The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-06 12:31:03

Dasar-Dasar Pengajian Islam Buku 5

Tahun 10 hingga Tahun 11

Waktu Bercukur atau Bergunting
Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan haji ialah selepas selesai
melontar Jamratul ‘Aqabah atau selepas Tawaf Ifadhah dan sa‘i. Mengikut
Mazhab Syafi‘e hukumnya wajib bercukur di Tanah Haram Mekah sebelum
Hari Raya Korban.
Waktu bercukur bagi orang-orang yang mengerjakan umrah ialah setelah
selesai mengerjakan sa‘i.
Setelah selesai bercukur sunat membaca do‘a ini:

Tahallul

Pengertian
Tahallul ialah halal bagi orang yang mengerjakan haji atau umrah melakukan
perkara-perkara yang diharamkan ke atasnya dalam masa ia berihram kerana
ia telah keluar dari ihram itu setelah ia menyempurnakan ibadat tersebut.

Bahagian Tahallul
Tahallul terbahagi kepada dua (2) bahagian, iaitu:
1. Tahallul Awal

Iaitu apabila jemaah haji telah selesai melakukan dua (2) daripada tiga (3)
perkara berikut:
i. Melontar Jamratul ‘Aqabah.
ii. Thawaf Ifadhah dan sa‘i.
iii. Bercukur atau bergunting.
Dua (2) daripada tiga (3) perkara itu adalah sama ada melontar Jamratul
‘Aqabah dan bercukur atau bergunting di Mina atau Thawaf Ifadhah dan
sa‘i serta bercukur atau bergunting bagi jemaah yang berada di Mekah.

20







Pelajaran 3 WAJIB HAJI

PENGERTIAN
Wajib haji ialah beberapa amalan dalam ibadat haji yang wajib dilakukan.
Sekiranya perkara-perkara wajib haji itu tidak dilakukan kerana terlupa atau
sengaja ditinggalkan, maka haji seseorang itu tetap sah, tetapi dia dikenakan
membayar dam atau denda.

PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI
Perkara-perkara wajib haji ada enam (6) :
1. Berniat ihram haji di miqat.
2. Bermalam di Muzdalifah pada 10 Zulhijjah.
3. Melontar Jamratul „Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah.
4. Bermalam di Mina.
5. Melontar ketiga-tiga Jamrah.
6. Meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram.

Keterangan Bagi Tiap-Tiap Perkara Wajib Haji
1. Berniat Ihram Haji di Miqat
Maksudnya ialah melakukan niat ihram haji di miqat.
Miqat Haji
Miqat ialah permulaan atau sempadan. Miqat haji bererti masa permulaan atau
tempat sempadan untuk memulakan amalan-amalan bagi tiap-tiap ibadat.
Miqat ada dua (2) jenis:
1.Miqat Zamani iaitu sempadan masa.
2.Miqat Makani iaitu sempadan tempat.

24

Miqat Zamani Bagi Amalan Haji

Masuk waktu untuk memulakan ibadat haji ialah mulai dari 1 Syawal hingga
sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Seseorang yang ingin mengerjakan haji
hendaklah berniat ihram haji pada waktu yang ditetapkan sahaja.

Miqat Makani Bagi Amalan Haji

Miqat Makani ialah sempadan tempat untuk memulakan niat ihram haji serta
memakai pakaian ihram. Ada lima (5) tempat Miqat Makani bagi amalan haji
itu. Antaranya ialah:

1. Juhfah

Miqat bagi jemaah haji yang datang dari negeri Mesir, Syria, Maghribi,
Sepanyol dan sebagainya.

2. Dzatu „Irqin

Miqat bagi jemaah haji yang datang dari negeri Iraq dan negeri-negeri
yang di sebelah timurnya.

3. Dzulhulaifah atau ‟Abyar „Ali

Miqat bagi jemaah haji yang datang dari negeri Madinah.

4. Yalamlam

Miqat bagi jemaah haji yang datang dari negeri sebelah Yaman dan
negara-negara Asia melalui kapal laut.

5. Qarnul Manazil

Miqat bagi penduduk negeri Yaman, Kuwait, Najd dan Hijaz melalui
darat (dari sebelah timur Mekah).

Sekiranya seseorang itu telah masuk melebihi sempadan miqatnya tanpa

berniat ihram, maka wajib dia kembali semula ke tempat miqatnya itu untuk
berniat ihram. Jika dia tidak kembali semula ke tempat miqat dan berniat ihram
di tempat itu juga, maka hajinya tetap sah tetapi berdosa dan dia dikenakan
membayar dam atau denda.

25







4. Bermalam Di Mina

Jemaah haji wajib bermalam di Mina pada malam hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12
dan 13 Zulhijjah. Bermalam itu tidak semestinya berada di sana mulai
daripada waktu Maghrib sehingga Subuh pada tiap-tiap hari tetapi memadai
berada dalam kawasan tanah Mina pada sebahagian besar (lebih separuh)
malam hari-hari tersebut.

Nafar Awal

Nafar Awal ialah meninggalkan Mina pada hari ke 12 Zulhijjah dan bermalam
di Mina hanya dua (2) malam sahaja.

Jemaah haji yang ingin melakukan Nafar Awal hendaklah memenuhi syarat-
syarat di bawah ini:

1. Hendaklah keluar meninggalkan Mina selepas tergelincir matahari (waktu
Zuhur) pada 12 Zulhijjah.

2. Hendaklah selesai melontar tiga (3) Jamrah untuk hari itu dan juga hari-
hari yang sebelumnya.

3. Hendaklah bermalam di Mina selama dua (2) malam.

4. Hendaklah keluar sebelum masuk malam 13 Zulhijjah (Maghrib).

5. Tidak berniat (berazam) untuk kembali semula ke Mina.

6. Hendaklah bersertakan niat semasa hendak keluar dari Mina.

29










Click to View FlipBook Version