The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ashraf Idzham, 2020-05-01 23:53:02

A x D = by Idzham {Recovered}

A x D = by Idzham {Recovered}

“Jangan nak banyak tanya.Ikut je nanti”.Aku hanya akur dan patuh yang Dhiya katakana.Dah
dia nak makan situ .layankan ajer.

………………………………………..

Kami berdua berjalan ke ruang lobi hotel untuk bertemu dengan Abah dan Ibu.Dhiya berjalan
disisi aku manakala aku sedang asyik memerhatikan keadaan sekeliling yang begitu berbeza
sekali keadaan tak sama seperti siang tadi.

“Awak tengok apa?”,tegur Dhiya kepada aku selepas dia perasan mata aku melilau tak tentu
arah.

“Tengah cuci mata ”.

Satu cubitan yang padu singgah di bahagian perut aku.Sungguh pedih bagai rasa tengah
menahan sakit perut ketika dalam keadaan jammed dengan keadaan diluar sedang hujan
lebat.

“Gurau jelah”.

“Sakit ke?Sorry berkasar”.

“It’s okay”.

Kami nampak Abah dan Ibu sedang duduk di atas kerusi sambil membaca majalah yang ada
disediakan di situ.

“Sampaikan pun kamu berdua”.

Kami berdua bersalaman antara satu sama lain.Sungguh janggal rasanya untuk memanggil
Pak Aki dengan panggilan ‘Abah’ dan menamakan orang lain selain Umie sebagai ‘Ibu’.Kini
aku akan dua orang bapa dan dua orang ibu untuk dijagai sama rata serta seorang isteri yang
diamanahkan.Cepat sekali masa berlalu untuk aku .

“Kenapa Abah call tadi?”,tanyaku.

“Takdelah.Abah nak cakap yang Abah dan Ibu nak balik ke rumah malam ni?”.

“Kenapa macam tu.Adham dah cakapkan hari tu yang memang bilik tu untuk Abah dan Ibu
tidur sini.Rehatlah dulu sini”,pujuk aku.

“Bilik tu ingat nak bagi dekat Mai.Biar dia sekeluarga tidur bilik itu”,kata Ibu.Mai adalah
kakak sulung Dhiya dan selepas menikah dia mengikuti suaminya ke Perak dan berkerja
disana.

“Takpelah kalau macam tu.Abah nak balik dengan apa nanti.Adham boleh hantarkan kejap”.

“Takpe-takpe.Haziq datang amik kejap lagi”.

Aku mengangguk faham dengan permintaan Abah dan Ibu.Kalau itu permintaan
mereka,diikuti sajalah kerana mungkin mereka ada alasan mereka sendiri.Aku melihat Ayah
dan Umie turut berjalan ke arah kami.

“Rancak borak”,tegur Ayah kepada kami berempat.

“Borak kosong je”.

Aku dan mempersilakan Ayah dan Umie untuk duduk memadangkan kerusi hanya ada
cukup-cukup untuk 4 orang.

Aku dan Dhiya berdiri untuk membiarkan Ayah dan Umi duduk.

“Ayah dan Umie ada nak ke mana-mana ke?”,tanya aku.

“Ayah dan Umie nak balik rumah”,kata Ayah.

“Ayah dan Umie pun.Takpelah kalau macam tu”,nada aku sedikit kecewa.Aku memang
menempah tiga bilik supaya kedua-dua ibu bapa kami boleh berehat di sini saja untuk malam
ni.Aku kasihankan mereka untuk ulang alik dari rumah walau jaraknya tidaklah jauh
manapun.

“Nak Angah hantarkan ke?”,tanya aku.

“Nanti Izz hantarkan sebab Along kamu yang tidur sini nanti.Kesian Along nak balik rumah
dengan budak-budak lagi dahlah jauh”.

Dhiya tahu sebenarnya aku sedang kecewa namun tidak mengapalah kalau itu keputusan
mereka.Aku mengerti dan faham saja dengan permintaan mereka itu.Tidak mahu susahkan
aku dan Dhiya yang baru saja melangsungkan perkahwinan hari ni.

“Kamu berdua nak keluar ke?”,tanya Ibu kepada aku dan Dhiya selepas dia perasan yang
kami berdua membawa beg kecil.

“Haah.Dhiya ajak keluar makan”.

“Pergilah sekarang.Takpe kitaorang borak-borak tunggu dekat sini”,kata Umie kepada aku.

“Alang-alang semua dekat sini,kita makan dekat hotel ni jelah”,kata aku.

Walaupun permintaan itu ingin ditolak oleh kedua-dua ibubapa kami,namun mereka akur saja
dengan permintaan aku itu.Mungkin ingin menolak rasa bersalah mereka tadi.Aku tidak kisah
untuk makan dimana-mana pun dan alang-alang ibubapa kami ada disini apasalahnya ajak
mereka sekali makan.Memuliakan mereka sebagai orang tua kami yang cukup berjasa untuk
kami.

Akhirnya,aku menelefon Izz dan Along untuk turut makan sekali dan Dhiya juga menelefon
adik-beradiknya untuk makan disitu juga .Ada hikmah juga Abah,Ayah,Ibu dan Umie ingin
pulang ke rumah dapat jugak kami sekeluarga makan beramai-ramai seperti ini.Penyatuan
dua hati juga bermaksud penyatuan dua buah keluarga.

Dari ingin makan berdua saja,kami dapat makan bersama beramai-ramai.Meriah sungguh
meja makan kami dengan gelak ketawa dari pelbagai gelagat dan karakter yang ditunjukkan
oleh kami.

……………………………………

“Angah pergi bayar kejap”,kata aku kepada mereka sementara mereka menghabiskan
makanan mereka.Dhiya juga mengikuti langkah aku ke kaunter untuk melangsaikan bayaran.

“Berapa total?”.

“RM 450.00”.

Aku membuka dompet untuk mengambil duit untuk membayarnya.Aku sendiri tidak ingat
berapa duit cash yang aku bawa dalam dompetku.Aku mengira-ngira duit dan dapatinya tidak
cukup sebanyak RM 100.

Takkan nak patah balik dan pinjam duit sebab tak cukup duit.Dahlah kad debit dan kad kredit
tertinggal dalam bilik.

Dhiya nampak aku sedang resah memikirkan idea untuk mencukupkan duit untuk
membayarnya.

“Berapa tak cukup?”,tanya Dhiya kepada aku.Aku menunjukkan angka satu kepada Dhiya
sebagai isyarat.Aku tak mahu ahli keluarga kami tahu soal ini.Dhiya menghulurkan dua
keeping not seratus dan sekeping not lima pulu kepada aku.

“Lebih ni”,kata aku.

“Awak bayar separuh,saya bayar separuh”.Dhiya melemparkan senyuman kepada aku.

Kami mengumpulkan duit dan membayarnya dan penjaga kaunter menghulurkan resit kepada
aku.

Kami berdua berjalan meninggalkan kaunter dan untuk balik semula ke meja makan.

“Sorry tak dapat bawa ke mamak and lepastu awak terpaksa keluarkan duit pulak tu”,kata aku
kepad Dhiya.

“Janganlah macam ni.Saya okay jelah.Lagipun kalau saya tiada tadi macam mana”.

“Nanti saya bayar balik”.

“Tak perlu.Kalau nak bayar balik,saya nak handbag Gucci harga 4K”.

“Tak jadilah nak bayar balik”.

Kami berdua berjalan dengan iringan ketawa kecil dari kami berdua.Keluarga kami menjadi
saksi bagaimana mesranya kami pada malam itu.Maka tibalah masa untuk kami berpisah
dengan keluarga kami kecuali Kak Mai dan Along kerana mereka bermalam di sini juga.

Rasa sebak pula kerana terpaksa berpisah padahal esok lusa pasti akan berjumpa
lagi.Permulaan kami sebagai pasangan suami-isteri tidaklah teruk mana walaupun masing-
masing masih tidak terbiasa.

Dari ‘Aku-kau’ bertukar pula kepada ‘Saya-awak’ dan mungkin lepas ni ‘Abang-
Sayang’.Terbiasa dengan panggilan memang menyebabkan kami sukar untuk bertukar yang
baharu.

………………………………

Izz dan Jenny bermalam di rumah Ayah dan Umie untuk hari tu kerana malas untuk
pulang.Pagi itu mereka berempat bersarapan di ruangan dapur kerana Umie sudah memasak
bihun goreng untuk mereka.

“Angah balik sini ke nanti?”,tanya Izz kepada Umie.

“Angah kata dia nak balik sana dulu untuk dua malam lepas tu baru balik sini”.

“Dah rindu Adham ke?”,tanya Jenny kepada suaminya itu.

“Kamu ni.Bagilah dia masa untuk bermesra-mesra dulu”,kata Umie.

Kemudian Ayah datang dari luar untuk makan sekali bersama mereka.Izz dan Jenny
mempersilakan Ayah untuk makan sekali dengan Izz bangun untuk ambilkan pinggan buat
Ayah.

“Tadi Along call dia otw nak singgah sini kejap”.

Bunyi hon kedengaran menandakan ada yang datang ke rumah.Izz bangun sekali lagi untuk
melihat siapa yang datang.

Izz membuka pintu melihat Along sekeluarga sudahpun sampai.Izz bersalaman dengan Along
di hadapan pintu.

“Jomlah makan sekali”.

“Boleh jugak”.

Maka Along,Kaklong dan berjalan masuk ke dalam rumah menuju terus ke dapur untuk
makan bersama dan diikuti oleh dua anak comel,Izzati dan Baby J.

“Duduklah sekali”,jemput Ayah kepada Along.

Mereka berdua mengambil tempat untuk makan bersama-sama pada pagi itu.

“Angah dah gerak balik ke rumah sana ke?”tanya Ayah kepada Along.

“Tadi masa serah kunci ,Dhiya je ada.Adham keluar cari sarapan.Dhiya kata dalam tengah
hari sikit nak checkout”,jawab Along.

“Okay.Takpelah kalau macam tu”.

Mereka menyambung kembali makan makanan yang terhidang di meja.Menikmati hari-hari
biasa mereka walaupun Adham tiada disitu.Rasa kejanggalan sebenarnya kerana sudah lama
mereka tidak rasakan ketidakhadiran Adham di rumah itu.Sepanjang hampir
setahun,Adhamlah yang selalu menemani Ayah dan Umie makan bersama kini Adham
sudahpun berpunya.

Tanggungjawab yang dipukul untuk menggembirakan kedua-dua belah pihak keluarga
dengan keadilan.Sepanjang tahun itu,Adham yang banyak ceriakan meja makan mereka
kerana riuh-rendahnya Adham di meja makan.Kesunyian melanda kerana hilangnya seri
apabila Adha tiada di meja makan.

………………………………………

“Assalammulaikum”.Dhiya memberi salam untuk masuk ke dalam rumah orang tua.

Dibukanya pintu dan melihat tiada siapa di ruang tamu mahupun di dapur.Di garaj,ada je
kereta Abah dan Ibu namun tiada siapa yang menjawab.

Aku yang baru selesai memarkirkan kereta dan mengeluarkan barang-barang kami berdua.

“Kenapa takde orang ke?”,tanya aku.

“Kereta ada tapi takde yang menyahut.Keluar kot”.

“Takpelah kalau mereka keluar”.

Dhiya membantu aku mengangkat dan memunggah barang untuk dibawa masuk ke dalam
rumah.Dhiya menunjukkan ke arah biliknya yang nanti akan bertukar kepada bilik kami.

Aku meletakkan barang-barang itu ditepi katil untuk dikemaskan oleh Dhiya nanti.Dhiya kata
dia nak kemaskan maka aku biarkan dulu di situ.

Dhiya membuka suis kipas dan lampu kerana keadaan rumah yang gelap ketika itu.Dhiya
duduk di sofa manakala aku masih di dalam bilik.Butang ‘on’ mula ditekan untuk
menghidupkan tv.Aku keluar dari bilik dan duduk disebelah Dhiya.

“Kak Mai baru mesej katanya dia bawa Abah dan Ibu keluar”,kata Dhiya selepas melihat ada
notifikasi dari Kak Mai.

“Biar jelah mereka keluar.Jomlah kemas barang sekarang”,ajak aku kepada Dhiya untuk
mengemas barang-barang kami.

Dhiya bangun dari kerusi dan mengajak aku untuk mengemas barang.Hanya kami berdua saja
yang ada di rumah ketika itu.

…………………………………………

“Assalamulaikum”,bunyi pintu dibuka dari luar.Kebetulan Dhiya berada di ruang tamu
menonton televisyen selepas siap mengemas barang.

“Walaikumusalam”,Dhiya menjawab sahutan salam itu dan melihat Ibu dan Abah berada di
pintu.

Dhiya bersalaman dengan kedua orang tuanya itu.

“Dah lama ke sampai?”,tanya Ibu.

“Lepas zohor tadi”,jawab Dhiya.

Ibu meletakkan barang-barang yang dibeli olehnya di dapur dan kembali semula ke ruang
tamu manakala Abah pula memasuki bilik air kerana sakit perut tanpa sempat berkata apa-
apa pun.

“Mana Adham?”,tanya Ibu kepada Dhiya yang sedang menonton televisyen.

“Dalam bilik.Bos hantar email suruh check dokumen”.

Ibu hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan oleh Dhiya.Mungkin Ibu memahami
komitmen yang digalas oleh Adham itu.Dhiya bangunn dari kerusi dan menuju ke bilik dan
terus keluar balik dengan menutup pintu bilik secara perlahan-lahan.

“Adham tengah tidur dalam bilik”,kata Dhiya sekembalinya dia ke sofa.

“Biar je dia tidur.Penat sangat tu”,kata Ibu.

“Ibu tak kisah ke?”.

“Kamu kena faham yang Adham tu sibuk orangnya jadi apa-apa kamu kena banyak
bersabar.Biasalah awal-awal kahwin ni memang rezeki banyak masuk”,kata Ibu kepada
Dhiya.

Pak Aki kembali dari tandas dan berjalan menuju ke arah mereka berdua.

“Adham mana?”.

“Dalam bilik tengah tidur”.

“Baru nak ajak pergi pusing-pusing tadi”.

Kak Mai masuk ke rumah selepas selesai meletakkan kereta di dalam garaj kereta.Anak-anak
Kak Mai ditinggalkan di rumah mertua bersama cik suaminya.Katanya ingin bermalam disini
sebelum berangkat balik ke Perak esok pagi.

…………………………………………………

Dhiya dan Kak Mai sedang menyiap-nyiapkan juadah makan malam mereka di dapur
manakala Ibu dan Abah sedang berehat-rehat di dalam bilik.Aku yang baru bangun dari tidur
terus menuju ke dapur kerana haus.

“Dah bangun dah.Baru nak pergi kejut tadi”,tanya Dhiya selepas melihat aku ingin
mengambil gelas untuk minum air.

Aku melemparkan senyuman balas kepada Kak Mai selepas dia senyum kepada aku.Aku
duduk di kerusi untukk habiskan air aku.

“Kak Mai nak bertolak pukul berapa esok”,tanya aku kepada Kak Mai yang sedang
memotong sayuran di meja yang sama.

“Tak sure lagi tapi pagi la”.

“Sayang ada nak ke mana-mana ke esok?”,tanya aku kepada Dhiya yang sedang mencuci
ayam di sinki.

“Takde”.

“Kita pergi office abang kejap lepas tu kita pergi window shopping”.

“Okay.Lagipun esok Abah dengan Ibu dah masuk kerja dah”.

Aku bangun dari kerusi untuk basuh gelas sebelum masuk ke dalam bilik untuk solat
Asar.Jam sudah hampiri pukul 6 petang.

“Aduuuhhh!”,jerit Dhiya semasa aku berjalan ke arah singki.

Aku melihat darah mula mengalir dari jari Dhiya .Mungkin terkena pisau saat ingin mencuci
dan membuang lemak di bahagian ayam.

“Okay tak ni?”,aku melihat jari Dhiya yang darah masih mengalir dan memegang jari itu.

“Sakitlah”,kata Dhiya.

“Kak Mai tolong amikkan plaster”,suruh aku kepada Kak Mai yang menyaksikan kejadian
itu.

“Jangan la picit”,marah Dhiya kerana aku sedang memicit jarinya supaya darah keluar.

Aku mengambil tangan Dhiya dan membasuhnya dengan air paip supaya darah berhenti
mengali dengan segera.Kak Mai menghulurkan plaster kepada aku dan aku memasang plaster
itu di tempat luka itu.Agak besar juga hirisan pisau yang terkena bahagian jari telunjuk
tangan kiri Dhiya.

“Dah pergi duduk.Biar saya buat”,aku menyuruh Dhiya supaya duduk dikerusi.

Aku menyambung kembali perkerjaan Dhiya untuk mencuci ayam tadi.Dhiya memerhatikan
saja tingkah laku aku mencuci ayam itu.Tidak kekok sekali walaupun sudah agak lama aku
tidak mencuci ayam.

“Nak saya tolong tak”,tanya Dhiya kepada aku yang sedang khusyuk membersihkan ayam.

“Duduk je situ.Abang takut awak potong tangan nanti”,kata aku dengan selamba.

Dhiya memerhatikan saja Kak Mai dan aku sedang asyik melakukan tugas masing-masing
manakal dia sedang duduk saja disitu.Rasa serba salah sebenarnya tidak dapat tolong.

aku membiarkan Dhiya dan Kak Mai menyambung kembali tugasan memasak mereka
manakal aku terus ke bilik untuk solat Asar.Aku sempat juga memesan sesautu kepada Kak
Mai.

“Kak Mai,jangan bagi dia main pisau”.

Dhiya menjeling saja kepada aku selepas mendengar ucapan tulus ikhlas dari aku itu sebelum
aku ke bilik untuk solat.Kak Mai hanya tersenyum mlihat telatah kami berdua.

…………………………………………….

Aku dan Abah baru pulang dari masjid untuk solat Isya’ berjemaah.Sempatlah borak-borak
kosong dengan Abah dala kereta walaupun pada asalnya Abah nk pergi dengan motorsikal
je.Kawasan masjid susah sikit nak parkir kereta katanya namun aku cakap biar Abah yang
turun dahulu maka taklah jauh untuk dia berjalan.

Aku dan Abah berjalan masuk ke dalam rumah dan terbau aroma yang sungguh enak sekali
dari dapur.

“Sedap sangat bau ni”,kata Abah kepada aku.

“Patutlah rasa nak balik awal je dari masjid tadi”,aku berseloroh dengan Abah.

“Kamu ni saja je”,Abah membalas kembali usikan aku.

Aku dan Abah berjalan masuk ke dapur dan melihat lauk-pauk sudah tersedia atas meja
membuatkan kami makin lapar.Ibu menengur kami.

“Duduk je”,Ibu memberi izin kepada aku untuk duduk di meja makan sementara menunggu
nasi dihidangkan.

Aku membuka telefon sekejap kerana ingin memaklumkan bahawa aku akan pejabat esok
untuk hantarkan dokumen yang dipinta oleh mereka.

Makanan mula dihidangkan di atas meja.Satu persatu lauk diletakkan di atas meja memenuhi
ruang meja itu.Dhiya memanggil Haziq dan adik perempuan,Mia untuk turut sama makan
bersama di meja.

Inilah kali pertama aku duduk bersama keluarga mentuaku untuk makan.Sungguh aneh dan
pelik kerana menjadi lumrah untuk makan menatap wajah Ayah dan Umie namun kali ini
wajah yang berbeza yang ditatapi aku.

Mia dan Haziq datang ke meja untuk makan bersama.Haziq duduk disebelah aku.Sungguh
lain rasanya suasana di sini berbanding di rumah Ayah dan Umie.Di rumah,waktu kami
berkumpul di meja adalah waktu kami paling riuh-rendah dengan jenaka dan lawak hambar
namun di sini sungguh sunyi dan diam.

“Adham,baca doa”,kata Pak Aki kepadaku.Kalau dulu dia adalah ayah kepada seorang kawan
namun kini adalah abah aku pula.

Aku memulakan bacaan doa dan mereka mengaminkan doa itu.

Dhiya mula mencedukkan nasi untuk diletakkan ke dalam pinggan aku.

“Saya boleh amik sendiri la”,kata aku.

“Adham,dah memang menjadi kewajiban isteri untuk layan suaminya sebaik
mungkin”,respon ibu dengan apa yang aku perkatakan itu.

Aku melihat Abah hanya tersenyum mungkin dia memahami dengan tindakan aku yang tidak
terbiasa dengan semua itu.

“Dhiya kenapa dengan jari kamu tu?”,Abah tegur keadaan jari Dhiya yang berbalut dengan
plaster.

“Dari tadi ibu nak tanya tapi lupa”.

“Jari kena pisau tadi masa cuci ayam”,jawabku.

Abah dan Ibu terkejut mendengar jawapan yang dilontarkan oleh aku.

“Kamu ni hati-hati sikit la pegang pisau tu”,pesan Ibu.

“Ibu patut tengok Adham cuci ayam tadi.Kejap je dia siapkan”,kata Kak Mai kepada Ibu.

Aku hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan itu.Bagiku itu hanya benda kecil
yang patut lelaki juga pelajarinya.Aku patut berterima kasih kepada Ayah yang banyak ajari
aku skill di dapur.Umie banyak ajarkan aku cara untuk memasak manakala Ayah ajarkan aku
cara untuk sediakan bahan.

Kami menghabiskan masa makan malam kami dengan berbual-bual di meja makan.Terasa di
rumah walaupun wajah-wajah dan orangnya tidak saa namun terubatlah jua rindu itu.

…………………………………

Aku sedang siapkan dokumen yang perlu dihantarkan esok ke pejabat walaupun hakikatnya
aku masih cuti kahwin.Laptop tertinggal di rumah namun mujurlah Dhiya membawa balik
laptopnya ke rumah boleh la aku pinjam buat seketika.Aku melangsaikan sisa-sisa kerjaku di
meja dapur kerana aku perlukan ruang yang lebih besar untuk mendapat ketenangan.

Melihat jam sudah hampiri angka dua belas tengah malam namun mata ini sudah merasai
kepenatannya.Hampir dua jam sudah aku habiskan masa di hadapan laptop
berseorangan.Dhiya katakana tadi yang dia ingin menonton drama korea di televisyen di
ruang tamu ,senyap saja suaranya.Mungkin sudah masuk tidur ke dalam bilik.

Sedang asyik siapkan kerja,aku ditegur dari belakang.

“Sayang nak air ke?”,tegur Dhiya dari belakangku.

Aku terkejut melihat Dhiya yang menegur aku tadi.

“Boleh jugak”,Dhiya terus mengambil cawan untuk buatkan aku air.Aku tak kisah air apa
yang akan dihidangkan nanti.Cukuplah untuk segarkan mata sekejap.

Dua buah cawan air kopi sampai dihadapan aku.

“Banyak sangat ni sampai dua cawan”,aku saja mengusik kerana aku sudah tahu satu lagi
cawan adalah kepunyaan Dhiya.

“Eeeiiii..Tamaknya”,kami berdua gelak selepas itu.

Mata aku masih menumpukan perhatian kepada laptop namun adalah curi-curi pandang
Dhiya yang masih setia menunggu aku dengan bermain telefon.Ada beberapa kali dia
tersengguk-sengguk dan menguap.

“Sayang kalau nak masuk tidur,pergilah nanti saya masuk bilik”,kata aku.

“Takpe.Saya tunggu sini je”.

Aku sebenarnya mula kebosanan namun harus disiapkan juga.Aku terfikir ada baiknya aku
ajak Dhiya berbual-bual takdelah kami berdua bosan sangat.

“Sayang,saya minta maaf pasal hal dekat meja tadi”,kata aku.

“Takpelah.Saya tak kisah pun.Lagipun kita berdua masih tak terbiasa lagi”.

Aku sebenarnya tiada idea untuk dibuat borak dengan Dhiya.Selalu bukan main banyak idea
aku namun kali ini terus ‘kosong’ otak aku.

“Sayang dah fikir ke nak honeymoon mana?”,tanya aku.Aku rasa itu soalan yang terbaik
untuk ditanya kepada Dhiya pada waktu itu.

“Sayang tak kisah”.Makin sulit sekali untuk aku menafsir jawapan itu.

“Kita pergi Turkey eh?”,kata aku.Memang aku dah bercadang nak bercuti ke Turkey waktu
bujang dulu namn tiada kesempatan namun alang-alang dah kahwin,bawalah isteri sekali.

“Tak kisah”.

“Langkawi jelah”,aku memberi cadangan Langkawi kerana Dhiya cukup pantang dengan
nama Pulau Lagenda itu.

“Kedekutnya”,aku hanya gelak saja dengan reaksi itu.

“Gurau jelah.Kita pergi Korea.Sayangkan suka tengok drama mereka”.

Entah kenapa suasana malam itu tiba-tiba senyap sunyi.Aku curi pandang Dhiya dan melihat
dia sudah lelapkan matanya beralaskan meja dan tangan.Aku membuat keputusan untuk
habiskan kerjaku esok pagi saja.Aku habiskan air kopi itu dan membasuh kedua-dua cawan.

Aku kemaskan barang-barang dan laptop dan kejutkan Dhiya dari tidurnya.

“Sayang,meh tidur dalam bilik”,Dhiya yang termama-mamai mengikuti saja arahan aku tanpa
berkata apa-apa.

Aku melihat saja Dhiya berjalan terhuyung-hayang ke bilik.Bisik hati aku keseorangan.

“Dhiya penat sangat tu.Saja dia tunjuk dia kuat sebab nak teman aku buat kerja”.

………………………………………………….

Rumah

Dhiya dan Umie sedang berbual-bual di dapur sambil mengemas dapur selepas makan
malam.Sudah dua malam untuk Dhiya bermalam di rumah Adham sebelum esok pagi dia dan
Adham akan bertolak ke Kuantan kerana Dhiya akan menyambung tugasannya kembali
selepas 10 hari cuti kahwin.

Dhiay sedang membasuh pinggan mangkuk yang digunakan manakal Umie sedang mengelap
meja makan.

“Dhiya,mana Adham?”,tanya Umie yang menanyakan keberadaan anak lelakinya itu.

“Dalam bilik kemas baju”,jawab Dhiya.

Umie mengajak Dhiya supaya duduk di meja makan selepas selesai membasuh pinggan
mangkuk.

“Ada apa,Umie?”.

“Duduk kejap .Umie nak cakap-cakap kosong ”.

Dhiya menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Umie untuk memulakan perbualan
mereka berdua.

“Adham nak bertolak pukul berapa esok?”,tanya Umie.

“Dalam pukul 10 sebab nak singgah rumah Ibu kejap.Lepas tu terus ke sana”.

“Kamu dah bincang ke dengan Adham soal hubungan kamu.Nak terus LDR ke?”,tanya Umie
lagi.

“Belum.Kalau ikut hati Dhiya,Dhiya ikut je dengan keputusan Adham.Lagipun hari tu dia
ada cakap yang bos dia cakap yang Adham tu overqualified untuk jawatan dekat Kuantan”.

“Umie tak kisah cuma kesiankan kamu berdua kerana awal-awal kahwin pun dah LDR”,kata
Umie.

“Kalau Dhiya nak masuk tidur,pergilah.Kesian dekat kamu nak jalan jauh esok”.

Dhiya hanya mengangguk faham kerana dia tahu dia sudah siapkan membasuh pinggan
mangkuk dan membantu Umie di dapur.

………………………………..

Barang-barang sudah aku letakkan di dala but kereta dan sudah bersiap-siap untuk bertolak
ke Kuantan.Aku mengambil inisiatif untuk pergi ke rumah orang tua Dhiya pada sebelah pagi
sebelum berangkat ke Kuantan.Dapatlah bertemu mata lama sikit kerana tak perlu tergesa-
gesa nak berangkat.

Kini jam sudah lepasi angka dua petang dan hari ni adalah hari Sabtu.Aku memlilih untuk
bertolak lambat sikit kerana kami berdua tidaklah tergesa-gesa untuk ke Kuantan malahan
jarak perjalanan tidak jauh mana.

Aku dan Dhiya keluar dahulu dari pintu rumah dan diikuti oleh Ayah dan Umie untuk
menghantar kami pulang.Aku akan kembali ke sini lagi minggu depan kerana cuti aku masih
berbaki seminggu untuk dihabiskan .Aku memilih untuk cuti lama selepas kahwin kerana

senang untuk selesaikan urusan-urusan yang maissh lagi tertangguh.Dapatlah aku luangkan
masa sikit dengan Dhiya selepas nikah walaupun kami akan ujian “LDR” selepas ini.

Aku menghulurkan tangan aku kepada Ayah dan Umie untuk bersalam dengan mereka
berdua.Kalau dulu tanggungjawab hanya terarah kepada orang tuaku saja namun kini
tanggungjawab kini berganda-ganda lipatannya.Hanya kekuatan aku mohon dari Allah agar
aku mampu jalani tanggungjawab ini sebaik mungkin.

Dhiya turut bersalaman dan berpelukan dengan Umie selepas giliran aku untuk peluk dan
mencium pipi Umie selesai.

“Angah,bawa kereta elok-elok.Jangan laju-laju sangat”,pesan Umie kepada aku.Aku memberi
isyarat bahawa aku faham dengan pesanan penaja dari Umie itu.

“Dhiya,kalau Adham bawa laju,bagitahu Umie”.

Dhiya hanya tersenyum dengan perkataan yang dilemparkan oleh Umie itu.Dhiya mengerti
itu hanyalah peringatan buat anak keduanya itu.

Aku dan Dhiya memasuki kereta untuk memulakan perjalanan kami.Pintu pagar yang
tersedia terbuka memudahkan untuk aku boleh terus memulakan perjalanan.

Lambaian terakhir diberikan oleh kami berdua semasa keluar dari pintu pagar
rumah.Mungkin Dhiya akan terkesan kerana diberikan mentua yang cukup memahami
dirinya sebaik mungkin.Kaklong dan Jenny akan selalu menziarahi Umi di rumah kerana
masing-masing duduk tidaklah jauh mana ditambah berkerja di Kuala Lumpu saja berbeza
dengan dirinya yang terpaksa berjauhan ditambah dengan tanggungjawabnya sebagai isteri
masih diserah kepada Umie untuk menjaga makan minum Adham nanti sewaktu
ketiadaannya.

Mungkin bagi Adham,dia juga tidak mahukan perkara ini namun ia soal tanggungjawab dan
komitmen masing-masing dengan amanah yang dipikul dengan nama sebuah perkerjaan.Pasti
dia mahukan yang terbaik buat aku,Dhiya Sofea sebagai isterinya namun ia bukanlah
sesenang percakapan yang keluar dari mulut.Semua itu memerlukan masa,wang dan
pengorbanan yang perlu dibuat agar impian itu berjaya.Moga kami menemukan solusi dan
jawapan yang nanti.

…………………………………………..

Perjalanan aku dan Dhiya hampir sampai ke penghujungnya.Hanya tinggal beberapa selekoh
lagi namun aku memilih untuk ke rumah Razali dulu.Saja ingin melawat kawan lama yang
dimana kami akan tinggal senegeri nanti.

“Awal lagi ni.Kita singgah rumah Razali dulu eh untuk solat?”,tanya aku kepada Dhiya
mengenai cadangan dan pendapat aku.

Kalau ikutkan lokasi,kami akan berjumpa dengan rumah Razali dulu sebelum sampai kami
harus menyambung lagi 15km dari rumah sewaan Dhiya.Aku saja ingin merehatkan badan
kerana sudah kepenatan kerana kami tidak berhenti sepanjang perjalanan kerana sudah
membawa bekal dari rumah.

“Sayang okay je”.

Aku membelok ke selekoh masuk ke kawasan rumah Razali untuk menuju ke rumahnya.Jam
sudah menandai dirinya dengan angka lima petang.Hampir 45 minit sudah azan Asar
berkumandang.

Sesampai aku di kawasan depan rumah Razali,aku menelefon Razali untuk memastikan dia
ada di rumah.Kalau tak sia-sia saja kedatangan kami kalau dia tiada di rumah.

Deringan telefon Razali berbunyi.

“Assalammulaikum,Razali.Ada rumah tak?”.

“Waalaikumusalam.Ada je.Nak datang ke?”.

“Nak suruh bukak pintu je ni”,kata aku.

Terkejut Razali mendengarnya dan seterusnya membuka pintu rumah dan melihat kami sudah
menunggu di kawasan depan rumahnya.

Aku bersalaman dengan Razali dan dia mempersilakan kami berdua untuk masuk ke rumah.

Kami duduk di atas sofa sementara menunggu Amaninan untuk keluar dari bilik kerana dia
sedang solat.Razali pergi memanggil Amanina yang ada di dalam bilik.

“Sayang penat ke drive tadi?”,tanya Dhiya kepada aku.

“Ada la penat sikit.Sayang okay ke ni Abang singgah sini dulu?”,tanya aku.

“It’s okay Abang”.

Aku gembira melihat Dhiya senang hati dengna keputusan ini.Tiada siapa yang boleh aku
harapkan dan percayai selain Razali yang banyak membantu aku sepanjang Dhiya berada di
sini.Aku pun senang hati kerana mereka banyak membantu aku.

Amanina dan Razali sama-sama keluar dari bilik dan menuju ke arah kami.Amanina dan
Dhiya bersalaman antara satu sama lain.Aku mendapat tahu yang mereka berdau ada la
beberapa kali pernah keluar bersama sepanjang perkenalan mereka berdua.

“Sayang,pergilah solat dulu”,aku menyuruh Dhiya supaya solat Asar dulu.

Amanina menunjukkan bilik solat untuk Dhiya dan terus menuju ke dapur untuk
menyediakan minum petang untuk kami.Aku tak tahu apa yanga kan disediakan oleh
Amanina namun bunyi sesuatu dimasukkan ke dalam minyak yang panas.

“Bila nak bagitahu Dhiya pasal kejutan tu”,Razali menanyai kepadaku soal ‘kejutan’ yang
aku ingin tunjukkan kepada Dhiya.Aku hanya tersenyum dengan pertanyaan itu.

“Ingat nak tunjuk tadi takpelah pagi esok kot”,kataku kepada Razali.

Razali mengangguk tanda faham dengan apa yang ditanyakan itu.Amanina datang dengan
membawa dulang berisi kueh dan air kopi.Dhiya masih lagi sedang solat di dalam
bilik.Amaninan duduk disebelah Razali untuk menjamu kami makan.

“Adham,makan malam sini eh?”,tanya Amanina kepada aku.

Aku terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan itu.Aku membuka mulut untuk
menjawabnya.

“Dulu aku sorang aku boleh jawab ya namun sekarang aku dah kahwin jadi aku kena tanya
Dhiya dulu”.

Razali dan Amanina diam mendengar dan memahami jawapan aku itu.Razali sangat
memahami aku sebab itu dia faham bahawa aku sangat menghormati Dhiya sebagai isteri
aku.Apa-apa keputusan haruslah dibawa bincang walau sekecil-kecil perkara.

Dhiya akhirnya datang kembali ke ruang tamu dan Amanina sekali lagi dengan menanyakan
soalan yang sama kepada Dhiya.Selepas berbincang dengan aku,Dhiya bersetuju untuk
makan malam disitu saja.Giliran aku untuk solat maka aku pergi ke bilik untuk solat dan
membiarkan Dhiya berbual-bual dengan mereka berdua.

Dhiya membantu Amanina untuk menyiapkan makan malam mereka berempat walau sudah
ditegah oleh Amanina kerana kasihankan Dhiya yang kepenatan kerana sudah berjalan jauh
tadi namun Dhiya membalas yang Adham yang patut berehat kerana dia yang kepenatan.

Selepas maghrib,kami berempat makan malam bersama sebelum pulang ke rumah sewa
Dhiya.Razali agak keberatan melepaskan kami kerana masih banyak lagi perkara yang ingin
disembangkan bersama namun permintaannya untuk kami bermalam disitu ditolak kerana
tidak mahu menyusahkan mereka berdua.Aku berjanji bahawa aku dan Dhiya akan lebih
kerap datang menziarahi mereka berdua di situ.

Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan kepada Razali dan Amaninan kerans banyak
bersusah payah kerana aku dan Dhiya.Dahulu Razali yang banyak beri dorongan untuk
teruskan impian dan cita-cita aku.Terima kasih sahabatku.

……………………………………………..

Dhiya dan aku memilih untuk makan diluar saja pada tengah hari ini walaupun hakikatnya
Dhiya ingin memasak makan tengah hari.Katanya membazir selalu makan diluar padahal
zaman belajar dulu,dia yang lagi boros pada aku dengan selalu makan fastfood sambil
belajar.Mungkin berkat fastfood itu,Dhiya boleh berjaya sampai ke hari ni.

Aku sebenarnya merancang satu kejutan besar untuk Dhiya yang sudah lama aku ingin
lakukan itu namun pada hari ini baru aku sempat untuk lakukannya.Aku menanyakan kepada
Dhiya sama ada dia mahu ke mana-mana lagi pada hari ni.

“Sayang ada nak ke mana-mana tak kecuali Teluk Cempedak”,aku saja tidak memberi
keizinan untuk ke Teluk Cempedak kerana aku sudah bosan ke sana.Biarlah tukar selera
sekejap walaupun hakikatnya banyak kenangan kami yang terbina di situ.

“Takde kot”.

“Kalau macam tu,kita pergi satu tempat ni.Dekat je dari sini”,aku saja menyembunyikan soal
tempat itu.

Dhiya menanyakan lebih lanjut untuk tahu di manakah tempat itu namun aku terus berahsia
dengan mengatakan akan ada kejutan besar nanti bila aku membawanya nanti.

Disebabkan Dhiya tak sabar-sabar untuk ke sana maka kami mempercepatkan kelajuan
mengunyah kami agar kami dapat terus ke sana dengan lebih cepat.Hampir tercekik
dibuatnya makan laju-laju macam budak-budak.

Aku ketawa melihat muka Dhiya yang terlekatnya satu butir nasi di sebelah pipi kirinya.

“Kenapa pandang macam tu.Tak sukalah”,Dhiya seolah-olah merajuk dengan tindakan aku.

“Tahu la nak cepat tapi janganlah comot sangat”,aku menyapukan tisu untuk membuang
butiran nasi yang melekat itu.

Dhiya tersenyum saja melihat ke ‘sweet’an aku pada hari itu.Tak pernah aku buat sepanjang
kami bercinta atau berkawan.Kalau dulu kami harus menjaga batasan yang dihadkan.

“Dah-dah la tu senyum sorang-sorang.Habiskan makan cepat”,tegur aku selepas melihat
Dhiya tak habis-habis senyum keseorangan.Aku tak tahu apa yang difkirkan oleh Dhiya.

Melihat Dhiya tersenyum itu memberi kegembiraan kepada aku.Mungkin betullah apa yang
orang cakapkan bahawa kegembiraan isteri adalah kebahagian suami.

…………………..

Aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah banglo di sebuah kawasan perumahan
yang baru siap dibina.Dhiya hanya mendiamkan diri saja ungkin dia masih ‘blur-blur’ ke
manakah aku membawanya.Satu kawasan dan tempat yang asing buatnya namun tidak bagi
aku kerana aku sudah datang ke sini sebanyak dua kali sebelum ini.

Aku memberi salam dan sahutan salam yang diberikan itu dijawab dengan keluarnya seorang
perempuan yang sebaya dengan Umie dan Ibu dari rumah itu.Selepas melihat perempuan itu
keluar dan mencapai pintu untuk membuka pintu pagar ,Dhiya ikut sama keluar dari
kereta.Terkejut agaknya seorang prmepuan yang sebaya dengannya keluar dari rumah itu.

“Kenapa tak cakap nak datang Encik Adham”,tegur perempuan itu kepada aku.

“Lupa nak mesej dulu tadi.Excited bawa Cik Dhiya ke sini”,kata aku.

Perempuan itu menjemput kami berdua masuk ke dalam rumah.Aku tanpa segan silu
menerima pelawaan itu untuk masuk ke dalam rumah itu.Kami berdua duduk di atas sofa
yang disediakan dan berbual-bual sekejap.

“Cik Yah apa khabar?”,tanya aku kepada perempuan itu.

“Alhamdulillah.Sihat je”.

Seorang perempuan yang sebaya dengan Haziq keluar membawa sedulang air dan beberapa
keping kueh dan turut sama menyertai perbualan kami disitu.

“Eh!Wawa pun ada sekali rupanya.Macam mana study okay ke?”,tanya aku kepada
perempuan muda itu.Dhiya masih kebingunan tidak mengerti apa yang berlaku sekarang
ini.Macam mana aku mengenali mereka dan kenapa mereka melayani aku dengan baik sekali.

Wawa menunjukkan reaksi bahawa pelajarannya baik-baik saja.

“Sayang,this is our new home”,kata aku kepada Dhiya.Sudah pasti Dhiya terkejut dengan
pemberitahuan itu.

“Habis tu Cik Yah ni sapa?”,tanya Dhiya balik kepada aku.Aku tersenyu saja sebelum
menjawab pertanyaan itu.

“Sayang amanahkan Cik Yah untuk jagakan rumah ini sepanjang saya takde.Sekarang saya
nak amanahkan buat sayang untuk jaganya”,kataku.

“Rumah Cik Yah dekat je dari sini.Cik Yah akan datang pagi and balik petang.Kalau Sayang
nak suruh Cik Yah datang selang-seli pun takpe.Soal bayaran tu jangan risau sebab saya akan
uruskannya”,terang aku dengan panjang lebar sekali.

“Lagi satu kalau nak suruh Cik Yah bermalam pun takde masalah”,sambung aku lagi.

Cik Yah hanya tersenyum memdengar apa yang aku beritahu itu kepada Dhiya.Cik Yah
sangat memahaminya seperti kali pertama aku menerangkannya waktu pertama kali aku
berjumpa dengan Cik Yah tiga bulan lepas.

Dhiya masih lagi terpinga-pingan untuk memahami apa yang aku cakap itu.Mungkin terkejut
agaknya dengan berita ini.

“Jangan la buat muka macam tu.Dah jom naik atas tengok bilik”,ajak aku untuk pusing-
pusing satu rumah baharu.Segala kelengkapan rumah sudah dibeli sejak kali pertama aku
jejaki rumah ini.Satu persatu duit gaji bulanan aku digunakan untuk membeli barangan
kelengkapan rumah seperti mesin basuh,katil dan sebagainya.Hanya televisyen saja yang
belum dibeli kerana aku tidak berkesempatan untuk datang ke sini dua minggu lepas.

Aku dan Dhiya naik ke tingkat atas melihat bilik tidur kami.Di bahagian atas ada dua bilik
tidur.Satu digunakan sebagai bilik tidur manakala bilik satu lagi akan digunakan sebagai bilik
kerja kami berdua.Bilik bawah akan digunakan oleh Cik Yah untuk ganti pakaian mahupun
tidur di situ waktu malam jika perlu.

Dhiya membuka pintu bilik dan melihat kelengkapan bilik itu sudah lengkap dengan perabot-
perabot yang sepatutnya.Dhiya membuka katanya selepas melihat bilik tidur utama.

“Besarnnya bilik”,Dhiya kagum dengan keluasan bilik itu.

Dhiya memalingkan wajahnya kepada aku dan tersenyum ke arah aku.

“Dah puas ke pusing-pusing ke nak pusing lagi?”,tanyaku.

Dhiya menjawab bahawa dia sudah puas pusing-pusing rumah baharu ni.Kami kembali ke
kerusi sofa yang ada di ruang tamu untuk bersama dengan Cik Yah dan Wawa.

“Cik Yah,kalau nak balik ,baliklah.Saya beri izin.Lagi satu minggu ni Cik Yah tak payah
datang sebab saya ada dekat sini”.

Cik Yah mengangguk tanda faham dengan apa yang aku perkatakan itu.Lagipun sepanjang
minggu ini,aku akan menguruskan urusan perpindahan barang-barang Dhiya ke sini.Target
aku adalah aku sempat untuk mendiami kediaman ini bersama Dhiya untuk beberapa hari
dalam minggu ini sebelum aku balik ke Kuala Lumpur.Dapatlah merasa duduk di sini walau
kejap.

Aku dan Dhiya meminta diri untuk balik ke rumah sewa dahulu kerana Dhiya ingin ada
urusan yang harus dipersiapkan untuk urusan kerjanya esok.

………………………………….

Aku yang bangun sebelum Subuh untuk menyiapkan sarapan pagi buat Dhiya yang akan
memulakn tugasnya sekembalinya dari cuti panjang.Dhiya masih terbuai lena saat aku
bangun menyiapkan sarapan pagi buatnya. Ingin saja kejutkan dirinya namun kasihan pula
pasti dia kepenatan mengemas rumah malam semalam ditambah akan menempuh hari yang
panjang di pejabat hari ni.

Azan Subuh berkumandangkan maka aku memilih untuk solat di ruang tamu saja kerana
takut mengganggu Dhiya.Sesudah solat Subuh aku terus ke bilik untuk mengejutkan Dhiya
untuk solat dan bersiap-siap diri untuk ke pejabat.Aku membuka lampu bilik dan melihat
jasad Dhiya sudah tiada di atas katil dan melihat lampu tandas sedang menyala.Aku
berfikiran bahawa Dhiya sudah bangun dari tidur.

Aku terus ke dapur kembali untuk membancuh air teh sebagai minuman pagi kami
berdua.Aku memilih untuk memasak nasi goreng biasa saja untuk pagi itu kerana banyak
lauk-pauk mentah yang sudah habis disamping kami ingin mengosongkan peti ais kerana
ingin berpindah secepat mungkin.

Nasi goreng yang sudah siap dimasak aku hidangkan di atas meja dan meletakkan pinggan
sebagai persediaan untuk Dhiya makan .Air yang sudah siap dibancuh aku letakkan di dalam
teko kaca.

“Kenapa susah-susah siapkan semua ini”,tegur Dhiya kepada aku.

“Jangan banyak cakap.Duduk makan sekarang”,jawab aku sambil meletakkan teko yang
berisi air teh itu di atas meja.

Dhiya yang sudah siap berpakaian baju kurung moden untuk ke pejabat duduk di atas kerusi
meja makan .Dhiya mengambil senduk untuk mencedukkan dua senduk nasi goreng ke dalam
pinggan.Tiba-tiba pinggan itu dihulurkan ke arah aku.

“Terkejut saya tadi awak makan banyak”,kata aku selepas melihat pinggan itu dihulurkan
kepada aku

“Kesian awak penat masak jadi kena makan banyak sikit”,kata Dhiya yang sedang
mencedukkan nasi ke dalam pinggannya.

Aku menghabiskan baki-baki nasi yang tersisa di dala pinggan walaupun hakikanya perut aku
sudah penuh.Banyak betul nasi goreng yang diletakkan oleh Dhiya ke dalam pingganku.Rasa
berselera pula aku makan pagi itu walaupun sebenarnya aku bukanlah yang jenis makan
makan yang berat pada awal pagi.Dhiya pun sejenis dengan aku sebenarny namun pagi
itu,kami makan dengan berselera sekali.

Dhiya menyuruh aku untuk letakkan saja pinggan di atas meja kerana dia ingin
membasuhnya.Katanya aku sudah penatkan diri masak untunya apa salahnya dia tolong
kemaskan.Ingin saja aku menegahnya kerana risaukan baju yang dipakainya akan kotor akan
terkena percikan air namun dia bertegas mahu lakukan semua itu.

Sementara Dhiya sedang mengemas dapur ,aku mengambil peluang untuk panaskan enjin
kereta sambil pergi membuang sampah ke tong sampah diluar untuk dikutip nanti.Aku masuk
ke dalam rumah ,Dhiya masih sempat untuk kemas-kemaskan ruang tamu yang sedikit
bersepah.

“Sayang,dah-dah la tu.Jom!”,kata aku.

Belum sempat Dhiya habiskan menyusun kusyen yang bertebaran di atas lantai akibat kami
memilih untuk menonton file di bawah semalam.Masing-masing dah mengantuk sampai
habis filem terus masuk ke dalam bilik.

Dhiya mengunci pintu rumah dan pintu pagar dan memberikan kunci kepada aku di dalam
kereta.

“Kunci ada satu je.Nanti tak termasuk pula dalam rumah”,kata Dhiya sambil lemparkan
senyuman ke arah aku.

Selepas itu aku terus memandu kereta untuk menghantarnya.Dhiya menola pada awalnya
untuk aku hantarkan dirinya namun aku katakan apa salahnya selagi aku masih ada
disini.Suara juruhebah radio menemani perjalanan kami.Masing-masing membisukan diri
saja mungkin kekeringan idea untuk bercakap.

“Hari tu saya sedar pukul 4 pagi tapi awak takde dekat bilik.Bilik air gelap je.Awak pergi
mana?”,tanya Dhiya kepada aku.

“Hari yang kita pergi Putrajaya tu ke?”,tanya aku balik.Sesungguhnya aku tidak mengingati
sangat peristiwa yang berlaku.

“Haah.Hari saya tertidur dekat meja tu”.

“Saya bangun siapkan kerja dekat luar.Masa saya kejutkan tu,kerj a tak siapkan lagi”.

“Oooo”.

Aku membelek telefon untuk melihat arah menuju ke pejabat Dhiya.Aku kurang mengingati
jalan di bandar Kuantan kerana suasana dan keadaan jalan rayanya sudah berubah banyak
sekali sejak 10 tahun lepas semasa aku habiskan matrikulasi aku di Pahang.

“Awak nak singgah mana-mana tak ?”,tanya aku kepada Dhiya kerana mungkin Dhiya ingin
membeli kueh-muh untuk dibawa ke pejabat nanti.

“Tak kot.Saya dah bawa bekal ni”,sambil menunjukkan ke arah satu bekas Tupperware berisi
nasi goreng dan satu thermos berisi air teh.

Aku sendiri tidak perasan yang semasa Dhiya menaiki kereta tadi dia ada memegang bekas
Tupperware ataupun tidak.

“Lepas ni Sayang nak pergi mana-mana ke?”,tanya Dhiya kepada aku.

“Lepas ni balik rumah untuk kemas barang-barang yang boleh disimpan and lepas tu dalam
tengah hari nak ke rumah sana”.

“Okay”.

Jalan-jalan utama agak lengang pagi itu menurutku mungkin terbiasa dengan jalan-jalan di
bandaraya Kuala Lumpur yang saban hari berkerja pasti sesak dengan kereta.Menurut Dhiya
biasanya jalan juga agak sesak namun mungkin disebabkan sekarang cuti persekolahan maka
jalan sedikit lengan dari kebiasaan,

“Cik Dhiya Sofea,you have reached your destination.Total 50”,usik aku sebaik saja kami
berdua sampai dihadapan bangunan tempat kerja Dhiya.

“Mahalnya.Boleh tak undur balik sebab saya ada 40 je ni”,sambung Dhiya.Sempat lagi Dhiya
melawak dengan aku.

Dhiya bersalaman dengan aku sebelum keluar dari kereta.Rasa janggal sekali kerana seorang
wanita bersalaman dan mencium tangan aku.Tak terbiasa lagi mungkin dengan hal-hal
sebegini dalam perkahwinan. Dhiya melambai-lambaikan tanganya kepada aku tanda dia
sudah ingin masuk ke dala pejabatnya.

Aku menunggu Dhiya hilang dari pandanganku sebelu beredar dari situ.Aku ingin pastikan
tiada apa-apa yang berlaku kepada Dhiya sebelum dia masuk ke dalam pejabatnya.Risaukan
sikap cuai yang kadang-kadang terbawa-bawa ke mana-mana saja.Padahal diri sendiri pun
sama cuai juga.

Aku memandu kereta untuk pulang kembali ke rumah untuk mengemas barang-barang yang
boleh dikemaskan oleh aku.Malam semalam Dhiya tidur agak lambat kerana dia sudah
mengemas beberapa beg dan kotak yang boleh dikemaskannya.Terkejut aku apabila Dhiya
mengajak aku untuk menolongnya mengemas barang selepas kami solat Isya’.Katanya tak
sabar untuk duduki rumah baharu kami berdua.

Hairan juga dibuatnya kerana dia pula yang tak sabar untuk menduduki kediaman itu walhal
aku sendiri tidak mahu tergesa-gesa untuk masuk ke dalam rumah itu.Layankan je
permintaan dan karenah mereka selagi mereka ada di depan mata.

……………………………..

Malam ketiga untuk kami berdua mendiami rumah baharu ini.Rasa sunyi sebenarnya kerana
suasana di rumah ini agak berbeza kerana di kawasan rumah lama Dhiya,aku boleh
mendengar bunyi kereta dan motorsikal lalu-lalang manakala sini agak sepi.Agak susah untuk
mendengar deruan enjin di kawasan ini.

Dhiya berada di atas untuk mengemas barang-barang yang kami bawa dari rumah lama
manakala aku setia berada di bawah menghadap laptop untuk siapkan kerja.Maklumlah lusa
aku akan kembali berkerja dan esok petang jugalah aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur
meninggalkan Dhiya di sini.Agak risau dan keberatan untuk meninggalkan Dhiya seorang
diri di sini walaupun Dhiya sudah terbiasa hidup seorang diri .Rasa bimbang dan takut andai
ada perkara yang tidak diingini berlaku dan aku tidak ada disampingnya waktu itu.Aku
doakan perkara-perkara seperti yang aku takutkan tidak berlaku sepanjang hubungan kami.

Air muka Dhiya baik-baik saja namun aku bukanlah seorang ahli nujum yang dapat membaca
isihatinya yang mungkin sedang keluh resah.Hanya doa mampu aku titipkan dari jauh serta
menghubunginya selalu agar kami berdua dapat ikuti perkembangan diri masing-masing
walaupun dari jauh.

Aku mencapai telefon untuk menghantar mesej kepada Cik Yah.Satu persatu mesej itu
ditaipkan agar tiada kesalahan makna dan ejaan yang aku tulis kepada Cik Yah.Mata kembali
fokus kepada kerja yang sedang aku hadap di dalam laptopku.Mata kian kuyu sebenarnya tapi
biarlah aku mahu siapkan juga pada malam ini kerana mahu luangkan masa bersama Dhiya
yang ada sementara masa masih berbaki sebelum aku pulang esok.

…………………………………

“Banyak juga barang yang kena kemas ni”,keluh Dhiya seorang diri selepas melihat masih
ada berkotak-kotak lagi barang yang perlu dikemaskannya.

Dhiya menarik nafas yang panjang sebelum menyabung tugasnya untuk mengemas
barang.Dhiya bukan tidak mahu mengajak Adham untuk menolongnya tapi dia tak mahu
susahkan Adham kerana dia tahu yang Adham sudah kepenatan memunggah barang dari
rumah lama ke rumah baharu seorang diri.Kesian dekat Adham kerana terpaksa lakukan kerja
berat mengangkat kotak-kotak ini seorang diri.

Satu persatu kotak diperiksa oleh Dhiya untuk melihat barang apa yang ada di dalam kotak-
kotak itu kerana Adham lupa untuk menanda sebahagian kotak-kotak itu.Dhiya sendiri hairan
kerana apasal barang-barangnya boleh beranak-pinak seperti walhal masa berpindah dulu
rasanya tidaklah banyak seperti itu.

Satu persatu barang-barang yang boleh digunakan dan ingin dipakai dibawa keluar dari kotak
untuk disusun di rak-rak.Album dan bingkai-bingkai gambar disusun di atas laci.Satu kerja
yang agak rumit sebenarnya untuk Dhiya kerana dia bukan pandai sangat soal dekorasi rumah
ini.

“Macam mana kotak pinggan mangkuk boleh sampai ke atas ni”,keluh Dhiya seorang diri
selepas membuka satu kotak yang berisi penuh dengan pinggan mangkuk yang dibawanya
dari rumah sewanya di Kuala Kumpur.Sebenarnya set pinggan mangkuk itu dbeli sudah lama

namun tidak pernah digunakannya kerana hidup seorang diri mana mahunya nak guna set-set
semua .

Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk Dhiya gunakannya kerana dah hidup
berkeluarga.Sedang asyik menyusun dan mengemas,bunyi telefon memberhentikan
perkerjaannya.

“Assalamulaikum Dhiya”,tegur pemanggil itu.Dhiya terus mengangkat tanpa melihat siapa
pemanggil itu.

“Waalaikumusalan,siapa ni?”.

“Ini Ibu la”,Dhiya terus melihatt nama yang tertera di talian bersamanya adalah Ibunya
sendiri.

“Kenapa Bu.Ada masalah ke?”,tanya Dhiya kepada Ibunya itu.

“Takde lah.Saja Ibu telefon kamu.Rindu nak dengar suara kamu”.

“Adham mana?”,sambung Ibu tanpa memberi ruang untuk Dhiya menjawab pertanyaan yang
pertama tadi.

“Ohhh…Adham dekat bawah tengah siapkan kerja.Senyap je Adham dekat bawa tertidur la
kot.Selalu bising je”.

“Nak Dhiya panggil Adham ke?”,tanya Dhiya.

“Eh!takpe-takpe.Tadi Adham call Ibu,dia cakaplah dia kesiankan kamu stay sorang-sorang
dekat situ.Lama jugaklah dia cakap tadi dengan Ibu”,kata Ibu.

Dhiaya terkejut apabila Ibunya memberitahunya bahawa Adham menelefon Ibunya petang
tadi.

“Oh!Yeke?Adham tak kata apa-apa pun”.

“Adham cuma risaukan kamu nanti sebab berjauhan dengan dia nanti”.

“Dia takde cakap apa-apa pun dengan Dhiya”.

“Biasa la laki berahsia. Ibu yakin sebab tak terbiasa lagi tu.Takpelah saja je Ibu call nak tanya
khabar kamu”.

Ibu mematikan panggilannya dengan Dhiya dengan mengucapkan salam dan selamat malam
kepada anaknya itu.Dhiya kembali menyambung perkerjaan untuk mengemas-ngemas
barang.Fikirannya kian melayang-layang kepada apa yang Ibu cakapkan kepadanya soal
Adham yang risau akan keberadaannya di rumah itu berseorangan.

……………………………….

Beg-beg yang dibawa balik ke Kuala Lumpur sudah diisi ke dalam but kereta dan aku sudah
bersiap-siap untuk berangkat pulang.Cik Yah dan Wawa sudahpun tiba ke rumah seprti mana
yang diminta oleh aku.Aku meminta Cik Yah dan Wawa untuk menemani Dhiya untuk
seminggu ini dengan bermalam di rumah itu juga.Aku risaukan keadaan Dhiya yang mungkin
tidak terbiasa dengan keadaan rumah itu yang sedikir sunyi.

“Sayang pergi dulu eh”,kata aku kepada Dhiya selepas bersalaman dengan Dhiya di hadapan
muka pintu rumah.

Cik Yah dan Wawa berada belakang sedikit dari Dhiya untuk menemani Dhiya di pintu
rumah. Cik Yah seorang janda kematian suami kira-kira sepuluh tahun lepas dan Wawa
adalah satu-satu anak dan peneman Cik Yah.Wawa yang sedang menyambung pengajianya di
di salah sebuah univrsiti local di Pahang juga.Kalau Wawa tiada ,Cik Yah akan duduk di
rumah berseorangan maka aku mengambil solusi Cik Yah dan Wawa boleh menginap di
rumah kami berdua andai kata mereka mahu dan andaikata Cik Yah berseorangan,Cik Yah
akan tinggal bersama Dhiya.Rumah peninggalan arwah suami Cik Yah tersangatlah dekat
namun aku juga risaukan untuk Cik Yah ulang-alik dari sini ke rumahnya.

Sementara Wawa masih dalam ‘study week’,biarlah mereka berdua menginap di sini
dulu.Rumah ini pun sunyi juga kalau sorang-sorang dan Dhiya ada juga peneman untuk di
bawa borak bersama.

“Hati-hati bawa kereta tu”,pesan Dhiya.Maklumlah musim cuti sekolah kian melabuhkan
tirainya maka pasti ibubapa ingin kembali ke ibukota untuk membuat persediaan anak-anak
ke sekolah selepas pulang dari bercuti mahupun pulang dari kampung.

Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Aku mengintai dari cermin
melihat Dhiya masih gagah berdiri di depan pintu menanti bayang-bayang aku dan kereta
hilang dari pandangan. Gear kereta ditekan untuk aku memulakan perjalanan dan tingkap
kereta diturunkan supaya aku boleh melambai-lambaikan tangan aku kepda Dhiya.Rasa berat
masih dipegang oleh hati namun kehadiran Cik Yah sedikit menenangkanku.

Kereta yang dipandu mula keluar dari pintu pagar rumah dah aku melambai-lambaikan
tangan kepada Dhiya sebelum berangkat.Dhiya membalas balik lambaian itu dengan
senyuaman yang kelat.Jauh disudut hati Dhiya,aku dapat rasakan Dhiya juga keberatan untuk
berjauhan dengan aku.

……………….

Wawa sedang asyik dengan membaca nota untuk menghadapi peperiksaan akhir semesternya
di meja dapur.Segelas air koko menjadi penemannya manakala Cik Yah sudahpun masuk ke
dalam bilik untuk berehat.Dhiya membuat keputusan untuk mengajak mereka berdua makan
malam diluar saja kerana malas menyusahkan Cik Yah untu memasak makan malam mereka.

Nota-nota dibelek kehulur-hilir untuk dihafal dan difahami oleh Wawa.Sesekali telefon juga
dibelek untuk melihat sama ada mesej yang dihantar olehnya kepada kawan sekelasnya
sudahpun dibalas mahupun tidak.

Beberapa buah buku yang agak ditebal juga menjadi rujukan buat Wawa belajar dan
ulangkaji pada malam tersebut.Sedang asyik Wawa mengulang kaji pelajaranya,Dhiya
muncul dari belakang untuk duduk bersama Wawa.

“Wawa,boleh duduk sini tak?”,tanya Dhiya kepada Wawa.

“Boleh je.Duduklah”.Dhiya duduk bersama Wawa dimeja itu.

Laptop,fail-fail dan dokumen yang dibawa bersama Dhiya diletakkan di atas meja sebelum
Dhiya membuat air koko panas sama seperti Wawa.Banyak saja pilihan minuman segera
yang sudah dibeli namun mulutnya terliur melihat koko panas yang dibuat oleh Wawa pada
malam itu.

Segelas koko panas diletakkan di atas meja sebelum butang ‘on’ laptop dibuka oleh Dhiya
untuk siapkan baki tugasannya melihat dokumen dan fail yang perlu dihantar esok pagi.Ada
yang dah siap dan ada juga yang perlu disemakkan kembali.

“Wawa,ada highlighter tak?”,Wawa terus menghulurkan highlighter miliknya kepada Dhiya
tanpa berkata apa-apa.

Masing-masing bisu menghadap perkerjaan mereka yang sedang dilakukan oleh diri masing-
masing kerana fokus tinggi sedang diberikan. Hampir dua jam mereka tidak berkata apa-apa
dengan masing-masing fokus dan komited dengan urusan masing-masing.

Dhiya mengemas-ngemas barang-barangnya untuk dimasukkan ke dalam beg galasnya yang
dibawa bersamanya tadi.Wawa juga kelihatan sudah siap mengulang kaji pelajaranya dan
sedang bermain telefonnya saja.

“Kak Dhiya nak air lagi tak?Kalau tak Wawa boleh buat sekali untuk Kak Dhiya”,tanya
Wawa kepada Dhiya.

“Boleh juga.Tak mengantuk lagi ni oleh la borak-borak kejap”.

Seteko kecil air koko panas diletakkan di atas meja selepas Wawa bangun dari kerusi untuk
membancuh minuman untuk mereka berdua.Wawa menuangkan siap-siap ke dalam gelas
miliknya dan gelas milik Dhiya tadi.

“Terima kasih Wawa”.

“Takde hal,Kak Dhiya”.

“Panggil kak je.Takyah nama-nama”.

“Wawa amik course apa belajar?”,tanya Dhiya.

“Accounting”.

“Eh!samalah.Tak sangka Wawa amik Accounting jugak”.

Wawa hanya tersenyum melihat telatah Dhiya yang kegembiraan.Mungkin tak menyangka
agaknya Dhiya agak berperangai se‘friendly’ itu.

“Wawa dah ada laptop?”,tanya Dhiya.Wawa hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak
mempunyai sebuah komputer riba peribadi untuk memudahkan dia ulang kaji.Dhiya hanya
tersenyum.

“Takpe nanti Akak suruh Abang Adham amikkan laptop lama Akak dekat rumah beri pada
kamu”.Wawa sebenarnya segan dan menolak permintaan itu namun Dhiya mengatakan
bahawa laptop lamanya itu tiada siapa yang pakai jadi kalau dibiarkan begitu saja nanti akan
rosak.Lebih baik ada orang gunakanya.

“Terima kasih,akak”.Dhiya memahami keadaan Wawa yang anak tunggal yang tiada adik-
beradik untuk membantu dan mengadu jika ada apa-apa masalah.

“Takde masalah.Kalau Wawa perlukan apa-apa bagitahu je.Nanti Akak tolong usahakan
kalau boleh”.

Wawa hanya mengangguk faham.Wawa tidak menyangka bahawa peribadi orang yang
dipanggil ‘Akak’ olehnya itu sungguh baik sekali.Wawa merasakan bahawa peribadi Dhiya
dan Adham akan jauh berbeza mengikut tanggapannya namun ia meleset sekali dari apa yang
dia anggap itu.

“Akak,nak tanya sikit boleh?”.

“Apa dia?”.

“Akak dah lama ke kenal dengan Abang Adham tu?”.

“Takde lama sangat dalam 20 tahun macam tu”.

Wawa terus terlopong mendengar jawapan balas dari Dhiya itu.Dia tak menyangka Akak
Dhiya sudah mengenali Abang Adham sudah 20 tahun.

“Terkejut ke?Kami memang sekolah rendah dan menengah sekali”.

“Mesti Abang Adham dulu baik dengan Akak kan?”.

“Nak kata baik sangat tu takdelah tapi nakal-nakal tu adalah.Biasalah nakal budak sekolah ini
lain sikit”.

Wawa hanya ketawa kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh Dhiya itu.

“Ada sekali,Abang kamu tu beri Akak coklat Cadburry seminggu.Belum kelas tambahan je
mesti dia hulur.Masa tu Akak dah tahu dia minat Akak cuma Akak tak layan je.Ada sekali tu
dia bagi bunga ros putih dekat Akak.Semua classmates kitaorang tahu tapi dia tetap deny tu
sampailah dia mengaku dekat Akak sepuluh tahun lepas”.

“Mesti Akak dengan Abang dah lama bercintakan?”.

Dhiya tersedu apabila mendengar pertanyaan itu.Tak menyangka pertanyaan seperti itu akan
keluar dari mulut Wawa.

“Takdelah lama sangat dalam 9 bulan macam tu.Kami berdua sebenarnya dah lost contact
hampir 8 tahun sampailah awal tahun ni.Raya hari tu kami terus decide nak kahwin”.Dhiya
menjawab pertanyaan itu dengan tenang sekali.Mungkin tidak mahu Wawa tahu disebalik
kejadian yang berlaku antara dia dan Adham.

“Akak masuk tidur dulu la ye”,Dhiya akhirnya tewa selepas sudah beberapa kali dia menguap
akibat mengantuk.Jam sudahpun masuk angka 12.30 minit pagi.

“Akak,pergilah tidur dulu.Nanti Wawa kemaskan semua ni”.

Dhiya hanya menenuruti saja apa yang diperkatakan oleh Wawa itu.Sebenarnya boleh saja
dia kemaskan teko dan gelas itu tapi alang-alang Wawa dah tawrkan diri untuk tolong apa
salahnya .Lagipun Wawa hanya duduk di rumah saja esok sambil tolong Cik Yah buat kerja
rumah sikit.Rumah pun tidaklah sesepah manapun.Dhiya sendiri sudah beri keizinan kalau
Cik Yah nak balik rumah mereka pagi esok pun tidak kisah asalkan untuk seminggu ni Cik
Yah dan Wawa datang bermalam di sini.

Surat

Sedar tak sedar dah hampir enam bulan aku dan Dhiya berumah tangga dan sama waktu itu
juga aku dan Dhiya hadapi ‘long distance relatioship’ sejak kali pertama.Pelbagai rintangan
dan cubaan yang dihadapi oleh kami berdua sepanjang tempoh ini.Kesefahaman dan
kepercayaan haruslah dimainkan peranannya dengan baik kerana jika tersiap langkah
mahupun kata pasti akan salah seorang akan terluka dan terguris hatinya.

Kami berdua membuat keputusan untuk setiap sebulan Dhiya yang akan menjenguk aku di
sini dan baki tiga minggu lagi,aku sendiri akan turun ke Kuantan.Adakalanya ibubapa kami
berdua akan turut ikut sama ke sana bagi meluangkan masa dan melepaska rindu antara satu
sama lain.

Tipulah kalau kami berdua tak penat untuk ulang-alik seperti ini tapi aku percaya disebalik
apa yang kam berdua hadap ini ,Allah sedang aturkan sesuatu yang baik dan indah untuk
kami.Yang pasti kami harus percaya dan sabar dengan semua ini.Sepanjang enam bulan
ini,aku bergilir-gilir tidur di rumah keluargaku mahupun keluarga mentuaku itu selang setiap
seminggu. Tidaklah aku berat sebelah untuk duduk di suatu tempat saja dan tidaklah aku
tidak ambil endah dengan kebajikan kedua-dua belah keluarga itu.

Petang Jumaat menjadi kelaziman untuk aku berangkat ke Kuantan namun tidak untuk
minggu ni.Alang-alang Isnin adalah cuti dapatlah aku duduk di Kuantan lama sikit dan
bertolak lambat sikit.Aku memilih untuk berangkat esok pagi dan aku sudah maklumkan
kepada Dhiya soal ini dan dia sendiri tidak kisah dengan semua itu kerana Cik Yah duduk
bersama Dhiya di Kuantan.

Ajat,Tiro dan Natalia mengajak aku untuk minum petang bersama mereka pada petang itu
kerana kami berempat dari luar kerana terpaksa hadiri satu mesyuarat dengan Kementerian
Kerja Raya dan Kementerian Wilayah Perseketuan di Putrajay selepas solat Jumaat tadi.

Disebabkan malas bawa kereta maka kami berempat memilih untuk naik satu kereta saja tadi
dengan kereta milik Ajat menjadi pilihan.Destinasi pilihan kami untuk petang ini adalah
Restoran Ihsann Wahyu.Sebuah restoran mamak yang cukup dekat dengan pejabat
kami.Sepanjang dari Putrajaya punyalah banyak kedai ,kedai depan ofis jugak jadi pilihan.

Kopi O panas menjadi pilihan aku dan untuk mereka bertiga dalam teh panas sudah tentu
menjadi pilihan.Aku biarkan mereka saja untuk memlih juadah makanan petang
kami.Pelbagai hidangan rojak dan kueh-mueh menjadi pilihan mereka untuk petang itu dan
melihatkan juadah itu aku dapat rasakan mereka betul-betul lapar dek kami tak makan tengah
hari lagi.

“Hari tu Tuan Akmal ada cakap dekat aku yang kau mintak pindah.Betul ke?”,tanya Ajat
kepada aku.

Aku hanya mengangguk tanda betul yang aku sudah menghantar permohonan untuk
berpindah ke cawangan syarikat di Kuantan.

“Setahu aku jawatan yang kosong tak setaraf dengan kelayakan kau”,kata Natalia pula
kepada aku.

Kali ini aku membalasnya juga dengan anggukan.Aku sebenarnya sedang leka dengan telfon
dek kerana ingin membalas pesanan Whatsapp dari Dhiya.Aku sudah sedari mesej itu masuk
sejak dalam mesyuarat lagi namun aku biarkan ‘bluetick’ saja.

“Tuan Akmal pun ada cakap benda sama dekat aku.Dia cakap paling awal ada kosong bulan
10 ni”.

“So ,macam mana?”.

“Macam biasalah ulang alik sini ke Kuantan tiap-tiap minggu”.

Petang kami dihiasi dengan borak-borak kosong antara kami berempat.Dapatlah jugak
hilangkan penat sekejap sebelu balik ke rumah.Topik perbualan kami terarah kepada hal-hal
pejabat dan isu-isu semasa.Dapatlah juga lepaskan rindu melepak dengan rakan-rakan.Aku
akui sejak berkahwin ni,aku dah makin kurang melepak dengan kawan-kawan sekolah lama
aku seperti Fadhil,Ayman dengan Nazmi.Setakat Izz tu aku jumpa selalu dekat
rumah.Kadang-kadang kesian jugak dekat Si Jenny tiada tempat untuk bercerita kerana
Kaklong agak pendiam sikit maka kalau ada Dhiya dapatlah mereka borak-borak.

Dhiya sendiri sudah lama tak berjumpa dengan geng-geng lamanya seperti Dini,Erni dan
Aliya.Jenny tolak tepi dahulu.Aku pun kalau boleh nak berpindah terus ke Kuantan kerana
alang-alang dah beli rumah dekat sana apa salahnya bina hidup sendiri jauh dari keluarga
sikit baru dapat rasa nikmat berdikari dalam keluarga.

………………………………….

Cik Yah dan Dhiya sedang asyik memasak makan malam kami bertiga di dapur.Aku tak
menanyakkan langsung soal lauk-pauk yang dimasak oleh mereka berdua kerana biarlah
mereka tentukan juadah kami nanti.Aku yang sampai lebih kurang jam 12 tengah hari tadi
terus singgah di restoran untuk membeli lauk tengah hari kami.Aku sudah pesan awal-awal
dekat Dhiya yang supaya menanak nasi saja kerana lauk akan dibeli nanti.Malas nak
susahkan mereka berdua memasak untuk aku.

Aku sedang leka bermain PS4 yang dibeli dihadiahkan oleh Dhiya sewaktu ulang tahun
kelahiran aku yang ke-30.Bahagia beb dapat game idaman ni macam kahwin seorang
lagi.Permainan FIFA20 menjadi pilihan aku menghabiskan waktu kosong dan lapang
aku.Dapatlah jugak hilangkan kebosanan.Disebabkan ulang tahun kelahiran Dhiya kurang
tiga minggu dari tarikh perkahwinan kami maka aku memilih untuk hadiahkan edisi terbaharu
telefon pintar Apple iaitu Iphone 11.Aku sendiri pakai telefon jenama biasa-biasa saja kerana
bagiku jenama bukanlah keutamaan.Malang sekali,kami masih belum sempat untuk
honeymoon berdua kerana kekeangan waktu kerja.Dhiya sendiri bersetuju untuk kami pergi
berbulan madu pada hujung tahun ni dan dapatlah menyambut ulang tahun perkahwinan kami
yang pertama di sana.Soal tempat tu dibiarkan kosong dahulu mengikut bajet yang ada.

Dhiya datang dari belakang untuk mengajak aku makan malam bersama mereka berdua.

“Sayang,dinner dah siap”.Aku segera memberhentikan permainan aku dan meletakkan
console kawalan atas meja kopi untuk terus ke dapur.

Dhiya terlebih dahulu meninggalkan ruang tamu dan terus ke dapur untuk membantu Cik
Yah menghidangkan makanan di atas meja.

“Sayang,ada surat Sayang sampai Khamis petang.Ada atas meja tu”.

Aku terdengar terus mencari surat itu di atas meja untuk membaca isi kandung surat itu
.Entah kenapa rasa berdebar-debar pulak nak tahu isi kandungan surat itu.Surat yang
bertimbung di sebalik majalah di atas meja aku cari dan menjumpai satu surat yang
diletakkan atas nama akum aka sah ini memang untuk aku.

“Nampak macam bukan alamat sini ni”.

Aku merobek surat itu dan membaca segala perisian isi surat.Satu persatu isi dibaca dan
diperhalusi agar aku tidak terlepas pandang isi-isi penting surat itu.

“Alhamdulillah”.jerit hatiku setelah habis membaca isi kandungan surat itu.

Aku memasukkan balik surat itu ke dalam sampulnya dan meletakkan di atas meja balik .Aku
masuk ke ruangan dapur dan melihat semua hidangan sudah tersedia di atas meja.Aroma kari
ikan dan ayam buttermilk membangkitkan selera untuk makan pada malam itu di samping isi
surat itu yang menceriakan lagi hati aku.

“Dah kenapa senyum macam kerrang busuk.Dah fall in love ke?”,usik Dhiya kepada aku
semasa makan.

Aku biarkan usikan itu tidak terbalas dengan terus menyambung makan.Pasti Dhiya agak
kehairanan dengan perangai pelik aku itu.

……………………………..

Dhiya sedang leka menyambung tugasan pejabatnya di meja kerja di bilik kerja.Rumah teres
tiga tingkat ini mempunyai 4 bilik dengan dengan dua bilik di tingkat dua dan bilik utama di
ruangan tingkat ketiga dan satu bilik di tingkat pertama.Kami jadikan dua buah bilik di
tingkat bilik sebaga bilik almari baju untuk kami berdau dan satu lagi bilik adalah bilik kerja
kami berdua.

Bilik berkerja tu sebenarnya dah tersedia dua buah meja kerja yang dihiasi dengan citarasa
dan dekorasi pilihan kami sendiri.Meja kerja aku agak bersepah kerana selalunya biasalah
aku akan biarkan barang-barang aku berterabur dan kerana aku selesa macam tu berlawanan
dengan Dhiya yang memang kemas setiap masa.

Aku menguak pintu dari luar dan mengintai Dhiya yang sedang asyik menghadap laptop dan
headphone terpasang di kedua-dua belah telinga.Tangan yang masih terpegang surat tadi
untuk diberikan kepada Dhiya.Bagi aku ia adalah berita gembira namun untuk Dhiya aku tak
dapat menyangkanya.Susah nak agak reaksi dari Dhiya sebenarnya.

Aku berjalan ke arah Dhiya dan mencuitnya dari belakang. “Awak nak apa”.

Aku mencuitnya sekali lagi. “Saya dah cakapkan jangan ganggu”.

Dhiya tidak berpuas hati setelah aku mencuitnya buat kali ketiga.Dhiya memusingkan
badannya sambil senyum dan berkata , “Cuba cakap nak apa”.

Aku menghulurkan surat itu dan menyuruhnya untuk bacanya.Aku tak sabar untuk nantikan
apa reaksinya namun aku cuab tidak dapat mengagak apa reaksi ayng akan diberikan nanti.

“Congratulation to Mr. Muhammad Adham Mikail because your application to further study
at our university is approved”.

Dhiya seolah-olah terkejut dengan apa yang dibacanya itu betul mahupun tidak.

“Serius ni?”.

Aku mengangguk tanda apa yang dibaca adalah betul.

“Local or abroad ?”.

“UK”.

Apabila mendengar jawapan dari aku itu,raut wajah Dhiya berubah menjadi sedikik sedih
dan sugul.Aku tak dapat isi hati Dhiya dari raut wajah itu.

“So,you memang nak pergi la”.

“Yes.Sayang tahukan ini memang impian sejak dari dulu lagi”.

“Tak cukup dengan apa yang you ada sekarang ni.Tak cukup ke sampai nak kena tinggalkan I
sorang-sorang bertahun-tahun”.Entah kenapa apabila mendengar apa yang diperkatakan itu
,aku lemah tak terkata.

“Sayang kalau nak pergi,pergilah.Sayang takkan halang you untuk pergi tapi jangan sesekali
abaikan tanggungjawab”.Kali ini aku betul-betul lemah sampaikan jatuh terduduk di atas
lantai.

Dhiya bangun dari kerusinya dan meninggalkan aku sendirian di dalam bilik itu.Aku betul-
betul terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Dhiya itu.Betul-betul ujian berat untuk
perkahwinan kami.Sama ada memilih untuk menolak tawaran itu mahupun menerima
tawaran itu aku juga.

Aku terlena di dalam bilik itu juga pada malam itu dan aku saat aku sedari pada waktu pagi
ada selimut dan bantal yang menjadi peneman aku.Rasa berat untuk aku bangun dari tidur
sambil berharap apa yang berlaku semalam adalam mmimpi semata-mata.

Sebelum tertidur ayat terakhir yang terngiang-ngiang dalam benak fikiran aku adalah apa
yang Dhiya katakan pada aku.Ia bukan bererti aku tak berguna tapi ia seolah ada batu
meteorit yang sedang menghempas muka aku.

Jam saat aku bangun itu sudah menghampiri pukul 7 pagi dan aku bergegas untuk solat
Subuh pada pagi itu.Aku tidak menghiraukan Dhiya kerana aku pastii Dhiya sudah bangun
lagi awal daripada aku dan sudahpun mengejutkan aku namun yang aku yang tidak
menyedarinya kerana pintu bilik terkunci.

Aku habiskan masa di tikar sejadah sehingga selepas waktu Dhuha.Aroma masakkan dari
dapur membangkitkan rasa lapar dan mempercepatkan langkah aku ke dapur.

“Sayang masak apa ni?”.

Baru aku menyedari bahawa yang sedang memasak dekat bawah adalah Cik Yah saja dan
tiada Dhiya bersamanya.Air kopi sudahpun tersedia di atas meja dan sementara menunggu ia
siap aku ,aku duduk di kerusi.

“Cik Yah,Dhiya tak turun lagi ke?”.

“Dah turun tadi tapi dia kata dia pening kepala jadi Cik Yah suruh dia naik berehat dekat
atas”.

“Satu lagi, semalam dia muntah-muntah.Perut masuk anginagaknya sebab semalam pun dia
makan sikit je”.

Aku meninggalkan cawan kopi yang masih berbaki separuh itu untuk naik ke atas tanpa
berkata apapun kepada Cik Yah.Risau apabila mendengar Dhiya muntah sebab dia ada
gastrik sejak dulu lagi.Risau pulak dibuatnya.

Pintu bilik dibuka dan melihat Dhiya sedang terbaring di atas katil sedang tidur.Bau minyak
Yuyi Cap Limau masuk ke dalam saluran pernafasan.

Aku duduk di sebelah Dhiya melihat dia sedang lena tidur.Risau juga taku dia terjaga dek
kehadiran aku disitu.

“Sayang dah makan?”.Aku melemparka senyuman saat Dhiya menanyakann soalan itu
kepada aku.

Dhiya perasan akan kehadiran aku.Aku mula memicit-micit kepalanya selepas Dhiya
tunjukkan bahawa dia masih kepening-peningan.

“Sayang pasal semalam tu I’m sorry”.

“Dah-dah…Kita bincang lain kali”.

Aku turun ke bawah untuk mengambil makanan yang dimasak oleh Cik Yah untuk
Dhiya.Dhiya agak berselera makan sampai habis mee goreng sepinggan namun Dhiya masih
kepening-peningan lagi.

Sepanjang hari itu aku menjaga Dhiya yang mula menunjukkan tanda-tanda untuk demam
dan batuk-batuk.Seharian juga aku menjaga Dhiya tak lepas dari pandangan mata aku
darinya.Dhiya banyak habiskan masanya dengan berehat atas katil dan tidur.Aku
mengajaknya untuk ke klinik namun dia menolak kerana dia katakana bahawa dia hanya
kepenatan sedikit saja.

Rancangan aku untuk keluar untuk bertemu Razali pada petang itu ditangguhkan kerana aku
perlu berika perhatian aku kepada Dhiya.Biarlah kawan bila-bila masa free boleh jumpa tapi
isteri masa sakitlah harus ditunjukkan keprihatinanya terhadap diri mereka.

…………………………………….

Keesokan harinya ,Dhiya masih muntah-muntah namun demamnya sudah sedikit
surut.Mungkin Dhiya muntah-muntah kerana sepanjang semalam dia hanya makan sekali saja
iaitu pada waktu pagi.Waktu lain,dia hanya minum air dan makan tersangatlah sedikit kerana
perutnya menolak kembali makanan yang masuk.

Risau juga sebenarnya kerana esok aku sudah harus kembali ke pejabat dan Dhiya masih lagi
lemah dan kepenatan.Aku berkeras untuk bawa dia ke klinik kerana risau akan terjadi apa-apa
yang lagi teruk.Mujur doktor katakana bahawa dia hanya dehydrated sebab banyak kali
muntah.

Sepulangnya kami berdua dari klinik,aku baringkan Dhiya di atas katil.Dhiya sudah tidur
sejak masuk ke dalam kereta tadi.Aku terpaksa mendukungya ke dalam bilik.Dah la Dhiya
berat.

Disebabkan kami pulang agak lewat,aku terus bergegas untuk solat Asar.Nasib baik Dhiya
‘cuti’ pada minggu itu.

“Can we talk about your offer ?”,tanya Dhiya dala keadaan lemah.

“Hey,we discuss about it later,okay”.

Aku menolong Dhiya untuk duduk di atas katil.Keadaan Dhiya masih lagi lemah dan
penat.Dah la siang tadi agak panas.Aku hulurkan Dhiya jus oren yang dibuat oleh Cik Yah.

“Honey,if you want to accept the offer,I give the permission”.

“Dah la tu.Rehat jangan fikir soal tu.Benda tu lambat lagikan”.

Air mata Dhiya mula berguguran dari matanya.

“Shhh...Jangan la nangis.Sayang ada dekat sinikan”.

Aku cuba tenangkan Dhiya dari terus menangis.Tak mudah untuk aku sebenarnya melihat
Dhiya dalam keadaan seperti itu ditambah dengan Dhya tengah sakit demam lagi.Tiba-tiba
satu pelukan singgah ke tubuh aku daripada Dhiya.Kali ini tangisan Dhiya lagi kuat.

“I’m afraid to lose you”.

Kata-kata itu menyentap diriku.Aku melepaskan diri dari pelukan itu dan menatap wajah
Dhiya .Aku memandang tepat ke wajahnya itu dan berkata,

“Smile for me please”.

Dhiya mengesat-ngesat air mata yag sedang turun itu dari wajahnya dengan menggunakkan
lengan bajunya dan melemparkan senyuman yang sungguh manis sekali.

“Macam tulah my baby girl”.

“Eeuww…Gelinya”.

Kami berdua ketawa dengan selepas mendengar itu.Dhiya tiba-tiba jatuhkan kepalanya ke
riba aku.

“Eee…ngada-ngadanya”.Dhiya buat memek muka meraih simpati kepada aku.

“Kejap je tau”.

Dhiya tersenyum kegembiraan mendengar apa yang aku perkatakan itu.Aku akui yang Dhiya
sebenanrya ingin luangkan masa untuk bermanja-manja dengan aku.Dah la kami hidup
berjauhan antara satu sama lain ditambah lagi masa aku balik pun kurang berkomunikasi
dengan Dhiya.Masing-masing sibuk dengan perkerjaan.Melihat Dhiya seceria ini buatkan aku
sedar yang kami sebenarnya memerlukan diri masing-masing.

Aku sedar kami berdua dah buang masa terlalu lama dengan bergaduh selama hampir 9 tahun
itu.Kami dah hilang memori bersama sejak dari peristiwa kami bergaduh besar dekat kafe
itu.Nasib baik tak terbaling gelas masa tu kalau tak lagi satu hal kena ganti harga gelas
tu.Disebalik apa yang berlaku pada hari tu,kami telah bina sesuatu dalam diri kami.Kami
jadikan diri kam lebih matang dan lebih kuat.Betul apa yang orang katakan iaitu kehilangan
ajarkan apa itu menyayangi namun kehadiran mengajarkan diri untuk lebih menghargai.

“Kenapa dulu Sayang selalu mengalah kalau kita bergaduh?”.

“Ermm…Mengalah bukan sebab mengaku kalah tapi sebab takut untuk hilang lebih dari
seorang kawan ”.

“Kenapa dulu awak tak pernah backup saya if I made a mistake siap kutuk-kutuk lagi?”.

“Saya nak awak belajar yang even kawan pun boleh tikam belakang inikan orang lain.Saya
tahu awak akan jadi pendendam tapi awak akan sedarnya suatu hari nanti”.

“Kenapa dulu bila kita makin rapat je awak mesti tinggalkan saya tanpa kata apa-apa?”.

“Entah… Saya tak nak perasaan saya kaburi penilaian saya terhadap awak nanti dan saya tak
suka bila orang kutuk-kutuk awak”

“Banyaklah soalan ni.Penat tau nak fikir”,merungut aku.

“Merungut je tau”.

Kami mengangkat kepala Dhiya dari atas riba untuk bangun.Aku tinggalkan Dhiya di atas
katil untuk biarkan dia rehat.Aku gembira melihat Dhiya sudah kembali ceria dan
sihat.Kelegaan jelas sekali terpancar dari lubuk hati aku.Aku gembira melihat keadaan dia
seperti itu.Soal surat itu biarlah dulu sampai suatu saat pasti ada jawapannya untuk kami
berdua.

Aku mengambil keputusan untuk bertolak ke Kuala Lumpur dalam pukul 3 atau 4
pagi.Biarlah aku temankan Dhiya dahulu untuk malam mini sebelum bertolak pulang ke
sana.Sempatlah untuk aku sampai ke ofis terus nanti dari Kuantan tanpa singgah di rumah Ibu
mahupun Umie dulu.Mujur tiada mesyuarat penting pada keeesokan harinya dapatla curi-curi
tidur sekejap dekat pejabat .

………………………….

Gaduh

Tiga mingu sudah aku tak pulang ke Kuantan sejak peristiwa aku gaduh dengan Dhiya soal
surat tawaran belajar aku itu dan bermakna hampir dua minggu sudah kami berpuasa
berasingan .Impian untuk berpuasa bersama-sama dengan isteri bukanlah ini yang
dibayangkan oleh aku.Aku rindukan dia sebenarnya namun apakan daya Dhiya seolah-olah
tidak suka akan kehadiran aku di rumah itu.Entah aku sediri buntu mencari alasan untuk
diberikan kepada Ibu dan Umie namun terpaksalah berbohong sikit.

Mungkin dah menceritakan kepada Ibu dan Abah namun mungkin juga mereka tak mahu
mengeruhkan lagi keadaan dengan masuk campur urusan kami.Aku sendiri tidak tahu apa
yang aku boleh lakukan untuk kembalikan keadaan seperti dulu.

Pertelingkahan yang bermula apabila aku berbincang soal sama ada aku harus terima tawaran
itu atau tak.Jauh disudut hati memang aku nak terimanya namun jauh disudut hati aku yang
satu lagi,aku harus fikirkan pasal Dhiya dan keluarga.

Dhiya seolah-olah tak bersetuju dengan apa yang aku cadangan iaitu dia berhenti kerja dan
ikut aku ke sana.Aku tak nak hilang kedua-dua atau salah satu.Orang cakap lebih baik hilang
‘passion’ dari hilang yang ikhlas terima kita seadanya.Dhiya pulak beri keizinan untuk aku
namun dia tetap nak kerja dan duduk dekat Kuantan.Aku tak faham apa masalahnya kalau dia
ikut ke sana.Bukan lama pun dalam tiga tahun .Dhiya siap boleh tambah pengalaman kerja
lagi kalau dia pilih untuk kerja dekat sana nanti.

“Kalau you nak pergi,pergilah.I nak stay sin.Bukan I tak biasa stay sorang-sorang ”.Kata-kata
yang terngiang-ngiang dalam benak fikiran aku sejak akhir-akhir ini.Bukan aku tak berusaha
untuk pindah ke Pahang namun dah takde rezeki aku nak buat macam mana

Aku sedar yang sebenanrya dia sunyi dekat sana sorang-sorang .Walau Cik Yah dan Wawa
ada untuk temankan Dhiya tapi hakikatnya dia perlukan orang untuk disembang.Teman dia
shopping or tengok wayang weekdays and weekend.Melihat orang lain ada peneman untuk
luah perasaan namun dia kesunyian melihat semua itu.Masalah sebenar bukan pada surat
tawaran itu tapi soal yang jauh lagi besar pada itu.

Minggu ini aku buat keputusan untuk balik ke Kuantan siap sekali dengan pakej baju kurung
raya kami nanti.Nasib baik Sherry sanggup ambil tempahan sangat akhir untuk kami
berdua.aku minta pendapat Sherry soal pemilihan warna baju raya kami nanti.Disebabkan
tahun lepas dah macam daun iaitu warna hijau,kali ini aku pilih warna kesukaan Dhiya iaitu
ungu gelap.

Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan Dhiya dan betulkan keadaan sekali.Aku dah
beritahu Cik Yah yang aku balik Kuantan minggu ni namun tak payah susah sediakan
makanan berbuka puasa sebab aku sampai lewat sikit.

…………………………….

Dhiya yang baru pulang dari kerja meletakkan barang-barang dapur yang dibelinya di atas
meja.Dhiya menanyakan Cik Yah soal barang dapur untuk dibelinya nanti.Kelihatan Wawa
juga ada disebelah ibunya itu.

“Tiap-tiap minggu eh kamu balik rumah bulan puasa ni”,usik Dhiya kepada Wawa.Wawa
yang sedang membantu CikYah menyiapkan juadah iftar mereka.

Dhiya menyingsingkan lengan bajunya untuk menolong Cik Yah dan Wawa apa yang boleh
yang dibantunya.

“Kamu ni naik la mandi dulu kalau nak tolong pun”,tegur CikYah kepada Dhiya.

“Adham ada cakap dengan kamu yang dia balik sini minggu ni?”,tanya Cik Yah kepada
Dhiya.Dhiya yang bingung-bingung saja.Tak tahu sama ada dia salah dengar ke apa.Di pasti
yang dia tak salah denagr tadi yang Adham balik sini.

Bukan dia tak rindu dekat cik suaminya itu tapi dia tak tahu nak bersemuka dengan Adham
nanti.Dia dah mula faham tindakan Adham kenapa Adham nak sangat dia ikut sekali ke sana
tapi apa yang dia tak boleh terima bila Adham tinggikan suaranya sikit kepada Adham.Dia
tak pernah sisi Adham yang seakan-akan marah seperti itu.Sisi Adham yang langsung tidak
dikenalinya langsung.

Kejadian itu berlaku seminggu lepas dia jatuh sakit itu.Minggu yang cukup memenanatkan
dirinya kerana asyik pening kepala dan muntah-muntah.Minggu yang sama dia dimarah oleh
Adham pasal kes dia keluar dengan Cik Yah tanpa bagitahunya.Mungkin Adham dah pendam
terlalu lama sampaikan kemarahanya membuak-buak keluar.

Kalau dulu waktu sekolah,Adham tak pernah nak marah-marah orang lagi-lagi perempuan
tapi Adham agak tegas dulu waktu bertugas.Dhiya,Izz dan Adham sama-sama jadi pengawas
dulu sejak form 2 tapi dia tak pernah dapat jadual yang sama dengan Adham.Izz tu ada la dua
kali waktu form 3 dengan form 5.Ada la sesekali Adham curi-curi datang ke kawasan dia
bertugas atas alasan bosan.Ada pernah dia tukar syif dengan Izz. Adham memang tegas sejak
dulu lagi walau luaran nampak macam lembut.

Benak fikiran masih cuba proses apa yang diperkatakan oleh Cik Yah itu yang Adham nak
balik sini.

“Balik suka hati je.Tak beritahu pulak tu”,getus Dhiya sendiri.

“Dhiya naik atas dulu eh”,Dhiya meletakkan pisau yang ada ditangannya itu dan naik ke
atas.Sepatah kata pun tidak dikatakannya.

Marah?Kecewa?Merajuk?Dhiya sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya
itu.Sejak dengar nama Adham terus tak keruan dibuatnya.Jujur Dhiya rindukan Adham juga
tapi dia takt ahu nak tunjuk reaksi yang macam mana nanti.Dah la tiga minggu tak balik lepas
balik sini tak bagitahu pulak.

Tubuhnya dihempas di atas katil yang masih tersisa baju kerjanya yang dipakai sejak pagi
tadi.Diintai jam di dinding yang sudah tunjukkan jarumnya enam petang.Tiada sebarang
mesej dari Adham yang menyatakan dia balik.

“Adham,degil tak sudah.Tak habis-habis dengan ego dekat kepala tu”,getus Dhiya sendiri.

Benak fikiran terus buntu memikirkan soal cinta hati suaminya itu.

“Kek Coklat Moist?”,Dhiya terus bangun dari katil dan menuju ke dapur.Dicari bahan-bahan
yang diperlukan untuk membuat kek coklat itu.Nasib baik segala resipinya cukup.

……………………………

Alhamdulillah aku sempat solah terawih di masjid yang berdekatan rumah.Dicari juga takut-
takut ternampak kelibat Dhiya di masjid.Selalunya apa yang dikatakan oleh Cik Yah ,mereka
jalan kaki je ke masjid untuk solat berjemaah tapi tak ternampak pulak kelibat diorang

ni.Masjid yang dipenuhi orang kian kian lengang dengan manusia.Pelbagai ragam anak-anak
kecik yang bermain saat keluar dari pagar masjid.

Akhirnya kelibat mereka bertiga aku nampak.Sedang berbual dengan ahli Jemaah yang
lain.Mujur aku parkir kereta agak jauh jadi terselindunglah sikit daripada pandangan
mereka.Merekka mula meninggalkan perkarangan pintu masjid untuk pulang ke rumah.Aku
yakin mereka bertiga jalan kaki saja ke masjid.

Kelibat mereka mula berjalan ke arah kereta.Mujur mereka masih tidak perasan akan
kehadiran aku disitu.Saja nak aku nak mengusik mereka.Maklumlah dah lama tak berjumpa
dengan mereka.Cik Yah pun aku dah anggap sebagai keluarga dan Wawa sebagai adik
perempuan yang aku tidak ada.

“Assalamualaikum makcik.Rumah dekat mana dan nak tolong saya hantarkan ke?”,kata aku
sejurus aku membuka tingkap kereta sebaik saja mereka lalu di sebelah aku.Agak hairan
mereka tidak perasan akan nombor plat kereta aku walhal hanya ada tiga buah kereta saja
disitu.

“Waalaikumusalam,takpe dik .Makcik jalan kaki je”,jawab CikYah yang masih tidak perasan
bahawa itu adalah aku.

“Abang Adham!!!!”jerit Wawa.Cik Yah melemparkan beg sejadahnya ke dalam kereta.

“Kamu ni buat CikYah terkejut je”,kata Cik Yah kepada aku.Kelihatan Dhiya mula tidak
senang dengan kehadiran aku dsitu.Mungkin tak menyangka aku akan muncul di situ.Aku
pasti yang Wawa dan Cik Yah sudah memberitahu Dhiya .Aku pun satu isteri sendiri pun tak
nak beritahu ke.Bukan aku takkan text or call Dhiya tapi apa guna semua tu tak berbalas or
tak terangkat.Kalau balas pun macam acuh tak acuah je jawab.

Cik Yah dan Wawa setuju untuk naik dengan aku tapi Dhiya tidak.Dia mahu berjalan kaki
saja katanya.

“Cik Yah naiklah dengan Adham.Biar Dhiya jalan kaki je”,tanda suara Dhiya yang masih
merajuk dengan aku.Dipaksa juga Dhiya untuk naik ke dalam kereta dan dia akur saja dengan
paksaan itu.Dia memilih untuk duduk dibahagian belakang dan membiarkan Wawa yang
duduk di hadapan.Aku pun akur saja asalkan dia naik dengan aku.Bahaya untuk biarkan dia
berjalan kaki berseorangan malam-malam ni.

………………………………

Jam sudah melebihi 12 tengah malam dan mata masih terkebil-kebil masih tahan
mengantuk.Aku pilih untuk tidur dekat bilik kerja saja.Biarlah tidur sorang-sorang dalam
bilik tu lagipun mood dia masih tak okay lagi.Balik sini bukan dekat tapi diredah juga balik
sini semata-mata nak jumpa Dhiya.Aku tak salahkan Dhiya tapi aku salahkan diri sendiri
sebab apa yang berlaku ini memang salah aku.

Aku pilih untuk turun ke bawah untuk minum air dan lampu dapur masih menyala.Kelihatan
Wawa masih dekat bawah tengah study agaknya sebab ada buku di atas meja .Balik tadi terus
aku makan lauk berbuka tadi sebab aku dah lama teruk.Berbuka atas highway je tadi dengan
roti dan air.Cik Yah pulak masak daging masak kicap dengan ikan patin memang berselera
habis la aku ni.

Gelas yang berisi air diletakkan di atas meja dan diminum sikit-sikit air yang terisi tu.

“Kamu tak mengantuk lagi ke?”,tanya aku kepada Wawa.

“Tak lagi”.

“By the way,abang lapar lagi ke turun ni?”,tanya Wawa.Aku tersengih macam kerrang busuk
bila Wawa tanyakan soalan itu kepada aku.Aku masih terasa lapar sebenarnya sebab tu aku
turun.

“Ada Moist Choco Cake dalam peti ais”,kata Wawa.Dengar ke Kek Coklat Moist terus aku
mencari piring di rak dan membuka peti ais untuk mendapatkan kek itu.

Kek Coklat Moist yang terhidang di atas dulang itu dihiris dengan berhati-hati oleh aku.Ada
kesan hirisan sudah atas kek ini tanda ada yang sudah makannya .Tak kisahlah asalkan dapat
makan kek coklat.

Aku suapkan masuk ke dalam mulutku.

“Sedapnya!Mana beli ni?”,tanya aku dengan teruja.

“Kak Dhiya buat tadi,Dengar je abang nak balik terus dia buatkan ”,aku terpinga-pinga aku
salah dengar ke apa?Dhiya buat kek coklat Moist untuk aku?Mana dia tahu ini kesukaan aku
ke dia buat je.Banyak benda yang bermain di fikiran tapi biarlah aku habiskan kek coklat
ni.Sedap sangat sampai tak sedar dah lebih separuh aku makan .

………………………………..

Petang tu,kami berempat East Coast Mall atau dikenali sebagai ECM. Salah satu pusat
membeli belah di Kuantan selain disebelahnya ada KCM.Senang nak cari kelengkapan raya
untuk kami nanti.Aku yang ajak mereka sebab Cik Yah tak buat sebarang kelengkapan lagi
jadi boleh la tolong-tolong sikit yang mana mampu.Walau aku tak beraya dekat sini tapi
boleh la buat persiapan ala kadar takut-takut ada kawan-kawan Dhiya nak datang beraya ke
.Paling kurang ada kuih raya atas meja untuk dihidang.

Cik Yah pula tahun ni balik kampung sebab adiknya nak buat kenduri tahlil dekat
Jengka.Aku tawarkan kepada Cik Yah untuk hantar alang-alang aku jemput Dhiya
nanti.Lagipun kami sehala dan satu jalan je nanti.

Aku biarkan mereka bertiga pilih pakaian yang mereka mahu dan Dhiya masih lagi bersikap
dingin dengan aku.Senyap dari semalam.Pagi tadi turun makan sahur terus naik balik.Dengar
la suara orang sedang mengaji tu tapi biarlah malas nak ganggu.Biar Dhiya tenangkan fikiran
dulu.Kerja rumah tadi pun aku tak suruh Cik Yah buat biar dia rehat je nanti.Kesian dekat
Cik Yah.

Dicari kerusi rehat untuk melabuhkan punggung rehatkan kaki penat berjalan.Ramai juga
manusia dekat mall hari ni. Mungkin hari minggu jadi ramai yang keluar untuk dapat
kelengkapan hari raya nanti.Aku buat persiapan ala kadar je.Baju yang aku tempah dengan
Sherry masih ada dalam kotak dalam bilik tu.Tak ditunjukkan lagi kepada Dhiya.

Dhiya kelihatan seronok dapat memebli belah bersama dua orang tu.Gelak-gelak sikit.Aku
tak tahu apa yang diborakkan tapi Dhiya lain sangat.Lain daripada yang lain terutama sikap
dinginnya itu.Cik Yah ada cakap yang sejak kebelakangan ini Dhiya tak berapa sihat
sikit.Demam dan pening kepala.

Diikuti saaj langakha mereka dari satu kedai ke kedai yang lain.Biarlah mereka tu.

“Wawa nak pergi KCM”,kata Wawa kepada aku.

Aku memberi hint kepada Wawa yang aku nak bersendirian dengan Dhiya.Kami berjalan di
kaki lima untuk melintas jalan.Jalan yang agak sesak dengan kereta dan motorsikal.Dhiya
tetap mahu pergi bersama mereka berdua.

Aku memegang tangan Dhiya.

Dhiya seakan-akan tak selesa dengan perbuatan aku itu, “Lepas la.Saya nak ikut Wawa”.

“Okay saya akan lepaskan awak kalau awak cakap dengan saya sekarang ”,balas aku yang
pergelangan tangannya masih dipegang oleh aku.

Wawa dah mula hilang dari pandangan kami berdua.Dah masuk ke dalam mall agaknya.Aku
melepaskan pegangan aku itu dan memegang bahu Dhiya.

“Look at me now”,pandangan mata aku cuba dielakan oleh Dhiya dari bertentangan.

“For every reason I’m here because of you.I’ll always protect you ”.

“So?”,Dhiya menempelak tangan aku dan lari.Tengah Dhiya nak lintas jalan hampir saja
Dhiya dilanggar kereta sebab Dhiya melulu lintas tanpa pandang kiri kanan.Dhiya terpaku di
tengah jalan raya mungkin terkejut agaknya dengan insiden itu.

Aku mewakili Dhiya meminta maaf kepada pemandu itu atas apa yang berlaku .Aku cuba
menenangan Dhiya .Dia diam membisu tanpa sebarang patah perkataan yang keluar
darinya.Terkejut dan takut agaknya.Aku memimpin Dhiya ke tepi jalan dan mula mencari
bangku untuk duduk.Dhiya masih diam.

Aku tak salahkan dirinya mungkin Dhiya terlalu nak larikan diri dari aku sampai lupa tentang
semua itu.Aku pun bodoh tidak mengejar terus Dhiya dan hanya reaksi bunyi hon
menyedarkan aku.Apa yang terlihat oleh mata aku hanya saat Dhiya jatuh terduduk di atas
jalan raya.Meluru aku untuk dapatkan Dhiya.

“Hey,are you okay?”,air mata Dhiya mula menitik jatuh dari kelopak matanya.Dhiya yang
kuat hari ini menangis. Mujur bangku yang kami duduki agak terselindung daripada orang
ramai.

“I’m here.Kejap I call Wawa .Kita balik rumah ”.Dhiya memegang tangan aku dan dengan
perlahan menuturkan,

“I’m okay.I nak duduk je”.

Aku cuba menenangkan Dhiya dari kejutan itu.Risau masih lagi terbelenggu dalam
dirinya.Aku akan salah diri aku sendiri andai Dhiya dilanggar tadi.Apa yang aku nak jawab
dekat Ibu dengan Abah nanti.Aku akan gagal untuk jaga Dhiya sebaiknya.Aku gagal untuk
jadi pelindung dirinya.Aku gagal untuk beri dia senyuman.

“Sayang….”,dengar tak dengar Dhiya memanggil aku.Rindu untuk aku dengar panggilan itu
dari mulutnya.Aku memandang dirinya dan melemparkan senyuman.

“Dah-dah.Kita balik okay ”.

Dhiya akur saja dengan permintaan aku itu.Aku menelefon Wawa dan memberitahu Kak
Dhiya hampir dilanggar.Wawa dan Cik Yah segera datang ke tempat kami duduk .Mereka
baru saja habis membeli pakaian.

Wawa dan Cik Yah juga mengajak aku untuk pulang selepas melihat keadaan Dhiya yang
masih lagi ketakutan selepas kejadian itu.

……………………

Aku dan Cik Yah saja yang pergi ke masjid untuk solat tarawih pada malam itu.Wawa
memilih untuk solat di rumah sambil jaga Dhiya.Sejak balik tadi,dia dekat dalam bilik.Turun
sekejap untuk buka puasa dan solat berjemaah Maghrib.Katanya dia pening kepala dan
muntah-muntah.Dhiya memang sejak dari dulu ada gastrik .Mungkin gastrik menyerang dia
ataupun masih ketakutan dengan kejadian tadi.

Balik saja dari tarawih,aku lihat Dhiya dah tidur maka aku memilih untuk tidak ganggu
Dhiya.Biarlah dia berehat untuk malam ni sebab esok nak puasa lagi.Macam biasa aku ke
bilik kerja kami untuk siapkan kerja .Aku biarkan Wawa dan Cik Yah untuk teman Dhiya di
bilik utama.Risau terjadi apa-apa kepada Dhiya pada tengah malam.Cik Yah kata suhu Dhiya
panas sedikit.

Aku mengadap laptop sambil tangan memegang pen dan kertas jika terpkasa buat contengan
perkiraan.Mata mula tunjukkan reaksi kepenatan dan mengantuk.Aku ke meja ilik Dhiya
untuk mencari gula-gula sebab Dhiya selalu simpan gula-gula dekat meja dia.Sama ada
sebagai ubat mengantuk mahupun Dhiya beli tapi tak nak kongsi dengan aku.Ada sekali tu
aku terjumpa satu pek kecil Daim dalam laci.Apalagi aku ambil la makan lepas kena bebel
sebab tak beritahu.

Dicari atas meja tidak dijumpai sebarang botol gula-gula jadi aku syak botol tu ada dalam laci
.Satu persatu laci dibuka untuk melihat sama ada ada botol yang berisi gula-gula.Aku
mejumpai botol gula-gula pada laci yang paling bawah,Segera diangakt botol itu untuk
mengambil gula-gula tu.Diletakkan balik botol itu namun sesuatu menarik perhatian aku .Dua
buah kotak kecil yang didalam plastic kecil dari farmasi.Diintai apa yang dalam plastic itu.

“Pregnancy Test Kit?”,aku membaca label yang tertera di atas kotak itu.Aku mula kehairanan
sebab buat apa Dhiya perlukan pregnancy test.

“Dhiya mengandung ke?”,persoalan ini bermain di fikiran aku.

“Tapi kalau betul mesti Dhiya dah beritahu pasal ni?”,aku cuba menolak teori konspirasi
ini.Aku memilih untuk cuba membuka kotak itu untuk melihat sama ada Dhiya sudah
menggunakannya atau tidak.

Bunyi ketukan pintu menghalang aku untuk teruskan perbuatan aku itu.Aku cepat-cepat
meletakkan kembali plastic itu di dalam laci dan membuka pintu.Rupa-rupanya Cik Yah nak
berikan aku selimut kepada aku.Semalam aku tidak berselimut maka bangun sahur tadi aku
bersin-bersin.

…………………………………

Alarm yang sudah disetkan pukul 4 pagi berbunyi.Tanda aku harus bangun untuk solat
tahajud dengan panas lauk untuk bersahur.Aku yakin Cik Yah dah bangun awal dari aku.Aku
yang tidu lebih kurang jam 12.30 tengah malam masih mamai lagi.

Muka dibasuh dan gigi digosok.Air wudhu’ diambil tanda aku bersedia untuk solat sunat
tahajud.Muka yang termamai tadi kembali segar untuk meneruskan solat sunat aku.Buat
sekadar yang termampu saja.Aku memilih untuk mengaji sekejap kerana aku rasakan masih
awal untuk turun ke bawah untuk panaskan lauk.Selalu dalam 5.15 baru aku makan
sahur.Aku yang jenis suka ambil makanan berat untuk bersahur jadi memang aku akan
pastikan badan aku ada tenaga yang cukup sebab tak nak biarkan rutin aku terjejas.

Aku selesai solat dan mengaji dalam pukul 4.35 pagi dan aku turun ke bawah.Lampu dapur
dibuka dan lauk-pauk semalam dibawah kelaur dari peti ais untuk dipanaskan.Cik Yah
mungkin sedang solat agaknya sebab lampu dibiliknya sudah menyala.

Air dijerang menggunakan kettle dan lauk di panas di dalam mangkuk kaca.Tersengguk aku
dibuatnya menunggu lauk untuk panas di meja .Hampir aku sambung tidur sekali lagi.Dhiya
yang mungkin baru bangun melihat aku sedang tersengguk di meja makan.Bunyi seseorang
yang menutup api gas menyedarkan aku.Tanpa aku sedari,aku terlelap rupanya.

Aku melihat Dhiya sedang berdiri di hadapan dapur gas.Mukanya tak seperti petang semalam
dan hari ini nampak lebih ceria.Aku takt ahu sama ada dia maish marahkan taaupun tidak tapi
aku senang hati melihat senyuman yang terukir dibibirnya.

“You dah solat ke?”,tanya Dhiya kepada aku.Terkejut aku untuk dibuatnya.Tak sangka yang
Dhiya akan bercakap dengan aku pagi tu.

“Dah tadi.Sayang ?”.

“Dah sebab tu turun lambat.Ingat Cik Yah tadi dekat dapur sebab bunyi bising”.

“Maaflah kalau ganggu tadi”.

Dhiya mula menghidang makanan di atas meja.Satu persatu lauk diletakkan di atas meja.Sup
daging,daging bakar dan ayam goreng sudah tersiap sedia meja.Tunggu untuk makan sahur
saja.Cik Yah masih tak keluar-keluar lagi dari bilik mungkin tak selesai lagi solat agaknya.

Dhiya sedang membancuh teh o untuk sahur kami.Satu teko saiz sedarhana menjadi
pilihannya.Teko yang berisi air itu diletakkan di atas meja.

“Sayang tahu you minum teh tarik”,satu mug teh tarik diletakkan di hadapan aku.

“Tahu-tahu je”,aku melemparkan senyuman kepada Dhiya.Dhiya menarik kerusi dan duduk
berpenjuru dengan aku.Satu hirupan air singgah dimulut aku.

Dhiya mula ketawa kecil melihat aku.Aku yang kehairanan dengan reaksi Dhiya yang ketawa
itu.Dhiya menggunakan lengan tshirt lengan panjang untuk membuang buih yang melekat di
kawasan bibir aku.Terkejut juga tapi biarlah.

“Thanks”.

“So nak makan sekarang ke?”,tanya Dhiya kepada aku.

“Tunggu Cik Yah kejap”,Dhiya menganggukkan kepala tanda bersetuju saja dengan
itu.Lagipun baru 5.10 minit pagi.Waktu imsak masuk lebih kurang jam 5.40 pagi.

Aku pandang kau,kau pandang aku itu ibarat kami waktu tu.Masing-masing dia membisu
kerana tiada idea untuk bercakap.

“Kalau kita ada anak,mesti Sayang tak bosan sangat kan?”,entah kenapa soalan itu juga yang
kelaur dari bibir aku ini.Boleh ubah mood betul aku ni.

“I okay jelah.Maybe Allah nak beri ruang untuk kita spend time each other la tu ”,apabila
dengar jawapan dari Dhiya buatkan aku yakin yang Dhiya masih lagi tak mengandung.

“Hrmmm”,hanya dengusan itu yang keluar dari diri aku itu.

Dhiya baru nak buka mulut bercakap terus dipotong oleh Wawa dan Cik Yah yang datang
untuk bersahur sekali.

“Tadi Cik Yah intai tengok kamu berdua dah ada tu yang lambat sikit keluar tu.Nak kejut
budak bertuah ini bukan senang”.

“Takpe-takpe”.

Selepas sahur ,kami solat subuh berjemaah dirumah sebelum menyambung aktiviti harian
kami untuk hari itu.Dhiya pun dah okay dengan aku.Aku bertolak balik ke Kuala Lumpur
selepas berbuka puasa.Rasa tak berapa larat nak drive jauh-jauh bulan puasa ni.

Minggu depan aku datang sini lagi cuma aku datang hari Isnin .Selasa aku dah start cuti Raya
Aidilfitri selama 7 hari jadi dapat la Dhiya stay KL lama sikit.Dhiya pun katanya dapat cuti
yang sama bilangan dengan aku tapi cuti dia bermula hari Rabu.

………………………

Kehadiran

“Alhamdulillah”.

…………………………

Dhiya makin tak sabar untuk kongsikan berita gembira yang diterima olehnya kepada
Adham.Dia dah siapkan awal-awal kejutan itu dan dah juga merancang kejutan untuk Adham
itu.Adham yang yang sampai maghrib isnin dekat Kuantan untuk menjemputnya ke KL dan
menghantar Cik Yah ke Jengka pada hari rabu. Selasai untuk mereka berempat solat
berjemaah isya’ dan tarawih di masjid maka masing-masing sibuk dengan hal sendiri di
dalam bilik.

Dhiya dah siapkan kejutan itu dengan meletakkan hadiahnya di dalam sebuah kotak.Kotak di
itu diletakkan di dalam satu paperbag di dalam bilik kerjanya.Di kaki meja miliknya.Dia tahu
yang Adham akan tertanya-tanya soal kepadanya nanti.Balik dari kerja terus dia letakkan dia
situ.

Cik Yah sedang mengemas baju manakala Wawa sedang menonton televisyen di
bawah.Adham pula sedang leka main game dekat pc miliknya di dalam bilik kerja.Aku cuba
untuk sibukkan diri dulu dengan mengemas pakaian untuk balik ke Kuala Lumpur.

Aku mengetuk pintu bilik untuk masuk dan melihat Adham sedang leka mengadap pc
miliknya.

“You nak apa-apa ke?”,tanya Adham sambil membuka headphone di telinganya.

Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di atas kerusi.Kerusi itu di tarik untuk duduk disebelah
Adham.Kali ini Adham dah melepaskan headphone yang ada di telinga.Matanya masih
khusyuk dihadapan skrin.Aku memulakan rancangan aku.Telefon dikeluarkan dari poket dan
meletakkan di atas meja.Butan video ditekan untuk memulakan rakaman.

“Eh!Asal Sayang rekod video ni”,Adham yang terkejut dengan perbuatan aku itu.

“Sebenarnya ada yang beri hadiah wedding and dia suruh rekod”,kata Dhiya.

“Yang dalam paperbag tu ke?”.

“You dah intai eh?”.

“Takde lah.I baru nak tanya Sayang tadi”.

Aku mencapai paperbag itu dengan tangan dan melihat ada satu kotak yang bersaiz kotak
kasutdi dalamnya.Dikeluarkan kotak bersaiz kota kasut itu dan diletakkan di atas meja.

“Sayang pun ada kejutan untuk you sebenarnya.Sabar eh kejap”.

Adham terus keluar dari bilik untuk pergi mengambil hadiahnya.Aku tak tahu apa hadiah itu
tapi ditunggukan saja.Adham masuk ke dalam bilik dengan dua buah kotak
ditanganya.Dihulurkan dua buah kotak itu kepada aku.

“Baju raya untuk Sayang.I tempah dengan Sherry”.

“Wow!cantiknya baju ni”,Dhiya membelek-belek baju kurung itu selepas membuka kotak
pakaian itu.Dhiya meletakkan kembali baju itu kedalam kotak.

“Dah jom bukak hadiah ni pulak”,Adham yang mengambil tempat di kerusinya makin tak
sabar untuk membuka kotak itu.

Satu kad ucapan yang tertera di atas kotak itu dibaca dengan kuat oleh Dhiya.

“Congrats to both of you.Here my present for you guys.Hope Mr.Adham and Mrs.Dhiya
enjoy it”.

Aku makin tidak sabar untuk melihat reaksi Adham selepas ini.Aku membuka kotak itu dan
melihat ada satu lagi kotak sepanjang pen itu di dalamnya.Aku berpura-puat terkejut walhal
memang dari awal aku merancangnya.Terdapat satu lagi nota di atasnya.

“Hadiah itu ada dalam kotak ini.Saya berharap Adham Mikail menyukai macam mana dia
mengikhlaskan hatinya untuk Dhiya Sofea”,Adham yang masih tidak tahu apa-apa seakan-
akan bingung dengan apa yang berlaku.Hadiah dari ‘kawan’ aku tapi untuk Adham .

“Macam tulisan Sayang je ni”.

“Tulisan I lagi lawa”.

“Eh,ada nota lagi la dekat belakang ni”,aku membelek belakang nota itu untuk pura-pura
mencari jikalau ada tulisan lagi ke.Aku yang tulis maka aku tahulah apa yang dibaca.

“Seikhlas tulus dan seindah kasih untuk kurnia ini”,aku membacanya.

“Apa kata Sayang je buka kotak ni”,aku memberi cadangan kepada Adham.Adham bersetuju
saja dengan cadangan aku itu.

Adham dengan perlahan-lahan membuka kotak itu.Sarung kotak itu ditarik dengan perlahan
risau jika hadiah itu rosak.

“Apa tu,Sayang”,aku mula menanyakan kepada Adham.Adham masih tak faham dengan
semua tu.Mengayat perempuan bukan main tapi maksud ‘hadiah’ itu pun dia tak
faham.Adham yang sedang memegang pregnancy test yang ada di dalam kotak itu.Pregancy
test itu adalah milikku dan aku dah disahkan hamil selama 9 minggu .Aku terlebih dahulu
membuat check dengan pregnancy test sebelum aku berjumpa dengan doktor untuk sahkan
berita ini.Aku dah tahu soal kehamilan aku lebih kurang dua minggu yang lalu cuma aku
sengaja rahsiakan daripada Adham.

“Sayang punya ke?”,Adham menanyakan kepada aku.Aku yang duduk disebelahnya mula
untuk mengalirkan air mata.Aku ingin melihat reaksi Adham dengan perkhabaran berita ini.

“I punya Sayang”,aku menjawabnya dengan tenang.

“Alhamdulillah!!!!!”,Adham memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurnia
ini.Aku terkejut apabila Adham memeluk diri aku dan mula menangis.Aku tak pernah
melihat Adham menangis seperti itu dan jelas itu adalah air mata kegembiraan seorang
lelaki.Adham mengusap-ngusap perut aku dan berkata, “Behave tau.Jangan nakal-nakal”.Air
mata yang turun dari mata Adham sudah mula berhenti dan Adham mula mengesat-ngesat
air matanya yang tersisa itu dengan tangan.

“Ibu dengan Umie dah tahu ke”,tanya Adham kepada aku.Aku hanya menggelengkan kepala
aku tanda Ibu dan Umie masih tidak tahu akan soal kehamilan aku ini.Tiada malam yang lagi
gembira untuk aku dan Adham selain malam itu.Saat Adham memeluk diri aku ,aku dapat
rasakan keikhlasan seorang yang bernama Adham Mikail mencintai dan menyayangi aku.

“Apa kata kita buat kejutan untuk Ibu dengan Umie”.

“Macam mana?”,aku menanyakan balik kepada Adham.Adham membisikkan soal kejutan itu
kepada aku.Aku mendengarnya dengan penuh khusyuk dan teliti soal kejutan itu.

………………………………..

Pagi raya pertama kami sebagai pasangan suami isteri dan kali ini kami membuat keputusan
untuk beraya di rumah ibubapa aku.Ini soal kejutan yang akan diberikan nanti.Adham
membuat keputusan untuk membuat ‘family day’ mengumpulkan kawan-kawan rapat kami
dan ahli keluarga kami dalam satu acara barbeque.Disebabkan halaman rumah orang tua
Adham lebih besar maka kami membuat keputusan untuk membuat barbeque disitu saja.

Aku sedang bersiap-siap di dalam bilik manakala Adham ada di dapur sedang makan sarapan
pagi.Aku melihat sampin dan songok Adham masih ada di atas katil.Masih belum dipakai
oleh Adham untuk solat sunat Aidilfitri di masjid.Aku akan turut sama ke masjid nanti untuk
solat sama-sama.

………………………………….

“Dhiya mana?”,tanya Umie kepada aku sambil menghidangkan air kepada aku.

“Dalam bilik tengah siap-siap lagi”.

“Ada apa-apa yang Umie tak tahu ke?Tiba-tiba nak buat barbeku je”,Umie menanyakan soal
rancangan aku dan Dhiya untuk membuat acara makan-makan malam ni.Aku memberitahu
lewat kepada Umie iaitu tiga hari lepas mujurlah sempat untuk membeli barang-barang basah
seperti ayam,daging,daging kambing dan beberapa kali bahan untuk membuat sos dan salad.

Along beraya dekat rumah Umie untuk kali ini dan esok pagi baru nak beraya dekaat rumah
mentuanya pula.Rumah mentua dengan sini takdelah jauh sangat hanya dalam sejam je tapi
faham-fahamlah raya ini jalan sesak sikit.Izz pula petang baru balik sini nak selesai beraya
dekat sana dulu walhala dekat juga rumah ibubapa Jenny dengan rumah Umie.Rezeki Umie
rupanya dapat menantu rumah yang dekat-dekat saja senanglah nak ulang-alik bila
perlu.Malam ini juga mentua Along dan Izz akan turut hadir ke sini.Meriah la sikit

“Takde lah saja nak kumpul ramai-ramai musim raya ini.Ni kan raya pertama Angah berdua
”.

Aku menghirupkan air yang terhidang di dalam air yang ada di dalam cawan itu.

“Angah pergi panggi Ayah,Along dengan Dhiya eh”.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan ke arah bilik untuk mengetuk pintu mengajak Ayah dan
Along untuk sarapan sama-sama dengan aku.

“Umi panggil sarapan”,setiap kali aku mengetuk pintu bilik mereka.Aku mnegetuk pintu
bilikku dan untuk mengajak Dhiya sekali.Aku pun lupa yang aku masih tidak bersampin dan
bersongkok maka aku membuat keputusan masuk saja ke dalam bilik.Tombol pintu dipulas
oleh aku dan melihat Dhiya sedang memakai telekung sembahyangnya.

“Umie dah panggil sarapan tu”,kata aku kepada Dhiya yang sedang membetul-betulkan
telekung dibahagian mukanya.

Tangan aku mencapai songkok dan memakainya di kepala aku.Sampin yang sudah siap
digosok itu di capai oleh tangan dan mula untuk memakai.Dhiya yang nampak aku kesusahan
ketika memakai sampin datang ke arah aku dan menolong aku memakainya.Siap sudah aku
berbaju melayu ungu dan bersampin berserta songkok sekali.

Kalau tahun lepas aku menyambut dalam keadaan aku bakal bergelar tunangan seseorang
yang bernama Dhiya Sofea dan tahun ini aku berdiri sebagai bakal bapa kepada anak yang
dikandungkan oleh seorang perempuan yang aku kasihi bernama Dhiya Sofea.Dhiya yang
sedang berdiri di hadapan aku dalam jarak kurang 50cm itu buatkan aku mengelamun
mengingati semua itu.

“Sayang ,I nampak gemuk ke?”,lamunan aku terhenti apabila Dhiya menanyakan soal itu
kepada aku.

“Tak la sayang”,aku melemparkan kucupandi dahi Dhiya.Dhiya yang tinggi lebih kurang
sama dengan aku memudahkan aku untuk berbuat begitu.Dhiya malu-malu dan pipinya mula
kemerahan sikit.

“Merahlah sayang”,aku sengaja mengusiknya dengan berkata begitu.

“Apa yang merah?”,tanya Dhiya yang tidak faham apa yang aku perkatakan itu.

“Hati saya yang selalu mengikhlas diri untuk menyintai Sayang”,Dhiya mencubit perut aku
selepas mendengar ‘pickupline’ dari aku itu.

“Aucch!!Ada yang bergetar lah”,kataku selepas Dhiya melepaskan cubitan tangan dari
perutku.

“Apa lagi kali ini”.

“Tulang rusuk agaknya sebab Sayang cantik sangat ”,Dhiya sekali lagi malu-malu dengan
apa yang aku perkatakan itu.

Dhiya mengusap-ngusap perut dari luar da berkata, “Anak ibu jangan ikut perangai abi
tau.Gatal”.

Aku hanya ketawa kecil mendengar itu.Rasa comel pulak melihat sisi keibuan Dhiya.Selalu
Dhiya serius dan garang je.Betulah menjadi seorang ibu tidak sama dengan menjadi dengan
menjadi seorang isteri.Aku gembira melihat Dhiya yang sekarang.

“Umie dah panggil dah tu”.

Sebelum sempat aku keluar dari bilik,Dhiya menarik prgelangan tangan aku dan mengajak
aku untuk mengambil gambar swafoto bersamanya.Cukuplah beberapa keping dulu sebab
nanti lepas balik sembahyang dekat masjid pasti lebih banyak gambar yang kami berdua
ambil lagi-lagi gambar keluarga.

…………………………

Aku selesai solat solat zohor di rumah dan aku kini terbaring dalam bilik ini berehat
sekejap.Berpusu-pusu orang datang hari ni menziarahi kami terutama dari jiran-jiran
kami.Rumah yang sama aku dibesarkan sini jadilah tak hairanlah ramai jiran-jiran mengenali
aku walaupun mereka sebaya dengan Ayah dan Umie.

Ingin saja aku aku lelapkan mata sekejap namun Dhiya mengetuk pintu bilik dengan
mengatakan ada kawan aku yang datang beraya.Aku yang trsedar dari tidur aku selepas
mendengar ketukan pintu itu masih terpinga-pinga siapa ‘kawan’ aku yang dimasukkan oleh
Dhiya itu.

Aku menyarungkan kembali sampin selepas aku membuangnya untuk solat tadi.Dicapai jam
dan telefon aku di atas meja.Skrin wallpaper yang bertatahkan dengan Dhiya.Katanya jika
ada yang goda aku senang sikit aku ingat yang aku dah isteri.

Aku keluar dari pintu dan di tegur oleh Along.

“Angah,ada kawan aku datang tu”.

Aku mengisayaratkan bahawa aku memaang keluar untuk berjumpa dengan mereka
pun.Along berjalan melintasi aku untuk ke dapur.

“Muncul pun kau”,tegur Razali kepada aku.

“Kau rupanya.Aku ingat siapa la tadi”,aku berjalan ke arah sofa yang sedang diduduki oleh

“Kau yang ajak aku datang beraya rumah kau.Aku tak datang malam ni so aku datang
sekarang”.

Belum sempat untuk membalas kata-katanya,Umie menjemput Razali dan Amanina untuk
menjamu selera di meja.Pelbagai hidangan sudah tersedia di atas meja seperti lemang,ketupat
dan rendang daging.Aku mempersilakan mereak berdua untuk menjamu selera dimeja
makan.Amanina menyuruh Razali untuk makan dahulu kerana bayi cilik mereka sedang
terjaga dan inginkan didukung pula.

Kebetulan Dhiya datang ke meja makan tempat kami makan untuk menghidangkan air
kepada mereka dan melabuhkan punggungnya disebelah Amanina yang sedang mendukung
bayinya.Dhiya kelihatan mesra dengan bayi itu.

“Amanina,pass je Amira tu dekat Dhiya tu biar tak kekok nanti”,Amira Diyana adalah nama
kepada anak pasangan Razali dan Amanina yang baru saja berusia hampir 4 bulan .Aku dan
Dhiya sempat menjenguk Amanina yang baru saja bersalin tempoh hari yang kebetulan aku
ada di Kuantan waktu tu.Sihat walafiat saja bayi mereka.

Razali yang mendengar apa yang aku perkatakan itu mula curiga dengan aku.Bayi Amira
sedang seronok bermain-main dengan Dhiya dengan mainannya digoncang-goncang untuk
menarik perhatian Amira dengan bunyi-bunyian.

“Kekok?Kau nak dapat anak ke?”,jerit Razali .Hampir saja didengari oleh isi rumah yang
lain.Kantoi lak plan aku nak suprisekan malam nanti.

Aku membisikikkan soal itu ditelinga Razali menandakan bahawa betul aku akan
menimangkan cahaya mata nanti.

“Serius eh?Tak main-mainkan?”.

“Ya Allah ,aku serius la ni”.

“Alhamdulillah.Parents kau dah tahu ke?”,Razali menanyakan soal rahsia ini sama ada
kedua-dua ibubapa aku dan Dhiay sudah tahu ataupun tidak soal berita gembira ini.Aku
menggelengkan kepala tanda ibubapa aku dan Dhiya masih tidak mengetahui soal ini.

“Patut la suruh aku senyap bagai”.

“Aku rancang nak beritahu diorang malam ni”.

Razali dan aku banyak berbual-bual soal biasa lah.Kalau tak kerja mesti pasal life
kitaorang.Aku dah faham sangat dengan Razali ni.Kawan aku kot.Giler tak kenal
gaduh,menangis dan ketawa sekali dulu .Tu tak kira berapa kali kami terlepas sahur dulu
waktu bulan puasa dulu.Moyok dalam kelas sebab tak sahur.

………………………

Bahan-bahan yang sudah diperap sudah tersedia di dalam besen besar sejak petang tadi
lagi.Diperap sendiri oleh Dhiya dan dibantu oleh Jenny dan Kaklong.Kelihatan bara api
sudah dinyala sejak magrib tadi lagi.Kini ayam sudah diletakan di atas bara api sementara
menunggun tetamu untuk datang ke rumah.Beberapa orang saudara-saudar dekat Umie dan
Ayah sudah datang lepas magrib lagi dan Ibu dan Abah Dhiya datang sejak asar tadi.Kami
mengambil peluang untuk solat magrib berjemaah di ruang tamu alang-alang sudah ramai
yang datang.

Adik beradik Dhiya katanya datang lepas magrib namun bayang massih lagi tidak
kelihatan.Izz dan Jenny sampai lepas Razali datang tadi sempat berjumpa mata dengan Razali
tadi.Aku,Izz dan Along macam biasa yang menegambil tugas berperang dengan asap untuk
kali ini.Hangus la muka kitaorang mala mini kena asap .

Azan isya’ sudah kedengaran dan kelihatan hamparan sejadah sudah terbentang di ruang
tamu dan mereka sedang siap-siap untuk solat isya.Dhiya yang menjaga stok perapan daging
sedang membawa satu besenyan berisi daging kambing untuk dibakar oleh kitaorang.Jenny
juga ada disebelahnya sedang membawa besen kecil yang berisi makanaan untuk anak-anak
kecil yang berupa hotdog dan patty daging.

“Sayang dah pesankan jangan angkat yang berat-berat”,kataku kepada Dhiya yang sedang
berjalan ke arah kami.Satu besen sedang menutup perutnya dibawanya.

“Kau ni dah kenapa,Am.Bukan Dhiya tak pernah buat kerja berat pun”,balas Jenny yang
sengaja mengusik aku.

“Takde la nanti Dhiya penat.Diakan meng……”,aku hampir terlepas cakap depan mereka
berempat.Aku memandang Dhiya yang sedang mengisyaratkan sesuatu kepada aku.Dhiya
dan Jenny meletakkan besen yang dibawa oleh mereka di atas meja.Aku,Along dan Izz
sedang duduk sambil menunggu ayam bakar itu siap.

“Me…Me.Me apa ani?Mengandung ke?”,Jenny yang masih tidak puas hati dengan
percakapan aku yang berhenti itu.

Aku menghulurkan kerusi untuk Dhiya .Kerusi yang sama yang aku duduki tadi.

“Sayang duduklah mesti penatkan angkat tadi”,kata aku.Dhiya melabuhkan punggungnya di
atas kerusi itu.Aku berdiri sambil memegang penyepit di tangan aku.Dhiya mengeluarkan
telefonya dan mengajak kami untuk bergambar sama-sama.Kebetulan semasa kami
bergambar Kaklong datang sama jadi kami bergambar berenam.Tiga orang askar dan 3 orang
puteri menantu Umie dan Ayah sedang sama-sama bergambar dengan riang diluar sambil
menunggu yang ada di dalam rumah sedang solat isya’

Kami berbual-bual dengan rancaknya dan tiba-tiba Jenny menegur aku, “Kau tak jawab lagi
aku apa yang aku tanya tadi”.Walau aku dan Jenny berstatus ipar namun panggilan yang
digunakan oleh kami hanya nama ataupun ber ‘aku-kau’ je sebab dah terbiasa.Lagipun aku
tak kisah sangat dengan nama panggilan ini .

Aku memandang Dhiya yang masih lagi sedang duduk di atas kerusi.Dhiya pandang aku dan
aku juga pandang Dhiya.Masing-masing cuba membaca isihati masing-masing dan Dhiya
menggenggam jari tangan aku dan tersenyum.Aku faham apa yang dimaksudkan dengan
genggaman itu.Aku menarik nafas yang panjang sebelum memulakan bicara aku.Keempat-
empat mereka sdang memandang aku dengan penuh penantian apa yang aku cakapkan nanti.

“Aku just nak cakap yang Dhiya dah sah pregnant 10 weeks”,aku cakap dengan nada yang
biasa aku gunakan.Dapat dilihat muka mereka berempat sedang terlopong setelah aku
habiskan percakapan aku.

“Wey,kau serius kan?”.

“Bodohlah aku serius la ni.Ingat aku main-main ke hal macam ni”,

Tanpa aku sedar dua orang insan yang membesar dengan aku memeluk aku.Air mata aku
sedang gugur jatuh ke pipi aku.Dah lama kami tak seperti ini dan dah lama aku tak sedih
macam ni dengan mereka berdua.Aku sedih-sedih macam ni dulu pun masa aku nak ke UK tu
pun mereka datang yang beri aku semangat untuk aku pergi.

Mereka lepaskan genggaman pelukan itu dan senyum ke arah aku.Sedang aku juga melihat
Jenny dan Kaklong sedang mengesat air mata mereka.Mungkin sebagai seorang perempuan
mereka tahu apa perasaan apabila disahkan hamil.Fetus yang akan dikandung ke hulu hilir
bersama untuk 9 bulan 10 hari.Merea berdua mengusap-ngusap perut Dhiya.

Aku mengesat-ngesat air mata aku yang masih ada dipipi aku ini.Melihat mereka sedang
gembira dengan berita yang aku sampaikan tadi.

“Let me guess that Umie doesn’t know about this right and you make this barbeque session to
share this news to us”,kata Izz kepada aku.

“B-I-N-G-O”.

Izz dan Along sangat faham dengan perangai aku yang suka berahsia perkara-perkara yang
penting dan mustahak untuk diberitahu.Kalau dulu nak berangkat ke UK pun seminggu lepas
terima surat baru aku hulurkan surat itu kepada Umie dan Ayah.

Ayah yang sedang datang ke arah kami yang sdang berbual-bual sambil membakar
ayam.Sudah banyak ayam dan daging yang siap dibakar dan masak untuk
dihidangkan.Nampaknya kelihatan tetamu sudah ada yang memulakan acara makan-makan di
ruang tamu rumah dan bahagian luar rumah.Ayah datang untuk tanya sama ada sudah ada
daging mahupun ayam yang sudah masak untuk dihidangkan kepada tetamu.

Umie juga berjalan ke arah kami untuk menghulurkan jag air jika-jika kami haus.Ibu dan
Abah Dhiya datang ke arah kami untuk lihat-lihat kami yang sedang sibuk di bahagian
pembakaran di sudut tepi halaman rumah.

“Rancak eh kamu borak dari tadi lagi bising-bising Umie dengar”,tegur Umie.

“Takdelah borak kosong saja”.kata Izz.

Izz menyarankan kami untuk bergambar bersama-sama sebagai satu keluarga terutama untuk
Dhiya dan aku.Izz mencuit bahu aku dan membisik sesuatu kepad aku.Aku cuba memahami
apa yang dibisikkan oleh Izz tadi.

“Bisik apa pulak tu”,kata Abah Dhiya kepada aku.

“Si Adham ni nak beritahu something”,aku menyiku perut Izz sebab tak sabar-sabar nak
suruh aku kena kejar dengan parang.

Aku menggenggam tangan Dhiya dan Dhiya memahami dengan perlakuan aku itu.Dhiya tahu
tak mudah buat aku memberitahu soal kandungan yang dihamilkan oleh Dhiya itu.Aku
menarik nafas yang panjang cuba untuk menenangkan diri aku .Aku melihat wajah kedua-dua

ibubapaku dan mentua aku itu.Wajah yang dipacarkan oleh seakan-akan tidak sabar untuk
medengar apa yang ingin aku katakan nanti.

“Adham nak cakap yang Dhiya dah pregnant sepuluh minggu”.

Jika tercengang aksi yang didapat oleh adik-beradadik aku Si Along dan Izz kalin ini aku
mendapat reaksi yang lain dari kedua-dua orang tua aku itu.Air mata terus mengali dipipi
mereka saat aku habis bicara itu kerana mereka tidak percaya apa yang aku perkatakan
itu.Aku dipeluk oleh Ayah dan Abah dan Dhiya dipeluk oleh Ibu dan Umie.Izz dan Along
turut menyambut pelukan kami itu dengan dan juga Jenny dan Kaklong.

Walau ini bukan cara kejutan yang aku ingin berikan namun aku dapat rasakan kasih sayang
yang mengalir dari pelukan itu.Aku dapatkan rasakan.Setelah apa yang aku lalui sejak dulu
ini adalah penamat yang cukup sempurna untuk aku.Kehadiran mereka dalam hidup mereka
mengajar aku untuk menghargai apa yang ada di depan mata aku .Aku gembira dikurniakan
orang-orang yang hebat dalam hidup aku.

Terima kasih untuk setiap waktu yang dikurniakan kita bersama.Setiap waktu yang cukup
berharga untuk kita semua.

……………………………

Epilog

Aku dan Dhiya kini bahagia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Asfa Nabilah dan Asfa
Madihah .Mereka bukan kembar tapi diberikan nama yang hampir sama.Asfa Nabilah adalah
cahaya mata aku yang pertama dengan Dhiya yang kini sudah berusia menghampiri empat
tahun dan Asfa Madihah kini berusia setahun.
Aku dan Dhiya sudah selamat hidup di Kuantan selama hampir empat tahun apabila aku
dinaikkan pangkat ke cawangan pantai timur beberapa bulan selepas Dhiya disahkan
hamil.Alhamdulillah rezeki anak agaknya.Alhamdulillah untuk setiap kurnia yang aku
dapatkan kini.Aku bahagia di sisi Dhiya.Permaisuri cinta hati Adham Mikail yang bertakhta
sejak dulu lagi.Soal impian aku untuk lanjutkan pelajaran biarlah dulu ia terkubur kerana
kehadiran mereka mengajar aku untuk menghargainya.
Dhiya sedang asyik memerhatikan matahari terbenam di gigi air pantai.Aku datang dan
membaca sebuah puisi untuknya.Ia adalah ulang tahun perkahwinan kami yang kelima.

Kalau dulu aku sedang jatuh cinta,
Kalau kini aku sedang menghargai cinta,
Kalau dulu aku menagih segala perhatiannya
Kalau kini aku menerima segala perhatianya

Untuk setiap waktu bersamamu,
Aku akan menghargai setiap kehadiranmu,

Aku akan cuba melihat senyumanmu,
Itulah sumber aku terus bahagia,

Dulu kita hanya musuh medan perang,
Kini kita adalah komander dua musuh cilik,

Madi dan Bella takkan pernah curi hati,
Kerana Puan Dhiya adanya hatinya tersendiri,

Kehadiranmu mengajar aku banyak perkara,
Kehadiranmu mengajarku untuk tabah,

Kehadiranmu mengajarku untuk tetap setia,
Terima kasih untuk setiap waktu kehadiranmu,

Dhiya yang merah padam mukanya melihat aku sedang melutut membaca puisi itu.Dhiya
menarik aku supaya bangun dan berdiri.Aku menatap wajah yang sama aku cintai sejak 20
tahun dulu.Wajah yang selalu memberi isnpirasi kepadaku.

Aku memegang dagunya dan menatapnya matanya.Tangan yang sebelah lagi menghulurkan
kotak hitam rahsia.Kotak yang mengimbau kenangan aku dengan Dhiya.

“Apa ni?”.

“Bukak la”.Dhiya melihat beberapa keping foto kami waktu kami sedang dibangku
sekolah.Foto yang selalu menjadi sumber untuk aku hilangkan rindu

“Sayang pun ada kejutan ”,Dhiya menunjukkan sebentuk cincin kepada aku.

“Wait a minute.Mana sayang dapat ni”.Dhiya tersenyum kepada aku.

“Sayang dah lama simpan ini tau”.Aku mengambil cincin itu dan melutut sekali lagi.

“Mrs. Dhiya Sofea would you be mine? ”,kata aku.Cincin ini secara sah akan melamar
tuannya

“Yes Mr.Adham Mikail ”,aku bangun dan menyarungkan cincin itu di jari manisnya.Aku
memegang dagunya dan menatap wajahnya itu dan berkata,

“Kita ibarat bulan dan bintang yang berjauhan namun kita selalu ada dan menyinari diri
masing-masing”.


Click to View FlipBook Version