The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-08 07:49:02

Dia Tidak Kecil Lagi

Dia Tidak Kecil Lagi

*****

“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam.Eh,doktor!”

Shahir mengangkat tangannya sambil tersengih.Diintai-intainya belakang Doktor Farish jika
Adira turut datang.Tetapi hampa.

“Cari siapa?”

“Tak de lah.Tengok mana misi gemuk tu,”Shahir tersenyum nakal.Cuba melindungi perasaan
rindunya yang amat mendalam terhadap isterinya.Ye lah,semalam pun jumpa sekejap saja.

“Isteri you keluar shopping dengan Daus,”

“Oh..o..ok,”(Relaks Shahir.Keluar shopping je..bukan keluar clubbing)

“Tadi I tanya doctor,katanya you dah boleh keluar.Ini yang I datang nak pick up you,”

“Oh ye ke?Nasib baik saya dah siap packing.Macam ahli nujum dah saya ni.Cuma baju belum
tukar.Kejap ye,”

“Eh,it‟s okay.Duduklah kejap.Kita sembang-sembang,”

“Okay.Kenapa doctor?Heliza ada masalah?”Berkerut dahi Shahir.Kerisauan.

“Heliza okay.Ada masalah sikit-sikit tapi Insya Allah I rasa nanti dia okay,”

“Alhamdulillah.Saya risau juga.Ye lah,Pak Man dah tanggungjawabkan saya untuk pulihkan
dia.Saya pun layan saja.Layan sampai cemburu pula isteri saya..hehe..”

“You pun berhak cemburu,”

Doktor Farish bangun daripada kerusi dan menuju ke tingkap.Panorama kesibukan kota
Bangkok di waktu pagi mewarnai bingkai kaca itu.

Shahir sedikit cuak mendengar kata-kata Doktor Farish.(Aku berhak cemburu).
“Apa maksud doktor?”
“You percayakan Daus?”

Doktor Farish masih membelakanginya ketika soalan itu dilontarkan.

“Saya tak faham,”

“Minta maaf,”Doktor Farish memalingkan tubuhnya.Memandang Shahir dengan kerutan di
dahi.Kelihatan risau. “I minta maaf kalau apa yang I bakal cakap ni akan menyebabkan you
kurang selesa,”

“Tak ada apalah doctor.Terus terang saja dengan saya,”

“I‟m sorry to say this...tapi I tengok Daus dan isteri you rapat sangat,”

“Oh..diorang memang rapat pun..”

“I tahu kisah you dan Daus.You berdua best friend yang kemudiannya renggang kerana
Adira.Apatah lagi apabila Adira sepatutnya bertunang dengan Daus dan you melarikan
dia.Kan?”

“Pak Man yang ceritakan?Alah doktor,ini kisah lama,”

“I bukan nak mengadu domba,tapi..sepanjang I lihat,mereka memang mesra,”

“Apa ni doktor?Saya tak mahu syak apa-apa pasal isteri saya dan Daus,”

“Daus selalu ke rumah sewa awak di Alor Setar semasa awak di Bangkok,”

“Mana doktor tahu?”Shahir kelihatan agak tegang.

“Daus sendiri yang ceritakan pada I dan I tak tahu kenapa,”

“Saya percaya Adira,”

“Dia bagitahu you yang dia pregnant?”

“Dia pregnant?”

“Ye..you tak tahu?Daus yang bagitau I”

Shahir terdiam.Kuping telinganya terasa panas.Membara.

“You baru saja kahwin dengan dia.Selepas 3 hari you datang ke Bangkok.Anak siapa?”

Shahir pantas menarik tali leher Doktor Farish.Wajahnya kemerah-merahan menahan
marah.Tangannya menggenggam buku limanya.Hampir sejengkal mengenai wajah doktor
muda itu.Dengan perasaan amarah dia melepaskan leher lelaki itu.

“I minta maaf kalau buat you marah.Tapi I cuma kesian kat you.I tunggu you di luar,”Doktor
Farish membetulkan tali lehernya sebelum berlalu pergi.Wajahn ya selamba seolah-olah tiada
apa yang berlaku.

Shahir masih membatu di situ.Genggaman tangannya masih belum
terbuka.Menggigil.Darahnya menyirap sehingga ke kepala.

Adira mengandung?Benarkah?Kenapa dia tak beritahu aku?Kenapa beritahu Daus?Apa motif
Daus memberitahu Doktor Farish?Anak siapa?Ya Allah,mungkinkah?Anak siapa?Anak
aku?Anak Daus?Anak siapa?

Pertanyaan itu bermain-main di mindanya seperti racun yang membarahkan akal
warasnya.Kemarahan dan api cemburu mula memenuhi setiap urat sarafnya.Daus pergi ke
rumah sewanya semasa ketiadaannya.Daus juga yang beriya-iya membawa Adira ke Bangkok
untuk berjumpa dengannya.Apa yang kelam kabutnya?Apa yang ingin disegerakan?Orang
lain yang makan nangka,aku yang terkena getahnya?

Di luar wad,Doktor Farish membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.Cermin matanya juga
dikenakan kemas semula terletak di atas di hidungnya.Bunyi deringan nada Iphone 4gs segera
disambutnya.

“Bagaimana doktor muda?”

“Semuanya berjalan lancar,”

Tutt.Panggilan itu dimatikannya.

(Cakap banyak pula orang tua ni!Aku juga yang kena bersihkan „sampah sarap‟ daripada niat
tak gunanya.Sial!)

Telefon Iphone itu dimasukkan semula ke dalam saku kanannya.Diseluknya saku kiri seluar
Prada berwarna putih itu.Telefon lusuh Shahir itu dihidupkan.Jari-jemarinya pantas menekan
sesuatu di pad kekunci.Tetapan waktu Nokia 3310 itu diubah.

(Mujurlah aku ada telefon dia.Sebentar lagi telefon ini akan dikembalikan kepada tuannya
yang sebenar.)

*****

Jam di dinding menunjukkan jam 6 petang.Heliza terbangun apabila bunyi gelas pecah
menangkap gegendang telinganya.Rupanya kucing kesayangannya yang melanggar gelas
yang di letak di atas rak kecil di sebelah ranjangnya.

“Tiger,kenapa nakal sangat ni?”

Kucing jantan itu dipeluknya erat.Kucing berwarna kelabu kehitaman berbelang-belang itu
mengiau manja.

Matanya menangkap kelipan merah yang menyala-nyala di sel BlackBerry.Pesanan mesej
ringkas.Dibukanya.(Shahir?)

Eja,saya sudah sembuh.Tak sabar berlatih sajak untuk Malam Puisi.Rasanya saya tak sabar
untuk berjumpa awak lebih daripada isteri saya.Kenapa ya?

Heliza tergamam.Hatinya berbelah bahagi.Sebelah gembira.Sebelah lagi sedih.Mengapa pula
dia harus sedih?Semulajadi perasaan sedih itu hadir di dalam dirinya.Bukankah dia patut
gembira menerima mesej seperti ini daripada Shahir?

Tangannya mengusap-usap kepala Tiger.Kucing itu memejamkan mata sambil mengiau
manja.

Pintu kamar penthouse itu ditolak kasar.Tersentak Adira dibuatnya.Jantungnya berdegup
kencang.Namun perasaan takut itu segera terhenti apabila dilihatnya Shahir berdiri di muka
pintu.Lantas senyuman manis terukir di wajahnya.Sayangnya senyuman itu tak terbalas,suami
kesayangannya itu meluru masuk dengan wajah masam mencuka.Beg yang digalasnya
dilempar di hujung katil.Jaket kulit berwarna hitam itu juga dilemparnya.

“Kenapa Ayang tak jemput abang di wad?”

Adira memegang tangan suaminya sambil merenung manja.

“Ayang letihlah abang,maaf sangat,”

Sengaja dirahsiakan hal membeli-belah untuk bayi di dalam kandungannya.Dia dan Daus
akan mengadakan parti kejutan secara kecilan untuk Shahir tengahari esok.Biar tergamam
muka suaminya apabila mengetahui dia bakal menjadi seorang bapa.

“Oh..letih?”Terukir senyuman sinis di bibir Shahir.Pegangan tangan Adira
dilonggarkannya.Rahang pipinya bergerak-gerak menahan rasa marah.Cuba menahan gejolak
amarah dan cemburu yang menguasai hatinya.Curiga apatah lagi.

(Kenapa ayang perlu merahsiakan soal dia keluar bersama Daus?Apa yang mereka berdua
cuba sembunyikan?Apa mungkin benar kata Doktor Farish?Mereka berdua mempunyai
hubungan sulit dan ayang mengandung?Mengandung anak siapa?Daus?)

“Apa yang abang fikirkan tu?Sampai berkerut dahi,”

Adira cuba memeluk suaminya dari arah belakang tetapi Shahir bergerak ke hadapan seolah-
olah mengelakkan diri daripadanya.

Adira sedikit tersinggung melihat gelagat Shahir.Selalunya dia yang lebih-lebih manja dan
mengada-ngada.Takkanlah suaminya itu marah benar kerana tidak dijemputnya dari hospital?

“Abang kenapa?Ayang minta maaf sangat kalau abang marah sebab ayang tak jemput abang
di hospital,”

“Siapalah abang kan?”

“Abang ni..takkan merajuk kot.Semalam kan ayang melawat abang di hospital?”

“Ayang memang suka berjauhan dari abang kan?”

“Apa yang abang merepek ni?Ayang sentiasa rindukan abang semasa di Thailand.Kalau
tak,ayang takkan turun cari abang di Bangkok.”

Shahir memandang tajam mata isterinya.

“Habis tu,kenapa tak jemput abang?Apa yang ayang sibukkan?”

“Abang...kan ayang cakap ayang letih.Okay,ayang minta maaf sangat-sangat dengan
abang.Abang hukumlah ayang apa pun,ayang terima.Ayang janji,”Adira mengangkat sebelah

tangannya seperti bersumpah.Senyuman manis masih terukir di wajahnya walaupun si suami
kelihatan dingin.

“Okay..ayang jawap jujur soalan abang,”

“Okay..baik..apakah soalan itu suamiku sayang?”

Shahir terdiam seketika.Wajahnya kelihatan tegang.Tangannya sejuk.Bukan kerana pendingin
hawa tetapi kerana salju yang membeku di setiap ruang jiwanya.

“Ayang hamil?”

Adira ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya.Nampaknya rancangannya untuk membuat
kejutan kepada Shahir tidak menjadi.Suaminya terlebih dahulu mengetahui soal itu.Shahir
terpinga-pinga melihat gelagat Adira yang galak ketawa mendengar soalan serius
daripadanya.

“Macam mana abang boleh tahu ni?Alamak!”

“Jadi,betullah ayang hamil?”Telinga Shahir kemerah-merahan.

“Memanglah..ayang ingat..”

“Gugur kandungan tu!”

Jeritan Shahir hampir meragut jantung Adira.Tersentak.Seiring dengan itu air mata berkocak
di kelopak matanya.Belum pernah Shahir menjerkahnya seperti ini.

“Apa abang cakap ni?”

“Abang cakap gugurkan!”Mata Shahir kemerahan seperti dirasuk hantu.Urat dilehernya juga
jelas kelihatan.

“Abang!”Jeritan Adira bergetar.Sebak menguasai dadanya.

“Aku cakap gugur!Aku tak mahu anak tu!Aku tak tahu anak siapa!”

“Abang!Apa yang abang cakap?Abang jangan jadi gila!”Air mata tanpa henti bercucuran
mengalir dipipinya.Hatinya seolah dirobek apabila Shahir mempersoalkan
kesetiaannya.Meletakkan dirinya sehina itu.

“Aku tak nak!Gugurkan!”

Shahir pantas mengambil jaket yang dilemparnya tadi dan keluar dari kamar itu.Pintu
dihempasnya kuat seiring dengan perasaan marahnya.

Adira tersentak.Dalam keadaan menggigil dia terjelepuk lemah di bucu katil.Menangis
tersedu-sedan.Bahunya terhenjut-henjut diiringi dengan air mata yang mengalir tiada
hentinya.

(Sampai hati abang mempertikaikan maruah diri ayang..abang dah lupa janji kita?Ayang tidak
pernah lupa..setiap malam ayang menatap tiga bintang di langit.Mengutus salam rindu semasa
ketiadaan abang.Kerana rindu itu juga ayang datang ke Bangkok mencari abang.Abang
mempertikaikan zuriat abang sendiri?Cahaya kasih kita berdua yang Allah anugerahkan untuk
kita sama-sama menjaganya kelak.Abang pinta ayang mengambil nyawa yang belum
sempurna nafasnya?Begitu mudahnya abang merendahkan harga diri ayang setelah apa yang
kita lalui bersama.Sampai hati abang...)

*****

“Bodoh!Bodoh!”

Seiring dengan jeritan itu Shahir menumbuk cermin kereta Mercedes itu sehinga retak.Betapa
kuatnya tumbukan itu menunjukkan betapa hebat rasa marahnya.Buku limanya melecet
namun kesakitan di hatinya lebih terasa.Dia tidak pernah rasa semarah itu seumur
hidupnya.Dia memandang cermin yang retak itu seperti hatinya sendiri.Hancur dan berkecai.

Doktor Farish hanya membiarkan cermin keretanya retak dikerjakan Shahir.Mulutnya
mengepit sebatang rokok Winston yang hujungnya membara dan asap nikotin itu keluar
melalui lubang hidungnya.Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat Shahir yang berdiri
kaku.Diambilnya bandage di dalam kotak first aid dan diberikan kepada pemuda itu.Tiada
tindakbalas.Bandage itu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakai Shahir.

“You ni kenapa?You call I,I datang dan you tumbuk cermin kereta I sampai pecah,”

“Betul cakap doktor..dia hamil..”

“Siapa?Adira?”Doktor Farish menghembuskan asap rokok.Berkepulan awan kecil berbentuk
huruf O di udara.

“Ya..kami baru saja menikah.Saya tinggalkannya selepas 3 hari untuk ke Bangkok.Saya
keliru..dan..marah...”Shahir mengetap bibirnya.Geram.

“Jangan tanggung biawak hidup,”

Shahir mencekak kolar baju Doktor Farish.Hidungnya kembang kempis menahan rasa marah.
“You boleh marah I.Tapi satu yang I nak cakap..fikir secara logik,jangan jadi lelaki dayus,”

Doktor Farish menolak genggaman tangan Shahir.Putung rokok yang dihisapnya dibaling ke
bawah.Bara di putung rokok masih membara seperti baranya di hati Shahir.

“I tak akan suruh you gantikan cermin kereta I yang pecah.I nak you fikir baik-baik.Good
luck,”Doktor Farish tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam kereta.Enjin
dihidupkan.Sepantas kilat Mercedes itu meninggalkan Shahir seorang diri memandang dari
bawah kamar penthouse yang masih lampunya menyala.

Pasti Adira sedang menunggu kepulangannya.Sejak petang tadi selepas pergaduhan besar
antara mereka berdua,dia menghabiskan masa di luar sebelum mengambil keputusan untuk

menghubungi Doktor Farish.Dia betul-betul terluka dengan tindakan Adira menyembunyikan
banyak hal membabitkan Daus.Soal kehamilannya pun nak dirahsiakan.

(Kenapa ayang buat abang macam ni?Kalau betul itu anak abang kenapa ayang perlu
merahsiakan yang ayang keluar bersama Daus?Ayang tidak menjemput abang di hospital
kerana ayang keluar bersama Daus.Kenapa tidak berterus-terang sahaja yang ayang keluar
dengan Daus.Mengapa perlu dirahsiakan?Apakah ada rahsia di dalam rahsia?Apakah ayang
menggunakan kasih sayang abang untuk melindungi perbuatan curang ayang?Tergamaknya
ayang ingin mempergunakan abang untuk menanggung zuriat yang hasilnya daripada dosa
dan pengkhianatan.Patutlah ayang kelam-kabut ke Bangkok bersama Daus untuk bertemu
abang.Rupanya ada udang di sebalik batu. Begitu mudahnya ayang merendahkan harga diri
abang setelah apa yang kita lalui bersama.Sampai hati ayang...)

*****

Dek kerana kerana keletihan menunggu kepulangan suaminya,Adira tertidur di sofa.Dia
terjaga apabila merasa pinggangnya tidak selesa.Dia sedikit cuak melihat keadaan kamar yang
gelap dan cuma disirami cahaya suram daripada kamar mandi.Seingatnya lampu tidak
dipadamkan semasa dia ketiduran dalam tangisan.Matanya terasa melekat dan sempit untuk
dibuka kerana bengkak akibat menangis keterlaluan.Perasaan cuaknya segera hilang apabila
dilihatnya Shahir sedang tidur di atas katil.

Dia segera bingkas bangun merapati suaminya.Lelaki itu masih lengkap berpakaian
sepertimana dia keluar dalam keadaan marah petang tadi.Masih ada sebak di dada Adira.Dia
cuba menahan tangisannya agar tidak berbunyi dan mengejutkan Shahir.

Dalam keadaan sendu yang ditahan dia menanggalkan stokin yang dipakai suaminya.Stokin
itu dilipat kemas dan diletakkannya ketepi.Diambilnya selimut menutupi separuh tubuh
suaminya.Mengesat air matanya dan perlahan-lahan mengucup dahi suaminya yang
dikasihi.Mata Adira tertumpu kepada buku lima Shahir yang melecet.Hiba di dadanya
semakin tidak tertanggung.Sudah tentu Shahir melepaskan geram kepada sesuatu sehingga
buku limanya melecet.Digosoknya perlahan-lahan buku lima yang melecet itu.(Kesian
abang..)

Bahu Adira terhenjut-henjut cuba menahan tangisan.Dia berbaring mengiring sambil
kepalanya diletakkan di hujung kaki suaminya.Kerana syurga seorang isteri itu di bawah
telapak kaki suaminya dan dia ingin ke syurga hanya bersama suaminya.

Shahir tidur nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku.Kepenatan membawa perasaan
amarah.Adira masih tersedu-sedan di hujung kakinya.

(Ayang tak tahu apa salah ayang..tapi kalau bagi abang,ayang bersalah..ayang dengan rendah
diri meletakkan diri ayang di hujung kaki abang memohon ampun dan maaf..kerana abang
sajalah syurga di hati ayang..)

*****

Shahir memandang cawan kecil berisi teh cina yang baru dituang pembantu Filipina Datuk
Noorman.Matanya memandang cawan itu tapi fikirannya menembus jauh ke mana-mana.

Bangun pagi tadi,hatinya tersentuh melihat Adira tidur di atas kakinya.Rasa bersalah pula
melihat isterinya dalam keadaan begitu.Tetapi apabila memikirkan Adira hamil,perasaan
bersalah itu pudar sedikit demi sedikit.Perasaan curiga meluap-luap menguasai hati dan
mindanya.Namun separuh lagi hatinya masih mencintai isterinya.Cinta yang mungkin
membutakan hatinya.Cinta yang mungkin membuatkannya tidak kisah sekalipun anak yang
dikandung itu bukan anaknya.

Perlahan-lahan kakinya ditarik agar tidak mengejutkan isterinya.Sehingga dia selesai
menyiapkan dirinya,Adira masih belum tersedar.Hampir 20 minit dia duduk di atas sofa
memandang isterinya.

Adik tirinya yang mencuri hatinya.Tuhan sahaja yang tahu betapa kasih sayangnya utuh
hanya untuk Adira.Segala onak dan duri ditempuhi demi isterinya.Dia sanggup menjadi apa
sahaja demi Adira.Spiderman di hati Mary Jane mahupun abang yang mencintai ayang
dengan tulus hatinya.Sama ada epal merah atau hijau semuanya hanya untuk isterinya.

Masa itu dia sedar.Apapun yang dilakukan Adira dia tetap akan memaafkan
isterinya.Kondisinya cuma satu,demi kasih sayang mereka biarlah Daus jauh dari hidup
mereka.Diambilnya sekeping nota dan sebatang tinta hitam.Coretan ikhlas hatinya.

Isteri abang yang dicintai,

Abang minta maaf jika abang keterlaluan semalam.Abang keliru.Banyak soalan yang belum
terungkai.Abang ingin berbicara dengan tenang dengan ayang,tetapi abang tak tergamak
mengejutkan ayang.Pagi ini abang harus ke rumah Datuk Noorman seperti biasa.Balik nanti
kita keluar,okay?Tapi satu sahaja abang minta,ayang jangan keluar lagi dengan
Daus.Jangan tanya abang kenapa.Buat masa ini cukuplah abang katakan bahawa ini
permintaan seorang suami.Jangan lukakan hati abang dan berjanji ayang tidak akan keluar
dengan Daus dan menunggu kepulangan abang.

Semua orang pernah buat salah tetapi abang tetap sayang ayang..

Dia menyelimuti isterinya dan meletakkan nota itu di atas selimut berwarna putih itu.Dikucup
dahi Adira sebelum keluar dari kamar itu.Ada rasa hiba di dadanya sebelum melangkah pergi.

“Apa yang awak menungkan tu?”

Wajah Heliza muncul di hadapannya sambil tersenyum.Shahir membalas senyuman itu sambil
menyuakan cawan teh kecil itu kepada gadis di hadapannya.

“Tak ada apa.Minum,”

Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya.Wajahnya tampak berseri dan
kemerahan.Matanya yang bulat tidak mengerdip memandang Shahir.

“Ya Ija?Saya tersalah butang baju ke?”Shahir membelek-belek butang bajunya.Takut-takut
tersalah butangkan baju kemejanya.

“Tak adalah,”Heliza ketawa kecil sambil mengambil sekuntum bunga lavender dan diberikan
kepada Shahir. “Untuk awak,”

“Untuk saya?Wah,kenapa ni?Ada hari istimewa ke?Terima kasih,”
“Tak ada hari istimewa,Cuma terima kasih untuk SMS semalam,”
“SMS?Bila pula saya SMS awak ni?”Shahir ketawa kecil.
“Awak..awak tak ada SMS saya?Tapi..”Wajah yang ceria tadi segera bertukar suram.(Kenapa
dengan Shahir ni?Dia yang SMS,dia tanya kita balik..apa ni?)
“Hmm?”Shahir sedikit kaget melihat wajah Heliza yang kelihatan murung kembali.
“Err..err..saya terlupa kot..saya ada SMS rasanya..makan ubat lebih,kadang-kadang saya dah
lupa.”

Risau pula Shahir melihat perubahan di wajah Heliza.Entah SMS apa yang diceritakan Heliza
dia pun tak tahu.Tapi diiyakan sahaja agar tidak menimbulkan masalah kepada gadis itu.
“Awak memang suka macam ni,”
“Okay..okay..mana sajak yang awak karangkan untuk Malam Puisi Islam tu?”
“Ini”Heliza menghulurkan sebuah buku nota kepada Shahir.
“Kerana Aku Bukan Khadijah Tetapi Aishah?Hmm..tajuk pun dah menarik..saya baca ye?”

Cinta ini setanggi Firdausi

Menjunjung kekasih wangian syurgawi

Sesuci laungan cinta tatkala dinihari

Memanggil aku dan kamu menuju abadi

Ku ingin menjadi humairah menghuni di hati

Sang kekasih berbudi pekerti

Bagaimanakah mungkin aku mencuri hati

Sedangkan Khadijah masih kau cintai

Ku cuma ingin melukis pelangi

Menumpang kasih tidak bertepi

Si merah delima mengharap simpati

Juga mencurah rasa uhibbu yang suci

Di bawah lindungi rahmat kaabah Ilahi..

“Kerana awak yang saya sayangi,”Heliza melafazkan bisikan itu perlahan.Matanya terpejam
dan bibirnya mengukir senyuman.

Shahir terdiam.Puisi itu cuma metafora.Abstrak daripada Heliza.Setiap bait-bait puisi itu
buatnya.Gadis di hadapannya itu ternyata sudah jatuh cinta kepadanya.Dia cuma insan
biasa,dia tidak sesuci atau semulia mana.Heliza tidak sepatutnya memandangnya sebagai
kekasih yang baik.Aqso barangkali.Dia cuma bersama gadis itu kerana tugasnya.Dia tidak
mencintai Heliza.Gadis itu memang baik.Tapi dia bukan untuk gadis itu.Heliza berhak
mendapat lelaki yang lebih baik untuk mengganti tempat Aqso.Bukan dirinya,suami orang.

Suami orang..Adira..

Shahir bingkas bangun berlari meninggalkan Heliza yang kelihatan keliru melihat Shahir
berlari pantas selepas membaca puisi itu.

Datuk Noorman sekadar memandang jauh dari tingkat satu.Paip yang dihisapnya semakin
disedutnya.Dia cuma menunggu masa.

*****

Adira memicit kepalanya yang sakit.Pagi tadi dia terkejut mendengar bunyi loceng.Sepantas
kilat selimut yang menyelimutinya diterbalikkan.Rupanya Doktor Farish menyampaikan
amanat Daus untuk bersarapan dengannya.Mulanya mahu saja dimarahkannya Daus kerana
parti kejutan itu sepatutnya berlangsung waktu tengahari.Itupun tak pasti apa yang nak
dikejutkan lagi.

Shahir meninggalkannya begitu sahaja pagi tadi.Tiada langsung ucapan atau sekurang-
kurangnya coretan nota.Melihat bagasi suaminya masih ada,Adira berasa sedikit
lega.Sekurang-kurangnya dia tahu Shahir tidak meninggalkannya langsung.Suaminya itu
barangkali masih marah atau ke rumah Datuk Noorman.

Entah apa yang dimarahkan Shahir.Belum pernah Shahir memarahinya sedemikian rupa.Sakit
juga hatinya apabila dituduh wanita murahan sebegitu.Tetapi dia kenal Shahir,pasti ada yang
sesiapa yang meracuni fikiran suaminya.(Takkanlah Abang Daus?)

“Abang Daus ada bagitau Abang Shahir?”

“Bagitau pasal apa?”

“Pasal DIra pregnant,”

“Haish...Dira ingat abang ni kaki gossip macam Kak Nam.Kan Dira cakap nak buat suprise
party,”

“Suprise party apanya,Abang Shahir hangin satu badan je,”

“Hangin satu badan?Dia buat apa kat Dira?”Daus memandang tepat ke mata Adira.Adira
sekadar tersenyum.(Dira tahu Abang Daus dewa pelindung Dira.Tapi,suami Dira tetap suami
Dira.Baik,buruk,wangi,busuk..dialah suami Dira.Confidential Dira..)

“Tak de apalah Abang Daus,tiba-tiba sahaja Abang Daus ajak breakfast nih,”

“Apa pulak abang ajak,Dira yang ajak abang kan?”

“Apa pulak,Doktor Farish cakap abang yang ajak,”

“Kelakar la konon Dira ni,Doktor Farish cakap kat abang,Dira yang ajak,”

Keduanya terdiam seketika.Saling berpandangan.Namun keduanya kembali menjamah puding
roti berwarna-warni seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kerana mereka tidak pernah
mempunyai niat jahat kepada orang lain maka mereka merasakan tidak perlu berprasangka
kepada orang lain.

Doktor Farish cuma memandang Daus dan Adira yang asyik bersarapan di kaki lima hotel
dari kamar penthouse itu.Jika segalanya berjalan dengan lancar,pukul 2 petang nanti kamar ini
sudah pasti kosong.Doktor Farish memandang ruang luas penthouse yang disewa khas Datuk
Noorman untuk Shahir dan Adira.

(Orang tua ini sanggup mengaburkan segala pandangan dengan menyewa penthouse dan
layanan first class untuk isteri malang Shahir)

Ketika melangkah pergi,sehelai kertas nota di bawah kerusi mencuri pandangannya.Doktor
Farish membongkokkan badannya cuba mengambil nota itu.Sekali imbas dibacanya nota itu
sebelum dilipatkannya semula dan dimasukkan ke dalam saku seluarnya.(Nasib baik).

******

Shahir kelam-kabut membayar tambang tut tut kepada lelaki berbangsa Cina Thai
itu.Lariannya diatur pantas sebelum dia terhenti di hadapan gerai menjual bunga
segar.Diambilnya sekuntum bunga lavender segar dan diberikan kepada florist wanita
itu.Sekuntum?Hanya itu yang mampu dibelinya buat sementara ini.

“How much?”

“Hundred baht,”

“Okay..okay hurry up..this is for my wife,”

Kelam kabut florist itu menyiapkan wrapper buatnya.Shahir pantas mengambil bunga itu
setelah selesai.

“Thank you,here hundred baht..khap kun krab,”

Langkahnya dipanjangkan lagi.Tidak sabar rasanya bertemu Adira.Gila betul dia menerima
kerja menjaga Heliza.Bertambah gila dirinya apabila membiarkan Heliza jatuh cinta
kepadanya.Anehnya,semua itu menyedarkannya betapa dia mencintai isterinya.

Dia tidak patut mencurigai Adira.Sudahlah dia meninggalkan isterinya berseorang diri di
Malaysia,dia tega pula menuduh isterinya curang padanya.Kasihan Adira kerana bersusah-

payah mencarinya di Bangkok.Dia mencintai Adira tulus dan ikhlas.Itu isterinya.Satu-satunya
wanita yang menjadi ratu hatinya.

(Abang cuma sayang ayang..cuma ayang..hanya..)

Langkah Shahir terhenti apabila melihat Adira bersarapan bersama Daus.Kedua-duanya pula
saling ketawa seperti dunia hanya milik mereka berdua.Bunga lavender yang dipegangnya
dilepaskannya.Sepatunya memijak bunga itu menuju ke arah Adira dan Daus.

Adira yang menyedari kehadiran suaminya lantas bangun dan memeluk suaminya.Namun
tangan Shahir kaku tidak bergerak.Adira dapat merasakan kedinginan suaminya.Hatinya mula
berdebar-debar.

“Abang masih marah ayang?”

“Kan abang dah bagitau jangan keluar dengan Daus,”

Mendengar namanya disebut,Daus bangun merapati pasangan suami isteri itu.Wajahnya cuak
melihat situasi tegang antara Shahir dan Adira.(Kenapa pulak ni?)

“Apa yang abang cakap ni?Ayang tak faham.Abang..”Air mata wanita itu mengalir lagi.

“Kenapa ayang mainkan hati dan perasaan abang?”

“Abang..ayang tak faham..betul,ayang tak faham kenapa abang marah sangat pada ayang?”

Shahir cuma memandang sepi.Dia tidak mahu lagi terpedaya dengan air mata wanita yang
mempermainkan kasih sayangnya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Dia pasti dengan
nawaitunya.

“Ayang..abang ceraikan ayang..talak satu..”

Perlahan-lahan Shahir melepaskan pelukan isterinya yang longlai mendengar kalimah talak
yang dilafazkannya.Dia melangkah pergi meninggalkan Adira tanpa sepatah kata.Biarlah kali
terakhir mereka bertemu nanti di mahkamah syariah.

“Abang..abang..jangan tinggalkan ayang..”Adira yang lemah disambut Daus yang juga
tergamam dengan tindakan drastik Shahir.

“Abang Daus...apa...salah..Dira?”

Adira menangis tersedu-sedu.Daus tidak mampu menjawab pertanyaan Adira.Dia juga sebak
melihat keadaan Adira.

Bagi Shahir,itu keputusan muktamad.Baginya Adira telah menduakannya.Yang pasti,itulah
zahirnya yang dia nampak.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka

Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendamTapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan..

5 tahun kemudian..
Hujan yang menitis rintik-rintik bagai mengerti apa yang bersarang di hati lelaki berusia 29
tahun itu. Kali terakhir dia menjejak kaki ke Malaysia untuk mengesahkan lafaz cerai dengan
talak satu di mahkamah syariah.

“Setelah mendengar penerangan pemohon dan saksi-saksi.Dengan ini mahkamah
mengesahkan lafaz talak satu yang dilafazkan Saudara Ahmad Shahir Bin Maulana kepada
Siti Adira binti Abdullah pada tarikh 20 September 2010 adalah sah.Beliau juga meyakinkan
mahkamah bahawa beliau tidak dipengaruhi dengan perasaan marah dan melafazkannya
dengan tenang dan khusus.Tempoh idah bagi Puan Siti Adira akan selesai selepas beliau
melahirkan anak,”

““Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan
haid, jika kamu menaruh syak terhadap tempoh idah mereka maka idahnya ialah tiga bulan
dan demikian juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.Dan perempuan-

perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya dan ingatlah,sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan
baginya segala urusannya.”(Surah At-Talaaq,ayat 4)”

“Bagaimanapun hakim ingin menegur pemohon kerana melafazkan talak di luar
mahkamah.Seeloknya sebagaimana kalian beradab ketika bernikah,begitulah juga kalian
perlu beradab ketika bercerai. Seksyen 55A memperuntukkan, seseorang yang menceraikan
isterinya dengan lafaz di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah hendaklah dalam
masa tujuh hari daripada lafaz talak itu, melaporkannya ke mahkamah."

Selepas itu,dia kembali semula ke Bangkok dan nawaitunya jelas melupakan sejarah
silam.Kejamkah dia apabila tidak mempedulikan ke mana perginya Adira ketika itu?Apa yang
dilakukan Adira?Malah mantan isterinya langsung tidak menghubunginya untuk soal nafkah
anak.Jadi,Shahir yakin benar,itu memang bukan anaknya.

Biarlah,dia memang biasa merantau pun.Semasa remaja dia bersama arwah mama di
Christchurch dan tiada masalah baginya menetap di Bangkok.Cuma selepas 5 tahun ini dia
terpaksa menjejak kaki ke Malaysia semula.Tunangannya yang mahu kembali ke Malaysia.

Ya,lewat pertunangannya dengan Heliza tiga bulan yang lalu,gadis itu mengambil
keputusan untuk melenyapkan semua ingatan mengenai arwah suaminya.Bagi gadis
itu,Bangkok mengukir banyak kenangan mengenai Aqso.Walaupun mempunyai wajah seiras
Aqso,Heliza mahu menerima dirinya sebagai Shahir dan bukannya Aqso.Baginya
pula,Malaysia adalah lokasi yang tak ingin dijejakinya langsung.Tapi apalah sangat
penderitaannya berbanding Heliza.Dia pasrah mengikut kehendak tunangannya.Apatah lagi
perniagaan bakal bapa mertuanya berpusat di Kuala Lumpur.

Ketika kali terakhir menjejak kaki ke Malaysia,seperti lipas kudung dia cuma ingin
menyelesaikan soal perceraiannya dengan Adira.Hatinya sudah benar-benar terluka dengan
Adira.Manis yang diberi,hempedu yang dibalasnya.Tidak sempat dia bertemu dengan daddy
dan mummy.Apa yang dia tahu mereka semua sudah tidak tinggal di Rawang.Tak tahulah ke
mana.Rasanya mereka juga membencinya kerana menceraikan Adira.

“Apa yang you menungkan?”

Shahir tersenyum melihat Doktor Farish yang duduk di sebelahnya.Kedua mereka
sabar menanti di balai ketibaan menunggu kepulangan Heliza dari urusan perniagaan tekstil di
Medan.Ligat betul tunangannya itu,tidak sampai beberapa hari di Malaysia,gadis itu sudah ke
Medan untuk memperkembangkan syarikat tekstil pula.

“Saya mengingatkan kisah lama di Malaysia,”

“Barang yang lepas jangan dikenang,”

“Entahlah..”Shahir mengurut-urut janggut nipis di dagunya.Menyandarkan tubuhnya
yang letih di atas kerusi.Matanya cuba dipejamkan sebelum dia terasa bahunya disapa.

“Shahir?”

Seorang wanita berwajah ala wanita Tiong Hua menegurnya sambil tersenyum
manis.Shahir cuba mengingati wajah wanita itu.Rasanya dia pernah melihat gadis itu,tapi di
mana?

“You memang tak ingat I,tapi I memang ingat you..I Ema,”

Shahir mengerutkan dahinya.(Ema?)

******

Shahir menjemput Ema untuk sarapan pagi di McD.Khabarnya Ema punya cerita
terkini mengenai teman lamanya,Daus.Jadi rasanya dia tidak lokek untuk meluangkan masa
bersama wanita itu sebelum ketibaan Heliza dari Medan.

“I masih ingat macam mana you menarik tangan Adira masa hari pertunangan Daus,”

Ema tersenyum sambil tangannya bermain tali tas tangan Fendi berwarna merah
itu.Shahir sekadar tersenyum tawar sambil menghulurkan egg muffin dan coffee kepada gadis
itu.

“Jum makan,I pun tak sempat breakfast,”

“Kawan you?”

Ema memuncungkan bibirnya ke arah Doktor Farish yang masih setia menunggu di
balai ketibaan.

“Oh..Doc dah makan.Jadi..hmm..you kenal I masa tu?”

“Tak.I kenal you lebih daripada itu melalui Daus dan Adira,”

“Oh,really?Mana Daus dan Adira sekarang?”

“Daus sudah berkahwin dan bahagia,”

“Hmm bagus..anak Daus lelaki ke perempuan?”

“Lelaki,”

Shahir mendengus kecil.

(Aku dah agak.Memang harapkan pagar,pagar yang makan padi.Tahniah!Korang
berdua dapat anak lelaki.Bolehlah mewarisi perangai bapa yang menikam kawan dari
belakang!)

“Hem,you lama menghilang ke mana?”

“I ada di Bangkok dan I sudah pun bertunang,”

“Tunang?”Ema mengecilkan matanya.

“Ya,I bertunang dengan Heliza.Baru 3 bulan.I tak tahu lah you tahu tak pasal Ija,”
“Sikit tak banyak..tahu..”
“Daripada siapa?Daus?”

Ema mengangguk sambil tersenyum.

(Kau ni semua cerita aku kau nak cerita kat orang ye Daus?Kepoh..)
“Okay,jadi you datang ni nak sambut tunang you?”
“Ye.Baru je sampai Malaysia,dia dah ada offer business tekstil dengan sorang
businesswoman kat Medan,”
“Tak pe lah..masih muda.Kena aktif kan?”
“You?You tunggu siapa?”
“I tunggu kawan I yang kebetulan pulang dari Medan juga,”
“Oh ye,kebetulan kan?”
“Sangat-sangat kebetulan.”Ema tersenyum sinis.
“You sorang?”
“Tak.I dengan anak I dan kawan anak I yang dari Medan tu,”
“You pun dah kahwin?Dengan siapa?”

Sebelum sempat Ema menjawap,seorang budak lelaki berusia 4 tahun memeluknya
dari belakang.Mulutnya comot dengan coklat.

“Mama,tadi ada pramugari perempuan cantik.Cantik sangat!Tapi mama cantik
lagi..hehe..”

“Eei gatal ye,macam papa dah,”

Ema mencubit pipi anaknya.Shahir sekadar tersenyum.
“Damak,ini Uncle Shahir,kawan papa dulu,”Ema memperkenalkan Shahir kepada
anak kecil yang mesra dipanggil Damak itu.
“Shahir,inilah Damak,anak I dengan Daus,”

Ketika itu Shahir terasa dunianya kelam seketika.(Anak dengan Daus?Habis,Adira?)

Bunyi nada telefon mengganggunya.Tertera nama Doktor Farish di dada skrin
telefonnya.

“Hello Shahir,you tak nak beli bunga lavender untuk Heliza?”

“La..la..vender?Ok..ok..”Shahir tergagap-gagap sebelum meletakkan telefon bimbit itu
ke dalam saku seluarnya semula.Fikirannya sedikit bercelaru.Wanita di hadapannya ini
berkahwin dengan Daus?Memang agak mengejutkan.

“Oh,jadi..you..you..kahwin dengan Daus?”Shahir cuba tersenyum kepada Ema.

“Aha,I memang kahwin dengan Daus.Shahir..you..”

“Ermm,sorrylah Ema..I lupa nak beli bunga untuk fiancée I.Nanti kita jumpa lagi,”

Shahir hampir tersepak kerusi ketika bangun meninggalkan Restoran McD.

Ema cuma mengangguk-angguk sedikit terkejut dengan tindakan Shahir.Damak
mendekatkan dirinya kepada mamanya sambil berbisik.

“Kenapa uncle tu macam nampak hantu je mama?”

“Damak ni tak baik tau.Mama cubit karang.Mana Yaya?”

“Yaya dengan Pak Din pergi cari bunga,”

Damak menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.Tak pasal-pasal dia dimarahi
kerana pakcik aneh itu.

******

Shahir menarik nafasnya panjang-panjang.Langkah kakinya diatur serba tak kena ke
kedai bunga.Fikirannya di awan-awanan.

(Okay,kalau Daus kahwin dengan Ema,ke mana Adira?Apakah Daus meninggalkan
Adira setelah dia menceraikan isterinya?Tak guna punya Daus!)

“Memang lelaki haprak!”

Seorang lelaki yang berjalan di sebelah Shahir terkejut mendengar jeritannya.(Gila ke
apa?Jerit sorang-sorang).

Shahir menonong masuk ke dalam kedai bunga sebelum matanya menangkap
sekuntum bunga lavender yang tertinggal di dalam pasu.Sebaik sahaja dia menyentuh bunga
itu,dalam masa yang sama sepasang tangan kecil juga memegang bunga itu.

“Opps,sorry uncle,saya yang punya!”

Seorang budak perempuan kecil memakai topi baret berwarna pink tersenyum nakal
sambil menunjukkan susunan giginya yang putih dan bersih.Budak comel berkulit putih
kemerah-merahan itu mengerdipkan matanya kepada Shahir.Memohon simpati dengan
matanya yang bulat dan jernih.Melihat jaket Prada berwarna putih yang menyaluti tubuh kecil

itu,Shahir pasti budak perempuan di hadapannya itu anak orang kaya yang manja dan
mengada-ngada.

“No..no..uncle yang punya,”

“Uncle,kita dua pegang bunga ni serentak.Bunga ini saya yang punya,”

“Uncle yang punya,”

“Aduhai,uncle ni.Takkanlah nak bergaduh dengan budak kecik macam saya?”

“Bunga ni untuk tunang uncle,”

“Bunga ni untuk mama saya,”

“Tunang uncle lebih penting,”

“No..no..uncle salah,”

“Apa yang salah?”

“Uncle pernah dengar tak..syurga itu di bawah telapak kaki tunang?”

“Ya Allah,manalah ada.Yang ada..syurga itu di bawah telapak kaki..”Shahir
terdiam.Dia tersenyum.(Petah betul budak ni..pagi-pagi dia dah kenakan aku..)

“Kenapa uncle tak habiskan?Uncle kalah ye,”Anak kecil itu mengenyitkan
matanya.Nakal.

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu,”Shahir melepaskan pegangannya pada bunga
lavender itu sambil terus mendukung kanak-kanak perempuan itu.

“Uncle bayarkan bunga lavender untuk mama awak okay?”

“Alhamdulillah,Tuhan sahaja merahmati uncle,”Anak kecil itu terus mengucup pipi
Shahir.

Entah kenapa,satu perasaan aneh hadir menyelubungi jiwanya.Rasanya cepat saja
hatinya berasa sayang dengan budak perempuan yang didukungnya itu.Ada sesuatu mengenai
wajah anak itu yang mencuit hatinya.Bukan kerana comel semata-mata.Entahlah.Shahir tidak
dapat menafsirkan perasaannya.

Dia membawa budak perempuan itu ke kaunter untuk membayar sekuntum bunga
lavender yang direbutkan pada awalnya.

“Nama siapa?”

“Shahira.Tapi uncle panggil aje Yaya,”

“Wah,Shahira?Nama uncle,Shahir,”

“Shahira dan Shahir,uncle boleh kawan dengan saya lah!Wow!Bestnya!Uncle mesti
best daripada Uncle Wan,”

“Uncle Wan?”Kehairanan.

“Uncle Wan tu boyfriend mama.Tapi..Yaya..tak tahulah..walaupun Uncle Wan tu
macam okay..tapi..Yaya tak suka Uncle Wan..macam ada pagar,”Anak kecil itu menggayakan
tapak tangannya seperti halangan.

Shahir menggeleng-gelengkan kepalanya.(Dahsyat budak ni,macam orang dewasa
masalahnya).

“Uncle boleh turunkan Yaya.Yaya dah nak masuk 5 tahun.Yaya bukan budak kecil
lagi,”

“Opps..okay..”Shahir pantas menurunkan Yaya.

“Uncle,”Yaya menarik-narik lengan baju Shahir.Persisnya seperti ingin
membisik.Shahir membongkokkan badannya separa dengan anak kecil itu.

“Yaya sukalah uncle.Uncle boleh teman Yaya tunggu mama?”

Shahir sekadar tersenyum.Kepalanya digaru-garu.(Haih..macam-macam satu hari ni).

Pengumuman ketibaan penerbangan dari Medan dengan Air Asia mengejutkan kedua
kenalan baru itu.Kedua mereka saling berpandangan.

“Mama Yaya dari Medan!”

“Tunang uncle pun!”

Shahir sekali lagi mendukung anak kecil itu menuju ke balai ketibaan.

*****

Berpeluh dahi Pak Din bersemuka dengan puannya.

“Maaf puan,saya pusing saja,saya dah tak nampak Yaya,”

“Pak Din ni..Ya Allah!”

Ema mengambil telefon bimbit dari beg tangannya.Wajahnya berkerut
kerisauan.Anaknya pula asyik bermain pashmina yang dipakainya.

“Hello,you..aduh,Yaya dah ke mana-mana ni..ye la,ye la..I nak pergi kaunter
information la ni..okay..okay...bye..”

Suaminya pun satu,masa-masa macam ini juga nak ada briefing dengan trainee.

(Manalah si Yaya ni?)

******

Doktor Farish sekadar mengerling anak kecil yang didukung Shahir.Yaya menjelirkan
lidahnya kepada lelaki itu.Doktor Farish menggeleng-gelengkan kepalanya.(Nasib baik budak
kecik..kalau budak besar mahunya makan pelempang..)

“Uncle..”

Yaya menggoncangkan bahu Shahir.

“Ye Yaya,kenapa?”

“Kawan uncle tu siapa?”Suaranya separuh berbisik.

“Doktor Farish.Kenapa?”Shahir juga turut berbisik.

“Oh,doktor.Patutlah..Yaya tak suka doktor,suka suntik-suntik Yaya,”

Yaya merangkul leher Shahir dengan lebih erat.

“Jangan risau..doktor ni tak suntik sebarangan,”

Yaya sekadar mengangguk.

Para penumpang dari Medan yang baru tiba mula membanjiri di balai ketibaan.Shahir
tersenyum melihat wajah Heliza yang ayu dengan berjilbab hijau lembut.Doktor Farish turut
melambai tangannya.Dia mencuit bahu Shahir.

“I tunggu kat kereta,”

Shahir sekadar mengangguk.

“Itu tunang uncle,cantik tak?”

“Cantik.Macam model Sunsilk.Kita tengok mama Yaya,cantik uncle..macam model
Innershine,”

Shahir tersenyum melihat telatah Yaya.(Macam orang dewasa pulak dia nak kenen-
kenenkan orang).

Heliza tersenyum sambil melambai-lambai padanya.Senyuman tunangnya itu dibalas
semula.

“Uncle,itu mama Yaya..mama!Mama!”Yaya kelihatan riang sambil melambai-lambai
kedua –dua tangannya.

Mata Shahir memandang arah yang ditunjuk anak kecil itu.

Tergamam.

Wanita memakai jilbab berwarna putih itu mungkin berbeza penampilannya
berbanding 5 tahun lepas.Wajahnya kelihatan lebih matang dan tenang.Tetapi dia tetap orang
yang sama.

Wanita itu juga terpaku memandang lelaki yang mendukung anak perempuannya itu.

Yaya segera turun dari dukungan Shahir sambil berlari menuju ke arah mamanya.

“Adira!”

Ema menjerit sambil menarik tangan anak lelakinya menuju ke arah wanita yang
dipanggil mama oleh Yaya.

Shahir masih tergamam.Heliza yang menghampirinya pun dia tidak sedari.

Kedua Shahir dan Adira masih saling berpandangan.

Kenapa dikau hadir semula setelah sekian lamanya ku terpaksa menyembuhkan luka
itu?Kini luka itu terbuka semula.Hati ini lantas dirobek dan dicincang lumat.

Apakah 5 tahun itu sudah cukup untuk menghapuskan api marah,dendam dan benci?

“Kenapa Yaya suka-suka sembang dengan stranger?Kan mama cakap never talk to
stranger?”Muka Adira kemerah-merahan menahan marah.

“Tapi...tapi..”

“No tapi..tapi..kalau uncle tu bawa lari Yaya?Potong tangan Yaya?Jadikan Yaya beggar?”

“Uncle tu baik..”

“Uncle tu jahat,”

“Uncle tu yang bayarkan lavender mama,”

Adira pantas mengambil bunga lavender itu,lagaknya seperti hendak mematahkan bunga itu.

“Adira,don‟t ever think to do that..especially depan anak you,”Ema akhirnya bersuara.Rimas
pula dia melihat Shahira dimarahi mamanya.

Adira memejamkan matanya.Terduduk di atas kerusi.Cuba menenangkan fikirannya.Yaya
perlahan-lahan menghampiri mamanya.Memeluk dan mencium pipi mamanya.Tangan
kecilnya tak tepaut memeluk tubuh mamanya.

“Sorry mama if I hurt you.Walaupun uncle tu baik,Yaya sayang mama lagi.Sorry mama,”

Kasihan pula Adira melihat anaknya.Dia mengucup hidung anak tunggal kesayangannya
sambil tersenyum.

“Sorry sayang..bukan salah Yaya,mama letih sangat.Kepala mama dah pusing-pusing,”

“Mama nak Yaya picit kepala mama?”

“No,it‟s okay.Yaya pergi main dengan Damak kat luar okay?”

“Okay mama.I love you,”

“I love you too,sayang,”

“I love you three,four,five,six ,seven,eight,nine and ten,mama,”Bersungguh-sungguh Yaya
memujuk mamanya.Dibilangnya jari jemari di tangan.Kesepuluh-sepuluh jarinya ditunjukkan
di udara.

“Mama pun,”

“Mama,Yaya tak tipu..ka..ka..kalau tipu hidung Yaya panjang..macam..Pinochio,”Riak
wajahnya kelihatan seperti hendak menangis.

“Ya,mama percaya Yaya,”

Dia mengucup kedua pipi anaknya.Yaya berjalan perlahan-lahan sambil mengheret patung
Elmo yang dibelikan mamanya dari Medan.Lagaknya sedih sangat.Mengheret sebelah tangan
Si Elmo.

“See,Dira dah patahkan hati dia,”

“Tak de lah,kak.I‟m not mad at her,”

“You marahkan papa Yaya kan?”

“Dia bukan papa Yaya.Dia yang claim macam tu kan?”Adira membulatkan matanya.Tegang
kembali.(Eeii..tolonglah!)

“Dan dalam mykid Yaya pun tertera nama Shahira binti Ahmad Shahir kan?Even kalau buat
DNA,he is her papa.Apa masalah korang ni?”

“Dia tak pernah ambil tahu pun pasal Yaya.Dia ceraikan saya semasa Yaya belum
membentuk apa-apa pun!Lepas tu dia menghilang tanpa khabar berita!I used to love him but
now..I don‟t think so.Akak jangan lupa apa yang dia buat pada Dira.Kalau tak ada Abang
Daus dan akak,saya entah ke mana-mana,”

“Dah 5 tahun,Dira.Dira ingat coincidence apa bila Yaya sendiri bertemu Shahir?Don‟t you
think it‟s a sign from Him?”

“It‟s too late.As you said,dia dah ada tunang.Saya dah ada Iwan.Iwan yang ada semasa
ketiadaan dia.Iwan yang ada masa saya susah nak besarkan Yaya.”

“And at the same time,you dah patahkan hati kawan baik you sendiri,”

“Akak don‟t talk about moral here.Coz the most immoral one is him!”

Adira bingkas bangun meninggalkan Ema di ruang tamu.Ema menggelengkan
kepalanya.Walaupun sudah berusia 22 tahun ternyata masih ada sifat degil dan kepala batu
dalam hati Adira walaupun sedikit.

(Nasihat orang langsung tak nak didengar!)

******

(Abang Shahir memang tak guna!Benci sangat!Kalau nak hilang,kenapa tak hilang
terus?Jangan lagi jejak kaki di Malaysia.Pergi berambus dan hidup di Bangkok!)

Separuh sasau dirinya apabila ditinggalkan Shahir.Atas dosa yang dia sendiri tak tahu.Shahir
langsung tidak mahu mendengar apa-apa saja penjelasan daripadanya.Malahan tekad pula
untuk membuat pengesahan lafaz talak di mahkamah.Segala rayuannya langsung tidak
dipedulikan Shahir.Telefon dimatikan.Apatah lagi ingin berjumpa secara langsung.

Hancur hatinya apabila dituduh bayi dalam kandungannya bukannya datang daripada benih
kasih sayang mereka.Dia pasrah.Redha apabila Shahir tegar untuk melepaskannya.

Ketika itu dia amat menyesal kerana mencintai abang tirinya.Menyesal mengikutnya lari
semasa hari pertunangannya bersama Daus.Menyesal terpaksa menangguh peperiksaan SPM
pada tahun berikutnya.Menyesal menderhakai mummy dan daddy.Menyesal terhegeh-hegeh
mencarinya di Bangkok.Semuanya menjadi serba penyesalan.Paling menyesal merenung tiga
bintang di langit.Kalaulah bintang-bintang itu bisa berbicara sudah pasti dijelirnya lidah
kepadanya sambil menjerit bangang.

Betapa susah payahnya dia mengatur susun semula hidupnya.Mujurlah daddy dan mummy
sudi menerimanya semula.Mujurlah ada Abang Daus yang sentiasa menjadi dewa
pelindungnya.Dia amat bersyukur apabila Abang Daus mengahwini Kak Ema.Abang Daus
sepatutnya berkahwin dengan wanita yang baik.Mujurlah Iwan Chew yang menemaninya
sepanjang dia hamil 9 bulan itu.Kalau tidak,bisa meroyan jadinya dia.

“Kau ni janganlah minum coca cola bagai,kau kan pregnant,”

Iwan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Adira yang selamba meneguk air tin Coca
Cola.

“Ikut suka akulah,kau sibuk kenapa?”

“Kau kena sayang baby dalam kandungan kau.Kau jangan macam ni,”

“Kau dan Nad macam mana?”

“Sejak belajar di oversea,Nad dan aku semakin renggang,”Iwan menggeleng-gelengkan
kepalanya.Mengeluh kecil.

“Kau jangan cakap macam tu.Kawan baik aku sayangkan kau,”

“Entahlah Dira.Dia di UCLA,aku di USM.Memanglah ada YM,Facebook dan segala mak
alah tapi tak sama macam dulu.Hari-hari aku pun dah banyak dengan kau,”

“Kau kesian sebab aku pregnant kan?”

“Tak guna betul Si Shahir tu!”

“Oit,yang kau kutuk tu bekas suami aku!”

“Kau sayang dia lagi?”

Adira terdiam.Memegang perutnya yang membuncit.(Aku pun tak tahu..aku benci sangat..tapi
semakin aku benci,semakin aku sayangkan dia..)

“Dira,kau janji dengan aku satu,”

“Apa?”

“Kalau sampai anak kau lahir,Shahir tak peduli kau,kau kahwin dengan aku,”

“Kau ni bangang ke apa?Aku tak de masalah nak main-main masa serius macam ni,”

“Okay..okay..kalau sampai umur 30..eh,tak naklah tua sangat..kalau sampai 25 tahun,kau
masih tak kahwin..aku sanggup kahwin dengan kau dan anak kau ni aku anggap macam anak
aku sendiri,”

“Eeeii..kau ni kenapa?Tak habis-habis..aduh!Ya Allah,aduh!”

“Kau kenapa?”

Gelabah Iwan melihat Adira membongkok sambil mengerut dahi menahan kesakitan.Semakin
gelabah apabila dia melihat air jernih mengalir di ke bawah tanah.

“Okay,that‟s gross!Apa tu?Apa tu?Apa tu?Ya Allah,apa kejadahnya tu?”Gelabah tahap
maksimum mamat seorang ni.

“Air ketumban pecahlah!Aduh,aku rasa nak terkeluar sangat dah ni,”

“Stop!Kau jangan!Nanti aku tahan teksi!Kau tahan!Jangan bagi dia keluar!Tahan!”

Jerit Iwan sambil berlari ke tepi jalan.

“Bodohlah kau!Kau ingat aku boleh postpone ke?Sakitnya!!!!Bodohlah Abang Shahir!!!Ini
semua abang punya pasal!!”

Seiring dengan jeritan itu mujurlah ada teksi yang sudi berhenti.Adira tak dapat melupakan
saat Iwan terpaksa menjadi bidan ekspress menyambut kelahiran Yaya di dalam teksi.Sebaik
saja melihat darah dan tali pusat,Iwan terus pitam.Mujurlah kudratnya kuat untuk menyambut
Yaya.Yaya memiliki mata seperti papanya,hidungnya pun mancung persis
papanya.Baginya,semua yang ada pada Yaya mirip papanya.Tapi kalau ditanya orang lain ada
juga yang kata Yaya miripnya.

Selepas kelahiran Yaya,dia dihantar belajar ke luar negeri.Yaya dijaga oleh mummy dan
daddy.Di mana Shahir semasa itu?Iwan yang ada menemani Yaya semasa ketiadaannya.Sakit
hatinya memikirkan Shahir tidak mempedulikan Yaya.Biarlah Shahir membencinya,tetapi
Yaya adalah darah dagingnya sendiri.Tapi mengingatkan Shahir tidak mengakui kehadiran
Yaya,dia tegar menjadi ibu tunggal.

Bila cinta kini tak lagi bermakna.Yang kurasa kini hanyalah nestapa.Ditinggalkan cinta masa
lalu..

Dia sendiri tidak pasti bila dia mulai rapat dengan Iwan.Erti kata yang tepat lebih rapat
daripada seorang sahabat.Pada masa yang sama,hubungannya dengan Nad juga mulai
renggang.Nad sendiri menjauhkan diri.Jauh di Los Angeles.Langsung memutuskan hubungan
dengannya.Sekurang-kurangnya Nad masih berhubung dengan Anum.Tapi bukankah dia
lebih rapat dengan Nad semasa di bangku sekolah?Tiba-tiba sahaja Nad lebih rapat dengan
Anum.Mungkin juga Nad dapat menghidu perubahan sikap Iwan yang lebih memberi
perhatian kepadanya.Apakah itu salahnya?Dia tidak meminta Iwan mengambil berat akan
dirinya.Iwan yang hadir secara sukarela.Iwan datang pada saat dia amat memerlukan
sokongan seorang lelaki yang bukan daddy mahupun Abang Daus yang mengahwini Kak
Ema.Dia memerlukan Shahir tapi Iwan yang ada.

Sama ada simpati atau benar-benar cinta.Apa yang dia tahu,cuma Iwan yang ada semasa dia
kesepian,kesusahan dan pada saat dia mengharapkan Yaya dibelai papanya.Cuma Iwan...

******

“Hai,nasib baik,I ingat Yaya dah hilang,”

Daus mengeluh lega.Foto bingkai keluarganya dibetulkan.Tersenyum manis melihat wajah
isteri dan anak lelaki kesayangannya.

“Okay,nanti balik I belikan Ipad untuk Damak.Ye sayang,I janji.Okay love you sayang,”

Telefon bimbit itu dimatikan.

(Shahir dah kembali?Berita baik.Berita yang amat baik!)

Daus menggengam buku limanya.

Mungkin Shahir perlukan buah tangan daripadanya setelah 5 tahun lamanya mereka tidak
bertemu selepas kali terakhir dia menjadi saksi pengesahan lafaz cerai Shahir dan Adira.

Namun secara peribadi buatnya,ada juga hikmah.Kalau tidak mereka pulang awal dari
Bangkok,mungkin dia akan kehilangan Ema.Pada saat itu dia tahu dia amat memerlukan Ema.

Daus menanggalkan sepatu Givenchy berwarna perak itu.Membaringkan badannya lelah di
atas katil.Sampai di rumah tadi,ayahnya membebel kerana sanggup meninggalkan
perniagaan demi menemani Adira di Bangkok.Dipekakkan saja telinganya.Kalau tidak
dipekakkan,mungkin saja dia bisa lari dari rumah seperti Abang Shah.

Kasihan pula dirinya dengan Adira.Apa syaitan yang merasuk Shahir sehingga dia tergamak
menceraikan Adira.Malah sahabatnya itu cuma mengirim sepucuk surat memohonnya hadir
untuk pengesahan lafaz cerai di mahkamah.Kalau tak difikirkan Adira yang sedang
hamil,mahu sahaja dia membelasah Shahir sampai lembik.

Kalau benar cintakan Adira,mengapa memperlakukannya sedemikian?Kalaulah dia yang
memiliki Adira sudah pasti dia akan menjaga Adira sehabis baik.Digigit nyamuk pun tak
dibenarkan.

Atau apakah dia merasakan demikian kerana Adira tidak dimilikinya?Apakah dia juga akan
bertindak cemburu buta seperti Shahir jika mudah memiliki apa yang diingini?

Hatinya langsung teringatkan Ema.Rasanya cuma sekali Ema menghantar mesej kepadanya
semasa di Bangkok.Walaupun badan berasa letih,dipaksanya juga bangun dan bersiap
menuju ke Bukit Antarabangsa.

*****

Loceng ditekan.

Pintu masih tertutup.

Sekali lagi loceng ditekan.

Pintu diketuk.Tiada tindakbalas.

Dahinya mengerut kerisauan.Daus berasa tidak sedap hati.Dipandangnya kanan dan
kiri.Mulanya mahu sahaja ditendangnya pintu kondominium itu.Tetapi dia mengambil
keputusan untuk memulas tombol pintu itu.Ternyata pilihan yang bijak kerana pintu itu tidak
terkunci.

Pintu dibuka.Gelap.Hatinya berdebar-debar.Langkah diatur perlahan dan berhati-hati.

“E..Ema?”Suaranya tersekat-sekat.

Tangannya meraba-raba di dinding mencari suis lampu.Sebaik sahaja lampu dibuka,Daus
terkejut melihat kaca bertaburan merata-rata tempat dan sofa yang tunggang terbalik.

“Ema?”

Masih belum terjawab panggilannya itu.Daus mengambil keputusan untuk masuk ke kamar
gadis itu.Terpaksa.

Sebaik sahaja memasuki kamar Ema,jantungnya bagai berhenti apabila melihat Ema
pengsan di lantai dengan muka yang bengkak dan darah pekat mengalir di hidung dan
mulutnya.

“Ema!Ya Allah!”

Tanpa banyak bicara dikendongnya gadis itu keluar dari kondominium menuju ke hospital.

Hancur hati Daus apabila doktor memberitahunya gadis itu mengalami kerosakan yang teruk
pada bahagian usus dan buah pinggang akibat ditendang beberapa kali.Hidungnya juga
patah dan akan melalui beberapa siri pembedahan plastik untuk membetulkan semula
kedudukan tulang hidungnya.Otaknya juga mengalami gegaran akibat dihentak dengan
senjata yang tumpul.

Akibatnya gadis itu koma hampir sebulan.Daus pasti apa yang berlaku pada Ema adalah
angkara Ryan.Lelaki sialan itu lesap begitu saja.Dasar bacul!

“Kalau mengikut apa yang you ceritakan,ternyata teman lelaki kawan you mengalami
masalah jiwa.Mungkin tanpa kawan you sedari,teman lelakinya menderita mental domestic
violence,”Doktor Fahmi yang merawati Ema membetulkan cermin matanya.

“Ada manusia sampai sanggup tahap ni doktor?”

“Mereka yang menderita dv ini mungkin bermula secara kecil-kecilan.Pada mulanya sekadar
cemburu buta,kemudian stalking dan akhirnya beginilah.Pesakit dv menjadi sebegini kerana
perasaan sayang yang berlebihan,”

“Sayang sampai belasah dan koma?”

“Sayang kerana memikirkan si gadis itu hanya miliknya,”

“Tapi Ema memang kekasihnya pun,”

“Ya.Tapi mungkin juga kawan you ni mempunyai sahabat lain yang lebih rapat sama ada
lelaki atau perempuan,”

“Dengan perempuan pun nak cemburu?”

“Ya.Tambahlah kalau lelaki seperti you,”

Doktor Fahmi menepuk bahu Daus sambil tersenyum.Doktor berwajah persis pemuda Korea
itu keluar dari bilik ICU.Daus duduk di kerusi bersebelahan katil Ema.Perasaannya
bercampur baur.Geram,marah dan sedih.

Geram pada jantan bapuk yang hanya tahu membuli perempuan seperti Ryan.Marah kerana
dirinya tiada pada masa Ema dibelasah teruk sebegini.Sedih melihat keadaan Ema seperti
mayat hidup.

Kenapa kasih sayang yang sepatutnya mendamaikan jiwa disaluti kesakitan dan
kebencian.Dia tidak memiliki Adira tapi dia masih mampu menerima Adira seadanya.Ryan
sudah memiliki Ema,tetapi tetap ragu dan curiga.Anehnya manusia.

Dipandangnya wajah Ema.Mata gadis itu separuh terbuka.Kata Doktor Fahmi,dia mungkin
bisa mendengar kata-kata walaupun koma.

“You..I minta maaf,”Daus terdiam seketika.Menyapu lembut rambut gadis itu. “I tak ada
masa you memerlukan I..I menyesal sangat..E..Ema..”

Suara Daus tersekat-sekat.Diambilnya tangan gadis itu dan dikucupnya.

“I berjanji..I akan menjaga you sepanjang hidup I.I takkan benarkan Ryan atau sesiapa saja
menjentik you.I akan berada di sisi you..please Ema..wake up..a.s.a.p..”

Tangan gadis itu diletakkan ke pipinya.Dingin seperti salju.

“I akan benci you kalau you asyik tidur macam ni.You bukan sleeping beauty.You kan ganas
dan lasak macam Princess Fiona.Kan dulu masa sekolah you selalu panggil I Shrek sebab
selalu sendawa.I pulak panggil you Fiona sebab you suka belasah budak lelaki.Tapi..kenapa
you biarkan Ryan belasah you?Mana Fiona I?”

Walaupun terhangguk-hangguk kerana mengantuk Daus masih setia bercerita supaya Ema
tidak kesepian.Letih.

“Ema..wake up..macam mana Shrek boleh hidup tanpa Fiona..I sayang you..”

Walaupun berdengkuran selepas itu,dia pasti itulah ucapan paling ikhlas pernah dilafazkan
buat Ema.

Kerana jodoh itu sudah tertulis di luh mahfuz,dia sendiri tidak menyangka akan jatuh cinta
dan mengahwini Ema.Sangkanya dia akan terus sasau mengingati Adira.Tapi
meleset.Ternyata baginya,menjadi suami Ema dan papa Damak lebih membahagiakan.

Lucky I‟m in love with my best friend!

*****

“Awak,kalau berkembang bisnes tekstil ni bertambahlah cawangan syarikat abah.Tak adalah
asyik tumpu architechture aje,”

“Ehem,”Shahir masih terfikirkan perihal Yaya.Rasanya apa yang dikatakan Heliza bagaikan
masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dia dapat melihat dengan jelas mulut Heliza terkumat-
kamit melafaz perkataan demi perkataan.Tapi bagaikan televisyen yang disenyapkan suara.

Kecilnya dunia.Rupanya Yaya itu anak Adira.Sudah pasti anak yang dikandung semasa dia
melafazkan cerai ketika di Bangkok.Sepatutnya dia membenci anak yang tak pasti asal-usul
keturunan itu.Tetapi entah kenapa dia semakin sayang akan Yaya apabila mengetahui Yaya
anak Adira.

(Haish,apa yang aku rasa ni?)

“Awak betul tak?”

(Tapi comel betul budaknya,hehe.Bijak pula lagi.Takkan anak aku kot?Mungkin juga sebab
aku pun kategori comel dan bijak.Tapi,takkanlah?)

“Awak,dengar tak?”

(Dengan topi color pink dia..alahai,comelnya dia!)

“Awak!”

“Ya?Sorry..awak panggil saya ke?”

“Awak,don‟t tell me,”Heliza mencekak pinggangnya.Sedikit merajuk.

“Apa?Saya tak faham,”

“Don‟t tell me awak teringatkan janda awak balik yang kita accidentally jumpa di LCCT
tadi,”

“No lah awak..alamak,saya kena balik office.Nanti kita jumpa okay,”

Shahir segera keluar dari rumah agam di lereng bukit itu menuju ke arah keretanya.Tidak
lama kemudian,enjin kereta dihidupkan sebelum berdesup meninggalkan halaman rumah.

Heliza sekadar memerhati melalui jendela.Kecil hatinya diperlakukan sebegitu oleh
Shahir.Sudahlah dia melalui perjalanan yang jauh dari Medan,tunangannya itu menyambutnya
dingin.Hati wanitanya memang cemburu ketika melihat Shahir dan Adira bertembung
tadi.Walaupun cuma seketika,dia tidak dapat menidakkan perasaannya yang tidak selesa itu.

Apakah Shahir akan kembali kepada Adira?Soalan itu asyik bermain di dalam mindanya.

(Ya Allah,ampunkanlah dosaku.Kuatkanlah hatiku.Aku tidak mahu sebarang curiga
merosakkan pertunanganku dengan Shahir.Jika benar dia milikku,ku mohon persenangkanlah
perjalanan perhubungan kami menuju ikatan yang suci dan abadi..)

*****

Pagi itu seperti biasa,Yaya akan ke tadika sebelum Adira ke pejabat.

“Mama bila kita nak ke rumah atuk dan nenek?Yaya rindulah,”

“Nanti mama free kita pergi,”Adira tersenyum manis sambil menyisir rambut anak
kesayangannya.

“Mama,hari ni Yaya pergi dengan Uncle Wan lagi?”

“Aha,kan hari-hari Yaya pergi dengan Uncle Wan?”

“Mama,Yaya nak pergi dengan mama,”

“Kan ofis mama arah lain,tadika Yaya sama arah dengan ofis Uncle Wan,”

“Mama,Uncle Wan tu comel kan?”

“Aha,comel macam Yaya,”

“Mama,Uncle Shahir tu pun comel kan?”

Adira menghentikan sisiran sikat di rambut Yaya.Direnungnya tajam melalui cermin
berhadapan mereka.

“Don‟t you promise me not to talk about stranger?”

“Uncle Shahir bukan stranger.Dia kawan Yaya.Memang dia stranger dengan mama.Tapi dia
kawan Yaya.But still,Yaya sayang mama lebih!”Yaya tersenyum lebar mempamerkan
susunan giginya yang putih bersih.

“Awak baru kenal dia berapa minit dan jangan ingat awak boleh bodek mama dengan senyum
lebar macam Chibi Maruko tu,”Adira menggeleng-gelengkan kepala sambil menyangkut beg
sekolah ke belakang Yaya.

“Tapi mama masih sayang senyum Chibi Maruko ni more than Uncle Wan,right?”

“Of course,I love you more,”Adira mengucup pipi Yaya.“You are my only daughter.My
sunshine.My blue diamond in my heart,”

“Okay,Yaya rasa selasa sangat,”

“Oh my God sayang,selesa bukan selasa,”

Bunyi hon kereta di halaman rumah mematikan perbualan dua beranak itu.

“Uncle Wan dah datang,promise mama Yaya akan behave dengan Uncle Wan.Okay?”

“Err..o..okay..I..try to..bye bye mama!”Yaya pantas mencium pipi mamanya sebelum berlari
keluar dari rumah.Adira sekadar melepas nafas lelah sambil tersenyum.Dia dulu pun nakal
sebegitu dengan mummy.What goes around comes around.

“Good morning princess!”Iwan tersenyum sambil membuka pintu penumpang.

“Good morning uncle!”

Anak kecil itu melompat masuk ke dalam kereta.Belum pun sempat Iwan masuk semula ke
dalam kereta,Yaya sudah mula merengek.

“Uncle,Yaya nak dengar lagu Anak Tupai!”

“Anak Tupai?Kan Yaya selalu dengar lagu Humpty Dumpty?”

“Tak nak!Last week cikgu ajar lagu Anak Tupai!I want Anak Tupai!”

“Okay..okay..don‟t scream.Uncle tak de cd lagu tu,”

“Uncle nyanyilah!Don‟t make me scream?Uncle tak nak dengar mama bebel uncle kan?”

(Wah,blackmail!Memang genetik Si Shahir lebihlah ni).Masih segar ingatan Iwan pada saat
Shahir mengugutnya semasa dia masih di bangku sekolah dulu.Siap main cekik leher
lagi.(Hampeh!)

“Okay,uncle nyanyi,”Iwan cuba tersenyum walaupun sedikit geram. “Ada sekor anak
tupai,atah julai mokte..kudung ekor perut lapar..jalan cari makan..”

“Great uncle!One more time!”

Demi Adira,Iwan terpaksa menyanyi bait yang sama sepanjang perjalanan menuju ke
tadika.Manalah dia tahu lirik penuh lagu Anak Tupai.

Shahir memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Walaupun pendingin hawa dipasang
tahap maksima namun rasa sejuk langsung tak melekat di kulitnya.Mungkin cuaca panas yang
mencecah 36 darjah celcius atau sememangnya ada yang tak kena dengan dirinya sendiri
sejak pulang ke Malaysia.

Sepatutnya dia cuti hari ini.Tetapi dia berasa bosan terkurung di dalam rumah.Lebih baik dia
mencari udara luar yang lebih menenangkan jiwa.Malangnya,cuaca tengah hari ini panas pula.

Perhubungannya dengan Heliza berjalan dengan lancar.Sekurang-kurangnya bagi dirinya
semuanya lancar.Datuk Noorman masih berada di Bangkok.Khabarnya bulan hadapan baru
bakal bapa mertuanya itu akan datang ke Malaysia.Cuma Doktor Farish yang masih setia
menemani mereka.Kasihan pula dia melihat Doktor Farish yang masih setia berkhidmat untuk
mereka demi kepentingan kesihatan tunangannya,Heliza.Sampaikan tiada masa untuk
bersosial demi dirinya sendiri.

Bukannya dia tidak teringatkan daddy dan mummy tapi ada satu keegoan yang tersembunyi
dalam dirinya.Keegoan yang bercampur dengan rasa bersalah.Perasaan itu mematikan
hasratnya untuk mencari daddy dan mummy.Cuma kerinduan itu semakin membuak apabila
dia bertemu semula dengan Adira di LCCT tempoh hari.Rindu untuk bertemu daddy,mummy
dan..Adira?Entahlah,apakah perlu baginya untuk merindui bekas isterinya itu.

Dia akui ada getaran saat terpandang raut wajah yang semakin manis dan ayu itu.Iyalah,gadis
itu pernah mencuri hatinya.Tetapi bila dia mengenangkan peristiwa pahit di
Bangkok,semuanya musnah.Hatinya bagai dituris sembilu.Ngilu.

Sampai di sebuah perhentian bas.Shahir menekan brek mengejut.Dahinya berkerut melihat
anak gadis comel yang duduk di bangku berwarna merah jambu itu.

“Yaya?”

Kenapa pula anak kecil ini bersendirian?

*****

Doktor Farish merenung gambar wanita berbaju kebaya dengan seorang budak lelaki.Gambar
itu kelihatan lusuh kerana dilipat berkali-kali.Dia merenung jauh ke hadapan.Pandangannya
melangkau ke destinasi yang tak pasti seolah-olah cuba mencari jawapan dan konklusi
terhadap bebanan yang ditanggung ke dalam jiwanya.

“Doktor!”

Panggilan Heliza mematikan lamunannya.Gambar tadi dilipatkannya semula dan dimasukkan
ke dalam dompet.Dia menguntumkan senyuman apabila Heliza duduk di hadapannya.Gadis
itu kelihatan risau.

“Kenapa Eja?”

“Sepatutnya pagi ini Shahir off kan?”

“Saya tak pasti Eja,kenapa?”

“Entahlah..”

Ayat itu tergantung.Wajah Adira bermain di dalam fikiran Heliza.Sejak pertemuan semula
Shahir dan Adira,jejaka itu sudah mula kurang memberi perhatian kepadanya.Berbeza dengan
sebelum ini.Shahir ada sahaja masa untuknya.Tetapi sekarang?

“Kenapa Eja?Ada yang ingin diluahkan kepada saya?Jangan pendam,saya ada,”

“Shahir..”

“Kenapa Shahir?”

“Emm..dia tak beritahu doktor tentang Adira?”

“Adira?Tak pula.Kenapa?”

“Kami terserempak Adira semasa di LCCT,”

“Ye?Tak ada pula dia bagitahu saya,”Doktor Farish memberi sepenuh perhatian kepada
Heliza.Sudah menjadi kebiasaannya menjadi pendengar yang setia.

“Budak perempuan tu..”

“Budak perempuan dengan Shahir tu?Ye?”

“Aha..itu anak Adira,”

“Oh..”

Doktor Farish mengurut-ngurut dagunya yang dihiasi janggut nipis.Sudah pasti dia terlepas
pandang tentang kehadiran Adira semasa dia mengambil kereta di parkir.Kalau Shahir tahu
anak itu memang anaknya,sudah pasti menimbulkan masalah yang besar.

“Sekarang..Shahir agak berubah..dia..,”

“Eja..saya ada..jangan risau..,”

“Entahlah doktor.Adira kan sudah melukai hati Shahir dengan perbuatan curangnya.Shahir
pun tahu anak tu bukan anaknya,tapi saya masih risau..cinta bisa membutakan hati kan
doktor?”

“Eja jangan fikirkan,jaga kesihatan dan emosi Eja.Saya tak mahu Eja kembali tertekan seperti
dahulu.Saya dah janji dengan Datuk Noorman akan memastikan Eja dan Shahir akan
bersama.Okay?”

Doktor Farish tersenyum.Cuba memujuk.

“Terima kasih doktor kerana menyedapkan hati saya.Saya harap semuanya akan berjalan
dengan lancar.Saya harap sangat..,”

Suara Heliza tersekat.Ada sesuatu yang tersangkut di tengah-tengah tekaknya.Kerisauan akan
kehilangan Shahir.Kehilangan buat kali kedua setelah kehilangan Aqso,suaminya.Begitu jerih
payah dia melupakan Aqso,kini dia tidak rela untuk kehilangan Shahir pula.

Doktor Farish memandang Heliza dengan perasaan simpati.Dia sudah melihat bagaimana
merananya Heliza melalui episod duka ketika kematian Aqso.Tidak sanggup dia membiarkan
Heliza melalui episod yang sama lagi.

Dalam pada masa yang sama,dia juga ada soal peribadi yang perlu diselesaikan.Sudah lama
dia tidak menjejak kaki di Malaysia.Kenangan silam itu menjelma semula.Apakah perlu dia
mencari ibunya semula?Mahukah ibunya bertemu semula dengannya?Pembunuh ayahnya
sendiri.Itu fahaman ibunya.

Terasa berat bebanan di jiwanya.

******

Suasana di taman permainan itu riuh dengan suara anak-anak kecil bermain buaian dan
geluncur.Di hujung taman seorang lelaki dewasa dan seorang anak kecil naik turun menaiki
jongkang jongket.Shahir tersenyum melihat calitan aiskrim coklat di pipi Yaya.Diambilnya
sapu tangan dari dalam koceknya.Perlahan-lahan dia bangun dari papan jongkang jongket itu
dan dibersihkan pipi Yaya.

“Uncle perangai macam Mama,”Yaya membebel sambil menolak tangan Shahir yang
membersihkan pipinya.

“Uncle macam mama,kenapa?”

“Mama macam uncle la,tak boleh tengok langsung pipi Yaya comot dengan aiskrim.Nak
dilapkan saja.Hiiii..”Yaya menyeringai menunjukkan giginya yang bertompok coklat.

“Cakap banyak.Jom!Uncle hantar pulang,”

“Tak nak!”Yaya membulatkan matanya merenung Shahir.

“Eh,kenapa pula?”

“Biar mama risau.Biar mama marah Uncle Iwan kerana lupa jemput Yaya dari tadika,”

(Huh,Uncle Iwan.Masih terbayang rupa Si Iwan dengan uniform sekolah sambil membonceng
motosikal besar ala Awie Sembilu.Ingatkan dah lupakan Si Adira,rupanya ku tunggu
jandamu..hampeh..)
“Mama memang sayang Uncle Iwan ye?”
“Mama kata dia akan kahwin dengan Uncle Iwan.Hemm..sayanglah kot..”Yaya memeluk
tubuhnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Ek?Mama dengan Uncle Iwan nak kahwin?”
“Kenapa muka uncle macam tu?”
“Muka uncle macam mana?”
“Macam ni,”Yaya mengerutkan dahinya. “Muka macam mama nampak Yaya pakai lipstick
dia hari tu.Macam naga,”

“Haha..muka mama macam naga ye?”
“Aha..macam uncle la juga.Uncle pun dah jadi muka naga tadi,”

(Eh,eh..ada juga nak kena jentik anak si Adira nih!)
“Tapi uncle naga kesayangan Yaya,”Yaya pantas mengucup pipi Shahir.Melekat lebihan
aiskrim di pipi Shahir.

Shahir tersenyum melihat keletah Yaya.Disapunya rambut anak kecil itu.
“Betul uncle naga kesayangan Yaya?”
“Betul lah!”
“Jom,naik belakang uncle!Uncle bawak Yaya terbang!”Shahir membongkok badannya di
hadapan Yaya.
“Yeah!Yeah!Naik dragon!”

Yaya pantas menaiki belakang Shahir.
“Okay,pakai tali pinggang keselamatan,”
“Okay uncle!”
“Topi keledar?”
“Check!”
“Sedia?”

“Sedia!”

“Okay!Terbang!”

Shahir berlari pantas mengelilingi taman permainan itu.Yaya ketawa mengekek setiap kali
Shahir mengejar kanak-kanak lain yang turut berada di taman permainan itu.

Bagi Yaya,itu pengalaman pertamanya terbang bersama „naga‟.Belum pernah permainan itu
dimainkan olehnya.Mama sering menyogok dengan Dora The Explorer atau Wonder
Pets.Uncle Iwan pula sekadar menyanyikan lagu „Humpty Dumpty‟ setiap kali menghantar
atau menjemputnya dari tadika.Rasanya permainan gila-gila seperti itu hanya pernah dilihat
olehnya setiap kali Damak bermain dengan Uncle Daus.Dengan seorang papa.Seorang insan
yang tidak pernah hadir di dalam hidupnya sebelum ini.

“Opps,naga kena tembak..dush,dush,dush!”

Shahir meniarap di atas padang hijau itu sambil memejamkan mata seolah-olah mati.Yaya
mula risau.Dia bingkas bangun dari belakang Shahir dan menepuk-nepuk pipi Shahir.

“Uncle..bangun!”

Tiada tindak balas.

“Uncle..janganlah mati,bangun!”

Yaya menggoncang-goncang bahu Shahir.Masih tidak ada tindak balas.Dipandangnya orang
sekelilingnya.Dia sudah mula rasa takut dan risau.Mukanya mencebik.Mula
menangis.Ditampar-tamparnya lengan Shahir.

“Bangun..jangan mati..papa bangun..bangun..jangan tinggal Yaya,”

“Hah!”Shahir bingkas bangun dan menangkap Yaya yang menjerit terkejut.Dia ketawa
mengekek apabila Shahir menggeletek perutnya.

“Okay..uncle..stop!Yaya kalah!”

Shahir tersenyum.Menyapu rumput yang melekat di rambut Yaya.

“Tadi Yaya panggil uncle..papa?”

“Aha..sorry uncle..”

“Kenapa?”

“Bila uncle berlakon mati tadi..Yaya rasa sedih.Yaya rasa macam papa Yaya yang
mati.Kenapa Yaya rasa macam tu?”

“Entahlah..”Perasaan sebak hadir menguasai jiwa Shahir.Dia kematian kata-kata berhadapan
dengan tiap baris perkataan yang dilafaz Yaya.Setiap keletah dan apa saja yang dilakukan
Yaya semua menyentuh hatinya.

“Uncle..”

“Hem?”

Yaya menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata Shahir.

“Uncle jangan menangis.Yaya tahu uncle masih hidup,”

Shahir tersenyum manis.Dia memeluk anak kecil di hadapannya itu.Ada satu hubungan yang
misteri yang mebuatkannya begitu sayang akan Yaya.Air mata lelaki itu mengalir juga di saat
tangan kecil itu memeluknya kembali.

Pelukan itu dilepaskan.Diusap pipi anak kecil itu.

“Jom,uncle hantar Yaya balik,”

“Nanti,”

Jari kecil itu membetulkan rambut Shahir yang kusut.Dia mencekakkan
pinggangnya.Kepalanya digelengkan.Sekali lagi jari kecil itu membetulkan rambut
Shahir.Ditolak rambut itu ke belakang.

“Okay!Handsome!Nak jumpa mama mesti handsome!”Yaya menaikkan ibu jarinya.

“Okay!Jom,kita jumpa mama!”Shahir pantas mendukung Yaya.Sudah lewat petang,dia tidak
mahu Adira membebel kepada Yaya kerana pulang lewat semata-mata keluar dengannya.

******

“Macam mana you boleh lupa Yaya?Mana tanggungjawab you?”

“I‟m sorry sayang.PA I betul-betul lupa nak ingatkan.Tiba-tiba Datuk Zack datang mengejut
nak adakan meeting pasal join venture filem tu..”

“I tak nak dengar pasal hal filem you.Ni pasal Yaya.Bakal anak you jugak!”

“I‟m really sorry.Ni I tengah drive ke hulu hilir nak mencari Yaya,okay?”

“Yaya bukan anak kucing Iwan!”

Telefon bimbit itu dimatikan.Bateri juga dikeluarkan.Pusing kepalanya.Sampai hati Iwan
terlupa menjemput Yaya dari tadika.Sudahlah tidak dimaklumkan kepadanya.Kalaulah dia
tidak pulang awal hari ini dan pulang malam seperti biasa,sudah tentu malam nanti baru dia
tahu Yaya hilang!

“I tak nak you risau,sebab tu I cuba cari Yaya dulu.I lewat setengah jam saja,tengok-tengok
Yaya dah tak de!”

Senangnya Iwan meluahkan kata-kata.Yang hilang itu anak perempuannya.Pelbagai perkara
bermain di minda Adira.Zaman sekarang jangankan anak perempuan,anak lelaki pun
dikhuatiri keselamatannya.Ini Yaya.Anak perempuan tunggalnya.Satu-satu mahkota hatinya.

Lagi 10 minit,dia tekad untuk menghubungi pihak polis.Dia tidak peduli alasan berapa jam
baru perlu dilaporkan.Ini soal keselamatan Yaya!

Sekejap berjalan dan sekejap duduk.Sudah seperti orang gila jadinya.Kunci kereta
diambil.Dia tidak boleh mendiamkan diri.Dia harus mencari Yaya.Sebaik sahaja pintu
rumahnya dibuka,dia terperanjat melihat Shahir berdiri di hadapan rumahnya sambil
mendukung Yaya.Tangannya ke udara seperti hendak menekan loceng rumah.Shahir
tersengih seperti kerang busuk di hadapannya.Entah kenapa telinga Adira terasa panas melihat
senyuman Shahir.

Pang!

Satu penampar hinggap di pipi Shahir.Yaya menutupkan matanya dengan tangan.Shahir pula
terasa pijar di pipinya.Adira terasa tapak tangannya pedih.

(Macam kena tulah raja pula menampar bekas suami!)

******

“Terima kasih,”

Shahir mengambil kain berbalut yang berisi telur rebus daripada Adira.Adira duduk di sofa
paling hujung sambil memandang keluar tingkap.Shahir menuam pipinya sendiri.Yaya
menghampirinya.Dipautnya lengan Shahir.

“Uncle nak Yaya tolong tuamkan?”

“Yaya!”Adira menjerit.Terkejut Shahir dan Yaya dibuatnya.Mata Adira membulat sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.”Sini!”

Yaya menelan air liurnya.Perlahan-lahan dia melangkah longlai dan duduk di sebelah
mamanya.Adira memeluk Yaya.Pandangannya dialih semula ke luar tingkap.
“Sorrylah kalau..Dira marah..abang bawa Yaya jalan..”
“Lepas tuam pipi tu abang letak atas meja.Abang boleh balik,”
“Bukan salah abang..,”
“Kalau abang nak makan telur rebus tu,abang boleh bawa balik,”

Shahir menjelir lidahnya.(Angin je!)
“Abang jangan ingat saya tak nampak lidah abang dekat cermin tingkap,”

Shahir menarik lidahnya kembali.(Alamak!)

“Kenapa Dira ni?Yang tinggalkan Yaya ni boyfriend Dira,Iwan.Abang yang selamatkan
Yaya.Kalau abang yang tak jumpa Yaya?Agak-agak siapa nak jumpa Yaya?Sang
Kancil?Upin dan Ipin?”

Yaya ketawa mengekek sebaik mendengar perkataan Upin dan Ipin.Adira mencuit lengan
anaknya.(Amboi,suka pulak dia!)

“Yaya naik atas mandi dulu.Bye bye mama.Love you!”Yaya mengucup pipi mamanya.Dia
tahu mama kalau marah,lebih baik jangan diganggu.

Yaya berlari menghampiri Shahir dan mengucup pipi Shahir.Semakin membulat mata Adira
melihat telatah Yaya.

“Bye bye uncle,I love you too!”

“I love you 2,3,4,5,6,7,8,9 and 10!”Shahir membalas ciuman Yaya.Adira mendengus
kecil.(Love you 2,3 konon..bapak dengan anak sama saja!Kaki bodek!)

Yaya berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke biliknya.Shahir memandang Adira yang
masih dingin dan membeku di hujung sofa.Dia cuba menghampiri bekas isterinya.

“Cukup!Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi,”

Shahir merenung tajam.Geram.Diundurnya dua tapak ke belakang.Seperti perbualan telepati
Shahir membulatkan matanya.(Puas hati?)

Adira memusingkan anak matanya.(Ikut sukalah!)

“Okay,abang cuma bawa Yaya jalan-jalan.Iwan yang tak menjemputnya.Salah abang ke
kerana risaukan keselamatan Yaya?”

“Terima kasihlah sangat Encik Shahir!”Adira berpura-pura tersenyum.Wajahnya
dimasamkam kembali sesaat kemudian. “Yaya tu anak Dira,bukan anak abang.So tak
payahlah abang susah-susahkan diri.Okay?”

Shahir menyapu rambutnya ke belakang.Nafasnya dihela.

“Yaya tu anak abang kan?”

“Hello!Excuse me!Sejak bila?”Adira bangun mencekakkan pinggangnya.

“Abang dapat rasakan..,”

“Hei!Abang susah payah naik turun mahkamah kerana percaya anak yang Dira kandung
bukan anak abang!Apa yang abang merepek ni?Rasakan apa?Instinct dari mana?”

“Habis tu?Anak siapa?Daus dah berkahwin dengan Ema!”

“Yang pasti bukan anak abang!”Adira melangkah ke hadapan menghampiri Shahir.Jari
telunjuknya menuding-nuding muka Shahir. “Bukan anak Encik Shahir!”

“Betul?”

“Betullah!”

“Anda pasti?”

“Pastilah!Bukan anak Encik Shahir!”

Jari itu ditudingnya lagi.Shahir menggenggam tangan Adira.Adira tersentak apabila wajah
Shahir menghampirinya.Hembusan nafas Shahir dapat dirasakan.Anehnya dia tidak bergerak
apabila diperlakukan demikian.Berdiri pasrah menunggu apa sahaja yang bakal
berlaku.Jantungnya berdegup kencang apabila Shahir semakin erat memegang
tangannya.Matanya dipejamkan apabila wajah Shahir semakin menghampirinya.Pegangan
tangan tadi dilepaskan perlahan-lahan.Redha.

“Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi..”

Bisikan Shahir membuatkan Adira membuka matanya.Sakit hatinya melihat Shahir tersengih
menyeringai sambil memakan telur rebus yang digunakan untuk menuam pipi yang ditampar
Adira tadi.

“Keluar!!!!!!!!”

Jeritan Adira memenuhi ruang tamu.

(Benci!Benci!)

Kereta sport Skyline yang baru keluar dari kediaman mewah 2 tingkat itu menarik perhatian
Iwan.Rasanya dia pernah melihat wajah lelaki yang memandu kereta itu.Tidak banyak
perubahan walaupun sudah 5 tahun tidak berjumpa.Apa pula motifnya kehadiran lelaki itu ke
rumah Adira.Iwan mematikan enjin keretanya sebaik sahaja memasuki laman hijau dengan
pepohonan buluh ala gaya aristokrat Jepun.

Bara.Ada api cemburu meluap-luap membakar hati dan jiwanya.(Apa masalah duda lapuk
ni?Gila talak?).Dia mendengus kasar sambil menolak pintu rumah Adira.

Adira tersentak apabila pintu rumahnya terbuka tanpa salam atau bunyi loceng.Dia sudah
agak Iwan kerana Iwan mempunyai kunci pendua untuk rumahnya.Tetapi petang ini gayanya
sedikit luarbiasa.Wajahnya kelihatan kemerahan dan masam mencuka.(Kenapa pula?Dia yang
tak jemput Yaya,dia pula yang naik angin..)

“Kenapa ex-husband you datang?Bila dia balik Malaysia?”Iwan serba tak kena.Berjalan tanpa
henti.Punggungnya seolah terasa panas untuk duduk.

“Dia datang hantar Yaya dan I tak tahu bila dia balik Malaysia,”Jawab Adira bersahaja sambil
menutup daun pintu yang terkuak luas ditolak Iwan tadi.

“Oh..jadi dia yang larikan Yaya,”

“Correction,dia yang selamatkan Yaya sebelum mana-mana manusia jahat boleh culik Yaya
sekelip mata,”(Ya ampun,kenapa Iwan marah-marah?)

“Oh..my...God..so sekarang mamat tu dah jadi Spiderman you balik?Spidey,your friendly
neighbourhood!”Iwan menunjukkan tiga jari seperti Spiderman menebarkan sarang labah-
labahnya.

“Jangan jadi budak-budak la Iwan,it‟s so annoying,”(Geram)

“Sekarang I dah jadi perkara yang annoying untuk you?Great!Cool!”

“I tak cakap pasal you,I cakap pasal you Spidey‟s attitude..this!”Adira membulatkan matanya
sambil meniru cara Iwan menunjukkan tiga jari Spiderman.Sinikal.

“Jadi?What?Dia dah tahu Yaya anak dia?”

“Shh..”Adira menggeleng-gelengkan kepala.Matanya meliar memandang ke atas,bimbang
jika Yaya sudah selesai mandi dan mendengar kata-kata Iwan tadi.

“So bila you nak beritahu dia?Or may be you nak kembali pada dia?I‟m
glad!Bila?Bila?Bila?”Iwan tersenyum sinis sambil mencekak pinggangnya.

“Kenapa?You nak sangat I balik pada dia?”

“Itu yang ada dalam minda you kan?Spot on!I dah agak..I dah agak sangat-sangat!I cuma
tempat you melepas rindu dan sepi.Bila duda you datang balik,you akan balik pada
dia.Tahniah,so desperate!”

“Iwan!Mulut jangan becok!”

Adira rasa ingin saja menampar pipi Iwan.Biar hari ini dia mendapat anugerah penampar
paling tegar.Mula-mula Shahir,kemudian Iwan.

“What?I salah?Memang betul kan?You nak balik pada mamat tu?”

“Iwan,sebelum I tampar you.You keluar,”Adira cuba menenangkan perasaan amarahnya.Pintu
rumah itu dibuka kembali.Sudahlah sebelum ini dia menyampah melihat karenah loyar buruk
Shahir dengan telur rebus,sekarang dia perlu melayan karenah angin satu badan Iwan
pula.Cukup-cukuplah.

“I tak nak keluar,”

“Keluar,I rasa benci sangat tengok muka you sekarang,”

“See?Sekarang dah benci kan?”

“Mula-mula you lupa jemput Yaya dan sekarang you cuba nak tabur fitnah pasal I dengan
Shahir.Annoying!”Adira sudah mula hilang kesabarannya.

“Cakap?You memang nak kembali pada Shahir kan?”

Iwan memegang tangan Adira.Kasar.

“Sakitlah,Iwan.Keluar sebelum Yaya nampak,”

“You tahu kan I sayang you?”

Rangkulan tangan itu semakin kuat.

“Lepaslah Iwan,sakit!”

“You jangan mimpi nak balik pada Shahir!”

Satu rentapan tangan yang kuat dari Iwan telah mematahkan gelang tangan jade yang dipakai
Adira.Bunyi gemercing gelang yang patah itu berdesing bunyinya di atas lantai.

Iwan berlalu keluar dengan perasaan marah dan cemburu.Ada kesal di dalam hatinya kerana
memperlakukan Adira sedemikian.Tetapi dia tidak mahu kehilangan Adira lagi di tangan
Shahir.Cukuplah sekali dia tewas kepada Shahir.

Adira menggosok-gosok pergelangan tangannya yang sudah mulai lebam.Dia sendiri terkejut
dengan tindakan Iwan.Namun dia tidak menyalahkan Iwan,jika dia menjadi Iwan pun dia
akan menaruh syak wasangka sebegitu juga.

Mujurlah Yaya tidak ada menyaksikan kejadian tadi.Jika tidak,sudah tentu perihal Iwan akan
diberitahu kepada datuk dan neneknya..

*****

Lokasi:Perak

Datuk Maulana menggosok-gosok senapang patah miliknya.Itulah hobinya semenjak
meninggalkan dunia politik dan kemewahan.Menembak rusa untuk dibuat lauk atau
menembak tupai dan keluang yang mengganggu dusun buah-buahannya.

Berbanding bermain golf sambil berbincang bisnes,hobi memburu ini lebih mendekatkan
dirinya dengan alam dan Tuhan.Buruannya bukan untuk bermain-main tetapi untuk dibuat
lauk-pauk.Apatah lagi selepas rentetan peristiwa pahit dalam hidupnya.Shahir melarikan
Adira,nikah pun tidak berkenduri dan paling menjengkelkan hatinya Shahir boleh
menceraikan Adira setelah mengandung.Rumah miliknya di Rawang dijual dan dia membeli
hartanah baru di Pahang ini dengan azam baru untuk melupakan semua cerita yang tidak
indah yang sudah tercatat dalam jurnal hidupnya.Hujung senapang itu dihala ke pokok kelapa
di hadapan rumahnya.Sakit hatinya melihat tupai galak bermain di situ.(Bertuah punya
anak!Kalaulah engkau tupai tu dah lama aku tembak!)

“Daddy,”

Suara lembut Datin Ainul memanggilnya untuk duduk di atas pangkin yang dibuat daripada
kayu jati itu.Dia tersenyum merapati isterinya yang menyediakan dua cawan kopi untuk
mereka berdua.

“Weekend ni Yaya datang ke sini,”

“Iye?Baguslah.Lama saya tak jumpa cucu kita,”

“Aha..tapi datangnya dengan Si Iwan kata ayang,”

“Huh,Iwan!”Datuk Maulana menghirup kopi yang panas itu.Lagi panas lagi sedap.“Memang
ayang nak kahwin dengan budak tu?”

“Habis tu Iwan yang menjaga dia selama ni,”

“Tak guna betul abang!Kalaulah dia muncul depan daddy,mahu juga daddy tembak kaki
abang tu,”

“Iye lah tu,silap haribulan daddy peluk cium dia.Macamlah saya tak tahu,”

“Mummy,walaupun abang tu darah daging daddy,salah tetap salah!Entah ke mana
menghilangnya?Sia-sia saja kita berikan ilmu agama dan dunia yang seimbang.Ada juga
bengkang bengkoknya si abang ni,”

“Bengkang tak bengkok,saya lupa nak beritahu tadi Haji Asmara telefon,katanya nak minta
abang tembak kerbau Pak Udin yang naik sheikh,”

“Mummy ni sekarang baru nak beritahu,”Datuk Maulana segera bangun dari pangkin
mencapai senapang patahnya.“Mummy bukannya tak tahu,daddy ni harapan orang
kampung.Silap haribulan dilantik jadi ADUN,”

“Eh,minat politik lagi?”Sindir Datin Ainul sambil tersenyum.Suaminya tidak mempedulikan
sindiran itu sebaliknya bergegas menaiki kereta Mercedes lamanya menuju ke hujung
kampung.Apa nak buat,walaupun pencen daripada politik.Rindu itu masih ada.

Trut..trut..

Bunyi panggilan telefon di dalam rumah menarik pendengaran Datin Ainul.Segera dia
bergegas masuk ke dalam rumah.(Haih,takkan Haji Asmara lagi kot?)

“Hello..assalammualaikum,”

Suaranya termengah-mengah ketika mengangkat panggilan telefon itu.Tiada balasan.

“Hello?”

Ktak!

Bunyi panggilan telefon diletak menyakitkan hati Datin Ainul.(Inilah budak-budak
sekarang,menyalahkan teknologi!Orang guna telefon untuk bercakap,diaorang guna untuk
mendengar.Lebih baik pakai earfon,dengar je lagu.Haih!)

Lokasi:Kuala Lumpur.

Doktor Farish duduk membantu di hujung kamarnya.Iphone yang dipegangnya tadi di campak
ke atas katil.Susah-payah dia mendapatkan nombor telefon itu,akhir sekali tiada
komunikasi.Lidahnya kelu sebaik sahaja mendengar suara itu.Rasa rindu dan bersalah yang
bercampur baur.

Iyalah,apa pengenalan yang perlu dia pertuturkan?

(Assalammualaikum ibu..ingat lagi Farish?Pembunuh suami ibu?)

Mana mungkin.

******

Daus mengemaskan fail yang akan dibawa untuk pembentangan jalur lebar 4.5G di konvesyen
telekomunikasi peringkat kebangsaan.Hatinya berdebar-debar juga bimbang jika usul yang
dibawa syarikatnya menjadi bahan lelucon syarikat gergasi yang lain.Namun sebagai CEO
yang paling muda dalam syarikat telekomunikasi di Malaysia,Daus pasrah.

“Encik Daus,ada guest nak jumpa Encik Daus,”

Suara setiausahanya di intercom sedikit cemas.

“Guest?Tak ada appointment kan?Saya tak nak.Saya nak pergi PWTC ni,”

“Tapi dia nak masuk juga..eh..encik..encik..”

Seraya dengan bunyi kekalutan itu kamar pejabat Daus dicerobohi seorang lelaki yang
tersenyum nakal di hadapannya.Tangannya memegang sebatang kayu besbol.

“Encik Daus,maaf..saya dah halang..”

“Tak pe..tak pe..biarkan dia,”

Setiausahanya yang cemas tadi sekadar mengangguk sambil berlalu keluar.

“Aku ada satu tawaran menarik buat kau,”Lelaki itu tersenyum sambil mempamerkan
matanya yang sinar dan bercahaya.Penuh keceriaan.

“Ye?Tengok situasi,betapa menariknya tawaran kau,”

“Ceritakan kebenaran dan rewardnya?Kau boleh belasah kereta kesayangan aku dengan kayu
besbol ni dan kau boleh belasah aku juga,menarik?”

Daus tersenyum lebar.

******

“Satu lampu kereta ni untuk Datuk Maulana!”

Daus memukul lampu hadapan sebelah kanan.Pecah berderai dan berbunyi alarm membingit
di belakang bangunan pencakar langit setinggi 10 tingkat itu.

Shahir hanya mampu membiarkan Daus berseronok dengan kereta Peugot miliknya.Walaupun
tidak semewah mana,kereta itu tetap menjadi kesayangannya atas nilai sentimental yang
tinggi.Lebih sayang daripada Skyline yang sentiasa dipandunya.Iyalah,dengan kereta itu dia
melarikan Adira.Alangkah gembira hatinya apabila berjaya menemui semula di pusat
lelongan kereta semalam.Kini kereta itu menjadi habuan Daus.

“Satu lagi lampu depan untuk Datin Ainul..mummy engkau!”

Bertaburan lagi kaca di atas jalan tar.

“Dua lampu belakang khas untuk Adira dan Yaya.Ambik!”Dua hentaman kayu besbol yang
kuat memecahkan sekelip mata lampu belakang Peugot itu.

Daus mengeluh kuat sebelum membaling kayu besbol itu ke longkang.Dia tersenyum
menghampiri Shahir yang pasrah menerima habuannya pula.

“Kau nak tahu kebenarannya ye Shahir?”

“Ya..aku nak tahu..pasal Yaya..”

“Oh..pasal Yaya.Kenapa sekarang?Kenapa tak dulu sebelum Yaya lahir kat dunia ni?”Daus
menyindirnya sambil melipat lengan bajunya.Bersedia untuk membelasah.

“Kau tahu kan situasi aku dulu?Kaulah,kau rapat sangat dengan Dira,”

“Oh sebab aku rapat dengan Dira maka aku ni ayah Yaya la ye?”

“Come on la,kau yang selalu datang jenguk Dira di Alor Setar,”

“Oh,macam tu?Kebenaran pertama,kau bodoh!”

Satu tumbukan padu hinggap di dagu Shahir.Rasa mahu tercabut rahangnya.(Aku bukan suruh
belasah sampai bengkak rahang!Ngok punye kawan!)

Shahir tidak membalas,dia cuma mahukan jawapan Daus.Diludahnya darah yang memenuhi
mulutnya.Tersengih kembali.

“Kebenaran kedua,memang masa tu aku masih sayangkan Dira.Memang salah aku sayang
isteri orang.Tapi aku belum tahap bahlul lagi sampai nak buat benda tak elok kat Dira!”

Penumbuk Daus hinggap pula di hidung Shahir.Rasanya patah juga hidungnya.Mengalir
darah pekat keluar melalui hidung Shahir.Terhuyung hayang Shahir dibuatnya.

“Oi,aku tahulah hidung aku mancung,kau jeles tak agak tumbuk hidung aku.Habis tu yang
kau syok bini orang tu?Aku layak tak nak tumbuk kau balik?”

Tanpa persetujuan Daus,penumbuk Shahir pula melekat di perut Daus.Kedua-dua mereka
terjatuh di tepi longkang.Rebah di tepi longgokan sampah.

Daus menahan kesakitan perutnya yang senak ditumbuk Shahir.Dalam kesakitan itu kedua-
duanya ketawa serentak.Daus mengambil tali lehernya dan mengelap darah yang mengalir di
hidung Shahir.Ditolaknya kepala Shahir.

“Kau ni memang menyusahkan semua oranglah Shahir.Asal ada masalah,kau bukan nak
selesaikan..kau lari daripada masalah!Tengok!Hidung dah bengkok macam bangla!Sakitlah
perut aku,bodoh!”

“Kau je asyik belasah aku..aku nak jugak bagi,”Shahir tersengih menunjukkan giginya yang
berdarah.

“Hei,dia sayang kau lagilah,”Daus menyiku lengannya.

“Siapa?”

“Janda kau lah.Takkan Lady Gaga kot,”

“Aku dah agak..,”

“Ceh,riak betul!”

“Betul..,”Shahir tersenyum memandang Daus yang memandangnya dengan wajah
poyo.“Kalaulah masa tu aku betul-betul cium dia,mesti dia dah cair dengan Shahir.Kesian
betul Dira,dia mati-mati ingat aku nak cium dia,”

“Oi,dia bukan bini kau lagi.Suka pulak engkau ye?Bila kau jumpa dia?”

“Sebab dia bukan bini aku la,aku cancel.Dua hari lepas..aku hantar Yaya balik rumah.Yaya?”

“Yaya?Yang pasti Yaya bukan anak aku,”Daus bangun sambil menepuk seluarnya yang
kotor.Tali lehernya yang kotor dengan darah Shahir dibukanya.

“Bro..kau dah belasah kereta aku dengan muka handsome aku.Kau cakap nak beritahu
kebenaran,apa ni?Dah nak blah pulak,”

“Ek?Iye ke?Aku tak cakap kan berapa kebenaran aku nak beritahu?Aku ada keje la..kau dah
kotorkan suit Marc Jacobs aku,”Daus tersenyum sambil melambaikan tangan.Dia sedikit
membongkok sambil tangannya menahan perut yang masih sakit.

Shahir mengeluh kecil.(Hampeh!Masih membebel pasal sut high fashion macam dulu
lagi.Adeh..).Dagunya terasa seperti hilang.Kebas.

“Jap..kau ingat lagi mana stable kuda aku?”Daus bersuara tanpa memandang wajah Shahir.

“Aha..aku rasa aku ingat..kenapa?”

“Esok jam 5 petang Dira teman Yaya belajar tunggang Black Teddy,”

“Black Teddy?”

“Anak kuda jantan aku.Good luck!”Daus mencampak sekeping kad berwarna emas.Seperti
kad keahlian.

Shahir hanya memerhati Daus berlalu pergi meninggalkannya seorang diri berbaring di tepi
longgok sampah.Hidung patah,dagu sakit dan lampu kereta Peugot pecah.Shahir pun tidak
tahu kenapa dia melakukan semua ini sedangkan dahulu dia yang menolak Adira dan
kewujudan Yaya.Dipandangnya langit tinggi yang tidak berbumbung.Sesungguhnya hanya
Dia Yang Tahu.

******

Adira tersenyum melihat Yaya menunggang Black Teddy sambil dipimpin oleh jurulatih
ekuestrian,Johnny Lee.Sesekali Yaya melambaikan tangan kepada mamanya.Adira membalas
kembali sambil member kucupan „flying kiss‟ kepada anaknya.

Ladang kuda milik Daus ekslusif untuk keluarga dan rakan-rakan yang rapat.Memerlukan kad
keahlian dan bukan orang sebarangan.Adira memang jarang menunggang kuda lagi sejak
bekerja.Tetapi sudah tentu dia masih sayangkan Bibah.Bibah masih kuat dan digunakan untuk
bermain polo dan ekuastrian.Bibah banyak berbakti untuk Daus ketika memasuki
pertandingan ekuestrian amatur atau polo di-raja.Kadangkala Daus juga menunggang
Jimmy,‟suami‟ si Bibah.

Daus memang membenarkannya untuk menaiki Bibah atau Jimmy,tetapi rasanya sejak Daus
berkahwin dengan Emma,Adira lebih rapat dengan Emma daripada Daus.Mungkin kerana
„sejarah‟ antara mereka membuatkan Adira lebih senang menjarakkan diri daripada
Daus.Apapun sebagai lelaki budiman,Daus tetap menunaikan janjinya untuk memberi anak
Bibah untuknya.Secara automatik diserahkan kepada Yaya.Yaya pun bukan main lagi
sayangnya dengan anak kuda hitam bernama Black Teddy itu.

“Tadaa!Teddy hitam!”

Adira terkejut melihat Shahir berdiri di sebelahnya dengan patung beruang besar berwarna
hitam.Dudanya itu berkaca mata hitam dengan tampalan plaster di hidung dan di dagu.(Buruk
betul,macam samseng Kampung Dusun!).

“Hei,ini kelab ekslusif.Members only,”

“Aha,member!”Shahir menayang-nayangkan kad keahlian yang diberi Daus kelmarin.

Adira mencebik bibirnya.(Ah,Abang Daus la ni!)

“Ni kenapa abang macam simen retak bertampal plaster?”

“Risau juga Dira kat abang ye?”

“Bukan risau,tanya.Buruk benar macam tak cukup sifat,”

“Nah,pegang!Cakap banyak,”Shahir menghulurkan anak patung beruang hitam itu kepada
Adira.

“Dira bukan budak kecil lagi nak main beruang,”

“Hello,excuse me,abang beli ni untuk Yaya,bukan untuk Dira,”

“Tak payah!”

Adira mencampak beruang hitam yang diberi Shahir itu ke tanah.

“Nampak Yaya karang..tak baik Dira buang,abang memang belikan untuk Yaya,”

“Buat apa abang nak susah-susah?”

“Sebab abang sayang..”

“Tolonglah!Abang jangan nak mengada-ngada!”

“Abang sayang kat Yaya.Erk,kenapa Dira ni?”

“Yaya tak perlu kasih sayang abang,dia bukan anak abang,”

“Dira..abang minta maaf..abang..”

“Abang!Sudah!Yaya bukan anak abang okay?”Adira berlalu ke tengah padang.Pandangan
matanya mengekori Yaya yang menghampirinya.Yaya turun daripada Black Teddy dengan
bantuan Johnny Lee.Dia berlari gembira lantas memeluk Adira.Belum sampai sesaat dalam
pelukan mamanya dia berlari ke arah Shahir dan terus memeluk Shahir.Berbulu mata Adira
melihat perbuatan anak manjanya seorang.Sekarang sudah mula lebihkan papa dari mamanya.

“Wow,Black Teddy versi bear!”

Yaya mengambil anak patung beruang hitam yang dicampak Adira tadi.Sahaja Shahir
tersengih menyeringai kepada Adira.Adira mengecilkan matanya.(Menyampah!)

“Uncle belikan untuk Yaya ye?”

“Aha,uncle belikan untuk Yaya,”

“Habis tu,kenapa ada kat tanah?”

“Entahlah,mama Yaya yang buang,”(Hamik!)

Adira membulatkan matanya kepada Shahir.(Ya ampun..eeeeee..)

“Apa?Mama buang?Mama,tak baik tau buang hadiah Yaya,”Yaya memandang Adira sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mama bukan buang tetapi terjatuh sebab uncle tolak mama,”(Bzzzzrrr!!:p..)

Shahir mengerutkan dahinya.(What?L.I.A.R..hidung panjang macam Pinocchio!)

“Apa?Uncle tolak mama?Tak baik tau uncle tolak mama?”Yaya menggeleng-gelengkan pula
kepalanya kepada Shahir.

“Uncle tolak mama memang tak baik.Uncle tambah mama sama dengan Yaya,baik
kan?”Shahir mengenyitkan matanya kepada Adira.(Uncle+mama=Yaya..hahahaha!)

Adira menggeleng-gelengkan kepalanya.(Gatal dan over betul tunang Heliza nih)

“Yaya tak faham..”Yaya menggaru-garu kepalanya sambil memeluk si „teddy‟ hitam.Adira
menghampiri Yaya dan Shahir.Dia pantas memegang tangan anaknya.

“Jom,Yaya..kita balik.Tak payah dilayan uncle tak betul ni,”

“Okay..err..mama,boleh uncle ikut pergi rumah datuk dan nenek tak weekend ni?”

Adira mencubit pipi Yaya.(Mulut becok betul..).

“Eh?Yaya jemput uncle ke?”Shahir sedikit terkejut.

“Aha,pagi Ahad pukul 9 kita bertolak..macam biasa..”Yaya tersenyum girang.Adira rasa
mahu saja mencubit pipi Yaya buat kali kedua biar sampai merah.Sudahlah Iwan cemburukan
Shahir,dia boleh pula mengajak Shahir bersama mereka ke rumah daddy.

“Mama tak pasti uncle berani atau tidak pergi ke rumah datuk dan
nenek,kan?Kan,kan,kan,Uncle Shahir?”Adira tersenyum sinis.

Shahir tidak menjawab.Mulutnya terkumat-kamit seperti membebel tetapi tidak
kedengaran.(Memanglah takut nak jumpa daddy balik..tapi..tapi..kita tengoklah macam
mana.Perli orang pulak,masalah betul minah ni..)

“Dahlah Yaya,mama yakin uncle takkan pergi.Jom balik!”

Adira menarik tangan Yaya.Entah mengapa kaki itu tersalah langkah dia tersepak batu di
hadapannya sebelum terjatuh ke dalam dakapan Shahir.Shahir yang menyambutnya
tersenyum nakal.Serta-merta adrenalin di dalam sistem tubuhnya bergerak pantas.Walaupun
menyampah gila dengan bekas suaminya tetapi dia sukar menafikan rasa kejutan elektrik itu.

“Aku menyambut,tiap kali engkau terjatuh..hai,rasa debar-debar pulak hati ni,hehe,”

“Diam!Lepaslah!”

Adira menolak Shahir dan menarik kembali tangan Yaya yang terlepas tadi.Mukanya
kemerah-merahan menahan rasa malu.Yaya tersengih-sengih sambil melambai-lambai kepada
Shahir.Shahir membalas kembali lambaian itu.

“Amboi,amboi..mama tadi bercinta dengan Uncle Shahir ye?”Yaya tersenyum lebar
memandang mamanya.

“Diamlah,Yaya!”

Perbualan dua beranak itu semakin sayup kedengaran oleh Shahir.Terukir senyuman manis di
bibir Shahir mendengar usikan Yaya terhadap Adira.

Pada masa ini hanya wajah Adira dan Yaya bermain di minda dan jiwanya.Dia seolahnya lupa
kepada Heliza yang setia menemaninya sepanjang 5 tahun ini.Dia sendiri tidak tahu kenapa
Adira dan Yaya mempunyai daya tarikan magnetik terhadap emosinya.Hatinya mengatakan
Yaya anaknya.Tetapi mindanya dengan bukti-bukti yang dilihat di Bangkok
mengelirukannya.Daus mati-mati menafikan Yaya itu anaknya.Bagaimana jika benar Yaya
anaknya?Ya Tuhan,alangkah berdosanya dia kerana menidakkan hak Yaya dan Adira.Shahir
duduk termanggu di tepi ladang kuda itu.Mungkin hanya daddy dan mummy yang mampu
membantunya.

Ke rumah daddy?Bertemu daddy dan mummy?Mampukah dia?Dia sudah terlalu banyak
melakukan dosa terhadap kedua orang tuanya.

(Ya Allah,jika jalan yang kupilih ini jalan kebenaran..Kau permudahkanlah
urusanku.Sesungguhnya aku hanya HambaMu yang tidak berdaya dan buntu dalam
kekeliruanku..)

Dingin pagi Ahad itu mencengkam hingga ke tulang hitam rasanya.Hujan yang lebat sejak
Subuh tadi sudah renyai-renyai saat jam melewati pukul 10 pagi.Suasana di Bukit
Antarabangsa itu dipenuhi kabus nipis dan wap-wap air membasahi cermin keretanya.Iwan
menggosok-gosok kedua telapak tangannya untuk memanaskan dirinya.Sweather Adidas yang
dipakainya dizip sehingga ke leher.Menggeletar seluruh anggota tubuhnya.

(Errr..sejuk..lambatnya mak dan anak ni..trrrr..)

Penantian dalam kesejukan di halaman rumah Adira itu berakhir apabila kedua beranak itu
keluar dari rumah.Yaya melompat-lompat girang sambil memeluk teddy bear berwarna hitam
yang dihadiahkan Shahir.

“Morning Uncle Iwan,sejuk ye?”

Yaya tersengih-sengih sambil masuk ke dalam kereta.Iwan hanya memandang Yaya tanpa
sebarang jawapan.(Lagi mau tanya,sabar je..haish!)

Adira tersenyum tawar ke arah Iwan sambil menghulurkan beg kecil berisi pakaiannya dan
Yaya.Iwan membalas senyuman itu sambil memegang tangan Adira.

“I minta maaf pasal hari tu..I terlalu emosi,”

“Emm..tak pe..I faham.Kalau I tempat you pun,I akan rasa marah dan cemburu juga,”

“I marah dan cemburu sebab I sayang you.I ikhlas dengan you dan juga Yaya.Walaupun I
agak sukar nak menjalin hubungan ayah dan anak dengan Yaya tapi I sayang Yaya macam
anak I sendiri juga,You faham kan?”

“Ye,I faham.Terima kasih sebab sentiasa ada dengan I semasa ketiadaan Shahir,”

“Please..jangan sebut nama dia lagi..”

“Err..ada masalah sikit pasal tu..,”Adira tidak memandang mata Iwan.Dia menggaru-garu
dagunya yang tak gatal.Cuba melindungi perasaan resah.

“Masalah apa?”Iwan kelihatan kaget.Membulatkan matanya.

“Yaya ada jemput..err..tapi I rasa dia pun tak mungkin ikut,”

“Jemput?Ikut?Siapa?”

Soalan bertalu-talu daripada Iwan dijawap dengan bunyi hon kereta Peugot yang berlampu
baru di hadapan dan belakang.

“Assalammualaikum!Morning!Saya lambat ke?”

Shahir tersenyum lebar sambil melambai-lambaikan tangannya kea rah Adira dan Iwan.

Air muka Iwan segera berubah.Sukar baginya untuk tersenyum ceria.Adira hanya mengeluh
kecil.Cuma Yaya yang terlompat kegembiraan di dalam kereta.

******

Daddy..daddy cool..daddy daddy cool..

Beriya betul Shahir dan Yaya berjoget di belakang kereta.Iwan berharap dia ada lagi sepasang
tangan buat menekup telinganya sepanjang pemanduan ke Beruas.(Daddy cool,daddy
cool..aku yang tak cool walaupun cuaca sejuk!)

“Iwan!”

Tercongok wajah Shahir di antara Iwan dan Adira sambil tersenyum nakal.

“Hem..kenapa?”(Tiba-tiba je „terjongos‟ mamat ni!)

“Kau tak de masalah kan aku tumpang kereta kau?Kereta aku tu baru je repair kena pukul,tak
sampai hati aku nak bawa dia jalan-jalan jauh hehe,”

“Dahsyat kau ye?Kau kena pukul,kereta kau pun kena pukul?”Sindir Iwan sambil
mempamerkan senyuman „sakit hati‟.

“Uik,biasalah hero mesti kena pukul.Tak percaya tanya heroin,kan Dira kan?”

Adira tidak menjawab sebaliknya hanya menjeling tajam.(Elok sangatlah tu dengan muka
lebam-lebam tumpang kereta orang.Berani betul ye nak jumpa Daddy?Nanti perang besar you
see,huh!)

“Oh hero ye?Ni hero bahagian kedua nak cakap,boleh tak kau diam-diam kat belakang
sebelum aku tinggal kau tepi jalan?”


Click to View FlipBook Version