memburukkan lagi
keadaan.
Golden Tips Walaubagaimana pun,
ubatan tersebut tidak
bertujuan untuk diambil
dalam jangka masa
panjang kerana pelbagai
kesan sampingan
termasuklah asid refluks
yang lebih teruk boleh
terjadi.
Setelah perut anda pulih,
anda tidak perlu lagi
bergantung kepada ubatan
yang menghalang
penghasilan asid perut atau
mengambil makanan yang
menyerap asid kerana
kekurangan asid perut
boleh mencetus kembali
simptom asid refluks.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 51
Golden Tips Bagaimana asid perut
rendah boleh mencetus asid
refluks?
Perut perlu berada dalam
keadaan cukup berasid
iaitu sekitar 1-3 pH bagi
menghadam makanan
dengan lancar.
Ia juga penting bagi
mengelakkan pembiakan
bakteria jahat yang boleh
menyebabkan pelbagai
masalah perut termasuklah
asid refluks.
Apabila asid perut rendah,
makanan tidak dapat
dipecahkan kepad bentuk
lebih kecil dan lebih sukar
diurai serta dihadamkan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 52
Ini menyebabkan makanan
berada didalam perut lebih
lama dan pengosongan
perut juga lebih lambat.
Golden Tips Pereputan makanan dan
aktiviti bakteria jahat di
dalam perut akan
menghasilkan gas dan
seterusnya menyebabkan
anda rasa perut penuh atau
“angin”.
Tekanan perut yang
meningkat ini memaksa
cecair perut untuk tertolak
keatas melepasi LES dengan
lebih mudah. Inilah asid
refluks!
Jadi, kenyataan pesakit
Gerd mempunyai asid perut
berlebihan adalah mitos
malah ianya sebaliknya!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 53
Golden Tips Ringkasan:
Pada peringkat permulaan,
atau sewaktu simptom Gerd
anda sedang teruk, elakkan
pengambilan makanan
tinggi asid.
Setelah simptom berkurang,
tidak ada lagi pedih perut,
tekak atau ulu hati, cuba
sedikit demi sedikit
makanan yang boleh
meningkatkan asid perut
seperti pengambilan Apple
Cider Vinegar dan Air
lemon.
Perut yang berada pada
tahap keasidan yang
sepatutnya boleh
membantu penghadaman
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 54
Dan penutupan otot LES
yang lebih baik sekligus
mengelakkan asid refluks
berulang
Golden Tips
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 55
Elak,
Hati-hati
Dan Nikmati
Sepenuhnya!
Salah satu Penyelesaian Segera asid refluks
adalah dengan makan makanan yang
betul. Pastikan apakah makanan yang
anda WAJIB elak, makanan yang boleh
diambil secara sederhana dan makanan
yang anda bebas makan tanpa risau
tentang asid refluks!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 57
ELAK SEPENUHNYA
Makanan Nota
Kafein Perangsang/Pencetus
Coklat/ Koko Perangsang/ Pencetus
Alkohol Merehatkan LES
Minuman Berasid, meningkatkan
Berkarbonat tekanan perut
Jus, Buahan sitrus Berasid
(limau, lemon, Tinggi lemak
limau nipis, limau
gedang)
Marjerin
Sos Cili, cili padi, cili Boleh mencetus asid
kering refluks
Produk tenusu Elak produk tenusu
tinggi-lemak seperti
mentega, keju, susu
penuh krim, yogurt
penuh lemak, krim
masam
Teh herba, teh Berkafein, boleh
mencetus asid refluks
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 58
ELAK SEPENUHNYA
Makanan Nota
Bawang putih Boleh mencetus asid
mentah, bawang refluks
besar mentah
Daging merah Elakkan potongan
(lembu, kambing, berlemak lebih dari
biri-biri) 15%
Pudina, makanan Perangsang. Pencetus
pedas
Roti baru dibakar Perangsang/ Pencetus
Donat Pencetus. Ada yis.
Jeruk Perangsang
Sayuran seperti lik, Berasid, meningkatkan
asparagus, kubis tekanan perut
brussel
Kekacang Tinggi lemak
(kacang tanah,
kacang Brazil,
Hazelnut, Walnut)
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 59
MAKAN DENGAN BERHATI-HATI
Makanan Nota
Epal
Epal hijau lebih
berasid. Cuba epal
merah bagi meraka
yang agak sensitif
Mentega Hadkan pengambilan
kira-kira dua sudu
besar sehari sahaja
Lada benggala Hadkan pengambilan
merah, kuning, kepada kurang dari
hijau sebiji
Gula, pemanis 1-2 sudu kecil sehari
tiruan
Mustard, Dijon Kurang daripada 1
sudu besar sehari
Keju jenis sebagai perasa
Parmesan dan Hadkan kepada 2
Cheddar sudu besar sehari atau
kurang
Teh chamomile, 1 cawan sehari atau
kopi tanpa kafein kurang
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 60
MAKAN DENGAN BERHATI-HATI
Makanan Nota
Lada hitam
Boleh mencetus asid
refluks. Ambil dalam
kadar sedikit
Timun Boleh menjadi
pencetus kepada
sesetengah orang
Kismis Makan bersama
makanan lain.
Contohnya, oat atau
bijirin penuh yang
boleh menyerap asid.
Hadkan kepada 2
sudu besar sehari
sahaja atau kurang
Bijan, minyak bijan 1 sudu besar sehari
atau kurang
Cuka 1 sudu besar sehari
Kerang-kerangan atau kurang
Hadkan pengambilan
Roti berusia satu Hadkan pengambilan
hari dan keatas
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 61
MAKAN DENGAN BERHATI-HATI
Makanan Nota
Buah tomota, sos Tomato mentah atau
tomato yang dimasak boleh
menjadi pencetus
kepada sesetengah
orang.
Hadkan kepada 2
sudu besar sehari
sahaja atau kurang
Buah-buahan Blueberry, cranberry,
raspberry,
strawberry,kiwi, anggur
Ikan laut seperti Biasanya tidak ada
kerisi, cencaru, masalah. Cuba jenis
bawal, kembung ikan yang sesuai
dengan anda
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 62
NIKMATI SEPENUHNYA!
Makanan Nota
Ayam
Tanpa lemak, tanpa
kulit
Ikan air tawar Elak bergoreng
Kentang Elak bergoreng
Susu, Susu Pastikan anda tidak
mentega alah pada susu
Chamomile, halia, Anti-radang,
caraway, kunyit melegakan pedih ulu
hati
Miso Penambah rasa
Cendawan Semua jenis boleh
Salad, brokoli, Kaya nutrisi, tinggi
tomato mentah, antioksida
bayam, lobak
merah, bunga
kubis
Oat Menyerap asid
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 63
NIKMATI SEPENUHNYA!
Makanan Nota
Minyak Zaitun
1-2 sudu besar sehari,
kaya antioksidan
Pasta Bijirin penuh, ambil
dalam kadar sedikit
Bertih jagung (pop Tanpa mentega
corn)
Stok ayam, stok Buatan sendiri, tanpa
daging MSG
Nasi Beras perang terbaik,
ambil sedikit sahaja
Kicap Penambah rasa
Garam Ambil secukupnya
Gula sahaja
Sebagai perasa
Tofu sahaja, elak selagi
boleh
Sumber protein yang
sangat bagus
Sayuran hijau Kecuali timun dan
lada benggala
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 64
NIKMATI SEPENUHNYA!
Makanan Nota
Avokado
Kaya serat dan
vitamin, sesuai dalam
hidangan salad dan
sandwich
Pisang Hanya segelintir
sensitif. Sumber kalium
yang sangat bagus
Epal merah 4 biji seminggu atau
kurang
Saleri Membantu mengawal
Jagung selera makan
Semua jenis
Telur 4 biji sehari atau
kurang
Adas/ Bulb Fennel Membantu
penghadaman
Sos Ikan Penambah rasa
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 65
NIKMATI SEPENUHNYA!
Makanan Nota
Bijirin penuh Penyerap asid
Madu Melegakan pedih ulu
Susu hati
Buah-buahan
Tanpa lemak, 1%, 2%
Kekacang atau soya
Pic, pear, ceri,
tembikai, tembikai
susu, apricot, plum,
kurma, buh tin,
manga, betik, makisar
Badam, kuaci, biji
bunga matahari
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 66
Gaya
Hidup
Jalani
Hidup
Sihat!
Ubah Gaya Hidup, Bebas
Asid Refluks
Pemakanan dan diet merupakan
sebahagian daripada cara untuk
bebas asid refluks dan Gerd.
Gaya Hidup yang sihat boleh
meminimakan lagi simptom asid refluks
anda!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 69
KAWAL STRESS ANDA! Menurut kajian
pada tahun 2004 didalam jurnal
Psychosomtic Medicine, tekanan h idup
atau stress boleh memburukkan lagi
keadaan pesakit Gerd. Stress boleh
mengganggu fungsi LES dan
mencetus simptom.
TINGKATKAN HORMON GEMBIRA.
Tingkatkan 5 hormon gembira
(Estrogen, Progesterone, Serotonin,
Oxytocin dan Dopamine) anda
melalui aktiviti bersukan, luangkan
masa dengan orang yang tersayang,
meditasi, lakukan perkara yang anda
gemari (membaca, bermain muzik,
menonton wayang dll), latihan
pernafasan, aktiviti regangan tubuh,
yoga dan banyak lagi!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 70
BERSENAM. Bersenam bukan sahaja
boleh mengurangkan stress malah
boleh menurunkan berat badan
yang menjadi salah satu faktor
simptom Gerd terjadi.
Pilih senaman yang sesuai dengan
keadaan anda.
Elakkan senaman yang menekan
bahagian abdomen seperti angkat
berat, plank, tekan tubi dan
sebagainya.
Aktiviti seperti batuk, berdehem,
membongkok dari bahagian
pinggang, angkat berat, meneran
juga boleh meningkatkan tekanan
perut.
BERHENTI MEROKOK. Merokok 71
merupakan salah satu pencetus
terbesar GERD kerana ia boleh
melemahkan LES dan
meningkatkan asid perut.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1
PERBAIKI POSTUR TUBUH ANDA.
Sentiasa duduk dan berdiri dalam
keadaan tegak. Postur tubuh yang
lurus membantu menyokong LES dan
boleh memastikan cecair perut dan
kandungannya berada ditempat yang
sepatutnya. Duduk membongkok
meningkatkan tekanan abdomen dan
memaksa jus gastrik naik ke atas
melepasi LES ke saluran esofagus.
PAKAI PAKAIAN YANG LONGGAR. Pakai
yang ketat terutamanya dibahagian
perut seperti bengkung boleh
meningkatkan tekanan dibahagian
perut sekaligus memaksa cecair perut
untuk naik melepasi LES.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 72
TINGGIKAN KEPALA KETIKA
BERBARING. Graviti tidak dapat
membantu anda ketika baring. Ketika
anda tidur atau berbaring, asid perut
atau cairan refluks mudah ternaik
semula ke dalam salur esofagus
terutamanya ketika LES sedang relaks.
Gunakan bantal yang lebih tinggi atau
dua bantal bagi menyokong bahagian
atas abdomen anda bagi
mengelakkan asid refluks.
MAKAN DENGAN PERLAHAN. Ada
sebabnya kerana Nabi mengunyah
sehingga 40 kali. Makan dengan
perlahan, kunyah sehingga lumat
sebelum menelan makanan supaya
proses penghadaman lebih lancar.
Apabila makan dengan terlalu cepat,
ini boleh meningkatkan tekanan pada
abdomen. Amalkan Mindful Eating.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 73
TIDUR DENGAN CUKUP. Dapatkan tidur
yang mencukupi bagi mengelakkan
tekanan pada tubuh anda termasuk
emosi anda. Tubuh dan emosi yang
berada dalam keadaan stress boleh
mencetus simptom GERD.
MAKAN MALAM AWAL. Pastikan anda
makan malam 4 jam sebelum waktu
tidur anda. Kekal pada posisi duduk
atau berdiri selepas makan supaya
makanan dapat dihadamkan dengan
baik sebelum anda berbaring sekaligus
mengelakkan kejadian asid refluks.
ELAK TERLEBIH MAKAN. Makan dalam
kuantiti yang sedikit. Terlebih makan
boleh meningkatkan tekanan perut.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 74
Log
Makanan
&
Plan
Makan
Untuk bebas dari Asid Refluks dan
Gerd memerlukan DISIPLIN yang
tinggi.
Log Makanan & Plan Makan
membantu anda kekal di trek yang
betul!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 76
Log Makanan
Seperti yang saya nyatakan diawal
buku ini, individu yang berbeza
mengalami simptom yang berbeza.
Anda pasti perasan dalam senarai
makanan yang saya tulis sebelum ini
(Elak, Makan dengan Berhati-hati
dan Nikmati Sepenuhnya), ada
diantaranya saling bertindih.
Ini kerana tidak semua orang
bertindakbalas terhadap makanan
yang sama. Ada orang boleh makan
timun, ada yang tidak, ada yang boleh
minum teh ada yang tidak.
Cuba dahulu makanan yang berada
didalam senarai Nikmati Sepenuhnya
beserta koleksi menu yang ada
didalam buku ini selama dua minggu
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 77
dan kenali serta perhati tindak balas
tubuh anda terhadap setiap makanan.
Sekiranya ok, cuba pula makanan di
dalam senarai Makan dengan Hati-hati
satu demi satu dan lihat jika ia
mencetus simptom.
Tulis dengan terperinci jenis makanan
dan tindak balas yang anda rasa,
anda sendiri perlu kenal tubuh anda.
Wujudkan satu log makanan khas
untuk anda sendiri.
Ini akan menjadikan perjalanan
BEBAS GERD anda lebih mudah dan
lancar!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 78
Log Makanan Saya
Makanan Jumlah yang Tindak balas
dimakan
susu satucawan Perut kembung
Tomato masak
Sebiji Tiada asid
refluks
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 79
Plan Makan
Wujudkan satu Plan Makan yang
sesuai dengan anda untuk 2 minggu.
Berdasarkan koleksi resepi yang akan
saya kongsi dibahagian seterusnya,
anda boleh pilih dan susun menu
makanan anda untuk 2 minggu
terlebih dahulu (contoh dibawah)
Ini bagi memudahkan anda untuk
membeli barang yang diperlukan serta
memastikan anda tidak terbabas!
MINGGU 1
ISNIN
Sarapan: Mushroom Omelet
Snek 1: Sebiji Epal merah
Makan Tengahari: Salmon bakar, ulaman
Snek 2: Telur rebus 2 biji
Makan malam: Dada Ayam tandoori,
Terung bakar
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 80
BUAT SENARAI BELIAN. Selepas anda
wujudkan Plan Makan, anda sudah
boleh mula membeli belah! Buat
senarai barangan yang diperlukan
sahaja beserta jumlah yang anda perlu.
SENARAI BELIAN: MINGGU 1
> Epal (4 biji)
> Brokoli (1 pokok)
> Lobak merah (3 batang)
> Lemon (2 biji)
PENUHKAN STOK. Tukar semua stok
makanan didapur anda dengan
makanan yang “mesra Gerd”.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 81
BUANG GANTI
Serbuk Cili Jintan, ketumbar
Mentega Extra virgin Olive Oil
Sos tomato
MSG Ikan bilis, sos ikan, Dijon
Mustard, kicap, minyak
bijan
Garam, kicap, sos ikan
Mayonis Yogurt Greek tanpa
Mustard lemak
Dijon Mustard
Salad dressing Buatan sendiri: Plain
Lada yogurt, susu rendah
lemak, herba, lemon,
halia
Oregano, Italian Mix
Herbs, thyme
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 82
Selalu
Terbabas?
Tips
Makan
Diluar
Salah satu “masalah” terbesar di Malaysia
ini ialah terlalu banyak makanan yang
unik, sedap dan menggoda.
Untuk pesakit Gerd yang sering makan
diluar, ini tips yang berguna untuk anda
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 85
RANCANG TERLEBIH DAHULU. Jika anda
terpaksa makan di restoran, periksa
dahulu menu yang disediakan dan
buat pesanan makanan yang sesuai
dengan anda. Jika boleh, tanya jika
mereka boleh menyediakan sesuatu
yang tidak terdapat dalam menu
dan sesuai dengan diet anda.
MAKANAN TANPA SOS, MSG, PEDAS.
Selalunya, makanan dikedai
menggunakan sos atau bahan perasa
seperti MSG.
Pesan makanan yang boleh dimasak
tanpa menggunakan sos pedas, MSG
atau kuah yang boleh disediakan
secara berasingan. Contohnya, pesan
bihun sup tanpa sambal kicap atau
nasi lemak dengan sambal yang
berasingan.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 86
BERBINCANG DENGAN TUAN RUMAH.
Sekiranya anda menghadiri acara
dirumah teman atau saudara,
mungkin anda boleh berbincang
dengan tuan rumah tentang
diet/pantang anda. Pasti mereka
tidak keberatan untuk menyediakan
sesuatu yang sesuai dengan diet
anda.
POTLUCK. Biasanya pelbagai jamuan
akan diadakan dipejabat. Cadangkan
supaya makanan dibawa secara
potluck dan anda boleh membawa
makanan yang sesuai dengan anda!
BEKAL. Cara paling mudah adalah
dengan menyediakan makanan anda
sendiri dan bawa bekal! Sentiasa
sediakan sesuatu untuk waktu-waktu
yang tidak dijangka.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 87
UBATAN/SUPLEMEN SECARA STRATEGIK.
Kita sendiri kenal tubuh kita. Sentiasa
bersedia dengan ubatan atau
suplemen yang boleh membantu.
Memang senang merancang tapi
sebagai manusia biasa, kita pun mudah
tergoda dengan makanan kan?
Sebagai contoh, jika anda tahu anda
akan dihidangkan dengan makanan
yang mungkin menyebabkan simptom
asid refluks dan perut anda tidak dalam
keadaan baik (ulser, radang, pedih),
ambil dahulu prostaglandin sebelum
makan yang boleh membantu
pembentukan lapisan mukosa perut
anda. Ini dapat melindungi perut anda
dengan lebih baik dari radang dengan
lebih teruk atau ulser.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 88
Tips
Ketika
Perayaan
Dan
Bercuti
SETAHUN SEKALI 90
Juadah yang hanya boleh dapat
sekali setahun ni, siapa tak tergoda
kan?
Ini memang waktu kritikal bagi
pesakit Gerd!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1
JADI TUAN RUMAH. Nak buat jamuan
pada musim cuti atau rumah terbuka
ketika Raya? Pastikan anda
menyediakan menu yang sesuai untuk
anda dan juga tetamu. Paling mudah,
sediakan menu untuk anda sendiri dan
untuk tetamu pula, guna perkhidmatan
katering sahajalah! Kurang stress!
BAWA BEKALAN. Ini yang suami saya
selalu pesan. Bawa bekal makanan
sendiri.
Nak ke rumah terbuka atau jamuan,
belum tentu ada juadah yang sesuai
dengan kita. Jadi, bawa bekal
makanan yang sesuai supaya anda
tidak berlapar!
Telur rebus, buahan, nasi. Terpulang!
Janji tak mencetus simptom.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 91
BEREHAT DAN BERTENANG. Musim cuti
terutamanya Hari Raya dah pasti
banyak yang perlu dilakukan. Sentiasa
beringat bahawa kita tidak boleh
terlalu stress, buat sesetengah kerja
yang berat dan cepat penat.
Jangan paksa diri, terangkan situasi
anda kepada keluarga jika perlu.
Ambil masa untuk berehat, bertenang,
dapatkan tidur yang cukup, mandi dan
segarkan diri.
KEKAL HIDRAT. Anda dan air kosong kini
bersahabat. Elakkan minuman manis
dan kekal hidrat dengan air kosong
yang mencukupi.
JANGAN PAKSA DIRI. Tak perlu penuhi
semua jemputan jika tidak mampu.
Anda bukan sahaja berisiko untuk
terlebih makan, malah anda juga
boleh menjadi terlalu letih dan stress.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 92
JADI CEREWET. Cerewet memang
menyusahkan. Tetapi dalam keadaan
ini anda perlu dan dibenarkan untuk
menjadi seorang yang cerewet dan
memilih.
Juadah memang penuh semeja tetapi
pilih makanan yang tidak mencetus
simptom anda. Jangan rambang mata!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 93
Tips
Memasak
Memasak sendiri merupakan cara paling
senang untuk kawal apa yang kita makan
berbanding makan di luar.
Tips ini pasti membantu anda dalam
penyediaan menu bebas Gerd!
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 95
HADKAN PENGAMBILAN LEMAK. Tak
perlulah sampai 0 lemak, cukup
sekadar kurangkan penggunaan dan
pengambilan lemak dalam masakan.
Makanan tinggi lemak diketahui
sebagai makanan yang boleh
mencetus asid refluks kerana ianya
mengambil masa yang lebih lama
untuk dihadamkan. Lebih lambat
hadam, lebih lama makanan berada
dalam perut, lebih mudah ia mereput
dan menggalakkan pembiakan
bakteria jahat seterusnya
menyebabkan tekanan perut
meningkat dan terjadinya asid refluks.
Tips Penting
Pilih bahagian daging yang kurang
lemak
Sentiasa buang lemak pada daging,
kulit ayam, lemak ayam 96
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1
Tukar krim dalam masakan kepada
yogurt rendah lemak
Bakar atau rebus makanan
berbanding menggoreng
Guna bijirin penuh berbanding bijirin
halus
Guna hanya 1-2 sudu besar minyak
apabila menumis sayur atau lauk
Elak penggunaan mayonis atau susu
penuh krim
Hadkan penggunaan keju kepada 2
sudu besar atau kurang untuk setiap
hidangan
Sentiasa memilih produk tenusu
rendah lemak
TEKNIK MEMASAK. Bagi saya ini paling
penting supaya kita tak mudah
terbabas. Makanan Malaysia
kebanyakannya “deep fry” dan amat
tidak sesuai untuk pesakit Gerd.
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 97
Gunakan teknik memasak seperti kukus,
bakar, panggang, rebus dan tumis
dengan minyak yang sedikit.
Contohnya untuk telur:
Rebus
Telur hancur (scramble egg)
menggunakan kuali tanpa lekat
Mencarak
Telur goreng menggunakan kuali
tanpa lekat
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 98
SUP BUATAN SENDIRI. Sebolehnya,
elakkan membeli stok ayam atau
daging tidak kiralah dalam bentuk
cecair, serbuk atau kiub. Memang
sedap dan mudah tetapi tinggi MSG
dan bahan perasa lain seperti
bawang putih dan bawang besar
yang mungkin boleh menjadi
pencetus kepada sesetengah orang.
Sup atau stok buatan sendiri tak kurang
sedapnya, malah lebih sedap dan
sihat! (lihat resepi)
GUNA BAHAN PERASA YANG SESUAI.
Bawang putih, bawang besar, lada,
cuka, buahan sitrus mungkin menjadi
pencetus utama kepada sesetengah
orang. Jadi, pastikan anda memilih
bahan perasa yang sesuai dengan
anda:
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 99
Kicap
Stok Ayam
Stok Daging
Herba segar (rosemary, oregano,
thyme, basil)
Herba kering (sangat mudah
didapati dipasaraya)
Keju Parmesan
Sos Ikan
Minyak Bijan
Gula perang
Cendawan kering
Lada hitam
Apple Cider Vinegar
Limau kasturi
Lemon
Serai
Daun limau purut
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 100