“Farina,you sure dengan apa yang you buat?”
“Teramat-amat pasti,kenapa?”
“50 peratus daripada saham you,you berikan pada Shahir,I can‟t say anymore,”
“I trust him,sebab tu I bagi dia pegang pengarah urusan di sana,”
“As a friend,your best friend,your partner..darling,just beware.I tak cakap Shahir tak
baik.He‟s really a good gentleman.Tapi I risau you,”
“LJ..doakan yang terbaik untuk I dan Shahir okay?”
Datin Linda Jasmine memandang sayu ke arah Farina.Perlahan-lahan dia mengangguk.Cuba
memahami gejolak di hati wanita yang tabah di hadapannya.Cuba mengerti kasih sayang
wanita itu terhadap lelaki yang bertakhta di hatinya.
Secara peribadi,dia kagum dengan ketabahan Farina menghadapi tohmahan dan kata-kata
nista sesetengah masyarakat.Dalam pada masa yang sama,dia juga tidak begitu menyokong
tindakan sahabatnya menaikkan posisi Shahir dalam syarikat daripada Pembantu Peribadi
kepada Pengarah Urusan.Mulut orang pasti tidak akan berhenti daripada mengata yang
negatif.Kerana yang buruk itu lebih seronok dibincangkan walaupun hakikatnya diri sendiri
tidak sempurna mana.
******
Melewati lereng bukit kawasan Bangsar yang dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia
membuatkan mata Shahir sedikit segar.Di sebelahnya,Adira sudah pun terlelap.Di
belakangnya pula Mbak Seena tidak habis-habis menyanyikan lagu „Mencari Jodoh‟ sampai
rasanya Shahir sendiri boleh menghafal lirik lagu tersebut.
Sampai di sebuah banglo mewah dua setengah tingkat,Shahir menggerakkan Adira dan masuk
ke dalam rumah itu.Adira mengeliat malas sebelum melangkah longlai masuk ke dalam
rumah itu.Mbak Seena menuruti langkahnya di belakang.
“Wah,cantik gila rumah ni!Sayang gila girlfriend abang kat abang,”Adira menaikkan anak
matanya ke atas.Persis menyindir.
“Bukan dia bagi la,ini pemberian syarikat sebab abang naik pangkat.Jom,kita mula
mencuci!”Shahir menepuk bahu Adira sambil memberikannya mop.
“Abang ni membulilah,”Adira masih membebel.Tak puas hati.
“Jom,jom abang tolong,”Shahir mengambil mop yang lain sambil tangan kirinya memegang
baldi berisi air.Mbak Seena sudah pun mula mencuci bahagian tingkat atas.
Di tingkat bawah,Shahir dan Adira bekerjasama mencuci lantai.Sesekali datang angin
merapu,kedua-dua mereka menjadikan batang kayu mop itu sebagai pedang dan berlawan ala-
ala Star Wars.Pada saat lain berterbangan buih daripada pencuci lantai jatuh ke atas hidung
Adira.Shahir hanya ketawa kecil sambil mengesat dengan hujung jari kelingkingnya.Penat
mencuci lantai,mereka mencuci pula tingkap dan menyusun sofa mengikut citarasa
Adira.Mbak Seena yang sememangnya proffesional bab cuci-mencuci bisa mengemaskan
seorang diri satu setengah tingkat tanpa bantuan sesiapa.
Shahir duduk tersandar di atas sofa.Terjelepuk keletihan.Adira juga menghempaskan
badannya di sebelah abangnya.
“Terima kasih sebab tolong abang,”
“Bukan tolong,kena buli,”
“Eh,jangan macam tu..macam jahat sangat abang,”
“Abang tak jahatlah..abang baik,”Adira menguap sambil tangan kanannya menutup
mulut.Tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuknya dia pada saat itu.
“Wah,bangganya!”
“Abang..baik sangat..”Mata Adira sudah hampir terpejam.
Perlahan-lahan kepalanya jatuh ke atas bahu Shahir.Terlelap dengan bunyi dengkuran kecil
kerana keletihan.Shahir terdiam seketika.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Shahir menahan
lembut kepala Adira sambil meletakkan ke atas kusyen kecil sebagai ganti bahunya.
Jaket jeans Edwin yang dipakainya,ditanggal dan digunakan untuk menyelimuti Adira yang
sudah nyenyak tidur dibuai mimpi indah.Shahir ingin menyentuh seraut wajah manis di
hadapannya.Tapi tangannya membeku dan kaku di udara.Dia mengeluh kecil sebelum
membawa dirinya keluar ke halaman rumah.Membawa sekeping hatinya yang hanya dia
sendiri tahu betapa hebatnya rasa mengingkari rasa itu.Sedangkan ia ada.
Laguku mengubat hati..bersama alunan muzik ku sendiri..biarkan saja ia pergi..mebawa
seribu pertanyaanku di hati..
Tingkap kereta Peugot berwarna perak itu diturunkan.Bintang-bintang berkerlipan seiring
dengan lampu-lampu yang menghiasi badan Menara Berkembar Petronas.Farina memandang
wajah pemuda tampan di sebelahnya seolah-olah melepas kerinduan yang tak henti
noktahnya.Perjalanan jauh dari Christchurch langsung tidak memberi lelah
kepadanya.Hatinya memang berat meninggalkan Alif bersama Datin LJ di sana,tetapi dia
terpaksa juga datang segera ke Malaysia untuk meleraikan perjanjian yang sudah lama
dimeterai oleh Shahir kepadanya.Ya,soal peribadi selain soal bisnes mereka di cawangan
syarikatnya di Malaysia.
Segalanya telah dikorbankan demi lelaki yang dicintainya ini.Bukan sahaja wang ringgit
malahan hatinya juga.Betapa dia terpaksa menolak lamaran lelaki-lelaki lain yang ingin
menyuntingnya menjadi suri hidup walaupun status mereka bukan calang-calang
orangnya.Status bukan ukuran baginya lagi,dia cuma mahu seorang lelaki yang mampu
menjaganya dan melindunginya.
Sesekali Shahir memandangnya sambil tersenyum.Senyuman manis jejaka itu dibalasnya
semula dengan rasa cinta yang membara.
“Hai,you asyik senyum kat I aje,nape?Dapat loteri?”
“Habis tu?You nak I jelir lidah?”Sengaja Shahir menjelirkan lidahnya.
“Buat kelakar,lama you tak contact I,you dah ada orang baru ye?”Farina mengenyitkan
matanya.Cuba menduga apa yang tersirat di dalam hati Shahir.Shahir menarik nafasnya dan
melepaskan.Dia tersenyum sambil meneruskan pemanduannya.
“You jangan risau,I tak akan pernah lupa janji I,”
“Sayang sekali..,”
“Apa yang sayang sekali?”Shahir mengerutkan dahinya.Tidak mengerti.
“Sayang sekali you tak jawab soalan I,”
“Oh,ye ke?Anyway thank for the house,”Shahir pintas mengubah topik yang ingin
diperbesarkan oleh Farina.
“You are welcome.Cantik?”
“Tip top.First class.Buat apalah you nak bazir-bazirkan duit demi I,”
“Alah,bukan orang lain pun,my future husband jugak,”
Shahir melemparkan senyuman kepada Farina.Entah mengapa dia sendiri rasa bersalah
terhadap wanita yang banyak menabur budi kepadanya selama ini.Wajah Adira tiba-tiba
muncul di benak fikirannya.Wajah yang nakal tapi polos dan naif.Seraut wajah yang hanya
mengenali hitam dan putih.Hakikatnya kehidupan ini ada pelbagai warna termasuk sebusuk
kelabu dan seindah merah jambu.
“Kita nak ke mana ni sayang?”
“Kita ambil adik I dan maid di Bangsar dulu,lepas tu kita ke rumah daddy I di Rawang,”
“Adik you,yes I remember..Ayang nama dia kan?”
Shahir mengangguk sebelum membelok keretanya masuk ke halaman sebuah banglo dua
setengah tingkat.Hon kereta dibunyikan dua kali.Cahaya lampu keretanya menerangi hadapan
rumah itu.Sebaik sahaja sliding door dibuka,seorang gadis kecil molek muncul sambil
memakai jaket jeans berwarna biru tua yang lebih besar daripada saiz badannya.
“Itu ayang?”
Persoalan Farina tidak dijawab Shahir.Farina hanya melihat gadis di hadapannya berdiri
dengan muka separuh mengantuk.Dia cuba memberi senyuman yang ikhlas kepada gadis
itu.Tetapi senyuman itu hanya dibalas dengan wajah yang tidak senang dengan kehadirannya.
******
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi,Datin Ainul sendiri tidak menyangka mereka akan
menerima kedatangan tetamu istimewa yang datang daripada jauh.Kelam kabut dia dan Mbak
Seena menyediakan juadah hatta pun untuk supper cuma.
Akhirnya dapat juga mereka menyambut kedatangan teman wanita Shahir yang selama ini
hanya mereka dengar daripada omong-omongan sahaja.Datuk Maulana tidak kisahkan umur
atau status gadis pilihan Shahir,cukuplah jika wanita ini bisa membahagiakan hati anak lelaki
tunggalnya.Dia menerima kedatangan Farina dengan hati yang terbuka.
“Sorrylah Farina,Shahir tak mention pun Farina akan datang Malaysia hari ini..jadi,kami pun
tak sedia apa yang special sangat,”Datin Ainul cuba beramah mesra ketika meletakkan
hidangan di atas meja.
“It‟s okay Datin,I dah mention awal,tapi may be dia busy kot,”Farina tersenyum sinis
memandang Shahir di sebelahnya yang banyak tersenyum daripada bercakap.Di hujung
sana,adik tiri kekasihnya duduk membisukan diri sambil memasamkan muka.Entah apa
masalahnya,Farina pun tak tahu.Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang tadi dia
cuba juga berbual dengan Adira,tetapi gadis itu persisnya layan tidak layan sahaja
persoalannya.Bibirnya memuncung seolahnya tidak berpuas hati dengan kehadirannya.
“Dira ngantuklah,nak tidur!”Tiba-tiba Adira bersuara sambil bangun.
“Ayang,duduk,”Suara Datuk Maulana sedikit tegas ketika memberi arahan kepada anak
gadisnya itu.Dia cukup tak gemar apabila Adira menunjukkan muka empat belas di hadapan
tetamu.Apapun masalah peribadi sepatutnya diketepikan dan menghormati tetamu yang
datang.
Adira menghempaskan punggungnya ke atas kerusi.Shahir hanya mencuri pandang melihat
kelakuan Adira.Dia sendiri hakikatnya tidak selesa dengan situasi ini.
“Tak apalah,kalau Ayang mengantuk,Ayang tidurlah dulu,”Farina mengukir senyuman yang
manis di bibirnya sambil memandang Adira.
“Tak apalah akak,Ayang rasa segar balik kot.Lagipun banyak soalan Ayang nak tanya
akak,”Adira tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Shahir memandang Adira dengan kerutan di dahinya.Adira tidak mempedulikan apa jenis
wajah yang ingin dicorak abang tirinya,rasanya dia sudah banyak menyimpan rasa di dalam
dada.Senang cerita,baik dia lepaskan sebelum dadanya sendiri meletup.
“Soalan?Okay,Ayang boleh tanya apa sahaja soalan kat akak,”
“Apa sahaja soalan?”
“Ya,apa sahaja soalan,”
Shahir mula berasa tidak sedap hati.Rasanya seperti sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.
“Akak kahwin semasa umur berapa?”
“Semasa akak 20 tahun,”
“Arwah suami akak tua kan?”
“Ya,”
“Ayang,”Datin Ainul membulatkan matanya kepada Adira.Tidak pernah dia mengajar Adira
untuk sebiadap itu.Entah apa yang merasuk anak gadisnya malam ini.Semua soalan yang
dikeluarkan tidak sewajarnya dituturkan.
“Tak pe Datin,Farina yang cakap Ayang boleh soalkan apa sahaja,”Farina tersenyum
memandang Datin Ainul.Dia ingin melihat apa masalah sebenar gadis kecil di hadapannya
ini.Apa permainan yang ingin budak kecil ini mainkan dengannya.
“Akak serius dengan Abang Shahir?”
“Ya,”
“Kenapa dulu akak pilih suami tua dan sekarang akak pilih bakal suami muda?Dah tukar
selera?”
“Dira!”
Jeritan Shahir hampir menggugurkan jantung Adira.Datuk Maulana dan Datin Ainul juga
tersentak dengan jeritan Shahir.Farina di sebelahnya hanya terkesima.
Kelopak mata Adira lantas digenangi air yang jernih.Dia bingkas bangun dan berlari masuk
ke dalam biliknya.Dia memang sayang akan Shahir tetapi dia juga benci apabila Shahir
menengkingnya demi wanita lain.Shahir sudah menjatuhkan air mukanya dan maruahnya di
hadapan orang lain.
Abang Shahir memang bodoh!Benci!Memualkan!
******
Cuaca masih gelap.Bulan pun masih ada tersenyum di angkasa.Bagaimanapun jalanraya
masih dihuni banyak kenderaan,terutamanya yang keluar mencari rezeki pada awal-awal pagi.
Seawal jam 6 pagi,Adira membawa dirinya ke perhentian bas yang jaraknya 200 meter dari
rumahnya.Kononnya dia hendak melarikan diri dari rumah tetapi sebenarnya dia hanya ingin
menyorok di rumah Nad.Kenapalah dia bodoh sangat mudah dibuai perasaan dengan layanan
mesra Shahir?Hakikatnya,abang tirinya itu tetap memilih janda kaya-raya yang banyak
menanggungnya selama ini.Dia memang bodoh.Tapi abang tirinya lagi bodoh kerana tidak
tahu menilai mana kaca dan permata.Bukannya bodoh tetapi dah tahap sengal dan lemau.
Bunyi enjin kereta ala kereta F1 menghentikan caci makinya terhadap Shahir.Melihat kereta
R2 berwarna kuning itu,Adira sudah tahu siapa pemiliknya.Tapi hairannya buat apa di sini
pada awal-awal pagi begini?
Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan,Daus turun dari kereta lalu duduk di sebelah
Adira.Diperhatikannya beg besar yang digalas gadis kecil itu.Di tangan kanannya dijinjing
beg kertas yang berisi tupperware dan botol air.Daus mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Ada camping ke?Atau nak lari dari rumah?”
“Abang Daus boleh tak jangan sibuk,”Adira menghelakan nafasnya.
“Camping?Tak mungkin,sekarang ni cuti sekolah.Lari dari rumah?”Daus membulatkan
matanya lantas menarik tangan Adira.“Jom balik rumah,Abang Daus hantar,”
“Abang Daus,jangan kecohlah!”Adira melepaskan pegangan tangan Daus.“Dira tak nak balik
rumah,”
“Kenapa?”Daus duduk semula di sebelah gadis itu.Tangan kanannya diteleku di bawah
dagunya.Memberi sepenuh perhatian.
“Dira benci abang!”
“Okay,Dira benci Abang Shahir.Kenapa ye?”
“Abang tengking Dira depan makwe dia yang konon bagus sangat tu.Benci betul!”Adira
separuh menjerit dengan matanya yang mula berair.
“Jahat betul Abang Shahir kan?Tapi mesti ada sebab Abang Shahir tengking kat Dira,kan?”
“Abang Daus sokong abang atau Dira?”
“Abang Daus neutral.Okaylah,Abang Daus tak ada hak nak masuk campur soal Dira dan
keluarga,Cuma Abang Daus nak tanya,Dira nak lari ke mana ni?”
“Dira bukan nak lari,Dira nak nyorok kat rumah Nad,”
“Alahai nak nyorok rumah Nad aje?Tak villain langsung,”Sengaja Daus mengusik hati Adira
yang sedang membara.
“Habis tu takkan Dira nak lari rumah betul-betul?”
“Jom ikut Abang Daus jumpa Bibah,”
“Bibah?”
“Hah,Bibah ni awek Abang Daus.Dijamin Dira takkan menyampah dengan dia macam Dira
menyampah kat awek Abang Shahir yang konon bagus tu.Jom,”
Daus menarik tangan Adira dan mempersilakan gadis itu masuk ke dalam keretanya.Daus
hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adira.Jari-jemarinya menekan SMS di
dada Iphone.Nampaknya dia memerlukan bantuan seseorang untuk menyelesaikan masalah
gadis remaja.
*****
Ladang kuda milik Tan Sri Ali tidaklah sebesar mana. Tapi cukuplah untuk membela 5 ekor
kuda yang digunakan untuk riadah dan equestrian.Salah seekor kuda yang paling disayangi
Daus ialah kuda betina berwarna putih dan diberi nama Bibah.
Bibah tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti sukan.Kuda yang baru berusia 2 tahun
ini memang manja dengan Daus.Tanpa diduga bila-bila masa sahaja dia boleh menjilat pipi
Daus.Selalunya Bibah agak liar untuk ditunggang oleh orang lain,tapi nampaknya Bibah
mudah mesra dengan Adira.
“Comel jugak awek Abang Daus ni,macam Jessica Alba,”Gurau Adira sambil menyapu
kepala Bibah.Kuda itu menghembus nafasnya kasar ke wajah Daus.Daus yang menuntun tali
Bibah hanya tersenyum.
“Comel lagi Dira daripada Jessica Alba,”
Kata-kata Daus menyebabkan Adira tersipu.Adira menghela nafasnya.Menghirup udara segar
pada waktu pagi.Telefon bimbitnya dimatikan.Dia tahu pasti daddy,mummy dan abang risau
akan dirinya.Tapi dia sudah meminta Daus supaya menyembunyikannya sehingga
petang,selepas hatinya lega barulah dia rela hati untuk pulang.
Hatinya masih panas.Masih terngiang-ngiang tengkingan Shahir di telinganya.Geram dan
menyampah diperbudak-budakkan oleh abang tirinya.
Dari jauh Adira melihat seorang gadis memacu seekor kuda hitam dengan laju.Daus
melambai-lambaikan tangan kepada gadis itu sebelum melepaskan pegangan tali Bibah.
“Borak-borak dengan Kak Ema,Abang Daus ada kerja sekejap.Tunggang baik-baik,”
Tanpa sempat Adira berkata apa,Daus sudah pun meninggalkannya bersama gadis yang
dikenalkannya sebagai Kak Ema itu.Ema menghampirinya sambil mencapai tali Bibah.
“Pernah tunggang kuda sebelum ini?”
“Pernah.Sekali je,”
“Tak baik betul Daus ni,”Ema turun dari kudanya dan memegang kedua-dua tali kudanya dan
Bibah.“Jatuh anak dara orang nanti,menjawab,”
“Err,kesian Kak Ema,saya turunlah juga,”
Ema membantu Adira turun dari Bibah.Tersengih-sengih Adira sambil mengucapkan terima
kasih.Wajahnya tersipu malu.Segan beramah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.
“Akak dengar cerita Adira nak lari dari rumah ya?”
“Uish tak adalah,Abang Daus buat cerita saja.”
“Ye ke?Ingat nak suruh lari bawa kuda tadi,”
Adira hanya tertunduk.Geram juga hatinya apabila masalahnya diceritakan Daus kepada
orang lain.
“Adira malu ye?Sorry lah,sebenarnya Daus yang call akak minta temankan Adira,”
“Oh,ye ke?Akak girlfriend Abang Daus ke?”
“Kalau akak jadi girlfriend Abang Daus,terbalik ladang kudang ni,”Ema menyerahkan Bibah
dan kuda hitam yang ditungganginya tadi kepada seorang pekerja lelaki berbaju serba
putih.Pekerja lelaki itu tersengih-sengih memandang dua gadis cantik di hadapannya.
“Iye?Kenapa pula?”
“Kitaorang akan kahwin kalau tak ada siapa lagi kat muka bumi ni.”Ema tersenyum
nakal.“Tak adalah,akak dan Abang Daus bff sahaja,”
“BFF?Mesti akak banyak tahu pasal Abang Daus kan?”
“Mestilah.Walaupun nampak cracko dan sengal macam tak cukup wayar,Abang Daus tu baik
tau.Untung siapa yang Abang Daus nak,”
“Abang Daus nak siapa?”
“Adira kot,”Ema merenung tepat mata anak gadis di hadapannya.Gadis yang membikin
sahabatnya sengih tak kira masa.Sekilas ikan di kolam sudah tahu jantan betinanya.Ini pula
hati sahabat baiknya.
“Uish,tak de lah..saya ni SPM pun tak lepas lagi.Lainlah akak,”Wajah Adira kemerah-
merahan.
“Malu ye?Ni sampai petanglah merajuk ni ye?”
“Alamak,akak punya soalan buat saya malulah,”
“Jom!”Ema memeluk bahu Adira.
“Jom pergi mana?”
“Pergi shopping!”
Daus hanya memerhati gelagat Ema dan Adira.Dia sendiri tak pasti apa yang dilakukannya
betul atau salah.Tapi biarlah Adira menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia
menghantar gadis itu pulang.Mujurlah Ema sudi menemani gadis itu.Segan pula jika dia
seorang yang menemani Adira.Tak manis rasanya.Apapun yang bakal berlaku,risikonya,dia
yang akan tanggung sendiri.
******
Loceng jam di dinding berdetik sebanyak 6 kali menunjukkan waktu sudah pukul 6
petang.Seperti yang dijanjikan Daus menghantar Adira pulang ke rumah setelah rajuknya
mula reda.Dia memberanikan diri menghantar anak gadis itu ke tangan Datuk Maulana dan
Datin Ainul seorang diri.Datuk Maulana dan Datin Ainul memandang tajam ke arah Adira
yang hanya tertunduk membisu.Shahir berdiri di atas tangga sambil mencekak
pinggangnya.Farina pula hanya terdiam di belakang Shahir.
“Saya harap Uncle dan Auntie tak marahkan Adira.Dia cuma ke stable kuda famili
saya.Kawan saya Ema pun ada menemaninya di sana,”Daus cuba menerangkan situasi
sebenar dan mempertahankan Adira.
“Ayang,naik atas,”Datin Ainul memberikan arahan kepada Adira.Lembut tetapi tegas.Adira
tidak membantah arahan mummy nya.Dia berjalan lemah dan perlahan menuju ke arah
tangga.Shahir hanya menjeling melihat gelagat Adira.(Tak habis-habis buat perangai..)
“Terima kasih Daus sebab menjaga Adira.Kami..”Belum sempat Datuk Maulana
menghabiskan ayatnya,dia terhenti apabila melihat Shahir maju ke hadapan.Seisi rumah kaget
apabila Shahir mencekak kolar baju Daus.
“Apa masalah kau?Kau kan boleh telefon aku!”
“Aku minta maaf tapi biarlah Adira tenangkan diri dulu.Dia bengang pun pasal kau,”Daus
cuba melonggarkan pegangan Shahir tapi nampak kawan baiknya sudah dirasuk rasa amarah.
“Pasal aku?Kau jangan nak salahkan aku pulak!”
“Kau yang marahkan dia semalam.Itu yang dia merajuk,”
“Kau banyak bagi alasan la Daus!Apa-apa terjadi kepada Adira,aku cincang kau hidup-
hidup!”
Mata Shahir memandang tajam ke arah Daus.Farina melihat kejadian yang berlaku di
hadapannya sebagai satu muslihat yang belum berakhir.Adira yang melarikan diri apabila
dimarahi abang tirinya.Shahir yang bagai naik hantu apabila Daus menyembunyikan adik
tirinya.Apakah sebenarnya yang berlaku di antara abang dan adik ini?
Silangkata yang rasanya perlu dibongkarkan olehnya secepat mungkin.Rasa cemburu juga
mula terdetik di hatinya.Siapa Adira di hati Shahir?
B-bot,
Apakah aku yang salah telahan?Atau sememangnya aku dipermain-mainkan?Sebelum
ketibaan F,abang seolahnya melayan aku bagaikan seorang puteri dari negeri Entah
Berentah.Tapi bila maujud sahaja si F,semuanya jadi dingin macam salju di kutub
utara.Mujurlah ada Abang D dan Kak E yang sanggup menemani aku sepanjang
persembunyian aku.Itu pun mujur aku tak sembunyi sampai setahun.Mujur atas nasihat
Abang D,aku kembali juga.Abang pula suka-suka nak marahkan Abang D.Sedangkan
semua ini berpunca daripada abang.Jika abang tak menengking aku dan melebihkan F
sudah tentu semua peristiwa ini takkan berlaku.Kenapalah abang tidak bersikap seperti
Abang D?Lucu dan baik hati.Mogok dan tunjuk perasaan!Tak nak bercakap dengan
abang!
Jari jemari yang mengentuk keyboard laptop Apple berwarna merah jambu itu terhenti apabila
mendengar ketukan di pintu kamarnya.Wajah Farina yang muncul di sebalik kamar pintu itu
hanya menambahkan sakit hati Adira.(Dia ni lagi!).
“Boleh akak masuk?”
“Masuklah.Akak pun dah masuk separuh badan,”Jawab Adira malas sambil menutup
komputer ribanya.Sempat post baru blognya itu disimpan dahulu.Nanti dikemaskini
kemudian,banyak pula gangguan.
Farina cuma tersenyum sambil masuk lantas duduk di atas katil yang bercadar warna merah
jambu dengan gambar Hannah Montana.Dagunya diteleku dengan kedua tangannya.Dia cuma
memandang gadis di hadapannya yang tampak tidak selesa dengan kehadirannya di dalam
bilik itu.
“Ayang dah ada boyfriend?”Tiba-tiba terpacul soalan iti dari mulut Farina.
“Apa punya soalan,Ayang baru form 5,akak,”Adira menggelengkan kepala.Rimas.
“Kenapa Ayang melarikan diri pagi tadi?”
“Kenapa akak risau?”
“Apakah kerana akak?”
“Ayang tak cakap kerana akak,tapi terpulanglah kalau akak fikirkan kerana akak,”
“Jadi betullah kerana akak?”
“Bosan dengar soalan akak..lalalalalalalala..tak nak dengar dan boleh tak akak keluar dari
bilik Ayang?”Adira menekup telinganya dengan kedua tapak tangannya.
“Siapa Shahir dalam hati Ayang?”Farina merenung tepat ke mata Adira.Geram.Rasanya dia
sendiri sudah bosan melayan karenah budak kecil di hadapannya.
“Apa hak akak nak tanya Ayang?”
“Akak tanya,siapa Shahir kepada Ayang?Lebih daripada seorang abang tiri kan?”
“Kenapa?Jika ya,akak tercabar dengan Ayang?”Tempelak Adira sambil tersenyum sinis.
“Eh,budak ni.Orang dah habis sabar melayan karenah biadap awak,jangan sampai ada tangan
yang naik nanti,”
“Oh,takutnya!Ya,Ayang memang sayang abang lebih daripada seorang abang tiri.Akak ada
masalah?Akak tak layak untuk abang.Abang hanya banyak termakan budi dengan
akak.Baliklah akak dan cari lelaki lain yang lebih sesuai dengan akak,”
“Akak akan bertunang dengan abang awak bulan hadapan.Ada masalah?”Farina merenung
tajam ke mata Adira.Adira terdiam mendengar kata-kata Farina.Nafasnya naik turun menahan
rasa geram.Lidahnya bagai berbelit lagi tersimpul mati.
“Kalau awak nakal-nakal lagi,kami akan bertunang minggu hadapan.Awak ada
masalah?Awak boleh tanya mummy,daddy atau abang awak sendiri!”Farina menuding jarinya
ke arah Adira yang terus terdiam membisu seribu bahasa.
Farina mengeluh perlahan.Dia bangun dan berjalan keluar dari kamar itu.Dia menoleh ke
belakang dan melihat gadis yang terjelepuk lemah di atas lantai dengan perasaan yang
berbaur.Ada rasa sinis dan simpati pada masa yang sama.Sinis kerana rasa lega mematikan
hujah lancang Adira dan simpati kerana dia juga seorang perempuan yang memahami hati
perempuan yang lain.Telahannya benar adik tiri ini mempunyai perasaan yang lain terhadap
abang tirinya.
Adira berasa mindanya kosong.Hatinya pecah bagai kaca yang terhempas ke
batu.Serpihannya terdampar merata-rata dan sukar dicantum lagi.Jika benar abang akan
bertunang dengan Farina itu bererti statusnya akan kekal sebagai adik selama-lamanya.
******
“Mummy tak tahu apa yang terjadi sampai Ayang boleh buat kerja gila dan abang..you pun
sama apa yang merasuk you sampai you nak belasah Daus?”Datin Ainul memandang Shahir
yang hanya duduk mendiamkan diri di sebelahnya.
“Kenapa famili kita semakin huru hara?Riot tak tahu hujung pangkal?”Datuk Maulana
menggelengkan kepalanya sambil menghidupkan api di hujung paip.Disedut dan dilepaskan
asap paip itu berkepul-kepul di udara.
Hari yang memang gila,sebaik sahaja menyedari kehilangan Adira,orang pertama yang Shahir
cari adalah Nad.Mati-matian gadis itu menafikan dia terlibat dengan kehilangan adik
tirinya.Iwan juga hampir dibelasahnya walaupun budak lelaki itu memang tak tahu
menahu.Shahir tahu Adira marahkannya kerana menengking dengan lantang di hadapan orang
lain.Tapi apa yang dilakukan Adira tetap salah dan dia juga bersalah kerana tidak melarang
secara lemah lembut.Mendengar soal jawab Adira dan Farina di meja makan semalam sudah
membuat fikirannya serabut.Tanpa berfikir panjang dia menengking Adira saat-saat itu juga.
Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya dia akan kehilangan Adira.Jika berlaku sesuatu yang
buruk kepada adik tirinya,Shahir tak mampu menghadapi dunia ini lagi.Hampir-hampir
mereka sekeluarga melaporkan pihak polis apabila tanpa diduga Daus datang mengembalikan
Adira.
Daus?Apa yang difikirkan Daus?Mahu menjadi hero secara tiba-tiba?Bukannya dia tak kenal
Daus,berapa banyak gadis yang dipermainkan hati mereka oleh sahabat baiknya ketika
mereka sama-sama di Lincoln University dahulu?Ya,memang layanan Daus terhadap Adira
berlainan.Memang jelas nampak Daus ikhlas ingin bersama Adira.Mahu tak mahu itu dia
akui.Tetapi hati lelakinya sakit.Egonya tercabar apabila melihat Daus memulangkan
Adira.Geram apabila Adira lebih mempercayai Daus daripada dirinya.Daus yang hanya baru
berapa bulan dikenali berbanding dirinya yang sudah mengenali gadis itu sejak Adira masih
lagi anak kecil.
Tiada bunyi yang kedengaran kecuali bunyi udara dari pendingin hawa.Datin Ainul masih
memicit-micit kepalanya.Pening memikirkan masalah anak-anak.Datuk Maulana pula berdiri
di tepi tingkap dengan kepulan asap yang berkepul dari paip yang dihisapnya.
“Abang minta maaf,”Shahir memecahkan suasana yang hening dan sunyi itu.Mummy dan
daddy memandangnya serentak.“Apa yang terjadi hari ini semuanya berpunca daripada
abang.Jadi,abang akan selesaikan masalah ini dengan Ayang,”
Shahir bingkas bangun tanpa mempedulikan mummy dan daddy yang tercengang dengan
kata-katanya.Kedua-dua suami isteri itu saling berpandangan.Apa pula yang bakal berlaku
nanti?
Pelbagai persoalan bermain di minda Shahir.Apa yang perlu dilakukannya?Memohon maaf
kepada Adira?Meminta Adira supaya menjauhkan diri daripada Daus?Ah,seperti dia cuma
mementingkan diri sendiri!
Jika dia berada di tempat Adira pun dia akan mencemuh kehadiran Farina seperti mana dia
tercabar dengan kehadiran Daus.Ya,Tuhan!Bagaimana dia harus menyelesaikan masalah
ini?Di satu sudut dia terikat dengan janjinya kepada Farina.Wanita yang banyak
membantunya terutama pada saat-saat mama mengharungi sakit kansernya.Memberinya
sokongan dan juga menanggung kos perubatan supaya mamanya dapat menikmati hidup yang
lebih panjang.Di satu sudut yang lain pula setiap ruang kosong dalam kamar hatinya sudah
dihuni seraut wajah ayu dan comel milik seorang gadis yang agak mustahil untuk
dimilikinya.Seorang gadis yang selalu diwar-warkan daddy supaya menjaga dan
melindunginya bagai kasih seorang abang kepada adik.Cintanya tulus dan ikhlas tetapi
mengapa dia dianggap berdosa jika menyintai adik tirinya?
Lamunan yang tidak berkesudahan itu berakhir apabila dia tiba di kamar Adira.Perlahan-lahan
pintu itu diketuknya sebelum tombol pintu itu dipulas.Ternyata tidak berkunci.Pintu kamar itu
ditolak dan dia dapat melihat dengan jelas Adira meniarap sambil menyembam wajahnya di
atas bantal.
Shahir menarik nafasnya dan melepaskan.Perlahan-lahan dia menghampiri gadis
itu.Ditariknya kerusi menghampiri katil.Dia cuba mengumpulkan kekuatan sebelum
memulakan bicara.Dia cuma mampu pasrah dengan apa yang bakal berlaku.
“Abang..abang minta maaf,”
Adira tidak mejawab.Wajahnya masih tersembam di atas bantal.Walaupun cuba ditahan,esak
tangisnya masih kedengaran.
“Abang tahu..abang keterlaluan apabila memarahi Dira.Abang minta maaf,abang tak
sepatutnya memarahi Dira di hadapan Farina,mummy,daddy dan Mbak Seena,”
Perlahan-lahan Adira bangun tapi masih menekup mukanya dengan kedua tangannya.Dia
tidak mampu menahan air matanya daripada berhenti mengalir.Dia malu menangis di hadapan
Shahir.
Hati lelaki Shahir tersentuh melihat tangisan yang gugur membasahi pipi Adira.Benarlah kata
orang,air mata wanita adalah senjata yang mampu melembutkan hati lelaki.
“Setitis air mata Dira bagaikan satu hirisan sembilu di hati abang.Abang minta maaf sangat-
sangat jika abang mengguriskan hati Dira,”Ada rasa sebak dalam nada yang diungkapkan
Shahir.
“Kenapa Farina?Abang..abang akan bertunang dengan..dengan Farina?”
Soalan yang terpacul dari mulut Adira menyebabkan Shahir berasa amat bersalah.Ah,sudah
pasti berita pertunangan ini disampaikan oleh Farina walaupun dia meminta biar dia sendiri
yang menyampaikan kepada Adira.Shahir memandang wajah adik tirinya.Wajah yang polos
itu ternyata memohon satu pengakuan yang jujur daripadanya.Lama Shahir mendiamkan
diri.Memberanikan diri memberi jawapan yang penuh kebenaran.
“Ya..abang akan bertunang dengan..dengan Farina,”
“Oh,betullah..Dira?Siapa Dira di hati abang?”
Siapa Dira di hati abang?Cuma sebaris soalan yang pendek tapi jawapannya bisa berjela-
jela.Shahir menarik nafasnya.Ego lelakinya menghalangnya membuat pengakuan tapi rasa
kasih yang meluap-luap itu membuatkannya hilang akal.Apa yang perlu dilafazkan harus
dilafazkan.Walaupun berat,itu sahaja jalan penyelesaian.Tak sanggup dia membiarkan Adira
tertanya-tanya lagi.
“Dira..Dira ialah satu-satunya perempuan yang paling abang sayang..dan paling abang cintai
tapi..tapi mustahil untuk abang miliki,”Noktah.
Adira terdiam mendengar kata-kata Shahir.Ya,memang kata-kata itu ingin didengarinya dari
mulut abang tirinya tapi dia tak tahu sama ada dia perlu bergembira atau bersedih dengan
ungkapan itu.Disayangi tapi tak mampu dimiliki?
“Ya,abang akui..abang tak tahu sejak bila rasa sayang dan cinta tu hadir dalam hati abang tapi
abang sayang Dira lebih daripada nyawa abang sendiri,”Suara Shahir terketar-ketar.Berapa
kali dia menyapu wajahnya sendiri dengan tapak tangannya menahan rasa gelisah yang tak
tertahan.
“Habis tu kenapa abang memilih Farina dan bukannya Dira?”
Soalan yang jujur datang dari hati yang naif dan ikhlas.Shahir tahu pengakuannya adalah satu
kegilaan dan persoalan Adira menambahkan perencah kegilaan itu.
“Cinta tidak semestinya memiliki,indahnya cinta jika cinta kita memberi seribu kebahagiaan
kepada orang yang kita cintai,bukankah begitu?”
“Maksud abang?”
“Abang akui abang tak suka Daus rapat dengan Dira.Tapi..”
“Abang nak suruh Dira terima Abang Daus?Atau abang cuma pentingkan diri sendiri sebab
abang memilih Farina dan sebab rasa bersalah,abang meminta Dira terima Abang Daus?”
“Abang sayang Dira tapi Dira tolonglah fahami situasi realiti ini,”
“Abang gila?Bagaimana Dira nak fahami jika Dira sudah tahu yang abang juga sayang Dira
seperti mana Dira sayang abang?Abang beranikan diri dan beritahu daddy,mummy dan Farina
siapa pilihan abang,”Air mata yang bergenang di kelopak matanya mengalir berhamburan di
pipinya.Nada suaranya cemas memikirkan cadangan Shahir yang bakal memusnahkan rasa
cinta dan kasih yang sudah lama subur sejak dulu lagi.Bagaimanapun nada suara itu masih
dikawal,bimbang jika didengar sehingga ke luar kamar.
“Dira..”Shahir memejamkan matanya.Setitis air jernih jatuh di atas tangannya.Air mata mahal
seorang lelaki yang selama ini dibendungnya. “Apapun yang abang dah lafazkan..lupakan
abang,”
“Abang..”Adira semakin sebak.
“ Jika Dira sayangkan abang,lupakan..lupakan yang abang juga pernah sayangkan
Dira,”Shahir mengesat air matanya dan bingkas bangun meninggalkan Adira yang masih lagi
dalam kebingungan.Begitu sahaja.Dia tidak mampu lagi memandang wajah Adira.
“Abang..abang..a..ba..”Adira cuma mampu membisik perlahan nama itu.Bisakah dia
memadam nama itu dalam hatinya?Di mana dia mampu mengumpulkan kekuatan untuk
melupakan cinta pertamanya?Air mata semakin menggila berhamburan di pipinya.
Shahir bergegas turun dari tangga dan mencapai kunci keretanya.Emosinya cuba
dipertahankan.Dadanya naik turun menahan perasaan sebak dan pilu.Kereta Peugot itu
dihidupkan.Dipandu sahaja tanpa arah tujuan sehingga meningkat 160km/jam.Memandu dan
terus memandu tanpa arah tujuan.Sehingga kakinya menekan brek menyebabkan kereta itu
berpusing 360 darjah dan terhenti.Bunyi hon memanjang dari sebuah trailer yang hampir
melanggar keretanya tidak dipeduli.Pemandu trailer itu memakinya dalam bahasa
Tamil.Langsung tak dihiraukannya.
Shahir membuka pintu kereta dan seperti orang gila dia menyepak tayar keretanya bertalu-
talu.Tenaganya semakin lemah dan lembik.Dia duduk tersandar di tayar keretanya .Tidak
berdaya.
“Dira..Di..Dira..abang sa..sayang..Di..Dira,”
Nama gadis itu dilafaznya lagi dan semakin lama semakin perlahan.Kedengaran cuma
tangisan seorang lelaki yang tewas mempertahankan rasa cintanya.Tersedu-sedan.
******
Pagi itu suasana di rumah Datuk Maulana agak sepi.Sarapan pagi ketika itu hanya dianggotai
Datuk Maulana,Datin Ainul dan bakal menantu mereka,Farina.
“Ke mana Shahir?Pagi-pagi dah hilang?”Datuk Maulana mengerut dahinya.Kehairanan.
“Oh,dia ada mesej Farina semalam,katanya dia stayback di KL.Nanti dia balik,”
“Dia dah mula kerja?”Tanya lelaki itu lagi.
“Belum,cuma mungkin dia nak tengok tender-tender yang baru sampai,”Farina cuba
tersenyum manis.Walhal dia sendiri risau ke mana perginya Shahir sejak semalam.Shahir
cuba memberi pesanan ringkas dia akan pulang pagi ini.
Adira baru menuruni anak tangga.Pandangannya dipandang terus ke hadapan.Menembusi
dinding.Seolah-olah mencari seraut wajah yang hilang.Rambutnya disikat lurus dan wajahnya
pucat dan kosong.Matanya bengkak dan hidungnya kemerah-merahan.
“Dira,makan,”Datin Ainul memanggil anak gadis kesayangannya.
“Tak nak,”Adira cuma berjalan terus ke luar.Hati Datin Ainul berasa tidak sedap hati.Masalah
demi masalah yang timbul sejak kebelakangan ini mengganggu naluri keibuannya.Dia pantas
bangun ingin memanggil nama anaknya namun gadis itu sudah lesap dengan basikal yang
ditunggangnya.Dia memandang suaminya memohon pengertian.Datuk Maulana cuma mampu
membalas dengan pandangan yang sama.Farina pula tertunduk diam di meja makan.Hatinya
serba tidak kena.Walaupun dia sedikit meluat dengan sikap biadap Adira,tetapi empatinya
juga berkongsi rasa dengan gadis itu.Kejam sangatkah dia?Dia mengeluh kecil,bihun goreng
di pinggan itu tak dapat dihabiskan.
Adira mengayuh basikal melalui lorong yang berbukit-bukau itu.Beban yang ditanggung di
dalam hatinya bagai mahu pecah.Perasaannya kacau bilau.Dia sendiri tak pasti bila masanya
dia tidur semalam.Tangisan demi tangisan,akhirnya dia tertidur begitu sahaja.Dalam keadaan
pilu dan sebak.Ternyata perasaan itu tak mampu dihapus sehingga ke pagi ini.Cinta
memerlukan pengorbanan.Cinta tak semestinya bersama.Mungkin dia terlalu muda untuk
memahami mengapa cinta tidak boleh bersatu walaupun rasanya ada.Mungkin.
Tanpa dipinta air mata itu mengalir lagi.Adira mengesat lagi air mata di pipinya.Benci Adira
dengan air matanya yang mudah sahaja mengalir.Bahunya terhenjut-henjut menahan esak
yang tak sudah.Tanpa diduga basikalnya terlanggar batu.Adira tidak sempat mengimbang
badannya dan akhirnya terjatuh.Duduk terjelepuk dengan lututnya yang berdarah.
Seperti anak kecil,dia tidak mampu berbuat apa kecuali menangis lagi.Bukan kerana lututnya
yang berdarah tetapi hatinya yang lebih parah.
“Dira..”
Seorang lelaki berbisik perlahan di telinganya.Tangisannya cuba dihentikan.Cuma masih ada
esakan kecil.Adira mendongak dengan harapan suara itu milik Shahir.Dia terdiam apabila
melihat Daus duduk di sebelahnya sambil tersenyum.Lelaki itu mengambil sapu
tangannya,menghembus perlahan luka di lututnya sebelum mengesat dengan sapu tangannya.
Adira mengerut dahinya menahan sakit.
“Macam mana boleh jatuh ni?”Tanya Daus perlahan sambil mengangkat anak gadis yang
tidak memberi sebarang tindak balas dengan kehadirannya ke arah keretanya.
“Abang Daus tahu mesti Adira hairan macam mana Abang Daus ada kat sini.Entahlah,instict
atau kebetulan,Abang Daus macam alert aje.Sakit ke?”
Adira tidak menjawab.Mukanya kemerah-merahan cuba menahan tangisan.Namun apakan
daya dia cuma wanita biasa.Dia menangis teresak-esak walaupun cuba ditahan.
“Eh,eh jangan menangis..sakit sikit je tu..”
“Abang..abang..nak bertunang dengan..Fa..Farina..Di..Dira sayang..a..abang..”
Daus terdiam mendengar kata-kata Adira.Dia tersenyum tawar.Rupanya ini masalah sebenar
Adira.Tololnya dia kerana tidak dapat menduga apa sebenar yang berlaku di antara dua
beradik tiri ini.Patutlah Shahir hampir-hampir membunuhnya ketika Adira bersembunyi di
ladang kudanya.
Jika Adira menyayangi Shahir,Tuhan juga tahu betapa dia menyayangi gadis ini.
Daus berasa pilu mendengar tangisan Adira.(Jika kejora itu bisa menerangi jiwamu yang
gundah,kan ku cuba petik biar dipanah halilintar.Itu janjiku..)
Adira turun dari kereta Daus dengan kakinya yang terhenjut-henjut.Daus cuba memimpinnya
tetapi ditolaknya secara baik.Lelaki beraut wajah comel itu cuma mampu menggelengkan
kepalanya.Basikal yang diletak di bahagian bonet belakang kereta itu diturunkan.
Adira mengerutkan dahi cuba menahan keperitan luka di kakinya.Ngilunya mencengkam jauh
sehingga ke hati.Bercampur dengan perasaan geram,marah dan sedih.Susun langkahnya serba
tak kena sehingga hampir-hampir dia terjatuh.Mujur Daus segera memaut lengannya.Segera
tangan lelaki itu ditolaknya.Secara lembut dan baik.
“Dira,jangan degil,bagi Abang Daus pimpin,”
“Dira bukan budak kecil lagi.Kenapa semua orang perlu nak beritahu itu dan ini kepada
Dira?”Air mata itu masih lagi berlinangan di pipinya.Segera dikesatkan.
“Dira memang bukan budak kecil.Abang Daus bukan memperkecilkan Dira.Abang Daus
cuma mahu memimpin Dira.Jom,masuk,”
“Abang Daus..nanti mummy..”Tiba-tiba bimbang kegusaran dalam hatinya.
“Abang Daus berjanji akan mempertahankan Adira daripada dimarahi mummy,”
“Pasal abang..”
“Pasal Shahir,tetap akan Abang Daus simpan rahsia itu dalam hati Abang Daus.Jom,kita
masuk ye Dira?”Daus tersenyum manis.Cuba memujuk Adira.(Kalaulah Dira tahu betapa
tulus dan ikhlas hati Abang Daus.Abang takkan melukai hati Dira seperti yang dilakukan
Abang Shahir terhadap Dira..).
Adira tidak mampu membantah lagi.Dia membiarkan Daus memimpinnya sehingga ke muka
pintu.Belum sempat loceng pintu ditekan,Datin Ainul segera menyambut anaknya.Wajahnya
tergambar rasa risau dan terkejut.
“Kenapa ni?Ya Allah!Macam mana boleh luka ini?”
Adira tidak menjawab.Dia hanya tertunduk membisu.
“Adira terjatuh basikal,auntie,”
“Macam mana boleh terjatuh ni?Masuklah dulu,Daus,”Pelawa Datin Ainul sambil mengerling
Adira yang masih membatukan diri.Serba resah hati Datin Ainul dibuatnya.Apalah yang tidak
kena dengan anak gadisnya?Kenapa naluri keibuannya tidak mampu mengesan masalah
anaknya kali ini?
“Tak pe lah,auntie.Daus memang nak hantarkan Dira.Dira tak ada apalah,auntie.Dia naik
basikal dan terjatuh.Biasalah hari-hari orang jatuh basikal,”Daus cuba menenangkan hati
Datin Ainul.
“Kalau ya pun,masuklah dulu Daus,”Datuk Maulana muncul di hadapan pintu sambil
memimpin Adira masuk ke dalam rumah.Walaupun tidak membebel seperti Datin
Ainul,kerutan di dahinya sudah menggambarkan seribu kerisauan di dalam hatinya.Datin
Ainul menuruti suaminya sambil menjinjing kotak kecemasan.
“Tak pe lah uncle,auntie..saya..”
Belum sempat Daus menghabiskan ayatnya bunyi deruan enjin kereta mematikan
ungkapannya.Kereta Peugot berwarna perak itu berhenti betul-betul di sebelah kereta R2
miliknya.Sebaik kereta itu dimatikan,Shahir turun dari kereta itu dengan senyuman yang
manis.
Reaksi yang ketara berbeza daripada Adira yang bagai kehilangan semangat.Entah mengapa
reaksi Shahir itu menyebabkan Daus berasa sakit hati.Aneh betul lelaki ini!Sedangkan dia
orang luar bisa berkongsi kepiluan di hati Adira,di hadapannya lelaki yang dicintai gadis itu
mampu tersenyum lebar seolah-olah tiada apa masalah.
“Assalammualaikum.Selamat pagi Daus.Bila sampai?”Shahir bersalaman sambil menepuk-
nepuk bahu Daus.Wajahnya kelihatan agak letih tapi masih kelihatan sedikit ceria.
“Ni lagi seorang anak bertuah,abang ke mana semalam?”Datin Ainul menggeleng-gelengkan
kepala sambil mencuci luka di lutut anak gadisnya.Shahir mengerling ke arah Adira yang
terdiam bagaikan patung yang bernyawa.Ada rasa sebak di hatinya melihat keadaan Adira
tetapi cuba disembunyikan.
“Abang siapkan kerja di pejabat,mummy.Eh,jom masuk Daus!”Pintas dia memotong isu yang
ingin dibangkitkan mummy.
“Kau kenapa?”Daus memegang lengan Shahir.Pegangan yang agak kuat.
“Aku?Kenapa?”
“Macam menang loteri je?”Sindir Daus sambil tersenyum sinis.
Datin Ainul dan Datuk Maulana saling berpandangan.Apa pula masalahnya dua sahabat baik
ini?Jangan pula pagi ini mereka bertegang leher lagi.Tak sudah-sudah.
“Aku menang loteri?Oh,mungkin seri manis sebab aku bakal bertunang barangkali,”Tanpa
perancangan,Shahir sendiri tidak menduga jawapan itu yang keluar dari mulutnya.Adira
memejamkan matanya,kata-kata Shahir bagaikan sembilu yang merobek hatinya.Pedih.
“Kau nak bertunang?Dengan Farina?Tahniah.Bila ye?”Sengaja Daus menyoal bertalu-
talu.Mahu dilihat reaksi Shahir di mana baginya agak keterlaluan.
“Bulan depan,eh,mana kau tahu dengan Farina?”
“Dengan siapa lagi kan?Takkan dengan Dira?Aku pun nak bertunang.Boleh ucap tahniah?”
“Kau pun nak bertunang?Dengan siapa?”
Daus tidak menjawab.Dia cuma tersenyum sinis sebelum membuka kasutnya dan masuk ke
dalam rumah.Shahir hanya memerhati tingkah laku Daus.
Daus menarik nafasnya.Fikirannya berpusing-pusing memikirkan kewarasan keputusan yang
bakal dilakukannya.Gila atau spontan?Dia pasrah.Sesaat kemudian dia melutut di hadapan
Adira yang diapit Datuk Maulana dan Datin Ainul.Membulat mata Shahir melihat gelagat
Daus.
“Uncle,auntie..saya tahu kerja saya yang bakal saya buat bagai tak beradat,”Daus terhenti
seketika.Menyelesakan kerongkongnya yang tersekat.Menarik nafas dan
melepaskannya.“Tapi tulus dan ikhlas daripada saya,izinkan saya bertunang dengan Adira
pada hari yang sama Shahir bertunang dengan Farina,”
Shahir terpaku mendengar kata-kata Daus.Dipandang kedua wajah orang tuanya yang turut
kaget dengan kata-kata itu.Adira?Gadis itu tidak memberi apa tindak balas.Wajahnya kosong
dan tidak lagi bermakna.
Kata-kata Daus bagaikan suara yang tidak memberi apa erti kepadanya.Jika sememangnya
takdirnya untuk Daus.Dia terima jika itu sudah suratan takdir.Tapi perasaan cintanya hanya
untuk Shahir.Bagaimana dia bisa merubah semua itu?
******
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Shahir masih belum mampu melelapkan mata.Sudah
bercawan air kopi dibancuh dan diminumnya.Fikirannya buntu dan runsing.
Daus akan bertunang dengan Adira pada hari yang sama dia bertunang dengan Farina?Apa
masalah Daus yang sebenarnya?Mengapa daddy tidak melarang?Walaupun Daus berjanji
cuma bertunang tetapi Adira tetap dan masih budak sekolah.Tidak bolehkah Daus bersabar?
Apa sebenar isunya di sini?Daus yang terlalu awal untuk bertunang dengan Adira?Atau
dirinya sendiri yang tidak mampu melepaskan Adira kepada lelaki lain?Kenapa hatinya tidak
mampu jujur dengan dirinya sendiri?Kenapa dengan kau Shahir?
Pelbagai soalan bermain di fikirannya.Persoalan yang cuma menambah semak di
dadanya.Semalaman dia cuba membalut luka di hatinya.Siang tadi dia kembali dengan akal
yang waras dari seorang lelaki dewasa.Tetapi kejutan siang tadi ternyata membuatnya
kembali hilang ajal.Mug yang berwarna merah jambu itu diketuk berkali-kali di kepalanya.
Shahir tersenyum melihat mug berwarna merah jambu dengan hiasan kartun Barbie dan
Kent.Difikir-fikir balik tak sangka mug itu masih ada sehingga kini.Ingatannya melangkaui 8
tahun lepas ketika mereka sekeluarga ke Taman Tema Genting.Ketika dia masih belum lagi
ke Christchurch.Semasa mereka keluarga bahagia yang terdiri daripada daddy,mummy,abang
dan ayang.Mug itu menjadi kegilaan ayang sejak kali pertama dia melihat mug itu.
Bersungguh-sungguh ayang meminta mummy membelikannya mug itu.Sudah
mendapatnya,bukan main megah lagi ayang dengan mug Barbie dan Kent.
“Hanya abang dan ayang yang boleh minum mug ni sebab ayang Barbie dan abang jadi
Kent,”
Suara kecil itu masih bermain-main di corong telinganya.Fantasi kanak-kanak,ayang ialah
Barbie dan abang ialah Kent.Adik kecilnya itu terlalu pantas membesar.Senyuman yang
dahulunya dihiasi gigi yang rongak kini dibarisi gigi yang putih dan senyuman manis.Raut
wajah yang comel,polos dan sedikit degil itu masih ada cuma dewasa dengan peredaran
masa.Sedar tak sedar adik kecilnya itu bakal dilepaskan kepada jejaka lain.Cepatnya masa
berlalu.
Shahir menyapu wajahnya.Hatinya sebak dan pilu.Air mata lelaki itu mengalir lagi kerana
seorang gadis bernama Siti Adira.Dia cuba untuk tersenyum tapi air mata itu mengalir
lagi.Dikesatnya dan masih lagi mencurah.Sampai kemerahan hidungnya.Mengapa dia perlu
menangis apabila dia sendiri yang memohon supaya Adira melupakannya?Melupakan rasa
cintanya kerana realitinya kelak banyak yang bakal menghalang.
“Menangis jika tangisan itu mampu melegakan hati you,”
Shahir mengesat air matanya dengan tapak tangannya.Dia tersenyum memandang Farina yang
entah bila muncul di hadapannya.Wanita itu memandangnya dengan penuh rasa kasih dan
sayang.
“I dah lama wujud kat depan you,”
“Dah lama?”
“I tengok je you melayan perasaan,kenapa?Ada apa yang I boleh bantu?”Farina menarik
kerusinya mendekati Shahir sambil tersenyum.
“I okay,cuma I teringat arwah mama,”
Menggunakan arwah mama untuk melindungi perasaannya.Satu tindakan yang tidak jujur
pernah dilakukannya.Ya,teruskan jika itu mampu untuk mengawal keadaan.
“Ye ke?I‟m sorry for asking,”Farina terdiam sesaat.Menelan air liurnya.Riak wajahnya
seolah-olah ingin berkata sesuatu.“Shahir,I nak bagitau you sesuatu,”
“Ehem..apa?”Shahir cuba tersenyum.Hidungnya semakin kemerahan apabila digosok.
“Masa you kat sini dan I kat Christchurch,ada guys yang datang proposed I,”
“Ye?Siapa?”
“Ada dua,tiga orang termasuk mat salleh yang tak beriman,”
“Mat salleh memang tak beriman kecuali yang mualaf,”
“Memanglah,I saja nak bagi you ketawa,”
“Okay,”Shahir ketawa kecil.“Misi you dah berjaya,”
“Back to my story,one of them ex-boyfriend I masa sekolah dulu,”
“Siapa?You ada cerita kat I?”
“I pernah cerita kat you dulu,Fahrin namanya.You ingat?”
“Fahrin?I tak ingat sangatlah.Kenapa you cerita semua ni kat I?”
“Entahlah,I rasa macam I akan terima proposal Fahrin dan bukan you,”
“Eh,janganlah.Kita kan dah janji,”
“You cintakan I,Shahir?”
“I dah janji dengan you dan I akan tunaikan janji I,”
Farina tersenyum tawar.Sekian lamanya mereka menyusuri musim cinta,barangkali hanya dia
yang menuai rasa kasih itu kerana belum pernah mendengar sekali pun Shahir melafazkan
kata cinta.Sebaliknya hanya ungkapan janji yang akan dilunaskan seolah-olah Shahir telah
memajak dirinya buat Farina.
“Shahir,siapa nama ex-boyfriend yang I mention kat you?”
“Adam..Adam kan?”
Farina cuma mengangguk walaupun jawapan yang diberikan salah.Ternyata apa yang
dibualkan bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Dia cuma memandang Shahir
yang terus meneguk kopi yang hitam dan pekat itu sambil fikirannya menerawang entah ke
mana.
*****
Nad memandang Adira yang nampak lebih kurus daripada biasa.Wajahnya mencengkung dan
lebam hitam mula melingkari matanya.Pucat lesi bagaikan tak cukup cahaya matahari.Dari
pagi tadi dia cuba berbual dengan Adira.Tapi sahabat baiknya itu bagaikan sedang
bermimpi.Dia bagaikan berbual dengan mayat hidup.Difikirnya sebaik sahaja sekolah dibuka
semula banyak gossip yang bakal mereka bualkan tetapi tidak.Dia tahu soal Adira akan
bertunang dengan Daus melalui Mbak Seena yang dijumpanya di pasar.Bertambah terkejut
apabila Shahir dan teman wanita kaya-rayanya juga akan bertunang pada hari yang sama.Hati
Nad mula berasa tidak enak jika sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada sahabat
baiknya.Telahannya nyata benar apabila melihat Adira sekarang amat berbeza dengan Adira
yang dikenalinya dulu.
“Aku dengar kau nak bertunang dengan mamat CEO tu ye?”Nad cuba memberanikan diri
menyoal soalan yang panas buat Adira.
“Ya,”Jawapan yang pendek.Tangannya masih bekerja menyiapkan kerja yang diberi Cikgu
Baha,guru matapelajaran Geografi yang pernah mengirimkan surat cinta kepadanya dulu.
“Habis..sekolah macam mana?Kau masih sekolah?”
“Ya,”
“Kau tak suka abang tiri kau lagi?”
Adira tidak menjawab.Dia cuma meneruskan latihan soalan objektif kertas 1
Geografi.Dihitamnya ruang bulat berisi huruf A,B,C,D dan E itu sehitam-hitamnya.Pensel 2B
yang digunakannya ditekannya dengan kuat menyebabkan mata pensel itu patah.Emosi yang
tampak terganggu.
“Dira..mana Dira kawan baik aku yang dulu?”Hampir sebak Nad dibuatnya pada saat dia
melontarkan soalan itu kepada Adira.
Nad mengeluh apabila Adira tidak menjawab persoalannya.Bunyi loceng menandakan waktu
kelas berakhir berbunyi dengan nyaring.Nad hanya memerhati tingkah Adira yang bangun
daripada kerusi tanpa mempedulikannya.
Iwan masuk dari belakang dan mencuit bahu Nad.Beg silang Adidas disangkut di kepala
dengan baju sekolah yang tidak tuck in.Papan luncur setia dikepit di celah ketiaknya.
“Kenapa dengan Dira?”
Nad tidak menjawab.Dia cuma menggelengkan kepala.
Adira berjalan lemah menuju ke luar pagar sekolah.Selera makannya sudah hilang sejak
sekian lamanya.Jiwanya kosong dan kehidupannya sudah lagi tidak memberi apa erti
melainkan mengikut sahaja arusnya.Dia tidak pernah menduga betapa bahananya kecundang
dalam menangani perasaan cintanya terhadap abang tirinya.Dia sentiasa berdoa supaya
diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah ini.
Peritnya menelan realiti yang menidakkan hubungan itu supaya diteruskan.Lewat semalam
mummy mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena kepadanya.Walaupun mummy
memohon kejujuran daripadanya,Adira cuma menerangkan yang dia tertekan dengan
peperiksaan SPM yang bakal menjelang.Noktah.Dia tak mahu lagi membabitkan nama abang
dengan dirinya.Malahan dia akan mengelak daripada berjumpa abang semasa di rumah.Lelaki
dayus yang tidak berani mempertahankan cintanya.Frasa itu tersemat di dalam hatinya.
Langkah Adira terhenti apabila sesusuk tubuh yang tegap berdiri di hadapannya.Wajah yang
tidak ingin dilihatnya buat masa ini.
“Jom balik,hari pun macam nak hujan”
Shahir menunjukkan langit yang gelap sambil cuba tersenyum tetapi senyumannya tidak
dibalas.Shahir membuka pintu keretanya dan Adira perlahan-lahan masuk ke dalam kereta.
Sebaik sahaja kereta itu melewati pos pengawal,Shahir mengangkat tangannya kepada
pengawal bermisai lebat itu.Dia memandang Adira yang mendiamkan diri di sebelahnya.
“Macam mana sekolah?”
“Okay,”
“Kawan-kawan?”
“Okay,”
Pada saat kereta Peugot itu melewati ladang pokok kelapa sawit,hujan mula turun dengan
lebat.Mencurah-curah air hujan turun ke muka bumi.Memberi seribu rahmat kepada makhluk
Allah di alam ini.Seiringan dengan itu bunyi guruh berdentum dengan kilat menyambar saling
bermain di atas langit.
Shahir cuba meneruskan pemanduannya dalam keadaan hujan lebat dan ribut yang hadir tanpa
diduga.Walaupun pemandu lain membantunya dengan menyalakan lampu hadapan,tetapi
Shahir tidak mampu melihat apa-apa lagi di hadapannya kecuali samar cahaya lampu
kereta.Kereta Peugot itu berhenti di bahu jalan di tepi ladang kelapa sawit.Ramai kenderaan
yang menuruti jejak langkahnya kerana bimbang kemalangan bakal berlaku jika pemanduan
diteruskan.
Shahir memeluk tubuhnya.Menahan kedinginan pendingin hawa dan cuaca di luar yang
ternyata lebih menggila sejuknya.Dijelingnya Adira di sebelahnya yang melemparkan
pandangan ke luar tingkap.Sesekali dipandang pula wiper yang bergerak ke kanan dan kiri
mencuci air hujan yang memenuhi cermin kereta.
“Minggu depan,Dira dah nak bertunang kan?”Shahir cuba berbual.Memecah kesunyian yang
maha aneh baginya.
“Abang pun,”Jawab Adira pantas.Wajahnya masih tidak memandang Shahir.
“Dira marah abang?”
“Perlu ke?”
“Kalau Dira marah abang,luahkan perasaan marah tu sekarang,”
“Tak perlu,”
“Dira..”Pujuk Shahir lembut.
“Boleh tak kita teruskan kehidupan masing-masing?Abang dengan Farina dan Dira akan
sesuaikan diri Dira dengan Abang Daus nanti.Boleh tak abang jangan pedulikan Dira
lagi?Abang yang pinta Dira lupakan abang dan apa yang abang pernah rasakan?”
Adira memandang geram ke arah Shahir.Mempersoalkan soalan yang tak masuk dek
akal.Hanya orang yang tidak waras yang tidak akan marah dengan apa yang dilaluinya kerana
Shahir.
“Jadi Dira betul-betul marahkan abang?”
“Ya!Memang Dira marah dengan abang!Abang lelaki dayus dan bacul yang tak sanggup
mempertahankan apa yang abang rasa dan apa yang Dira rasa!Abang pernah cakap yang
abang akan lindungi Dira tapi abang penipu!Pengecut!Dira benci abang!”
Adira pantas membuka pintu kereta dan berlari di tengah hujan yang lebat.Shahir tersentak
dengan tindakan Adira.Cepat-cepat dicapainya payung di tempat duduk belakang dan
mengejar gadis itu sambil berusaha membuka payung yang pada mulanya tersangkut untuk
dibuka.
Langkahnya terhenti di hadapan sebatang pokok kelapa sawit yang sudah mati.Adira melutut
di hadapan pokok itu sambil menangis teresak-esak.Shahir menghampirinya sambil
memegang payung cuba melindungi Adira daripada titisan air hujan.
“Dira..jom..kita..kita balik,”
“Dira benci abang!”
“Ya,Dira memang patut bencikan abang,”
“Pergi!”Adira pantas bangun dan menolak Shahir.Payung yang dipegang Shahir jatuh ke atas
tanah yang lembik dan becak.
“Dira boleh pukul abang,benci abang dan marah abang..luahkan apa yang Dira simpan.Dira
boleh tampar abang jika itu memuaskan hati Dira,”Pinta Shahir sambil memandang Adira.
“Memang!Kau patut kena tampar!Aku benci tengok muka kau!”Adira menampar pipi
Shahir.Kiri dan kanan,Walaupun bertalu-talu tetapi tamparan yang lemah dan tidak berdaya.
“Benci gila!Benci sangat!Pengecut!”
Shahir hanya membiarkan dirinya ditampar Adira.Membiarkan Adira melepaskan apa yang
dipendamnya.Tamparan itu semakin lemah dan lemah.Adira terduduk ke bawah sambil
memaut kaki abang tirinya.Seperti hilang akal dia menangis tersedu-sedu di situ.
“Dira benci abang..tapi..semakin Dira benci..semakin rasa sayang itu menebal dalam hati
Dira..kenapa?Kenapa Dira tak mampu lupakan abang?Kenapa?”
Hujan yang semakin lebat mencurah ke bumi melindungi air mata yang turut mengalir di pipi
Shahir.Seribu kelukaan di hati Adira,sejuta yang mengguris di hati Shahir.Guruh masih
berdentum di langit gelap.Shahir masih berdiri kaku di situ.Ingin dia memujuk tetapi apalah
gunanya jika pujukannya hanya akan menambah luka di hati Adira.Tuhan tahu betapa dia
menyayangi gadis ini.
Adira,ingin ku hidupkan semula jiwa mu yang kosong dgn nafas cintaku,biar sejuta pedang
yang menghunus sedikit luka takkanku biarkan terguris di hatimu lagi..tapi mampukah aku?
Suasana di rumah Tan Sri Ali agak sibuk,maklumlah hari ini merupakan hari pertunangan
anak bongsunya.Memandangkan arwah isterinya sudah meninggalkan mereka sejak Daus
masih kecil,semua urusan dilakukan sendiri dengan bantuan adiknya,Datin Seri Paduka
Hajar.Isteri kepada salah seorang menteri kabinet dan juga ibu saudara Daus itu bertungkus
lumus memastikan semua persiapan berlangsung dengan lancar.Walaupun sekadar majlis
pertunangan,sebanyak 30 hantaran disiapkan termasuk tepak sirih junjung yang dihias
cantik.Di dalam kamarnya,Daus tersenyum di hadapan cermin.Membetulkan baju melayu
berwarna putih yang dipakainya.Sesekali membetulkan songkoknya.Haruman BOSS sudah
beberapa kali disemburnya.Tangannya diletakkan ke dadanya.(Eh,ada rasa berdebar-debar!)
“Hai,awak bukan nak kahwin,bertunang aje,”
Daus tersenyum melihat Ema yang muncul di belakangnya.Sahabat baiknya itu memakai
kebaya pendek berwarna putih dan kain batik singkat.Gadis itu menyapu kedutan di baju
Melayunya di bahagian bahu.Kedua mereka memandang ke arah cermin.Berdiri sama tinggi
dan sama cantik.
“Handsome juga kawan baik I ni ye?”
“Gila tak handsome?Nak tengok cincin?”Daus tersenyum nakal.
“Boleh jugak!”
Daus maju ke hadapan membuka laci dan mengambil sebuah kotak kecil berwarna putih.Dia
membuka kotak itu dan mengambil cincin itu lantas menunjukkan kepada Ema.
“Tiffany?Cantiknya!”
“Special design tu,kalau you tengok betul-betul dalam diamond ada dua huruf bergabung,”
“Dua huruf?Let me see,”Ema merenung ke arah cincin itu.Matanya dikecilkan untuk
memastikan huruf-huruf yang dimaksudkan Daus.“DD?What‟s the meaning of that?Diana
Danielle?”
“Huish Diana Danielle pulak.Daus dan Dira lah,”
“Daus dan Dira,romantiknya.Daus,sarungkan cincin ni untuk I,”
Ema menghulurkan jari jemarinya yang runcing.Daus menggeleng-gelengkan kepalanya
melihat telatah Ema.Dia menyarung cincin itu di jari manis sahabat baiknya.Ema tersenyum
nakal sambil melihat cincin platinum bertatah berlian itu di jari manisnya.
“Padan dengan I,kira jadi hakmilik I lah ye?”
“Mana boleh,”Daus tersenyum sambil memegang lembut tangan Ema.Perlahan-lahan cincin
itu ditariknya dari jari sahabat baiknya.“Kalau untuk you nanti I design khas,DE BFF
4EVER,”
“Ye la,siapalah I nak pakai cincin bakal tunang you,”Ema menjungkit bahunya sambil
mengenyit matanya.
“Eleh,merajuk!”Daus mencuit pipi Ema.“Sampai mati pun you tetap menjadi kawan baik I
dan soulmate I..eternally,”
“I jadi second wife pun okay,”Usik Ema sambil mengambil songkok Daus dan meletakkan di
kepalanya.Dia mengundur ke belakang seolah-olah mengacah Daus supaya mengambil
semula songkok itu.Daus menggaru dagunya sambil tersenyum.
“You terlalu special untuk I.I tak sanggup nak jadikan you second,third or fourth.Kalau I tak
jumpa Dira,may be I propose you sebab you best friend I,”
“That means,I‟m your last resort.Poyo la you Daus,”Ema menjelirkan lidahnya sambil cuba
mengelak apabila Daus ingin mengambil semula songkoknya.Gadis cantik itu ketawa kecil
dapat mempermainkan rakannya.
“Dira wanita pertama yang I paling cinta dan you wanita pertama yang bertakhta sebagai
kawan baik I.Tiada kompromi.“Ema bak lah songkok I,”
“Okay,”Ema meletakkan songkok itu semula di atas kepala Daus.Dia tersenyum sambil
membetulkan songkok itu.“I harap you akan happy dengan Dira,all the best.Nanti cepat-cepat
kahwin dan ada anak banyak-banyak,”
“That‟s my girl,”Daus mengangkat ibu jarinya sebagai tanda bagus.Dia pantas melihat jam
tangannya.“Dah nak dekat pukul 1.Jom,cepat!”
Daus tergopoh-gapah keluar dari bilik.Sesaat kemudian dia masuk semula.
“Babe,you tolong bawa kotak cincin,okay.Love you,”
Sebaik menghabiskan kata-katanya,Daus pantas keluar semula.Ema menggelengkan
kepalanya melihat gelagat Daus yang kelam kabut.Dia mengeluh perlahan.Kotak cincin itu
dibukanya.Lama dia memandang cincin itu sebelum menutupnya semula.Ema membetulkan
kebaya yang dipakainya sebelum mengangkat kotak cincin itu yang diletak di atas dulang
hiasan.Berlari-lari anak dia turun ke bawah.
******
Tidak seperti Daus yang ceria dan ingin terlibat bersama di dalam majlis pertunangan
ini,Shahir pula berlainan.Tiada kewajipan agama yang menetapkan si lelaki wajib terlibat
bersama dalam urusan pertunangan,cuma keluarga.Shahir tekad untuk mengelak daripada
terlibat secara langsung dengan majlis pertunangannya merangkap pertunangan adik tirinya
juga.Cuma berbaju kemeja kotak berwarna biru dan berseluar jeans lusuh,dia duduk di tengah
sawah sambil memetik gitar.Cuaca matahari yang terik itu langsung tidak
dihiraukannya.Panorama keindahan suasana di sawah sikit tak banyak mengurangkan tekanan
di dalam hatinya.
Ingatannya masih melangkau peristiwa minggu lepas.Dipegang pipinya.Tamparan Adira
masih terasa di pipinya.Seolah-olah baru semalam semuanya berlaku.Peritnya bukan terasa di
pipi tetapi di hatinya.Selepas kejadian itu,Adira meminta kebenaran daddy untuk ke sekolah
dengan Nad.Di rumah,Adira memang tidak mahu melihatnya langsung.Seboleh-bolehnya
gadis itu mengelak daripada bertemu dengannya.Adira berhak membencinya sampai bila-
bila.Benar kata Adira,dia dayus dan penakut untuk mempertahankan apa yang
dirasakannya.Mempertahankan gadis yang dia cintai.
“Bodohnya kau Shahir!”
Jeritannya menyebabkan burung-burung yang cuba memakan bunga padi berterbangan
bertempiaran.Shahir merebahkan badannya di atas tanah.Tangannya diletakkan di atas
dahinya.Tangan kirinya memeluk gitar kapok yang berwarna hitam itu.Gitar daddy itu
dipegang dengan erat.Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan masalah itu ditambah cuaca
yang panas terik.
“Anak kenapa?”
Suara seorang wanita berusia separuh abad mengejutkannya.Shahir bingkas bangun sambil
menyapu bajunya yang melekat dengan tanah.Wanita tua bertudung yang memakai baju
kurung Kedah dengan seluar berwarna hitam itu tersenyum.Kasut bot yang dipakainya
berselut dengan tanah.Walaupun bekerja di bawah panas mentari,kulitnya putih kemerah-
merahan.Orangnya masih cantik walaupun sudah berusia.
“Maaf makcik,saya ganggu makcik buat kerja ke?”Shahir bertanya.Kaget.
“Taklah,makcik tengok kamu macam runsing saja.Makcik datang tengok kamu,”
“Tak ada lah makcik.Ada masalah sikit-sikit aje,”
“Panggil je mak cik,Mak Timah.Janganlah duduk di denai ni,jom kita ke pondok,”
Wanita tua itu bangun sambil tersenyum kepadanya.Tanpa membantah Shahir menuruti
langkah wanita yang membahasakan dia sebagai Mak Timah.Dia mengambil sapu tangan dan
mengelap peluh yang mengalir di lehernya.
“Anak ini namanya siapa?”
“Shahir,Mak Timah,”Shahir menjawab sambil mengemaskan silanya di atas pondok kecil di
tengah sawah itu.
“Memang orang Tanjung Karang?”
“Tak,saya orang Rawang,”
“Jauhnya datang,kenapa?”
“Tak de apa Mak Timah..mencari ketenangan,”
“Masalah cinta?Tak berani mempertahankan cinta?”
“Eh?”
“Kamu hairan?Mak Timah dah banyak makan garam.Tengok muka kamu Mak Timah dah
tahu apa yang bermain di fikiran kamu.Apa yang berlaku hari ini?”Mak Timah menuangkan
air kopi daripada termos ke dalam cawan.Cawan itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir
terangguk-angguk sambil menyambut cawan itu.Ditiup kopi yang panas itu sebelum
menghirup perlahan.
“Saya..saya..akan bertunang,”
“Dengan perempuan yang kamu suka?”
“Perempuan yang saya suka akan bertunang dengan orang lain,”Shahir bersuara perlahan
sambil menundukkan kepala ke bawah.
“Kenapa kamu biarkan?”
“Sebab saya tak boleh hidup dengannya.Walaupun adik beradik tiri,tak mungkin kami boleh
bersama.Saya tak mahu jadi munafik,saya dah berjanji dengan orang lain,”
“Sebenarnya Shahir,kamu sengaja memberi seribu alasan.Sedangkan hakikatnya,jika kamu
benar-benar cinta perempuan tu,kamu takkan sanggup serahkan dia kepada orang lain atas apa
alasan pun,”Mak Timah tersenyum memandang anak muda di hadapannya.
Shahir terdiam.Tali gitar itu dipetiknya perlahan.
“Walaupun baru pertama kali bertemu tapi InsyaAllah sekilas ikan di kolam,Mak Timah tahu
yang mana jantan dan yang mana betina.Begitu juga sikap manusia daripada raut
wajahnya.Mak Timah tengok muka kamu,Mak Timah rasa kamu budak baik.Shahir,jangan
biarkan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kamu pergi begitu sahaja kerana kamu
sendiri yang mengalah dan tidak berusaha,”
Shahir tersenyum ke arah wanita berusia separuh abad itu.Senyumannya tawar bersama
hatinya yang gundah.
“Mak Timah ada kerja lagi,kalau kamu nak terus duduk di sini,silalah.Tapi kalau Mak Timah
di tempat kamu,Mak Timah akan menyesal seumur hidup kerana membiarkan orang yang
Mak Timah sayang pergi begitu sahaja,”Mak Timah bangun sambil mengambil sabit di bawah
tangga.“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”Shahir menunduk hormat kepada Mak
Timah yang berlalu meninggalkannya di dalam pondok itu.
Tali gitar itu dipetik perlahan.Bunyinya sumbang dengan nota muzik yang bertaburan.
Apa yang harus aku lakukan?Membiarkan simpulan pertunangan terus dilangsungkan antara
Daus dan Adira?Menghukum dirinya untuk bersama Farina?
Shahir memejamkan matanya.Mindanya berputar-putar mencari penyelesaian.Semakin lama
difikirkan,semakin pening kepalanya.
******
Lima buah khemah didirikan di luar halaman rumah Datuk Maulana.Penduduk kampung
ramai yang hadir mengalahkan kenduri kahwin layaknya.Maklumlah yang bertunang
bukannya seorang tapi dua orang anaknya.Pasukan kompang sudah pun bersedia menunggu
kehadiran keluarga Daus.
Farina yang sememangnya tidak mempunyai keluarga di Malaysia ditemani para pekerjanya
di sebuah bilik.Datin Ainul tidak cukup tangan menyiapkan pelbagai persiapan untuk
hantaran kedua-dua anaknya Shahir dan Adira.Itu tak termasuk,persiapan majlis
kenduri.Boleh migrain dia dibuatnya.Mujurlah suami tercinta sentiasa membantu pada saat-
saat genting.
Di dalam kamar yang lain,Adira yang sudah sedia dimekap sedang duduk membatu di dalam
kamarnya.Jari jemarinya yang berinai merah menguis-nguis cadar baldu berwarna putih.Putih
ialah tema yang ditetapkan keluarga Daus.
Pandangannya kosong ke hadapan.Jiwanya sifar tanpa sebarang rasa.Sunyi dan sepi
sehinggakan dia bisa mendengar bunyi jarum jam yang berdetik di dinding.
Bunyi pintu yang dibuka mengalih pandangannya.Nad berdiri di hadapan pintu sambil
memandang sayu ke arah sahabatnya.Adira membalas pandangan itu dengan pandangan yang
sama.Dia cuba memaksa dirinya untuk tersenyum buat sahabatnya.Terketar-ketar.
“Dira,”Nad pantas menutup pintu lalu memeluk Adira.Tanpa paksaan,air mata berjujuran
mengalir di pipi kedua-dua gadis itu.Teresak-esak.Terlalu sebak sampai kedua-duanya tidak
mampu berbicara.Secara emosi,Nad seolah-olahnya berkongsi rahsia hati sahabatnya.
“Ja..jangan menangis..nanti..tak..cantik,”Nad mengesat air mata yang mengalir di pipi
Adira.Suaranya tersekat-sekat menahan tangisan.
Kata-kata Nad menambah sedu-sedan Adira.Air mata itu seperti tidak mampu
dihentikan.Hanya Nad yang memahami duka di hatinya.Kegembiran dikongsi bersama seiring
dengan kesedihan.Tidak perlu berkata-kata kedua-duanya bisa memahami antara satu sama
lain.
“Apa pun yang berlaku..kita tetap kawan baik..sampai mati kita kawan baik.Okay?”Nad
mencium pipi Adira bertalu-talu.Dikesatnya air matanya sendiri.Dia bingkas bangun dan
menunjukkan ibu jarinya tanda memberi semangat.“Aku tahu kau kuat!”
Adira cuma mampu mengangguk.Lidahnya tidak mampu mengucap sebarang kata.Hanya raut
wajahnya terkandung sejuta kedukaan.Dia juga mengesat air matanya segera.Mujurlah
maskara yang dipakainya kalis air dan tidak meleleh.Nad segera keluar dari kamar Adira.Tak
sanggup rasanya dia memandang wajah pilu Adira.Bagaimana Adira mampu menghadapi
semua ini?Dia pun tak tahu.Dia sendiri tidak menyangka di sebalik tubuh kecil itu,Adira
mempunyai semangat yang kuat.
“Dira macam mana?”Suara Iwan menerjah ke telinga Nad sebaik sahaja dia berada di
halaman.Wajah lelaki berkulit cerah itu kelihatan risau.Anum yang berdiri di sebelah Iwan
juga kelihatan risau.
“Aku pun tak..tahu nak cakap apa..”Nad menutup matanya dengan tangan.Cuba menahan
kesedihan yang masih lagi melanda hatinya.
“Aku kesian dengan dia.Kalau aku jadi dia,dah lama aku cabut ikut tingkap,”Anum
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau rock,tapi hindustan.Hindustan bolehlah cabut ikut tingkap.Itupun kalau Shahir bengong
tu sanggup tunggu kat luar tingkap,”Iwan menempelak Anum yang menjeling kepadanya.
“Korang boleh tak jangan buat lawak?Aku tengah emosi ni,”Nad mengesat air matanya.
“Betul apa dia bengong?Kalau aku jadi Si Shahir tu,tak ada maknanya aku nak baik hati nak
bagi orang yang aku suka kat orang lain.Mengabihkan boreh jo,”Iwan melepaskan
geramnya.Kelmarin barulah dia tahu kisah sebenar yang berlaku antara Adira dan abang
tirinya.Itupun setelah disoalnya bertubi-tubi terhadap Nad yang kelihatan macam hilang
semangat.Patutlah Si Shahir tu hampir-hampir mematahkan tengkuknya,rupanya dalam hati
ada taman dengan si adik tiri.Mujurlah sekarang dia pun sudah menganggap Adira sekadar
teman biasa.
Kedatangan rombongan kereta Rolls Royce sebanyak 6 buah semuanya menarik perhatian
orang ramai di halaman rumah.Kompang terus dipalu sebaik sahaja rombongan meminang
daripada keluarga Daus itu memijak tanah.Ketiga-tiga sahabat tadi saling memandang sesama
mereka.
Farina sekadar menjenguk di luar tingkap,hati wanitanya sedikit cemburu dengan persiapan
yang dilakukan oleh Daus terhadap Adira.Berlainan dengan Shahir yang mahukan semuanya
serba sederhana.Sehinggakan dia merasakan menjadi pilihan kedua dalam majlis pertunangan
ini.Semua orang lebih menumpukan Adira daripadanya.Namun dari sudut lain,dia bersyukur
kerana setelah sekian lama mengharungi suka duka bersama Shahir,akhirnya ikatan antara
mereka bakal tersimpul sebagai pasangan yang bertunang.Tapi emosinya berlainan pada hari
ini.Entah mengapa seperti Shahir,dia sendiri seolahnya tidak gembira dengan soal
pertunangan ini.Ya,pada mulanya memang dia beriya-iya.Kemudiannya setelah peristiwa
demi peristiwa yang menggoyahkan hatinya berlaku satu demi satu.Dia mula terasa kelatnya.
Bunyi paluan kompang itu pula bagaikan panggilan „kematian‟ buat Adira.Bukan „kematian‟
yang menghapuskan nyawa tetapi „kematian‟ yang mematikan jiwanya.Kosong dan tidak lagi
bermakna.Dia hanya memandang jam di dinding berjalan.Menanti saat „jiwanya‟ diragut dan
akan diganti dengan 'jiwa' yang tiada maknanya.
Tan Sri Ali bersalaman sambil berpelukan dengan Datuk Maulana.Kedua bakal bisan itu
tampak mesra.Datin Seri Paduka Hajar juga saling berciuman pipi ke pipi dengan Datin
Ainul.Daus menarik nafasnya dalam-dalam.Kalaulah Abang Shah juga ada bersama
dengannya hari ini,pasti bertambah ceria.Mujurlah ada Ema yang setia di sebelahnya sambil
memegang dulang hantaran yang diisi kotak cincin.Hatinya berdebar-debar.Perasaan gembira
yang tak tertahan bagaikan mahu pecah dadanya.
Datuk Maulana mempersilakan semua tetamu duduk.Wajahnya kelihatan manis dan berseri-
seri.Maklumlah rakan sendiri yang bakal menjadi bakal bisan.
“Anak lelaki kami pun nak bertunang hari ini.Tapi kita mulakan yang si adik dulu.Atas
permintaan abangnya,”Datuk Maulana memohon pengertian.
“Oh,anak lelaki you dengan first wife dulu kan?Yang anak I gila-gilakan sangat ni anak tiri
you kan?”Tan Sri Ali ketawa terbahak-bahak.Daus hanya tersenyum dan menunduk
malu.Sempat Ema mencuit pinggangnya.Daus membulatkan matanya kepada Ema yang
tersenyum nakal.(Nasib baik aku tak melatah!).
“Tan Sri,I dah anggap Adira macam anak kandung I sendiri.Silakan duduk,”Datuk Maulana
tersenyum manis sambil duduk bersila bersama isterinya.Semua hadirin yang datang
mengemaskan sila dan simpuh.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh,”Seorang lelaki berkulit putih dan kurus
memulakan bicara setelah semua yang datang sudah bersedia.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”
Semua hadirin yang hadir menjawab salam.Ada yang mengangguk-angguk.Ada yang
tersenyum simpul.Nad,Iwan dan Anum sekadar menjenguk melalui tingkap.Segan hendak
berkumpul dengan insan-insan yang berstatus dan berdarjat tinggi.
“Segala puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW,semoga majlis pertunangan yang
berlangsung pada hari ini diberi barakah dan rahmat daripada Yang Maha Esa.Saya Tengku
Haidar,merangkap abang saudara Shahril Firdaus dan juga wakil keluarga Tan Sri
Ali.InsyaAllah pada hari ini saya dan bonda akan cuba mempercepatkan majlis dan jutaan
kemaafan kerana terlewat.Minta maaflah juga,sebab keluarga kami ni masih mengamalkan
lagi adat berpantun.Dalam soal ini saya serahkan majlis ini kepada bonda saya,Datin Seri
Paduka Hajar Ismail.Silakan bonda,”
Wanita yang bertudung dan memiliki seraut wajah yang tegas itu tersenyum memandang
Datuk Maulana dan Datin Ainul.Datin Ainul memicit-micit kepalanya sambil cuba
tersenyum.(Dah nak berpantunlah pulak..)
“Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,memandangkan anakanda saya pun dah
bagi warning nak cepatkan majlis yang sudah terlewat ini,maka saya pun nak cepatkanlah
adat.Pantun ini saya tujukan khas untuk Datuk Maulana dan Datin Ainul,”Datin Seri Paduka
Hajar tersenyum sambil membetulkan tudungnya.
Anak cina si ibu nyonya,
Memotong padi dengan parang,
Bunga di sana harum mekarnya,
Sudahkan menjadi hakmilik orang?
“Terima kasih,cantik pantun Datin Seri.Saya pun tak pandai nak jawab pantun.Saya serahkan
saja kepada isteri,”Gurau Datuk Maulana sambil disambut ketawa Tan Sri Ali dan hadirin
yang hadir.
Datun Ainul menjeling manja terhadap suaminya.Nampak sangat nak lepaskan beban kepada
isterinya.Dia memikirkan seketika sebelum membuka bicaranya.
Ulam pegaga tidak melingkar,
Ditepi perigi berbaja tiada,
Bunga dijaga wangi nan mekar,
Cuma dimiliki ayahanda dan bonda,
Hadirin yang hadir mengangguk-angguk sambil tersenyum mendengar jawapan Datin Ainul.
“Alhamdulillah,senang cerita anak gadis Datuk dan Datin belum berpunya kan?Saya nak
sambung lagi Pesta Pantun ni,tapi kasihan pula adik saudara saya yang dah kepingin nak
bertunang,”Tengku Haidar cuba mengusik Daus yang sudah berwajah pucat.Daus cuma
tersenyum apabila orang ramai tersenyum sinis kepadanya.
“Bagi pihak Tan Sri Ali,jika pihak Datuk Maulana setuju,pertunangan ini akan dilangsungkan
sehingga setahun.Tapi apapun tempohnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui kerana jodoh
dan pertemuan ditentukan olehNya,”
“Bagi pihak kami,Alhamdulillah,kami cuma menurut saja apa yang pihak keluarga Tan Sri
tentukan.Jika dah takdir,anak kami bertemu jodoh dalam usia yang muda Alhamdulillah,”
“Sebelum tepak sirih ini diserahkan,saya mewakili Allahyarhamah ibu Daus untuk menyarung
cincin pertunangan ini ke jari manis anak Datuk,Adira kan?”Datin Seri Paduka Hajar pula
menyampuk sambil tersenyum.
“Ya Datin Seri,Adira namanya..err panggil Adira,”
Arahan Datuk Maulana disambut dengan anggukan Datin Ainul.Daus menanti kehadiran
Adira dengan hati yang berdebar-debar.Ema ke hadapan duduk bersimpuh di sebelah Datin
Seri Paduka Hajar.Kedua-dua mereka saling memandang dan tersenyum.
Sepasang kaki putih turun daripada tangga dengan berhati-hati.Daus semakin terpesona
melihat kecantikan Adira yang mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna putih dan
selendang di atas kepala.Bukan sahaja Daus,orang ramai yang datang turut memuji kecantikan
gadis sunti itu.Adira cuma tertunduk dan membisu ketika duduk di hadapan ibu saudara
Daus.Dalam keterpaksaan dia mencium tangan wanita korporat di hadapannya.Nad,Iwan dan
Anum memandang situasi di hadapan mereka dengan jantung yang berdebar-debar.
Datin Seri Paduka Hajar mengambil sebentuk cincin yang dihulurkan Ema.Jurugambar-
jurugambar yang datang bersedia dengan kamera masing-masing.Rakaman melalui video
sahaja sudah melibatkan 5 orang jurukamera.Tangan halus Adira dipegangnya.Cincin itu
bersedia untuk disarungkan bila-bila masa.Bersedia untuk disarungkan ke jari manisnya.Adira
pasrah dan memejamkan matanya.
“Adira!Ikut abang!”
Hadirin yang datang tersentak melihat Shahir yang tiba-tiba datang dan menarik tangan
Adira.Kedua adik-beradik tiri itu berjalan menyusuri orang ramai.Datuk Maulana terdiam
kaku menyaksikan kejadian yang tak disangkanya.Datin Ainul sudah rebah ke lantai.Kelam-
kabut dibuatnya.Semua tetamu yang datang berbisik sesama mereka.
“Tahan dia!”Daus bangun dengan diikuti beberapa orang pemuda di belakangnya.
“Jangan!”Farina keluar daripada biliknya dengan selendang dan jarinya yang berinai
merah.Dia menahan Daus daripada meluru ke arah Shahir dan Adira.Matanya digenangi air
yang jernih.Nafasnya turun naik.Kepalanya digeleng-gelengkan.
“Jangan..biarkan mereka..,”Bisik Farina perlahan.Daus menggigit bibirnya.Menahan amarah
di dalam hatinya.Tangannya menggenggam buku limanya.
Ema hanya mampu tertunduk.Berlainan dengan tiga sahabat di luar rumah.Nad,Iwan dan
Anum pula saling tersenyum di antara mereka.Biarpun suasana semakin kecoh,Shahir terus
menarik tangan Adira yang menurutinya tanpa bantahan.Kereta Peugot itu dihidupkan.Shahir
pasrah.Apa yang terjadi telah pun terjadi.Dia tidak mungkin berpaling lagi.
Dia memandang Adira yang turut memandang ke arahnya.Adira ternyata keliru dengan
tindakan drastiknya.Walaupun air mata berlinangan di pipinya.Namun wajah itu tiada lagi
muram dan kosong.Seraut wajah yang manis itu dipenuhi dengan rasa kasih dan
sayang.Shahir tersenyum sambil mengesat air mata yang membasahi pipi adik tirinya.
“Abang berjanji,abang tak akan lukai hati Dira lagi..abang janji..”
Adira tidak mampu membalas ungkapan itu,hanya mampu menangis di atas tapak tangan
Shahir sebagai alasnya.Kereta itu menderu tanpa arah.Ya,dia berjanji akan menjaga
Adira.Menjaga dan melindungi gadis itu.Wajah daddy dan mummy terbayang-bayang di
mindanya.Rasa berdosa menebal di sanubarinya.Ya,dia sudah mengaibkan mummy dan
daddy.Dia sudah pun melakukan perbuatan ini.Membawa Adira bersamanya ke suatu
destinasi yang masih samar.Sebagai lelaki dewasa,dia akan bertanggungjawab atas apa yang
sudah dilakukannya.
Harapannya cuma ada sinar bahagia buatnya dan Adira.Perjalanan masih jauh dan
panjang.Janji Shahir dia akan hanya mencintai Adira.Apakah esok masih sama?
Perjalanan hampir 6 jam ke utara dan tanpa arah tuju diteruskan oleh Shahir.Cuma
sekali mereka berhenti di Tapah,Perak untuk menunaikan kewajipan pada Yang Esa.Mega
sudah tidak kelihatan di ruang angkasa,jam di tangannya pula sudah menunjukkan pukul 7
malam.Cepat benar cuaca gelap pada malam itu.Lebuhraya yang panjang dan sunyi itu hanya
menyaksikan pelarian mereka yang belum tentu arah destinasinya.
“Abang,apa yang kita buat salah kan?”Adira kelihatan runsing.Masih berbaju kurung yang
sama pada majlis pertunangannya.Cuma mekap di wajahnya sudah tiada.Nafas kesal
dilepaskan.
“Ya,”Jawab Shahir pendek.Wajahnya kelihatan lebih tenang berbanding saat dia menarik
tangan Adira di tengah medan pertunangan tadi.
Tidak terfikir dek akal warasnya untuk melakukan perkara segila ini.Benarkah cinta itu
buta?Atau manusia yang buta apabila terkena panahan cinta?Yang pasti dia tak dapat
bayangkan bagaimana jadinya jika melepaskan Adira kepada Daus.Ya,daddy,mummy
mahupun arwah mama tidak pernah mengajarnya untuk bersikap kurang manis dan
membelakangkan keluarga.Malang baginya situasi dirinya dan Adira terlalu sulit untuk dia
kekal dalam keadaan logika.
“Abang akan fikirkan apa yang patut kita lakukan bila kita dah sampai di tempat yang lebih
selesa nanti,”Kereta Peugot itu memasuki hentian Sungai Muda.Tidak banyak kereta yang
diparkir di situ,adalah dalam tiga buah kereta.Kawasannya pula gelap dan sunyi.Cuma ada
tandas dan pondok berehat.
“Dira tak sempat nak ucap terima kasih,”
“Terima kasih?Sebab?”
“Tak tahulah..rasa pelik pun ada..tapi,rasa dihargai pun ada,”
“Iye?Abang harap daddy tak letak muka kita di hadapan suratkhabar esok pagi,”Shahir
mengeluh perlahan.Jari jemarinya memicit dahinya sendiri.(Nak sangat bawa lari anak dara
orang..ambik!).
“Apapun abang tetap hero di hati Dira,Spiderrman,”
“Hero?Spiderman?”Tiba-tiba terkeluar ketawa kecil dari mulut Shahir.(Dira..Dira..di sebalik
rasa cinta yang mendalam itu masih ada keletah anak kecil!)
“Spiderman sebab Spiderman rendah diri dan terlalu cinta akan Mary Jane walaupun dia
jarang mengaku dan meluang masa untuk Mary Jane”
“Jadi abang ni macam Spiderman lah ye?”
“Spiderman yang sanggup buat apa saja untuk Dira,”
“Dira,”Shahir bersuara lembut.Dipandangnya gadis di sebelahnya dengan perasaan yang jujur
dan penuh dengan rasa sayang.
“Ye?”
“Abang sayang Dira,tulus daripada hati abang.Abang minta maaf untuk apa yang berlaku
pada hari ini.Abang janji tak akan melukai hati Dira lagi,”
“Abang dah berjanji banyak kali dengan Dira dari tadi.Dira percaya abang,”
“Dengan ini,abang,”Shahir mengangkat tangan kanannya seperti istiadat mengangkat
sumpah.“Akan menjadi Spiderman di hati Dira yang akan menjaga Dira seperti Spiderman
menjaga Mary Jane.Betul,tak bohong,”
“Okay..okay..Dira pun sayang abang,”Jawab Adira sambil tersenyum malu.Mukanya
kemerah-merahan ketika mengungkap ungkapan „sayang‟.Masih menebal perasaan segannya.
“Kita asyik sayang menyayang macam lagu cerita Azura ni,bila nak keluar dari kereta ni?”
“Keluarlah,siapa yang larang?”Adira menjelir lidahnya.Nakal.
Shahir ketawa kecil sambil keluar dari kereta.Dia hampir melanggar seorang lelaki ketika
membuka pintu kereta.
“Maaf encik,saya tak sengaja,”
Lelaki yang memakai jaket biru itu tersenyum sinis memandangnya.Dilihatnya Shahir dari
atas ke bawah.Pandangan yang jelek.
“Kau kenapa bro,mata letak mana?”
“Sorry bang,saya dah minta maaf tadi kan?”
Lelaki tadi mengerling ke dalam kereta.Matanya memandang nakal ke arah Adira yang
tercengang-cengang di dalam kereta.
“Abang tengok apa?”
“Aik,marah?Aku pun tak sengaja tengok girlfriend kau,ada masalah?”Lelaki tadi menolak
Shahir sehingga terjatuh ke bawah.
Adira yang pada mulanya sekadar memerhati sudah keluar dari kereta dan menghampiri
Shahir.Shahir bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya yang melekat dengan kotoran tanah.
“Dira,masuk dalam,”Bisik Shahir perlahan.Belum sempat Adira bergerak seorang lelaki lain
muncul di belakangnya.
“Nak ke mana cik adik?Lepak dengan kitaorang sudahlah,”Lelaki yang baru muncul dan
berambut panjang paras bahu mencuit pipi Adira.Shahir pantas menarik Adira ke
belakangnya.
“Relaks bro..kita boleh kawtim,nak apa?”Shahir bersuara lembut,masih cuba untuk
berbincang.Adira hampir menangis di belakangnya.Menahan air mata yang bergenang di
kelopak matanya.(Apahal pulak ni?)
“Eddy,dia tanya kita nak apa?”Lelaki yang dilanggar Shahir tadi bersuara.Lelaki yang
bernama Eddy itu ketawa kecil sambil menghampiri Shahir dan Adira.
“Joe,kau nak apa?”
“Kereta Peugot,hebat ni.Aku nak kereta kau boleh brader?”Lelaki yang bernama Joe tadi
menepuk-nepuk kereta Shahir sambil menepuk-nepuk kereta berwarna perak itu.
“Kau nak kereta?Aku tak nak kereta,”Eddy menggelengkan kepalanya.
“Kau tak nak kereta?Kau nak apa Joe?Aku excited ni!”Joe melompat-lompat seolah
mempermainkan pasangan kekasih di hadapan mereka.Adira yang bersembunyi di belakang
Shahir memegang erat lengan abang tirinya.Shahir cuma memerhati gelagat dua lelaki
banjingan di hadapannya.Bersedia menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.
“Aku?Aku?Kau tanya aku Joe?”
“Ye la bengong takkan aku tanya mamat suci ni pulak,”
“Aku?”Eddy menghampiri Shahir sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dipandangnya
Adira dengan pandangan yang kotor.“Gua tak tahanlah tengok awek lu yang halus mulus
ni.Kita kongsi boleh tak,bro?”
“Kurang ajar!”
Shahir menendang kakinya tepat di celah kelangkang Eddy.Eddy terus rebah dengan wajah
yang terkemut-kemut seperti tidak cukup oksigen.Riak peritnya menunjuk azab yang amat
sangat.Joe yang melihat keadaan sahabatnya terus memukul Shahir dari arah
belakang.Hampir terjatuh Shahir dibuatnya.
Berpinar juga kepalanya dipukul curi.Geram yang amat Shahir melepaskan tumbukan sulung
ke mata lelaki itu.Melekat buku limanya di mata hitam samseng jalanan itu.
“Dira cepat masuk,”Shahir menarik tangan Adira dan cepat-cepat menolak gadis itu masuk ke
dalam kereta.Belum sempat dia menutup pintu ,Shahir berasa panik apabila terasa pedih dan
ngilu di tepi pinggang kanannya.Dia bertambah kaget melihat sebilah pisau tertusuk di
pinggang kanannya.Darah mula mengalir membasahi kemeja kotak berwarna biru yang
dipakainya.Dia menoleh ke belakang dan dilihatnya lelaki yang bernama Eddy
memandangnya dengan wayah yang pucat.
“Hoi!”Satu sergahan suara sayup-sayup kedengaran oleh Shahir.Samseng taik kucing dua
orang tadi telah menghilangkan diri entah ke mana apabila mendengar sergahan itu.Shahir
mula berasa pusing.Dia terus rebah dengan nafasnya yang mula lemah.Dalam samar-samar
dia dapat melihat wajah Adira yang cemas dengan air mata yang tiada putusnya.Dia juga
melihat wajah lelaki yang agak berusia di sebelah Adira dan cuba membantunya.
Darah semakin membuak.Wajahnya mula pucat dan lesi.Suara Adira semakin sayup
kedengaran.Nafasnya naik dan turun.Lemah
******
Suasana di banglo mewah Datuk Maulana disirami cahaya lampu yang samar.Jam di dinding
berbunyi 8 kali menandakan sudah pukul 8 malam.
“Sampai bila-bila saya akan tunggu Adira!”
Kata-kata tegas Daus memenuhi ruang tamu rumah Datuk Maulana.Daus tidak peduli jika
keputusannya tidak dipersetujui ayahnya.Selepas kejadian yang mengaibkan petang
tadi,angkara ego yang tinggi,ayahnya terus membawa diri dan memaksa rombongan
meminang pulang tanpa mengambil kira kemaafan yang dipohon Datuk Maulana dan Datin
Ainul.
“Saya tak peduli dengan ayah,uncle.Kalau Shahir boleh buat gila larikan Adira di hadapan
orang ramai,saya pun boleh buat gila cari Adira sampai hujung dunia,”Daus bersuara
lagi.Datuk Maulana berdiri kaku memandang ke luar tingkap.Datin Ainul cuba ditenangkan
Farina.Tak putus-putus tangisannya sejak tadi.Terluka hati seorang ibu diperlakukan demikian
oleh anak-anaknya.Kalaulah dia tahu Shahir dan Adira menyulam rasa cinta sudah pasti dia
mempersetujui ikatan mereka berdua.Kenapa kedua-duanya tidak memberitahunya apa yang
mereka pendam.Atau mungkin salahnya kerana tidak mampu menduga kemurungan Adira
berpunca daripada Shahir?
“Daus,cuba you bawa bertenang dulu,”Ema yang setia bersamanya sejak petang tadi akhirnya
bersuara.Drama betul apa yang berlaku pada hari ini.Memang tak terjangka dek akal.
Kasihan pula rasanya melihat apa yang berlaku kepada Daus.Itu baru majlis
pertunangan,kalau majlis perkahwinan?Alamatnya ada pula yang lawan tembak-menembak
nanti.Ema menggelengkan kepalanya.(Macam-macam hal!)
“Bagi I..I..I biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka sendiri,”Farina memberanikan
dirinya menyatakan keputusannya.Daus sekadar menjeling ke arah wanita itu.
“Jodoh dan pertemuan dah ditentukan Tuhan.Tiada siapa yang boleh halang kalau dah itu
ketentuannya.I bukannya baik hati.Tapi I rasa sebesar mana pun cinta I pada dia,tak ada
gunanya kalau dia tak cinta I balik.Mungkin salah I jugak,I dah tahu ayang sukakan
Shahir..tapi I teruskan juga niat untuk bertunang dengan Shahir,”
“Farina,I pun tahu,”Daus membulatkan matanya.“I tahu apa yang ada di antara mereka.I rasa
apa yang Dira rasa semasa Shahir tidak pedulikannya.I ada di sisi Dira semasa Shahir
menolak perasaan dia.I nak bahagiakan Dira dan tiba-tiba..kawan baik I dan bakal tunang you
tu datang buat huru-hara.Gila..”
Datin Ainul memicit-micit kepalanya.(Ya Allah..apa bala yang menimpa keluarga bahagia
kami hari ini?).
Satu demi satu penjelasan Daus dan Farina bukannya menyenangkan hatinya.Menambahkan
beban lagi ada.Bertuahnya budak dua orang ni,dah tahu hal yang sebenar bukannya nak
diberitahu.Masing-masing cuba menyembunyikan antara satu sama lain dan akhirnya seperti
bom jangka,apa yang berlaku hari ini bagaikan letupan yang tak terduga.
Paling kasihan tentulah suaminya.Datuk Maulana seorang politikus yang dihormati dan
disegani.Entah apa tanggapan masyarakat kelak.Barangkali mereka dianggap tidak pandai
menjaga akhlak anak-anak.Pilu hatinya melihat permohonan maaf suaminya tidak dipedulikan
Tan Sri Ali.Itu belum termasuk suaminya terpaksa memohon jasa baik pihak akhbar hari ini
untuk tidak melaporkan berita ini di dalam akhbar.Lelaki yang cekal itu terpaksa pula
berhadapan dengan orang kampung.Bukan semuanya yang simpati,yang mencemuh pun ada.
“Hati uncle dah retak,”Datuk Maulana berbicara sambil masih memandang ke luar
tingkap.“Uncle tak salahkan Dira,dia masih tak matang.Uncle cuma kesal akan Shahir.Uncle
tak akan maafkan Shahir.Uncle tak akan benarkan dia memijak rumah ini lagi.Dia bukan anak
uncle lagi.Apa yang jadi padanya nanti.Biarlah..”
Suara lelaki itu kelihatan tenang.Tetapi peperangan di dalam hatinya hanya Tuhan yang
tahu.Ada nada kecewa di sebalik suara tenang lelaki itu.Daus,Farina dan Ema cuma tertunduk
bisu.Datin Ainul yang kehilangan kata-katanya cuma mampu mengesat air matanya.
*****
Matanya dibuka perlahan-lahan.Cahaya lampu kalimantang menyilau pandangan
matanya.Pedih.Shahir cuba bergerak tetapi masih terasa ngilu di bahagian pinggangnya.Bau
ubat yang menusuk-nusuk hidungnya begitu kuat.Cuba diluaskan matanya.(Rumah
mayat?Takkanlah..hospital nih..).
Tangan kanannya cuba digerakkan.Berat.Gelabah juga Shahir,takkanlah kena tikam di
pinggang,doktor boleh salah pertimbangan potong tangannya pula?Dialih pandangannya ke
kanan.Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat Adira sedang tidur di atas tangan
kanannya.Bajunya masih belum bertukar sejak petang tadi.Kasihan pula Shahir
melihatnya.Tampak sangat gadis itu keletihan.
Hidungnya yang kemerah-merahan pastinya kerana tangisan yang tiada hentinya.Bukannya
Shahir tak tahu,Adira kalau sudah menangis,susah benar air mata itu hendak berhenti.
Shahir menggunakan jari telunjuknya untuk mencuit hidung Adira.Tiada tindak
balas.Dicuitnya sekali lagi.Dua kali berturut-turut.Adira menggosok-gosok hidungnya dan
bangun terpinga-pinga.Shahir segera memejamkan matanya.
Adira memandang kanan dan kiri.Di hadapannya Shahir masih tidak sedarkan diri.(Siapa pula
yang main hidung aku ni?Erk..takkanlah hospital ni berhantu?).
Shahir membuka matanya sebelah.Lucu pula dia melihat aksi gelabah Adira.Gadis itu
memusing ke belakang mencari-cari siapa yang mengganggu tidurnya.Tangan Shahir pantas
menarik rambut Adira dan cepat-cepat berpura-pura pengsan semula.
Adira memegang rambutnya.Ada riak ketakutan di wajahnya.(Hah,sudah!Dah main tarik-tarik
rambut pula!).Cuak dia seketika.(Jangan-jangan ada sesuatu kat bawah katil?).
Dia memberanikan diri menjenguk ke bawah.Tangannya dipegang di hujung katil.Perlahan-
lahan dia tunduk ke bawah.(Ya Allah,janganlah muncul pocong ke pontianak..mahu aku
pengsan sekali dengan abang..).
Shahir tersenyum sambil membangunkan dirinya.Pinggangnya masih terasa sakit tetapi
kenakalan buat masa ini memang tak dapat dibendung.Tangannya lantas memegang tangan
Adira yang memegang hujung katilnya.
“Opocot!”
Jeritan Adira seiring dengan tangannya yang menampar apa sahaja di hadapannya.Nasib tak
baik bagi Shahir apabila tamparan itu tepat-tepat terkena mata kanannnya.
“Aduhhhh..”Shahir menekup matanya.Mahu buta sebelah matanya dek tamparan Adira.
“Padan muka!Oh,abang yang kacau Dira ye?”Adira menunjal dahi Shahir
perlahan.Jantungnya sendiri berdebar-debar.Dalam fikirannya memang spesies seram
sahaja,tak pocong,pontianak,toyol,Ju On dan apa sahaja yang sewaktu dengannya.Mana
mungkin diduganya Shahir yang sedang terkejung di atas katil cuba bermain-main dengannya.
“Tangan cepat naik betul!”Bebel Shahir.Tangannya masih menekup matanya.“Buta mata
abang karang,”
“Alah,kesiannya..meh Dira tengok,”
“Merah mata abang..huhu,cepat tiup,”Shahir cuba bermanja.Tampak mengada-ngada.
“Meh sini Dira tiup,”
Adira meniup mata Shahir yang kemerah-merahan.
“Tiup dekat lagi boleh tak?”Shahir tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya.
“Penampar lagi mahu tak?”
“Tak..tak..garangnya..aduhh..”Shahir mengeluh kecil apabila jahitan di pinggangnya terasa
ngilu.Kerutan di dahi Adira menunjukkan kerisauan yang amat ketara.
“Abang okay ke?”
“Sikit je..tu pun patut abang yang menang kalau malaun tu tak tikam curi.Siapa yang bawa
kita ke sini?”
“Ada seorang pak cik,namanya Pak Man.Baik sangat,dia yang bawa abang dan Dira ke
hospital.Nanti keluar hospital,abang jumpa dia,”
“Pak Man?”Shahir tertanya-tanya di dalam hatinya.Siapa lelaki yang baik hati dan
menyelamatkannya itu?Dia masih ingat lagi wajah lelaki itu walaupun pandangan sudah
samar akibat kehilangan darah yang banyak.
“Kesian abang..tak pasal-pasal jadi mangsa samseng tak guna tu,”Adira menuang air kosong
ke dalam gelas dan menyuakan kepada Shahir.
“Abang kan Spiderman yang akan menyelamatkan Mary Jane,”Ujar Shahir seraya meminum
air kosong yang diserah Adira.
“Terima kasih Abang Spiderman”Sindir Adira dalam nada gurauan.
Namun jauh di sudut hatinya.Kejadian Shahir ditikam itu benar-benar membuatkannya
ketakutan.Dia takut akan kehilangan Shahir.Mujurlah semangat untuk hidup itu kuat dan
keadaan Shahir juga stabil.Jika tidak,tak tahulah apa yang bakal terjadi kepadanya jika dia
kehilangan Shahir.
“Tapi dulu abang umpama Kent untuk Barbie,”
“Alah,tu masa budak-budak,”
“Oh,sekarang tak budak-budak lagi?”
“Dira bukan budak kecil lagi la,”
“Betul Dira bukan budak-budak lagi?”
“Memanglah Dira bukan budak kecil lagi,”
“Kalau macam tu..jom,kita kahwin!”
Ungkapan Shahir menyebabkan Adira terdiam.Dia tak tahu sama ada Shahir serius atau
bergurau.Dia memandang wajah jejaka itu dengan wajah yang keliru.
“Apa abang cakap tadi?”
“Jom,kita kahwin!”
“Ta..ta..pi..Adira nak ambil..S..P..M..”
Tergagap-gagap Adira dibuatnya.
“Ambillah..tapi,jom kita kahwin jugak!”
Adira masih terkebil-kebil.Shahir menarik nafasnya.Dipandangnya seraut wajah yang comel
itu dengan pandangan yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.
“Jom,kita kahwin..Adira,sudi tak jadi isteri abang?Temani abang pada masa yang suka dan
duka?”
Adira masih lagu keliru tapi perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibirnya.Seiring
dengan wajahnya yang kemerah-merahan menahan segan dan air mata yang bergenang di
kelopak mata.
Shahir membalas senyuman itu semula dengan anggukan kepalanya.Senyuman yang
diukirkan khas untuk perempuan yang ingin disunting menjadi suri hidupnya.
Biarkan aku di sini untukmu
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yang pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku
Biarkan di sini aku bernyanyi
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyum mu tulus dan jujur
Hanya untuk ku
Perempuanku
Engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu
Bisa gila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu
Perempuanku
Engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu
Bisa gila ku pasti sedih
Ku cinta engkau perempuanku
Perempuanku...
Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 14
Hujan renyai-renyai yang membasahi Hospital Besar Alor Setar mulai lebat.Seorang lelaki
yang berusia lingkungan pertengahan 40-an kelihatan kemas berkemeja putih dan berseluar
slack hitam.Wajahnya nampak tenang dan gayanya sederhana.Payung berwarna hitam yang
digunakannya dipegang erat.Menghampiri bangunan bercat putih itu,lelaki itu menutup
payungnya.Diletakkan di luar pintu.Ada titis-titis hujan di bahunya.Rambutnya yang sedikit
basah,disapu ke belakang.Ketika dia melangkah masuk pekerja-pekerja di hospital itu
memberi salam dan tunduk hormat.Atur langkahnya disusun menuju ke sebuah
bilik.Menempuhi pelbagai jenis manusia yang merawat dan dirawat.
Sampai ke destinasi yang ingin ditujunya,senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat
sepasang uda dan dara saling bergurau mesra dengan jelingan tawa yang tak lekang
kedengaran.Adira tersentak melihat kehadiran lelaki itu di hadapan mereka.Wajahnya mulai
kemerah-merahan.Shahir hanya memandang terkebil-kebil.Ah,lelaki itu!Lelaki yang
menyelamatkannya semasa di hentian Sungai Dua.
“Asssalammualaikum,mengganggu ke?”
“Waalaikumussalam,”Jawab keduanya serentak.Adira memandang ke arah Shahir.Suaranya
seperti berbisik.“Pak Man..”
“Oh,Pak Man..”Shahir pantas tersenyum.Tangannya dihulurkan kepada lelaki yang bergelar
Pak Man itu.“Tak de mengganggu pun dan terima kasih sebab Pak Man selamatkan saya,”
“Sama-sama.Kamu dah baik?”
“Alhamdulillah Pak Man.Eh,sila duduk.Jangan berdiri pulak,”
Kata-kata Shahir disambut dengan tindakan Adira mengambil kerusi untuk lelaki yang telah
banyak berjasa kepada mereka.Ya,jika tiada Pak Man barangkali Shahir akan mengalami
komplikasi yang lebih hebat.Mujurlah Pak Man segera menghulurkan bantuan.Pak Man
duduk sambil wajahnya tenang memandang Shahir.
“Jadi?”Terpacul soalan mudah yang membikin kedua anak muda di hadapannya kaget.
“Jadi?Jadi apa Pak Man?”Shahir memandang dengan riak yang memohon pengertian.Pak
Man menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecl.
“Pak Man tahu apa yang berlaku,Adira dah pun bagitau Pak Man.Jadi,apa yang Shahir nak
lakukan sekarang?”
Shahir terdiam.Sesaat kemudian dipandangnya Adira yang tunduk membisu.Memeluk
tubuhnya sendiri dan menyandar ke dinding.Bunyi kipas yang berpusing rasanya terlalu kuat
kedengaran untuk situasi yang sepi begini.
“Kamu tak payahlah malu-malu dengan Pak Man.Anggaplah Pak Man pun macam bapa kamu
juga.Apa tindakan kamu sekarang?”
“Kami..kami dah tekad..kami..nak kahwin,”Jawapan yang terpacul dari mulut Shahir
mendapat reaksi yang agak terkejut dari Pak Man.Lelaki itu menarik nafasnya sebelum
mengatur bicara.
“Kamu pasti?Kamu tak nak pulang kepada bapa dan emak kamu?”
“Saya..”Kata-kata Shahir terhenti seketika.Anak matanya memandang ke bawah.Gentar
melihat wajah lelaki yang patut dia hormati.“Saya dah terlalu jauh melukakan hati
mereka.Saya tak fikir mereka akan memaafkan saya.Saya akan kahwin dengan Adira cepat
atau lambat.Saya harus bertanggungjawab atas tindakan saya dan...”
Shahir memandang Adira.Gadis itu memandangnya kembali.Seraut wajah yang manis itu
menguntumkan senyuman.
“Saya tak mahu kehilangan dia lagi..”
Pak Man hanya tersenyum simpul memandang gelagat dua anak muda di
hadapannya.(Macam-macam style anak-anak muda sekarang!)
“Shahir..”
“Ya,saya,”
Pak Man mengeluarkan sebuah telefon bimbit dari kocek kemejanya.Sebuah telefon bimbit
biasa jenama Nokia 3310.Warnanya juga sudah pudar.
“Pak Man tinggalkan telefon ni,sebab Pak Man tahu kamu pun lari sehelai
sepinggang.Telefon emak bapa kamu.Kalau betul kamu nak kahwin dengan Adira,pohon restu
emak bapa kamu.Jangan belakangkan mereka.Semarah-marah mana pun mereka,mereka pasti
akan maafkan kamu..cuma cepat atau lambat sahaja,”
Telefon bimbit itu diletakkan di atas tapak tangan Shahir.Tangan anak muda itu
digenggamnya kuat-kuat.Digoncangnya.
“Apa-apa hal nanti,hubungi Pak Man,”Di berikannya secebis kertas yang tertera nombor
telefonnya.“Pak Man akan tolong kamu,”
Shahir hanya memandang kehairanan ke arah lelaki asing di hadapannya.Ya,dia berasa
aneh.Kenapa lelaki yang baru mereka kenali itu beriya-iya ingin membantunya dan
Adira.Bantuan yang terlalu luarbiasa pula.
“Pak Man permisi dulu.Assalammualaikum,”Lelaki itu berjabat tangan dengan
Shahir.Dipandangnya Adira sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam..”Jawab Shahir perlahan sambil diikuti Adira.Kedua-duanya saling
memandang.Tidak mengerti.Namun dari segi yang lain,mereka amat bersyukur dipertemukan
dengan lelaki itu.Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka mengadu.
Tanpa sepatah bicara lanjutan,Pak Man menyusun langkahnya keluar dari bilik itu.Seperti
biasa ketika dia mencelah di antara orang ramai akan ada wajah-wajah yang memberi hormat
kepadanya.Sampai di luar bangunan,seorang lelaki menghampirinya sambil membuka payung
yang ditinggalkannya tadi.
“Kenapa Datuk tak bagitau saya Datuk hendak ke sini?”
Pertanyaan Pembantu Peribadinya tidak dijawab.Namun wajahnya masih manis seperti
biasa.Lelaki muda itu memegang payung untuknya sambil megekori ke arah kereta.
“Saya dapat panggilan daripada Doktor Farish,”
Wajah yang manis tadi bertukar hambar.Ada riak kerisauan di wajahnya.
“Apa yang terjadi?”
“Situasi emosi anak Datuk semakin kritikal,”
Lelaki itu pantas memasuki kereta Mercedes berwarna hitam itu.Pembantu peribadinya di
belakangnya tergopoh-gapah masuk ke dalam kereta lain mengekorinya.Kerutan dahinya
semakin banyak kelihatan.Nafasnya ditarik dalam dan dilepaskan dengan segera.Seolah-olah
melepas beban yang amat berat.Pemandu kereta yang setia bersamanya sejak kecil
lagi,memandang melalui cermin pandang belakang.
“Datuk,jangan susah hati,”
Kata-kata pemandunya hanya disambut dengan senyuman yang tawar.
“Datuk jangan risau,InsyaAllah semuanya selamat,”
“Harapnya begitu la Pak Haji,”Dahinya dipicit.Runsing.
“Datuk betul-betul nak tolong budak-budak tu?”
“Ya,saya ikhlas nak bantu budak-budak tu,”Foto yang setia menemaninya ditenungnya
sedalam-dalam.Ada air mata bergenang di kelopak matanya.Pak Man atau Datuk Noorman
adalah orang yang sama.Sengaja dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Man kepada budak
berdua yang baru dikenalinya.Takut pula mereka menjauhinya jika keduanya tahu status
sebenar dirinya.Dia tahu siapa Datuk Maulana,tapi sekadar tahu nama dan bukan
orangnya.Pada mulanya dia terkejut mendengar kisah pelarian adik-beradik tiri
ini.Kemudian,dia tekad untuk membantu kedua-duanya.Yang pasti dia tak akan membiarkan
Shahir dan Adira tidak bersatu seperti mana anak gadisnya.
Memandang wajah polos dan naif Adira mengingatkannya kepada anak gadisnya.Pertama kali
melihat wajah Shahir pula?Bagaikan tak percaya tapi begitulah kekuasaan Tuhan.Sama tapi
tak serupa.Dia mahu kebahagiaan dikembalikan kepada anak gadisnya tetapi sukar.Semoga
masih ada sinar cahaya buat anak gadisnya.
Kereta Mercedez itu meluncur laju ke arah utara Thailand.
******
Daus melihat Tag Heuer di tangannya.Tepat menunjukkan jam 12 tengahari.Suasana di
Starbucks Mid Valley itu seperti biasa dipenuhi road warriors dengan notebook masing-
masing dan tak kurang juga dengan Iphone dan BlackBerry.Kebanyakannya pelajar dari
kawasan sekitar terutamanya dari Universiti Malaya.Hendak diikutkan,dia tiada masa untuk
berehat seketika di sini tetapi dia datang juga demi permintaan Farina.Kata-kata permintaan
terakhir dibilangnya berkali-kali di corong telefon memohon Daus berjumpa dengannya.
“Dah lama tunggu?”
Farina tersenyum sambil meletakkan cermin mata hitam Marc Jacobs berwarna merah jambu
di atas meja.Daus cuma menggeleng.
“Baru je.Kenapa you nak jumpa I?”
Farina melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Berdehem membetulkan kerongkongnya
sebelum memulakan bicara.Daus menanti jawapan daripada wanita itu dengan sabar.Matanya
berkedip-kedip.
“I nak pulang ke Christchurch,”
“You nak give up?Mengaku kalah?”
“This is not a game,”Farina mengeluh perlahan.“I bukan anak gadis remaja lagi Daus,I need
someone yang boleh jaga I dan paling penting cinta.Paling tertinggi sekali dalam senarai
I,sayang anak I,”
“Ya,I tahu,”Daus melepaskan nafas lelahnya.Hatinya masih terluka dengan apa yang telah
terjadi.Anehnya,dia tak tahu nak marahkan siapa.Shahir atau Adira?
Bodoh betul!Macam mana dia boleh terperangkap antara kasih sahabat baik dan cintanya
terhadap gadis idaman.Dia berusaha mencari ke mana perginya mereka berdua.Maklumat
terkini yang diterima kedua-duanya sudah berada di utara.Entah Perak,Pulau Pinang,Kedah
atau Perlis..dia pun tak pasti.Datuk Maulana berkeras tidak mahu melaporkan kepada pihak
polis.Secara logikanya,bukannya Adira di bawa lari pun tapi rela hati untuk lari bersama-sama
Shahir.
“Daus,”
“Hem?”Daus seolah-olah tersedar daripada lamunan.
“I harap one day,you pun akan lepaskan Adira sepertimana I lepaskan Shahir,”
Kata-kata Farina bagaikan angin lalu yang memasuki telinga kanannya dan keluar melalui
telinga kiri.Dia bukannya degil.Dia sudah berusaha untuk memadamkan seraut wajah yang
ayu itu tetapi segalanya masih segar dalam ingatannya.
Pertama kali dia melihat Adira bersama Nad di Hotel Hilton,hatinya sudah tercuit.Kalau
tidak,masakan dia sanggup meminta setiausahanya mencari maklumat Adira.Saat Adira jatuh
pengsan di sekolah,adegan lumba basikal di Port Dickson dan kenangan Adira dan Bibah di
ladang kudanya.Semuanya bermain di mindanya seperti filem yang diputarkan di pawagam.
Aku mahu membencimu.Tapi aku sudah berjanji untuk mencintaimu.Mana mungkin aku bisa
melupakanmu sekelip mata.Salahkah aku mencintaimu?
Bunyi mesej daripada telefon bimbitnya membuatkannya tersentak.Matanya membulat ketika
membaca mesej yang tertera.
“Daus,kenapa?”
Pertanyaan Farina tidak dijawabnya.Dia bingkas bangun meninggalkan wanita itu dengan
seribu persoalan.Farina memandang Daus yang semakin jauh dari pandangan
matanya.(Kenapa pulak?Apa yang berlaku?)
*****
“Kenapa daddy kejam sangat?”
Datuk Maulana hanya membatukan diri di sofa.Menghisap dan menghembus asap daripada
paipnya.Datin Ainul mengeluh melihat sikap suaminya.Sakit hatinya.Air mata yang
bergenang di kelopak matanya dikesatnya dengan tisu.Memang segalanya serba tak kena
dalam kehidupan mereka sekarang.Sunyi dan sepi semenjak kehilangan Adira dan
Shahir.Farina juga telah meminta izin untuk pulang semula ke Christchurch.Ya lah,kalau dia
di tempat Farina pun dia akan mengambil tindakan yang sama.Lebih baik pulang ke New
Zealand daripada menderita mengenangkan nasib cinta yang tak berkesampaian di Malaysia.
Lewat sore tadi,Datuk Maulana sendiri tidak menyangka akan mendapat panggilan daripada
Shahir.Dia terperangkap antara perasaan kasih dan marah seorang bapa.Mendengar suara
Shahir menyebabkan dia mendidih dan terharu pada masa yang sama.Suara itu masih
terngiang-ngiang di telinganya.Jelas.
“Hello,”
“Assalammualaikum,daddy,”
(Ketika itu jantung daddy berdebar laju.Daddy rindukan suara itu.Namun,hati daddy juga
remuk redam .Retak yang tidak akan bercantum lagi)
“Daddy?”
“Hem..”
“Daddy...daddy jangan marahkan..jangan marahkan Adira,”
“Hem..”
“Daddy..semuanya salah abang..abang..”Suara Shahir tersekat-sekat.Ada sedu sedan dalam
nafasnya.“Abang yang salah..daddy ampunkan..ampunkan abang..daddy halalkan darah
yang mengalir dan nafas yang abang hembus atas..atas nama daddy..”
“Apa yang kau nak?”
Shahir terdiam.(Daddy tahu saat ini abang pantas terkejut kerana belum pernah daddy
menggunakan perkataan „kau‟ terhadap abang..).
“Aku tanya,apa yang kau nak?”Suara Datuk Maulana mulai meninggi.Tangannya menggigil
menahan marah.Kecewa dan sedih yang bercampur baur.
“Kami..kami akan kahwin,”Nada suara Shahir gagap dan menggeletar.Pada saat itu jantung
Datuk Maulana bagaikan direntap.Apa maksudnya berkahwin?Sudahlah dia melarikan adik
tirinya dan kini mahu berkahwin?Biadap.
“Hei,dengar sini!Kau bukan anak aku lagi dan aku tak peduli satu zarah pun apa yang bakal
kau buat.Kalau kau rasa nak kahwin dengan adik tiri kau,kau buatlah!Kau nak lingkup,kau
punya pasal!Aku haramkan nafas kau dekat dengan aku pun!”
Telefon bimbitnya dimatikan pada saat itu juga.
Mana bisa dia duga isterinya berdiri di belakangnya ketika itu.Hati ibu yang lembut dan
mudah tersentuh sudah tentu tidak rela anaknya disumpah sedemikian.Walaupun sekadar anak
tiri.
“Kenapa mulut daddy lancang sangat?Kalau apa-apa jadi pada budak-budak tu?Daddy yang
akan menyesal,”Datin Ainul menekup wajahnya.Badannya terhenjut-henjut menahan
tangisan.
Datuk Maulana masih membisu.Suratkhabar yang dibacanya diselak satu persatu tanpa
memandang wajah isterinya.Hatinya seolah diperbuat daripada konkrit.
“Mummy akan pergi restui perkahwinan mereka..walaupun mereka kahwin
merempat,mummy tetap akan pergi,”
Kata-kata Datin Ainul tidak dijawab suaminya.Tidak berkata ya ataupun tidak.Jauh sekali
menggalakkan mahupun menegah.Pandangannya hanya terus memandang ke arah
suratkhabar.
Mbak Seena yang terdiam di dapur selama ini,perlahan-lahan menghampiri Datin
Ainul.Digosok bahu wanita itu persis memujuk.
“Usah khuatir Datin..maafin saya Datuk,saya rasa saya patut temanin Datin,”
“Daus pun,”
Kemunculan Daus di hadapan pintu langsung tidak diberi tindak balas oleh Datuk
Maulana.Lelaki itu menghampiri Datin Ainul.Duduk melutut di hadapan wanita itu.
“Daus akan bawa auntie ke sana.Daus pun dah dapat tahu di mana mereka sekarang.Daus
janji akan bawa auntie.Kebahagiaan Adira adalah kebahagiaan Daus juga,”
Daus tidak pasti apakah yang terucap di bibirnya adalah satu kejujuran.Yang pasti,dia tidak
sabar untuk bertemu dengan Adira.Seandainya benar Shahir dan Adira akan
berkahwin,biarlah dirinya yang menjadi saksi.
******
Suasana pagi di Masjid Zahir kelihatan tenang dan sesekali angin bertiup sepoi-sepoi
bahasa.Ketenangan itu tercuit sedikit dengan pertemuan tragis antara Datin Ainul dan Adira
dan Shahir di luar masjid.Seolahnya bagaikan pertemuan yang amat mustahil namun berjaya
direalitikan.Peluk cium Datin Ainul bertalu-talu ke pipi Adira.Mbak Seena yang berada di
sebelah Datin Ainul turut berasa sebak.Hilang sudah marahnya terhadap anak gadisnya dan
Shahir.Yang ada cuma rasa rindu dan kasih sayang yang meluap-luap.
“Mummy..Dira..”Air mata Adira yang berlinangan menyukarkan pertuturannya.Air matanya
bisa menghapuskan mekap pengantin yang menghiasi wajahnya.
“Mummy dah maafkan Dira..abang..mummy sayang kamu berdua,”
Kedua beranak yang pertama kali berjumpa semula itu berpelukan seolah-olah tidak mampu
dipisahkan kembali.Daus yang turut berada di situ cuma mendiamkan diri.Terukir sedikit
senyuman yang kelat.Shahir berundur setapak demi setapak ke belakang.Air matanya sudah
tidak tertahan lagi.Bisa berhamburan keluar bila-bila masa sahaja.
Lidahnya tidak henti menyebut nama Maha Pencipta Allah SWT dan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.Ada gentar dalam hatinya.Bukan gentar kerana setelah seminggu melarikan
diri dia akan diijab kabul dengan Adira tetapi gerun memikirkan dosanya terhadap
daddy.Walaupun mummy hadir merestui tetapi tidak kehadiran daddy menyentuh hatinya.
(Ya Allah..demi nama Mu,abang tak bermaksud nak melukai hati daddy)
Air mata jernih yang mengalir ke pipinya cepat-cepat dikesat dengan hujung baju
melayunya.Dia tak terfikir untuk lari sehelai sepinggang dengan adik tirinya.Memang gila
tetapi itulah yang berlaku apabila cinta membutai mata.Sepanjang seminggu ini hanya
mummy yang menghubungi mereka.Mummy juga yang sedikit demi sedikit menghantar
dokumen penting dan pakaian buat mereka.Semuanya melalui orang-orang Pak Man.
Shahir sendiri tak tahu latar belakang Pak Man,yang pasti lelaki ini walaupun kelihatan
sederhana tetapi berpengaruh.Memang aneh,apabila lelaki ini bersungguh-sungguh mahu
membantunya dan Adira.Namun wajahnya yang ikhlas mematikan keraguan Shahir
terhadapnya.Mummy sudah berjanji untuk datang memberi restu kepada mereka.Adira akan
diwalikan hakim kerana bapanya pun sudah tiada.Itu tidak menjadi masalah.Masalahnya tiada
restu daripada daddy dan kenyataan ini memberi sejuta penyeksaan buat Shahir.Hatinya
sebak.
“Shahir sedih?Kenapa nak?”Pak Man menepuk-nepuk belakangnya.Suaranya lembut.
“Saya rasa berdosa,Pak Man,”Shahir cuba menahan sendunya.Berkali-kali air matanya
dikesat.
“Hati daddy Shahir mungkin terluka tapi dia tidak melarang mummy ke sini kan?Pak Man
pasti dia merestui perkahwinan kamu cuma dia masih marahkan Shahir,”
Shahir menyapu-nyapu wajahnya.Hidungnya sudah kemerah-merahan kerana esak tangisnya.
“Kenapa Pak Man bantu kami?”
“Panjang ceritanya,”Pak Man mengeluarkan sekeping kad daripada dompetnya.“Esok lusa
jumpa Pak Man di sini,”
“Menara Jati Architechture..Bangkok?”
“Branch..buat masa ni Pak Man di Bangkok,”
“Kenapa?Kenapa Bangkok?Thailand?Kenapa tidak Malaysia?”
“Yang penting kamu datang,kamu nak tanggung anak orang makan apa?Kamu pun dah tak
ada pekerjaan kan?”
Shahir mengangguk perlahan.Kasihan pula Pak Man melihat gelagat anak muda di
hadapannya.Shahir melepaskan pandangannya ke arah Daus.Sahabat baiknya itu langsung
tidak memandangnya apalagi menghulurkan salam kepadanya.Shahir pasrah.Barangkali jika
dia di tempat Daus dia akan menghadiahkan sebiji penumbuk berbanding mendiamkan
diri.Shahir berasa malu dengan dirinya sendiri.
“Apa lagi yang dimenungkan,jom masuk dalam masjid,”
Pak Man menepuk bahunya sekali lagi sambil masuk ke dalam masjid.Seiring dengan bakal
pengantin baru yang memakai baju sedondon berwarna ungu,Imam yang merangkap Tok
Kadi yang baru sampai turut masuk ke dalam masjid.Datin Ainul menggenggam erat tangan
Adira.Daus menelan air liurnya berkali-kali.Dia mohon dirinya dikurniakan ketabahan untuk
menyaksikan pernikahan ini.
Shahir duduk bersila di hadapan Tok Kadi.Hatinya sedikit berdebar-debar mendengar khutbah
nikah.Di dengarnya dengan tenang walaupun jiwanya masih ada rasa gundah.Pak Man yang
duduk di sebelahnya sesekali memegang bahunya.
Segala puji milik Allah, kami memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya kami
berlindung kepada Allah dari segala keburukan kami dan dari segenap kesalahan perbuatan
kami. Barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka tak seorangpun yang dapat
menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tak seorangpun yang memberi
petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah yang patut diibadahi kecuali Allah semata
yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-
Nya.”
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan
beragama Islam."(Ali Imran:102).
"Hai sekalian manusia bertakwalah kepada Robbimu yang telah menciptakan kamu dari diri
yang satu, dan darinya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah
memperkembangbikkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada
Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.”
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan
yang benar, nescaya, Allah memperbaiki bagimu adalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapatkan kemenangan yang besar
“Amma ba‟du.Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitabullah petunjuk yang
paling baik adalah petunjuk dari Muhammad saw, dan perkara yang paling buruk adalah
perkara yang diada-adakan. Setiap sesuatu yang diada-adakan adalah bid‟ah dan setiap bid‟ah
adalah sesat dan setiap kesesatan di nerakalah tempatnya “
Tok Kadi mengakhiri khutbahnya dengan doa dan amin para saksi di dalam masjid.Pada saat
tangannya digoncang Tok Kadi,Shahir tahu dia sudah memikul tanggungjawab yang besar di
bahunya.Bukan bererti dia melupakan kesalahannya terhadap daddy tetapi ada satu perasaan
lain menyelinap di dalam jiwanya.Perasaan seorang suami.
Selesai menyebut lafaz „aku terima nikahnya‟ bererti dia sudah meletakkan Siti Adira di
bawah lindungan hatinya.Kerana wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang dekat
dengan hati untuk disayangi dan dibimbing.Bukan di kepala untuk dijunjung dan tidak juga di
kaki untuk diperhambakan.
Para saksi yang menghadiri akad nikah itu mengaminkan mereka.Senyuman jelas terukir di
wajah Datin Ainul walaupun hatinya sedikit kecewa tanpa restu Datuk Maulana.Alangkah
indahnya,jika majlis sebegini berlangsung dengan serba sempurna.Namun dia redha dengan
ketentuan-Nya.Daus cuba untuk tersenyum walaupun dia akui hatinya masih terluka,dia
mengangkat ibu jarinya kepada Shahir dan Adira.
Bagi Shahir,dia berjanji setitis air mata isterinya menjadi lara di hatinya jika kerana berduka
dan menjadi penawar di hatinya jika kerana bersuka.
Pukulan demi pukulan daripada kayu golf menghentak badan bola bulat berwarna putih
itu.Mulanya tepat memasuki lubang,semakin lama semakin tersasar.Fokusnya sudah mula
terganggu walaupun sekadar bermain di dalam ruang kecil di dalam pejabatnya.Seiring
dengan perasaannya,bola yang terakhir itu berakhir dengan pecahan lampu kecil di atas
mejanya.Serpihan kaca berderai bertaburan di atas meja dan lantai.Menggambarkan keretakan
hatinya.
“Marah lagi?”Suara seorang gadis menyapa telinganya sambil menghulurkan lagi sebiji bola
Winston.Dia hanya memandang lemah sambil melepaskan kayu golf itu.Duduk melutut
sambil memejamkan matanya.Geram.
“I tak boleh tipu diri I,Ema,”
Ema duduk di sebelahnya.Meneleku dagunya di bahu lelaki itu.Empati.
“Daus,apa yang you rasa,I pun rasa.Jika you sakit di hati,I pun turut terasa sakitnya,”
“Kenapa hati I sakit sangat?”
“Sebab you terlalu cintakan dia,”
“Kenapa I tak boleh memiliki dia?”
“Sebab,”Ema memandang wajah sahabat baiknya itu.“You adalah angel,you melebarkan
sayap you yang besar untuk melindungi Adira.You akan mencintai dan
menjaganya.Kebahagiaan Adira lebih penting daripada kebahagiaan you sendiri,”
“You ingat I percaya cerita fairy tale you?”
“Kedengarannya fairy tale tapi kita tak boleh menolak itulah konsep kehidupan.Jika you terus
membiarkan perasaan negatif itu menguasai diri you,maka itu yang you rasa.Jika you
berfikiran positif,sampah pun bisa jadi permata,”
Daus melepaskan nafasnya dengan nada seolah-olah melepaskan beban yang maha
hebat.Ya,Tuhan!Aku ini cuma insan yang lemah.Saat-saat pernikahan Shahir dan Adira masih
bermain-main di mindanya.Saat Shahir menyambut goncangan tangan Tok Kadi.Ketika cincin
disarungkan ke jari manis gadis pujaannya.Tuhan sahaja yang tahu betapa hebat gelora di
hatinya kala singgahnya kucupan mesra Shahir di dahi Adira tanda tersimpulnya ikatan halal
suami isteri.Dia merasakan dirinya tersisih walaupun bibirnya masih bisa tersenyum.
Daus memeluk lututnya sendiri.Kepalanya disembam di lututnya.Nafasnya turun naik
menahan sebak.Akhirnya dia kalah juga,air mata lelaki itu hadir juga.Dia tak mahu menangis
tetapi di dadanya sudah tersimpan seribu kesedihan.Dia mungkin bisa menjadi singa yang
garang dalam dunia perniagaan tetapi dalam gelanggang percintaan dia cuma singa yang
terluka ditembak pemburu.Peluru yang dilepaskan itu masuk terus ke jantungnya
meninggalkan lubang besar yang tak bisa sembuh.Esakan lelaki itu semakin tidak dapat
ditahan.
“Daus...”Ema memeluknya dari belakang.Merasai kesedihan sahabatnya.Air matanya turut
mengalir tanpa paksaan.
Apa yang perlu Ema lakukan untuk memastikan Daus tersenyum semula?Simpati dan empati
Ema menemani lara Daus sepanjang malam itu.
*****
Shahir memandang sekeliling rumah yang baru dihuni mereka.Sebuah rumah kampung
dengan bilik air masih lagi di bawah.Betul-betul di bahagian hadapan bumbung zink itu
terdapat sebatang pokok kelapa yang condong sebelah.Rasanya kalau gugur buah kelapa
mahu juga terkejut melatah ingat bumbung nak runtuh.
Dagunya digaru-garu.Janggut halus sudah mula tumbuh di dagunya.Dia mula mencongak bila
kali terakhir janggutnya dicukur?Dia pun sudah tak ingat.Banyak perkara bermain di
fikirannya selain soal remeh seperti janggut.Pening juga dia memikirkan sama ada bisakah
Adira hidup sebegini setelah lama disaluti kemewahan semenjak kecil.Namun dia tekad,dia
akan berusaha untuk memastikan mereka kembali hidup dalam keselesaan seperti
sebelumnya.Dia tidak boleh lagi kembali kepada Farina atau daddy.Sekurang-kurangnya buat
masa ini,dia tidak mampu berhadapan dengan insan-insan itu.Yang penting Adira harus juga
mengambil SPM walaupun terpaksa belajar malam.Adira harus mencapai lebih daripada itu
dalam soal pendidikan.
Daus.Nama itu muncul kembali.Ingatannya terhadap Daus kembali bermain semula
mencucuk-cucuk jiwanya.Selesai majlis akad nikahnya,dia tekad untuk bertentang mata
dengan Daus.Niatnya Cuma menjernihkan kembali persahabatan mereka.Andai tidak diterima
Daus dia redha.
Kedua mereka duduk di atas bangku sambil menghadap Masjid Zahir yang tersergam indah
sekian lamanya di bandaraya Alor Setar.Walaupun duduk sebelah-menyebelah namun
kelihatan canggung dan janggal.