Masing-masing dengan wajah yang sedikit tegang dan menyimpan rahsia yang terpendam di
dalam sanubari.
“Tahniah,”
Ucapan pendek Daus disambut dengan anggukan Shahir.
“Kau balik KL bila?”
“Lepas ni aku balik..sekali ngan mummy kau,”
“Naik apa?”
“Flight,”
Shahir mengangguk lagi.Masih perbualan asas yang tidak ada kena mengena langsung
dengan hal yang sepatunya diluahkan.Ego.
“Aku..”
“Aku rasa aku patut belasah kau,”
“Hem?”Shahir memandang Daus.
“Tapi ni kawasan masjid,jadi aku simpan buku lima aku untuk kau,”
“Kita..kita boleh pergi luar,”
“Jom,”
Daus pantas bangun sambil dituruti Shahir.Shahir pasrah untuk apa saja yang berlaku pada
dirinya.Dia sudah membuat kerja gila melarikan Adira dari tangan Daus.Dia sudah
menjatuhkan air muka sahabat baiknya.
Sampai di satu kawasan berhampiran sebuah kompleks yang terkenal dengan jualan telefon
bimbit dan komputer,satu penumbuk melekat di bibirnya.
Shahir terjatuh rebah di tepi jalan.Darah merah mengalir pekat di bibirnya.
“Kau memang kawan tak guna!”Jerit Daus.Dia menggosok-gosok buku limanya.Sakit juga
tangannya walaupun hanya memberi satu pukulan.
Shahir meraba-raba bibir pecahnya.Membengkak semasa itu juga.Diludahnya darah pekat
yang memenuhi mulutnya.Namun dia percaya sesakit bibirnya yang pecah,sesakit itu juga
rasanya hati Daus terhadapnya.
“Aku minta maaf..boleh kau maafkan aku?”
Daus mengeluh keras.Dia menghulurkan tangannya kepada Shahir.Shahir menyambut
huluran tangan itu membiarkan dirinya ditarik Daus.Bahagian siku baju melayunya sudah
terkoyak ketika bergeseran dengan jalan tar.Dia menepuk-nepuk kain sampin yang dipenuhi
debu.
“Kau dah pun berkahwin dengan Adira.Apa aku nak cakap?”
“Daus..”
“Aku baru teringat,aku ada benda nak cakap.Kau jangan lukakan hati dia.Sikit pun jangan
Shahir.Kau patut bersyukur kau yang menjadi pilihan dia.Kalau aku tahu kau lukakan hati
dia,kau tahulah nasib kau!”
Daus meninggalkannya berdiri seorang diri di situ.Meninggalkannya dengan pesanan dan
amaran yang terakhir.Jangan lukakan hati Adira!
Shahir meraba-raba bibirnya.Membengkak.Besar sebelah.Bagaimana dia nak jumpa Pak Man
esok?
“Sakit?‟
Tuaman telur rebus panas yang dibalut dengan kain menyebabkan Shahir menjerit kecil.Tak
sanggup pula menolak tangan halus dan putih itu.
“Kenapalah abang biarkan diri jadi punching bag Abang Daus?”
“Dah abang yang salah kan?”
“Buruk betul muka abang,”Adira ketawa kecil sambil memperkemaskan duduknya di sebelah
suaminya.Di atas tangga yang memiliki 3 anak tangga.
“Buruk-buruk pun suami ayang jugak,”
“Eew,siapa suruh abang panggil ayang balik?”
“Eh,ikut suka abanglah,abang nak panggil ayang ke,baby ke,honey ke,darling ke dan
sewaktunya..ikut suka abanglah,”
“Belasah karang,”
“Uish,tak baik jadi isteri yang nusyuz,”
“Dira rasa pelik abang panggil ayang,masa kecik-kecik dulu rasa okay juga,masa sekarang
Dira rasa geli la pulak..hehe.Dira rasa..”
“Bukan Dira,ayang..”
“Dira,”
“Ayang,”
“Dira lah!”
“Ayang lah!”
“Dira la orang kata..abang ni gatal kenapa?”
“Sayang,”
“Sayang?”
“Sayang lah,”Shahir merenung wajah Adira yang merah padam.“Abang sayanggggg
sayang.Terima kasih sebab sayang sudi juga menemani abang dalam pondok kita yang lagi
lawa dari pondok Pak Pandir..aduh..”
Shahir memegang bibirnya.Sakit pula bibirnya jika bercakap banyak.
“Haha..tu lah cakap banyak lagi.Lusa abang pergi jumpa Pak Man?”
Tuaman telur rebus panas itu dituam lagi ke bibir Shahir.Shahir memejamkan matanya
menahan sakit.
“A‟ah,Pak Man cakap dia ada nak offer abang job kat sana,”
“Abang pergi Bangkok ek?”
“Ehemm..kenapa?”
“Abang jangan bengkok ek,ikut jalan yang lurus,”
“Kalau abang bengkok juga?”
“Ni bengkok abang,”Tuaman telur rebus itu ditonyoh ke bibir Shahir.Mahu juga satu
kampung terdengar jeritan suara jantan Shahir.Menggegar dunia.
“Sakitlah,”
“Tau tak pe,”
“Sayang,”
Di cuitnya dagu Adira dan ditunjukkan ke arah langit yang dihiasi berjuta bintang.Isterinya
memandang ke arah yang ditunjuk suaminya.
“Tengok tu,dalam banyak-banyak bintang yang menghuni di langit,hanya ada tiga bintang
yang selari dan lurus.Yang lain semua berterabur dan tidak tersusun,sayang nampak tak?”
“Ye sayang nampak,maksud abang?”
“Semasa abang di Bangkok nanti,andai kata sayang ada rasa sangsi pada abang.Tengok di
langit.Tiga kejora yang lurus itu adalah hati abang yang juga lurus dan jujur terhadap
sayang.Tiga bintang itu juga mengungkap rasa tiga
perkataan..1,abang..2,cinta..3,sayang..abang cinta sayang,”
“Betul?”
“Betul,”
“Abang pandai bermain kata ek?”
"Abang tak bermain..sumpah abang janji,”
“Jangan termakan sumpah nanti,”
“Tak.Betul.Janji.Sayang,sayang abang?”
“Sayang...”
Purnama mula berselindung di sebalik awan.Sama ada ingin melarikan diri daripada pungguk
yang asyik merindu atau ia juga bisa malu melihat gurau senda pengantin baru itu.Bintang
setia menemani malam terutamanya 3 bintang yang berbaris di langit.Berkelip-kelip di atas
sana.Abang cinta sayang.
*****
Datuk Maulana memandang gambar-gambar pernikahan Shahir dan Adira yang diletak Datin
Ainul di atas meja.Perlahan-lahan senyuman terukir di wajahnya.Diusapnya gambar itu.Jari
jemarinya bermain-main wajah Shahir dan Adira.Rindu hatinya pada mereka,hanya Tuhan
saja yang tahu.
Biarpun egonya menidakkan rasa itu,namun dia tidak mampu menipu dirinya.Bukannya dia
tidak mahu kedua-dua mereka melangsungkan perkahwinan secara adat dan adab tetapi
masanya tidak kena.Semuanya pantas berlaku pada saat hatinya masih terguris.Shahir
sepatutnya menghormati perasaannya sebagai ayah.Mana mungkin dia bisa menerima
kemaafan sekadar melalui telefon.Mengapa Shahir sendiri tidak bertemu dengannya secara
bertentang dua mata?
Kesepian terus mencengkam suasana di dalam rumah besar ini.Selalunya akan ada tawa
manja Adira kedengaran di segenap sudut.Kalau tidak mengusik mummy nya,akan ada jeritan
kecilnya mengganggu Mbak Seena di dapur.
“Kenapa tengok kalau dah benci?‟
Suara Datin Ainul menerjah telinganya.Gambar itu diletakkan semula dan air mata yang
bergenang di kelopak matanya segera dikesatnya.
Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepalanya.Belakang badan suaminya digosok perlahan-
lahan.
“Daddy,janganlah keras hati.Bawa balik budak berdua tu ke rumah ini,”
Permintaan itu tidak mendapat sambutan.Lelaki itu terus melangkah menaiki tangga
meninggalkan isterinya.Membawa sekeping hatinya yang benci dan bertautan rasa rindu.
Datin Ainul hanya memandang tingkah suaminya.Dia terduduk lemah di atas sofa.Sudah 11
tahun mereka bersama,dia sudah masak dengan sikap suaminya.Semoga Tuhan melembutkan
hati suaminya.Itu doanya setiap hari.
******
Pejabat yang terletak di World Trade Centre,Bangkok itu kelihatan kemas dan cantik.Jenama
Megah Jati Architechture itu tersergam indah di dinding pejabat.Walaupun sekadar cawangan
tapi nampaknya seperti ibu pejabat layaknya.
Shahir menyandar badannya ke sofa yang lembut itu.Melepaskan penatnya setelah menaiki tut
tut selesai pendaratan di Bangkok International Suvarnabhumi Airport.Dia hampir
memejamkan matanya sebelum seorang gadis memakai tudung menghampirinya dengan
secawan kopi panas.
“Encik,silakan minum,”
“Eh,orang Melayu ke?Ingat orang Thai,”Shahir tersengih-sengih.
“Tak..saya memang orang Melayu pun,”
“Err..cik..?”
“Cik Syazana,”
“Oo..okay,Cik Syazana lambat lagi ke saya nak jumpa datuk?”
“Sekejap je,dia ada urusan sekejap,”
“Saya..”
Belum sempat Shahir menghabiskan ayatnya.Interkom di meja sudah berbunyi,gadis
penyambut tetamu itu meletakkan cawan kopi di atas meja kecil bersebelahan Shahir.Shahir
mengeluh kecil.Datuk?Dia baru tahu Pak Man yang membantunya itu rupanya seorang
jutawan bergelar Datuk.Datuk Noorman.Hatinya mula berasa tak sedap.Kenapa Pak Man
tidak memperkenalkan dirinya yang sebenar?Apa muslihatnya?
Apapun Shahir segera memadamkan syak wasangkanya.Sepatutnya dia bersyukur kerana Pak
Man sudi membantunya untuk menguruskan perkahwinannya dengan Adira.
“Encik Shahir,”
“Ya,saya,”Shahir bingkas bangun apabila namanya dipanggil gadis tadi.
“Encik boleh jumpa Datuk sekarang.Silakan,”
Gadis itu tersenyum sambil membuka kamar pejabat Datuk Noorman untuk Shahir.Shahir
membalas senyuman gadis itu sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kamar Pengarah
Menara Jati.
Di hadapannya,Datuk Noorman tersenyum manis sambil berjabat tangan dengannya.Seorang
lelaki berkemeja putih turut berada di situ.Matanya membulat seolah-olah melihat hantu
tatkala memandang Shahir.
“Macam mana flight ke Bangkok?”
“Okay..terima kasih atas sponsor Pak..err..Datuk,”
“Haha..kalau Shahir dah selesa panggil Pak Man,panggil je Pak Man.Lupa nak kenalkan,ini
Doktor Farish,”Datuk Noorman menepuk-nepuk bahu pemuda di sebelahnya.
“Nice to meet you,”Farish menggenggam tangan Shahir.Ada kejutan di wajah lelaki itu
menyebabkan Shahir tidak selesa.
“Nice to meet you too,doctor,”
“Eh,duduk dulu..silakan,”Datuk Noorman melabuhkan punggungnya di atas sofa.Langkahnya
dituruti Shahir dan Farish.
“Shahir sihat?”
“Sihat,err..Pak Man..baru dua hari lepas kita jumpa kan?”
“Adira sihat?‟
“Alhamdulillah,Pak Man,”
“Dia tinggal dengan siapa sekarang?Maksud Pak Man,Shahir di Bangkok ni,Adira
bagaimana?”
“Tak pe Pak Man,ada anak tuan rumah yang saya sewa tu selalu menemani dia.Budak
perempuan lepas SPM.Macam kakak buat isteri saya.Kenapa Pak Man?”
“Oh,tak de apa..emm,Pak Man nak offer job Pembantu Peribadi untuk Shahir,”
“Oh ye ke?Alhamdulillah,”Shahir menyapu kedua belah tangan di wajahnya.“Saya memang
ada experience sebagai PA.Tapi saya rasa Pak Man bukannya dah ada PA?”
“Bukan untuk saya,untuk anak saya,”
“Anak Pak Man?”
“Ya,Encik Shahir.Untuk anak Datuk Noorman.Selain bertugas sebagai PA,you juga
merupakan terapi terbaik buatnya.Sama tak serupa,”Doktor Farish tersenyum puas.Datuk
Noorman cuma mendiamkan diri.
“Terapi?Sama tak serupa?Apa maksud doktor?”
Belum sempat jawapan terungkai,seorang gadis memakai tudung sambil menggenggam
sebuah bingkai gambar meluru masuk ke dalam kamar Datuk Noorman.Wajahnya pucat dan
matanya membengkak.Namun kulitnya yang halus putih dengan bulu mata yang lentik
menghiasi anak matanya yang berwarna coklat tidak menidakkan kejelitaannya.Matanya
membulat saat terpandang Shahir.
“Abang Aqso?Abang Aqso..Abang Aqso..,”
Seiring dengan nama yang dilafazkan itu,Shahir hanya tergamam melihat gadis itu memeluk
kakinya.Terpinga-pinga.Dipandangnya wajah Datuk Noorman dan Doktor Farish yang hanya
tunduk ke bawah.
Siapa Aqso?Siapa gadis yang menangis tersedu-sedan di kakinya ini?Shahir keliru.Hatinya
berdebar-debar.Dunianya berasa berpusing seligat gasing.
Gadis itu memandang ke arah wajah yang dirinduinya dengan sepenuh jiwa.Sesekali titisan
air mata yang membasahi pipinya berlinangan.
Shahir hanya mampu melayan karenah si cantik di hadapannya dengan hati yang serba
salah.Keliru sudah pasti.
“Abang Aqso,abang janji takkan tinggalkan Ija lagi,”
“Aaa..err..,”Lidahnya kelu untuk meneruskan kata.
“Kenapa abang tinggalkan Ija?Kenapa?”
Tiba-tiba gadis itu memukul lengannya bertalu-talu.Shahir sedikit kaget.Menahan dirinya
daripada terus dipukul.Itu yang mampu dilakukannya.Doktor Farish segera mendapatkan
gadis itu yang mula bertindak agresif.
“Heliza,awak dah janji awak akan tak marah Aqso kan?”
“Tapi dia dah tipu.Dia tinggalkan Ija,isteri dia sendiri!Dia tipu!”
Tindakan yang semakin agresif itu disambut dengan pegangan tangan dan kaki daripada
Datuk Noorman dan Doktor Farish.Shahir semakin runsing.(Isteri?).
Satu suntikan daripada Doktor Farish di lengan Heliza menyebabkan gadis itu
longlai.Matanya hampir terpejam.Tangannya dihulurkan lemah kepada Shahir.Bingkai
gambar yang selama ini erat dipegangnya jatuh ke lantai.Akhirnya,dia lemah longlai dalam
pangkuan Datuk Noorman.Lelaki itu langsung tidak berbicara ketika mengangkat anak
gadisnya keluar dari kantor itu.Doktor Farish mengesat peluh dingin yang membasahi
dahinya.Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum memandang Shahir yang sudah kelihatan
pucat lesi.
Bingkai gambar yang terjatuh itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir tergamam melihat gambar
sepasang pengantin berbaju putih sedondon di hadapannya.Wajah pengantin lelaki itu hampir
seiras wajahnya.Sama tapi tak serupa.Hatinya berdegup kencang.Masalah apa pula kali
ini?Apa punca sebenar Heliza bersikap begitu dengan suaminya yang bernama Aqso?Kenapa
dia pula disangka Aqso sekalipun mereka seiras.
“Itu Heliza,anak perempuan tunggal Datuk Noorman.Salah seorang pemegang saham dalam
syarikat ini.Bakal mewarisi harta ayahnya,”
Doktor Farish menunjukkan pula wajah lelaki di sebelah pengantin perempuan.Jari
telunjuknya mengetuk-ngetuk bingkai gambar itu.
“Ini Aqso,suami kepada Heliza.Mereka baru je melangsungkan akad nikah sebelum berlaku
satu tragedi,”
“Tragedi?”
Kerutan di dahi Shahir menunjukkan satu tanda tanya yang membingungkannya.Doktor
Farish Cuma tersenyum.
******
Pancaran flash kamera bertalu-talu menyinari wajah kedua pengantin baru yang baru
melafazkan akad di masjid yang tersergam indah itu.Sanak saudara dan rakan taulan
memenuhi perkarangan masjid.
“Okay,terima kasih kawan-kawan yang sudi menyibukkan diri pada hari ini,”Gurauan Aqso
disambut dengan cubitan manja Heliza.
Datuk Noorman hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah menantunya yang gila-
gila.Itulah Ahmad Aqso yang dikenalinya sejak kecil lagi.Anak kepada pembantu
rumahnya,arwah Mak Siti.Tapi kasih sayangnya kepada Aqso tidak berbelah bahagi.Apa
yang Heliza dapat,Aqso juga akan dapat.Apatah lagi dia tiada anak lelaki.Selepas kematian
isteri tercinta ketika melahirkan Heliza,tiada wanita yang mampu menambat hatinya lagi.
Aqso dan Heliza membesar bersama.Mendapat pendidikan yang sama rata.Betapa sucinya
perhubungan itu apabila mereka menginjak remaja hanya Heliza yang bertakhta di hati Aqso
dan hanya seraut wajah tulus yang menerangi jiwa Heliza..Aqso!
“Okay,Pak Din sila keluar,”
Terpinga-pinga pemandu kereta itu apabila Aqso menjemputnya keluar daripada
kereta.Datuk Noorman dan Heliza saling berpandangan.Tetamu yang memenuhi
perkarangan masjid juga tertanya-tanya.Apa masalah pula?
“Okay semua!Saya nak bawa isteri saya naik kereta yang saya drive sendiri.Tata!”
Hadirin yang hadir hanya tersenyum sipu melihat kenakalan pengantin lelaki.Aqso menunduk
hormat kepada gadis yang sangat dicintainya.Mempersilakan isteri kesayangannya yang
baru saja diijab kabulkannya masuk ke dalam kereta.
Heliza hanya mampu tersipu malu tatkala Aqso berlari-lari anak sambil melambaikan
tangannya kepada tetamu.Wajahnya kelihatan ceria dengan senyuman yang manis.
Datuk Noorman hanya memandang sayu melihat kereta itu meninggalkan perkarangan
masjid.Bukannya ke mana pun,destinasi yang dituju tetap tempat yang sama.Ke hotel yang
sama untuk meraikan majlis resepsi.Entah kenapa hatinya berdebar-debar.Nalurinya sebagai
seorang bapa mengatakan bakal berlaku sesuatu yang tidak enak.Tetapi dia segera
beristighfar.Mohon itu semua mainan fikirannya.
Aqso memandu kereta Lamborghini berwarna merah itu dengan laju.Heliza mencubit lagi
lengannya.
“Aduh,kenapa ni?Lebam-lebam abang nanti,”
“Kenapa abang suka buat kerja gila?”
“Abang memang suka buat kerja gila.Tapi dalam banyak-banyak kerja gila abang,berkahwin
dengan Ija yang paling gila sekali,”
“Amboi,menyesal lah ni!”
“Tak..bukan menyesal..paling gila kerana abang terlalu gilakan Ija,”
Heliza menggelengkan kepalanya.Tali pinggang keselamatan ditariknya dan dipakai.Aqso
hanya tersenyum manja.Direnungnya wajah ayu itu dengan tatapan yang penuh rasa cinta.
“Abang!”
Heliza separuh menjerit apabila kereta itu ke tengah dan hampir melanggar kereta lain yang
datang dari arah hadapan.Aqso cepat-cepat memusing stering sebelum terbabas.
“Nasib baik..”
“Nasib baik?Yang abang tak tengok depan siapa suruh?”
“Buat apa abang nak tengok depan kalau isteri abang yang cantik manis ni ada kat
sebelah?”
“Abang jangan mengada,”
Jari telunjuknya pantas mencucuk mata suaminya yang nakal mengenyit.Aqso mengaduh
kecil sambil menggosok-gosok matanya.Dia mengeluh perlahan.Dipandangnya sayu wajah
isterinya yang cantik berbusana pengantin serba putih.
“Ija..”
“Ehem?”
“Katalah abang yang pergi dulu..”
“Apa yang abang merepek ni?”
“Bukan.Jodoh dan ajal kan di tangan Tuhan,”
“Ija tak mahu dengar,apa yang abang merepek ni?”
“Ija..sayang,dengar apa yang abang nak cakap,”
“Hem,apa?”Heliza memandang wajah suaminya dengan perasaan malas.Entah apa masalah
Aqso membangkitkan soal ajal pada hari perkahwinan.Langsung tak berkaitan.
“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik daripada
abang,boleh?”
“Ya Allah abang ni..kita baru dijabkan,abang.Kenapa?Abang ada yang lain ek?”
“Abang hanya ada Ija seorang.Sampai mati abang hanya sayang Ija seorang,”
“Abang kenapa?Abang nak tinggalkan Ija?”
“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”
“Abang janji?”
“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”Aqso tersenyum nakal sambil menunjukkan
jari manisnya yang tersarung cincin perak perkahwinan mereka.
Heliza menggelengkan kepalanya.Tak habis-habis dengan usikan nakalnya.Sejak kecil lagi
Heliza mengenali Aqso,dia sendiri tidak pasti bila waktunya Aqso serius.Bunyi decitan tayar
mengejutkan keduanya.
Sebuah lori trailer dari arah berlawananan menuju dengan pantas seolah-olah seperti
sedang berlumba.Diikuti bunyi hon bertalu-talu dan ditamatkan dengan dentuman yang
paling kuat bagai letupan bom.Kejadian berlaku sesaat cuma namun kesannya amat
memilukan.
Kaca berderai memenuhi ruang jalan.Orang ramai kaget melihat pengantin baru yang
longlai dan terkulai layu.Heliza dapat merasakan cecair pekat mengalir di dahinya.Matanya
membulat saat terpadang cincin perak Aqso di hadapan matanya yang masih tersarung di
jari manisnya.Cuma jari manisnya sahaja.Tanpa suaminya.
“Abanggggg!!!”
Jeritan sayu wanita itu mengundang hiba mata yang memandang.Heliza cuma mampu
menjerit.Nafasnya turun naik menahan hiba.Dia cuba mampu melihat tubuh layu Aqso
diangkat oleh orang ramai yang membantu mereka.Pemandu lori trailer yang ketakutan itu
menepuk dahinya sambil terjelepuk lemah.Beberapa orang lelaki mengelilinginya.Salah
seorang daripada mereka kelihatannya seperti ingin membelasah lelaki itu sebelum dihalang
yang lain.Lelaki yang mengusung tubuh Aqso itu memandang kepada Heliza sambil
menggelengkan kepala.
“Abang Aqso,abang..jangan tinggalkan Ija..abang...abang!!”
Cincin perak yang tersarung di jari manis itu masih di hadapan matanya.
“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”
“Abang janji?”
“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”
******
Doktor Farish memandu keretanya menuju ke rumah Datuk Noorman.Trafik di sekitar kota
Bangkok sesak dengan kenderaan orang ramai yang baru pulang setelah selesai waktu
pejabat.Shahir yang berada di sebelahnya hanya melepaskan pandangan jauh.Wajah Adira
bermain-main di mindanya pada saat itu.Entah kenapa hati sang suami yang gundah
memikirkan kehadiran Heliza yang mungkin menimbulkan curiga pada hati isterinya.
“Selepas kejadian tu,Heliza mengalami gangguan jiwa yang amat teruk.You bayangkan apa
yang dia nampak.Nak naik kereta pun dia fobia kecuali diberikan pelali.Dia mengalami
kemurungan yang amat teruk.Over depressed.Tiada lagi Heliza yang bubbly sebelum kejadian
tu,”
Shahir mengelap dahinya yang dibasahi peluh walaupun pendingin hawa dibuka semaksima
mungkin.
“Pertama kali Datuk jumpa you masa di R&R hari tu,dia sendiri terkejut melihat wajah you
yang hampir seiras Aqso.Bila dia ceritakan pada I,I sendiri tak percaya sampailah hari I
tengok muka you sendiri.”
Apa saja yang keluar daripada mulut Doktor Farish bagai angin lalu yang masuk ke telinga
kanan dan keluar ke telinga kirinya.
Ya.Dia simpati dengan nasib Heliza.Malangnya gadis secantik itu sudah kehilangan suami
pada usia yang muda.Ya,dia akui sesiapa pun di tempat Heliza akan mengalamai perkara yang
sama.Tetapi mengapa dia?Tuhan ingin menduganya memberikannya wajah seiras
Aqso.Mungkin juga ini balasannya kerana menderhaka kepada daddy.Segalanya
berkemungkinan.
“Shahir,you hanya perlu berada di sisi Heliza.I faham,I pun tak akan paksa you buat lebih
daripada sekadar menemaninya.Biarlah dia pulih perlahan-lahan dan menerima hakikat,Aqso
sudah tiada.Dia masih percaya Aqso masih hidup,”
“Tak bolehkah saya hadir dalam hidupnya sebagai saya sendiri?Kenapa saya perlu
membiarkan dia menganggap saya sebagai Aqso?Suaminya?”
“Bagi dia masa.Tapi kalau Shahir tak nak bantu,kami tak boleh paksa,”
Kereta itu membelok masuk ke sebuah banglo yang tersergam indah.Binaannya ala istana
maharaja siam dahulu kala.Semuanya serba kekuningan dan keemasan.
“Buat masa ni,kami tempatkan Heliza di sini,kami tak mahu ingatannya terhadap tragedi itu
semakin memuncak jika dia masih di Malaysia.Masuklah,”
Kedua-dua lelaki itu membuka sepatu masing-masing.Datuk Noorman berada di ruang tamu
cuba menyuapkan makanan untuk anak perempuan kesayangannya.Gadis itu langsung tidak
mengendahkan ayahnya.Matanya lebam.Wajahnya pucat lesi.
“Makanlah sikit..kesian susah-susah ni ayah buat spaghetti favorite Ija?Atau Ija nak
chocolate?”
Tangan lemah itu menolak sudu yang disuakan ayahnya.Berdeting bunyi sudu itu jatuh ke
lantai.Datuk Noorman hanya mengeluh kecil.
Doktor Farish mencuit lengan Shahir.Shahir menarik nafasnya dalam-dalam dan
melepaskannya perlahan-lahan.Dia cuba mengukirkan senyuman sebelum menghampiri gadis
itu.Sudu yang dibuang tadi dikutipnya.Mangkuk yang berisi spaghetti itu dihulurkan Datuk
Noorman kepadanya.Lelaki itu bangun dan mempersilakan Shahir duduk menggantikan
tempatnya.Shahir menunduk hormat kepada Pak Man sebelum melabuhkan punggungnya ke
atas sofa.
Shahir duduk berhadapan dengan Heliza.Dia memgambil sedikit untaian spaghetti itu sebelum
disuakan kepada gadis di hadapannya.
“Emm..Ija..nak makan?”
“Kenapa abang tinggalkan Ija?”Heliza pantas bertanya dengan jelingan matanya yang tajam.
“Abang bukan tinggal Ija selama-lamanya.Abang tinggal sekejappppp je..”Shahir bersuara
lembut.Cuba memujuk.
“Abang janji takkan tinggalkan Ija lagi?”Air mata jernih bergenangan di kelopak
matanya.Wajahnya yang pucat tadi sudah kelihatan kemerahan.
“Abang...”Shahir terhenti seketika.Dia cuba untuk mengukir senyuman.“Abang janji..Ija
makan ye?”
Suapan spaghetti yang diberi Shahir mendapat tindak balas yang baik daripada Heliza.Suapan
demi suapan diberi Shahir seperti melayan anak kecil.Datuk Noorman menarik nafas lega.Air
mata yang mengalir dikesatnya.Terharu melihat perubahan anak gadisnya.Doktor Farish
tersenyum sambil menepuk bahu Datuk Noorman.Heliza memandang Shahir dengan mata
yang tidak berkelip.Wajahnya itu dipandangnya dengan sejuta kerinduan.Bukan kepada
Shahir tapi terhadap Aqso.Baginya pada saat itu jejaka kacak yang berada di hadapannya itu
ialah Aqso.
Kerana Aqso telah berjanji untuk tidak meninggalkan Ija.
******
Hujan lebat yang menyimbahi bumi Alor Setar tidak berhenti sejak petang tadi.Adira menutup
payung berwarna belang putih dan merah jambu itu.Diletakkannya di tepi tangga.Tangannya
menyeluk saku baju hujannya.Telefon bimbit yang diberikan Pak Man di hospital tempoh hari
ditenungnya dalam kegelapan.(Alahai,tak ada signal lagi!)
Langit gelap dengan awan yang hitam itu dipandangnya dengan keluh kesah.
(Macam mana nak tengok 3 bintang lurus di langit jika awan gelap?Macam mana abang nak
sampaikan 3 perkataan ABANG CINTA AYANG?Aduhhhhhh...)
Adira memeluk tubuhnya sendiri.Menggigil kesejukan.Sengaja dia belum masuk ke dalam
rumah lagi.Melayani titis hujan yang jatuh ke bumi bagai irama yang menyentuh
jiwanya.Cuma sahutan katak yang memotong sedikit buaian jiwanya.
Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam.Dia baru saja selesai mendaftar kelas
malam dengan ditemani Kak Dib,anak tuan rumah sewanya.Apapun yang berlaku,peperiksaan
SPM harus diambil.Walaupun itu bererti dia terpaksa pulang ke Rawang untuk menduduki
peperiksaan.
Risau juga dia memikirkan keadaan suaminya.Shahir hanya sempat menelefonnya ketika
sampai di lapangan kapal terbang.Shahir sudah berjanji akan pulang pada hujung minggu ini.
Mujurlah ada Pak Man.Kalau tak ada Pak Man,tak tahu bagaimana nasib mereka.Adira tak
kisah tinggal seorang diri.Kalau takut sangat,dia akan panggil Kak Dib.Selepas selesai
SPM,dia akan mengikut Shahir ke Bangkok jika itu sememangnya tuntutan kerja
suaminya.Mereka akan membina semula kehidupan baru perlahan-lahan.Memang terdesak
pada mulanya,kereta Peugot pun sudah dijual Shahir untuk biaya dirinya buat sementara
waktu.Lebih daripada cukup.Tapi tak perlulah membazir sampai nak beli rumah baru.
Yang penting,memohon kemaafan daddy.( Ayang rindu daddy..)
Kepalanya didongak lagi.Ruang angkasa masih gelap.Awan hitam lagi memintal-mintal.Tiada
kelihatan 3 kejora lurus nun jauh di sana.Petir yang memancar mengejutkan Adira.Dadanya
diurut-urut.Istighfar.
(Apa yang abang buat sekarang?Ayang rindu sangat..sangat..pada abang..)
Dia pasrah.Langkahnya menuju naik ke atas anak tangga.Masuk ke dalam rumah dan daun
pintu dirapatkan.Dikunci.
Tidak jauh dari rumah itu,seorang lelaki memakai kot labuh dengan payung di tangan
kanannya setia menanti sehingga Adira lenyap daripada pandangannya.Titis hujan yang
terkena di bahunya tidak dipedulikan.Kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang hitam
juga tidak terasa.
Cermin kereta Mercedes Benz berwarna hitam itu diturunkan.Pemandu keretanya menjengah
sedikit kepalanya.
“Flight ke KL pukul 11 ada lagi,encik.Jomlah kita,esok Encik Daus ada meeting,”
Daus tidak menjawab.Dia memandang sayu ke arah rumah kayu dihadapannya.
Aku akan setia menemanimu seperti malam yang setia menemani siang biarpun tidak dapat
bersua.Aku akan pasti melindungimu biar patah sayap namun masih bertongkat paruh.
Selamat malam,Adira...
Heliza memandang wajah yang dirinduinya tanpa mata yang berkelip.Rindu hatinya kepada
Aqso,hanya Tuhan yang tahu.Heliza tak mengerti apa yang berlaku terhadap dirinya.Setiap
malam dia mimpikan jeritan Aqso.Darah mengalir bagaikan air sungai melemaskan
suaminya.Terkapai-kapai dan lama kelamaan Aqso hilang daripada pandangan
matanya.Ketika itu juga suaranya hilang entah ghaib ke mana.Dia cuba menjerit nama
suaminya tetapi nada suaranya tidak mampu melepasi kerongkongnya pun.Yang mampu
dititiskan cuma air mata berdarah.
Mimpi ngeri itu saban malam menghantuinya sejak dia terdampar koma selama seminggu di
hospital.Mimpi itu diakhiri dengan racau dan jeritannya serta ditamatkan dengan ubat
penenang.Bayangan Aqso tanpa nyawa masih bermain di mindanya.Aqso yang terkulai layu
dengan baju melayu,sampin dan tengkolok yang masih kemas dipakainya.Cincin perak di jari
manis suaminya menjadi loket rantai yang dikalungnya setiap waktu.Cincin itu kemas
digenggamnya.
Abang Aqso sudah tiada.Abang Aqso sudah berada di alam lain menemani duka
laranya.Abang Aqso yang dicintainya sudah meninggalkannya seorang diri di dunia fana
ini.Abang Aqso memberikannya status pengantin berdarah!
Ya Allah,siapa lelaki di hadapannya ini?
“Kau bukan Aqso!”
Jeritan Heliza mengejutkan seisi rumah.Shahir memandang gadis itu dengan rasa simpati.
“Ya,saya bukan Aqso,”
Kata-kata Shahir mengejutkan Doktor Farish dan Datuk Noorman.Kedua mereka saling
berpandangan.
“Habis,kenapa kau ada kat sini?”
“Saya cuma ingin menemani awak,”
“Abang Aqso dah mati!Abang Aqso dah tinggalkan Ija!Kau siapa?Kenapa kau datang dengan
bertopengkan wajah Abang Aqso?Kenapa?”
“Saya pun tak tahu..demi Allah,saya tak tahu apa hikmahnya saya diminta untuk bertemu
dengan awak,”
“Kau tahu aku sayangkan Abang Aqso kan?”
“Ye,saya tahu,”
“Kau tak tahu.Kau bukannya pengantin lelaki yang terkorban pada hari pernikahannya.Kau
bukan suami aku yang mampu mengubat penderitaan yang aku tanggung.Aku separuh gila
kau tahu tak?”Air mata mula bercucuran di pipi Heliza.Dia mula mundar-mandir tanpa tentu
arah.
“Saya mungkin tak dapat menyelami apa yang Cik Heliza rasa tapi saya simpati..”
“Simpati!Simpati!Itu je yang kau tahu?Aku yang naik gila!Kau tahu tak?”
Datuk Noorman cuba mendapatkan Heliza tetapi Doktor Farish menahannya.Lelaki itu
bimbang jika anak perempuannya mencederakan Shahir.
“Cik Heliza,Tuhan tu Maha Pengasih.Sebenarnya Cik Heliza antaranya hambaNya yang
dikasihi.Sebab itu Dia memberikan dugaan yang begini hebat kepada Cik Heliza.Orang lain
cuma kehilangan kekasih atau tunang.Cik Heliza kehilangan suami pada hari
pernikahan.Masya Allah,Tuhan sayang Cik Heliza..sebab itu Dia menguji Cik Heliza sebegini
dahsyat,”
Heliza terdiam.Nafasnya turun naik menahan jiwanya yang kacau.Berserabut otaknya dengan
degupan jantungnya yang berdegup pantas.
Tangannya menggigil menahan perasaannya yang bercampur
baur.Marah,geram,bengang,kecewa,benci dan semuanya bercampur aduk menambah gejolak
jiwanya yang serba tak kena.
Matanya meliar sebaik melihat lelaki seiras Aqso itu menghampirinya.Pantas dia mencapai
pisau pemotong buah di atas meja.Pisau itu dihunuskan di pergelangan tangannya.Kaget
dengan keadaan itu Shahir pantas menghampiri Heliza.
Berlaku sedikit pergelutan antara Shahir dan Heliza menyebabkan Datuk Noorman dan
Doktor Farish turut campur tangan.Suasana yang cemas itu berakhir apabila pisau itu terjatuh
ke lantai dengan titisan darah menitis laju.
Shahir panik melihat darah yang memancut keluar dari pergelangan tangannya.Dia
memandang wajah Doktor Farish yang kelam kabut cuba menutup luka di pergelangan
tangannya dengan kain.Datuk Noorman segera menelefon ambulans.
Heliza tergamam melihat kejadian yang pantas berlaku di hadapan matanya.
Ya Allah,apa yang telah aku lakukan?
*****
Adira memandang telefon bimbit yang baru saja diteleknya beberapa minit yang lalu.Sudah 3
hari Shahir pergi ke Bangkok.Cuma sekali Shahir menelefonnya ketika sampai di
airport.Selepas itu langsung tiada khabar berita.
Hati isteri mana yang tidak risau apabila suaminya tidak menitipkan khabar berita buat dirinya
di sini.Entahkan sihat,entahkan sakit.
Dia cuba berfikiran positif.Sejauh ini perjalanan ceritanya dengan Shahir,tak mungkin Shahir
akan melupakannya kerana wanita-wanita Thai di Bangkok.Secara negatifnya,memanglah
hatinya terkandung sejuta kegusaran dan cemburu seorang wanita.Ya lah,mana tahu tiba-tiba
iman suaminya tipis tatkala memandang gadis-gadis Thai yang putih gebu dan sentiasa murah
hati.
(Arghhhhhh...geramnyaaaaaaa!!!!)
Adira menepuk-nepuk kepalanya sendiri cuba memadamkan fikiran negatifnya terhadap
suaminya yang tercinta.(Kuang asam betul!)
“Assalammualaikum!”
Suara wanita yang melaung salam di halaman rumah mengusik jiwanya.(Rasa macam tahu
saja,tapi,takkanlah?)
Adira pantas bangun menjenguk ke luar jendela.Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja
terlihat kelibat..Nad,Iwan dan Anum!
“Oh...my...God...kau dah jadi bini orang!”Jeritan Nad menyebabkan Adira pantas membuka
pintu rumahnya sebelum memeluk sahabat baiknya itu.
“Nad!”
“Adira!”
“Nad!”
“Adira!”
“Nad!”
“Oi,bila nak habis nih???”(Aku tau la kau rindu aku,minah!)
“Nad..”
Adira memeluk erat Nad dengan linangan air mata kegembiraan.Nad menyapu-nyapu air mata
yang membasahi pipi sahabat baiknya itu.Dicium pipi sahabatnya bertalu-talu seperti
mencium teddy bear yang diberi pakwe sempena Hari Valentine.
Adira yang tidak mampu berkata apa-apa dengan kunjungan istimewa ini memeluk pula
Anum yang sebelum ini tidak pernah dipeluk dan dirinduinya.
“Anum!”
“Dira,kitaorang rindu kau!”
Iwan yang tersengih-sengih di sebelah mereka berdua cuba untuk memeluk Adira dan Anum.
“Hoi!Geli la giler!”(Adira)
“Kau gatal ke?”(Anum)
“Ambil kesempatan!”(Nad)
Iwan bersiul-siul kecil sambil mengundur setapak ke belakang.(Eleh,ngengade minah tiga
orang nih...nak peluk-peluk sikit pun tak boleh?Bukannya luak pun!).
“Ooooo..Dira,abis tu kau tak rindu kat aku lah?Tak pe...tak pe..”
“Kau kenapa doe?Aku rindulah kau tapi takkan aku nak peluk kau?”
Iwan menggaru-garu lehernya yang tidak gatal sebenarnya.Tapi lebih kepada usaha untuk
coverline apa yang sudah tidak boleh di cover.
“Kau jangan peduli si Iwan ni.Ya Allah,Dira!Kitaorang memang respect gila Abang Shahir
tarik tangan kau macam Shah Rukh Khan tarik Kajol dalam Dilwale Dulhania Le
Jayenge!”Terlompat-lompat Nad bercerita menambahkan bengang di hati Iwan.(Apa daaa
hindustan?).
“Aku tau,aku tau..yang ada lagi Tujhe Dekha tu kan?”Anum yang menambah perisa cerita
membuatkan Iwan terasa muntah darah dengan kisah fantasia Bollywood.
“Korang boleh tak?Stop it!Orang cerita la G.I Joe ke?Prince of Persians ke?Ini citer dilwale
dol dol amenda..geli tekak aku tau!”
“Kau kenapa Iwan?Kalau kau tak puas hati kau jangan ikut kitaorang lain kali!”Pantas tangan
Nad menonjol dahi Iwan.Toink!Toink!Dua kali tonjolan sakti dan satria.
“Kau suka tonjol dahi aku kan?Mentang-mentang kau tahu aku sayang kau,kau buat dahi aku
tempat kau menonjol!”
“Aik,korang dah ada apa-apa ke?”Adira tersenyum nakal memandang Nad dan Iwan yang
bergaduh manja di hadapannya.
“Tak taulah,Dira.Tiba-tiba je diorang nih ber‟couple‟.Anehnya,aku tak marah pulak.Agaknya
diorang dah mandrem aku dalam mi kari favorite aku kot,”Anum tertunduk ke bumi seolah-
olah dipermainkan.Padahal tak ada mendanya pun.Nan ado!
“Kau yang suka makan mi kari Kak Aniz tu,kau tuduh aku main mandrem kau.Ini sudah lebih
Anum!Tapi aku tau kau buat lawak hujung minggu.Entahlah Dira,aku pun tak tau bila masa
Iwan Chew ni jadi boyfriend aku.Bukankah cinta itu buta?”
“Sebenarnya aku yang buta sebab suka kau.Nad,you always be my baby,okay?”
“Okay,okay..aku hargai sangat korang banyakkkkkk cerita nak sampaikan kat aku.Sampai
hard disk dalam kepala aku tak cukup nak simpan kisah korang.Korang datang dengan siapa
ni?”
Ketiga-tiga mereka tergamam sebaik pertanyaan itu dilontar oleh Adira.Nad perlhan-lahan
mengangkat jari telunjuknya ke arah sebuah kereta Mercedes berwarna hitam.
Adira cuma mampu tersenyum tawar tatkala melihat Daus berdiri di sana sambil melambai
tangan perlahan dengan wajah yang sayu.
Mengapa dia yang hadir membawa semangat satrianya pada saat aku merindu kesaktiaan
kasih lelaki yang aku lebih cintai?
*****
Shahir memandang balutan di tangan kanannya.Dia mengeluh kecil.Masuk kali ini sudah 2
kali dia terpaksa masuk hospital.Tahun berdarah!Mula-mula semasa ditikam kutu samseng di
Sungai Muda,sekarang dah masuk hospital kerana berebut pisau dengan anak Datuk
Noorman.Hospital di Bangkok pulak tu.Amik kau!
` Hai,apalah yang Adira buat sekarang?Dia tak sempat menelefon isterinya.Hampir tiga hari
dia pengsan tak sedarkan diri.Mujurlah nyawanya masih panjang,kalau tidak alamatnya
tinggal batu nisan yang bertatah namanya sahaja.
Bunyi pintu ditolak mengejutkan lamunannya.Disebalik tabir pintu itu wajah Heliza muncul
memberikan senyuman manis buatnya.Nampaknya wajah itu sedikit berseri berbanding
sebelumnya.
(Berseri tak berseri..boleh mati aku berebut pisau dengan minah ni!)
“Hai,awak.Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh...”
Heliza menarik kerusi yang terletak di sebelah katil Shahir.Melabuhkan punggungnya di situ
sambil memandang wajah lelaki di hadapannya dengan seribu simpati.
“Saya minta maaf..”
“Okay..”
“Saya tak bermaksud pun untuk mencederakan awak,”
“Err..saya nak tanya soalan,”
“Apanya?”
“Dalam handbag awak ada pisau tak?”
“Kenapa?Awak ingat saya gila ke?”
“Bukan.Tak,tak..saya cuma nak buat lawak saja,”
“Saya ni kelakar ke bagi awak?”
“Ya Allah,bukan..saya cuma nak bagi awak ketawa,”Shahir menepuk dahinya
sendiri.(Alamak!Silap susun ayat ke?)
“Awak tak faham..”
“Saya memang tak faham,tapi,saya sudi mendengar,”
“Saya sayang dia,sampai bila-bila pun saya akan tetap sayang dia dan awak...”
“Kenapa dengan saya?”
“Kenapalah awak seiras dengan dia?”
“Saya pun tak tahu..hanya Yang Di Atas saja yang tahu,”
“Awak berikan saya sedikit kegembiraan walaupun saya tahu awak bukan dia,”
Shahir terdiam.Dia memandang wajah yang mula kelihatan sayu itu.Air mata jernih yang
membasahi pipi yang putih mulus itu menyentuh hatinya.Bukan bermakna dia jatuh cinta
dengan gadis di hadapannya.Mustahil untuk dirinya jatuh cinta terhadap Heliza.Dia baru saja
menjadi suami kepada Adira.Cuma perasaan simpati terhadap sesama insan menguasai
dirinya.
“Saya bukan dia,tetapi sebagai seorang sahabat,saudara sesama Islam,saya sedia menerima
sedikit bebanan yang awak tanggung,”
Heliza tidak memberi sebarang tindak balas dengan pernyataan yang baru dilafazkan
Shahir.Hati wanitanya sedikit tersentuh dengan keikhlasan lelaki di hadapannya.Seorang
lelaki asing yang ingin dikenalinya.Yang bisa merubah warna hidupnya yang gelap menjadi
sedikit bercahaya.
Atau apakah hatinya sudah dicuri?
*****
Daus memandang Iwan,Nad dan Anum yang asyik bergembira bermain air di tepian Pantai
Merdeka.Ketiga-tiganya bergembira seperti murid sekolah yang mendapat cuti percuma.Di
sebelahnya Adira sudah kelihatan lebih dewasa berbanding dahulu.Agak pendiam dan selalu
mengelamun.
“SIhat?”
Sebaik sahaja soalan itu terpacul keluar daripada mulutnya,pelayan kedai makanan di tepi
pantai itu sudah membawakan dua biji kelapa muda yang diletakkan di atas meja.
“Terima kasih,”Adira tersenyum memandang wajah lelaki berkulit gelap itu.DIpandangnya
pula Daus yang setia menanti jawapannya.“Dira sihat,Alhamdulillah Abang Daus,”
“Shahir macam mana?”
“Sekarang Abang Shahir ada kat Bangkok,”
“Bangkok?”
“Ya,Abang Shahir ada urusan kerja dengan Pak Man.Dah tiga hari Abang Shahir di
sana.Langsung tak ada khabar berita..”
“Dia langsung tak menelefon Adira?”
“Tak...tak apalah..dia sibuk kot.Abang Daus macam mana?”
“Abang Daus?”
“Ya,Abang Daus..err..Dira minta maaf pasal..”
“Oh,tak perlulah Dira nak minta maaf pasal hal pertunangan tu,”Daus cuba mengukirkan
senyuman.“Salah Abang Daus juga,abang patut dah tahu yang Dira hanya mencintai Abang
Shahir,kan?”
“Kenapa Abang Daus ada kat sini?”
“Setiap hari abang ada kat sini,”
“Abang Daus jangan macam ni,”
“Abang Daus macam mana?Abang tak ganggu Dira pun,abang cuma nak pastikan Adira
selamat.Sebenarnya,abang tahu soal Abang Shahir ke Bangkok..abang cuma risaukan
keselamatan Dira,”
“Abang Daus..tolonglah,jangan macam ni.Abang Daus patut fikirkan hal Abang Daus juga,”
“Maksud Dira?”
“Adira pasti di luar sana akan ada seorang wanita yang menyayangi Abang Daus lebih
daripada dirinya sendiri.Abang Daus jangan persiakan wanita tu dengan menemani Adira
yang sudah pun menjadi milik Abang Shahir,”
“Abang tak pernah terlintas untuk memiliki Adira.Abang cuma ingin menjaga
Adira.Salahkah?”
“DIra dah jadi isteri orang,Abang Daus.Apa pula orang kata?Keluar begini tanpa kebenaran
Abang Shahir pun tak boleh,Abang Daus,”
“Sebab tu Abang Daus bawa kawan-kawan Adira,”
Adira terdiam.DIa sudah keputusan kata untuk mematahkan ayat-ayat Daus.Dia cukup
menghargai keikhlasan Daus menemaninya.Kerana itu dia tidak mahu lelaki sebaik Daus
mempersia-siakan kehidupannya sendiri demi dirinya yang tak mungkin menjadi milik Daus.
“Kita ke Bangkok,”
“Hem?”
“Ya,kita ke Bangkok..kita cari Abang Shahir di sana,”
Adira tergamam mendengar kata-kata Daus.Air liurnya ditelan pahit.Ke Bangkok mencari
Abang Shahir?
Wajah lelaki di sebelahnya mengharapkan ucapan „ya‟ daripadanya.Bagi Daus,kebahagiaan
Adira yang dia dambakan melebihi sejuta kebahagiaan yang ingin dimilikinya.Mencintai
seseorang bukan bererti memilikinya!
Ombak itu terus memukul pantai.Seiring dengan pukulan di hati Adira.Dia sememangnya
merindui Shahir,tapi patutkah dia ke Bangkok?
Adira melepaskan pandangannya ke luar tingkap.Melihat awan yang memutih bergumpal-
gumpal memenuhi ruang angkasa yang sedikit gelap.Dijenguknya ke bawah dia cuma melihat
lautan meluas kebiru-biruan.Penerbangan Air Asia dari Pulau Pinang ke Bangkok mengambil
masa lebih kurang sejam lebih.Dia mengeluh kecil,melepaskan lelahnya.Pandangannnya
dialih ke arah Daus yang sudah pun terlelap.Ipod berwarna hijau masih digenggamnya.
Terima kasih.Terima kasih kerana masih sudi menjaga Dira walaupun Dira sudah menjadi
milik Abang Shahir.Sentiasa menebarkan sayapnya seperti dewa pelindung yang memastikan
dirinya sentiasa berteduh dalam cuaca yang selesa.Bukan sahaja semasa musim kemarau
malahan ketika musim tengkujuh.Tatkala titis-titis air mata jatuh ke bumi,sang dewa itu
sentiasa melindungi dirinya walaupun tidak mendapat balasan!
Kasihan Abang Daus.Lelaki seperti Abang Daus selayaknya mendapat wanita yang lebih baik
daripada dirinya.Bukannya dia tidak menghargai Abang Daus,tetapi entah kenapa hati ini
telah dicuri Abang Shahir semenjak dia belum kenal apa itu erti cinta.Seolah-olahnya sudah
tertulis di Luh Mahfuz bahawa lelaki itu pasti menjadi suaminya.
Rindu abang!Demi Tuhan dia amat merindui suaminya.Apatah lagi pemergian itu walaupun
tidak begitu lama namun mereka tidak berhubung selalu.Pantasnya cuma sekali!
Perkahwinan yang tidak sempat tiga hari pun.Belum puas dia menikmati saat-saat indah
bersama orang yang tersayang,sang dewata raya yang menakluki hatinya itu sudah
meninggalkannya demi masa depan mereka.Harapannya berbunga mekar agar Datuk
Noorman mampu memberi jaminan hidup buat mereka.Apatah lagi setelah kedua mereka
dibuang daddy.
Ada sebak dan beban yang berat membuai-buai di hati Adira tatkala terbayang wajah
daddy.Wajah yang selama ini menjadi bayang menjadi pelindung pengganti ayah
kandungnya.Nafasnya dikeluh perlahan.Wajah daddy bersilih ganti dengan wajah suaminya.
Memorinya menjauh saat dia menikmati keindahan terbenamnya sang suria di Pantai
Murni.Sehari sebelum pemergian Shahir ke Bangkok.
Pasangan pengantin baru itu saling berpegangan tangan dengan menjinjing selipar masing-
masing.Tersenyum malu makcik yang menjual keropok lekor melihat uda dan dara yang
tampak cantik dan sepadan itu.Kedua-duanya seolah-olah hanyut di alam yang lain daripada
insan lain.Sesekali Shahir berbisik manja kepada Adira.Bisikan itu disambut dengan tawa
nakal Adira.Pak cik yang menjual buah-buahan itu tersenyum lebar apabila kedua pasangan
sama sepadan itu berhenti di gerainya.
“Ayang nak buah apa?”
“Hmmm..”(Mengetuk dahi menggunakan jari telunjuknya.Berfikir)
“Durian?”
Sebiji buah durian diangkat Shahir sebelum segera diletakkannya semula kerana duri yang
tajam itu melukai sedikit hujung ibu jarinya.Adira mencebik sebelum memegang ibu jari
Shahir.
“Tengok?Kan dah luka?Abang ni..,”
Shahir pantas meletakkan jari telunjuknya ke bibir isterinya.Zip.Asyik membebel.
“Sikit je la..abang kan Spiderman,”
“Spiderman cap ayam!”
“Cap ayam ni lah yang ayang tergila-gila sangat.Hehe..”Shahir tersenyum nakal sambil
mengangkat keningnya.
“Ek eleh..siapa yang larikan siapa?”
“Syy..syyyy..huhu apalah..”Shahir tersengih-sengih memandang pak cik penjual buah-
buahan yang asyik memandang tingkah mereka berdua.“Ermm..ayang nak mangga?”
“Pun tak..,”
“Habis tu?”
“Epal!”Jerit Adira kegirangan seolahnya tak makan epal untuk setahun lagaknya.
“Epal?Nih epal Snow White?Snow White macam Iwan Chew?Haha!”Shahir masih menguji
kesabaran isterinya.
Adira mengecilkan sebelah anak matanya.(Lawak poyo!)
“Alorh alorh shomel putih abang meow meow!Ye la,ye la epal.Epal hijau untuk abang dan
epal merah untuk ayang,okay?”
“Hijau dan merah ye?O...okayyyy!”
Shahir menunjukkan buah epal yang dimaksudkan Adira.Lelaki tua itu tersengih sambil
memasukkan dua biji epal berlainan warna ke dalam sebuah beg plastic.
“RM1.60,encik,”
“Ni duitnya pakcik,”Shahir menghulurkan dua not RM1 kepada lelaki tua itu.
“Terima kasih,nak.Nanti bakinya,”
“Sama-sama pakcik.Tak pe la pakcik,40 sen tu saya halalkan,”
“Terima kasih sekali lagi nak,”
Shahir tersenyum memandang lelaki tua itu sebelum menarik tangan isterinya mendekati arah
persisiran pantai.
“Nak makan buah epal tapi tangan pegang selipar jepun,”Adira merengek manja sambil
menunjukkan sepasang selipar berwarna merah jambu.
“Pegang ni,”Shahir menyuakan beg plastik yang berisi epal tadi kepada Adira.Dia
mengambil selipar isterinya dan meletakkannya di atas pasir yang lebih tinggi sedikit
bersama-sama seliparnya.Dia kembali kepada Adira sambil tersengih.
“Settle!Jum makan epal haha!”
Tangannya dikocak-kocak ke dalam air laut.Adira menjuih bibirnya memandang seliparnya
dan Shahir.(Tak hilang ke nanti?)
“Tengok apa lagi?Bak buah epal hijau abang,”
“Abang ambil yang merah.Ayang nak yang hijau!”
“Hijau kan masam.Bagilah abang yang masam.Epal merah yang manis tu untuk ayang,”
“Ayang suka masam!”
Shahir memandang wajah isterinya dengan kehairanan.(Eh,suka masam?)
“Apa yang abang pandang?”
“Hehe..tak de apa.Nah,epal hijau!Bising je dia!”
“Marah ke?”
“Tak de..sayangggggggg,”(Cepuk juga kepala mau makin kurang inci nih!)
Kedua-duanya memandang ke arah mega yang semakin kuning kemerahan.Melihat mentari
yang perlahan-lahan menundukkan wajahnya di sebalik tabir malam yang menyelimuti ruang
angkasa.Melihat betapa hebat keajaiban Yang Maha Esa dalam menentukan siang dan
malam mengikut masa tanpa terlewat dikit pun.
“Dan malam juga menjanjikan tiga bintang tanda kasih abang buat ayang,”
“Abang ni dah macam komunis,tak habis-habis tiga bintang,”
“Tengok tu,abang dah mood romantic,ayang pulak buat spoil,”
“Alorh alorh che mat parang tumpul,okey ayang ingat tiga bintang
abang..abang..sayang..ayang..kan?”
“Kalau abang diberikan kesaktiaan,abang akan jadikan tiga bintang itu menjadi keronsang
di dada ayang.Dekat dengan hati.Jadi,di mana abang berada pun,ayang akan kenang yang
ayang hanya untuk abang dan abang hanya untuk ayang,”
“Abang jangan mudah janji.Karang mahu ditelan ombak tsunami,”
“Abang janji,kalau abang tak tunaikan janji tu..bukan sahaja tsunami.Abang sanggup ditelan
bumi pun,”
Adira menghela nafasnya.Memandang lelaki yang tersemat di dalam hatinya sejak dia kecil
lagi.Kerana jodoh itu sudah tertulis di Luh Mahfuz maka seribu rintangan dan halangan pun
lelaki ini sudah pun menjadi suaminya.Abang tiriku sayang.Tapi bagaimana dengan hari
esok?Apakah kebahagiaan bakal menjadi milik mereka?Kekal dan abadi?Benarlah
percintaan itu buta dan perkahwinan pula satu perjudian.
Dalam dunia khayalannya,Shahir telah menjanjikan tiga bintang sebagai asas cinta
mereka.Comelnya si suami apabila menjadikan dirinya Spiderman yang akan menjaga
dirinya seperti Mary Jane.Dramanya mereka apabila Shahir mengheretnya pada majlis
pertunangannya dan Daus.Kejamnya mereka berdua apabila tidak mempedulikan mummy
dan daddy pada saat itu.Pekaknya telinga mereka apabila orang kampung berbisik-bisik
pasangan adik-beradik tiri yang kemaruk cinta.Ya!Semuanya dilaluinya demi Shahir.Dia
dewasa sebelum usianya demi lelaki itu..Abang Shahir,Abang Shahir dan hanya Abang
Shahir.
“Ya,ayang percaya janji abang..,”Adira berbisik perlahan sambil menautkan jari
kelingkingnya di jari kelingking suaminya.
“Sebab tu la abang sayang sangat..”
“Abang!”Adira menjegilkan matanya sambil menunjukkan satu arah.Mematikan kata-kata
Shahir.Shahir memandang arah yang ditunjukkan isterinya.
“Selipar!”Gilirannya pula untuk menjerit sambil terlopong.
Selipar Adira telah hanyut ke tengah lautan.Dilambung ombak tanpa mereka sedari.Yang
terselamat cuma selipar Shahir.Adira membebel-bebel sambil menampar bahu Shahir.
“Tengok tu..jiwang sangat..habis selipar orang..”
“Bukan salah abang jiwang..salahkan ombak tu.Ombak jahat!”
“Abang buat kelakar poyo tak sudah-sudah..ayang..”
“Haip..haip..cium karang!”
Ugutan Shahir mematikan bebelan Adira.Mukanya kemerah-merahan mendengar kata-kata
suaminya.(Agak-agak ah depan orang ramai)
“Cepat..meh naik belakang abang,”Ujar Shahir dengan wajah tidak bersalah sambil
memakai seliparnya.
“Tak mau!”
“Haip..meh sini,”Tanpa mempedulikan orang ramai Shahir menarik tangan Adira dan
selamba mengendungnya di belakang.
Adira menjuihkan bibirnya.Rasa mahu saja ditunjal dahi suaminya.Tetapi...sayang..:)....
Hujan renyai yang mula turun mempercepatkan langkah Shahir.Keduanya langsung tidak
berbicara.Hanya ada rasa cinta membara dan degupan jantung yang berdenyut pantas...
“Dira tak tidur?”
Pertanyaan Daus mematikan lamunan Adira.Dia tidak membalas sebarang kata.Cuma
menggeleng sambil tersenyum.
“Tidurlah.Sekejap je,nanti kita akan sampai ke Bangkok dan bertemu Abang
Shahir.Okay?”Daus memujuk lembut.Adira sekadar mengangguk sebelum memalingkan
semula wajahnya ke arah tingkap.
Daus menarik nafasnya perlahan.Memandang sayu wanita yang menguasai hatinya.Walaupun
cintanya tidak pernah berbalas.Dia tetap ingin menjaga Adira.Selagi dia mampu.Bunyi mesej
blackberry messenger menarik perhatiannya.Senyuman terukir di bibirnya apabila membaca
mesej ringkas daripada teman yang dikasihinya.
Ema:
Thank for last night...
********
“Bodoh!Bebal!”
“Excuse me..mind your language Mr.Ryan!”
Ema pantas mematikan Storm apabila gangguan BBM daripada kawan-kawannya
mengganggu pemikiran kekasihnya yang sedang menikmati makan malam
bersamanya.Ekslusif tanpa sesiapa pun di KL Tower.
Ryan Pengiran Hidup Prasetya.Anak seorang pewaris minyak petroleum yang terkenal dari
negara Brunei.Orangnya kecil tetapi tampan.Barangkali kerana mama nya kacukan Acheh-
Belanda.
“What?Memang dah nampak sangat..you dah abaikan I untuk kawan-kawan designer you
yang tak intelek dan IQ cuma 0 point!”
“Cuba bawa bertenang.What‟s your problem?”
“My problem is you,Ema!You tak hargai I.Eventhough I ni boyfriend you tapi you dah
lebihkan diorang.Including that stupid Daus!”
“Daus tak bodoh okay?He is also CEO macam you!”
“Ya..in communication..bukannya business marketing yang besar macam I.You patut
bersyukur boyfriend you taiko dalam industry petroleum,”
“So childish la Ryan.Sudahlah,”
Ema cuba melangkah pergi meninggalkan restoran mewah berputar itu.Malu dan geram
saling bersilih-ganti di dalam hatinya.Pelayan-pelayan yang berada di situ hanya mampu
menundukkan wajah masing-masing.Ryan melemparkan garfu yang dipegangnya ke lantai
sebelum menuruti langkah Ema.
Belum sempat gadis itu menekan butang lif.Tangan yang kasar itu menggenggam erat
lengannya.
“Sakitlah!”
“Oh..you sakit?Hati I?I datang daripada Sri Begawan untuk you.You pula sibuk melayan
BBM kawan-kawan you?Hati I tak sakit?”
“Ryan..I geram perangai you yang suka angin di depan orang ramai.Okay..I hanya ada
you..you tak puas hati lagi?Sakitlah..”
“You tak de I..you masih ada kawan-kawan you..you pentingkan kawan-kawan you!”
Sekali tolakan menyebabkan Ema jatuh di hadapan pintu.Sebaik pintu lif terbuka,seorang
lelaki yang berdiri di dalam lif itu memandang situasi yang berlaku itu dengan pandangan
yang amarah sebelum pantas mencekak leher baju Ryan.
“Apa masalah kau bro?”
“Kau jangan masuk campur Daus,”
“Kau nak aku belasah kau kat sini?”
“Kau fikir kau punya belasah saja?”
“Sudah!”Ema menarik tangan Daus sambil menekan-nekan butang lif.
Daus masih memandang wajah Ryan dengan hembusan nafasnya yang bertiup
kencang.Seluruh aliran darah di dalam tubuhnya mengalir dengan hangat dan pantas.
Sebaik sahaja pintu lif dibuka,Ema menarik Daus masuk ke dalam lif.Ryan hanya
memandang kedua mereka dengan jelingan matanya yang tajam.
“Kau buat hal lagi!Aku report polis!”Jeritan Daus jelas kedengaran sebelum pintu lif
tertutup.Ryan membetul-betulkan rambutnya dengan wajahnya yang masam.
Di dalam lif,Daus memandang lebam di lengan Ema dengan seribu kekesalan.Kenapalah dia
terlewat sedikit?
Ema cuba melindungi lengannya dengan pashmina berwarna merah.
“Kenapa you datang?”
“Kenapa you baik balik dengan dia?”
“I‟m asking you first..”
“You dah baik balik dengan Ryan.Mestilah I risau,”
“Siapa bagitau you?”
“Your mum..”
“Okay...you pergi rumah I kenapa?”
“Esok..esok..I nak ke Bangkok..”
“Emm..untuk?”
“I temankan Adira cari Shahir..”
“Okay..good luck..”Ema tersenyum tawar sebelum pantas keluar sebaik sahaja pintu lif
terbuka.
“Apa masalah you baik balik dengan ex-boyfriend you yang kaki baran tu?You nak cari
penyakit ye Ema?”
“Apa masalah you pulak?”
“I concern pasal you..”
“Daus..cukup..stop it..”Ema membetulkan pernafasannya.Cuba memandang Daus dengan
wajah yang tenang. “Tak payah pretending yang you ni Superman.Concern dengan semua
orang.Pasal Adira yang sememangnya bukan tanggungjawab you pun!And also pasal I..I pun
nobody untuk you..okay?”
“Siapa cakap you nobody untuk I?”
“Stop..I say shut up..please..at least I tahu Ryan sayangkan I seorang walaupun dia kaki
baran atau jealous atau domestic violence..or whatever yang you labelkan dia.Okay Daus..”
“Ema..”
“Don‟t follow me Daus..”
Langkah Daus terhenti.Dia sekadar memandang dengan anak matanya sehingga Ema hilang
daripada pandangan matanya.Berdiri teguh di situ.Kalaulah Ema tahu betapa risau
hatinya.Keluhan nafas kecil dilepaskan.
*******
Shahir cuba mengambil gelas kosong di atas kabinet sebelah katilnya.Malangnya,tangannya
belum kuat lagi untuk mencapai gelas itu.Dia cuba menelan air liurnya.Kering.
“Haus?”
Heliza yang baru sampai menuangkan segelas air sambil menyuakannya kepada Shahir.Shahir
cuba sedaya-upaya mengangkat tangan kanannya.Tapi tak bisa.Terkebil-kebil matanya
menahan perasaan segan.
“Maaf ye..saya suapkan..”
Heliza tersenyum sambil membantu Shahir untuk minum air kosong itu.Walaupun serba salah
Shahir menerima layanan mesra daripada anak gadis Pak Man itu.(Lega dahagaaaa..)
“Awak bawa apa tu?”
“Oh ini..”Heliza mengeluarkan sejambak bunga daripada plastik berwarna hitam. “Lavender
biru..bunga kegemaran saya dan Aqso,”
“Aik..macam..”(Adira).Kata-kata Shahir terhenti.Dia hanya tersenyum.
“Macam?Macam apa?”
“Macam apa?”
“Tadi kan awak cakap..macam..macam apa?”Heliza bersuara manja dengan senyuman manis
yang terukir di bibirnya.Lavender biru itu diletakkan ke dalam pasu bunga.
“Saya..saya..saya memang suka melaut..tak ada apalah.Oh..awak dah okay?”
“Okay..Alhamdulillah..okay la sikit..”
“Bagus.Alhamdulillah.Saya yang tak okay ni..”
“Saya minta maaf lagi sekali pasal hari tu,”
“Tak pe,doktor cakap lagi 3 hari okay lah,”Shahir tersenyum sambil cuba menggerak-
gerakkan tangan kanannya yang lemah.
“Bukan sahaja rupa..perangai pun lebih kurang..”
“Siapa?Saya dan Aqso?”
“Ya.Macam awak.Kelakar.”
“Saya baru tahu yang saya ni kelakar rupanya.Melayu itu orang yang bijaksana.Nakalnya
bersulam jenaka..budi bahasanya tidak terkira..”
“Melayu!Sajak Usman Awang!Oh..my..God..awak pun minat Tongkat Warrant?”
“Okay..amatlah janggal.So weird.Awak jangan cakap Aqso awak pun minat Allahyarham
Usman Awang.Saya dah takutttt..”
“Ya..Aqso memang minat sajak Usman Awang.Setiap malam dia akan deklamasikan buat
saya.Sampai saya dah boleh hafal,”
“Iye?Pasti Aqso deklamasikan sajak „Kekasih‟ untuk awak kan?”
Heliza mengambil kerusi dan duduk di sebelah Shahir.Wajahnya menunjukkan perasaan ceria
dan penuh minat.“Awak pun minat sajak „Kekasih‟?Boleh deklamasikan?”
“Ya..pastinya..hmmm..akan ku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu..”
“Akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi ranjang tidurmu..”Heliza membalas bait
puisi itu sambil menunjukkan katil hospital.
“Bagus,katil saya tidur ni ya?”
“Hehehe..”
“Akan ku tenun awan-gemawan menjadi selendang menundungi rambutmu..tu selendang
yang awak pakai..”
“Kelakarlah awak,Shahir..”
“Akan ku jahit bayu gunung menjadi baju pakaian malam mu!Akan ku petik bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu!”
“Akan ku rebahkan mentari menjadi laut malam mu..”
“Menghirup sakar madu mu..marvellous..first time saya dapat partner boleh berpuisi
bersama,”Shahir tersenyum riang.Kalaulah Adira pun bisa berkongsi minat yang sama
sepertinya,Tentu lebih indah.Balik-balik dia akan di cop jiwang karat oleh isterinya.
“Terima kasih kerana mengingatkan saya akan memori indah tentang Aqso..”
“Awak mengingatkan saya tentang sesuatu..awak..seperti bait-bait dalam Gadis Di Kuburan..”
“Hemm?”
“Awaklah..Gadis Di Kuburan”
“Maksud awak sajak Usman Awang?”
“Ya...persis awak..”
Heliza terdiam.Hatinya sayu mendengar kata-kata Shahir.Gadis di kuburan.Dan lelaki bijak di
hadapannya menenangkan hatinya.Dia terlalu mencintai Aqso.Rasanya dia tidak mahu
langsung mengkhianati cinta Aqso.
Nisan condong tegak bertaburan
Gadis menangis kehibaan
Tidak ada padang perjuangan
Pahlawan gugur tergelimpang..
Lari gadis menyembam ke tanah
Diiringi sendu menggoncang bahu
Tenang pahlawan di peluk bumi
Senyum terakhir tenang tersembunyi..
Kenangan lama bermain di hati
Pelukan dan kucupan kasih
Tidak ada garisan tepi
Kata dipadu....janji dikunci.....
Heliza merenung ke luar jendela.Langit kota Bangkok yang selalunya gelap dan berkabut
agak berlainan pada malam ni.Anehnya ada sebutir bintang berkelip perlahan tetapi
terang.Yang pasti bukan satelit.Satu-satunya kejora di langit ketika itu.Dia tersenyum
sendirian.Apakah itu tandanya ada dewata raya yang akan mengait bintang menjadi keronsang
di dadanya?
Ku anyam buih menjadi ranjang tidurmu?Kebetulan atau takdir lelaki itu memiliki minat yang
sama dengannya.Dia bisa saja meminati sajak Chairil Anwar atau Lim Swee Tin,tetapi minda
dan hatinya melekat kepada Tongkat Warrant.Melihat gaya yang sedikit urban itu paling kuat
barangkali menjiwai A Lover‟s Complaint daripada Shakespeare tapi telahannya salah.
Sesaat cuma dia terkilan.Kesal dan kecewa kerana di dalam ruang hatinya yang sudah
bertatah nama Aqso sepantas kilat sahaja nama Shahir menjelma di setiap sudut.Apakah dia
curang?Tidak setia?Mengkhianati akad nikah berdarah dengan suaminya?
Kepalanya kembali berdenyut.Seiring dengan degupan jantungnya.Dup..dup..dup..seperti bom
jangka yang tidak mengenal simpati.Badannya lemah.Terjelepok di atas ranjang berbaldu
putih.
Sumpah!Ija masih sayang Abang Aqso.Hatinya sakit.Seperti dicucuk berjuta-juta jarum
peniti.Satu esakan penuh keperitan berbunyi setelah beban di jiwanya tidak tertanggung.Lima
saat kemudian berbunyi lagi.Mata yang terpejam itu menitiskan air mata yang mengalir
perlahan membasahi pipinya.Tangannya digenggam erat.Ya Tuhan kenapa ada nama Shahir
di dalam setiap aliran darah ini?Hatinya masih dihuni Aqso namun Shahir juga sudah mula
menghantuinya.
“Ija..”
Suara lembut ayahnya mencuri gegendang telinganya.Tetapi dia lemah terbaring di atas
katil.Mata yang dipejam tadi terbuka perlahan-lahan.Membulat memandang neon yang
berwarna-warni di dinding.
“Ija masih...sayang..Abang..Aqso..”
“Hmm..”Dato Noorman duduk di bucu katil.Memandang sayu anak gadisnya.Hilang punca
dan arah dalam lautan kesepian dan kehancuran sebuah kematian.Kematian cinta dan kekasih.
“Sampai mati..Ija takkan lupa..Abang Aqso..”
Mata itu masih membulat memandang siling.Tanpa sebarang riak.Sedih tidak.Gembira jauh
sekali.Yang kedengaran hanya esakan dan air mata yang tak henti mengalir.
Pedihya jiwa Datuk Noorman hanya Allah Yang Maha Besar yang tahu.Kalaulah dia tidak
mempunyai pegangan agama lebih baik dia tamatkan saja nyawa anaknya daripada
membiarkannya terus menderita.Dia fikirkan setelah kehadiran Shahir,Ija mampu melupakan
arwah menantunya tetapi sangkaan sedikit meleset.
“Tapi...kenapa Ija ingatkan Shahir juga?”
Datuk Noorman tersentak.Dia menghampiri Heliza.Apakah itu bererti masih ada sinar
harapan buat anaknya?
“Maksud Ija?”
“Ija..Ija rasa berdosa..”
“Kenapa pula?”
“Ija ingatkan Shahir..Ija berdosa pada Abang Aqso,”
“Ija,Abang Aqso dah tak ada..”
“Ayah!”
Jeritan Heliza memenuhi ruang kamarnya.Bukan dia memarahi ayahnya.Tetapi secara spontan
reaksi itu yang mampu diterjemahkan.
“Tak bolehkah Ija redha dengan pemergian Aqso?”
Heliza membisu.Ingatannya terhadap Aqso masih melekat di mindanya.
“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik
daripada abang,boleh?”
“Ya Allah abang ni..kita baru dijabkan,abang.Kenapa?Abang ada yang lain ek?”
“Abang hanya ada Ija seorang.Sampai mati abang hanya sayang Ija seorang,”
“Abang kenapa?Abang nak tinggalkan Ija?”
“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”
“Abang janji?”
“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”
“Secara mudahnya ayah boleh cakap,jodoh Ija dan Aqso singkat.Tapi ayah hormat hati dan
perasaan Ija.Sebab itu selama sebulan lebih ini ayah sabar dengan apa yang berlaku.Ija
memang berhak untuk bersedih...tetapi sampai bila?Sudah tiba masanya Ija bangkit dan
mencari kebahagiaan Ija.Ayah sentiasa berdoa semasa Ija koma dan..jiwa Ija yang kacau
ketika itu..”
Datuk Noorman terdiam seketika.Menelan air liurnya.Sebak.
“Ayah memohon Allah ampunkan dosa ayah jika dosa ayah yang membuat Ija menjadi hilang
arah.Biar derita Ija,ayah yang tanggung.Kemudian,setelah dipertemukan dengan Shahir,Ija
semakin sembuh.Apa yang terjadi ini menyedarkan ayah bahawa Ija kuat.Allah menguji Ija
dengan ujian yang maha berat dan anak ayah kuat..kesanggupan Ija memikul ujian Allah ini
ada seribu hikmahnya.”
“Ayah..bagaimana kalau takdirnya memang begini?Takdirnya Ija akan bersendirian?Baik
Abang Aqso ataupun Shahir...kedua-duanya bukan untuk Ija?”
“Sama ada Shahir atau sesiapa pun..Ija masih berhak..untuk bahagia..”
Datuk Noorman mengesat air mata dengan hujung baju melayunya.Dia bingkas bangun
meninggalkan Heliza yang masih terbaring lemah dengan mata yang tidak berkelip dan air
mata yang tiada henti mengalir laju.Masih kaku.
“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik
daripada abang,boleh?”
*****
Ombak bergelora memukul sampan kayu yang dinaiki ketiga-tiga mereka.Entah di
lautan mana mereka tersesat hanya Tuhan yang tahu.Shahir panik.Panik mengemudi sampan
kecil yang hampir karam.Panik juga melihat ketakutan Adira dan Heliza.
“Abang janji akan jaga ayang sampai mati..Heliza,saya juga akan pastikan awak
selamat..saya akan pastikan!”
Shahir menjerit sekuat hatinya membungakan janjinya kepada isterinya dan gadis
yang baru dikenalinya.Suaranya ditelenggami bunyi halilintar yang membelah bumi.Kilat
sabung menyabung bercahaya di mega yang kelam.Sampan yang terumbang-ambing itu
akhirnya tidak dapat bertahan lagi.Ombak besar yang menggulung tinggi terus
menterbalikkan sampan itu dan pecah.
Dalam kekalutan itu Shahir sempat mencapai Heliza.Dalam keadaan tercungap-
cungap dia mencari isterinya.Mana ayang?Di mana isterinya?
“Adira!!!”
Matanya terbeliak melihat Adira yang tenggelam timbul di dalam lautan yang kian
galak menelannya.Tangannya terkapai-kapai meminta tolong.
Kakinya kejang dan tidak mampu berbuat apa-apa.Dia cuma mampu bertaut pada
serpihan kayu sampan yang pecah.Disisinya Heliza yang diselamatkan hanya membisu.
“Adira!!”
Dia sedih melihat Adira hilang dimamah gelora.Langsung tiada bayang lagi.
“Adira!!!!”
Jeritan Shahir mengejutkan Doktor Farish yang lantas menepuk-nepuk bahunya.Shahir
memandang di sekelilingnya.Masih di dalam wad.Baju t putih yang dipakainya bermandikan
peluh.(Astaghfirullahalazim...aku bermimpi..Masya Allah..)
“Rindukan isteri ya?”
Shahir tidak menjawab.Dahinya berkerut.Kepalanya pusing.
“Shahir berehat dulu.Nanti I minta nurse berikan pil penenang.”
Shahir hanya mengangguk.Biar benar mimpinya kali ini?Ada air jernih mengalir di
pipinya?Aku menangis?
Cepat-cepat air matanya dikesat sebelum keadaan itu dihidu Doktor Farish.Malu pula
rasanya jika ada yang tahu dia bermimpi sehingga menangis.Dadanya berdebar-debar.Demi
Tuhan dia benar-benar takut akan kehilangan Adira.Tubuhnya menggeletar dan
kesejukan.Diambilnya selimut menyelubungi tubuhnya yang dingin.
Tidak jauh dari situ Doktor Farish sedang bercakap-cakap dengan jururawat berbangsa
Thai.Jururawat itu memberikan beberapa butir pil sebelum dia masuk semula ke bilik
Shahir.Dia cuma mampu menggelengkan kepala apabila melihat Shahir kembali tidur.Pil-pil
tadi diletakkan di atas piring.
Ketika itu telefon bimbit Shahir bergetar tanpa sebarang bunyi deringan.Doktor Farish
bingkas mencapai telefon bimbit itu.
“Hello..ya..waalaikumussalam..oh..kat mana?Airport?Oh..panjang cerita..I akan ambil
you all..ok..”
Doktor muda itu berlari pantas keluar dari bilik itu.Tanpa disedarinya telefon bimbit
Shahir itu dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
******
“Keadaan Abang Shahir terukkah?”
Bersungguh-sungguh Adira bertanya.Terpancar sejuta kerisauan di wajahnya.Doktor
Farish yang sedang memandu kereta cuma tersenyum.
“Tak..dia dah okay.Dia mimpikan Adira tadi,”
“Mimpikan saya?”
Daus tidak mempedulikan perbualan Adira dan Doktor Farish.Pada saat itu dia mula
terfikirkan Ema dan Ryan.Hatinya risau jika Emma bertemu semula dengan lelaki gila yang
panas baran itu.Bagaimana Ema boleh kembali bersama dengan Ryan?Sedangkan Ema sudah
berjanji tidak akan kembali kepada lelaki yang mudah mengangkat tangannya itu?
Bukannya Ema tidak tahu yang dia bergaduh besar dengan Ryan semasa di bangku
sekolah selepas lelaki itu mematahkan tangan gadis itu.Kerana Ryan juga Ema ke New York
untuk melupakan sejarah silamnya.Tiba-tiba dia kembali bertaut dengan lelaki keparat itu.
Dirinya pun pelik.Berdekatan dengan Ema tidak pula dia terkenangkan gadis
itu.Hanya Adira yang bermain di hatinya.Kini jauh dari Kuala Lumpur,nun di Kota Bangkok
dia berdekatan dengan Adira.Tapi mindanya pula membayangkan Ema.Risau akan gadis itu.
(Hai,apa-apa sajalah..).Daus mengeluh kecil membuangkan pandangannya ke luar
tingkap memandang Baiyoke Tower II yang tersergam di tengah metropolitan Bangkok.
“Kenapa anak Pak Man jadi macam tu?”Adira masih galak bertanya seperti anak kecil
yang ingin tahu segalanya.
“Suaminya meninggal kerana kemalangan jalanraya selepas diijabkabulkan.Itu yang
menjadi trauma buatnya,”
“Oh..,”Adira berasa empati yang amat dalam buat anak gadis Pak Man itu.Kalaulah
dia tempat anak Pak Man belum tentu dia mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup.Dia
tidak boleh membayangkan Shahir meninggalkannya.Setiap degupan jantungnya dan
hembusan nafasnya hanya untuk Shahir.Tak tahulah bagaimana hidupnya jika dia berada di
tempat anak Pak Man.
“Doktor..”
“Ya..”
“Saya nak jumpa anak Pak Man..”
Daus yang hampir terlelap kembali membuka matanya mendengar permintaan
Adira.(Aduh Adira..kita kan baru saja sampai..sekurang-kurangnya biarlah berehat dulu..)
Doktor Farish sedikit gementar dengan permintaan Adira.Dia memandang Adira
seolah-olah memohon penjelasan.
“Kenapa doktor?”
“Tak..ke..kenapa..Adira nak jumpa?”
“Oh..tak de apa.Pak Man dah banyak membantu saya dan Abang Shahir.Jadi,saya rasa
saya perlu membantu Pak Man kali ni,”
“Saya rasa lebih elok kita ke hotel.Esok baru kita jumpa anak Datuk Noorman dan
juga Shahir,”
“Please doktor..saya nak jumpa dia sekarang..saya minta belas kasihan doktor.Saya
nak jumpa anak Pak Man,”
Doktor Farish mengangguk-angguk perlahan sebelum keretanya memandu menyusuri
Ratchadamri Road.
Adira bersandar lelah di kerusi penumpang belakang.Dia risaukan keadaan
Shahir.Pada masa yang sama dia juga simpati akan nasib anak Pak Man.
Semoga Allah melindungi gadis malang itu.Dengan sejuta dugaan dan musibah yang
ditanggung dibahu,gadis itu layak mendapat sejuta nikmat dan kebahagiaan kelak.
*****
Heliza sudah melelapkan matanya apabila deringan The Rest Of My Life berbunyi
dari telefon BlackBerry Torch berwarna hitam itu.Dalam keadaan lemah dia mengangkat
telefonnya.
“Hello..”
“Assalammualaikum..”
Heliza membuka matanya.(Eh suara..)
“Waalaikumussalam..Shahir?”
“Aha..saya..”
“Kenapa ..kenapa..awak telefon?”
“Saya pakai telefon hospital ni..”
“Aha?”
“Handphone saya tah ke mana..”
“Hilang?”
“Saya bangun-bangun dah tak de..kebetulan dekat lavender awak kan ada kad
awak..ada nombor awak..”
“Oh..saya lupa..oh..patutlah..”Heliza mengeluh.Sedikit kecewa. “Oh,awak telefon saya
nak bagitau handphone awak hilang?”
“Emm..tak juga..”
“Tak juga?”
“Ya..saya risau keadaan awak?Awak dah okay?”
“Saya?Awak risau saya?”
“Ye lah.Awak kan sahabat saya.Sahabat yang banyak chemistry..hehe..”
“Ye..sahabat yang banyak chemistry..”Heliza tersenyum manis.Dia yang tadi cuma
terbaring kini duduk bersimpuh di atas lantai.Tangannya galak bermain-main dengan hujung
bantal.
“Awak okay kan?”
“Okay kot..”
“Eh,jangan kot kot..nanti saya dah tak ada partner nak bersajak,”
“Eh,Shahir..kejap,”
Kata-kata Shahir mengingatkan Heliza tentang sesuatu.
“Apa?Senyap?”
“Bukanlah..kejapppp..”
“Oh,kejap..saya dengar senyap..ingatkan library ke tadi..hehe..”
Kata-kata Shahir mencuit hati Heliza.Dia tersenyum sendirian sambil membuka tas
tangan Coach.Diambilnya sekeping kad.
“Okay..awak nak bersajak kan?”
“Eh,mestilah..saya memang aktif masa kolej dulu.Walaupun kat
Christchurch.Kitaorang ada Malay Poets Society..Kelab Tun Sri Lanang,”
“Okay,Tun Sri Lanang.Saya ada jemputan khas ke majlis Bacaan Puisi Persatuan
Melayu Thai..nak join?Kita partner?”
“Eh..on!”
“Apa?Ju On?”Heliza cuba bergurau.
“Takk..Jaafar Onn,”
“Awak memang kelakar la,Shahir,”
“Saya memang badut sarkis sikit.Bila tu?”
“Emm..dua malam lagi,”
“Okay..esok saya dah boleh keluar hospital,”
“Oh,tahniah,”
“Ye..ye..jangan tikam saya lagi,hehe..”
“Tak baiklah awak ni..”
“Okay,Heliza..nurse ni dah bebel-bebel dalam Bahasa Siam.Ntah mantera apa
ntah.Ok..selamat malam..”Suara Shahir sedikit tergopoh-gapah.Ya,Heliza dapat mendengar
suara wanita berleter dalam bahasa siam di sebalik corong telefon.
“Selamat malam..”
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Talian diputuskan.Heliza memegang pipinya sendiri.Merah.Panas.Malu.Semuanya
ada.
Dia pun tak tahu mengapa.Bangun menghadap cermin.Refleksi menunjukkan
senyuman yang menguntum di wajahnya bukannya pura-pura.Asli.
Hatinya berbunga-bunga dengan panggilan daripada Shahir.Aduh,boleh gila dia
dibuatnya.Seperti gadis remaja yang dilamun cinta.Jarinya pantas menghidupkan pemain
cd.Berkumandang lagu „You Mean Everything To Me‟ dari penyanyi legenda Neil Sedaka.
Daun pintu ditolaknya.
Dia turut menyanyi-nyanyi lagu itu ketika menuruni anak tangga.
“You are the answer to my lonely pray..you are the angel from above..I was so lonely
till you came to me..with a wonder of your love..”
Terkejut orang gaji berbangsa Filipina itu apabila Heliza menariknya untuk
menari.Matanya bercahaya-cahaya.
“I don‟t how I ever lived before..you are my life my destiny..”
Datuk Noorman yang sedang membaca buku terkejut melihat telatah anak
gadisnya.Heliza lantas datang memeluknya ayahnya dari belakang.
“Oh my darling..I love you so..you mean everything...to me...”
Datuk Noorman menepuk-nepuk kepala anaknya.Begitulah Heliza,sabar dia melayan
karenah anak tunggalnya.Tiap kali Heliza gembira dia amat bersyukur dan berdoa semoga
kegembiraan itu kekal.
“Heliza..”
Doktor Farish memanggil namanya sambil diiringi seorang lelaki dan seorang
perempuan muda.Perempuan muda itu tersenyum kepadanya.Dia membalas senyuman itu
walaupun sedikit kehairanan melihat kehadiran dua insan asing di hadapannya.
Datuk Noorman kelu lidahnya melihat tetamu lewat malam ke rumahnya.
“Somebody want to meet you,”
Perempuan muda itu menghampiri dirinya dan menghulurkan tangannya sebagai tanda
salam perkenalan.
“Saya Adira..isteri Shahir..”
Isteri Shahir?
Shahir sudah beristeri?Tetapi dia kan masih muda?
Dunianya yang berwarna-warni sebelum ini menjadi gelap secara tiba-tiba.
Ya Allah,ujian apakah pula ini?
“Sleep sir!Sleep!”
“No!No!No!”
“Gaen!(Degil!)Please sir..go to sleep,”
Jururawat berbadan gempal itu menolak Shahir masuk ke dalam bilik.Ditepuk-tepuknya katil
bercadar putih itu seperti ibu yang mengajar anak nakalnya tidur.Yok bobo yok!
“Sleep sir,”Terkedip-kedip mata si jururawat.
“Sleep..sleep..dia ingat aku sleeping beauty ke a pa?”(Ceh!)
“Thuuhr phuut a rai,suuhr?”(Apa encik cakap?)
“Nothing..khap khun khrab!(Terima kasih!)Good night!”Shahir tersenyum nakal sambil
membeliakkan matanya.Dia mendengus sebaik sahaja bayang jururawat itu hilang.
(Tidur?Dah satu hari aku tidur..hmm..mana la perginya handphone aku ni?)
Shahir memeluk lututnya di atas katil.Sejak berkahwin dengan Adira rasanya sikapnya yang
dingin semasa bujang berubah menjadi riang dan hyper seperti Chris Brown terlebih pil
ecstasy.Anehnya sikap dinginnya beralih pula kepada isterinya.Masih dia ingat lagi betapa
seriusnya Adira merajuk apabila dia bergurau untuk mengahwini gadis Thai.Mahu juga tak
dilepaskannya ke Bangkok.(Huhu..)
“Abang harap ayang jaga diri ayang sepanjang abang di Bangkok nanti,”
“Jangan risau..ayang boleh jaga diri.Kan ada Kak Dib,anak tuan rumah kita,”
“Ye la..abang risau sebab abang mungkin pergi lama,”
“Ye ke?”
“Ye la..ingat kejap ke?”
“Kenapa lama?”
“Habis tu..bini muda abang di Thailand?”(Tadaaa!)
“Benci betul!”
Adira berlalu pergi meninggalkan Shahir yang terkejut melihat muka merah
isterinya.Terpaksa dia berlari mengejar isterinya.
“Ayang..eh..”
Tangan yang dicapai itu meronta minta dilepaskan.
“Janganlah macam ni..”Shahir menarik Adira dan memalingkan bahu isterinya
menghadapnya.Dicuit dagu isterinya mendongak sebelum dia terkesima melihat air mata
yang bergenang di kelopak mata wanita yang dicintainya itu.
“Lorr..abang gurau je..”
“Benci tau gurau macam tu,”
“Takkanlah abang..”
“Abang..perempuan mana pun tak suka gurauan macam tu,”
“Abang minta maaf..tapi nakal-nakal abang,hanya ayang di hati abang.Mulut abang ni
memang tak cover insurans,”Shahir menampar-nampar mulutnya sendiri.(Ish..ish..)
“Sakit hati ayang..”
“Abang minta maaf..,”Spontan dia mengucup dahi isterinya.Riak wajahnya kesal. “Abang
janji hanya ayang seorang di hati abang..hanya Siti Adira seorang sahaja..I swear..”
“Abang mulalah tu nak buat kelakar..”
“I swear by the moon and the star and the sky and the airport and the airoplane..and the
pilot..the steward..see?Abang tak sebut pun stewardess,”(Hehehe..)
“Benci laaaaa..”
“Tak nakkk..sayanggggg laaa..”
“Benci!”
“Sayang!”
“Benci giler abang nih!”
“Sayang giler ayang nih!”
Toink!Di cuit hidung mancung isterinya.Tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Abang jaga diri okay?”
“Ye..abang jaga kehormatan diri abang,”Nakal Shahir memeluk tubuhnya sendiri.
“Abang!”(Eeeeee....)
“Okay..ayang pun sama..jaga diri..i love you,sayang..”
“I love you too,abang..”
“Sir!Sleep!”
Seraya jeritan si makcik jururawat itu lampu di kamarnya dipadamkan.Mahu sahaja Shahir
kuntau kan jururawat siam itu.Ganggu betul orang mengimbas kenangan.
Dipeluknya bantal sambil matanya berkelip-kelip tidak mampu terlena.
(Abang hanya sayang ayang seorang sahaja...walaupun abang caring Heliza..walaupun abang
pernah caring Farina.Abang caring je...caring ke abang?Ke tidak?)
Aku ini lelaki biasa...bisa keliru kerana naluriku.Yang pasti ku ingin lindungi sejuta wanita
namun yang ku cinta hanya dikau seorang!
*****
Heliza memandang Adira dari atas hingga ke bawah.Cantik orangnya.Tubuhnya kecil dan
Nampak masih muda remaja.Ya,baru berusia 17 tahun.Memang terlalu muda untuk menjadi
isteri Shahir.Entah di mana dia mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan wanita ini.Mahu
sahaja dia menjerit ketika wanita ini memperkenalkan dirinya sebagai isteri
Shahir.Namun,mungkin wajah tenang wanita muda ini menyebabkan dia tenang dalam
kekalutan.
Sebagai wanita biasa,dia memang cemburu akan Adira.Sedangkan Siti Aishah pun iri akan
Khadijah,itukan isteri-isteri baginda Rasulullah.Inikan dia manusia biasa.Hamba Allah SWT
yang serba kerdil dan lemah.Tuhan memang mengurniakan perasaan cemburu untuk
wanita.Cuma terpulang pada akal bijaksananya untuk mengendalikan rasa cemburu itu supaya
tidak menjadi api membara dek hasutan iblis.
Di dalam rumah,Datuk Noorman sesekali menjeling ke luar tingkap walaupun asyik berbual
dengan Doktor Farish dan Daus.Mahu sahaja dia mencekik leher Doktor Farish kerana
membawa Adira ke rumahnya.Tapi mana mungkin dia bisa bersikap demikian di hadapan
tetamu-tetamunya.Biar mereka pulang nanti,Doktor Farish pasti ada penjelasan yang baik
untuknya.
“Berapa lama Adira berkahwin dengan Shahir?”Spontan soalan tersebut keluar daripada
mulut Heliza.Matanya membulat memohon penjelasan.
“Baru je..tak sampai sebulan.Terima kasih untuk Pak Man yang banyak membantu kami,”
“Ayah saya membantu?”
“Hmm..ye..perkahwinan kami tidak mendapat restu..kami... adik-beradik tiri berlainan ibu
dan bapa..”Adira teragak-agak.Kurang selesa.
“Jadi apa halangannya?”
“Tiada halangan..Cuma..pandangan dan pendirian daddy..”
“Daddy Adira?”
“Secara biologinya daddy Shahir,”Adira tersenyum.
“Oh..banyak halangan ye..”
Suasana sepi seketika.Baik Adira mahupun Heliza kedua-duanya mati akal.Adira yang
awalnya tidak sabar bertemu Heliza pun berasa aneh dengan kejanggalan di antara mereka
berdua.Ketika mendengar cerita daripada Doktor Farish memang dia berasa simpati terhadap
gadis di hadapannya ini.
Tapi kini?Entah kenapa terselit pula perasaan menyampah.Ya Allah!Dia berdoa cepat-cepat
dipadamkan perasaan itu.Entah apa-apa yang dirasakannya.
“Shahir suka sajak kan?”
“Sajak?”(Hem..Abang Shahir suka sajak?Tak tahu pun!)
“Oh my God..Adira tak tahu?”
“Hmm..err..ta..tahu..”
“Saya tak percaya dia suka sajak..terutamanya sajak „Kekasih‟..”
“Kekasih?”(Nanti perang besar you see!)
“Dia bisa menghafal lagi dan mendeklamasi bersama saya,”
(Bisa menghafal?Nanti kau tengok aku punya bisa!Kurang asam punya suami!)
“Saya tak sangka banyak yang Cik Heliza tahu pasal suami saya,”
“Lavender..katanya bunga kegemaran kan,”
(Ya..ah..my favourite..actually..)
“Adira okay?”
Adira memegang pipinya.Panas.Pasti mukanya kelihatan kemerah-merahan di hadapan
perempuan berlagak bagus ini.Entahlah mengapa,tapi rasanya suhu badannya meningkat
tinggi mendengar kata-kata Heliza mengenai Shahir.
“Maafkan saya..tapi sebenarnya saya rasa...Cik Adira beruntung mendapat..Shahir sebagai
suami..”Heliza cuba tersenyum.Suaranya sedikit tersekat-sekat.
“Err..”(Alamak..). “Cik Heliza okay?”
“Saya..”Kepalanya mula berdenyut.Menangkap segala urat saraf otaknya.Seperti besi cair
yang mendidih.
“Cik Heliza!”
Adira menjerit sebaik sahaja melihat Heliza terjelepok jatuh di tepi kolam.
*****
Cahaya mentari yang masuk di celah-celah tingkap memberikan silauan ke matanya.Selepas
solat Subuh tadi kepalanya terasa berat dengan aspirin yang diberi jururawat lewat jam 3 pagi
tadi.Terus sahaja kepalanya kembali tersembam ke bantal.
Rasa sekejap sahaja dia tidur sebelum sang suria mula gatal menyinarkan cahayanya.Di
sebalik samar cahaya itu dia dapat melihat seraut wajah bidadari yang indah rupawan sedang
tersenyum manis ke arahnya.(Amboi,cantiknya!Dalam syurga ke aku?)
Bila direnung-renung kembali,wajah itu saling tak tumpah wajah isterinya.Jika ini
mimpi,inilah mimpi paling mempesonakan sepanjang dia di Bangkok.
(Terima kasih Tuhan untuk mimpi ini!)
“Ayang..ayang masuk dalam mimpi abang?Eeee..abang sukeeee..”
“Abang mimpi ye?”
(Eh..apasal dengar macam real ni?)
“Ayang?Ayang ke ni?Ke Heliza?”
Shahir menggosok-gosok matanya.Mamai.
“Heliza?Banyak abang punya Heliza!”
Satu cubitan hinggap di pergelangan tangannya yang baru sembuh.
(Adoihhhhhh!Ampunkan dosa hamba Allah ini!)
“Ayang?”Shahir masih tergamam.
“Ye..ayang!Amboi,abang..Heliza lah..kekasih lah..lavender!Abang ni memang tak guna!”
Pap!Satu penampar manja hinggap di bahunya pula.
“Adoi,sakitlah!Ni apa jumpa suami pukul-pukul ni?”
“Abang memang kan?Tak sampai seminggu pun,”
“Ya Allah..abang buat apa?”
“Abang dengan Heliza lah!”
“He..he..heliza..Allah,abang memang baik dengan Heliza,”
“Tengok tu!”
“Tapi,bukannya abang ada perasaan pada dia..this is my job..”
“Your job?Apa ni?”
“Abang rindulah kat Ayang..”
Shahir cuba memeluk Adira sebelum ditolak isterinya.
“Abang jangan ubah topik,”
“Alah..peluk sekejap pun tak boleh?”
“Abang!”
“Okay..okay..duduk sini..sebelah abang..”Shahir menepuk-nepuk ruang kosong di
sebelahnya.Adira mendengus kecil sebelum duduk di sebelahnya.
“Pak Man minta tolong abang dalam memulihkan Heliza secara psikologi,”
“Kenapa abang?Kenapa tak Doktor Farish?”
“Sebab..secara kebetulan dan sememangnya kuasa besar Yang Maha Esa..wajah abang seiras
dengan suami Heliza.Wajah ini yang membantu dia melupakan suaminya.Tapi percayalah
abang tak ada sebarang hubungan perasaan dengan dia.Sumpah.”
Adira terdiam.Dia tidak pasti pula tentang itu.Tak sempat berbicara lanjut dengan Heliza
sebelum gadis itu tiba-tiba pengsan di tepi kolam.
“Abang tak tipu?”
“Buat apa abang nak tipu?Come on lah..abang dah bikin banyak drama nak mengahwini
ayang..takkanlah senang-senang abang nak lupa ayang?”
Adira tersenyum sambil memaut lengan suaminya.Kepalanya diletakkan ke bahu Shahir.
“Hmmm..harumnya bau rambut..Head and Shoulder..dandruff control..”Shahir tersenyum
nakal sambil mencium rambut isterinya.
“Abang memang suka buat kelakar ye?Kalau dengan Heliza bukan main bersajak lagi,”Adira
mencubit manja pipi suaminya.Geram sama.Cemburu pun ada.
“Okay..abang cipta satu sajak buat ayang..simple tapi manja..”
“Okay..ayang nak dengar?”
“Ayang buat abang gila bayang..semakin hari semakin sayang..tanpa ayang,abang melayang-
layang..seperti malam rindukan siang..hanya ayang yang abang sayang..buah hati jantung
kepayang..intan payung abang seorang.Comel tak sajak abang?”
“Comel sangat macam abang,”
“Abang tau abang memang comel,”
Shahir tersengih seperti kerang busuk sebelum disambut tawa manja Adira.Isteri
kesayangannya itu memang kuat merajuk tapi senang dipujuk.
Ketawa Adira terhenti apabila mendengar pintu dikuak.
Daus berdiri di hadapan kedua mereka dengan wajah yang agak tegang.Walaupun dia cuba
melupakan Adira dan sanggup bersusah payah membawa Adira berjumpa Shahir di
Bangkok..tapi..hatinya masih membengkak menyaksikan karenah pasangan suami isteri itu.
“Aku..aku..aku bukan nak ganggu tapi..ni..”
BlackBerry Bold 9700 itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir memandang Daus semula dengan
wajah yang cuak.
“Datuk nak cakap dengan kau..”
“Daddy?”
Kedua-dua Shahir dan Adira melontar soalan yang sama.
*****
Wajah Heliza yang pucat lesi itu ditatap dengan wajah yang sayu.Deja vu.Tidak mahu
makan,minum dan hanya termenung sepanjang hari.
Datuk Noorman menyapu air mata yang mengalir di pipi anaknya .Bangun dalam keadaan
yang lemah.Sebelum menutup pintu kamar anaknya dia memandang lagi si anak yang hanya
terbaring kaku.Kecewa.
Di ruang tamu,Doktor Farish berdiri sambil kedua belah tangannya menyeluk saku.Datuk
Noorman memandang wajah doktor muda itu dengan pandangan yang serius.
“Kenapa dengan you?Kenapa you bawa Adira ke rumah I?”
“You marah dengan I,Datuk?”
“Soalan apa tu Doktor Farish?”
Farish mengeluh kecil.
“Datuk,I believe this is just temporary shock..”
“Temporary?Anak I collapse tepi kolam semalam!”
“Yes I know,tapi kondisinya tidak seteruk dulu,”
“Hello doc..you yang cakap Shahir boleh membantu anak I,”
“Ya Datuk tapi saya tak member suggestion Shahir harus bercinta dengan Heliza.Can you see
Datuk?Lepas dia kenal Shahir,dia sudah mula menerima hakikat kematian Aqso,”
“Sebab dia jatuh cinta dengan Shahir,”
“Saya tak boleh biarkan itu terjadi,”
“Kenapa?”
“Kita tak boleh mengorbankan kebahagiaan orang lain Datuk.Meruntuhkan rumahtangga
orang.Itu dah melanggar etika dan moral proffesion saya,”
“Habis?Kebahagiaan anak I?Can‟t you see she is suffering?”Datuk Noorman menjegilkan
matanya.Membulat dan kemerahan.
“Datuk please..trust me..”
“Farish,”Datuk Noorman memandang Doktor Farish dari atas hingga ke bawah.Mulutnya
didekatkan kepada lelaki itu.Persis berbisik.“Jangan lupa siapa yang mengutip you dari Henry
Gurney..you..takkan jadi lelaki yang dihormati macam ni tanpa I..jangan lupa..asal usul
you..okay?”
Farish terdiam mendengar kata-kata Datuk Noorman.Dia hanya mampu mengetap
bibirnya.Datuk Noorman tersenyum sinis sebelum membuka pintu rumah banglonya.Tanpa
sebarang bicara,Doktor Farish keluar dari situ.
“Farish,betulkan semula situasi.You tahu siapa you,”Suara Datuk Noorman tenang tetapi
tegas.
Farish tidak menghentikan langkahnya.Wajahnya kemerah-merahan menahan amarah.
(Dia mengungkit asal-usul aku?Dia mahu aku kembali menjadi Farish budak samseng Henry
Gurney yang membelasah siapa saja daripada budak kecil sampai orang tua?Yang akal
iblisnya lebih daripada akal warasnya? )
Bukannya Datuk Noorman tak tahu kenapa dia dimasukkan ke Henry Gurney.Dia bukannya
jahat sejahatnya sebelum dia masuk ke situ.Dia cuma menjadi kepala samseng selepas
bercampur dengan budak-budak yang memang samseng.Hakikatnya sebelum ke situ,dia
murid yang pintar dan mempunyai asas agama yang kukuh.Hasil didikan neneknya.Datuk
Noorman juga yang menyelamatkannya dan memberi harapan dan semangat
untuknya.Sehingga dia diampunkan Sultan dan keluar dari sekolah neraka itu lebih
awal.Lelaki itu mendidiknya dan mengajarnya menjadi manusia yang berguna.Dan sekarang
lelaki budiman itu mengungkit semula luka lama itu?Meminta hutang budi baiknya dibalas?
(Kini,demi kepentingannya sendiri dia mahu aku jadi Farish yang jahat?Farish yang
membunuh ayahnya sendiri ketika usia 12 tahun?)
Jantungnya berdegup kencang.Dan lelaki itu cukup arif kenapa kejadian itu terjadi.
“Farish pergi mengaji Al-Quran dulu mak,”
Budak lelaki berusia 12 tahun itu segera mencapai songkok lusuh dan lampu suluh.Sudah
menjadi kebiasaannya selepas Isyak dia akan segera ke surau berdekatan untuk mengaji Al-
Quran bersama Ustaz Hassan.
“Nanti terus pulang Farish.Ada tetamu nak jumpa,”
“Tetamu?Siapa mak?”
“Adalah,”Wanita yang dipanggil emak itu kelihatan masih muda dan bergetah.Baru berusia
29 tahun.Ketika dia melahirkan Farish dia baru berusia 18 tahun.Farish tidak tahu siapa
ayahnya.Kata nenek ayahnya seorang nelayan.Dia hilang di laut ketika usianya baru
setahun.Keluarga mereka susah.Gambar ayahnya pun tiada buat bekalan kenangan.Nenek
yang tinggal bersebelahan rumahnya suruh Farish lupakan saja ayahnya.Emaknya pula tidak
memberi apa-apa tindakbalas.Selalu juga dia melihat emaknya menangis.Mungkin emaknya
merindukan ayahnya.
Paling dia tidak tahan apabila pemuda-pemuda di kampung ini suka mengganggu
emaknya.Bukan saja pemuda malahan pakcik tua pun.Angin satu badan dia dibuatnya.
Langkahnya di atur ke surau Kampung Ketapang.Melalui kawasan kubur lama laju saja
langkahnya.Dia cuma ingin cepat sampai ke surau.
Malam ini dia akan habiskan juzuk 30.Ustaz Hassan pun berjanji akan mengadakan majlis
khatam Al-Quran buatnya.Jadi memang semangat sikit malam ini.
Sessi mengaji Al-Quran dengan Ustaz Hassan memang tidak menentu.Kalau ada yang
tergagap-gagap memang berlanjutan ke dua atau tiga jam jawabnya.Selesai mengaji sudah
tergagap-gagap hendak menghafal huruf-huruf ihfa‟ hakiki dan idzhar halqi pula.Bagi
Farish,memang tiada masalah.Yang lain-lain memang trouble maker.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam baru selesai.Dia memang ingin segera pulang ke
rumah tetapi kawan-kawannya beriya-iya mengajaknya menonton gusti di gerai kopi Pak
Abu.Diumpannya pula perlawanan antara Ultimate Warrior dan Hulk Hogan.Mana
tahan.Dua orang penggusti yang memang terkenal pada era 90-an.Tanduk setan tumbuh juga
di kepalanya.Tersengih-sengih dia mengikut rakan-rakannya.Di rumahnya mana ada
televisyen.
Sampai di gerai Pak Abu.Semuanya sudah bising-bising sambil menumbuk meja.Maklumlah
esok hari Ahad.Tak ada yang sekolah mahupun bekerja.
Farish cuba menyelit di antara lelaki-lelaki dewasa itu sebelum kolar bajunya dicekak.
“Kau buat apa kat sini?”
Man Gasing memandangnya dengan perasaan yang jaki.Seminggu yang lalu Man Gasing
cuba mengganggu emaknya di perhentian bas.Apa lagi dibalingnya batu tepat kena kepala
lelaki kacang hantu itu.Kena enam jahitan.Padan muka.
“Saya tengok wrestling,”Jawabnya tenang.
“Kau pergi baliklah.Tadi aku nampak ada jantan masuk rumah kau!”
Seraya lelaki itu menolaknya jatuh ke tanah.Orang ramai yang berada di situ terdiam
seketika.Namun penangan Ultimate Warrior dan Hulk Hogan melebihi segalanya.Masing-
masing malas nak masuk campur.Semua orang tahu Man Gasing tergila-gilakan emak si
Farish.Farish pula memang cukup menyampah jika orang mengganggu ibunya.Mereka
semua menganggap masalah enteng.
“Apa Abang Man cakap ni?”
“Kau kan sayang emak kau.Dahi aku pun berjahit kau kerjakan.Kalau betul kau anak
jantan,kau pergilah tengok apa yang mak kau buat.Kau ingat emak kau baik sangat?”
Farish mengetap bibirnya.Air matanya mengalir kerana geram dan marah.Segera dia berlari
pantas pulang ke rumah.Dia memang pantang orang suka hati membuat cerita mengenai
emaknya.
Sampai di rumah dia terdiam.Selipar asing dan bersaiz besar di hadapan anak tangga
menyebabkan degupan jantungnya semakin rancak.Itu bukan seliparnya.Jauh sekali selipar
emak atau nenek.Parang yang berada di tepi tangga diambilnya.
Langkahnya di atur perlahan.Daun pintu ditolaknya berhati-hati.Ruang tamu gelap.Peluh
dingin mula mengalir di dahinya.Cuma bilik emaknya yang bercahaya.Dia menapak dengan
berhati-hati merapati pintu kamar ibunya.
Belum sempat dia mendekati kamar emaknya.Pintu sudah terkuak.Seorang lelaki yang cuma
berkain pelikat terkejut melihatnya.Lelaki itu cuba tersenyum sebelum..
Libasan parang hinggap di lehernya.Darahnya memancut ke wajah Farish.Dia betul-betul
bermandikan darah.Jeritan emaknya memenuhi ruang rumah seiring dengan lelaki itu
menggelupur kesakitan.Terdiam.Menggelupur sekali lagi.Tidak bernyawa.
“Farish!Itu ayah kau!”
Ayah?Selepas kejadian itu baru dia tahu ayahnya dipenjarakan kerana tuduhan mengedar
dadah.Ayahnya tidak bersalah,semuanya dirancang oleh rakan niaganya yang tamak.Kerana
malu,neneknya yang memang tidak menyukai ayahnya menyuruh emaknya pulang semula ke
kampung.Apatah lagi keluarga mereka sudah bankrupt.Selepas kes dibuka semula.Ternyata
ayahnya tidak bersalah.Ayah sudah pun dibebaskan seminggu yang lalu dan sering berjumpa
emaknya di luar secara senyap-senyap kerana bimbang ditahu nenek.Malam ini baru
ayahnya pulang untuk menemuinya dan memohon restu neneknya.Mana dia tahu.Dia fikir
lelaki itu sialan berhidung belang yang membuat onar dengan emaknya.Darah mudanya
melebihi akal warasnya ketika dia melibas parang tajam itu tepat ke leher ayahnya sendiri.
Bermulalah episod lukanya di Henry Gurney.Lebih malang,emaknya enggan
menerimanya.
*****
Datin Ainul menghampiri suaminya.Dipicit-picit bahu Datuk Maulana.Terukir senyuman
manis di bibirnya.
“Kenapa awak gembira sangat?”
“Mestilah mummy gembira sebab daddy sedia memaafkan abang dan ayang,”
Datuk Maulana memandang sayu isterinya.
Bagaimana daddy tak akan memaafkan mereka?Mereka pengarang jantung hati daddy.Marah
daddy cuma seketika.Mana mungkin daddy menyisihkan abang dan ayang dalam hati
daddy.Lagipun penghalangnya cuma ego daddy.
Daddy kecewa kerana abang melarikan ayang.Daddy malu kerana tidak tahu bila abang dan
ayang saling mempunyai perasaan.Daddy malu kerana skandal seperti ini berlaku di dalam
rumah daddy sendiri.Itu sahaja.
Penghujungnya?Apapun yang berlaku.Daddy tetap sayangkan abang dan ayang.Melalui
Daus,daddy dapat tahu kesusahan abang dan ayang.
Semasa abang ditikam,daddy masih bertahan.Ketika abang dan ayang berkahwin pun,daddy
cekalkan hati tetapi daddy tetap membawa restu melalui mummy.Remuk hati daddy melihat
rumah sewa abang dan ayang.Daddy mungkin silap kerana mengarahkan semua kontak untuk
tidak menerima abang bekerja sehinggakan akhirnya abang ke Thailand.Namun berita terkini
daripada Daus tidak memungkinkan daddy menidakkan abang dan ayang lagi.Terutamanya
ayang.
“Daddy sudah memaafkan abang dan ayang?Bagaimana mummy?”
“Mummy?”
“Mummy sudah lupa dia?Anak mummy cuma ayang dan abang?”
“Mummy cuma ada ayang dan abang,”
Jawapannya tenang tetapi tegas.Datin Ainul memandang serius ke arah Datuk Maulana.
*****
“Comelnya baju baby color pink ni?”
“Nak beli juga?”Daus menunjukkan kedua belah tangannya yang penuh dengan beg kertas
berisi pakaian bayi.
“Sorry lah Abang Daus.Dah menyusahkan Abang Daus dah,”
Adira tersenyum malu sambil tertunduk.
“Tak ada hal lah.Cuma abang risau takut plane terhempas kea pa sebab banyak sangat baju
baby ni.Tapi tak ada hal lah,hem..dah bagitau Abang Shahir?”
“Baju kat sini comel-comel sangat Abang Daus.Pasal Abang Shahir,hmm..belum lagi.Tak
sempat nak beritahu.Asal nak cakap Abang Shahir asyik merapu bersajak.Buang tabiat betul!”
Daus tersenyum memandang wajah Adira yang berseri-seri.Pagi sebelum mereka ke hospital
berjumpa Shahir,gelabah juga dia apabila Adira tiba-tiba muntah ketika sarapan pagi.Manalah
tahu keracunan makanan atau disantau bomoh Siam.Itu saja yang bermain di dalam
fikirannya.Doktor Farish yang turut menemani mereka pagi itu segera membawa Adira ke
klinik berdekatan.Mujurlah ada doktor psikologi itu.Kalau tidak,hilang punca juga Daus.
Rupa-rupanya Adira bakal menjadi ibu.Cepatnya.Yang penting,patutlah kuat cemburu.Daus
tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepala.
“Abang Daus ni kenapa tersenyum sorang-sorang?”
“Abang tak boleh ingatlah bila Dira cerita Dira cemburukan Heliza,”
“Mestilah cemburu.Heliza tu cantik dan asyik bercakap pasal Abang Shahir.Shahir tu pandai
bersajak..suka bunga lavender..suka sajak „Kekasih‟..haish!”
“Cemburulah lebih-lebih nanti baby dalam perut Dira tu kuat cemburu macam ibu dia,”
“Baru seminggu.Dia tak tahu apa-apa lagi,”
“Ye la tu,”Daus tersenyum memandang Adira.Gadis yang mencuri hatinya.Sehingga kini hati
itu masih belum dikembalikan.
“Terima kasih Abang Daus,”Adira memegang bahu Daus.Terukir senyuman ikhlas di
bibirnya.
“Untuk?”
“Untuk sentiasa menyokong dan bersama Dira dalam apa jua keadaan.Untuk daddy yang sudi
menerima kami kembali.Abang Daus kan yang beritahu daddy tentang Dira?”
“Dira,”
Daus meletakkan beg-beg kertas yang dipegangnya ke bawah.Tangan kanannya diletakkan di
atas kepala Adira.Tangan kirinya ke dadanya sendiri.
“Abang dah janji yang abang akan jaga Adira setakat yang abang mampu.Abang kan guardian
angel Dira.I‟m flying without wings,”
Air mata jernih mengalir di pipi Adira.Terharu dengan kata-kata Daus.Walaupun ucapan itu
acapkali didengar daripada bibir Daus tapi kali ini menyentuh emosinya.Mungkin penangan
menjadi seorang ibu.
“Abang Daus.Dira sentiasakan Abang Daus bertemu jodoh dengan wanita yang paling terbaik
kerana Abang Daus lelaki paling budiman pernah Dira kenal,”
“InsyaAllah,”Daus mengeluh perlahan.Dia cuba untuk tersenyum.”Wah,besarnya Hello Kitty
tu!Jom kita beli!Baby Dira lelaki ke perempuan?”
“Ish mana Dira tahu.Mana boleh scan lagi,”
“Tak boleh scan ke?Mana abang tahu.Ini bukan bidang abang,”
“Bidang abang komunikasi dan cellphone,”
“Hah..tahu tak pe,”
“Dan Bibah,”
“Nanti anak Bibah abang hadiahkan untuk baby Dira,”
Kedua mereka saling mengusik antara satu sama lain.Adira cukup selamat berada di sisi
Daus.Benarlah Daus dewa pelindungnya..sama ada bersayap ataupun tanpa sayap.