The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-20 04:29:20

Jom Bebas GERD

Jom Bebas GERD

ALATAN MEMASAK. Tak perlu ada
alatan memasak yang canggih.
Gunakan apa yang anda ada dirumah.
Jika tidak membebankan, dapatkan
kuali atau periuk “non-stick” dan “air
fryer”. Ini lebih memudahkan kerja
memasak anda.
Sekiranya tiada, anda boleh sahaja
menggunakan kuali dan periuk yang
anda ada untuk memanggang,
merebus, mengukus dan merebus.
Nenek moyang kita dulu pun
memanggang menggunakan penutup
periuk sahaja kan? Mudah!

MASAK DALAM JUMLAH SEDIKIT.
Rancang dahulu berapa banyak yang
anda perlu masak. Jangan terlalu
banyak dan berlebihan kerana ianya
mungkin akan mendorong anda makan
lebih banyak. Sentiasa makan dalam
jumlah yang kecil.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 101

ELAK MAKANAN PROSES. Makanan
proses mengandungi banyak pengawet
dan bahan perasa.
Jangan tergoda dengan jajan atau
makanan proses dalam tin.
Sentiasa sediakan snek ringkas supaya
anda sentiasa bersedia ketika lapar.
Telur rebus, lobak merah, buah pisang,
oatmeal atau bertih jagung merupakan
snek paling mudah untuk anda!

SENARAI MEMBELI BELAH. Sentiasa tulis
senarai membeli belah anda. Jangan
mudah tergoda dengan pelbagai jenis
makanan yang ‘trendy’, makanan
segera atau bahan perasa yang tidak
sesuai dengan anda.
Hati kena kental!

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 102

Bab 3

RESEPI

Sarapan

Selalunya sarapan lah
yang kerap buat kita

terbabas.

Kalau yang dijual
dikedai, lazimnya tak
sesuai dengan diet Gerd

kita.

Jadi, apa kata anda
sediakan sendiri

menggunakan resepi
ringkas ini!

Sarapan

Roti Telur Bakar

Honeydew Smoothie

Mushroom Omelette

Oatmeal Aprikot
Kering

Vegetable Omelette

Chicken Wrap

Oatmeal Pisang Dan
Kismis

Smoothie Protein
Kurma

Smoothie Protein Betik
Dan Halia

Sandwich Tuna

Telur Hancur Tomato

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 105

Roti Telur Bakar

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 2

Sebiji telur, dipukul
½ cawan susu tanpa lemak
¼ sudu kecil esen vanilla
Sedikit kulit oren, disagat
Secubit serbuk buah pala
Secubit garam
2 keping roti whole-grain
¼ cawan maple syrup jika suka

 Pukul telur, susu, esen vanilla, kulit
oren yang telah disagat, serbuk
buah pala dan garam bersama
sehingga sebati

 Rendam roti dalam sebatian
tersebut selama lebih kurang 5 minit

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 106

 Sementara itu, panaskan kuali tanpa
lekat pada kepanasan sederhana.
Jika perlu, sapukan sedikit minyak

 Masak roti yang telah direndam tadi
sehingga kekuningan.

 Sedia untuk dimakan.

 Sebagai pilihan, anda boleh
tuangkan sedikit maple syrup.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 107

Honeydew Smoothie

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 0 MINIT
HIDANGAN: 2

1/8 tembikai susu, dibuang kulit dan
dipotong kecil
1 cawan susu tanpa lemak
¼ yogurt asli tanpa lemak
2 sudu besar madu

 Masukkan semua bahan dalam
pengisar dan kisar sehingga lumat.

 Sedia untuk dihidang

Nota: Sekiranya anda alah kepada
susu, boleh gantikan dengan soya.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 108

Mushroom Omelette

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 2

2 sudu besar minyak zaitun
4 Cendawan tiram putih/kelabu dicincang
½ sudu kecil garam Himalaya
½ sudu kecil daun thyme kering
2 biji telur ayam
4 biji putih telur
¼ cawan susu tanpa lemak

 Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun
didalam kuali

 Masukkan cendawan, garam dan
serbuk thyme dan goreng sehingga
keperangan. Angkat dan ketepikan

 Pukul telur, putih telur serta susu
sehingga sebati

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 109

 Kemudian, panaskan 1 sudu besar
minyak zaitun lagi didalam kuali
tanpa lekat tadi.

 Tuang campuran telur dan masak
pada kepanasan sederhana

 Letakkan cendawan yang siap
digoreng tadi diatas telur dan lipat
dua.

 Potong dua omelet tersebut dan
sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 110

Oatmeal Aprikot
Kering

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 2

1 cawan rolled oat
¾ cawan air
¾ cawan susu tanpa lemak
¼ cawan apricot kering/ kismis hitam
1 sudu kecil kulit oren disagat
Secubit garam

 Masukkan oat, air, susu, kulit oren,
garam dan apricot kering kedalam
periuk kecil. Biarkan sehingga
mendidih pada kepanasan tinggi

 Kecilkan api, masak dan kacau sekali
sekala selama lebih kurang 5 minit

 Tuang dalam mangkuk dan sedia 111

untuk dimakan.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

Vegetable Omelette

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 2

2 sudu besar minyak zaitun
½ buah tomato dipotong dadu
2 tangkai daun bawang di hiris 1cm
½ cawan bayam hijau dihiris kasar
½ sudu kecil garam Himalaya
½ sudu kecil daun oregano kering
2 biji telur ayam
4 biji putih telur
¼ cawan susu tanpa lemak

 Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun
didalam kuali

 Masukkan bayam hijau, garam dan
daun oregano dan goreng sehingga
lembut. Angkat dan ketepikan

 Pukul telur, putih telur serta susu 112
sehingga sebati

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

 Kemudian, panaskan 1 sudu besar
minyak zaitun lagi didalam kuali
tanpa lekat tadi.

 Tuang campuran telur, tomato yang
dipotong dadu serta daun bawang
dan masak pada kepanasan
sederhana

 Letakkan bayam yang telah dimasak
tadi dan lipat dua

 Potong dua omelet tersebut dan
sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 113

Chicken Wrap

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 2

1 keping dada ayam
2 keping whole-grain wrap
1 biji tomato dipotong dadu
2 helai salad bulat
Secubit lada hitam
½ sudu kecil Italian Mixed Herb kering
Garam secukupnya
2 sudu besar salad dressing Kewpie
(Ceaser/ roasted sesame)

 Perap seketika dada ayam bersama
lada hitam, Italian Mixed Herb dan
garam

 Bakar ayam didalam kuali tanpa
lekat sehingga masak. Hiris nipis
dada ayam

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 114

 Panaskan wrap 30 saat/ setiap sisi
didalam kuali tanpa lekat atau 30
saat, medium high heat di dalam
microwave

 Sapu wrap dengan sesudu salad
dressing pilihan anda. Letakkan
salad, sedikit tomato dan dada
ayam.

 Gulung dengan cermat.

 Sedia untuk dimakan

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 115

Oatmeal Pisang Dan
Kismis

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 0 MINIT
HIDANGAN: 2

6 sudu besar instant oat
1 ½ cawan air / susu tanpa lemak yang
telah dipanaskan
1 sudu besar madu asli
1 biji pisang dipotong nipis (0.5cm)
1 sudu besar kismis

 Masukkan oat kedalam mangkuk dan
tuangkan air panas/susu panas.
Biarkan selama 4 minit

 Tuangkan madu asli dan taburkan
kismis

 Atur pisang yang telah dipotong 116
didalam mangkuk dan sedia untuk
dimakan.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

Smothie Protein
Kurma

PENYEDIAAN: 4 MINIT/ MEMASAK: 0 MINIT
HIDANGAN: 1

3 sudu besar serbuk protein
1 cawan susu tanpa lemak
5 biji kurma
1 cawan ais

 Masukkan semua bahan dalam
pengisar dan kisar sehingga lumat.

 Sedia untuk dihidang

Nota: Sekiranya anda tidak ada serbuk

protein dan susu, anda boleh gantikan

dengan 1 cawan susu soya organik.

Pilihan peribadi saya, ESP Shaklee kerana

non-gmo, semulajadi, terbukti selamat

serta sudah berada dipasaran sejak 1961.

Isolate protein pertama dunia oleh Dr.

Forest C.Shaklee. 117
Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

Smoothie Protein
Betik Dan Halia

PENYEDIAAN: 4 MINIT/ MEMASAK: 0 MINIT
HIDANGAN: 1

3 sudu besar serbuk protein
1 cawan susu tanpa lemak
1 cawan betik (dipotong dadu dan
disejukkan)
2 sudu kecil halia (dipotong kecil)
½ cawan perahan lemon
½ cawan air
1 cawan ais

 Masukkan semua bahan dalam
pengisar dan kisar sehingga lumat.

 Sedia untuk dihidang

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 118

Nota: Sekiranya anda tidak ada serbuk
protein dan susu, anda boleh gantikan
dengan 1 cawan susu soya organik.

Halia merupakan ejen antiradang yang
sangat bagus untuk anda serta membantu
melegakan asid refluks

Perahan lemon pula membantu
meningkatkan asid perut untuk pesakit
gerd.dan membantu penghadaman

Sekiranya perut anda sedang pedih atau
luka, elakkan dahulu perahan lemon.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 119

Sandwich Tuna

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 3 MINIT
HIDANGAN: 1

¼ tin tuna in brine/ in olive oil
2 keping roti whole-grain
½ biji tomato dihiris nipis
1 helai salad bulat
Secubit lada hitam
Secubit garam
1 sudu besar yogurt tanpa lemak

 Gaulkan tuna bersama yogurt,
garam dan lada hitam

 Bakar seketika roti, 20 saat setiap sisi
dalam kuali tanpa lekat

 Letak salad, tomato dan campuran
tuna tadi diatas roti

 Tutup dengan sekeping lagi roti dan
potong kepad dua bahagian. Siap.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 120

Telur Hancur
Tomato

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 3 MINIT
HIDANGAN: 1

2 biji Telur ayam
½ biji tomato dipotong dadu
2 tangkai daun bawang dipotong halus
1 sudu minyak zaitun
Garam secukup rasa

 Pukul telur bersama secubit garam

 Panaskan minyak didalam kuali
tanpa lekat

 Masukkan telur dan tomato. Kacau
sehingga masak kira-kira 1 minit

 Matikan api dan masukkan daun
bawang. Kacau seketika dan siap!

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 121

Masakan
Sayuran

Resepi menggunakan
sayur-sayuran yang
ringkas, sedap dan

pastinya sesuai untuk
pesakit Gerd!

Masakan Sayuran

Bayam Berkrim

Kerabu Terung Bakar

Penkek Terung

Asparagus Madu Grill

Zukini Tumis Bersama
Kacang Pis

Kentang Lecek
Bersama Kepingan
Ayam

Petola Tumis Air
Bersama Kentang

Sup Bayam Dan
Cendawan Tiram

Brokoli Stim Bersama
Bunga Kubis

Sayur Campur Goreng
Telur

Salad Buncis Segar 123

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

Masakan Sayuran

Bunga Kubis Bakar
Bersama Parsli

Kacang Buncis
Panggang

Brokoli Lemon
Panggang

Kubis Dan Kentang
Tumis

Brokoli Bijan Goreng
Kilas

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 124

Bayam Berkrim

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 3

2 sudu besar minyak zaitun (EVOO)
300g daun bayam
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan susu tanpa lemak
¼ sudu kecil garam
1/8 sudu kecil serbuk buah pala

 Panaskan 1 sudu minyak zaitun
didalam kuali tanpa lekat

 Masukkan daun bayam dan goreng
sehingga sedikit layu. Ketepikan.

 Panaskan 1 sudu lagi minyak zaitun.

 Masukkan tepung, kacau selama 1
minit sehingga masak.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 125

 Setelah itu tuangkan susu, masukkan
garam dan juga serbuk buah pala.
Kacau sehingga sebatian masak dan
pekat.

 Masukkan bayam yang telah
dimasak tadi, kacau sebati dan
sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 126

Kerabu Terung
Bakar

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 2

2 biji terung panjang
1 genggam ikan bilis
1 biji cili besar merah
Secubit garam
3-4 biji limau kasturi

 Bakar terung diatas kuali tanpa lekat
sehingga lembut, dan diambil isinya
(buang kulit)

 Tumbuk ikan bilis bersama cili merah

 Perahkan limau kasturi dan masukkan
garam

 Gaul bahan tumbuk bersama isi 127
terung

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1

 Siap dan sedia untuk dimakan.

Nota: Penggunaan limau kasturi lebih
sesuai untuk perut sensitif berbanding
limau nipis yang lebih tajam.

Penggunaan cili besar menggantikan
cili padi supaya tidak terlalu pedas
dan menyebabkan perut pedih.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 128

Penkek Terung

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 2

2 biji terung panjang
1 sudu besar minyak zaitun
2 biji telur ayam
Sedikit terpung kanji kentang
½ sudu kecil garam (atau secukupnya)

 Potong serong terung setebal 0.5 cm.
Perasakan dengan sedikit garam

 Pukul telur bersama garam

 Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun
diatas kuali tanpa lekat

 Salut nipis terung dengan tepung
kanji kemudian celup dalam telur
yang telah dipukul.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 129

 Masukkan terung satu persatu
kedalam kuali dan goreng sehingga
masak.

 Enak dimakan ketika panas

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 130

Asparagus Madu Grill

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 30 MINIT
HIDANGAN: 2

1 ikat asparagus
2 sudu besar madu asli
1 sudu besar minyak zaitun (EVOO)
½ sudu kecil garam atau secukup rasa

 Kacau garam, minyak zaitun dan
madu sehingga sebati dalam satu
mangkuk besar

 Masukkan asparagus dan gaul rata
supaya sebatian terkena rata pada
kesemua asparagus

 Panaskan kuali tanpa lekat.

 Grill asparagus sehingga lembut atau
sehingga ia mula keperangan

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 131

 Hidang dan makan ketika panas.

Nota: Asparagus mempunyai rasa
berumput yang agak kuat. Memasak
dengan cara ini akan membangkitkan
rasa yang lebih enak dari sekadar stim
atau bakar tanpa bahan perasa
tambahan.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 132

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 133

Zukini Tumis
Bersama Kacang Pis

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 4

2 sudu besar minyak zaitun (EVOO)
½ sudu kecil garam atau secukup rasa
2 batang zukini (dipotong jalur
menggunakan pengupas sayur)
2 sudu besar daun Rosemary segar
dicincang halus
1 sudu kecil kulit lemon yang disagat
1 cawan kacang pis

 Panaskan minyak zaitun dalam kuali
tanpa lekat pada kepanasan
sederhana

 Tumis jalur zukini, kacang pis dan
Rosemary bersama kulit lemon dan
garam

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 134

 Kacau sekali sekala dan masak
sehingga lembut

 Sedia untuk dimakan

Nota: Sekiranya perut anda dalam
keadaan yang tidak sensitif, anda
boleh tambahkan sedikit keju
Parmesan parut sebelum dihidangkan.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 135

Kentang Lecek
Bersama Kepingan
Ayam

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 4

2 biji Kentang Russet, dikupas dan
dipotong dadu
½ cawan air rebusan Ayam (resepi)
½ cawan krim masam tanpa lemak
½ sudu kecil garam
4 keping ‘Chicken Slices’, dipotong
panjang dan digoreng dalam kuali tanpa
lekat sehingga garing (tanpa minyak)

 Rebus kentang sehingga empuk

 Sejatkan kentang dan masukkan
semula kedalam periuk

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 136

 Lenyek kentang sehingga hancur
dan lembut sepenuhnya.

 Masukkan air rebusan ayam, krim
masam dan garam sehingga sebati

 Masukkan kepingan ayam yang telah
digoreng garing tadi dan kacau
rata.

 Makan ketika masih panas.

Nota: Krim masam biasa tinggi dengan
lemak dan boleh mencetus asid
refluks. Penggunaan krim masam
tanpa lemak lebih sesuai untuk pesakit
Gerd.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 137

Petola Tumis Air
Bersama Kentang

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 4

2 biji kentang dipotong dadu
1 biji sayur petola dipotong serong
1 paket suhun dan fucuk (rendam dan
sejatkan)
Segenggam ikan bilis yang telah
dibersihkan
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Air dan garam secukupnya
2 Sudu besar minyak masak

 Tumbuk bawang merah, bawang
putih bersama ikan bilis

 Panaskan minyak di dalam periuk

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 138

 Tumis bahan tumbuk sehingga naik
bau

 Masukkan air secukupnya untuk
dijadikan kuah dan biarkan mendidih

 Masukkan ubi kentang dan biarkan
empuk

 Masukkan petola dan garam. Masak
sehingga lembut.

 Masukkan suhun dan fucuk dan
kacau rata.

 Sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 139

Sup Bayam Dan
Cendawan Tiram

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 4

2 ikat sayur bayam hijau (dipotong)
150g cendawan tiram kelabu/putih
1 genggam udang kering yang direndam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak zaitun
2 Sudu besar sos ikan (jika suka)
Garam dan air secukupnya

 Tumbuk bawang merah, bawang
putih dan udang kering sehingga
lumat

 Panaskan minyak masak dalam
periuk

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 140

 Masukkan bahan tumbuk dan tumis
sehingga garing

 Masukkan air, sos ikan, minyak bijan
dan garam. Biar sehingga mendidih

 Masukkan bayam dan cendawan
tiram yang telah disiat kecil dan
biarkan masak atau sehingga layu
sedikit

 Sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 141

Brokoli Stim
Bersama Bunga
Kubis

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 4 MINIT
HIDANGAN: 3

½ pokok brokoli dipotong kecil
½ pokok bunga kubis dipotong kecil
2 ulas bawang putih
1 Sudu besar sos ikan (jika mahu)
Secubit garam
Secubit lada hitam

 Panaskan pengukus

 Masukkan semua bahan dalam
mangkuk dan ratakan bersama
garam dan lada hitam

 Masukkan kedalam pengukus selama

3-4 minit

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 142

 Sedia untuk dimakan

Nota: Bawang putih mentah boleh
mencetus asid refluks tetapi bawang
putih, bawang besar atau bawang
merah yang dimasak, aman untuk
perut.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 143

Sayur Campur
Goreng Telur

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 4 MINIT
HIDANGAN: 2

100g brokoli
100g bunga kubis
100g lobak merah
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit ikan bilis yang telah dikupas
Garam secukupnya
2 biji telur
1 sudu besar minyak zaitun

 Tumbuk bawang putih bersama ikan
bilis

 Panaskan minyak didalam kuali
tanpa lekat

 Tumis bahan tumbuk sehingga garing

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 144

 Masukkan sayuran, kacau dan
biarkan sehingga separa empuk

 Ketepikan sayuran didalam kuali dan
pecahkan telur ditengah-tengah

 Kacau telur sehingga hancur dan
masak

 Gaul telur tersebut bersama sayuran
tadi dan masukkan garam

 Siap dan sedia untuk dihidang.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 145

Salad Buncis Segar

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 5 MINIT
HIDANGAN: 2

100g kacang buncis dipotong 4 cm
1 batang timun jepun dipotong dadu
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukupnya
Sedikit lada hitam serbuk

 Didihkan sedikit air bersama sesudu
kecil garam

 Masukkan kacang buncis dan masak
sehingga warnanya bertukar hijau
terang atau lembut (3-5 minit)

 Angkat kacang buncis dan masukkan
dalam air berais supaya kekal
rangup

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 146

 Dalam mangkuk yang lain, kacau
minyak zaitun bersama jus lemon
sehingga sebati

 Perasakan dengan garam dan sedikit
lada hitam

 Dalam mangkuk yang besar,
masukkan timun dan kcang buncis
dan gaul rata bersama sebatian
kuah salad tadi.

 Sedia untuk dimakan

Nota: Penggunaan lemon boleh
membantu meningkatkan asid perut
dan membantu penghadaman.
Sekiranya anda baru sahaja diserang
Gerd atau perut masih sensitif akibat
luka atau radang, elak dahulu
penggunaan lemon.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 147

Bunga Kubis Bakar
Bersama Parsli

PENYEDIAAN: 10 MINIT/ MEMASAK: 25 MINIT
HIDANGAN: 2

1 pokok bunga kubis
2 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar daun parsli dicincang halus
Sedikit garam dan lada hitam
1/3 cawan keju parmesan yang diparut

 Potong bunga kubis kepada
potongan kecil

 Panaskan air fryer atau ketuhar pada
suhu 220 C.

 Masukkan bunga kubis, minyak zaitun

dan bawang putih dalam mangkuk

kaserol atau sebarang bekas mesra

ketuhar dan gaul rata.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 148

 Perasakan bersama garam dan lada
hitam secukupnya

 Masukkan ke dalam air fryer atau
ketuhar selama 25 minit (kacau
sedikit atau terbalikkan bunga kubis
sekitar minit ke 15 supaya masak
sekata)

 Tabur keju parmesan dan daun parsli
kemudian dibakar lagi selama 3-5
minit atau sehingga keperangan.

 Sedia untuk dimakan

Nota: Jika perut anda sesuai dengan
keju parmesan, bolehlah digunakan
dalam resepi ini. Jika tidak, tidak perlu
masukkan dalam masakan.

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 149

Kacang Buncis
Panggang

PENYEDIAAN: 5 MINIT/ MEMASAK: 10 MINIT
HIDANGAN: 3

segenggam kacang buncis
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil bawang putih cincang
1 sudu kecil garam halus

 Bersihkan kacang buncis

 Gaul bersama minyak zaitun,
bawang putih dan garam sehingga
sekata.

 Panaskan kuali tanpa lekat

 Panggang kacang buncis sehingga
masak kira-kira 10 minit

Jom Bebas GERD Dan Asid Refluks: SIRI 1 150


Click to View FlipBook Version