Natalia dan Tiro memang aka nada berdua saja kerana suami Tiro masih di Jepun dan Natalia
masih bujang.
“Kau tanya orang ni,kau datang sorang ke?”,tanya Tiro kepada aku.Aku hanya diam
membisu.
“Kau ni tak baca senarai nama ke?Adham bawa tunang la esok”,kata Natalia.
Sememangnya nama Dhiya Sofea aku masukkan awal-awal lagi sebelum insiden itu
lagi.Terpulang untuk dia datang atau tak yang penting aku sudah siapkan tanggungjawab aku.
Selesai minum,kami berempat ke dewan Hotel Minamin untuk menyaksikan segala persiapan
yang ada dijalankan dengan sempurna.
…………………………………..
“Lambat balik hari ni?”,tanya Ayah yang sedang menunggu aku di beranda.Aku yang pulang
hampir jam 11 malam.
“Pergi tengok dewan untuk majlis esok”,kata aku yang sedang meletakkan kasut di rak.
“Duduk kejap”.Aku menurut perintah dan duduk di tangga.
“Kamu ada masalah dengan Dhiya ke?”,tanya Ayah kepadaku.Agak terkejut kerana secara
tiba-tiba menanyakan soal aku dan Dhiya.
“Ada la sikit.Salah faham je”.
“Biasa la tu.Bila tahap hidup kamu naik sedikit,ujian juga naik”.
“Kamu kena faham adakalanya sebab sayanglah mereka lakukan itu.Kadang-kadang mereka
hanya ingin menguji diri kamu.Seikhlas mana kamu sanggup harunginya.Kita ni lelaki tapi
jangan terlalu berkeras tapi jangan pula kita terlalu berlembut.Ayah faham yang kamu masih
baru dalam hubungan ni tapi Ayah harap kamu banyakkan bersabar.Beri dia masa untuk dia
tenangkan fikiran dan pandai-pandailah kamu pujuk dia nanti”,sambung Ayah.
Aku mendengar satu-persatu kata-kata dari Ayah walau amat jarang untuk Ayah beri nasihat
namun pasti ia berguna untuk aku .Aku sedar yang aku terlalu terbawa-bawa emosi aku
sampaikan aku abaikan semua orang termasuk keluarga aku.
Aku meminta diri untuk masuk untuk membersihkan diri dan aku berselisih dengan Umie
dipintu .
“Abang tanya tak dia ?”,tanya Umie.
“Macam yang awak agak.Dia berselisih faham dengan Dhiya”.
“Habis tu awak bagi ayat apa”.
“Macam biasa”.
“Saya risau sebenarnya dengan Adham tu.Dia tak biasa dengan semua ni.Yelah umur dah nak
30 tapi soal nak jaga diri pasal cinta-cinta ni bukan dia pandai sangat”.Umie risau dengan
keadaan aku yang kadang-kadang tidak terurus dengan baik
“Awak jangan risau sangatlah.Dia dah besar panjang dan saya yakin yang dia boleh
tanganinya.Tengoklah anak sapa”.
“Ada je jawapan awak eh.Jom la masuk.Dah lewat ni”.
…………………………….
Selesai rutin Sabtu iaitu jogging dan membeli sarapan,aku ke dapur untuk mengisi perut yang
kosong dan lapar ni.
“Ni nasi lemak dengan kueh”,sambil meletakkan bungkusan nasi lemak dan kueh yang aku
belikan semasa pulang .
Umie yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki dan Ayah sedang membaca surat
khabar di meja makan itu ditemani oleh secawan teh.
“Umie dah gosok baju kamu yang ada dalam kotak atas katil tu”,kata Umie.
“Patutlah semalam takde.Ingatkan nak pakai yang lain je.Takpelah kalau dah gosok”.Aku
mengucapkan terima kasih kepada Umie kerana sudah gosokkan baju melayu aku yang aku
belikan di butik Sherry.Kalau ikutkan hati,aku tak rasa nak pakai yang tu tapi alang-alang dah
digosok,dipakailah juga dari membazir dibelinya.
“Majlis start pukul berapa ?”,tanya Allah.
“Start pukul 12 tapi nak pergi awal sebab nak check persiapan buat kali terakhir”.Aku yang
sedang menyuapkan nasi lemak yang aku beli tadi ke dalam mulut.
………………………………..
Aku yang sampai awal ke majlis itu membuat persiapan akhir terutama teks ucapan untuk
majlis itu.Menjadi wakil jabatan untuk menyampaikan ucapan untuk majlis di hadapan ramai
dif-dif terhormat agak susah untuk aku.
Majlis bermula dengan ketibaab dif-dif terhormat ke dalam dewan.Ketibaan dif-dif ini
disambut dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh band jemputan.
Selesai acara bacaan doa,acara diteruskan dengan acara ucapan dari wakil jabatan dan dif-dif
terhormat.
“Dipersilakan Encik Adham Mikail untuk menyampaikan ucapanya dipentas utama.”,Ajat
yang mempersilakan aku untuk naik ke pentas utama.
Segala perasaan gemuruh dan takut menyelubungi aku saat mendaki tangga pentas
itu.Dirasakan seperi mendaki gunung Everest saja saat satu-persatu anak tangga itu dilangkah
oleh aku.
Aku mengambil posisi di rostrum dan bersedia untuk menyampaikan ucapan aku.
“Assalamulaikum”,para hadirin menjawab salam yang diberikan oleh aku.
“Terima kasih kepada pengerusi majlis kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berdiri
di sini.Yang saya hormati para dif-dif terhormat serta para hadirin yang berbahagia kerana
sudi meluangkan masa ke majlis ni.Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan amat saya hargai.
Ke sungai ikan dikail,
Nama saya Adham Mikail.
Satu perhormatan yang besar untuk saya diberi ruang ini untuk menyampaikan ucapan pada
majlis sebesar ini. Tema majlis ini adalah “Raya Menyantuni Semua” mengangkat para staff
yang berlainan pangkat dan tugasan untuk bersama-sama mencapai visi dan misi
syarikat.Tak kira yang sudah berumur mahupun yang setahun jagung di sini,bersama-sama
kita menegur dan beramah mesra antara satu sama lain.Cuba kita ambil peluang untuk tegur
orang disebelah kita sekarang.
Allah berfirman di dalam Al-Quran dengan mafhumnya, ‘Dan aku tidak jadikan jin dan
manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku’.Dalam konteks ini,amalan tegur-menegur dan
bantu-membantu menjadi asas kekuatan masyarakat kini khasnya di dalam syarikat.Dalam
kita berkerja dalam satu unit yang besar mahupun yang unit-unit dan jabatan-jabatan tertentu
,kita lupa tentang semangat persaudaraan dan semangat kerjasama.Janganlah bermasam muka
antara satu sama lain.Kalau salah kita saling menegur dan saling membaikinya bukan saling
menuding jari satu sama lain.
Marilah kita bersatu padu dalam mencapai objektif dan misi syarikat .Dari yang bawah
hingga yang di atas.Sebelum menutup kata-kata saya,saya ingin sampaikan satu kata-kata
mutiara yang berbunyi , ‘Empayar yang runtuh kerana musuh luar masih mampu tertegak
pada masa hadapan tapi empayar besar yang runtuh kerana sikap rakyatnya akan terkubur
selama-lamanya.Fikir-fikirkan’.
Setakat ini saja ucapan saya ,saya mengundur diri dan terima kasih lagi untuk ruang dan
peluang yang diberikan ini ”.
“Terima kasih atas ucapan yang bermakna itu tadi ”.aku turun dari tangga dan keluar dari
dewan menerusi pintu tepi dewan.
Aku melihat telefon bimbit aku dan terlihat satu notifikasi dari lama Instagram.
“Tagged by Dhiya_sofea”.aku kehairanan kerana saat aku melihat senarai nama tetamu,nama
Dhiya masih belum tertanda yang membuatkan aku beranggapan bahawa Dhiya tidak hadir
ke majlis ini.
Aku membuka notifikasi itu dan melihat video aku sedang memberi ucapan di atas
pentas.Aku segera mencari Dhiya serata luar dewan.Ditanya petugas-petugas yang lain ada
melihat Dhiya mahupun tidak.
Aku menyerah kalah dan berdiri di pintu utama dewan untuk masuk kembali ke dewan.
“Empayar yang runtuh kerana musuh luar masih mampu tertegak pada masa hadapan tapi
empayar besar yang runtuh kerana sikap rakyatnya akan terkubur selama-lamanya.Fikir-
fikirkan”,seseorang memomokkan kata-kata itu dibelakang ku.Aku mengenali suara orang
itu.
Aku memalingkan wajah dan badanku ke belakang dan berkata, “Awak sudah
dikepong.Jangan bergerak”.
“Tapi saya dekat dewan”,sempat lagi Dhiya buat lawak.
Belum sempat aku menyambung apa-apa ,kata-kata aku dipotong.
“Saya mintak maaf”,suara Dhiya menyebut kata-kata itu.Amat susah untuk Dhiya
mengucapkan kata-kata maaf untuk untuk dirinya.
Aku segera meletakkan jariku dimulutku supaya Dhiya diamkan diri.
“Dah!Jom masuk ke dewan.Awak mesti laparkan”.
Kami berdua masuk beriringan ke dalam dewan.
“Cantik baju awak”.Aku memuji baju kurung moden yang dipakai oleh Dhiya.Baju kurung
yang aku tempah bersama baju melayu yang beli di butik Sherry.
“Pandai awak pilih”.
“Tengoklah siapa orangnya”.
“Perasan”,Dhiya membuat mimic muka dengan reaksi itu tadi.
“Saya ucapkan selamat datang kepada bakal pengantin kita Encik Adham Mikail dan
pasangan”,aku terlopong dengan usikan itu.Sah ini memang kerja Ajat and the gang.
Aku hanya mampu tertunduk malu dibuatnya.Dijalannya aku perlahan-lahan dan aku bertemu
dengan Tuan Akmal,Puan Dayin dan salah seorang bos besar syarikat,Datuk Hashim.
“Sini pun kamu,Adham”,tegur Tuan Akmal kepada aku.Aku berjabat tangan dengan Datuk
Hashim dan Tuan Akmal manakala Dhiya bersalaman dengan Dhiya.
“Kenalkan ini tunang saya,Dhiya Sofea”,aku memperkenalkan Dhiya kepada tiga orang bos
aku itu.
“Cantiknya.Pandai kamu cari ye”,cakap Puan Dayin.
“Terima kasih.Puan pun apa kurangnya ”,balas Dhiya atas pujian tersebut.
Kami berlima berbual-bual soal diri masing-masing kemudian pasangan Ajat dan Wahidah
datang ke arah kami berlima.
“Wahidah,lama tak jumpa.Masih cantik ye”.Aku menegur Wahidah yang berdiri disebelah
Ajat.
“Rasanya dah hampir 3 tahun dah.Terima kasih .Datang sorang je ke?”.
“Kenalkan ni tunang aku ,Dhiya”,mereka berdua berjabat tangan tanda perkenalan.Ketiga-
tiga bos aku meminta diri untuk menjamu selera di meja VIP.
“Ingatkan masih nak membujang lagi.Rupa-rupanya dah nak kahwin kau ye”.
“Dah lama ke kenal ke baru je?Ke kau kenal dia masa kau dekat London ”,sambung
Wahidah.
“Dalam 20 tahun jugalah kitaorang dah kenal.Dulu dia jual mahal”,kami berdua ketawa kecil
dengan usikan kecilku itu.
Kami berempat membuat keputusan untuk mengambil tempat dan hidangan kami untuk
menjamu selera.Dah lapar dibuatnya.
…………………………………..
Dhiya dan Wahidah duduk satu meja manakala Adham dan Ajat meninggalkan pasangan
mereka ini untuk ke belakang pentas.Katanya ada sedikit masalah teknikal serta nak urus
untuk persembahan seterusnya.
“Cantik baju”,Wahidah memuji baju yang dipakai oleh Dhiya.Katanya baju kurung hijau
moden itu sesuai dengan peribadi dan keterampilan Dhiya.Menyerlahkan lagi keperibadian
Dhiya.
“Terima kasih”.
“Dah lama ke kenal dengan Adham”,tanya Wahidah kepada Dhiya.
“Macam yang Adham kata tadi.Lebih 20 tahun dah”.
“Ingatkan Adham main-main je tadi.Bertuah awak dapat Adham tu”.
“Definisi bertuah tu bagaimana”.Dhiya yang tidak mengerti dengan apa yang ingin
diperkatakan oleh Wahidah itu.Apa yang ingin dimaksudkan dengan perkataan ‘bertuah’ itu.
“Ye lah .Adham tu ramai peminat.Biasalah orang mulut manis.Semanis-manis mulut dia,dia
tak bagi harapan dekat mana-mana orang lagi-lagi perempuan.Kira dia jenis kalau bercakap
tu memang sedap dengarlah.Dia kata sebab dia faham apa yang dimaksudkan dengan harapan
tu”.
“Kira bertuah la tu.Adham tu penyayang dan baik hati orangnya”.
…………………………...
Surat Pindah
Dhiya menghulurkan satu surat kepada Adham semasa dalam kereta.
“Surat apa ni?”,tanya Adham kepada Dhiya yang menghulurkan satu surat.
Adham membaca tajuk dan isi surat itu.
“Bila dapat ni”.
“Tiga minggu lepas”,Dhiya membunyikan suaranya.
“Kenapa baru ni nak tunjuk!Kenapa bukan bila awak dah pindah!”,suara Adham sedikit
tinggi apabila bercakap dengan Dhiya soal surat itu.Tidak pernah dia melihat Adham
meninggikan suaranya seperti ini,
“Nak tunjuk minggu lepas lagi tapi …”,kata-kata Dhiya tersekat-sekat takut dengan Adham.
“Tu la suka sangat buat perangai sampai benda penting macam ni pun tak beritahu”,nada
Adham rendah dari sebelumnya.
“Saya minta maaf”.
“Lain kali beritahu saya benda penting macam ni”,Adham seolah-olah kecewa dengan Dhiya
yang tidak beritahu dia soal surat itu.
Adham yang sedang memandu kereta untuk menghantar Dhiya ke rumah ibubapanya.
“Awak boleh tak hantar saya ke Kuantan Sabtu ni”.
“Saya nak kena jumpa client Sabtu ni.Kalau Sayang beritahu awal-awal,saya boleh
adjust”.Dhiya akur dengan permintaanya tidak dapat ditunaikan oleh Adham.
“Dah cari rumah sewa ke?”.Adham menanyakan soal rumah sewa baharu Dhiya setelah dia
mendapat surat pemindahan dirinya ke Kuantan.
“Belum”.
Sesudah sampai di rumah,Pakcik Aki berjumpa dengan Adham.Adham bersalam dengan
Pakcik Aki.
“Adham,Dhiya dah beritahu ke pasal pemindahan dia ke Kuantan”,tanya Pakcik Aki kepada
Adham.Mereka berbual-bual di laman rumah.
“Baru tadi dia beritahu”.
“Dhiya tu tak habis dengan perangai dia.Benda macam ni pun boleh dia tangguh”.
“Takpelah pakcik.Salah saya jugak kurang berkomunikasi dengan dia”.
“Pakcik harap lepas kahwin nanti berubah lah dia”.
“Saya pun tak harap lebih.Apa yang baik untuk dia,saya terima saja.Saya pun banyak
kekurangan jugak”.
“Pakcik nak mintak tolong sikit ni”.
“Kamu tolong carikan rumah sewa untuk dia boleh?”,Pakcik Aki meminta bantuan aku untuk
mencari rumah sewa untuk anaknya.
“Nanti saya minta tologn dengan kawan saya”.
“Baiklah”.
Adham meminta diri untuk pulang ke rumah dahulu memandangkan dia keletihan.Adham
dan Dhiya baru pulang dari Majlis Sambutan Hari Raya itu.
…………………………….
Dhiya dan Faiz berbual-bual di pantri pejabat .
“Tak sangka ni minggu terakhir awak dekat sini”,kata Faiz kepada Dhiya.
“Saya tak sangka yang nama saya yang naik untuk ditukarkan ke Kuantan”.
“Saya memang tak lupa kenangan hampir 5 tahun dekat sini.Banyak pengalaman yang saya
dapat dekat sini”,sambung Dhiya.
“Macam mana dengan Adham ”,tanya Faiz.
“Mula-mula dia marah sebab saya lambat beritahu dia tapi dia okay je.Dia cakap ni
sebahagian daripada komitmen dalam berkerja”.
“Kalau saya jadi dia,dah lama saya suruh awak berhenti je”.
“Kenapa lak?”,tanya Dhiya.
“Yelah,gaji dia sendiri dah cukup untuk tampung awak dan dia.Apalah sangat kalau awak
jadi surirumah sepenuh masa lepas berkahwin.Alang-alang dah kena tukar baik berhenti je”.
“Sebab awak tak kenal dia la awak boleh cakap macam tu.Dari kecik sampai besar,dia yang
selalu motivate saya untuk kejar impian.Saya tak rasa dengan sebab sekecil ni dia akan suruh
saya berhenti kerja”.
“Awak beruntung sebab dapat yang jenis memaham karenah awak serta faham diri awak ”.
…………………………
Aku dan Umie sedang berbual-bual di dapur.Jam sudah melebihi pukul 10 malam.Ayah
masih belum pulang dari masjid kerana ada mesyuarat berkaitan program yang akan
dijalankan nanti.
“Dhiya dah beritahu kamu ke pasal dia kena pindah ”,tanya Umie kepada aku.
“Dah.Minggu lepas dia beritahu”.
“Kenapa tak suruh dia berhenti kerja je.Alang-alang gaji kamu sorang dah boleh tampung
hidup kamu berdua nanti”.
“Umie,tu memang cita-cita dia nak jadi akauntan.Takkan sebab ni ,Angah nak suruh dia
berhenti terus.Lagipun lambat lagi kami nak kahwin”.Aku meneguk air kopi yang dibuatku
tadi.
“Biarlah dia dengan kerja dia dan Angah dengan kerja Angah.Selagi kami berdua masih
mampu bertolak ansur,Angah okay je.Lagipun,kita tak boleh predict masa depan.Mana tahu
Angah pergi dulu”.
“Umie faham tapi tak ke Long Distance Relationship ni akan susahkan kamu jugak”,aku
mendengar dan mentafsir apa yang ingin dikatakan oleh Umie.
“Janganlah Umie fikir sangat pasal ni”.
“Kalau itu yang kamu kata,Umie ikutkan je.By the way,jadi ke kamu mesyuarat esok”.
“Itulah Angah serba salah ni.Dhiya suruh Angah hantar dia ke Kuantan sebab barang dia
banyak”.
“Umie yakin Dhiya faham dengan kamu.Kamu tu jangan sebab Dhiya dah pindah ,kamu
asyik fikir pasal kerja je.Ada masa tanya khabar dia jugak”.
Aku mengangguk tanda faham sebab dengan apa yang dimaksudkan oleh Umie.Aku meminta
diri untuk masuk ke bilik untuk siapkan dokumen dan fail untuk hari esok.
………………………….
Dhiya dan Pakcik Aki sedang mengemas barang-barang untuk dibawa ke Kuantan
nanti.Segala barang-barang dan beg dimaksudkan ke dalam but kereta.
“Nak bertolak pukul berapa ni?”,tanya Dhiya kepada abahnya itu.
“Dalam pukul 12 lah.Lagipun dekat je”.
“Tak ke lambat sangat.Nak cari rumah sewa lagi”.Dhiya merasakan waktu untuk mereka
bertolak agak lambat memandangkan banyak urusan yang masih tidak disiapakan terutama
soal penginapan Dhiya di sana nanti.
“Kita bermalam je dekat hotel hari ni and esok kita putuskan semuanya”.
Ibu Dhiya keluar membawa begnya .
“Muat lagi ke?”,tanya Ibu kepada mereka dua beranak.
“Muat je.Kitakan pergi dua buah kereta”,kata Dhiya.Dhiya terpaksa meminta tolong Pakcik
Aki dan Ibunya untuk menghantar dan menemani dirinya ke Kuantan.
Satu kereta berhenti di depan pintu pagar rumah mereka.
“Sampai pun kamu,Adham”,Adham yang keluar dari kereta tersebut.Kebetulan Dhiya masuk
ke dalam rumah untuk mengambil beg kerjanya.
“Makcik,apa khabar”,Adham menanyakan khabar Ibu Dhiya dan Pakcik Aki yang sedang
menyusun barang-barang dibut kereta.
“Sihat.Alhamdulillah”.
Adham membantu Pakcik Aki menyusun barangan itu dan meletakkan juga beg-beg itu di
dalam but keretanya.
“Adham,buat apa dekat sini”,tanyaDhiya kepada Adham yang sedang meletakkan begnya ke
dalam but kereta milik Adham.
“Abah,minta tolong Adham teman Abah sekali.Kita pergi dua buah kereta.Kereta kamu dan
kereta Adham”,kata Pakcik Aki.
Dhiya terus mendiamkan diri setelah mendengar itu.Entah apa yang berada dalam
fikiranya.Marah,gembira mahupun sedih sedang bercampur baur dengan ramuan yang
sebati.Melihat Adham berada di sisinya membuatkan dia gembira kerana Adham ada bersama
tapi marah juga datang seolah dirinya ditipu kerana Adham menyatakan dia ada mesyuarat
pada hari itu.
Pakcik Aki ,Ibu dan Dhiya berada dalam satu kereta iaitu kereta milik Dhiya.Pakcik Aki yang
memandu kereta itu.Aku berseorangan di dalam kereta miliknya.Awal-awal Pakcik Aki
menyuruh Dhiya naik bersama aku tapi aku menolaknya dengan mengatakan perjalanan ini
sekejap saja jadi tak membosankan dirinya.
Perjalanan yang akan mengambil masa hampir dua jam setengah itu ditemani dengan suasana
mendung dan hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan.Mungkin awan sedang mengekori
perjalanan kami.
“Senyap je kamu ni”.
“Abah tahu la yang Adham ikut sama ke Kuantan”,Dhiya seolah-olah tidak berpuas hati
dengan Adham yang mengikutinya sama ke Kuantan.
“Pagit tadi ,Adham call Abah tanya nak gerak pukul berapa.Dia cakap la berkemungkinan dia
habis awal.So,dia cakaplah yang kalau dia habis awal yang dia nak ikut sekali”.
“Kamu tak suka ke Adham ikut sekali?”,tanya Ibu kepada Dhiya.
“Bukan tak suka tapi tiba-tiba muncul,ape hal.Suka sangat buat kejutan tak bertempat”,Dhiya
masih tidak berpuas hati dengan Adham.
Dhiya sememangnya tidak mahu menyusahkan ibubapanya tapi keadaan terdesak terpaksa
untuk dirinya.
……………………………….
Kami berempat singgah di RnR Temerloh untuk makan tengah hari dan solat .Dhiya masih
tidak menegur Adham.Adham juga mendiamkan diri saja.
“Pakcik,kita pergi tengok rumah sewa dulu ye”.
“Okay jugak tu.Kamu dah jumpa ke rumah sewa tu?”.
“Dah.Saya mintak tolong kawan carikan.Kebetulan dekat dengan rumah kawan saya”.
“Dhiya,kamu naik sekali dengan Adham eh?”.
“Takpe pakcik.Saya dah biasa drive sendiri lagipun dah dekat ni”,aku menolak permintaan
Pakcik Aki kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.
Kami menyambung perjalanan yang hanya berbaki sejam.Sudah dekat dengan destinasi kami.
………………………………
Alhamdulillah ,kami selamat tiba di bandar Kuantan selepas hampir 4 jam
perjalanan.Memenatkan jugaklah memadangkan jalan agak sibuk kerana hari minggu
.Masyarakat memilih untuk balik ke kampung mahupun pergi short vacay.
“Sampai pun kau”,Razali yang sudah menunggu aku di simpang jalan yang berdekatan.Kalau
ikutkan rancangan nak pergi rumah Razali dulu tapi alang-alang Razali nak keluar dia kata
baik dia tunggu kami untuk pergi tengok rumah sewa Dhiya.
Razali yang keluar dari kereta untuk menjemput aku ke rumah sewa baharu Dhiya.
“Ni dekat dengan area rumah Ibu Amanina kan?”,tanya aku.
“Aku ingat kau dah lupa”.
“Aku masuk simpang baru aku teringat ”.
Kebetulan Dhiya dan kelurganya turut keluar dari kereta maka aku memperkenalkan Razali
kepada mereka bertiga.
“Pakcik,ni kawan saya ,Razali”.mereka berjabat tangan.
Setelah itu,kami membuat keputusan untuk pergi melihat rumah sewa tersebut.Rumah sewa
tiga bilik tidur serta dua bilik air itu cukuplah untuk didiami oleh Dhiya.
“Boleh tahan luas jugak.Berapa sewanya”,tanya Pakcik Aki kepada Razali.
“650”.
“Not bad jugak harga dia.Sekarang terpulang kepada anak pakcik setuju atau tak”.
“Abah,kira jadilah rumah ni”.
“So,duit deposit nak bayar berapa ni”,tanya Dhiya kepada Razali .
“Tak payah bayar sebab orang dekat luar tu dah tolong bayarkan.Termasuk tiga bulan
sewa”,Razali menunjukan ke arah aku yang sedang berdiri di hadapan kereta.
Sebenarnya perkara itu sudah aku maklumkan kepada Pakcik Aki bahawa aku sudah
menjumpai rumah sewa dan sudah melangsaikan bayarannya.
Razali menyerahkan kunci rumah tersebut kepada Dhiya.Alang-alang dah ada dekat situ
,kami memunggahkan barang terus ke dalam rumah .Rumah sewa tersebut sudah complete
set dengan katil,tv dan alamari apa semua.
“Jemputlah ke rumah saya dulu.Dekat je dari sini”,Razali mempelawa kami berempat untuk
pergi ke rumah apartment Razali dulu.
Kami bersetuju dengan pelawaan itu.
…………………………
Kami duduk di ruang tamu sementara menunggu Amanina dan ibunya keluar dari bilik.
“Am,bukan main eh kata ada mesyuarat bagai last-last ada juga kau”,kata Amanina selepas
keluar dari biliknya.
“Macam kau tak kenal aku kan”,Amanina ketawa mendengar apa yang aku perkatakan tadi.
“Aku je kot yang datang asal kau melawa semacam je”,aku mengusik Amanina.Razali sudah
memberitahu aku yang dia dan Amanina nak ke Teluk Cempedak .
“Tak kuasa nak melawa sebab kau.Aku dengan Razali nak ke Teluk Cempedak”.
“Kalau nak ikut sekali ,marilah”,Amanina mempelawa kami berempat untuk ikut mereka
sekali.
“Adham,kalau kamu nak pergi,pergilah.Biar je pakcik dan makcik dekat sini.Bawa Dhiya ni
sekali”,Dhiya terkejut yang abahnya itu mempelawa dirinya untuk ikut sekali.
“Razali,aku hantar mereka dekat hotel kejap,lepastu kita jumpa dekat sana”.
“Pakcik,saya lupa nak tunjuk hotel tadi.Si Adham dah booking hotel untuk pakcik
sekeluarga”,Razali meminta maaf disebabkan kecuaian dan kelupaan dia memberitahu soal
hotel itu.
“Adham,kamu hantar pakcik dekat hotel and kamu bawalah Dhiya sekali dengan kamu”.
Aku memandu kereta milik Dhiya untuk menghantar kedua-dua orang tua Dhiya ke
hotel.Aku membiarkan Razali menguruskan segalanya.Segala duit aku dah bank in awal-
awal.
……………………………………
Aku membiarkan Razali dan Amanina berjalan bersama di gigi pantai.Biarlah mereka
menikmati waktu bersama berdua mengembalikna nostalgia waktu bercinta dulu.
Aku berjalan perlahan-lahan di pasir pantai yang aku sudah tanggalkan selipar aku.Dhiya
yang mengekori di belakang aku perlahan-lahan.Entah apa yang berada dalam benak
fikirannya pun aku sendiri tidak tahu.Ingin ditanya tapi risau bukan waktu yang sesuai itu
bertanya pula.
“Sayang,kenapa awak buat semua ni?”,Dhiya memberanikan diri untuk bersuara.
“Kenapa perlu susahkan diri awak macam ni.Sayang tahu yang awak penat.Kenapa sampai
kena seksa diri macam ni”,jerit Dhiya kepada aku.
Aku memusingkan badan aku dan memandang tepat ke arah muka Dhiya.Aku mengambil
nafas yang panjang sebelum memulakan bicara.
“Sebab saya tak tahu bila lagi saya dapat peluang macam ni”.Aku mengambil nafas
lagi.Amat susah untuk lafazka apa yang terbuku dalam diri aku.
“Sayang tahu yang awak sedang bergelora dalam diri sayang marahkan diri sendiri.Please
don’t cry ”,aku yang sedang melihat air mata mengalir keluar dari mata Dhiya.
Kami berdua sedang mencipta drama kami di tengah-tengah pantai itu.Seorang perempuan
sedang menangis dan lelaki yang ada bersamanya sedang memujuk.Drama cinta di sebuah
pantai.
“Kenapa awak perlu buat semua ni”.
“Jangan ditanya semua tu sebab saya takde jawapan itu”.
Matahari yang sedang terbenam menyaksikan drama yang kami sedang cipta.Kami sudah
tidak endahkan lagi dengan pandangan orang sekeliling dan sekitar kami.Langit sedang
bertukar warna memukau pandangan kami berdua.
“Sunset ini permulaan baharu untuk kita,Sayang.Saya tak boleh janjikan untuk jadi yang
terbaik untuk awak tapi saya cuba untuk gembirakan awak dan ada dengan awak selalu”,kata
aku kepada Dhiya.
“Saya pun sama.Saya cuba untuk ubah diri saya untuk awak.Saya janji untuk luangkan masa
dengan awak lebih lagi”.Aku gembira melihat senyuman yang terukir dibibir Dhiya.Entah
kenapa hari tu menjadi hari yang mengembirakan aku.
Aku tak memandang janji yang dibuat oleh Dhiya sebagai halangan kerana aku juga
mempunyai kelemahan aku juga.Menjadi yang terbaik bukan bermaksud tidak membuat silap
tapi bagaimana diri membetulkan diri daripada kesilapan yang dibuat.
“Nah,tisu”,aku menghulurkan tisu kepada Dhiya untuk mengelap air mata.
Aku mengajak dirinya untuk solat dulu baru pulang.
……………………………………….
Razali dan Amanina menyuruh aku untuk bermalam di rumah mereka saja kerana Razali
tidak tempah hotel untuk aku sekali.Aku ingatkan nak balik terus je ke rumah selepas
menghantar Dhiya ke Kuantan.
Aku yang pergi ke Kuantan dengan pakaian mesyuarat pagi tadi.Berbaju kemeja plain dan
seluar jankies hitam masih tersarung hingga ke malam.Mujur aku teringat baju jersey lebih
yang aku selalu bawa semasa pergi bermain futsal.
“Nah,kain pelikat untuk kau”,Razali menghulurkan kain pelikat kepada aku.
Amanina berada di dapur sedang membancuh kopi untuk kami bertiga.Ibu Amanina sudah
tidur selepas Isya’ tadi.
Aku masuk ke bilik untuk tukar pakaian aku. Sudah siap sedia air kopi dan makanan ringan
untuk kami bertiga di atas meja kopi di di ruang tamu yang menghadap tv.
“Nasib baik kau bukan pelakon kalau tak dah menang anugerah dah”,Amanina memulakan
percakapanya.
“Maksud kau?”,aku yang masih tidak memahami apa-apa dengan apa yang diperkatakan oleh
Amanina itu.
“Ye lah ada orang buat drama sedih siap nangis-nangis dekat tengah-tengah Teluk Cempedak
tadi”,Razali menyambung.
Kami bertiga ketawa mendengarnya.Rupanya mereka berdua bercakap pasal aku.
“Macam mana tadi?”,tanya Amanina kepada aku.
“Alhamdulillah.Okay je”.
“Biasa la bukan budak belasahan tahun yang bercinta .Bapak budak yang dah nak berumur 30
tahun dah”,sambung aku.Kami sekali lagi ketawa setelah aku menghabiskan percakapan
aku.Kami menyambung berbual soal kehidupan kami masing-masingng yang lebih terarah ke
kehidupan berkeluarga dan kerja kami.Biasalah jarang bertemu ada je benda yang kami boleh
berbual-bual.Perlawanan bola sepak EPL yang disiarkan tidak kami tonton pun hanya
menjadi peneman bunyian buat kami bertiga.
…………………………….
Along dan Izz pulang ke rumah pada minggu ni dan kebetulan Adham pula tiada di rumah
pada waktu itu kerana sedang berada di Kuantan.
“Angah,mana?”,tanya Along.Along yang pulang ke rumah biarpun dia sudah menghantar
Kaklong dengan anak-anak ke rumah Umie petang tadai.Katanya kena pergi hangar balik ada
kerja yang kena siapkan.
“Angah ke Kuantan”.Izz yang datang ke sofa untuk membiarkan Adin bermain-main sebelum
tidur di ruang tamu .Izz terkejut mendengar nama abangnya itu ke Kuantan
“Hantar Dhiya ke sana.Dhiya kena pindah ke sana”,sambung Umie.
“Dhiya ada cakap hari tu tapi tak tahu yang Adham pergi sekali”,Izz mencelah perbualan itu.
“Tu la masalahnya.Pagi tadi dia pergi meeting and tengah hari dia call cakap on the way ke
Kuantan sama”.
“Mula-mula cakap tak sempat apa bagai sebab ada meeting and end up dia ikut sekali.Entah
bawa baju ke tak”,sambung Umie.
“Habis tu dia mana?”,tanya Along.
“Dia cakap kalau sempat dia nak balik terus je tapi ini tak sampai-sampai tidur sana la
kot”,sambung Umie.Umie kemudian membuka telefonya dan terlihat ada satu mesej
Whatsapp dari anaknya itu yang belum dibacanya.
“Adham bermalam dekat sana rumah Razali.Katanya Dhiya tidur dekat hotel”.
“Okay lah macam tu”.kata Along.
……………………………….
Permulaan
Sudah dua minggu Dhiya berpindah ke Kuantan dan aku juga merelakan pemergian diri
Dhiya ke sana.Berjauhann bukanlah mudah memandangkan kami baru memasuki fasa
bertunang untuk memahami diri masing-masing .Fasa dimana akan ada naik turunya
sendiri.Sebenarnya tidak terlintas bahawa kami berdua akan “Long Distance Relationship ”
secepat ini.Satu persatu hari dilangkah dengan gagah menuju hari bahagia.
Benak fikiran terlintas bagaiman jika kami sudah berkahwin nanti namun terpaksa berjauhan
antara satu sama lain.Salah seorang terpaksa berkorban kerja mereka atau kedua-dua harus
bersabar untuk menerima kenyataan berjauhan .
Hari-hari dilangkah dengan gagah dan hari-hari juga aku menyembunyikan kerinduan
disebalik senyuman yang terukir.
Hari sudah menjangkau jam 9 malam dan aku baru saja keluar dari pintu pejabat.Hanya
sepasang mata memandang skrin menjadi peneman untuk menyiapkan kerja aku.Lepas solat
Maghrib ,aku terus menyambung tugasan aku hinggalah jam menghampiri jam 9 malam.
Aku keluar dari pintu dan terserempak dengan Tuan Akmal di pintu utama.
“Tak balik lagi kamu ,Adham”,tegur Tuan Akmal.
“Siapkan kerja sikit tadi”.
“Kamu ni tak elok paksa diri kamu berkerja sangat”,Tuan Akmal menegur perbuatanku yang
sering balik lambat kebelakangan ini.
Aku yang sudah membuang tie dan lengan baju yang sudah dilipatkan ke atas.Bahu pula
menggalas beg laptop dan tangan kanan memegang satu tin minuman WandaCoffe perisa
latte.
“Saya tahu yang kamu masih muda ditambah lagi masih bujang namun ingatlah sikit untuk
jaga kesihatan tu”,Tuan Akmal memberi nasihat kepada aku.Aku hanya melemparkan
senyuman kepada Tuan Akmal tanda aku memahami nasihat darinya itu.
“Saya balik dulu.Hati-hati bawa motor tu”,pesan Tuan Akmal yang sedang membuka pintu
keretanya.Kami berjalan dari pintu utama ke tempat parkir kenderaan.
Aku menghidupkan enjin motorsikal dan memulakan perjalanan pulangku.
………………………….
Badan yang lemah dan kepenatan berasa segar selepas mandi dan membersihkan diri.Perut
yang masih tidak terisi sejak tengah hari kian membunyikan alarmnya.
Aku ke dapur untuk melihat makanan apa yang tersedia di meja .Dicedoknya nasi daripada
periuk elektrik lalu diletakkanya di atas pinggan.
Gulai ayam dan telur dadar menjadi sajian untuk aku.Cukuplah sebagai alas perut untuk diisi
untuk malam ini.
Umie sudah tidur gamaknya kerana suara mereka langsung tidak aku dengari sejak aku balik
tadi.Hanya Ayah yang aku jumpa kerana dia menunggu aku di beranda rumah tadi.Setelah
itu,aku tidak bunyi suara mahupun melihat mereka berdua.Biarlah mereka berdua rehat
kerana kepenatan mengharungi hari yang pendek kerana kelelahan berkerja.
Aku membelek akaun media sosial untuk melihat perkembangan terkini dunia.Dibelek satu
persatu akaun Facebook untuk membaca ala kadar setakat yang mampu.Dibuka pula akaun
Twitter aku ,di ‘scroll’ untuk mencari sesuatu yang menarik untuk dibaca mahupun
dikongsi.Akaun Instagram menjadi laman media sosial yang terakhir yang aku buka.Melihat
teman-teman yang lain berkongsi gambar dan story kehidupan mereka di laman IG.Satu
persatu di lihat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka.
Sama ada ia senyuman ikhlas mahupun ‘fake smile’ semata-mata,ia paparan yang menghiasi
setiap dari kita.Apa yang kongsi kepada dunia luar itulah gambaran diri mereka termasuklah
diri aku.
Aku terperasan ada satu mesej Whatsapp yang belum aku baca.Rupa-rupanya Dhiya yang
menghantar pesanan itu semasa aku menunggang motorsikal semasa balik tadi.Aku
membalas mesej tersebut.
………………………….
Dhiya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Rumah sewa itu sudah dilengkapi
dengan pelbagai perabot dan kelengkapan yang lain.Bijirin Oat menjadi peneman untuk
Dhiya sambil menonton drama Korea.
Deringan telefon bimbit menandakan satu mesej masuk.Diperlihatkan bahawa Adham
membalas mesejnya yang dihantar oleh dia lebih kurang sejam yang lalu.
“Dah rindu ke Whatsapp ni?”,Dhiya membaca mesej itu dan senyum kambing membacanya.
Tanpa disedari ada satu video call masuk ke dalam telefonnya.Adham membuat panggilan
itu.Disegarakan oleh Dhiya untuk mengangkat panggilan itu.
“Tengah buat apa tu?”,Adham menanyakan kepada Dhiya.
“Takde buat apa-apa.Tengah tengok TV je”,Dhiya membalas pertanyaan itu.
Mereka berbual-bual tentang kehidupan seharian mereka pada hari itu.Masing-masing
memberi laporan harian soal kerja mereka.Berkomunikasi memberi peluang untuk mereka
berdua mengenali diri masing-masing.
“Awak tengah buat kerja ke?”,tanya Dhiya kepada Adham.
“Haah…Ada sikit lagi nak siap.Kenapa?”.
“Saya matikanlah ye.Kesian ganggu awak buat kerja”,Dhiya tidak menjawab pertanyaan
Adham itu.Hati Dhiya kecewa dengan sikap Adham yang lebih memetingkan kerja
berbanding dirinya.Satu persoalan yang tertanya-tanya adalah kenapa Adham membuat
panggilan kalau dia sendiri sibuk
“Iyelah..Night”,Adham menamatkan panggilan itu.Dimatikan panggilan video itu.
Sejujurnya Adham ingin bercakap lebih lama dengan Dhiya tapi apaka daya kerja menjadi
batasan waktu ditambah lagi dengan Dhiya seperti tidak ingin meneruskan perbualan mereka
lagi.Kerinduan yang terpahat di hati Adham terubat biarpun tidak lama dapat melihat wajah
Dhiya.
………………………..
Jumaat petang menandakan satu lagi minggu berkerja tamat bagi aku.Kepenatan hari berkerja
bakal ditamatkan dengan dua hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.Cukuplah unuk aku
merehatkan badan yang lenguh-lenguh mengadap laptop di kerusi dan meja.
“Assalamulaikum”,aku membuka pintu rumah dan dibuka lampu ruang tamu dan
menggantungkan kunci motorsikal di rak kunci.
Umie dan Ayah keluar ke rumah kawan mereka untuk menziarahi kawan mereka yang
sedang terlantar sakit.
Terasa malas untuk mandi maka aku memilih untuk menekan butang ‘on’ televisyen untuk
merehatkan diri sekejap.
Aku menukar-nukarkan siaran televisyen untuk mencari siaran yang menarik perhatian
aku.Satu siaran berjaya menarik perhatian dan aku merebahkan badan di sofa di depan
televisyen.Badan aku tiba-tiba melemahkan diri seakan-seakan ingin demam.Kepala aku
seakan-akan pening. Akhirnya aku melelapkan diri di hadapan TV.
“Umie,dah subuh ke?”,tanya aku kepada aku selepas terbangun sinaran lampu yang
terpancar.
“Rehatlah,kamu dekat hospital ni.”.Aku yang terpinga-pinga dek kerana masih pening-pening
di kepala.
“Kamu terjatuh tadi masa Umie kejutkan kamu dekat rumah”.
“Doktor kata kamu demam je and perlukan rehat ”.
Aku tidak mengingati langsung kejadian itu.Umie keluar dari bilik itu.Aku mencari telefon
aku dan menjumpai di atas rak yang berada di tepi katil aku.Ada beberapa panggilan dan
Whatsapp dari Dhiya.Aku segera menjawab mesej yang dihantarnya.Aku sengaja tidak
memberitahu yang aku terpaksa ditahan di wad hospital.Takut menganggu dan memberi
kerisauan kepada dirinya.Aku menyembunyikan soal itu daripada pengetahuan Dhiya dengan
berbohong dengan mengatakan aku tertidur selepas Maghrib.
………………………………..
Jam menunjukka angka lapan pagi dan aku masih tersadai di hospital.Menurut Umie,aku
terkena jangkitan virus dan disahkan demam saja.Doktor menyarankan untuk aku berehat di
hospital untuk memudahkan pemantauan yang ingin dijalankan.
Jururawat datang memberikan ubat kepada aku .Ubat demam serta antibiotic sebanyak dua
biji setiap satu jenis aku telan.Kesan ubat membuatkan aku mengantuk dan lalu tertidur
hingga tengah hari.
Aku sedar apabila azan Zuhur berkumandang di televisyen.Seingat aku ,aku tidak membuka
tv lagi hari ni lagi-lagi sebelum aku makan ubat.Sebuah jasad perempuan bertudung sedang
tidur di sebelah aku dengan memangku kepalanya dengan lengannya sebagai alas.
“Kesian umie sampai tertidur dekat sini jaga aku”,detik hati aku sendirian selepas melihat diri
itu.
Perempuan itu sedar dari tidurnya.
“Awak dah bangun .Nak apa-apa tak”.
“Dhiya!”,aku terkejut melihat perempuan yang tertidur tadi adaah tunangku,Dhiya.
Kemudian Umie masuk ke bilik.
“Dah bangun ke”,kata Umie selepas melihat aku sudah bangun dari tidur.Dhiya meminta diri
ke tandas sebentar.
“Terkejut ke lihat Dhiya?”,tanya Umie.
Umie menyatakan Umie sendiri yang beritahu Dhiya soal aku terpaksa di tahan di wad
tengah malam semalam.Pukul 11 lebih tadi Dhiya menelefon mengatakan dia dah sampai ke
KL.Dhiya meminta Sherry untuk menjemputnya dan menghantar ke sini.Dhiya kembali dari
tandas.
“Kamu berbual-bual lah dulu,Umie nak ke kafe”,Umie keluar dari bilik dan menuju ke kafe
untuk membeli makanan untuk mereka berdua.Makanan aku sudah tersedia di atas meja.Aku
belum memakannya lagi
“Kenapa datang sini”,tegur aku dulu kepada Dhiya yang sedang leka dengan telefonnya.
“Awak tak suka ke saya dekat sini?”.
“Saya suka je tapi saya kesian dekat awak.Kena datang jauh-jauh lagi”.
“Sayang nak makan ?”,tanya Dhiya.
“Boleh jugak tapi awak suapkan”.Dhiya membuat mimik muka selepas mendengarnya dan
membalas.
“Mengada-ngada betul”.Dhiya mengambil bekas makanan dan menghulurkannya kepada aku.
Aku menyuap satu persatu makanan itu ke mulutku.
“Sedap tak?”,tanya Dhiya kepada aku selepas melihat satu persatu suapan masuk ke mulutku.
“Lagi sedap kalau awak yang masak”,Dhiya tersenyum mendengar itu dari aku.
Dhiya berjanji yang dia akan memasak sup ayam untuk diriku.Alangkah gembiranya aku
mendengarnya.Siapa tak seronok bakal isteri menawarkan untuk memasak lagi-lagi air
tangan itulah yang menjadi sajian untuk aku nanti selepas berkahwin.
……………………………………..
Dhiya meminta adiknya Haziq untuk menjemput dirinya di hospital selepas solat zohor di
hospital.Sesampai di rumah ,Ibu terkejut melihat kepulangan Dhiya ke rumahnya.Pakcik Aki
sudah diberitahu oleh Dhiya sewaktu di dalam bas.
“Abah tak beritahu ke?”,tanya Dhiya.
“Abah lupa la tu”,Dhiya sendiri membuat andaian terhadap ketidakberitahuan pasal
kepulangannya ke rumah.
Dhiya menceritakan bahawa dia pulang untuk menjenguk Adham yang terlantar di hospital.
“Geram la dekat Adham tu.Padahal masa dia call tu dia dah memang kena tahan wad.Saja tak
nak beritahu Dhiya”,Dhiya melepaskan perasaan geramnya kepada Ibunya.
“Sabarlah.Kamu bukan tak kenal Adham tu .Dia bukan saja-saja tak nak beritahu kamu tapi
dia tak mahu susahkan kamu kena ulang-alik dari Kuantan -KL lagi”,Ibu cuba
mententeramkan dan menenangkan kemarahan Dhiya.
“Dia ingat mulut dia ada emas sampai tak boleh bagitahu sepatah pun”,kemarahan masih
terbuak-buak dalam dirinya.
“Dhiya Sofea,dengar sini”,Ibu menarik nafas sebelum menyambung percakapanya.
“Ini permulaan untuk Dhiya dan Adham bina kepercayaan dan hubungan kamu
berdua.Adham bukan tak percaya sama kamu tapi dia juga perlukan masa untuk memahami
kamu.Adham membesar dan diasuh untuk kuat dalam berdepani apapun sebab diadatang dari
keluarga yang biasa-biasa serta adik-beradik dia semua lelaki.Ibu tak hairan kalau dia boleh
kerja rumah sekali pun sebab dia membesar dengan itu.Kamu kena faham dia kalau sekarang
dia dah tunjuk dia lemah macam mana dia jaga kamu nanti”,Ibu memujuk Dhiya dengan nada
yang lembut.
Dhiya mendiamkan diri.
“Adham ada pesan apa-apa tak?”,tanya Ibu.Ibu memahami diri Dhiya seadanya kerana dia
sedar bukan mudah untuk anaknya itu menerima perubahan sebegini sebesar ini dalam
dirinya.
“Adham nak sup ayam”.
“Pergilah masak.Kempunan Adham nak makan air tangan bakal isteri dia nanti”,usik Ibu.
“Ayam ada dalam peti tu.Ibu nak masuk rehat dalam bilik kejap”.
Dhiya memulakan persiapan untuk dia memasak sup ayam untuk Adham
………………………..
Dhiya memandu kereta milik Ibunya untuk membawa sup ayam yang dimasakkannya.Bekas
makanan Tupperware diletakkan di atas kerusi di sebelahnya.
Satu persatu anak tangga didaki oleh Dhiya untuk menuju ke bilik Adham.
“Mesti Adham suka sup ni”,bisik hati Dhiya semasa berjalan menuju ke bilik Adham.
Ingin dibuka pintu bilik itu,terlihat oleh Dhiya ada satu perempuan yang sedang
menghulurkan gelas berisi air kepada Adham dan duduk di kerusi pelawat.Dhiya membuat
keputusan untuk berdiri untuk tunggu sekejap sebelum mengetuk pintu bilik untuk masuk.
“Siapa tu?”,hati Dhiya berbisik semasa melihat perempuan yang melawat tunangnya
itu.Dhiya membuka pintu bilik itu dan memberi salam.
“Assalamulaikum”.
“Walaikumusalam”,perempuan itu dan Adham menjawab salam tersebut secara serentak.
Dhiya meletakkan bekas Tupperware yang berisi sup ayam dan nasi itu di atas meja.
“Dhiya ,apa khabar”,perempuan itu menanyakan khabar Dhiya.
“Macam mana dia tahu nama aku.Dia kenal aku ke?”,bisik hati Dhiya lagi.
“Ni aku la,Emy”,kata perempuan itu kepada Dhiya.
Emy adalah kenalan kami berdua semasa bersekolah dan Emy juga perna satu universiti
dengan aku selama setahun sebelu dia pindah ke Kedah bermula semester tiga.Sewaktu aku
dan Emy satu university,hubungan kami berdua agak rapat disebabkan kami dalam kuliah
yang sama.Hubungan kami setakat kawan saja sebab masa tu aku yang tolong Emy dapatkan
informasi pasal ‘crush’ dia.
“Lama tak jumpa kau.Masa reunion hari tu pun kau takde”,kata Dhiya kepada Emy.
“Masa tu saya ke Phuket bercuti dekat sana”,kata Emy.
“Alang-alang makanan kau dah sampai,aku balik dululah”,Emy meminta diri untuk balik.
Emy bersalaman dengan Dhiya sebelum berjalan ke pintu dan menutup pintu secara perlahan-
lahan.
“Kenapa Emy datang sini?”,nada Dhiya seperti orang cemburu.
“Saja datang melawat”.
Dhiya membuka bekas Tupperware untuk dihidangkan kepada Adham.
“Sedapnya bau”.
“Umie kata pagi kelmarin awak tidur dekat meja dengan laptop betul ke?”,tanya Dhiya
Adham hanya menganggukkan kepalanya.
“Awak ni kerja je tahu.Cubalah rehat tu biar cukup.Nanti sakit siapa nak jaga”,mengomel
Dhiya .
“Awakkan ada nak jaga saya”,kata Adham.
“Saya tengah serius ni janganlah main-main”,Dhiya meletakkan pinggan berisi nasi dan sup
ayam di atas meja.
“Iye .saya tahu”.
Adham makan nasi dan sup ayam itu sehingga habis.
………………………
Petang Ahad,aku sudah dibenarkan keluar dari hospital dan diberikan cuti sakit tambahan
sebanyak dua hari lagi.Cukuplah untuk aku berehat di rumah sebelum menyambung tugasan
aku di pejabat.Bertambung fail-fail dan dokumen yang masih tidak aku siapkan di pejabat.
“Kamu dah beritahu Dhiya ke kamu dah balik rumah”,tanya Umie kepada aku.
Aku menganggukkan kepala tanda aku sudah memberitahu Dhiya soal kepulangan aku dari
hospital.Dhiya memberitahu aku yang dia keluar bersama Sherry pada petang
tersebut.Biasalah dah dua minggu lebih tak berjumpa.
Aku hanya berehat di bilik sambil termenung melihat dokumen kerja yang sedang bertimbun
atas meja bilik bak longgokan sampah yang tidak dikutip.Ingin saja tangan untuk mencapai
dokumen itu untuk disiapkan tapi biarlah aku berehat dulu sekurang-kurang sampai pagi esok
.
……………………………………..
Dhiya seperti biasa akan berkunjung ke butik pakaian milik Sherry sekiranya dia ada masa
terluang untuk bertemu mata dengan sahabat baiknya itu.
“Macam mana dengan Adham”,tanya Sherry kepada Adham.
“Alhamdulillah.Dia bertambah baik”.
“Panjang umur dia.Dia baru mesej kata dia dah ada dekat rumah”,Dhiya yang sedang
melayari telefon pintarnya dan kemudian satu pesanan ringkas masuk ke telefonya.
“Kau dengan dia macam mana?”,tanya Sherry kepada Dhiya.
“Macam biasa .Aku okay.Dia okay”,jawapan pendek yang diberikan itu menimbulkan
kemusykilan buat Sherry.
“Petang kelmarin Emy datang melawat dia dekat hospital”,Dhiya membuka bicaranya
dahulu.
“Apa yang jadi masalah?”.
“Aku tengok mereka berdua mesra semacam je”.
“Dulu aku ada dengar la diorang rapat sekejap lepas aku dengan Adham gaduh tapi aku tak
tahu la sama ada diorang bercinta atau tak”,sambung Dhiya.
“Aku nasihatkan kau tanya je Adham dulu.Tak baik tuduh-tuduh”.
Dhiya mengangguk faham .
…………………………………
Dhiya meminta bantuan Sherry untuk menghantarnya ke TBS.Dhiya yang meminta cuti
sehari kerana dia tak tahu sama ada Adham akan ditahan lama mahu pun tidak di hospital
kerana ingin menjaga Adham di hospital.
Alhamdulillah,Adham dibenarkan keluar awal dari hospital dan diberikan cuti sakit tambahan
sebanyak dua hari.
“Dhiya mana?”,tanya aku kepada Sherry.Dhiya tidak mengetahui yang aku juga berada di
sana kerana aku memaklumkan kepada Sherry untuk datang walaupun sudah ditegah oleh
Sherry.Dhiya apatah lagi memang melarang aku untuk menghantarnya ke TBS.
“Pergi tandas”.Aku yang memakai jaket cotton hitam berseluar track cuba menahan
kesejukan aircond.
“Tu dia dah datang”,Sherry menunjuk-nunjuk ke arah Dhiya.Mujur Dhiya masih tak perasan
akan kehadiran aku disana kerana aku memakai topi serta topeng muka kerana aku masih
batuk.
Aku memerhatikan Dhiya berjalan ke arah kami berdua sambil menyandang beg galasnya
namun Dhiya masih tidak perasan akan kehadiran aku.Mungkin Dhiya menganggap aku
hanya orang asing yang sedang menunggu orang lain berhampiran dengan Sherry.
“Aku dah nak pergi ni”,kata Dhiya kepada Sherry.
“Ni ada orang sanggup datang jumpa kau ”,kata Sherry kepada Dhiya.Dhiya terkejut melihat
kehadiran aku di situ.Mungkin dia tak menyangka bahawa Adham akan berada di situ juga.
“Sayang,elok-elok dekat sana.Apa-apa hal telefon saya atau Amanina.Nombor Amanina ada
kan?”,cakap aku.Dhiya yang ingin berasa marah terus reda mendengar apa yang diperkatakan
oleh Adham.
“Lagi satu,nanti Amanina jemput awak dekat sana.Saya dah cakap dekat dia”,sambungku.
“Janganlah susahkan diri macam ni.Datang sini lagi lepas tu susahkan Amanina lagi.Saya dah
biasa la berdikari”,Dhiya menggunakan nada rendah bercakap denganku yang bakal menjadi
bakal suaminya itu.Aku hanya tersenyu mendengar itu.Aku merasakan itu sudah menjadi
tanggungjawab aku untuk memberi keselesaan pada dirinya dan aku merasakan bahawa aku
bertanggungjawab soal kedatangan diri Dhiya untuk menjenguk dan mlawat aku disini.
Sherry hanya tertawa kecil melihat perangai dan telatah dua orang kawannya itu.Akhirnya
Dhiya mengalah dan sebelum mereka berpisah,Dhiya dan Sherry berpelukkan kerana tidak
tahu bila lagi mereka akan bertemu.Jasad Dhiya mula hilang tenggelam dari pandangan mata
dek lautan manusia yang kian mmneuhi ruang legar.
Aku dan Sherry berjalan ke kawasan tempat letak kereta disebabkan kami memarkirkan
kereta dikawasan yang sama.
“Dhiya bagitahu aku yang Emy datang melawat kau haritu?”,tanya Sherry semasa kami
berdua berjalan ke tempat letak kereta.
“Aku ingatkan Dhiya nak diamkan je pasal hal tu”.
“Sebab kau dah tanya aku bagitahu jelah”,aku membisikkan sesuatu di telinga Sherry.
“Seriously!”,Sherry terkejut mendengar apa yang aku bisikkan tadi.
“Tolong rahsiakan hal ni dulu dari Dhiya boleh.Emy sendiri yang beritahu nanti”,kata aku
kepada Sherry.
Sherry mengisyaratkan tanda faham dengan permintaan aku itu.
Emy
Sebulan yang panjang untuk kami berdua kerana masing-masing sibuk dengan perkerjaan
sampaikan tiada masa untuk kami berdua meluangkan masa untuk berjumpa satu sama
lain.Hanya panggilan dan mesej menjadi penghubung antara kami berdua.
Satu panggilan video masuk ke dalam telefon semasa aku dan classmates Dhiya keluar.Emy
merancang untuk keluar berjumpa dengan rakan-rakan dia yang lain kerana dia akan
menamatkan zaman bujangnya dan akan berangkat ke Dubai selepas itu untuk mengikuti
bakal suaminya itu.Dini,Jenny dan Aliya antara yang mengikuti gathering kali ni dan
beberapa orang budak lelaki yang lain.
“Assalamulaikum,awak dekat mana tu?”,tanya Dhiya kepada aku.
“Walaikumusalam.Ada dekat mall.Kan Emy ajak budak-budak ni keluar so dia ajak saya
sekali.Katanya pengganti awak”.
“Mana Emy?”,tanya Dhiya.
“Ni ada depan saya tengah borak-borak”.
Aku menghulurkan telefonku kepada Emy selepas Dhiya meminta untuk bercakap dengan
Emy.Aku membiarkan mereka berdua berbual-bual.Aku meninggalkan telefonku kepada
Emy dan menuju ke arah kawan-kawan yang lain.
Ketibaan Jenny dan Adin menyebabkan aku memilih untuk pergi ke arah mereka berdua.
“Izz tak datang.Ada kerja katanya”,kata Jenny kepada aku.
“Itulah dia pun cakap macam tu jugak semalam”,balas aku.Jenny membiarkan aku
memdukung Adin kerana Adin merengek ingin didukung oleh ibunya itu.
“Datang sorang jeke?”,tanya Jenny kepadaku.Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaan
itu.
“Haah.Sorang je.Dhiya sibuk sikit kebelakangan ni”,kata aku.
Kami berkumpul untuk memulakan acara parti bujang Emy.Dimulakan dengan menonton
wayang seterusnya acara makan-makan.
“Dhiya tanya apa tadi?”,tanya aku kepada Emy selepasa dia menghulurkan telefonku
kembali.
“Kau dah bagitahu dia ke yang kau nak kahwin ni?”,sambung aku.
“Belum.Ingatkan nak buat surprise untuk dia.Maklumlah dia yang paling last kahwin”,balas
Emy.
………………………………………
Aku menjemput Dhiya di rumah orang tua sebelum berangkat ke Dewan Hartawan bagi
menghadiri majlis persandingan Emy dan pasangannya.Aku yang siap berpakaian baju
melayu hijau berserta sampin dan songkok.
“Tak pernah-pernah awak pakai macam ni.Ke awak yang nak kahwin ni”,tegur Dhiya sejurus
menaiki kereta yang dipandu oleh aku.
“Memang saya pun yang nak kahwin.Tunggu awak lambat sangat”.
“Pergilah kahwin.Jangan kahwin dengan saya”,nada jawapan Dhiya sedikit tinggi.Aku tak
menyangka bahawa guraan itu akan mengguris hati Dhiya.
“Cantiklah awak pakai songket ni”.Aku memujuk Dhiya dengan memujinya.
“Tengoklah tunang sapa”,Hati Dhiya kembali sejuk mendengar pujiaan itu.Aku
sememangnya tahu yang Dhiya mudah cepat sejuk kalau dia marah.Dhiya bukanlah
pendendam jika ada yang berbuat salah cuma kadang-kadang dia perlukan masa untuk
bertenang dan memaafkan orang.Satu sifat yang mulia jika ingin dibandingkan dengan aku
kerana aku jenis yang sukar ingin memarahi orang namun sukar juga memaafkan orang lain.
Aku meneruskan pemanduanku dengan berhati-hati kerana hujan mulai turun renyai-renyai
membasahi muka bumi.Dhiya terus leka dengan telefonnya.Entah apa yang dibelek-beleknya
aku pun tidak tahu tapi biarlah dia dengan dunia dia sekejap sementara aku memandu ni.
“Sayang,macam mana kerja”,tanya aku yang sudah naik bosan melayan karenah juruhebah
radio.
Dhiya mula bercerita tentang perkerjaannya dari awal hingga akhir.Dari sekecil-kecil semut
hinggalah sebesar-besar dinosaur diceritakan oleh Dhiya kepada aku.Banyak sungguh cerita
yang diceritakan sampaikan aku sendiri lupa tentangnya.
“Sayang dah cerita la pasal ni”,kataku.
“Dah cerita eh.Takpelah awak dengar je”.
Mendengar setiap bait-bait percakapan Dhiya buatkan rasa menyesal menanyai soal
perkerjaannya.Letih nak melayan namun dilayan saja selagi dia ada disisi untuk
menceritakannya.Menghargai bukanlah dengan wang ringgit semata-mata tapi menghargai
dengan memberi perhatian yang sewajarya selagi dia masih disisi.Jujur aku juga rindu untuk
mendengar suara telatah dan wajahnya insan yang ada disisiku ni.Jauh disudut hati kecil
aku,aku inginkan dia ada bersama aku selalu namun batasan waktu dan komitmen membatasi
semua itu.Cukuplah semua ni menjadi pengubat rindu aku.
“Nah,airnya.Sayang mesti hauskan so minum dulu.Lambat lagi nak sampai ni”.
Dhiya mengambil air mineral yang dihulurkan aku dan meminumnya.
“Sayang dengar tak apa yang sayang ceritakan tadi”,Dhiya menegurku setelah melihat aku
mengelamun.
Aku memberhentikan kereta kawasan Rnr untuk berehat sekejap.Memandu ke Putrajaya dari
Gombak bukanhlah jauh mana tapi aku sendiri sedikit penat memandu kereta di jalan yang
sesak maka aku membuat keputusan untuk berhenti sekejap.
“Kenapa berhenti?”,tanya Dhiya.
“Boleh tak pergi belikan apa-apa air kejap”,aku menghulurkan wang RM10 kepada Dhiya
dan Dhiya meluru ke kiosk berdekatan untuk membeli minuman untuk aku.
Dhiya menghulurkan air yang dibelinya.Bukan setakat minuman dibelinya bahkan sekali
dengan makanan ringan ditapaunya kedalam kereta.
“Cukup tak duit tadi”,tanya aku.
“Tak cukup seposen”,jawab Dhiya.
“Habis tu mana dapat lagi seposen”.
“Saya buat muka seposen”.Kami berdua ketawa dengar jawapan dari Dhiya itu.Aku sendiri
perasan yang Dhiya membawa pursenya tadi.Saja aku ingin mengusik dia .
Aku menyambung pemanduan aku untuk menghadiri majlis perkahwinan Emy.Aku
menfokuskan diri kepada pemanduan kereta.
“Kenapa senyap je ni?”,tanya aku selepas melihat Dhiya tidak berceloteh dan mendiamkan
diri saja di dalam kereta.
“Takde apa-apa”.
“Kenapa awak tak pernah beritahu saya yang awak ada hubungan dulu dengan Emy?”,hatiku
tersedak mendengar pertanyaan itu daripada Dhiya.Ingin saja memberhentikan kereta di tepi
lebuh raya namun biarlah aku terangkan segalanya kepada Dhiya.Dhiya berhak tahu kisah
silam aku kerana dia akan menjadi sebahagian kisah kami berdua nanti.
“Saya dengan Emy kawan biasa je.Jujur sayang cakap yang memang kami pernah rapat tapi
setakat kawan je.Sayang mintak maaf untuk itu kalau saying tak pernah beritahu sayang pasal
semua ni.Sayang anggap itu kisah silam”.
“Susah sangat ke nak beritahu ”.
Aku menarik nafas yang panjang sebelum menjawab pertanyaan itu.
“Senang je sebenarnya tapi saja nak bagi complicated.Complicatednya untuk memenangi hati
sayang macam tula sayang susah nak beritahu sayang”,aku menjawab dengan nada yang
rendah dan lembut.
“Tak habis-habis dengan perangai sweetalker sejak sekolah lagi”.Dhiya seolah-olah merajuk
dengan jawapan dari aku.
“Dulu orang pernah cakap yang tak berbaloi untuk tunggu seseorang yang tak mencintai diri
kita namun entah kenapa sayang buktikan yang semua tu jadi berbaloi untuk tunggu”.
“You’re always be my inspiration”.Aku meneruskan pemanduanku .Sebenarnya aku saja
pusing-pusing Putrajaya sebab nak luangkan masa lebih sikit dengan Dhiya.Dewan yang Emy
tempah tu adalah milik keluarga kawan aku maka aku sudah kenalinya keberadaannya.
…………………………………………….
“Sayang tak nak turun boleh tak?”,tanya Dhiya apabila aku selesai memarkirkan kereta di
tempat letak kereta.
“Kenapa pulak ni?”,tanya aku.Aku ingin memujuk Dhiya supaya mengikuti sekali masuk ke
dewan itu.
“Ni kan majlis kawan sayang takkan la sayang nak ikut”,Dhiya memberi alasan supaya dia
tak jadi untuk mengikuti aku.
Setelah dipujuk berulang kali,Dhiya akur untuk turun dari kereta.Dhiya mengikuti aku
daripada belakang kerana malu katanya.Malu untuk bertemu orang-orang yang asing
baginya.Selalunya dia yang paling peramah dan aku yang sebaliknya namun kali ni dia yang
malu untuk bertemu orang.Dhiya yang berjalan menundukkan kepalanya ke bawah kerana
tidak ingin berjumpa dengan siapa-siapa pun.r
Dhiya yang memakai baju kurung songket berwarna hijau juga.Kebetulan sebenarnya kerana
aku hanya menyuruh Dhiya memakai baju songket kerana itu tema majlis kali ni namun tidak
disangka-sangka Dhiya memiliki baju songket warna Emerald Green sama sepertiku.
“Sampai pun kau.Lama aku tunggu kau tak sampai-sampai”,tegur seseorang kepada diri aku
di pintu dewan.
“Cik Dhiya apa khabar”,orang tersebut menanyai khabar Dhiya setelah bersalaman dengan
diri aku.
Dhiya terkejut apabila pemuda yang menegur Adham itu mngenali dirinya.Pelbagai persoalan
mula bermain di minda Dhiya apabila Namanya telah dipanggil pemuda itu.Dhiya
memberanikan diri untuk melihat wajah pemuda yang menegur dirinya dan Adham itu.
“Fadhil?”.
“Betul la tu”.
Belum sempat Dhiya menanyai apa-apa soalan,Dini dan Aliya datang menyapa Dhiya di
muka pintu dewan itu.
“Kau mesti terkejutkan tengok kitaorang ada dekat sini.Sebelum kau tanya lagi,baik kau
tengok bunting tu”,sambil Dini menunjukkan ke arah bunting yang tergantung di sebelah
pintu dewa.Dhiya melihatnya dan membaca nama yang tertera disitu.
“Seriously!”.
“Dah-dah.Jom masuk dalam.Semua tunggu kau dekat dalam”,kata Aliya.
Dhiya meninggalkan aku di pintu dewan untuk masuk ke dewan bertemu yang lain manakala
aku hanya berbual-bual dengan Fadhil berhampiran dengan pintu dewan.Ayman,Nazmi dan
Izz datang berjalan ke arah kami setelah melihat kedatangan aku di dewan itu.
“Kau patut tengok drama tadi”,kata Fadhil kepada Ayman.
“Jangan risau,kami tengok jugak dari jauh tadi”.
Kami berlima masuk ke dewan untuk berbual-bual lebih lanjut hal orang lelaki.
…………………………..
Dhiya dan rakan-rakan yang lain berjumpa dan bersapa-sapa di meja yang
disediakan.Maklumlah dah lama tidak berjumpa satu sama lain.Walau berkerja di satu negeri
bukanlah jaminan untuk berjumpa satu sama lain.Masing-masing ada komitmen dan
tanggunngjawab kerja dan keluarga yang diperjalankan dengan sebaiknya atas nama amanah
yang dipikul di bahu.
Saling berpelukan menandakan ikatan ukhuwah antara mereka masih kekal utuh dan kuat
walau dilandai ombak dan duri yang melanda mereka.Kalau dulu Adham cukup sinis dengan
perangai beberapa rakan Dhiya yang hilangkan diri saat Dhiya terkulai layu jatuh sakit.Ketika
itu hanya Sherry ,Izz dan Adham dan dua orang lagi yang selalu bertanya khabar
Dhiya.Cukup perit untuk Adham melihat orang yang dia sayiang seperti itu.Cukuplah sekali
dia merasai semua itu bagi Adham.
Kisah percintaan Adham dan Dhiya bermula dari situ sebenarnya cuma apabila ditanya Dhiya
menafikan semua itu.Bagaimana mereka bergaduh besar selepas itu biarlah menjadi rahsia
kerana masing-masing terkesan dengan itu cuma terpedam ego sebesar dan setinggi Gunung
Everest yang menjadi penghalang untuk mereka.Kisah lapan tahun mereka bermula dari situ
dengan haluan dibawa oleh diri masing-masing namun kedua-dua merindui untuk berjumpa
satu sama lain dan minta maaf untuk itu .
Kelibat pengantin perempuan iaitu Emy dan pasangan menemui diri mereka di meja itu
selepas olat zuhur.Majlis seperti ini bukanlah satu alasan untuk Emy mengabaikan solat
kerana ia kewajiban yang dituntut oleh syariat Islam dan ia adalah perintah terus dan
langsung dari Allah untuk Baginda Nabi Muhammada SAW semasa peristiwa Isra’ Mikraj.
“Dah lama ke sampai ”,tegur Emy kepada Dhiya .Suami Emy yang berdiri disebelah Emy
sedang menyapa tetamu yang lain yang turut hadir.
“Baru je”.
“Sampai hati kau tak cakap pun yang kau nak kahwin”,kata Dhiya kepada Emy dengan nada
yang seperti ingin menangis.
“Kalau ikutkan aku nak cakap tapi Adham yang suruh rahsiakannya.Katanya surprise untuk
kau”.
“Memang nak kena ni”,nada Dhiya sedikit geram dengan perbuatann Adham yang
merahsiakan soal ini darinya.
“Lepas ni giliran kau pulak.Tinggal lagi dua bulan status kau bertukar dari bujang ke isteri
orang”,kata Emy.
“Kau bertuah dapat Adham.Aku yakin dia boleh jaga kau sebaiknya.Maklumlah his first love
kan”,sambung Emy.
“Bercakap pasal Adham,mana dia?”,tanya Emy yang tidak nampak akan kelibat Adham disisi
Dhiya.
Belum sempat Dhiya tunjuk ke arah Adham,Dhiya nampak kelibat Adham sedang berjalan ke
arah mereka di situ.
“Congrats for your wedding”,kata aku kepada Emy setelah tiba di tempat mereka berkumpul.
“Thanks”.
“Dhiya sini kejap”,Emy menarik Dhiya untuk pergi berjauhan sikit dari mereka semua yang
ada.Aku juga mengikuti mereka berdua kerana aku tahu apa yang ingin disampaikan oleh
Emy.
“Aku nak terbang ke Australia lagi sebulan so aku tak dapat pergi wedding kau.Aku ikut
husband aku ke sana plus aku sendiri akan sambung belajar di sana juga”,Dhiya terkejut
mendengar apa yang dibisikkan oleh Emy.
“Weh !serious ni”.
Aku dan Emy mengangguk tanda itu semua bukan olok-olok dan tipuan muslihat dari
kami.Jujur aku tahu pasal ni beberapa bulan dulu tapi masa tu masih tidak yakin untuk terima
ataupun tidak dan akulah yang menyakinkan Emy untuk terima tawaran itu.
“Sayang tahu tak mula-mula dia dapat offer letter dapat sambung belajar,dia tak nak pergi
sebab jauh tapi mujurlah cik abang dia lamar dia”,aku memmberi penjelasan kepada Dhiya
soal Emy dan penerbangannya ke Australia.
“Sayang dah tahu pasal ni dan tak beritahu.Sampai hati saying buat macam ni”,Dhiya seolah-
olah merajuk dengan aku kerana tidak memberitahunya pasal hal ini kepada Dhiya.
“Adham,aku nak kau jaga Dhiya semampu kau.Aku yakin kau mampu jaga Dhiya sebaik
mungkin dan aku amanahkan dia untuk kau.Dalam sejuta orang yanag datang dalam hidup
dia,dia pilih kau maknanya kau cukup istimewa untuk dia. ”,pesan Emy kepada Adham.
“Dhiya,jangan sesekali kau sia-siakan Adham sebab kalau kau hilang dia belum tentu kau
jumpa seperti dia.Akuu tak pernah jumpa manusia seperti Adham yang sanggup buat kerja
gila dengan tunggu orang yang dia sayang ”,kali ini Emy memberi kata-kata nasihatnya
kepada Dhiya pula.
Belum sempat kami berdua berkata apa-apa kepada Emy,dia meminta diri untuk berundur
kerana ini berjumpa dengan beberapa tetamu yang turut hadir ke majlis itu.Aku dan Dhiya
mengambil keputusan untuk pergi menjamu selera juga sementara menunggu kenalan kami
yang lain yang turut sedang menjamu selera masing-masing.
Sementara Dhiya pergi mengambil makanannya,aku menjaga beg tangan dan telefon
miliknya.Aku memerhatikan saja tetamu lain yang sedang menjamu selera dan adad
sebahagian sedang berbual-bual di meja makan juga.Mungkin kenalan mahupun ahli keluarga
jauh yang sudah terpisah lama.
“Tak nak makan ke?”,tanya Dhiya sekembalinya dari meja hidangan lauk-pauk dengan
sepinggan yang berisi nasi dan lauk-pauk.
“Tengok muka sayang pun dah kenyang dah”,
“Awak ni.Malulah saya nanti.Semua orang pandang dekat sini”,aku sengaja ingin mengusik
Dhiya kerana aku yang dia bencikan pujian seperti itu lagi-lagi ditempat awam.
…………………………………….
Hoodie Merah Jambu
Penerbangan Emy dijadualkan jam 1230 pagi namun kenalan dan ahli keluarga yang ingin
melambai-lambaikan tangan mereka ke arah kapala terbang mereka tiba seawall jam 10
malam lagi.Maklumlah urusan imegresen dan visa harus diperjalankan sebelum mampu
berangkat ke Australia nanti.Tidak rumit namun kadang-kadang terlampau ramai
menyebabkan urusan itu menjadi lama.
Memandangkan aku harus menjemput Dhiya di TBS memadangkan dia juga ingin melambai-
lambaikan tangannya tanda ucapan selamat tinggal kepada Emy maka aku membuat
keputusan untuk terus menjemput dirinya sekembalinya dari pejabat.Aku bertolak keluar dari
pejabat selepas solat Maghrib dengan aku berjemaah di surau pejabat bersama staff yang
lain.Aku sudah melarangnya untuk ikut sekali memandangkan penerbangan Emy tidak jatuh
pada cuti umum mahpun cuti hujung minggu tapi dia berdegil untuk datang juga.Terpaksalah
ikut kemahuanya kepada kedegilan bagi Dhiya Sofea tidak siapa berani langgar termasuk
aku.
Sekitar jam 8.30 malam aku menjemput Dhiya di TBS dan aku terus memandu kereta ke
KLIA.Aku yang masih memakai kemeja putih dan seluar slack hitam namun lengan sudah
disisingkan ke atas dan tali leher dibuang lepas waktu asar lagi.
“Kalau awak nak tidur,awak tidurlah.Nanti saya kejut bila dah sampai”,kata aku kepada
Dhiya sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.Belum sempat aku menghabiskan percakapan
aku,dia sudah melelapkan matanya .
Kepenatan berkerja agaknya ditambah dengan kepenatan semasa menaiki bas untuk ke
sini.Aku akui semangat setiakawan Dhiya lebih baik dan bagus dari aku.Aku kadang-kadang
bersikap sinis dngan mereka tapi bukan bagi Dhiya.
Dua beg galas yang dibawa oleh Dhiya diletakkan di atas tempat duduk belakang bersama
satu hoodie merah jambu dan dua fail yang berisi dokumen kerja.
Satu jam perjalanan ke KLIA bukanlah lama namun sikap pemandu kadang-kadang boleh
menyakitkan hati pemandu yang lain ditambah dengan pertambahan kereta di atas jalan raya
dengan pelbagai sikap pemandu boleh membuatkan ia makin lama untuk sampai ke destinasi.
Perjalanan yang ditemani oleh suara juruhebah radio yang aku sendiri tidak gemar
mendengarnya kerana memutarkan lagu-lagu yang berulang-ulang serta kurang penyampaian
berita yang memberi manfaat ditambah dengan juruhebah yang banyak syok sendiri.
“Dah dekat mana ni”,kata Dhiya sebaik saja bangun dari lelapan tidurnya.
“Dah nak sampai dah.Lagi 15 minit”,aku tak menyedari bila Dhiya bangun dari tidurnya
sampailah dia menanyakan soalan itu.
“Nak apa-apa tak.Kalau tak nak berhenti dekat Rnr ni”,sambung ku.
Dhiya hanya mendiamkan diri dan mengambil hoodie pink miliknya dan beg galas.Dhiya
mengambil snek ringan yang dibawanya dan minuman panas.Dhiya sudah menyiapkan awal-
awal bekal untuk dibawa ke sini.
“Nak sikit ke?”,Dhiya menawarkan sdikit bekalan yang dibawanya kepada aku namun aku
menolaknya kerana masih tidak terasa kenyang.
Dhiya menyarungkan hoodie ke badanya kerana kesejukan dek pendingin hawa kereta yang
dipasang oleh aku agak kuat.
“Macam kenal je hoodie ni”,fikiran aku melayang kerana terlintas bahawa aku pernah
nampak hoodie itu cuma aku lupa dimana dan bila.
“Cantik hoodie.Tak pernah nampak pakai pun”,tanya aku.
“Hoodie lama.Dah lama tak pakai sebab ada yang barukan”,jawab Dhiya secara ringkas.
Fikiran aku masih melayang-layang ke arah di mana seorang perempuan yang tidak aku
kenali datang masa aku ingin berangkat ke Uk dahulu.Dia memakai hoodie mereh jambu
yang sama seperti yang Dhiya sedang pakai dan Sherry mengatakan bahawa perempuan itu
ialah sepupunya yang kebetulan tinggal di rumahnya pada masa itu.Aku teringin sangat nak
jumpa perempuan itu lagi sekalii kerana aku terinspirasi apa yang dia ucapkan kepada aku
walaupun dia tidak mengenali aku tapi kata-kata seolah-olah orang yang begitu mengenali
aku.Aku tidak nampak mukanya kerana dia memakai topng muka disebabkan sedang demam
dan batuk-batuk.
“Kenapa aku rasakan Dhiya adalah orang itu cuma dia tak nak mengaku soal itu”,bisik hati
aku sendirian.Aku sebenarnya pernah terfikir bahawa Dhiya adalah perempuan itu cuma
entah kenapa hati aku menyangkalnya disebabkan tiada alasan untuk Dhiya datang pada hari
itu.
“Teringat pula masa saya nak berangkat dulu.Semua kawan-kawan saya datang termasuk
keluarga saya datang untuk lambaikan tangan mereka pada saya.Saya berharap awak ada juga
pada masa tu.Saya nak sangat awak ada masa tu sebab saya nak mintak maaf dekat awak”.
“Janganlah macam ni.Pernah tak terfikir kalau semua itu terjadi ada tak semua ini akan
terjadi Everything happen for a reason.Allah tak kejam sebab kalau semua tu terjadi dulu,hari
ini awak tak berdiri di sini and kecapi segala yang awak ada sekarang ni”,aku tersentak
mendengar jawapan daripada mulut Dhiya kerana aku tak menyangka Dhiya akan memberi
jawapan seperti ini.
Aku masih lagi mengesyaki bahawa perempuan itu adalah Dhiya cuma aku perlukan bukti
untuk memerangkap Dhiya agar dia mengaku soal itu.Aku sengaja menguman Dhiya supaya
dia jatuh dalam perangkap aku yang aku pasang buat dia.
“Awak nak dengar tak kisah masa saya dekat airport masa tu”,aku cuba memancing Dhiya
untuk dengar kisah hari di mana aku berangkat ke UK.
Dhiya hanya mendiamkan diri saja.Mungkin dia tak berminat untuk mendengarnya namun
aku meneruskan juga penceritaanku.Aku mulakan sesi bercerita itu dan Dhiya hanya terus
leka dengan telefonnya.
“Hari tu kan ada sorang perempuan peluk saya.Dia cantik sangat and dia sepupu Sherry kalau
tak silap”,kata aku dengan yakinnya.
“Mana ada.Awak tipu.Perempuan tu tak peluk awak pun”,Dhiya menjerit dengan
kuatnya.Nampaknya Dhiya telah masuk perangkap aku.
“Awak mana tahu sebab awak takde dkat situ”,aku mengumpan Dhiya lagi.
“Saya tahulah sebab saya ada dekat situ jugak”,Dhiya menyedari yang dia sudah masuk
perangkap aku.
Aku memandang Dhiya dengan senyuman yang terukir di bibir.Dhiya menundukkan
kepalanya kerana malu.Dia tahu yang dia sudah terlepas cakap.
“Jadi awak dah tahu la pasal tu”,Dhiya membunyikan suaranya namun kepalanya masih
tertunduk ke bawah.
“Saya dah lama dapat agak tapi naluri saya selalu sangkal sebab takde bukti.Bila awak pakai
hoodie tu baru saya yakin dengan agakan saya tu”.
“Im sorry.Saya tak patut buat macam tu”.
“Sayang dengar sini.Sayang tak perlu pun minta maaf sebab sayang tak buat salah pun.Betul
cakap sayang kalau dari dulu saya tahu pasal ni,mungkin sayang takkan ada dekat sebelah
sayang hari ni”.
“Terbanglah setinggi mana yang mampu dan kalau jatuh sekalipun ia tetap akan jatuh di
puncak gunung dunia.Jangan sesekali mengalah untuk terus kibarkan sayapmu di awan putih
yang terbentang luas”,aku mengungkap kata-kata
“Awak masih ingat rupanya”,Dhiya tidak menyangka kata-katanya itu masih diingati oleh
Adham.Kata-kata terakhir yang Dhiya lemparkan sebelum Adham terbang ke UK.
Aku sedang merayau-rayau mencari tempat letak kereta untuk memarkirkan kereta.Aku
menjumpai satu tempat kosong dan segera memarkirkan kereta.
Selesai memarkirkan kereta,kami berdua berjalan beriringan sambil mencari tempat kawan-
kawan kami sedang berkumpul.Aku masih berpakaian kerja sama yang aku pakai sejak pagi
tadi lagi.Masih belum sempat untuk tukar walaupun aku sendir sudah membawa pakaian
ganti yang aku rancang untuk pakai ke sini.Dhiya massih menyarungkan hoodie pink
miliknya itu bersama skirt labuh berwarna hitam.Aku takt ahu sama ada itu pakaian yang
dipakai sejak pagi mahupun tidak tapi satu kedutan pun aku tidak nampak.
“Awak dah tukar pakaian ke?”,tanya aku kepada Dhiya.
Dhiya menanggukkan kepalanya tanda dia sudah menukar pakaian sebelum naik bas petang
tadi.
“Saya pergi tukar baju jap.Tunggu dekat sana”,aku menunjukkan ke arah Starbuck.
“Patutlah busuk tak mandi lagi rupanya”.Aku hanya tersenyum mendengar itu.Dhiya sengaja
mengusik aku kerana tahu aku masih tidak sempat untuk tukar pakaian aku di pejabat.Aku
bersyukur dikurniakan seorang bidadari yang sangat memahami diri aku sebaiknya.Faham
tetang masa kerja aku serta menghormati setiap masa aku di pejabat dan rumah.
Aku berjalan menuju ke arah tanda sambil menggalas beg pakaian yang aku bawa dari kereta
manakala Dhiya menuju ke Starbuck untuk membeli minuman untuk kami berdua.
…………………………………
“Lama pulak Adham ni”,Dhiya membelek-belek jam yang di tangannya setelah selesai
membeli minuman di Starbuck.
Tanpa disedari,Dhiya disergah oleh Aliya dan Jenny dari belakang.
“Woi!lama termenung”,jerit Aliya di telinga Dhiya dari belakang.
“Terkejut aku dibuatnya”,kata Dhiya setelah melihat Jenny dan Aliya dibelakangnya.
“Kau dari mana je?”,tanya Dhiya.
“Aku beli air tadi then nampak kau dekat sini”,jawab Jenny.
Aliya dan Jenny memandang dua bekas minuman yang tidak lagi terusik di atas meja dengan
masing-masing dilabel “Mika” dan “Sofea”.Dua bekas minuman panas itu masih belum ada
tanda-tanda sudah diminum oleh Dhiya .
“Mika tu sapa?”,tanya Aliya.
“Jangan kata kau ada skandala baru”,usik Jenny.
“Adham punya.Dia suruh letak nama Mika”,jawab Dhiya dengan tenang.
“Kau datang dengan Adham ke?”,tanya Jenny.
“Haah.Kenapa?”.
“Takde la .Izz cakap Adham tak nak datang hari ni sebab esok pagi ada meeting dekat
Putrajaya”,kata Jenny.
“Emy pun cakap dekat aku macam tu jugak.Aku ingatkan kau datang dengan Sherry tadi”.
Mendengar apa yang dibicara oleh Aliya dan Jenny,Dhiya mula rasa bersalah dan merasa
hairan kerana Adham tidak memberitahunya apa-apa tentang mesyuarat pagi esok.
“Macam best je bergosip”,tegur aku kepada mereka bertiga
Aku yang sudap siap berpakaian dengan jersey Liverpool dan seluar jeans hitam.Pakaian
kotorku diletakkan di dalam beg yang aku bawa tadi dan menggalasnya.
“Jomlah.Emy dah panggil dah tu”,Jenny memberitahu bahawa Emy sudah mesej kepadanya
untuk berkumpul dan bertemu mata kali terakhir.
Kami berempat bangun dari kerusi dan menuju ke tempat mereka yang berkumpul.
Dhiya membiarkan Jenny dan Aliya jalan dahulu didepan kerana diam mahu bercakap
dengan Adham di belakang tanpa pengetahuan mereka berdua.
Aku sedang berjalan di belakang sikit sambil membelek-belek dokumen untuk mesyuarat
pagi esok di telefonku.Leka sungguh aku dengan telefon aku membaca dokumen-dokumen
itu.
“Tengah chat dengan perempuan mana tu?”,Dhiya sengaja menanyakan soalan seperti
itu.Dhiya tahu kalau dia bertanya scara terus,aku akan sempat untuk mencari alasan untuk
menyembunyikan soal itu.
“Tengah belek-belek dokumen mesyurat untuk esok ”,jawabku.Aku tidak perasan bahawa
aku terberitahu Dhiya soal mesyuarat esok.Aku sebenarnya berniat untuk tidak memberitahu
soal ni kerana aku tahu Dhiya akan melarang aku untuk menjemput dirinya di TBS dan
datang ke KLIA
“Jadi betullah awak ada mesyuarat esok”,nada Dhiya sedikit geram.
“Iye,sayang”,jawab aku.Aku baru menyedari bahawa aku sudah terberitahu soal itu kepada
Dhiya.
Dhiya seakan-akan marah dengan sikap aku menyembunyikan soal itu dan membuat
keputusan mempercepatkan langkahnya untuk berjalan bersama Aliya dan Jenny.
Akhirnya kami berempat berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.Mereka bertiga berkumpul
dengan teman-teman yang lain.
Aku hanya berdiri di belakang memerhatikan dari belakang.Izz kemudian menegurku dari
belakang.Fadhil dan Ayman turut ada bersama Izz.
“Aku terkejut Jenny mesej cakap kau ada sekali tadi”,kata Izz.
Fadhil dan Ayman datang berdua saja kerana mereka datang dari pejabat dan Fadhil yang
memandu kereta.Katanya mereka berdua tidur pejabat saja malam ni.Aku tak sendiri belum
membuat keputusan sama ada ingin balik mahupun tidak.Ikutkan hati ingin saja balik namun
kepenatan menjadi halangan.Mungkin saja aku bermalam di KLIA untuk malam ni tapi
memikirkan soal Dhiya yang ingin balik dengan siapa menjadi halangan untuk aku.
Kemudian Emy menegur aku.
“Kau ni memang nak kena eh.Cakap tak nak datang tapi ada juga kau ye”.Aku menunjukkan
ke arah Dhiya.
“Kau gaduh dengan dia ke?”,tanya Emy.Emy mengesyaki sesuatu berlaku antara aku dan
Dhiya disebabkan Dhiya amat berbeza malam ini .
Aku menceritakan soal apa yang berlaku antara aku dan Dhiya.Aku sememang tak sempat
untuk datang pada malam ni kerana pada malam ini kerana aku harus siapkan kertas kerja
untuk mesyuarat pagi esok namun dua hari lalu Dhiya menyuruh aku untuk menjemputnya di
TBS.Nak tak nak aku harus menjemput Dhiya dan datang juga ke sini.
“Aku tak salahkan kau pun tapi kadang-kadang kejujuran adalah benda yang terbaik.Dah
pergi pujuk dia”.
Tiada perasaan yang dapat gambarkan kesedihan yang kami lalui untuk malam itu kerana
terpaksa berpisah jauh dengan seorang sahabat yang baik dengan kami semua.Berpisah secara
jasad namun tautan hati masih lagi menjadi pengikat kasih sayang dan ukhuwah antara kami.
Hanya gambar dan kenangan menjadi pengubat rindu buat kami selepas ini demi menghalang
daripada air mata mengalir di pipi.
Gambar kenang-kenangan kami ambil sebagai bukti kami hadir pada malam ini dan untuk
dikongsi buat tatapan followers kami di Instagram dan Facebook.
Tanpa kami sedar,Emy dan pasangan mula meninggalkan kami perlahan-lahan menuju ke
destinasi mereka.Lambaian terakhir kami menjadi kisah kami untuk berpisah jauh dengan
mereka berdua.Terlalu banyak kisah untuk diceritakan.Bayang-bayang mereka mula
menghilang dari padangan kami meninggalkan kami disitu.
……………………………………………………………………..
Aku dan Dhiya masing-masing berjalan pulang kereta namun kami masih lagi membisukan
diri sejak dari kami berpisha dengan teman-teman yang lain.Masing-masing tidak berani
untuk keluarkan suara dari mulut kerana takut salah seorang akan terluka lagi.
“Sayang lapar ke?”,aku merendahkan ego aku untuk mulakan bicara aku dahulu.
“Tak lapar pun tapi tak selapar dari orang yang tak reti jujur”.Pedas sindiran itu tapi biarlah
aku yan mengalah kerana itu juga dari kesilapan aku.Aku bukanlah sempurna dan kadang-
kadang meminta maaf adalah caranya namun kali ini aku berdiam saja.
Aku meneruskan pemanduan aku untuk menghantar Dhiya balik ke rumah seterusnya pulang
ke rumah dan menyambung tugasan aku lagi.Aku sendiri tidak tahu pukul berapa aku akan
tidur kerana saat ini jam sudah hampiri jam sebelas malam dan aku masih dalam mood
pemanduan.Itu tidak kira kalau Dhiya nak makan lagi lagi lambatlah aku sampai ke rumah.
Dhiya merenung ke luar jendela ditemani oleh lagu-lagu jiwang yang terpasang di corong
radio dan langit pula sedang menjatuhkan air-airnya ke lantai bumi yang kering-kontang.
Disebabkan keadaan hujan mula lebat maka aku hanya menfokuskan diri aku kepada
pemanduan aku.Keadaan yang agak gelapp dan hujan menyukarkan mengagak kelajuan dan
arah kereta dari lorong sebelah andai ingin menukar lorong.
Ingin saja aku memujuk diri Dhiya namun rasa berat untuk aku berbuat begitu.Rasa terbeban
dengan kesalahan yang aku sendiri lakukanya.
“Perlu ke sayang buat semua ni”,akhirnya Dhiya tewas dengan ego dia sendiri.
“Maksud sayang?”,aku berpura-pura tidak memahami apa yang Dhiya perkatakan kepada
aku.
“Sayang tahukan yang sayang tak perlu buat semua ini.Kenapa perlu korbankan masa sayang
demi semua ni”.
“Kalau semua ini boleh berikan sayang senyuman,sayang sanggup.Sayang tahu apa yang
sayang lakukan ini tak pernah cukup untuk ganti air mata yang jatuh dulu tapi berilah ruang
untuk sayang tebus semula”.
“Kenapa perlu sampai abaikan kerja?”,Dhiya tanya lagi.Aku menarik nafas yang panjang
sebelu menjawabnya.
“Untuk melihat orang yang kita sayang senyum kadang-kadang kita perlu berkorban sedikit”.
“Sampaikan kena korbankan masa rehat sayang?”.
“It’s part of our commitment and responsible.Nak tak nak kita perlu buat jugak.Itu ikrar dan
intergriti kita dalam berkerja”.
Aku memberitahu Dhiya bahawa Ajat meringankan beban aku dengan menolong aku
menyiapkan bahagian aku yang separuh lagi dan untuk yang separuh lagi ,aku sebenarnya
dah siapkan hampir 90 peratus jadi untuk mala mini,aku hanya perlu ‘compile’kan bahagian
kami berdua.
“Apa balasan yang dia mintak?”,tanya Dhiya.
“Dia mintak sayang belanja lunch selama tiga hari ”.
Aku tidak mengharapkan Dhiya untuk memahami diri aku.Cukup untuk Dhiya fahami diri
dia sendiri dulu.Kalau Dhiya dicampakkan di dala hutan,dia boleh lagi survive dalam hutan
tapi bukan aku.
………………………………………….
Dhiya Sofea
Sedang dibelek-belek jam ditangan,aku sudah kebosanan menunggu Izz dan Jenny yang
berjanji untuk berjumpa dengan aku di kafe yang selalu kami lepak makan sementara
menunggu kelas tambahan waktu sekolah lagi.Kafe yang menpunyai pelbaga memori kami
sebagai pelajar sekolah dulu.
Hari ini aku berseorangan saja kerana Dhiya sudah pulang ke Kuantan pagi tadi.Dhiya yang
mengambil cuti pada Jumaat kerana datang ke sini untuk berjumpa dengan Emy dua hari yang
lalu.Aku pula menghadiri sesi pembentangan kertas kerja pada Jumaat pada sebelah
pagi.Alhamdulillah kerana sesi pembentangan itu berjalan dengan lancar untuk kami satu
kumpulan walaupun ada sedikit ‘technical problem’ yang berlaku.
Aku dah boleh menarik nafas yang lega kerana boleh mengfokuskan diri aku kepada persediaan
aku untuk majlis pernikahan aku nanti.Banyak kerja yang harus dibuat sampaikan ada yang
Dhiya terpaksa uruskan dari jauh.Aku yang membiarkan Dhiya menguruskan soal pelamin dan
tema untuk majlis dirumah pihak perempuan.Untuk di rumah pihak pengantin lelaki,aku
memilih untuk memakai warna putih saja.Kali kedua aku pergi ‘fitting’ baju melayu aku,aku
pergi berseorangan kerana Dhiya pergi dahulu pada hari Jumaat itu dan aku terpaksa pergi
tengah hari semalam.
Bukan aku tidak ambil cakna soal majlis ini tapi terpaksa aku abaikan dulu sekejap untuk beri
tumpuan kepada kerja dahulu.Mujur Umie menguruskan soal hantaran apa semua.Aku
membiarkan Umie pergi membelinya dan aku sudah memberi RM5000 kepada Umie untuk dia
uruskan soal itu.Soal catering ,aku sendiri yang uruskan kerana ada saudara kawan aku yang
menguruskan catering.
“Dah lama ke sampai?”,tanya Izz sambil menepuk bahuku.
“Terkejut tahu tak.Takde la lama tapi cukuplah untuk order air ”,aku mempelawa Izz dan Jenny
duduk di kerusi yang ada di depan aku itu.
Aku membiarkan Izz dan Jenny memesan makanan dan minuman untuk mereka berdua.
“Macam mana persiapan?”,tanya Jenny kepada aku.
“So far so good.Ada beberapa benda tak settle tapi ikut jadual la”.
“So,dah apply cuti ke?”,tanya Jenny kepada aku.
“Dah approved untuk dua minggu tapi sebelu majlis aku dapat hari je”.
“Dhiya?”,tanya Jenny lagi berkenaan cuti majlis nikah kami.
“Dhiya rasanya dapat seminggu sebelum dan selepas majlis”.
“So,kau akan pindah Kuantan la lepas ni ke PJJ dulu”,tanya Izz.
“Yang tu aku tak decide lagi.Tapi macam LDR dulu kot”.
Makanan yang dipesan oleh mereka sampai ke meja kami.Aku tidak memesan apa-apa kecuali
minuman yang sudah sampai lebih awal lagi sebelu kedatangan mereka berdua lagi.
“Dah pilih tempat honeymoon?”,tanya Jenny.Aku menggelengkan kepala kerana soal itu aku
masih tidak membuat apa-apa keputusan lagi.Biarlah Dhiya yang memlilihnya nanti.Tak
terburu-buru pun untuk aku pergi berbulan madu.
“Kau belum bersediakan untuk kahwin?”,tanya Izz kepada aku.
“Bukan tak bersedia tapi kau sendiri tahukan aku macam mana.Aku rasa macam semua ini
terlalu berat untuk aku pikul seorang diri”.
“Kau tak pernah seorang diri.Perkahwinan ini bukan soal diri aku saja tapi soal apa yang ingin
kau kongsi bersama dia.Segala beban dan tanggungjawab kau sebenarnya dikongsi oleh kamu
berdua.Dulu aku pun tak bersedia nak kahwin tapi bila dah kahwin,baru aku faham semua
tu”,kata Izz.
Aku mendiamkan diri saja mendengar apa yang diperkatakan oleh Izz itu.
“Am,Dhiya adalah anugerah untuk kau.Dia hormati diri kau seadanya.Mungkin dia nampak
keras kepala dan degil tapi jauh disudut hatinya,dia perlukan seseorang untuk bimbing dia”,aku
diam saja mendengar apa yang Jenny perkatakan itu.
“Lagipun aku tengok Dhiya banyak berubah sekarang ”,kata Izz.Sesungguhnya setelah
mendengarnya aku hairan dengan apa yang diperkatakan itu.
“Maksud kau?”,tanyaku.
“Takde la aku tengok dia sekarang tak macam dulu.Dulu dia kuat jugak bersosial tapi sekarang
terikut perangai kau duduk rumah je.Kalau keluar pun dengan kau dengan member-member
rapat je”,kata Izz dengan yakinnya.
“Takkan kau tak perasan semua tu.”,tanya Jenny kepadaku.Sesungguhnya aku memang tidak
perasan soal hal itu.Mungkin aku tidak menyedarinya ataupun aku terlalu leka dengan benda
lain.
“Semua orang cakap dia bertuah sebab miliki kau tapi kau lupa satu perkara yang kau
sebenarnya yang bertuah sebab mampu buka hati dia untuk kau”.
Aku hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Jenny kepada aku.Aku tahu aku serba
kekurangan dalam pelbagai segi soal kehidupan.
“Hargailah diri dia selagi dia memilih untuk kekal.Jangan bila dah hilang dia baru kau nak
hargai diri dia dan masa itu kau hanya akan terkenangkan masa lalu kau saja”,amat pedih untuk
aku mendengar kata-kata dari Izz ini.Cukup pahit untuk aku telan kerana hanya yang pernah
lalui saja akan mampu mengertinya.
“Dia betul-betul serius dengan kau.Dia prihatin dan penyayang orangnya.Masa kau sakit ada
dia mengeluh jaga kau lepas tu siap amik cuti lagi”.Aku terdiam apa yang diperkatakan oleh
Jenny itu kerana aku sendiri tidak pernah menyangka semua itu .
Jenny tidak pernah memanggil aku dengan gelaran ‘abang’ walaupun pangkat dia sebagai adik
iparku kerana terbiasa ber ‘aku-kau’ atau panggil nama sejak sekolah lagi maka diteruskan saja
perkara itu.Kalau didengari orang mungkin agak kurang ajar dan biadap tapi biarlah apa orang
nak kata.Kalau asyik dengar kata orang memang akan ketinggalan dan kebelakangan dari orang
lain.Seolah-olah tiada prinsip hidup dengan mendengar apa yang orang asing kata.Lagipun
kami sendiri terbiasa dengan seperti itu dan aku juga menolak untuk dipanggil dengan gelaran
itu.
Kami berhenti bercakap soal Dhiya dan menyambung perbualan kami kepada hal kerja dan
kehidupan masing-masing.Biasalah dapat duduk lama macam ni baru sempat bercakap kalau
tak hanya bertegur sapa dan masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing
…………………………………………………….
Aku pulang ke rumah setelah bertemu dengan Izz dan Jenny.Aku duduk di ruang tamu untuk
menonton televisyen.Aku sendiri tidak tahu rancangan apa yang sedang lihat tapi asalkan
boleh tenangkan fikiran cukuplah.
Aku menukar-nukar siaran tv dan akhirnya aku tewas kepada rancangan kartun.Sudah lama
aku tidak melihat kartun .Sejak kecil inilah sajn kegemaran untuk aku mengisi waktu lapang
tak kira kartun buatan luar mahupun Malaysia semua aku layan.Itu tidak termasuk anime
Japan seperti Naruto,Pokemon dan Dragon Ball.Semua tu aku sapu sekali.
Aku ketawa terbahak-bahak melihat aksi lucu yang dipaparkan oleh dua watak kartun
tersebut yang saling bergaduh.
“Apa yang lucu sangat tu?”.tanya Umie yang datang dari dapur setelah mendengar aku
ketawa terbahak-bahak dari dapur.
“Takde la tengok kartun ni ah”,Umie mengambil tempat di atas kerusi sofa yang sama
dengan aku.
“Kamu ni nak jadi laki orang pun tengok kartun lagi”,kata Umie kepada aku.
“Kenapa diam je ni?”,sambung Umie lagi.
“Tak tahu nak cakap apa”,jawabku dengan tenang.
“Kamu ada masalah ke?”.
“Entah la.Makin dekat makin tak bersedia pula nak kahwin”,kataku kepada Umie.
“Semua orang nak berumah tangga memang akan rasa macam tu”.
“Umie tengok Dhiya tu okay je.Kamu sendiri dah kenal dia lebih dari separuh umur
kamu.Dari kamu kecil hingga besar,dia kawan yang kamu ada”.
“Kamu dah lalui macam-macam perkara dengan dia jadi itu mungkin buatkan kamu tak
bersedia.Kamu kena ingat bila saat seorang perempuan membuat keputusan untuk kahwin
dengan seorang lelaki,itu sebuah keputusan yang akan mengubah keseluruhan
hidupnya”,sambung Umie.
“Umie rasa betul ke keputusan Adham untuk menikahi Dhiya”,tanya aku.
“Janganlah macam ni.Kenapa tiba-tiba cakap soal ni ?”,tanya Umi kembali kepadaku.Entah
kenapa makin dekat dengan tarikh pernikahan makin aku rasa terbeban dengan seribu
persoalan yang kian bermain di minda aku.
“Entah la.Makin lama makin rasa tak bersedia untuk nikah dengan Dhiya”,kataku sambil
memandang karpet yang menghiasi ruang tamu rumah.
“Dhiya tu dah cukup sempurna untuk kamu.Segala rintangan yang kamu berdua hadap,Umie
yakin yang Dhiya memang jodoh kamu. Hampir sepuluh tahun ,kamu bermasam
muka,hampir sepuluh jugak kamu tak bertemu dan saat kamu bertemu dengan Dhiya,saat
itulah Allah menyatukan hati kamu yang terpisah”.Umie berhenti bercakap untuk menarik
nafas sebelum menyambung kembali.
“Kalau dulu kamu tertanya-tanya kenapa Allah tak makbulkan doa kamu sebab Allah nak uji
kamu sama ada kamu bersedia atau tak dan saat kamu bertemu kembali dengan Dhiya,saat
itulah Allah makbulkan doa kamu”,aku hanya mendengar apa yang Umie perkatakan itu.
Umie bangun dari sofa dan berjalan kembali ke dapur.Aku memikirkan kata-kata dari Umie
itu dengan mendalam sekali.Hati aku yang berdegup kencang kembali reda dengan kata-kata
Umie itu.
Dunia Baharu
Hampir 2 jam setengah aku memandu kereta untuk menjemput Dhiya di Kuantan kerana cuti
perkahwinanya sudahpun bermula.Hanya ditemani oleh suara radio dan lamunan,aku
meneruskan pemanduan yang kian sampai ke penghujungnya itu.
Jantung berdegup dengan laju sekali tidak pernah aku rasakan sekuat ini degupan
itu.Sesampai aku di rumah Dhiya,aku memberis salam .
“Assalamulaikum”.
Dengan pantas Dhiya keluar dari pintu utama untuk membuka pagar rumah.
“Walaikumusalam”.
“Banyak ke barang nak ke bawa balik sana?”,tanya aku terus kepada Dhiya.
“Sikit je tapi…”.Dhiya teragak-agak menyambung percakapanya.
“Boleh tak kita pergi Teluk Cempedak ”,tanya Dhiya.
“Kenapa nak pergi sana?”,tanya aku kembali.
“Saja nak ajak jalan-jalan”.
“Boleh je tapi kita pergi satu tempat dulu tau”,kata aku.
Dhiya ingin menanyakan ke mana aku ingin membawanya tetapi aku menghalangnya dengan
menyuruhnya untuk pergi bersiap-siap sementara aku menunggu di dalam kereta.Dari kecil
aku diajar supaya tak memasuki ke dalam rumah orang tanpa izin apatah lagi rumah itu
dihuni oleh perempuan.
aku termenung sendirian sementara didalam kereta memandang langit yang kian
menggelapkan dirinya.Aku membelek jam di tangan dan melihat jam sudah menghampiri
angka lima tiga puluh minit petang.Aku sendiri tidak sedar apa yang aku lamunkan namun ia
membawa aku jauh merentasi dua benua .
Ketukan cermin kereta memberhentikan lamunan aku itu.Aku membuka melepaskan ‘lock’
pintu untuk membiarkan Dhiya masuk ke dalam kereta.
“Lama awak termenung.Ingatkan siapa tu?”,tanya Dhiya sejurus masuk ke dalam kereta.Aku
memulakan perjalanan aku menuju ke destinasi kami berdua.
“Kekasih gelap sayang ”,jawabku .
Dhiya mencebik tanda cemburu dengan jawapan yang aku lemparkan.
Sepanjang perjalanan itu ,Dhiya tidak membunyikan suaranya langsung.Sama ada dia
merajuk mahupun tiada idea untuk berborak dengan aku,itu bukan masalah besar untuk
aku.Melihat dia ada disisi sekarang ini cukuplah untuk aku tersenyum.
Lebih kurang tiga puluh minit perjalanan,kami sampai ke destinasi yang ingin aku tujui.Suatu
tempat yang tidak asing buat Dhiya namun asing untuk diri aku.
Ini kali pertama sebenarnya untuk aku jejakkan kaki ke sini dan inilah tempat Dhiya
habiskan masa 5 tahun melanjutkan pengajian peringkat Asasi dan Ijazah.
“Awak kenal tak tempat ni?”,tanya aku sebaik saja aku memarkirkan kereta.
“Tipulah kalau saya cakap saya tak kenal dengan tempat ni.Tapi kenapa bawa ke sini ”,tanya
Dhiya.
“Jom turun dulu”,aku mengajak Dhiya untuk turun dari kereta.
Kami berdua turun dari kereta dan berjalan ke arah bangunan yang menempatkan bahagian
pentadbiran dan kafe.
“Duduk dulu dekat sini.Saya nak beli air kejap”,kata aku selepas kami berdua sampai ke kafe.
“Seganlah duduk sorang-sorang”,kata Dhiya.
Aku mengenyitkan mata tanda Dhiya duduk saja aku disitu.Aku melambat langkah menuju
ke bahagian yang menempatkan jualan air.
Satu persatu langkah yang diambil oleh satu susuk tubuh berjalan mendekati Dhiya dari
belakang.Aku memerhatikan saja susuk tubuh mendekati Dhiya tanpa memberi amaran
kepada Dhiya.
Perempuan itu menegur Dhiya dengan menepuk bahu dari belakang.Terperanjat dengan
itu,Dhiya jatuh dari bangku yang didudukinya.
Dhiya bangun dan membersihkan diri dari debu-debu yang melekat akibat jatuh tadi.Dhiya
masih tidak melihat wajah perempuan yang menegur dirinya.
“Farisha!”,Dhiya menjerit nama perempuan yang menegur tadi selepat melihat wajahnya.
“Dhiya,long time no see”,tegur Farisha kepada Dhiya.
“Kau buat dekat sini ”,tanya Dhiya.
“Aku jadi lecturer dekat sini”.
“Kejap”.
“Sebelum kau sambung,baik kau tengok sana”,Farisha memotong percakapan Dhiya dan
menunjukkan ke arah Adham yang sedang melambai-lambai ke arah mereka berdua.
“Sebenarnya Adham yang dm aku dekat IG katanya dia bakal suami kau.Dia cakap la dia nak
jumpa aku”,kata Farisha kepada Dhiya.
“So,maknanya dia bawa aku ke sini semata-mata nak jumpa dengan kau je”.
“Plus,dia yang tak benarkan aku untuk beritahu kau yang aku jadi lecturer dekat sini and
kami berdua pernah bertemu dalam satu event sebelum dia pergi ke UK”,
Aku berjalan mendekati mereka berdua sambil ditemani oleh tiga gelas air minuman yang
aku belikan.
“Rancak borak nampak”,tegur aku dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
“Awak ni memang suka sakit hati saya”,Dhiya seolah-olah merajuk dengan tindakan aku itu.
“Jemputlah nanti ke wedding kitaorang minggu depan”,Dhiya menghulurka sekeping kad
kepada Farisha.
“Adham dah jemput aku 4 bulan lepas lagi”.
“Aku bangga dengan kau,Dhiya.Setiap kesusahan yang kau alami dengan Adham tapi
diakhirnya Adham juga menjadi pilihan”.
Aku hanya sibuk dengan telefon kerana pada masa itu Encik Akmal menghantar mesej
berkaitan mesyuarat terakhir aku yang terpaksa hadiri pada zaman bujang.
“Adham,awak patut bersyukur kerana dikurniakan Dhiya dalam hidup awak”,kali ini aku
memberi fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Farisha kepada aku.
Aku dan Dhiya hanya tersenyum dengan apa yang dicakapkan oleh Farisha.Kami berpisah di
situ kerana Farisha ingin pulang ke rumahnya kerana hari pun sudah agak lewat.
……………………………..
Teluk Cempedak adalah destinasi kami yang seterusnya selepas berpisah dengan Farisha
tadi.Hampir empat puluh lima minit jugalah pemanduan akibat jalan yang sedikit sesak dan
hari minggu yang menjadi kebiasaaan untuk ibubapa luangkan masa dengan anak-anak diluar
dan rumah.
“Awak nak buat apa je dekat sini?”,tanya aku kepada Dhiya.
“Nak tengok sunset ”.
“Macamlah tak boleh tengok sorang-sorang”,aku saja seolah-olah tidak berminat dengan
aktiviti yang Dhiya ingin lakukan di situ.
Kami berdua diamkan diri buat seketika .Kami masih meneruskan langka kami berjalan-jalan
“Awak ingat tak masa awak nangis hari tu dekat sini?”,aku saja ingin mengusik Dhiya lagi.
“Mana saya nangis.Mata masuk habuk je”,Dhiya menafikannya.
“Jangan nak cakap orang eh,awak pun sama nangis jugak masa tu tapi saja control
macho”,Dhiya sambung lagi.
“Eh!mana ada la.Mata saya masuk habuk jugalah”,kata aku yang juga menafikan fakta yang
kami memang menangis pada hari tersebut.
Akhirnya kami memilih untuk duduk di atas pasir pantai.Aku menanggalkan kasut aku dan
memberikan kepada Dhiya supaya boleh mengalaskan dirinya dari pasir.Dhiya menolak
kerana dia boleh kasutnya juga sebagai alasnya.
“Awak tak pakai stokinkan so guna je saya punya”,kata aku.
Dhiya mengalah dengan aku selepas mendengar alasan yang aku gunakan kerana dia tahu dia
takkan menang jika aku gunakan alasan itu.Dhiya akur dengan permintaan aku dan
mengambil kasut itu untuk dijadikan alas untuk dirinya.
“Boleh nak tanya something pasal personal tak?”,tanya Dhiya kepada aku.
“Apa dia?”,aku yang sedang nikmati pemandangan laut yang sungguh menenangkan jiwa aku
pada saat itu
“Kenapa awak tak post gambar saya dengan awak punya social media and tak pernah repost
saya punya story kalau saya tag awak?”,tanya Dhiya dengan panjang lebar.
“Kenapa nak tahu semua tu?”,tanya aku kembali.
“Sebab saya rasa tak perlu untuk cerita dekat orang tentang kebahagian saya.Cukup untuk
saya sorang nikmati kebahagiaan bersama sayang”,kata aku.
“Kalau ada perempuan lain tag awak,awak repost tak?”,tanya Dhiya.Ini soalam maut untuk
aku .
“Depends kalau cantik saya repost kot and kalau tak biarlah dia”,jawabnya aku dengan
selamba.
“Dari dulu sampai sekarang tak berubah ,pandang yang cantik je.Ke sebab saya tak cantik
sebab tu sayang tak repost ”,insucure Dhiya kian bermula.Silap taktik untuk menjawab soalan
tadi.Tak pepasal kena jawab balik.
“Cantik tu subjektif so pandangan orang berbeza ikut orang.Sayang akan selalu cantik di
mata sayang.Cukup untuk warnai hari-hari sayang nanti dengan senyuman yang tak lekang
dari bibir”,kata aku.
“Sempat lagi bermadah”.
“Sayang,tengok tu.Cantiklah sunset dekat sini”,kata aku sambil menunjukkan ke arah
matahari yag sedang terbenam jatuh dilautan.
Aku memandang wajah Dhiya yang sedang melebarkan senyuman melihat keajaiban dan
keindahan matahari terbenam.Sungguh indah sekali pemandangan matahari yang terbenam
pada hari tersebut.
Tiba-tiba sedang asyik aku melihat wajah Dhiya dari tepi.
“Lepas ni,hidup kita berdua takkan sama dah”,kata Dhiya secara tiba-tiba kepada aku.
“Maksud sayang?”.
“Yelah.Lagi seminggu kita bakal berubah title.Dari kecik hingga ke besar,saya tak pernah
jangka semua ini akan berlaku.Dari saat waktu pertama kali kita berjumpa 22 tahun dulu,kita
berdua tak rancang ini adalah jalan yang kita berdua pilih.Kalau dulu kita berdua gaduh mesti
saya bermasam muka dan awak yang akan mengalah dulu.Kalau dulu awak yang terkejar-
kejarkan saya nanti semua tu akan berubah.Kita tak harapkan semua ini terjadi dan tak
percaya pun ini akan terjadi”.Entah kenapa kata-kata Dhiya menyentuh hati aku.
“Ini semua adalah takdir Allah untuk kita.Tak terbayang semua ini akan jadi kenyataan untuk
saya.Membesar sama-sama sejak kecik adalah waktu yang terbaik untuk kita melihat satu
sama lain membesar sampailah kita terpisah jauh”.
“Saya tak sangka kalau dulu awaklah yang paling tak matang dan apabila awak membesar
,awak membesar dengan matang sekali.Siapa sangka budak pemalas ini mampu terbang ke
UK berkerja dekat sana dan habiskan Master .Siapa sangka orang yang ada disebelah saya ini
dah terbit tiga buah novel dalam masa lima tahun”.
“Itu semua kisah lama yang menjadi panduan hidup saya”.
“Jujur saya cakap,lepas ini kita berdua akan hadapa sebuah dunia baharu yang tak pernah kita
berdua hadap.Segala pasang-surut,tenggelam-timbul,naik-turun akan dikongsi kita
bersama.Sebuah dunia yang asing buat kita namun harus juga dikongsi bersama.Segala penat
akan ditanggung bersama dan kegembiraan yang akan dikongsi dengan sebuah
senyuman”,sambungku.
“Apa yang nak janjikan kepada saya lepas ni?”,tanya Dhiya kepada aku
“Tiada apa yang saya boleh janjikan kerana saya takut saya tak boleh tunaikanya”,jawabku.
“Awak dah lewat ni.Jom balik”.Dhiya mengajak untuk aku untuk pulang memandangkan hari
sudah gelap.
Memandangkan hari agak lewat,Dhiya mengajak aku untuk solat dulu disitu kerana risau
untuk dia terbabas solat maghrib.Aku tidak mengapa kerana aku boleh solat secara
jamak.Seusai solat,kami berdua pilih untuk balik ke rumah dan aku menghantar Dhiya ke
rumahnya.Aku pilih untuk balik ke hotel yang aku sudah check in petang tadi.Berehat dan
cuba lelapkan mata memandangkan seharian aku memandu kereta untuk hari ni.Penat mata
penat lagi badan.Tanpa aku sedari,aku lelapkan mata aku dengan sendiri.
………………………..
Perkahwinan
Seawal azan subuh lagi aku sudah terjaga.Entah kenapa lelapan tidur semalam tidaklah
senyenyak hari-hari biasa.Tidur pun sekejap terjaga sekejap terjaga tanpa lena yang diulik
mimpi yang indah.Terasa berat untuk bangun menghiasi pagi subuh itu.
Diduduk di atas kerusi meja makan menanti matahari untuk ‘menghantar’ cahayanya untuk
menerangi siang.
Aku ditegur oleh Along dan Izz yang kebetulan baru balik dari masjid untuk solat Subuh.
“Pengantin kita tengah termenung apa tu”,usik Izz kepada aku.
“Takdelah tunggu dipanaskan”,kataku.
“Lena tak kau tidur semalam?”,tanya Along.
“Dari muka dah tahu tak lena tidur semalam ni”,mereka berdua gelak.
Izz dan Along menyuruh aku untuk masuk ke bilik untuk bersiap-siap menanti hari yang
besar untuk aku.Padahal waktu masih belum pukul 7 lagi tambahan akad nikah akan
berlangsung pukul 10 pagi.
Kehendak mereka aku turuti saja sebab aku sendiri malas dan masih termamai dengan sejak
bangun tadi.Aku berjalan ke bilik untuk lelapkan mata sekejap sementara menunggu hari
bertukar siang .
Aku meletakkan telefon di atas meja dan melihat satu kotak hitam.Satu kotak hitam yang
tersimpan seribu satu rahsia dan kenangan aku.Cukup banyak yang tersimpan di dalam itu.
Aku mengambil sekeping kertas di dalam kotak itu dan tersenyum membaca isi kandung
yang ada di situ.Isi kandung kertas itu adalah bukti kenapa aku menyayangi diri seorang yang
bernama Dhiya Sofea.Mengenali siapa dirinya membuat aku kagum hingga aku jatuh cinta
dengannnya.
Dibelek-belek isi kandung kotak hitam yang tersimpan pelbagai memori aku dari kecil hingga
besar.
…………………………………….
Dhiya yang sudah siap memkai busana impiannya yang ditempah khas oleh Adham.Adham
sendiri sanggup untuk keluarkan bajet demi pakaian mereka berdua.Dhiya kini bersedia untuk
di tatariaskan oleh sepupunya,Mimi.
Beberapa orang rakan perempuan Dhiya seperti Aliya,Erni dan Dinie sudahpun sampai ke
rumah orang tua Dhiya kerana merekalah ‘bridesmaid’ untuk Dhiya pada hari ni.
Sepuluh hari Dhiya ‘putus hubungan’ dengan Adham kerana Dhiya dan Adham masing-
masing sudah membuat satu perjanjian agar mereka berdua tidak boleh berhubung bermula
dari hari Adham memjemput Dhiya hinggalah hari akad nikah.Segala maklumat dan
informasi akan melalui orang tengah saja.Entah apa la perjanjian Adham buat untuk mereka
berdua itu tapi diikuti dan dipersetujui saja oleh Dhiya.
“Apasal tersengih-sengih ni?”,tanya Mimi kepada Dhiya yang sedang memakai make up
kepada Dhiya.
“Takde apa-apa”,kata Dhiya.
“Aku tak percaya yang Adham yang akan jadi suami aku”,sambung Dhiya.
“Kenapa pulak kau ni?”,tanya Mimi.
“Takde lah.Teringat kata-kata dia dulu”.
“Aku tak harapkan kau untuk terima aku tapi cukup untuk hargai setiap kehadiran aku
”,Dhiya teringat kata-kata Adham yang dilemparkan olh jejak itu kira-kira sepuluh tahu
lepas.Ketika ini Adham sedang kecewa dengan sikap Dhiya yang makin hari makin
berubah.Ini betul-betul sebelum ‘world war’ antara mereka meletus.
Pintu bilik Dhiya diketuk oleh seseorang.Bunyi pintu dibuka menandakan ada seseorang yang
ingin memasuki bilik itu.
“Dhiya!”,jerit seseorang kepada Dhiya.
“Aliya!”,Dhiya membalas jeritan itu kembali.Erni dan Dinie turut masuk ke dalamm bilik itu
.
“OMG,cantiknya kau”,kata Aliya kepada Dhiya.
“Biasa lah.Tengok la sapa”,Dhiya membalas balik.
“Duduk diam!”,Mimi memarahi Dhiya kerana bergerak-gerak menyebabkan kesukaran untuk
menyiapkan make up itu.
Seluruh isi bilik itu terdiam seketika sementara menunggu Dhiya menghabiskan tatariasnya.
…………………………………
Baju melayu sudahpun siap dipakai oleh aku tinggal sampin dan songkok yang masih belum
disarung oleh aku.Ditenungnya cermin bilik tanda bahawa semua ini akan berubah lebih
kurang sejam lagi.Satu beban dan tanggungjawab akan digalas dan satu lagi amanah yang
akan dipersoal nanti.Sungguh berat rasanya namun semuanya akan dikongsi nanti.
“Am,sebentar lagi Dhiya akan menjadi amanah untuk kau.Angan-angan kau sendiri”,aku
bermonolog di dalam hati sambil membetul-betulkan baju untuk memakai sampin.
Pintu bilik aku dibuka.Aku menoleh melihat bayang Razali sedang membuka pintu itu.
“Razali,masuk-masuk”.
“Tadi Umie kau kata kau dekat dalam lagi tu yang aku masuk ni”.
Razali yang sedang melihat aku sedang cuba untuk memakai sampin dan dia berjalan ke arah
aku.Razali menolong aku untuk memakai sampin itu.
“Tak sangka impian kau akan jadi kenyataan hari ni”,kata Razali kepada aku sambil
memakaikan aku sampin.
“Aku tak sangka dari sekadar angan-angan semua tu berubah dala masa hampir setahun”.
“Itulah rancangan Allah untuk kau.Allah kurniakan yang terbaik untuk setiap hambanya yang
sentiasa sabar”.
“Janganlah risau sangat.Aku ada sebelah kau nanti”,tegur Razali setelah melihat muka aku
yang kian risau dan degupan jantung kian berdegup denga lajunya.
“Saje je nak usik aku”,tangan Razali yang diletakkan di atas jantung aku selepas selesai
memakaikan aku sampin .
“Dah.Jom keluar.Semua tunggu kau dekat luar tu”,kata Razali.
Kami berjalan ke pintu dan Razali membukakan pintu bilik.Kelihatan semua saudara mara
aku sudapun siap menunggu aku diperkarangan rumah.
………………………………………….
“Aku nikahkan dikau dengan Nur Dhiya Sofea Binti Akil berwakil wali bapanya kepada aku
dengan mas kahwin Ringgit Malaysia Seribu Ringgit dan senaskhah Al-Quran ”.Jantung aku
kian berdegup dengan lajunya sekali.
“Aku terima nikahnya Nur Dhiya Sofea Binti Akil ,dengan mas kahwinya sebanyak yang
tersebut”.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz,Dhiya Sofea sudah sah menjadi isteri kepada aku,Adham
Mikail bersaksikan hampir seratus orang tetamu yang datang dari kedua-dua belah pihak tak
kiranya keluarga mahupun sahabat-handai aku dan Dhiya.
Degupan jantung yang laju sebelum acara akad nikad kembali ke paras normal.Kelegaan dan
rasa syukur hanya aku panjatkan kepada Allah SWT yang memudahkan perjalanan kami
menuju ke hari ni.
Aku dan Dhiya menandatangani beberapa dokumen yang harus dilengkapkan dan akan
dihantar ke pejabat agama untuk mendapatkan sijil pernikahan dan sebagainya.
Aku perasan hanya Dhiya curi-curi melihat aku dari tepi tapi aku saja tidak buat-buat tidak
nampak akan perasan akan itu.
“Buat apa-apa curi pandang tu”,usik Sherry kepada Dhiya.
Selesai sesi menandatangi borang dan dokumen maka sesi untuk sarungkan cincin pula.Dua
bentuk cincin yang diletakkan di atas dua dulang yang berbeza menjadi saksi dan alas untuk
dua bentuk cincin perak dan emas yang akan bakal disarungkan ke jari manis kami berdua.
Terketar-ketar tangan saat aku memegang cincin yang bakal disarungkan ke jari manis
Dhiya.Aku sendiri belum melihat cincin itu kerana aku hanya memberi duit untuk Dhiya
membelinya sendiri manakala cincin aku memang aku sendiri yang aku menempahnya.
Aku menyarungkan cincin ke jari manis Dhiya.Inilah kali pertama aku menyentuh tangan
Dhiya dan inilah tangan yang akan menjadi tangan yang akan membelai dan mengusap dan
mendidik anak-anak aku nanti.
Sungguh lembut sekali tangannya disebalik perwatakan Dhiya yang lasak dan kasar sedikit
untuk seorang wanita.
Kini,giliran untuk aku pula cincin perak yang bertatahkan belian itu untuk disarungkan di jari
manis aku.
“Hati-hati nanti jatuh”,bisik aku kepada Dhiya dengan perlahannya.Aku tidak tahu sama ada
bisikan itu didengari oleh orang lain mahupun tidak.
Rasa segan dan malu untuk aku saat Dhiya menyarungkan cincin perak ke jari manis
aku.Entah kenapa bebanan dan kerisauan mula hilang dalam diri aku dengan tanggungjawab
besar bakal dipikul olehh aku nanti.
Perjalanan baharu untuk kami berdua sudahpun bermula dengan masing-masing akan
memikul satu amanah dan janji ikrar sebagai sebuah pasangan suami-isteri.Aku senang sekali
melihat dan menatap wajah Dhiya yang tersenyum kegirangan sekali.Sudah lama aku
rindukan wajah itu untuk tatap kerana wajah inilah yang buatkan aku jatuh cinta kepadanya
dulu.
Hati ini menjadi tenang saat senyuman dilemparkan ke arah aku kerana air muka wajah yang
menceritakan keikhlasan seorang yang bernama Dhiya Sofea untuk menerima aku,Adham
Mikail untuk menjadi peneman hidupnya.
Tidak dapat aku gambarkan aku rasa syukur kerana doa aku kini diperkenankan oleh aku
pada waktu yang paling tepat sekali.Aku pernah mendengar bahawa Allah akan perkenankan
doa dengan tiga cara iaitu, sekarang,bukan sekarang dan Allah ada rancangan ayng lagi baik
untuk kita sebagai hamba-Nya.
Sesi bergambar kini bermula.Berderu-deru orang berebut untuk bergambar dengan kami
berdua.Tak menang tangan kami untuk senyum untuk memberikan senyuman untuk orang
dan tetamu yang datang.
Aku membisikkan sesuatu kepada Dhiya.
“Awak nampak cantik hari ni”.Dhiya tersipu-sipu malu mendengarnya.
“Adham,kami boleh dengar la”,kata Sherry kepada aku selepas mendengar bisikan itu.
Aku hanya ketawa dengan apa yang diperkatakan oleh Sherry itu.
Selesai sesi fotografi,kini kami menuju ke dewan menjadi tempat persandingan kami
berdua.Memang sejak awal lagi rancangan kami berdua adalah selepas selesai sesi akad
nikah,kami akan terus bersanding pada hari yang sama dengan pakaian yang sama.
………………………………..
Dhiya hanya memerhatikan saja pemanduan aku yang sedang memandu kereta menuju ke
dewan.Aku yang meminta untuk memandu kereta ke dewan bersama Dhiya disisi aku.Aku
ingin bersendirian bersama-sama Dhiya.Jarak perjalanan masjid ke dewan hanyalah dalam 10
minit namun aku meminta untuk memandu kereta ke sana kerana ingin berdua-duan dengan
Dhiya pada hari bahagia.
Kami berdua hanya diamkan diri sepanjang perjalanan kami ke sana.Aku juga bisukan diri
kerana ingin fokuskan kepada pemanduan.Dhiya menegur kesenyapan dan kebisuan kami.
“Senyap je awak hari ni?Selalunya awak yang banyak cakap”.
“Dah rindu ke nak rindu suara Sayang?”,kata aku kepada Dhiya.
“Janganlah main-main dengan saya”,kata Dhiya.
“Saya serius la ni”.
“Apa yang buatkan awak fall in love dengan saya”,kata Dhiya yang seolah-olah ingin
mengetahuinya sangat-sangat.
“Kenapa nak tahu?”.
“Ye lah.Bukan ke awak sejak sekolah rendah awak fall in love dengan saya?Tapi saya tak
hargai pun.Saya tak bukak pun hati saya kepada awak”.
“Nantilah saya bagitahu.Kita dah sampai dah ni”.
Sedar tak sedar perjalanan kami sudah sampai ke dewa.Kelihatan sudah ramai tetamu dari
kedua-dua belah pihak yang datang.Memang kami sudah racangkan bahawa dari masjid ke
dewan walaupun massa itu pukul 11 pagi.Aku merancang itu kerana ingin mengelakkan
pertembungan terlalu ramai tetamu yang datang sekali gus.Biarlah pada sesi pagi ini untuk
ahli keluarga dan teman-teman rapat dulu manakala selepas itu adalah untuk para tetamu
yang lain.
Aku memarkirkan kereta ditempat khas dan bersiap sedia untuk memasuki dewan.Aku
memandang Dhiya yang sedang berdiri disisiku.Entah kenapa aku rasakan sungguh lain
Dhiya hari ni ataupun itu hanya pandangan aku semata-mata.
Dhiya memalingkan wajahnya kepada aku dan tersenyum.
“Kenapa pandang saya macam tu?”.
Dhiya mengangkatkan tangannya dan membetulkan kolar baju melayu aku yang sedikit
senget.
“Ok.Dah”.
“Terima kasih”,aku membalas perbuatan itu dan melemparkan senyuman balas kepada
Dhiya.
“Kenapa senyum macam tu?”,tanya Dhiya selepas melihat aku senyum.
“I wanna be the reason behind your smile because surely you’re the reason behind mine”.
Dhiya tersipu-sipu malu mendengarnya.Pipi Dhiya bertukar merah dengan malu apa yang
saya prkatakan itu.
“Every love story is beautiful but ours in my favourite”.Dhiya membalasnya kembali apa
yang aku perkatakan itu tadi.
“Hormat la orang single ni”,kata Sherry dari belakang.
Razali pula menyampuk perbualan kami berdua.
“Ada tisu tak.Rasa nak muntah lak.Loya tekak aku ni”.
Kami berempat ketawa terbahak-bahak dengan apa yang diperkatakan oleh Razali itu.
Razali dan Sherry akan menjadi pengapit untuk kami berdua pada hari ni.Aku yang meminta
Razali untuk menjadi pengapit aku hari ni dan Dhiya juga meminta Sherry untuk menjadi
pengapit untuknya.Selalunya pengapit pengantin ni seorang yang ‘single’ dan ‘solo’ tapi
kami tampilkan pengapit bakal ibu dan bakal bapa.
Bunyi kompang dipalu mula kedengaran oleh pasukan kompang yang dijemput khas.
Aku berjalan masuk ke dalam dewan diikuti oleh ahli keluarga dekat kami yang disambut
oleh paluan kompang.Dekorasi persandingan majlis ni ditempah oleh aku dan Dhiya
mengikuti citarasa dan impian kami.Aku memilih untuk buat Floral Garden dan Dhiya
memilih untuk Contemperary theme.Mujurlah designer kami mampu memenuhi permintaan
kami berdua.
Dihiasi dengan bunga-bungaan dan lampu-lampu menyerlahkan lagi persandingan kami
berdua.Rasa indah menyaksikannya dan sungguh tenang sekali seolah berada di taman-taman
bunga pada waktu malam.
Bunga melur bunga melati,
Pengantin perempuan kian dinanti.
Aku yang mengatur segala jadual perjalanan persandingan kami berdua pada hari
tersebut.Aku sendiri menyusun mengikut kehendak yang dimahui.Juruhebah mengumumkan
perarakan masuk pengantin perempuan diiringi oleh ‘bridemaids’ Dhiya dikiri dan kanan.
“Perjalanan masuk Puan Dhiya Sofea akan diiring bersama sebuah puisi khas yang
dideklamasikan oleh suami tercintanya sendiri”.
Aku melihat wajah-wajah tercengang daripada keluarga kami berdua dan kenalan-kenalan
kami kerana tiada dalam aturcara untuk deklamasi puisi namun aku menambahnya pada saat
akhir tanpa pengetahuan dari orang lain kecuali Razali dan Sherry.
Saat Dhiya melangkah masuk ke dalam dewan,saat itulah hatiku berdegup kencang kembali
dengan sebuah senyuman yang tak lekang dari bibirku.Mikrofon diberikan kepada aku.
Aku mula mendeklamasikan puisi yang ditulis sendiri olehku.
Aku memandang bulan dilangit,
Bintang-bintang berkerlipan nun disana,
Fikiran aku melayang di angkasaraya,
Teringat pula pada si dia,
Teringat masa lalu aku bersamanya,
Banyak sungguh dugaan menimpa,
Air mata kian jatuh berguguran ,
Akhirnya aku mengecapi bahagia,
Ingin seribu janji dijanjikan,
Namun aku tak mampu janjikan apa-apa,
Cukup untuk aku habiskan masa,
Mengecapi hari-hariku disamping dirinya,
Ingin aku melihat dirinya tersenyum,
Itulah yang buat aku jatuh cinta,
Dirimu pahlawan yang sejati,
Banyak korban untuk diri ini,
Sungguh indah sekali dirimu,
Aku bukanlah siapa-siapa,
Malahan tiada juga apa-apa,
Terima kasih untuk segalanya.
“Buat Dhiya Sofea,setiap kali kamu bertanya kenapa aku memilih dirimu,ketahuilah kamulah
yang memberikan aku sebuah inspirasi dan kekuatan.Terima kasih untuk setiap waktu untuk
kamu terus bertahan bersama aku.Dirimu lah yang menjadi bulan untuk aku seperti mana aku
ingin jadi bintang untukmu”,tanpa aku sedari air mata aku sedang satu persatu jatuh
berguguran.
Aku cuba untuk menahan sebak.Aku cuba untuk menghabiskan apa yang aku ingin
perkatakan.Tiba-tiba,aku mendengar suara Dhiya memberikan ucapan saat aku sedang
mengelap air mataku.
“Buat Adham Mikail,sebuah puisi tidak cukup untuk gantikan setiap kata-katamu.Saya tahu
disebalik semua senyuman itu ada derita yang dipendam jatuh disudut hati.Izinkanlah saya
untuk selami bersama.Saya tahu disebalik senyuman itu ada seribu masalah dunia yang tidak
dikongsi izinkanlah saya untuk terus bersama.Saya tak mahu menjadi bulan dan saya tak mahu
awak menjadi bintang kerana kita akan berjauhan maka cukuplah untuk kita berdua menjadi
diri kita saja.Terima kasih untuk setiap waktu yang awak bertahan demi saya.Saya hargainya”.
Tanpa disedari,wajah kami berdua menghadap satu sama lain.Jantung berdegup kencang
melihat wajah yang dihiasi dengan sebuah senyuman.
“Terima kasih,Sayang”,kata Dhiya.Aku mengelapkan air mata itu dengan tanganku.Satu
tepukan gemuruh diberikan oleh para hadiri yang menyaksikan semua itu.Ras malu pula
berbuat sedemikian.
Air mata Dhiya mula menitik disaksikan oleh semua tetamu yang hadir di dalam Dewan
Intan.Sebuah dewan tertutup di sebuah hotel yang ternama yang ditempah khas untuk majlis
resepsi kami berdua pada hari tersebut.
Tepukan dari para hadirin menambah kesebakan kami berdua lagi.Kami berdua mengambil
tempat di atas kerusi pilihan hati kami.
“Tunggu ada kejutan lagi”,bisik Dhiya.
Suara pengacara majlis mula kedengaran ingin menyampaikan kata-katanya.
“Sungguh indah sekali bait-bait cinta yang diungkapkan oleh Adham Mikail.Saya yakin Encik
Adham Mikail dulu ramai peminat sebab siapa yang mendengar pasti jatuh cinta dengan kata-
katanya”.
Aku dapat melihat beberapa orang kawan-kawan aku sedang ketawa selepas mendengar apa
yang diperkatakan tadi.Cukuplah hanya kami saja yang tahu disebalik itu.
“Okay,kita sambung Majlis Resepsi Adham Mikail dan Dhiya Sofea dengan sebuah tayangan
montaj khas yang dibuat khas oleh Cik Dhiya Sofea buat suaminya tercinta”.
Layar skrin mula bertukar warna dengan tayangan montaj itu.Satu persatu kenangan kami sejak
zaman sekolah mula dipertontonkan kepada para hadirin.Sebenarnya tak banyak gambar kami
di bangku sekolah kecuali gambar kelas ataupun gambar berkumpulan.
Sebak rasanya melihat apa yang kami berdua jalani bersama namun tidak diceritakan disebalik
video montaj itu.Montaj yang menceritakan perjalanan kegembiraan kami bukannya perjalanan
duka kami berduka.
Banyak gambar yang dikongsikan kepada para hadirin antaranya gambar aku sedang tidur
dalam kereta.Itu belum cerita aku tidur dalam panggung wayang.Perjalanan masa kami dalam
masa setahun diceritakan dalam tayangan montaj itu.
Montaj itu diakhiri dengan sebuah ucapan dari beberapa orang kenalan kami berdua yang tidak
dapat datang pada hari ni termasuk Emy.
“Melihat kepada tayangan montaj tadi ,saya dapat rasakan Encik Adham Mikail dan Cik
Dhiya Sofea,merekalah Romeo dan Juliet zaman moden”,kata pengacara majli kami berdua.
Perjalanan majlis resepsi kami berdua berlangsung dengan lancar walaupun ada sdikit
tergelincir dalam soal masa.Alhamdulillah kerana kami sudah berusaha kerana untuk
memastikan setiap perjalanan majlis berlangsung dengan lancarnya dan memberi setiap
senyuman kami kepada setiap tetamu yang hadir.
…………………………………….
Jam sudah melepasi angka lapan malam dan sudah tiga jam majlis kami berakhir dengan
jayanya.Aku dan Dhiya kini sedang berehat-rehat di bilik hotel yang ditempah khas oleh aku
untuk segala persiapan majlis ini.
Aku menempah tiga buah bilik untuk kegunaan kami dan aku sendiri.Satu bilik untuk aku
dan Dhiya,setiap satu bilik untuk ahli keluarga kami.
Aku terbaring di atas katil dek terlalu penat kerana melayan tetamu yang datang pada hari
ni.Meskipun sudah tiga jam majlis tamat,kami berdua hanya naik ke bilik sejam yang
lepas.Biasalah bertemu mata dengan kawan-kawan dulu borak-borak kosong.
“Cepatlah siap.Abah call tadi katanya suruh turun”,aku yang sudah menanggalkan pakaian
baju melayu dengan hanya memakai tshirt hitam dan seluar trek hitam sedang enak terbaring
di atas katil.
“Kenapa Abah call?”,tanya aku balik.
“Tak tahu”,sambil mengangkat bahu.
Aku bergegas bangun daripada katil menuju ke bilik air untuk mandi manakala Dhiya pergi
bersiap-siap.Disebabkan dalam keadaan nak cepat,aku hanya mandi ala kadar je.Cukup
sekadar hilangkan peluh dan bau yang tidak menyenangkan.
Aku keluar dari bilik air dan melihat Dhiya sudah bersiap memakai seluar slack hitam
berserta tshirt dan hoodie pinknya sedang duduk di atas katil sambil menukar-nukar channel
tv.
“Mak ai.Malam-malam pun nak melawa lagi ke?”,usik aku diiukuti dengan ketawa kecil.
“Saya lapar la.Jom keluar makan”.
“Kalau ikutkan saya lapar jugak.Nak makan mana?”,tanyaku yang sedang bersiap-siap
memakai baju.
“Mamak jom!”,kata Dhiya.Terkejut aku bila Dhiya menyebut perkataan ‘Mamak’ kerana dia
paling pantang untuk makan di kedai mamak.