www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 17
Rajah 17.1 menunjukkan pergerakan air dalam tumbuhan.
Rajah 17.2 menunjukkan keratan rentas rentas satu daun.
Proses X
Y
Z
Sel mesofil
berspan
Laluan air
Rajah 17.1 Rajah 17.2
(a)(i) M ialah sejenis tisu vaskular.
Terangkan satu penyesuaian pada Z dalam mengangkut air. [2 markah]
Z ialah xilem. Mempunyai dinding berlignin. Menguatkan (vesel daripada ranap).
Untuk menahan (perubahan) tekanan air. Tiub berongga (panjang) / sempit / hujung
terbuka. (Memastikan) pengaliran air yang berterusan. Menghasilkan tindakan
kapilari. Daya lekatan / daya lekitan.
(a) (ii) Terangkan kepentingan proses X kepada tumbuhan itu. [3 markah]
X ialah transpirasi. Untuk menyejukkan tumbuhan. Air menyerap haba daripada
tumbuhan. Tarikan transpirasi terhasil. Untuk menyejat / menjadi wap air. Untuk
kesegahan tumbuhan. Pengaliran air yang berterusan daripada akar (ke daun).
Mengangkut mineral / air. Menyokong tumbuhan // menghasilkan sokongan
(mekanikal).
(b) Sebatang pokok ditanam berdekatan kilang simen. Banyak habuk dibebaskan dari
kilang itu.
Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi proses X dalam pokok itu.
Habuk (daripada kilang) berkumpul / menghalang daun / stoma. Kurang cahaya
diserap (oleh kloroplas dalam sel pengawal). Kadar fotosintesis rendah //
penghasilan glukosa rendah (dalam sel pengawal). Sel pengawal menjadi kurang
segah / stoma. tertutup. Kadar transpirasi menjadi rendah.
[2 markah]
51 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Nyatakan satu perbezaan struktur sel Y dengan sel mesofil berspan.
Sel Y Sel mesofil span
Tersusun padat. Tersusun longgar.
Mengandungi lebih kloroplas. Mengandungi kurang kloroplas.
Mempunyai bentuk segiempat/ silinder. Mempunyai bentuk bujur/ tidak
seragam/ sfera/ bulat.
[1 markah]
Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi.
Faktor Penerangan
1) Pergerakan Udara Kadar transpirasi akan bertambah apabila pergerakan
udara semakin laju.
2) Suhu Persekitaran Suhu yang tinggi menyebabkan tenaga kinetik molekul
air meningkat.
Kenaikan suhu yang sangat tinggi akan menyebabkan
kehilangan air berlebihan dan daun menjadi layu.
3) Keamatan Cahaya Cahaya mempengaruhi pembukaan dan penutupan
stoma.
4) Kelembapan Relatif Apabila keamatan cahaya tinggi proses fotosintesis
Udara berlaku dengan aktif pada sel pengawal stoma
terbuka. Pembukaan stoma menyebabkan wap air
52 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 lebih banyak meresap keluar.
Dalam keadaan udara lembap, kehadiran wap air
dalam udara adalah tinggi. Perbezaan kepekatan wap
air antara udara luar dengan udara dalam ruang antara
sel adalah sedikit, jadi proses resapan wap air keluar
adalah perlahan- lahan dan menghasilkan kadar
transpirasi yang rendah. Jika udara kering,
kelembapan relatif adalah rendah. Menyebabkan wap
air dari dalam daun meresap keluar dengan cepat dan
menghasilkan kadar transpirasi yang tinggi.
Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Pembukaan dan Penutupan Stoma.
1. Stoma ialah liang-liang kecil yang terbentuk antara dua sel pengawal.
2. Sel pengawal berbentuk kacang dan mempunyai dinding sel yang tidak sama tebal.
3. Sel pengawal mempunyai kloroplas dan dapat menjalankan proses fotosintesis.
4. Apabila menerima cahaya matahari, sel pengawal akan menjalankan fotosintesis dan
menghasilkan glukosa.
5. Pengangkutan aktif ion kalium ke dalam sel pengawal menyebabkan tekanan
osmosis sel pengawal meningkat dan air masuk ke dalam sel pengawal secara
osmosis.
6. Sel pengawal menjadi segah dan melengkung akibat ketebalan dinding sel yang
tidak sama.
7. Kesegahan kedua- dua sel pengawal meyebabkan ruang antara sel, iaitu stoma
terbuka.
Pembukaan dan penutupan stoma.
53 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
8. Dalam keadaan kurang cahaya atau gelap, penghasilan glukosa tidak berlaku. Hal ini
menyebabkan ion kalium tidak diangkut secara aktif ke dalam sel dan menyebabkan
tekanan osmosis sel pengawal menurun.
9. Akibatnya, proses osmosis air ke dalam sel berkurangan dan sel menjadi tidak
segah.
10. Sel kembali ke bentuk asal dan stoma tertutup.
LATIHAN 18
Rajah 18.1 menujukkan bahagian yang sama bagi satu tumbuhan semasa hari sejuk dan
hari panas.
Rajah 18.1
(a)(i) Terangkan keadaan tumbuhan itu semasa hari sejuk dan hari panas.
[5 markah]
Hari sejuk
Tumbuhan kelihatan segar dan tegak / semua daun terbuka. Sel tumbuhan adalah
segah. Cukup / banyak air dalam tumbuhan / keseimbangan air dalam sel tumbuhan /
tisu dikekalkan.
Hari panas
Tumbuhan layu / semua daun tertutup / menguncup ke bawah. Meningkatkan kadar
penyejatan air dalam daun / meningkatkan kadar transpirasi. Kadar air yang hilang
lebih tinggi. Sel dalam tumbuhan / daun / menjadi flasid / layu.
(ii) Terangkan mengapa tumbuhan itu perlu berada dalam keadaan yang berbeza seperti
di (a)(i) pada hari sejuk dan hari panas. [5 markah]
54 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Hari sejuk
(Semua daun terbuka seperti biasa) untuk meningkatkan luas permukaan. Untuk
meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan cahaya/ fotosintesis maksimum.
Hari panas
(Daun tertutup) untuk mengurangkan luas permukaan yang terdedah kepada cahaya
matahari. Maka mengurangkan kadar transpirasi/ kehilangan air daripada tumbuhan.
Stomata juga tertutup. Menghalang tumbuhan daripada kekeringan/ kekontangan.
(b) Rajah 18.2 menunjukkan pergerakan molekul air dalam tumbuhan.
Rajah 18.2
Terangkan bagaimana pergerakan molekul air dari akar ke daun dalam tumbuhan dan
seterusnya keluar ke atmosfera. [10 markah]
Pergerakan air dari tanah ke dalam akar.
Kepekatan air dalam sel lebih tinggi daripada kepekatan air di luar sel/ kepekatan garam
dalam sel rambut lebih tinggi daripada kepekatan garam di luar sel. Air masuk ke dalam sel
rambut akar. Sap sel menjadi hipotonik terhadap sel- sel bersebelahan. Air meresap ke
dalam sel-sel bersebelahan melalui proses osmosis. Osmosis terus berlaku sehingga
molekul air sampai ke dalam vesel xilem dalam akar. Tekanan akar (dalam akar) menolak air
naik xilem.
55 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Pergerakan air dari akar naik batang.
Daya lekitan di antara molekul air menaikkan aras air dalam vesel xylem. Daya lekatan
antara molekul air dan dinding vesel xilem. Melalui/ menjana tindakan kapilari (yang menarik
air naik dalam vesel xilem). Dengan bantuan daripada tarikan transpirasi yang menarik air ke
bahagian atas.
Pergerakan molekul air dari daun ke atmosfera.
Air meruap daripada permukaan sel mesofil ke dalam ruang udara. Wap air meresap keluar
daripada ruang udara sub stomata melalui stomata ke atmosfera. Air yang hilang daripada
sel mesofil diganti dengan air dalam xilem melalui osmosis.
LATIHAN 19
Rajah 19 menunjukkan struktur sel pengawal pada waktu siang dan waktu malam.
Rajah 19
Terangkan satu perbezaan keadaan sel pengawal pada waktu siang dan pada waktu
malam.
Siang Malam
Segah. Flasid.
Bentuk sel pengawal lebih lengkuk. Bentuk sel pengawal kurang lengkuk.
Kadar fotosintesis tinggi Kadar fotosintesis rendah.
Kandungan glukosa dalam sel Kandungan glukosa dalam sel pengawal
pengawal tinggi. rendah.
Kandungan air dalam sel pengawal Kandungan air dalam sel pengawal rendah.
tinggi.
Stoma terbuka. Stoma tertutup.
56 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 [2 markah]
Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Mekanisme Pengangkutan Air dalam Tumbuhan.
Tekanan Akar.
1. Air diserap oleh sistem akar yang mempunyai rambut akar yang banyak.
2. Rambut akar menambahkan jumlah luas permukaan penyerapan.
3. Ion mineral dalam tanah akan diangkut secara aktif oleh sel rambut akar ke dalam
vakuol lalu menjadikan sap sel rambut akar menjadi hipertonik berbanding air tanah.
4. Air dari tanah akan meresap secara osmosis ke dalam rambut akar.
Rambut akar pada hujung akar.
5. Sel-sel rambut akar menjadi hipotonik berbanding sel-sel parenkima akar.
6. Seterusnya, air akan bergerak secara osmosis dari satu sel ke satu sel melintas
endodermis hingga ke xilem.
7. Pergerakan air yang berterusan ini menghasilkan suatu daya tolakan yang
dinamakan tekanan akar.
8. Tekanan ini membantu air naik ke batang tumbuhan.
Pergerakan air dalam akar tumbuhan.
57 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Tindakan Kapilari.
1. Tindakan kapilari dihasilkan oleh daya lekitan antara molekul air dan juga daya
lekatan antara molekul air dengan dinding kapilari xilem.
2. Dua daya ini menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air secara berterusan
dalam salur xilem yang sempit itu.
Daya lekatan dan daya lekitan di xilem (tindakan kapilari).
Tarikan Transpirasi.
1. Sel-sel mesofil berspan yang berdekatan ruang antara sel akan kehilangan air
melalui sejatan.
2. Keadaan ini menyebabkan sel-sel mesofil berspan menjadi hipertonik kepada sel-sel
berhampirannya.
3. Air dari sel-sel berhampiran akan bergerak secara osmosis ke sel-sel mesofil yang
hipertonik.
4. Maka air akan disedut dari xilem dan menyebabkan air dari xilem bergerak ke daun.
5. Daya tarikan air melalui proses transpirasi ini dinamakan tarikan transpirasi.
Transpirasi (tarikan transpirasi).
58 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 20
Rajah 20 menunjukkan sistem pengangkutan bagi tumbuhan.
Rajah 20
Berdasarkan rajah 20, huraikan mekanisme pengangkutan air dari tanah ke daun.
[10 markah]
(Sitoplasma) sel (rambut) akar adalah hipertonik kepada air tanah di sekelilingnya. Air
meresap ke dalam sel akar (rambut) melalui osmosis. (Sap sel) pada sel korteks (yang
bersebelahan) lebih pekat / hipertonik. Menyebabkan molekul air meresap ke sel
bersebelahan secara osmosis. Air memasuki xilem (dari sel korteks) secara osmosis.
Satu daya tolakan ke atas / tekanan akar (membantu) untuk mengangkut air ke atas.
Tindakan kapilari. (Tindakan kapilari) adalah disebabkan oleh daya lekitan dan daya lekatan.
(Membolehkan) air bergerak ke atas di sepanjang salur xilem (yang sempit). (Semasa siang
hari) air tersejat daripada sel mesofil ke dalam (ruang antara sel)(dalam daun). Kehilangan
air (dari sel mesofil) diganti oleh air yang mengalir dari (bahagian atas) salur xilem (di dalam
daun). Ini kerana tarikan transpirasi. Air mengalir secara berterusan (dari akar ke daun)
59 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Uji Kefahaman Anda! [1 markah]
1) Apakah yang dimaksudkan dengan berkas vaskular dalam tumbuhan?
Terdiri daripada xilem dan floem.
2) Apakah yang akan berlaku pada pokok yang telah dibuang floem secara menggelang
dalam tempoh yang lama? [2 markah]
Bahagian atas floem yang dibuang akan membengkak. Banyak hasil fotosintesis /
glukosa berkumpul di bahagian itu.
3) Berikan makna transpirasi. [2 markah]
Proses kehilangan/ penyejatan molekul air dari tumbuhan ke atmosfera.
4) Bagaimanakah translokasi berlaku dari daun tumbuhan ke akar? Huraikan. [3 markah]
Translokasi adalah proses pengangkutan hasil fotosintesis seperti sukrosa / asid amino /
protein / hormon dari daun ke seluruh tisu tumbuhan oleh tisu floem. Diangkut secara
aktif ke dalam floem menggunakan tenaga.
60 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 2
PERGERAKAN DAN SOKONGAN
61 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 2 PERGERAKAN DAN SOKONGAN
2.1 Pergerakan dan Sokongan pada Manusia.
Sistem Rangka Manusia.
1. Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang yang terdiri daripada pelbagai saiz
dan bentuk.
2. Rangka manusia dibahagikan kepada rangka paksi dan rangka apendaj.
Rangka Manusia. Rangka Apendaj
Rangka Paksi
3. Rangka paksi terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan sangkar rusuk.
4. Tulang terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka.
5. Tulang kranium berfungsi untuk melindungi otak manakala tulang muka membentuk
bentuk wajah kepada muka dan menyediakan soket untuk pelekatan mata.
62 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Struktur tengkorak manusia.
6. Tulang yang membentuk rahang bawah dinamakan mandibel.
7. Ia membentuk sendi bergerak dengan kranium.
8. Sendi bergerak membolehkan mulut terbuka dan tertutup.
9. Tengkorak bersendi dengan tulang atlas iaitu tulang paling atas pada turus vertebra.
Turus Vertebra.
1. Terdiri daripada 33 ruas tulang atau vertebra.
2. Ia berfungsi untuk menyokong tengkorak dan melindungi saraf tunjang yang terletak
di dalam salur sarafnya.
Lima bahagian turus vertebra.
Formula Serviks = Seven
7+12+5+5+4= 33 Toraks = Twelve
Lumbar = Lima
3. Turus vertebra terdiri daripada 5 bahagian dan dinamakan berdasarkan lokasinya.
63 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Struktur am vertebra.
4. Tulang vertebra yang terletak di bahagian leher dikenali sebagai vertebra serviks.
5. Diikuti vertebra toraks vertebra lumbar vertebra sakrum dan vertebra koksiks.
6. Vertebra serviks mempunyai 7 ruas tulang.
7. Ia mempunyai sepasang salur arteri vertebra yang tiada dalam jenis vertebra yang
lain.
8. Vertebra serviks yang pertama dikenali sebagai atlas manakala vertebra serviks yang
kedua dikenali sebagai aksis.
9. Jenis vertebra seterusnya ialah vertebra toraks yang mempunyai 12 ruas tulang.
10. Ia mempunyai cuaran spina yang panjang, sentrumnya lebih besar dan tebal
daripada sentrum serviks.
Vertebra serviks. Vertebra atlas.
Vertebra toraks. Persendian antara vertebra toraks
dengan tulang rusuk.
64 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
11. Vertebra ini mempunyai muka sendi pada cuaran melintang dan di sisi sentrum untuk
bersendi dengan tulang rusuk.
12. Vertebra lumbar merupakan vertebra yang terbesar antara vertebra di turus vertebra.
13. Ia mempunyai cuara spina yang pendek dan cuaran melintang yang panjang dan
pipih.
14. Cuaran-cuaran ini menyediakan tempat untuk pelekatan otot belakang.
15. Sentrumnya adalah besar dan tebal.
16. Sakrum terdiri daripada 5 tulang yang bercantum membentuk satu kepingan tulang
tunggal yang berbentuk segi tiga.
17. Koksiks terdiri daripada 4 vertebra yang sangat kecil dan bercantum membentuk
tulang kaudal.
Vertebra lumbar. Sakrum dan koksiks.
Sangkar Rusuk.
1. Dibentuk oleh 12 pasang tulang rusuk dan sternum.
2. Tujuh pasang tulang rusuk pertama yang dikenali sebagai tulang rusuk sebenar
bersambung dengan sternum melalui rawan.
3. Tiga pasang yang seterusnya dikenali sebagai tulang rusuk palsu dan bersambung
kepada sternum melalui rawan rusuk ke-7.
4. Pasangan rusuk yang ke-11 dan ke-12 dikenali sebagai tulang rusuk bebas.
5. Tulang rusuk ini tidak terlekat pada sternum.
Pandangan ventral struktur sangkar rusuk.
65 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Rangka Apendaj.
1. Terdiri daripada lengkungan pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis dan
anggota belakang.
2. Sepasang lengkungan pektoral menghubungkan tulang lengan dengan rangka paksi.
3. Setiap lengkungan pektoral mengandungi dua tulang, iaitu klavikel dan skapula.
4. Anggota hadapan terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus dan
falanks.
5. Lengkungan pelvis terdiri daripada sepasang tulang punggung.
6. Setiap tulang punggung terdiri daripada tiga tulang yang bercantum iaitu ilium, iskium
dan pubis.
7. Anggota belakang terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus dan falanks.
Lengkungan pektoral. Anggota hadapan.
Lengkungan pelvis. Anggota belakang.
66 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Peranan Otot, Ligamen dan Tendon dalam Pergerakan.
1. Otot disambungkan kepada tulang melalui tendon.
2. Pengecutan otot menyebabkan tulang ditarik dan membolehkan pergerakan.
3. Tendon ialah tisu penyambung yang padat yang terdiri daripada gentian.
4. Gentian-gentian ini bersifat kuat dan tidak kenyal.
5. Sebagai contoh, tindakan otot rangka seperti otot biseps dan otot triseps yang
terdapat pada lengan membolehkan manusia meluruskan atau membengkokkan
tangan.
Otot rangka biseps dan triseps, iaitu otot-otot pada lengan.
6. Apabila otot biseps mengecut, otot triseps mengendur. Hal ini membolehkan lengan
dibengkokkan.
7. Sebaliknya, apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur dan lengan
diluruskan.
67 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Meluruskan lengan Biseps mengendur
Ulna ditarik ke bawah
Triseps mengecut
Membengkok lengan
Biseps mengecut
Ulna ditarik ke atas
Triseps mengendur
8. Di bahagian sendi, tulang disambungkan dengan tulang lain oleh ligamen.
9. Ligamen terdiri daripada tisu penghubung yang liat, kuat dan kenyal.
Hubungan antara otot, tendon dan ligamen.
Struktur Sendi Bergerak.
1. Tempat tulang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai sendi.
2. Pertemuan antara dua atau lebih tulang yang membenarkan anggota bergerak
dinamakan sendi bergerak manakala yang tidak membenarkan bahagian anggota
bergerak dinamakan sendi tidak bergerak.
3. Contoh sendi bergerak ialah sendi engsel pada siku dan sendi lesung pada bahu dan
pelvis.
68 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Sendi lesung pada pelvis.
4. Contoh sendi tidak bergerak ialah sendi yang terdapat pada tengkorak.
5. Sendi bergerak dibalut oleh kapsul bergentian.
6. Di sebelah dalam kapsul ini terdapat membran sinovia yang berfungsi sebagai
pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang apabila sendi bergerak.
7. Ia juga membekalkan nutrien kepada rawan yang terdapat pada hujung tulang.
8. Rawan yang membalut pada hujung tulang mengurangkan geseran antara tulang
semasa pergerakan dan juga menyerap hentakan apabila bergerak.
LATIHAN 1
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan yang berlainan bagi lengan dalam satu
pergerakan.
S
Rajah 1.1 Rajah 1.2
(a) Lengkapkan Rajah 1.1 dengan melukis otot triseps yang terlibat dalam pergerakan
lengan tersebut. [2 markah]
69 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(b) Nyatakan satu ciri penyesuaian tisu S yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang membantu
dalam pergerakan lengan.
Tidak kenyal.
[1 markah]
(c) Terangkan tindakan otot-otot yang menyebabkan pergerakan lengan dalam Rajah 1.2.
Bertindakbalas secara antagonis// Triseps mengecut, biseps mengendur. (Triseps
mengecut) memindahkan daya ke ulna melalui tendon. Menarik ulna ke bawah (lengan
diluruskan).
[3 markah]
LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan otot dan tulang manusia yang terlibat semasa pembengkokan kaki.
Femur Otot biseps femoris
Otot kuadrisep femoris
Ligamen
T Tibia
Fibula
Rajah 2 [1 markah]
(a)(i) Namakan T. [1 markah]
T: Tendon.
Nashkah GURU
(ii) Nyatakan satu fungsi T.
Menghubungkan otot dengan tulang.
70 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5
www.iamchampion.blogspot.my
(b) Jelaskan dengan ringkas bagaimana ciri T disesuaikan untuk menjalankan fungsi yang
dinyatakan di (a)(ii).
Ia adalah tidak elastik/ tidak kenyal. Oleh itu ia boleh memindahkan daya pengecutan
daripada otot ke tulang.
[2 markah]
(c)(i) Nyatakan satu fungsi ligamen dalam Rajah 2 di atas.
Menyambungkan tulang ke tulang// menghubungkan femur dan tibia.
[1 markah]
(ii) Ligamen seorang ahli gimnastik adalah lebih mudah lentur berbanding dengan orang
biasa.
Terangkan pernyataan tersebut.
Ligamen ahli gimnastik lebih elastik. Disebabkan latihan berterusan dalam masa yang
lama.
[2 markah]
Mekanisme Pergerakan pada Haiwan.
Pergerakan Cacing Tanah.
1. Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik iaitu ruang badannya dipenuhi dengan
bendalir.
2. Rangka ini memberikan sokongan dan mengekalkan rupa bentuk cacing tanah.
3. Terdapat dua set otot pada dinding badan cacing tanah, iaitu otot lingkar dan otot
membujur.
4. Kedua-dua set otot ini bertindak secara berantagonis.
5. Apabila otot lingkar mengecut, otot membujur mengendur dan segmen pada badan
cacing tanah mengecil dan memanjang.
6. Sebaliknya, apabila otot membujur mengecut, otot lingkar mengendur dan segmen
badan cacing tanah akan menebal dan seterusnya memendek di bahagian badan
akan mencengkam tanah.
7. Pada masa yang sama, keta di bahagian badan di belakang atau posterior akan
melepaskan cengkaman diikuti oleh pemendekkan bahagian badan ini.
8. Pergerakan dihasilkan apabila pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan otot
membujur berlaku secara berselang- seli untuk menghasilkan suatu gelombang.
71 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Susunan otot lingkar dan otot membujur www.iamchampion.blogspot.my
pada cacing tanah.
Mekanisme pergerakan cacing.
Pergerakan Belalang.
1. Serangga seperti belalang mempunyai rangka luar dan mempunyai tiga pasang kaki.
2. Otot serangga mengecut untuk menggerakkan anggotanya yang dilekatkan pada
bahagian dalam rangka oleh tendon.
3. Otot yang menyebabkan kaki melurus dikenali sebagai otot ekstensor manakala otot
yang menyebabkan kaki membengkok dikenali sebagai otot fleksor.
4. Sebelum melompat, kaki belakang dilipat. Hal ini menyebabkan tenaga disimpan
dalam tendon yang kenyal pada kedua-dua otot fleksor dan ekstensor.
5. Semasa belalang melompat, otot fleksor akan mengendur dan pada masa yang
sama, otot ekstensor akan mengecut.
6. Kaki belakang akan melurus dengan cepat. Tenaga yang disimpan dalam tendon
tersebut dilepaskan untuk menghasilkan suatu daya menolak belalang ke atas dan
ke hadapan.
Mekanisme pergerakan belalang
72 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Pergerakan Ikan.
1. Ikan merupakan haiwan akuatik.
2. Semasa berenang, ikan menghadapi rintangan air.
3. Untuk mengatasi masalah ini agar membolehkan ikan bergerak dengan pantas
dalam air, ikan mempunyai badan yang berbentuk larus, iaitu bahagian anterior ikan
adalah bulat dan licin manakala bentuk badannya adalah panjang dan meruncing ke
bahagian posterior.
4. Badan ikan juga bersisik dan disaluti lendir untuk mengurangkan rintangan air serta
melancarkan pergerakannya.
5. Otot yang terdapat pada kedua-dua sisi tulang belakang disusun dalam bentuk
bongkah yang dinamakan miotom.
6. Otot ini bertindak secara antagonis.
7. Pengecutan dan pengenduran miotom dikedua- dua sisi tulang belakang
membolehkan ikan mengibaskan ekor.
8. Apabila miotom di sebelah kiri badan mengecut, miotom di sebelah kanan ikan akan
mengendur dan ekor mengibas ke kiri.
9. Sebaliknya, apabila miotom di sebelah kanan badan mengecut, miotom di sebelah
kiri akan mengendur dan ekor mengibas ke kanan.
10. Pergerakan ekor ke kiri dan ke kanan menghasilkan daya tujah yang menolak badan
ikan ke hadapan.
11. Ikan mengalami ketidakstabilan ketika berenang dalam air. Bagi mengatasi masalah
ini, ikan mempunyai pelbagai sirip.
12. Sirip ikan yang berpasangan terdiri daripada sirip pektoral dan sirip pelvis manakala
sirip tidak berpasangan teridir daripada sirip dorsal dan sirip ventral.
13. Ikan menggunakan sirip dorsal dan sirip ventral untuk mencegah pesongan dan
golekan.
14. Sirip pelvis berfungsi mencegah junaman dan golekan.
15. Sirip pektoral berfungsi sebagai kemudi untuk menukar haluan pergerakan dan juga
sebagai brek untuk memperlahankan atau menghentikan pergerakan.
73 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Mekanisme pergerakan pada ikan. www.iamchampion.blogspot.my
Masalah dalam pergerakan ikan.
LATIHAN 3
Rajah 3.1 menunjukkan struktur seekor ikan. P, Q dan R adalah sirip- sirip pada ikan
tersebut. Rajah 3.2 menunjukkan keratan rentas merentasi XY.
X PQ
YR Otot S
Rajah 3.1 Rajah 3.2
(a)(i) Namakan sirip P dan sirip Q.
P : Sirip dorsal
Q : Sirip ventral
[2 markah]
(ii) Terangkan mengapa sirip P adalah penting bagi ikan semasa berenang.
Untuk mengelakkan pesongan / golekan. Untuk kestabilan. Meningkatkan kelarusan.
Untuk mengurangkan rintangan air.
[2 markah]
74 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(b) Terangkan bagaimana otot S bertindak semasa pergerakan ikan itu.
Otot S ialah miotom. Tindakan antagonistik // pengecutan pada satu belah dan
pengenduran pada satu belah yang lain. Badan membengkok ke arah bahagian otot yang
mengecut. Tindakan berulang boleh menghasilkan daya tujah.
[2 markah]
(c) Sirip Q tercedera seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.
Sirip Q
Rajah 3.3
(i) Terangkan bagaimana kecederaan itu mempengaruhi pergerakan ikan tersebut.
Q ialah sirip ekor / kaudal. Daya libasan berkurang. Tidak dapat menghasilkan
tujahan ke hadapan yang mencukupi. Pergerakan ikan lebih perlahan. Gagal untuk
mengemudi. Tidak dapat mengawal arah dalam pergerakannya / tidak stabil.
[2 markah]
(ii) Ikan itu dapat menyesuaikan diri dengan kecederaannya dan terus hidup.
Jelaskan bagaimana ikan itu mengatasi masalah tersebut semasa berenang.
Miotom / otot mengecut dan mengendur lebih kerap. Badan bengkok daripada kiri
dan kanan lebih kerap. Sirip pektoral dan sirip pelvik mengibas lebih kecil. Untuk
menghasilkan lebih tujahan ke arah hadapan.
[2 markah]
75 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(d) Air panas daripada kilang dilepaskan ke dalam sungai. Rajah 3.4 menunjukkan kesan
suhu ke atas kepekatan oksigen terlarut di dalam air sungai.
Kepekatan oksigen terlarut
Suhu, °C
Rajah 3.4
Terangkan bagaimana situasi ini menyebabkan kematian ikan di dalam sungai.
Suhu tinggi menyebabkan pencemaran terma. Suhu air sungai meningkat. Kurang
oksigen terlarut di dalam air. Menyebabkan keadaan anaerob // BOD meningkat. Enzim
respirasi ternyahasli. Kadar respirasi berkurangan.
[2 markah]
Pergerakan Katak.
1. Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dan berotot.
2. Otot yang besar memberi kekuatan kepada kaki belakang dan membantu katak
melompat.
3. Sebelum melompat, kaki belakang ini berlipat menjadi bentuk ‘Z’.
4. Apabila melompat, otot ekstensor pada peha akan mengecut dengan tiba- tiba.
5. Kaki diluruskan dengan cepat dan tapak kaki menolak ke bawah dan ke belakang.
6. Tindakan ini menghasilkan daya tolakan yang menolak katak ke atas dan ke
hadapan.
7. Katak mendarat dengan kaki hadapannya yang pendek yang bertindak sebagai
penyerap hentakan.
76 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
8. Selain melompat katak juga menggunakan kaki belakang yang kuat untuk berenang
dalam air. Katak juga boleh merangkak apabila menghulurkan dan menarik balik kaki
hadapan dan belakang secara berselang-seli.
Mekanisme pergerakan katak.
Pergerakan Burung.
1. Badan burung berbentuk larus.
2. Sayap burung yang berbentuk aerofoil dapat menghasilkan daya angkat.
3. Daya angkat ini membolehkan burung terbang.
4. Terdapat bongkah otot yang besar dan kuat pada dada burung yang dinamakan
pektoralis major.
5. Satu hujung otot pektoralis major dipautkan pada bahagian bawah tulang humerus
pada sayap.
77 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
6. Pengecutan otot pektoralis major menyebabkan sayap bergerak ke bawah dan ke
belakang.
7. Otot berantagonisnya, iaitu pektoralis minor dipautkan pada sternum dan bahagian
atas humerus.
8. Pengecutan otot ini menyebabkan sayap bergerak ke atas dan ke hadapan.
9. Gerakan sayap burung ke atas dan ke bawah menghasilkan suatu daya yang
bertindak dari bawah ke atas.
10. Daya ini cukup besar untuk mengangkat burung ke atas dan ke hadapan
menyebabkan burung terbang.
11. Burung juga mempunyai tulang yang ringan dan organ tunggal untuk membantu
mengatasi daya graviti.
Bentuk aerofoil sayap burung.
Kedudukan otot pektoralis major dan minor pada burung.
Masalah Sistem Otot Rangka.
1. Sistem otot rangka boleh terjejas akibat daripada amalan gizi yang tidak seimbang,
postur yang tidak betul ataupun disebabkan oleh faktor genetik dan proses penuaan.
2. Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan masalah kepada otot rangka seperti
osteoporosis, kekejangan otot, distrofi otot, dan artritis.
78 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Osteoporosis.
Normal Osteoporosis
1. Berasal daripada dua perkataan, iaitu osteo (tulang) dan porosis (poros/ berliang).
2. Merupakan penyakit iaitu, tulang menjadi poros.
3. Biasanya dialami oleh wanita yang sudah putus haid kerana hormon estrogen tidak
lagi dirembeskan menyebabkan garam mineral seperti kalsium keluar dari tulang. Ini
menjadikan tulang ringan dan mudah retak.
4. Penyakit ini boleh dielakkan atau dilambatkan dengan mengamalkan tabiat
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, ikan bilis dan sardin
pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatannya, lazimnya semasa
kanak- kanak dan remaja.
5. Senaman yang memerihalkan seseorang mengatasi daya graviti seperti melompat
dan berlari akan membantu menambahkan jisim tulang.
Arthritis.
1. Penyakit yang melibatkan kemerosotan atau radang sendi.
2. Gejalanya seperti pembengkakkan, kesakitan dan kekerasan pada sendi.
3. Tiga jenis artritis yang lazimnya dijumpai iaitu osteoartritis, artritis, reumatoid dan
artritis gout.
4. Osteoartritis berlaku disebabkan rawan yang haus.
5. Arthritis reumatoid berlaku apabila membran sinovia pada sendi di jari, pergelangan
tangan dan kaki menjadi bengkak atau radang.
6. Artritis gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi.
79 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Distrofi otot.
1. Suatu keadaan, iaitu otot-otot seseorang merosot dan menjadi semakin lemah
sehingga penghidap tidak boleh menggerakkan anggotanya.
2. Jenis distrofi otot yang biasa ialah distrofi otot Duchenne.
3. Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh gen mutan yang
terdapat pada kromosom X.
Kekejangan otot.
1. Berlaku apabila otot mengecut dan tidak mengendur iaitu pengecutan secara
berterusan dan tidak terkawal.
2. Berlaku disebabkan oleh pendehidratan pada tubuh badan dan aras kandungan
nutrien seperti kalsium, kalium dan magnesium yang rendah dalam darah.
Uji Kefahaman Anda! [1 markah]
1. Nyatakan jenis rangka yang terdapat pada serangga seperti belalang.
Rangka eksoskeleton/ luar.
2. Apakah kebaikan dan kelemahan rangka yang terdapat pada belalang? [2 markah]
Kebaikan: Kaki belakang belalang adalah besar dan kuat untuk membantu belalang
melompat.
Kelemahan: Menghadkan kadar pertumbuhan/ pemanjangan/ saiz.
3. Mengapakah turus vertebra tidak lurus apabila dilihat dari pandangan sisi? [1 markah]
Untuk meningkatkan keanjalan tulang apabila bergerak. Ia juga memudahkan untuk
pelekatan otot rangka.
80 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
4. Mengapakah haiwan dan manusia perlu bergerak? Terangkan. [2 markah]
Mencari makanan/ pembiakan/ melarikan diri dari pemangsa/ kemandirian/ dan lain-lain
yang sesuai.
5. Senaraikan tulang yang terdapat pada rangka paksi dan rangka apendaj. [2 markah]
Rangka paksi: Tengkorak, turus vertebra dan sangkar rusuk.
Rangka apendaj: Lengkungan pektoral, anggota hadapan, lengkungan pelvis dan
anggota belakang.
6. (a) Berikan definisi sendi. [1 markah]
Tempat tulang bertemu dengan tulang lain.
(b) Nyatakan sendi badan yang merupakan sendi lesung. [1 markah]
Tulang humerus dengan klavikel/ skapula// lengkungan pelvis dengan femur.
7. Apakah fungsi rawan dan bendalir sinovia yang terdapat pada sendi? [2 markah]
Rawan: Menyerap hentakan/ mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bendalir sinovia: Bahan pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang apabila sendi
bergerak.
8. Huraikan ciri- ciri tulang yang menjadikannya sesuai sebagai sistem sokongan. [2 markah]
Terdiri daripada banyak gentian kolagen/ kalsium/ fosforus yang menjadikan ia kuat untuk
menahan tekanan/ hentakan/ gegaran.
9. Mengapakah rangka manusia terdiri daripada banyak tulang yang disambung pada sendi?
[2 markah]
Memudahkan manusia melakukan pelbagai jenis pergerakan// mengelakkan/
mengurangkan kecederaan.
10. Terangkan istilah ‘otot berantagonis’. [1 markah]
Pengecutan dan pengenduran otot secara berlawanan.
11. Huraikan ciri-ciri ikan yang membantunya berenang dalam air dengan mudah. [3 markah]
Bentuk badan larus/ badan ikan bersisik/ disaluti lendir untuk mengurangkan rintangan
air// Otot miotom mengecut dan mengendur secara antagonis// sirip dorsal/ ventral untuk
mencegah pesongan/ golekan// sirip pelvis mencegah junaman/ golekan// sirip pektoral
mengemudi untuk menukar haluan/ brek untuk memperlahankan/ menghentikan
pergerakan.
81 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
2.2 Menghargai Sistem Otot Rangka yang Sihat.
1. Pemakanan seimbang yang kaya dengan vitamin A, C dan D serta garam mineral
seperti kalsium, fosforus dan besi penting untuk membina tulang yang kuat.
2. Amalan postur yang betul ketika berdiri, duduk, berjalan dan mengangkat barang
yang berat dari lantai adalah penting untuk memastikan kesihatan sistem otot rangka.
3. Semasa bersenam, individu hendaklah memakai pakaian yang longgar.
4. Senaman merupakan salah satu cara yang penting untuk mengekalkan ketumpatan
tulang dan mengelakkan daripada mendapat osteoporosis.
5. Teknik senaman yang betul dan selamat hendaklah diamalkan oleh setiap individu.
6. Aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan sebarang bentuk senaman atau
aktiviti cergas adalah suatu amalan yang baik untuk mengelakkan kecederaan.
Uji Kefahaman Anda!
1. Terangkan kepentingan sistem otot rangka yang sihat. [2 markah]
Sistem otot rangka membolehkan sesuatu otot yang melekat pada rangka/ tulang
untuk mengecut dan mengendur bagi memastikan sesuatu aktiviti/ pergerakan/
fungsi dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
2. Nyatakan dua cara untuk memelihara sistem otot rangka yang sihat. [2 markah]
Mengamalkan pemakanan yang seimbang. Amalan postur yang betul ketika berdiri/
duduk/ berjalan/ mengangkat barang// Memakai pakaian yang longgar// elakkan
daripada memakai kasut tumit tinggi// Teknik senaman yang betul.
3. Huraikan postur yang betul semasa berjalan dan duduk. [2 markah]
Semasa berjalan, badan dan kepala hendaklah tegak dan lurus dan mata harus
memandang ke hadapan dan bukan ke lantai. Semasa duduk bahagian belakang
badan hendaklah bersandar pada kerusi// Jangan duduk secara membongkok
kerana akan menyempitkan ruang abdomen.
4. Nyatakan dua kesan buruk akibat mempunyai postur yang tidak baik. [2 markah]
Sakit di bahagian belakang badan// kecederaan pada tulang vertebra.
5. Mengapakah tulang femur dan tibia seseorang pesakit yang menggunakan kerusi
beroda untuk bergerak akan menjadi lemah? Terangkan. [2 markah]
Tulang femur dan tibia yang kurang aktif/ pergerakan menyebabkan sistem otot
rangka menjadi lesu dan tidak bermaya.
82 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan sendi pada lutut.
Tisu W
Bendalir sinovial
Rajah 4
(a) Terangkan masalah kesihatan yang biasanya dialami oleh seorang tua apabila tisu W
rosak.
Kesukaran dalam pergerakan/ berjalan. Kasakitan pada sendi. Akibat rawan/ tisu W yang
menjadi (terlalu) haus. Osteoartritis/ artritis.
[3 markah]
(b) Seorang atlet mesti melakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan
acara.
Terangkan mengapa.
Untuk meningkatkan suhu badan / otot- otot. Membolehkan penggunaan tenaga yang
lebih berkesan. Meningkatkan peredaran darah. Mencegah/ mengelakkan kecederaan
otot-otot.
[3 markah]
LATIHAN 5
(a) Sebilangan pelari jarak jauh mengalami kekejangan otot diakhir perlumbaan.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kekejangan otot?
Pengecutan berterusan dalam otot.
[1 markah]
(ii) Nyatakan satu sebab bagi kekejangan otot di kalangan atlet.
83 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Ketidakcukupan regangan/ kelesuan otot/ pengumpulan asid laktik// kekurangan
garam.
[1 markah]
(b) Cadangkan tiga cara bagaimana seseorang boleh mengekalkan sistem otot rangka yang
sihat.
Diet kaya dengan kalsium/ fosfat untuk tulang yang kuat/ mengelakkan osteoporosis.
Postur yang baik/ luruskan/ tegakkan bahagian belakang apabila mengangkat objek
berat untuk mengelakkan masalah (tulang) belakang. Amalkan teknik yang betul/
selamat/ memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan pada otot. Memakai
pakaian yang sesuai.
[3 markah]
2.3 Sokongan dalam Tumbuhan.
1. Tumbuhan akuatik mempunyai ciri-ciri akuatik untuk membolehkannya terapung di
permukaan dan di dalam air.
2. Tumbuhan ini tidak mempunyai tisu berkayu kerana daya apungan yang dihasilkan
oleh air di sekeliling dapat memberikannya sokongan.
3. Batang tumbuhan akuatik seperti keladi bunting mempunyai tisu yang ringan dengan
banyak pundi udara.
4. Jenis tisu ini yang dikenali sebagai tisu aerenkima dapat mengurangkan ketumpatan
batang dan membantunya terapung di permukaan air.
5. Tumbuhan tenggelam seperti Hydrilla sp. dan Elodea sp. mempunyai pundi udara
pada batang dan daun. Ia membantu tumbuhan menegak dalam air untuk menyerap
cahaya matahari.
Eichhornia sp. Hydrilla sp. Elodea sp.
6. Tumbuhan darat mempunyai batang berkayu.
7. Terdapat tisu-tisu khas dalam batang yang memberi sokongan kepada batang.
8. Tisu-tisu khas tersebut ialah tisu-tisu sklerenkima, lignin dan trakeid.
9. Lignin bersifat kuat dan tidak telap air.
10. Sel-sel sklerenkima yang disusun secara padat dan berdinding tebal dapat memberi
sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
84 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Uji Kefahaman Anda!
1. Mengapakah tumbuhan memerlukan sokongan? Terangkan. [2 markah]
Untuk mendapatkan cahaya matahari bagi menjalankan proses fotosintesis// untuk
mendapatkan makanan/ air/ garam mineral bagi proses pertumbuhan.
2. Apakah perbezaan antara sokongan dalam tumbuhan berkayu dengan tumbuhan
tidak berkayu? [2 markah]
Tumbuhan berkayu mempunyai tisu-tisu khas dalam batang iaitu tisu sklerenkima/
salur xilem/ trakeid yang mempunyai dinding selulosa yang diperkuatkan dengan
lignin manakala tumbuhan tidak berkayu bergantung kepada kesegahan sel/ sel
parenkima pada batang tumbuhan yang mempunyai kanji/ air.
3. Bagaimanakah tumbuhan seperti teratai dapat terapung di atas permukaan air?
Terangkan. [3 markah]
Banyak pundi udara yang ringan/ tisu aerenkima dapat mengurangkan ketumpatan
batang dan membantunya terapung// Daun lebar untuk meningkatkan daya
keapungan// Banyak akar yang halus untuk memerangkap gelembung udara.
4. Namakan jenis tisu yang terdapat dalam tumbuhan berkayu yang berfungsi untuk
memberi sokongan. [1 markah]
Tisu skelerenkima/ xilem/ trakeid.
5. Senaraikan cara yang digunakan oleh tumbuhan memanjat untuk tumbuh ke arah
cahaya matahari. [2 markah]
Sulur paut pada hujung daun untuk melilit pada penyokong
LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan suatu tumbuhan akuatik.
Rajah 6
85 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Terangkan dua ciri penyesuaian yang membolehkan tumbuhan itu hidup dalam habitatnya.
Penyesuaian 1: Mempunyai banyak akar berserabut yang halus.
Penerangan 1: Menyediakan luas permukaan yang lebih besar.
Penyesuaian 2: Daun / batang mempunyai banyak tisu aerenkima.
Penerangan 2: Yang mempunyai banyak ruang / pundi udara di antara sel.
[4 markah]
LATIHAN 7
Seorang suri rumah menggunakan sabut kelapa untuk menanam pokok orkid seperti
ditunjukkan pada rajah 7.
Orkid
Sabut kelapa
Akar
Rajah 7
Mengapakah sabut kelapa digunakan untuk menanam pokok orkid itu?
Untuk menyerap air // simpanan air. Orkid mendapat bekalan air. Sebagai bekas / medium
untuk pertumbuhan. Menyediakan ruang untuk cengkaman akar. Ini membolehkan orkid/
tumbuhan untuk mendapat sokongan. Ruang udara sabut kelapa untuk pengudaraan. Untuk
membolehkan akar orkid bernafas.
[2 markah]
86 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 3
KOORDINASI DAN GERAK BALAS
87 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 3 KOORDINASI DAN GERAK BALAS
3.1 Koordinasi dan Gerak Balas.
1. Cahaya, bunyi, bau, suhu tekanan dan sentuhan merupakan contoh rangsangan luar
yang dapat dikesan oleh badan dan juga organisma hidup yang lain.
2. Rangsangan luar dikesan oleh sistem saraf untuk menghasilkan gerak balas
terhadap rangsangan tersebut melalui pergerakan dan tindakan badan.
3. Rangsangan dalam merangkumi perubahan aras gula dalam darah, suhu badan,
tekanan darah dan tekanan osmosis darah.
4. Gerak balas tropisme merupakan gerak balas pertumbuhan pada hujung pucuk dan
hujung akar ke arah atau menjauhi rangsangan.
5. Gerak balas nasti adalah gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap sesuatu
rangsangan. Contohnya, Mimosa pudica menguncup apabila disentuh.
6. Pergerakan taksis ialah gerak balas seluruh bahagian organisma unisel ke arah
rangsangan atau menjauhi rangsangan.
Mimosa pudica
Laluan Saraf bagi Mengesan dan Bergerak Balas terhadap Perubahan Persekitaran Luar.
i) Rangsangan luar.
Reseptor Neuron Sistem saraf Neuron Efektor
aferen/deria pusat eferen/
motor
(interneuron)
Cara nak ingat?
‘R NA IN NE E’
Re NAk INgat NEnEk
88 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
ii) Rangsangan dalam (perubahan suhu badan).
Sistem saraf
pusat (otak)
Neuron Neuron
aferen eferen
Reseptor Efektor (kulit dan
(pada kulit) kelenjar endokrin)
Rangsangan dalam (suhu Gerak balas
badan meningkat) (kehilangan haba dari
Suhu badan permukaan badan)
(normal)
Suhu badan
menurun
Uji Kefahaman Anda!
1. Nyatakan maksud rangsangan dan gerak balas. [2 markah]
Rangsangan ialah perubahan atau isyarat daripada persekitaran yang boleh dikesan
oleh sistem badan.
Gerak balas ialah tindakan tubuh badan terhadap sesuatu rangsangan.
2. Apakah keperluan manusia, haiwan, dan tumbuhan bergerak balas terhadap
rangsangan? [1 markah]
Memastikan kemandirian berterusan.
3.2 Peranan Sistem Saraf dalam Manusia.
Organisasi Sistem Saraf.
1. Sistem saraf (SS) terdiri daripada Sistem Saraf Pusat (SSPu) dan Sistem Saraf
Periferi (SSPe).
2. SSPu terdiri daripada otak dan saraf tunjang.
3. SSPe terdiri daripada saraf kranium yang bercabang dari otak dan saraf spina yang
bercabang dari saraf tunjang.
89 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Sistem Saraf Manusia.
Struktur Otak dan Fungsinya.
1. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu serebrum, serebelum dan medula
oblongata.
2. Serebrum mengawal aktiviti terkawal seperti kecerdasan, pemikiran, ingatan,
pembelajaran, penaakulan dan penyelesaian masalah.
3. Serebelum mengkoordinasikan pengecutan otot untuk pergerakan dan mengawal
keseimbangan badan.
90 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Struktur otak.
4. Medula oblongata (MO) mengawal tindakan luar kawal seperti kadar denyutan
jantung, peristalsis, kadar pernafasan, tekanan darah dan perubahan saiz salur
darah.
5. MO juga mengawal tindakan refleks tertentu seperti batuk, bersin, muntah dan
menelan.
6. Talamus berfungsi untuk menerima maklumat daripada reseptor deria lalu
menghantarkannya ke bahagian serebrum yang tertentu untuk diproses.
7. Hipotalamus berfungsi mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam
seperti tekanan osmosis darah dan suhu badan melalui kelenjar pituitari.
Saraf Tunjang (ST).
1. ST menghubungkan otak dengan SSPe.
2. ST terdiri daripada jirim kelabu dan jirim putih.
3. Saraf spina berasal daripada ST.
4. Setiap saraf spina bercabang dua membentuk akar dorsal dan akar ventral sebelum
bersambung dengan ST.
5. ST mengawal tindakan refleks.
91 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Saraf tunjang terdapat dalam turus vertebra.
Saraf tunjang menghubungkan otak dengan saraf spina.
Struktur Neuron.
1. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang mengandungi nukleus dengan
sitoplasma.
2. Badan sel neuron dengan sitoplasma mengandungi unjuran gentian yang dinamakan
dendron atau akson.
Struktur suatu neuron.
92 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
3. Dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel manakala akson membawa
impuls saraf keluar dari badan sel.
4. Dendron bercabang membentuk gentian halus yang dikenali sebagai dendrit untuk
menerima impuls saraf.
5. Akson bercabang membentuk terminal akson yang berakhir dalam bonggol sinaps.
6. Akson dan dendron yang panjang diselaputi dengan membran penebat yang
dinamakan salut mielin.
7. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan nodus Ranvier.
Jenis Neuron dan Fungsinya.
1. Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen (NA), interneuron (IN) dan Neuron
eferen (NE).
2. NA menghantar impuls dari Reseptor ke sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
3. IN menghantar impuls saraf dari NA ke SSP dan dari SSP ke NE.
4. NE menghantar impuls saraf dari SSP ke Efektor iaitu kelenjar dan otak untuk
menghasilkan gerak balas.
Sinaps dan Penghantaran maklumat.
1. Sinaps ialah satu ruang sempit di antara terminal akson neuron penghantar dengan
dendrit neuron penerima.
2. Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh dihantar merentasi sinaps
secara kimia.
93 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Impuls saraf merentasi sinaps.
3. Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol sinaps yang banyak
mengandungi vesikel sinaps dan mitokondria.
4. Vesikel sinaps mengandungi bahan kimia yang disebut neurotransmiter.
5. Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson, vesikel
sinaps dirangsangkan untuk membebaskan neurotransmiter ke dalam sinaps.
6. Neurotransmiter meresap merentasi sinaps ke dendrit neuron penerima.
7. Dendrit itu dirangsangkan untuk mencetus impuls saraf yang dibawa oleh neuron
penerima ke neuron lain atau efektor.
8. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf dapat merentas sinaps.
9. Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja.
Perbezaan Tindakan Terkawal, Tindakan Luar Kawal dan Tindakan Refleks.
Jenis Tindakan Terkawal Luar kawal Refleks
Tempat kawalan Serebrum Medula oblongata Saraf tunjang
Laluan impuls R NA IN NE E R NA IN NE E R NA IN NE E
(tangan)
R NA NE E (kaki)
Contoh Mengangkat tangan, Pernafasan, batuk, Kaki terangkat
apabila terpijak paku
berjalan dan bersin, muntah dan dan tangan diangkat
apabila tersentuh
menulis pencernaan. cerek panas.
94 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Arka refleks dalam sentakan lutut yang terlibat hanya dua neuron.
Arka refleks bagi tindakan menarik tangan daripada objek panas.
95 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Penyakit Berkaitan dengan Sistem Saraf.
1. Penyakit Alzheimer merupakan suatu penyakit neurologi yang berkaitan dengan
kehilangan ingatan dan kemerosotan pemikiran.
2. Disebabkan oleh penyusutan tisu otak dan kekurangan rembesan neurotransmiter,
iaitu asetilkolina di otak.
3. Biasanya berlaku kepada warga tua dan boleh diwarisi.
4. Simptomnya seperti kurang pintar, hilang ingatan, fikiran bercelaru dan kurang
tumpuan.
5. Penyakit Parkinson merupakan penyakit berkaitan dengan sistem saraf.
6. Penyakit ini menyebabkan pergerakan menggeletar dan kelemahan otot.
7. Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan rembesan neurotransmiter, iaitu dopamin di
otak.
8. Berlaku kepada warga tua tetapi tidak boleh diwarisi.
LATIHAN 1
(a) Rajah 1 menunjukkan hujung dua neuron.
X
Vesikel Y
Dendrit
Rajah 1
(i) Terangkan fungsi struktur X dan struktur Y dalam pemindahan maklumat dari satu
neuron ke neuron yang lain. [4 markah]
X ialah mitokondrion. Menjana / menghasilkan tenaga / ATP. (Tenaga digunakan)
untuk membolehkan vesikel membebaskan neurotransmiter. (Neurotransmiter
dibebaskan ke dalam Y / bonggol sinaps / sinaps. Y ialah sinaps / bonggol sinaps.
Neurotransmiter membawa maklumat / isyarat dalam bentuk kimia / impuls / isyarat /
tenaga / neurotransmiter meresap ke dendrit yang lain. Bahan kimia / neurotransmiter
mencetus dendrit untuk menjana impuls baru. Sinaps membenarkan / memastikan
impuls bergerak sehala.
96 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan laluan impuls saraf dalam suatu tindakan refleks.
Neuron aferen
Saraf tunjang
Kuali panas Neuron eferen
Rajah 2
(a)(i) Terangkan penghantaran impuls saraf semasa tindakan refleks dalam Rajah 1.
[4 markah]
Rangsangan / haba dari kuali panas dikesan oleh reseptor. Reseptor mencetus /
menjana impuls saraf. Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron aferen ke saraf
tunjang. Di saraf tunjang, impils saraf dipindahkan ke neuron perantaraan. Dari neuron
perantaraan, impuls saraf bergerak merentasi sinaps ke neuron eferen. Impuls saraf
dipindahkan di sepanjang neuron aferen ke efektor / otot biseps. Otot mengecut //
Tangan ditarik daripada stimulus / kuali panas.
97 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(ii) Berdasarkan Rajah 2, bandingkan dan bezakan di antara neuron aferen dan neuron
eferen.
[10 markah]
Persamaan:
Kedua- dua adalah sel saraf. Kedua – dua menghantar impuls saraf. Kedua – dua terdiri
daripada dendron / dendrit / akson / badan sel. Kedua – duanya menghantar impuls saraf
sehala.
Perbezaan:
Neuron aferen Neuron eferen
Membawa maklumat dari reseptor ke saraf Membawa maklumat dari saraf tunjang ke
tunjang efektor
Badan sel berada di sisi / tengah neuron Badan sel berada di hujung neuron
Badan sel berada di ganglion saraf tunjang Badan sel berada di jirim kelabu saraf
tunjang
Mempunyai akson yang pendek Mempunyai akson yang panjang
Mempunyai dendron yang panjang Mempunyai dendron yang pendek
3.3 Peranan Hormon dalam Manusia.
Sistem Endokrin dan Hormon.
98 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kelenjar Hormon Fungsi Proses
endokrin
Pituitari fisiologi
Tiroid ADH Merangsang penyerapan semula air di tubul Homeostasis
Adrenal
ginjal.
Pankreas
TSH Merangsang, sintesis dan rembesan tiroksina
Ovari
dari kelenjar tiroid.
Testis
FSH Merangsang perkembangan folikel dalam ovari Pembiakan
dan perkembangan sperma dalam testis.
LH Merangsang pengovulan dan pembentukan
korpus luteum dalam ovari.
Pertumbuhan Merangsang pertumbuhan dan sintesis protein. Pertumbuhan
Tiroksina Mengawal atur kadar metabolisme badan. Homeostasis
Membantu perkembangan mental dan fizikal Pertumbuhan
pada kanak-kanak.
Adrenalina Meningkat kadar denyutan jantung, kadar Homeostasis
pernafasan, tekanan darah, kadar metabolisme,
pengaliran darah ke otot dan aras glukosa dalam
darah.
Aldosteron Mengawal atur penyerapan semula garam di
ginjal.
Insulin Merangsang pertukaran glukosa berlebihan
kepada glikogen yang disimpan dalam sel hati
dan otot.
Glukagon Merangsang pertukaran glikogen kepada glukosa
di hati.
Meningkatkan aras glukosa dalam darah.
Estrogen Membaiki dan membina dinding uterus dan Pembiakan
merangsangkan perkembangan organ seks
perempuan.
Merangsang perkembangan ciri seks sekunder
pada perempuan.
Progesteron Mengekalkan penebalan dinding uterus untuk
penempelan embrio.
Testosteron Merangsang pembentukan sperma dan organ
seks lelaki.
Merangsang perkembangan ciri-ciri seks
sekunder pada lelaki.
99 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kesan Ketidakseimbangan Hormon.
Hormon Berlebihan Kekurangan
Tiroksina Hipertiroidisme. Iodin menyebabkan goiter.
Pada kanak-kanak; kretinisme iaitu
Pertumbuhan Kegergasian. perkembangan mental dan fizikal
ADH Edema- pengumpulan air yang yang terbantut.
berlebihan dalam badan. Dewasa; hipotiroidisme.
Insulin Koma- Aras glukosa menurun Kekerdilan.
secara mendadak. Diabetis insipidus-kuantiti urin
banyak dan kerap.
Diabetis melitus- aras glukosa tinggi
dalam darah.
LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan peranan kelenjar pituitari sebagai ‘kelenjar utama’.
Hormon Q bertanggungjawab bagi perkembangan folikel dalam ovari.
Pituitari Hormon X
Hormon P
Hormon antidiuresis
Hormon Q (ADH)
Ovari Ginjal
Hormon R
Hormon Y Individu normal
Rajah 3
Kunci:
Organ yang dipengaruhi oleh hormon
Kesan umum hormon
100 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU