung seketika di dalam kereta teringat pasal nasihat itu.Mungkin
aku terlalu fikirkan soal apa yang melanda diri aku sampaikan aku lupa soal ibadat aku.Aku
lalai dengan setiap urusan sampai aku lupa semua tu.

………………………………

“Adham,bangun sahur”,Umie mengetuk pintu bilik aku.Umie membuka pintu aku dan
melihat aku sedang solat tahajjud.

Aku yang baru habis solat segera mengangkat tangan untuk berdoa.

“Ya Allah,aku insan yang lemah lagii hina.Aku lalai dengan kewajiban dan tanggungjawab
aku.Di bulan yang mulia aku masih lalai apatah lagi di bulan-bulan yang lain.Kuatkan iman
aku dan janganlah Engkau membolak-balikkan hati ni seperti bolak-baliknya kapal di
lautan.Ya Allah,Engkau permudahkanlah segala urusan dan permasalahan kami
sekeluarga.Kurniakan kami hikmah dalam setiap apa yang Engkau uji kami.Teguhkan rasa
sabar,syukur dan redha dalam hati kami.Ya Allah,andai dia adalah terbaik untuk aku maka
Engkau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat dan andai jika dia bukan
jodoh aku makan kurniakan kami pasangan yang terbaik untuk kami berdua.Kurniakanlah
aku seorang pasangan yang mampu membimbing aku ke arah jalan-Mu dan yang ak mampu
membimbingnya ke arah keredhaan-Mu ”.

Aku perasan yang Umie mendengar setiap bait-bait rintihan dan doa aku.Hati yang sombong
ini kian luluh dengan dengan rayuan rintiha doa itu.Sungguh kerdil insan ini saat melafazkan
doa itu.

Umie menutupkan pintu bilik aku dan beredar.Aku melipatkan sejadah aku dan meletakkan d
atas kerusi.Terlihat satu kotak hitam yang tersusun kemas di atas meja bersama barang-
barang peribadi milikku.

Aku keluar ke dapur untuk bersahur bersama-sama Umie dan Ayah.

…………………….

Hari itu aku membuat keputusan untuk pulang awal dari pejabat.

“Awal kamu balik hari ni?”,tanya Ayah kepada aku.

“Dah lama tak bukak puasa sama-sama.”,jawab aku.

“Ayah nak tanya sikit ni”.

“Betul ke kamu setuju dengan pilihan Umie kamu tu”,Ayah menanyakan soal persetujuan
pertunangan aku dengan gadis pilihan kamu.

“Ayah tahu yang kamu ada pilihan kamu sendiri tapi kamu taknak kecewa pilihan Umie
kan”,sambung Ayah.

Aku hanya menundukkan kepala tidak tahu ingin membalas apa kepada Ayah.Aku
memberanikan diri untuk bercakap.

“Ayah,salah ke kalau Angah bantah pilihan Umie tu.Angah tak nak kecewakan sapa-sapa pun
lagi-lagi Umie.Angah takut nak cakap dengan Umie takut Umie kecewa atau apa pun lagipun
nanti Umie malu kalau Angah cancelkan macam tu je.Dari Angah kecewa Umie baik Angah
kecewakan diri sendiri”.

“Tak salah nak semua tu sebab it’s about your life and your future.Kau ada hak untuk
bersuara dan sebenarnya Umie nak dengar sangat kamu cakap yang kamu ada pilihan kamu
sendiri.Kami tak kisah siapa pun pilihan kamu sebab kami yakin dia adalah yang terbaik
untuk kamu.Kalau kamu kecewakan hati Umie suatu saat dia akan maafkan kamu tapi andai
kamu lukakan hati perempuan lain,parut di hati dia akan kekal selamanya.Kamu sendiri kena
yakin dan kuat untuk harungi semua ni.Jangan cepat untuk putus asa dengan ujian sebab kita
tak pernah tahu hikmah disebaliknya”,Ayah jarang bercakap serius dengan anak-anaknya tapi
bila Ayah bersuara Ayah pasti akan memberi nasihat yang berguna.

“Masuk mandi sekarang.Dah busuk tak handsome pulak tu”,kata Ayah.

Baru nak feeling-feeling dah kena macam tu dengan Ayah terus tiada mood.

…………………….

“Abang dah cakap ke dengan dia”,tanya Umie kepad Ayah yang sedang memasak lauk untuk
berbuka nanti.
“Dah”.Ayah yang sedang leka membaca Al-Quran di telefonnya.
“Habis tu dia cakap apa”,tanya lagi Umie.
“Sama macam yang awak takutkan.Dia takut untuk bantah keputusan awak”,kata Ayah.
“Habis tu apa sekarang?”,Umie tanya lagi.
“Kita tunggu jelah sampai dia cakap sendiri.Saya yakin dia akan beritahu kita pasal semua ini
dalam masa terdekat”,kata Ayah .
……………………….

Solat Asar dan menbaca Al-Quran menjadi rutin baharu aku sepanjang bulan Ramadhan
ini.Aku harapkan ia kekal konsisten menjadi amalan selepas bulan Ramadhan.

Aku meletakkan Al-Quran di atas meja dan mengangkat kotak hitam itu dan membuka isinya.

Satu gambar yang sudah lama aku tidak lihat.
“Maafkan aku Dhiya sebab kecewakan kau.Aku sedar dah banyak buat silap dengan
kau”.secara tak sedar mata ini berair.

Aku mengambil telefon di atas meja dan menghantar satu pesanan Whatsapp.
……………..

Keputusan

“Ada apa nak jumpa aku ni”,tanya Sherry.

Aku membuat keputusan untuk pergi berjumpa Sherry di butik tudung miliknya.Sherry
membuka butik ini atas minatnya sendiri.Katanya jiwa dia lebih kepada fesyen dan
perniagaan.

“Aku nak cakap sikit”.

“Cakap je.Aku dengar” ,kata Sherry.

“Aku tak tahu nak start dari mana tapi aku cuba untuk sampaikannya sebaik mungkin”,aku
menarik nafas yang panjang sebelum aku sampaikan.

“Umie aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia”.

“Dhiya tahu tak pasal ni?”,tanya Sherry.Aku menggelengkan kepala tanda Dhiya tak
mengetahui pasal semua ni.

“Asal kau tak bagitahu dia.Kau tahukan dia harus tahu pasal semua ni”,sambung Sherry
selepas melihat reaksi dari aku.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan dia.Aku takut dia kecewa apabila tahu pasal
ni.Aku tak mahu kecewakan dia lagi.Aku tak nak lihat tangisan dia lagi.Aku tak sanggup
untuk ulang lagi semua tu ”.

“Kau sendiri tahu kejujuran adalah cara terbaik .Bukan dengan berdiam diri macam
ni.Dengan kau berdiam diri macam ni lagi la dia kecik hati dan kecewa dengan kau”,Aku
hanya mampu berdiam diri mendengar semua tu.Sesungguhnya aku faham dan mengerti apa
yang diperkatakan oleh Sherry itu.

“Awak ingat saya tak kecewa dengan awak.Sebulan lebih awak kecewakan saya dan awak
langsung tak datang minta maaf dengan saya”,suara perempuan menjerit dari arah belakang
aku.

Terkejut aku melihat kelibat Dhiya yang berjalan ke arah kami berdua yang sedang duduk di
sofa.Mujur tiada pelanggan pada masa itu.

“Korang berdua bincanglah elok-elok ye.Jangan sampai hancurkan butik aku sudah”,Sherry
meninggalkan kami berdua di sofa.

Masing-masing hanya diam membisu tidak berani untuk mulakan bicara pertama mereka.

“Awak dah buat keputusan ke?”,suara lembut Dhiya memecah kebisuan kami berdua.

“Dah.Saya dah buat keputusan”,kataku.Kelihatan air muka Dhiya bertukar sedih kembali.

“Siapa yang awak pilih?”,tanya Dhiya lagi.Dhiya inginkan lebih banyak jawapan daripada
aku.

“Look at me”,Dhiya mengangkat wajahnya.Muka yang sedih itu terpapar di hadapan aku.Aku
menarik nafas yang panjang sebelum menyambung percakapan aku.

“Siapa pun yang jadi pilihan saya selepas ni ketahuilah ini semua adalah petunjuk dan
hidayah dari Allah.Sebelum saya beri jawapan saya,saya nak minta maaf dulu andai apa yang
berlaku lebih sebulan yang lepas telah guriskan hati awak.Andai semua ini telah kecewakan
hati awak,saya minta maaf dai hujung rambut hingga hujung kuku kaki.Saya tak patut ambil
masa yang lama untuk buat keputusan tapi saya perlu kumpulkan kekuatan untuk saya
beritahu awak semua ni”.

“Apa pun keputusan saya lepas ni anggaplah saya dah fikir baik-buruk dan ini semua jawapan
dari Allah untuk saya.Jujur keputusan ini berat sebab sebab saya tak nak kecewakan sesiapa
pun lagi-lagi keluarga saya ”,sambung aku selepas mengambil nafas.

“I choose …”,Dhiya mengangkat kepalanya lagi setelah mendengar jawapan dari aku.

…………………………………….

“Ada apa ni ajak kitaorang berbuka dekat luar hari ni ”,kata Izz kepada aku.

Aku membuat keputusan untuk memberitahu soal keputusan aku kepada seluruh ahli
keluarga aku.

“Kita berbuka dulu nanti aku beritahu sebabnya”,jawab aku.

Bunyi azan Maghrib kedengaran dan kami membuka puasa.Kami menjamu selera dengan
pelbagai hidangan lauk-pauk di hadapan kami.Izzati turut berpuasa dan ini tahun ketiga untuk
dia melatih diri untuk berpuasa.Alhadulillah ,dia makin konsisten untuk berpuasa penuh.

“Semua dah habis makan kan?”,aku menanyakan setiap ahli keluarga aku.

“Angah nak cakap soal perjodohan angah dengan gadis pilihan Umie”,kata aku.

“Apa keputusan kau”,kata Along.

“Angah dah buat keputusan Angah nak dijodohkan dengan pilihan Angah sendiri”,sambung
aku.

“Wey,kitaorang dah tunggu saat ni dari sebulan lepas lagi.Lambat kau cakap dekat
kitaorang”,kata Izz.

“Alhamdulillah,akhirnya berani juga kau bukakan mulut tu untuk cakap semua ni”,kata
Along.

“Umie nak cakap sikit.Sebenarnya memang betul ada anak kawan Umie yang nak jadikan
kamu menantu tapi Umie dah tolak awal-awal sebab Umie tahu yang kamu ada pilihan kamu
sendiri”,kata Umie.Aku ternganga mendengar penjelasan daru Umie.

“Maknanya semua yang ada dekat meja ni dah tahu pasal ni?”,tanya aku.
“Kitaorang dah tahu pasal semua ni dan kami hanya dengar arahan Umie untuk rahsiakan
semua ni dari kau”,kata Along.
“Ayah dengar je cakap Umie kamu ni”,kata Ayah.

“So,bila nak melamar Dhiya?”,kata Izz.
“Raya ketiga boleh?”,jawab aku.
“Dua minggu dari sekarang.Sempat ke”,tanya Along.
“In sha Allah sempat lagipun merisik je dulu.Bertunang kita buat hari lain”,kataku.

…………………………..

Cincin

Tinggal lebih kurang seminggu lagi urusan merisik namun segala persiapan masih bawah 50
peratus.Keputusasn yang dibuat ni agak terburu-buru yang aku sendiri akui namun aku juga
harus mengejar masa dan umur aku.Aku kian menghampiri angka 30 .

Melihat rakan-rakan lain sudah menghantar anak-anak ke pusat asuhan mahupun tadika,aku
pula menghantar diri sendiri ke pejabat hari demi hari.

Bulan Ramadhan ni juga membatasi pergerakan aku kerana keletihan namun itu bukan alasan
untuk aku mengeluh cuma kadang-kadang masa rehat sedikit terjejas.

Selain daripada persiapan merisik ,persiapan raya juga menjadi kepentingan kerana sudah
pasti rumah kami menjadi lokasi persinggahan sanak-saudara berkunjung merapatkan
silatuhrahim .Usah fikirkan baju raya,kuih biskut raya,langsir semua harus dibeli baharu.

Aku lupa satu perkara iaitu kalau dulu aku yang menerima duit raya namun kali ni aku yang
bagi duit raya dekat budak-budak.Cepat masa berlalu kalau dulu aku lebih suka untuk duduk
di rumah tunggu orang beri duit raya dan kini aku juga tunggu di rumah untuk beri kanak-
kanak duit raya.

Pagi Ahad yang biasa untuk aku untuk siapkan segala fail-fail kerja untuk harungi kerja pada
hari esoknya.Dari jam lapan dan kini menhampiri angka sebelas,aku masih berada di meja
mengadap laptop untuk siapkan segalanya.

Bunyi pintu bilik diketuk dan Umie masuk ke dalam dibilik.
“Semua nak pergi mall beli baju melayu raya dengan beberapa kelengkapan lain”,kata Umie.
“Nak ikut ke tak?”,sambung Umie lagi.
“Boleh juga.Tunggu kejap Angah siap-siap”,kata ku.Umi segera keluar dari bilik sementara
menunggu aku untuk bersiap-siap.
……………………………..
“Angah ikut ke tak?”,tanya Ayah.
“Dia ikut je.Tunggu kejap dia siap-siap”,kata Umie kepada Ayah yang duduk di atas sofa .
“Angah dah beli cincin ke ?”,tanya Izz kepada Umie.
“Tak tahu.Cuba kamu tanya dia.Macam dia belum beli.Ingatkan nak suruh dia beli cincin
sekali la lepas ni”,kata Umie.
“Nanti Izz tanya dia”.
“Jenny ikut sekali ke.Ke tak ikut jaga Adin ?”,tanya Ayah kepada Izz.

“Dia ikut sekali.Tengah kemas-kemas beg barang Adin”,kata Izz.
“Izz pergi ketuk bilik Along kata semua dah nak siap-siappergi ni”.

Izz menurut perintah untuk ke bilik Along dan mengetuk pintu biliknya.
………………………………………
“Nak beli apa ni?”,tanya aku kepada Umie selepas kami sampai di mall.
“Kita beli baju dulu lepas tu kita beli barangan runcit pula”,kata Umie.

Satu demi satu baju dicuba dan dibelek-belek namun tiada yang berkenan di hati.Kalau
ikutkan hati ,ingin dipakai saja baju-baju melayu aku yang lepas kerana sejak aku berkerja
aku amat jarang untuk pakai semua tu.

Kami membuat keputusan untuk membeli barangay runcit dahul selepas massing-masing
mula kepenatan mencari baju yang sesuai.
“Nak makan apa ,amik je.Aku bayarkan nanti”,kata aku.

Semua ahli keluarga seronok mendengar bahawa aku akan bayar untuk makanan diorang.Duit
gaji aku tidaklah terusik sangat kerana aku menetap di rumah keluarga .Makan minum pun
hanya makan tengah hari saja selain duit minyak saja.Selebihnya aku simpan untuk kegunaan
masa depan.Benda wajib adalah simpan untuk ibu bapa dan beri sedikit wang belanja kepada
ibu bapa.Ambil berkat katanya.

Satu demii satu barangan dimasukkan ke dalam troli.Satu demi satu barangan itu memenuhi
ruangan kosong troli hingga penuh.
“Makanan aku tak kisah tapi asal ada mainan ni”,sambil mengangkat set mainan dinosaur
milik Baby J.
“Boleh eh uncle”,Baby J membuat memek muka seposen tanda kesian .Nak bodek uncle dia
la tu.
“Satu ni je tau”,aku menggosokkan kepala dia.Dia berlari kegembiraan.Lagi dilarang lagi dia
menjerit baik dibeli juga.

Aku yang ditugaskan menolak troli disamping menemani Umie memilih barangan keperluaan
untuknya.
“Puan Lina!”,jerit seorang perempuan yang berumur likungan sebaya dengan Umie.
“Eh!Puan Nor right”,balas Umie.Mereka bersalaman dan memeluk tanda sudah lama tidak
ketemu.
“Anak ke?”,tanya perempuan tu kepada aku yang berdiri disebelah Umie.
“Haah..Ni la yang kembar tu”,kata Umie.

“Dah besar panjang dah.Mana orang rumah?”,tersentak dibuatnya apabila ditanya soal orang
rumah.

“Belum kahwin lagi.In sha Allah hujung kahwin ni”,kataku.

“Baru ingat nak jadikan kamu menantu tadi”,kata Puan Nor.Aku senyum seolah kerang
busuk.

“Mati aku kalau semua orang berebut aku.Nak kata handsome tu tak la kot”,bisik hati ni
sendirian.

Mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon dan mereka berpisah di situ.Aku menanyakan
siapa gerangan orang tersebut.

“Tu cikgu yang pernah mengajar bersama Umie masa Umie dekat Kelantan dulu.Baik
orangnya tapi tulah bising sikit orangnya”,kata Umie.

Aku mendiamkan diri dan membiarkan Umie menyambung membeli barangannya.

………………………….

Dhiya yang sudah menjadi kelaziman untuk dirinya pulang ke rumah ibu bapanya pada hari
minggu.

“Ibu nak tanya betul kami serius ni dengan Adham”,tanya Ibu kepada Dhiya yang sedang
menyiapkan bahan-bahan untuk memasak makanan untuk berbuka nanti.

“Sebelum Dhiya jawab,Dhiya nak pendapat Ibu tentang Adham”,jawab Dhiya kepada Ibu
yang sedang memotong bawang di meja dapur.

“Entah la sebab Ibu jarang jumpa dia.Ibu yakin dia seorang baik dan amat memahami orang
lain.Kamu juga pernah cerita yang dia sukakan kamu sejak zaman sekolah lagi.Kamu pernah
tanya dia sama ada dia pernah bercinta dengan orang lain sebelum ni.Kamu tak yakin ke
dengan dia?”,kata Ibu.

“Bukan tak yakin tapi nampak macam terburu-buru pula”.

“Ibu tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang ibu boleh katakan adalah Adham sudah
yang terbaik buat kamu.Dia mampu untuk jaga diri kamu seadanya.Ibu tengok dia tu bukan
tak pandai bergaya or tak mampu beli barangan mahal tapi dia sukakan begitu.Tahap
profesionalisme dalam diri dia tu tinggi sangat ”.

“Maksud Ibu?”,tanya Dhiya.

“Dia yang seorang tak suka campur-adukkan hal kerja dengan hal lain.Kamu pernah cakap
kan yang bila dia keluar dengan kamu,dia agak “biasa-biasa” dengan pakai jersey ,jeans dan
kasut sneaker tapi bila kamu jumpa dia waktu lunch or lepas kerja,pakaian dia masih kemas
dan rapi. Berbeza dengan kamu tu.Nak keluar melaram,nak pergi kerja melaram duduk

rumah melaram.Ibu tengok bila dia datang rumah untuk jemput kamu,dia jarang main fon
dia.Dia lebih sukakan bercakap dengan orang sekeliling.Bila dia keluar dengan kamu,dia
jarang guna telefon dia kan?Lain macam kamu,24 jam 7 hari seminggu dengan telefon”,kata
Ibu.

“Maksudnya dia opposite dengan Dhiya?”.

“Lebih kurang la.Perkahwinan ni bukan untuk cari kesempurnaan tapi mencari keserasian
dalam perbezaan.Mungkin kamu boleh tiru cara dia berkerja nanti and kamu boleh ajar dia
melaram sikit bila keluar”,kata Ibu.

Mereka berdua ketawa mendengar kata-kata dari Ibu itu.

“Apa-apa Ibu yakin yang Adham boleh jaga kamu sebaiknya.Beri dia masa untuk dia
buktikan diri kamu seperti mana dia beri kamu masa untuk buktikan diri kamu”.

……………..

“Umie cantik tak cincin ni?”,tanya aku kepada Umie selepas kami bertiga pulang dari solat
terawih di masjid secara berjemaah.

Umie melihat-lihat cincin yang aku belikan sempena perisikan yang bakal tiba seminggu lagi.

Cincin emas putih yang bertatahkan belian sebagai batu hiasan menghiasinya.Kilauannya
belian itu cukup menggambarkan keindahan dan kecantikan dari sudut pandangan aku.

“Pandai kamu pilih”.puji Umie.

“Tapi bila kamu beli ni?”,tanya Umie.

“Semalam waktu lunch.Ingatkan nak tengok-tengokkan dahulu tapi terus berkenan ambil
jelah”.

“Ni muat ke dekat jari Dhiya”,kata Umie.

“Tak tahu..Tangkap muat je.Agak-agak macam muat terus beli”.

“Bukan ke kamu dah pernah beli cincin ke sebelum”.

“Mana tahu?”,aku yang kehairanan kerana Umie mengetahui soal cincin yang dibeli aku yang
hilang itu.

“Cincin itu hilang masa accident.Kalau ikutkan hati memang nak guna yang tu je tapidah
hilang kena beli baru la”,kata aku.

Umie menyatakan dia akan simpan cincin dibawah penjagaan sampailah cincin itu bertemu
dengan tuan baharunya nanti.

“Umie,apa pandangan Umie pasal Dhiya?”,Umie terkejut mendengar pertanyaan ini dari
aku.Mungkin selama ni Umie yakin dengan keputusan aku.Entah kenapa sejak aku membuat

keputusan untuk merisik Dhiya,rasa ragu-ragu timbul dala diri aku.Ingin saja diendahkan saja
namun makin ia diendahkan,makin ia datang memberi salam di benak minda.

“Umie rasa dia jenis yang opposite dengan kamu.Dia jenis yang bersosial bukan macam
kamu yang tahu hadap laptop kerja saja.Dia jenis yang bercerita bukan macam kamu yang
senyapkan diri saja”.

“Lagi?”,tanya aku.Aku sendiri bersetuju tentang soal itu.

“Kamu tak yakin ke dengan dia?”,tanya Umie dan kali ni aku pula yang terkejut.

“Entah la makin nak dekat,makin hati ni rasa macam tak tenang”.jawab aku.

“Umie tahu yang kamu dah solat Istikharah minta petunjuk dari Allah soal ni.Jawapan Allah
untuk setiap doa kamu adalah keberanian kamu untuk lawan permintaan Umie.Umie dengar
setiap hari apa yang kamu doakan”.

“Setiap bait-bait doa kamu itu tersusun dengan cantic sekali.Mana kamu belajar”,tanya Umie.

Aku hanya senyum mendengar itu dari Umie.

“Doa itulah yang Angah doa setiap kali Angah kenal dengan mena-mana perempuan atau
perempuan yang ingin dekati Angah.Angah dah guna sejak zaman sekolah lagi.Ada yang
cakap Angah setia sebab sanggup tunggu tapi Angah always yakin yang semua itu jawapan
dari Allah.Bila Angah gaduh or rasa sakit hati dengan Dhiya,aku selalu doa yang sama
,Alhamdulillah ,Allah kurniakan jawapan setiap kali itu juga”.

“Umie tak kisah siapa pilihan kamu sebab Umie yakin dia pilihan yang baik untuk kamu”.

Aku hanya tundukkan kepala menunjukkan bahawa aku cuba untuk menhadamkan setiap
kata-kata dari Umie itu.

Aku meminta diri untuk masuk ke bilik untuk menyambung perkerjaan aku.Makin nak dekat
dengan cuti raya,makin menimbung pula kerja dekat pejabat sampaikan terpaksa bawa ke
rumah.

……………………….

Raya Aidilfitri

Pagi hari raya Aidilfitri kunjung tiba dan kali ni amat berbeza kerana aku ada di samping
keluarga tersayang menyambut hari yang mulia ini.

Seawall jam 5 pagi lagi aku bangun untuk bersiap-siap ke masjid untuk tunaikan solat Subuh
berjemaah.Laungan takbir raya menghiasi pagi raya selepas solat Subuh.Rasa sayup
mendengar laungan takbir itu menandakan kita berjaya melawan hawa nafsu di bulan
Ramadhan.

“Allahuakbar!Allahubakbar!”.

Aku turun dari tangga masjid dan berjumpa dengan Tua Imam.

“Saya mewakili pihak masjid mengucapkan ribua terima kasih kepada kamu kerana
menyumbang dana dan tenaga kamu dalam projek baik pulih masjid kita
ni.Alhamdulillah,saya tengok makin ramai anak-anak muda yang datang ke masjid untuk
mengimarahkan lagi masjid terutama masa bulan puasa hari tu”.

Projek baik pulih masjid dan pembinaan blok baharu tandas itu menelan kos lebih RM150
ribu .Projek yang sepatutnya siap lebih awal terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan dana
dan kekurangan bahan mentah seperti simen dan pasir.

Alhamdulillah projek ini sempat untuk siap sebelum bulan Ramadhan untuk kegunaan
masyarakat sekeliling amnya.

“Saya turut ingin menyatakan perhargaan saya kerana diberi peluang untuk jayakan semua
ni”,kata aku.

…………..

Dhiya sekeluarga memilih untuk tidak pulang ke kampung pad kali ni kerana mahu
menyiapkan persiapan majlis itu nanti dan sebaliknya yang berlaku apabila sanak-saudara
mereka yang lain memilih untuk berkunjung ke rumah mereka bagi membantu mereka.

…………………….

“Ada nampak butang baju melayu tak”,jerit Izz yang sedang memakai baju melayu hijau
berserta sampin.

“Abang ni pagi-pagi lagi dah start bising.Ni butang ni”,kata Jenny.

Jenny memakaikan butang baju melayu itu kepada Izz.

“You look beautiful today”,bisik Izz di telinga Jenny.Jenny kesipuan malu mendengar Izz
memuji dirinya.

“Lepas sembahyang ni jadi tak nak pergi rumah Janda Milah”,usik aku.

“Patutlah pakai kemas semacam rupanya nak melencong rupanya”,Jenny seolah-seolah
merajuk setelah mendengar itu.
“Pakai butang ni sendiri”,kata Jenny sambil berjalan pergi ke arah dapur.

“Kau la ni tak pepasal kena pujuk dia”,kata Izz kepada aku.
Aku mengambil telefon di kocek kanan baju melayu aku dan kami berdua ber ‘wefie’.
“Ni ada orang puji kau ni”,kata aku kepada Izz.
“Siapa?”,tanya Izz.

“Bakal kakak ipar kau yang sama umur”,kata aku.

Kami ketawa berdekah-dekah setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh aku.
“Tengok apa tu seronok sangat ketawa ”,tanya Jenny yang tiba-tiba muncul dari arah
belakang kami.

“Adham ni syok sangat ada orang puji dia hensem”,kata Izz.

Izz dan Jenny meninggalkan kami berdua untuk ke dapur bersarapan sebelum kami ke
masjid.Sunat bagi umat Islam untuk makan dahulu sebelum menunaikan solat sunat hari raya
Aidilfitri.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah dapur untuk berkumpul bersama yang lain untuk makan.

Satu notifikasi masuk ke dalam telefon aku dan aku melihat satu gambar telah dihantar oleh
Dhiya.Aku membiarkan dahulu notifikasi itu kerana aku ingin menjamu selera terlebih
dahulu.

…………………………….

Alhamdulillah,kami solat sunat hari raya Aidilfitri secara berjemaah di masjid.Ramai Jemaah
yang datang sehinggakan penuh satu masjid.

Kelihatan kanak-kanak memakai pelbagai jenis warna baju melayu,kurta mahupun jubah
bagi kaum Adam manakala kaum Hawa pula mengenakan kain sembahyang berwarna putih
walaupun ada segelintir yang memakai warna-wana lain seperti biru,pink dan lain-lain untuk
datang ke masjid dan solat berjemaah.Inilah pakaian kami untuk sepanjang hari ni sambil
menziarahi sanak-saudara,jiran tetangga dan sahabat-handai.

Teringat pula semasa menyambut perayaan Aidilfitri di UK.Seusai solat ,semua Jemaah
pulang ke rumah msing-masing dan meneruskan kehidupan harian .Bagi masyarakat
Malaysia,kami akan berkumpul bersama-sama untuk makan dan merapatkan lagi ukhuwah
antara kami.Masa inilah untuk kami makan masakan berasaska masakan Melayu asli.

Satu nikmat yang berbeza yang aku sempat untuk rasakan di dua buah negara yang berbeza
adat dan benua merentasi ribuan kilometer.
…………………………………………
“Assalamulaikum”,bunyi orang memberi salam dari pintu rumah kedengaran.

Aku yang berada dalam bilik untuk berehat setelah kepenatan melayan tetamu yang datang
menziarahi kami sekeluarga.Dari golongan yang sudah berusia hinggalah yang baru hendak
mengenal dunia datang menjenguk kami.Dari kaum lelaki hinggalah kaum Hawa yang masih
bujang datang ke rumah.Hampir terjatuh cinta kali kedua dibuatnya melihat perempuan yang
cantik-cantik.
“Waalaikumusalam.Siapa tu?”,Ayah membukakan pintu rumah setelah mendengar orang
memberi salam dan ketukan pintu sebanyak tiga kali.Dibukanya pintu ada seorang pemuda
bersama dua perempuan bersama anaknya.
“Ni rumah Am kan?”,kata pemuda itu.
“Am?”,Ayah kehairanan mendengar nama panggilan itu.
“Adham Mikail”.
“Betul la tu.Masuklah Adham ada dekat bilik nanti pakcik panggil”,Ayah mempersilakan
mereka duduk di sofa sementara menunggu aku.

Ayah memanggil aku di bilik dengan menyatakan ada kawan aku yang datang.
“WEY,Razali.Jauh eh kau datang beraya”,aku yang keluar bilik dan melihat Razali dan
Amanina ada di ruang tamu.
“Alang-alang nak ke rumah parents aku tu yang singgah kejap tu”,kata Razali.
“Dah nak merisik eh kau ?”,kata Razali.
“Itulah cepat masa berlalu.Last jumpa masa aku tengah buntu kau juga yang aku cari”,kata
aku.
“Makin berisi eh kau sekarang,Amanina”,tegur aku kepada Amanina yang sedang leka
bermain dengan anak mereka berdua.

Razali membisikkan sesuatu di telinga aku
“Ye ke?Tahniah la weyh ”,ucap tahniah aku kepada Razali dan Amanina.
“Kitaorang dah nak ada cahaya mata,kau kahwin pun belum?”,tanya Amanina.
“In sha Allah ,ada rezeki ada la tu”,kata aku.

Umie,Jenny dan Kaklong berada di dapur menyiapkan juadah untuk tetamu manakala Izz dan
Along keluar ke kedai.

“Meh,sambung borak dekat meja pula”,Umie mengajak mereka untuk makan di meja sambil
menyambung borak-borak.

Ibu Amanina yang ada sekali ke dapur untuk berbual dengan Umie.Aku yang mempelawa Ibu
Amanina untuk ke dapur andai dia segan dengan ahli keluarga yang lain.

“Sorry la ,Am ,kitaorang tak dapat pergi majlis kau lusa”,kata Razali.

“Takpe-takpe aku tak kisah pun.Aku dah cop kau jadi pengapit aku nanti masa
bersanding”,kata aku sambil menemani mereka berdua makan di meja makan.

“Takde hal.Kau cakap je bila kau nak kahwin aku booking tarikh awal-awal untuk cuti”,kata
Razali.

“Lagi dia suka kau pilih dia jadi pengapit kau”,kata Amanina.

Kami gelak mendengar kata-kata dari Razali dan Amanina tu.

Sesudah makan Razali dan yang lain-lain meminta diri untuk menyambung perjalanan
mereka ke Seremban.Katanya mereka akan ke Melaka hari lusa kerana ada majlis dari
sebelah ibu keluarga Razali.

Kedatangan mereka secara mengejut juga aku anggap satu rahmat dan rezki dapat
merapatkan ukhuwah dan tali persahabatan antara kami bertiga.Razali dan Amanina yang aku
anggap merekalah keluarg aku semasa belajar dulu.Tu belum sebut pasal jadi ‘third wheeler’
teman dua orang ni dating.Haru betul kami tapi tulah kenangan yang kami bina yang
mungkin tidak semua orang laluinya.

Teringat pula kisah percintaan mereka yang ada naik pasang surut dengan pelbagai ragam
dan aksinya yang tersendiri.Teringat jua kisah apabila mereka berdua menyatakan mereka
berdua ingin melangsungkan perkahwinan.Masa tu masing-masing baru setahun jagung
dalam dunia perkerjaan.

“Ada apa nak jumpa aku ni”,tanya aku kepada Razali dan Amanina.

“Kitaorang dah decide nak kahwin”,kata Razali.Aku teruja mendengar itu dan aku menemani
mereka berdua ke kedai emas.

Sesampai di sana ,Razali membisikkan sesuatu kepada aku.

“Kau ada duit tak sekarang tak sebab aku lupa bawa cash”,aku dengan rela hati
menghulurkan segala duit yang aku ada masa tu sebanyak RM1000.

Sampai sekarang Razali tak bayar-bayar duit tu.Aku anggap itu hadiah aku untuk mereka
berdua.Haikla entah ingat entah lupa pasal benda tu.Amanina lagi la tak tahu pasal benda ni.

Hidup mereka sendiri haru biru semasa bercinta dengan ragam aksinya tapi masing-masing
adalah yang terbaik buat masing-masing.

Adham Mikail

Keluarga Dhiya sedang sibuk mengemas rumah dan melakukan beberapa persiapan
lain.Sanak-saudara dari dua-dua belah keluarga Dhiya datang membantu mereka sekeluarga.

Mereka sibuk dalam mengemas rumah serta memasak pelbagai jenis lauk-pauk yang ingin
dihidangkan nanti.Padahal baru majlis kecil-kecilan bukan nak nikah.Katanya untuk anak-
saudara kesayangan.Sejak kecil,Dhiya rapat dengan makcik dan pakcik serta sepupunya.Kira
macam mak kedua dan adik-beradik lain.

Semasa Dhiya dan sepupunya sibuk menyiapkan bahan-bahan masakan,sepupunya
rapat,Mimi yang berumur 7 tahun lebih tua darinya menanyakan soal Adham Mikail.

“Mana kau kenal laki ni?”,tanya Mimi sambil memotong bawang di meja.

“Kenal dari zaman sekolah lagi”.jawab Dhiya.

“Ni kawan yang pernah kau cerita dulu yang kau cakap dia minat kau tu?”,tanya Mimi.

Dhiya menangguk tanda betul Adham Mikail inilah yang pernah dia ceritakan dahulu kepada
Mimi.Dahulunya Dhiya pernah mnceritak soal Adham Mikail kepada diri Mimi.Adham
Mikail seorang kawan ‘lama’ yang tersuka dan jatuh cinta pada dirinya.Seorang kawan yang
tiba-tiba pernah ceriakan harinya semasa dia baru ‘recovery’ dari sakitnya.

Dhiya menunjukkan salah satu gambar di akaun Instagram milikku.

“Ni la tuan punya badan sekarang”,kata Dhiya sambil tunjukkan gamabar tersebut.

“Tak sangka dia dah berubah banyak dari dulu”,kata Mimi.

“Betul ke dia pernah stay UK”,tanya Mimi kepada Dhiya yang tengah stalk akaun Instagram
milik Adham Mikail.

“Haah…Dia pernah kerja sana 2 years dan awal tahun hari tu baru balik”,kata Dhiya.

“Mesti family dah asal kaya kan?”,tanya lagi.

“Dia datang dari family biasa-biasa saja. Dia dibesarkan dengan family yang berusaha sendiri
untuk kejar cita-cita mereka termasuk dia”.

“Kalau orang tengok kereta dia,orang tak percaya tu milik dia.Orang ingat dia driver.Pernah
sekali,dia jumpa dengan Dhiya,dia pakai jersey,tracksuit dan jaket berselipar jepun je .Semua
pandang dekat dia”,kata Dhiya.Mimi terkejut mendengar semua tu.

“Takde pun kereta dia dalam IG dia”,kata Mimi.

“Memang la tak jumpa sebab dia takkan pernah post harta milik dia dalam account dia ”,kata
Dhiya.Dhiya menunjukkan gambar kereta milik Adham Mikail.

“You know right that this car almost 500k”,Mimi terkejut selepas melihat model kereta milik
Adham .

Dhiya hanya tersenyum mendengar semua itu.Dhiya tahu soal itu malaha dia lebih mengenali
siapa Adham Mikail.Adham Mikail yang buat kerja senyap-senyap sampai dia berjaya.

“Aku tak kisah orang ingat aku karam dalam lautan walhal aku sudah meneroka lautan
dengan kapal selam milikku”,inilah kata-kata yang selalu didengari oleh Dhiya sejak dari
kecil lagi.

“Rancak betul kamu berdua borak ye”,kata Ibu Dhiya.

“Apa yang seronok sangat diborakkan ni”,tanya Ibu Dhiya.

Mimi menyatakan dia sedang menyoal siasat tentang Adham Mikail dari Dhiya Sofea.Latar
belakang serta sejarah hidupnya.

“Rombongan nak datang pukul berapa esok?”,tanya Ibu.

“Adham kata lepas zohor .Biar urusan berjalan lancar tanpa nak fikir terburu-buru nak solat
apa semua”,kata Dhiya.

Ibu meninggalkan mereka berdua di sana untuk menyambung urusanya di ruang tamu.

“Ni nak tanya lagi boleh tak?”,tanya Mimi.Dhiya mengangguk tanda dia tak kisah untuk
disoal siasat lagi.

“Dulu bukan kata tak suka dia ke?”.

Dhiya diam seketika sebelum menjawab pertanyaan itu.Rasa berat untuk dia menjawab itu
keran setiap keputusan yang hadir berlaku secara tiba-tiba.

“Dulu lebih selesa berkawan je dengan dia”,kata Dhiya.

“Jangan cakap kau suka dia sebab harta dia?”.

“Dia dah banyak berubah.Tu yang buatkan Dhiya suka dia.Macam mana dia ubah diri dia
untuk jadi lebih baik macam tulah Dhiya yakin yang dia boleh ubah diri Dhiya.Dia bukanlah
sempurna tapi dia tak jadikan kegagalan alasan untuk berhenti”.Dhiya berhenti sejenak untuk
meneguk air teh O di cawan di depanya.

“Dari aku sekolah rendah hingga sekolah menengah ,dia kawan aku.Dia tak banyak bercerita
pasal diri dia sebab dia lebih suka mendengar.He’s a good listener yang susah nak cari.Sebab
dia tak suka berceritalah,dia banyak pendam apa yang dia rasa seorang diri.Dan dia suka tulis
puisi”,sambung Dhiya.

“Puisi?Tak pernah cakap pun”.

“Haah.Dia banyak bercerita melalui tulisan air tangan puisinya.Kira mamat jiwang jugaklah
dia dulu.Sekarang dah jarang untuk dia tulis puisi”.

“Aku rasakan Adham ini special.Dia baik dan ikhlas”.

“Dia pernah ada girlfriend tak”,Dhiya menganggukkan kepala tanda bahawa Adham tidak
pernah ada ‘kawan perempuan’.

“Tapi dia pernah post gambar berdua dengan perempuan dulu.Aku tak sure sama ada tu GF
dia ke tak”.Dhiya teringat bahawa Adham pernah paparkan seorang perempuan bersama
dirinya dahulu semasa zaman universiti.

Perbualan mereka terhenti apabila nama mereka diseru ke ruang tamu kerana mereka yang
ada diluar perlukan sedikit bantuan.Mimi sebenarnya ingin menanyakan lagi namun
hasratnya terbantut dek seruan itu.

……………………………..

Sanak-saudara Dhiya pulang ke homestay yang sudah ditempah oleh keluarga Dhiya.Hari
sudah larut malam dan Dhiya masing tidak lelapkan matanya.Matanya terkebil-kebil menanti
masa untuk tidur.Pelbagai cara dan posisi yang sudah dilakukan untuk dia tidur namun mata
masih sukar untuk dipejamkan.

Dhiya membuat keputusan untuk ke dapur untuk mencari air mineral.Tiba-tiba tekak dia haus
dek kesukaran untuk dia tidur.

Diambil gelas di atas rak dan menekan butang ‘cool water’ water dispenser jenama
Coway.Diduduknya di atas kerusi untuk habiskan minuman.Dibuka tin biskut untuk dia
hilangkan rasa lapar.Rasa lapar tiba-tiba datang ke perutnya.Amat jarang untuk Dhiya berasa
lapar tengah malam .

Lampu dapur tiba-tiba dibuka oleh seseorang.

“Masha Allah,budak ni tak tidur lagi”,suara Ibunya apabila melihat Dhiya sedang ada di
dapur.

“Tak boleh tidur ke?”,tanya Ibu setelah mengambil air di water dispenser yang sama.Dhiya
menganggukkan kepala tanda menjawab pertanyaan dari Ibunya itu.

Ibunya duduk di sebelah Dhiya.

“Kenapa ni?Ada masalah ke?”,tanya Ibu setelah duduk dan meilhat air muka Dhiya yang
sedikit lain.

“Entah la.Dhiya asyik fikirkan pasal Adham”.

“Kenapa dengan dia.Cuba cerita sikit”,Ibu memahami kegusaran dan ketidaktenangan di hati
Dhiya dan cuba meredakan ketidaktenangan itu.

“Dhiya takut yang Dhiya tak mampu jadi yang terbaik buat Adham.Dhiya takut yang Adham
tak mampu jaga Dhiya sebaiknya”.

“Dhiya dengar cakap ibu.Ni soal masa depan yang tidak ketahui keadaannya.Usah
fikirkannya sangat”.

“Adham tu baik orangnya .Ibu yakin yang dia akan jaga Dhiya sebaiknya ”.

“Ibu tak takut ke hilang Dhiya ”.

“Setiap Ibu pasti akan bersedia untuk hilang anak perempuannya.Seperti mana ibu lepaskan
kakak kamu seprti itu juga ibu bersedia untuk lepaskan kamu”.

“Ibu yakin yang keputusan kamu adalah yang terbaik buat kamu.Adham buktikan yang dia
sanggup berkorban untuk kamu.Apa yang berlaku yang lepas-lepas itu adalah sejarah dan
pengalaman buat kamu dalam benetuk diri kamu dan apa yang akan berlaku pada masa depan
kamu adalah diri kamu ”,sambung Ibu.

Dhiya yang mendiamkan diri selepas mendengar apa yang diucapkan oleh Ibunya itu.

“Ibu nak sangat kamu kahwin.Bukan maksud ibu lepaskan tanggungjawab ibu untuk kamu
tapi nak tak nak kamu harus lalui fasa baharu dalam diri kamu.Bila kamu kahwin nanti ,kamu
akan faham semua ni.Dari kecik hingga besar,Adhamlah kawan kamu.Dari kecik hingga
besar,Adham tak pernah abaikan kamu sebagai kawan dia.Betul dia pernah jauhkan diri
selama 8 tahun dari kamu tapi Sherry pernah cakap dekat kamu kan yang Adham selalu tanya
khabar kamu dari dia.Jauh dari sudut hati Adham ,dia masih mengharapkannya.Dia terima
kamu balik bukan kerana dia kesiankan kamu or apapun alasannya ”.

Dhiya masih diamkan diri mendengar kata-kata dari Ibunya itu.

“Kamu kena ingat kamu terima dia bukan sebab kamu nak balas budi dan jasa dia.Ibu yakin
yang Adham takkan lepaskan tanggungjawab dia macam tu je.Dia selalu lapkan air mata
kamu dan selalu beri nasihat dan motivasi buat kamu”.

“Mana ibu tahu semua tu”,tanya Dhiya.

“Sherry pernah cerita dekat Ibu sebelum Adham jauhkan diri dari kamu”.

“Sherry pernah beritahu Ibu yang bila kamu sedih Adham ,Adham akan beri kamu
semangatkan.Usahlah risaukan awan ribut dan hujan yang mendatang kerana ingatlah
senantiasa ada matahari yang bersinar dan pelangi yang terbentang luas selepas itu”,Ibu
mengangkat kening selepas mengungkap kata-kata itu

“Mana Ibu tahu kata-kata tu”,tanya Dhiya yang kehairanan.

“Ibu pernah terbaca dekat buku kamu.Setiap buku kamu akan ada kata-kata ni dekat bahagian
depan”.
“Baik kamu pergi tidur sekarang.Takut esok kamu tak berdaya”.

Dhiya mendengar kata-kata itu dan meminta diri untuk masuk ke biliknya .
………………….
“Angah dah tidur ke ?”,tanya Umie kepada Along.
“Dah la kot lampu bilik dah gelap tu”,kata Along.
“Ni kenapa semua tak tidur lagi ni”,tanya Along.Along yang baru pulang dari berjumpa
dengan kawannya melihat Umie,Ayah,Izz,Jenny dan isterinya sedang berada di
dapur.Terdapat seteko air teh di atas meja.
“Tengah bincang pasal esok”,kata Izz sambil menghirup air teh itu.
“Esokkan majlis bertunang tapi Angah ingat merisik je”,kata Umie.
“Kenapa Umie rahsiakan pasal hal ni dari Angah”,tanya Along selepas mengambil gelas di
rak.
“Ni permintaan dan rancangan Dhiya”,kata Umie.
“Along tak kisah pun cuma kalau Angah tahu pasal benda ni mesti dia terkejut dan marah-
marah”.
“Izz okay je sebab kalau nak tunggu Angah buat keputusan memang lambat.Nak merisik pun
dah berbulan lamanya”.
“Jenny okay je lagipun Jenny dan Izz dah kenal lama Dhiya tu.Lagipun Adham tu lagi kenal
Dhiya dari dia kenal diri dia sendiri”,kata Jenny.

…………………………….

Bertunang

Dhiya dan keluarga menanti waktu untuk menyambut kedatangan dari rombongan keluarga
Adham.Hati Dhiya seakan-akan tidak tenang dan gundah-gulana.Tidak senang duduk
dibuatnya.Kejap dia berdiri kejap ke dapur kejap dia duduk di ruang tamu.Hati ni seolah-olah
risau dengan apa yang akan berlaku nanti.

Hatinya terus merintih dan berdoa apa yang berlaku akan berlaku dengan lancar.
“Asal ni?Dari tadi Abah tengok kamu undar-mandir ke sana mari”.
“Entah la.Rasa macam tak sedap hati pulak”,kata Dhiya kepada Pak Cik Aki.
“Ishhh…Kamu ni layan perasan sangat ni.Cuba bertenang sikit”.

“Cuba cerita apa yang buatkan kamu tak boleh bertenang ”,tanya Pak Cik Aki.
“Tak tahu tapi rasa macam tak senang duduk selagi majlis tu tak berlangsung”.
“Apakata kamu masuk bilik and solat.Cari ketenangan dulu sebelum mereka sampai”.

Dhiya mengikuti kata-kata bapanya dan masuk ke dalam bilik untuk bertenang.Dicapainya
telekung dan mengangkat takbir untuk dia solat sunat mencari ketenangan.

Sesudah solat ,Dhiya mengangkat tangan lalu berdoa.
“Ya Allah,hati yang gelisah ini sedang mencari ketenangan-Mu.Permudahkanlah urusan kami
sekelurga pada hari ni dan hari-hari yang mendatang.Hilangkan rasa gundah-gulana ni dan
kurniakan rasa ketenangan dalam hamba-Mu ni”.

Bunyi ketukan pintu dan ada suara yang memanggilnya keluar menghentikan doanya itu.
…………………………………
“Alhamdulillah,kalau macam tu ,majlisnya kita buat hujung tahun saja”.

Semuanya sudah selesai acara pertunangan ini.Segala mas kahwin dan hantaran ditetapkan
sebaik-baiknya mengikut kemampuan kedua-dua belah pihak.Adham masih terpaku dengan
apa yang dilihat dan didengarinya.Ingin saja mencelah didiamkan saja kerana takut
merosakkan majlis pula.

Allah menyebut di dalam Quran yang membawa maksud , “Berikanlah mahar kepada
perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan”.Surah An-Nisa
ayat 4.
Dalam riwayat Ahmad ada menyebut , “Pernikahan yang paling besar keberkatan adalah
yang paling mudah maharnya”.

Majlis santapan makan bagi menjamu Adham dan ahli keluarganya yang datang dihidangkan
dengan pelbagai jenis juadah dan aneka makanan yang menyelerakan.

Di meja makan,saat Dhiya mendulang mangkuk berisi nasi untuk diletakkan di atas
meja,Adham menjeling ke arah Dhiya seolah-olah tidak berpuas hati dengan sesuatu.

“Siap kau”,bisik Adham kepada Dhiya.Dhiya menunjukkan reaksi hanya tersenyum dengan
perlakuan dari Adham itu.Mungkin Dhiya sedar yang Adham sudah ditipu olehnya.

Selesai makan,Adham sekeluarga pulang ke rumah masing-masing.

……………………………………..

Aku yang memandu kereta untuk pulang ke rumah.Sepatutnya aku gembira namun hati ni
masih tidak dapat terima kenyataan bahawa aku sudah bergelar tunangan seseorang.Mungkin
bagi aku ini terlalu cepat ataupun aku sudah dibohongi oleh Dhiya.

“Kenapa masam je ni?”,tanya Umie kepada aku yang hanya mendiamkan diri sejak di meja
makan lagi.Aku menfokuskan kepada pemanduan aku saja.

“Bukan ke kamu patut gembira dengan semua ni?”,tanya Umie lagi.

“Kenapa dari merisik boleh bertukar kepada bertunang ?”,tanya aku.Aku berhajat tidak ingin
menjawab soalan dari Umie itu selagi aku tidak mendapat jawapan aku yang aku inginkan.

“Itu yang kamu tanyakan pada Dhiya sebab Dhiya beritahu yang dia tukarkan jadi majlis
bertunang terus”,kata Ayah.

“Kenapa saya seorang tidak tahu pasal hal ni?”,tanya aku lagi.Nasib baik dalam kereta itu
hanya ada kami bertiga saja jadi aku boleh bertanya langsung kepada Ayah dan Umie.

“Itu permintaan dari Dhiya ”,kata Umie yang ingin memujuk aku.Umie sedar aku seakan-
akan tidak boleh terima kenyataan ini semua.

“Patutlah dia beriya-iya supaya pakai baju melayu apa semua”.Nada aku sedikit marah
kerana aku masih tidak dapar jawapan yang aku inginkan.

“Umie terkejut lihat pakaian kamu sedondon hari ni.Macam dah berpakat pula”,kata
Umie.Aku mendiamkan diri saja mendengar itu.

Entah ingin terus berasa marah mahupun gembira aku sendiri tidak tahu untuk
tentukan.Ditipu maka wajar untuk aku marah dan bergelar tunangan orang maka wajar juga
untuk aku berasa gembira.Perasaan aku bercampur baur dengan apa yang aku rasakan
sekarang ini.

………………………………………………

“Kamu tidak beritahu eh Adham pasal hal pertunangan ni?”,tanya Pakcik Aki kepada
Dhiya.Dhiya menundukkan kepada tanda dia rassa bersalah.

“Cuba beritahu Abah kenapa kamu bohong dia.Abah ikutkan saja permintaan kamu tapi
kamu sendiri yang bohong dia”.

“Kamu masih tidak beritahu dia soal kamu kena pindah ke Pahangkan?”,tanya lagi Pakcik
Aki.

Dhiya masih tidak menjawab itu semua.Dia hanya mendiamkan diri daripada abahnya
itu.Mungkin bagi Dhiya sendiri yang dia tak menyangka bahawa Adham akan terkejut seperti
ini saat diberitahu bahawa ini adalah majlis pertunangan.Rasa bersalah kerana membohongi
terus menyelebungi dirinya.

“Dhiya tak tahu nak beritahu dia macam mana”,akhirnya Dhiya membuka mulutnya.

“Dhiya tak boleh bersikap macam ni.Dhiya dah bergelar tunang orang.Dhiya patut lebih jujur
dengan dia”,kata Pakcik Aki.

“Tapi Dhiya takut”.

“Cuba beritahu Abah apa yang kamu takutkan”.Pakcik cuba menenangkan Dhiya yang mula
menitiskan air matanya.

“Dari kamu kecik hingga kamu besar,Dhiya dah biasa hidup berdikari tapi kenapa sekarang
Dhiya tak boleh.Dhiya dah biasa berjauhan dengan keluarga tapi sekarang tak boleh”.

“Dhiya,dugaan untuk bertunang ni besar tau.Kalau ni Dhiya dah tak sanggup untuk jujur
dengan Adham,kalau ada benda lain datang lain,Dhiya pilih untuk jujur ke?Dhiya nak Adham
sentiasa jujur dengan Dhiya tapi Dhiya sendiri tidak jujur soal hal ni”.kata Pakcik Aki.

Air mata dipipinya yang mengalir itu sudah kering dan segera dikesatkan dengan lengan baju
kurung birunya.

“Sekarang Abah hairan kenapa baju berdua sama warna”.Dhiya yang tersengih apabila
mendengar pertanyaan itu dari Abahnya.

“Adham yang belikan”.

“Betul ke ni?”,tanya Pakcik Aki seolah-olah tak percaya yang Adham belikan.Dhiya kembali
tersenyum seperti kerang busuk.Pakcik Aki kenal dengan Adham yang tidak akan bazirkan
wang dengan perkara seperti ni lagi-lagi membeli baju untuk anak perempuannya itu.

“Dhiya mintak dia belanja baju kurung baru masa dekat butik Sherry hari tu”.Dia
meninggalkan Abahnya itu.Dia tahu yang dia akan dibeli jika dia terus duduk di sofa bersama
Abahnya itu.

“Masha Allah budak ni.Suka hati je kamu suruh orang belikan.Sedar sikit dia belum jadi
husband kamu lagi”,jerit Pakcik Aki.

Pakcik Aki hanya menggelengkan kepalanya dengan perlakuan anaknya itu.Ada ke patut
suruh orang belanja baju untuk dirinya.Pakcik Aki kenal sangat dengan anak perempuan
keduanya itu yang suka sangat bazirkan duit untuk perkara-perkara yang tidak patut.Berbeza
sekali dengan bakal suami anaknya itu .

………………………….

“Selamat pagi,Adham”,aku yang baru sampai ke pejabat untuk mulakan hari pekerjaan
selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri.Disebabakan kami sekeluarga tak menziarahi sanak-
saudara kami yang berada jauh maka cuti yang aku ambil hanya 4 hari.Cukuplah bertemu
mata dengan yang dekat-dekat.

“Puan rupanya.Ingatkan sapa tadi”,aku membalas sapaan dari Puan Dayin yang menegurku.

“Kamu banyak kerja ke?”,tanya Puan Dayin kepada aku.Aku membalas bahawa aku tidak
mempunyai banyak kerja pada sebelah pagi kerana sebelah petang kena hadiri mesyuarat di
Putrajaya.

“Awal lagi ni.Jom minum pagi dulu dan ada benda saya nak bincang pasal majlis sambutan
Hari Raya tu nanti”.Aku bersetuju dengan ajak Puan Dayin alang-alang aku sendiri belum
bersarapan kerana bertolak awal dari rumah tadi.Ayah katanya tengah hari baru ke bengkel
manakala sekolah masih tutup makan Umie masih bercuti lagi maka aku membuat keputusan
untuk bergerak awal ke pejabat kerana Umie dan Ayah ke masjid solat Subuh berjemaah.

Kami berjalan beriringan sambil berbua-bual tentang percutian raya kami.Ini kali pertama
sejak dua tahun lepas aku beraya di rumah sendiri rasa berbeza dapat beraya di sini.Suasana
dan budaya berbeza sekali.

“Itu Encik Akmal ada sekali”,sambil menunjukkan ke arahnya .

“Awal kamu hari ni?”,tanya Puan Dayin kepada Tuan Akmal yang sedang duduk leka
membaca surat khabar.

“Duduklah.Saya memang bersarapan dekat sini”.

“Duduklah Adham”.Encik Akmal mempelawa aku untuk duduk di situ bersama-sama kedua-
dua orang bos aku itu.Rasa seram juga apabila duduk bersama-sama orang yang ada pangkat
tinggi ni.

“Dengar cerita kamu bertunang dua hari lepas,Adham”,tanya Encik Akmal.

“Betul la tu”.Jawab aku dengan gugup.

“Saya ingatkan kamu dah kahwin”,kata Puan Dayin.Aku mendiamkan diri mendengar kata-
kata dari Puan Dayin itu.

“Dengan orang mana?”,tanya Puan Dayin.

“Dengan kawan sekolah saya”.

“Yang pergi ke Langkawi haritu?”,tanya Encik Akmal yang sudah mengenali Dhiya kerana
kami satu kereta pergi Langkawi kira-kira 4 bulan lepas.Aku menganggukkan kepala bagi
menjawab persoalan itu.

“Day,kalau awak tengok tunang Adham tu,Awak kata memang sekufu dan sepadan dengan
Adham la”,kata Encik Akmal kepada Puan Dayin.

“Tahniah la.Kalau tahu saya bagi awak cuti lebih sikit”,sambil ketawa Puan Dayin
mengungkapkannya.

Aku hanya tersengih mendengar itu.Jauh berbeza sekali dengan first impression Puan Dayin
saat aku mengenalinya sebagai ketua jabatan.

Tanggapan aku mengatakan Puan Dayi seorang yang angkuh dalam perwatakannya kerana
agak susah untuk didekati oleh para staf dan sukar untuk senyum.Lebih lama aku mengenali
bos perempuan aku yang kini hampir berusia 55 tahun itu ,aku beranggapan yang dia seorang
baik namun tegas dalam tugasannya.Pemakaian ala-ala mak-mak datin yang sentiasa bergaya
ditambah dengan dia sukar untuk senyum maka staf lain kurang menyantuninya.

“Kamu tahukan lagi dua minggu tu majlis tu.Awak dipilih sebagai wakil jabatan untuk beri
ucapan”,hampir tersedak air kopi O yang diminum oleh aku saat mendengarnya.

Aku hanya bersetuju kerana tidak berani untuk menolak kerana Puan Dayi sendiri yan
memilihnya,Nanti ditolak tak pepasal ada surat atas meja.

…………………………………………………….

Putri Batrisyia Sabriana

Kata-kata dari Puan Dayin itu terus berlegar dalam kepala aku.Menjadi wakil jabatan untuk
memberi ucapan pad majlis sebesar itu bukan mudah kerana masas inilah dif-dif terhormat
seperti pemegang saham syarikat,Dato’ Datin CEO akan datang menceriakan majlis itu.Dua
majli besar saja yang dif-dif ini kan datang iaitu Sambutan Hari Raya dan Majlis Makan
Malam pada hujung tahun.

Dah la dapat tiket ekstra ke majlis itu nanti maka aku diwajibkan untuk bawa ‘peneman ’
nanti.Itu satu lagi hal merisaukan aku.Tak tahu nak ajak siapa.Takkan nak bawa Umie or
mesti Umie tak nak ikut.

Aku yang baru sampai di rumah pada waktu maghrib terus ke bilik untuk solat dan
mandi.Hari ni agak lambat sikit kerana baru pulang dari Putrajaya disebabkan ada
mesyuarat.Hari permulaan yang memenatkan.

“Kamu nak makan ke?”,tanya Umie selepas aku solat Maghrib dan mandi.

“Takpe la Umie.Dah makan lepas meeting tadi dekat Putrajaya”.

“Macam mana kerja hari ni?”,tanya Umie yang sedang membancuh air kopi untuk aku.

“Takde la banyak cuma penat kena drive ke Putrajaya.Tahu-tahulah jalan jammed je”,kata
aku yang sedang mengeluh dengan perkerjaan aku.

“Angah ingat nak sambung belajar la”.Dah memang cita-cita aku untuk sambung pelajaran ke
peringkat tertinggi walaupun aku bukan rajin sangat untuk hadap buku.

“Habis tu kahwin macam mana?”,tanya Umie.Umie tahu tu memang cita-cita aku dan takkan
melarangnya cuma taknak pernikahan aku tertangguh lagi.

Dah la dulu aku janji lepas sambung pelajaran peringkat Master ,aku akan nikah lepas tu aku
fly ke UK and sekarang lepas bertunang nak sambung lagi.

“Bukan sekarang la.Lepas nikah bari fikir nak sambung.Pasal duit jangan risau sebab dah ada
saving khas untuk pelajaran”.

“Tapi tulah,ingat nak sambung dekat oversea je .London or Berlin”.

Umie hanya senyap aku bercakap berseorangan.Umie sedar yang bila aku bercakap soal ni
maknanya aku serius.Nak dihalang atau dibantah mungkin sukar tapi kalau ditangguh
mungkin boleh.

“Tunggu la lepas kamu nikah or ada anak ke ”,kata Umie .

“Kenapa sekarang baru fikir.Kenapa tak sambung terus masa dekat London hari tu”,tanya
Umie .

“Memang dah fikir tapi masa tu rasa macam muda lagi”.
“Umie tak kisah tapi kamu haru nikah dulu baru boleh bercakap soal sambung pelajara.Yang
penting,Dhiya harus tahu pasal semua ni”.

Aku mengangguk faham dengan jawapan daripada Umie itu.
“Lagi satu,Umie nak tak teman Angah pergi Sambutan Hari Raya ?”.
“Tak nak.Kamu ajak je Dhiya.Biar dia kenal kawan-kawan sepejabat kamu”.
………………………………………………

Hari minggu adalah waktu untuk berehat namun tidak untuk kali ni.Aku dah berjanji untuk
keluar bersama Dhiya.Katanya teman dia membeli-belah dan tengok wayang.
“Nak ke mana dengan baju kemeja bagai ni”,tegur Umie kepada diri aku yang sedang
mencari anak kunci kereta di rak kunci.

“Nak jumpa Dhiya kejap.Katanya nak jelaskan tentang hal hari tu”,kata aku.
“Sejak bertunang ni,bukan main kamu bergaya.Selalu selekeh je time keluar”,usik Ayah
kepada aku.
“Saje pakai.Dari tinggal berhabuk dalam almari baik pakai je”,kata aku yang sedang duduk di
sofa sambil memakai stoking.
“Elok-elok drive.Jangan balik lambat sangat”,pesan Ayah.

Aku menngangkat tangan tanda isyarat yang aku faham akan pesanan dari Ayah itu.
………………………………

Selepas lima belas minit memandu untuk mengambil Dhiya di rumahnya ,aku terus
memandu kereta untuk ke mall.Memilih untuk parkir kereta di rooftop kerana senang untuk
parkir serta ramai yang memimilih kawasan ni.

Kami berdua menjejakkan kaki masuk ke dalam mall.Aku memandang ke arah Dhiya yang
berjalan beriringan dengan aku.Seorang perempuan yang sama tinggi dengan aku itu
memakai blaus biru seakan-akan turquoise dan skirt labuh berwarna biru cair itu berjalan
disebelah aku.Masih leka dengan telefon di tangan.Aku pun tak faham apa yang menarik
sangat media sosial miliknya.

“Apa pandang-pandang!”,nada Dhiya sedikit tinggi menegur aku apabila dia perasan yang
aku sedang memandang ke arahnya.
“Mana da.Saya pandang sana la”,aku menafikannya sambil tangan menunjukkan ke arah
bertentangan ruang legar pusat membeli belah itu.

Dhiya mendiamkan diri mendengar jawapan aku dan terus leka dengan telefonnya.

Aku memilih untuk masuk ke Baskin Robbins untuk makan aiskrim.Aku mengambil
beberapa scope aiskrim dan membayarnya sementara Dhiya duduk di kerusi yang disediakan.

Aku meletakkan aiskrim itu di atas meja dan tiba-tiba Dhiya menyuapkan sudu yang berisi
aiskrim itu ke dalam mulutnya.
“Itu aiskrim saya la”,kata aku.Dhiya yang mendengar kata-kata itu dan menghulurkan
kembali bekas aiskrim itu.
“Makan la yang tu”.Aku bangun dari kerusi dan membeli aiskrim yang lain.
“Awak lengan awak nampak”,tegur aku yang melihat bahagian lengan Dhiya sedikit
terdedah.

Dhiya menarik lengan baju blaus itu untuk menutupnya.Aku menghulurkan jaket hitam
milikku.
“Pakai ni”.
“Pernah basuh tak?”,tanya Dhiya .
“Banyak songeh pulak.Pakai je”,Dhiya menyarungkan jaket itu dan membetulkan tudung
shawl miliknya.

Kami berdua makan aiskrim itu dan aku memandang ke arah Dhiya lagi.Aku memandang
wajah yang menghiasi pagi aku jika kami ditakdirkan bersama.

Rasa tenang pula saat bersama dirinya.

Selesai makan ,kami berjalan-jalan wndow shopping namun Dhiya terus dengan
telefonnya.Tiba-tiba,Dhiya dilanggar oleh seseorang.
“Aduh!”,jerit Dhiya.Telefonnya tercampak jatuh dari pegangan tangannya.
“Tu la jalan pandang depan bukan bawah”,aku membebel seperti ibu-ibu membebeli
anaknya.
“Awak ni bukan nak tolong saya tapi bebel lagi”.

Aku menolong Dhiya bangun dengan memegang tas tangannya sebagai dorongan untuk dia
bangun dari jatuhan itu.
“Minta maaf cik sebab dia cuai”,aku meminta maaf dari perempuan yang dilanggar oleh
Dhiya.Perempuan itu sedang membersihkan diri dari debu-debu yang melekat di tubuhnya.
“Takpe-takpe.Saya juga cuai tadi”,kata perempuan itu .Kemudian memalingkan wajahnya ke
arah kami berdua.
“Putri?”,sapa aku dulu kepada orang itu.

“It’s you ,Adham?”.

Perempuan yang dilanggar oleh Dhiya tu merupakan kawan aku semasa zaman belajar
dulu.Kami pernah satu group dalam beberapa assignment maka tidak hairan kalau aku rapat
dengan dia.Lagi 3 tiga orang group aku adalah Batrisyia,Sabriana dan Acap.Acap dah jadi
husband kepada Putri sekarang ni.Mereka berdua saling jual mahal masa tu tapi aku yang
memperjodoh sebab mereka saling menyukai sebenarnya tapi malu untuk mengaku.

“Sorry on behalf this girl”,kata aku kepada Putri.Putri menunjukkan bahawa dia juga bersalah
dan meminta maaf atas insiden itu.

“Isteri kau?Gila kahwin tak ajak”.

“Bakal isteri je”,jawab aku.

“Jom la join aku sekali lunch .Batrisyia dan Sabriana ada sekali”.Putri mengajak aku dan
Dhiya supaya menyertai mereka bertiga makan tengah hari.

Ingin menolak pelawaan itu tapi ajak Putri bahawa dia ingin belanja kami berdua makan
menyebabkan aku tidak sampai hati menolaknya .Lagipun aku sendiri dah lama tak berjumpa
dengan mereka bertiga.Dalam masa yang sama.aku risau yang Dhiya tidak akan selesa atau
mungkin cemburu nanti tapi aku mengendahkannya kerana beranggapan bahawa Dhiya akan
okay dan itu semua adalah mainan perasaan aku saja.

………………………………………………….

“Lambat la kau.”,kata Bats kepada Putri yang baru datang ke meja .

“Entah .Penat kami menunggu tau”,sambung Sabriana.

“Sorry,Aku kena langgar tadi and aku jumpa seseorang”,kata Putri yang meminta maaf
kepada dia orang kawan baiknya itu.

“Guys,tengok aku jumpa siapa”,sambil menunjukkan ke arah aku dan Dhiya yang berdiri
dibelakang sikit dari Putri.

“Adhammmmm!!!”,jerit Sab.

“Hye guys”,aku memulakan sapaan untuk mereka berdua.

Sabriana mempelawa kami bertiga untuk duduk dan makan bersama mereka.Katanya alang-
alang berjumpa biar boleh borak lama sikit.

“Kenalkan ni tunang aku,Dhiya”, kata aku kepada mereka bertiga .Dhiya sdang duduk di
sebelah aku sambil yang menghadap mereka bertiga.

“Ingatkan wife tadi”,kata Batrisyia kepada aku.

“Adham,ni ke perempuan yang kau pernah cerita dulu dekat kitaorang”,tanya Putri.

“Ni la tuan badannya”.Dhiya yang hanya mendiamkan diri.Kekok agaknya.

“Sayang,kenalkan ni Putri.Ni Batrisyia dan ni Sabriana”,aku memperkenalkan mereka bertiga
kepada Dhiya dan bersalam antara satu sama lain.

“Sayang?Ke sampuk ke agaknya mamat ni”,getus hati Dhiya sendirian setelah mendengar
perkataan ‘sayang’ keluar dari mulut Adham.

“Put,mana Acap?”,tanya aku setelah bayang Acap langsung tidak kelihatan oleh aku.

“Acap ke PD ada ride dengan Apit ape semua”,jawab Put.

Batrisyia seorang perempuan yang aku kenali datang dari keluarga yang sedikit senang dan
berada.Ada seorang adik lelaki .Seorang ceria dan happy go lucky serta sedikit manja kerana
tidak suka berdikari .Biasala datang dari keluarga yang sedikit senang.

Sabriana lebih kepada jenis yang pendiam yang tidak banyak cakap lebih-lebih lagi dengan
orang yang masih dia belum kenali lagi.Seorang agak straight forward bila bercakap serta
suka bergurau.Sabrianan juga masih solo.

Putri gadis kecil yang jenis lantang bersuara bila bercakap dan jenis berlawanan dengan
Acap.Kira sesuai la mereka berdua digandingkan bersama.Paling senang untuk dibawa
bincang antara mereka bertiga.

“Dhiya ,kau beruntung dapat Adham.Dari dulu ramai berebut nak dia tapi semua ditolak
sebab dia kata dia dah ada awek ”.kata

“Kitaorang tak sangka akhirnya kau dapat juga orang yang kau puji dan sayang”.

Dhiya mendiamkan diri dan tersenyum saja mendengar ini semua .Dia sedar yang dia masih
banyak kekurangan jika dibandingkan dengan Adham.

Melihat mereka berempat bermesra membuatkan Dhiya rasa kenapa Adham tidak pernah
seperti bersamanya.Bagi Dhiya,Adha banyak menjadi watak yang serius bersama
dirinya.Tidak cemburu tapi dirasakan layanan itu lain dan berbeza seolah-olah tidak adil.

Melihat Adham senyum dan ketawa sungguh berbeza seolah-olah mereka mengenali sudah
lama walaupun hakikatnya dia dan Adham sudah mengenali hampir 25 tahun.Dhiya
merasakan dia tak cukup mengenali sisi lain bagi seorang yang bergelar Adham Mikail.Dia
mengenali Adham Mikail yang bersama dirinya saja dan bukan sisi lain bagi Adham .

“Sayang,awak okay tak”,lamunan itu terhenti apabila ditegur oleh Adham.

“Putri,boleh tak cerita Adham ni macam mana dulu”,Dhiya membuat keputusan untuk
bertanya soal Adham kepada mereka bertiga. Dhiya beranggapan mungkin dia boleh
mengenali Adham dengan cara itu.

“Dia nakal dan suka berkawan dengan semua orang lagi-lagi perempuan.Dia jenis yang
banyak cakap tapi kerja dia jalan.Kalau dia senyap tu mesti dia ada masalah”.

Dhiya tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

“Sabriana,ada tak dia tackle awek lain dulu”,

“Rasa macam takde tapi dia rapat la dengan semua kawan perempuan dia.ada satu ayat yang
dia memang selalu cakap dekat kitaorang, ‘Aku setakat rapat je nak sayang tu tak boleh sebab
aku belum bukak hati ni dekat orang lain tapi aku tak anggap aku setia’ .Ada kawan kami
yang berkenan dekat dia tapi dia reject macam tu je.Junior takyah cakap la bersepah minat
dia”.Muka Adham bertukar merah akibat malu.

Makanan yang dipesan oleh kami berempat sampai jua ke meja selepas setengah jam
menunggu.Sambil makan sambil mengimbau kenangan bersama lipatan sejarah hidup haru-
biru kami berlima dulu.

“Terima kasih la sebab belanja kami makan,Adham”.

“Benda kecil je lagipun dah lama tak jumpakan”.

“Nanti nikah ajak kitaorang tau”.

“In sha Allah”,jawab aku.

“Dhiya,jaga Adham ni elok-elok.Dia one in thousand tau”.kata Batrisyia.

Kami berlima berpisah menuju haluan masing-masing.Aku dan Dhiya memilih untuk
shopping dan mereka bertiga katanya nak window shopping dekat lain.Aku gembira melihat
Dhiya selesa walau aku terkejut apabila dia menanyakan soal sejarah hidup aku.

“Awak pilih la kasut yang mana berkenan”,kata aku selepas kami berdua masuk ke kedai
kasut.Dhiya dari awal sememangnya nak beli kasut untuk pergi kerja kerana kasut miliknya
sudah lusuh .

Aku membiarkan Dhiya ke hulu-hilir mencari kasut yang dia berkenan.Aku duduk di bangku
yang disediakan sementara menunggu.

“Tunggu isteri ke?”,tegur pelayan perempuan kepada aku yang sdang duduk bermain dengan
telefon.

“Haah,isteri.Dia mengadu yang kasut dah koyak tu teman dia beli tu”.

“Untung cik dapat isteri baik lemah lembut plus cantik lagi”.

Belum sempat aku membalas pujian itu,Dhiya memanggil katanya sudah siap memilih dan
ingin membayar.

Aku mengeluarkan dompet dan ingin membayar tapi Dhiya menolak kerana dia mahu aku
simpan duit tu.

“Nak pergi mana-mana tak?”,tanya aku selepas keluar dari kedai itu .

“Jom la balik.Penat lah”.

Kalau ikutkan hati aku memang aku nak keluar berdua lebih lama lagi.Bukan selalu aku
luangkan masa dengan Dhiya sebab aku sibuk dengan kerja.Dah beberapa sebelum diajak
keluar namun ditolak oleh aku dek sibuk dengan perkerjaan.

…………………………..

Dhiya berniat untuk menguji Adham .Dia ingin berpura-pura merajuk dengan Adham.

Adham menghulurkan satu kad kepada Dhiya semasa dia berhenti di lampu isyarat.

“Kad apa ni?”,tanya Dhiya sambil membaca isi yang ada dalam kad itu.

“Kenapa nak ajak saya ?Kenapa bukan ajak mereka bertiga”.

“Awak bukan main bermesra dengan mereka bertiga maca saya tak wujud .Siap gelak-gelak
lagi.Kenapa dengan saya awak tak macam ni.Pergi la dengan diorang jangan ajak
saya”,Adham yang mendengarnya berasa hairan dan pelik melihat perangai dan tingkah laku
Dhiya berubah secara tiba-tiba.Adham memilih untuk diam dahulu dan tidak memburukkan
keadaan lagi.Dia memikirkan bahawa mungkin ada yang sesuatu tak kena dengan Dhiya atau
dia sendiri melakukan kesalahan yang dia tak sedari.

“Okay,kalau saya ada buat salah apa-apa hari ni,saya minta maaf”,kata Dhiya dengan sedikit
tinggi.

“Memang itu je yang awak tahu.Minta maaf atau lari dari masalah”.Adham yang mendengar
itu seolah dipanah oleh panahan yang menyakitkan.Suatu fakta yang menyakitkan dirinya.

“Sayang, if it’s my fault.I’m sorry”,Dhiya hampir cair mendengar perkataan ‘Sayang’ yang
keluar tapi dia tetap berkeras dengan tindakannya itu.

“Dah!Cukup!Saya tak nak dengar apa-apa lagi.Kita balik sekarang”,jerit Dhiya di dalam
kereta.

Adham yang mendengar semua itu hanya diamkan diri dan memilih untuk tidak burukkan
lagi keadaan mereka berdua.

“Please Adham.Say something to me”,rayu hati Dhiya setelah Adham mendiamkan
diri.Dhiya merasakan tindakan dia keterlaluan tapi itu mungkin cukup untuk menguji
keikhlasan Adham terhada dirinya.Diperhatikan air muka Adham yang berubah .Raut wajah
yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.

Tiada apa-apa perkataan pun yang keluar dari mulut Adham sampailah Dhiya membuka pintu
kereta untuk keluar dan masuk ke kawasan rumahnya.

“Dhiya,saya takkan paksa awak untuk cerita semuanya tapi saya harap awak juga memahami
diri saya”.Dhiya menutup pintu kereta dan Adham segera beredar dari situ.

Kata-kata itu terus terngiang-ngiang di benak fikiran akal Dhiya.Dia sedar yang dia sudah
lukakan hati Adham.Jelas kekecewaan yang terpancar dari kata-katanya.

…………………………………….

Dhiya dan Sherry berjumpa di butik milik Sherry selepas waktu pejabat.

“Tadi Adham singgah sini waktu lunch”,kata Sherry.

“He said something to you?”.Sherry menggelengkan kepalanya tanda Adham tidak
menceritakan apa-apa kepadanya.

“Dia singgah untuk beli baju melayu.Katanya ada majlis Ahad ni”,kata Sherry.

“And satu lagi,dia dah tempah baju untuk kau sekali”,sambung Sherry .Dhiya terkejut
mendengar bahawa Adham sudah menempah baju untuk dirinya.

Kemudian Sherry menanyakan kepada Dhiya soal dia dan Adham.Sherry dapat mengagak
sesuatu telah berlaku di antara dua orang tersebut.

“Kau jangan tipu aku.Aku kenal kau”,kata Sherry.

Dhiya akur dan menceritakan soal apa yang terjadi antara mereka berdua.Dhiya berasa
bersalah kerana timing untuk dia lakukan itu salah dan tidak tepat sekali.

“Dhiya dengar sini and pandang sini”.

“Dhiya,Adham tu memang akan terasa hati apabila kau cakap macam tu dekat dia.Dia tak
sekali pun tengking kau or even tinggikan suara dekat kau.Dia pilih untuk mengalah dengan
kau everytime kau dengan dia ada masalah sejak sekolah lagi.Dia mengalah bukan soal siapa
menanng or siapa kalah tapi soal dia tak nak burukkan keadaan lagi.Ego Adham tu
menggunung tinggi tapi dengan kau ,dia pilih untuk senyap dan mengalah.Aku cakap bukan
nak menyelebahi dia tapi it’s truth for you.”

“Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang ni”.

“Kau mintak maaf dengan dia.Cakap yang kau terbawa-bawa emosi kau ”.

……………………………………….

“Abang,kenapa saya rasa yang Adham lain sejak dia keluar Ahad lepas”,kata Umie kepada
Ayah semasa mereka menonton televisyen di ruang tamu pada sebelah petang.

“Maksud awak”.

“Dah masuk empat hari dia baik lambat dari kerja.Kalau balik je mesti berkurung dalam
bilik.Makan pun tidak.Bila ditanya sepatah,sepatah juga dijawab.Selalu bukan main banyak
dia cakap”.

“Saya pun perasan cuma saya ingatkan awak tahu.Kot-kot awak dah tanya dia”.

“Apakata awak je tanya.Mungkin dia nak cerita dengan awak”.

Majlis

Jumaat yang biasa untuk aku habiskan segala kerja dan pulang untuk nikmati hari hujung
mingguku.Minggu yang memenatkan kerana terpaksa ulang alik dari rumah ke tempat kerja
dan hotel bagi persiapan majlis itu nanti.Memenatkan badan dan mental lagi-lagi diganggu
dengan masalah aku dan Dhiya.

Jam sudah melebihi angka 5 dan waktu kerja ku sudah pun habis tapi aku masih menyiapkan
sisa-sia baki kerja aku.Ingin ditangguh saja tapi risau akan menganggu urusan aku pada
minggu depan.

Pintu bilik diketuk .
“Masuklah.Pintu tak kunci”.

Ajat ,Natalia dan Tiro sedang berdiri di hadapan pintu bilik aku.
“Nak ikut kitaorang tak pergi tengok dewan tapi singgah minum-minum dulu”,kata Ajat.
“Boleh jugak.Pergi la dulu,aku nak kemas-kemaskan barang jap”,mereka bertiga menunggu
aku di muka pintu sementara aku mengemas barang-barang aku.
……………………………

Kami berempat memilih untuk singgah di warung mamak yang terdekat dengan pejabat.Aku
membiarkan Natalia dan Tiro memilih makanan petang sementara aku dan Ajat memesan
minuman.

Makanan dan minuman kami tersedia dan aku memilih teh tarik sebagai pelengkap minum
petang dan popia sebagai sajian petang .
“Dah siap ke teks ucapan ?”,tanya Ajat kepada aku.
“Belum lagi.Baru sikit aku tulis”.
“Dah practice ke jadi MC esok?”,tanya aku kepada Ajat.Ajat yang tiap-tiap jadi pengacara
majlis pasti tidak susah untuknya.Tiro dan Natalia ditugaskan sebagai penyambut tetamu
esok.Hari yang penting untuk kami kerana sector dan jabatan kami yang menjadi tuan rumah
bagi majlis tahunan itu.

Segala kepenatan kami diharapkan berbaloi dengan harapan tiada kerosakan teknikal
mahupun kesilapan individu yang terjadi.Kami hanya merancang dan Allah menentukan.
“Esok kau datang sorang ke?Ke Wahidah ikut sekali”,tanya aku kepada Ajat.
“Wahidah ikut sekali.Katanya bila lagi nak ikut suami pergi majlis besar-besar”.


Click to View FlipBook Version