www.iamchampion.blogspot.my
Tingkatan 5
NAMA:............................................................................ Nashkah Guru
TINGKATAN:.................................................................... MS
SEKOLAH:........................................................................
KANDUNGAN TAJUK
BAB
1 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
ZULKARNAIN BIN JAMALUDDIN
www.iamchampion.blogspot.my
KANDUNGAN
BAB TAJUK MS
1 Pengangkutan 4
1.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma Multisel 5
1.2 Konsep Sistem Peredaran Darah 8
1.3 Mekanisme Pembekuan Darah 20
1.4 Sistem Limfa 22
1.5 Peranan Sistem Peredaran Darah dalam Mekanisme Pertahanan Badan 28
1.6 Menghargai Sistem Kardiovaskular yang Sihat 40
1.7 Memahami Pengangkutan Bahan dalam Tumbuhan 44
1.8 Mensintesis Konsep Pengangkutan Bahan dalam Tumbuhan 47
2 Pergerakan dan Sokongan 61
2.1 Pergerakan dan Sokongan dalam Manusia dan Haiwan 62
2.2 Menghargai Sistem Otot Rangka yang Sihat 82
2.3 Sokongan dalam Tumbuhan 84
3 Koordinasi dan Gerak balas 87
3.1 Koordinasi dan Gerak Balas 88
3.2 Peranan Sistem Saraf Manusia 89
3.3 Peranan Hormon dalam Manusia 98
3.4 Homeostasis dalam Manusia 104
3.5 Mengamalkan Gaya Hidup Sihat 120
3.6 Memahami Hormon Tumbuhan 123
4 Pembiakan dan Pertumbuhan 128
4.1 Pembentukan Gamet 129
4.2 Peranan Hormon dalam Kitar Haid 136
4.3 Perkembangan Awal Zigot dalam Manusia 143
4.4 Sumbangan Sains dan Teknologi kepada Pembiakan Manusia 151
4.5 Konsep Pembiakan pada Tumbuhan 155
4.6 Pertumbuhan dalam Organisma Multisel 160
4.7 Lengkung Pertumbuhan 162
4.8 Pertumbuhan Primer dan Sekunder dalam Tumbuhan 167
2 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB TAJUK MS
5 Perwarisan 175
5.1 Mensintesis Konsep Perwarisan berdasarkan Eksperimen Mendel. 176
5.2 Perwarisan 192
5.3 Gen dan Kromosom 208
6 Variasi 218
6.1 Variasi dalam Organisma 219
6.2 Punca Variasi 221
233
AUTOGRAF
3 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 1
SISTEM PENGANGKUTAN
4 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN
1.1 Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma.
Konsep JLP/I;
JLP/I merujuk kepada Jumlah luas permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
1 cm 2 cm 3 cm
Kubus X Kubus Y Kubus Z
Jenis Kubus Kubus X Kubus Y Kubus Z
Panjang sisi (cm)
Luas Permukaan (cm2) 1 2 3
Jumlah Luas Permukaan, JLP 1x1 2x2 3x3
(cm2) =1 =4 =9
Isipadu, I (cm3)
1x6 4x6 9x6
JLP/I (cm-1) =6 =24 =54
1x1x1 2x2x2 3x3x3
=1 =8 =27
6 3 2
Berdasarkan keputusan JLP/I di atas, menunjukkan bahawa semakin besar saiz
objek, semakin kecil nisbah JLP/I.
JLP/I mempengaruhi kadar resapan bahan keluar masuk sel.
Organisma unisel mempunyai kadar resapan yang lebih tinggi berbanding organisma
multisel.
Justeru, organisma multisel seperti manusia dan haiwan memerlukan satu sistem
pengangkutan yang efektif untuk mengangkut bahan-bahan bermanfaat atau tidak
berguna keluar sel badan. Itulah Sistem Pengangkutan!
5 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Uji Kefahaman anda!
1. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh organisma untuk mendapatkan keperluan sel
dan penyingkiran bahan buangan. [1 markah]
Organisma multisel memerlukan sistem pengangkutan yang cekap.
2. Berikan tiga contoh bahan keperluan sel dan tiga contoh bahan kumuh yang
disingkirkan daripada sel. [3 markah]
Bahan keperluan sel Bahan kumuh yang disingkirkan
1. Oksigen 1. Karbon dioksida
2. Nutrien 2. Urea
3. Vitamin 3. Bahan bernitrogen
3. Terangkan sebab-sebab sistem pengangkutan penting dalam organisma multisel.
[2 markah]
Untuk mengangkut makanan tercerna untuk tindak balas biokimia dan menyingkirkan
bahan kumuh yang berbahaya ke luar badan.
LATIHAN 1
Organisma multisel, seperti manusia, memerlukan sistem pengangkutan yang khusus
berbanding dengan organisma unisel, seperti Amoeba sp., yang tidak memerlukan sistem
pengangkutan.
Berikan penilaian tentang pernyataan di atas berdasarkan ciri fizikal organisma dengan
proses fisiologi berikut:
Respirasi
Nutrisi
Perkumuhan [10 markah]
6 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Jawapan:
Ciri fizikal organisma multisel:
Saiz besar/ nisbah JLP: I adalah kecil. Kadar resapan bahan keluar/ masuk ke semua sel
badan adalah rendah. Sel-sel bahagian dalam badan tidak bersentuhan secara langsung
dengan persekitaran.
Ciri fizikal organisma unisel:
Saiz kecil/ nisbah JLP: I adalah besar. Pertukaran bahan antara organisma dengan
persekitaran berlaku dengan mudah. Sel badan bersentuhan secara langsung dengan
persekitaran.
Proses Respirasi
1. Organisma multisel.
Memerlukan permukaan/organ pertukaran gas yang spesifik/ peparu untuk keluar masuk/
pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida/ gas respirasi. Memerlukan sistem
pengangkutan untuk membawa gas respirasi keluar dan masuk ke dalam tisu.
2. Organisma unisel.
Tiada organ yang spesifik untuk pertukaran gas. (Sistem pengangkutan tidak diperlukan
kerana) pertukaran gas boleh berlaku secara resapan gas oksigen dan karbon dioksida
melalui membran plasma.
Proses Nutrisi
1. Organisma multisel.
Perlukan sistem pencernaan untuk membawa/ menggerakkan makanan dari persekitaran
masuk ke dalam badan untuk dicerna dan diserap. Makanan tercerna seterusnya
diangkut ke sel-sel badan melalui darah dan sistem limfa.
2. Organisma unisel.
(Tidak perlukan sistem pencernaan kerana) makanan diambil terus masuk dari
persekitaran melalui membran sel secara fagositosis. Dan dicernakan oleh enzim intrasel
dalam vakuol makanan.
Proses Perkumuhan
1. Organisma multisel.
Perlukan sistem pengangkutan untuk membawa bahan kumuh/ urea dari hati ke tisu/
ginjal/ organ perkumuhan. Bahan kumuh/ air kencing/ CO2 / air peluh/ urea dikeluarkan
dari ginjal/ organ perkumuhan.
7 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
2. Organisma unisel.
(Tidak perlukan sistem pengangkutan kerana) bahan kumuh dibuang terus dari sel badan
ke persekitaran melalui membran sel. Bahan kumuh/ contoh bawa masuk/ disimpan/
disingkir dalam vakuol mengecut.
1.2 Konsep Sistem Peredaran Darah.
Medium pengangkutan dalam manusia dan haiwan ialah darah.
Medium pengangkutan dalam haiwan invertebrata ialah hemolimfa dalam
hemoselom.
Darah manusia terbahagi kepada dua iaitu Sel Darah (45%) dan Plasma Darah
(55%).
Plasma Darah terdiri daripada air (90%) dan bahan terlarut (10%).
Contoh bahan terlarut ialah gas terlarut, nutrien, enzim, protein plasma (albumin,
globulin, fibrinogen) dan bahan kumuh.
Terdapat tiga jenis Sel Darah iaitu Eritrosit, Leukosit dan Platlet = ELP atau PELincir
Terdapat dua jenis Leukosit iaitu Granulosit dan Agranulosit.
(granul = biji)
- Terdapat tiga jenis Granulosit iaitu Basofil, Eosinofil dan Neutrofil =
(* Betik Epal Nangka)
(*ketiga-tiga buah ini ada biji)
Granul= berbintil=
biji
Betik Epal Nangka
- Terdapat dua jenis Agranulosit iaitu Limfosit dan Monosit = LM
8 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kriteria Eritrosit Leukosit Platlet
Bentuk Dwi cekung
Kecil (8µm x 2 µm) Bulat Cakera
Saiz
Warna Merah Besar Paling kecil (2-3 µm)
Hemoglobin Ada
Nukleus Tiada Putih Kekuningan Jernih
Kuantiti Paling banyak Tiada Tiada
Tempat dihasilkan Sum sum tulang
Ada (BEN, berlobus) Tiada
Jangka hayat ± 120 hari
Limfosit (sfera)
Fungsi Pengangkutan
bahan Monosit (Kacang)
Banyak Sedikit
Sum sum tulang Serpihan sel
N=10-12 jam 5-9 hari
B= 8-12 jam
E=8-12 hari
M=berbulan/bertahun
Pertahanan badan Pembekuan darah
Sel darah merah Sel darah putih Platlet
9 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Komponen darah
manusia
Sel darah Plasma darah
Eritrosit Leukosit Platlet Air Bahan terlarut
Granulosit Agranulosit Gas terlarut,
nutrien, enzim,
protein plasma
(globulin, albumin,
fibrinogen) dan
bahan kumuh.
Basofil Monosit
Eosinofil Limfosit
Neutrofil
Leukosit Granulosit Basofil
Agranulosit Eosinofil
Neutrofil
Limfosit
Monosit
10 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Basofil Eosinofil Neutrofil Limfosit Monosit
•Nukleus •Nukleus •Nukleus •Nukleus •Nukleus
berlobus dan mempunyai 2 berlobus. berbentuk berbentuk
berbentuk S. lobus. •Sitoplasma sfera. kacang.
•Sitoplasma bergranul. •Sedikit
•Sitoplasma bergranul. •Memusnahkan sitoplasma. • Peranan
bergranul. • Mengurangi bakteria •Menghasilkan seperti
gejala radang secara antibodi . makrofaj yang
•Penghasilan alergi. fagositosis. menelan
heparin untuk bakteria dalam
mencegah badan dan sel-
darah beku sel yang telah
dengan cepat. dijangkiti oleh
bakteria.
•Merembeskan
histamin
dalam tindak
balas alergi.
Basofil Eosinofil Neutrofil Limfosit Monosit
Fungsi Darah dalam Pengangkutan.
Haba Oksigen Karbon
Hormon dioksida
Fungsi
darah Makanan
tercerna
Air Bahan
kumuh
11 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Struktur Salur Darah Manusia.
Terdapat tiga jenis salur darah manusia iaitu, Arteri, Vena dan Kapilari.
Perbezaan antara ketiga-tiga salur adalah seperti berikut:
Arteri Kapilari Vena
Angkut darah beroksigen Tempat pertukaran bahan Angkut darah terdeoksigen
(kecuali arteri pulmonari). antara sel. (kecuali vena pulmonari).
Angkut darah keluar dari Hubungkan arteri dengan Angkut darah ke jantung.
jantung. vena.
Dinding berotot tebal. Dinding sangat nipis, Dinding berotot nipis.
setebal satu sel sahaja.
Tiada injap kecuali injap Mempunyai injap sabit untuk
sabit di aorta dan di arteri Tiada injap. mengelakkan aliran darah
pulmonari. berpatah balik.
Darah mengalir pada Tiada denyutan. Tekanan Tiada denyutan. Darah
tekanan tinggi membentuk lebih rendah daripada arteri mengalir pada tekanan
denyutan yang dinamakan tetapi lebih tinggi daripada rendah berbanding arteri.
nadi. vena.
Kapilari arteriol venul
arteri
kapilari Ruang antara sel vena
Kapilari
12 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan dua jenis salur darah P dan Q.
PQ
Rajah 2
Terangkan perbezaan antara salur darah P dan salur darah Q. [6 markah]
Salur P Salur Q
Vena Arteri
Dinding berotot yang nipis. Dinding berotot yang tebal.
Kurang elastik/ dinding berotot. Lebih elastik/ dinding berotot.
Angkut darah pada tekanan yang rendah. Supaya X boleh tahan tekanan darah yang
tinggi // angkut darah pada tekanan tinggi.
Lumen yang besar. Lumen yang kecil.
Memberi rintangan yang paling rendah untuk Supaya pengaliran darah lebih cepat.
pengaliran darah dalam Y.
Ada injap. Tiada injap kecuali arteri pulmonari dan aorta.
Injap mencegah darah daripada patah balik// injap memastikan pengaliran darah sehala
Membawa darah terdeoksigen kecuali vena Membawa darah beroksigen kecuali arteri
pulmonari. pulmonari.
Mengangkut darah terdeoksigen/ CO2 dari Membekal oksigen untuk respirasi sel dalam
sel badan ke jantung. sel-sel badan.
Aliran darah: Aliran darah:
Sel badan jantung kecuali vena Jantung sel badan kecuali arteri
pulmonari. pulmonari.
13 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Struktur Jantung Manusia. Aorta www.iamchampion.blogspot.my
Vena kava Arteri pulmonari
superior Vena pulmonari
Arteri pulmonari Atrium kiri
Injap sabit Injap bikuspid
Atrium kanan Kordea tendineae
Injap trikuspid Ventrikel kiri
Ventrikel kanan
Septum
Vena kava inferior
#Lukis dan labelkan semula struktur jantung manusia.
14 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Daya Pengepaman oleh Jantung.
Nodus sinoatrium
Nodus atrioventrikel
Gentian Purkinjie
Terangkan penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia.
Pengecutan jantung bermula apabila nodus sinoatrium (SAN) mula mencetus impuls
saraf yang kemudiannya tersebar ke seluruh atrium dan merangsang otot dinding
kedua-dua atrium mengecut serentak.
SAN dikenali sebagai perentak denyutan jantung.
Menyebabkan tekanan darah dalam atrium meningkat.
Menyebabkan darah terdeoksigen dipam ke dalam ventrikel kanan melalui injap
trikuspid.
Menyebabkan darah beroksigen ditolak ke dalam ventrikel kiri melalui injap bikuspid.
Impuls yang dicetus oleh SAN kemudian sampai ke nodus atrioventrikel (AVN).
Nodus sinoatrium Gentian Purkinjie
(SAN)
Nodus atrioventrikel
(AVN)
Berkas His
Menghantar impuls untuk merangsang pengecutan otot ventrikel melalui Berkas
His dan Gentian Purkinjie.
15 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kedua-dua ventrikel mengecut serentak.
Menyebabkan tekanan darah di dalam ventrikel kiri dan kanan meningkat.
Darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari.
Darah beroksigen ditolak ke seluruh badan melalui aorta.
(a) (b)
(a) Nodus sinoatrium menghantar impuls ( ), atrium mengecut.
(b) Nodus atrioventrikel menghantar impuls ( ), ventrikel mengecut.
Terangkan mekanisme kawal atur tekanan darah.
Kenaikan atau penurunan tekanan darah dikesan oleh baroreseptor yang terdapat di
aorta dan arteri karotid.
Tekanan darah tinggi menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke pusat
kardiovaskular di medula oblongata.
Arteri dan arteriol mengembang.
Tekanan darah diturunkan.
Tekanan darah rendah menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke pusat
kardiovaskular untuk merangsang SAN dan mencetuskan impuls.
Kadar pengecutan otot kardium dalam jantung dan otot licin pada arteri ditingkatkan.
16 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan sistem peredaran darah dalam organisma X dan organisma Y.
Peparu
Atrium
Ventrikel
Organisma X Organisma Y
Rajah 3
Berdasarkan Rajah di atas:
(i) Beri satu contoh organisma X dan organisma Y. [2 markah]
Organisma X: Ikan
Organisma Y: Manusia
(ii) Huraikan persamaan dan perbezaan antara sistem peredaran darah dalam organisma X dan
organisma Y. [6 markah]
Persamaan:
Kedua-duanya mempunyai peredaran tertutup. Darah mengalir dalam salur darah. Kedua-dua
mempunyai jantung.
Perbezaan:
Organisma X Organisma Y
Peredaran tunggal. Peredaran ganda dua.
Jantung dibahagi kepada 2 ruang/ Jantung terdiri Jantung dibahagi kepada 4 ruang/ Jantung terdiri
daripada 1 atrium dan 1 ventrikel sahaja. daripada 2 atrium dan 2 ventrikel sahaja.
Tiada septum. Ada septum.
Darah beroksigen mengalir daripada insang ke sel Darah beroksigen mengalir daripada peparu ke
badan. jantung.
Darah (terdeoksigen) dipam daripada jantung ke Darah (terdeoksigen) dipam daripada jantung ke
insang, kemudian ke sel-sel badan dan kembali ke peparu, kemudian darah (beroksigen) dipam ke
jantung. sel-sel badan dan kembali semula ke jantung.
17 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 4
Terangkan perbandingan sistem peredaran darah dalam manusia, ikan dan amfibia.
Peparu
Kapilari badan Kapilari badan Kapilari badan
Manusia Ikan Amfibia
Persamaan:
Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran tertutup. Darah mengalir dalam salur-salur
darah. Ketiga-tiganya mempunyai jantung. Ketiga-tiganya mengepam darah ke sel-sel
badan. Ketiga-tiganya mempunyai injap di dalam vena. Darah mengalir dalam satu arah
sahaja.
Perbezaan:
Manusia Ikan Amfibia
Peredaran darah ganda dua Peredaran darah tunggal. Peredaran darah ganda dua
dan lengkap. dan tak lengkap.
Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui
jantung sebanyak dua kali jantung hanya sekali dalam jantung sebanyak dua kali
dalam satu edaran lengkap. satu edaran lengkap. dalam satu edaran tak
lengkap.
Jantung mempunyai empat Jantung mempunyai dua Jantung mempunyai tiga
ruang.
ruang. ruang.
18 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Jantung mempunyai dua Jantung mempunyai satu Jantung mempunyai dua
atrium dan dua ventrikel. atrium dan satu ventrikel. atrium dan satu ventrikel.
Darah beroksigen dari Darah beroksigen dari Darah beroksigen dari
jantung mengalir pada kadar jantung mengalir pada kadar jantung mengalir pada kadar
yang lebih laju ke sel-sel yang lebih perlahan ke sel- yang sederhana ke sel-sel
badan. sel badan. badan.
Darah beroksigen dipam Darah beroksigen mengalir Darah beroksigen dipam
daripada jantung ke sel-sel daripada insang ke sel-sel daripada jantung ke sel-sel
badan. badan. badan.
Darah beroksigen Darah beroksigen Darah beroksigen
mempunyai tekanan lebih mempunyai tekanan lebih mempunyai tekanan
tinggi. rendah. sederhana tinggi.
Pertukaran gas berlaku di Pertukaran gas berlaku di Pertukaran gas berlaku di
peparu / alveolus. insang / lamela / filamen. peparu atau kulit.
19 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
1.3 Mekanisme Pembekuan Darah.
Salur darah pecah atau luka
Darah keluar
Platlet berkumpul
Merangsang trombokinase
Trombokinase
Ion kalsium
Vitamin K
Protrombin Trombin
Fibrin Fibrinogen
Sel-sel darah
terperangkap
Darah beku
Keruping
Masalah Pembekuan Darah.
Penyakit hemofilia
Trombus
Penyakit strok / Angin ahmar
Angina
Kegagalan jantung
20 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Strok Angina Aterosklerosis
Serangan jantung Trombus Hemofilia
Terangkan bagaimana platlet membantu dalam menghentikan pendarahan semasa
luka.
Jawapan:
Platlet bergumpal dan menghasilkan trombokinase / tromboplastin. Trombokinase
menukarkan protrombin kepada trombin dengan kehadiran ion kalsium. Trombin
menukarkan fibrinogen kepada fibrin dengan kehadiran vitamin K. Fibrin membentuk
jaringan untuk memerangkap eritrosit. Membentuk darah beku // keruping.
Terangkan kepentingan pembekuan darah ini.
Jawapan:
Menutup luka. Menghalang kehilangan darah yang berlebihan. Mengekalkan tekanan
darah pada julat normal. Oleh itu, jantung boleh mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk mengelakkan kemasukan mikrob /patogen /bahan asing. Sebagai mekanisme
pertahanan badan // meminimakan risiko infeksi di dalam badan. Mengekalkan
peredaran darah. Oleh itu keperluan sel dapat diangkut dengan efisien/ cekap.
21 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
1.4 Konsep Sistem Limfa. www.iamchampion.blogspot.my
Tonsil
Timus
Nodus limfa
Salur limfa
Hati
Limpa
Apendiks
Sum sum tulang
Pembentukan Bendalir Tisu (BT).
1. Bendalir tisu (BT) atau cecair interstis ialah bendalir yang memenuhi ruang antara
sel, membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang sama dengan sitoplasma
sel dan darah.
2. Darah mengalir dari arteriol ke kapilari mempunyai tekanan hidrostatik yang tinggi
kerana darah yang bertekanan tinggi dipam keluar dari jantung dan saiz kapilari
adalah kecil.
3. Tekanan hidrostatik yang tinggi ini memaksa air dan bahan-bahan yang mempunyai
saiz molekul yang kecil terturas keluar merentasi dinding kapilari ke ruang antara sel,
menghasilkan bendalir tisu.
4. Sel darah merah, platlet dan molekul protein yang besar tidak terturas.
5. Cecair plasma dalam kapilari yang menghampiri venul mempunyai kepekatan yang
tinggi.
22 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Komposisi Bendalir Tisu (BT).
1. Komposisi BT adalah sama dengan komposisi darah, iaitu mengandungi air, asid
amino, glukosa, asid lemak, koenzim, hormon, ion mineral dan bahan buangan sel
tetapi tidak mengandungi eritrosit, platlet atau molekul protein yang besar.
air
bahan asid
buangan amino
sel
ion Komposisi glukosa
mineral bendalir
tisu
hormon asid
lemak
koenzim
Kepentingan Bendalir Tisu (BT).
1. BT adalah penting bagi mengekalkan persekitaran dalam seperti suhu, tekanan
osmosis dan pH badan agar sentiasa dalam keadaan stabil.
2. Proses pengekalan persekitaran dalaman ini berlaku melalui proses homeostasis.
3. Oksigen dan nutrien yang meresap keluar dari kapilari darah akan meresap masuk
ke dalam bendalir tisu dan seterusnya akan meresap masuk ke dalam sel-sel badan.
4. Bahan buangan sel pula akan meresap masuk ke dalam bendalir tisu sebelum
meresap masuk ke dalam kapilari darah untuk disingkirkan melalui organ-organ
perkumuhan.
Pembentukan Bendalir Limfa.
1. BT perlu meresap ke dalam kapilari darah semula berhampiran venul dan
membentuk cecair plasma semula.
2. Jika tidak, salur darah akan kekurangan cecair dan darah tidak dapat mengalir.
3. Hampir 90% daripada BT ini akan meresap ke dalam kapilari darah semula.
4. BT yang selebihnya, iaitu kira-kira 10% lagi akan meresap ke dalam kapilari limfa
untuk membentuk bendalir dalam salur limfa yang dikenali sebagai bendalir limfa.
23 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
5. Kandungan bendalir limfa adalah sama dengan BT.
6. Bendalir limfa akan mengalir ke dalam salur limfa yang lebih besar dan akhirnya
kembali ke sistem peredaran darah.
7. Jika bendalir limfa terkumpul secara berlebihan dan tidak dapat dikembalikan ke
sistem peredaran darah (SPD), keadaan ini akan menyebabkan pembengkakkan
tisu.
Rajah: Perkaitan antara sistem darah dengan sistem limfa.
Struktur Sistem Limfa.
1. Sistem limfa terdiri daripada duktus limfa, salur limfa, kapilari limfa, nodus limfa,
limpa, kelenjar timus dan sumsum tulang.
2. Duktus limfa paling besar ialah duktus toraks yang menghubungkan semua salur
limfa dari bahagian abdomen toraks dan anggota sebelah kiri ke vena subklavikel kiri
dan seterusnya bersambung dengan vena kava.
3. Salur limfa dari tangan kanan dan kepala sebelah kanan bersambung dengan duktus
limfa kanan yang membuka ke dalam vena subklavikel kanan yang seterusnya
bergabung dengan vena kava.
4. Pergerakan bendalir limfa dibantu oleh pengecutan otot rangka yang menekan
dinding salur limfa secara beritma.
5. Kehadiran injap di sepanjang salur limfa menyebabkan limfa mengalir pada satu hala
sahaja dan mengelakkan daripada berpatah balik.
6. Lakteal dalam vilus pada usus kecil merupakan sebahagian daripada kapilari limfa
7. Limpa ialah organ yang terlibat dalam menghasilkan limfosit dan memusnahkan sel
darah merah.
8. Organ ini juga menyimpan sel darah merah untuk menampung kehilangan darah jika
berlaku kecederaan.
9. Sumsum tulang pula mempunyai sel-sel yang menjalankan proses mitosis bagi
menghasilkan sel-sel darah putih terutamanya sel limfosit.
24 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
10. Limfa iaitu BT yang meresap masuk ke dalam kapilari limfa seterusnya mengalir ke
salur limfa yang lebih besar dan melintasi nodus limfa.
11. Nodus limfa berfungsi sebagai penapis mikroorganisma.
12. Limfa yang bebas daripada sebarang mikroorganisma kemudiannya mengalir ke
dalam duktus toraks dan duktus limfa kanan.
13. Limfa akan dialirkan ke dalam darah di vena subklavikel kiri dan kanan.
14. Darah yang bercampur dengan limfa ini masuk ke vena kava.
Struktur
sistem limfa
Duktus limfa salur limfa nodus limfa kapilari limpa kelenjar sumsum
limfa timus tulang
Peranan Sistem Limfa dalam Pengangkutan.
1. Sistem limfa mengembalikan bendalir limfa yang berasal daripada BT ke dalam SPD
melalui vena subklavikel kiri dan kanan.
2. Keadaan ini menyebabkan komposisi, isipadu dan tekanan darah dapat dikawal pada
paras normal.
3. Lakteal yang terdapat dalam vilus usus terlibat dalam penyerapan asid lemak,
gliserol dan vitamin yang larut dalam lipid iaitu A, D, E dan K.
4. Bahan-bahan ini seterusnya mengalir bersama dengan limfa ke duktus limfa dan
kembali ke SPD di jantung.
5. Air, mineral, hormon, koenzim dan bahan-bahan lain yang berguna yang terdapat di
dalam BT yang tidak meresap ke dalam kapilari darah semula akan diangkut oleh
sistem limfa dan dikembalikan ke SPD. Hal ini dapat memastikan komposisi darah
dikekalkan.
6. Bahan buangan sel seperti asid urik dan urea yang tertinggal juga dapat diangkut
oleh sistem limfa ke dalam SPD.
7. Sel-sel mati, mikroorganisma dan bendasing yang berbahaya kepada badan akan
dimusnahkan oleh sel fagosit dalam nodus limfa.
8. Oleh itu, bendalir limfa yang masuk ke dalam SPD bebas daripada bahan-bahan ini.
9. BT perlu dikembalikan ke dalam SPD sama ada secara meresap terus ke dalam
kapilari darah atau melalui salur limfa.
10. Kegagalan proses ini akan menyebabkan pengumpulan BT di dalam ruang antara sel
dan menyebabkan pembengkakan yang dikenali sebagai odema.
11. Odema boleh berlaku di kaki, tangan, sendi malah seluruh tubuh.
12. Terdapat juga odema yang berlaku di otak dan di peparu.
25 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
13. Odema sering terjadi kepada individu yang duduk atau tidak bergerak terlalu lama
kerana tidak ada pengecutan otot rangka yang membantu pengaliran limfa.
14. Pesakit diabetis, artritis, kanser, kerosakan hati dan ginjal sering mengalami odema.
15. Pesakit untut atau Elephantiasis mengalami gejala salur limfa tersumbat disebabkan
oleh cacing filariasis.
Elephantiasis Cacing filariasis
26 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan sel badan dan salur darah.
Bendalir interstis adalah bendalir yang membasahi sel dalam badan. Ia bertindak
sebagai medium komunikasi antara sel, penghantaran nutrien kepada sel dan
penyingkiran bahan buangan metabolik.
Sel badan Kapilari darah Vena
Venul
Arteri Arteriol Ruang antara sel
Rajah 5
(a) Berdasarkan Rajah 5, namakan satu contoh nutrien dalam darah dan huraikan
bagaimana nutrien tersebut dapat dihantar kepada sel.
[4 markah]
Contoh nutrien dalam darah ialah glukosa / asid amino. Jantung menolak / mengepam
darah mengalir dari arteri ke kapilari darah. Diameter arteri lebih besar daripada diameter
kapilari darah (sebaliknya). Ia menghasilkan tekanan hidrostatik yang tinggi. Plasma
darah yang mengandungi nutrien dipaksa keluar ke ruang antara sel. Membentuk
bendalir interstitial. Kepekatan glukosa/ asid amino dalam bendalir interstitial lebih tinggi
daripada sel sitoplasma. Glukosa / asid amino meresap masuk ke dalam sel. Secara
resapan berbantu.
27 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
1.5 Peranan Sistem Peredaran Darah dalam Mekanisme Pertahanan Badan.
Sistem Pertahanan Badan.
Sistem
Pertahanan
Badan
Barisan Pertahanan Barisan Barisan
Pertama (BPP) Pertahanan Pertahanan
Kedua (BPD) Ketiga (BPT)
Kulit Fagositosis Antibodi
-Peluh
-Sebum
Membran Mukus
-Rembesan mukus
(a) Barisan Pertahanan Pertama (BPP)
(i) Kulit manusia terdiri daripada lapisan yang liat dan sukar ditembusi oleh
mikroorganisma.
(ii) Kulit merupakan BPP dalam sistem pertahanan badan.
(iii) Mikroorganisma hanya dapat menembusi kulit jika terdapat luka atau
kecederaan.
(iv) Namun begitu, proses pembekuan darah yang berlaku dengan cepat dapat
membantu mencegah kemasukan mikroorganisma dengan banyak.
(v) Air mata yang dirembeskan oleh kelenjar air mata dan sebum yang
dirembeskan oleh kelenjar sebum mengandungi enzim lisozim yang
memusnahkan bakteria.
(vi) Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung lapisan mukus akan
memerangkap mikroorganisma dan menggumpalkannya.
(vii) Silia yang terdapat di permukaan epitelium salur respirasi akan menolak
partikel-partikel ini keluar.
(viii) Lilin di dalam telinga, air mata dan lendir pada faraj juga berfungsi sebagai
antiseptik untuk memusnahkan mikroorganisma yang masuk.
(ix) Jika makanan yang kita makan tercemar dengan mikroorganisma, asid
hidroklorik di dalam perut akan memusnahkannya.
28 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(x) BPP ini juga dikenali sebagai pertahanan pasif iaitu tubuh fizikal kita bertindak
sebagai mekanisme menahan serangan patogen.
Air liur- Enzim Air mata-
anti bakteria Enzim lisozim
Kulit- Mukus-
menghalang Memerangkap
kemasukan kotoran dan mikrob.
patogen. Bakteria baik
dalam usus.
Perut-
Asid hidroklorik
membunuh mikrob.
Rajah: Barisan Pertahanan Pertama
LATIHAN 6
Terangkan satu kepentingan kulit selain daripada mengawal atur suhu badan.
Bertindak sebagai lapisan pelindung. Menghalang kemasukan patogen. Mempunyai sebum/
lisozim. Perangkap / bunuh bakteria. Bertindak sebagai organ perkumuhan. Mengkumuhkan
peluh/ urea/ air/ mineral/ garam. Bertindak sebagai organ deria. Mengesan rangsangan luar/
sakit/ tekanan/ sentuhan.
[2 markah]
(b) Barisan Pertahanan Kedua (BPD)
(i) Sekiranya terdapat patogen yang melepasi BPP dan masuk ke dalam sistem
darah, sel-sel darah putih iaitu neutrofil dan monosit akan bertindak secara
fagositosis dengan menelan dan mencerna patogen dengan menggunakan
enzim.
(ii) Sel-sel fagosit ini bergerak di dalam darah serta boleh menyelinap keluar di
antara sel dan juga berada dalam salur limfa.
(iii) Sel-sel ini mencari dan membunuh patogen yang berada di dalam badan.
(iv) Oleh itu, BPD ini dikenali sebagai pertahanan aktif.
29 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Fagositosis oleh neutrofil. www.iamchampion.blogspot.my
Sisa mikroorganisma
Mikroorganisma Pseudopodium Vakuol makanan
Neutrofil
Neutrofil mendekati mikroorganisma Neutrofil mengepung mikroorganisma Vakuol makanan terbentuk, Sisa mikroorganisma disingkir
enzim dirembeskan ke dalamnya
(c) Barisan Pertahanan Ketiga (BPT).
(i) BPT melibatkan sistem keimunan badan, iaitu penghasilan antibodi apabila
terdapat patogen memasuki badan.
(ii) Seseorang dikatakan imun terhadap sesuatu penyakit jika terdapat antibodi
tersedia di dalam badan untuk melawan serangan antigen.
(iii) Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan daripada badan sendiri
yang merangsang gerak balas keimunan badan.
(iv) Antara contoh antigen ialah patogen, molekul toksin dan sel darah daripada
kumpulan darah yang lain.
(v) Masa yang diambil untuk membina antibodi ialah kira-kira tiga hingga tujuh
hari.
(vi) Hal ini kerana limfosit perlu mengenal pasti antigen terlebih dahulu sebelum
menghasilkan antibodi yang sepadan.
(vii) Limfosit merupakan sel darah putih yang terdapat di dalam nodus limfa dan
SPD.
(viii) Limfosit dibahagikan kepada dua jenis sel limfosit T dan sel limfosit B.
(ix) Sel limfosit T berfungsi untuk menyerang sel-sel yang telah dijangkiti oleh
patogen dan menghasilkan bahan kimia untuk merangsang sel limfosit B.
(x) Sel limfosit B berfungsi untuk membahagi dan membentuk sel plasma dan sel
memori B.
(xi) Seterusnya, sel plasma akan menghasilkan antibodi yang sepadan dengan
antigen dan bertindak memusnahkan antigen tersebut.
(xii) Antibodi ialah sejenis protein yang spesifik dalam tindak balas antibodi-
antigen.
(xiii) Selepas sembuh daripada penyakit, sel memori B akan berperanan untuk
menyimpan sebarang maklumat tentang patogen.
30 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(xiv) Jika patogen yang sama menyerang badan, sel plasma akan diaktifkan untuk
menghasilkan antibodi dengan cepat dan banyak.
Mekanisme tindakan antibodi.
LATIHAN 7
Rajah 7.1, Rajah 7.2 dan Rajah 7.3 menunjukkan tindakan tiga jenis sel darah dalam
mekanisme pertahanan badan manusia.
Rajah 7.1
Rajah 7.2
Rajah 7.3
31 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(a) Namakan sel darah P dan Q.
P: Platlet.
Q: Sel darah putih / Leukosit / Fagosit / Neutrofil.
[2 markah]
(b)(i) Terangkan kepentingan tindakan sel darah P.
Menyebabkan pembekuan darah. Menghalang mikroorganisma daripada masuk ke
dalam badan / kehilangan darah (berlebihan). Mengekalkan tekanan darah.
[2 markah]
(ii) Terangkan tindakan sel darah Q ke atas bakteria.
Secara fagositosis. Fagosit / neutrofil tertarik / bergerak ke arah (kimia / protein yang
dihasilkan) bakteria / patogen / antigen // memanjangkan / bentuk pseudopodium.
(Fagosit / neutrofil) mengepung bakteria / pathogen // (fagosit / neutrofil) mengelilingi /
bergabung dirinya dengan bakteria. Membentuk fagosom / vakuol makanan / vesikel
fagositik. (Lisosom berpadu dengan fagosom dan) membebaskan / merembeskan
enzim / lisosom ke dalam fagosom / vakuol makanan / vesikel fagositik. (Enzim /
lisozim dalam lisosom) mencerna / memusnahkan bakteria / patogen / antigen.
[2 markah]
(iii) Nyatakan tindakan antibodi ke atas antigen dalam Rajah 4.3. [1 markah]
Agglunitasi / antibodi menggumpalkan antigen bersama- sama.
Keimunan dan Pengimunan.
1. Keimunan bermaksud individu mempunyai keupayaan untuk menahan diri daripada
dijangkiti patogen.
2. Individu ini mempunyai antibodi yang cukup dan boleh menghasilkan antibodi dengan
segera jika terdapat patogen.
3. Keimunan terbahagi kepada dua jenis, iaitu pasif dan aktif.
4. Keimunan pasif (KP) bermaksud seseorang mendapat antibodi tersedia dari luar
badan.
5. Keimunan aktif (KA) bermaksud sel-sel limfosit seseorang dapat menghasilkan
antibodi sendiri di dalam badan.
32 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Keimunan
Aktif Pasif
Semula jadi Semula jadi
-melalui penyusuan ibu.
-setelah sembuh daripada
penyakit. -melalui plasenta
Buatan Buatan
-suntikan antiserum
-setelah memperoleh suntikan
vaksin
(a) Keimunan pasif.
(i) Fetus dalam kandungan ibu menerima keimunan secara semula jadi.
(ii) Antibodi yang terdapat di dalam plasma darah ibu meresap merentasi
plasenta dan masuk ke dalam fetus.
(iii) Pada awal kelahiran, keimunan bayi adalah sama dengan keimunan ibunya.
(iv) Bayi akan terus mendapat bekalan antibodi dalam susu ibu apabila bayi ini
menyusu.
(v) Keimunan yang diperolehi ini dinamakan keimunan pasif semula jadi (KPS).
(vi) Pesakit yang terlalu lemah dan tidak dapat menghasilkan antibodi sendiri
akan diberikan suntikan antibodi buatan (antiserum).
(vii) Keimunan buatan terhasil apabila vaksin atau antibodi disuntik atau
dimasukkan secara terus ke dalam badan.
(viii) Keimunan buatan juga dikenali sebagai pengimunan.
(ix) Pengimunan ialah proses memperoleh keimunan dengan cara buatan bagi
melindungi seseorang daripada dijangkiti penyakit tertentu.
(x) Suntikan serum yang mengandungi antibodi perlu diberi dari semasa ke
semasa untuk membantu pesakit melawan sejenis penyakit.
(xi) Dalam kes kecemasan seperti digigit haiwan berbisa, tetanus, penyakit rabies
dan keracunan makanan, suntikan anti serum atau antitoksin perlu diberikan
segera bagi memusnahkan toksin dan bisa haiwan.
33 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(xii) Keimunan ini dinamakan keimunan pasif buatan (KPB).
Graf Keimunan Pasif Buatan
(b) Keimunan aktif.
(i) Keimunan aktif diperoleh selepas seseorang sembuh daripada sesuatu
penyakit.
(ii) Ketika dijangkiti patogen, sel-sel limfosit membina antibodi dan menyimpan
memori.
(iii) Memori tentang patogen yang disimpan akan menghasilkan antibodi dengan
cepat dan banyak jika terdapat patogen yang sama menyerang.
(iv) Keimunan ini dinamakan keimunan aktif semulajadi (KAS).
Rajah: Keimunan aktif semula jadi.
(v) Vaksin ialah ampaian patogen yang telah mati, dilemahkan.
34 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(vi) Apabila vaksin disuntik ke dalam badan, limfosit akan membina antibodi untuk
menentang patogen.
(vii) Penghasilan antibodi akan berlaku dengan cepat jika patogen itu menyerang
dan seterusnya jangkitan penyakit dapat dicegah.
(viii) Proses ini dinamakan sebagai pengimunan.
(ix) Selepas suntikan kali pertama, sel limfosit mengambil masa untuk mengenali
patogen dan sedikit antibodi terhasil.
(x) Selepas suntikan kali kedua memori yang disimpan dalam limfosit telah
mengenali patogen tersebut dan seterusnya menghasilkan antibodi lebih
cepat dan banyak.
(xi) Keimunan yang diperoleh melalui suntikan vaksin ini dinamakan sebagai
keimunan aktif buatan (KAB).
Rajah: Keimunan aktif buatan.
LATIHAN 8
Individu M telah sembuh dari penyakit Individu N disuntik dengan ampaian T.
demam campak. Dia mempunyai Dia juga mempunyai keimunan
keimunan terhadap penyakit itu di masa terhadap penyakit demam campak.
hadapan.
Penyataan G Penyataan H
Huraikan:
(i) Penyataan G
(Semasa jangkitan) sel darah putih / limfosit / limfosit-B dirangsang untuk menghasilkan
antibodi. Merangsang tindak balas imun. Antibodi memusnahkan antigen / patogen. Memori
limfosit / sel limfosit kekal dalam badan. Sel darah putih / limfosit / limfosit-B boleh
menghasilkan antibodi dengan cepat untuk melawan antigen / patogen yang sama.
Mendapat keimunan aktif semula jadi. [2 markah]
35 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(ii) Penyataan H
Ampaian S ialah vaksin. Vaksin merupakan pathogen yang dilemahkan. Untuk merangsang
sel darah putih menghasilkan antibodi. Badan memperolehi kebolehan / keimunan terhadap
penyakit tersebut / keimunan aktif buatan. [2 markah]
LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan dua kaedah bagaimana bayi memperoleh keimunan terhadap
penyakit.
Kaedah 1 Kaedah 2
Rajah 9
Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi melalui dua kaedah ini. [10 markah]
Persamaan:
Kedua – dua memerlukan antibodi. Antibodi melawan penyakit / patogen.
Perbezaan:
Kaedah 1 Kaedah 2
Sistem keimunan semula jadi yang pasif Sistem keimunan buatan yang aktif
Antibodi dihasilkan oleh ibu Antibodi dihasilkan oleh badan sendiri /
sistem keimunan
Bertahan untuk tempoh yang pendek Bertahan untuk tempoh yang panjang
Melalui susu ibu Melalui pemvaksinan
Susu ibu yang diambil mengandungi Vaksin yang diambil mengandungi
antibodi / kolostrum patogen lemah / yang telah mati
36 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Antibodi sedia untuk membunuh patogen Patogen dapat merangsang limfosit untuk
menghasilkan antibodi
Memerlukan antibodi baharu untuk Boleh ditingkatkan apabila aras keimunan
mengelakkan keimunan menurun
Keimunan segera Ambil masa untuk mendapat keimunan
Kos murah / jimat Mahal
Bila- bila masa boleh diperolehi Masa tertentu sahaja / bila diperlukan
Tidak menyebabkan alahan Boleh menyebabkan alahan/ kesan
sampingan
ATAU
Persamaan:
Kedua – dua mendapat antibodi. Antibodi melawan penyakit. Antibodi bertahan untuk
tempoh pendek. Antibodi sedia untuk digunakan. Keimunan segera.
Perbezaan:
Kaedah 1 Kaedah 2
Keimunan pasif semulajadi Keimunan pasif buatan
Antibodi dihasilkan oleh ibu Antibodi diperolehi daripada sumber lain
Melalui susu ibu Melalui suntikan
Bekalan antibodi berterusan selagi bayi Perlukan suntikan antiserum baru (jika
menghisap / menyusu perlu)
Keimunan bertahan selagi bayi menyusu Keimunan bertahan untuk tempoh sekejap
Murah // tidak melibatkan kos Mahal
Bila – bila masa Masa tertentu sahaja / apabila perlu
Tidak menyebabkan alahan Boleh menyebabkan alahan / kesan
sampingan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
1. AIDS disebabkan oleh sejenis virus yang disebut Human Immunodeficiency Virus
(HIV).
2. Virus ini tidak dapat hidup secara sendiri tetapi perlu hidup dalam sel organisma
hidup.
37 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
3. Sistem pertahanan badan manusia akan memusnahkan sebarang virus penyakit
namun bagi HIV, virus ini menyerang sel limfosit T.
4. Oleh itu, sel ini tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan antibodi
5. Virus HIV boleh berada dalam badan hingga beberapa tahun tanpa menunjukkan
gejala penyakit.
6. AIDS terjadi apabila virus HIV merosakkan sistem keimunan badan sehingga pesakit
tidak mampu melawan jangkitan penyakit yang biasanya dapat dicegah.
7. Antara gejala penyakit AIDS ialah pesakit mendapat penyakit kulit, jangkitan sistem
pernafasan, cirit-birit yang kronik, batuk kering, jangkitan kuman pada otak, jangkitan
kulat, kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma) dan akhirnya meninggal dunia.
Virus HIV Simptom Kaposi’s sarcoma
8. HIV boleh ditemukan dalam darah, bendalir tisu, air mani, cecair dalam faraj dan
susu badan pesakit AIDS.
9. Pemindahan HIV berlaku daripada individu kepada individu lain melalui pemindahan
cecair ini.
10. Terdapat beberapa cara jangkitan HIV antaranya, adalah mengadakan hubungan
seks dengan pesakit atau pembawa HIV tanpa sebarang perlindungan seperti
pemakaian kondom, melalui suntikan jarum yang mengandungi HIV yang dikongsi
dan melalui ibu yang mempunyai HIV kepada anak dalam kandungannya melalui
plasenta, serta ibu pembawa HIV kepada anak yang disusui.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pertahanan pasif dan pertahanan aktif?
[2 markah]
Pertahanan pasif ialah barisan pertahanan pertama seperti kulit manusia yang
bertindak menahan serangan patogen. Pertahanan aktif ialah barisan pertahanan
kedua seperti neutrofil dan monosit yang bertindak secara fagositosis dengan
menelan dan mencerna patogen dengan menggunakan enzim.
2. Lukiskan rajah bagaimana neutrofil menjalankan fagositosis.
38 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
3. Apakah perbezaan antara antigen dengan patogen? [1 markah]
Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan daripada badan sendiri yang
merangsang gerak balas keimunan badan manakala patogen adalah contoh
antigen/ mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
4. Apakah yang berlaku apabila antigen memasuki sistem darah? Huraikan.
[3 markah]
Antibodi badan akan mengesan antigen untuk dimusnahkan. Antibodi adalah
sejenis protein yang spesifik ke atas antigen melalui mekanisme seperti lisin,
opsonin, agglutinin dan antitoksin. Tindakan antibodi ini dilakukan oleh sel limfosit
dengan menyerang antigen.
5. Mengapakah pesakit AIDS tidak mempunyai antibodi untuk melawan penyakit?
Terangkan. [2 markah]
Virus HIV merosakkan sistem keimunan melalui serangan ke atas sel limfosit T
sehingga tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan antibodi.
6. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak menyebabkan jangkitan HIV?
Bincangkan.
(a) Berkongsi tuala mandi (Tidak)
(b) Menggunakan tandas yang sama (Tidak)
(c) Membantu membalut luka pembawa HIV (Tidak)
(d) Makan bersama-sama (Tidak)
(e) Hubungan seks (Ya)
(f) Berkongsi pisau pencukur yang sama (Ya)
7. Bagaimanakah barisan pertahanan pertama menjalankan fungsinya? [2 markah]
Air mata dan sebum yang dirembeskan oleh kelenjar air mata mengandungi
lisozim yang memusnahkan bakteria. Lapisan mukus dalam saluran pernafasan
akan memerangkap mikroorganisma dan menggumpalkannya. Silia yang terdapat
39 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
di permukaan epitelium salur respirasi akan menolak partikel-partikel ini keluar.
Lilin dalam telinga, air mata dan lendir pada faraj juga berfungsi sebagai
antiseptik. Asid hidrokorik dalam perut juga akan memusnahkan mikroorganisma.
8. Mengapakah barisan pertahanan ketiga memerlukan beberapa hari untuk menjadi
efektif? [2 markah]
Antibodi yang hendak dihasilkan memerlukan masa untuk mengenal pasti secara
spesifik antigen yang menyerang agar ianya sepadan.
1.6 Menghargai Sistem Kardiovaskular yang Sihat.
Penyakit kardiovaskular seperti arterosklerosis, arteriosklerosis, embolisme dan
serangan sakit jantung.
Penyakit arterosklerosis disebabkan oleh pengumpulan bahan berlemak terutamanya
kolesterol.
Menyebabkan dinding dalam arteri menebal dan lumen menjadi sempit.
Ini menghasilkan tekanan darah tinggi.
Kesannya sel otak tidak menerima oksigen dan nutrien mencukupi dan sel-sel ini
mati.
Jika kolesterol ini berkumpul pada arteri koronari di jantung, ia akan membentuk plak
dan menyekat perjalanan darah.
Maka, berlakulah serangan sakit jantung, strok dan trombosis koronari.
40 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 10
Merokok, mengamalkan diet yang tidak seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang
tidak sihat menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Bincangkan mengenai pernyataan itu. [10 markah]
Merokok:
Asap rokok mengandungi nikotina. Asap rokok mengandungi tar. Nikotina menyebabkan
ketagihan. Nikotin mencerutkan salur darah. (Nikotin) meningkatkan tekanan darah.
Menyebabkan pengumpulan plak. Menyebabkan trombosis/ aterosklerosis/ arteriosklerosis.
Asap rokok mengandungi karbon monoksida. Karbon monoksida bersaing dengan oksigen
untuk bergabung dengan hemoglobin. Membentuk karboksihemoglobin. Menyebabkan
ketidakcekapan pengangkutan oksigen. Menyebabkan kesukaran bernafas/ kelesuan/ strok/
serangan jantung/ angina.
Diet tak seimbang.
Pengambilan lemak/ lipid/ karbohidrat yang berlebihan. Menyebabkan pengumpulan/
pengenapan kolesterol di dalam lumen salur darah/ obesiti. Mengurangkan aliran darah.
Menyebabkan arterosklerosis/ strok/ trombosis/ embolisme/ arteriosklerosis// diabetis.
Pengambilan garam yang berlebihan (dalam diet). Meningkatkan tekanan osmosis darah/
tekanan darah/ serangan jantung/ hipertensi.
Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (secara fizikal).
Kurang bersenam/ senaman fizikal/ gaya hidup yang banyak duduk. Menyebabkan
kegendutan/ obesiti. Menyebabkan stres/ tekanan darah tinggi/ serangan jantung.
LATIHAN 11
Rajah 11 menunjukkan satu keratan rentas arteri seorang individu yang mengamalkan tabiat
pemakanan yang tidak sihat. [3 markah]
Rajah 11
41 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(d) Terangkan kesan tabiat pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatannya.
Kesan: Menyebabkan penyakit arterosklerosis, hipertensi, strok/ angin ahmar/ tekanan
darah tinggi.
Penerangan: Individu itu memakan lipid/ lemak berlebihan. Pengumpulan lemak/ lipid
/kolestrol terenap di dinding arteri. Dinding dalam arteri menebal dan lumen menjadi
sempit. Menyebabkan tekanan darah tinggi. Arteri mengeras. Ini akan menghalang
pengaliran darah. Melemahkan otot jantung.
(e) Cadangkan satu amalan untuk mengelakkan pembentukan enapan S dalam arteri.
Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Amalkan senaman setiap hari.
Mengamalkan cara hidup yang sihat.
[1 markah]
LATIHAN 12
Penyakit kardiovaskular adalah salah satu daripada penyebab utama kematian dalam
negara kita. Berikut adalah faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit itu:
• Merokok
• Diet yang tidak seimbang
• Gaya hidup yang tidak sihat
Terangkan faktor-faktor yang diberi yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular.
[10 markah]
Merokok;
Asap rokok mengandungi nikotina. Nikotina menyebabkan ketagihan. Nikotina mengecutkan
salur darah. (Nikotina) meningkatkan tekanan darah. Menyebabkan pengumpulan plak.
Menyebabkan trombosis / ateriosklerosis. Asap rokok mengandungi karbon monoksida.
Karbon monoksida bersaing dengan oksigen untuk bergabung dengan hemoglobin.
Membentuk karboksihemoglobin. Menyebabkan ketidakcekapan pengangkutan oksigen.
Menyebabkan kesukaran bernafas / kelesuan / strok / serangan jantung. Tar. Membentuk
lapisan pada alveolus/ bronkus / bronkiol/ trakea. Mengurangkan pertukaran gas.
Diet Tidak Seimbang;
Pengambilan lemak/ lipid/ karbohidrat yang tinggi. Menyebabkan pengumpulan /
pengenapan kolesterol di dalam lumen salur darah. Menyebabkan arteroklerosis / strok /
trombosis / embolisme. Pengambilan garam yang berlebihan (dalam diet). Meningkatkan
tekanan osmosis darah / tekanan darah/ serangan jantung.
42 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Gaya Hidup Yang Tidak Sihat (Secara Fizikal);
Kurang bersenam / senaman fizikal / gaya hidup yang banyak duduk. Menyebabkan
kegendutan / obesity. Menyebabkan stres / tekanan darah tinggi / serangan jantung.
LATIHAN 13
Sistem peredaran darah manusia bertindak untuk mengangkut darah, oksigen dan nutrien
ke seluruh badan. Apabila darah mengalir ke bahagian badan yang spesifik berkurangan,
individu tersebut mungkin mengalami simptom peredaran darah yang lemah.
Arteri dengan plak Arteri yang normal
Plak
Dinding arteri
Aliran darah
Plak
Rajah 13
Rajah 13 menunjukkan pengaliran darah dalam arteri yang normal dan pengaliran darah
dalam arteri yang mengandungi plak.
Terangkan sebab peredaran darah yang lemah dan kesan kepada kesihatan.
[6 markah]
Sebab:
Pengambilan kolesterol tinggi / lemak secara berlebihan. Pembentukan plak di dalam
salur darah / kapilari darah. Disebabkan oleh pengumpulan kolesterol / lemak. Sempit /
menghalang arteri. Menghalang / mengurangkan / aliran darah.
43 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Akibat:
Kekurangan oksigen / bekalan nutrien. Kurang tenaga dijanakan. Menyebabkan kebas //
kerosakan saraf // kerosakan tisu. Sesemut / berdenyut sedikit. Vena varikos / urat
simpul. Kejang kaki / otot. Sakit / pedih / perit dalam anggota badan.
1.7 Pengangkutan Bahan- Bahan di dalam Tumbuhan.
Keperluan Pengangkutan Bahan dalam Tumbuhan.
Proses hidup yang dijalankan dalam tumbuhan ialah fotosintesis dan respirasi.
Pengangkutan bahan- bahan keperluan untuk menjalankan kedua- dua proses ini
berlaku atas bantuan sistem vaskular tumbuhan.
Air dan mineral dari tanah perlu diangkut ke daun dan hasil fotosintesis dari daun
pula perlu diangkut ke seluruh sel tumbuhan yang memerlukan bahan untuk
menjalankan respirasi sel dan sebagai makanan simpanan.
Tisu Vaskular di dalam Batang, Akar dan Daun.
Proses pengangkutan bahan dalam tumbuhan dilakukan oleh sistem vaskular.
Tisu vaskular dalam tumbuhan terdiri daripada xilem dan floem.
Sistem pengangkutan xilem dan floem tidak melibatkan pengangkutan oksigen dan
karbon dioksida.
Kedua- dua gas diangkut melalui proses respirasi.
Tisu Vaskular dalam Daun, Batang dan Akar Dikotiledon.
Daun
Batang
Akar
44 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Hubungkait Struktur Xilem dengan Pengangkutan.
Tisu xilem terdiri daripada salur xilem trakeid, gentian xilem dan parenkima xilem.
Fungsi xilem adalah mengangkut air dan garam mineral yang terlarut dalam tanah
dari akar ke daun.
Selain itu xilem juga memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
Salur xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak mengandungi sitoplasma.
Sel-sel ini bersambung di bahagian hujung membentuk satu saluran halus, panjang
dan berterusan.
Trakeid merupakan sel mati yang banyak mempunyai liang pada dindingnya. Kedua-
dua trakeid dan salur xilem mempunyai penebalan lignin iaitu bahan yang kalis air
bagi mengukuhkan xilem.
Proses penebalan yang berlaku semasa pembentukan xilem adalah tidak sekata
yang menyebabkan corak-corak yang unik pada dinding salur xilem.
Penebalan dinding salur xilem ini memberi sokongan dan mencegah salur xilem
daripada ranap semasa mengangkut air.
Salur xilem yang halus, kalis air dan berterusan memudahkan pengaliran air dari akar
ke daun.
Parenkima xilem ialah sel hidup yang menyimpan makanan.
Struktur Xilem dan Corak Penebalan Lignin.
Struktur Xilem Corak Penebalan Lignin.
Berliang (pit) Bergelang Berjaring
Berpilin
Hubungkait Struktur Floem dengan Pengangkutan.
Floem berperanan mengangkut bahan hasil fotosintesis seperti sukrosa dan asid
amino dari daun ke seluruh tumbuhan.
Sel- sel yang membentuk floem adalah sel-sel hidup, iaitu tiub tapis dan sel rakan.
45 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Tiub tapis terdiri daripada sel-sel tiub tapis hidup yang memanjang.
Tiub tapis bersambung pada hujung sel dengan tiub tapis yang lain. Dinding antara
dua sel ini mengalami perubahan, iaitu membentuk liang-liang dinamakan plat tapis.
Struktur Floem.
LATIHAN 14
Rajah 14 menunjukkan bahagian batang satu pokok yang gelang kulitnya telah dibuang.
Pokok tersebut disiram dengan air setiap hari.
Permulaan Selepas satu bulan
Rajah 14
Berdasarkan rajah, terangkan apa yang berlaku kepada pokok tersebut selepas satu bulan.
[4 markah]
Jawapan:
1. Bahagian atas pergelangan keratan pada batang membengkak.
2. Sebab bahan makanan organik (yang telah disintesiskan semasa fotosintesis)
glukosa terkumpul pada bahagian bengkak tersebut.
3. Makanan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah pergelangan/ ke bahagian bawah.
4. Sebab floem telah dibuang.
46 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 15
Rajah 15 menunjukkan bahagian batang pokok itu yang gelang kulitnya telah dibuang.
X
Gelang kulit dibuang
Y
Rajah 15
(i) Ramal keadaan pada X dan Y selepas satu bulan.
X: Membengkak (Tolak: kembung)
Y: Mengecut (Tolak: kering/ flasid)
[2 markah]
(ii) Terangkan ramalan anda pada X.
Floem telah dibuang. (Tolak: kanji/ nutrien). Hasil fotosintesis/ gula/ glukosa/ sukrosa/
sebatian organik tidak boleh diangkut ke bawah/ ke Y/ ke bahagian lain tumbuhan.
Penggumpulan hasil fotosintesis/ sebatian organik.
[2 markah]
1.8 Konsep Pengangkutan Bahan di dalam Tumbuhan.
Translokasi.
1. Translokasi ialah proses pengangkutan bahan organik dari daun ke tisu- tisu lain
seluruh tumbuhan.
2. Tumbuhan menghasilkan glukosa dalam daun melalui proses fotosintesis.
3. Glukosa akan ditukarkan kepada kanji yang disimpan dalam daun dan kemudian
kepada bentuk sukrosa yang akan diangkut ke bahagian yang memerlukannya
seperti akar, bunga, buah, batang dan pucuk.
4. Bahan yang diangkut oleh floem ialah sukrosa, asid amino, protein, dan hormon.
Glukosa tidak diangkut oleh floem.
5. Sukrosa dari sel- sel daun akan diangkut secara aktif ke dalam floem menggunakan
tenaga.
6. Kehadiran gula yang banyak dalam floem menyebabkan air dari xilem meresap ke
dalam floem melalui osmosis.
47 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
7. Keadaan ini meningkatkan tekanan hidrostatik dalam floem, menolak cecair untuk
bergerak di dalam floem merentasi liang-liang plat tapis ke tisu- tisu yang
memerlukan nutrien.
Pengangkutan bahan dalam tumbuhan.
Struktur floem dan sel rakan.
Transpirasi.
1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran dalam bentuk wap
air.
2. Kebanyakan wap air hilang melalui stoma pada daun.
48 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
3. Pergerakan air berlaku dalam tumbuhan iaitu dari akar ke daun yang membantu
mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan.
4. Transpirasi juga menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air.
5. Air tersejat dari mesofil palisad ke dalam ruang antara sel dan membentuk wap air di
dalam ruang antara sel.
6. Air di dalam sel-sel mesofil akan berkurangan dan tekanan osmosis meningkat.
7. Keadaan ini menyebabkan air meresap keluar secara osmosis dari sel-sel
berdekatan dan dari xilem.
8. Air meresap keluar ke atmosfera dari ruang antara sel mesofil berspan melalui
stoma.
Rajah: Penyejatan air dan transpirasi pada daun.
49 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 16
Rajah 16 menunjukkan pergerakan air melalui pokok.
Rajah 16
Suhu persekitaran yang tinggi menyebabkan kepanasan melampau pada tumbuhan.
Berdasarkan rajah, terangkan bagaimana transpirasi membantu menghalang kejadian
kepanasan melampau pada tumbuhan. [8 markah]
Jawapan:
Haba daripada cahaya matahari diserap oleh daun. (Haba daripada matahari menyebabkan
air yang terdapat (pada permukaan luar) sel menyejat / daun tersejat. Maka ruang udara
(dalam lapisan mesofil) daun menjadi tepu dengan wap air. Di luar stoma/ daun, udara di
atmosfera adalah lebih kering / kurang tepu dengan wap air daripada dalam daun.
Kepekatan wap air di dalam udara lebih tinggi daripada kepekatan wap air di atmosfera.
Cahaya matahari merangsang pembukaan liang stoma. Wap air di dalam ruang udara
meresap ke atmosfera melalui liang stoma. Air dalam xilem disedut ke dalam sel mesofil
untuk menggantikan air yang hilang melalui penyejatan. Maka, tumbuhan kehilangan haba.
Menyebabkan kesan penyejukan.
50 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU