The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-06 12:31:03

Dasar-Dasar Pengajian Islam Buku 5

Tahun 10 hingga Tahun 11

Pelajaran 7 KEPERCAYAAN KARUT (KHURAFAT)

Pengertian Khurafat

Khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Khurafat terdapat pada kebanyakan bangsa di dunia ini, begitu juga halnya
dalam kalangan orang-orang Melayu. Sehingga kini masih ada perkara
khurafat yang diamalkan dan telah berakar-umbi di dalam jiwa sehingga
kepercayaan ini dianggap sebagai warisan daripada nenek moyang serta
dijadikan sebagai adat yang mesti diikuti.

Contoh Perkara Khurafat Yang Masih Diamalkan

I. Mempercayai tentang kekuasaan hantu yang boleh memudaratkan
manusia.

II. Memuja tempat-tempat yang dipercayai mempunyai keramat atau puaka
seperti busut, kubur para wali dan sebagainya yang dipercayai
mempunyai kuasa yang luar biasa.

III. Mempercayai tangkal dan azimat yang kononnya boleh menahan sesuatu
bahaya yang akan menimpa seseorang manusia.

IV. Mengadakan upacara pemujaan sawah padi atau memuja pantai
kononnya supaya hantu-hantu tidak mengganggu mereka mencari rezeki.

V. Mengadakan upacara tolak bala pada hari Rabu terakhir dalam bulan
Safar dengan cara mandi atau minum air tolak bala. Mandi Safar di
pantai-pantai atau sungai kononnya untuk menolak bala atau
menghapuskan dosa.

VI. Kepercayaan kepada kekuasaan roh datuk nenek yang telah mati yang
kononnya boleh memberi kesan baik dan buruk ke atas generasinya yang
masih hidup sekiranya roh itu tidak dipuja atau disanjung.

VII. Kepercayaan sempena baik )‫ (تَ َفاؤُل‬dan sempena buruk )‫(تَ َشاؤُم‬.

Kepercayaan seperti ini sudah ada dalam kalangan bangsa Arab sejak
zaman jahiliah lagi. Tetapi setelah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam diutus, kepercayaan ini telah dihapuskan.

88

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

)‫(رواه البخاري‬

Maksudnya:
Tidak ada jangkitan, tidak ada sempena baik dengan burung, tidak
ada sempena jahat dengan burung hantu dan tidak ada sempena
jahat dengan Safar. Larilah daripada orang yang berpenyakit kusta
seperti mana kamu lari daripada singa.

(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya, jangkitan penyakit bukan kesan daripada kuman tetapi yang
berkuasa memberi kesan hanya Allah. Begitu juga lintasan burung, bunyi
burung hantu dan bulan Safar tidak menyebabkan sial kerana semua itu
adalah takdir Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Adapun sabda baginda “Larilah
daripada orang yang berpenyakit kusta seperti mana kamu lari daripada
singa” memberi maksud bahawa walaupun nasib diri seseorang itu
ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala tetapi hendaklah kita berusaha dan
berikhtiar menjauhkan diri daripada bahaya jangkitan seperti ikhtiar kita
menjauhkan diri daripada singa, padahal kita percaya bahawa ia tidak akan
memberi kemudaratan kepada kita melainkan dengan kekuasaan Allah.
Setelah kita berikhtiar untuk mengelakkan bencana atau mendapatkan
manfaat, maka berserahlah kepada qadha’ dan qadar Allah. Inilah yang
dinamakan tawakkal.

Punca Timbulnya Khurafat

Timbulnya khurafat disebabkan beberapa perkara seperti:

I. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ini
menyebabkan aqidah mereka mudah terpesong.

II. Kejahilan manusia tentang segala perkara mengenai ugama.
III. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap

keramat yang dibina untuk tujuan pemujaan.

Sebab-Sebab Islam Melarang Khurafat

Khurafat adalah perkara yang dilarang dalam Islam. Sebab-sebab larangan
tersebut ialah:

89













3. Cara pelantikan khalifah-khalifah Bani Umaiyah adalah secara turun

temurun menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang
.
Islam golongan Khawarij

4. Pelantikan dua orang putera mahkota dalam satu masa. Cara pelantikan
ini membangkitkan pergaduhan sesama sendiri di kalangan keluarga Bani
Umaiyah.

5. Pada masa yang sama, pihak Bani Hasyim melancarkan gerakan untuk
merampas kuasa.

6. Kezaliman sebahagian daripada khalifah Bani Umaiyah terhadap
penyokong ‘Ali menyebabkan umat Islam tidak berpuas hati lalu memberi
sokongan kepada golongan yang hendak menggulingkan Kerajaan Bani
Umaiyah. Antara kezaliman yang telah dilakukan oleh Khalifah Bani
Umaiyah adalah pembunuhan panglima perang yang berjasa seperti
Muhammad bin al-Qasim dan Qutaibah bin Muslim yang dibunuh oleh
Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik atas kesalahan kecil. Begitu juga
nasib panglima al-Hajjaj bin Yusuf dipenjarakan dan harta bendanya
dirampas manakala Panglima Musa bin Nushair dipenjara seumur hidup.

CARA PELANTIKAN KHALIFAH

Cara pelantikan khalifah Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah adalah sama seperti yang
dilakukan dalam kerajaan Bani Umaiyah iaitu khalifah menentukan sendiri
bakal penggantinya sebelum wafat. Abu al-‘Abbas as-Saffah, khalifah pertama
Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah menentukan dua orang khalifah selepasnya
iaitu saudaranya, Abu Ja‘far al-Manshur bagi menggantikannya dan anak
saudaranya, ‘Isa bin Musa bin Muhammad bin ‘Ali bagi menggantikan Abu
Ja‘far al-Manshur. Khalifah Harun ar-Rasyid pula melantik ketiga-tiga orang
anaknya menjadi khalifah atas pandangan para penasihat khalifah. Pelantikan
ini berlaku sehingga 10 orang khalifah pertama yang dikenali sebagai zaman
keemasan.

Selepas itu pembesar-pembesar Turki mula masuk campur dalam bidang

ketenteraan. Kejadian ini berlaku dalam masa pemerintahan al-Mu‘tashim dan

mereka melantik serta melucutkan siapa yang mereka kehendaki. Setelah itu,

Bani Buwaih menguasai pemerintahan di Baghdad dan mereka

berkuasa dalam pelantikan khalifah. Kedudukan khalifah hanya dianggap

sebagai boneka dan tidak berkuasa lagi. Akhirnya Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah

dapat dikalahkan oleh Hulagu Khan pada tahun 656 Hijrah bersamaan tahun

1258 Masihi.

96







Abu Ja‘far pula di Jazirah, Armenia dan Iraq, manakala ‘Abdullah bin ‘Ali di
Syam dan Mesir. Abu Ja‘far iri hati kepada Abu Muslim kerana pengaruhnya
yang lebih besar di sisi rakyat disebabkan keperwiraan dan keberaniannya.
‘Abdullah bin ‘Ali menganggap dirinya lebih layak daripada orang lain untuk
menjadi khalifah selepas Khalifah as-Saffah kerana jasa dan pengorbanannya
yang lebih lama memimpin gerakan Bani ‘Abbas dan kejayaannya membunuh
khalifah Bani Umaiyah yang terakhir. Sebahagian besar masa pemerintahan
Khalifah as-Saffah telah dihabiskan dengan usaha menghapuskan semua
ancaman yang dianggapnya boleh menggugat Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.

JASA-JASA KHALIFAH ABU AL-‘ABBAS AS-SAFFAH

I. Menyediakan lampu-lampu jalan raya untuk kemudahan orang-orang yang
berjalan pada malam hari.

II. Mengadakan ukuran jarak jauh jalan dari Kufah ke Mekah mengikut kiraan
Batu Hasyimi (kiraan pada zaman dahulu).

III. Membina bandar Hasyimiyyah.

KHALIFAH ABU AL-‘ABBAS AS-SAFFAH WAFAT

Khalifah as-Saffah wafat di Anbar pada tahun 754 Masihi bersamaan 12
Zulhijjah tahun 136 Hijrah setelah menghidap penyakit cacar. Dia memerintah
selama 4 tahun 9 bulan. Sebelum wafat, dia telah melantik saudaranya Abu
Ja‘far al-Manshur bagi menggantikannya dan anak saudaranya ‘Isa bin Musa
bin Muhammad bin ‘Ali bagi menggantikan Abu Ja‘far al-Manshur.

100





II. Abu Muslim al-Khurasani, panglima yang mendapat perhatian besar dalam
kalangan bangsa Parsi. Dia melantik as-Saffah sebagai khalifah pertama
setelah mengalahkan Kerajaan Bani Umaiyah. Abu Muslim sangat terkenal
dengan jasa-jasanya terutama dalam kalangan penduduk-penduduk
Khurasan.

Khalifah al-Manshur telah memerintahkan Abu Muslim untuk menemuinya
di istana tetapi khalifah telah membunuhnya sebelum dia berangkat balik
ke Khurasan.

III. Golongan ‘Alawiyyin (penyokong ‘Ali) dipimpin oleh Muhammad bin
‘Abdullah bin al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib dan saudaranya, Ibrahim bin
‘Abdullah. Golongan ini berpengaruh di Kufah terutama setelah diketahui
mereka ini hanya dijadikan sebagai batu loncatan oleh golongan
‘Abbasiyyah dalam penubuhan kerajaan mereka. Penghinaan dan
penipuan politik inilah yang menimbulkan perasaan simpati segolongan
umat Islam terhadap mereka.

Untuk menghapuskan golongan ‘Alawiyyin, Khalifah al-Manshur
menugaskan ‘Isa bin Musa untuk menentang pemimpin mereka,
Muhammad bin ‘Abdullah di Madinah yang akhirnya dapat dibunuh pada
12 Ramadhan tahun 145 Hijrah.

Saudaranya, Ibrahim lari ke Basrah dan menyeru penduduknya

menyokong gerakannya. Dia berjaya mempengaruhi daerah-daerah

sekitarnya hingga ke Ahwaz dan Wasith . Khalifah

al-Manshur sekali lagi mengutus ‘Isa bin Musa menentangnya dan berjaya

membunuhnya.

IV. Abdur Rahman bin Mu‘awiyah bin Hisyam bin ‘Abdul Malik yang dikenali

juga dengan nama Abdur Rahman ad-Dakhil. Dia adalah salah seorang

ahli waris Kerajaan Bani Umaiyah yang sempat lari ke Sepanyol dan telah

mendirikan kerajaan yang baru sebagai sambungan kepada Kerajaan Bani

Umaiyah. Di Sepanyol, dia menggantikan perkataan khalifah kepada Amir.

Kerajaan ini telah memutuskan perhubungan dengan Kerajaan Bani

‘Abbasiyyah di Baghdad. Khalifah Abu Ja‘far al-Manshur menggelarnya

dengan gelaran Saqar Quraisy iaitu Helang Quraisy kerana

ketangkasannya melarikan diri.

103





Pelajaran 4 MUHAMMAD AL-MAHDI BIN
ABU JA‘FAR AL-MANSHUR
(158 - 169 Hijrah / 775 - 785 Masihi)

PENGENALAN

Khalifah Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang ketiga ialah Muhammad al-Mahdi bin
Abu Ja‘far ‘Abdullah al-Manshur. Dia dilahirkan pada tahun 126 Hijrah di
Humaimah. Dia dilantik menjadi khalifah pada bulan Zulhijjah 158 Hijrah
setelah bapanya wafat. Zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman
aman dan makmur kerana peribadinya yang lemah lembut yang berlawanan
dengan sifat keras dan tegas bapanya.

Khalifah al-Mahdi sentiasa membaca al-Qur’an pada masa lapangnya dan
sangat takut melanggar perintah Allah dan sunnah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. Dia seorang yang pemalu, bersopan santun, bersifat adil
dalam melaksanakan hukuman dan pemerintahannya. Dia dianggap seorang
yang pemurah dan fasih pertuturannya serta menggemari syair dan qasidah.

DASAR PEMERINTAHAN KHALIFAH MUHAMMAD AL-MAHDI

Khalifah al-Mahdi dianggap sebagai pengasas Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah

kerana berjaya mengukuhkan kerajaannya. Pemerintahannya disifatkan sama

dengan pemerintahan ‘Abdul Malik bin Marwan dalam Kerajaan Bani Umaiyah

dan pemerintahan Khalifah ‘Umar al-Khaththab dalam Khulafa’

ar-Rasyidin.

Khalifah al-Mahdi melantik Yahya al-Barmaki iaitu anak kepada Khalid bin
Barmak menjadi menterinya. Selain itu, Yahya juga ditugaskan mengajar anak
khalifah yang bernama Harun. Dari sinilah bermulanya pengaruh keluarga
Barmak dalam pemerintahan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.

Perbendaharaan negara yang ditinggalkan oleh bapanya sangat kukuh
sehingga memudahkannya membuat perancangan untuk memajukan negara.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, telah timbul semula ugama
Zoroastrianism
iaitu kepercayaan Majusi (menyembah api) yang

dianuti oleh bangsa Parsi kuno sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang

berpengaruh dalam negara Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh ugama ini

dapat dihapuskan oleh Khalifah al-Mahdi.

106











hubungan baik antara keduanya. Dalam tahun 797 Masihi dan 806 Masihi
berlaku hubungan diplomatik dan saling bertukar-tukar hadiah antara dua
kerajaan. Khalifah Harun ar-Rasyid menghadiahkan barang-barang yang
berharga kepada Charlemagne seperti permaidani, seekor gajah putih dan
sebuah jam buatan Baghdad yang sungguh menakjubkan Charlemagne.
Sejak itu nama khalifah mulai terkenal di negara Eropah.

KELUARGA BARMAK

Keluarga Barmak mula mempengaruhi pemerintahan Kerajaan Bani
‘Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah Abu al-‘Abbas as-Saffah. Dia
melantik Khalid bin Barmak sebagai menteri. Dalam zaman pemerintahan Abu
Ja‘far, Khalid dan anak-anaknya terus memainkan peranan penting dalam
pentadbiran negara. Dalam zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid,
pengaruh keluarga Barmak telah mencapai kemuncaknya setelah Yahya bin
Khalid bin Barmak dilantik sebagai menterinya. Yahya dibantu oleh empat
orang anaknya iaitu Fadhl, Ja‘far, Muhammad dan Musa. Khalifah Harun
ar-Rasyid memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka dalam
menguruskan pentadbiran negara. Daripada empat orang anak Khalid ini,
Fadhl adalah yang lebih berpengaruh kerana dia merupakan saudara susuan
Khalifah Harun ar-Rasyid. Khalifah Harun ar-Rasyid juga telah melantik Fadhl
dalam urusan pendidikan anaknya, al-Amin.

Golongan Barmak hidup dengan penuh kemewahan. Mereka membina istana-
istana di sekitar Baghdad antaranya ialah Istana al-Ja‘fari. Mereka juga
membina saluran-saluran air dan masjid-masjid. Fadhl ialah orang yang
pertama menganjurkan supaya dipasang lampu-lampu di masjid-masjid pada
malam bulan Ramadhan.

Ja‘far bin Yahya dilantik oleh Khalifah Harun ar-Rasyid menjadi Ketua
Pemerintah di Mesir dan kemudiannya di Khurasan. Disebabkan kejayaannya
menghapuskan pemberontakan di Khurasan, Khalifah Harun ar-Rasyid
melantiknya menjadi Ketua Turus Agung Tentera. Dari saat itu, keluarga
Barmak menjadi lebih berpengaruh hingga mencurigakan khalifah. Pada tahun
803 Masihi, Ja‘far dibunuh. Fitnah terus menimpa keluarga Barmak sehingga
sampai ke pengetahuan khalifah, kononnya mereka membelanjakan wang
negara sesuka hati untuk kepentingan diri sendiri. Khalifah Harun ar-Rasyid
bertindak terus membunuh sebahagian keluarga Barmak yang dicurigai dan
memenjarakan sebahagian yang lain. Harta benda mereka dirampas termasuk
ladang-ladang, istana dan kelengkapan rumah. Dengan tindakan itu, maka
berakhirlah pengaruh keluarga Barmak dalam pemerintahan Kerajaan Bani
‘Abbasiyyah.

112









Pelajaran 8 ‘ABDULLAH AL-MA’MUN BIN
HARUN AR-RASYID

(198 - 218 Hijrah / 813 - 833 Masihi)

PENGENALAN

Khalifah Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang ketujuh ialah ‘Abdullah al-Ma’mun
bin Harun ar-Rasyid. Ibunya bernama Marajil, seorang berbangsa Parsi. Dia
dilahirkan pada tahun 170 Hijrah pada hari bapanya dilantik menjadi khalifah.
Dia dilantik sebagai putera mahkota selepas saudaranya, Muhammad al-Amin.
Dia telah dikhianati oleh Khalifah al-Amin dengan melantik anaknya sendiri
sebagai penggantinya sedangkan ketetapan telah dibuat oleh Khalifah Harun
ar-Rasyid sebelumnya. Peristiwa ini menyebabkan berlakunya peperangan
saudara yang berakhir dengan kemenangan al-Ma’mun. Khalifah al-Ma’mun
dilantik menjadi khalifah pada tahun 198 Hijrah.

Khalifah al-Ma’mun adalah seorang yang pemaaf, cintakan keamanan dan
keadilan. Dia tidak berdendam walaupun terhadap musuhnya. Dia sangat
cergas dan bijak mentadbir negara dan mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang politik serta tabah dalam urusannya. Dia suka kepada kerja-
kerja kebajikan dan sangat benci kepada perkara maksiat.

Khalifah al-Ma’mun adalah seorang yang alim dengan hukum-hukum ugama
dan pintar dalam memahami apa sahaja yang dipelajarinya termasuk dalam
memahami syair-syair hasil ciptaan penyair-penyair di zamannya. Dia suka
membaca buku karangan ahli-ahli falsafah purba dan mempelajari ilmu
pengetahuan dunia. Dia sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan alim ulama dan
mendengar nasihat mereka.

DASAR PEMERINTAHAN KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN

Khalifah al-Ma’mun sangat mencintai perdamaian, bencikan kezaliman dan
penindasan. Dia menjalin hubungan baik dengan keturunan ‘Ali yang selama
ini ditindas oleh khalifah-khalifah Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah sebelumnya. Dia
telah mengahwinkan anaknya dengan ‘Ali bin Musa ar-Ridha yang
berketurunan Syi‘ah. Menantunya ini juga dilantiknya sebagai pengganti
khalifah.

Tindakan ini ditentang hebat oleh golongan Bani ‘Abbas dan penduduk
Baghdad. Penduduk Baghdad telah melantik bapa saudara Khalifah
al-Ma’mun iaitu Ibrahim bin al-Mahdi sebagai pengganti khalifah. Ibrahim bin

117

al-Mahdi mengetuai pemberontakan di Iraq. Khalifah al-Ma’mun dan
tenteranya termasuk ‘Ali ar-Ridha pergi ke Iraq untuk memerangi
pemberontakan itu. Di Thus, ‘Ali ar-Ridha telah jatuh sakit dan meninggal
dunia.

Apabila sampai di Baghdad, Khalifah al-Ma’mun memperlihatkan sikapnya
yang tegas sehingga Ibrahim berasa takut dan terus lari. Untuk
mengembalikan semula kepercayaan penduduk Baghdad kepadanya, Khalifah
al-Ma’mun yang dulunya menggunakan lambang Syi‘ah yang berwarna hijau
menukar kembali dengan lambang ‘Abbasiyyah yang berwarna hitam.
Akhirnya penduduk Baghdad kembali taat setia kepadanya.

Khalifah al-Ma’mun pernah menggegarkan para ulama dengan pendapat
Mu‘tazilah yang mengatakan bahawa al-Qur’an itu Kalam Allah tetapi ia tidak
bersifat qadim (baharu) dan seterusnya menjadikan mazhab Mu‘tazilah
sebagai mazhab rasmi negara. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat
ahli Sunnah wal Jama‘ah namun sikapnya terhadap pendapat ini sangat tegas
sehingga memaksa para ulama menyetujuinya. Sebilangan ulama
berpendapat, bahawa tujuannya menegaskan demikian ialah supaya ulama-
ulama di zamannya berani maju menyesuaikan keterangan al-Qur’an dengan
ilmu pengetahuan dunia.

ZAMAN KEMUNCAK KEMAJUAN PERADABAN DAN KEBUDAYAAN
ISLAM

Zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun adalah zaman kemuncak kemajuan
peradaban dan kebudayaan Islam. Banyak ahli bijak pandai muncul dengan
peranan masing-masing dalam pelbagai bidang seperti Imam al-Bukhari, tokoh
dalam ilmu Hadits, Muhammad bin Musa al-Khawarizmi, tokoh dalam ilmu
Matematik dan tokoh-tokoh lain. Di kota-kota besar Iraq dibina pusat-pusat
pengajian tinggi dengan para ulama masing-masing. Kota Baghdad menjadi
tempat tumpuan pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Kota ini dipenuhi
oleh penuntut ilmu pengetahuan daripada pelbagai bangsa. Khalifah al-
Ma’mun menggalakkan usaha-usaha untuk menterjemahkan buku-buku ilmu
pengetahuan ke dalam Bahasa Arab dan memberi gaji yang mahal kepada
penterjemah-penterjemah itu. Khalifah cenderung kepada kebudayaan dan
tamadun Parsi kerana dia berdarah Parsi. Baitul Hikmah sentiasa dipenuhi
dengan pengkaji-pengkaji.

Khalifah juga cenderung dengan Falsafah Greek. Ini membawa kepada
munculnya Mazhab Mu‘tazilah yang memainkan peranan penting dalam Ilmu
Kalam Islam.

Hasil daripada kejayaan ahli-ahli sains di zamannya, terbina dua buah Pusat
Kajian Angkasa Lepas iaitu satu di Baghdad dan satu lagi di Damsyik.

118

Berhampiran Pusat Kajian Angkasa Lepas di Baghdad pula dibina Baitul ‘Ulum
iaitu pusat kajian dan pusat penterjemahan segala ilmu pengetahuan daripada
Bahasa Greek, Suryani, Parsi dan Sanskrit. Ilmu-ilmu pengetahuan asing ini
kemudiannya memberi pengaruh yang besar dalam pelbagai jenis ilmu
pengetahuan Islam sama ada ilmu ugama atau dunia.
JASA-JASA KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN
I. Mempertingkatkan galakan untuk menterjemahkan buku-buku ilmu

pengetahuan ke dalam Bahasa Arab dan memberi gaji yang mahal kepada
penterjemah-penterjemah.
II. Membina pusat-pusat pengajian tinggi.
III. Membina dua buah Pusat Kajian Angkasa Lepas di Baghdad dan di
Damsyik.
IV. Membina Baitul ‘Ulum iaitu pusat kajian dan pusat penterjemahan segala
ilmu pengetahuan daripada Bahasa Greek, Suryani, Parsi dan Sanskrit.

KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN WAFAT
Khalifah ‘Abdullah al-Ma’mun wafat di Tarsus pada tahun 218 Hijrah ketika
berusia 48 tahun dalam perjalanan memimpin tenteranya menyerang Rom.

119









LATIHAN DAN SOALAN ULANG KAJI
1) a) Ceritakan riwayat hidup Khalifah yang ketujuh dalam pemerintahan

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah dan bilakah beliau wafat?
b) Terangkan dasar pemerintahan Khalifah al-Ma’mun.
2) Buat catatan ringkas mengenai pegangan Khalifah al-Ma’mun tentang
al-Qur’an.
3) Huraikan mengenai zaman kemuncak kemajuan peradaban dan
kebudayaan Islam di zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun.
4) Tuliskan EMPAT jasa Khalifah al-Ma’mun.
5) a) Huraikan riwayat hidup Khalifah al-Mu‘tashim dan bilakah beliau dilantik

menjadi khalifah?
b) Terangkan dasar pemerintahan Khalifah al-Mu‘tashim.
6) a) Zaman Pemerintahan Khalifah al-Mu‘tashim penuh dengan

pemberontakan dan kekacauan. Ceritakan mengenainya.
b) Bilakah Khalifah al-Mu‘tashim wafat?
7) Huraikan riwayat hidup Khalifah Harun al-Watsiq Billah dan bilakah beliau
wafat?
8) a) Terangkan dasar pemerintahan Khalifah Harun al-Watsiq Billah.
b) Ceritakan faktor kelemahan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah di zaman

pemerintahan Khalifah Harun al-Watsiq Billah.
9) Ceritakan riwayat hidup Khalifah Ja‘far al-Mutawakkil ‘ala Allah dan bilakah

beliau wafat?
10) a) Terangkan dasar pemerintahan Khalifah Ja‘far al-Mutawakkil ‘ala Allah.

b) Buat catatan ringkas mengenai Daulah Ja‘fariah.

124



IV. Perpecahan Negara Islam
Perpecahan negara Islam menjadi negara-negara kecil menyebabkan
kuasa Kerajaan Islam semakin lemah.

V. Perpecahan Umat Islam
Timbulnya pelbagai mazhab selain daripada Ahli Sunnah wal Jama‘ah
membawa kepada perpecahan umat Islam kepada kumpulan-kumpulan
yang berbeza mengikut mazhab masing-masing, seperti Mazhab
Mu‘tazilah, Jabariah dan Qadariah.

VI. Serangan Tentera Monggol
Tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulagu Khan telah berjaya
menjatuhkan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah pada tahun 656 Hijrah bersamaan
1258 Masihi.

126

Pelajaran 13 KEMAJUAN-KEMAJUAN AM DALAM
ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN

BANI ‘ABBASIYYAH

Antara kemajuan yang dicapai dalam zaman pemerintahan Kerajaan Bani
‘Abbasiyyah ialah :

I. Struktur Organisasi Kerajaan

Ketua tertinggi dalam pemerintahan dipegang oleh khalifah. Di bawah
khalifah dilantik menteri-menteri. Para menteri ini ada kalanya berkuasa
seperti khalifah apabila urusan pentadbiran negara diserahkan kepada
mereka atas persetujuan khalifah.

Perdana Menteri adalah seorang yang terpenting dalam urusan
pentadbiran. Dia berkuasa melantik beberapa orang menteri di bawahnya
dan dia sebagai pengerusi dalam majlis mesyuarat jemaah menteri.

Dalam bidang kehakiman, qadhi adalah pegawai tertinggi yang
mengeluarkan hukum-hukum. Manakala dalam bidang ketenteraan pula,
Amir al-‘Askariyyah adalah pegawai tertinggi.

Jabatan pentadbiran lain juga dilantik di bawah urusan menteri-menteri
mengikut jabatan masing-masing.

II. Kewangan

Jabatan Hasil Dalam Negeri (Jabatan Kewangan) adalah jabatan
terpenting dalam pentadbiran Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah kerana ia
merupakan teras pemerintahan. Hasil kewangan diperolehi daripada zakat,
jizyah, cukai-cukai perniagaan, cukai perusahaan, cukai tanah dan harta
rampasan perang. Hasil daripada zakat dikhususkan untuk asnaf yang
lapan. Hasil kewangan yang diperolehi selain daripada zakat digunakan
untuk keperluan negara seperti membayar gaji pegawai-pegawai, pekerja-
pekerja, tentera-tentera dan membangunkan projek-projek kebajikan umum
dalam negeri.

Pada zaman awal pemerintahan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah, sumber
kewangan adalah baik terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun

127

ar-Rasyid. Perbendaharaan negara sangat stabil dan rakyat hidup dalam
keadaan makmur dan mewah. Tetapi kewangan mula merosot setelah
berlakunya kemerdekaan negara-negara kecil yang memutuskan
perhubungan dengan kerajaan pusat. Sumber kewangan semakin merosot
pada zaman pemerintahan Khalifah al-Watsiq Billah kerana pengaruh
bangsa Turki dan mereka mendapat kemudahan-kemudahan hidup yang
istimewa.

Begitu juga gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi hingga khalifah tidak
berjaya membasminya. Akhirnya pentadbiran kerajaan semakin lemah
kerana tidak mendapat sumber kewangan yang baik.

III. Ketenteraan

Ketenteraan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah tidak begitu teratur. Pegawai-
pegawai keamanan dalam negeri (polis), pengawal peribadi khalifah dan
sebilangan kecil tentera sahaja yang mendapat gaji tetap. Tentera sukarela
hanya mendapat elaun sara hidup bila bertugas sahaja. Orang awam yang
berjaya menakluki sesebuah negara hanya mendapat bahagian daripada
harta rampasan perang negara yang dikalahkannya.

Pembahagian tugas tentera sama dengan susunan dalam zaman
pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah iaitu:

i. Seorang Jeneral dalam tentera dikenali sebagai Amir. Dia ditugaskan
menjaga 10,000 orang tentera yang terbahagi kepada 10 batalion.

ii. Tiap-tiap satu batalion terdiri daripada 1,000 orang tentera. Dalam setiap
batalion ini dilantik 10 orang Qa’id (ketua).

iii. Tiap-tiap seorang Qa’id (ketua) ditugaskan untuk menjaga 100 orang
tentera.

iv. Tiap-tiap 50 orang tentera dikawal oleh seorang khalifah.

v. Tiap-tiap 10 orang tentera pula diketuai oleh seorang Arif.

Pada mulanya tentera ‘Abbasiyyah terdiri daripada dua gabungan tentera
bangsa Arab. Satu daripada tentera Arab Utara (Modarites) dan satu lagi
daripada tentera Arab Selatan (Himyarites). Kemudian terbentuk lagi satu
kumpulan tentera bangsa Turki yang berpusat di Baghdad. Kumpulan
tentera bangsa Turki ini kemudiannya berpusat di Samarra semasa zaman
pemerintahan Khalifah al-Mu‘tashim. Tentera inilah yang paling
berpengaruh di zaman akhir pemerintahan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah
hingga mereka berjaya menghapuskan kuasa khalifah.

128

IV. Gabenor-Gabenor

Pembahagian wilayah-wilayah adalah seperti di zaman pemerintahan
Kerajaan Bani Umaiyah. Ada kalanya dua buah wilayah disatukan diletak di
bawah jagaan seorang wakil pemerintah (Gabenor). Gabenor-gabenor
dilantik oleh pihak kerajaan pusat di Baghdad. Mereka tidak diberi kuasa
penuh ke atas wilayah itu walaupun mereka tunduk di bawah kerajaan
pusat. Tetapi daripada beberapa aspek pentadbiran, ada kalanya Gabenor
bebas menggunakan kebijaksanaan sendiri dan mempunyai tentera
sendiri. Inilah yang menyebabkan mudahnya berlaku rampasan kuasa
apabila berlaku kelemahan di kerajaan pusat.

V. Perkembangan Intelektual

Perkembangan ilmu pengetahuan yang bermula di zaman Khalifah
al-Manshur diteruskan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid dan diteruskan lagi
oleh Khalifah al-Ma’mun. Di zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun inilah
zaman kemuncak kemajuannya. Pada masa itu, Kota Baghdad dipenuhi
oleh ahli-ahli bijak pandai daripada pelbagai bangsa dan ugama. Mereka
dijemput oleh khalifah untuk menterjemahkan pelbagai ilmu pengetahuan
purba dari Greek, Parsi dan India dengan bayaran gaji yang mahal. Antara
ilmu pengetahuan yang diterjemahkan itu ialah Kimia, Astronomi,
Matematik, Geografi, Falsafah, Mantiq, Ilmu Bahasa dan Perubatan.

Di zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi dan Harun ar-Rasyid, tentera
Islam berjaya mengalahkan negara Byzantium (Rom) sekaligus
memperoleh naskah-naskah ilmu pengetahuan purba dari negara tersebut.
Ilmu pengetahuan tersebut ialah Falsafah Aristotles, Perubatan Galen serta
Falsafah dan Tasawuf Neo Platonism dari Alexandria. Begitu juga dengan
kemenangan di Timur (India), orang Islam telah membawa balik naskah-
naskah ilmu pengetahuan dari India dan Parsi iaitu Tasawuf, Falak dan
Kesusasteraan. Ilmu-ilmu tersebut kemudiannya dikaji dan diterjemahkan
di Baghdad. Ketika itu Baghdad merupakan tumpuan dan pusat pengkajian
kebudayaan ilmu pengetahuan Timur dan Barat.

Pada tahun 771 Masihi, seorang pengembara dari India telah

mempersembahkan sebuah buku bernama Sindhind kepada

Khalifah al-Manshur. Khalifah memerintahkan Muhammad bin Ibrahim al-

Fazari, ahli astronomi Islam yang ulung, untuk menterjemahkannya. Pada

kurun kesembilan, Matematik India dipraktikkan dalam Bahasa Arab iaitu

cara menggunakan perpuluhan.

129










Click to View FlipBook Version