Sesusuk tubuh tegap berjaket baldu hitam itu tertunduk sambil memandang skrin
notebook Sony VAIO berwarna hitam.Ikon sampul surat itu berkelip-kelip.Nafasnya ditarik
panjang membaca emel daripada daddy yang datangnya jauh dari Kuala Lumpur.
ABANG.PULANG.DADDY,MUMMY DAN AYANG SENTIASA MENANTI
KEPULANGAN ABANG.
Ya,Christchurch sudah tiada sesiapa lagi.Minggu yang lalu mama yang dikasihinya
sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Puan Marina Thompson Abdullah sudah lama
menderita penyakit barah payu dara.Sudah 3 tahun dia bergelumang dengan ubat,kimoterapi
dan hospital.Kini dia pasti mama sudah tenang di sana.Bersama dengan Dia Yang Maha
Esa.Doa yang tidak putus darinya walaupun mama tidak pernah menjaganya dari kecil tetapi
wanita itu tetap ibu kandungnya.
Dia dijaga oleh mama sejak berusia 16 tahun.Mama berusaha mendapatkan hak
penjagaannya selepas bertungkus lumus turun naik mahkamah sejak dia berusia 3
tahun.Sebelum itu dia tinggal bersama daddy,mummy dan ayang.Emel dihadapannya menarik
hatinya untuk pulang ke Malaysia.Rindu benar hatinya terhadap mereka bertiga terutamanya
ayang.
Ya,Ayang.Dia sudah mengenali ayang sejak adik tirinya itu berusia 5 tahun.Ayang
ialah anak kepada mummy daripada perkahwinan terdahulu sebelum bertemu daddy.Cinta
janda dan duda yang membawa kepada ikatan perkahwinan yang tulus dan ikhlas.Dia
menyayangi ayang seperti adiknya sendiri.Jika ayang dibuli di sekolah,dia yang akan datang
memarahi budak lelaki nakal yang mengganggu adiknya yang comel.Malahan dia juga yang
mengajar ayang menunggang basikal.Ikatan yang utuh terjalin walaupun mereka bukan
saudara sekandung.
Ayang baru berusia 9 tahun ketika dia meninggalkan Malaysia untuk bersama mama
ke New Zealand.Sukar juga ayang melepaskannya.Dirangkul kakinya seolah-olah tidak
membenarkannya meninggalkan lapangan terbang.Drama sebabak itu memang meruntun
hatinya sampai kini.
“Abang ikut mama,ayang tinggal dengan mummy dan daddy.Abang janji akan
hubungi ayang,”Pujuknya lembut sambil mendukung adiknya.
Tapi anak kecil itu tidak henti-henti meraung dan meronta.Tangisannya tidak
berhenti.Dengan langkah kaki yang berat dia melangkah pergi meninggalkan Malaysia.
Selepas itu,janji hanya tinggal janji.Dia tidak pernah menunaikan janjinya kepada
ayang.Jika ada surat dilemparnya ke dalam tong sampah.Jika ada emel,tidak dibalasnya.Dia
tekad untuk melupakan keluarga itu.
Hikmahnya,Tuhan memberikannya tanggungjawab untuk menjaga mama ketika
sakit.Dialah yang menyuapkan mama walaupun mama sudah tidak lalu untuk makan lagi.Dia
juga yang memandikan badan yang kurus itu.Semua dilakukannya ikhlas demi ibu yang
membawanya ke dunia ini.Akhirnya derita wanita itu tamat di alam fana ini.Dia pasrah dan
redha dengan apa yang berlaku.
Emel daripada daddy direnungnya lagi.Perlukah dia pulang ke Malaysia?Christchurch
sudah tidak ada sesiapa lagi.Kecuali..
“Shahir,apa yang you menungkan,sayang?”
*****
Tiga tahun yang lepas.
Farina menitiskan air matanya membaca tajuk akhbar tabloid yang ternyata
mengguriskan hatinya.
GOLD DIGGER:ILLEGAL WEALTH!
Baru sahaja arwah suaminya Tuan Syed Al-Fatah meninggal dunia,bukannya belas
kasihan yang diterima tetapi cemuhan.Ya benar,suaminya berusia 70 tahun.Memang tidak
dinafikan lelaki itu bukan sahaja bisa jadi bapanya malahan datuknya juga.Dia sendiri tidak
menduga di tengah kegembiraan mereka meraikan hari jadi anak lelaki mereka,Syed
Aliff.Suaminya jatuh rebah di tengah majlis.Walaupun pembantu peribadi suaminya segera
memberikan pertolongan cemas namun ajal dan maut di tangan Allah.Dia Yang Maha
Mengetahui di atas setiap kejadian.
“Maafkan saya,Tuan Syed dah tak ada,”
“Shahir..”Tanpa mempedulikan mata yang memandang dia memeluk lelaki muda di
hadapannya.Menangis tersedu-sedan.
Selepas beberapa tahun berlalu,lelaki itu masih setia dengan
syarikatnya.Perhubungan yang bermula daripada pekerja dan boss semakin berkembang
sedikit demi sedikit.Semasa mama Shahir terlantar sakit,dia yang paling banyak membantu
lelaki itu.Baik daripada segi moral atau material.
Farina begitu menyayangi Shahir.Hatinya tidak dapat membohongi rasa
itu.Barangkali dia lebih menyayangi lelaki itu lebih daripada suaminya.Walaupun jarak usia
mereka berbeza,cinta tidak pernah mengenal angka.
*****
“Kenapa dengan you ni?”
Farina tersenyum manja memandang Shahir yang asyik memandang gambar anak
kecil di atas mejanya.
“Hmm,you rindukan adik you ya?”
“Entahlah,”Shahir cuba untuk tersenyum.Tetapi tawar. “Mungkin.”
“Nasib baik adik you,tapi I tetap sakit hati,”
“Sebab?”
“Dia cuma adik tiri you,”
“Sayang,”Shahir menggelengkan kepalanya.“You cemburukan budak kecik?”
“Sayang,masa you tinggalkan dia memanglah dia budak kecil sekarang berapa umur
dia?17 atau 18?”
“17 tahun.Tak payahlah you cemburukan dia.Tak ada maknanya pun.”
“Okay,tutup topik.Apa yang you nak bagitau I?Tak boleh mesej dalam BBM?”
“Sayang,”Shahir merenung mata wanita di hadapannya.“I nak balik Malaysia,boleh?”
Farina terdiam.Dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat.Dia
sebenarnya tiada larangan pun untuk membiarkan Shahir pulang ke Malaysia.Tapi entah
kenapa ada satu rasa yang membuatkannya berat hati untuk melepaskan jejaka kesayangannya
itu pulang ke Malaysia.
“Berapa lama you nak pulang ke Malaysia?”
“Tak lama,mungkin 2 hingga 3 minggu.Daddy dah banyak kali hantar emel kepada
I.Serba salah juga I dibuatnya.Mungkin ada hikmah.”
“Maksud you?”
“Ye lah,bolehlah I ceritakan pasal you kat daddy dan mummy kan?”Shahir tersenyum
nakal.Keningnya diangkat persis penyanyi Ziana Zain.
Usikan nakal lelaki itu bisa membuatkan hati Farina cair.Terukir senyuman manis di
bibirnya.
“Okay,tapi lepas I settle projek hospital tu,I akan follow you ke sana,”
“Terima kasih,sayang,”Shahir mencuit pipi wanita di hadapannya.
Setakat itu sahaja yang dia mampu lakukan bersama Farina.Dia masih menghormati
wanita itu sebagai isteri arwah majikannya.Malahan wanita itu juga kini menjadi
majikannya.Dia pun tidak pasti semenjak bila perhubungan pekerja dan majikan berubah
seperti sekarang.Dia pun tak tahu sama ada perasaan yang lahir dari dalam hatinya adalah
cinta atau simpati.
Yang nyata wanita itu telah banyak membantunya.Dia juga seorang wanita yang
baik.Sekalipun bukan rasa cinta,Shahir percaya lambat laun perasaan itu akan hadir juga
kerana itulah lumrah Adam dan Hawa.
******
Shahir tidak dapat melelapkan mata sepanjang penerbangan dari Christchurch ke
Kuala Lumpur.Sesekali sengaja dia mengganggu anak kecil yang duduk
disebelahnya.Membebel budak mat salleh itu apabila hidungnya ditarik Shahir.Bila
diperhatikan Shahir pura-pura tidur.Memang buang tebiat betul.Sudah berapa kali dia ditegur
pramugari.
Rasa rindunya tidak dapat ditapis lagi.Kepada daddy,mummy dan ayang.Rindu yang
selama ini cuba dilindungnya.
“Kenapa budak tu buli ayang?”Shahir mengendong ayang di belakangnya.Lutut
gadis kecil itu berdarah kerana terjatuh akibat dibuli budak gemuk yang baru saja telinganya
dijentik Shahir.
“Sebab ayang tak suka dia,dia marah,”
“Dia marah sebab ayang tak suka macam mana?Abang tak faham la,”
“Dia cakap „i love you‟ tau abang,”
“Eii..tak malu kan dia?Kecik-kecik pun dah pandai „i love you‟ kan?”
“Tu sebab ayang tak suka dia.Ayang jelir lidah kat dia,”
“Ayang jelir dia?Tak baik,nanti lidah kena potong.Kenapa ek ayang tak suka
dia?Sebab dia gemuk ek?”Shahir cuba menduga akal adiknya.
“Taklah,ayang suka orang lain,”
“Ooo..adik abang dah ada pakwe ya,baru darjah tiga dah ada pakwe.Bahaya tu!”
“Mestilah.Pakwe ayang putih,hidung dia mancung..macam abang,”
“Iye macam abang?Mesti abang lagi handsome daripada dia kan?”Sengaja Shahir
mengusik ayang.
“Abanglah pakwe ayang.Nanti ayang besar,ayang nak kahwin dengan abang,”Ayang
tersengih memperlihatkan sebatang gigi depannya yang rongak.
“Iye?Jangan,bahaya!”Shahir sekadar ketawa mendengar ngomelan ayang.Budak
kecil,apa sahaja boleh terkeluar dari mulutnya.
“Sir,do you want any drinks?”
Pertanyaan pramugari yang tinggi lampai itu mematikan lamunan Shahir.Shahir
tersenyum memandang gadis cantik di hadapannya.
“No.Thank you,”
Matanya digosok-gosok.Barangkali dia rindu benar dengan halaman kampungnya.Dia
ketawa sendirian mengingatkan lamunannya.Dalam banyak-banyak memorinya di
Malaysia,kisah lucu ayang yang mahu kahwin dengannya yang timbul di
fikirannya.Difikirkan balik semasa itu adik comelnya itu bukan sahaja mahu berkahwin
dengannya malahan daddy pun terlibat sekali.Baginya,ayang sendiri tak faham apa yang
diperkatakannya.Nakal.
Mujurlah petang tadi dia sempat membelikan patung Barbie edisi Giselle dari filem
Enchanted untuk ayang.Dia tak tahu sama ada ayang akan marahkannya kerana tidak pernah
membalas emel dan suratnya.Dia harap ayang tidak menganggapnya sebagai abang yang
penipu kerana tidak pernah menunaikan janjinya.Fikirannya bercelaru ketika itu.
Lewat sebelum bertolak dia sempat menghantar emel kepada daddy memaklumkan dia
akan pulang sekejap ke Malaysia.Kata daddy,ayang yang akan menjemputnya.
Hai,jika dulu dia yang mengajar ayang mengayuh basikal kini adik tirinya itu pula
akan menjemputnya di lapangan terbang KLIA.Begitu cepat masa berlalu tanpa Shahir
sedari.Dia pun tak pasti bagaimana rupa ayang sekarang.Gambar yang dikirimkan melalui
surat dibuang tanpa dibuka.Emel langsung dipadam.Cuma selepas arwah mama meninggal
dunia,barulah Shahir membaca emel yang dikirimi daddy.Ayang langsung tidak menghantar
apa lagi kepadanya.Merajuk barangkali.
Memang dia tidak dapat membayangkan langsung wajah ayang sekarang.Yang pasti
walaupun mereka bukan saudara kandung,ramai orang mengatakan mereka mempunyai
hidung mancung yang serupa.
Sama tak serupa barangkali.Shahir tersenyum sendirian.
Bunyi beep dari BlackBerry menandakan masuknya mesej BlackBerry
Messenger.Nampaknya Farina sudah mula merinduinya.
*****
Perasaan Shahir berdebar-debar sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa KLIA.Bukat setakat nak muntah,pitam pun ada.Tiada berkaitan dengan
masalah lain pun tetapi dirinya sendiri yang serba tidak kena.
Cermin mata hitam Marc Jacobs yang dipakainya sengaja digunakan untuk
melindungi perasaannya yang tidak keruan.Seperti robot,dia cuma menolak troli dengan
fikiran yang menerawang entah ke mana.
“Hai,laju nampak?”
Suara seorang gadis yang menegurnya mematikan langkah Shahir.Di hadapannya
kelihatan seorang gadis remaja sedang tersenyum nakal kepadanya.Kulitnya putih bersih
dengan sepasang mata kucing yang melirik manja.Rambut yang lembut dan lurus di paras
bahu.Wajah yang comel itu dihiasi dengan hidung yang mancung miripnya.
“Ayang?”Tanya Shahir teragak-agak.
Gadis di hadapannya menjawab pertanyaannya dengan anggukan dan senyuman
manis.
Shahir pasti ayang akan menyumpahnya apabila diberikan patung Barbie
nanti.Sepatutnya dia membeli sepatu LV atau sepasang gaun Bottega Veneta.
Aduhai,adik abang sudah dewasa!
Kereta Mini Cooper berwarna merah jambu itu menyusuri keluar dari lebuhraya masuk ke
Rawang.Baik Shahir mahupun gadis di sebelahnya,hanya terdiam bisu.Kedengaran sayup-
sayup lagu Adam Lambert, „Whattaya Want From Me‟ dari corong speaker radio.
“Ayang sihat?”Bunyinya macam soalan bodoh tetapi Shahir cuba memecahkan kesunyian
yang menjanggalkannya.
“Tak mahu ayang..sekarang Dira,”Jawab Adira pendek.
“Ooo..kenapa pulak ek abang tak boleh panggil adik abang,ayang?”
Soalan Shahir disambut dengan brek mengejut dari Adira.Bunyi tayar mencengkam jalan tar
membingitkan telinga Shahir.Hilang semangat Shahir apabila tindakan Adira itu disambut
dengan bunyi hon memanjang dari lori di belakang.
“Boleh tak abang jangan pura-pura buat baik?”Wajah Adira kemerah-merahan.Walaupun
lontaran suaranya masih lembut tetapi ada nada merajuk,marah dan geram yang bercampur-
aduk.
“Apa maksud ayang?”
“Abang dah lupa janji abang?Kenapa surat dan emel Dira abang tak pernah balas?Abang
pekak ke?Stop calling me ayang.Dira bukan budak-budak lagi.”
Shahir mengeluh perlahan.Dia dah agak Adira akan marah dengan sikapnya yang membisu
selama 8 tahun ini.Adik kecil yang selalu dikendongnya kini sudah begitu sensitif
sekali.Mahu tak mahu Shahir harus akui akan kesalahannya.
“Okay..abang salah..maafkan abang,”
“Senang nak cakap maaf.Kenapa?Abang tak sayang daddy?Mummy?Atau Dira?”
“Abang saya keluarga kita.Abang tengah pening dan keliru..entahlah..ayang,abang minta
maaf sangat-sangat,”
“Lagi-lagi ayang..cukuplah daddy sorang melekat panggil ayang,”
“Kenapa abang tak boleh panggil ayang?”
“Sebab..sebab..Di..Dira dah..dah 17 tahun..,”Adira kelihatan teragak-agak untuk memberi
jawapan.Mukanya semakin kemerah-merahan.
“Okay..okay..kalau abang panggil Dira,abang akan dimaafkan?”
“Mungkin,”
“Baiklah Cik Adira..abang minta maaf sangat-sangat..ampunkan kami penghuni
gua..ampunkan kami penghuni gua,”Sengaja Shahir masih mengusik adiknya.
“Banyaklah abang punya penghuni gua.Okay,tapi 2 jam pertama ni,Dira memang masih
marah sangat kat abang,”Kelopak matanya mulai berkaca sedikit.
“Dah,nak menangis pulak?Janganlah macam ni.Tak comel la adik abang kalau
menangis,”Shahir cuba memujuk Adira.
Adira mengesat air matanya.Tanpa berkata apa dia memasukkan gear dan meneruskan
perjalanan.Shahir hanya menggeleng-gelengkan kepala.Matilah,tak sampai pun sehari dia dah
berhadapan dengan rajuk Adira yang tak berkesudahan.
“Baru abang teringat,abang terlupa tukarkan duit la.Nanti kita singgah money changer kejap
ye?”Shahir mengeluarkan dompetnya dan mengira-ngira wang di dalamnya.Sepintas
jelingan,Adira terpandangkan gambar seorang wanita bersama Shahir.
“Siapa tu?Girlfriend abang ke?”
“Mana?Ini?”Shahir menuding jarinya ke arah Adira.Tersengih-sengih.
“Dalam wallet abang la,”
“Oh..lebih kuranglah,”
“Abang suka perempuan tua ye?”
“Kenapa?Dia nampak lebih tua daripada abang?”
“Abang tak jawap soalan Dira,”
“Abang memang tak kisah,nenek pun abang boleh suka.Perempuan muda boleh kahwin lelaki
tua,takkanlah abang tak boleh kahwin perempuan yang lebih tua,”
“Jadi,abang tak suka perempuan muda la ye?”
“Eh,abang ada cakap ke?Tapi fikir-fikir balik,abang gerun juga kalau dapat girlfriend
muda.Tambah-tambah yang perangai macam Dira..kuat merajuk,”Shahir tersenyum nakal.
“Ye lah,kahwinlah dengan perempuan tua,boleh dia jaga abang macam emak jaga anak
kan?”Adira masih mengomel.Tidak berpuas hati.
“Alah,comelnya berleter.Siapa-siapa pun tak apa.Bagi abang cukuplah orang tu memahami
dan menerima abang seadanya.Kalau dia comel macam Dira,bonuslah untuk abang,”
“Ye lah,tak kuasa nak melayan abang,”
Adira terus memandu tanpa mempedulikan Shahir.Shahir memandang wajah gadis di
sebelahnya.Rasanya rindu selama 8 tahun itu sudah mula diubati.Anehnya,perasaan rindu itu
berlainan saat dia menatap Adira sekarang.Ya,dia rindu ayang yang sentiasa dikendongnya
dan budak comel dengan gigi rongak sebatang di hadapan.Keletah lucunya.Sekarang rasa itu
sedikit berbeza.Mungkin kerana ayang sudah menjadi Adira.Yang masih ada sifat kuat
merajuk tetapi masih lemah lembut.
******
Kepulangan Shahir disambut dengan kenduri doa selamat yang agak meriah.Kenyang juga
orang kampung dengan 3 ekor lembu dan 200 ekor ayam.Datuk Maulana memang merupakan
politikus yang dihormati di situ.ADUN yang sentiasa menjaga nasib penduduk
setempat.Orang kampung bersedia bila-bila masa untuk bergotong-royong menyempurnakan
majlis itu.Jadi tak hairanlah jika kepulangan Shahir disambut seperti majlis perkahwinan.
Tak cukup dengan kompang dan silat,acara berzanji juga turut diadakan.Selepas 8
tahun,penduduk di Kampung Setia mungkin merindui kelunakan suara Shahir
berzanji.Mujurlah walaupun 8 tahun tinggal di New Zealand,Shahir tidak pernah lupa asal
usul dan agamanya.Dia mungkin sedikit nakal,tetapi nakalnyamasih diterima akal.
Adira tidak dapat menafikan kemerduan suara abangnya ketika berzanji dan mengaji Al-
Quran.Bukan sahaja tampan malahan baik hati dan penyayang.Dia dapat melihat betapa
gembiranya mummy dan daddy dengan kepulangan Shahir.
“Assalammualaikum minah,senyum apa?”
“Waalaikumussalam.Mak ai..ustazah!”
Adira ketawa kecil melihat sahabat baiknya Nad yang bertudung litup.
Walaupun Nad kelihatan sedikit macho tetapi Adira tahu sahabatnya itu layaknya dalam hati
ada taman.Tendang bola macam Messi tapi kalau depan lelaki pujaan ayu habis.
“Banyak cikadak la kau punya ustazah.Eh ini abang tiri kau ek?Hensem siut,”
“Hah,puji-pujian lebih nampak.Kau nak jadi kakak ipar aku ke?”
“Ish,aku puji je hensem.Kau kan tau taste aku..aku kan suka..”
“Yang jambu-jambu..”Nad dan Adira berkata serentak.Kedua-dua mereka ketawa
kecil.Reaksi mereka itu meyebabkan Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepala.Jari
telunjuknya diangkat tanda diam.Adira dan Nad menganggukkan kepala sambil tersipu-sipu
malu.
“Psst..babe..esok kau nak part time lagi tak?”
“Perlahan sikit la,kalau mummy dan daddy aku tau,mati aku..”Adira berbisik sambil menarik
Nad ke belakang.
“Okay..sorry..sorry.Nanti ada annual dinner satu company ni..aku lupa la namanya..tapi
diorang nak raikan director baru.Babe,nak waitress lebih,”
“Aku nak jugak.Daddy pun dah bebel nak matikan kad kredit aku.Tapi kalau dia tau aku buat
part time,mau kena lempang dek Datuk Maulana,”
“Alah..macam biasa le..kau cakaplah kau tidur rumah aku.Lagipun weekend je kau buat part
time kan?”
“Aku takutlahhhh..tapi aku nak..tapi kalau daddy tahu..”
“Apa yang daddy tahu?”
Suara Shahir mengejutkan Adira dan Nad yang tekun membincang misi rahsia
mereka.Terkesima sekejap bebudak berdua itu sebelum muncul idea tak bernas si Nad.
“Bukan daddy Adira,tapi daddy Nad..Adira pun panggil daddy Nad,daddy jugak.Hai,Abang
Shahir..saya Nad.kawan Adira,”Nad tersengih sambil melambaikan tangan.Adira menjeling
ke arah Nad.(Eh,lebih-lebih pulak dia..)
Shahir cuba menyimpulkan ayat yang dituturkan Nad.Banyak la pulak frasa daddy.Berkerut
dahinya.Tidak mengerti.
“Okay,hai..tapi abang tak faham,”
“Apa kata abang pergi kat depan,biar kitaorang settle masalah algebra kitaorang kat sini.Okay
abang..tata..”
Adira berusaha menolak Shahir ke hadapan untuk mengelakkan rahsia mereka diketahui
umum.Selepas pasti Shahir sudah jauh dari mereka,Adira memandang tepat ke mata Nad.
“Nad,apapun kita YM karang-karang,”
Nafasnya ditarik lega.Nasib baik.
*****
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Adira masih belum dapat melelapkan
mata.Sesekali terdengar bunyi lolongan anjing.
Dia bingkas bangun dan mengambil patung Barbie yang dihadiahkan Shahir.Kuku jarinya
digigit.Terukir senyuman keanak-anakan di bibirnya.Rambut patung itu dibelai-
belainya.(Hai,abang..dalam banyak-banyak benda ini yang diberi..)
Patung itu diletakkan di sisi notebook berwarna merah jambu.(Hem..comel jugak!)
Notebook Apple itu dibuka.Tertera laman blog AWEK B-BOT di skrin monitor 14 inci
itu.Adira mula menekan papan kekunci.
Dear B-bot,
Tak tahu kenapa,tapi rasa gembira sangat sebab abang dah pulang.Katanya hanya
sekejap,tapi aku harap abang pulang selama-lamanya.Lucu rasanya bila abang
hadiahkan mini Giselle buat aku.Abang ingat aku masih kecil?
Sama ada abang dah nyanyuk atau abang terperangkap dengan masa lalu.
Bencinya tengok girlfriend abang(bwek!).Abang patut mendapat girlfriend yang lebih
baik daripada perempuan tu.
Apapun sayang abang..
XoXo
Awek B-Bot
Notebook Apple yang dinamakan B-Bot itu ditutup rapat.Patung Giselle itu
dipeluknya.Walaupun tertidur tetapi wajahnya tetap manis dan ceria.
*****
Shahir memandang pokok mangga yang masih setia di halaman rumahnya.Di bawah pokok
itulah dia selalu menemani Adira menunggu bas sekolah.Sememangnya itu tugas wajibnya
memandangkan dia bersekolah sesi petang.Pokok itu jugalah yang menyebabkannya patah
kaki dek tersalah pijak kayu yang reput.Menangis Adira kerana dialah yang beriya-iya
meminta abangnya memetik buah mangga.
“Hai,menung jauh nampak,”
“Daddy,”Shahir mencium tangan Datuk Maulana. “Tak de lah,teringat macam-macam
kenangan dengan pokok mangga tu,”
“Abang masih ingat kami semua,Alhamdulillah,”
“Daddy,apa-apa pun daddy tetap ayah kandung abang,”
“Ya..sama la daddy dengan arwah mama abang pun.Apapun yang terjadi,dia tetap pernah
hadir dalam hati daddy,”
“Daddy,mama dah maafkan daddy dan abang pasti daddy pun begitu juga kan?”
Datuk Maulana tersenyum.Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
“Kini perhatian daddy untuk mummy,ayang dan abang.Mungkin daddy dan mummy tak ada
rezeki untuk mendapat anak.Syukurlah ada abang dan ayang.Daddy cukup sayang ayang
sepertimana daddy sayangkan abang.Ayang lebih daripada seorang anak buat daddy.Daddy
harap abang jangan lukai lagi hati ayang.Sayang ayang macam mana abang sayang adik
abang sendiri,”
Shahir hanya membisu mendengar kata-kata daddy yang panjang lebar.
“Abang tahu tak ayang marah sangat bila abang tak pedulikan dia selama ini.Kadang-kadang
daddy perasan dia macam memberontak di sebalik sifat lemah lembut dia tu,”
“Ye ke daddy?”
“Dia belum lagi menimbulkan masalah yang besar tapi daddy risau jugak.Abang boleh
tengok-tengokkan dia kan?”
“Insya Allah daddy,sepanjang abang kat sini abang akan tengokkan ayang,”
Shahir mengerutkan dahinya.Betulkah Adira dah mula memberontak?Benarlah ayang dah
jauh berubah.Kerisauan jelas terpancar di mata Shahir.
Pagi Jumaat itu seperti biasa Adira memandu kereta ke sekolah.Rutinnya dia akan
mengambil Nad dahulu.Tak sempat bertemu abangnya pada pagi ini.Awal-awal lagi Shahir
sudah mengikut daddy menunaikan solat jemaah Subuh di masjid.Terasa ada sesuatu yang tak
lengkap pada pagi ini.Biasanya dia ke sekolah dengan wajah yang ceria.Tetapi hari ini
segalanya sedikit caca marba.Dia pun tak tahu mengapa.Takkanlah kerana tidak sempat
bertemu abang sebelum ke sekolah?Adira menggeleng-gelengkan kepalanya.Gila!Takkanlah.
Nad pun tidak mengganggu sahabat baiknya pada pagi itu.Setiap orang ada angin
timur,barat,utara dan selatan.Biarlah Adira melayan perasaannya sendiri.
Sebaik sahaja keluar dari kereta,semua mata memandang ke arah mereka berdua.Maklumlah
gadis-gadis popular di sekolah.Adira terkenal dengan kecomelan dan sifat yang lemah
lembut.Bukan sedikit surat cinta yang diterimanya.Daripada ketua pengawas.ketua
darjah,ketua samseng termasuklah cikgu yang cuba menggatal.Nad pula merupakan kapten
futsal pasukan wanita .Gabungan sahabat baik yang luar biasa.
Sebaik sahaja melewati Blok A berhampiran dengan gelanggang bola keranjang mereka
mendengar sekumpulan murid menjerit satu nama yang tidak asing lagi di sekolah itu.
“Iwan!Iwan!”
Iwan galak melakukan flip kepada papan luncurnya sambil mengenyit mata ke arah gadis-
gadis yang menjerit namanya.Keletah nakal jejaka comel itu mengundang keluhan kecil di
bibir Nad.Dia kelihatan sedikit tidak selesa.La pulak,penyakit Adira sudah berjangkit.
“Dira!”Iwan berlari mendapatkan Adira sebaik sahaja ternampak gadis itu melintas di
hadapannya.Papan luncur tadi diselitkan di celah ketiaknya.
“Kenapa?”Adira menjawab malas.Acuh tak acuh.
“Next week,birthday aku.Aku nak jemput kau.Kau tau la kan birthday aku,sama havoc
dengan party MTV,”
“Oh ye ke?Siapa datang?Michael Jackson?”Sindir Adira.
“Kau agak-agak ah orang mati nak datang,”Iwan tersengih mendengar kata-kata
Adira.(Bunguks..nasib baik kau comel!).
“Tengoklah kalau aku rajin,”
“Rajin-rajinlah..jangan malas.Bahaya!Eh,Nad..kau pun datanglah,”
“Eh..a..aku?Tengoklah macam mana,”Nad kelihatan sedikit gabra.Adira yang sememangnya
tak ada mood pada pagi itu meneruskan perjalanannya ke kelas.Lurus ke hadapan macam
zombie.
“Okay Nad..kau pujuk-pujuklah kawan baik kau tu,”Iwan masih berusaha semampu yang
boleh.
“InsyaAllah..aku tak janji.Okay bro,aku pergi kelas dulu,”
Iwan mengangguk sambil menggaru-garu bibirnya yang tak gatal.Susah betul aku nak tackle
si Adira ni.Jual mahal mengalahkan Maya Karin.Sekali aku tackle Nad baru tau.Comel
jugak.Masalahnya,dia macam minat bola lebih daripada lelaki aje.Bahaya tu!
*****
Shahir melihat jam di tangannya.Dia menggelengkan kepala.(Dah pukul 3 petang..mana Adira
ni?)
Rumah banglo 3 tingkat itu kelihatan senyap dan sunyi.Daddy menghadiri pilihanraya kecil di
Perak sebagai tanda sokongan terhadap parti politiknya.Mummy pula dia tak pasti ke mana
perginya.Lewat solat Jumaat tadi,mummy sudah hilang.
Persoalan mengenai Adira yang ditimbulkan daddy masih bermain di fikiran Shahir.Benarkah
adik kesayangannya itu sudah bermasalah?Perlahan-lahan Shahir menaiki anak tangga
menuju ke tingkat dua di mana kamar Adira berada di hujung sebelah kanan.
Dia benar berharap Adira tidak mengunci biliknya.Perlahan-lahan dia memulas tombol
pintu.Senyuman terukir di bibirnya apabila pintu bilik itu bisa dibolos tanpa sebarang
masalah.
Bauan lavender jelas terbau sebaik sahaja Shahir menjejakkan kaki ke kamar
adiknya.Diperhatikannnya sekeliling bilik.Langsir pink,cadar pink,notebook pink dan dinding
pun pink.Gadis dan pink.Rasanya macam tak ada masalah.Normal.
Senyuman nakal menguntum di bibirnya tatkala melihat patung Barbie yang dihadiahkannya
diletakkan di atas meja di sisi notebook.Matanya terpandang pula kepingan surat yang
diletakkan di dalam sebuah kotak.Hatinya tercuit untuk melirik isi-isi di dalam surat-surat itu.
Diambilnya sekeping.Pengirim,Iwan.Seterusnya,Iwan,Dan lagi Iwan.Ada juga Cikgu
Baha.Shahir mengerutkan dahinya(Apa motif cikgu pun kirim surat?)
Shahir mengeluh kecil.Popular juga adik aku ni.Dia melihat gambar manis Adira yang
menghiasi kamar-kamar dinding.Macam-macam aksi comel difotokan dalam setiap
bingkai.Shahir tersenyum sendirian.
“Apa yang abang buat dengan surat-surat tu?”
Caught in the act.Shahir tergamam melihat Adira yang masih beruniform sekolah berdiri di
kamar pintu.Mati-mati dia tidak mendengar enjin kereta.Yang pasti Adira sudah pun melihat
dirinya dengan kepingan surat-surat berbaur peribadi di tangannya.
“Dira ma..marah?”Shahir cuba menduga mood Adira.
“Tak adalah,”Adira pantas duduk di sebelah Shahir. “Bacalah,diorang yang bagi..Dira tak
pernah balas pun,”
Walaupun baru pulang sekolah,haruman pewangi Mystique yang dipakai Adira
mengganggu emosi.Itu belum termasuk bau rambutnya seperti strawberi.Shahir tak pasti sama
ada dia lapar kerana belum makan atau nalurinya sebagai lelaki tergugat.Nafasnya ditarik
dalam-dalam.Cuba mengawal keadaan.
“Ini yang nama Iwan ni siapa?Abang tengok banyak surat dia?Romeo ke?”
“Kelakarlah abang ni,Iwan tu memang comel sangat!”
“Jadi ni lah pakwe Dira?”
“Kalau dia pakwe Dira,tak adanya dia nak hantar surat minta jadi awek dia kan?Taste
Dira lainlah,bang.”
“Okay,cuba cerita abang,macam mana taste Dira?”
“Hemm..yang kacak,baik hati,tak abaikan solat dan..tua daripada Dira kot,”Adira
mengenyit matanya nakal sebelum merebahkan dirinya di atas katil kerana keletihan.Reaksi
adik tirinya itu menyebabkan Shahir bertambah tidak selesa.Mulanya nak juga dimarahi Adira
kerana pulang lewat tetapi semuanya sudah terbang ke mana-mana.
Dia bingkas bangun sambil meletakkan kembali surat-surat tadi di atas
meja.Langkahnya serba tak kena sebelum tergesa-gesa keluar dari kamar Adira.
“Apapun jangan layan lagi surat-surat macam tu.Terutama budak Iwan tu!”
Jerit Shahir sambil menuruni anak tangga.
Adira tersenyum.Dia memeluk anak patung beruang yang dihadiahkan daddy.Hati
remajanya tertanya-tanya.Apakah larangan itu kerana abang cemburu?Kalau betul abang
cemburu.Baguslah.
Yang pasti Dira sayang abang.Berdosakah Dira kerana menyayangi abang?Adira tak
tahu mendefinisikan rasa sayang itu.Yang dia pasti,abang sentiasa bertakhta di hati sejak kecil
hingga kini.
Di tingkat satu,Shahir terjelepuk duduk di atas sofa.Bibirnya tidak henti
beristighfar.Dia keliru dengan dirinya.Sejak bila dia memandang Adira dengan pandangan
yang lain?Dia tidak mahu menjadi pengkhianat dalam keluarga ini.Memang Islam tidak
melarang perkahwinan sesama saudara tiri berlainan ibu dan bapa tetapi daddy telah
mengamanahkan tugas menjaga Adira seperti seorang abang menjaga adik.Dirinya seperti
tidak beretika kerana dia pernah menganggap Adira seperti adik kandungnya sendiri ketika
kecil.Kini dia serba tak kena berhadapan gadis remaja itu.
Sebagai orang yang lebih dewasa daripada adiknya,Shahir pasti dia mampu mengawal
situasi itu dengan baik.Malangnya dia sendiri hampir rebah dibisik syaitan.Aduhai,dia tidak
boleh bersikap begini dengan Adira.Di saat itu seraut wajah muncul di mindanya.
Shahir menekan kekunci di aplikasi BlackBerry Messenger.
SAYANG,BILA YOU NAK DATANG KE SINI?
*****
Farina tersenyum melihat mesej dari Shahir.Kesibukan menguruskan projek bangunan baru di
hospital kanak-kanak di Christchurch menghalangnya untuk ke Malaysia buat masa ini.
Walaupun sibuk dengan kerja,dia masih sempat menjemput anak tunggal lelakinya untuk
makan tengahari bersama.
“See Aliff,Uncle Shahir hantar mesej.Dia nak kita ke Malaysia,”
“What Uncle Shahir do in Malaysia,mum?”
“Dia jumpa keluarga dia,sayang,”
“I wish he were here,at least he can played PSP better than you,”Aliff kelihatan sedikit
merajuk dengan mulut yang memuncung.
Farina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aliff.Walaupun dia berusaha
untuk bercakap Melayu,anaknya akan tetap membalas dalam Bahasa Inggeris.
Mesej daripada Shahir dibalasnya.Dengan rasa rindu yang tidak ada penghujungnya.
SABARLAH,SAYANG.AFTER PROJEK NI I DATANG....
*****
Adira sudah bersedia sebaik sahaja terdengar bunyi balingan batu di tingkap kamarnya.Dia
menggalas beg dan membuka tingkap kamarnya.
Di bawah Nad setia menanti dengan motosikal cabuknya yang terpaksa ditolak.Nak mati
hidupkan enjin?Pecahlah rahsia mereka berdua.Rancangan itu hampir-hampir tidak menjadi
kerana mummy tidak mengizinkan Adira tidur di rumah Nad kerana daddy tiada di
rumah.Usaha tangga kejayaan,akhirnya idea gila ini yang dicapai mereka.
Dia bukan buat kerja tak senonoh pun.Dia cuma kerja sambilan sebagai pelayan jika ada apa-
apa majlis keraian pada hari cuti sekolah.Nak kata tak cukup duit,rasanya tak adalah
sangat.Walaupun daddy asyik mengugut nak potong kad kredit,tak ada pun
dipotongnya.Cuma Adira rasa lega dan puas dapat melakukan aktiviti luar tanpa daddy atau
mummy.
Seperti yang dijanjikan jam 9 malam,mereka akan ke Kuala Lumpur dengan motosikal
Nad.Lebih kurang pukul 10 mereka akan sampai KL dan terus ke Hilton.Majlis ulangtahun
dan menyambut pengarah baru syarikat komunikasi Comm Holdings bermula pukul 11
malam.Memang sempat.
Adira berhati-hati meniti batang paip sebelum melompat terjun ke bawah.
“Kau ni..patah kaki karang,”Nad berbisik perlahan.
“Kau jangan cakap banyaklah,cepat sikit..nanti abang dengan mummy aku tau.Cepat..”Adira
turut berbisik sambil terbongkok-bongkok membantu Nad menolak motosikalnya.
Setelah jauh daripada banglo Datuk Maulana,enjin motosikal itu dihidupkan.Kedua-duanya
menyeringai dengan muka sepuluh sen tak rasa berdosa keluar senyap-senyap.
******
Lagu „Telephone‟ daripada Lady Gaga dan Beyonce memenuhi ruang dewan di Hotel
Hilton.Adira dan Nad sudah pun memakai uniform pelayan,bow tie dan skirt pendek
berwarna hitam.Adira menyiku Nad di sebelahnya.
“Aku ingat formal party tapi macam private party je,”
“Aku salah maklumat la babe,yang annual tadi pukul 8 malam tu memang formal party.Yang
ni sambut director baru tu memang private gila,”
“Kau rasa diorang tau tak kita baru 17 tahun?Sebab aku baru nampak wiski tadi.Nad aku tak
nak angkat benda haram tu,”
“Ada ke?Tu sure untuk client non muslims diorang.Err pasal umur..aa..aku bagitau kita 20
tahun..huhu patutlah diaorang bagi kita shift waktu ni.Tapi kau jangan risau,kau sibukkan
diri,kau jangan serve benda tu.Kita duk area cocktail je.Cepat,bergerak!”
Terkedek-kedek minah dua orang tu berlari ke arah light drinks.Dalam suasana kelam kabut
dan di celah-celah tetamu yang waras dan tak waras,Adira berlanggar dengan seorang jejaka
di hadapannya.Habis tertumpah jus oren di atas kemeja putih lelaki itu.Adira memejamkan
matanya.(Alamak,matilah aku!)
“So..sorry tuan..saya tak sengaja..”Adira menundukkan wajahnya takut hendak memandang
lelaki di hadapannya.
“Apa yang sorry..sorry..sini!”
Lelaki itu menarik tangannya ke belakang dewan.Adira hanya menurut tanpa membantah.Di
saat ini dia amat memerlukan Nad tapi nampaknya Nad sudah pun hilang di antara tetamu-
tetamu yang asyik menari itu.
“Sorry tuan..saya janji akan bayar balik..”
“Bayar apa?Saya tak nak bayaran,saya nak nombor telefon awak,”
“Tuan nak call daddy saya ke?Huhu..matilah saya..”Adira mula rasa nak menangis.
“Awak ni anak Datuk Maulana ke?”
“Eh?”Adira memandang wajah jejaka di hadapannya.Boleh tahan.Orangnya nampak comel
dan sederhana.Berkulit sawo matang.
“Eh?Apa eh?”Jejaka di hadapannya ketawa kecil. “Sejak awak masuk ke dalam hall lagi saya
dah tahu awak anak Datuk Maulana,”
“Eh?”
“Luculah awak ni.Saya pernah tengok gambar keluarga awak dalam majalah Bisnes,”
“Alamak..”Adira menepuk dahinya.Bagaimana dia boleh terlupa mereka bergambar untuk
majalah itu tahun lepas?Terperangkap.
“Awak dan kawan awak tunggu saya di lobi hotel,saya tahu...awak baru 17 tahun..”bisik
lelaki itu perlahan.
“Please..jangan bagitau daddy,”Adira menunjukkan ekspressi wajah yang comel campur
kesian.Matanya sedikit berkaca seperti Puss In Boots dalam Shrek.
“Okay..tapi awak kena call seseorang..ambil awak..siapa ye?”
Adira rasa mahu tak mahu dia terpaksa memanggil abangnya.Itu lebih baik daripada
memanggil mummy.Mahu ada drama bersiri.
“Sam,dah jumpa awek rambut pendek tu?”Lelaki itu bertanya kepada seorang pemuda
berbadan besar di hadapannya.
“Sudah,dah bawa ke lobi pun Encik Daus,”
Daus?Firdaus?Adira memandang kain pemidang di hadapan dewan.WELCOME TO OUR
NEW DIRECTOR MR.SHAHRIL FIRDAUS TO COMM HOLDINGS.(Alamak..mamat ni
director baru Comm Holdings..anak Tan Sri Ali..memang kawan bapak aku!Matilah kau
Adira..)
“Jangan risau,rahsia awak selamat.Awak comellah,berapa nombor telefon awak?”
Reaksi nakal Daus langsung tidak mencuit hati Adira.Dia cuma terbayangkan wajah
abang.Aduh,abang pasti kecewa dengan kerja gilanya.
Daus cuma memerhati reaksi gadis di hadapannya.Kesian pun ada.
Daus memandang kedua-dua gadis di hadapannya.Baik Nad mahupun Adira duduk
termonyok seperti hendak dijatuhkan hukuman gantung layaknya.Daus memandang Adira
atas dan bawah.Dia mencuit lengan gadis itu.
“Tisu,”Dia menghulurkan Kleenex kepada Adira.Adira mengambilnya dengan air mata yang
masih bergenang di kelopak mata.Daus menarik nafasnya.(Alah,kesiannya..)
“Jangan risau,kami tak akan ambil apa-apa tindakan kepada kamu berdua.Tapi lain kali
jangan buat lagi benda macam ni.Tumpukan pada pelajaran.Nak kata kamu dua orang ni dari
keluarga susah,tak juga.Faham?”
“Fa..fa..ham..”Tergagap-gagap Nad dan Adira menjawab soalan Daus.
“Sam,kau tunggu budak-budak ni sampai abang budak comel ni datang,saya masuk hall
balik,”Daus berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala.Dia masih sempat menjeling ke
arah Adira.Nafasnya dihela.Ada debaran yang timbul dalam setiap degup jantungnya.
Lelaki yang dipanggil Sam itu menemani mereka berdua sambil membaca suratkhabar The
Star.
Sudah satu jam setengah mereka menanti di lobi hotel.Adira dan Nad langsung tidak berbual
sesama mereka.Takut.Yang paling kecut tentulah Adira.Terbayang-bayang wajah Shahir yang
akan mencepuk kepalanya.Dia cuba berlagak dewasa sebaik mungkin di hadapan abang,tapi
sudah tentu tindakannya ini akan dianggap abangnya sebagai tindakan budak remaja yang tak
cukup matang.Ada otak tak ada akal.
Bunyi tapak kaki yang amat dikenali Adira membuatkan jantungnya semakin berdebar-
debar.Di dongak kepalanya.Shahir memandangnya dengan wajah yang serius dan kemerah-
merahan.Adira hanya mampu mengeluh kesal.Habislah.
*****
“Abang tak sangka Dira boleh buat benda macam ni,”
Shahir bersuara tegas sambil memandu pulang ke Rawang.Motosikal Nad diletak di bahagian
belakang Storm berwarna hitam itu.Adira duduk di tengah-tengah sambil diapit Shahir dan
Nad.Dia memang kesal dengan tindakan Adira.Sudahlah dia belum hafal lagi jalan ke Kuala
Lumpur.Jenuh dia bertanya orang di tepi jalan bagai rusa sesat di kampung.
“Saya yang ajak dia,Abang Shahir,”Nad bersuara perlahan.
“Kau diam!Karang aku tinggal kau tepi jalan,”
“Tak nak..”Terkemut-kemut Nad dibuatnya.Baik diam daripada kena menapak balik
Rawang.Gilos.Lagi gilos kalau terserempak pontianak.(Tak nakkkkk..)
“Abang nak marah Dira,abang marah Dira sorang lah.Yang abang marah Nad buat
apa?”Adira akhirnya bersuara dengan mukanya yang tampak merajuk.
“Menjawab..kalau tahu dek daddy,abang yang kena jawab,”
“Sejak bila abang jadi abang yang bertanggungjawab?Lapan tahun lepas kenapa tidak?”Sindir
Adira.Dia cuma ingin mempertahankan diri.
Shahir terdiam mendengar pertanyaan Adira.Adira menelan air liurnya.Dia tahu Shahir pasti
terluka dengan pertanyaannya.Dia sudah pening mendengar bebelan Shahir dan Nad yang
asyik kena marah.Tanpa perancangan,soalan itu terpacul keluar daripada mulutnya.Tidak
berniat menyakiti hati abangnya.
Perlahan-pahan kereta itu berhenti di tepi jalan.Enjin dimatikan.Shahir memandang ke arah
Adira.
“Kita keluar sekejap.Abang nak cakap sesuatu,”Shahir cuba bersuara lembut walaupun
mukanya sudah kemerahan.
Adira mengikut abangnya keluar dari kereta.Nad hanya terdiam di dalam.Dia tidak mahu
mencampuri urusan keluarga orang lain.Tangannya gatal menguatkan suara radio.Mendengar
lagu „Toyol‟ daripada Allahyarham Sudirman Haji Arshad membuatkan Nad cepat-cepat
mematikan radio itu.(Dah takde lagu lain?Hoh!)
Di luar cuaca yang dingin mencengkam sehingga ke tulang hitam.Langit di atas gelap tanpa
bintang dan cahaya bulan samar-samar kelihatan.Mungkin hendak hujan.
Shahir menyapu rambutnya ke belakang.Dia memandang Adira di hadapannya dengan
lembut.Secara spontan,tangannya diletakkan di pipi adiknya.Adira sedikit terkejut apabila
tangan abangnya mengusap lembut pipinya.
“Kenapa Dira semakin degil sekarang?”Suara Shahir persis memujuk.
Adira memejamkan matanya.Mengalir air mata jernih di pipinya.Tangan Shahir ditolak
perlahan-lahan.Tanpa kawalan,dia menangis tersedu-sedan seperti anak kecil.Ya,memang dia
memberontak kerana abang.Abang tinggalkannya tanpa khabar berita selama 8 tahun seolah-
olah dia tidak penting buat abang.
“Dira marah abang ye?Abang dah balik,abang janji akan jaga Dira.Abang akan lindungi
Dira.Jangan macam ni,ini bukan Adira yang abang kenal,”Shahir masih cuba memujuk.Di
matanya terpancar keikhlasan dan kasih sayang.
“Dira benci abang..benci..benci..benci!”
Adira menangis tersedu-sedan di bahu Shahir.Shahir menyapu lembut rambut adik
tirinya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Percayalah,abang akan kotakan janji abang kali
ini.Abang akan jaga dan lindungi Dira.
Seiring dengan mega yang kelam,hujan mulai turun.Titis demi titis perlahan-lahan membasahi
bumi Tuhan.
Nad memandang tingkah Adira dan abang tirinya denga seribu persoalan.Tidak berniat untuk
menyibuk tetapi tertanya-tanya.Apa yang sebenarnya berlaku di antara dua saudara tiri itu?
*****
Sampai di rumah.Shahir terpaksa membohongi mummy dengan mengatakan Adira terpaksa
pergi ke rumah Nad untuk menyelesaikan projek sekolah.Sudah tentu mummy berleter tapi
hanya sekejap.Adira terpaksa menahan telinganya mendengar bebelan mummy.Dia pasti jika
mummy tahu hal yang sebenar silap haribulan dia tidak dibenarkan keluar rumah langsung
untuk sepanjang tahun.Shahir hanya tersenyum melihat Adira menerima sahaja leteran
mummy.
Selepas menghadap mummy,Adira naik ke biliknya untuk mandi.Walaupun kena sembur
dengan mummy,wajahnya masih manis dan ceria.Selesai mandi,dia mengenakan pijama dan
memakai masker.Notebook berwarna merah jambu itu dibuka.Malam itu dia tidak
mempunyai mood untuk melayan Facebook sebaliknya terus memasuki laman blognya.
Dear B-bot,
Kerja gila sudah dilakukan.Yang berlaku sudah berlaku.Lupakan.Cuma..malam ni aku
happy giler sangat.Entahlah.Ada satu rasa di dalam hati ini yang tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata.Rasanya manis,khayal dan bagaikan
mimpi.Dijagai?Dilindungi?
Aku tak pernah jatuh cinta.Jadi,apakah yang aku rasa ini C.I.N.T.A?
Aku tak pasti sama ada bolehkah aku mencintainya?(Hmmm..)
Yang pasti,dia lah arjuna yang telah memanah hati ini..gilakah aku kerana mencintai
dia?
B-bot..tolong aku!
Adira menghela nafasnya.Catatan blog nya kali ini memang agak terbuka.Pedulilah,tiada
siapa yang tahu Awek B-bot itu dirinya.Hatta Nad sekalipun.
Abang tetap cinta pertamanya.Sejak berusia 9 tahun lagi dia sudah suka dengan abang.Bila
abang kembali ke Malaysia,perasaan itu semakin berkembang seiring dengan usia
remajanya.Dia tidak pernah merasai apa yang dirasakan terhadap abang dengan lelaki lain.
Adira melihat dirinya di cermin.Pelbagai aksi dilakukannya.Rasanya aku lagi cantik
berbanding girlfriend abang.(Benci betul dengan minah tu!)
Badannya dihempas ke katil.Meniarap dengan kedua kakinya dinaikkan berselang-
seli.Kedua tangannya meneleku wajahnya.Masalahnya,apakah abang juga mempunyai
perasaan yang sama?
Hujan masih menimpa bumi.Perlahan-lahan kelopak matanya terpejam dengan soalan
yang masih tiada jawapan.
*****
“Selamat pagi!”
Jeritan Adira mengejutkan Shahir yang tidur semula selepas solat Subuh.Tanpa
mempedulikan abangnya yang mamai,Adira melompat-lompat riang di atas katil itu.
“Dira ni kenapa?Terlebih minum Horlicks?”Shahir menggaru-garu
kepalanya.Bingung.Campur dengan matanya yang rasa masih melekat dan sukar untuk
dibuka.
“Abang,bangun!”Sengaja Adira menjerit di telinga Shahir.
“Aduh,pekak abang nanti!Okay..abang bangun..”Shahir bingkas bangun sambil
mencapai BlackBerry di atas meja.(Baru pukul 9 pagi..agak-agak ah!)
“Abang marah ek?”
“Tak,abang tak marah.Abang gerammmm..”Shahir menarik hidung Adira lalu
mengambil tuala di sebalik pintu.“Ni bangunkan abang pagi-pagi ni mesti nak ajak pergi
mana-mana..betul tak?”
“Pandai pun,jom pergi KL”
“Aik,kan semalam awak dah pergi?”
Sindir Shahir sambil tersenyum senget.
“Abang jangan mengada-ngada,”
Adira memuncungkan bibirnya.
“Okay..okay..Dira nak pergi mana?”
“Shopping ke,tengok wayang ke..”
“Tengok wayang?Cerita apa?”
“Jumbo Gajah Biru..hhihihi..”
“Ek?Abang pun kena tengok Jumbo Gajah Biru?”
“Abang pergilah mandi,bau busuk!”
Adira menolak Shahir keluar dari kamarnya terus ke bilik air.Datin Ainur hanya
menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka berdua.Sudah lama tidak melihat Adira
berkelakuan nakal sebegitu.Mujurlah ada Shahir yang sanggup melayan karenah adiknya.
*****
Lama Shahir tidak memandu di Kuala Lumpur.Dari Mid Valley ke Bukit Bintang
sampai ke KLCC pun dia sudah pening.Adira bukannya nak membantu,mengacau lagi ada.
Teruk Adira kenakan dia hari ini.Tak cukup tangan dia membawa beg kertas.Kata
Adira dia hendak membalas dendam sebab hanya dihadiahkan Barbie oleh Shahir.Sejak bila
budak sekolah pandai pakai LV pun Shahir tak pasti.Yang pasti Adira cukup manja
dengannya,tangan kecil yang merangkul lengannya seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
Sebagai lelaki,egonya bertambah apabila melihat mata-mata lelaki lain
memandangnya dengan rasa dengki dan cemburu.Tetapi sebagai abang,Shahir cuba melayani
Adira hanya sebagai adik sebaik mungkin.
“Dira,”
Suara seorang lelaki yang memanggil Adira mengalihkan pandangan Shahir kepada
tuan empunya suara.
Seorang budak lelaki sebaya adiknya sedang tersengih-sengih memandang mereka.
“Iwan,”Balas Adira sambil tersenyum.Shahir dapat merasakan Adira semakin
merangkul erat lengannya.Shahir tidak pasti mengapa.Tetapi jika untuk membuat budak di
hadapannya cemburu,Shahir bangga.Sahamnya lebih tinggi daripada budak lelaki 17 tahun di
mata Adira.(Iwan?Eh,ni kan budak yang hantar surat tu?)
“Hai,siapa ni?Bapak kau ke?”Iwan tersenyum sinis.
“Kalau bapak aku macam ni,hensem dan muda gila la bapak aku,”
Shahir hanya tersenyum mendengar jawapan Adira.
“Saya ni..guardian angel Adira.Ada masalah?”Tanya Shahir kepada Iwan yang
nampak jaki tak sudah terhadapnya.
“Tak de masalah..cool je,bang,”
“Tengok „Jumbo Gajah Biru‟ ke?”Tanya Shahir sambil menunjukkan tiket wayang
yang dipegang Iwan.
“Ye la..ada masalah besar?Err..aku pergi dulu.Bye Dira!”Telinga Iwan sudah merah
dan panas mendengar soalan Shahir yang seolah-olah menganggapnya seperti kanak-
kanak.(Pedulik ah aku nak tengok gajah biru ke..gajah kelabu ke..)
Adira mencubit lengan Shahir.Shahir mengaduh kecil.
“Abang ni tak baiklah,Dira pun nak tengok gajah biru,”
“Ye?Kenapa?”
“Sebab Dira minat Akim AF7,”
“Nama gajah tu ek?”Shahir masih mengusik adiknya.
“Bukanlah..dia suara untuk gajah tu,”
“Oh..tak ada muka dia kan?Suara dia aje kan?Tak payahlah tengok,”
“Abang jangan mengada..”
“Kita tengok „Clash Of The Titans‟ lah,”
“Tak mau..nak gajah biru,”
“Abang tak suka gajah,abang suka semut,”
“Abanggggg..”
Akhirnya Shahir terpaksa juga mengalah demi adik kesayangannya.Bukankah abang
berjanji untuk menjaga dan melindungi Adira?Kebahagiaan Adira adalah kebahagiaan abang
juga.
*****
Nad memandang Adira yang nampak tidak sabar menanti kelas Pendidikan Islam
dengan kehairanan.Keterujaan yang tak dapat dilindung lagi sejak datang ke sekolah.Malah
Adira asyik membebel mengapa subjek itu diletakkan di akhir waktu.
Sebaik sahaja Ustaz Rashid melangkah masuk,salam di berikan dan semua murid diam
menyepi kerana takut dengan kegarangan Ustaz Rashid.Bagaimanapun Adira dengan selamba
mengangkat tangan.Terkejut juga Nad dengan reaksi sahabat baiknya itu.
“Ya,Cik Adira..kenapa?”Suara tegas Ustaz Rashid memenuhi ruang kelas.
“Maafkan saya,ustaz,Saya ada kemusykilan,”
“Baiklah.Apa kemusykilan kamu?”
“Saya bagi ustaz satu masalah.Emm..Sudin seorang duda yang mempunyai anak lelaki
hasil perkahwinan terdahulu..err,namanya..Budin.Timah seorang janda yang ada anak
perempuan hasil perkahwinan dulu..emm,namanya Senah.Sudin dan Timah
berkahwin.Soalannya boleh tak Budin dan Senah berkahwin.Itu saja.Syukran jazilan,ustaz,”
Adira duduk sambil tersengih.Nad hanya menggelengkan kepala.(Aku dah agak
dah..Senah betul kawan aku nih!)
“Afwan.Okay,ustaz terjemahkan kamu ayat Al-Quran dari Surah An-Nisa,ayat ke-23.
Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara
perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan
anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara
perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu
isterimu,anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah
kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya dan sudah kamu ceraikan maka tidak
berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu yakni menantu
dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”
Suasana kelas hening.Hanya bunyi kipas yang berpusing kedengaran.Bunyi cengkerik pun
ada.
“Tak faham?”Ustaz Rashid menggeleng-gelengkan kepalanya. “Haram lelaki berkahwin
dengan ibu kandungnya,anak kandungnya,kakak atau adik kandungnya,kakak atau adik ayah
dan ibu kandungnya,anak saudara,ibu susuan,saudara susuan,ibu mertua dan anak tiri kecuali
sudah bercerai dengan isteri,menantu dan memadukan kakak dan adik.Faham?”
“Maksudnya saudara tiri yang berlainan ibu dan ayah halallah untuk berkahwin?Sebab dalam
ayat Al-Quran mengecualikan golongan ini?”Tanya Adira sambil tersenyum.
Ustaz Rashid menganggukkan kepalanya.
Adira menarik nafas leganya.Kalau agama pun tidak melarang,Adira pasti manusia juga tidak
sepatutnya ada halangan.
“Eh,Si Senah tu kau kan?Kau suka abang tiri kau ek?”
Pertanyaan Nad menyebabkan Adira kemerah-merahan.Dia tidak menjawab pertanyaan
Nad.Dahinya ditepuk.Habislah kalau makcik ni dah tahu.
Adira dan Nad terbaring di atas padang menghijau yang terbentang luas.Sorak-sorai dan
jeritan rakan-rakan perempuan lain yang asyik bermain bola jaring seperti masuk telinga
kanan dan keluar telinga kiri.Hujung kepala mereka bertentangan seperti kembar siam.Kena
pula dengan cuaca petang itu yang indah dengan awan biru yang terpotret di dada
langit.Hembusan angin meniup lembut dan memberikan satu rasa yang cukup aman dan
tenteram.
“Dira..,”
“Hmm?”
“Kau suka Abang Shahir ek?”
“Hmm..”
“Sejak bila?”
“Sejak aku darjah tiga,”
“Gatallah kau!”
Kata Nad itu disambut dengan cubitan Adira ke pipinya.
“Sakitlah Senah!”Nad menyapu-nyapu pipinya.
“Sampai bila kau nak „Senah‟kan aku ni?”
“Kelakar la kau..Senah dan Budin..poyo tak agak,”
“Diamlah vunguks,”
Nad mengalihkan badannya.Meniarap sambil jarinya bermain-main dengan rambut sahabat
baiknya.
“Dira,kau tak rasa janggal?”
“Sebab?”
“Memanglah dia abang tiri kau tapi entahlah..kalau aku dalam situasi kau,aku rasa macam
sumbang mahram je,”
Nad menarik rambut gatal Adira.Adira mengaduh kecil sambil menggosok-gosok
kepalanya.(Dah tak de kerja lain daripada cabut rambut aku?)
“Inilah manusia.Tuhan dah halalkan,manusia pula haramkan,”Adira mengeluh perlahan
sambil memejamkan matanya.
“Tak ada la..bagi aku,peliklah kau.Banyak-banyak lelaki,dalam rumah kau sendiri yang kau
berkenan.Macam budak AF,pusing-pusing couple sesama sendiri,”
“Ikut suka hati kaulah Nad.Bagi aku,ku percaya ada cinta,”
“Ceh!Motif sangatlah tu lagu Datuk Siti.Oi,aku serius ni babe,”
Nad menunjal perlahan dahi Adira.
“Aku lagilah serius.Dalam hati aku hanya ada abang.Salah ke?”Adira bingkas bangun dan
memandang tepat ke mata Nad.
“Entahlah,aku takut kau yang kecewa.Kau sendiri pernah cakap kat aku yang abang kau dah
ada girlfriend.Lagipun,kau yakin ke abang tiri kau pun ada perasaan yang sama?Wake up Siti
Adira!”Hujah Nad dengan tegas dan suara yang agak tinggi.
“Bukan cinta namanya kalau tak ada badai,gelora dan lautan api.Sudahlah Nad,aku harap
kawan baik aku dapat memberi sokongan kepada aku.Tapi kalau kau pun menghalang
perasaan aku.Aku tak tahu apa erti persahabatan kita,”Adira mencapai beg sekolahnya dan
meninggakan Nad yang terdiam terpaku di situ.
Nad menghela nafasnya.Tiada sekelumit niatnya untuk menghalang perasaan cinta
Adira,tetapi dia Cuma berharap Adira dapat menimbang semula rasa cintanya kepada abang
tirinya.Buat apa mengharapkan kepada sesuatu yang tak pasti.Tambahan pula lelaki itu sudah
pun berpunya.Lebih daripada itu dianggap sebagai keluarga sendiri.
“Peduli kaulah Senah!”
Jeritan Nad memenuhi ruang padang sekolah.Adira tidak mempedulikan jeritan
Nad.Langkahnya terus teratur ke hadapan.Dia tidak peduli kata-kata Nad atau bagaimana Nad
hendak pulang ke rumah.Geram hatinya apabila perasaannya terhadap abang dipandang
remeh oleh sahabat baiknya.
Adira tekad dengan rasa hatinya.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal
lengan!
*****
Daus meneliti kertas kerja Projek Mesra Sekolah Comm.Dia memandang wajah pengurus
pemasaran yang sedia menanti arahannya.Projek promosi talian prabayar untuk murid sekolah
secara besar-besaran.Menarik.Cincin di tangannya diputar-putar.
“Sekolah mana dulu?”
“Kita fokus KL dulu,Encik Daus,”
“Ye ke?”Daus mengerutkan dahinya.Seolah-olah memikirkan sesuatu.Interkom di atas meja
ditekan.
“Suzy,I need your help,”
“Yes,Mr.Daus?”Suara setiausahanya kedengaran melalui corong interkom.
“I nak you cari sekolah di mana Siti Adira anak Datuk Maulana belajar,”
“Excuse me,sir.Macam mana I nak cari?”
“Alah you ni,you Google la,FB ke..takkan tu pun I nak ajar,”
“I‟m sorry,Mr.Daus.Okay,err..I cari..”
“Pandai pun,”Daus tersenyum memandang pengurus pemasarannya yang masih tegak berdiri
di hadapannya. “You ada apa-apa lagi ke,Badrul?”
“Tak,tuan.Tuan approved ke?”
“Apa pulak tak approved?Kecil tapak tangan,planet Marikh saya bagi awak,”
“Terima kasih tuan,”
“Oh..sama-sama.Pasal sekolah biar saya yang tentukan,okay?”
Badrul mengangguk.Daus memberi syarat supaya keluar.Lelaki itu mengangguk-angguk
sambil keluar dari bilik Pengarah Comm Holdings.
Daus tersenyum sendirian.Dadanya dipegang.Setiap kali terbayangkan Adira,debaran
jantungnya semakin kencang.Walaupun gadis itu baru berusia 17 tahun,ada satu pesona yang
menarik perhatiannya.Keletah naif bercampur nakal yang mencuit hatinya.Sejak pertemuan
kali pertama di Hilton,Daus tidak dapat melupakan seraut wajah comel yang membikinnya
serba tak kena.Jika tidak kerana dirinya menjadi tetamu yang penting pada malam itu,tak
ingin dia lepaskan gadis itu.
Interkom di meja ditekan lagi.
“Suzy,you dah jumpa?”
“I tengah cuba Mr.Daus.Server down sikit hari ni,”
“Okay,you cari semua maklumat pasal dia sama.Faham?”
“Yes,Mr.Daus,”
Daus menarik nafasnya dan melepaskannya perlahan-lahan.(Hai Adira..kau buat aku makan
roti rasa ketupat dan mandi pun masih rasa panas..).
******
Shahir duduk sendirian di atas pangkin di bawah pokok mangga.Menikmati alam indah
ciptaan Tuhan dengan berjuta bintang bagai keronsang menghiasi dada angkasa.Dia
memandang jam di tangannya.Sudah pukul 12 tengah malam.
Matanya masih terbuka luas dan sukar untuk dilelapkan.Suasana dalam rumah sudah gelap
dan sunyi.Barangkali daddy,mummy dan Adira sudah dibuai mimpi.
Shahir mengambil BlackBerry Bold 9700 dari dalam sakunya.Jarinya menekan-nekan
kekunci sebelum video Adira sedang membuat pelbagai aksi wajah terpapar di skrin
telefon.Shahir tersenyum melihat telatah nakal Adira semasa mereka di Kuala Lumpur.
Tiba-tiba pandangan Shahir gelap apabila sepasang tapak tangan menutup matanya.
“Buat apa nak tengok video jika orang yang sebenar ada di depan mata?”Suara lembut
berbisik ke telinganya.
“Dira..”Shahir meleraikan tangan yang menutupi pandangannya.
Video di telefon bimbitnya cepat-cepat dimatikan.Senyuman sengetnya terukir sebaik
melihat Adira di sebelahnya dengan memakai pijama Power Puff Girls separuh
lutut.Comelnya adik abang!
“Esok kan sekolah?Kenapa tak tidur lagi?”
“Saja Dira nak temankan abang,tak boleh?”
“Bukan tak boleh,abang berjaga sebab abang tak boleh tidur.Abang bukan nak pergi
sekolah macam Dira.Tak ada hal kalau abang tidur lewat,”Shahir bersuara lembut.
“Malam-malam lain pun Dira tidur lewat,”
“Okaylah adik sayang,teman abang sampai esok pun tak apa.Biar mata lebam macam
Kung Fu Panda,”
Senyuman tawar terukir di wajah Adira sebaik mendengar perkataan „adik‟ yang
diungkap Shahir.Shahir memandang hairan wajah yang sedikit mencuka itu.
“Kenapa ni?”
“Kenapa apa?”
“Masam je,”
“Tak de apalah,abang..ni Dira dah senyum,”Adira menarik pipinya supaya kelihatan
senyumannya lebar.Shahir hanya ketawa kecil.
“Itu dah macam badut..haha..”
“Banyaklah abang punya badut,”Adira terdiam seketika.Mulutnya terkumat-kamit
seolah-olah ingin menyusun ayat.“Siapa nama girlfriend abang?”
“Girlfriend abang?Kenapa pulak Dira nak tahu?”
“Jawablah,Dira tanya,”
“Okay,abang jawab.Hmm,namanya Farina,kenapa?”
“Oh,Farina.Cantikkan nama?Nama ajelah.Pada pandangan abang,orangnya cantik
ke?”Ada nada cemburu dalam pertanyaan yang dilontarkan Adira.Shahir dapat merasakan
perasaan iri Adira yang tertera di air mukanya yang tampak tegang.
“Cantik kan subjektif,”
“Itu bukan jawapan,”
“Entahlah,abang tak pandang fizikal atau apa sahaja,Farina hadir di saat abang
jatuh.Dia meyakinkan abang masih ada tempat untuk abang bersandar bahu di saat abang
sedih.Farina sudah terlalu banyak membantu abang.Abang amat menghargai dia,”
Adira terdiam.Ada genangan air mata di kelopak matanya.Geram bercampur
cemburu.Hati Shahir tersentuh melihat mata yang berkaca itu.Sekilas pandang,dia sudah tahu
apa yang bersarang di minda adik tirinya.
“Maksudnya,Farina lebih penting daripada..Dira?”Tanya Adira memandang tepat ke
mata Shahir.Pandangan yang mengharapkan jawapan yang jujur.Mata gadis itu semakin
dipenuhi air jernih yang tidak dapat dilindung.
“Dira,”Shahir mengesat perlahan air mata di celah mata gadis itu.“Sayang abang untuk
Dira dan Farina lain.Dira tetap mendapat tempat yang paling istimewa dalam hati abang..”
“Sebagai adik,”Adira memotong percakapan Shahir dan bingkas bangun
meninggalkan lelaki itu.Derap langkahnya deras ternyata membawa rasa duka.Shahir hanya
mampu memandang Adira masuk semula ke dalam banglo mewah itu.Hatinya ingin mengejar
gadis itu dan menyatakan yang sebenarnya.Namun,akalnya menidakkan kehendak hatinya.Dia
tidak berdaya.
Gila!Kalau ikutkan perasaan,abang menyayangi Adira lebih daripada seorang
adik.Abang sendiri tak tahu sejak bila Adira mula menguasai hati abang.Abang tak boleh
mengecewakan Farina,daddy atau mummy.Adira mungkin tidak dapat mengawal rasa itu
kerana naluri remaja Adira.Abang mampu melenyapkan rasa itu atas sifat-sifat matang
seorang lelaki dewasa.
Adira masih muda,masih banyak pilihan yang pada hari mendatang.Abang pasti Adira dapat
lupakan abang.Apa yang mampu abang buat,menjaga dan melindungi Adira seadanya
sebelum kehadiran lelaki yang bakal membahagiakan Adira seumur hidup.
Tanpa paksaan,air mata lelaki Shahir membasahi pipinya.Hatinya sendiri terluka kerana
melukai perasaan Adira tanpa rela.
Di dalam kamarnya,Adira menangis tersedu-sedan.Habis basah bantalnya.Dia menyesal
kerana tidak mendengar kata-kata Nad siang tadi.Abang tidak pernah menganggapnya sebagai
wanita dewasa.Balik-balik hanya Farina.Abang tidak pernah menyedari betapa tulus dan
ikhlasnya dia menyayangi abang.Itulah anggapan Adira.Anggapan yang memberinya sejuta
tamparan dalam menangani cinta pertamanya.Sayangnya,dia tidak bisa melupakan abang
walaupun sekejap.
******
Nad menjenguk-jenguk ke dalam kelas.Di tangannya terdapat sekotak coklat.Tak pernah dia
dan Adira berenggang sepanjang persahabatan mereka.Kalau ada yang tidak setuju pun
biasanya sekejap saja mereka sudah berbaik.Kali ini hampir sehari mereka tidak bertegur
sapa.Masing-masing dengan keegoan masing-masing.Jangankan bercakap secara
realiti,hendak menegur di YM,Facebook atau Twitter pun jauh sekali.Nad tahu Adira benar-
benar marahkannya kerana mempertikaikan perasaannya terhadap Shahir.Sepatutnya dia
bersama-sama dengan Adira dalam hal ini.Lagipun Ustaz Rashid sendiri menegaskan tiada
masalah dalam hubungan sebegini.Apalah haknya hendak menghalang?
Nad cuma risau jika Adira akan patah hati jika perasaannya ditolak Shahir dan
masyarakat.Dia menarik nafas lega apabila melihat Adira sudah ada di kelas.Berseorangan
tanpa rakan sekelas yang lain.Bagaimanapun dia sedikit cuak melihat mata Adira yang merah
dan bengkak.Perlahan-lahan dia menghampiri sahabat baiknya.
“Aku..”Nad menolak kotak coklat yang dibawanya.“Aku minta maaf,babe,aku..”
Belum sempat Nad menghabiskan kata-katanya,Adira terus memeluk Nad.Air matanya
mengalir tanpa henti.
“Aku menyesal tak dengar cakap..ca..cakap kau..”Suara Adira teresak-esak menahan
sebak.Nad meleraikan pelukan Adira dan menyapu air mata di pipi Adira.
“Okay..aku tak tahu apa yang dah terjadi.Tapi kau kuat babe,kau mana layan nangis-nangis
ni.Kau jangan cepat down,”
“Abang cuma anggap macam adik saja,”
“Kau..kau luah perasaan kat dia?”Nad kelihatan terkejut.
“Aku tak..tak luah..aku cuma..hint,”
“Kau jangan..Adira,kau lupakan abang kau.Kau kan banyak secret admirer,ambil je sesiapa
jadi pakwe kau.Lupakanlah abang kau tu,”Bersungguh-sungguh Nad memberi nasihat.Pakar
kaunseling yang tidak bertauliah lagaknya.
Adira cuba menahan tangisannya.Terhenjut-henjut bahunya.
“Dira,kau nangis nape?Nad kau pukul dia ye?”Iwan yang entah muncul dari mana sibuk
menjenguk-jenguk Adira yang sedang menangis.
“Hotak kau,kau kan kelas sebelah,pergi sebelah lah!”Nad mencekak pinggangnya lalu duduk
di atas kerusi.(Sibuk aje dia!)
“Tak de lah,aku prihatin bro.Dira,kalau kau ada masalah kau cerita dengan aku.Mana tahu aku
boleh tolong kau,"
“Iwan..”Adira mengesat air matanya.“Iwan kau suka kat aku kan?”
“Gila apa kalau aku tak suka kat kau.Cinta lagi ada,”Iwan tersengih-sengih.Nad menggeleng-
gelengkan kepalanya.(Sengal mamat nih!)
“Kau jadi boyfriend aku,”
Iwan ternganga dan pula Nad hampir terjatuh dari kerusi mendengar kata-kata
Adira.(Aduh,memanglah aku suruh kau cari pakwe tapi bukanlah Si Iwan nih..memanglah
aku layan Iwan macam menyampah.Tapi,dalam hati ada taman!)
Adira bagaikan dalam mimpi.Dia sendiri tak pasti dengan apa yang keluar dari mulutnya.Dia
cuma ingin memadamkan wajah abang dalam fikirannya.Mampukah dia?
Lelaki itu sudah lama bertakhta dalam hatinya.
Sejak dia mengumumkan Iwan sebagai buah hati tanpa rela,Iwan mula bertukar
daripada mamat skateboard yang cool kepada kekasih awal dan akhir yang amat merimaskan
Adira.Apa tidaknya,kerja rumah yang baru 10 minit diumumkan cikgu sudah Si Iwan sudah
siapkan.Tiap-tiap hari ada bunga atas mejanya ala-ala sekebun cinta yang berbunga.Itu belum
masuk adegan waktu rehat,Iwan dan kawan-kawannya akan „mencepuk‟ kepala murid-murid
yang beratur supaya memberi laluan Adira membeli makanan di kantin.Adoyai,memang
sengaja dia mencari masalah.Mana mungkin dia bisa menduga Iwan akan berubah karaktor
ala-ala romantika macam hero Bollywood.Hero Bollywood?Nasib baik Iwan belum ke tahap
menari dan menyanyi lagi.Kalau tak mahu juga Adira bertukar pakaian macam Kajol selang
30 saat untuk satu lagu.
Hari ini pula Iwan beriya-iya hendak menjemputnya ke sekolah.Matilah kalau mummy dan
daddy nampak Iwan tersengih-sengih dengan Viragonya di luar halaman nanti.Lebih baik dia
cari alasan.Menggunakan akal bijaksana seperti daddy nya Datuk Maulana,semalam sengaja
Adira memancitkan tayarnya.Keempat-empat sekali.
“Mummy,”
“Hmm..”
“Tayar kereta Ayang pancit la,semua sekali”
“Iye?Kenapa?”Datin Ainul membulatkan matanya.Datuk Maulana yang sedang asyik
menikmati sarapan paginya juga menumpukan perhatian kepada Adira.
“Entahlah,mummy.Ayang tau bawa je,ayang mana tau ayang langgar apa..kan?Kan?”Matanya
berkelip-kelip memohon simpati mummy dan daddy.Pandangan meminta belas kasihan yang
maha tinggi.
“Tak cakap awal-awal.Nak pergi dengan siapa?Daddy ada flight ke Singapore hari ni,”Datuk
Maulana menggeleng-gelengkan kepalanya.(Hang Jebat Hang Tuah,anak bertuah!)
“That‟s not a big problem at all,daddy..ayang boleh pergi dengan kawan,”(Tettt..jarum dah
masuk!)
“Apa pulak?Abang kan ada,”Shahir tersenyum sambil duduk di sebelah Adira.Adira
mencebik bibirnya.(Eleh,tetibe je datang boyfriend si perempuan kaya nih..)
“Tak payah..kawan Adira ada,tak payah la abang nak susah-susah pasal Dira pun.Siapalah
Dira kan?”Adira bingkas bangun dan menggalas beg sekolahnya.Dia mencium tangan
mummy dan daddy sebelum berlalu pergi dari situ.
Shahir cepat-cepat menghirup teh sebelum dia juga turut bingkas bangun dari meja
makan.Mujurlah teh itu pun sudah suam,jika tidak mahu melecur lidahnya.Datuk Maulana
dan Datin Ainul saling berpandangan antara satu sama lain.Macam-macam hal budak-budak
dua orang ni.
Tergopoh-gapah Shahir memakai selipar jepun sebelum mengejar Adira yang berlari cepat
seperti lipas kudung.Dia menarik beg sekolah yang dipakai Adira.Hampir terjatuh Adira
dibuatnya.Adira mencebik bibirnya.(Sibuk!)
“Dira nak pergi dengan siapa?”Shahir bertanya dengan nada suara yang lembut.Senyuman
manis terukir di bibirnya.
“Dira pergi dengan boyfriend Dira la,abang sibuk kenapa?”
“Oh,ada boyfriend sekarang,siapa ye?”Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal.Reaksinya yang seolah-olah menyindir Adira menambahkan lagi kegeraman di hati adik
tirinya.
“Iwan la,siapa lagi?Bwek!”Adira menjelir lidahnya.
Jawapan Adira membuat Shahir ketawa terbahak-bahak.Geli perut seperti menonton Raja
Lawak.Adira menampar bahunya.
“Abang kenapa?Dengki la tu!”
“Tak de..sorry,tak de apa-apa,”Shahir masih menahan ketawanya.Entah mengapa dia dapat
merasakan Adira hanya suka-suka berpacaran dengan Si Iwan.Barangkali Adira ingin
membikinnya cemburu.Ketawanya dimatikan apabila melihat wajah anak gadis itu merah
menahan bengang.Shahir tidak dapat menidakkan sedikit tak banyak dia memang cemburu
apabila Adira mengatakan Iwan kekasihnya.Walaupun kebarangkalian tidak benar amatlah
tinggi.
Adira masih mencekak pinggangnya.Matanya merenung tajam ke arah Shahir.
“Abang minta maaf pasal ketawakan Dira.Settle okay?Jom abang hantar,”
“Tak payah,Dira nak pergi dengan Iwan,”
“Janganlah jadi budak degil,abang hantarkan,”
“Dira bukan budak-budaklah,abang ni..”
Kata-kata Adira terhenti apabila mendengar bunyi hon motor.Iwan tersenyum di luar rumah
sambil menghulurkan helmet.Lagak gayanya ala Awie dalam cerita Sembilu.Macho tak agak-
agak.
Adira menjeling ke arah Shahir sebelum menuju ke arah Iwan.Shahir mengikut dan
memotong langkah Adira.Dia terlebih dahulu sampai kepada Iwan.Tanpa Adira duga,Shahir
mencekak kolar uniform sekolah Iwan.
“Siapa nama kau?”Sengaja Shahir mengangkat keningnya seolah-olah marah dengan
kehadiran Iwan.Jari telunjuknya ditunjal ke dahi Iwan.
“I..I..Iwan..”
“Iwan apa?”
“I..Iwan Chew,”
“Dengar sini Iwan Chew,”Shahir memperkemaskan cekakan tangannya,”Mulai sekarang,aku
Ahmad Shahir,abang Adira tak mau kau jadi boyfriend adik aku lagi,boleh?”
“Err..kalau jadi juga bang?He..he..”
“Kalau jadi juga,itu maknanya kau tak sayang leher kau,”
“A..dehh...dehhh..okay..okay..”Iwan menjerit perlahan apabila Shahir mencekak kuat
lehernya.(Abang dia ni bekas komunis ke apa?)
Iwan membetul-betulkan kolar bajunya.Berair matanya dibuat dek Shahir.Namun sedaya
upaya Iwan cuba maintain cute di hadapan Adira yang terpaku melihat kejadian yang tidak
diingini pada awal pagi.
“Dira,sorry ye?Aku..aku..aku lupa aa..emak aku cakap tak baik bawak budak perempuan
bonceng motor..err..bawah u..umur,”Iwan terus memecut Virago berwarna merah itu
meninggalkan asap yang berkepul-kepul.Adira terbatuk-batuk kecil sambil menutup
hidungnya.(Vunguks betul!)
“Tengok,macam tu lelaki yang boleh menjaga Adira?Ish..ish..”Shahir menggeleng-gelengkan
kepalanya.“Kalau ya pun carilah yang bertanggungjawab sikit adik sayang oi.”
“Kenapa abang peduli sangat siapa boyfriend Dira?”
“Sebab abang nak Adira habiskan sekolah dulu..cemerlang dalam SPM.Sekarang masuk
kereta,abang hantar,”
“Tak nak!”Adira memeluk tubuhnya.Sengaja menunjukkan sikap degil dan keras kepala.
“Betul tak nak masuk?”
“Tak nak!”
“Abang dukung karang..”Shahir cuba mengugut sambil tersenyum nakal.
“Dukunglah kalau berani!”
“Meh sini..”Shahir mebongkok badannya seolah-olah hendak mengangkat Adira.
“Stop!”Adira memejamkan matanya.Serentak dengan itu dia menahan nafasnya.Degup
jantungnya berdebar kuat.Nafasnya dilepaskan perlahan.Wajahnya sudah kemerah-merahan
menahan malu. “Okay,orang naik kereta,”
“Tau pun takut,”
“Bukan takutlah,malu!”Adira masih membebel di dalam kereta.Shahir hanya mendengar
leteran adik tirinya tanpa mempedulikannya.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Adira sendiri tidak mengerti dengan tindakan Shahir.Apakah tindakan itu di atas sifat
melindungi seorang adik atau Shahir juga mempunyai perasaan sepertinya?Dia benar-benar
keliru.Mengganggu fikiran betul.
Yang pasti buat masa ini,Adira ingin sangat menendang Shahir keluar dari kereta.Geram!
******
Nad mengetuk-ngetuk kepalanya dengan sebatang pensel 2B.Dia memandang Adira yang
asyik menghisap coklat Choki Choki sambil membuat kerja sekolah.
“Pelik kan?”
“Apa yang pelik Nad?”
“Sikap abang tiri kau tu la,”
“Kan,macam dia cemburu je dengan Iwan..hehehe..”Adira menyeringai seperti kerang
busuk.Walaupun sakit hati dengan tindakan Shahir tetapi dalam hatinya berbunga-bunga juga
apabila abang tiri kesayangannya itu tidak senang dengan kehadiran Iwan.Dalam senyuman
tak sedar diri itu Nad terkebil-kebil melihat tompok coklat di celah gigi kawan baiknya.
“Engkau ni muka cun tapi coklat menepek je kat gigi,”Nad ketawa kecil.Mendengar komen
Nad,Adira segera menutup mulutnya.Berusaha membuang sisa Choki Choki dengan lidahnya.
“Tapi kan,kiranya Si Iwan tu single la ye..hehehehe..”Nad menyambung kata-katanya sambil
tersengih.Adira memandang kawannya dengan pandangan yang sinis.
“Patutlah..kau syok kat dia ek?ayok..tak tahu..tak tahu,”
“Kau boleh tak perlahankan volume tu?”Nad masih tersenyum seperti orang mabuk cinta.
“Kau kan tahu taste aku mamat jambu,tapi kau tengoklah sekarang dia syik duk menghimpit
Anum pulak,awek rock yang cun tu”
“Alah kesiannya,kau nak aku arrange kan?”Adira mencuit nakal pipi Nad.
“Tak payah,biar cinta itu datang sendiri.Sekarang kita belajar dulu,okay?”
“Okay,make sure 17 A1 eh?”
“Emak aih,apasal kau tak ambik 30 subjek terus?”Nad membeliakkan matanya.(Bila minah ni
daftar sampai 17 subjek?)
Perbualan mereka terhenti apabila seorang junior datang tergopoh-gapah.Budak lelaki
berbadan kecil itu termengah-mengah di hadapan pintu kelas 5A.
“Ada promosi talian free Comm Holdings kat kantin.Siapa cepat,dia dapat!”
Adira dan Nad saling memandang sesama mereka.(Eh,Comm Holdings??).Kedua-duanya
pantas mengimbau kenangan pahit waitress tak halal di Hotel Hilton.Seram.
*****
Promosi pra bayar percuma oleh Comm Holdings mendapat sambutan yang amat
menggalakan daripada pelajar Sekolah Menengah Queen Isabelle.
Terjerit-jerit promoter berbaju merah itu memohon para pelajar supaya beratur dan
berdisiplin.CEO Comm Holdings yang turut hadir untuk promosi percuma itu mengeluh kecil
melihat suasana yang sesak itu.Lelaki itu menanggalkan kot Versace yang dipakainya.Tali
lehernya dilonggarkan.Kemeja lengan panjang DKNY berwarna putih itu dilipas ke paras
lengan.Memori di mindanya berputar-putar ligat.
Nama penuh Siti Adira.Nama manja Ayang.Anak tiri Datuk Maulana.Ada seorang abang tiri
tetapi tak dapat dipastikan.Peminat setia Stacy dan Datuk Siti Nurhaliza.
Daus tersenyum sendirian mengingatkan fakta-fakta yang diberi oleh setiausahanya.Lagaknya
seperti murid Tahun 2 mengahafal sifir.Sesekali dia menjauhkan pandangan matanya.Tak
nampak pula kelibat budak perempuan comel persis bintang Korea itu.
Tidak jauh dari situ,Nad sedang menarik tangan Adira menuju ke kantin.Nad menjeling-jeling
ke arah pelajar yang tak dikenalinya lebih banyak daripada yang dia kenal.Motif sangat
sekolah lain pun boleh masuk kawasan sekolahnya.Kebarangkalian pak guard tertidur amatlah
tinggi.
Adira pula hanya membiarkan sahabat baiknya mengheretnya ke mana sahaja.Cuaca yang
panas dan keadaan yang berhimpit-himpit di antara satu sama lain membuatkan Adira berasa
tidak selesa.Pandangan matanya berpinar-pinar.Kepalanya mula berasa pusing.Suara manusia
di sekelilingnya menjadi perlahan dan lambat seperti pita kaset lama yang rosak.Adira tak
pasti sama ada hari cepat berlalu atau malam sudah menjelma.Gelap.
Di luar jangkaannya,dia rebah pada saat itu juga.
******
“Dira..Dira..Siti Adira..waaaa..kau jangan tinggal aku..Dira..”
Dalam keadaan separuh sedar,Adira dapat merasakan tangan seseorang menepuk pipinya
seiring dengan suara ala Patrick Starfish dalam Spongebob‟s Squarepants.Kepalanya masih
berdenyut tetapi semakin stabil.Setelah diamatinya dengan bersungguh-sungguh,suara yang
disangka suara Patrick tadi perlahan-lahan menjadi lemak merdu seperti suara
sahabatnya,Nad.Matamya dibuka perlahan-lahan.
“Waa..kau hidup lagi,”
Nad memeluk Adira sepenuh jiwa.Hampir lemas Adira dalam pelukannya.(Ni nak bagi aku
pengsan kali kedua ke apa?)
“Bawak bertenang,karang pengsan lagi kawan awak tu,”
Suara seorang lelaki menangkap pendengaran Adira.Dalam keadaan mamai,dia sedikit
terkejut melihat dirinya berada di dalam sebuah kereta mewah dan besar.
“Aaaa...kereta siapa ni?”Adira mula rasa nak menangis.Bimbang dirinya dan Nad
diculik.Nanti mesti penculik minta duit tebusan yang nilainya tak masuk dek akal.Kalau
mummy dan daddy tak dapat sediakan mungkin kaki dan tangannya akan dipotong.Ngeri.
“Ni Encik Daus,ingat tak?”
“Encik Daus?”Adira terkebil-kebil.Tak faham.
“CEO Comm Holdings,”Bisik Nad perlahan.
“O..M..G..,”Pantas kenangan kantoi dengan CEO syarikat komunikasi terkenal kembali
mewarnai minda Adira.Malunya.
“Dah okay ke?Tak nak ke hospital?”
“Err..tak payah la..sa..saya balik rumah..rumah aje..”Adira terkemut-kemut malu.
“Nasib baik saya sempat sambut awak,”Daus tersenyum sambil terus memandu
kereta.Pandangan matanya cuma dijeling melalui cermin pandang belakang.
“Sam..sambut?”
“Ye,saya sambut awak daripada terus terjatuh dan dukung awak masuk dalam kereta,”
“Sambut dan dukung?Aaaaa..,”Bunyi „aaa‟ yang dikeluarkan Adira kdengaran seperti bunyi
angin keluar dari tayar yang bocor.Daus ketawa kecil mendengar bunyi lucu yang dikeluarkan
gadis secomel Adira.Wajah Adira sudah kemerah-merahan.
“Err..aku bukanlah nak bagi kau tension,tapi nasib baik ada Encik Daus ni.Kot tak azab la aku
yang nak angkat kau kan?”Nad tersengih-sengih di sebelahnya memberi penjelasan.
Entah kenapa dia tak dapat mengingatkan langsung adegan sambut dan dukung itu.Kenapalah
sistem badannya lemah sangat sampai suka-suki ke nak pengsan tak kira mana-mana tempat
pun.Adira menepuk dahinya.(Senget la kau Dira!)
Daus masih mencuri pandangan melalui cermin pandang belakang keretanya.Seraut wajah
yang comel itu ternyata sudah meragut degupan jantungnya.Kelihatannya seperti dia bernafas
tapi dia tak pasti kapasiti oksigennya cukup atau tidak.
******
Shahir sudah ulang alik hampir 50 kali di halaman rumah.Datin Ainul hanya menggelengkan
kepalanya melihat telatah Shahir.Dia pula risau akan keadaan Adira lebih daripada ibu
kandung Adira sendiri.
Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang Adira jatuh pengsan,Shahir
memang tak senang duduk.Mahu dijemputnya,pihak sekolah mengatakan Adira sudah pun
dihantar pulang oleh wakil syarikat tekomunikasi Comm Holdings.Mahu tak mahu dia
terpaksa berpusing-pusing di halaman rumah menanti kepulangan Adira.Dahinya berpeluh
mengalahkan peserta larian merentas desa.
“Ahmad Shahir,cuba bawa duduk,”Rimas Datin Ainul melihat gelagat susah hati Shahir.Kata-
kata mummy dibalas dengan sedikit senyuman.Senyuman yang tidak nampak
berseri.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepas.Kalaulah jadi apa-apa kepada Adira,seumur
hayat dia akan menyesal tak sudah.
Sebuah kereta R2 yang berwarna kuning masuk ke halaman banglo 3 tingkat itu menarik
perhatian Shahir dan Datin Ainur.Shahir segera berlari ke arah kereta itu sebaik sahaja enjin
kereta itu dimatikan.Dahinya berkerut kerisauan.Pintu penumpang belakang dibuka dan Nad
sedang memimpin Adira yang masih kelihatan lemah dan pucat.Kepalanya masih pusing-
pusing dan hampir-hampir terjatuh sebelum disambut Shahir.Dia sendiri tak tahu mengapa
badannya lemah sangat hari itu.Barangkali dia keletihan kerana rutin diet yang tidak
kena.Harap telahannya benar.Tanpa sepatah bicara dan tanpa mempedulikan mata yang
memandang.Shahir mengangkat Adira dengan iringan mata Nad yang terkebil-
kebil.(Alamak,habislah kawan aku dilanda perasaan nanti!).
Adira hanya membisukan dirinya.Pertama,dia akui dia sendiri tak terdaya nak
berjalan.Kedua,dia tidak dapat melindungi rasa bahagianya apabila Shahir melayannya seperti
menatang minyak yang penuh.Didukung abang tirinya bagaikan Cinderella didukung putera
yang tampan.
“Shahir!”
Langkah Shahir terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.Shahir mengerut dahinya
melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.Perlahan-lahan Adira turun dari rangkulan abang
tirinya,tapi Shahir masih memapah tangannya yang masih tidak mampu berdiri dengan betul.
“Daus?”Soalan yang terpacul dari mulut Shahir menambahkan kebingungan Adira.Apa pulak
hubungan abang dengan mamat CEO ni?
“Oh..jadi kaulah abang tiri Adira?”Daus ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya.Suratan atau kebetulan,Daus sendiri tidak menduga sahabat baiknya ketika di
Lincoln University ini adalah abang tiri gadis yang telah mencuri hatinya.Jodoh yang kuat
barangkali.
“Selamat bertemu kembali,abang..eh,Shahir,”Daus tersenyum nakal sambil bersalaman
dengan Shahir.Entah mengapa,Shahir berasa tidak begitu gembira dengan pertemuan semula
dirinya dan Daus.Dia cuba untuk tersenyum.Tetapi senyumannya tawar seperti biskut kosong
tidak bergula.
Adira berdiri di tengah antara Shahir dan Daus tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku
terhadap ketiga-tiga mereka pada masa hadapan.Mungkinkah manis ataupun pahit hanya
Yang Esa bisa mencorak.Cuaca yang panas tadi mula didatangi mega mendung.Awan yang
biru tadi seolahnya telah ditelan oleh garuda hitam.
Suratan atau kebetulan,ternyata semuanya sudah tertulis.
Gerai mamak yang terletak di Jalan Chow Kit itu baru saja dibuka lewat kedatangan Shahir
dan Daus di situ.Kedua-dua mereka menarik kerusi yang berwarna merah dan melabuhkan
punggung ke atasnya.Mamak bermisai kontot ala Hitler itu tersengih-sengih sambil menebar
roti canai.
Warga kota Kuala Lumpur masing-masing sibuk bergegas ke destinasi tempat mereka
mencari rezeki.Berbeza dengan dua sahabat baik ini mereka masing-masing asyik mengisi
perut yang keroncong dengan roti telur banjir dan teh tarik gelas besar.
“Punyalah jauh kau jemput aku dari Rawang,kedai mamak aje.Kata CEO,tapi belanja kedai
mamak..apa barang,”
“Oit..suka suki aku la,memang aku CEO..kau ada?Kau tak de..aku ada,”
“Banyak la kau punya ada..aku ada Adira,kau ada..”Shahir terdiam seketika dan matanya
terkebil-kebil memuhasabah kembali apa punya ayat yang terpacul dari mulutnya.Apakah
relevannya ayat itu dengan topik CEO ini?
“Alah,adik tiri..masa depan entah-entah kau jadi abang ipar aku..hehe..”Daus yang tidak
mengerti kata-kata Shahir membalas semula dengan senyuman nakalnya.Shahir cuba
tersenyum tetapi tawar.Mujurlah Daus tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-
katanya.Kalau tak tujuh enam tujuh enam..terjunam.
“Aku pun tak nak jadi CEO..tapi terpaksa,”Daus mengeluh kecil.Topik yang dibangkitkan
ternyata mencuri perhatian Shahir.Dia memberi sepenuh perhatian kepada Daus.
“Sebab?”
“Kau ingat abang aku,Shah?”
“Asal pulak tak ingat,dia kan selalu chill dengan kita kat restoran Datuk Khaty kat
Christchurch dulu.Kenapa dengan abang kau?”
“Sepatutnya Abang Shah yang jadi CEO..tapi..macam mana nak cerita ek?Dipendekkan
cerita,dia gaduh besar dengan bapak aku,”
“Aik,bergaduh macam mana?”
“Abang Shah lebih suka ikut kehendak hatinya.Dia lebih berminat dengan kerjaya musician
dia.Bapak aku angin satu badan la,bergaduh besar sampai sekarang Abang Shah pergi mana
pun aku tak tahu.Mangsanya,aku,”Daus mengetap bibirnya sedikit geram.Kesal dengan sikap
abangnya yang melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
“Sorry la..aku tak tahu,”Riak simpati terukir di wajah Shahir.“Kau okay ke?”
“Sekarang aku ada okay sikitlah.Eh,aku dengar kau ada affair dengan janda kaya tu ye?”Daus
cuba mengubah topik yang tidak menyenangkannya.Sengaja mengenakan Shahir.Alang-alang
lama tidak berjumpa,lebih baik mengorek rahsia.
“Kau ni affair la pulak.Bukan..”Kata-kata Shahir terhenti.Dia cuba menyusun ayat agar tidak
menimbulkan sebarang pandangan tidak enak sahabat baiknya terhadap Farina. “Aku memang
cuba meniti hubungan dengan dia,dia bukannya apa yang seperti tabloid gembar
gemburkan.Dia wanita yang baik pada pandangan aku,”
“Tettt..jawapan anda tak diterima.Kau tak jawab pun soalan aku,ada atau tidak?”
“Aku bagi statement teman tapi mesra boleh?”Shahir mengangkat keningnya.Nakal.
“Pada firasat aku,bolehlah kot.Lagipun kau kan bakal abang ipar aku,”
“Kau tak habis-habis bakal abang ipar.Adik aku tu baru 17 tahun,baru nak ambil SPM.Takkan
budak sekolah pun kau nak?”Shahir tersengih-sengih.
“Aku tunggu la dia habiskan sekolah.Tak boleh ke?”Daus memandang tepat ke mata Shahir
dengan senyuman manis terukir di bibirnya.Shahir tidak menjawab soalan yang dilontarkan
oleh Daus.Cuma sedikit senyuman dan cuba menghabiskan sisa baki teh tarik yang tinggal.
Bukankah dia sendiri sudah mengungkapkan Adira cuma adiknya.Adik tirinya.Dia harus
melenyapkan apa sahaja perasaan yang melebihi kasih seorang abang.Itu janjinya.Tetapi
mengapa tangannya sejuk walaupun dia meneguk teh tarik yang panas?
*****
Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang ketika Shahir sampai di rumah.Langkahnya longlai
seperti tidak bermaya.Bukan kerana letih badan sahaja malahan letih minda juga.Usikan nakal
Daus dengan status „bakal abang ipar‟ membuatkan Shahir kurang selesa.Secara logiknya,tak
ada apa yang perlu dirunsingkan.Ya,jika benar pun Daus menyukai adiknya siapa pula dia
untuk menghalang?Lelaki itu datang dari keluarga yang baik,berharta dan berpendidikan
tinggi.Jika benar Daus sanggup menunggu Adira sehingga habis persekolahannya,sepatutnya
dia bahagia jika Adira mendapat lelaki seperti Daus.Bukan orang lain pun,sahabat baiknya
sendiri.
Sebaik sahaja „sliding door‟ itu ditolak.Wajah manis Adira menyambut kepulangannya
dengan senyuman yang manja.
“Abang pergi mana?Satu hari Dira tunggu abang,”Bunyi nada suaranya sedikit merajuk.
Shahir cuma tersenyum.Membiarkan soalan itu tidak terjawab.Sebaliknya dia cuma menepuk
kepala Adira perlahan dan berlalu pergi.
“Dira tanya ni,abang pergi mana?”Adira cuba bertanya lagi.Nada suara yang rajuk tadi sudah
mula bertukar.Ada sedikit rasa sebak.Langkah Shahir terhenti.Terpaku seketika di hadapan
tangga.
“Kenapa ni?”Shahir tidak memandang wajah yang melontarkan soalan.“Abang nak ke mana
pun,Dira tak perlu peduli kan?Dira siapa?Girlfriend abang?Bukan kan?Dira ni Farina ke?”
Walaupun Shahir bertanya dengan suara yang lembut tapi kata-kata ini menghiris hati Adira
bagaikan sembilu tajam.Pedih dan ngilu.Tanpa dipinta matanya mula digenangi air mata.
“Di..Dira tanya je..”Sedaya upaya Adira cuba menyembunyikan perasaan sedihnya tetapi
sedannya tetap berbunyi.Dia mengelap air matanya kerana tidak mahu kelihatan cengeng dan
keanak-anakan di hadapan abangnya.Teruk menahan air matanya namun sedu sedan itu masih
berbunyi.
Shahir menarik nafasnya panjang dan terus menaiki anak tangga ke atas.Mana mungkin
jiwanya tidak meruntun mendengar tangisan Adira.Hatinya cuba dicekalkan sedaya
mampu.Jika dilayan esakan Adira,mungkin keadaan bertambah sulit.Mungkin janggal jika
dilihat mummy dan daddy.Pantas dia menolak pintu kamarnya.Matanya menangkap sebiji kek
coklat yang terletak di atas katilnya dan sekeping kad berwarna merah jambu.
Kad itu diambil dan dibacanya.
Abang yang Dira sayang,hari ni 13 Mac ulangtahun perkahwinan mummy dan
daddy.Mummy dan daddy awal-awal lagi dah spent time together pergi dating.Bagi chance
la kan?And...secara tak langsung,hari ini juga ulangtahun Dira menjadi adik abang.Balik
sekolah,Dira try la buat kek ni dengan bantuan bibik.Sorry ye kalau tak sedap.Thanks
sebab jadi abang Dira!
Tak suka abang panggil Ayang,
Dira
Shahir terduduk lemah di atas lantai.Sejuta penyesalan timbul dalam perasaannya.Mengapalah
lancang sangat dia mengeluarkan kata-kata?Susah payah Adira mebuat kek ini untuknya,dia
boleh pula tidak menghiraukan pertanyaan Adira.Kek yang siap dipotong dan diisi di dalam
tupperware itu diambilnya dan dengan pantas Shahir turun semula ke bawah.Matanya meliar
ke kiri dan ke kanan mencari adiknya.
Tiada langsung bayang Adira di ruang tamu rumah.Dia berlari ke hulu hilir seperti ibu ayam
kehilangan anaknya.Destinasi akhirnya di luar rumah.Shahir berasa lega melihat Adira sedang
duduk di atas pangkin di bawah pokok mangga sambil memeluk lutut.Hidung dan matanya
kelihatan kemerah-merahan.Matanya bengkak seperti lepas menangis.
Perlahan-lahan Shahir menghampirinya dan duduk di sebelahnya.
“Abang..abang minta maaf,”Suaranya perlahan persis berbisik.Adira tidak memandang wajah
Shahir.Kata-kata itu membuatnya kembali sebak.
“Buat..buat apa abang..abang nak minta..maaf?”Patah perkataannya tersekat-sekat.
“Sebab..sebab..sebab abang rasa bodoh sangat kerana tidak menghargai kek coklat comel
yang macam Dira ni,”Shahir cuba bergurau.Senyuman manis terukir di bibir nipisnya.
“Memang..memang abang bodoh,”Akhirnya Adira memandang wajah Shahir.
“Abang memang bodoh,”
“Abang ingat rambut serabut abang tu lawa sangat?”
“Rambut serabut abang memang tak lawa,”Shahir mengiyakan kata-kata Adira sambil
tersenyum.
“Mata coklat abang tu paling hodoh sekali,”
“Mata coklat abang memang hodoh,”Sengaja Shahir mengecilkan suaranya.Mengikut nada
suara Adira.
“Abang ngajuk cakap Dira lagi bodoh,”
“Abang memang suka ngajuk Dira pun,”Shahir mencalit krim coklat di pipi Adira.“Terima
kasih sebab menghargai kehadiran abang dalam hidup Dira,”
“Kek tu untuk makanlah,bukan main calit-calit pipi,”Adira mengesat krim coklat di
pipinya.Air mata yang bergenang dikelopak matanya juga dikesat.
“Okay..meh abang suap,”Shahir menyuapkan kek coklat itu ke mulut Adira.Sengaja diambil
potongan yang paling besar.
“Tak sedap,”Adira mengomel dengan mulutnya yang masih dipenuhi kek.
“Tak sedap?”
“Keras kejung macam terlebih gula,”Kata Adira sambil mengambil sepotong kek dan
menyumbat ke mulut Shahir yang terpinga-pinga.Shahir terdiam seketika cuba merasa
kesedapan kek itu.Tapi.
“Huh..memang tak sedap,fail!”
“Memang Dira fail kan?Ha!Ha!Ha!”
“Fail tahap tak boleh jadi hokage macam Naruto,”
“Abang ni lebih-lebih pulak.Sikit-sikit dah lah,”
“Okay..okay..abang minta maaf sekali lagi.Kita keluar makan malam nanti?”
“Kita pergi mana?”
“Kita keluar makan kat sini aje,,kat bawah pokok ni.Abang masak special untuk Adira,”
“Eii,kedekut!”
Suara nyaring Adira memenuhi halaman rumah.Bertempiaran burung-burung yang tumpang
bertenggek di pohon mangga itu.
******
Christchurch,4.00 petang.
Farina menikmati pai strawberri sebagai dessert selepas menikmati spaghetti lasagna di
sebuah restoran masakan Itali.Datin Linda Jasmine yang merupakan rakan kongsi syarikatnya
turut menemaninya.
“After the big achievement dalam pelaburan hospital swasta itu.I think kita patut juga do the
same thing dengan our branch kat Malaysia.Bak kata orang,at least berbudi di tempat
kita,”Datin Linda cuba memberi cadangan secara lisan.
“I ada fikir juga pasal tu.Lagipun I dah lama tak balik Malaysia,”
“Gossip sikit,boyfriend you pun dah lama kat sana.Tak balik-balik lagi?Ada orang baru apa?”
“You jangan,Shahir bukan womaniser okay?He‟s a one man woman,”
“I tak percayalah,dia handsome and still young kan?I bukan nak cuit you.Just a wild guess,”
“You nak suruh I jaga branch kat Malaysia ke ni?”
“Kawan I memang bijak,dapat meneka hint yang I berikan.Farina,gurau tu gurau juga.But
when did the last time he called you?”
Farina tidak menjawab soalan yang dilontarkan rakan kongsinya itu.Ya,bila kali terakhir
Shahir menelefonnya?Satu hari selepas pemergiannya barangkali.Dek kesibukan
menumpukan kepada projek hospital itu,Farina tidak begitu kisahkan sangat sama ada Shahir
ada menelefonnya atau menghantar pesanan ringkas melalui telefon,YM atau Blackberry
Messenger.
Tetapi selepas ditanya dengan soalan sebegitu,hati Farina mulai curiga.Apakah Shahir sudah
mempunyai gadis lain?Dia mengeluh perlahan.Dia harus pulang ke Malaysia dengan segera.
*****
Suasana di halaman rumah Datuk Maulana dan Datin Ainul agak ceria dengan gurauan Shahir
dan Adira.Mbak Seena yang merupakan bibik di situ turut membantu menyediakan meja dan
kerusi .
“Mbak Seena,jom join,”Adira menarik tangan Mbak Seena yang kelihatannya mahu segera
bergegas masuk semula ke dalam rumah.
“Oh,ngak bisa Cik Adira,saya ada hal yang lebih penting di dalam,”
“Penting?Apa yang pentingnya?Mbak nak masak apa lagi?Kan saya dah masak special menu
ni.Mummy dan daddy pun makan kat luar kan?”Sampuk Shahir pula.
“Bukan..bukan mahu memasak.Mbak mahu menonton sinetron.Mbak udah kangen sama
Dude Harlino.Orangnya ganteng,”Mbak Seena tersipu-sipu malu.
“Okay..saya faham,”Adira melepaskan pegangan sambil mengukir senyuman.Shahir sekadar
menggeleng-gelengkan kepala.(Gatal juga mbak ni..fanatik si hero Aqso Madina).
Sebelum sempat Adira duduk,Shahir bingkas bangun dan menarik kerusi buatnya.
“Sila duduk dan bersedia untuk menikmati hidangan yang paling marvellous daripada Chef
Che Amat,”
Adira hanya tersenyum ceria melihat telatah abangnya pada malam itu.Pinggan berbunga-
bunga itu didekatkan kepada Adira.
“Mi Sedap goreng yang abang gorengkan dengan penuh kasih sayang dan penghargaan untuk
adik abang,Siti Adira..candle please,”Shahir menggores mancis dan menyalakan tiga batang
lilin di atas meja.
“Ini special menu abang,Mi Sedap?”
“Aik,no komen.Rasanya lagi sedap daripada kek coklat keras kejung tadi,”
“Setakat Mi Sedap,budak kecik pun boleh,”
Shahir tidak lagi membalas kata-kata Adira.Dia duduk berhadapan dengan gadis itu dan
merenung tepat ke matanya.Mata redupnya yang disinari cahaya lilin membuatkan Adira
berasa tidak selesa direnung sedemikian.
“Terima kasih kerana menyayangi abang dan menerima abang dan daddy dalam hidup Dira
dan mummy.Abang sangat-sangat hargai dan abang pun sayang Dira,”
Adira hanya mampu tersenyum.Dia tidak peduli jika Shahir sekadar menyayanginya sebagai
adik,hatinya sudah pun berbunga-bunga.
“Kenapa Dira terdiam?”
“Dira terdiam sebab Dira tak tahu nak cakap apalah,”Adira menggosok-gosok hidungnya
cuba melindungi rasa malu.
“Abang suka bila Dira gosok hidung macam tu,”
“Abang suka Dira gosok hidung?”
“Memanglah,sebab abang suka hidung Dira,”
“Abang suka hidung Dira?Dira pun suka hidung abang,”
“Dira suka hidung abang juga?Abang suka bulu mata Dira,”Sengaja Shahir menambah lagi
usikan nakalnya.
“Abang suka bulu mata Dira?”
“Ye,”
“Abang suka bulu mata Dira?”
“Ye,abang suka,”
“Abang suka bulu mata Dira?”
“Yee..abang suka bulu mata Dira.Boleh tak kita makan?Sebab nanti sejuk pula Mi Sedap
ni,”Wajah Shahir sudah kemerah-merahan menahan rasa malu.Suara manja Adira bisa
membikinnya serba tak kena.
“Okay,”Adira hanya ketawa kecil melihat reaksi abang tirinya.Sekalipun dia tidak pasti apa
perasaan Shahir terhadapnya tapi kenangan malam ini akan sentiasa tersemat di dalam
hatinya.Sekurang-kurangnya abang sudah mula melayannya dengan baik dan mesra.
Senyuman manis Adira memberi seribu kekuatan buat Shahir.
(Abang cuba untuk tidak melukakan hati Adira lagi.Jika abang tak bisa menjadi lelaki
yang mencintai Adira pun,abang sudah cukup bahagia menjadi „guardian angel‟ buat Adira)
When I see your smile
Tears roll down my face I can't replace
And now that I'm strong I have figured out
How this world turns cold and it breaks through my soul
And I know I'll find deep inside me I can be the one
I will never let you fall
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all
Even if saving you sends me to heaven
It's okay. It's okay. It's okay.
Seasons are changing
And waves are crashing
And stars are falling all for us
Days grow longer and nights grow shorter
I can show you I'll be the one
Tiada yang lebih bahagia buat Shahir daripada melihat Adira bahagia.Biarlah malam
ini memberi kebahagiaan buat mereka berdua.Kerana hari esok dan esoknya hanya
Dia yang tahu apa yang bakal berlaku.Sama ada langit akan selalu cerah atau
sebaliknya.
Suasana di tepi pantai Port Dicksons pada pagi sunyi seperti baru sahaja dilanggar burung
garuda .Tiada ramai orang berpeleseran di situ kerana bukanlah hari minggu.Datin Ainul
duduk di bawah pokok sambil ditemani Mbak Seena memerhati gelagat Shahir dan Adira
yang menunggang basikal di tepi persisiran pantai.Sengaja dia ke sini menemani suaminya
yang sibuk berkempen ke seluruh Malaysia.Selain itu dapat juga menenangkan fikiran.Apatah
lagi cuti pertengahan sekolah sudah bermula.Boleh juga Adira melepaskan tension belajar.
Cuaca pagi itu dingin dan mencengkam sehingga ke tulang hitam.Sang suria pula baru saja
menjenguk melebarkan senyuman cahayanya menerangi alam.Burung-burung camar
kelihatan berterbangan tinggi sambil berbunyi riang seolah-olah meraikan hari baru yang
indah.
Adira sengaja melanggar tayar belakang basikal abangnya.Mujurlah Shahir sempat
megimbangi badannya.Dia sekadar tersenyum kecil sebelum berusaha mengejar Adira dan
pantas menarik perlahan rambut adik tiri kesayangannya itu.
“Budak jahat!”Shahir menempelak Adira yang mengerut dahinya sambil membetulkan
rambutnya.
“Jahat-jahat pun,adik kesayangan abang jugak kan?”
“Abang mana lagi ada adik lain,Dira seorang aje adik abang.Terpaksa la abang sayang.Yang
busuk pun Dira,yang comel pun Dira.Semua pun boleh.”
“Bab comel terima,bab busuk..no,no,no,”Adira menggelengkan kepalanya. “Orang wangi
la.Bau tak?Kita pakai The One tau?”
Adira menyuakan pergelangan tangannya ke hidung Shahir.Shahir menutup hidungnya.
“Tak bau D&G pun..bau bacing adalah!”
“Dengki la tu..,”Adira cuba menendang basikal Shahir tetapi Shahir pantas mengayuh
basikalnya lebih laju ke hadapan sambil ketawa nakal.Adira cuba mengejar abang tirinya,tapi
ombak yang menghempas tepian pantai itu hampir-hampir membuatkannya terjatuh.Shahir
memperlahankan kayuhannya supaya Adira dapat menghampirinya.Sebaik sahaja Adira
menghampirinya,senyuman manis pantas terukir di wajah jejaka kacak itu.
“Marah abang ke?Sorry ya,”
“Macam mana Dira nak marah abang?Abang kan abang kesayangan Dira,”Terserlah pipinya
yang kemerah-merahan sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata itu.Apatah lagi gadis comel
itu memiliki kulit yang putih bersih.
Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Entah mengapa perasaannya sendiri rasa
serba tidak kena dan Cuma mampu tersenyum sipu.
“Hemm..ingat tak abang ajar Dira kayuh basikal dulu?”
“Ingat..mesti ingat,”Adira menggosok-gosok hidungnya menahan perasaan malu yang hadir
tanpa dipinta.
“Sekarang Dira dah pandai tunggang basikal sendiri,”
“Abang buat kelakar ya?Kereta pun Dira boleh bawak,tambah la basikal,”
“Dira bawak kereta?Abang boleh pandu kereta aje.Nak bawak tak larat,”
“Oh ye ke?”
“Abang tak suka Dira bawak kereta,”
“Sebab?”
“Sebab Dira tak de lesen.Abang pun hairan macam mana Daddy benarkan,”
“Sebab Daddy sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan abang,”
“Abang pula sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan Dira,”
“Betul?”
“Betul,”
Kedua-dua mata mereka saling bertautan.Tanpa sepatah ucapan terkeluar daripada bibir.Cuma
mampu memandang dan seolahnya hanya kedua mereka yang memahami pandangan itu.
“Shahir!Dira!”
Jeritan seorang lelaki mematikan pandangan mata kedua-duanya.Dari jauh kelihatan Daus
menunggang basikal dengan masih memakai suit Versace berwarna maroon.Walaupun
memakai sepatu putih LV,kayuhannya laju menghampiri kedua adik-beradik tiri itu.
Shahir hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kepada Daus.Adira turut
melambai-lambaikan tangannya.
“Tebaboom!”Brake tangan yang dilakukan secara mengejut membikin basikal yang
ditunggangnya ternaik di bahagian tayar belakang.
“Macam mana kau tau kitaorang kat sini?”Shahir bertanya sambil tersengih.
“Aik,biasalah.Mana ada adik kau,mesti aku tau.Dira dah sihat?Ada rasa nak pengsan lagi?”
“Dira okay je Abang Daus.Sihat sangat-sangat,”
“Sedap dengar Dira panggil Abang Daus.Abang saja tak boleh?”
“Gatallah kau,”Shahir menyiku lengan Daus.Daus hanya ketawa kecil sambil melonggarkan
tali leher yang dipakainya.
“Tak pe panggil Abang Daus pun dah okay kan?”Adira cuba menyenangkan hati Daus.
“Tak okay lah.Kenapa tak panggil abang saja macam Dira panggil kat Shahir?”
Shahir memandang ke arah Adira.Adik tirinya hanya tersenyum manis mendengar soalan
sahabat baiknya.
“Sebab..sebab..sebab hanya abang saja yang boleh Dira panggil abang,”
“Rasanya ada peluang tak Abang Daus pun dipanggil abang saja?”Sengaja Daus menduga
lagi hati gadis yang berada di hadapannya.
“Itu..biar masa dan Yang Atas menentukan,”
“Abang Daus dengar macam ada peluang saja,”Daus melirik nakal sambil ketawa kecil.Shahir
yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.
“Suatu hari nanti.Mana tahu kan?”Adira menjungkit bahunya sambil tersenyum manja.
“Hemm,Dira nampak tak pokok kelapa yang paling tinggi di hujung sana?”Daus menuding
ibu jarinya jauh di hadapan.Matanya dikecilkan.
“A‟ah,Dira nampak.Kenapa?”
“Sebab..,”Daus menaiki semula basikal berwarna merah dan putih itu.Gayanya seperti hendak
berlumba. “Sebab kalau Abang Daus sampai dulu,lagi 3 tahun,Dira kena kahwin dengan
Abang Daus.Cepat!”
“Takut!”Jerit Adira sambil terkocoh-kocoh mengejar basikal Daus yang sudah maju ke
hadapan.Terkeluar sifat nakalnya yang cuba menendang basikal Daus.Tawa Daus memecah
keheningan pantai pada pagi itu.
Shahir masih lagi berdiri di situ dengan wajahnya yang terukir senyuman.
Ku ingin berlari kepadamu..tapi kau semakin jauh dariku..ku tak fahami apa
maksudmu..kau ada aku tapi bukan hatiku..
******
Dengan diiringi muzik Bad Romance daripada Lady Gaga,pentas runway di Hard Rock Cafe
dihangatkan dengan model-model tinggi lampai yang memperagakan rekaan fesyen daripada
pereka fesyen muda yang mula meniti nama di New York,Milan,Paris dan Tokyo.Tidak lama
kemudian seorang gadis muda yang cantik dan elegant muncul di tengah pentas sambil
diiringi model-model tadi dan meberikan ciuman dan lambaian dari jauh.Tepukan gemuruh
berserta flash kamera bertalu-talu bercahaya ke arahnya.Menyambut kedatangan anak
Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama di luar negara dalam bidang rekaan fesyen.
Rambutnya yang panjang melepasi bahu membuatkan sedikit mirip dengan pelakon
Jepun,Inoue Mao.Dengan jaket dan skirt kulit ciptaannya sendiri,gadis cantik tadi turun ke
bawah sambil bersalam-salaman dengan tetamu VVIP yang hadir.Wajahnya tak lekang
dengan senyuman dan jauh daripada gelaran sombong walaupun statusnya bisa
membenarkannya untuk jual mahal.
“Cantik kasut you,kasut Datuk Jimmy Choo?”Suara seorang lelaki yang menegurnya dari
arah belakang menarik perhatian gadis itu.
“Mestilah.Bukan macam you yang tak pakai kasut buatan orang Malaysia,”
“Sempat perli I?You masih ingat I?”
“Mana boleh I lupa budak lelaki yang suka cium pipi I masa kecik-kecik dulu.Sudah tentu
Ema masih ingat Daus,”
“Alamak,malunya!Okay,welcome home,my dear friend..Ema,”
Daus menghulurkan sejambak bunga mawar putih kepada Ema.Ema menyambut jambangan
bunga itu dengan senyuman manis di pipinya.
Daus menarik tangan Ema untuk membawanya ke meja belakang.
“Sorry lady and gentleman,I nak pinjam kawan lama I sekejap,”Daus mengangkat tangannya
cuba memohon maaf kepada tetamu yang hadir.
Daus menarik kerusi dan mempersilakan Ema duduk sebelum dia sendiri turut duduk
berhadapan gadis itu.
“I dapat tahu you balik,I terpaksa rush guna helikopter syarikat,”
“Aik,you kat mana sebelum ini?Kutub Utara?”Sindir Ema.
“I kat Negeri Sembilan lah.You ingat I penguin ke?Tadi I pergi kacau kawan kejap,”
“Mengadalah you,Negeri Sembilan naik helikopter.Kacau kawan ke,kacau awek?Hem?”Ema
mengenyit matanya.Nakal.
“Itu..bab itu..nanti I cerita lain kat you..hehe..”
“Ouch..I think someone is falling in love,right?”
“Apa ni?You asyik cerita pasal I je.You macam mana?Last time kita jumpa masa I nak futher
study kat New Zealand kan?Pas tu kita memanjang YM je macam robot,”
“Kenapa ni Daus?You rindu kat I ye?”
“Babe,kita kongsi masalah daripada A sampai Z.Walaupun you bukan girlfriend I,tapi you
satu-satunya kawan yang memahami I..you kenal I sejak zaman kita pakai lampin.Ema,sudah
tentu you mempunyai tempat yang special dalam hati I,”Daus mebuka kot Versace yang
dipakainya sambil tangan kanannya menepuk dadanya.
Ema hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Daus.Sudah pasti dia juga merindui teman
lamanya itu.Satu ikatan persahabatan yang wujud di atas ikatan persahabatan ibu bapa
mereka.Jika Daus suka mencium pipinya yang tembam semasa tadika,dari pihaknya pula dia
suka memijak kasut Daus yang sentiasa putih bersih.Mereka rapat sehingga masuk sekolah
menengah.Jika ada lelaki yang mempermainkan hatinya,Daus yang akan memujuknya dan
akan bertumbuk dengan bekas teman lelakinya.Jika Daus pula dilukai,dia yang akan
bersemuka dengan bekas kekasih Daus dan memberi leteran sebaik mungkin.Kadang-kadang
boleh membawa kepada adegan tarik-menarik rambut.
Begitulah uniknya persahabatan mereka.Ema memang merindui saat-saat yang penuh
kegilaan itu.Secara zahirnya,mereka terpisah apabila dia melanjutkan pelajaran dalam rekaan
fesyen di New York dan Daus melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaaan di New
Zealand.Secara alam maya mereka masih berhubung tetapi sudah tentu tidak serapat dahulu.
Kini mereka bertemu semula.Ema sendiri tak pasti apakah mereka masih mampu segila-gila
dulu atau bakal berlaku sesuatu yang tak dijangka dalam persahabatan mereka.
Segalanya masih kabur dan sukar untuk dijangka.
*****
Kebanyakkan pelajar Tingkatan 5 yang menghadiri kelas tambahan pada masa cuti sekolah
sudah pulang sebaik sahaja selesai kelas.Bagaimanapun masih kelihatan kelibat 3 gadis duduk
di atas bangku kantin sambil masing-masing menyelak buku dan nota.Tetapi jejaka yang
menemani mereka kelihatan terangguk-angguk menahan mengantuk.
“Iwan,kau tidur kenapa?Nanti kita putus sudah!”
Jeritan Anum mengejutkan Iwan yang hampir bermimpi berjumpa Maya Karin.Iwan
menyapu-nyapu mukanya yang masih mamai.Adira dan Nad yang berada di hadapan mereka
hanya mampu ketawa kecil.
“Kau ni asyik ugut putus..putus..karang aku putus betul baru tau..,”bebel Iwan perlahan.Anum
mencubit lengan jejaka di sebelahnya.
“Korang ni nak buat study group ke nak bercengkerama di bawah bulan purnama?”Soal Nad
sambil memandang kedua-duanya.Ada bunga-bunga cemburu sedikit di wajahnya yang cuba
tersenyum.
“Aku tak berapa suka study group ni Nad,aku lebih suka main futsal.Semalam aku tak puas
hati betul group kau menang.Malulah kalah dengan perempuan,”
“Kalau kau nak main futsal tiap-tiap malam,kau kenalah study.Kalau kau nak aku bagi kau
menang,kau mesti dapat result semua A,”
“Kau ingat aku ni Sheikh Muzaffar ke nak score semua A.Kau nak suruh aku jadi angkasawan
dan kau jadi angkasawati?”
“Apa kebenda yang kau merepek ni Iwan?Aku hempuk juga dengan Kamus Dewan yang
setebal kulit gajah ni kang,”
Anum sekadar memerhati pergaduhan kecil antara Nad dan Iwan.Nampak macam pergaduhan
suami isteri pulak,sakit hati pula dia memandangnya.Adira yang khusyuk menyiapkan eseinya
tidak mempedulikan suasana bising di sekelilingnya.
Bunyi mesej di telefon Blackberry Curve mengejutkan kosentrasinya.
Dah abis study group?Abang ada kat luar sekolah.Mbak Seena pun ada.Kita nak pergi
satu tempat nih.
Adira pantas menyimpan buku nota dan pensil case ke dalam sling bag Power Puff Girls
berwarna merah jambu.
“Korang sambunglah..aku balik dulu,”
Terkebil-kebil mata Nad melihat Adira tergopoh-gapah meninggalkannya bersama Iwan dan
Anum.
Adira berlari sepantas atlit larian 100 meter menuju ke pagar sekolah.Hatinya berasa senang
melihat Shahir menunggunya di hadapan kereta Peugot berwarna silver.Di bahagian belakang
Mbak Seena tersengih-sengih sambil melambaikan tangan.
“Hemm..kita nak pergi mana,abang?”Adira melepaskan lelahnya yang penat memecut seperti
tak cukup tanah.
“Kesian..sampai berpeluh adik abang.Kita pergi KL,”Shahir mengambil sling bag daripada
Adira dan masuk ke dalam kereta.
“Buat apa tiba-tiba pergi KL?”
“Tengok rumah baru abang,”
“Rumah baru abang?Abang nak stay kat Malaysia Ke?Tapi nape KL?Nape tak kat sini aje?”
Jawapan Adira tidak dijawab Shahir.Sebaliknya dia cuma meminta Adira masuk ke dalam
kereta.
******
Datin Linda menandatangani dokumen perjanjian yang melibatkan aset dan saham di
cawangan syarikat architecture Megah Jaya Company di Malaysia.Farina yang berada di
hadapannya turut menandatangani perjanjian baru itu.