MAKNA PERKATAAN
Bahawa kami (orang-orang
perempuan) pernah keluar berperang
Kami memberi minum kepada bala
tentera
Kami memberi khidmat kepada mereka
Kami membawa pulang orang-orang
yang terkorban
Dan orang-orang yang tercedera
Ke Madinah
HURAIAN HADITS
Islam adalah ugama yang menjamin keselamatan, keamanan dan
kebahagiaan hidup seluruh umat manusia di muka bumi ini. Islam mempunyai
undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu yang wajib diikut oleh
manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Hadits ini menjelaskan bahawa seorang sahabat Rubayyi’ binti Mu‘awwidz
menceritakan bahawa dia dan rakan-rakannya (kaum wanita) pernah ikut
keluar berperang bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tugas
mereka dalam peperangan itu bukanlah berperang menentang musuh tetapi
untuk menolong bala tentera Islam yang tercedera dengan merawat luka
mereka dan membawa mereka yang terbunuh pulang ke Madinah.
186
Dengan adanya ilmu pengetahuan, seseorang itu dapat meningkatkan taraf
kehidupannya serta menolong memberi sumbangan ke arah kemajuan anak
bangsanya.
Ugama Islam juga telah menetapkan hak kewajipan dan tanggungjawab
kaum wanita sebagai seorang isteri dan ibu. Islam menghargai kedudukan
seorang ibu dan mengangkat serta memuliakan mereka sehingga
meletakkan keredaan mereka sebagai kunci bagi seorang anak untuk masuk
ke dalam syurga. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
)(رواه أحمد والنسائي وابن ماجه والحاكم
Maksudnya:
“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.
(Riwayat Ahmad, an-Nasai’i, Ibn Majah dan Hakim)
Seterusnya dalam menjaga hak asasi kaum wanita, Islam juga telah
menetapkan bahagian-bahagian yang tertentu untuk mereka dalam
pembahagian harta pusaka, mewajibkan melamar dan meminang anak gadis
sebelum bernikah dengannya, wajib membayar mas kahwin dan mahar mitsil
memberi sagu hati kepada janda yang diceraikan dan sebagainya.
Selain itu, kaum ibu juga diberi peluang menjawat jawatan-jawatan penting
dalam pembangunan negara dan kemajuan masyarakat.
PENGAJARAN
1. Ugama Islam menjamin hak asasi kaum wanita serupa dengan hak asasi
kaum lelaki.
2. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah pejuang ulung hak
asasi kaum wanita di dunia ini.
3. Islam tidak membezakan kaum wanita dengan kaum lelaki dalam
mengenakan undang-undang dan kewajipan terhadap ugama dan soal-
soal keduniaan.
189