“Aku ternampak noti kau semalam tertera nama dia”.
“Elok la tu mula-mula teman beli barang lepas tu beli cincin pulak ”.Usikan kepada aku tak
terhenti apabila Umie memberi kata-kata tajam untuk aku.
Mereka yang ada di ruangan makan itu ketewa dan aku hanya mampu lemparkan senyuman
saja.Lepas ni tak nak bagitahu dah.
…………………………………….
Dicapai topi hitam dan jaket hitam dan disarungkan.Lepas sarapan tadi aku masuk ke dalam
bilik untuk melelapkan atas sekejap.Bukan sekejap aku terlelap tadi agak lama
jugaklah.Nasib baik aku kunci alarm di telefon kalau tak memang terlajak tidur aku tadi.Dah
Hanya jersey Liverpool menjadi pilihan untuk dipakai bersama seluar jeans hitam.Disembur
perfume di beberapa bahagian badan terutama di kawasan yang ada lipatan tubuh.
Aku berjalan keluar dari bilik dan baru beberapa langkah aku dah terima usikkan daripada
Izz.
“Fuyooo…Orang nak pergi dating dah siap la”.Ada saja usikan yang aku kena.Umi dan yang
lain-lain sedang menonton televisyen di ruang keluarga.Izz dah pesan kepada Umie yang
Umi tak perlu masak untuk tengah hari kerana Izz dan Jenny akan pergi lauk dekat luar malah
aku juga memang akan makan diluar untuk tengah hari.
“Umie,nak kirim apa-apa tak?”,tanyaku.
“Nak kirim menantu baharu je”,terus terdiam aku mendengar jawapan Umie itu.
“Nanti orang bawa balik”.Aku dengan selamba menjawabnya sambil mengangkat kening.
………………………………..
Disebabkan aku harus menjemput Dhiya di rumahnya dahulu maka terpaksalah aku
memandu kereta .Tahu-tahulah jalan di kota Kuala Lumpur pada hari hujung minggu sesak
dengan kereta lebih-lebih lagi hujung bulan dan awal bulan.Kalau ikutkan nak pergi
berasingan saja namun nampak tak elok pulak maka aku saja menawarkan untuk menjemput
Dhiya di rumah.
“Assalamulaikum”,sesampainya aku di rumah Dhiya aku memberi salam terlebih dahulu.
“Waalaikumusalam,Masuklah dulu.Dhiya masih bersiap-siap ”.
Segan untuk aku masuk sebenarnya tapi rasa tak manis untuk untuk tolak pelawaan maka aku
menerima pelawaan itu.aku duduk diatas sofa di ruang tamu dan berbual-bual dan Haziq dan
Pak Aki.
“Haziq,kamu dah tahun berapa belajar dekat universiti”.
“Dah tahun 2”.
“Kejap je dua tahun tu”.
Setelah lima minit menunggu akhirnya Dhiya keluar dari biliknya.
“Dah lama ke menunggu? ”,tanya Dhiya.
“Baru je sampai”.jawabku dengan tenang.
“Kesian dekat Adham tunggu kamu.Lama sangat kamu bersiap”.
“Eh..takpe pak cik.Saya tak kisah pun lagipun saya memang keluar awal pun tadi dari
rumah”.
Dhiya menyalam tangan abahnya dan diikuti oleh aku.Dah lama aku tidak berjumpa dengan
Pakcik Aki sejak Dhiya kluar dari hospital memang aku tak jumpa langsung.Dah lama juga
aku tak datang ke rumah milik keluarga Dhiya ini.Adalah dalam spuluh tahun macam tu.Dah
banyak yang berubah sejak kali terakhir aku datang dulu.Aku pun dah nak mengjangkau
umur 30 dah.
“Bawa kereta elok-elok”.pesan Pak Aki.
“Baik pak cik”.
……………………………
Aku memandu kereta milikku untuk menjemput Dhiya.Razali sendiri menghantarnya tiga
minggu lepas selepas dia ingin pulang ke rumah ibubapa di Senawang.Razali memandu
kereta aku manakala Amanina memandu kereta miliknya untuk ke sini.
Kami berdua berjumpa di kawasan yang berdekatan dengan pejabat aku kerana kebetulan aku
harus berjumpa dengan klien pada hari tersebut di luar
“Ni kereta awak ke?”
“Kenapa tak percaya ke?”
“Bukan tak percaya tapi bukan ke kereta ni terlalu mahal untuk pasaran Malaysia”.
“Saya curi dari kedai malam semalam”.
“Lagi satu kenapa ada heels perempuna dalam ni?”.
“Jangan cakap awak dah ada girlfriend lepas tu awak jadikan saya alasan untuk curang
”,sambung Dhiya.
“Takdelah.Saya pakai masa fashion show minggu lepas”.
Akibat geram dengan jawapan aku maka handbag ditangannya singgah di bahuku.
“ADUH!”,jerit aku.Mujur kereta sedang berhenti di lampu isyarat kalau tak boleh
mendatangkan bahaya .
Lepas itu ,Dhiya hanya mendiamkan diri tanda protes dan merajuk dengan jawapan yang aku
berikan.
Memilih untuk mengelak dari menjawab segala persoalanya kerana bagiku itu semua tak
penting.
“Ini kereta saya.Masa saya takde family saya yang guna.Tu mesti kasut Amanina isteri Razali
sebab diorang yang guna haritu ”.
“Kenapa saya tak pernah tahu awak ada kereta semahal ini?”,Dhiya masih tunjukkan respon
tidak berpuas hati dengan jawapan aku.Mulutnya sedikit mencebik seperti paruh itik .
“Kenapa awak tak pernah post dekat IG awak.Patut awak tayang macam orang lain.Biar
orang lain bangga ada kawaan macam awak.Berjaya kumpul duit bei kereta
idaman”,sambung Dhiya.
“Sebab saya bukan orang lain.Itu hak mereka untuk tayang semua itu.Kalau bagi mereka
dengan buat semua itu akan beri inspirasi kepada orang ,silakan buat tapi bukan saya.Ada
ramai lagi orang yang berusaha keras namun Allah masih tak kurniakan dia kejayaan
akhirnya dia mengeluh dan berputus asa dengan Allah.Bila manusia letakkan duit ,harta
,pangkat dan kecantikan sebagai ukuran nilai sesuatu kejayaan maka mereka akan mengeluh
apabila Allah tidak kurniakan mereka semua itu setelah mereka berusaha keras. Apa yang
penting adalah how we use our ‘nikmat ’ in good way”.Panjang lebar aku terangkan.
“Langsung tak berubah.Masih fikirkan orang lain sampai lupakan diri sendiri”.
Mendengar apa yang diucapkan oleh Dhiya aku terdiam.Ada betul juga apa yang Dhiya
cakapkan .Aku terlalu fikirkan orang lain sampaikan aku abaikan diri sendiri.
………………………….
Sesampai di pusat membeli belah,kami terus ke pawagam untuk menonton wayang .Aku
biarkan Dhiya yang memilih filem kerana aku datang untuk luangkan masa
dengannya.Perasaan bersalah masih lagi membelenggu diri aku.Kalau ikutkan aku nak tengok
filem action or romance tapi biarlah Dhiya yang memilihnya.Selalunya aku akan tertidur
sebaik saja masuk ke pawagam kerana aku bukanlah kaki filem sangat .Setakat nak hilangkan
kebosanan dan kepenatan saja.
Sementara menunggu Dhiya beratur membeli tiket ,aku pula bratur mmbeli makanan ringan
untuk kami.Satu set combo popcorn dan dua cawan plastic air bersaiz medium menjadi
pilihan untuk kami berdua.Diperhatikan saja sekeliling yang dipenuhi dengan orang terutama
yang membawa keluarga ,isteri dan anak-anak.
Selesai membeli bahagian tugas masin-masing,aku dan Dhiya kembali berjumpa di ruangan
lobi pawagam.Dhiya menunjukkan kepingan tiket yang dibelinya kepada aku.Baca saja tajuk
filem terus tak bermaya untuk aku menontonnya.
“Cerita hantu ke?”,tanya aku.
“Dah lama saya nak tengok cerita ni”.
Selepas wayang,perasaan menyesal membiarkan dia memilih filem kerana dia memilih filem
ber genre seram.Dia tak tahu ke aku benci tengok filem seram.Popcorn dan air dijadikan alas
untuk menutup mata kerana takutkan akan ada aksi jumpscare di babak berikutnya.Dua jam
di rasakan 2 hari dek kerana takut dan ingin keluar cepat-cepat dari panggung itu.Itu belum
cakap aku menjerit ketakutan lagi.Dah macam kanak-kanak minta susu je rasanya.
Melihat Dhiya yang menonton dengan bersahaja.Ada jugalah dia tutup mata sikit-sikit taklah
seteruk aku.Masha Allah,jumpscare dia boleh buatkan aku sakit jantung dan luruh segala
organ dalaman aku namun ditahan juga untuk habiskan menonton filem itu.
Terus berlari ke anak tangga untuk keluar dari pawagam itu.Boleh bawa mimpi seram untuk
aku malam ni.Menyesal sangat-sangat tonton filem seram.Dhiya hanya ketawa kecil melihat
telatah aku itu.Melihat Dhiya senyum kegirangan buatkan perasaan taku itu hilang dari diri
“Muka bukan main ganas tapi penakut”.Melihat Dhiya ketawa kecil apabila mengungkapnya.
“Lepas ni kita nak pergi mana?”,tanya aku yang sedang memegang bekas minuman wayng
tadi yang masih tidak aku habiskan lagi .
“Kita makan dulu lepas tu beli barang kejap and lepas tu makan lagi”.
“Mak aiii…sampai dua kali makan .Patutlah…”,Belum sempat habiskan ayat Dhiya
memotong percakapan aku.
“Patut apa?Patut saya gemuk ke?”
Tersentap apabila mendngar semua itu.Sah-sah dia merajuk .Ada dua pepatah berkaitan
mulut iaitu:-
1.Kerana mulut badan binasa.Ini untuk orang yang tak jaga mulut .Main cakap je .
2.Kerana mulut berat badan naik.Ini khas untuk orang yang suka makan.
“Okay-okay saya salah.Saya belanja awak makan nanti.Kita shopping.Saya bayar”.
“Kalau macam tu saya nak handbag,baju ,heels and nanti saya fikir lagi”.
“Awak balik dengan teksi la macam tu”.
“Kenapa lak ?”
“Sebab saya nak pergi gadai kereta nanti takut tak cukup duit cash”.
Dhiya ketawa dengan lawak aku.Masih berbisa rupanya aku membuat lawak hambar seperti
ini.Asalkan melihat dia senyum kita okaylah kot.Kami habiskan masa lebih kurang sejam
untuk membeli belah.Lebih kepada window shopping sebenarnya.Cakap saja aku
membayarnya namun kami masing-masing membayar harga untuk barang kami.
……………………..
Selesai shopping,kami meletakkan barang-barang yang dibeli itu ke dalam but kereta..Malas
untuk mmebawanya ke sana ke mari sambil memegang plastik.Dhiya membuat keputusan
untuk kami berdua makan diluar dari kompleks membeli-belah itu saja.Aku membiarkan
Dhiya membuat keputusan di mana dia ingin makan.Aku akan ikuti saja.Sebuah kafe hipster
menjadi pilihan Dhiya sebagai tempat makan tengah hari kami berdua.
Kafe itu terletak hanya disebelah bangunan maka kami berdua memilih untuk berjalan kaki
saja.Hapir nak pitam rasanya dengan bahang matahari yang seolah-olah di atas kepala.Sangat
panas pada hari itu.Setelah beberapa hari yang hujan maka tiba massa untuk matahari pula
mengambil giliranya.
Kerusi yang paling hujung dan terbelakang menjadi pilihan kami berdua.Saja untuk elakkan
berjumpa yang kami kenali ataupun ada drama nanti.Takde la malu sangat.Kafe itu agak
lengang dari kebiasaan menurut Dhiya.Dhiya kata kafe itu kafe yang sudah lama dibuka
namun sejak akhir—akhir ni makin famous sebab ditularkan di media sosial disebabkan
dekorasi yang sudah berubah.Dulu dekorasi bertemakan bunga-bungaan namun kini brtukar
kepada tema komtemporari.
Seorang pelayan perempuan mendekati meja kami berdua.Dihulurkan menu itu kepada
kami.Aku memandang dirinya dan melihat tagnama yang tertera ‘Aisyah’.Kad menu milik
Dhiya singgah di tangan aku.
“Aduh!!”.
“Mengelamun lagi.Cepatlah order nak makan apa”,pelayan yang bernama Aisyah itu hanya
ketawa kecil melihat telatah kami berdua.
“ Untuk saya sama je dengan makcik ni.Air je tukar kepada medium iced lattee”,Dhiya
menjeling ke arah aku selepas mendengar perkataan ‘makcik’ dari mulut aku.Aku pulak
sengaja menekan perkataan itu.Pelayan itu selesai mengambil pesanan kami berdua
meninggalkan meja kami.Aku masih memerhatikan pelayan yang bernama Aisyah itu.
“Amboi!Bukan main eh seronok tengok dia sampau tak berkelip.Cantik sangat ke dia sampai
tak pandang saya langsung”.
Mendengar itu aku mengalih pandangan aku kembali ke Dhiya yang sedang duduk mengadap
aku.Mata kami bertentangan tajam.Aku melemparkan senyuman kepada Dhiya.
“Kenapa senyum pulak ni.Dah fall in love ke?”,sinis sungguh kata-kata Dhiya itu.Aku
lemparkan satu lagi senyuman lagi kepada Dhiya.Sungguh menghairankan untuk Dhiya.
Aiskrim yang dipesan oleh kami berdua telah pun sampai sebagai santapan dessert
kami.Pelayan yang bernama Aisyah itu juga yang menghantarkan pesanan aiskrim kami.
Aiskrim diletakkan di atas meja.Dhiya mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
“Dik,cakap dekat makcik yang dia cantik sangat-sangat”,sebelum beredar aku sempatkan
katakan itu kepada pelayan itu.Sungguh manis sekali senyuman itu.Berbaju uniform kafe
serta berapron biru serta berseluar jeans hitam.Kain apron sungguh bersih bak baru dibeli dari
kedai.
“Makcik,pakcik ni kata makcik ni cantik”,Dhiya ketawa selepas mendengar aku dipanggil
dengan gelaran ‘pakcik’.
Pelayan itu meninggalkan kami dengan dua buah mangkuk aiskrim strawberry.Satu persatu
suapan aiskrim singgah ke dalam mulut kami. Dhiya membuka mulutnya untuk bercakap
kepada aku.Sudu diletakkan ke dalam mangkuk aiskrim yang berbaki separuh lagi.
“Boleh tak nak tanya something”. Muka ku berkerut kerana dari segi gaya percakapan ia
nampak akan jadi lebih serius.Sudu yang ada di tangan diletakkan di dalam mangkuk.Cuba
untuk memberi fokus 100% kepada apa yang Dhiya ingin katakan kepada aku.
“Apa dia?”,tangan diletakkan kedua-duanya di atas meja.Mata merenung Dhiya.Dhiya juga
nampak bersedia mendengar jawapan dari aku.
“Kenapa selepas apa yang berlaku antara kita berdua sekarang untuk awak pilih untuk
balik?”,aku menghela nafas yang panjang.Tak perlu berdalih lagi dengan sesiapapun.Jujur
aku balik sebagai seorang kawan saja namun aku tak harap semua ini akan terjadi
langsung.Jujur aku tak bersedia untuk berdepan dengan Dhiya dalam keadaan macam ni naun
ini bukan masa untuk menipu
“Betul nak tahu ni?”.
“Iye…Saya rasa saya dah bersedia untuk tahu and dalam pada yang masa yang saya berhak
untuk tahu”.Tiada lagi penipuan.Itu yang jelas kerana penipuan yang aku bawa selama ini
hanya sakitkan diri aku sendiri.Dhiya nampak betul-betul bersedia untuk mendengar jawapan
dari aku.Dah lama tak rasa berdebar macam ni.Kali terakhir masa naik pentas ambil scroll
waktu konvokesyen.
“Lepas kejadian tu,saya janji dengan diri saya yang saya tak nak ambil tahu langsung pasal
awak”.Dhiya menundukkan kepalanya selepas mendengarnya
“Why you do all this”.Dhiya seolah-olah menekan aku untuk menjawab dengan lebih jujur
dan terperinci.
“Sebab saya nak lupakan semua yang berkaitan dengan awak.Saya ingatkan 9 tahun ini cukup
tapi tak.Bila Sherry mesej saya yang yang awak accident ,saya buat keputusan untuk balik ke
.Saya balik sebab Sherry cakap yang kemalangan awak dan peluang untuk awak hidup adalah
tipis. Saya takut saya tak sempat untuk minta maaf dengan dengan apa yang jadi 9 tahun
lepas.Melihat awak terbaring kaku buatkan saya menangis sebab kalau saya ada mungkin
semua ini takkan terjadi.Saya silap menilai diri saya”.
Tanpa sedar air mata ini jatuh menitik di atas meja.
“Awak tahu tak masa saya koma,hampir setiap hari saya dengar suara orang mengaji tepi
telinga saya.Saya dengar orang bagi semangat untuk saya lawan.Saya dengar setiap apa yang
diperkatakan oleh orang sekeliling.Saya tak tahu sama ada itu mimpi atau tak tapi itu yang
buatkan saya bangkit melawan. Bila saya sedar dari koma,saya tertanya-tanya siapa orang itu
dan Abah bagitahu yang awak melawat saya hari-hari sampailah saya sedar dan awak
menghilangkan diri lagi”.
“Dan saya ada ternampak bayangan awak petang hari di mana saya sedar yang sedang
mengelapkan air mata dan bayangan awak hilang selepas itu .Sherry yang bagitahu saya yang
awak yang bagi baju ni dekat saya”,sambil menunjukkan helaian itu.Aku baru perasaan yang
Dhiya memakai baju yang aku berikan hari tu.Damn it…
“Jadi awak dah tahu la semua pasal ni?”.
“Masa saya panggil awak ke hospital ,saya nak dengar awak jujur dengan saya tapi saya tak
sangka semua itu akan jadi.Saya minta maaf untuk itu.Saya sedar bahawa Adham Mikail ini
adalah Adham Mikail yang sama yang pernah fall in love dengan saya sejak zaman sekolah
saya”.Aku tersenyum mendengar itu.Gila agaknya aku ni dari zaman sekolah ada sorang je
‘crush’.
Betullah apa yang dicakapkan orang itu, mencintai seseorang tidak sesukar untuk
menyayanginya.Hanyan yang betul-betul ikhlas saja yang akan pilih untuk ‘stay’ kerana
ramai yang akan pilih untuk meninggalkan orang yang mereka cintai.
“Saya sedar dulu saya tak pernah bagi awak peluang tapi bila awak pilih untuk jauhkan diri
dari saya ,saya sedar yang saya dah hilang orang yang selalu ada bersama saya dan orang
yang selalu menyokong saya masa saya susah mahupun senang”.sambung Dhiya.Masa itu
entah kenapa air mata kembali bergenang di kelopak mata.
Air mata Dhiya yang bergenang tadi mula jatuh satu persatu.Tak pernah tengok Dhiya seperti
ini.Dhiya yang aku kenali adalah seorang yang kuat dan tabah.
“Apa pun yang berlaku selepas ini,saya nak awak janji awak takkan tinggalkan saya
lagi.Saya nak awak ada dengan saya selalu”,kata Dhiya selepas mengelap air matanya.
Aku melemparkan senyuman ke arahnya.Aku menghulurkan tisu kepada kepadanya untuk
dia lapkan air matanya.Kami mengadap muka masing-masing dan aku dengan tenang
mengatakan,“Saya tak boleh janji semua tu”.
Dhiya cuba untuk senyum kelat kepada aku.Mungkin cuba menahan perasaan sedihnya itu.
“Maaf sebab saya nak tahu yang saya akan selalu berada di sisi saya”.Dhiya tersenyum dan
cuba untuk menahan dari ketawanya.
“Saya tahu nampak macam terlalu awal untuk saya katakan tapi can we be more than as a
friend”,sambung aku.Sebuah kata-kata yang aku pendam sejak dari zaman sekolah lagi.Aku
tak tahu dari mana kekuatan itu datang dari diri aku namun aku rasa kelegaan yang cukup
besar yang terbelenggu dari hidup aku sudah dilepaskan .
Sekali lagi Dhiya hanya tersenyum kepada aku.
“Nak ‘Yes’ ke ‘Definitely Yes’ ?”.
Steak yang dipesan oleh kami pun sampai ke meja kami.Pelayan yangbernama Aisyah itu
juga yang mnghantarkan kepada kami berdua.
“Dik,Pakcik ni ajak dating?Nak ke tak nak?”,usik Dhiya kepada pelayan itu.Pelayan itu
tersipu malu mendengarnya.
“Jangan layan sangat makcik ni.Baru keluar Tanjung Rambutan ni”,aku membalas usikan itu
dengan satu lagi usikan.Pelayan itu meninggalkan kami berdau tanpa sempat untuk aku
mengucapkan terima kasih kepadanya.Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh pelayan itu
terhadap kami.Gila agaknya kami ni.Selamba je usik playan kafe macam tu je
“Dhiya,can we keep as a secret for a while”.tanya aku dengan nada yang rendah.Dhiya
tersenyum medengarnya.Dhiya memahami kehendak dan pilihan aku itu.Mungkin dia juga
inginkan perkara yang sama.
Dituduh meraih simpati dan dituduh mengambil peluang atas kesempitan oleh teman-teman
sendiri sangat melukakan hati.Kami melalui fasa-fasa yang sukar dulu namun ia sekarang
sudahpun berubah.Bertindak dengan mantang mengikut arusnya adalah cara yang terbaik
buat kami sekarang ini.Jujur aku katakana bahawa seua ini terlalu cepat untuk aku.
Perubahan ini terlalu mendadak buat kami.Terlalu cepat untuk diterima oleh aku.Tak pernah
menyangka semua ini akan berlaku dengan begitu pantas.Moga kami trus bertahan untuk
mengharungi hari-hari yang mncabar dan panajng buat kami berdua lepa ni.Tak mudah
namun ini adalah permulaan untuk suatu pengembaraan baharu kami
…………………………………..
Langkawi
Aku dan Along berbual-bual di tangga rumah sampai menemani Izzati dan Baby J bermain-
main di halaman rumah pada sebelah petang.Saja untuk isikan waktu lapang yang seentara
menunggu waktu Maghrib menjelang.Ditemani dsecawan air nescafe cukup untuk kami
isikan waktu kami berbual-bual.Umie dan Ayah keluar selepas zohor tadi katanya nak
melawat rumah kawanya yang kini sedang terlantar sakit dan pergi beli barang dapur .
Sedang asyik borak pasal hal kerja,tiba-tiba Along menanyakan aku soal Langkawi.
“Jadi tak kita semua ke Langkawi minggu depan.Along dan Kaklong dah amik cuti.Kalau tak
jadi pun takde hal boleh lepak dekat rumah”,tanya Along.
“Jadi je tapi kena drive sendiri la sebab ada kawan pejabat nak tumpang sekali”.
“Takde hal stakat drive Kl-Perlis”,Along bersetuju dengan apa yang aku perkatakan.Aku
sudah membuat perkiraan yang kami akan pergi dalam dua hingga tiga buah kereta macam
tu.Aku dan kawan-kawan sepejabat aku satu kereta dan Along satu kereta.Kalau Izz nak ikut
sekali,dia satu kereta.Konvoi tiga buah kereta mesit meriah perjalan kami nanti
“Izz ikut sekali ke?”,
“Hari tu dia kata dia okay je.Lagipun dia kata dah lama tak bercuti sekali satu family so
alang-alang ada peluang baik ikut je”.
“Okaylah kalau macam tu.Along,Umie dan Ayah satu kereta ,kamu satu kereta dan Izz satu
kereta”.
“Okau juga tu.Kita bertolak Rabu pagi.Sampai je terus naik feri terakhir ke sana.Isnin pagi
kita bertolak balik .Segala tiket dan bilik hotel untuk family kita dah ditempah”.
“Tunggu untuk pergi jelah kalau macam ni”.
“Yup”.
Aku dan Along sempat berbincang beberapa perkara.Maklumlah time hujung minggu macam
nilah baru dapat berjumpa.Izz pula balik ke rumah mentua dia so esok baru dia datang
sini.Dah jadi rutin untuk Izz dan Along untuk balik ke rumah dan rumah mentua setiap
minggu kecuali ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan.
………………………………….
Dhiya memberi salam apabila turun dari kereta.
“Assalamulaikum”,salam yang dilemparkan itu disahut apabila salam kali ketiga diberikan.
Umie datang membuka pintu selesai.
“Waalaikumusalam”.
Pintu rumah dibuka dan Umie melihat Dhiya sedang berdiri di hadapan pintu masih lengkap
berbaju kurung biru serta shawl putih.Dhiya yang baru pulang dari kerja singgah di rumah
Adham untuk berjumpa dengan Adham
“Dhiya rupanya.Dah lama tak datang”.Dhiya tersengih malu dengan kata-kata itu.Sungguh
laa dia tak datang ke rumah ini sejak Adham ke UK langsung dia tak datang
menjenguk.Kalau dulu tiap-tiap hari raya ataupun ada keraian di rumah ini pasti dia akan
memenuhi undangan itu.Ada la beberapa kali dia datang ke sini untuk berjumpa dengan
Adham namun pasti Adham tiada di rumah.Kini,buang yang keruh,ambil yang jernih.
Umie mempersilakan Dhiya untuk duduk di kerusi ruang tamu dan meminta untuk Dhiya
menunggu sekejap kerana Umie ingin menyelesaikan urusannya di dapur.Selsai urusan di
dapur,Umie datang kemabli ke ruang dapur dengan membawa dulang yang berisi segelas air
dan beberapa keping kek coklat.
Dulang itu diletakkan dia atas meja dan Dhiya dipersilakan untuk minum.
“Dah lama kamu tak datang sini”.
“Tulah,rasanya dah dekat dua tahun”.
“Kamu nak jumpa Adham ke?”,tanya Umie.Dhiya hanya mengangguk menandakan hajat dia
datang ke sini adalah untuk berjumpa dengan Adham.
“Adham tak balik lagi.Biasa lah dia lepas Maghrib kadang baru sampai”.Dhiya tak terkejut
langsung dengan perangai Adham itu.Suka sangat stay dekat ofis lama-lama.Dah hmapir
sebulan dia dan Adham memilih untuk menjalinkan hubungan lebih dari sebagai kawan
namun perangai Adham langsung tak berubah.Call kadang-kadang tak diangkat ditambah
pesanan Whatsapp pun kadnag-kadang dibiarkan bluetick je.Naik geram jugak dengan
perangai Adham ni.
“Macam mana kamu dengan Adham?Okay ke?”,Dhiya terkejut dengan soalan itu ditanyakan
oleh Umie itu.
“Mak cik dah tahu ke?”.Umie hanya melemparkan senyumna berkenaan dengan itu.Dhiya
rasa serba salah pula nak menjawabnya
“Tak sah kalau dia tak sebut nama kamu dalam sehari sejak balik sini.Dhiya inilah Dhiya
itulah.Dah macam budak kecik makcik tengok”,Dhiya hanya ketawa kecil mendengar omelan
dari Umie itu.Raut wajah Dhiya berubah takut kerana hubunganya dengan Adham tidak
mendapat restu dari Umie
“Jangan risaulah.Makcik suka je kamu berkawan dengan Adham tu”.Dhiya mlemparkan
senyuman dibibirnya untuk melepaskan kelegaan dalam hatinya
.
“Adham tu nampak je tak amik kisah dengan orang sekeliling tapi dalam hati dia memnag dia
kisah semua benda”.Dhiya hanya melemparkan senyuman.Jauh di fikiran Dhiya dia bersetuju
dengan pernyataan itu.Orang yang dikenali dengan nama Adham Mikail itu sejak dari dulu
memang suka ambil berat pasal orang lain tapi dia takkan tanya scara terus.Adalah ‘tips adan
tricks ’ dia dulu.
“Lagi satu Adham dah bagitau kamu pasal dia pergil Langkawi hujung minggu ni?”.
“Dah bagitau cuma Dhiya nak tahu Adham dah bagitau Makcik yang saya akan ikut sama ke
belum”,Dhiya serba salah untuk mmberitahunya namun dia harus.Tak pepasal Umie terkejut
yang melihat Dhiya ada sama pada hari mereka berangkat ke Langkawi nanti.
Dhiya dah berbuih nasihatkan Adham supaya beritahu Umie awal-awal soal yang Dhiya akn
ikut sama nanti namun tidak diendahkan oleh Adham.Suka sangat ambil ringan hal-hal
sebegini.Buat macam takkan ada perkara buruk yang akan berlaku.Naik geram juga Dhiya
dengan Adham Mikail ni.
“Takde pun.Memang nak kena ni”.
Dhiya menceritakan sebad asbab yang di harus ke Langkawi bersama keluarga
Adham.Kawan pejabat Dhiya melangsungkan majlis persandingan di sana pada minggu yang
sama maka alang-alang itulah Adham mengajak sama untuk Dhiya pergi bersama
kelaurganya kalau dia mahu.Dhiya terus mempersetujuinya kerana bahaya untuk dia ke sana
seorang diri.
“Takpelah kalau macam tu.Dari kecik sampai ke besar memang tak berubah langsung
perangai”.Dhiya sendiri sudah masak dengan perangai Adham itu.Tak boleh nak jangka
perangainya .Kejab A keja B pulak .
Dhiya membisikkan sesuatu kepada Umie.Sebuah rancangan jahat yang ingin mengenakan
balik Adham akibat tidak memberitahu Umie.Umie hanya mengangguk faham dan setuju saja
dengan rancangan itu.Bukan mahu ingin berbuat jahat atau ‘prank’ tapi ingin menyedarkan
Adham bahawa kadang-kadang perkara kecil pun harus diambil kira juga.
“Maaflah Makcik,rancak borak sampai dah habis kek coklat ni ”.
“Takpe-takpe.Makcik tak suka sangat kek coklat tapi Adham memang hantu bab kek coklat
”.
“Iye ke?”.
“Adham tu memang suka sangat dengan kek coklat”.
Adham tak pernah menceritakan langsung soal dirinya.Apa yang Adham tahu adalah dia suka
mendengar celoteh dari orang.Katanya membuka minda dan otak dalam memberi perspektif
pandangan yang berbeza terhadap seseorang.Dhiya sendiri tidak memahami soal itu.
Hari pun dah makin lewat maka Dhiya meminta diri untuk pulang ke rumah.Dah hampir dua
minggu dia mula duduk kembali di rumah sewanya.Kereta yang dipandu oleh Dhiya kelaur
dari pintu pagar rumah.Dhiya tak sabar untuk mulakan percutianya ke Langkawi yang
berbaki lagi dua hari.
………………………………….
Barang-barang yang ingin dibawa kesemuanya diletakkakn di tepi tangga untuk disusun dan
dimasukkan ke dalam but kereta Along.But kereta aku hanya diisi dengan sebuah beg saja
iaitu beg aku.
“Semua beg ringan-ringan je ni?”,usik aku.
“Macam lah kamu tak terbiasa”.Kami bertiga si lelaki yang ada di luar ketawa saja.Beg-beg
selesai dimasukkan ke dalam but kereta smentara menunggu Kaklong dan Umie yang masih
ada di dalam.Izzati dan Baby J masih bermain-main di halaman rumah.
“Semua barang dah masuk dalam kereta ke?”,tanya Ayah yang sedang memnuggah segala
beg dan bagasi ke dalam but kereta.Kaklong dan Umie masih bersiap-siap di dalam
rumah.Along pula sedang check enjin kereta takut-takut ada kerosakan.
“Dah,semua barangan dah ada dekat luar”,jerit Umie.
“Ayah,saya bertolak dulu la ye.Nanti kita jumpa dekat RnR mana-mana”.
“Okay juga tu,takde la kawan kamu menunggu lama sangat”.
Kereta yang dipandu mula meninggalkan halaman rumah.Jauh perjalanan kami berempat hari
ni.Dah la aku sorang je pemandu dalam kereta.Aku membebel seorang diri di dalam
kereta.Kalau ikutkan hati nak je pergi dengan flight tapi memikirkan soal nanti dekat sana
susah nak bergerak ke sana ke mari maka keputusan yang dibuat adalah pergi saja dengan
kereta.Walaupun boleh saja nak sewa kereta dekat sana namun memikirkan soal harga terus
membatalkan niat aku.
“Mula-mula Dhiya lepas tu Natalia dan Tiro ”.getus hati ini saat menunggu lampu isyarat
bertukar warna dari merah ke hijau.
……………………………………….
Umie dan Kaklong keluar dari rumah sambih membawa satu bakul bekalan untuk mereka
makan nanti.Bekalan makanan yang terdiri daripada karipap goreng,nasi goreng serta buah-
buahan yang sempat dibeli.
“Mana Angah”,tanya Umie apabila dia tidak nampak kelibat aku di halaman rumah.
“Angah dah pergi dah.Dia kan pergi jemput kawan dia dulu”.
“Takpelah kalau macam tu.Jom la kita gerak lagipun dah lambat ni”.
………………………………………..
Sejak masu simpang ke rumah Dhiya,aku sudah terlihatkan Dhiya yang sudah menununguku
di hadapan pintu pagar rumah sewahnya.Aku memarkirnya keretanya di hadapan rumah
Dhiya.Aku memilih untuk membawa kereta milik Ayah dan Umie untuk dipandu kereta lebih
selesa untuk berjalan jauh malah lebih jimat minyak petrol.
“Dah lama ke tunggu?”,tanya aku.
“Baru je”.
“Kenapa tak tunggu dekat dalam je.Nanti ada orang culik macam mana?”.
“Risau eh saya kena culik”,aku yang tengah menyusun beg-beg Dhiya di dalam but kereta.
“Mana ada”.Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan risauku itu.Kalau apa-apa yag
berlaku pasti aku akan menanggung tanggungjawabnya sebab Dhiya di bawah jagaanku
sepanjang kami di Langkawi.Masa aku berjumpa Pakcik Aki dua minggu lepas pun dah
terketar-ketar nak menjawab pertanyaan Abah Dhiya itu.Rasa macam dihujni dengan
pelbagai anak panahh menembusi perisai.Dah la Dhiya masa tu tenang je bagitahu Abahnya
itu yang dia akan ke Langkawi bersama aku.Naik seram aku dibuatnya.Nasib baik tak dikejar
dengan parang terus masa tu.
Dah la tambah satu lagi bala yang aku terlupa bagitahu Umie soal Dhiya ini.Mati aku nak
menjawab nanti.Si Izz dengan Along memang aku dah beritahu mereka awal-awal tapi
dengan Umie terus membisu tak tahu nak beritahu macam mana.Aku masih brharap yang Izz
ataupun along pergi bocorkan siap-siap takdelah aku mati nanti.Main redah je dulu masa
Dhiya cakap yang dia nak ke Langkawi terus saja aku bersetuju untuk membenarkan dia
mengikuti kami sekali.
“Senyap je ni.Ada masalah ke?”,tanya Dhiya.Sepanjang perjalanan ke Petaling Jaya untuk
menjemput Natalia dan Tiro,aku mendiamkan diri saja.
“Saya lupa nak bagitau Umie yang awak ikut sekali.Tengah buntu nak jawab apa nanti”,aku
melemparkan snyuman kepada Dhiya.Paling teruk pun Umi merajuk kejap je.
“Awak ni benda penting macam ni pun awak boleh lupa ke?Ke awak tak amik kisah pasal
saya?”,teruk aku dibebeli dengan Dhiya sepanjang perjalanan ke PJ.Hadah dan tadah saja
telinga sepanjang perjalanan itu.Raut wajah cuba dilemparkan oleh aku kepada
Dhiya.Setenang yang mampu.
Satu deringan telefon menyelamatkan aku dari terus dibebeli .Ingatkan panggilan telefon
biasa tapi panggilan video rupanya.Lebih mengejutkan panggila itu dari Umie ke telefon
Dhiya.
“Umie,kerja dekat sini dah settle dah”,sambil mengenyitkan mata kepada aku.
“Part 2 bersambung lepas ni”,sambung Umie.
Makin tak faham aku dibuatnya.Dhiya menceritakan bahawa dia datang ke rumah dua hari
lepas dan menceritakan segalanya kepada Umie.Dhiya menceritaka bahawa dia membuata
pakatan dengan Umie untuk kenakan aku nanti.
“Sanggup awak buat macam ni dekat saya”,aku seolah-olah merajuk dengan Dhiya.
“Awak tu yang main-main pasal ni dah kenapa”,aku mengaku salah aku terhadap itu.
“Awak nak tahu tak yang Umie bagi green light dekat kita berdua?”.
“Lambat la awak ni.Umie memang beri izin sejak dulu lagi”.
Mata sedang memerhatikan telefon untuk kerana sedang melihat peta di dalam telefon.Ini kali
pertama untuk aku masuk ke dalam kawasan rumah Natalia.Kalau area kawasan depan tu
,selalulah jugak datang lepak tapi bila masuk kawasan perumahan ini memang tak tahu la.
Kereta yang diguna oleh Natalia diparkir di dalam pagarnya.Hon kereta dibunyikan.Kelihatan
mereka berdua lari keluar dari rumah sambil membawa beg.Pintu rumah dikunci oleh
Natalia.Athirah membantu aku menyusun barang-barang di dalam but kereta.
“Sorry lambat”,aku meminta maaf kepada mereka berdua kerana lambat setengah jam dari
yang masa yang dijanjikan.Tak sangka jalan akan sesak teruk untuk ke PJ.Mungkin aku lupa
pada hari itu adalah hari berkerja.Mereka faham saja tentang kelewatan aku itu.Mungkin
memahami saja keadaan untuk ke kawasan rumah mereka yang sesak teruk.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta menerusi pintu belekang.Mereka sedai maklum yang
perginya aku ke Langkawi ini adalah bersama hali keluarga.Mereka pun faham saja.Dari nak
balik awal terus ambil cuti sehari pada Isnin sebab nak tumpang aku juga.Katanya dapatlah
pergi pusing-pusing Langkawi.
Aku,Athirah ,Natalia,Ajat,Tuan Akmal dan Puan Dayin ditugaskan untuk ke
Langkawi.Sememangnya sejak Puan Dayin tahu aku akan pulang dari UK memang nama aku
disebut sebut untuk menjadi pengarah projek di Langkawi.Tuan Akmal yang recommend
dekat Puan Dayin untuk bagi dekat aku untuk projek ini.Katanya nak tngok sama ada KPI
aku semasa di UK dapat dipenuhi atau tak.Pernah la terdengar-dengar yang nama aku akan
dinaikkan pangkat namun sampai sekarang tiada surat kenaikan pangkat yang terima.Dengar
kata juga Puan Dayin hold dulu tawaran itu sebab nanti aku wajib ditukarkan ke cawangan
lain.
…………………………….
Tiga jam perjalanan di LebuhRaya Utara Selatan dan kami hampir sampai ke dstinasi
pertama iaitu Rnr Ipoh.Umie menyatakan mereka akan menunggu aku di sana.Badan dah
start rasa lenguh-lengih bawa kereta lama-lama tanpa berhenti.Simpan Rnr Ipoh menandakan
destinasi untuk kami menyinggah sudah pun sampai.Parkir dicari.Aku membiarkan ereka
bertiga turun dahulu sementara aku mencari tempat parkir.
Athirah dan Natalia agak snyap hari ni selalunya merekalah yang paling bsising dekat
ofis.Ada je bnda yang ingin digosipkan oleh mereka berdua tapi aku kehairanan kenapa
mereka agak senyap hari ni.Mungkin malu dan segan agaknya kerana ada Dhiya sekali.Dhiya
yang duduk di seat hadapan agak tenang macam selalu.Banyak je cerita yang ingin
dikongsikan olehnya kepada aku.Ada la sekali dua mereka berbual-bual dengan Dhiya itupun
sekadar sepatah-sepatah je.
Puas pusing-pusing akhirnya menjumpai satu tempat kosong.Kereta di ‘lock’ dan aku
mencari dimana kedudukan mereka.Katanya sedang ada di bawah wakaf berbubung sednag
makan.
Aku tercari-cari mereka dan melihat mereka semua sedang asyik makan di bawah wakaf.Aku
berjalan ke arah mereka dan tiba-tiba Dhiya menegur aku.Terekjut jugak aku dibuatnya,
“Dari mana?”.
Dhiya menyatakan dia dari tandas.
“Dah jumpa Umie?”.Dhiya mengangguk tanda dia sudah menjumpai Umi dipondok itu.
“Umie ada kata apa-apa tak?”.
“Takde pulak.Asal?”.Aku melemparkan senyuman dan berharap Dhiya memahaminya.
“Takde apa punlah.Kalau teruk pun just kena bebel je”.Mendengar itu membuatkan aku
semakin cuak dan takut.
…………………………….
Sekitar hampir satu jam suku sudah kami di atas feri untuk ke Pulau Lagenda Mahsuri
ini.Kami sampai di Kuala Perlis sekitar jam 3 petang dan menaiki feri ke Pulau Langkawi
pada jam 4.30 petang.Kami semua memilih untuk makan dan solat di jeti Kualan Perlis
saja.Senang kerana banyak kemudahan dan prasarana yang disediakan seperti
masjid,restoran dan pelbagai lagi kemudahan awam yang disediakan.
Kelihatan semua ahli keluarga sedang enak ketiduran kecuali Jenny yang sedang bermain-
main dengan Baby J.Dhiya sedang enak tidur disebelah aku.Aku hanya memandang k luar
tingkap melihat terbentang luasnya lautan ciptaan Allah.Sungguh jernih sekali air di
sini.Sejauh mata memandang sejauh itu jugalah lautan yang dilihat oleh aku.
Ada sesekali curi pandang Dhiya yang tidur sebelah aku.Mujur tiada air liur basi yang
meleleh keluar kalau tak boleh dibuat bahan untuk membahan nanti.Kebanyakan penumpang
memlih untuk berehat dari melihat film yang dipasangkan di televisyen.Mungkin masing-
masing agak kepenatan memandu kereta dari lokasi yang jauh-jauh walhal sekarang bukan
musim cuti sekolah.
Jaket masih lagi tidak dilepaskan dari badan yang tersarung sejak bernagkat dari rumah
lagi.Boleh tahan panas jugak aircond dekat dalam feri ni.Laut masih lagi ciptaan yang indah
untuk dipandang.Teringat pulak kata-kata terkenal dari Vincent Van Goughn yang
merupakan artis terkenal dari Belanda yang berbunyi.
The fishermen know that sea is dangerous and storm terrible but they have never found these
dangers sufficient reason for remaining ashore.
“Macam best awak mengelamun?”,suara yang memecah keheningan dan lamunan aku.
“Dah bangun dah”.
“Dari tadi lagi bangun.Awak je tak sedar sebab mengelamun ke luar”.
“Sorry”,aku lemparkan senyuman ke arah Dhiya.Aku sedar yang Dhiya masih memakai
earphone ditelinganya namun satu lubang ditelingan sudah membuangnya.Mungkin untuk
mendengar apa yang aku bicarakan sambil memdengar lagu di telinga yang satu lagi.
“Awak dengar lagu apa?”.
“Nak dengar ke?”,sebelah lagi earphone dihulurkan kepada aku.
“Martin Garrix .Ocean”.
:Lirik:
“ Best jugak lagu ni.Lirik dia best”.
“Seriouslah tak pernah dengar lagu ni?”,aku menggelengkan kepala selepas aku memberitahu
yang aku takkan dengar lagu tersebut.
“Tak pernah.Lagu yang satu dari BCL,Krisdayanti,Rossa dan Melly Goeslaw je”.
“Lagu jiwang siot”,Dhiya ketawa mendengar senarai lagu yang aku selalu
dengar.Kebanyakan lagu hots dari Indonesia .
Sedar tak sedar kami sudah sampai ke Jeti Kuala Kuah ni.Sekejap rasanya untuk kami
perjalanan ke ini.
…………………………….
Aku dan Tuan Akmal beradad dalam satu bilik manakala Natalia,Athirah dan Puan Dayin
berada dalam satu bilik.Kalau ikutkan Ajat berada dengan aku dan Tuan Akmal namun
disebabkan dia membawa isterisnya sekali maka dia memilih untuk menempah satu lagi bilik
untuk mereka berdua.Keluarga aku ditempatkan d hotel yang sama namun di tingkat yang
berlainan.
Kesian jugak dekat Dhiya sebab dia sorang-sorang dalam bilik tu sebab dia je yang tiada
peneman tapi takpelah asalkan privasi terjaga.Padahal boleh je aku suruh Jenny temankan
Dhiya namun malas nak mengganggu pulak.
Sedang enak terbaring di katil sambil menikmati filem di kaca televisyen buatkan aku rasa
ingin tertidur saja.Tuan Akmal tengah video call dengan keluarganya dekat beranda.Untung
Tuan Akmal dapat isteri yang penyayang dekat beliau.
Baju Tshirt dan seluar track menjadi pilihan untuk aku malam ni.Baju kemeja untuk dipakai
esok oleh aku dan Tuan Akmal sudahpun siap digosok lepas naik ke bilik dari berjumpa
denga Puan Dayin dan yang lain-lain yang kini tergantung di dala almari.Tinggal nak pakai
saja.Jam sudah pukul 10 pagi namun mata masih belum mengkuyukan dirinya walhal tadi
badan yang tunjukkan reaksi letih.Tak sempat nak rehat sebab sampai-sampai je dari jeti ke
hotel lepas tu Maghrib tadi Puan Dayin ajak berjumpa dekat lobi hotel untuk pastikan segala
dokumen dan fail sudah lengkap untuk mesyuarat esok.
Mesyuarat dan kursus akan berlangsung selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat.Matapun
bukan fokus dekat skrin tv pun tapi melilau ke arah lain.Fikiran melayang-layang bertebaran
dia angkasa raya.Sejak serah kunci dekat Umie dan yang lain-lain terus tak berjumpa dengan
diorang.Entah makan malam atau tidak mereka ni.Dhiya pulak takde text maybe tengah tidur
kot.Harap baik-baik saja.
Tengah fikiran melayang-layang,satu pesanan Whatsapp masuk menyebabkan lamunan itu
terhenti.Telefon itu dicapai dan membaca pesanan itu.
Dhiya:Dah tidur ke?
Adham:Belum.Kenapa?
Dhiya:Can you meet me at the lobby in 10 minutes.
Adham:See you there. .
Dhiya :Okay .
Jaket terus disarungkan ke badan.Dompet,jam dan telefon terus dicapai dari atas meja untuk
turun ke lobi. Kebetulan Tuan Akmal baru habis bercakap dengan isterisnya menegur aku
yang bersiap-siap untuk turun itu.
“Ha!Adham nak ke mana?”.
“Nak turun lobi kejap”.
“Jangan balik sangat esok kamu berkerja”,aku melemparkan senyuman ke arah beliau tanda
aku memahami pesanan beliau itu.Tuan Akmal tu aku dah anggap macam mentor aku sendiri
dalam dunia kejuruteraan ni.Pengalaman yang beliau ada memang cukup banyak rasa macam
rugi kalau tak ambil peluang.
Kad kunci bilik aku ambil in case aku terbalik lambat ke tandelah nak kejut Tuan Akmal
yang tengah tidur semata-mata untuk untuk bukakan pintu.
…………………………….
Kelihatan Dhiya sudah ada di lobi hotel tengah membaca majala yang tersedia kerusi
menunggu di ruangan hotel itu.Dhiya yang hanya menyarungkan cardigan hitam dan seluat
track serta tudung bawal hitam.Hampir tak cam aku dibuatnya.
Aku berjalan ke arah Dhiya dengan berhati-hati supaya aku boleh boleh prank dia dari
belakang.
“Makcik tahu tak yang makcik selekeh sangat malam ni”,bisik aku dari belakang.
“Pakcik pun apa kurangnya”,balas Dhiya selepas memalingkan wajah ke muka aku.
Aku duduk berhadapan dengan Dhiya.Nampak Dhiya seolah-olah membawa bungkusan
plastik yang mungkin berisi makanan.Aku hampir lupa yang aku sendiri tak makan malam
lagi.Ingatkan nak makan dengan keluarg lepas Isya’ tadi sekali perjumpaan dengan Puan
Dayin terheret masa pulak terus cancel.Natalia dan Athirah yang sama dengan tiba dengan
sempatlah makan tadi sebab terus mereka pergi makan lepas check in dekat hotel.
Perut aku berbunyi dihadapan Dhiya.
“Grrrrr”.
“Makanan untuk awak”,Dhiya menghulurkan bungkusan plastic itu kepada aku.
“Thanks”.
“Saya tahu awak tak makan lagi so saya bungkuskan untuk awak.Nak hantar dekat bilik rasa
segan pulak”.
“Awak dah makan ke?”.
“Dah.Awak mesyuarat pukul berapa esok?””,tanya Dhiya.
“Dalam pukul lapan setengah maca tu.Kenapa?”.
“Ingat nak ajak breakfast sekali tapi takpelah”.
“Sorry takleh nak tunaikan.Saya janji saya temankan awak pergi wedding tu.Sabtu
kan?”Dhiya mengangguk kepalanya.Aku memang dari awal merancang untuk temankan
Dhiya ke wedding kawan sepejabatnya tu.
Disebabkan aku tengah bosan sekarang maka aku buat keputusan untuk menemani Dhiya
berjalan ke biliknya.Mujur biliknya di tingkat saja manakal bilik aku ditempah di tingkat
5.Kalau ikutkan bilik yang ditempah untuk keluarga aku jauh lebih selesa dan luas kalau nak
dibandingkan dengan bilik kami.
“Okay dah sampai”.
“Thanks sebab teman sampai ke bilik tapi no mens allowed into this room”.
“Ya Allah budak ni.Saya tahulah”.
“By the way,thanks for this food”,sambil mengangkat bungkusan makanan itu.
Aku meninggalkan Dhiya di muka pintu dan berlalu pergi dari situ.Terus ke bilik untuk
menikmati makanan itu tersebut dan tidur.Selepas berjumpa dengan Dhiya baru rasa badan
mula kepenatan dan perlukan rehat untuk mencabar hari esok dan lusa..
…………………………….
Birthday
Seawal pukul 8.15 pagi lagi kami keluar dari hotel untuk pergi ke tempat mesyuarat.Agak
kelam kabut jugaklah sebab kami tak kenal jalan-jalan di sini nasib baik aplikasi Waz
menyelaatka peprjalan kami.Kami tiba lebih kurang jam 9 pagi di bangunan yang dijanjikan
dan memulakan mesyuarat lebih kurang jam 9.45 pagi.Cawangan syarikat di Kedah terlebih
dahulu menjemput kami untuk makan pagi bersama-sama mereka.
Dari bermula mesyuarat hinggalah ke waktu makan tengah hari langsung aku ‘vibrate’
telefon di dalam pokey.Malas diganggu sepanjang proses mesyuarat ini.Sedang aku khusyuk
mendengar taklimat dan pemebentangan di dalam mesyuarat dengan pihak dari kementerian
dan wakil dari cawangan syarikat wilayah Utara ,telefon yang aku yang letakkan dalam mod
vibrate dalam poket seluar bergetar .Tak tahu sama ada ada panggilan atau mesej yangsedang
dihantar.
Mesyuarat dan pembentangan kertas kerja siap menjelang waktu tengah hari dan kami semua
dijemput untuk makan tengah hari bersama-sama atas undangan cawangan syarikat di
Kedah.Mereka dah aturkan dan tempah di restoran yang berdekatan.Waktu makan itulah
waktu aku untuk aku melihat beberap mesej yang telah dihantar kepada aku.Satu persatu
mesej itu dibelek dan dibaca serta membalasnya jika ia amat penting.Kebanyakkan mesej itu
datang dari keluargaku yang menghantar gambar sedang gembira membeli belah.
Dibelek satu persatu dan membalasnya dan perasan Dhiya juga telah menghantar beberapa
keping gambar sedang memilih barang di kompleks Haji Ismail Group.
Getus hati ini, “Taguna.Sempat lagi kacau aku”.Tanpa sedar aku sedang senyum sendirian di
meja makan itu.Aku lupa yang aku sedang makan dengan Puan Dayin dan Tuan Akmal
sekali.Wakil syarikat cawangan Utara sedang jelaskan bil di kaunter sementara kami
menjamu selera.
“Dari tadi lagi saya tengok senyum sorang-sorang.Ada apa-apa ke yang saya takt ahu?”,tegur
Puan Dayin kepadaku.
“Alah puan takkan tak tahu lagi yang Adham tengak bercinta sekarang ni.Tu mesti kes
makwe dia hantar mesej yelah dari tadi tak bukak phone”,jawab Ajat.
Aku yang masih terpinga-pinga cuba memahami apa yang dibualkan oleh Puan Dayin dan
Ajat itu.
“Puan patut tengok buah hati Adham ni.Memang lawa lah”,sambung Natalia.
“Takdelah puan.Diorang ni memang suka usik saya”
“Nanti boleh la kenal-kenalkan saya dengan buah hati awak tu.Mana tahu boleh buat
kawan”,sambung Pua Dayin.
Aku melemparkan senyuman tanda tiadala masalah untuk itu.Biasalah di meja makan pasti
banyak hal-hal yang boleh menjadi topik perbualan kami.Kami banyak berbual-bual tentang
cawangan syarikat di Kedah ini kerana kebetulan bos besar cawangan ini adalah kawan
kepada Tuan Akmal dan Puan Dayin.Aku kurang mengenali kerana masih setahun jagung
disini ditambah pula aku ke UK selama dua tahun.
Puan Dayin kata bos besar cawangan Kedah pernah jugak ke UK masa aku dekat sana tapi
aku lupa.Mungkin aku lupa ataupun aku tiada masa hari kejadian.
……………………………………………………
Petang itu ,kami melawat kawasan tapak projek.Setiap perincian dari pembentangan sesi pagi
kami melihat untuk memastikan tiada kesilapan yang dilakukan.Hampir tiga jam jugaklah
kami di situ sampai ke waktu Asar.Terasa memnang penat sangat-sangat badan ni.Dari
semalam lagi tak cukup rehat dan hari ini sambung lagi hari ini sampai ke petang.Mujur
untuk hari esok jadual kami sampai ke waktu Jumaatt saja.Fokus dan konsestrasi penuh cuba
diberikan agar pengiraan dan maklumat tambahan tidak terlepas pandang dari pendengaran
kami.
Selepas pulang dari tapak projek ,terus aku pulang ke hotel untuk berehat namun mereka
masih belum pulang lagi ke bilik-masing-masing.Aku dan Encik Akmal berada dalam satu
bilik kerana bilik itu sudah ditempah oleh syarikat.Bilik untuk keluarga ,aku yang menempah
untuk mereka di hotel yang sama.Terus kepala dibaringkan atas katil untuk merehat tubuh
badan seketika.Mujur kami memilih untuk solat Asar sebelum pulang tadi.Jam sudah
menunjukkan enam petang dan tiada satu panggilan pun yang aku terima dari
keluargaku.Seronok membeli belah sampai lupa aku ke?
Aku memilih untuk lelapkan mata sekejap sambil menunggu mereka pulang.Badan yang
berpeluh tidak aku hirau terus mata ini tertidur dengan sendirinya.Seharian memikirkan hal
kerja ditambah dengan esok pun sama.Sabtu dan Ahad baru dapat luangkan masa dengan
kelaurga.Aku biarkan mereka terus menikmati Pulau Langkawi sementara aku di sini berkerja
dengan syarat kami menaiki ‘cable car’ bersama-sama pada hari Ahad.Hari Sabtu,pada
tengah hari aku akan menemani Dhiya ke majlis persandingan kawan sepejabatnya dan waktu
petang kami akan ke pantai.Minggu yang sungguh sibuk dan penat untuk aku.
…………………………………………
Dhiya dan Umie masih lagi berjalan-jalan membeli belah disekitar Pekan Kuah sementara
yang lain sudah pulang ke hotel kerana sudah kepenatan berjalan seharian membeli
belah.Semangat betul Umie dan Dhiya membeli belah di sini.Semangat ataupun roh apa entah
yang merasuk mereka samapai habis kedai di Pekan Kuan dimasukkinya oleh mereka.Kalau
ikut barang yang dibeli takdelah banyak sangat.
Sedang asyik mereka memilih barang-barang yang dirasakan berkenan di hati,Dhiya
menanyakan sesuatu kepada Umie.
“Umie dah apa-apa rancangan ke soal birthday Adham dengan Izz?”,berbisik Dhiya
menanyakan soal itu kepada Umie.
“Umie hampir lupa soal itu.Baru nak tanya kamu.Kamu?”,balas Umie.
“Kalau Dhiya ingat nak surprise dekat diorang masa dinner”.
“Okay jugak tu.Nanti Dhiya siapakan semuanya”.Umie gembira dengan cadangan daripada
Dhiya.
Umie kian selesa dengan kehadiran Dhiya.Mungkin sebab Umie sendiri dan kenal Dhiya
sejak kecik lagi.Maklumlah Aku,Izz dan Dhiya dah berkawan sudah lebih 20 tahun.Lagipun
dengan perangai Dhiya yang extrovert dan mudah dibuat kawan tu menjadikan orang mudah
mendekati Dhya untuk berkawan dengannya .
Mereka berdua pulang ke bilik hotel selepas penat membeli-belah walaupun hakikatanya
hanya pergi survey harga barang.Mereka pulang ke bilik hotel untuk berehat sebelum keluar
mencari restoran untuk makan malam.
……………………………….
Dhiya sedang menunggu aku di ruang lobi hotel untuk kami berdua ke majlis persandingan
kawan Dhiya itu.Aku turun dari bilik dengan siap berpakaian baju kemeja putih berkolar
hitam dan berseluar jeans hitam serta sneakers.Nasib baik terbawa sekali baju kemeja casual
agar tidak terlalu dipandang terlalu formal nanti di majlis itu.
Kelihatan Dhiya sudah siap memakai baju kurung moden menunggu aku di ruangan lobi
semasa aku keluar dari lif.Berjalan aku ke arah Dhiya dan menegurnya.
“Jom!”,aku mengajak Dhiya untuk ke tempat letak kereta.Kami berjalan kaki ke tempat letak
kereta yang terletak di bahagian tepi hotel.
Aku memandang Dhiya dari atas ke bawah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan
pakaian itu semasa ingin membuka pintu kereta.
“Ada masalah ke dengan pakaian saya?”,tanya Dhiya selepas melihat aku seolah-olah tidak
berpuas hati dengan sesuatu.
“Shawl tu betulkan sikit”.Dhiya membetulkan shawl yang dipakainya sewaktu dalam kereta.
“And kenapa pakai heels.Bukan ke dah cakap nak pergi pantai petang ni”,sambung aku.Aku
membebel kepada Dhiya.Kelemahan aku adalah aku akan membebel seorang diri jika tidak
berpuas hati akan sesuatu.
“Nanti tak sesuai la kalau pakai sneakers”.
Aku akur saja mendengar itu.Malas nak bertekak lebih dengan Dhiya lagipun malas nak
rosakan mood baik Dhiya hari ni.
Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 15 minit saja.Tidaklah jauh sangat dengan
lokasi hotel kami duduki.Sepanjang perjalana Dhiya senyap je barangkali sedang marah dekat
aku agaknya.Aku pun malas nak panjang cerita kami itu.
Selesai je parking kereta kami berdua turun ,aku dapat lihat muka Dhiya agak ketat.Mungkin
masih marahkan aku agaknya.
“Honey,I’m sorry”.
Dhiya melemparkan senyuman kepada aku.Mungkin itu yang hanya Dhiya mahu dengar dari
aku.Kami berjalan masuk secara beriringan ke dalam dewan.Sungguh aku tidak mengenali
sesiapapun yang ada disitu.
Aku memilih untuk duduk di meja makan sementara menunggu Dhiya berjumpa dengan
beberapa kenalannya.Segelas air diambil untuk membasahkan tekak yang kering.
Diperhatikan saja aneka ragam dan tingkah laku manusia yang hadir disitu.Ada yang berbual-
bual seperti sudah lama tidak berjumpa dan ada yang ketawa dan menempuk-nempuk badan
kawannya sambil ketawa terbahak-bahak.
Lamunan itu terhenti apabila terdengar ada suatu panggilan nama aku dari jauh.Sama ada aku
sedang termimpi ataupun memang betul ada yang memanggil aku.
“Adham!”,sahutan kali kedua itu buatkan aku sedar yang aku tidak bermimpi soal ini.Bukan
dari lamunan aku.Aku tercari-cari orang yang memanggil nama aku itu dan pasti bukan itu
suara Dhiya sebab ia adalah suara orang lelaki.
Aku ternampak pengantin lelaki sedang berjalan ke arah aku.Cuba diperhatikan dan
menginngati nama di sebalik wajah pengantin itu.Rasa macam aku mengenalinya tapi aku
lupa akan namannya.
“Weyh!Faiz”,aku bersalaman dengan pengantin lelaki itu.Baru aku sedar yang pengantin itu
adalah Faiz.Salah seorang housemate aku dekat London.Masa tu aku bukak iklan jika ada
student yang perlukan rumah sewa untuk disewa maka bolehlah aku berkongsi rumah sewa
aku itu.Tidaklah aku duduk sorang-sorang dalam rumah tu.Fazi dan dua lagi rakannya
menyewa bersama-sama aku dekat sana.Faizlah orang yang paling rapat dengan aku masa
dekat sana.Setahun mereka berkongsi rumah dengan aku memang banyaklah ragamnya.
“Adham,lama tak jumpa kau”.Memang Faiz yang paling awal balik hari tu.Habis je paper dia
,terus lusa tu dia balik Malaysia.Masa tu dia tengah selesaikan Master in
Accounting.Sememangnya Faiz dua tahun lebih muda dari aku dan Dhiya.
“Kau datang dengan budak-budak ni ke sebab aku dah bagitahu dorang supaya jemput kau
sekali”,tanya Faiz.Aku menggelengkan kepala aku.
“Habis tu kau datang dengan siapa?”.
……………………………….
Dhiya yang sedang berbual-bual dengan beberapa kenalanya di pejabat.Banyak benda yang
diborakkan oleh Dhiya terutama soal kedatangannya ke situ.
“Dah jumpa Faiz ke?”,tanya seorang kenalan kepada Dhiya.
“Belum”.
Sejak sampai lebih kurang 15 minit yang lalu,Dhiya masih tidak nampak Faiz.Faiz adalah
satu rakan perjabat merangkap deskmate Dhiya sebab mereka sebelah-sebelah saja di
pejabat.Dhiya tercar-cari jugak Fazi sebab nak beritahu Faiz yang dia sudah tunaikan janjinya
untuk datang ke majlis ini.
“Tu haih Faiz dok berbual sano”,tunjuk kenalan Dhiya itu selepas mereka berdua tercari-cari
kelibat Faiz di situ.Dhiya memalingkan wajahnya untuk melihat Faiz yang sedang berbual
dengan seseorang di hujung sana.
“Tu bukan Adham ke?”,bisik hati Dhiya seorang diri selepas melihat Adham sdang berbual-
bual dengan Faiz.
“Aku pergi jumpa Fazi kejap”,beritahu Dhiya kepada kenalannya itu.
Dhiya menyelussuri dan menyelit-nyelit di antara tetamu yang datang ke majlis itu untuk
berjumpa dengan Faiz.
“Sampai pun kau”,tegur Fazi selepas melihat Dhiya sedikit tercungap-cungap datang ke
arahnya.
“Kenalkan ini kawan aku”,belum sempat Faiz kenalkan orang yang berdiri di hadapanya itu
Dhiya memotong percakapan itu.
“Adham Mikail berumur 29 tahun hari ini dan berkerja sebagai engineer.Bujang dan keras
kepala.Dont worry I know him very well”.Terbeliak mata Fazi apabilanya
mendengarnya.Tak menyangka barangkali mereka berdua saling mengenali.
“Cik ni pulak Dhiya Sofea.Dah berumur 29 tahun 1 bulan dan 14 hari.Degil dan masih single
dan berkerja satu pejabat dengan kau”,sambung giliran aku kepada Faiz.Faiz cuba menahan
ketawanya melihat gelagat kami berdua.
“So korang berdua memang dah kenal?”.
“Bukan setakat kenal tapi kami datang sekali”,jawab Dhiya kepada pertanyaan itu.
Akhirnya pecah lubang rahsia soal hubungan Adham dan Dhiya kepada Faiz.Bagaimana dia
dan Adham boleh datang sekali ke sini turut diceritakan kepada Faiz.Fazi turut gembira atas
apa yang dia dengarkan itu.Adham turut menceritakan soal bagaimana dia boleh mengenali
diri Faiz ini.
“Aku bukan main beria nak jodohkan korang berdua rupanya korang bercinta belakang
aku.Tak guna betul”.
“So maksudnya mamat yang kau cerita dekat UK tu adalah Adham?”,tanya Dhiya untuk
mendapat kepastian.
“Maksud kau minah lawa yang kau cakap tu adalah Dhiya?”,tanya aku juga untuk
mendapatkan kepastian.Adham dijeling kerana menggunakan perkataan ‘minah’.
“Haah.Tak sangka korang memang dah jodoh rupanya”.
Kami berempat mengambil gambar kenang-kengan sebagai sebagai ingatan.Pengantin
perempuan datang kepada Faiz dan mengenalkan kepada kami.Dunia ini terlalu kecil untuk
membenci dan menyayangi sseorang kerana suatu saat jika Allah mentakdirkan kita akan
berjumpa pasti Allah akan menemukan.
Faiz mempersilakan kami untuk menjamu selera sementara dia pergi melayan tetamu yang
lain.Cukup sekadar mengisi perut yang kosong kerana petang ini kami nak berkelah di pantai
pulak.
Dhiya yang sedang makan masih leka dengan telefonnya.
“Dah-dah la tu dengan fon”,tegu raku.
“Kejap.Umie Whatsapp saya ni”.
“Umie tengah beli barang and tanya kita dekat sini lagi ke”,sambung Dhiya.
Dhiya cuba menuup sebaik mungkin rahsia yang dia tengah simpan sekarang ni.
Umie:Dhiya,Umie dah siap beli barang.
Dhiya:Terima kasih Umie
……………………………….
Petang Sabtu yang tenang maka aku memilih untuk bersantai dan berehat dari kesibukan
dengan memilih untuk Pantai Chenang.Pantai yang tenang yang menghadap Laut
Hindi..Laluan pedagang zaman dulu-kala untuk berdagang merentasi Selat Melaka.Laluan
yang sama digunakan oleh suami Mahsuri membawa diri ke Siam.
Bersandar aku di pohon kayu memandang laut yang terbentang luas memikirkan segala hal
yang terjadi yang masih terselindung hikmahnya.Hampir tiga bulan aku jejak kaki kembali
ke Malaysia banyak yang terjadi lebih-lebih lagi soal aku dan Dhiya.Jujur aku masih tak
mampu terima kehadiran dia semula bukan kerana dia tapi diri aku .Rasa bersalah masih
membelenggu namun dialah sumber inspirasi aku untuk aku berjaya sampai hari ini.
Mungkin kegagalan aku dahulu menjadi pemangkin untuk aku bangkit dan tebusnya semula
dengan segulung sijil ijazah dan master.Melayan perasaan berseorangan memandang ciptaan
Allah menenangkan jiwa dan hati yang bergelora.Lautan luass yang terbntang luas
menenangkan lagi fikiran dari kekusutan kerja.
“Termenung jauh nampak.Fikir pasal saya eh?”,aku ditegur dari belakang oleh Dhiya.
“Takde masa nak fikirkan pasal awak”.
Dhiya mengajak aku berjalan-jalan di gigi air pantai. Pelawaan itu disetujui oleh aku kerana
aku sendiri mula untuk merasa bosan..
“Cepatlah sikit jalan tu”,kataku kepada Dhiya selepas aku sudah berjalan jauh meninggalkan
Dhiya di belakang.Tanpa aku sedari langkah aku berjalan agak laju
Dhiya memperlajukan langkahnya kembali namun agak tersekat-sekat kerana Dhiya masih
memakai heels tadi.
“Buangleh heels tu.Dah cakapkan tak payah pakai heels”,marah aku kepada Dhiya.
“Habis tu nak suruh saya jalan kaki ayam”,Dhiya buat-buat merajuk dengan mencebik
mulutnya sedikit ke depan.
“Buang heels tu”,aku melepaskan genggaman selipar aku dan memberikan selipar aku.Sejak
dari awal aku memang memakai selipar sebaik saja sampai di pantai.Malas nak biarkan
sneakers berpasir.Dhiya membuang heels itu dan menyarungkan selipar ke kakinya.Aku
meminta heels untuk dipegang oleh aku.
“Ada apa ni tiba-tiba ajak jalan-jalan dekat sini ni”,tanya aku kepada Dhiya dengan
senyuman.
“Takde apa-apa.Saja nak ajak awak borak-borak.Sejak kita datang sini ,awak macam jauhkan
diri dengan saya je.Awak tak suka eh saya ikut sama ke sini?”.Dhiya seolah merajuk dengan
aku.
“Takde la.Saya gembira sangat-sangat awak rapat dengan Umie,Susah Umie nak rapat
dengan orang yang bukan dari kalangan keluarga tau.Saya tak nak kacau je”.
“Saya gembira lihat awak gembira.Saya gembira yang awak ada disisi saya sekarang ini.Saya
nak awak tahu yang saya hargai sangat-sangat kehadiran awak dalam hidup saya.Dulu dan
kini akan seperti itu juga.”,sambung aku.
Dhiya tersipu malu mendengarnya.
“Boleh tak kita keluar makan berdua malam ni?”,tanya Dhiya.Dari air muka dapat dibaca
kelihatan Dhiya sungguh mengharapkan ia akan terjadi.
“Boleh asalkan Umie bagi kebenaran”.
“Jangan risau sebab saya dah tanya Umie and dia izinkan”,air pantai yang masin itu
dilemparkan oleh Dhiya ke muka aku lalu dia larikan diri.
“Nanti kita dah kahwin,awak nak berapa orang anak?”,tanya Dhiya kepada aku.Aku
mengangkat kening kepadanya.Tak pernah-pernah tanya soalan berkaitan ‘future’ macam ni.
“Ada saya cakap nak kahwin dengan awak ke?”.
“Habis tu?”,Dhiay seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
“Nak jadikan awak bibik je”,aku melarikan diri dari Dhiya selepass mengungkap itu.Jauh
meninggalkan Dhiya di belakang.Dhiya tersungkur jatuh dek kepenatan mengejar aku.
“Dah la lari.Penat la nak kejar”,Dhiya yang masih terduduk di atas pasir dengan memakai
baju kurung lagi.Aku berjalan kembali ke Dhiya dan duduk bersila di sebelah Dhiya.
“Tiga orang.Two boys and one girl”,jawabku.Aku memandang tepat Dhiya dari
sisiku.Merenung wajah itu buatkan aku tenang.
“Sayang”,belum sempat aku habiskan ayat aku,Dhiya tersenyum melihat aku.
“Ada pasir dekat muka awak”,Dhiya membersih-bersihkan pasir yang masih melekat di
mukanya itu.
……………………………………….
Along,Umie dan Kaklon sedang menyiapkan juadah makan petang mereka.Rori sandwich
disusun di dalam bekas serta beberapa kuih muih turut disusun di dalam bekas.Air mineral
dan aiar botol bergas menjadi pilihan untuk mereka untuk dihidangkan buat mereka yang
lain.Si anak-anak kecil meninggalkan ibubapa merka untuk mengikuti Tok Ayah mereka
bermain-main di tempat permaianan.
“Umie,nak tanya something boleh tak?”,dari segi intonasi yang digunakan oleh Along
nampak macam serius.
“Apa dia?”,sambil mengangkat double jerk.
“Kenapa Umie benarkan Angah bawa sekali Dhiya walaupun Umie dapat tahu dari orang
lain?”,tanya Along.
“Along kena sedar yang Angah tu dah masuk umur 30 dah.Dari kecik sampai besar jarang
untuk lihat dia gembira seperti hari ini.Bagilah Angah peluang untuk kecapi kebahagian dia
sendiri.”.
Along terdiam mendengar jawapan dari Umie.Along hanya mampu anggukkan kepala tanda
faham dengan apa yang diperkatakan itu.
“Umie tahu ke mereka berdua ada hubungan and Umie okay ke dengan tu?”,Along cuba
mendapatkan kepastian dari Umienya itu.
“Along,Umie takde hak nak halang pilihan Angah selagi pilihan Angah tu baik untuk
dia.Dhiya tu bukan orang lain.Membesar bersama-sama Angah dan Izz sekali”,Umie
menjawab pertanyaan daripada Along itu.
“Umie dah buat keputusan nak merisik Dhiya untuk Angah cuti sekolah ni la”,Umie memberi
cadangan kepada Along.
“Angah dah tahu pasal ni?”.
“Nanti kita bincang lagi pasal ni dekat rumah and keep it as secret from Angah”.
Makanan yang dibawa oleh mereka bertiga sudah siap dihidang.Pelbagai jenis makanan dan
minuman menjadi santapan mereka pada petang itu.Umie menyuruh Along dan Kaklong
untuk memanggil mereka yang lain untuk menjamu selera bersama-sama mereka.
…………………………………………..
Izz termenung di bawah pokok sambil curi-curi pandang kepada kelibat Dhiya dan Adham
yang sedang berlari-lari di tepi pantai.Izz hanya mampu tersenyum gembira melihat kelibat
dan telatah mereka berdua.Jenny datang menegur suaminya itu dari belakang.
“Bukan main eh seronok intai orang lain”,usik Jenny kepada Izz.
“Takde lah dah lama tak tengok Adham macam tu”,kata Izz.
“Happy Birthday ”,Jenny memberi kejutan kepada Izz.
“La ingatkan tak ingat dah”.
“By the way,Thank you for this present”,sambil menunjukkan hadiah yang diberikan oleh
Jenny kepadanya.
… ………………….
Malam itu aku keluar berdua saja dengan Dhiya bagi memenuhi permintaan Dhiya pada
petang itu.
Aku membiarkan Dhiya memilih tempat untuk kami berdua makan malam.Ingatkan warung
sekali restoran 5 bintang yang dipilihnya.Nasib baik aku bawa cash yang banyak.Kalau tak
kena cuci pinggan dekat dapur la jawabnya.
Segala makanan aku biarkan Dhiya yang memesannya.Sekali-sekala biarlah aku yang
keluarkan duit yang lebih sikit.
“Happy Birthday ”,aku tergamam apabila Dhiya mengucapkan ucapan tersebut kepada aku.
“Ingatkan dah lupa hari ni birthday aku”.
Belum sempat aku habiskan percakapan aku,terus keluarga aku menyerbu kami berdua.
“Patutlah beria ajak aku keluar malam ni.Ada udang disebalik mee rupanya”,getus hati ini
sendirian.
Kami meraikannya dengan gembira sekali.Bukannya tak pernah sambut tapi kali ini aku rasa
lebih special sedikit.Entah kenapa itu yang aku rasakan.
Segala bil sudah dibayar secara deposit oleh Dhiya dan Umie.Rupanya Umie dan Dhiya
sudah membuat pakatan sejak awal lagi.
…………………………….
Pagi Ahad yang cerah dan kami memilih untuk melawat kawasan Cable Car dahulu bagi
mengelakkan kami berada di kawasan puncak gunung Mat Chincang semasa matahari terik.
Aku yang sudah membeli tiket online jadi memudahkan kami untuk naik ke sana.Entah
kenapa aku ingin menjauhkan diri daripada Dhiya namun aku tak sanggup untuk lakukannya
lagi.Dhiya sangat mesra dengan semua ahli kelurga aku lebih-lebih lagi dengan
Umie.Aku,Izz ,Jenny dan Dhiya memang satu sekolah menengah jadi kami memang agak
rapat.
Aku gembira melihat Umie gembira dengan Dhiya .Mereka seolah pasangan anak beranak.
Aku,Izz ,Dhiya dan Jenny naik satu cable car dan itu yang merisaukan aku.Pasti Izz akan
mengusik aku dengan dengan fobia aku.Aku mempunyai fobia terhadap ketinggian lebih
sinonim dengan perkataan ‘gayat’ atau namanya ‘Acrophobia’.
“Asal kau pandang muka.Pandang la bawah”,Izz mengusik aku.
“Diam ah kau”.
“Dia yang beriya nak naik last-last dia yang penakut.Patutlah suruh naik dahulu tadi”.
“Kau tak rasa ke benda ni bergoyang kena tiup angin”,sambung Izz.
“Ya Allah,selamatkan aku dari dugaan ini.In sha Allah aku akan kahwin sebelum 30”,aku
berdoa meminta pertolongan dari-Nya.
Mereka bertiga ketawa dengan reaksi aku di atas kereta tersebut.Itu belum lagi masuk apabila
Izz menceritakan soal itu kepada semua orang setelah kami turun ke bawah.
Sampai ke meja makan dibawanya.Teruk aku jadi bahan mereka semua.Seharian aku
dijadikan bahan mereka.Mujurlah tiada teman sekerja aku di sana.
………………………….
Aku menunjukkan sebentuk cincin yang tersimpan di dalam sebuah bekas
“Cantik cincin ni.Pandai kau pilih ”,kata Izz.Aku keluar ke lobi hotel bersama Izz dan Along
selepas pulang dari keraian itu.
“Sebenarnya aku nak lamar Dhiya malam ni tapi apakan daya ada udang disebalik mee
rupanya”,kata aku.
“Aku sendiri tidak tahu menahu pasal tadi.Cuma Umie cakap nak pergi dinner je”,cakap
Along.
“Habis tu bila kau pulak kau nak lamar dia”,tanya Izz.
“Entah.Mungkin aku cari masa yang lain kot”.
“Apa masa yang lain”,kami bertiga dikejutkan dengan kehadiran Dhiya,Jenny dan KakLong
yang juga turun ke lobi.
“Takde apa-apa.Dia cakap lain masa kali kita pergi bercuti lagi”.
“Oooo..okay kalau macam tu.Kami nak pergi minum kopi memandangkan ini malan terkahir
dekat sini ”.
Mereka tinggalkan kami disitu untk berbual-bual.Mereka sempat mengajak kami untuk pergi
bersama tapi kami memilih menyambung perbualan di situ juga.
Kami menghabiskan hampir 2 jamdi lobi berbual-bual di sana.Bukanya selalu habiskan masa
macam ni dengan adik-beradik.Kesemuanya busy dengan kerja .
………………………………………………..
Kemalangan
“Umie dekat mana ni?”,aku yang masih termamai-mamai melihat lampu putih yang terang
benderang menghiasi siling putih yang sangat asing bagiku.
“Kamu dekat hospital.Kamu kemalangan tadi”.
“Dhiya macam mana?”,tanyaku.Dalam masa itu masih sempat aku menanyakan soal orang
lain berbanding diri sendiri.
“Kamu sorang je yang terlibat kemalangan ”.
“Takpelah kalau macam tu”.
“Izz dan Jenny dah hantar dia balik ke rumah dia.Biarlah dia rehat dulu ”.
“Kamu pun rehat lah dulu”.
Malam itu aku tidak dapat lelapkan mata aku sedikit pun.Cuba untuk ditutup tapi kian
dipaksa kian mata ini tak dapat aku tutupkan.
Aku menyuruh Umie pulang kerana sudah lewat malam kerana aku tak nak susahkan siapa-
siapa pun.Lagipun aku hanya cedera dibahagian bahu kiri dan pergelangan kaki kiri akibat
hentakan masa jatuh.Alhamdulillah tiada kecederaan dalaman.
…………………………….
Sudah seminggu sejak peristiwa aku kemalangan namun Dhiya masih tidak melawat aku
langsung dirumah mahupun hospital.Aku tercari-cari kotak cincin itu kerana aku lupa sama
ada aku membawanya sekali ataupun tidak semasa kemalangan itu.
Aku ber ‘husnodzon’ dengan mengatakan bahawa Dhiya mungkin sibuk dengan kerjanya
maklumlah dan cuti banyak hari.
Adalah beberapa kelibat kawan-kawan sekerja dan kawan-kawan aku yang lain melawat aku
sepanjang aku terlantar dua hari di hospital dan selebihnya di rumah.Naik bosan juga aku
tidak boleh buat apa-apa di rumah dan hanya berseorangan di rumah.Umie ke sekolah dan
Ayah pula ke bengkel.
……………………………
“Kau tak melawat Am ke ?”,tanya Sherry
Sherry dan Dhiya keluar untuk makan tengah hari bersama pada tengah hari itu.Dhiya yang
mengajak Sherry untuk makan bersamanya.
“Tak”.
“Kenapa tak?”,tanya lagi Sherry.
“Aku rasa bersalah dengan dia sebenarnya”.
“Kenapa pulak nak rasa bersalah bukan kau yang langar dia pun”,Sherry cuba menenangkan
kawan baiknya yang kian sugul raut wajahnya.
“Kalau aku…”.
“Kalau apa ?Habiskan la ayat kau tu.Jangan la macam ni”.
……………………………….
“Nak balik rumah terus ke?Ke nak singgah mana-mana”,tanya aku kepada Dhiya sambil
memandu kereta selepas menghantar Athirah ke rumahnya.
“Boleh tak singgah kedai mana-mana dulu.Lapar la”.
“Okay ”.
Aku membiarkan Dhiya yang menentukan restoran untuk kami berdua makan .
Restoran pilihan Dhiya agak jauh dari lokasi kami jadi ia memakan masa lebih kurang
setengah jam juga untuk sampai kerana ia berdekatan dengan ofis aku.
Aku menfokuskan kepada pemanduan kerana hujan renyai-renyai mula membasahi muka
bumi.Sekali-sekala aku palingkan muka aku ke arah Dhiya yang sedang khusyuk melayari
media sosial.
“Cantik juga minah ni kalau pandang dari tepi ”.
“Apa pandang-pandang?”.
“Garang pulak minah ni”,getus hati ini sendiri.
“Mana ada pandang.Tu ah sisa air liur basi awak tidur tadi melekat dekat pipi awak”.
Dhiya segera tercari-cari sisa air liur basi itu di wajahnya.
“Mana ada air liur dekat pipi saya yang comel ni”.
“Perasan !!!”,jerit aku.
Kelihatan hujan sudah pun berhenti tapi aku masih memandu kereta dengan perlahan risau
jika ada lopak air atau lubang di jalan raya.
Selepas setengah jam perjalanan ,kami berdua sampai ke restoran tersebut.Dah la badan
melekit-lekit dan kepenatan tapi aku ikutkan jua permintaan Dhiya.Along dan Izz dah
selamat sampai ke rumah .Mereka kata mereka akan menginap di rumah Umie untuk malam
ni.Esok cuti lagi katanya.
“Awak cari apa lagi tu?”.
“Saya cari spec mata saya .Dah puas saya cari”.
“Tadi bukan awak letak dalam dashboard ke?”.
Aku biarkan Dhiya mencari kaca matanya dahulu .Ditutupkan pintu dan aku membuka
telefon untuk menelefon Umie untuk menyatakan aku singgah makan dahulu sebelum pulang.
Dhiya menemukan kotak cincin merah kepunyaanku dan membukanya.
“Siapa punya cincin ni”.
“Takkan Adham punya kot.Entah-entah makwe dia punya”.
Dhiya keluar dari pintu kereta dan segera memanggil nama aku.
“Adham”.
“Iye.Ada apa lagi”.
Aku yang sedang melintas lorong kecil yang memisahkan bangunan ketika itu menyahut
seruan itu dan memaling tubuhku.
Aku tak sedari yang ada sebuah motorsikal sedang menerpa ke arah aku.
“Am,motorsikal”.Jeritan daripada Dhiya menyebabkan aku cuba mengelakkan motorsikal itu
menyebabkan kaki aku tidak seimbang dan jatuh terhantuk .
………………………………………
Dhiya menceritakan peristiwa itu kepada Sherry .Air mata gugur jatuh di meja makan.
“Kalau aku tak ajak dia makan dekat situ.Kalau aku tak jumpa cincin itu.Kalau aku tak
panggil dia masa itu.Kalau aku tak ikut sekali dia ke Langkawi”,tangisan Dhiya kian laju
memikirkan soal peristiwa itu.
“Aku tahu kau kuat and semua ini bukan salah kau pun,Allah dah tentukan semua ini
terjadi.Kalau kau terus macam ni bukan kau je yang terluka tapi Adham pun sama.Aku tahu
kau rasa bersalah untuk semua ini tapi Adham tak salahkan kau pun. Adham selalu cakap
yang kau sumber kekuatan dia.Kalau kau lemah macam ni ,kau rasa Adham tak sedih
ke?Kalau kau macam ni kau rasa Adham nak jumpa kau lagi ke”.
Tangisan Dhiya sudah pun berhenti apabila mendengar kata-kata daripada Sherry .Dhiya
sedar yang dia hanya perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dia saja.
“Tadi kau sebut pasal cincin”.
Kelihatan Dhiya mengeluarkan sesuatu dalam begnya.Kotak cincin berbentuk hati merah
dikeluarkan dari begnya.Dhiya membuka kotak tersebut dan kelihatan cincin bersalut emas
putih bertatahkan belian kecil di atasnya.
“Cantiknya.Pandai Adham pilih”.
“Kau dah try sarung ke dekat jari kau”,sambung Sherry lagi.
“Ini bukan aku punya jadi aku tak berani nak sarungkan”.
“Kau try jelah sarungkan maybe memang Adham belikan untuk kau ke”.Sherry yang sudah
mengetahui bahawa Adham ingin melamar Dhiya jadi dia sudah tempah cincin yang saiznya
sama dengan jari Dhiya.
Adham meminta pertolongan Sherry untuk mengetahui saiz jari manis Dhiya.Sebenarnya
cincin itu sudah dibeli sejak 2 tahun lepas dan Sherry menyimpan rahsia itu sehingga Dhiya
sendiri yang memberitahunya.
“Muatlah dengan aku”.
“Aku dah kan yang Adham belikan untuk kau”.
Dhiya menunjukkan cincin emas yang tersemat di jarinya kepada Sherry.Sesuai dan padan di
jari manis Dhiya .Warna keemasan cincin dan kilaun belian menyerlahkan lagi kecantikan
cincin tersebut.
…………………………………
Cuti sakit untuk aku sudah pun tamat dan aku meneruskan kembali urusan perkerjaanku di
pejabat seperti biasa.Jika sebelum ini aku banyak menunggang motorsikal ke pejabat kali ini
selepas mendapat syarahan panjang oleh Umie ,aku akur untuk ke pejabat memandu kereta
BMW i3 miliku.
“Morning Adham”,sapa Natalia.
“Morning.Lewat awak sampai hari ni”,aku membalas sapaan Natalia.
“Haah..lambat sikit hari ni terpaksa hantar anak buah ke taska dulu”.
Selalunya apabila aku sampai dalam jam 7.45 pagi,Natalia sudah ada di stesen pejabatnya.
“Macam mana dengan tangan awak”,tanya Natalia.
“Alhamdulillah dah baik dah cuma tak boleh angkat benda berat lagi”.
“Takpe lah kalau macam tu”.
Aku berjalan secara perlahan-lahan ke bilik aku.Aku membuka segala aircond dan lampu di
ruangan utama.Dah menjadi kelaziman untuk aku berlumba dengan cleaner siapa yang trlebih
dahulu untuk membuka aircond dan lampu.Aku memang suka datang awal ke pejabat kerana
dah terbiasa sejak zaman sekolah lagi.Pergi awal untu tiru homework orang lain katakan.
………………………………………
UK
“Kau tahu kan Adham nak fly ke UK minggu ni?”,kata Sherry.
“Kau tak nak jumpa dia ke?”,tanya Sherry lagi.
“Aku takut yang dia tak maafkan aku lagi”.
…………………………
Beg galas disandang di bahu dan dua beg bagasi bersaiz 28 inci sudah siap siapa untuk
dimasukkan ke dalam ruang kargo.Hanya menunggu aku untuk masuk ke dalam dewan
menunggu.Beg galas yang berisi barang-barang peribadi dan passport dan tiket penerbangan
aku.
“Terima kasih”,senyum aku kepada penjaga kaunter itu.Sudah selesai sesi ‘check in’ dua
buah beg bagasi gergasi aku itu.
Aku berjalan kembali ke arah keluarga aku dan sahabat handai aku yang setia menunggu aku
walaupun jam sudah melepasi angka 10 malam.Penerbangan aku yang dijadualkan pada jam
1 pagi namun aku perlu ada di ruang menunggu lebih kurang jam 11.30 malam.
Melihat wajah-wajah mereka dengan bercampu baur sekali.Entah aku ingin rasa gembira
mahupun sedih ketika ini.Mendapat peluang menjadi wakil syarikat untuk berkolaborasi
dengan syarikat di United Kingdom atas nama usahasama dalam suatu projek patut
membanggakan aku namun aku juga bersedih untuk itu kerana harus berjauhan dengan
keluarga.
Saat Puan Dayin mengumumkan soal ini tidak terlintas langsung dalam fikiran aku untuk
mengangkat tangan untuk menawarkan ksanggupan aku untu pergi.Seboleh-bolehnya orang
yang masih muda dan belum berkeluarga menjadi keutamaan pada masa itu.Akhirnya aku
menawarkan diri untuk pergi ke sana dengan pengalaman yang sedikit dan segulung ijazah
Master yang masih mentah-mntah yang aku berjaya dapatkan.Tiga bulan persiapan yang ada
untuk membentangkan idea dan harus merelisiasikan kejayaan dalam masa dua tahun.Cukup
gila untuk aku.
Perjalanan aku bermula pada hari tu saat aku bersetuju untuk pergi ke sana.Tu belum cerita
part aku memberitahu Umie dan Ayah soal ini.Entah apa yang mereka rasakan pada masa situ
akus ndir tidak tahu namun jauh disudut hati mereka pasti mereka sdih kerana akan berjauhan
dengan aku nanti.Dua tahun bermakna dua kali raya aku dekat sana.Rindukan lemang dan
rendang itu pasti.
Fadhil,Ayman dan Nazmi antara geng Meja Tidur yang datang menemui aku pada malam itu
selain Meja Tidur yang dianggotai juga aku dan Izz.Si pengantin baru Jenny yang baru saja
menamatkan zaman bujangnya dengan Izz juga hadir bersama Aliya,Emy dan Dini.Pasti satu
wajah yang aku tercari-cari iaitu wajah Dhiya namun bayang pun aku gagal kesan.
“Marah sangat dekat aku”.
Jujur aku harap Dhiya hadir pada malam itu.Ingin aku meminta kata maaf darinya dan
menjumpainya sebelum aku berangkat ke UK.Dua tahun bukanhlah lama namun dalam masa
dua tahun itu yang macam-macam boleh jadi dekat aku dan Dhiya.Aku rindukan dia sangat-
sangat pada masa itu.
“Dhiya,tujuh tahun tak cukup ke kau nak maafkan aku”,detik kata-kata ini dari hati
aku.Rindu akan seseorang yang bernama Dhiya Sofea.
Senyuman yang masih terlempar dari raut wajah aku saat berjumpa dengan semua orang yang
hadir pada masa itu.
“Am, dari tadi kau gelisah je aku tengok”,tegur Emy kepada aku.
“Takde apa-apa lah”.
Emy menarik aku untuk berbual-bual di suatu sudut yang jauh sedikit dari semua orang.
“Kau cari dia kan?”,tanya Emy sekali lagi.Aku cuba berdolak-dalih dari menjawab itu di
depan Emy.
“Am,please kau tak boleh nak bohong aku tau”,sambung Emy lagi.
“Kalau betul aku cari dia ,apa yang aku boleh buat”.
“Kau simpan no telefon dia kan?Call her now”.
“Call her or I’ll call her for you , aku mengeluarkan telefon aku dari kocek seluar aku.Aku
tahu yang itu ugutan semata-mata namun entah kenapa tetap keluarkan telefon aku
itu.Padahal aku juga tahu yang hubungan antara classmates Dhiya dengan Dhiya bukanlah
baik sangat.Adalah kes diorang gaduh dulu cuma aku takt ahu setakat mana diorang
gaduh.Tu cerita zaman paleolitik zaman aku dengan Dhiya hadap situationship dulu.Masing-
masing main tarik tali dulu last-last aku yang terlepas tali itu dan tali itu disambut oleh
seseorang.
“Tu Sherry dah datang”,kata aku kepada Emy sambil melambai-lambai ke Sherry.Aku
memberi isyarat kepada Sherry supaya tunggu sekejap.
Aku dan Emy berjalan balik kepada mereka berdua.Kelihatan keluarga aku sedang berbual-
bual dengan sanak-saudara aku yang lain.Malas diganggu pula.
…………………………
“Saya dah cakapkan taknak datang sini ”,jerit Dhiya kepada Sherry.Dhiya akur dengan
rayuan Sherry untuk menemani Sherry untuk ke lapangan terbang pada malam itu.
“Nah pakai ni”,Sherry menghulurkan topeng muka kepada Dhiya.Dhiya mengambilnya dan
memakainya ke muka.
“Cepatlah nanti tak sempat nak jumpa dengan Adham”.kata Sherry sambil mengheret Dhiya
untuk berjalan lebih laju sedikit.Dhiya yang memakai hoodie pinknya Dhiya yang baru
pulang dari kerja terus diheret oleh Sherry untuk mengikutinya.Baju hoodie menjadi pilihan
kerana senang untuk dia menutup mukanya nanti.Topeng yang diberikan oleh Sherry itu
menyenangkan lagi kerja untuk cover kerja jahatnya itu.Sherry dan Dhiya duduk satu rumah
pada masa ini sebelum Sherry menamatkan zaman bujangnya enam bulan selepas itu.
Sherry bersalaman dengan semua orang yang ada situ dan memperkenalkan orang yang ada
disebelahnya itu sebagai sepupunya yang sedang demam.
“Adham mana?”,tanya Sherry.Jenny membalas pertanyaan itu.Dia perasan akan kedudukan
Adham yang kemudianya Adham melambai-lambaikan tangan kepadanya balik.
“Aku cakapkan Adham dengan Emy sekarang”,bisik Dhiya dari belakang kepada
Sherry.Sebenarnya waktu memang aku dengan Emy trsangtlah rapat sebab Emylah yang
banyak tolong aku dan lagipun aku yang tolong kenalkan Emy dengan boyfriend dia pada
masa itu.Adalah beberapa kali keluar dengan Emy dan beberapa orang kawan Emy yang satu
kuliah dengan aku.Tak lebih dari itu dan Emy sendiri hormat aku.Dia sendiri tahu apa yang
aku hadap dengan Dhiya.
Adham dan Emy berjalan kembali ke arah rakan-rakannya itu dan menegur kelibat Sherry
disitu.
“Dhiya tak datang”,tanya Adham ke kepada Sherry.
“Tak,dia tengah demam”,Adham kecewa saat mendengat namun apa yang boleh dibuat
takkan nak paksa Dhiya datangkan.
“Ni siapa?”,tanya Adham kepada Sherry berkaitan orang yang memakai baju hoohi pink yang
langsung tidak kenalinya itu.Tertanya-tanya sama ada itu rakannya mahupun tidak.
“Ni sepupu aku.Saja bawa buat teman.Ni pun berjangkit demam dengan Dhiya”.Tanpa
disedari wanita itu menghulurkan tangan kepada Adham tanda ingin bersalaman dengan
Adham namun Adham menolaknya.
“Sherry can we talk for a moment”,Adham dan Sherry pergi ke suatu sudut yang berjauhan
sikit untuk bercakap.
“Kau kecewakan Dhiya tak datang?”,tanya Sherry kepada Adham.
“Aku ingat ini peluang aku untuk mintak maaf dekat dia.Ini peluang aku yang terbaik untuk
minta maaf.Aku tak mintak dia maafkan aku pun just nak dia dengar kata maaf dari aku
je”,Adham tersenyum saat menjawabnya.
Beg galas Adham diletakkan di bawah dan Adham seperti mencari sesuatu di dalam beg
itu.Sekotak cinin yang Adham beliknan untuk Dhiya.Andai dia ada pada malam ini pasti
Adham melutut untuk dia maafkan diri Adham .Adham sedar semua tu takkan boleh ganti
waktu yang sudah berbuang begitu saja.Kotak cincin itu dibuka maka terlihatlah sebentuk
cincin bertatah belian di dalamnya.
“Cantiknya”,Sherry teruja melihat cincin itu.Reaksinya cukup berharga untuk Adham.
“Aku belikan ini untuk Dhiya sebenarnya tanda permohonan maaf aku”,kata Adham dengan
sedikit kecewa.Jujur Adham kecewa sangat-sangat pada malam itu dari wajahnya sudah
terpacar kekecewaan itu.
“Kau tak try call dia ke?”,tanya Sherry kepada Adham.Adham menggelengkan kepala.Sherry
hanya tersenyum saja apabila mendengarnya.
“Sherry boleh tak kau simpankan untuk aku”,sambil menunjukkan ke arah cincin itu.
“Tapi kenapa?”,Sherry kelihatan cuba untuk mendapatkan kepastian lagi dari Adham.
“ “If I still cant move on from her in two years,I’ll find and marry her.I promise”,Sherry
tersenyum mendengarnya.
“Okay,aku simpankan cincin untuk kau”.
Aku dan Sherry kembali semula ke tempat mereka semua berkumpul selepas Sherry
menyimpan cincin tu di dalam tas tangannya.Kami seolah-olah buat tiada apa yang berlaku
dan hanya berbual kosong saja di belakang mereka.
…………………………
Emy yang masih gagah menunggu untuk Adham berangkat pergi sedang memerhatikan
gelagat sepupu Sherry itu yang seakan-akan sedang gelisah dan ingin pulang dengan
cepat.Emy membuat keputusan untuk menegur sepupu Sherry untuk diajak berbual-bual
sebentar.Kelihatan Adham dan beberapa orang rakan yang lain sedang bergambar antara satu
sama lain sebagai tanda kenang-kenangan.Mungkin ini masa yang sesuai untuk berbual-bual
sebab tak ramai yang perhatikan mereka berdua.
“Belajar dekat mana?”,tanya Emy.Dhiya terpinga-pinga untuk menjawab pertanyaan itu.
“DHU”.
“Dulu ada kawan akak belajar dekat sana jugak.Kawan akak Sherry dan Adham tu jugak tapi
dia tak datang malam ni”,Dhiya makin tak senang duduk dibuatnya namun dia cuba untuk
bertenang untuk mengelakkan rahsianya bocor.
“Mesti kawan akak tu sakit sebab tu dia tak datang malam ni”. Dhiya untuk menampakkan
dia sedang berbual-bual seperti orang lain jugak namun wajah sedikit tertunduk bagi
memastikan Emy tidak melihat mukanya walaupun sudah ditutupi dengan topeng dan hoodie.
“Kejap mana kamu tahu kawan akak tu sakit”,Emy mula mengesyaki sesuatu selepas Dhiya
terlepas cakap semasa menjawab soalan tadi.
“Wait.Dhiya,it’s you?”,tanya Emy dengan penu syak wasangka dalam dirinya.Dia cuba untuk
pastikan sama ada orang yang ada di depan dia itu Dhiya mahupun bukan.
“Akak Dhiya kan maksud akak kawan abang Adham tu?”,Dhiya cuba untuk menutup rahsia
sebaiknya mungkin.Dhiya sedar yang dia dah tersalah cakap tadi.
“Haah memang akak maksudkan Akak Dhiya pun”,Emy masih lagi curiga dengan itu.
“Sayang akak Dhiya tak dapat datang kalau tak mesti dia dapat jumpa dengan Abang
Adham.Abang Adham tu nak sangat jumpa dengan Akak Dhiya sebelum dia berangkat.Nak
buat macam mana takde rezeki diorang berdua nak berjumpa”.Emy sengaja gunakan ayat
sebegitu untuk mnarik perhatian Dhiya.
Perbualan terhenti apabila Adham mengajak mereka semua mengambil gambar secara
berkumpulan.
…………………………
Satu persatu orang yang berdiri sebelah aku bertukar untuk mengambil giliran mereka
bergambar dengan aku.Hanya gambar itu menjadi kenangan untuk aku nanti di
sana.Panggilan video boleh saja namun untuk berjumpa dengan mereka lepas semeja aku
perlu tunggu paling kurang lagi dua tahun.
“Jom ambil gambar berkumpulan,”kata Fadhil kepada mereka.
Adham mengajak Emy sekali untuk bergambar dengan mereka semua.Rasa takut pula untun
kehilangan mereka dalam hidup aku.Sanggup redah datang KLIA untuk berjumpa dengan
aku sebelum aku berangkat.They always be my firiends.Rindu itu pasti kepada suara dan
wajah mereka.Fadhil dan Ayman nak kahwin nanti tapi aku takde dengan diorang.Rasa nak
nangis pula.
Fadhil dan Ayman datang ke arah aku selepas sesi fotografi bersama mereka semua sebab
mereka dah nak balik ke rumah sebab pagi esok tu diorang kena pergi mahkamah.
“Aku dengan Ayman dah kena balik ni.Sorry tak dapat tunggu kau lama lagi”,kata Fadhil
kepada aku.
“Takpe-takpe.Kau datang pun dah cukup baik untuk aku”,tiba-tiba aku sebak mengenangkan
apa yang berlaku.Kami berpelukan antara satu sama lain dan saling memaafkan diri masing-
mamsing andai kata pernah terguris hati semasa perbuatan,percakapan mahupun gurau-senda
yang kami tidak sedarinya.
“Kau duduk elok-elok sana”,pesan Fadhil kepada aku.Aku hanya mengangguk dan
melemparkan senyuman kepada mereka berdua.
“Jangan usha awek UK selalu”,pesan Ayman kepada aku.Aku hanya ketawa mendengar
pesanan itu.Mereka cukup masak dengan perangai aku.
Ayman dan Fadhil meninggalkan aku di situ.Aku perhatikan saja mereka yang berlalu pergi
meninggalkan aku sampai bayang mereka hilang dari pandangan aku.Dibelek jam di tangan
tersisa lebih kurang setengah jam waktu aku bersama mereka sebelum aku harus menunggu
penerbangan aku di dewan menunggu.
Kelihatan sepupu Sherry itu agak keberatan untuk berbual-bual dengan sesiapa pun mungkin
atas alasan tidak mengenali mereka.Sherry sedangg rancak berbual-bual dengan mereka yang
lain.Aku berjalan ke arah sepupu Sherry yang sedang duduk di bangku yang tersedia di
situ.Aku mengambil tempat selang satu darinya untuk duduk.
“Dah lama ke demam?”,tanya aku.
“Baru pagi tadi start batuk-batuk”.
“Oooo..minum air and jangan lupa makan ubat.Minum air rebusan habbatulsaudah untuk
hilangka batuk-batuk”,kataku.
“Kak Dhiya pun cakap macam tu”.Aku mula pelik macam mana budak yang ada di sebelah
aku ini boleh tiba-tiba sebut nama Dhiya walhal aku langsung tidak ada menyebut namanya
tadi.Aku baru perasan yang fizikal budak yang ada disebelah aku langsung tidak
menunjukkan ia pelajar university.Dari segi pemakaian pun nampak macam oranag
dewasa.Aku anggap mungkin factor tumbesaran agaknya.
“Kalau nak ajak bergambar boleh?Ke takut boyfriend marah?”,tidak terlintas pun difikiran
bahawa itu adalah Dhiya.Aku mahu menyimpan gambar-gambar yang ada sini dalam sebuah
album sebab tu aku pastikan ada gambar berdua .
“Saya single tapi kenapa dengan saya”.
“Saya nak pastikan memori di sini terakam dalam sebuah album”.
Akhirnya sepupu Sherry itu bersetuju untuk bergambar dengan aku.Kami mengambil gambar
berdua dengan pelbagai posisi.Aku bukan pandai sangat bergambar setakat berdiri tegak
macam asskar dengan tanda ‘peace’ tu boleh la.Sepupu Dhiya la yang banyak tolong aku
supaya gambar kitaorang berdua macam menarik.
“Terima kasih”,ucap aku.
“Nanti kalau jumpa dengan Akak Dhiya cakap Abang kirim salam”,sambung aku.
Sayu-sayu saja dengar sepupu Sherry menjawab salam itu.Aku mula pelik kenapa mesti dia
yang menjawab salam itu.Fikiran itu tersekat disitu saja apabila Izz dengan Along panggil
aku.
…………………………
Kini bermula sesi berair mata bersama keluarga.Tak sanggup untuk aku tunjukkan tangisan
aku di hadapan orang lain namun aksi ego itu tumpah.Menangis bukan tanda kau lemah lagi-
lagi untuk seorang lelaki namun ia tanda kau kuat.Hati kuat untuk terima perubahan dalam
hidup.Setakat menangis di depan rakan-rakan aku itu biasa sebab dah dua kali budak-budak
tengok aku menangis depan Umie dan Ayah.Result SPM dulu takdelah cemerlang mana tapi
aku bangga dapat naik pentas terima keputusan itu.Turun saja dari pentas aku menangis sebab
Ayah teman aku naik pentas pada masa tu.Aku menjerit kepuasan tanda aku capai yang apa
yang aku mahu.
“Jangan lupa solat.Selalu baca Quran”,itu antara nasihat yang dipesan oleh Umie sebelum
aku berangkat ke UK.
Nasihat Ayah adalah tipikal untuk mana-mana pun iaitu ayat, “Ingat pesan Umie kamu
tu”.Kita tak sedar yang dalam pada masa yang sama Ayah adalah Superhuman untuk
kita.Kita patut bangga dengan apa yang mereka lakukan untuk kita.Bangga dengan
perkerjaan mereka demi menceriakan hidup kita.
Waktu untuk berpisah dengan mereka.Air mata cuba ditahan sebaik mungkin untuk aku tidak
lagi tunjukkan di hadapan mereka.Ini pilihan perjalanan hidup aku.Dua tahu itu pejam celik
sekejap saja.Aku melambai-lambai sehinggan mereka hilang dari tatapan pandangan aku.Aku
sendirian mula pada waktu itu di bumi yang asing.
Perjalanan yang cukup hebat aku untuk hari itu.Ia kisah untuk aku lupakan seorang gadis
yang bernama ‘Dhiya Sofea’.
…………………………
Dhiya dan Sherry masih setia menunggu di KLIA walaupun semua orang sudah mula
meninggalkan mereka untuk pulang ke rumah.Waktu pun dah menjangkau hari yang baharu
untuk mereka.Dah lepasi jam 12 tengah malam dah pun.
Emy turut ada di sana masih setia menunggu kerana dia datang bersama Izz dan Jenny
tadi.Jenny berjalan ke arah mereka berdua. Yang sedang duduk minum coffee di salah satu
kedai di situ.
“Boleh duduk sekali tak”,tanya Emy kepada Sherry.
“Boleh je”,kata Sherry.Emy melabuhkan punggung di situ untuk duduk berhadapan muka
dengan Dhiya.Emy turut juga memesan air untuk dirinya kerana dia mula untuk rasa haus.
Emy mula bersuara.
“Aku tahu kau sebalik topeng tu,Dhiya”,kata-kata itu menyentap diri Dhiya yang sedang
meneguk air.Hampir tersedak dibuatnya.
“Jadi kau dah tahulah”,kata Dhiya sambil membuka topeng yang diikat dari mukanya dan
meletakkan di atass meja topeng itu.
“Aku dah perasan masa kau hulur tangan kau nak salam tadi.Hanya Dhiya Sofea saja yang
buat kerja gila macam tu nak tengok reaksi Adham”.
“Nampaknya percaturan aku salah la kali ni”,Dhiya tersenyum sinis kepada Emy.
“Kau jangan risau sebab aku takkan beritahu Adham dan yang lain pasal ni”.
“Satu je aku nak cakap,kau selalu cakap yang Adham tu ego tapi entah kenapa aku rasa kau
yang lagi ego”,kata Emy kepada Dhiya.Dhiya terdiam seketika mendengar itu.
Emy bangun dari situ apabila kopi yang dipesan olehnya sudah siap.Emy meninggalkan
Sherry dan Dhiya disitu dengan penuh kebingunan yang bermain dalam benak fikiran Dhiya.
Satu pesanan Whatsapp masuk ke dalam telefon Dhiya dari nombot telefon milik Adham.
Adham:Dhiya,Aku dah nak fly ke UK ni.Aku ingat kau datang tadi tapi takpelah aku okay je
kau tak datang jumpa aku.Aku nak cakap yang aku dah maafkan kau pasal kes tu.Aku tak
mintak kau maafkan aku pun tapi aku nak kau doakan aku berjaya dekat UK nanti.Aku janji
tak kacau kau dah lepas ni.Btw,aku dengar kau tak sihat jadi aku doakan kau cepat sembuh.
Dhiya terduduk seketika membaca pesanan mesej itu.Tak menyangka untuk seorang Adham
akan menghantar pesanan berupa sebegitu.Rasa kesal menyelubungi kerana tidak berjumpa
sendiri dengan Adham saat dia ada peluang.Ini peluang pertama dan terakhir untuk Dhiya
untuk memaafkan Adham.Jujur Dhiya dah lama maafkan Adham namun betullah apa yang
Emy cakapkan itu,dia g dengan semua orang.Kini Adham dah selamat terbang ke UK dan
Dhiya mula menjalani kehidupan yang normal namun dibebani dengan kekesalan yang
berlaku.
…………………………
Cuti Sekolah
Cuti sekolah penggal pertama bermula bermula musim bahagia jalan raya tidak terlalu sibuk
dengan kenderaan kerana iu bapa tidak perlu keluar pagi untuk menghantar nak mereka ke
sekolah.
Along memilih untuk balik ke rumah Umie sepanjang cuti sekolah ini kerana tempat kerja
lebih dekat di samping membiarkan Izzati di rumah Umie kerana risau tinggalkan Izzat
berseorangan di rumah . Aku seperti biasa meneruskan perkerjaan aku dipejabat namun aku
memilih untuk balik awal sikit dapatlah bermain dengan Izzati dan Baby J.
“Lambat kamu balik hari ni?”,tanya Ayah yang sedang minum teh di halaman rumah sambil
membaca surat khabar.Sepanjang cuti persekolahan Ayah memilih tidak ke bengkel kerana
mahu lebih masa di rumah bermain dengan dua orang cucunya.
“Singgah hospital jenguk kawan baru lepas bersalin”,
“Asyik jenguk kawan dapat baby je ,kamu bila lagi”.
“In Sha Allah ada la tu ayah dapat cucu lagi.Angah masuk dulu ye”.
Ayah menganggukkan kepala membenarkan aku untuk masuk ke dalam rumah.Aku terus ke
bilik untuk membersihkan diri dari peluh dan kekotoran.
………………………………..
Selepas Isya’ berjemaah di masjid,kami pilih untuk makan di luar saja.Aku hanya
membiarkan Ayah yang membuat pesanan makanan .
“Along ada nak ke mana-mana ke esok?”,tanya aku di meja makan.
“Takde kot.Kenapa tanya”.
“Ingat nak bawa Izzati dengan Baby J pergi tengok wayang esok”.
“Boleh je…Elok juga kamu bawa dua takde diorang bosan sangat dekat rumah main game
je”.
“Okay”.
Sejurus makan kami terus pulang ke rumah dan aku seperti biasa masuk dalam bilik dan
meneruskan urusan pejabat yang dibawa ke rumah.
…………………………..
“Izzati dengan Baby dah siap ke?Dah nak pergi dah ni”,tanya aku yang sedang bermain PS4
di ruang tamu dengan Izz.
“Dah!”,kedua-dua mereka menjawab dengan serentak.Kelihatan kedua-dua mereka sudah
mengenakan pakaian yang cantik dan segak.
“Okay kejap nak habiskan game ni”.
Aku yang sedang bermain FIFA dengan Izz yang balik ke rumah Umie pagi tersebut.Dah
berhabuk dah PS4 disebabkan tiada yang nak main pun.Aku beli pun sebab nak hilangkan
bosan tapi main seminggu sekali pun susah.
Aku yang sudah siap berpakaian kemeja lengan panjang bangun mengambil kunci kereta.
“Izzati nanti jaga adik ”.
“Okay”.
“Jangan risau sangatlah aku ada tengok-tengok diorang ni”,kata aku.
…………………………….
“Uncle wayang jalan sana tapi kenapa pergi jalan ni”,soal Izzati yang duduk disebelah aku di
seat hadapan.Baby J aku pakaikan baby seat dekat bahagian belakang.
“Uncle nak amik kawan kejap.Dia ikut kita sekali nanti”.
Mendengar jawapan dari aku,Izzati terus leka dengan telefon di tanganya.Tengah tengok
Youtub agaknya.
Aku meneruskan perjalanan .
………………………….
“Assalamulaikum”,bunyi sapaan dari luar kereta yang sedang membuka pintu kereta.
Aku menjawab salam tersebut.
“Oh!Izzati ada dekat depan ke.Takpe biar aunty duduk belakang je”,suara perempuan
Perempuan itu masuk dan duduk di bahagian belakang disebelah Baby J.
“Uncle ,siapa ni?”,tanya Izzati.
“Ni Aunty Dhiya,kawan uncle.Dia la yang uncle sebut tadi yang ikut kita sekali nanti”.
“Dah besar dah Izzati ye sekarang”.
Sementara aku memandu kereta ,Dhiya kelihatan mesra dengan Izzati dan Baby J dengan
berbual-bual dan mengusik mereka.Mereka berdua juga kelihatan mesra dengan Dhiya.Agak
pandai jugalah Dhiya ambil hati kanak-kanak.Ada la naluri keibuan sikit-sikit.
……………..
“Izzati nak tengok cerita apa”,tanya Dhiya kepada Izzati.
Dhiya dan Izzati beratur di hadapan kaunter untk membeli tiket manakala aku dan Baby J
beratur di hadapan kaunter untuk membeli popcorn dan air.
Kelihatan mereka berdua sudah membeli tiket wayang.aku masih beratur dengan masih ada
dua orang beratur di depan ku.
“Selamat datang.Boleh saya bantu”,jurujual dengan tag nama Mira itu menanyakan apa yang
akum ahu apabila giliran aku sampai.
“Set Combo 2.Air nak Iced Lemon Tea”,jawab aku.
Aku mengeluarkan wang RM50 dari dompet aku sementara menunggu jurujual itu
menyiapkan pesanan aku.
“Semua sekali RM49”.
Aku menghulurkan note 50 kepada jurujual itu dan mengambil pesanan aku tadi yang
diletakkan di atas meja.
Selesai urusan di kaunter jualan aku berjalan ke arah mereka.
“Izzati pilih cerita apa?”,tanya aku kepada Izzati.
Dhiya menunjukkan tiket kepada aku.
“Uncle tak kisah .Janji enjoy”.
Dhiya mengajak mereka berdua wefie.Dhiya mengajak aku sekali namun aku menolak kerana
segan dan tak mahu kenalan rapat aku tahu yang aku keluar dengan Dhiya.Pasal percutian
kami ke Langkawi pun aku tak post sebarang gambar yang Dhiya ada sekali bersama aku
pada masa itu.Hanya gambar solo dan keluarga menjadi tatapan umum buat followers di
Instagram.
“Uncle,aunty ajak bergambar sekali”,Izzati mengajak aku untuk bergambar sekali.Aku yang
leka dengan telefon di tangan.
“Bukan dah ke tadi”,jawab aku.
“Dah tapi aunty nak uncle ada sekali”,disebabkan terpaksa maka diturutilah permintaan
tersebut.Baby J yang sdang berada dalam dukungan Dhiya.Mengantuk agaknya.
“Tak berat ke?”,tanya aku yang sedang melihat Dhiya mendukung Baby J.
“Tak pun.Cepatlah pandang sini nak amik gambar ni”,gesa Dhiya.
Diturutilah permintaan tersebut.Senyum pun ikhlas tak ikhlas je.
Kami berempat massuk ke dewan panggung dan menikmati tayangan filem tersebut.Izzati
dan Baby J kelihatan seronok dengan filem tersebut.Filem untuk kanak-kanak katakan.
……………………………………..
“Izzati lapar tak?”,tanya aku kepada Izzati.
“Tanya Izzati je.Saya tak ke?”,Dhiya berpura-pura merajuk.
“Saya tak perlu tanya awak sebab awak memang perut tong.Makan je je kerjanya”.
Dhiya memuncungkan bibirnya tanda protes dengan kata-kata aku.Izzati hanya mendengar
‘pergaduhan ’kami berdua seolah budak-budak kecil.Izzati menggeleng-gelengkan
kepalanya.Tak tahan agak tengok dua orang bapak budak bergaduh macam budak kecik.
Izzati mengatakan dia hanya mahu makan McDonalds maka aku turuti saja permintaan
tersebut.Dhiya seolah tak kisah dengan semua itu.
Aku membiarkan mereka bertiga membuat pesanan makanan sementara aku mencari meja
untuk kami makan kejap lagi.
Aku memangkukan kepala dengan tangan sambil memerhatikan perlakuan Dhiya yang
sedang melayan karenah dua orang budak itu.Ia bertukar kepada lamunan macam mana kalau
aku ada anak nanti.Entah sepat atau tak.Mungkin ajal dulu yang datang menjemput sebelum
jodoh.
Lamunan aku terhenti apabila aku disergah oleh Izzati yang ingin menghulur ice cream
vanilla.
Aku mengambil ais krim itu .
“Punya lama beratur ice cream je”,tanya aku.
“Uncle ni merungut je.Tahu tak merungut tu tanda ….”,belum sempat Izzati habiskan
ayatnya aku memotong.
“Tanda orang tak suka bersyukur dan tak redha dengan apa yang berlaku kan? ”.
“Mana uncle tahu?”.
“Jangan risau sebab uncle pun senasib dengan kamu kena bebel dengan ayat ni.Ni mesti ayat
aunty kan”,Izzati tersengih malu tanda betul ayat itu betul dari Dhiya.
Dhiya membawa satu dulang yang berisi burger,Happy Meal dan air.
Aku sebenarnya nak mengelak daripada duduk disebelah Dhiya tapi apakan daya ,rezeki itu
bukan milikku.
“Tepilah sikit kaki tu .Nak letak beg ni”.marah Dhiya yang ingin meletakkkan begnya di kaki
meja.
Aku seolah tidak mengendahkan permintaan Dhiya tapi akhirnya aku merapatkan kaki sedikit
untuk memberi ruang untuk Dhiya letakkan beg itu.
Izzati dan Baby J khusyuk makan makanan yang dibeli tadi.Tak diendahkan langsung aku ni.
……………………………………
“Ayah tadi uncle bawa aunty.Cantik sangat aunty tu”,Izzati melaporkan kepada Along.
“Cantik sangat ke?Lebih cantik dari mama ke?”.
Bunyi orang batuk kedengaran dari dapur.Ada orang jeles la tu.
“Siapa nama aunty tu?”,tanya Along kepada Izzati.
“Tak tahu nama penuh tapi aunty tu suruh panggil Aunty Dhiya je”.
“Oooo..Aunty Dhiya ke?Takpe kalau macam tu”.
Izzati terus ke dapur menuju pergi ke Kaklong yang sedang memotong bawang untuk masak
makan malam nanti.
…………………………..
Pada hari yang sama,Umie,Ayah dan Along pergi ke rumah ibubapa Dhiya untuk merisik
Dhiya tanpa pengetahuan Adham.Dhiya sendiri sudah memberitahu ibubapanya bahawa
kedua-dua ibubapa Adhm akan datang merisiknya.Dhiya sudah yang merancan ini dan
mengajak Adham untuk keluar bersamanya sambil membawa anak-anak kecil itu.Umie yang
merancang supaya racancangan merisik ini dirahsiakan dari pengeatahuan Adham kerana
Umie tahu Adha takkan bersetuju dengan rancangan ini.Umie juga sudah membuat satu lagi
rancangan jahat dengan ahli keluarga yang lain kecuali Adham.Rancangan ini bercadang
untuk memastikan Adham akan betul-betul ikhlas dengan Dhiya.
Dhiya tidak tahu akan rancangan yang satu lagi kerana Uie mahu melihat bagaimana Adham
dan Dhiya menyelesaikan konflik di antara mereka.Bagaimana mereka berkomunikasi serta
bertolak ansur antara satu sama lain.Nampak seolah-olah kejam namun kadang-kadang
manusia perlu diuji untuk menonjolkan apa yang ada dalam dirinya.
Bak kata Qayyim dalam satu kata-kata mutiaranya yang berbunyi:
When Allah test you,it is never to destrot you.Whereever He removes something from your
possession,it id only to empty your hand for even better gift.
Dalam Al-Quran juga disebutkan beberapa potongan ayat yang mafhumnya berbunyi:
“Allah does not burden a soul beyond that it can bear”,Surah Al-Baqarah ayat 286.
“Do not lose hope nor be sad,you’ll surely be victorious if you are true believers”,Surah Ali-
Imran ayat 139.
Dan Omar Suleiman pernah berkata :
“If you complain that Allah I is testing you too much ,you are failing the test ”.
Reunion
Aku,Fadhil,Ayman dan Izz keluar melepak di warung yang berdekatan untuk
membincangkan soal ‘reunion’ yang akan dilakukann oleh bacth kitaorang.Ini penganjuran
kali kedua selepas kali pertama dilakukan dua tahun lepas.Menjadi perancangan kami mahu
adakan sesi reunion ini dua tahun sekali.Dua tahun lepas aku baru saja dalam 5 bulan dekat
UK maka aku tak berkesempatan untuk menyertainya sama dan tahun ini mungkin rezeki aku
kebetulan kelas kami iaitu Kelas 5 IJ yang akan menjadi tuan rumah maka nama aku antara
yang diangkat untuk menjadi AJK dalam reunion kali ini.
Fadhil selaku pengarah program dan entah macam mana nama aku naik untuk menjadi
program coordinator.Izz selaku bendahari dan Ayman akan menguruskan soal persiapan
tempat dan logistik atapun dikenali sebagai ‘preptech’ iaitu singkatan untuk ‘Preparation and
Technical’.Ada beberapa orang lagi yang nama mereka naik untuk menjadi AJK namun
disebabkan mereka perempuann maka kami berhubung melalui Whatsapp saja .Takkan nak
redah datang sini lepak dengan kami.Kalau ikutkan Fadhil petik je nama untuk jadi orang
dibawah naungannya jadi mereka yang rapatlah dengan dirinya menjadi mangsa.Lagipun
kami dah saling kenal maka tak susah untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
“Izz,senarai mana yang join dah ada?”,tanya Fadhil kepada Izz.
“Dah ada,setakat ini yang confirm pergi 80 orang dan yang dah bayar 50 orang”,jawab
Izz.Segala perincian tentang pembayaran kami sudah hantar kepada wakil kelas masing-
masing serta kami dah hantar surat jemputan khas kepada guru-guru kami yang berminat ak
join sama.
“Am,macam mana dengan acara yang kita nak buat nanti”,tanya Ayman.
“Hari Sabtu lepas Zohor,berkumpul untuk pencerahan kunci sampai Asar.Petang tu aktiviti
bebas.Lepas maghrib bacaan Yaasin,solat hajat dan ada tazkirah sikit.Tukang tazkirah takde
lagi.Lepas Isya’,kita akan adakan ice breaking sampai pukul 11.30.Pagi esok lepas sarapan
pukul 8.30 pagi acara sukaneka dan pukul 1030 ada match bolasepak pantai dengan
netball.Lepas zohor sesi makan-makan BBQ dan habis”.
“Untuk acara sukaneka tu,aku dah list beberapa acara and nanti kita decide sebab takut
terdrag masa ”,sambung aku.
“Okay.Nanti paperoger untuk aku beli barang”.
Tengah asyik borak-borak dengan mereka pasal kehidupan masing-masing ,satu mesej
masuk.Terus berhenti dari berbual-bual untuk tengok siapa yang hantar pesanan itu.
Dhiya:Awak dekat mana? .
Aku segera membalasnya.Jam pun sudah hampiri jam sebelas malam.Dah lama rasanya aku
tak keluar melepak sehingga jam sebegini.Maklumlah masing-masin sibuk dengan
perkerjaan.Dapat berjumpa pun dah syukur dah sebenarnya.Maklumlah esok hujung minggu
maka dapatlah tenangkan diri sekejap dari belenggu kerja.
Adham:Dekat luar tengah lepak.
Dhiya:Lama lagi ke dekat luar?
Tiga orang kawan aku tu dah nampak muka lain dah masa balas mesej tapi diorang senyap je.
Adham:Dalam sejam lagi kot.Asal?
Dhiya:Takpelah kalau macam tu.
Aku meletakkan telefon di atas meja dan meneruskan perbualan dengan mereka.
“Sapa mesej kau”,tanya Ayman.
“Dhiya”.
“Baik kau call dia sekarang.Mungkin dia nak cakap something ke?”,kata Ayman.
“Tak kot”.
“Pergi sekarang sebelum aku suruh kau bayar untuk kitaorang”,kata Fadhil.
Segera dicapai telefon itu dan aku segara ke bawah pokok untuk menelefon Dhiya.
………………………….
Tengah hari ni Dhiya memjemput aku untuk makan tengah hari bersamanya.Aku bersetuju
saja dengan pelawaan itu kerana kerja di pejabat pun tak banyak sangat .
Aku memandu kereta BMW I3 ke lokasi yang diberikan oleh Dhiya.Mujurlah dekat saja
dengan pejabat aku.Ingatkan terpaksa menjemput Dhiya di pejabatnya tapidia kata tak usah
kerana dia boleh memandu sendiri je.
“Dah lama ke sampai ?”tanya aku kepada Dhiya yang sedang duduk di satu sudut restoran
Thai itu.
“Baru je sampai.Belum order lagi”.
Aku mengambil bahagian duduk di kerusi yang bertentangan Dhiya.
Pelayan restoran mengambil pesanan untuk kami berdua.
“Awak sibuk ke dekat pejabat.Maaflah susahkan awak terima pelawaan saya makan
bersama”.
“It’s okay lagipun kerja tak banyak dekat office”.
Makanan yang dipesan sudah pun sampai berserta dengan minuman sekali.Kami memilih
untuk masakan istimewa disitu isaitu Tom Yam Ikan dan beberapa hidangan lagi.Keenakan
masakan ala Thai sungguh sedap sekali.
“Awak pergi tak reunion nanti?”,tanya Dhiya kepada aku.
“Ermm…Lupa ke saya salah satu orang penting mestilah saya kena hadir sama”,jawab aku .
“Awak pergi ke tak?”,aku menanyakan soal kehadiran Dhiya ke majlis itu nanti.
“Entah..Rasa macam nak pergi tapi saya takut”.
“Kita pergi sekali boleh tak sebab saya seganlah nak jumpa mereka?”,Dhiya cuba memujuk
aku supaya aku pergi bersamanya.
“Boleh je tapi bukan ke 2 hari ke reunion tu.Mula petang Sabtu tamat petang Ahad”.
“Haah..dua hari”.
“Okay..,nanti saya uruskan soal pembayaran dan penginapan ”,aku memberitahu Dhiya
bahawa aku akan menguruskan kesemua hal berkaitan reunion itu.
“Tapi …”.
“Tapi apa?”,tanya Dhiya kepadaku.
“Kita tak bermalam tau.Kita just pergi untuk acara pagi Ahad serta majlis penutup”.
“Itu je.Ingat apa tadi.Aku okay je”.Dhiya bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh aku.
Aku tak mahu bermalam kerana kami berdua belum punyai status halal jadi apa pula kata
keluarga Dhiya jika kami bermalam.Dah la kami pergi berdua nanti.Walau ini majlis
perjumpaan semula formal tapi agak tidak manis dipandang oleh orang lain.
Sejurus makan tengah hari,aku mengucapkan terima kasih kepada Dhiya kerana menjemput
aku untuk makan tengah hari bersamanya serta belanja makan tersebut.Katanya aku selalu
keluarkan duit dulujika kami berdua keluar jadi apa salahnya dia pula yang keluarkan
duitnya pula.Aku tak kisah pun keluarkan duit sendiri sebab aku anggap itu adalah itu adalah
sedekah .
…………………………………
Hari yang dinantikan pun kunjung tiba.Aku yang seperti biasa menjemput Dhiya di rumahnya
dahulu sebelum berangkat ke Pantai Morib.Lokasi majlis itu.Alhamdulillah sepanjang
perjalanan tiada masalah yang berlaku kecuali aku yang terbangun lambat sdikit dari
kebiasaan.Kalau ikutkan rancangan ,kami ingin bertolak pada jam 7.00 pagi tapi kami
terlewat setengah jam saja.Izz dan Jenny memilih untuk bermalam di sana kerana malas
untuk ulang alik.Dengan adanya penyeri hidup si Adin yang masih kecil agak susah untuk
mereka .