Seseorang itu boleh menyembelih binatang an„am untuk dijadikan korban
seberapa banyak yang dia mampu kerana Rasulullah Shallallahu „alaihi
wasallam pernah menyembelih sebanyak seratus (100) ekor unta sebagai
korban sunat.
Seekor kambing dikorbankan untuk satu (1) orang, manakala seekor lembu
atau unta untuk (7) tujuh orang. Perkongsian tujuh (7) orang untuk
menyembelih seekor lembu atau unta itu tidak disyaratkan atas tujuan
berkorban sahaja (boleh atas tujuan yang lain seperti aqiqah dan korban
nazar).
JENIS SEMBELIHAN
Sembelihan itu terbahagi kepada dua (2) bahagian:
1. Sembelihan wajib seperti membayar dam dan nazar.
2. Sembelihan sunat seperti korban dan aqiqah.
Contoh sembelihan wajib kerana membayar dam:
1. Dam wajib ke atas orang yang mengerjakan Haji Qiran.
2. Dam wajib ke atas orang yang mengerjakan Haji Tamattu„.
3. Dam wajib haji ke atas orang yang meninggalkan salah satu daripada
perkara-perkara wajib haji seperti melontar Jamrah, berniat ihram dari
Miqat, bermalam di Muzdalifah atau Thawaf Wada„.
4. Dam wajib ke atas orang yang berihram yang melakukan kesalahan seperti
berburu, memotong pokok dan sebagainya.
SYARAT-SYARAT BINATANG SEMBELIHAN
1. Hendaklah binatang sembelihan itu sihat dan gemuk.
2. Hendaklah binatang sembelihan itu sempurna sifat-sifatnya. Tidak sah
korban dengan binatang yang buta, tempang, berkurap, kurus dan
sebagainya.
3. Hendaklah binatang sembelihan itu cukup umur iaitu:
a. Unta berumur lima (5) tahun ke atas.
b. Lembu berumur dua (2) tahun.
c. Kambing berumur setahun.
54
Pelajaran 1 PERCAYA KEPADA QADHA’ DAN QADAR
Percaya kepada qadha’ dan qadar adalah perkara terakhir di dalam rukun
iman. Ia merupakan satu persoalan yang rumit untuk diberi jawapan dan
sentiasa menjadi perbahasan dan perbincangan di kalangan umat Islam dari
semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, manusia masih gagal mencapai
satu jawapan yang boleh memuaskan sehingga akhirnya mereka menyedari
kelemahan diri sendiri. Ketika itu barulah mereka tunduk menyerah dan
menaruh kepercayaan yang penuh kepada qadha’ dan qadar Allah
Subhanahu wa Ta‘ala.
Kepercayaan kepada qadha’ dan qadar juga merupakan suatu ujian yang
besar terhadap keyakinan seseorang Islam yang menyedari bahawa dia
benar-benar lemah dan sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila seseorang manusia ditimpa musibah, manusia mudah menyalahkan
Allah dan menuduh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai zalim. Perbuatan
seperti ini boleh merosakkan iman seseorang. Tetapi bagi orang-orang yang
beriman dengan qadha’ dan qadar, mereka sama sekali tidak akan
menyalahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahkan mereka redha terhadap
ujian yang ditimpakan ke atas diri mereka.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak suka umatnya bertengkar
atau berbahas dalam perkara qadha’ dan qadar. Ini bukan bererti bahawa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyekat kebebasan umatnya untuk
berfikir tetapi demi menjaga keselamatan aqidah mereka supaya tidak rosak.
Qadha’ dan qadar adalah urusan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah
Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan sekalian makhluk dengan qadha’ dan
qadarnya. Tiada siapa yang dapat mengetahui urusan Allah Subhanahu wa
Ta‘ala dalam mencipta sesuatu yang dikehendakiNya termasuk manusia.
Selain daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Sayyidina ‘Ali
Radhiallahu ‘anhu juga membayangkan larangannya kepada umat Islam
daripada bertengkar dalam perkara yang berhubung dengan qadha’ dan qadar
ini dengan kata-katanya yang bermaksud: “Jalan yang gelap janganlah dilalui,
lautan yang amat dalam janganlah cuba diselami dan sesuatu rahsia Allah
yang tersembunyi usahlah hendak membongkarnya.”
69
Sebagai kesimpulan, semua kejadian di alam ini adalah berlaku mengikut
ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan manusia tidak akan
mampu mengubahnya kerana segalanya sudahpun ditetapkan di dalam
qadha’ dan qadar Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
(94 :)سورة القمر
Tafsirnya:
Sesungguhnya segala sesuatu itu Kami ciptakan menurut ketentuan.
(Surah al-Qamar: 49)
72
Sepintas lalu memang kita akui kebenaran kata-kata itu kerana apa yang kita
perolehi adalah takdir Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tetapi satu perkara yang
perlu kita ingat ialah setiap kejadian yang berlaku itu, sama ada kegagalan
mahupun kesusahan mengandungi hikmah dan rahsia yang hanya diketahui
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa redha dan
bersabar di samping terus berusaha untuk mengatasinya kerana mungkin di
sebalik kejadian yang menimpa itu ada kejayaan dan kenikmatan lain yang
tidak dijangka.
Satu perkara yang harus kita fikirkan juga ialah mengenai kadar rezeki yang
diperolehi. Tiada siapa dapat mengetahui kadar rezeki seseorang sebelum
diperolehinya. Berapa banyak yang diperolehi itu bukan ukuran takdir
seseorang kerana mungkin itu adalah qadar satu-satu usaha dan kalau
usahanya lebih, mungkin pendapatannya akan lebih lagi.
Contoh: Seorang nelayan yang menangkap ikan di laut telah memperoleh
setengah kilo ikan dengan hanya sekali labuh jalanya. Hasil tangkapan yang
hanya setengah kilo itu bukanlah semestinya kadar rezekinya hari itu. Ini
kerana, jika dia melabuh lagi jalanya untuk sekian kalinya mungkin hasil
tangkapannya akan bertambah beberapa kilo lagi.
81