The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-06 12:31:03

Dasar-Dasar Pengajian Islam Buku 5

Tahun 10 hingga Tahun 11

Contoh:
Dibolehkan sembahyang dengan cara duduk jika ada keuzuran seperti sakit
dan dibolehkan bertayammum jika tidak ada air atau semasa musim kemarau
dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

(88 :‫)سورة الـحج‬

Tafsirnya:
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
dalam urusan ugama.”

(Surah al-Hajj: 78)

4. DASAR MENJAGA MASLAHAT (KEPENTINGAN) MANUSIA
Banyak hukum dan undang-undang Islam yang diturunkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta‘ala kepada kita ditetapkan untuk menjaga maslahat dan
memelihara kepentingan manusia. Setiap hukum yang diturunkan bergantung
kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Oleh itu, hukum nasikh dan mansukh
berlaku disebabkan desakan atau kepentingan untuk mengubah sesuatu
hukum yang lama.
Tujuan:
Hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang disandarkan kepada manusia
adalah bertujuan untuk memelihara maslahat dan kepentingan manusia.
Contoh:
i. Pada permulaan Islam, Allah Subhanahu wa Ta‘ala mewajibkan

menghadap kiblat ke Baitul Muqaddis, kemudian perintah itu dibatalkan
dengan mengalihkan kiblat ke arah Ka‘bah di Baitullah al-Haram di Mekah.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

173













Tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-
amalan salih, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Ganjaran mereka
di sisi Tuhan ialah syurga-syurga ‘Adn, yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;”

(Surah al-Bayyinah: 7– 8)

Penghuni Neraka adalah orang yang ingkar (tidak percaya kepada Allah
Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wassalam). Mereka merupakan orang yang menyembah selain daripada Allah
Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana dalam surah al-Bayyinah ayat 6:

( 2 :‫)سورة البينة‬

Tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang kafir daripada Ahli Kitab dan orang-orang
musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, mereka kekal
di dalamnya. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk”.

(Surah al-Bayyinah: 6)

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjelaskan bahawa
bangsa Yahudi yang ingkar, penganut ugama Nashrani yang telah diturunkan
kitab dan orang-orang Musyrik yang menyembah patung-patung berhala, api,
kayu, batu, matahari dan sebagainya akan menjadi penghuni neraka
jahannam.

Sahabat bertanya lagi: Maka mengapakah manusia masih membuat amal
kebajikan? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

)‫(رواه البخاري‬

180

Maksudnya:

“Tiap-tiap seorang manusia itu bekerja mengikut sebagaimana yang
telah dijadikan untuknya atau mengikut sebagaimana yang telah
dipermudahkan baginya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadits di atas menjelaskan bahawa setiap manusia yang dilahirkan ke dunia
perlu berusaha untuk mencapai sesuatu mengikut apa yang telah ditetapkan.
Manusia boleh memilih, berikhtiar dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan
kehendak dan kemahuannya sendiri di dalam lingkungan kuasa dan
kebebasan yang diberi oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya.

Contoh:

Adam berkeinginan hendak menjadi kaya, lalu dia bekerja dan berusaha
bercucuk tanam. Setelah beberapa tahun, tanaman beliau membuahkan hasil
yang banyak untuk dipasarkan dan memberikan keuntungan yang besar
kepadanya. Akhirnya kehidupannya berubah menjadi kaya.

Adam ialah makhluk Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang dilahirkan ke dunia dan
menjadi kaya seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala
sejak azali lagi.

Ikhtiar Adam iaitu dengan bercucuk tanam untuk mencapai cita-citanya adalah
dengan kuasa atau pilihannya sendiri. Cita-citanya itu boleh dicapai dengan
cara lain seperti mencuri tetapi Adam memilih cara yang baik untuk mencapai
cita-citanya.

Tindakan dan kelakuan Adam di atas tidak bertentangan dengan qadha dan
qadar Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana seorang manusia diberikan
kebebasan untuk memilih sama ada memilih pekerjaaan yang baik atau jahat.

Oleh itu, manusia diberi tugas memikul tanggungjawab menunaikan perintah
Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan meninggalkan semua laranganNya. Bagi
orang-orang yang menunaikan perkara-perkara suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjanjikan balasan
baik (pahala dan nikmat syurga). Manakala bagi orang yang ingkar, mereka
dijanjikan dengan balasan azab neraka.

181

Berdasarkan contoh dan penerangan di atas, qadha dan qadar tidak
bertentangan dengan kebebasan ikhtiar dan usaha seseorang manusia
kerana kemampuan manusia tidak terkeluar dari lingkungan ketetapan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala mengikut kekuasaan ilmuNya. Oleh sebab itu, jelas
bahawa tidak ada satu makhluk yang dapat mengetahui suatu rahsia ilmu
Allah Subhanahu wa Ta‘ala kecuali Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja yang
mengetahuinya.

Maka di sini terletaknya ujian iman atau kepercayaan seseorang terhadap
kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kita hendaklah
percaya kepada qadha dan qadar Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang berlaku ke
atas tiap-tiap makhlukNya iaitu dengan menurut segala perintahNya dan
meninggalkan segala laranganNya, kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak
akan mungkir janji sebagaimana firmanNya:

) 0 :‫( سورة ال عمران‬

Tafsirnya:
“Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.”

(Surah Ali ‘Imran: 9)

PENGAJARAN

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan bahawa penghuni-
penghuni syurga dan neraka boleh dikenali mengikut keadaan mereka
yang ada sekarang.

2. Orang-orang Kafir, orang-orang Musyrik, orang Yahudi yang ingkar dan
penganut ugama Nashrani akan menjadi penghuni neraka di akhirat nanti.

3. Orang-orang Islam yang membuat amal ibadat dan kebajikan tetap menjadi
penghuni syurga yang kekal abadi.

4. Orang Islam yang derhaka dan melanggar perintah-perintah Allah
Subhanahu wa Ta‘ala akan diseksa di dalam neraka mengikut kesalahan
mereka terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan ke dalam Syurga.

182




Click to View FlipBook Version