“Eeee Uncle Iwan ni,janganlah tinggalkan Uncle Shahir tepi jalan.Kesian Uncle Shahir,kan
mama kan?Kan?Kan?”Sampuk Yaya sambil mencuit bahu Adira memohon sokongan.
“Kalau Yaya pun cakap banyak,Mama tinggalkan Yaya tepi jalan juga.Duduk elok-elok di
belakang.Pakai safe belt,”
“Mama ni..marah Yaya pulak,”Yaya menjuihkan bibirnya sambil mengundur ke
belakang.Dalam keadaan merajuk dia memakai tali pinggang keselamatan.Shahir mengeluh
perlahan.Matanya menyorot tajam memandang Adira.
“Kenapa pulak Dira nak marahkan Yaya?”
“Hello,Yaya tu anak saya.Saya nak marah ke,nak sayang ke..abang peduli apa?”
“Ye la,kalau ye pun marahlah orang lain,”
“Nak marah siapa?”
“Marah abang,abang tengok Dira makin comel kalau marah..hehe..”Shahir tersengih-sengih
menambah bara di hati Iwan.
Iwan lantas menekan brek mengejut dengan harapan Shahir terbabas ke depan cermin
kereta.Biar terbenjol dahi bertelur lebam.
Dalam aksi perlahan(slow motion kalau ikut English education),Shahir bukannya terbabas ke
hadapan tetapi terbabas ke sebelah kiri pula.Tertonggeng dan tersembam ke bawah kaki
Adira.Dah macam filem Hindustan pula,macam anak minta restu emak pun ada.Main cium-
cium kaki.
“Hoi!”Iwan menjerit sambil menarik Shahir ke belakang.Kereta itu diberhentikan di tepi
jalan.
Adira segera keluar dari kereta sambil memeriksa Yaya di belakang.Mujurlah Yaya tidak ada
apa-apa cuma kelihatan terkejut sambil memeluk anak patung beruang hitamnya.Wajah Adira
jelas merah padam menahan malu kerana aksi cium kaki Shahir dan pada masa yang sama
marahkan Iwan yang menekan brek tanpa sebab.
“Kau main cium-cium kaki,apahal?”Iwan mencekak kolar baju Shahir sambil menariknya
keluar dari kereta.
“Bila masa aku cium?Kau yang brek macam nampak pontianak!Gila apa!Tertonggeng
aku!”Shahir menolak badan Iwan sehingga terundur ke belakang.
“Ah,pontianak ke nang nak!Aku belasah juga kang!”Iwan menggenggam penumbuknya.
“Belasahlah kalau kau berani!”Jerit Shahir sambil bersedia untuk bertumbuk dengan kekasih
jandanya itu.(Kau nak tengok aku buka silat gayung,gerak kilat,tomoi,silambam semua ada!)
“Diam!”Giliran Adira pula menjerit sambil mencekak pinggangnya.Shahir dan Iwan terus
terdiam.(Alamak!)
Adira menghampiri Shahir dan menepuk dahi dudanya.
“Abang,duduk belakang dan pakai safe belt jangan terjenguk-jenguk lagi ke hadapan.Perangai
terjenguk-jenguk tu Yaya je buat!Budak-budak memang suka jenguk ke depan.Masuk!”
Iwan tersengih-sengih melihat Shahir dimarahi Adira.
“You pun sama!”
Tanpa diduga Adira juga menepuk dahi Iwan.
“You brek mengejut kenapa?Bukannya ada apa pun!You tak fikir Yaya?You all nak bergaduh
ke apa jangan depan Yaya!Bak sini kunci,I drive kereta.You masuk belakang pakai safe belt
jugak!”
Shahir dan Iwan saling berpandangan.
(Kau punya pasal lah brek macam Tokyo Drift,bongok!)
(Kau la bangang,orang terbabas ke depan,kau tertonggeng ke kiri!)
“Tengok apa lagi?Masuk!Jadi orang dewasa dan duduk diam-diam kat belakang.Yaya meh
duduk depan dengan mama,”
Semua mengikut arahan Adira dan keadaan menjadi senyap dan sepi sepanjang perjalan ke
rumah Datuk Maulana.Tiada lagi kedengaran lagu „Daddy Cool‟.
******
Shahir mengambil peluang memikirkan langkah seterusnya semasa terperangkap dengan Iwan
di kerusi penumpang belakang kereta.Iwan hanya memandang ke arah tingkap.Malas melayan
karenah Shahir.Sesekali kepalanya tersengguk-sengguk dan akhirnya kedengaran bunyi
dengkuran.Yaya di hadapan juga sudah lama terlelap.Adira fokus memandu kereta.
Shahir akui ada gentar di dalam hatinya untuk berjumpa daddy dan mummy semula.Dia
langsung tak bersedia,dengan muka yang lebam dan bengkak dibalun Daus dan secara rohani
pun dia lemah.Semuanya dilakukan secara spontan dan mengikut gerak hati.Macam pagi
ini,dia tak merancang pun untuk mengikut Adira dan Yaya.Selepas sembahyang Subuh,dia
terkebil-kebil di meja makan menikmati sarapan pagi bersama Heliza dan Doktor
Farish.Sebelum menghabiskan hirupan kopi terakhir,dia memberitahu mereka dia ingin
berjumpa daddy dan mummy.
Mulanya Heliza ingin mengikutnya tetapi dia melarang.Biar dia dulu berjumpa daddy dan
mummy secara individu.Kalau Heliza tahu Adira pun ada,sudah tentu dia tidak akan berada di
dalam kereta Iwan pada saat ini.
Masalahnya apa yang perlu dilakukannya apabila berjumpa daddy dan mummy?Daddy
terutamanya.Takkanlah dia nak menangis-nangis macam Shah Rukh Khan bertemu semula
dengan Amitabh Bachan dalam Kabhi Kushie Kabhi Gham?Dramatik sangat.
“Dira..”
“Kenapa?”Adira sedikit terkejut.Tiba-tiba sahaja Shahir memecahkan kesepian di tengah-
tengah dengkuran Iwan dan Yaya.
“Daddy marahkan abang lagi tak?”
“Gila tak marah?Daddy sekarang dah ada senapang.Tak mustahil daddy tembak kepala
abang,”Adira tersenyum.Sengaja menggertak Shahir.
“Oh..ye ke?”Shahir kelihatan risau.Dia menyandar tubuhnya lemah dan meletakkan tangan ke
atas dahinya.
Adira mengerling sepintas lalu melihat Shahir melalui cermin pandang belakang.Kasihan pula
dia melihat Shahir susah hati.
“Kalau abang ikhlas dan jadi diri abang sendiri,takkanlah daddy nak tembak abang
kan?”Adira tersenyum manis.Senyuman manis yang dipamerkan di cermin pandang belakang
itu cukup untuk mengubat sedikit lara di hati Shahir.
“Dira..”
“Hem,”
“Abang minta maaf pasal tadi,abang tak patut bergaduh dengan Iwan.Selama 5 tahun
ini,abang serius dan fokus dengan kerjaya.Tapi sekarang,abang jadi macam budak-budak
balik.Membuat sesuatu tanpa berfikir,”
“Bukan abang memang sentiasa macam tu?Membuat sesuatu tanpa berfikir?”
“Okay.Abang terima saja apa kata Dira,”
“Jangankan abang,saya pun sama.Saya rasa saya sudah cukup matang sepanjang 5 tahun
ini.Tapi rupanya,saya sukar bersikap matang apabila berhadapan dengan abang,”
“Ye ke?Abang dengar Dira ber‟saya‟ dengan abang pun,abang dah rasa Dira
matang.Dira,abang rasa Dira cantik sangat dengan bertudung.Macam Rianti Cartwright dalam
„Ayat-Ayat Cinta‟..manis je,”
“Oh,yang pegang watak Aishah tu?Ye lah,yang izinkan suaminya berpoligami tu?Saya belum
sampai tahap sudi menerima payung emas,”
“Ke situ pulak.Abang puji ikhlas,”
“See?Kita nak bergaduh lagi kan?”
Shahir tersenyum.Tidak menjawab pertanyaan Adira.(Kenapa kita nak bergaduh?Bersikap
tidak matang apabila berhadapan dengan satu sama lain?Sebabnya satu,cinta.Cinta sentiasa
menjadikan manusia bersikap bodoh.Terutamanya lelaki.Lelaki yang jatuh cinta sanggup
melarikan anak orang,meninggalkan tunangannya sendirian di KL dan sanggup menaiki
kereta kekasih jandanya.Akulah tu!)
“Abang ada cakap apa?”
“Eh,mana abang ada cakap,”
“Okay.,,saya rasa macam abang ada je,hem tak pe lah kalau abang tak cakap,”
Shahir memandang Adira dengan misteri.(Dia ni boleh baca fikiran orang ke?Huhu..)
“Kita dah sampai,”Adira menukar gear satu ketika memasuki halaman rumah yang dihiasi
reban ayam serama dan kolam ikan air tawar.Ada sebuah pangkin buluh dengan sebatang
pokok kelapa di sebelahnya.
Rumah rekaan ala Melaka dengan kayu jati dan meranti bagai mulut ikan jerung yang
ternganga luas buat Shahir.
(Ya Allah,kau berikanlah kekuatan kepada hamba Mu yang sememangnya tidak maksum
daripada dosa dan cela ini.Ampunkanlah dosaku dan berikanlah kekuatan bagiku untuk
memohon keampunanan daddy dan mummy)
*****
“Daddy,kan bunyi kereta tu,Yaya dah sampai kot,”
“Iyelah..nanti kejap daddy tengok,”
Datuk Maulana yang asyik menelaah suratkhabar segera bangun menuju ke muka
pintu.Memahami kesibukan si isteri yang menyiang ikan haruan untuk dibuat asam pedas dan
puyu untuk dijadikan pekasam.Sejak bermaustatin di Perak,mereka berdua rasa senang
dengan kehidupan yang sederhana dan aman sebegini.Bekerja sendiri tanpa bibik atau supir
lebih menyihatkan badan dan menjadikan hati lebih gembira.Jauh daripada kesibukan
kota,perniagaan dan politik.Sesekali kalau si cucu pulang,ambil saja ikan-ikan ternakan dari
kolam air tawar atau buah-buahan dari kebun belakang rumah atau dusun di hujung bukit
sana.Ulam-ulaman dan sayur-sayuran pun segar bugar dari kebun sendiri.Tak payah
memamah yang terlebih kimia dan racun dari pasar.
Derapan langkah Datuk Maulana semakin menghampiri pintu.Di bukanya selak di bahagian
atas pintu dan dipulas tombol bulat itu.Sebaik sahaja pintu terbuka,Datuk Maulana terkesima
kerana melihat tetamu yang tidak diduga.Selain kehadiran Adira,Yaya dan Iwan yang
sememangnya sudah ketahuan,pemuda bertubuh tegap di hadapannya ini memang di luar
jangkaan.Wajah yang langsung tidak berubah kecuali dihiasi janggut nipis di dagu.
“Assalammualaikum...daddy..err...err..petang-petang ni ada kopok lekor?”
(Astaghfirullah al azim..bertuah punya anak)
******
Makan tengah hari itu sepatutnya enak,bukan hanya ada ikan haruan masak asam pedas dan
pekasam ikan puyu kegemaran Yaya.Ada juga makanan kegemarannya,sambal sotong dan
puding laici sebagai pencuci mulut.Ada petai empat papan,kacang botol dan ulam raja.Sayur
campur dan sambal belacan pun ada.Memang sepatutnya meleleh air liur.Tapi semua yang
ditelan Shahir bagai melekat di celah tekaknya.
Apa tidaknya,daddy sepatah perkataan pun tak terkeluar butir bicara dengannya kecuali
„waalaikumussalam‟.Daddy lebih melayan Iwan daripadanya.Siap memujuk Iwan untuk
pulang lewat dan mummy akan menggoreng kuey tiaw kegemaran Iwan petang nanti.Shahir
menjuih bibirnya.(Ini sudah lebih,daddy dah lupa ke aku anak dia?).
Mummy pula sekadar melemparkan senyuman.Agaknya masing-masing masih marahkan
dirinya.Shahir cuba memujuk dirinya sendiri.(Sabar ajelah..)
“Atuk,nanti Yaya ada baca sajak tau kat tadika,”
“Iye,untuk apa?”
Datuk Maulana melayan karenah cucunya sambil menyuap puding laici ke mulut Yaya.
“Ada,Hari Keluarga.Uncle Shahir dan Uncle Iwan pun datang tau!”Yaya bercakap dengan
mulut yang dipenuhi puding laici.
“Yaya,tercekik kang.Makan elok-elok,”Adira menggeleng-gelengkan kepalanya.
Shahir dan Iwan tersenyum sambil mengangguk ke arah Yaya.
Datuk Maulana bangun dari meja makan dan membasuh tangannya.Selepas mengelap
tangannya dengan napkin dia memandang ke arah Iwan.
“Iwan,nanti tolong pakcik hantarkan durian ke rumah Haji Asmara.Katanya menantu dia
mengidam tempoyak.Kamu ingat lagi rumahnya?”
“Rumah warna hijau yang saya temankan pakcik hantar keli bulan lepas?”
“Aha,kalau kamu ingat baguslah.Bawak kereta pakcik.Kang bau durian pulak kereta kamu,”
“Okay,pakcik,”Iwan mengangguk.Shahir mengeluh kecil.(Iwan,Iwan,Iwan..anak daddy ni
halimunan ke?)
“Abang,”
Seisi rumah terkejut apabila mendengar nama yang disebut Datuk Maulana.Masing-masing
saling berpandangan.
“Err..ye..daddy?”
“Ikut daddy pergi tembak tupai dekat ladang kelapa sawit Tokey Ah Chong hujung kampung
sana.Kita naik motor je.Sambil tu kita boleh belajar peribahasa Melayu,sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Tak gitu?”
Shahir hanya ternganga.(Ada senapang..ada tupai..ada pula jatuh ke tanah.Nak tembak tupai
ke nak tembak aku?)
Adira memandang Shahir dengan rasa simpati.Tiba-tiba sahaja daddy mengajak Shahir
menemaninya menembak tupai.Misteri betul.
“Aha,tupai!Yaya suka lagu „Anak Tupai‟,atuk!”Yaya mengomel-ngomel sambil menyanyikan
lagu „Anak Tupai‟.Disulami dengan tarian ala kedek-kedek macam anak itik.
Entah kenapa Shahir tidak merasa aksi Yaya comel tapi mengerikan.(Huhu..siapa nak kena
tembak ni?)
*****
Ladang kelapa sawit Tokey Ah Chong lebih kurang dua hektar.Suasana agak sunyi dan kelam
walaupun jam menunjukkan pukul 3 petang.Ada bunyi guruh di langit menandakan hari
hendak hujan.Nampaknya hujan di Kuala Lumpur sudah melarat sehingga ke Perak.
“Entah mana datangnya tupai-tupai ni,habis buah kelapa sawit ni nak di‟kokak‟nya.Kebulur
agaknya,”
Shahir sekadar tersenyum sambil mengangguk-angguk.
“Kalau tupai rosakkan buah,kita tembak saja,betul tak abang?”
“Aha,betul..agaknya..”
“Tapi kalau orang rosakkan kehidupan orang lain?”
Belum sempat Shahir menjawab,selaras senapang patah sudah di acu ke dahinya.Sebelah mata
Datuk Maulana dikecilkan untuk memberi fokus bindikan yang tepat ke kepala Shahir supaya
pecah berderai otaknya.
“Daddy..”Peluh jantan membasahi tubuh Shahir.Biar betul daddy ingin menembak kepala
anaknya sendiri.
“Sekali picu ini ditarik..maka,tamatlah riwayat seorang cucu Adam pada saat dan ketika
ini,”Datuk Maulana tersenyum.
“Daddy..bawa bersabar..,”
“Kenapa ke sini?Kenapa ke Perak?Kenapa mengikut Ayang dan Yaya?Tahu kan Ayang akan
berkahwin dengan Iwan?Abang yang tinggalkan dia kan?Bawak lari dia,kahwin dan ceraikan
macam manusia yang tak bertamadun,betul kan?”Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Datuk
Maulana.Macam bertih jagung.
“Daddy..,”
“Sekarang baru panggil nama daddy?Mana kamu 5 tahun yang lepas?Jawap,”
“Abang tahu,abang anak derhaka.Abang tak tahu bagaimana abang nak betulkan
keadaan.Abang sayangkan daddy dan mummy.Kerana itu,akhirnya..kaki abang melangkah jua
menemui daddy dan mummy walau apa saja kemungkinan.Diterima,ditolak..atau mungkin
akhirnya sebegini,ditembak,”
Shahir terdiam seketika.Menarik nafasnya sebelum menyambung ayat-ayatnya.Air liurnya
ditelan.
“Soal dia.Abang memang jenis lelaki yang suka mengubah fikiran dan mudah dipengaruhi
fikiran.Tapi ke mana pun abang,abang sedar...abang masih sayangkan dia.Abang masih
cintakan dia.Abang ada Heliza,tapi arah magnet hidup abang tetap tertarik ke arah dia.Heliza
juga amat bererti kepada abang,tapi dia lebih memberi impak besar kepada abang,”
“Walaupun Farina atau Heliza,abang tetap tak boleh lupakan ayang kan?Walaupun Yaya
bukan anak abang?”
“Yaya bukan anak abang?Jadi betullah..,”Shahir berasa lemah.Dia tidak peduli senapang yang
diacu di dahinya.Dia terduduk di atas tanah dengan keluhan yang besar.Dia betul-betul yakin
Yaya anaknya,rupa-rupanya?Hatinya sebak.
“Tengok!Eee budak ni,nasib baik tak ada peluru!Kalau tak,dah lama aku tembak!”Datuk
Maulana mencampak senapangnya ke tanah lalu memukul kepala Shahir.
“Aduh!”(Tadi Adira mengetuk dahinya,sekarang daddy pula memukul kepalanya.Kali ketiga
mahu juga benak 40 hari)
“Abang ni mudah sangat mengubah fikiran.Kalau dah yakin Yaya tu anak abang,kenapa nak
makan kata-kata orang lain?”
“Abang keliru lah.Daus tak mengaku Yaya anaknya,tadi daddy cakap Yaya bukan anak
abang.Dah la dulu di Bangkok,Doktor Farish cakap mungkin Daus bapa Yaya.Keliru!”
“Siapa?Doktor apa?”
“Farish.Doktor peribadi Heliza,”
“Siapa pun yang cakap.Adalah zalim untuk kita tidak mempercayai orang yang benar-benar
mencintai kita,”
“Adira masih cintakan abang?”Wajah Shahir kembali bersinar-sinar.Seperti mendapat
limpahan cahaya lampu „spotlight‟ Stadium Putra Bukit Jalil.
“Itu yang daddy rasa.Pandangan dia ketika memandang Iwan tak sama dengan pandangannya
memandang abang semasa di meja makan,pandangan sekadar suka dan pandangan dilamun
cinta adalah berbeza,”
“Abang pun harap macam tu,penolakan Adira sebenarnya lebih menarik kami lebih
dekat.Sayangnya,jika abang boleh kembali waktu 5 tahun yang lepas,abang tak akan
mempercayai sesiapa pun kecuali Adira,”
“Kenapa abang tak panggil dia ayang lagi?”
“Abang takut.Lagipun abang pasti,dia tak akan benarkan abang memanggilnya dengan nama
tu.Dia pun asyik „saya‟ saja.Mungkin kalau abang panggil begitu lebih melukakan
hatinya.Jadi,Yaya tu anak abang kan?”
“Jangan tanya soalan tu.Jangan khianat perasaan cinta abang kepada ayang.Kalau abang
ikhlas,dia tetap ayang di hati abang,”
Shahir mengesat air mata yang membasahi pipinya.Tanpa dia duga buat sekian lamanya dia
menangis lagi kerana Adira.Datuk Maulana memeluk anak lelaki kesayangannya dengan
erat.Dia juga berasa hiba dan pilu.
“Daddy,maafkan..maafkan..abang..”Shahir mengucup tangan ayahnya bertalu-talu.Ada nada
kesal yang amat berat ketika melafazkan kata-kata maaf itu.
“Daddy dah lama maafkan abang..malah daddy juga mendoakan abang dapat kembali kepada
kami.Kami..daddy,mummy,Yaya..dan..Ayang..”Suara Datuk Maulana tersekat-sekat.Keegoan
seorang ayah yang luntur kerana kasih anaknya.
“Okay..abang faham.Lain kali kalau nak kopok lekor,abang pergi Terengganu,”
“Kau jangan buat lawak.Pergi balik!”(Ceh!)
“Balik?”
“Abang ingat daddy betul-betul nak tembak tupai kat ladang kelapa sawit orang?Daddy ada
hal dengan Tokey Ah Chong.Nanti daddy balik dengan dia.Nah,ambil kunci motor ni,”
“Buat apa?”
“Buat apa?Pergi luahkan perasaan abang yang sebenar kepada Ayang sementara Iwan
terbabas ke rumah Haji Asmara,”
“Daddy plan ye?Terima kasih daddy,”Shahir mengucup pipi Datuk Maulana.Air matanya
dikesatkan lagi sebelum kegirangan menuju ke arah motosikal Honda EX5 berwarna ungu
itu.Datuk Maulana menggeleng-gelengkan kepalanya.
Di atas sana,mega semakin gelap dengan awan bergumpal-gumpal menahan titis hujan yang
semakin memberat.
*****
Adira kelam kabut menyelamatkan pakaian di ampaian.Di dalam rumah Datin Ainul dan
Yaya pula tergesa-gesa menutup jendela.Hujan yang semakin lebat menyebabkan Adira
terpaksa berteduh di pangkin buluh di halaman rumah.Jemuran yang diambilnya tadi diletak
di sebelahnya.Dia memeluk tubuhnya yang kedinginan.Suasana kelam kelihatan seperti
malam sudah menjelma sedangkan hakikatnya masih petang.
Fikirannya melayang-layang memikirkan nasib Shahir di tangan daddy.Entah apalah yang
berlaku di antara dua beranak itu.Dia mendoakan semoga tidak ada apa-apa kecelakaan atau
musibah yang berlaku kepada Shahir.
Lamunannya terhenti apabila bunyi deruan enjin motosikal membingit di celah-celah bunyi
derapan hujan membasahi bumi.Motosikal yang dinaiki Shahir itu berhenti di
hadapannya.Shahir berdiri di luar pangkin sambil tersenyum.Membiarkan dirinya dibasahi
hujan.
“Apa abang buat tengah-tengah hujan?Masuk sini,”
Arahan Adira tidak dipedulikan Shahir.Keadaan Shahir merisaukan Adira.Adira menyelubung
dirinya dengan kain batik Datin Ainul.Dicapainya sehelai lagi kain batik mummy dan
diselubungnya kepala Shahir.Mahu tak mahu dia menarik tangan Shahir.Lelaki itu masih
tidak bergerak.
“Abang,Ya Allah,hujan ni.Daddy mana?”
“Daddy dengan Tokey Ah Chong,”
“Abang,basah kain batik mummy ni.Cepat masuk,”
“Dah lama..kita..tak..main..hujan,”Shahir tersengih walaupun menggeletar kesejukan.
“Abang kita bukan budak-budak lagi.Tengok dek Yaya buat malu je.See?Kain batik mummy
pun dah basah kuyup.Jom..”
Adira cuba menarik Shahir lagi tetapi Shahir pula yang menariknya.Rapat.Getaran hatinya
berdegup kencang.Cepat-cepat Adira mengundur ke belakang.
Shahir memandangnya dengan wajah yang sayu,polos dan penuh kasih sayang.Tangan Adira
digenggam erat seolah-olah tidak mahu terpisah lagi.Situasi yang langsung tidak
menyenangkan Adira.
“Abang sayang ayang..”
“Apa yang abang merepek?Ab..”
Adira tersentak apabila jari Shahir menyentuh lembut bibirnya.
“Abang nak cakap..abang sayang ayang.Abang janji,buat kesekian kalinya sebab abang pun
tak ingat berapa kali abang sudah berjanji.Tapi kali ni abang betul-betul janji,”Tangan yang
menyentuh bibirnya tadi diangkat seperti memberi angkat sumpah.
“Abang takkan peduli perempuan lain selain ayang.Kalau diorang nak sedih ke nak mati
ke,abang lebih utamakan ayang.Abang tak akan percaya cakap sesiapa pun selepas ini.Abang
cuma percaya ayang seorang.Abang tak akan sakiti hati ayang lagi.Bagilah abang peluang
kedua.Demi keluarga kita.Demi Yaya..anak kita,”Shahir mengungkap kata-kata itu dengan
penuh pengharapan.Air matanya mengalir namun tak dapat dibezakan dengan hujan yang
membasahinya.
Guruh berbunyi serentak dengan halilintar membelah bumi.Masih lagi kepala diselubungi
kain batik.Masih lagi basah kuyup disirami hujan.Shahir menanti jawapan Adira yang berdiri
kaku dan membisu.
(Kan abang dah cakap abang janji..abang benar-benar berjanji..)
Shahir masih menanti jawapan Adira.Bibirnya sudah kebiru-biruan menahan kedinginan.Jari
jemarinya pula mengecut dek kelencunan ditimpa titis-titis air dari atas langit.Dia masih
bersabar.Walaupun berselubung kain seperti Puspawangi dalam Musang Berjanggut.Sekali
pandang bagai nak menyanyi lagu „Mari Kita Ke Ladang‟.Demi Adira,dia peduli apa!
“Tidak..,”
Sepatah kosa kata yang keluar dari mulut Adira mematahkan hatinya.Bukan sahaja
patah,remuk dan berderai.Setelah dia membuang jauh egoisnya dan merayu di hadapan wanita
yang paling dicintainya itu,jawapan „tidak‟ ternyata satu tamparan yang amat hebat.
“Ke..ke..na..pa?”
Air mata lelaki itu mengalir lagi.Tersekat-sekat menahan sendu dan sedan.
“Kenapa?”
Adira memandang Shahir.Melepaskan helah kecil dari rongga hidungnya.Berlalu masuk ke
dalam pangkin dengan langkah yang longlai.Duduk lemah sambil kepalanya disandar ke tiang
penjuru empat itu.Tanpa diduga,dia mula menangis.Tanpa kawalan.Terhenjut-henjut bahunya
diiringi dengan esak tangis yang tiada putusnya.
Shahir kaget lantas menghampiri Adira.Ingin dia memujuk wanita itu.Mungkin memeluknya
untuk memberi ketenangan.Tapi tangannya tidak kesampaian.Ada sesuatu yang menyekat
tangannya.Cuma mampu menggapai udara.Dia tahu selama ini dia sering membuat lawak
sengal dengan harapan Adira mahu berbicara semula dengannya.Tapi air mata wanita
memanglah senjata lelaki.Dia benar-benar tewas buat entah ke berapa kalinya kerana air mata
itu.
Hatinya bertambah patah.Bergemeratap bunyi patahan itu jika bisa didengar.Melihat Adira
lemah longlai dalam kesedihan membuat Shahir hilang kekuatan.
“Kenapa..kenapa abang suka berjanji?”
Adira memandang wajah Shahir dengan genangan air mata yang memenuhi kelopak
matanya.Hidungnya sudah kemerah-merahan.
“Ayang..,”Shahir hanya mampu menyebut nama itu.Selebihnya dia kematian ayat.Sebak.
(Tapi..kali ini abang janji..betul-betul janji!)
“Abang pernah berjanji..untuk menghantar e-mel semasa di Christchurch..tak
ditunaikan!Abang berjanji tidak akan melukai hati Dira selepas kita berkahwin..abang tak
tunaikan!Abang berjanji hanya ada „abang sayang ayang‟..tapi kenapa ada Heliza?Abang..”
“Abang tahu abang salah..ayang..”
“Abang janji akan jadi Spiderman di hati Mary Jane.Walaupun bunyinya bodoh..bagi
Dira,itulah satu sumpah yang paling meruntun hati Dira.Janji abang pada tiga bintang di
langit?Palsu!Mudahnya abang menutur janji sama juga dengan mudahnya abang melanggar
janji itu!”
“Ayang..,”
“Jangankan hendak melindungi Dira seperti Spiderman,abang tak mampu untuk mempercayai
Dira pun..,”
“Ayang..abang..,”
“Enam tahun!Enam tahun Dira merindui abang.Abang tak pernah kembali untuk menjenguk
Dira atau Yaya..sekarang?Abang minta Dira percaya janji abang lagi?”
Adira memandang tepat mata Shahir.Tangis itu masih berlarutan.Shahir hanya mampu
memandang wajah yang kecewa dengan tindakan bodohnya itu.
Demi Tuhan dia ingin menenangkan hati Adira ketika itu.
“Dira benci tengok muka abang!”
Adira menolak Shahir yang berdiri kaku di sebelahnya.Tangannya memukul-mukul dada
lelaki itu.Shahir langsung tidak membalas.Sesekali dia cuba menyapu wajah Adira,tetapi
tangannya ditolak bekas isterinya.
Dalam kekalutan itu,Shahir cuba untuk memeluk Adira.Sekali lagi,dia ditolak.
“Tolonglah..jangan macam ni..abang perlu peluang dari Dira..tolong..abang minta maaf lagi
sekali.Abang sayangkan isteri dan anak abang..”
“Abang!”Adira menolak Shahir kuat sehingga lelaki itu terjatuh daripada pangkin. “Dira
takkan kembali pada abang.Sama sekali tidak!”
Adira bingkas bangun.Berlari masuk ke dalam rumah dengan esak tangisnya yang tiada
hentinya.Meninggalkan kain jemuran dan Shahir yang terjelepok di tanah.
Nafas Shahir turun naik menahan sebak.Air mata yang makin laju mengalir di pipinya
acapkali disapu dengan tangannya.Dadanya berombak menahan pilu.Akhirnya,dia tewas juga
menahan kesedihannya.Buku limanya menumbuk-numbuk tanah becak yang lembik
itu.Raungannya ditenggelami bunyi hujan yang kian lebat.
(Abang sayangkan Dira...sumpah..abang cuma cintakan Dira..abang minta maaf..)
Shahir rebah di dalam becak yang kian berlopak dipenuhi air.Halilintar rancak berpesta di
mega mendung.Langsung tidak mengasihani perasaan lelaki ini.
*****
Heliza melihat jam di tangannya.Sudah menunjukkan pukul 9 malam.Hatinya tidak tenang
apabila tidak dapat menghubungi Shahir sejak petang tadi.(Kenapalah dimatikan telefon?)
Mujurlah ada Doktor Farish yang sudi menemaninya bertemu rakan kongsinya di Saloma
Bistro.Doktor Farish pun tampak aneh.Semenjak pulang ke Malaysia,sahabat lamanya itu
lebih banyak mengelamun dan mendiamkan diri.Shahir pula menghilangkan diri.Semua
lelaki-lelaki di dalam hidupnya itu berubah sikap sebaik sahaja menjejak kaki di Kuala
Lumpur.Esok lusa apabila Datuk Noorman datang,entah apa dan bagaimana pula sikap
abahnya itu.
“Doktor Farish,”
Pemuda itu tidak memberi sebarang tindak balas.Merenung ke arah dinding yang
memaparkan bingkai-bingkai gambar pelakon Jalan Ampas tetapi menembus pandangan
entah ke mana-mana.
“Doktor Farish!”
“Ye?”
Lelaki itu tersenyum memandangnya.
“Are you okay?”
“I?I okay je..ehmm..kenapa Eja?”(Cuba mengalih subjek perbualan)
“Saya tengok doktor asyik termenung je,ada apa-apa nak dikongsikan dengan saya?”
“Termenung?”Doktor Farish menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. “Tak de
lah.I okay je.You okay?”
“Ya,okay.Cuma..”
“Cuma?”
“Shahir.Saya tak dapat contact dia lagi,”
“Oh,dia kan jumpa mummy dan daddy dia.Berikan dia masa,”
“Hmm..entahlah..kalau Abang Aqso..,”
“Hei,jangan sebut nama orang yang dah tiada.Okay?”
“Entahlah..saya..”
Belum sempat Heliza menghabiskan ayatnya seorang wanita jelita menghampiri meja
mereka.Heliza melebarkan senyumannya yang manis sambil bersalam dan memeluk wanita
yang kelihatan anggun dengan busana indah Anna Sui itu.Heliza dan wanita itu saling
berjabat tangan.
“Well,ini kenalan I,Doktor Farish.Doktor,ini rakan kongsi saya dari Bali hari itu,”
Heliza memperkenalkan Doktor Farish kepada wanita itu.Doktor Farish sekadar
tersenyum.Jasadnya di situ tetapi fikirannya melayang-layang mengingatkan perkara lain.
“Hai,I Farina,”
Farina menguntum senyuman mesra.Menghela nafasnya.Menghirup udara Kuala Lumpur
yang telah lama tidak dihidunya semenjak pertunangannya dengan Shahir yang tidak
menjadi.Antara Christchurch dan Bali,akhirnya sirih pulang ke gagang juga!
*****
Perjalanan selama tiga jam lebih dari Beruas ke Kuala Lumpur itu senyap dan sunyi.Iwan
memandu tanpa gangguan Shahir.Sesekali dia menjeling Shahir di belakang.Entah kenapa
musuh ketatnya itu hanya mendiamkan diri sambil memeluk tubuh.Adira di sebelahnya juga
mendiamkan diri.Yaya sudah lena diulit mimpi.
Iwan berasa cuak.Entah apa yang terjadi di antara Shahir dan Adira ketika dia pergi ke rumah
Haji Asmara.Selalunya ada juga pertengkaran kecil.Ini bagaikan malaikat lalu,sesepi air di
kali.
Sekembali dia daripada rumah Haji Asmara,hujan sudah mula renyai-renyai.Mulut Datuk
Maulana yang becok bagaikan dikunci.Datin Ainul juga menjejak langkah suaminya,membisu
seribu bahasa.Shahir dan Adira bagaikan tidak boleh memandang antara satu sama lain.Belum
pun sempat punggungnya panas,Adira sudah mengajaknya pulang ke Kuala Lumpur.
Iwan memang berasa tidak sedap hati.(Something fishy is going on..).
Kereta yang dipandunya itu membelok masuk ke halaman rumah Adira.Shahir bingkas keluar
daripada kereta tanpa sebarang kata.Iwan menjuih bibirnya.(Huh,terima kasih pun tak de!).
“Thank you,esok kita jumpa lagi,okay?”Adira cuba tersenyum walaupun keletihan.
“Nanti..,”
Iwan memegang tangan Adira.
“Ye?”
“You okay?”Iwan bersuara lembut.Persis memujuk.
“Ye,I okay.I letih dan Yaya pun tak bangun-bangun lagi.Yaya,bangun sayang,”Adira
kelihatannya tidak berminat untuk menjawab soalan Iwan.Sebaliknya dia membuka pintu
kereta belakang dan menggerakkan Yaya.
Yaya mengeliat malas apabila dikejutkan Adira.Matanya masih terpejam di saat dia membuka
pintu kereta Iwan.Jalannya terhuyung-hayang sambil mengheret patung beruang hitam
kesayangannya.
“Hati-hati Yaya,jatuh karang.Jumpa Uncle Wan esok,okay?”Iwan cuba mengambil hati
Yaya.Secara peribadi,dia kasihan pula melihat anak kecil itu yang kelihatan letih.
“Okay,night Uncle Iwan,”Dalam keadaan mamai,Yaya menuju ke pintu rumahnya. Terduduk
di hadapan pintu sambil memeluk si beruang hitam.
“You?”Iwan memandang ke arah Adira.Risau.
“I okay sangat,okay sayang?Jumpa esok.Night,”Adira tersenyum manis.Cuba meyakinkan
Iwan.
“Okay,night,”
Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Adira.Iwan akur dengan kehendak waktu.Sudah
lewat malam.Tidak manis pula jika ada yang melihatnya di halaman rumah janda muda pada
waktu begini.Memanglah dia ingin mengahwini Adira tapi bukanlah kahwin „free‟.(Huhu..)
Adira melambaikan tangannya sebaik sahaja Iwan membunyikan hon keretanya sebelum
pergi.Langkahnya lemah menuju ke arah pagar rumah.Belum sempat pagar itu dikunci,dia
terdengar bunyi sesuatu terjatuh di sebalik kereta Peugot yang diparkir di luar halaman
rumahnya.
Langkahnya dimajukan ke luar halaman.Dia terkejut melihat Shahir terbaring di tepi jalan.
“Eh,bangun!Abang,jangan buat drama kat sini!”
Kakinya disepak perlahan ke bahu Shahir.Tiada tindakbalas.Adira membongkok
badannya.Tangannya menyentuh dahi Shahir.Panas.
(Ya Allah!)
*****
Mahu tak mahu dia terpaksa menghantar Yaya ke rumah jiran sebelahnya,Puan
Seow.Mujurlah pengetua yang sudah pencen itu sudi menjaga Yaya sebentar sementara dia
menghantar Shahir pulang ke rumah.
Sudahlah dia terpaksa memapah Shahir masuk ke dalam kereta,dia tersesat pula dua tiga kali
pusingan kerana Shahir salah memberi arahan jalan ke rumahnya.Kalau tak difikirkan lelaki
itu demam,mahu saja dia mencekik leher Shahir.
(Dah tahu hujan,nak merajuk dan menangis dalam hujan!Kan dah demam!Aku juga yang
susah-payah kena hantar dia balik rumah!)
Adira terpaksa memapah Shahir sekali lagi menaiki lif menuju ke tingkat atas kondominium
yang menjadi penginapannya di Kuala Lumpur.
“Ajak pergi klinik,tak nak.Abang ni memanglah!Menyusahkan!”
Adira menolak Shahir ke atas sofa sebaik saja memasuki ruang tamu kondominium itu.Kasut
Shahir dibukanya dan dicampak di belakang pintu.Shahir yang menggeletar kerana demam
tidak menjawab leteran Adira.Matanya terpejam rapat.
(Demam la minah!)
Kasihan pula Adira melihat keadaan bekas suaminya.Dia mengeluarkan sapu tangannya dari
beg tangan.Sapu tangan itu dibasahkan dan diletakkan ke dahi Shahir.Tak sampai 2 minit,sapu
tangan itu sudah kering.Shahir memang demam panas.Dibasahkannya lagi dan diletakkan
kembali ke dahi Shahir.Kelam-kabut dia berulang-alik dari kamar ke ruang tamu
mendapatkan selimut.Selimut itu digebarkan keseluruh tubuh Shahir.
“Abang tidur dulu,saya nak balik,”Adira sedikit tergopoh-gapah.Matanya meliar.Bimbang
pula hatinya jika diserbu pegawai pencegah maksiat pada saat-saat genting sebegini.
“Nanti...,”
Shahir memegang tangan Adira.Matanya yang tadi terpejam,dibuka.Nampak matanya
kemerah-merahan.
“Yaya tinggal dengan Puan Seow tu..,”Adira cuba memberi alasan untuk melepaskan diri
daripada Shahir.
“Abang..demam..,”Shahir bersuara lemah.
“So?”
“Abang..nak..,”
“Abang nak apa?Pergi klinik tak mau,pergi hospital tak mau..”
“Abang nak milo..,”
“Pergilah bancuh sendiri!”(Eee!)
“Abang demam..,”
Shahir terketar-ketar.Lagaknya seperti terkena demam kura-kura.
“Demam saja,bukannya nak mati pun.Okaylah,saya nak balik dulu,”
“Nanti..abang rasa..abang nak..,”
“Nak apa lagi?Tak nak bancuh milo,bancuh sendiri!”Adira mula hilang kesabarannya.Dia
penat.Penat badan.Penat melayan karenah Shahir.
“Abang rasa..abang nak...mun..bwekkk!”
Satu semburan cecair berwarna kehijauan keluar dari mulut Shahir.Cecair yang memenuhi
baju Adira.Ada bau pekasam ikan puyu.
“Abang ni over tau!!!!!!”
(Benci!!!!Main muntah-muntah pulak!)
*****
Bukan perancangan Adira untuk berada di rumah Shahir pada saat dan masa ini.Paling
menyampah dia terpaksa memakai kemeja kotak-kotak Shahir.Apa nak buat bajunya sudah
dipenuhi muntah Shahir.Teruk betul!Macam muntah jembalang Badang pun ada,macam
muntah hantu Exorcist pun ada.
“Sedapnya milo..minum milo anda jadi sihat dan kuat..,”Shahir yang masih berselimut di sofa
tersengih sambil memegang mug.
Adira sekadar menjeling.(Demam buat cara demam,sihat dan kuat konon!).
Jauh di sudut hati Shahir,dia gembira kerana Adira masih menemaninya.Markah
bonus!Walaupun Adira sering mengungkap rasa benci padanya tetapi Adira masih lagi berada
di rumahnya.Menyalin pakaiannya.Malah,sudi pula membancuh milo untuknya.(Ate nye
inilah orang kate..marah-marah sayang..:p..).
“Lepas muntah,abang rasa sihat sikit..terima kasih buat milo,”Shahir masih tersengih-
sengih.Dia mengangkat-angkat mug berwarna pink yang tertera gambar Barbie dan
Kent.Adira memandang sayu mug yang dipegang Shahir.
Ya,mug yang dibelinya ketika kecil dahulu di Taman Tema Genting.Mug yang hanya boleh
dikongsikan dengan abang tiri kesayangannya ketika itu.Memori lama itu masih menebal di
fikirannya walaupun dia masih kecil ketika itu.
“Hanya abang dan ayang yang boleh minum mug ni sebab ayang Barbie dan abang jadi
Kent,”
Daripada Kent sehingga Spiderman.Daripada seorang abang tiri kepada suami.Itulah Shahir
yang diimpikannya selama ini.Sejak dia berusia 9 tahun lagi.Perasaan yang semakin berbunga
apabila dia berusia 17 tahun.
Bagaikan cerita dongeng,dia mengikut aliran cerita cintanya yang penuh fantasia dan
romantika.Dilarikan semasa majlis pertunangannya bersama orang lain sehingga menikah di
utara negeri Malaysia.Semuanya bagai cerita novel yang menggegar jiwa dan perasaan.
Hakikatnya?Pahit!Dia baru berusia 22 tahun dan dia sudah mempunyai seorang anak
perempuan tunggal berusia 5 tahun!Ironiknya,dia seorang janda!(Tak guna punya Abang
Shahir!)
Teman-temannya yang seusia dengannya masih lagi berpoya-poya dan dia terpaksa
mematangkan dirinya untuk menjayakan hidupnya sebagai ibu tunggal.Paling menyakitkan
hatinya,Shahir pula semakin tidak matang!Bekas suaminya itu sengal yang amat!
“Tok!Tok!Anybody home?”Shahir mengetuk meja kopi di hadapannya.Mengejutkan Adira
daripada lamunannya.
Adira tidak menjawab pertanyaan Shahir.Dia meletakkan tangannya ke dahi Shahir.Shahir
hanya terdiam melihat kelakuan aneh Adira.
“Abang demam panas ni,esok pergi klinik okay?Suruh Heliza bawa abang,”
“Abang tak nak,abang nak Dira bawa abang ke klinik..,”Shahir menjuih bibirnya.Persis anak
kecil merajuk.
Wajah yang membuat Adira geram bercampur marah.
“Abang,macam ni lah.Sekarang,bukan soal abang dan Dira.Bukan soal Dira dan Iwan.Bukan
juga soal abang dan Heliza.Sekarang,abang pun dah tahu Yaya anak abang.Saya tak mahu
lagi ingatkan perkara yang lepas.Apa yang pasti,kita pandang ke hadapan.Abang bukan diri
abang seorang lagi,abang seorang ayah.Ayah kepada Yaya..,”
Adira terdiam seketika.Suaranya tersekat di kerongkongnya.Menelan rasa sebak.
“Abang boleh jumpa Yaya.Yaya anak abang.Saya tak boleh putuskan ikatan tu.Abang lebih
tua daripada saya,tolonglah..tolonglah jangan bermain-main lagi dengan
perasaan.Tolonglah,berfikiran matang.Mustahil untuk saya dan abang kembali seperti dulu.”
Adira bangun lalu mengambil kunci keretanya.Shahir yang pada mulanya asyik tersengih-
sengih sudah mula berubah riak wajah.Tampak serius.
“Saya dan abang pasti tak akan bersama lagi,”
“Dira pasti?”Shahir menyoal dengan sorotan yang tajam.Apatah lagi dengan matanya yang
sudah merah saga kerana demam.Agak menakutkan.
“Ya,saya pasti,saya..,”
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,Shahir bangun menghampirinya.Begitu
menghampiri wajahnya.Nafas panas Shahir berhembus di wajahnya.
“Dira..jangan menyesal,”
“Takkan..takkan..menyesal,”
Ada nada gementar di dalam hatinya apabila menjawab balas kenyataan tegas Shahir.Namun
keputusannya nekad.Walaupun Adira sendiri tak pasti keputusan itu daripada akal atau
kehendak hatinya.Atau apakah cuma keegoannya?
***
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Sudah lebih sejam dia sampai di
rumahnya.Namun,Adira masih tidak mampu untuk melelapkan mata.
Yaya tidur nyenyak di sebelahnya.Kasihan anaknya,semasa dia mengambil Yaya dari Puan
Seow,Yaya sudah terlelap.Dia terpaksa mengendong Yaya pulang.
Adira merenung wajah anak kecil itu.Sesekali dia mengusap rambut Yaya.Kemudian dia
mencuit hidung mancung persis papanya itu.Memang hidung Shahir.
Atau tiada bezanya antara hidung mama atau papa?
Adira mendekatkan bibirnya ke kuping telinga Yaya.Berbisik perlahan.
“Papa Yaya sebenarnya baik..baik sangat.Sebab itu,masa kecil..dia tinggalkan mama untuk
menjaga ibu kandungnya yang sakit.Dia juga hampir-hampir nak membiarkan mama
bertunang dengan Uncle Daus sebab...atuk tak tahu papa dan mama saling mencintai,papa nak
jaga hati atuk.Kalau mama kahwin dengan Uncle Daus,tentu mama tak dapat buah hati
kesayangan mama ni,”
Adira terdiam apabila melihat Yaya mengeliat.Setelah pasti,Yaya tidak terjaga,dia
menghampiri anaknya lagi.
“Sebab baik juga,dia kasihankan Auntie Heliza yang kematian suaminya.Sebab baik juga
dia..dia mohon maaf..dan..nak kembali pada kita..,”
Adira memeluk Yaya.Hatinya sebak.Hanya puterinya yang mampu mengurangkan kehibaan
dalam hatinya.
“Tapi..mama dah tolak papa.Sebab?Papa ada bodohnya.Dia pernah tak percayakan mama
pada saat mama perlu sangat kepercayaan dia.Sekarang,dia nak mama percaya janji-janji dia
lagi?Bodohkan kalau mama percaya janji-janji palsu papa?”
Dipandangnya Yaya yang sedang hanyut dibuai mimpi.Dikucup dahi Yaya bertalu-talu.Air
matanya mengalir lagi.Yaya memang adunan wajahnya dan Shahir.Pada wajah Yaya tertera
wajah Shahir.Bagaimana bisa dia melupakan Shahir sedangkan Shahir hidup dalam diri anak
perempuannya?Adira bertambah sebak.Bibirnya mencebik.
“Atau mama akan salah kerana tidak mempercayai janji papa kali ini?”
***
Sejak semalam,fikirannya memang berkecamuk.Perbualan antara Heliza dan rakan kongsinya
dari Bali itu langsung tidak menarik minatnya.Setelah lama dia menyiasat dan bertanya dari
sumber-sumber yang dipercayai,dia tekad.
Cebisan kertas kecil yang mengandungi alamat ibunya digenggam erat.Doktor Farish tidak
peduli.Sama ada diterima atau ditolak,dia akan bersemuka dengan ibunya.Dia tahu ibunya
sudah mempunyai kehidupan baru,dia tidak berniat untuk mengganggu kehidupan baru
ibunya.Dia Cuma ingin bertemu ibunya.Seperti robot,dia memandu tanpa henti dari Kuala
Lumpur.
(Farish bukan samseng dari Henry Gurney.Farish kini sudah ada harga diri dan jawatan.Farish
cuma ingin mengucup kaki ibu.Memohon maaf.Farish langsung tidak mempunyai niat untuk
membunuh bapa.Farish tak tahu lelaki itu bapa Farish!Farish tidak pernah mempunyai
kekuatan untuk bertemu ibu selama ini.Tetapi kini,mungkin masanya!)
Dia tergamam apabila melihat sebuah rumah besar ala binaan zaman Melaka di
hadapannya.Dia tidak tahu seberapa pantas dia memandu sehinggakan begitu cepat dia tiba di
Beruas,Perak.
Kelihatan senyap dan sunyi seperti tiada orang.Dia melihat jam di tangannya.Sudah
menunjukkan jam 9 pagi.Dia memandang ke kiri dan ke kanan.Tiada orang.
Doktor Farish keluar dari keretanya.Ketika berdiri di hadapan pintu,dia ingin melaung salam
memanggil tuan empunya rumah.Malangnya,suaranya tersekat di buah halkumnya.Ternyata
dia masih punyai sifat gentar.
(Ya Allah,berilah aku kekuatan!)
Sebuah tingkap yang terbuka mencuri pandangan Doktor Farish.Perlahan-lahan dia
menghampiri tingkap itu.Menjenguk-jenguk jika ada orang di dalamnya.Sebuah potret
seorang wanita muda mengejutkan Doktor Farish.Matanya membulat seperti melihat hantu.
“Encik,”
“Hah!”
Seorang lelaki tua menghampiri Doktor Farish.
“Encik ni siapa?Datuk dan datin biasanya ke pasar pada waktu ni,”
“Sa..sa...sa..ya..saudara jauh..jauh..mereka..pakcik siapa?”Doktor Farish tergagap-
gagap.Jantungnya berdegup kencang.
“Saya Pak Mat,tukang potong rumput.Seminggu sekali saya datang untuk potong rumput
dekat halaman rumah datuk ni,”
“Pakcik..dah..lama kenal datuk..dan datin?”
“Lama tak lama,saya pernah kerja dengan Datuk Maulana masa di Rawang dulu.Saya pencen
kat sini,datuk pun pencen kat sini juga,”
“Err..err..pak cik kenal gambar perempuan..tu?”Doktor Farish menunjukkan sekeping potret
yang digantung pada dinding melalui tingkap.
Lelaki tua itu turut menjenguk ke dalam rumah.
“Oh,itu anak perempuan mereka.Khabarnya,anak datin dengan suami pertamanya.Saya
dengar cerita,suaminya mati kena bunuh.Lepas suaminya meninggal,baru dia tahu dia sudah
seminggu mengandung.Kenapa encik?”
Doktor Farish tidak menjawab.Dia tergesa-gesa kembali ke keretanya.Niat untuk bertemu
ibunya terbantut.Tangannya menggigil ketika menghidupkan enjin.Air liurnya ditelan berkali-
kali.Wajahnya kelihatan pucat lesi.Ditoreh pun tak berdarah.
(Ya Allah apa yang aku dah buat?Aku dah musnahkan hidup adik perempuan aku sendiri?Ya
Allah,Adira..demi Allah,abang tak tahu abang ada adik perempuan!Apa yang aku dah buat?)
Doktor Farish dapat merasakan degupan jantungnya masih kencang walaupun sudah lama dia
sampai ke Kuala Lumpur.Cermin matanya disisip ke dalam saku kemeja Marc Jacobs yang
basah lencun dibasahi keringat dingin.Bukan kerana panas mentari tetapi dibasahi salju
kegelisahan.
Begitu kecilnya dunia,rupa-rupa nya wanita yang dia khianati adalah adik kandungnya
sendiri!Doktor Farish menyapu-nyapu wajahnya sambil bibirnya menggeletar beristighfar.Dia
membuka dompetnya.Sekeping nota yang sudah usang dan kekuningan masih tersimpan rapi
di dalam dompetnya.Nota Shahir kepada Adira semasa di Bangkok lima tahun yang
lepas.Nota yang disimpannya kemas sebagai rahsia sehingga ke kubur.Bait-bait nota itu
dibacanya kembali dengan seribu rasa kekesalan.
Isteri abang yang dicintai,
Abang minta maaf jika abang keterlaluan semalam.Abang keliru.Banyak soalan yang belum
terungkai.Abang ingin berbicara dengan tenang dengan ayang,tetapi abang tak tergamak
mengejutkan ayang.Pagi ini abang harus ke rumah Datuk Noorman seperti biasa.Balik nanti
kita keluar,okay?Tapi satu sahaja abang minta,ayang jangan keluar lagi dengan
Daus.Jangan tanya abang kenapa.Buat masa ini cukuplah abang katakan bahawa ini
permintaan seorang suami.Jangan lukakan hati abang dan berjanji ayang tidak akan keluar
dengan Daus dan menunggu kepulangan abang.
Semua orang pernah buat salah tetapi abang tetap sayang ayang..
Perlukah dia memberitahu Adira tentang nota ini?Nota yang membuat Shahir fikir dirinya
dicurangi Adira.Sedangkan Adira tidak tahu apa-apa tentang nota ini.Jika adiknya membaca
nota ini,wanita itu sudah pasti tidak keluar bersama Daus.Keluar kerana helahnya juga.
“Ya Allah!”
Doktor Farish menghantuk-hantukkan kepalanya ke stereng kereta.Bunyi hon berpanjangan
mengejutkan orang ramai di tempat letak kereta Bangsar Village.Ada yang menggeleng-
gelengkan kepala dan ada juga yang saling berbisik perkataan gila.
Doktor Farish menyandar tubuhnya yang lemah ke kerusi.Tangannya diletakkan ke
dahi.Keluhan demi keluhan keluar seiring dengan air mata kekesalan.
(Aku memang lelaki tak guna!Bukan sahaja pembunuh bapa kandung sendiri malahan
menghancurkan hidup adik kandung sendiri juga!Sial!)
Bunyi nada deringan „Speak Softly Love‟ dari filem Godfather mengejutkan Doktor
Farish.Tertera nama Datuk Noorman pada skrin telefon bimbitnya.
“Hello,”
“Hello,doktor.Petang nanti I sampai ke Kuala Lumpur,”
“Oh..ya kah?”
“Kenapa dengan you?Lemah saja suara,”
“Err..emm..I nak..nak jumpa Datuk nanti,”
“Okay,ada hal penting?”
“Terlalu penting,”
“Okay.Sampai di KLIA I akan terus ke clubhouse dulu sebelum ke rumah Eja.You boleh
jumpa I di clubhouse.Mungkin you boleh asahkan golf handicap you yang dah lama bertakuk
kat 5?”Suara Datuk Noorman yang galak ketawa menambahkan serabut di dalam otak Doktor
Farish.
“Okay Datuk,kita jumpa di clubhouse.Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
Doktor Farish memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut-denyut.Dia mengambil kotak
kecil berisi aspirin di dalam dashboard.Tablet itu ditelannya dengan seteguk air mineral.
(Ya Allah,bukankah lebih baik aku terus menjadi banjingan di Henry Gurney daripada
menjadi seorang doktor yang terhormat tetapi tetap seorang banjingan?)
*****
“Hai,dari semalam I nampak you risau,kenapa Heliza?”
Farina tersenyum manis memandang Heliza yang sudi menemaninya menikmati sarapan pagi
di Old Town.
“Oh,tak de apanya.I risaukan tunang I.Dari semalam I call masih tak dapat-dapat.Semalam I
ingat nak singgah jenguk dia.Tapi dah lewat malam,”
“Okay,may be tunang you busy kot?Sebab tu dia matikan telefon.Macam husband
I,Fahrin.Kadang-kadang I geram,asal buat kerja matikan telefon.Tapi sekurang-kurangnya dia
tak main perempuan.Thank God!”
Farina dan Heliza ketawa kecil serentak.
“Masalahnya,Shahir bukan macam tu..,”
“Apa?Shahir?”Farina tersenyum sinis sambil membulatkan mata.
“Aha..tunang I nama Shahir.Kenapa you?”
“Okay,I tau banyak orang nama Shahir.Tapi kalau tunang you namanya Shahir bin Datuk
Maulana..oh..my..God..oh,my God!”
“Yes,oh my God!Memang Shahir bin Datuk Maulana.Kenapa?”Heliza tak pasti sama ada dia
perlu menjerit keriangan atau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.
“Apa?Man,what a small world..Shahir tunang you?Habis tu macam mana dengan Adira?Sorry
kalau pertanyaan I menyingggung perasaan you,”
Heliza terkesima sebentar mendengar pertanyaan rakan kongsinya mengenai Adira.
“Sebelum I jawab,macam mana you tahu segalanya mengenai Shahir?”
“Oh,dear..I ni ex-girlfriend dia.Kami hampir-hampir nak bertunang sebelum dia melarikan
diri dengan adik tirinya tu.I ingat dia dah kahwin dengan Adira,”Selamba Farina berbicara
tanpa mempedulikan perasaan Heliza yang kerisauan.
“Ye,dah kahwin dan dah bercerai.Cuma baru-baru ni dia bertemu semula dengan Adira,”
“Now that‟s scary!Apa yang I tahu Shahir memang terlalu cintakan Adira.You better hati-
hati.I bukan nak singgung perasaan you tapi I belajar daripada pengalaman,”
“Takkanlah diorang nak rujuk balik?Diorang dah bercerai 5 tahun yang lalu.Bercerai kerana
Adira ada lelaki lain.Tak silap I,Daus nama lelaki tu,”
“Adira dan Daus?Tak mungkin,”
Geram Heliza mendengar ungkapan demi ungkapan berbisa yang keluar dari mulut
Farina.Sakit hatinya tetapi dia tetap gentar.Bagaimana jika kata-kata Farina itu ada
benarnya?Shahir tak mungkin dapat melupakan jandanya?
*****
Shahir bangun huyang-hayang dari sofa untuk membuka langsir.Matanya terpejam-pejam
apabila wajahnya disimbahi cahaya matahari.Badannya masih panas tetapi tidak sepanas
semalam.Alat kawalan mudah Astro itu diambil dan ditekan.Siaran ulangan yang
menyaksikan Manchester United dibelasah Liverpool menambah sakit hatinya.Cepat-cepat
dialih siaran.
Cartoon Network.Tersengih-sengih dia melayan Ben 10 sebelum merebahkan semula
badannya ke sofa.Belum sampai seminit dia berbaring,loceng rumahnya berbunyi.
(Huh!Siapakah itu?Adira kot..ngeh,ngeh.Konon benci,tak nak berjumpa dan bla
bla.Perempuan,macam kerak nasi kalau diletak air cair.Panggil sayang pun dah terbakar.Kita
bako!Kita bako!)
Shahir berlari anak menuju ke muka pintu.Walaupun demamnya belum kebah,tapi
semangatnya macam lebah memikirkan Adira hadir di muka pintu.Sepantas kilat tombol
berbulat itu dipulas.Tersenyum hingga ke telinga.
“Yuhuuu ay..ay..aya..aya..ay..eh..eh..Eja?”(Nasib baik aku tak tersebut lancar Ayang!)
“Kenapa awak gagap?”Heliza memandangnya dari atas ke bawah.
“Demam..tu pasal ga..gap.Masuklah,”
Heliza meletakkan tangannya ke dahi Shahir.Dahinya berkerut kerisauan.
“Eh,panas ni.Ke klinik jom!”
“Semalam lagi panas,hari ni okay sikit.Adira dah letakkan basahan di dahi semalam,”
“Adira?Adira datang sini?”Heliza membulatkan matanya.
“Saya sebut nama Adira ke?”Shahir tersengih.
“Ada Adira lain?”
“Okay,jangan marah.Memang semalam Adira datang.Dia hantar saya balik lepas kami balik
dari kampung,”
“Oh,Adira pun ada di kampung?Patutlah awak matikan telefon,”
“Saya?Saya matikan telefon?Ya Allah,bateri saya kong agaknya.Saya lupa nak cas,”Shahir
menyeluk saku seluarnya.Mengeluarkan telefon bimbitnya.Memang kong tahap king
kong.Skrin gelap.
“Pokoknya,awak jumpa Adira,”Heliza mula menekan suaranya.Keras.
“Apa yang pokok,daun,lidi semua ni.Okay,saya memang jumpa Adira.Ada Iwan dan ada
Yaya.Yang penting ada mummy dan daddy saya,”
“Bukan,yang penting ada Adira di sini.Semalam,Adira ada kat sini.Berdua-duaan dengan
awak.Janda awak ada dengan awak,saya tak tahu apa yang awak berdua buat!”
“Hei,awak jangan pandang Adira semurah itu!”
“Jangan hei hei saya!Awak sendiri memandang dia hina ketika bersama Daus kan?Awak lupa
apa fikiran awak kepada dia semasa di Bangkok?”
Shahir terdiam.Kepalanya berdenyut.Suhu badannya suam-suam panas.Pagi-pagi lagi Heliza
sudah mengajaknya bertekak.Kata-kata pedas Heliza itu memang betul.Dia memang tolol
ketika di Bangkok.Menganggap Adira begitu murah sedangkan Yaya anak kandungnya
sendiri.
“Ketika tu..saya..saya silap.Yaya..Yaya anak kandung saya dan Adira..,”
“Tahniah!Awak memang bodoh,Shahir.Awak bersama saya kerana apa?”Air mata bergenang
di mata Heliza.Geram.
Shahir tidak menjawab.Dia hanya menundukkan kepalanya.
“Saya pun bodoh kerana jatuh hati pada awak kerana paras rupa.Rupa seiras Abang
Aqso.Hakikatnya,Abang Aqso takkan meragui cinta dan kesetiaan saya sepertimana awak
meragui cinta dan kesetiaan Adira.Awak tahu tak awak bodoh?”
“Hah?”Shahir tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Heliza.Dia hanya mampu
menerima sahaja tanpa membalas tiap penyataan.
“Saya tak nak berkahwin dengan lelaki bodoh,”Heliza menanggalkan cincin di jari manisnya
ke bawah lantai.
“Eja..saya..,”
“Keputusan saya muktamad!”
Dengan genangan air mata,Heliza meninggalkan Shahir berdiri kaku di tepi pintu.Dia berlari-
lari pantas ke pintu lif.Sebaik sahaja pintu lif ditutup.Gadis itu meraung sekuat-kuatnya.
Demi Tuhan,dia begitu menyayangi Shahir.Lelaki itu berjaya membuka ruang cintanya yang
tertutup demi Aqso.Namun,tiada gunanya dia mencintai lelaki yang tidak mampu mencintai
kembali sehebat cinta Aqso.Jika Shahir benar-benar menyintainya sudah pasti lelaki itu
mengejarnya dan bukannya berdiri kaku di situ memandang cincin pertunangan mereka yang
berpusing-pusing di lantai marmar.
Tangannya menggeletar menyeluk tas tangannya.Mengeluarkan ubat penenang jiwa.
(Eja,jangan biarkan kekalutan menguasai jiwa nan kacau lagi.Kau harus tabah,kau harus
tabah...kau harus tabah..)
Lif itu turun dengan pantasnya sehingga ke tingkat bawah.
*****
Daus menghirup secawan teh panas yang disediakan Adira dengan berhati-hati.Takut melecur
lidahnya.Diperhatinya sekeliling taman mini di halaman rumah Adira.(Rajin juga makcik ni
menyapu halaman rumah.Bersih!)
“Nasib baik Dira ada hari ni,kebetulan kan?”Adira melabuhkan punggungnya di atas kerusi
setelah selesai menyiram pokok bunga.
“Abang saja lalu sini lepas hantar Damak ke tadika.Tengok ada kereta Dira.Saja datang
jenguk,ambil cuti kenapa ni?”
“Cuti rehat.Letihlah semalam balik Perak.Lepas tu hantar mamat tu balik rumah,”
“Mamat mana?Iwan?”
“Bukan,Abang Shahir,”
“Eh,sampai ke sini dah dia?”Daus tersenyum sinis.
“Selalu ke sini Abang Daus.Gila talak!”Adira menjuih bibirnya.
“Ye ke dia seorang gila talak?Habis yang Dira ke rumahnya?Tak gila talak?”
“Abang Daus jangan macam-macam.Dira hantar dia balik sebab dia pengsan depan rumah
Dira.Sebelum polis yang angkut dia,Dira hantarkanlah,”
“Okay..okay..abang minta maaf.Dia pengsan kenapa pula?Mengada-ngada betul duda awak tu
ye?”
“Demam.Memang panas pun badannya,”
“Jangan-jangan dia demam sebab abang belasah dia cukup-cukup hari tu,”
“Oh,Abang Daus yang pukul dia?Padan muka!”
“Dia pun sempat juga pukul abang balik.Kira fair and square la.So?”
“So?”
“So Dira tak nak rujuk dengan dia balik?”
“Please!Gelilah dengar,”
“Entahlah,kalau lima tahun lepas masa kat mahkamah syariah tu memang abang rasa
menyampah tengok muka Shahir.Beria-ria kebahagiaan dalam perpisahan mohon
bercerai.Tapi,sekarang abang tengok..dia macam bersungguh-sungguh mahu kembali kepada
Adira,”
“Biasalah Abang Daus,bila kita kehilangan sesuatu barulah kita akan menghargai,”
“Dan tolong dengar nasihat guardian angel nombor dua Dira nih,jangan pula mempermainkan
perasaan orang lain semata-mata untuk membalas dendam pada orang yang kita sayang,”
“Maksud Abang Daus?”
“Fikir-fikirkanlah,”Daus mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke kepalanya sendiri.
Yaya yang baru bangun menghampiri mereka berdua.Dia mencium pipi Daus sambil duduk di
atas ribaannya.
“Yaya ni pun tak pergi tadika ye?”Daus menyoal Yaya yang asyik menghirup teh dari
cawannya.
“Tak Uncle Daus,mama cakap hari ni public holiday,”
“Pandailah mama awak tu kan?Macam Menteri Pelajaran pulak dia,”
Adira hanya ketawa kecil mendengar sindiran Daus.
“Mama,mama,mama,mama,petang ni kita pergi zoo,”Yaya cuba bermanja-manja dengan
Adira sambil tersenyum nakal.
“Okay,no hal sayang,”Adira mencuit pipi anaknya.
“Eloklah tu,mama tak pergi kerja,anak tak pergi tadika..petang pergi zoo.Rosak!”Daus ketawa
terbahak-bahak.Adira buat tak tahu lagi mendengar leteran Daus.Daus sekarang terlalu
kebapaan.Macam pakcik yang suka membebel.
“Kita ajak Uncle Shahir,”
Ayat yang terpacul dari mulut Yaya membikin panas di hati Adira pagi-pagi ini.
“No way,”
“Yes,way!Yaya nak ajak Uncle Shahir!”
Yaya bingkas bangun dari ribaan Daus dan mencekak pinggangnya.
“Jangan cekak pinggang depan mama,”Adira memberi arahan.Tegas.
Yaya meluruskan tangannya.Mukanya kemerahan menahan marah.
“Yaya nak ajak Uncle Shahir,”
“Tak boleh!”
“Nak ajak!Nak ajak!Nak ajak!”
Yaya mula menghentak-hentak kakinya dan kemudian menggulingkan badannya ke atas
tanah.Adira membulatkan matanya.Geram.(Eeeeee!Eeeeee!!!)
“Tengok Abang Daus,degil,”
“Aha,degil macam mamanya juga.Bawaklah Shahir tu,pergi zoo aje..bukannya berdating
berdua yang Dira takut sangat,”
Adira mengeluh kecil.(Abang Daus ni pun satu,bukannya nak tolong!)
*****
Petang itu Shahir mengenakan baju panas tidak berlengan berwarna biru.Di dalamnya kemeja
putih yang dilipat lengannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap panas dan sekejap
sejuk.Yang pasti lebih baik berbanding sebelumnya.Demi Yaya dan Adira dia menggagahi
dirinya untuk ke zoo petang itu.Menunggu kedatangan ibu dan anak di bawah pokok.Macam
P.Ramlee dalam „Masam-Masam Manis‟ pula rasanya.
Kasihan pula dia melihat Heliza menangis pagi tadi.Alang-alang Heliza yang terlebih dahulu
memutuskan pertunangan,lebih baik dia diamkan diri.Bukan dia yang memutuskan
pertunangan itu,Heliza sendiri.Yang pasti,kini soal Yaya dan Adira menjadi agenda yang
lebih penting.
“Uncle Shahir!”
Yaya menjerit sambil berlari mendapatkan Shahir.Shahir terus mendukungnya.Nak dicium
takut Yaya dijangkiti demamnya.
Adira menuruti dari belakang dengan langkah yang longlai.
“Hai,dari mana ni?”
“Pantai,”Jawab Adira acuh tak acuh.
Shahir mengerutkan dahinya.(Marah lagilah tu..)
“Cepat-cepat,Yaya nak tengok macam-macam binatang ni,”Yaya turun dari dukungan
Shahir.Tangan kanannya memegang tangan kiri Shahir dan tangan kirinya memegang tangan
kanan Adira.Membuai-buai tangan papa dan mamanya.Melompat-lompat kegirangan.
“Eee,macamlah awak tak pernah ke zoo sebelum ni,”Adira menjeling anak
kesayangannya.(Memang overdose kalau dengan papanya!)
Sepanjang petang itu Shahir sabar melayan karenah Yaya yang tampak begitu manja
dengannya.Sekejap nak dukung,sekejap nak duduk di bahu.Sekejap nak tengok badak
air,sekejap nak tengok gajah.Shahir cuba memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada Yaya
petang itu walaupun tidak mungkin dapat menebus masa lima tahun tanpanya.
“Wow,monyet!Uk..uk..ak..ak!”Yaya cuba meniru gaya monyet di hadapannya.Shahir hanya
ketawa kecil melihat telatah anaknya.
“Yaya suka sangatlah monyet sebab muka Uncle Shahir macam monyet,”Selamba Adira
berkata sambil menjeling Shahir di sebelahnya.
“Hah?Abang macam monyet?”
“Iyalah,hidung abang kan kembang?Sebijik macam monyet tu,”Adira cuba menahan tawanya
sambil menunjuk kepada seekor monyet yang baginya persis hidung Shahir.
“Kiranya monyet tu handsome lah kan?Sebab tu monyet betina yang macam hidung Dira kat
sebelah tu asyik main mata dengan monyet jantan tu,”
“Hidung Dira tak de macam monyet tu,okay?”Adira meninggikan suaranya.Marah.
“Macam ni lah,hidung Uncle Shahir dengan hidung mama sama aje.Kalau Uncle Shahir
monyet,mama pun monyet,Yaya pun monyetlah,”
Shahir ketawa besar mendengar kata-kata Yaya.Adira mencubit perlahan pipi Yaya.(Mulut
becok betul!)
“Sakitlah mama,mama nak aiskrim,please,please!”Yaya merayu sambil menggosok-gosok
pipinya yang dicubit Adira.
“Eh,suruhlah Uncle Shahir kesayangan awak beli,”
“Abang kan monyet,monyet mana tahu beli aiskrim.Uk..uk..ak..ak!”Shahir meniru gaya
monyet yang digayakan Yaya tadi.Yaya turut meniru gaya papanya.
“Bencilah!”Adira berlalu pergi meninggalkan kedua beranak itu untuk membeli aiskrim untuk
Yaya.(Uk..uk..ak..ak!Belasah anak tekak kang!)
Shahir dan Yaya saling memberi tepukan „high five‟.Yaya pantas mencium pipi Shahir.
“Yaya sayang papa,”
Shahir tersentak mendengar ungkapan papa dari mulut Yaya.(Apakah Adira sudah
memberitahu Yaya bahawa dia bapa kandung Yaya?)
“Yaya panggil..papa?”
“Ya,Uncle Shahir papa Yaya kan?Mama bisik-bisik semalam.Mama ingat Yaya tidur.Tapi
Yaya tidur-tidur ayam,”
“Mama bisik pasal papa?”
“Aha..mama cakap..mama sayang papa.Mama cakap papa pun sayang mama dan
Yaya..tapi..tapi..,”Yaya mencebik.Dia mula menangis tersedu-sedan.
“Tapi kenapa sayang?”Shahir sebak melihat Yaya menangis.Dia mengelap perlahan-lahan air
mata yang membasahi pipi anaknya.
“Mama takkan percaya papa..lagi..mama kata papa buat hati..mama..terluka.Yaya tak tau luka
pasal pisau atau apa,tapi Yaya nak papa tinggal dengan mama dan Yaya..please,papa,”Yaya
memeluk papanya.Dia meraung di dalam dakapan Shahir.Shahir mencium kepala anaknya
bertalu-talu.
“Papa pun sayang Yaya.Papa sayang mama..,”Nada suara Shahir tersekat-sekat.Mujurlah
orang tidak begitu ramai pada petang itu walaupun ada yang memandang kedua bapa dan
anak itu dengan kehairanan.
“Dah,dah..jangan menangis,mama bawa aiskrim,ish!”
Bebelan Adira yang kedengaran dari jauh cepat-cepat membuatkan Shahir dan Yaya
mengelap air mata mereka.Adira yang tidak menaruh sebarang syak menghampiri Yaya
sambil menghulurkan aiskrim.
“Laa,sampai merah mata,kejap je mama pergi beli tadi kan?”Adira memujuk Yaya.Disapu-
sapu rambut anaknya.
“Okay..emm..Yaya jangan sedih..uncle nyanyi untuk Yaya okay?”Shahir mendukung Yaya.
“Yaya nak dengar..nak dengar sangat-sangat..”
“Okay,uncle nyanyi ye..emm...andai hari esok..,”Shahir ketawa kecil untuk menyembunyi
perasaan gementarnya. “Langit akan runtuh..emm lepas tu..”
Adira hanya memandang gelagat Shahir dan Yaya.Rasa terharu apabila melihat Shahir
melayani karenah Yaya.Dia cuba melindungi perasaannya dengan menelan air liur berkali-
kali.Pandangannya kepada Shahir tidak berkelip.
“Tabahlah menjunjung bersama..mu,”Shahir menunjukkan kepada Yaya. “Andai hari esok
dunia gelora..takkan ku gemuruh selagi ku..ada kamu,”
Yaya menepuk-nepuk tangannya.Bukan hanya mama,dia juga cuba melindungi perasaan
rindu kepada papa yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.Mama pasti bersedih jika mama
tahu dia sudah tahu Uncle Shahir adalah papanya.Yaya tak mahu mama berkahwin dengan
Uncle Iwan.Tapi,jika itu kebahagiaan mama?Tapi bagaimana dengan kebahagiaan papa?Jahat
sangatkah papa?
Yaya tak tahu.Yaya tahu Yaya sangat sayang mama dan papa.
*****
Suasana di Emville Golf Resort itu sunyi pada waktu senja.Doktor Farish perlahan-lahan
memasuki clubhouse yang didiami Datuk Noorman buat waktu santainya.
Dia mengampiri Datuk Noorman yang sedang asyik menggilap beberapa batang kayu
golf.Tangannya dihulurkan kepada lelaki tua itu.
“Farish,my man.Sihat?”Datuk Noorman memeluk Doktor Farish sambil menepuk-nepuk bahu
lelaki itu.
“Sihat sangat.Datuk?Macam mana flight dari Bangkok?”
“Alhamdulillah semua okay.Apa yang you nak cerita kat I?”
“Oh,ceritanya,emm..I..I..cuba untuk jumpa ibu kandung I,”Doktor Farish duduk di atas sofa
berhadapan Datuk Noorman.Dia kelihatan gementar.Jarinya memusing-musing cincin yang
dipakainya.
“Okay,so ibu you dah terima you?”Datuk Noorman menggilapkan sebatang kayu golf nombor
lapan.
“Unfortunately..I cuma sempat ke rumahnya tanpa jumpa ibu I..tapi..”
“Tapi apa lagi?”
“Adira,”
“Okay,selesaikan dia,”
“Datuk!Dia adik I..I baru tahu,Adira adik I,”Doktor Farish tergagap-gagap.
“Okay,tahniah!Ada adik.So?”Datuk Noorman kelihatan dingin.
“I tak berniat nak ganggu hubungan Shahir dan Heliza.Tapi I rasa bersalah sangat kepada
Adira.I rasa Adira berhak tahu pasal apa yang I buat,”
“Dan menjatuhkan nama I dan Heliza?Begitu?”
“Bukan.I janji I takkan babitkan nama Datuk dan Heliza.Ini hanya soal abang dan adik.I cuma
akan membuka pekung di dada I saja.I janji!Please Datuk,”
“Okay,”
Jawapan pendek dari Datuk Noorman memeranjatkan Doktor Farish.Dia mendekatkan dirinya
kepada lelaki yang asyik menggilap kayu golfnya.
“Betul Datuk?Terima kasih Datuk!Terima kasih sangat-sangat!”
Doktor Farish mengucup tangan Datuk Noorman bertalu-talu.Dia bangun dan bersedia untuk
memberitahu Adira soal nota Shahir dan keburukannya sendiri.Semoga adiknya sudi
memaafkannya.Yang pasti,dia harus membetulkan keadaan.Apapun yang bakal terjadi nanti
tak perlu difikirkan dan harus ditolak ke tepi.
“Doktor Farish you tertinggal sesuatu,”
Suara Datuk Noorman mematikan langkahnya.Dipalingnya ke belakang.Lelaki itu berdiri
sambil memegang kayu golf yang digilapnya tadi.
“I tertinggal apa?”
“Ingatan you!”
Satu pukulan kayu golf yang mengena kepalanya membuatkan Doktor Farish rebah mencium
kaki Datuk Noorman.Pandangannya semakin kabur.Kemudiannya,gelap.
“Dasar anjing kurap!Aku kutip kau dari sampah sarap,ini balasan kau?Anjing!Tuih!”Datuk
Noorman meludahi Doktor Farish yang pengsan dengan darah merah membasahi dahi dan
wajahnya.
“Jalak!”
Seorang lelaki berbadan besar memasuki ruang tamu.
“Pastikan anjing ni tak boleh eja nama dia sendiri bila dia bangun nanti.Kalau dia masih
mampu mengingat dua huruf pun,belasah dia lagi!Hei,aku tak nak dia mati!Faham?” Jalak
mengangguk sambil mengheret tubuh lesu Doktor Farish.Datuk Noorman menggelengkan
kepala.Nampaknya kayu golf itu harus digilap semula.
Lelaki itu cuba bangun walaupun keadaannya lemah.Diraba-raba dahinya ada darah kering
yang bertompok di situ.Benjol di dahinya sebesar telur burung puyuh.Pandangan matanya
agak kabur.Digosok-gosok matanya.Tiada perubahan.Tong sampah di hadapannya nampak
tidak jelas.
Barangkali dia pernah memakai cermin mata?Ya,barangkali.Kepalanya berdenyut-denyut
seperti lepas diketuk dengan kayu baseball rasanya.Jalannya terhuyung-hayang di tengah-
tengah lorong gelap Haji Taib.Beberapa orang lelaki gelandangan memandangnya dengan
seribu pertanyaan.Siapa pula lelaki baru ini?
Maknyah-maknyah yang mencuba nasib di situ tersenyum memandangnya.Walaupun dia
cedera tapi melihat busana Versace yang dipakainya sudah pasti pada mereka lelaki ini duit
berkepuk di saku seluarnya.Seorang lelaki yang kurang siuman tidak mempedulikannya dan
asyik mengorek tong sampah jika ada lebihan makanan yang masih bisa dimakan.Itulah
kehidupan malam di sebalik neon lampu yang megah bercahaya.
Dia cuba mengingat semula kenapa dia boleh berada di sini.Kosong.Paling aneh,dia tidak
ingat namanya sendiri.Siapa dia?(Ya Allah,aku ini siapa?)
Di seluk saku seluarnya cuba mencari dompet namun hampa.Tiada.Diraba-rabanya pula saku
kemejanya.Ada benda yang keras.Sekeping kertas.Dia membuka lipatan nota itu dan
dibacanya.Dahinya berkerut-kerut.(Abang?Ayang?Daus?Siapa mereka ini?)
Kepalanya semakin berdenyut.Bibirnya diketap menahan keperitan.Ligat mindanya
memikirkan sesuatu.(Ayang...Ayang..aku harus beri nota ini untuk Ayang!)
Hanya itu ingatannya yang paling jelas.Dia harus memberi nota yang dibacanya itu kepada
seseorang bernama Ayang.
“Mana Ayang?Aku nak cari Ayang!”Dia menerkam ke arah maknyah-maknyah di
hadapannya.Mereja bertempiaran lari apabila dia menerpa seperti orang hilang akal.Dia
beralih pula kepada lelaki kurang siuman di hujung sana.Mencekak kolar baju lelaki itu.
“Mana Ayang?Aku nak cari Ayang?Mana?Mana?”
“Ayang!Ayang!Orang gila!Tepilah!”
Lelaki kurang siuman itu menolaknya sehingga terjatuh.Dia meneruskan kerjanya mengorek
tong sampah mencari sisa-sisa makanan.
Lelaki itu memicit belakang kepalanya.Rasanya semakin berdenyut.Seperti hendak pecah dan
meletup.Dia seperti hendak menangis kerana memikirkan kenapa dia perlu mencari
Ayang.Masalahnya,siapa Ayang?Kenapa hanya nama itu yang muncul dalam ingatannya?
“Arghhhhhhhhh!”
Jeritannya bergema memenuhi lorong gelap itu.
***
Shahir tersenyum melihat Yaya yang comel berpakaian baju kurung dengan rambut diikat
tocang dua.(Sangat comel anak papa!).
Hari ini Hari Puisi Kanak-Kanak di Tabika Sri Megah.Seperti dijanjikan dia meluangkan
masanya demi puteri tunggal kesayangannya.Yaya tersenyum girang sebaik sahaja melihat
wajah Shahir.
“Papa!”
Anak comel itu terus berlari mendapatkannya.Gelagat Yaya menarik perhatian guru
tabikanya,Cikgu Rianti.Guru muda itu menghampiri Shahir yang mendukung Yaya.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
“Saya Cikgu Rianti.Inilah papa Shahira yang selalu diceritakan ya?”Guru muda berdarah
kacukan Belanda-Acheh itu tersenyum kepadanya.
“Ya.cikgu?”Shahir mengerutkan dahinya sedikit kebingungan mendengar kata-kata guru itu.
“Tak,Shahira selalu ceritakan kisah papanya kepada saya.Maafkan saya,tapi banyak dia
ceritakan pasal encik sejak encik kembali ke Malaysia,”
“Iye?”Shahir memandang Yaya memohon kepastian.
“Betullah papa,masa Yaya jumpa papa di LCCT lagi Yaya dah beritahu Cikgu Rianti uncle tu
mesti papa Yaya sebab nama dia Shahir.Tapi cikgu cakap banyak orang nama Shahir.Yang
penting tanya mama.Mama pula marah bila Yaya sebut pasal papa.Tapi,Yaya tahu papa ni
memang papa Yaya,”Mulut Yaya becok berbicara.
“Shahira ni budak cerdik.Tapi...,”Wanita muda itu terdiam sejenak sebelum tersenyum sambil
menyambung ayatnya yang belum bernoktah. “Shahira boleh join kawan-kawan di belakang
pentas?Cikgu ada hal sikit nak sembang dengan papa Shahira,”
“Okay,cikgu.I love you papa,”Yaya mengucup pipi Shahir sebelum turun dari dukungan
papanya.Dia berlari-lari sambil melambai-lambai tangan kepada Shahir.Shahir membalas
lambaian itu dengan seribu senyuman dan pelbagai perasaan yang tak dapat dirungkaikan
dengan kata-kata.
“Err,ada apa cikgu?”
“Maafkan saya,encik.Ini soal Shahira.Kadang-kadang saya dapati Shahira ada sedikit masalah
kemurungan.Bila ditanya dan disoal katanya dia susah hati pasal mama dan papanya,”
“Hem?”Dahinya berkerut kerisauan.Kenapa pula dengan puteri tunggalnya itu?
“Minta maaf,saya tak berniat nak menyentuh soal rumahtangga encik.Saya..Cuma rasa
Shahira memerlukan perhatian kedua orang tuanya.Sebenarnya,saya cuba berapa kali
menghubungi Puan Adira untuk berjumpa tetapi belum kesampaian lagi pertemuan
kami.Jadi,saya ceritakan hal ini kepada encik dulu,”
“Teruk sangatkah keadaan anak saya?”
“Masih terkawal.Cuma adakalanya dia memberontak tidak mahu membuat latihan atau
kadang-kadang dia tidak mahu makan sarapan yang pihak tabika sediakan.Sedangkan saya
tahu,dia seorang budak yang cerdik.Sayangnya,kalau masa depannya memungkinkan seribu
kemungkinan jika dia merasakan dirinya diabaikan mama dan papanya,”
Shahir terdiam.Apa yang mampu dilakukannya jika Adira sendiri keras kepala dan
degil?Tidak mampu memaafkannya walaupun sejuta kali ucapan maaf itu dituturkannya?Dia
mungkin kejam di Bangkok,tapi baginya dia tetap menerima Adira dan Yaya sekalipun Yaya
bukan anaknya.Tambahlah lagi,Yaya memang anaknya.Dia menerima Heliza kerana simpati
tetapi Adira menerima Iwan kerana kekosongan hati.Dia tidak kisah soal Adira dan
Iwan,asalkan Adira menerimanya kembali.Masalahnya,Adira sudah menoktahkan kata-
katanya.Tidak!Tidak!Tidak!Itu sahaja yang Adira tahu.
“Encik?”
“Aha?”Shahir tersentak daripada lamunannya.
“Tak pe lah encik,sebagai guru saya cuma menyampaikan apa yang sepatut
disampaikan.Encik bolehlah mengambil tempat di dalam dewan.Shahira akan menyampaikan
sajak yang dia cipta sendiri.Encik pasti bangga dengannya,”
“Oh,dia cipta sendiri?”Shahir tersenyum.Nampaknya Yaya mengikuti jejaknya yang
meminati bidang literasi dan linguistik.
“Ya,encik.Saya undur diri dulu.Silalah ke dewan,”Guru muda berwajah manis itu berlalu
pergi meninggalkan Shahir.
Ketika Shahir melangkah kaki menuju ke dewan.Langkahnya terhenti apabila melihat Adira
hadir bersama Iwan dari kejauhan.Demi Tuhan cantik nian bekas isterinya itu berjubah dan
berjilbab.Terasa sejuk di hati mantan sang suami.Nafasnya dilepas penuh lelah.
(Kalaulah abang bisa mengubah kisah semalam..)
***
Ibu bapa dan para pendidik anak-anak kecil Tabika Sri Megah sudah memenuhi ruang
dewan.Wakil kenamaan bersama jemputan-jemputan khas yang lain juga sudah memenuhi
ruang VIP di hadapan pentas.
Yaya cuba mencuri pandangan di sebalik tirai pentas.Cuba mencari di mana papa dan
mamanya.Pandangannya merayau-rayau.Agak cemas.Namun senyuman comelnya segera
terukir apabila melihat papanya di barisan kedua sebelah kanan.Dia cuba pula mencari
mamanya.Mamanya berada di barisan yang sama dengan papanya di sebelah kiri bersama
Uncle Iwan.Yaya mengeluh kecil.Apa nak buat?Dia sendiri menjemput Uncle Iwan semasa di
rumah datuk tempoh hari.
Dia duduk menongkat dagu dengan minda yang melayang.Suara pengacara memberi ucapan
langsung tidak didengarinya.Dia lebih memikirkan soal mama dan papanya.Kan lebih molek
jika mama dan papa datang bersama-sama?Seperti keluarga bahagia sepertimana mereka di
zoo tempoh hari?Di mana mama dan papa saling mengusik dan bergurau senda?Tapi bisakah
dia menikmati semula situasi itu?
“Tanpa melengahkan masa lagi,saya mempersilakan Adik Shahira binti Ahmad Shahir
mendeklamasikan sajaknya.Dipersilakan,”
Yaya tersentak apabila mendengar namanya dipanggil.Cikgu Rianti mencuitnya supaya
menuju ke pentas.Air liurnya ditelan.Gugup.
Perlahan-lahan dia menaiki pentas.Ada perasaan gementar dan gemuruh.Dari jauh Shahir
menunjukkan ibu jarinya sambil tersenyum.Memberi semangat buat anaknya.Adira pula
menepuk-nepuk kecil tangannya dengan wajah seorang ibu yang bangga akan anaknya.Yaya
melambai-lambai kepada mama dan papanya dengan wajah yang tampak takut.
Sampai di tengah pentas,dia menghampiri mikrofon yang pada imaginasi kanak-kanaknya
seperti ular ahli sihir yang mahu menelannya.Menakutkan.Mindanya terus menangkap kisah
tongkat Nabi Musa A.S yang bertukar menjadi ular besar ketika berlawan dengan ahli
sihir.Kisah yang sering diceritakan Cikgu Rianti lewat waktu segang di tabika itu.Mindanya
cuba dikosong.Tiada ular cuma mikrofon.
“Assalammualaikum.Err..nama saya Shahira binti Ahmad Shahir.Nama mama saya
Adira..dan nama papa saya Shahir..tu papa saya yang handsome tu,”
Yaya menunjukkan ibu jarinya ke arah Shahir.Reaksi comelnya mendapat sambutan ketawa
daripada penonton.Shahir menggeleng-gelengkan kepalanya.Tersipu-sipu dia dibuatnya.Adira
pula terkejut mendengar kata-kata Yaya tentang Shahir.Nampaknya Yaya sudah tahu Shahir
itu bapa kandungnya.Dia memandang ke arah Iwan.Kekasihnya itu tidak memberi sebarang
reaksi.
“Opps,sorry..dan mama saya yang cantik.Tu!”
Sekali lagi penonton gamat dengan ketawa melihat telatah Yaya.Shahir menjengah Adira di
hujung sana.Dia tersenyum.Adira cuba membalas senyuman Shahir walaupun agak
tawar.Iwan di sebelahnya hanya mendiamkan diri.Masih menunjukkan tiada sebarang
reaksi.Hakikatnya,di dalam hati ada rasa panas yang membara.
“Sajak ini saya tujukan buat mama dan papa saya..bismillahirrahmanirrahim..”
Yaya menarik nafanya dan melepaskan perlahan-lahan.Dia berdehem kecil sebelum
melontarkan suaranya yang comel.
Mama,
Mama itu matahari Yaya,
Panas memberi kesegaran,
Garang apabila Yaya nakal,
Memberi cahaya buat Yaya,
Setiap pagi membangunkan Yaya dengan sinaran kasih sayang
Ucapan hello dan ciuman di pipi
Mamalah matahari Yaya
Yaya melambai-lambai ke arah mamanya.Adira membalas lambaian itu.Wajahnya jelas
mengandung rasa bangga dan sejuta perasaan terharu dikagumi sang anak sedemikian
rupa.Yaya memandang pula papanya,melambai-lambai tangannya.Shahir membalas lambaian
itu dengan senyumannya yang manis.
Papa
Papa itu bulan Yaya
Bulat tapi comel
Hadir pada waktu malam
Menemani mimpi Yaya
Memeluk Yaya sewaktu Yaya takut
Melindungi Yaya kala kecemasan
Papalah bulan Yaya
Yaya menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembuskannya.Terdengar bunyi hembusan
nafasnya melalui mikrofon.Hadirin di dalam dewan bagaikan terpesona dan menanti dengan
tidak sabar bait-bait puisi luahan hati si kecil yang menyentuh hati mereka.
Papa dan mama,
Papa itu bulan dan mama itu matahari
Kenapa siang dan malam Yaya tidak lengkap?
Bukankah bulan memerlukan matahari?
Bukankah matahari memerlukan bulan?
Jika bulan dan matahari saling melengkapi
Pastinya tiga bintang lurus di langit akan terus bersinar
Yaya terdiam.Bibirnya mencebik menahan sebak.Shahir memandang anaknya dengan
perasaan bersalah dan air matanya mengalir tanpa disedari.Adira pula cuba mengeraskan
hatinya.Dia berusaha menahan kesedihan di dalam hatinya dengan bertopengkan wajah batu
bagaikan mempunyai hati yang kering.Hakikatnya,dia sendiri sedih dan pilu mendengar
rintihan Yaya.
“Kerana..kerana tiga bintang itu..adalah...papa..mama...dan Yaya,”
Yaya menunduk hormat sebelum berlalu pergi dari pentas itu.Semua hadirin di dalam dewan
itu terdiam.Mungkin kerana terkejut mendengar sajak demikian rupa bisa dicipta anak sekecil
itu.Mungkin juga terdiam kerana tersentuh dengan bait-bait sajak itu.Perlahan-lahan tepukan
berbunyi sebelum semakin bergema dan semakin kuat memenuhi setiap ruang dewan
itu.Malah beberapa orang penonton bangun sambil menepuk tangan mereka.
Shahir mengesat air matanya yang tidak mampu berhenti.Luahan Yaya di dalam sajaknya
adalah luahan jujur yang merobek hati seorang bapa.Shahir sedar,betapa kejamnya dia kerana
pernah mementingkan keegoaannya berbanding kebahagiaan anaknya.
Adira keluar dari dewan itu sambil dituruti oleh Iwan di belakangnya.Wajahnya tidak
mempunyai sebarang rasa tetapi ada genangan air mata yang berkaca.
Di belakang pentas,Yaya menangis sambil menggigit telinga si patung beruang hitam.Gigit
supaya raungannya tidak kedengaran.Cikgu Rianti menghampirinya dan memeluk anak kecil
itu.Begitulah keadaanya apabila ibu dan bapa lebih mementingkan diri mereka sendiri
berbanding kebahagiaan zuriat anugerah Allah SWT.
(Bukankah besar amanah Allah itu maka tanggungjawab ibu dan bapa lah yang mencorak
masa depan anak sama ada Islam,Majusi,Nasrani atau Yahudi?)
Cikgu Rianti menggeleng-gelengkan kepalanya.
***
Shahir memandang sekeliling pejabatnya.Memandang buat kali terakhir.Surat perletakan
jawatannya diletakkan kemas di atas meja.Lebih enak dia meletakkan jawatannya setelah apa
yang berlaku di antaranya dan Heliza.
Ya,dia bersyukur kerana dikutip Datuk Noorman semasa dia kehilangan punca ketika
melarikan diri bersama Adira.Bermula dari membantu Heliza dia diangkat sehingga antara
pemegang saham syarikat selain Datuk Noorman dan Heliza.Kini,dia cuma mengambil aset
hakmiliknya.Malahan bukan untuknya semata-mata,untuk Yaya.Dia tidak mahu menjadi
anjing tersepit yang menggigit orang yang membantunya.Biarlah dia meletak jawatan.
Tiket penerbangan malam ke Christchurch disimpannya kemas ke dalam saku jaketnya.Esok
malam dia akan kembali semula ke Christchurch.Kembali ke rumah lama mama di
Burwood.Agenda terakhirnya bersemuka dengan Iwan.Dia tekad.
“Encik Shahir,Encik Iwan sudah sampai,”
Suara setiausahanya berkumandang melalui interkom.
“Baik.Suruh dia masuk,”
Shahir duduk di atas sofa menanti kehadiran Iwan dengan tenang.Dia tersenyum sebaik sahaja
lelaki saingannya itu masuk ke dalam pejabat.Wajah Iwan agak cuak.Yalah,dia sendiri tak
tahu mengapa Shahir mahu berjumpa dengannya.Apa niat lelaki itu?Mindanya bersedia bila-
bila masa untuk menggerakkan fizikalnya jika lelaki itu mahu bergaduh dengannya.
“Kau dah breakfast?”
Iwan hampir bersedia untuk menumbuk apabila Shahir memajukan tangannya ke
hadapan.Niatnya itu terbantut apabila lelaki itu cuma ingin berjabat tangan dengannya.Tangan
itu disambut dan digoncangnya.
“Sudah.Aku direct to the point je,kenapa kau nak jumpa aku?”
“Kalau ya pun,duduklah dulu,”
Iwan menghela nafasnya dan duduk di sofa hadapan Shahir.Shahir tersenyum.Dia meletakkan
sebuah fail di hadapan Iwan.
“Ini adalah fail yang mengandungi insurans dan tabung pengajian untuk Yaya yang boleh
diambil pada usianya 18 tahun.Ada juga aset aku yang dipindah hak milik atas nama Adira
dan Yaya.Aku harap kau dapat berikan pada Dira dan Yaya,”
“Kenapa kau tak bagi sendiri?”
“Masa tak mengizinkan.Adira banyak berdolak-dalik untuk berjumpa.Aku akan pulang ke
Christchurch malam esok..pulang..pulang untuk selama-lamanya,”
“Maksud kau?”
“Tiada maksud apa,cuma..aku berharap kau dapat menjadi suami yang baik dan paling
penting ayah yang bertanggungjawab untuk Yaya,”
“Oh..,”Iwan tergamam.Dia masih tidak percaya dengan apa yang dituturkan
Shahir.(Bermakna?Dia melepaskan Adira untuk aku?)
“Yaya memerlukan kasih sayang mama dan papanya.Aku sudah lama terpadam dalam hati
Adira.Sukar untuk aku sentiasa di samping Yaya sebagai papanya.Kau memang sudah
menjadi pilihan Adira.Selepas berkahwin nanti,kau juga akan menjadi papa Yaya,”
“Tapi Shahir,kau tetap ayah kandung dia.Jadi aku rasa tak perlulah kau nak balik ke New
Zealand semula,”
“Dengan adanya aku,sukar untuk Yaya terima kau sebagai papanya.Kan?”Shahir tersenyum
memandang Iwan.Wajahnya tenang.Sebaliknya membuat Iwan rasa bersalah dengan
ketenangan itu.Terasa dirinya begitu hina dengan kemuliaan lelaki itu.
“Tapi..,”
“Tak ada tapinya.Soal Adira pula,kau perlu bersabar sebab dia mungkin manja tapi tak
romantik.Keras kepala tetapi hati dia baik.Banyak kau perlu tahu jika kau ingin menemaninya
sepanjang hayat,”
Iwan terdiam sekadar mendengar.
“Contohnya,sukar nak dengar dia panggil kau sayang.Mungkin kau dipanggil Spiderman atau
Kent boyfriend si Barbie.Dia memang kuat merajuk terutama dengan orang yang dia
sayang.Jangan lukakan hati dia,sebab dia akan ingat kelukaan itu selama-lamanya,”
Shahir tersenyum lagi.Terlalu banyak ingin diceritakan soal Adira kepada Iwan.Harapannya
moga Iwan dapat memahami bekas isterinya itu.
“Kalau epal,dia lebih suka makan epal hijau yang masam daripada epal merah.Jadi,kau jangan
belikan dia epal merah.Belikan epal hijau mesti dia suka.Hem,dia memang peramah.Sebagai
lelaki,kau tentu tercabar dengan sikap mudah mesra dia.Tapi percayalah,jika dia sayang
kau,kau saja yang dia sayang dan janganlah kau persoal kesetiaan dia,”
“Lagi satu,dia memang suka buat lawak kasar.Kalau dia panggil kau monyet,anggaplah dia
panggil kau Johnny Depp.Dia memang begitu dengan orang yang rapat dengannya.”
Shahir ketawa kecil.Cuba melindungi perasaannya yang sebak.
“Akhir sekali,jangan abaikan dia.Walaupun sesaat,walaupun niat kau untuk membantu orang
lain,jangan sampai abaikan dia.Sebab..kau juga akan mudah..kehilangan dia,”
“Kenapa?Kenapa kau buat semua ini?”Iwan bertanya bagi mematikan kehairanannya dengan
tingkah laku Shahir yang aneh baginya.
“Kenapa?Bukankah kebahagiaan orang yang kita cintai lebih penting daripada kebahagiaan
kita sendiri?Aku telah banyak melukakan hatinya dan menitiskan air matanya.Tiada apa yang
lebih membahagiakan aku daripada melihat Adira bahagia.Melihat juga Yaya
bahagia.Kebahagiaan itu ada pada kau,bakal suami Adira dan papa baru Yaya..aku dah cukup
bahagia melihat kebahagiaan mereka..,”Suara Shahir tersekat-sekat tapi bibirnya masih tidak
lekang dengan kuntum senyuman.
Iwan hanya terdiam.Shahir menepuk bahu Iwan dan berjabat tangan dengan lelaki itu sebelum
melangkah keluar dari pejabatnya meninggalkan Iwan yang terkaku bersama fail yang
dipegangnya.
Kalau mampu ku belah awan,sudah lama awan itu terbahagi dua jika itu yang bisa
memberikanmu kegembiraan.Namun yang ku mampu hanya membelah hatiku sendiri.Biarku
terluka dan berdarah asal kau mampu lagi tersenyum di atas kepingan hatiku yang terbelah
dua itu.
***
Datuk Noorman meletakkan kot baldu kebiruan itu di atas sofa sebaik sahaja memasuki
rumah banglo mewah Heliza.Hatinya puas apabila Jalak memberitahu Doktor Farish tidak
ingat apa-apa langsung ketika tersedar daripada pengsan.Setelah mencampakkannya di tengah
longgokan sampah,Si Jalak yang setia cuma memerhati gerak-geri lelaki itu di tengah-tengah
lorong gelap Haji Taib.Bersedia jika doktor muda itu teringat akan namanya
sendiri.Tapi,ternyata gelap.Semuanya beres,Doktor Farish tidak bisa mengingat namanya
sendiri.Di dalam bagasi yang dijinjingnya disimpan dompet dan telefon bimbit lelaki malang
itu.Pasti selamat.
(Pedulikan!Siapa yang memula angkara dulu?Aku atau dia?Dia!)
Sampai ke kamar Heliza.Datuk Noorman terkejut apabila mendapati anak gadisnya
mengemas pakaian dan almari di dalam bilik itu.Kosong!
“Kenapa ni Eja,abah baru saja sampai,”
“Eja nak balik ke Bangkok,”Heliza mengemas pakaian tanpa memandang ke arahnya.
“Bukankah Eja akan berkahwin dengan Shahir di KL?”
“Tidak!Eja takkan kahwin dengan dia!”
Suara Heliza yang meninggi mengejutkan Datuk Noorman.Heliza meletakkan pakaian yang
dilipatnya ke atas katil.Dia berasa bersalah kerana meninggikan suara kepada bapanya.
“Sorry,abah.Eja..Eja takkan kahwin dengan Shahir.Muktamad.Maafkan Eja,okay?”
“Tapi kenapa?Bukankah Eja sukakan Shahir sama seperti Aqso?”
“Abah,dia bukan Abang Aqso.Jauh berbeza walaupun rupa seiras.Abang Aqso cintakan
Eja.Dia cintakan Adira,abah.Tolonglah faham,”
“Oh,jadi ini pasal jandanya ye?”
“Abah,sudahlah abah.Eja pun dah sihat.Eja dah tak menurut lagi kata hati seperti dulu.Biarlah
dia,abah.Kalau abah sayangkan Eja,kita balik ke Bangkok.Okay,abah?”
Datuk Noorman terdiam sesaat.Dia tersenyum memandang wajah anaknya.
“Okay,abah ikut cakap Eja.Tapi,abah baru nak jumpa Doktor Farish,nanti petang abah datang
balik,okay?”Datuk Noorman mengusap kepala anak kesayangannya.Dia segera keluar dari
kamar itu sehingga terlupa bagasi kecil yang dijinjingnya tadi.Langkahnya di atur pantas
keluar rumah.Heliza tidak menaruh apa-apa syak dengan sikap abahnya yang kelam-kabut.
Bunyi nada deringan „Speak Softly Love‟ dari bagasi Datuk Noorman menarik perhatian
Heliza.Terukir riak kehairanan di wajahnya.(Bukankah itu bunyi nada deringan telefon
Doktor Farish?)
Sifat ingin tahunya menyebabkan Heliza membuka bagasi abahnya.Dia terkejut apabila
mendapati telefon bimbit dan dompet Doktor Farish berada dalam bagasi abahnya.Panggilan
telefon dari nombor yang tidak diketahui itu ditolaknya.Telefon bimbit itu
dimatikannya.Fikirannya kusut,kenapa dompet dan telefon bimbit Doktor Farish boleh berada
di dalam bagasi abahnya?Bukankah tadi abahnya memberitahu dia baru hendak berjumpa
Doktor Farish?
Apa yang abahnya sudah lakukan kepada Doktor Farish?Ke mana sebenarnya abahnya pergi?
Heliza berlari pantas menuruni anak tangga.Malangnya,kereta Datuk Noorman sudah tidak
kelihatan.Heliza masih keliru dan gementar.(Apa yang sudah berlaku?)
Datuk Noorman memandu keretanya dengan pantas.Di dalam jaket baldunya,dia
menggenggam sepucuk pistol magnum yang berpeluru penuh.Tidak rugi dia meminta Jalak
menyiasat alamat rumah Adira sebelum ini.Ada juga gunanya!
(Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!)
***
Shahir leka memandang panorama senja di kota Kuala Lumpur dari tingkap
kondominiumya.Bumi Malaysia ini akan ditinggalkannya esok malam.Meninggalkan jauh
kenangan pahit dan hanya kenangan manis yang akan dibawanya ke Burwood,Christchurch.
Wajah Yaya yang menghiasi skrin telefonnya mencuit hatinya.Dia teringat sajak yang
dideklamasikan Yaya tempoh hari.Sebak hatinya melihat Yaya merayu dan menagih kasih
sayang kedua-dua mama dan papanya.Demi kebahagiaan Yaya dan Adira,dia tekad
menyerahkan kedua orang yang amat disayanginya kepada Iwan.
Gila jika dia mengatakan dia tidak sayang Yaya dan Adira.Namun semakin dia menghampiri
Adira,semakin dia ditolak.Apa yang dilakukannya cuma menambah luka di hati Yaya.Yaya
sudah pasti sedih melihat dia dan Adira asyik bertelingkah.
Shahir menongkatkan dagunya di atas lututnya.Dia menangis tersedu-sedu.Bahunya terhenjut-
henjut.Kerana cinta dan keluarga,lelaki gagah ini menangis lagi.
(Ya Allah!Berikanlah hamba-Mu kekuatan dalam menempuhi ujian-Mu ini.Sesungguhnya
aku bersabar dalam menerima dugaan-Mu.Aku pasrah jika ini hukuman yang diberikan
kerana aku pernah menderhaka terhadap bapa dan ibu tiriku.Keredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.Maka,inilah
balasan yang ku terima.Mungkin kekuatanku tidak sehebat Yunus di dalam perut ikan nun
tetapi bantulah aku..Ya Allah..sesungguhnya aku cuma hamba-Mu yang lemah.Selemah tanah
yang terkandung di jasadku..)
Shahir masih menangis.Air mata itu ingin dititiskan sepuas-puasnya di bumi Malaysia buat
terakhir kalinya.Bunyi mesej pesanan ringkas dari telefon bimbitnya mencuri
pendengarannya.Dia membuka pesanan ringkas itu.Dari Yaya!
Papa,Yaya rindu papa sangat-sangat.Ambil Yaya pergi makan McD..please..
Shahir mengesat air matanya.Dia cuba untuk tersenyum.Biarlah dia menunaikan permintaan
Yaya buat kali terakhir.Selepas ini,dia tidak mampu lagi bergegas menemui Yaya tiap kali
Yaya menghantar sms.
***
Yaya segera menyembunyikan telefon bimbit mamanya di belakang apabila Adira tiba-tiba
muncul di ruang tamu.
“Ada apa di belakang Yaya?”
“Tak de apa,tak de apa..”Yaya menggelengkan kepalanya.Ketakutan.
“Jangan tipu,”Adira segera menarik tangan Yaya dan mengambil telefon bimbitnya yang
digenggam erat anaknya.
“Yaya tak sms siapa pun..,”
Adira menjegilkan matanya menyebabkan Yaya tergamam.Dia memeriksa peti pesanan
dihantar.Mesej kepada Shahir itu menyebabkan hatinya bara dan panas.
“Kenapa Yaya hantar sms macam ini kepada Uncle Shahir?”
“Dia bukan Uncle Shahir!Dia papa Yaya!”Yaya menjerit.
“Ya!Dia memang papa Yaya!Papa Yaya yang tak guna satu sen pun!”Adira meninggikan
suaranya kembali kepada Yaya.
“Mama tak baik!Mama suka marah papa!”
“Oh,nak sangat papa awak?Pergi keluar cari papa!”Adira menarik tangan Yaya.Namun Yaya
membatukan dirinya.Anak kecil itu mula menangis diperlakukan demikian. “Menangis
lagi!Mama pening dengan Yaya!Yaya nakal!Yaya suka buat mama marah!”
Adira mula memukul dan mencubit tangan Yaya.Dia rasa geram dan dikhianati apabila Yaya
mula melebihkan Shahir dan menyayangi bapa kandungnya itu.Dicubitnya dari tangan sampai
ke kaki.Punggung anak kecil itu dipukul dengan telapak tangannya.Semakin kuat Yaya
menangis.
“Mama,sakit..kenapa mama pukul Yaya?Apa salah Yaya?Yaya cuma sayang papa sama
macam Yaya sayang mama..salahkah Yaya sayang papa?Yaya tak pernah ada papa..,”Yaya
meraung sambil menggosok matanya yang dipenuhi air mata.
Adira berhenti mencubit dan memukul Yaya.Dia terduduk di atas sofa dan
menangis.Menangis kerana geram dan pada masa yang sama menyesal kerana memukul
anaknya.Akhirnya,dia yang meraung kesedihan.
Dihampirinya Yaya dan dipeluk anak kesayangannya itu.Adira meraba-raba kesan merah di
lengan putih Yaya akibat cubitannya.Kasihan anaknya,tak pasal-pasal Yaya menjadi
tempatnya melepaskan geram kerana Shahir.Dia memaki-maki dirinya sendiri kerana
menafikan naluri keibuannya semasa memukul Yaya tadi.
“Maafkan mama,sayang.Mama janji tak akan cubit dan pukul Yaya lagi bila Yaya sebut pasal
papa.Maafkan mama,mama sayang Yaya,”Adira mengucup pipi dan dahi Yaya bertalu-
talu.Yaya mula memperlahankan tangisannya.
“Yaya tak salah.Yang salah mama dan papa.Mama dan papa yang
bersalah.Okay,sayang?”Adira memeluk anaknya dengan erat.Air matanya membasahi bahu
Yaya.
Yaya memang tidak bersalah.Dia cuma anak kecil yang merindui belaian papanya.Walaupun
sebaik mana Iwan,sudah pasti naluri seorang anak lebih dekat dengan bapa kandungnya.Adira
tahu Shahir cuba untuk berbaik dengannya.Tetapi trauma 5 tahun ditinggalkan bekas
suaminya memberi kesan yang amat mendalam kepada Adira.Kejamkah dia menolak
kebahagiaan Yaya kerana sakit hatinya?
“Sudah?Habis drama?”
Suara seorang lelaki mengejutkan Adira dan Yaya.Adira tergamam melihat Datuk Noorman
berdiri di hadapan mereka sambil mengacukan sepucuk pistol.
Lelaki itu sudah lama tidak ditemuinya dan tiba-tiba hadir di dalam rumahnya dalam keadaan
yang luarbiasa.Adira memeluk kuat Yaya yang ketakutan.
“Pak Man?”
“Ya,Pak Man.Kenapa Dira?Kenapa kembali dalam hidup Shahir?”Tangan lelaki tua itu
menggeletar menahan marah.
“Ya Allah,Pak Man.Bawa bertenang.Saya tak tahu..,”
“Dira tak tahu?Shahir tinggalkan Heliza demi Dira?Kenapa?Jawab kenapa?”
“Pak Man,tolonglah..saya tahu Pak Man lelaki yang baik.Ada anak saya,Pak Man.Kalau Pak
Man nak tembak,Pak Man tembaklah saya,”Adira merayu.Dia gugup.Bimbang jika pistol itu
menghala ke arah Yaya.
“Kenapa?Kenapa Heliza tak berhak untuk bahagia?Kenapa Dira?”Datuk Noorman mula
menyoalnya seperti orang yang hilang akal.
“Pak Man,bawa bersabar..”
“Sabar!Sabar!Aku dah cukup bersabar!Aku bunuh juga kau!”
Belum sempat Datuk Noorman menarik picu pistolnya,Shahir yang baru datang segera
merebut pistol itu dari Datuk Noorman.Pergelutan di antara keduanya mencemaskan
Adira.Bimbang jika hujung pistol itu meletup.Pergelutan itu berakhir dengan bunyi dentuman
yang amat kuat.
Shahir memegang dadanya yang berlumuran darah.Dia berasa sesak nafas sebelum rebah ke
bawah.Datuk Noorman tergamam.Dia tidak sangka dia benar-benar menarik picu pistol itu ke
dada Shahir.Pistol itu dilepaskan ke lantai.
“Papa!”
Yaya berlari menghampiri papanya.Dia memeluk Shahir yang mengusap lembut
wajahnya.Nafasnya tercungap-cungap.Namun masih cuba untuk tersenyum.
“Papa,Papa jangan mati...Yaya sayang papa..papa,”Yaya menangis sambil meraung.Adira
lemah menghampiri sekujur tubuh Shahir yang lemah.
“Ayang..abang rasa sejuk sangat..Allahuakbar..,”Shahir memejamkan matanya.Adira
menangis dan cuba mengejutkan Shahir.
“Ya Allah,Abang!”
Jeritan Adira tidak didengari Datuk Noorman yang terpaku duduk di atas lantai.Dia cuma
terbayangkan wajah kesal Heliza di atas perbuatannya.Orang ramai sudah menyerbu rumah
Adira.Dua orang daripada mereka men gawasi lelaki tua yang membisu itu.Siren polis dan
ambulans sayup-sayup kedengaran.
Adira dan Yaya masih meratapi jasad yang lemah di hadapan mereka.Mata Shahir masih
terpejam.Nafasnya naik turun.Semakin lemah dan lemah.Dia dapat melihat wajah arwah
mamanya tersenyum kepadanya.Dia tidak pasti sama ada dia bermimpi atau memang benar
dia sudah bertemu arwah mamanya di alam istimewa.
***
“Ya Allah tak sangka sampai begini jadinya,”
Ema menggelengkan kepalanya dan beristighfar beberapa kali.
“Tu lah.I pun terkejut bila Datuk Maulana call Shahir ditembak.Ya Allah,moga keadaan dia
tidak parah.Katanya peluru itu hamper sangat dengan jantungnya,”
Daus mengusap wajahnya berkali-kali.Dia memandang ke arah isterinya yang kelihatan
risau.Damak di belakang hanya mendiamkan diri seolah-olah memahami apa yang berlaku.
Ketika melalui Jalan Abdullah Hukum,Daus secara tiba-tiba menekan brek secara
mengejut.Ema terkejut lantas berpaling ke arah suaminya dengan perasaan marah.
“Abang ni kenapa?Nasib baik Damak pakai safe belt,”
“Itu,”
Hanya satu perkataan terpacul daripada mulut Daus.Jari telunjuknya menuding kea rah
hadapan.Mata Ema mengikuti arah yang ditunjuk itu.
“Siapa tu?”
Seorang lelaki berada betul-betul di hadapan kereta mereka.Berdiri kaku memandang mereka
berdua dengan pandangan yang keliru.Dahinya berlumuran darah kering dengan pakaian
mewah yang compang-camping.Hon kereta di belakang mula berbunyi.
“Doktor Farish,”Daus segera keluar dari keretanya dan mendapatkan lelaki itu.“Doktor
Farish?Kenapa doktor jadi begini?”
“Doktor?”Lelaki itu kebingungan.Dia lantas menggoncang bahu Daus.“Kau kenal
Ayang?Aku kena beri surat ini kepada Ayang!Cepat!”
“Ayang?Adira?”
“Bukan Adira,Ayang!Kau kenal tak?Aku kena bagi surat ini pada dia!”Doktor Farish
menunjukkan sekeping nota yang sudah renyuk digenggamnya.
“Ya,ya,saya kenal dia.Mari masuk kereta saya,”Daus mengambil nota itu dan menarik lelaki
itu masuk ke dalam keretanya.Bunyi hon dari kereta-kereta di belakang mereka saling
bersahut-sahutan.Hampir menimbulkan kesesakan jalan raya.Daus segera memandu keretanya
menuju ke Hospital Pantai.
Shahir ditembak oleh Datuk Noorman.Doktor Farish pula hilang ingatan.Daus menghela
nafasnya.Dijelingnya nota di saku kemejanya.Sedikit tak banyak,pasti nota ini dapat
menerangkan kenapa semua ini boleh berlaku.
***
Suasana di luar bilik pembedahan Hospital Pantai muram dan sugul.Di satu sudut Datuk
Maulana kelihatan tabah membaca Surah Yassin dengan ditemani isterinya,Datin Ainul.Adira
pula kelihatan lemah dan tidak berdaya sambil memeluk Yaya.
Iwan berdiri di sudut paling jauh daripada keluarga itu.Memeluk tubuhnya sambil
memandang siling yang tidak bernyawa.Dia teringatkan pertemuan dengan Shahir.Shahir
menyerahkan tanggungjawab kepadanya seolah-olah dia tahu apa yang bakal terjadi.Bagaikan
dia tahu musibah yang bakal menimpanya pada hari ini.Bukan kerana ingin pulang ke
Christchurch tetapi lelaki itu tahu bahawa jika takdirnya sudah sampai.Berdasarkan perbualan
dengan Doktor Jagdeep Singh yang bertanggungjawab terhadap pembedahan ini.Kejayaan
pembedahan amat tipis.
Jika berjaya pun Shahir akan mengalami konkusi sama ada koma atau lumpuh separuh
badan.Hanya keajaiban dari Yang Maha Esa bisa memberikan kejayaan sembuh seperti
sediakala.
Dia bukannya lelaki yang kejam.Dia juga mendoakan lelaki itu kembali bernafas seperti
sediakala.Mampu tersenyum di hadapan Yaya sehingga anak itu membesar.Melihat Yaya
graduasi atau menjadi wali perkahwinan anak gadisnya.Iwan berdoa semoga Tuhan
mendengar pemohonannya.
Daus,Ema dan Damak baru memasuki ruang legar di luar wad pembedahan.Ema dan Damak
menghampiri Datin Ainul.Daus menghampiri Adira.Tak sanggup rasanya dia memberikan
nota itu kepada Adira.Tetapi dia tega demi menghapuskan dendam Adira kepada Shahir.
“Untuk Dira.Nota Shahir semasa di Bangkok,”Ringkas Daus berkata sebelum mendukung
Yaya dan menuruti isteri dan anaknya menuju kepada Datuk Maulana dan Datin Ainul.
Adira yang kelihatan serabut membuka lipatan nota itu.Kenapa pula nota ini timbul dalam
saat-saat genting sebegini?Matanya yang membengkak akibat menangis belum lagi surut.Ini
dia perlu pula membaca nota Shahir yang tidak pernah diketahuinya.
Adira membaca setiap baris ayat yang tertera dengan perasaan yang luluh.Perasaan sebak
menguasai kembali hatinya.Patutlah Shahir benar-benar membencinya ketika itu.Sudah tentu
Shahir merasakan dia memilih Daus berbanding suaminya.Surat itu dikeronyok.Adira
menangis tersedu-sedu.
“Ya Allah,demi Allah Dira tidak tahu kewujudan surat abang...jika Dira tahu,tentu Dira akan
setia menunggu kepulangan abang waktu itu.Ya Allah,berikan umur yang panjang buat Abang
Shahir,Dira berjanji akan menebus semua kesilapan masa silam..Ya Allah..”
Ratapan Adira menyentuh hati Iwan.Ketika itu dia menyedari siapa dirinya di dalam hati
Adira.Mungkin sekadar persinggahan.Mungkin sekadar ujian di antara hubungan Adira dan
Shahir.Dia berlalu perlahan-lahan.Melangkah keluar dari situ.Didongaknya langit yang
gelap.Tiada langsung cahaya bulan.Mungkin malam ini akan hujan.Jika hujan,biar hujan itu
menemani sepinya.
(Semoga kau selamat demi Adira dan Yaya..)
***
Lokap yang gelap itu memberi sejuta rasa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata buat
Datuk Noorman.Dia pasrah di bawa polis untuk soal siasat.Dia redha ditahan tanpa
jaminan.Malahan dia tak lari pun ketika orang ramai mula memenuhi rumah Adira.
Dia cuma seorang bapa yang terlalu mengasihi anaknya.Dia sudah berjanji dengan arwah
isterinya untuk menjaga Heliza sehingga nafas terakhir.Kebahagiaan Heliza melebihi
kebahagiaannya sendiri.Orang kata kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah semasa
berada.
Dia tidak mampu menjadikan telapak kakinya sebagai haruman syurga buat Heliza.Selagi
hayat dikandung badan,dia cuma mahu memastikan Heliza berhak mendapat apa yang dia
dapat.
Hasutan syaitan menguasai niat sucinya.Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia tergamak
memukul Doktor Farish dan ingin membunuh Adira.Akhirnya dia terperangkap dalam
kekhilafannya sendiri apabila menembak Shahir.Bukan mangsa buruannya.
“Abah,”
Suara lembut Heliza kedengaran di luar lokap.Seorang lelaki menemani anak gadisnya.Datuk
Noorman tidak menjawab.Dia berasa malu dengan perbuatannya sendiri.Dia cuma
memandang tembok konkrit yang kukuh di hadapannya.
“Abah,Eja sentiasa ada dengan abah.Ini Tuan Haji Kamarul,dia yang akan cuba membela kes
abah jika kes ini ke mahkamah..abah,dengar tak?Eja tak akan pulang ke Bangkok.Eja akan
menjaga kebajikan abah.Abah?”
Heliza berasa sebak apabila Datuk Noorman tidak memandangnya.
“Eja tahu abah lakukan semua ini..demi Eja..”Suaranya tersekat-sekat.“Apapun yang
berlaku,abah tetap abah Eja...Eja tetap sayang..abah,”
Heliza mengesat air matanya sebelum berlalu pergi.Pilu hatinya melihat keadaan Datuk
Noorman.
Datuk Noorman pula cuma mampu menangis di dalam hati.Pemergiaan Heliza langsung tidak
dipedulikannya.
(Abah memang bersalah Eja..biarlah abah dihukum..maafkan abah..maafkan abah..)
***
Adira mengelap wajah Shahir dengan kain yang dibasahkan.Kemudian,dia mencukur jambang
yang memenuhi pipi lelaki itu dengan berhati-hati.
Sudah tiga bulan bekas suaminya itu koma selepas pembedahan membuang peluru itu
berjaya.Matanya terbuka tetapi jasadnya tidak bergerak.Jantungnya berdegup namun bibirnya
tidak berbicara.Selesai mencukur,dia mengelap kembali pipi lelaki itu.Dibersihkannya
sehingga puas hati.
Adira tersenyum manis buat Shahir walaupun lelaki itu tidak bisa membalas senyumannya.
“Assalammualaikum,abang.Pagi ini daddy dan mummy pulang sekejap ke Beruas.Lusa
mereka datang balik.Ayang dah hantar Yaya ke tabika.Hari ini Yaya ada persembahan nasyid
di hadapan Menteri Pelajaran Malaysia.Abang bangga kan?Ayang tolong anggukkan untuk
abang,okay?”
Adira mengangguk kepalanya. Diambilnya akhbar tempatan yang terletak di atas almari kecil
sebelah katil.
“Okay,berita hari ini.Hem,mahkamah mengesahkan kes cubaan membunuh oleh Datuk
Noorman terhadap..,”Adira terdiam seketika.Dia teringat kata-kata Doktor Jagdeep Singh
supaya memastikan apa yang didengar Shahir biarlah berita yang menggembirakan.Bilang
doktor,walaupun koma,kemungkinan besar Shahir masih bisa mendengar.
“Kita tutup akhbar hari ini,amat tak best.Abang tahu tak?Doktor Farish rupa-rupanya abang
kandung Ayang?Jadi,Ayang sudah memanggilnya Abang Long.Kesian Abang Long,sampai
sekarang dia tak mampu ingat dirinya tapi dia ingat Ayang.Cuma dia tak tahu Ayang ni adik
dia.Mummy hari-hari pergi tengok Abang Long di wad psikiatri.Abang Long okay,Cuma
kadangkala dia suka mencederakan diri sendiri apabila dia rasa tension mengenai siapa
dirinya.Kesian kan?”
Adira memandang Shahir.Meninjau-ninjau jika ada sebarang pergerakan.Namun,hampa.
“Iwan.Iwan tak jadi kahwin dengan Ayang.Dia kata dia nak jumpa kawan lama di L.A.Kata
Iwan,mungkin jodohnya di sana.Kalau tak dapat jumpa kawan lamanya,dia mungkin
berkahwin dengan minah salleh.Kurang asam betul kan?Sesiapa pun jodohnya,semoga Iwan
sentiasa sejahtera kan abang?Lama tak dengar cerita Nad,itulah kawan lama yang Iwan
cari.Baru-baru ini dia hantar e-mel.Ada gambar baru Nad dengan tunang dia,mat salleh
hensem.Sangat ironik,tak sampai hati Ayang nak beritahu Iwan.Macam-macam kan?”
Dia meneleku dagunya di hadapan Shahir.Otaknya ligat berfikir,entah apa lagi mahu
diceritakan kepada lelaki itu.Dia cuba menggembirakan Shahir dengan cerita yang menarik.
“Kak Ema mengandung anak kedua.Harap sangat supaya dapat anak perempuan
kan,abang?Barulah sepasang anak Abang Daus dan Kak Ema.Damak pun tentu seronok kalau
dapat adik perempuan kan?Kan?”
Rambut lelaki itu diusapnya perlahan.Wajahnya yang ceria tadi bertukar kemuraman.Dia
hamper putus asa dengan keadaan Shahir.
“Abang,sudah 3 bulan abang.Kembalilah kepada kami.Ayang dan Yaya sangat memerlukan
abang..Ayang minta maaf jika melukakan hati abang.Setiap kali solat,tidak henti Ayang
memohon kepada Allah semoga menyedarkan abang semula dari mimpi abang yang
panjang..,”
Adira bermain-main dengan ibu jari lelaki itu.Tiada pergerakan.Dadanya bersarang dengan
sejuta kesedihan dan kehibaan sejak Shahir koma.Dia gembira kerana Shahir masih
hidup,namun,tamakkah dia kerana ingin melihat Shahir bangun dan mengusiknya dengan
lawak yang sengal seperti dahulu?Memberinya sepenuh perhatian dan kasih sayang.Berpakat
dengan Yaya untuk mengenakannya.Dia rindu akan lelaki itu.Bukannya mayat hidup yang
kaku di atas ranjang.
“Abang,Ayang sangat merindui abang.Rindu dengan kata-kata romantis abang tentang tiga
bintang lurus di langit.Abang ingat tak sajak Yaya?Kan Yaya kata tiga bintang itu
abang,Ayang dan Yaya.Tiga bintang yang menunjuk arah kiblat.Abang ingat tak?”
Shahir tidak mampu menjawab pertanyaan Adira.Hatinya semakin sebak.
“Abang..Ayang berjanji dengan bersaksikan la ilaha ilallah dan Muhammad rasulullah,jika
abang berusaha untuk kembali kepada Ayang dan Yaya...kita bina semula keluarga kita yang
runtuh dahulu.Ya Allah,sesungguhnya sejak dulu lagi hanya abang yang bertakhta dalam hati
Ayang.Ayang tak pernah bencikan abang.Itu hanya ucapan bibir,bukannya luahan hati.Hati
Ayang cuma sakit tapi Ayang terlalu cintakan abang..betul..sumpah..bangunlah,abang..,”
Adira menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.Dia menangis tersedu-sedan
melihat Shahir yang tidak memberi sebarang tindakbalas.Matanya yang terbuka terus
memandang ke siling.Entah apa yang dicarinya,sedangkan Adira berada di sebelahnya.
Air mata yang mengalir dari mata Adira membasahi tangannya dan menitis di atas jari jemari
Shahir.Titisan demi titisan.Wajahnya masih ditekup menahan rasa hiba.
Air mata itu menitis lagi.Mungkinkah panasnya air mata kasih sayang Adira mencairkan jari
jemari Shahir yang beku selama ini.Seperti mengangkat syahadah,jari telunjuk Shahir
bergerak naik ke atas.Kelopak matanya yang selama ini hanya terbuka mula berkedip-kedip..
“Ayang..,”
Adira tersentak mendengar suara lemah Shahir.Dia terpaku melihat Shahir mengedipkan
matanya.Malah,menoleh ke arahnya.Sesungguhnya inilah yang dinamakan kuasa Allah,lelaki
yang sebentar tadi diam terbujur kaku seperti jasad tidak bernyawa kini sudah memandang ke
arahnya.
“Abang..,”Adira memanggil namanya sambil cuba tersenyum di sebalik juraian air mata yang
kian mengalir.
Perlahan-lahan Shahir mengukirkan senyuman setelah bangun dari lena yang panjang.Bagi
Adira,balasan senyuman Shahir sudah cukup sempurna.Adira menangis lagi tetapi bukan air
mata kesedihan tetapi kegembiraan.
Benarlah,jika sudah tertulis di Luh Mahfuz,tulang rusuk kiri yang hilang itu akan tetap
kembali jua kepada tuannya.Sekalipun tercampak dari awanan ke bumi,bukankah Adam
tercipta untuk Hawa?Biarpun badai bergelora memisahkan dua hati ini.Jika itu sudah
suratannya,sejuta mata pedang pun tidak mampu menghalang.Cerita antara Shahir dan Adira
sudah memang kehendak-Nya.
Seluruh hati ini
Ku serah buatmu segala
Setiap lafazku benarku rasa
Bukan cerita di dalam lagu
Benar aku pernah
Menyakitimu walau ku terluka
Sedangkan kau tetap selalu berada
Di sisi menemani oh diriku
Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa
Sungguh aku kesali
Biarkan dirimu separuh mati
Sedangkan ku tahu semua sendiri
Kau teruskan jua walau disakiti
Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa
Setiap kali aku cuba menjauh
Lebih dekat kau hadir
Biarku undur kau terus setia
Setulus kasih yang kau berikan
Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa