TIPS DIET BERKESAN, SENARAI LENGKAP
MAKANAN YANG SESUAI & KOLEKSI RESEPI
TERBAIK UNTUK ANDA BEBAS GERD & ASID
REFLUKS!
GERD
Dan Asid Refluks: Siri 1
"Tips Melegakan
Asid Refluks &
Pedih Ulu Hati
dengan Segera"
BONUS
noor syuhada
md noor
GERD
Dan Asid Refluks: Siri 1
PENGARANG: NOOR SYUHADA MD NOOR
EDITOR: MOHD TARMIZI MOHD BAHARUDIN
ADAAINSPIRATION.COM
KANDUNGAN
7 Nota Pengarang
11 Penafian
12 Pengenalan
Bab 1: Kenal Pasti
21 1.1 Asid Refluks, GERD.
28 1.2 Apa tu?
Simptom Yang
Anda Perlu Tahu
Bab 2: Masa Untuk Bertukar!
39 2.1 Pemakanan
40 2.1.0 Makan Dengan
Bijak, Bukan
Dengan Nafsu!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 3
56 2.2.1 Elak, Hati-hati,
Nikmati
Sepenuhnya!
67 2.2 Gaya Hidup
68 2.2.0 Jalani Hidup Sihat
75 2.2.1 Log Makanan & Plan
Makan
83 2.3 Selalu Terbabas?
84 2.3.0 Tips Makan Diluar
89 2.3.1 Tips Ketika Perayaan
Dan Bercuti
94 2.3.2 Tips Memasak
Bab 3: Resepi GERD
104 3.1 Sarapan
122 3.2 Masakan Sayuran
158 3.3 Air Rebusan &
Salad Dressing
167 3.4 Lauk Pauk
211 3.5 Pemanis Mulut
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 4
Bonus
221 4.0 Tips Melegakan
Asid Refluks Dan
Pedih Ulu Hati
Dengan Segera
227 Nota Penutup
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 5
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 6
NOTA
PENGARANG
“IT IS HEALTH
THAT IS REAL
WEALTH AND
NOT PIECES OF
GOLD AND
SILVER"
-mahatma Gandhi-
JOM BEBAS GERD DAN ASID REFLUKS: SIRI 1
Sesuai dengan namanya, buku ini saya
tulis bertujuan untuk membantu anda
yang mengalami dilema yang sama
supaya segera bebas dari GERD dan
dapat menjalani hidup yang lebih
berkualiti.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 7
Sebagai seorang graduan Master of
Engineering in Chemical Engineering
dari Queen's University of Belfast, UK,
sudah tentu saya tidak mempunyai
kaitan dengan bidang kedoktoran
atau dunia kesihatan sebelum ini.
Tetapi minat terhadap dunia kesihatan
sudah lama wujud sejak dibangku
sekolah lagi.
Lingkaran sosial saya rata-rata
merupakan para doktor, ahli farmasi
dan penasihat nutrisi selain jurutera.
Oleh sebab itu, saya sudah terdedah
dan terbiasa dengan bidang ini yang
membuatkan saya bertambah minat.
Sejak saya disahkan GERD pada tahun
2015, minat saya untuk mengkaji dan
memahami tentang apa yang saya
alami menjadi lebih mendalam.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 8
Selain memahami tentang penyakit
itu sendiri, salah satu masalah terbesar
yang lazimnya dihadapi oleh pesakit
GERD adalah pemilihan makanan
yang betul. Bukan mudah untuk
menjaga pemakanan apabila kita
hidup di negara "syurga makanan".
Saya sendiri bergelut untuk makan
dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu, saya telah
mengambil keputusan untuk
membukukan pengalaman dan
pengetahuan saya berkaitan GERD,
tips diet berkesan dan koleksi resepi
yang sesuai untuk pesakit GERD
sebagai rujukan saya sendiri dan
berkongsi naskah ini dengan anda.
Dengan pengalaman lebih 9 tahun
sebagai Penasihat Nutrisi dan masih
aktif sehingga kini, juga 4 tahun
pengalaman sebagai pesakit GERD,
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 9
saya telah menggabungkan segala
ilmu untuk bebas GERD dan kemahiran
yang saya ada untuk menghasilkan
SIRI 1 JOM BEBAS GERD DAN ASID
REFLUKS ini.
Semoga melalui Ebook ini anda
dapat meningkatkan kualiti hidup
anda dan membebaskan diri dari
GERD dan Asid Refluks secara total.
“Perut manusia itu tempat 10
segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok
dari segala pengubatan”
(Riwayat Ad-Dailami)
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1
Dilarang meniru, menerbitkan semula atau
mengedar mana-mana bahagian dari buku ini
dalam sebarang bentuk serta apa juga cara
sekalipun tanpa kebenaran Penulis.
PENAFIAN
Buku ini ditulis bukan untuk tujuan merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarangkeadaan
atau situasi. Sila dapatkan rawatan profesional
sekiranya simptom anda berterusan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 11
PENGENALAN
“S aya tak tahu nak makan apa! Sejak
kena GERD, berat pun dah turun
lebih 10 kilo. Macam mana ni kak?"
Semakin hari semakin ramai yang mula
mengalami simptom 'penyakit alaf baru' ini.
Dulu perkataan pedih ulu hati pun saya
hanya dengar dikaca TV melalui iklan
antiasid, apatah lagi GERD. Mereka
yang mengalami pedih ulu hati atau
asid refluks pun selalunya tidaklah
membimbangkan atau kronik. Keadaan
biasa kalau terlebih makan atau makan
terlalu laju.
Tapi sekarang keadaan sudah berbeza.
Bangga dengan gelaran 'Syurga
Makanan', Malaysia kini dikenali kerana
makanannya yang pelbagai, unik dan
bersifat antarabangsa. Nak apa semua
ada.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 12
Pendek kata kalau pelancong dari hujung
dunia datang ke Malaysia pun, mereka
pasti tidak merindui makanan di negara
asal mereka kerana mereka boleh
mendapatkan makanan yang sama dari
sini!
Salahkah
negara kita
kaya dengan
makanan?
Sudah tentu
tak salah.
Yang salahnya
apabila diri
kita gagal
mengawal
pemakanan
harian kita
sendiri.
Kita lebih suka makan ikut selera
daripada makan secara sihat.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 13
Dan ditambah pula dengan tekanan
hidup, stress yang berterusan, gaya
hidup yang tidak sihat, maka semakin
ramailah yang mula mengalami
penyakit alaf baru ni.
GERD, asid refluks, angin, apa pun
istilahnya, yang pasti ianya
menyeksakan!
Asid refluks yang jarang berlaku sudah
tentu tidak menjadi masalah besar.
Tetapi ianya boleh menjadi masalah
yang lebih besar apabila anda
mengalaminya terlalu kerap sehingga
menjejaskan kehidupan harian anda.
Setiap hari anda rasa tidak selesa, nak
makan ini risau akan mencetus
simptom, nak makan itu pun risau
juga. Setiap masa berkira-kira, ragu-
ragu sehingga tidak tahu apa yang
patut anda makan. Lebih teruk, anda
rasa takut untuk makan!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 14
GERD bukan sahaja menyebabkan
ketidakselesaan semasa dan selepas
makan, tetapi ianya juga sangat
mengganggu aspek lain kehidupan
anda termasuklah emosi anda seperti
anxiety.
Jika dibiarkan tanpa dirawat, GERD
boleh mendorong kepada penyakit
atau keadaan yang lebih serius
termasuklah kanser esofagus,
masalah pernafasan dan pelbagai
masalah kesihatan lain.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 15
GERD sebenarnya bukan penyakit
baru. Cuma sebelum ini belum
meluas atau dikenali di Malaysia. Di
Amerika lain pula ceritanya. Lebih 20
peratus populasinya mengalami
masalah ini. Jadi ubat-ubatan sudah
lama wujud untuk merawat GERD.
Di Malaysia
juga ubatan
untuk asid
refluks dan
GERD boleh
didapati
dengan
mudah di
farmasi.
Proton P u m p Inhibitor (PPI) seperti
Prilosec, Omeprazole, Pantoprazole
atau H2 Blocker seperti Zantac,
Ranitidine mungkin boleh melegakan
simptom GERD dan asid refluks tetapi
penggunaan jangka panjang sudah
pasti memberikan kesan sampingan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 16
Dalam banyak kes, ubatan ini hanya
boleh membantu kelegaan
sementara dan membuatkan anda
cenderung untuk bergantung
kepadanya bagi mengawal simptom.
Pengambilan ubat-ubatan dalam
jangka masa panjang sudah pasti
datang bersama kesan sampingan. Ini
semua telah dinyatakan dalam setiap
kotak ubatan yang anda beli. Oleh
sebab itu, anda perlu mengambil
tindakan bijak sebelum berterusan
bergantung pada ubatan semata-
mata.
Bagaimana kalau saya katakan ada
cara untuk mengawal simptom GERD
dan asid refluks secara selamat dan
semulajadi?
Berita baiknya, ia memang ada!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 17
Perubahan gaya hidup dan
pemakanan boleh membantu anda
mengurangkan pengambilan ubatan
secara perlahan-lahan dan akhirnya
bebas ubatan!
Hanya ubah diet anda dan bersedia
untuk hidup lebih sihat!
"Kos makanan sihat mahal, saya
tak mampu"
"Susah nak jaga makan sebab tak
pandai masak"
“ Saya tak ada masa. Nak masak kena
ambil masa lama”
“Saya tak tahu apa yang saya boleh
makan”
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 18
Ini komen biasa saya dengar dan
dapat.
Tapi and tak perlu risau.
Berbezanya dalam buku ini, saya telah
senaraikan apa yang anda boleh dan
tidak boleh makan, koleksi hidangan
yang sangat ringkas untuk disediakan,
tidak memerlukan masa yang lama
serta tidak memerlukan kos yang
tinggi!
Tiada alasan lagi untuk mula berubah
dan mengamalkan diet yang lebih
sihat. Nak sihat, perlu ada usaha!
Bukan orang 'ada-ada' atau yang
pandai memasak sahaja boleh makan
secara sihat ya. Melalui buku ini,
semua orang pun boleh!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 19
Bab 1
Kenal Pasti
Asid Refluks
& GERD
Apa tu?
Bagi menerangkan
apa itu Gerd,
pertama anda harus
tahu apa itu asid
refluks.
Asid refluks
Asid refluks ialah keadaan dimana,
cecair dari dalam perut naik semula
ke saluran makan atau salur esofagus
anda.
Salur makan atau salur esofagus
manusia dihubungkan oleh Lower
Esophageal Sphincter (LES) ke
bahagian perut. Pada keadaan
normal, otot LES berada dalam
keadaan relaks dan cuma terbuka
sedikit bagi membolehkan makanan
lalu dan masuk ke perut untuk
dihadamkan.
Semasa proses penghadaman
makanan, otot LES ini akan tertutup
rapat bagi mengelakkan cecair perut
serta makanan yang sedang diproses
naik semula keatas iaitu ke bahagian
saluran makan. (Rajah 1)
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 22
Rajah 1
Apabila LES longgar, iaitu dalam
keadaan yang tidak normal, ini
membolehkan ‘tumpahan’ cecair
perut berlaku dimana cecair dari
perut masuk ke bahagian salur
esofagus dan merosakkan lapisan
mukus dinding esofagus. Keadaan
inilah yang dikatakan Asid Refluks.
Lazimnya cecair perut ini terhasil
dari campuran asid perut
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 23
(asid hidroklorik, natrium klorida dan
kalium klorida) dan enzim pepsin
yang dikeluarkan bagi
menghadamkan atau menguraikan
protein ketika anda makan. Cecair
refluks ini juga mungkin mengandungi
cecair hempedu (bile) yang termasuk
semula kedalam perut dari
duodenum.
Asid, seperti juga namanya, dikatakan
antara cairan paling bahaya dan
punca utama rasa pedih dan radang
di lapisan esofagus berbanding cecair
hempedu dan pepsin yang kurang
jelas kesannya terhadap keradangan
dan kerosakan lapisan esofagus.
Secara fitrahnya, perut kita dijadikan
dalam keadaan sangat tahan kepada
keadaan berasid.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 24
Walaupun setiap hari proses
penghadaman berlaku serta asid perut
dirembeskan setiap kali, selagi lapisan
mukosa yang melindungi dinding
perut dalam keadaan baik, ia mampu
berada dalam keadaan berasid iaitu
sekitar 1.0-3.5 pH.
Walau bagaimanapun, organ lain serta
tisu badan yang lain tidak.
Esofagus, seperti juga perut, dilindungi
oleh lapisan mukosa yang nipis.
Mukosa nipis ini berfungsi bagi
melindungi perut dan saluran makan
dari asid perut (asid hidroklorik) yang
kuat.
Walau bagaimana pun, apabila
‘tumpahan’ cecair perut atau Asid
Refluks kerap terjadi, ini boleh
menyebabkan lapisan mukosa
tersebut rosak dan menipis seterusnya
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 25
menyebabkan keradangan dan
mencederakan dinding esofagus.
Keadaan inilah yang menyebabkan
anda rasa pedih, panas atau
terbakar dibahagian ulu hati dan
juga sekitar belakang tekak anda.
Sangat tidak selesa!!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 26
Gerd
GERD pula merupakan keadaan yang lebih
kronik dan selalunya berpanjangan. Gerd
iaitu Gastroesophageal Reflux Disease pula
terjadi apabila LES tidak tertutup secara
normal dan relaks walaupun ketika proses
penghadaman berlaku. Ini membolehkan
cairan perut masuk dan naik semula ke
saluran makan (Asid Refluks).
Asid Refluks yang berlaku secara kerap dan
menyebabkan kerosakan lapisan dinding
esofagus inilah GERD.
Sekiranya anda mengalami asid refluks
sekali sekala, itu tidak menjadikan anda
pesakit GERD. Tetapi sekiranya ia kerap
berlaku dan semakin teruk itu mungkin
menandakan anda mengidap GERD. Segera
dapatkan pengesahan doktor sebelum
memulakan sebarang rawatan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 27
Simptom
GERD Yang
Anda Perlu
Tahu
Perhatikan 'Checklist' ini.
Jika anda ada 2 atau
lebih daripadanya,
anda mungkin salah
seorang pesakit
GERD!
Simptom Gerd
Saya 100% pasti sebab anda
mendapatkan buku ini adalah
kerana anda yakin anda pesakit
Gerd. Tetapi adakah anda betul?
Cuba KUIZ pendek yang dibangunkan
oleh panel pakar dari American
College of Gastroenterology ini terlebih
dahulu dan lihat apakah keputusannya:
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 29
1. Adakah anda kerap rasa tidak
selesa di sekitar kawasan tulang di
belakang payudara seolah-olah ada
sesuatu yang naik dari perut anda?
(pedih ulu hati)
2.Adakah anda mengalami pedih hulu
hati/ asid refluks lebih dari dua kali
seminggu?
3.Adakah anda kerap berasa
panas atau pedih dibahagian
kerongkong?
4.Kerap terasa pahit seperti asid di
dalam mulut?
5.Adakah anda mengalami keadaan
diatas selepas makan?
6.Adakah anda mengalami batuk
yang kering dan kronik?
7.Pernah terasa seperti makanan
tersekat dikerongkong dan sukar
menelan? (chocking)
8.Pernah kah anda terasa loya tetapi
tidak tahu kenapa?
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 30
9. Kerap mengeluarkan angin atau
sendawa?
10. Apabila bangun pagi, adakah
tekak anda terasa kering dan sakit?
11. Adakah anda rasa dengan
mengambil ubat antiasid membantu
melegakan simptom anda?
Apa skor anda?
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 31
Seperti di dalam kuiz tadi, simptom yang
paling biasa adalah:
Pedih ulu hati
Rasa pahit dalam mulut / sering muntah
Loya
Pedih Ulu Hati
Ini merupakan salah satu simptom yang
paling biasa dan paling ramai alami.
Biasanya ia berlaku di sekitar dada atau
lebih tepat di bahagian belakang tulang
payudara.
Ini disebabkan ‘tumpahan’ asid melalui LES.
Biasanya pesakit GERD akan mengalami
rasa pedih dan terbakar disekitar dada.
Setiap kali asid refluks berlaku, pesakit akan
terasa pedih ulu hati
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 32
Rasa Pahit Dan Sering Muntah
Biasanya cecair refluks hanya
mencecah dibahagian bawah
esofagus. Tetapi kadangkala, jika
cecair refluks terlalu banyak, ianya
boleh mencecah sehingga ke
bahagian atas esofagus dan
berhampiran dengan injap atas
esofagus atau Upper Esophagus
Sphincter (UES). Sekiranya cecair refluks
melepasi injap ini, pesakit akan terasa
kehadiran cecair yang pahit dan
berasid.
Loya
Dalam sesetengah kes, kehadiran
cecair refluks yang berlebihan boleh
menyebabkan loya. Dalam keadaan
yang lebih teruk, pesakit mungkin
muntah.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 33
Simptom lain yang mungkin berkait
dengan GERD ialah:
>Nafas berbau – Makanan yang ternaik
semula ke dalam salur esofagus setelah
masuk ke perut boleh menyebabkan bau
yang busuk dan menyebabkan nafas juga
berbau.
>Kesukaran menelan – Kadangkala, asid
boleh menyebabkan saluran esofagus
menyempit, terluka atau kejang dan
menyebabkan pesakit sukar menelan.
Rajah 2 34
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1
> Sakit tekak – Asid yang naik sehingga ke
tekak boleh menyebabkan rasa pedih dan
tidak selesa. Ia juga boleh mengganggu kord
vokal dan menyebabkan anda serak
terutamanya pada waktu pagi sebaik sahaja
bangun tidur.
> Masalah gigi– Asid yang kerap ternaik
sehingga ke dalam mulut boleh menghakis
enamel gigi. Kadangkala ia juga boleh
menyebabkan pembengkakan gusi dan
keradangan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 35
Bab 2
MASA UNTUK
BERTUKAR!
Sekiranya anda sedang bergelut
dengan simptom asid refluks dan
Gerd, saya pasti anda juga sudah
tahu betapa mengganggunya dan
bermasalahnya simptom tersebut
terhadap rutin harian anda.
Sudah pasti penyelesaian terpantas
adalah melalui ubat-ubatan tetapi
ianya hanya membantu buat
sementara waktu.
Ramai orang masih mengalami
simptom asid refluks walaupun telah
mengambil ubat dan memerlukan
lebih banyak ubat-ubatan.
Lebih banyak simptom, lebih banyak
ubat yang anda perlukan, kemudian
lebih banyak pula pencetus simptom
lain dan semakin bertambah lagi
ubatan yang anda perlukan.
Begitulah kitarannya.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 37
Persoalannya, Sampai bila?
Dengan hanya mengubah cara
PEMAKANAN & GAYA HIDUP anda, anda
akan mampu memecahkan kitaran
tersebut dan hidup dengan lebih baik!
Bersedia??
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 38
Pemakanan
Makan
Dengan
Bijak,
Bukan
Dengan
Nafsu!
Nyah Asid Refluks It's not a short
Melalui term diet,
Pemakanan Yang
Bijak It's a long term
lifestyle change.
Cara pemakanan
anda sangat
mempengaruhi
simptom asid refluks.
Ubah tabiat makan
dan pilih makanan
yang betul akan
memberikan impak
yang sangat besar!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 41
MAKAN DALAM JUMLAH YANG KECIL.
Makan dalam jumlah yang besar pada
satu- satu masa boleh membebankan
perut dan meningkatkan tekanan
dibahagian abdomen. Ini boleh
memaksa cecair perut untuk naik
melepasi LES dan menyebabkan
berlakunya simptom asid refluks.
Makan dalam jumlah yang kecil juga
membantu memudahkan
penghadaman dan penyerapan
nutrient yang lebih baik.
ELAK MAKANAN BERASID. Sekiranya
anda kerap terasa pedih dibahagian
perut atau salur makan, elakkan
makanan yang berasid. Makanan
tinggi asid seperti buah-buahan sitrus,
cuka, tomato boleh memedihkan
lagi luka dan memperlahankan
proses penyembuhan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 42
Tetapi sekiranya tiada sebarang
radang, pengambilan makanan
berasid dalam jumlah yang sesuai
sebaliknya boleh membantu dalam
mengurangkan asid refluks dengan
meningkatkan asid perut. (akan
dibincangkan dengan lebih terperinci
dalam Golden Tips).
ELAK MAKANAN BEREMPAH. Makanan
yang terlalu pedas dan berempah
seperti cili padi, pudina, bawang
merah, bawang putih, sos mustard
termasuklah kari, masak kurma atau
masakan yang melibatkan
penggunaan terlalu banyak rempah,
boleh mencetuskan simptom Gerd. Ini
kerana makanan berempah boleh
mengganggu lapisan esofagus yang
sensitif.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 43
HAD PENGAMBILAN LEMAK. Makanan
bergoreng merupakan salah satu
pencetus terbesar simptom Gerd.
Lemak boleh menyebabkan otot LES
menjadi relaks dan membenarkan
cecair perut yang berasid untuk naik
ke saluran esofagus.
Lemak yang berlebihan juga boleh
memperlahankan pengosongan
perut selepas makan, dimana
ianya akan meningkatkan tekanan
pada abdomen.
DIET RENDAH KARBOHIDRAT
RINGKAS. Karbohidrat ringkas seperti
gula putih, gula perang, sirap jagung,
galaktosa (dalam susu), fruktosa (dalam
buah), sukrosa (dalam gula), minuman
ringan dan jus buah mudah menarik air
sekiranya berada didalam perut terlalu
lama (lambat hadam) dan
menghasilkan gas yang banyak ketika
penapaian. Ini boleh meningkatkan
tekanan dalam perut.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 44
MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA.
Minuman bergas, berkarbonat serta
manis boleh mencetus simptom asid
refluks.
Minuman berkarbonat contohnya boleh
meningkatkan tekanan pada abdomen
dan memaksa bukaan LES dan
seterusnya membenarkan asid perut
untuk naik ke saluran esofagus. Kopi,
teh, coklat dan juga alkohol semuanya
melemahkan otot LES. Jadikan air
masak sahabat anda mulai sekarang.
KURANGKAN KALORI. Makanan
berkalori tinggi boleh menyebabkan
pedih ulu hati terutamanya bagi anda
yang mempunyai berat badan
berlebihan dan obes.
Peningkatan berat badan hanya
akan meningkatkan tekanan pada
perut dan menyebabkan asid
refluks terjadi.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 45
KEKALKAN KESIHATAN PERUT. Makan
secara berlebihan ditambah pula
dengan masalah kekurangan asid
perut (yang sering didapati pada
pesakit GERD) boleh
memperlahankan penghadaman dan
pengosongan perut. Ini akan
mendorong pembiakan bakteria
jahat, meningkatkan aktiviti oksidasi
bakteria dan seterusnya
meningkatkan tekanan perut.
Pastikan anda makan makanan yang
boleh membantu penghadaman dan
bakteria baik seperti yogurt dan
probiotik.
ELAK COKLAT, PUDINA & KOPI. Semua
ini boleh melemahkan otot LES
dan mencetus simptom asid
refluks.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 46
DIET RENDAH KARBOHIDRAT.
Karbohidrat susah untuk dihadamkan
dalam keadaan perut yang tidak sihat.
Ianya memerlukan bakteria dan enzim
tertentu untuk diuraikan dengan baik.
Bagi pesakit Gerd, pengambilan
korbohidrat yang tinggi akan
melambatkan penghadaman dan
pengosongan perut serta
meningkatkan gas dalam perut.
Makanan seperti bihun, mee, nasi, oat
dan karbohidrat kompleks yang lain
haruslah diambil dalam sukatan yang
sedikit.
ELAK MAKAN LEWAT MALAM.
Berbaring selepas makan akan
memudahkan asid perut dan
kandungannya naik semula ke
bahagian salur makan. Pastikan anda
makan 3-4 jam sebelum waktu tidur
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 47
bagi memastikan makanan telah
dihadam dengan baik dan
mengelakkan asid refluks.
BAKAR, PANGGANG, KUKUS, REBUS.
Cara masak seperti ini bukan sahaja
membantu mengurangkan lemak
malah memelihara nutrisi dalam
makanan.
Teknik memasak ini boleh membantu
mengurangkan risiko terjadinya
simptom asid refluks.
ALERGI MAKANAN. Sesetengah orang
mempunyai alergi terhadap
sesetengah makanan. Contohnya,
penghidap celiac desease alergi
kepada gluten. Ada juga yang alergi
terhadap susu, kacang dan tenusu.
Kenalpasti makanan yang sensitif
atau alergi terhadap kerana ia
boleh menjadi pencetus utama asid
refluks.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 48
Golden Tips MITOS ASID PERUT & GERD
Biasa tonton iklan antacid?
Semuanya menggambarkan
asid refluks terjadi sebab
asid terlalu banyak dalam
perut. Betul atau mitos?
Sebenarnya sejak 100 tahun
dahulu, pelbagai kajian
telah dilakukan terhadap
pesakit asid refluks. Kajian
mendapati, pesakit Gerd/
asid refluks ini mempunyai
asid perut yang rendah dan
bukan sebaliknya.
Kesimpulan tersebut juga
konsisten dengan semua
simptom yang ditunjukkan
oleh pesakit Gerd.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 49
Golden Tips Jadi, kenapa pesakit Gerd
perlu ambil antacid, Proton
Pump Inhibitor atau H2
Blocker dan makanan yang
boleh menyerap asid?
Bukankah pengambilan
makanan tinggi asid lebih
baik dan membantu
menghilangkan simptom?
Pada peringkat awal, perut
dan esofagus anda
mungkin mengalami luka
atau radang. Jadi doktor
memberikan ubat tersebut
untuk menyekat
penghasilan asid perut atau
mengurangkan asid perut
bagi memberi peluang
serta masa untuk perut
anda pulih.
Asid perut yang terkena
pada luka boleh
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 50