The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-20 04:29:20

Jom Bebas GERD

Jom Bebas GERD

 Taburkan bawang serta halia
diatasnya dan kukus seketika
sehingga separuh masak (3-4 minit)

 Masukkan tomato, sos ikan, sedikit air
dan perahan jus lemon. Kukus
sehingga ikan masak

 Taburkan daun sup sebelum dihidang

Nota: Halia sangat bagus untuk
membantu melegakan angin dan
sebagai antiradang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 201

Lala Masak Lemak
Putih

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 15 MINIT
HIDANGAN: 2

600g Lala dicuci bersih
Santan dari 1 biji kelapa
2 batang serai dititik
4 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

 Didihkan santan bersama serai,
bawang dan asam gelugur didalam
periuk

 Kacau sehingga mendidih. Jangan
biarkan santan berketul

 Masukkan lala serta perasakan 202
dengan garam dan gula

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

 Setelah lala terbuka bolehlah
dimatikan api

 Sedia untuk dimakan

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 203

Telur Kukus Gebu
Bersama Udang

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 15 MINIT
HIDANGAN: 2

4 biji telur ayam
1 tangkai daun sup dihiris halus
1 tangkai daun bawang dihiris halus
1 labu bawang besar dimayang
1 biji lada merah dihiris nipis
100g udang dibuang kulit dan dicincang
½ sudu kecil Garam atau secukup rasa

 Pukul semua bahan bersama
didalam mangkuk tahan panas

 Sediakan pengukus dan didihkan
airnya

 Masukkan mangkuk kedalam kukusan
dan kukus selama 15 minit

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 204

 Sedia untuk dihidang

Nota: Lada besar tidak terlalu pedas
dan aman untuk perut.

Jika anda ditahap awal Gerd dan
perut masih sensitif, tak perlu
masukkan lada

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 205

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 206

Telur Gulung
Dengan Rumpai Laut

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 2

3 biji telur ayam
1 tangkai daun bawang dihiris halus
½ labu bawang besar dipotong dadu
1 keping rumpai laut dihancurkan
¼ sudu kecil Garam atau secukup rasa
1 sudu besar minyak zaitun

 Panaskan minyak dalam kuali tanpa
lekat

 Pukul telur bersama daun
bawang,bawang besar, garam dan
rumpai laut

 Tuang sedikit telur ke dalam kuali
dan ratakan

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 207

 Pastikan anda menggunakn api kecil
supaya tidk terlebih masak atau
hangus

 Apabila telur sudah separuh masak
dan permukaannya masih basah,
gulung telur dari hujung kuali

 Tinggalkan sedikit ruang dihujung
satu lagi dan tuang lebihan telur

 Pastikan ianya bercantum dengan
telur yang telah anda gulung
sebentar tadi. Ulang proses sehingga
semua telur habis digulung

 Angkat gulungan telur dan potong

 Sedia untuk dimakan

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 208

Salmon Madu Halia

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 30 MINIT
HIDANGAN: 4

¼ cawan Air Rebusan Ayam (resepi)
¼ cawan madu asli
2 sudu besar halia disagat
Kulit oren disagat
½ sudu kecil garam
4 keping ikan salmon

 Panaskan ketuhar pada 220°C

 Kacau rata air rebusan ayam, madu,
halia, kulit oren dan garam sehingga
sebati

 Perap ikan salmon dalam sebatian
tadi selama 10 minit

 Lapiskan dulang pembakar dengan
kerajang aluminium

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 209

 Letakkan ikan salmon yang telah
diperap tadi dalam dulang
pembakar dan bakar selama 25 minit

 Masukkan lebihan kuah perapan tadi
kedalam periuk dan didihkan pada
kepanasan sederhana. Kacau
sehingga pekat kira-kira dalam 5
minit

 Sapukan kuah perapan yang telah
pekat tadi keatas salmon dan bakar
lagi selama 2 minit

Nota: Boleh juga menggunakan air
fryer atau pemanggang ajaib untuk
resepi ini

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 210

Pemanis
Mulut

Sekali sekala, walaupun
ada GERD, teringin juga
nikmati pemanis mulut

kan.

Apa yang sesuai?

Pemanis Mulut

Sorbet Tembikai Susu

Maple-Banana
Milkshake

Pear Bakar Bersalut
Madu

Puding Epal Bakar

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 212

Sorbet Tembikai
Susu

PENYEDIAAN: 20 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 4

¼ cawan air
¼ cawan madu asli
¼ cawan gula perang
1 biji tembikai susu dikupas dan dipotong
dadu

 Masukkan air, madu dan gula
kedalam periuk dan kacau pada
kepanasan sederhana sehingga
semua gula larut. Sejukkan.

 Kisar sebatian yang telah disejukkan
tadi bersama tembikai susu sehingga
lumat

 Tuang campuran tersebut kedalam

bekas kaserol. Bekukan selama 1 jam

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 213

 Dengan menggunakan garfu, kikis
campuran tersebut untuk meratakan
Kristal ais yang terbentuk

 Ulang 2 langkah diatas sehingga
semuanya beku.

 Sedia untuk dinikmati!

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 214

Maple-Banana
Milkshake

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 0 MINIT
HIDANGAN: 2

1 pisang dikupas, dipotong dan dibekukan
1 cawan susu tanpa lemak
½ cawan Vanila Frozen yogurt tanpa lemak
2 sudu besar maple syrup asli
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

 Kisar semua bahan sehingga lumat

 Nikmati segera

Nota: Boleh juga menggunakan yogurt
soya beku bagi menggantikan Yogurt
Vanila

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 215

Pear Bakar Bersalut
Madu

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 30 MINIT
HIDANGAN: 4

2 biji buah pear dipotong dua
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk halia /halia kisar
1 sudu besar madu asli

 Panaskan ketuhar pada 175°C

 Buang biji buah pear menggunakan
sudu

 Letak pear dalam dulang pembakar

 Taburkan serbuk halia dan kulit kayu
manis keatas pear dan tuangkan
madu

 Bakar sehingga buah pear lembut 216
d a l a m 3 0 m i n i tJom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

 Hidangkan setelah suam.

Nota: Boleh juga menggunakan air
fryer atau pemanggang ajaib untuk
resepi ini

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 217

Puding Epal Bakar

PENYEDIAAN: 15 MINIT/ MEMASAK: 45 MINIT
HIDANGAN: 6

Nonstick cooking spray atau sedikit
minyak untuk disapu pada bekas
pembakar (seperti bekas kaserol)
2 cawan susu tanpa lemak
3 biji telur dipukul
¼ cawan maple syrup
½ cawan gula perang
1 sudu kecil halia disagat
¼ sudu kecil serbuk buah pala
2 cawan kiub roti whole-grain (dalam 5
keping roti dipotong dadu)
1 biji epal dikupad, dibuang biji dan
dipotong dadu

 Semburkan nonstick cooking spray
atau sapu minyak pada bekas
pembakar

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 218

 Panaskan ketuhar pada 175°C

 Buka penutup bekas pembakar tadi
dan masukkan kedalam ketuhar.
Bakar sehingga keperangan selama
45 minit

 Sedia untuk dihidang

Nota: Boleh juga menggunakan air
fryer untuk resepi ini

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 219

BONUS

Tips
Melegakan
Asid Refluks
Dan Pedih
Ulu Hati

Dengan
Segera

Dalam kes anda terlebih makan atau
tersalah makan, asid refluks sudah tentu
tidak dapat dielakkan lagi.

Kalau sebelum makan, kita boleh
elakkan kejadian asid refluks dengan
meningkatkan asid perut terlebih
dahulu.

Tapi apabila sudah ‘terbabas’, apa
yang boleh dilakukan untuk kelegaan
segera?

Apa kata anda cuba salah satu tips
yang saya berikan ini.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 222

Tips Bonus

1. MINUM 1 SUDU BESAR
MADU ASLI

Madu merupakan
antiradang yang sangat
bagus dan dapat
membantu melegakan serta
meredakan radang pada
lapisan esophagus ketika
berlakunya asid refluks

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 223

Tips Bonus

2. AMBIL 1 SUDU KECIL
SERBUK PENAIK (BAKING
SODA) DALAM 1 CAWAN
AIR

Serbuk penaik bersifat alkali
dan mampu meneutralkan
asid refluks. Ia bertindak
dalam cara yang sama
seperti antacid.

Minimakan
penggunaannya. Hanya
guna ketika perlu sahaja

3. MINUM JUS LIDAH
BUAYA (ALOE VERA)

Jus lidah buaya mampu 224
melegakan dan
menenangkan GERD.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

Tips Bonus

Hadkan penggunaan
kerana jus lidah buaya juga
bersifat seperti pelawas

4. TEH HALIA

Halia terkenal dengan sifat
antiradang. Teh halia
mampu melegakan
pelbagai masalah perut
termasuklah loya dan asid
refluks.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 225

Tips Bonus

5. TEH CHAMOMILE

Chamomile juga seperti
halia, bersifat antiradang.
Ia mampu melegakan
radang akibat asid refluks.
Walaubagaimana pun,
tidak semua orang sesuai
dengan teh ini.

6. PISANG DAN EPAL

Epal dan pisang 226
mempunyai sifat antacid
semulajadi yang mampu
melawan asid refluks.
Buahan lain yang turut
membantu melegakan
GERD ialah tembikai dan
tembikai susu

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

NOTA PENUTUP

“IT’S NEVER TOO
EARLY OR TOO
LATE TO WORK

TOWARDS
BEING THE
HEALTHIEST

YOU"

JOM BEBAS GERD DAN ASID REFLUKS: SIRI 1

Alhamdulillah, anda telah berjaya
mengambil langkah pertama untuk lebih
sihat dan bebas GERD melalui E-book ini.

Jika dalam siri ini anda sudah tahu cara
pemakanan yang betul, gaya hidup
yang sesuai, apa yang boleh dan tidak
boleh dimakan, serta pelbagai resepi
untuk pesakit GERD, dalam SIRI 2 nanti
anda akan didedahkan pula dengan
CARA MERAWAT GERD DAN ASID REFLUKS
SECARA SEMULAJADI.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 227

Dalam Ebook SIRI 2 nanti, saya akan
dedahkan langkah demi langkah
bagaimana untuk anda memperbaiki
perut anda secara semulajadi, nutrisi
apa yang anda perlu ambil, sebanyak
mana dan sekerap mana anda
perlukannya dan kenapa anda
memerlukannya bagi mengelakkan asid
refluks dari terus berulang.

Doa saya, melalui Ebook SIRI 1 & SIRI 2
ini, anda akan berjaya mendapatkan
kesihatan yang jauh lebih baik, dapat
menjalani rutin harian dengan lebih
lancar, lebih gembira dan akhirnya
bebas dari Gerd dan Anxiety!

Bertemu lagi dalam JOM BEBAS GERD
DAN ASID REFLUKS: SIRI 2 (Cara Merawat
Gerd Dan Asid Refluks Secara
Semulajadi) yang akan datang!

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 228


Click to View FlipBook Version