The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkarnainjamaluddin, 2020-11-25 09:13:02

Modul Sempoi Guru T5 (Guru)

Modul

Keywords: MSBT5G

www.iamchampion.blogspot.my

kandungan karbon dioksida/ bahan kumuh (nitrogen)/ urea. Arteri (tali pusat) membawa
darah dari fetus kepada ibu (untuk disingkirkan).

[2 markah]
(c) Struktur M diperlukan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus.

Terangkan pernyataan ini.
(Struktur)M / Plasenta menghasilkan/ merembes (hormon) progesteron. Yang
(merangsang/ menggalakkan) pertambahan bilangan kapilari darah (dalam dinding
uterus).

[2 markah]
(d)(i) Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh oleh fetus daripada ibunya.

(Keimunan) Pasif Semulajadi.
[1 markah]

(ii) Terangkan kepentingan struktur M kepada pertahanan badan fetus.
M membenarkan resapan antibodi (daripada ibu kepada fetus). Antibodi bertindak ke
atas patogen/ meneutralkan toksin. Membina keimunan bagi fetus daripada diserang
penyakit.
[3 markah]

(e) Terangkan mengapa fetus mempunyai sistem peredaran darah yang berasingan
daripada ibunya.
Melindungi fetus daripada tekanan darah ibu yang tinggi (yang boleh memusnahkan
salur darah fetus). Menghalang bahan toksik tertentu daripada darah ibu memasuki
darah fetus. Menghalang patogen (daripada ibu) daripada memasuki fetus.Menghalang
pengaglutinatan.
[2 markah]

4.4 Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembiakan Manusia.
1. Terdapat beberapa teknik mencegah kehamilan antaranya ialah teknik semula jadi,
penggunaan alat seperti kondom, diafragma alat intrauterin penggunaan spermisid
dan pil pencegah kehamilan.

Rajah: Alat pencegahan kehamilan. Nashkah GURU

151 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5

www.iamchampion.blogspot.my

Rajah: Teknik pembedahan untuk mencegah kehamilan.

2. Terdapat beberapa teknik mengatasi masalah ketidaksuburan:

Teknik Masalah Penerangan

Bank Sperma Sperma sedikit atau kualiti Penderma sperma menyimpan
sperma rendah. sperma dalam bank sperma.
Biodata genetik penderma direkod
untuk memudahkan pemilihan
sperma yang baik.

Permanian Sperma suami tidak dapat Sperma suami akan dikeluarkan
Beradas
berfungsi dengan normal dan dirawat sebelum dimasukkan
Persenyawaan
‘in vitro’ (IVF) (tidak aktif, cacat atau ke dalam tiub fallopian isteri.

bilangannya terlalu

sedikit).

Tiub fallopio isteri Oosit sekunder isteri dikeluarkan

tersumbat menyebabkan dari ovari menggunakan jarum

sperma dihalang daripada laparoskop untuk disenyawakan

bersenyawa dengan ovum dengan sperma suami dalam piring

atau zigot tidak sampai ke kultur dalam makmal. Selepas dua

uterus. hari setengah, embrio yang

mencapai peringkat lapan sel

dimasukkan semula ke dalam

uterus melalui serviks untuk

penempelan pada uterus.

152 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Ibu Tumpang Isteri tidak dapat Sperma dan ovum isteri
mengandung atau selalu disenyawakan secara
gugur. persenyawaan ‘in vitro’ membentuk
zigot dan embrio akan dipindahkan
ke uterus ibu tumpang sehingga
lahir.

LATIHAN 7

Sains dan teknologi boleh membantu pasangan yang berkahwin untuk mengatasi masalah

ketidaksuburan mereka.

Nyatakan dua masalah ketidaksuburan dan terangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi

masalah itu. [10 markah]

Bilangan sperma yang sedikit. Permanian beradas. Sperma dikumpulkan dan dipekatkan
sebelum permanian dilakukan. Meningkatkan peluang berlaku persenyawaan. Tiub Fallopia
(wanita) tersumbat atau tercedera/ rosak. Persenyawaan in vitro/ IVF. Ovum dan sperma
dicampurkan bersama di dalam piring petri. Embrio dipindahkan ke dalam uterus. Uterus
abnormal. Ibu tumpang. Embrio daripada IVF ditempelkan ke dalam uterus wanita lain.
Kekurangan/ Ketidakseimbangan hormon. Suntikan hormon/ FSH// Suntikan HCG/LH//
Suntikan progesteron/ estrogen. Untuk merangsang perkembangan Folikel// untuk
merangsang ovulasi/ membebaskan ovum// menebalkan endometrium. Ketiadaan sperma
dalam air mani// sperma abnormal/ Azoospermia. Permanian beradas. Sperma dipilih
daripada bank sperma (dan disuntik ke dalam tiub Fallopiann semasa ovulasi).

153 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan satu kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan bagi seorang
perempuan yang telah berkahwin yang kedua-dua tiub Falopionya tersumbat.

Rajah 8

(b) Terangkan bagaimana kaedah ini membantu wanita ini mendapatkan anak. [6 markah]

Persenyawaan in vitro/ IVF. Laparoskop. Digunakan untuk mengumpul/ mengambil
beberapa ovum daripada ovari. Ovum ditempatkan di dalam piring petri. Yang
mengandungi larutan kultur// mana-mana penerangan yang sesuai. Sejumlah besar
sperma ditambahkan/ diletakkan ke dalam piring petri. Sperma dan ovum berpadu/
bergabung/ bersenyawa membentuk zigot// persenyawaan berlaku. Zigot berkembang
membentuk embrio. Embrio (yang terpilih) dimasukkan/ disuntik/ dipindahkan ke dalam
uterus. Untuk proses penempelan. Embrio berkembang menjadi fetus.

Penyakit Kelamin.
1. Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks tidak terlindung antara
dua individu atau lebih yang mana salah seorang daripadanya dijangkiti bakteria atau
virus yang menyebabkan penyakit itu.
2. Antara contoh penyakit kelamin termasuk gonorea dan sifilis.

154 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

4.5 Konsep Pembiakan pada Tumbuhan.
Struktur Bunga.

Keratan membujur sekuntum bunga.

1. Bunga mempunyai empat bahagian, iaitu sepal, petal, stamen dan pistil.
2. Stamen yang merupakan organ pembiakan jantan terdiri daripada anter dan filamen.
3. Anter mempunyai pundi debunga yang mengandungi debunga yang bersifat haploid.
4. Pistil terdiri daripada stigma, stil dan ovari.
5. Stigma ialah struktur yang berfungsi untuk menerima debunga.
6. Stigma didapati di atas satu salur panjang yang disebut stil yang menyambungkan

stigma kepada ovari.

Perkembangan Debunga.
1. Bahagian bunga yang menghasilkan debunga ialah anter.
2. Setiap anter mengandungi empat pundi debunga.
3. Dalam setiap pundi itu terdapat beratus-ratus sel induk debunga atau sel mikrospora
yang bersifat diploid.
4. Sel induk debunga akan membahagi secara meiosis menghasilkan empat sel yang
haploid.
5. Empat sel ini disebut tetrad.
6. Setiap sel dalam tetrad akan berkembang menjadi butir debunga.
7. Nukleus dalam butir debunga akan membahagi secara mitosis dan menghasilkan
dua nukleus, iaitu nukleus penjana dan nukleus tiub.

155 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Rajah: Perkembangan debunga di dalam pundi debunga pada anter.

Perkembangan Ovul.
1. Ovul ialah struktur bunga yang menghasilkan telur atau gamet betina.
2. Ia berkembang daripada selapis tisu yang terdapat pada karpel.
3. Ia dilekatkan pada dinding ovari melalui satu tangkai yang dipanggil funikel.
4. Tempat pelekatan ovul pada dinding ovari disebut plasenta yang membekalkan
nutrien melalui tangkai funikel.
5. Tisu pada karpel mengalami mitosis untuk membentuk suatu tonjolan berbentuk kon.
6. Tonjolan yang disebut nuselus ini terdiri daripada tisu parenkima.
7. Apabila nuselus berkembang dan membesar, nuselus dikelilingi oleh dua lapisan sel
yang disebut integumen.
8. Salah satu sel daripada sel-sel nuselus itu ialah sel induk megaspora atau sel induk
pundi embrio.
9. Sel ini akan membesar dan membahagi secara meiosis untuk menghasilkan empat
sel yang haploid.
10. Tiga antara sel ini akan merosot.
11. Sel yang tertinggal membesar dan nukleusnya membahagi secara mitosis sebanyak
tiga kali untuk menghasilkan lapan nukleus.
12. Sel yang sudah membesar kini disebut pundi embrio.
13. Antara lapan nukleus dalam pundi embrio, tiga nukleus akan bergerak ke satu hujung
pundi embrio dan menjadi sel antipodal.
14. Tiga lagi akan bergerak ke hujung pundi embrio yang bertentangan dan menjadi dua
sel sinergid dan satu sel telur.
15. Dua nukleus yang tertinggal di tengah pundi embrio menjadi nukleus kutub.
16. Integumen yang berkembang dengan sepenuhnya akan menutupi keseluruhan
nuselus dan meninggalkan satu liang kecil yang disebut mikropil yang membenarkan
kemasukan air semasa percambahan biji benih.

156 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Pembentukan pundi embrio.

Pendebungaan dan Pembentukan Tiub Debunga.
1. Apabila debunga menjadi matang, dinding anter akan mengering, mengecut dan merekah

disisinya.
2. Perekahan ini akan membebaskan debunga yang akan dipindahkan ke stigma oleh agen

pendebungaan seperti angin, serangga atau haiwan.
3. Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga sama atau berlainan disebut

pendebungaan.
4. Debunga yang telah dipindah ke stigma akan mengalami percambahan dan

mengeluarkan satu salur yang disebut tiub debunga.
5. Rembesan bergula pada permukaan stigma merangsangkan debunga untuk bercambah.
6. Tiub debunga memanjang dan bertumbuh ke arah ovul melalui stil.
7. Nukleus tiub berada di hujung tiub debunga dan mendahului nukleus penjana.
8. Semasa pergerakan nukleus-nukleus itu dalam tiub debunga, nukleus penjana akan

membahagi secara mitosis untuk membentuk dua nukleus atau gamet jantan yang
bersifat haploid.

Rajah: Proses percambahan debunga.

Persenyawaan Ganda Dua.

1. Salah satu daripada dua gamet jantan bercantum dengan sel telur untuk

menghasilkan zigot diploid iaitu persenyawaan pertama.

2. Gamet jantan yang satu lagi akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk

membentuk nukleus endosperma yang triploid, iaitu persenyawaan kedua.

157 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

3. Proses persenyawaan yang berlaku dua kali untuk menghasilkan satu zigot diploid
dan satu nukleus triploid dikenali sebagai persenyawaan ganda dua.

Persenyawaan Ganda Dua.

Pembentukan Buah dan Biji Benih.

Rajah: Perkembangan biji benih.

Bahagian Berkembang menjadi Berkembang menjadi/ Fungsi
Nukleus triploid Tisu endosperma Menyimpan makanan.
Embrio Biji benih.
Zigot diploid Kulit biji
Integumen Buah Pelindung kepada biji benih.
Biji buah
Ovari
Ovul

158 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Kepentingan Persenyawaan Ganda Dua dalam Kemandirian Tumbuhan Berbunga.
1. Tumbuhan berbunga atau angiosperma merupakan kumpulan tumbuhan yang paling
besar di permukaan bumi dan boleh ditemukan di setiap sudut bumi.
2. Debunga yang merupakan gamet jantan dan sel telur ialah sel haploid yang dibentuk
akibat proses pembahagian sel secara meiosis.
3. Oleh itu, wujud variasi dalam keturunan yang dapat menjamin kemandirian spesies.
4. Percantuman antara gamet jantan dengan sel telur menghasilkan zigot diploid.
Percantuman ini memastikan maklumat genetik tumbuhan induk diturunkan daripada
generasi kepada generasi dan spesies tumbuhan dikekalkan.
5. Percantuman antara gamet jantan dengan dua nukleus kutub menghasilkan tisu
endosperma yang berkembang menjadi tisu penyimpan makanan.
6. Percantuman ini memastikan makanan embrio tersedia ada semasa percambahan
biji benih dan menjamin kejayaan anak tumbuhan.
7. Buah melindungi biji benih dan membantu pencaran biji benih ke tempat yang jauh
dari pokok induk.
8. Cara ini memastikan persaingan intraspesies dapat dielakkan untuk menjamin
kejayaan dan kemandirian tumbuhan di habitat baharu.

LATIHAN 9

Rajah 9.1 menunjukkan keratan memanjang organ pembiakan bagi suatu tumbuhan.

Butir debunga Stigma

M

Pundi embrio

Rajah 9.1

(a)(i) Berdasarkan Rajah 9.1, terangkan bagaimana M terbentuk.

M ialah tiub debunga. Debunga melekat pada stigma. Stigma merembeskan sukrosa /

cecair bergula. Untuk merangsang percambahan (butir) debunga (yang mempunyai dua

nukleus, nukleus penjana dan nukleus tiub). Nukleus tiub (yan terletak di hadapan nucleus

penjana) merembeskan enzim untuk mencernakan tisu- tisu stil untuk membentuk tiub

debunga / M (dan tumbuh ke bawah ke mikropil). [2 markah]

159 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

(ii) Terangkan apa yang berlaku kepada tumbuhan itu jika struktur M gagal terbentuk.
Nukleus penjana gagal membahagi melalui mitosis untuk membentuk 2 gamet / tiada
gamet jantan terhasil. Tiada persenyawaan berlaku. Tiada biji benih terhasil.
[2 markah]

(b) Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis buah- buahan.

Rajah 9.2
Buah- buahan itu mempunyai bilangan biji yang berbeza.
Terangkan mengapa.
Bilangan biji (dalam buah) bergantung kepada bilangan ovul yang disenyawakan.
Semakin banyak ovul (yang disenyawakan), semakin banyak biji yang dihasilkan. Mangga
dan tembikai mempunyai bilangan ovul yang berbeza. Dalam mangga, satu ovul
disenyawakan. Dalam tembikai, banyak ovul disenyawakan. Banyak gamet jantan
mensenyawakan ovul. Jika ovul tidak disenyawakan, tiada biji dihasilkan // partenokarpi /
tembikai tanpa biji.

[2 markah]
4.6 Pertumbuhan dalam Organisma Multisel.

1. Pertumbuhan dalam organisma ialah satu proses kekal dan tidak boleh berbalik.
2. Pertumbuhan melibatkan pertambahan bilangan sel, saiz, isi padu dan jisim badan

organisma dan juga pembezaan serta pengkhususan sel.
3. Terdapat tiga peringkat perkembangan dalam proses pertumbuhan iaitu

pembahagian sel, pemanjangan sel dan pembezaan sel.
4. Pembahagian sel melibatkan mitosis, iaitu setiap sel membahagi menjadi dua sel

yang seiras dengan sel induk.
5. Kedua-dua sel ini membahagi lagi menghasilkan empat sel dan proses ini berterusan

untuk menghasilkan lapan sel, enam belas sel dan seterusnya sehingga satu
kumpulan sel yang terdiri daripada berbilang sel yang seiras dihasilkan yang
kemudian akan mengalami pemanjangan.
6. Pemanjangan sel akan menyebabkan pertambahan saiz sel.
7. Pertambahan ini disebabkan oleh pengambilan air dan bahan keperluan lain seperti
garam mineral, glukosa, asid amino dan bahan-bahan lain daripada persekitaran.

160 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

8. Air mengumpul dalam vakuol sel tumbuhan menyebabkan vakuol membesar.
9. Bahan yang meresap masuk ke sel digunakan untuk membina protoplasma sel dan

menyebabkan pertambahan saiz sel.
10. Pembezaan sel berlaku selepas pemanjangan sel.
11. Sel-sel mengalami perubahan bentuk dan struktur dan kemudian membentuk

kumpulan sel yang khusus.
12. Pembezaan dan pengkhususan sel membolehkan ia menjalankan fungsi yang

baharu dan khusus.
13. Sebagai contoh, pembezaan sel epidermis pada akar tumbuhan menyebabkan sel-

sel ini membentuk unjuran halus disebut rambut akar, yang menambahkan jumlah
luas permukaan untuk peresapan air dari tanah ke dalam akar.
14. Pembezaan sel epidermis pada daun pula menghasilkan sel pengawal berbentuk
kacang yang mengawal pembukaan dan penutupan liang stoma dan seterusnya
mengawal kehilangan air daripada tumbuhan.

Rajah: Pemanjangan sel tumbuhan melalui pemvakuolan.

Uji Kefahaman Anda!

1. Berikan definisi pertumbuhan. [2 markah]

Proses pertambahan bilangan sel/ saiz/ isipadu/ jisim badan dan tidak berbalik/ kekal.

2. Mengapakah organisma perlu mengalami pertumbuhan? Terangkan. [2 markah]
Untuk perkembangan dan kematangan sistem-sistem badan// membenarkan
pembiakan berlaku dan menjamin kesinambungan spesies.

3. Namakan tiga zon utama pada hujung akar dan hujung pucuk yang berkaitan dengan

pertumbuhan. [3 markah]

Zon pembahagian, zon pemanjangan dan zon pembezaan.

4. Huraikan ciri-ciri utama yang diperhatikan pada sel di zon yang dinamakan di atas.
[3 markah]

161 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Zon pembahagian:
Sel membahagi secara mitosis untuk menghasilkan 2/ 4/ 8/ 16/ 32/ 64/ 128// banyak
sel secara berterusan dan seiras.
Zon pemanjangan:
Pertambahan saiz sel. Disebabkan pengambilan air dan bahan keperluan lain/ garam
mineral/ glukosa/ asid amino. Saiz vakuol bertambah.
Zon pembezaan:
Sel mengalami perubahan bentuk dan struktur// rambut akar.

4.7 Lengkung Pertumbuhan.
Parameter untuk Mengukur Pertumbuhan.

1. Pertumbuhan boleh ditentukan dengan mengukur parameter pertumbuhan seperti
pertambahan saiz atau isi padu dan perubahan jisim segar atau jisim kering dalam
satu jangka masa tertentu.

2. Jisim kering sesuatu organisma merujuk kepada jisimnya selepas semua air telah
disingkirkan daripada organisma itu. Ia boleh ditentukan dengan menimbang jisim
organisma selepas mengeringkan organisma dalam ketuhar pada suhu 100 0C
berulang kali sehingga jisimnya tidak berubah.

3. Faedah kaedah ini ialah ukuran jisim kering memberikan pengukuran pertumbuhan
yang paling tepat tetapi kelemahannya ialah organisma tersebut mesti dibunuh dan
dikeringkan sebelum ditimbang.

4. Oleh itu, kadar pertumbuhan pada organisma yang sama tidak dapat dikaji.
5. Kaedah ini sesuai digunakan untuk menentukan jisim kering tumbuhan, tumbuhan

yang sama jenis dapat ditanam dalam persekitaran yang sama dan mendapat nutrien
yang sama.
6. Jisim segah organisma juga mudah ditentukan. Jisim organisma boleh ditimbang
dengan neraca pada bila-bila masa dan organisma tidak perlu dibunuh.
7. Akan tetapi, kaedah ini tidak tepat kerana kandungan air dalam badan boleh
mempengaruhi keputusan.

162 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Lengkung Pertumbuhan.
1. Lengkung pertumbuhan adalah berbentuk sigmoid atau “S”.
2. Lengkung pertumbuhan boleh dibahagikan kepada lima bahagian seperti berikut:

Lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid (manusia).

Permulaan Eksponen Matang Dewasa Penuaan
(fasa bayi) (kanak-kanak) (remaja)

Kadar KP berlaku KP menjadi KP berhenti, iaitu KP negatif
pertumbuhan (KP) dengan cepat. lambat kerana organisma telah Organisma
secara perlahan. kebanyakan sel- dewasa. mengalami
Proses sel aktif telah Proses proses penuaan
Proses pembahagian dan mencapai saiz pembahagian sel atau kekurangan
pembahagian sel pemanjangan sel yang maksimum yang berlaku makanan yang
dan sedikit adalah banyak hanya untuk mengakibatkan
pemanjangan sel gantikan tisu-tisu kematian.
berlaku. yang rosak atau
mati.

163 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan lengkung pertumbuhan manusia.

BC D E
A

Rajah 9

A, B, C, D dan E adalah fasa-fasa pada lengkung pertumbuhan. [10 markah]
Terangkan perubahan yang berlaku pada setiap fasa.

A ialah fasa lag// Semasa fasa A, kecerunan adalah kecil/ rendah// ketinggian meningkat
perlahan. Bilangan pertambahan sel adalah rendah/ kecil// kadar pertumbuhan perlahan.
Pada fasa B, kecerunan graf paling tinggi/ tinggi// ketinggian badan meningkat secara
eksponen. Kadar pertumbuhan cepat/ meningkat cepat// Sel aktif membahagi dan
pemanjangan berlaku. Semasa fasa C, kecerunan graf kecil// ketinggian meningkat
perlahan. Kadar pertumbuhan perlahan// Sebahagian besar sel mencapai saiz maksimum.
Pertumbuhan dihadkan oleh faktor luaran/ faktor dalaman// mana-mana contoh yang sesuai
berkaitan dengan faktor. Semasa fasa D, kecerunan adalah sifar// Ketinggian badan kekal/
malar// Tiada perubahan pada ketinggian badan. Kadar pertumbuhan sifar// bilangan sel
baru yang dihasil sama dengan bilangan sel musnah. Organisma mencapai kematangan.
Semasa fasa E, kecerunan adalah negatif// Pertumbuhan memasuki peringkat/ fasa
penuaan// Ketinggian badan menurun. Bilangan sel berkurangan/ penggantian sel kurang.
Kurang penyerapan/ asimilasi nutrien oleh sel. Otot dan rawan badan mulai merosot.

164 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Kadar Pertumbuhan Serangga.
Contoh: Pertumbuhan belalang.

Lengkung pertumbuhan bagi haiwan berangka luar.

165 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 10
Rajah 10 menunjukkan lengkung pertumbuhan seekor belalang.

Rajah 10

(a) Terangkan lengkung pertumbuhan belalang. [4 markah]

Pertumbuhan berperingkat// bukan lengkung licin. Mempunyai eksoskeleton (rangka

luar) yang keras. Rangka luar terdiri daripada kitin. Ini menghadkan pertambahan

panjang badan. Kadar pertumbuhan adalah sifar (dalam fasa nimfa /instar).

Eksoskeleton baru lembut terhasil di bawah rangka lama. Serangga menyedut udara

dalam isi padu yang banyak. Untuk menanggalkan rangka luar untuk terbuka/pecah.

Eksoskeleton baru mengembang. Pertumbuhan berhenti apabila dewasa.

LATIHAN 11
Rajah 11 menunjukkan lengkung pertumbuhan bagi biji benih tumbuhan bagi biji benih
tumbuhan yang sedang bercambah.

MN

Rajah 11
(i) Terangkan satu perbezaan antara kadar pertumbuhan tumbuhan itu pada peringkat M

dan peringkat N.

166 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

MN

Jisim kering / kadar pertumbuhan Jisim kering / kadar pertumbuhan

berkurang. bertambah.

Percambahan berlaku. Fotosintesis berlaku.

Makanan / tenaga diperoleh daripada Makanan / glukosa disintesis.

kotiledon // saiz kotiledon berkurang.

Tiada daun / tiada fotosintesis. Daun sudah ada.

Bilangan sel kecil // sel mula membahagi Bilangan sel bertambah (secara

(secara mitosis). eksponen) / pokok tumbuh /

pemanjangan sel berlaku.

[3 markah]
4.8 Pertumbuhan Primer dan Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan.
Pertumbuhan Primer.
1. Pertumbuhan primer ialah pertumbuhan pertama pada tumbuhan.
2. Ia berlaku pada semua tumbuhan sama ada tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon

atau tumbuhan herba dan tumbuhan berkayu.
3. Ia penting bagi pemanjangan pokok supaya dapat mencapai ketinggian maksimum.
4. Pertumbuhan ini berlaku pada meristem apeks yang terdapat pada hujung pucuk dan

hujung akar.
5. Hujung pucuk dan akar dibahagikan kepada tiga zon iaitu, zon pembahagian, zon

pemanjangan dan zon pembezaan.

Hujung akar tumbuhan. Hujung pucuk tumbuhan.

167 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Pertumbuhan Sekunder.
1. Ia berlaku hanya pada tumbuhan dikotiledon yang berkayu.
2. Ia berlaku pada meristem sisi yang terdiri daripada kambium vaskular dan kambium
gabus.
3. Kambium vaskular akan membentuk tisu vaskular baru iaitu, xilem dan floem
manakala kambium gabus yang terdapat di bawah lapisan epidermis batang akan
membentuk gabus.

Pertumbuhan Sekunder pada Batang.
1. Batang tumbuhan mempunyai satu lapisan yang berupaya membahagi.
2. Sel-sel ini disebut kambium vaskular.
3. Kambium vaskular didapati di antara tisu xilem dengan tisu floem.
4. Sel-sel baharu yang dihasilkan pada bahagian dalam akibat pembahagian sel
kambium akan membentuk xilem baharu manakala sel-sel yang dihasilkan pada
bahagian luar dan menuju ke bahagian luar akan membentuk floem.
5. Tisu xilem baharu yang dibentuk akan menjadi xilem sekunder manakala tisu floem
baharu akan menjadi floem sekunder.
6. Dinding salur xilem biasanya ditebalkan dengan lignin.
7. Lignin ialah suatu bahan yang kalis air dan kuat.
8. Xilem mengalami pertumbuhan sekunder, xilem primer ditolak ke bahagian tengah
batang manakala floem primer akan ditolak ke arah epidermis batang.
9. Akibatnya, tisu-tisu xilem primer dimampatkan.
10. Lilitan batang bertambah menyebabkan epidermis batang meregang dan retak.
11. Tisu di bawah epidermis, iaitu tisu gabus yang dihasilkan oleh kambium gabus
berfungsi melindungi batang daripada serangan serangga dan bakteria apabila
epidermis merekah.

168 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Pertumbuhan sekunder batang tumbuhan dikotiledon.

LATIHAN 12

Rajah 12 menunjukkan keratan rentas batang M dan batang N daripada dua tumbuhan
dikotiledon.

Epidermis Gabus Kulit kayu
Korteks
Xilem Korteks
primer sekunder
Floem
primer Kambium
gabus
Gegelang kambium
Kambium vaskular N
M

Batang M ialah daripada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan primer. [6 markah]
Batang N ialah daripada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder.
Terangkan perbezaan dalam struktur antara batang M dengan batang N.

169 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

M N
Mempunyai xilem primer. Mempunyai xilem primer dan sekunder.
Kambium (vaskular) tidak membahagi Kambium membahagi secara mitosis ke
secara mitosis. dalam menghala ke empulur.
Mempunyai floem. Mempunyai floem primer dan floem
Kambium (vaskular) tidak membahagi sekunder.
secara mitosis. Kambium membahagi secara mitosis keluar
menghala ke epidermis.
Jejari/ diameter lebih kecil. Diameter lebih besar.
Kambium vaskular tidak membahagi Kambium vaskular membahagi secara
secara mitosis membentuk xilem dan mitosis membentuk xilem dan floem
floem sekunder. sekunder.
Tidak mempunyai gabus. Mempunyai gabus.
Kambium gabus tidak membahagi secara Kambium gabus membahagi secara mitosis
mitosis untuk membentuk gabus. untuk membentuk gabus ke arah kulit kayu.
Tidak mempunyai kulit kayu. Mempunyai kulit kayu.
Tidak mempunyai lapisan gabus. Mempunyai lapisan gabus.
Tidak mempunyai gelang kambium. Mempunyai gelang kambium.
Kambium (vaskular) tidak membahagi. Kambium (vaskular) membahagi secara
mitosis secara radial ke tepi.
Tidak mempunyai korteks sekunder. Mempunyai korteks sekunder.
Tiada kambium gabus untuk membahagi Kambium (vaskular) membahagi secara
secara mitosis untuk menbentuk korteks mitosis untuk membentuk korteks sekunder
sekunder. ke arah dalam.

12. Tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim sejuk yang mempunyai empat musim
mengalami kadar pertumbuhan yang tidak seragam.

13. Kadar pertumbuhan pada musim bunga lebih tinggi daripada yang berlaku pada musim
panas dan luruh.

14. Hal ini kerana keadaan persekitaran adalah lembap dan sel kambium mula membahagi.
15. Jadi, salur xilem yang dibentuk adalah besar dan berdinding nipis supaya dapat

mengangkut kuantiti air yang besar dari akar ke daun untuk proses fotosintesis.
16. Tambahan pula, kadar fotosintesis adalah tinggi disebabkan keamatan cahaya yang

tinggi.
17. Pada musim panas yang kurang kelembapan walaupun keamatan cahaya tinggi, saiz sel

yang terbentuk menjadi lebih kecil.

170 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

18. Begitu juga pada musim luruh, keamatan cahaya berkurang.
19. Jadi, salur xilem sekunder yang dibentuk adalah kecil dan berdinding tebal.
20. Pada musim sejuk, kadar pertumbuhan pada kebanyakan pokok adalah rendah.
21. Akibat kadar pertumbuhan yang berbeza, tumbuhan tersebut mempunyai gelang

tahunan yang terdiri daripada gelang cerah dan gelang gelap.
22. Gelang cerah yang terdiri daripada xilem besar dibentuk pada musim bunga manakala

gelang gelap yang terdiri daripada xilem kecil dibentuk pada musim salji.
23. Gelang tahunan membolehkan kita mengira usia sebatang pokok.
24. Setiap gelang gelap mewakili satu tahun dalam usia pokok.

LATIHAN 13

Rajah 13 menunjukkan lengkuk pertumbuhan bagi tumbuhan saka (bermusim).

Rajah 13

Terangkan corak pertumbuhan bagi tumbuhan itu. [4 markah]

Menunjukkan pertumbuhan yang tidak terhad/ berterusan. Ialah satu ciri lengkuk sigmoid
yang berterusan. Yang menambah ke atas lengkuk kepada lengkuk yang lain. Setiap
lengkuk sigmoid mewakili pertumbuhan untuk satu tahun. (Di bahagian akhir setiap) lengkuk
sigmoid menunjukkan sedikit penurunan. Disebabkan oleh pengguguran daun dan buah.
Pertumbuhan dipengaruhi oleh musim. Semasa musim panas/ bunga/hujan kadar
fotosintesis/ pertumbuhan meningkat. Semasa musim luruh/ sejuk/ kemarau kadar
fotosintesis/ pertumbuhan berkurang.

171 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Pertumbuhan Sekunder pada Akar.
1. Akar tumbuhan juga mengalami pertumbuhan sekunder.
2. Proses pertumbuhan sekunder pada akar adalah serupa dengan batang dikotiledon.
3. Kambium vaskular yang terletak di antara tisu xilem dengan tisu floem primer
membahagi untuk membentuk tisu xilem sekunder di sebelah dalam dan tisu floem
sekunder di sebelah luar.
4. Akibat pertumbuhan sekunder, tisu-tisu primer dimampatkan.
5. Kambium gabus yang terletak di bawah epidermis akan menghasilkan gabus yang
berfungsi memberikan perlindungan kepada tisu akar.

Pertumbuhan sekunder pada akar tumbuhan dikotiledon.

Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan Monokotiledon.
1. Secara lazimnya, tumbuhan monokotiledon dan tumbuhan herba yang merupakan
tumbuhan semusim tidak mengalami pertumbuhan sekunder.
2. Akan tetapi, sesetengah tumbuhan monokotiledon seperti Aloe sp., Agave sp. dan
Dracaena sp. adalah terkecuali.
3. Tumbuhan tersebut mengalami sedikit pertumbuhan sekunder kerana batang
tumbuhan ini mempunyai kambium di kawasan korteks batang dan di sebelah luar
berkas vaskular.
4. Kambium ini berupaya membahagi untuk membentuk berkas vaskular sekunder dan
parenkima sekunder.

172 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Pertumbuhan sekunder pada batang Dracaena sp. Pertumbuhan sekunder pada batang
tumbuhan monokotiledon.

Perbandingan antara Tumbuhan yang Mengalami Pertumbuhan Sekunder dengan
Tumbuhan yang Tidak Mengalami Pertumbuhan Sekunder.

Tumbuhan yang mengalami Tumbuhan yang tidak mengalami

pertumbuhan sekunder. pertumbuhan sekunder.

1 Pertumbuhan tidak berhenti dan Pertumbuhan biasanya berhenti selepas

tumbuhan biasanya sangat tinggi. satu atau dua musim dan tumbuhan adalah

tidak tinggi.

2 Mempunyai meristem sisi atau Tidak mempunyai meristem sisi atau

kambium. kambium.

3 Mempunyai tisu berkayu. Tidak mempunyai tisu berkayu.

4 Sesetengah tumbuhan mempunyai Tidak mempunyai kambium gabus.

kambium gabus.

5 Boleh hidup betahun-tahun. Hanya hidup untuk semusim atau dua

musim sahaja.

6 Pertumbuhan berlaku sepanjang Pertumbuhan berlaku hanya semasa

hayat. tumbuhan hidup.

Kepentingan Ekonomi dan Kelebihan Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan.
1. Pokok yang mempunyai bahagian berkayu yang kuat dan keras menjadikannya
sesuai digunakan untuk membuat perabot, pagar, pintu dan sebagainya.
2. Tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder mempunyai tempoh hayat yang
panjang.

173 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

3. Hal ini menambahkan peluang tumbuhan itu menghasilkan biji benih bagi tujuan
menambahkan anak dan mengekalkan spesis pokok.

4. Tumbuhan itu juga mempunyai akar yang besar dan panjang untuk mendapatkan
akar dengan lebih berkesan dari bahagian tanah yang dalam.

5. Hal ini akan meningkatkan kemandirian tumbuhan semasa musim kemarau.
6. Pertambahan tisu xilem dan floem dapat menampung keperluan pokok yang sedang

membesar.
7. Pertambahan tisu tersebut membolehkan pokok tumbuh dengan lebih tinggi dan

berjaya dalam persaingan dengan tumbuhan lain untuk mendapat cahaya matahari
bagi proses fotosintesis.

LATIHAN 14
Tumbuhan itu mengalami pertumbuhan sekunder.
Terangkan kepentingan pertumbuhan sekunder.
Mempunyai sokongan yang lebih baik. Bila diameter batang / akar meningkat.
Membekalkan salur penyambung yang lebih besar // lebih tisu xilem / tisu floem.
Mengangkut lebih banyak air (dan garam mineral) // lebih banyak glukosa. Menyumbang
kepada lebih banyak pengeras batang // meningkatkan kekuatan batang / kayu // jangka
hayat lebih panjang. Yang mempunyai lebih nilai ekonomi. Kayu itu digunakan dalam
pembinaan dan bidang perabot / pembalakan. Membolehkan tumbuhan menghasilkan lebih
banyak bunga / buah. Meningkatkan kadar pembiakan. Mengekalkan kesinambungan
spesies // kurang peluang untuk kepupusan spesies.

[3 markah]

174 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 5
PERWARISAN

175 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 5 PERWARISAN

5.1 Mensintesis Konsep Perwarisan berdasarkan Eksperimen Mendel.
Konsep Perwarisan berdasarkan Eksperimen Mendel.

1. Perwarisan ialah pemindahan ciri daripada ibu-bapa kepada anak atau daripada

generasi kepada generasi yang lain.

2. Bidang kajian perwarisan ini dinamakan genetik.

3. Ciri ialah faktor yang diwariskan seperti ketinggian, warna kulit, bentuk muka dan

kumpulan darah.

4. Setiap ciri mempunyai variasi trait.

5. Contoh ciri dan trait:

Ciri Trait

Ketinggian Tinggi

Rendah

Warna Putih

Merah

Kumpulan darah A

B

AB

O

6. Kajian Genetik bermula dengan Gregor Mendel (1822 hingga 1884) seorang paderi
dari Brunn, Austria.

Perwarisan Monohibrid.
1. Menurut Mendel, trait tinggi adalah bersifat dominan, iaitu trait ini menindas kesan
trait rendah.
2. Trait rendah dinamakan trait resesif iaitu trait itu tidak kelihatan walaupun wujud pada
induk asal.
3. Apabila anak-anak generasi filial pertama dikacukkan sesama sendiri dan biji benih
yang terhasil ditanam, ciri pokok generasi filial kedua (F2) direkodkan.

176 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Kacukan monohibrid yang dijalankan oleh Mendel.

4. Dalam generasi filial kedua, pokok trait rendah muncul semula sebanyak 25%
daripada keseluruhan pokok.

5. Kacukan ini menunjukkan perwarisan monohibrid kerana hanya melibatkan satu ciri
sahaja, iaitu ketinggian pokok.

6. Seterusnya Mendel mengemukakan Hukum Mendel Pertama yang dikenali sebagai
Hukum Segregasi yang menyatakan:

“Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada
pasangan alel ini akan diwariskan dalam gamet”.

177 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Istilah- istilah yang Digunakan dalam Genetik.

Istilah Maksud
Gen Merupakan unit asas perwarisan yang terdapat pada kromosom. Gen
mengawal ciri tertentu dalam sesuatu organisma.
Alel Merupakan satu ahli daripada pasangan gen yang terletak pada lokus
tertentu pada kromosom yang mengawal trait.
Alel dominan Merupakan alel yang sentiasa menunjukkan traitnya apabila hadir.
Huruf besar digunakan untuk mewakilinya.
Alel resesif Merupakan alel yang menunjukkan traitnya apabila kedua-dua sel ialah
alel resesif. Huruf kecil digunakan untuk mewakilinya.
Genotip Merupakan komposisi gen suatu organisma. Genotip suatu organisma
tidak dapat dilihat.
Fenotip Merupakan ciri-ciri yang dipamerkan pada suatu organisma.
Homozigot Merupakan sepasang alel yang sama, contohnya TT atau tt.
Heterozigot Merupakan sepasang alel yang berbeza, contohnya Tt.

Perwarisan Dihibrid.
1. Kacukan antara dua individu yang melibatkan dua ciri berlainan menunjukkan
perwarisan dihibrid.
2. Induk yang digunakan ialah pokok kacang pea baka tulen yang mempunyai trait
dominan biji kacang bulat dan berwarna kuning dengan pokok kacang pea baka tulen
trait resesif biji berkedut dan berwarna hijau.
3. Generasi filial pertama (F1) yang terhasil menunjukkan hanya trait dominan iaitu biji
bulat dan berwarna kuning sahaja muncul tetapi trait resesif tidak kelihatan.
4. Apabila kacukan rawak antara generasi filial pertama F1 dilakukan, generasi filial
kedua (F2) memberi empat variasi fenotip, iaitu biji bulat kuning, biji bulat hijau, biji
kedut kuning dan biji kedut hijau dengan nisbah 9:3:3:1.
5. Trait resesif muncul dalam generasi F2 dan trait ini bebas berkombinasi dengan trait
lain.
6. Dalam generasi F1, ciri bagi bentuk biji dikawal oleh sepasang alel Bb dan warna biji
Kk.
7. Semasa pembentukan gamet F1, mana-mana alel bagi bentuk biji boleh berpasang
dengan mana-mana alel bagi warna biji.
8. Empat kombinasi gamet terhasil, iaitu: BK, Bk, bK dan bk.

178 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

9. Apabila persenyawaan secara rawak berlaku, 16 kombinasi genotip F2 akan terhasil
dan ini memberikan empat jenis fenotip.

10. Hukum Mendel Kedua juga dikenali sebagai Hukum Pengaturan Bebas.
11. Hukum ini menyatakan:

“Semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada pasangan alel boleh
berkombinasi dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel ciri yang lain.”

179 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Uji Kefahaman Anda!

1. Apakah yang dimaksudkan dengan alel dominan dan alel resesif? [2 markah]

Alel dominan- Alel yang sentiasa menunjukkan traitnya apabila hadir. Huruf besar

digunakan untuk mewakilinya.

Alel resesif- Alel yang menunjukkan traitnya apabila kedua-dua sel ialah alel resesif.

Huruf kecil digunakan untuk mewakilinya.

180 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

2. Apakah perbezaan antara baka homozigot dengan baka heterozigot? [1 markah]
Baka homozigot merupakan sepasang alel yang sama manakala baka heterozigot
merupakan sepasang alel yang berbeza.

3. Beri definisi fenotip dan genotip. [2 markah]
Fenotip ialah ciri-ciri yang dipamerkan pada suatu organisma.
Genotip ialah komposisi gen suatu organisma yang tidak dapat dilihat.

4. Jika pokok bunga berwarna merah heterozigot dikacukkan dengan pokok bunga

berwarna putih homozigot resesif, apakah genotip yang terhasil dan apakah nisbah

fenotip yang terhasil? [2 markah]

Genotip yang terhasil adalah heterozigot dan homozigot resesif. Nisbah fenotip

adalah 1:1.

5. Dalam kajian yang dibuat ke atas jagung, jagung berwarna kuning adalah dominan

ke atas jagung berwarna ungu, dan biji bulat adalah dominan terhadap biji berkedut.

Jika baka tulen jagung berwarna kuning dan bulat dikacukkan dengan baka tulen

berwarna ungu dan berkedut,

i) Berapa peratuskah anak generasi filial pertama akan membawa trait berwarna

kuning dan berkedut? [1 markah]

0%

ii) Apakah fenotip generasi filial pertama? [1 markah]
Jagung bewarna kuning dan biji bulat.

iii) Berapakah fenotip generasi filial kedua dan nisbah fenotip generasi filial kedua?
[2 markah]

Empat. 9:3:3:1.

181 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 1
Rajah 1 menunjukkan pewarisan warna bulu dalam arnab.

KL

M N OP

Rajah 1

(a) Nyatakan genotip dan fenotip arnab K.

Genotip: Bb / heterozigus
Fenotip: Bulu hitam/ gelap

[2 markah]
(b) H mewakili alel dominan untuk bulu berwarna hitam dan h mewakili alel resesif untuk

bulu berwarna putih.
(i) Terangkan mengapa H dan h dipanggil alel.

Bentuk berbeza/ alternatif bagi satu gen/ gen yang sama. Menempati lokus yang sama
pada pasangan kromosom homolog. Setiap alel bertanggungjawab bagi satu daripada
trait yang berlawanan/ bulu hitam/ bulu putih yang dipamerkan.

[2 markah]
(ii) Apakah yang berlaku kepada alel H dan alel h semasa pembentukan gamet?

Alel H dan h / kedua-dua alel dipisahkan.
[1 markah]

(c) Rajah menunjukkan kacukan antara anak M dan anak N. M adalah heterozigos untuk
warna bulu.
MN

Q Nashkah GURU

182 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5

www.iamchampion.blogspot.my

(i) Apakah kemungkinan genotip N?
Hh atau HH
[1 markah]

(ii) Terangkan pewarisan warna bulu arnab Q.
Gamet M membawa alel H atau h. Gamet N membawa alel H sahaja (jika S adalah
homozigot). Gamet N membawa alel H atau h (jika N adalah heterozigot). Q menerima
satu alel dari M dan satu alel dari N semasa persenyawaan gamet.
[2 markah]

(d) Rajah menunjukkan anak M dikacukkan dengan anak P.

MP

(i) Lukis rajah skema untuk menunjukkan hasil kacukan ini.

Induk: Hh X hh
h
Meiosis:

Gamet:

Hh

Persenyawaan:

Genotip anak: H h
Fenotip anak: h h
Bulu hitam Bulu putih

[3 markah]

(ii) Apakah kebarangkalian untuk menghasilkan anak berbulu hitam seperti (d)(i)?
50% / ½ / 0.5

[1 markah]

183 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan ciri dan trait bagi kacukan lima monohibrid yang dilakukan oleh
Mendel antara pokok-pokok kacang pea (Pisum sativum).

Ciri Fenotip Generasi F2

Bentuk biji

6452 bulat 2150 kedut

Warna biji

6886 kuning 2295 hijau
318 cerut
Bentuk 955 kembung
lenggai 468 hijau 156 kuning
254 putih
Warna
lenggai [4 markah]

Warna
bunga

763 ungu
Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2,
(i) Kenal pasti dan namakan ciri dan trait yang dikaji.

184 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Ciri- ciri Trait
Bentuk biji Bulat, kedut
Warna biji Kuning, hijau
Bentuk lenggai Kembung, cerut
Warna lenggai Hijau, kuning
Warna bunga Ungu, putih

(ii) Hitung nisbah fenotip dominan kepada fenotip resesif bagi mana-mana tiga ciri yang

ditunjukkan. [6 markah]

Bentuk biji
5474/ 1850
2.96/1 // 3:1
Warna biji
6022/2001
3.01/1 // 3:1
Bentuk lenggai
882/299
2.95/1 // 3:1

LATIHAN 3

Rajah 3 menunjukkan kacukan di antara arnab jantan homozigot dengan arnab betina putih
homozigot.

Arnab jantan hitam homozigot Arnab betina putih homozigot

Rajah 3

Alel B untuk bulu hitam adalah dominan dan alel b untuk bulu putih adalah resesif.
Lukis rajah genetik untuk menentukan peratusan fenotip anak dalam kacukan itu.

[6 markah]

185 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Fenotip induk: Bulu hitam x Bulu putih
Genotip induk: BB x bb

Meiosis:

Gamet: BBb b

Persenyawaan:

Genotip anak: Bb Bb Bb Bb

Fenotip anak:

Bulu hitam

Nisbah fenotip anak: (Semua anak) 100% anak mempunyai bulu hitam

186 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan rajah genetik bagi kacukan antara tumbuhan kacang pea biji kuning,
bunga ungu dengan biji hijau, bunga putih. K ialah alel dominan bagi biji kuning dan k ialah
alel resesif bagi biji hijau. P ialah alel dominan bagi bunga ungu manakala p ialah alel resesif
bagi bunga putih.

Fenotip induk Biji kuning, bunga ungu Biji hijau, bunga putih

Genotip induk KKPP kkpp

Meiosis

Gamet KP kp

Persenyawaan
Genotip F1

KkPp

Fenotip F1 Biji kuning, bunga ungu

Biar tumbuhan F1 KkPp KkPp
menjalankan pendebungaan
sendiri

Meiosis x
Kp kP kp KP Kp kP
Gamet KP kp

(a)(i) Tulis genotip gamet dalam ruangan yang disediakan dalam rajah. [2 markah]

(ii) Nyatakan fenotip bagi generasi F1 dalam ruangan yang disediakan dalam rajah.

[2 markah]

187 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

(b) Jadual menunjukkan segi empat sama Punnett bagi kacukan sesama sendiri anak
generasi F1 menghasilkan generasi F2.

Gamet jantan KP Kp kP kp

Gamet betina

KP KKPP KKPp KkPP KkPp

Kp KKPp KKpp KkPp Kkpp

kP KkPP KkPp kkPP kkPp

kp KkPp Kkpp kkPp kkpp

(i) Lengkapkan segi empat sama Punnett dengan mengisi genotip ke dalam ruang kosong

dalam jadual di atas. [2 markah]

(ii) Tentukan kebarangkalian memperoleh pokok kacang pea biji kuning, berbunga ungu
dalam generasi F2.
3/16 / 0.2 / 0.1875 / 0.188 / 0.19 / 18.75% / 18.8%

[1 markah]
(c)(i) Terangkan nisbah anak-anak generasi F2 yang terhasil berdasarkan kepada Hukum

Mendel.
Nisbah 9 : 3 : 3 : 1.
9 biji kuning, bunga ungu, 3 biji kuning, bunga putih : 3 biji hijau, bunga ungu : 1 biji
hijau, bunga putih. Hukum Mendel Kedua // Hukum Pengaturan Bebas. Semasa
pembentukan gamet, setiap ahli dari sepasang alel mungkin berpasang secara rawak
dengan ahli pasangan alel yang lain.

[3 markah]
(ii) Berdasarkan segi empat sama Punnett, terangkan mengapa anak pokok kacang pea

dalam F2 mempunyai trait yang pelbagai.
Semasa meiosis // profasa I // Metafasa I / II. Pengaturan bebas kromosom berlaku/
Hukum Mendel Kedua. Gabungan secara rawak alel berlaku. Dalam pembentukan
gamet. Menghasilkan variasi dalam gamet. Persenyawaan secara rawak berlaku.
Perbezaan/ genotip baru anak.

[3 markah]

188 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan pokok kacang pea biji bulat, lenggai hijau dikacukkan dengan pokok
kacang pea biji kedut, lenggai kuning.
B : mewakili alel dominan bagi biji bulat.
b : mewakili alel resesif bagi biji kedut.
K : mewakili alel dominan bagi lenggai kuning.
k : mewakili alel resesif bagi lenggai hijau.

Induk Tumbuhan 1 Tumbuhan 2
Genotip induk BBkk bbKK
Meiosis

Gamet

Generasi F1 BbKk

(a) Nyatakan fenotip bagi induk tersebut.
Tumbuhan 1: Biji bulat, lenggai hijau
Tumbuhan 2: Biji kedut, lenggai kuning
[2 markah]

(b)(i) Tulis genotip bagi gamet dalam bulatan yang disediakan pada Rajah di atas.
[2 markah]

Tumbuhan 1: Bk
Tumbuhan 2: bK

(ii) Nyatakan fenotip bagi generasi F1.
Biji bulat, lenggai kuning.

[1 markah]

189 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

(c) Jadual 1 menunjukkan genotip generasi F2 selepas generasi F1 dikacukkan dengan
generasi F1 yang lain. Jumlah bilangan anak F2 ialah 16.

Gamet dari induk F1 BK Bk bK bk
Gamet dari induk F1 yang lain
BBKK BBKk BbKK BbKk
BK

Bk BBKk BBkk BbKk Bbkk

bK BbKK BbKk bbKK bbKk

bk BbKk Bbkk bbKk bbkk

Nyatakan kebarangkalian generasi F2 berikut:

(i) Pokok kacang pea biji bulat, lenggai hijau.

3/16 // 0.19 // 19% // 18.75% // 0.1875

[1 markah]

(ii) Pokok kacang pea biji bulat, lenggai kuning.

9/16 // 0.56 // 56%

[1 markah]

(d) Dalam jadual di atas, bulatkan genotip generasi F2 bagi pokok kacang pea biji kedut,

lenggai kuning.

Kemudian tentukan kebarangkalian generasi F2 bagi fenotip tersebut.

3/16 // 0.19 // 19% // 18.75% // 0.1875

[2 markah]

(e) Nyatakan nisbah fenotip anak dalam generasi F2 dalam jadual di atas.

Biji bulat, Biji bulat, Biji kedut, Biji kedut,

Lenggai kuning Lenggai hijau Lenggai kuning Lenggai hijau

9 : 3: 3 : 1

[1 markah]

(f) Berdasarkan Rajah dan jadual di atas, huraikan Hukum Mendel Kedua.

Semasa meiosis // semasa pembentukan gamet. Setiap pasangan alel berpisah. Setiap

ahli daripada satu pasangan alel boleh bergabung secara rawak dengan mana-mana ahli

daripada pasangan alel yang satu lagi// BK/ Bk/ bK/ bk. Hukum pengaturan bebas.

[2 markah]

190 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 6
Pekebun di Kagawa, Jepun telah menghasilkan tembikai berbentuk segi empat. Ini
dilakukan pada peringkat awal perkembangan buah.

Rajah 6.1
(a)(i) Cadangkan bagaimana tembikai berbentuk segi empat dihasilkan?

Letakkan di dalam bekas segi empat / kotak kaca. Guna bekas / acuan yang
lutsinar. Untuk membenarkan cahaya sampai ke semua bahagian. Bekas itu
akan memberikan bentuk segi empat kepada buah.

[2 markah]
(ii) Berdasarkan rajah, beri dua kebaikan menghasilkan tembikai berbentuk segi

empat.
Lebih mudah dilonggok / dibungkus. Lebih mudah diangkut / dihantar. Boleh
memuatkan dalam ruang yang kecil dengan mudah. Kelihatan menarik.
Pemasaran yang menarik. Mudah di sediakan / dipotong.

[2 markah]
(b) Rajah 6.2 menunjukkan buah tembikai yang berbeza bentuk dan faktor pewarisan

yang menentukan ciri pada buah tembikai itu.
Tulis istilah genetik yang betul dalam ruang yang disediakan.

191 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

Istilah genetik www.iamchampion.blogspot.my

Genotip Fenotip

Fenotip

Tt Tt Genotip

Rajah 6.2

[2 markah]

5.2 Perwarisan.
Perwarisan Kumpulan Darah dalam Manusia.

1. Kumpulan darah dikelaskan kepada A, B, AB dan O.
2. Terdapat tiga alel yang mengawal ciri kumpulan darah, iaitu A, B dan O.
3. Alel A dan alel B bersifat dominan manakala alel O adalah resesif.
4. Oleh itu, kombinasi alel AO akan memberi fenotip A manakala BO akan memberi

fenotip B.
5. Kumpulan O akan hanya terjadi jika kedua-dua alel adalah resesif, iaitu OO.
6. Oleh sebab A dan B adalah dominan, kombinasi ini dinamakan kodominan dan

individu yang mempunyai kedua-dua alel ini mempunyai darah jenis AB.

Fenotip Genotip
Kumpulan A AA atau AO
Kumpulan B BB atau BO
Kumpulan AB AB
Kumpulan O OO

192 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

7. Individu yang mempunyai darah jenis A mungkin mempunyai genotip homozigot AA
atau heterozigot AO.

8. Dalam proses pembentukan gamet bagi genotip AA, semua gametnya membawa alel
A.

9. Bagi genotip AO pula 50% gamet yang terhasil akan membawa alel A dan 50% lagi
membawa alel O.

10. Bagi individu yang berdarah O, gamet yang terbentuk akan hanya membawa alel O.

Rajah menunjukkan satu contoh perwarisan kumpulan darah.

Induk: Ibu X Bapa
Genotip: IAIO IBIB
Meiosis:

Gamet: IA IO IB IB
Persenyawaan:

Genotip anak: IAIB IAIB IBIO IBIO
Fenotip anak: AB AB BB

193 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 7

Rajah 7 menunjukkan bagaimana variasi darah diwarisi oleh anak-anak. Jenis-jenis
kumpulan darah adalah A, B, AB dan O. Alel-alel yang mengawal jenis kumpulan darah
adalah IA, IB dan IO.

Genotip induk X

IAIO IBIO

Gamet IA IO IB IO

Genotip anak

IAIB IAIO IBIO IOIO

Rajah 7

Berdasarkan Rajah 7, anak yang genotipnya IBIO mempunyai kumpulan darah B.
Terangkan bagaimana anak itu mewarisi kumpulan darah B.

Semasa meiosis. Gamet menerima / mempunyai / mewarisi (alel) IO / IA / IB . Semasa
persenyawaan. Gamet (dengan alel) IB bergabung/ bersenyawa dengan gamet (dengan alel)
IO.. (Oleh itu), genotip anak / zigot adalah IBIO (kumpulan darah adalah B). Alel IB adalah
dominan kepada alel IO, jadi kumpulan darah anak ialah B.

[3 markah]
LATIHAN 8

Kumpulan darah bapa ialah AB dan kumpulan darah ibu ialah O.

Terangkan kebarangkalian kumpulan darah anak- anak dengan menggunakan gambar rajah

skema. [6 markah]

Kumpulan darah A, B, AB dan O ditentukan oleh alel A, alel B dan alel O. Alel A dan alel B
adalah kodominan dan alel O adalah resesif.

194 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

Genotip induk IAIB www.iamchampion.blogspot.my

Meiosis IOIO

Genotip gamet IA IB IO IO

Persenyawaan IBIO IBIO
BB
Generasi F1 IAIO IAIO

Fenotip AA

LATIHAN 9
Jadual 2 menunjukkan kumpulan darah ABO. Ujian ABO digunakan untuk menentukan
kumpulan darah. Sampel darah dicampurkan dengan antibodi A dan antibodi B. Jika sel- sel
darah bergumpal, ini bermakna sel darah telah bertindak balas dengan antibodi itu.

Kumpulan darah Serum
O
Anti- A Anti-B

A

B

AB

Kekunci: Jadual 2
Tiada penggumpalan Penggumpalan

195 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian ABO untuk pesakit- pesakit yang memerlukan
pemindahan darah.

Pesakit Serum Kumpulan darah
Daud A
Anti-A Anti-B

Leman O

Jadual 3
(i) Lengkapkan Jadual dengan menulis kumpulan darah untuk Daud dan Leman.

[2 markah]
(ii) Berdasarkan Jadual. Manakah jenis kumpulan darah penderma yang sesuai

untuk Daud dan Leman bagi pemindahan darah?
Daud: (Penderma kumpulan darah) A / O
Leman: (Penderma kumpulan darah) O

[2 markah]
(iii) Seorang mangsa kemalangan yang mempunyai darah jenis B memerlukan

pemindahan darah semasa kecemasan.
Adakah selamat untuk dia menerima darah jenis O?
Terangkan mengapa.
Kumpulan darah O ialah penderma universal. Darah jenis O tidak mempunyai
antigen A atau antigen B (pada membran sel darah merah). Tiada antigen untuk
melekat pada antibodi / Tiada penggumpalan. (Tolak: pengentalan)

[2 markah]
Perwarisan Faktor Rhesus (Rh) dalam Manusia.

1. Faktor rhesus ialah sejenis antigen yang terdapat di permukaan sel darah merah.
2. Antigen ini akan membentuk aglutinat (gumpalan) apabila bertindak balas dengan

antibodi daripada individu yang tidak mempunyai antigen berkenaan.
3. Keadaan apabila terdapat sejenis protein antigen dipermukaan sel darah merah

dinamakan faktor Rh positif (Rh+) dan keadaan yang tiada antigen ini dinamakan
kumpulan Rh negatif (Rh-).
4. Rh+ bersifat dominan manakala Rh- adalah resesif.

196 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

5. Jika seseorang ibu Rh- mengandungkan bayi Rh+ yang diwariskan daripada bapa
Rh+, masalah tidak timbul kerana darah ibu terpisah daripada darah fetus oleh
plasenta.

6. Masalah akan timbul pada akhir kehamilan dan waktu melahirkan bayi kerana
terdapat kemungkinan besar darah bayi boleh bercampur dengan darah ibu melalui
plasenta yang mula tanggal.

7. Apabila darah bayi yang mempunyai antigen Rh memasuki sistem darah ibu ini akan
merangsang darah ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan antigen ini.

8. Bayi pertama akan lahir dengan selamat tetapi apabila ibu itu mengandung pada kali
kedua bayi Rh+, antibodi yang berada dalam plasma darah ibu akan dapat
merentasi plasenta dan menyerang sel darah merah bayi lalu menyebabkan sel
darah merah bayi mengembang dan meletus.

9. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan keguguran akibat tindakan
kadar faktor Rhesus dalam badan ibu.

10. Alel untuk Rh+ adalah dominan kepada Rh-, oleh itu ibu bapa yang heterozigot akan
menyebabkan 25% daripada anaknya berkemungkinan mempunyai darah Rh-.

197 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Perwarisan faktor Rhesus.

LATIHAN 10

Seorang lelaki yang mempunyai faktor rhesus dalam darahnya ialah Rh-positif.
Isterinya yang tidak mempunyai faktor rhesus dalam darahnya ialah rhesus negatif.
Anak pertama mereka yang Rh-positif dapat hidup tetapi anak kedua mereka yang
juga Rh-positif tidak dapat hidup.

Terangkan pernyataan di atas. [6 markah]

Semasa kehamilan anak pertama (yang Rh-positif).
Sedikit darah fetus (dengan antigen Rh) meresap ke dalam (sistem) darah ibu.
Merangsang penghasilan antibodi (anti-Rhesus dalam darah ibu). Antibodi (anti-Rhesus)
meresap ke dalam darah fetus. Menyebabkan sedikit sel darah merah fetus mengalami
aglutinasi/ hemolisis (maka anak pertama dapat hidup).

Semasa kehamilan anak kedua (yang juga Rh-positif).
Sedikit darah fetus meresap ke dalam darah ibu. Merangsang penghasilan lebih antibodi
(anti-rhesus) daripada darah ibu. Antibodi meresap ke dalam darah fetus. Menyebabkan
lebih banyak sel darah merah fetus mengalami hemolisis. Keadaan ini dikenali sebagai
eritroblastosis fetalis. Fetus/ bayi baru lahir mengalami jaundis/ anemia yang teruk/
kerosakan jantung/ hati/ otak.

198 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

Autosom dan Kromosom Seks.
1. Dalam manusia, setiap sel soma mempunyai 23 pasang kromosom atau 46
kromosom.
2. Daripada 23 pasangan ini, 22 pasang ialah pasangan kromosom homolog yang
disebut autosom, iaitu kromosom yang kelihatan sama pada lelaki dan perempuan.
3. Pasangan kromosom yang ke-23 ialah kromosom seks, iaitu kromosom yang
membawa gen-gen yang menentukan ciri-ciri seks.
4. Pasangan kromosom ini berbeza antara lelaki dengan perempuan.
5. Dalam perempuan terdapat dua kromosom seks XX, iaitu 44 autosom + kromosom
seks XX.
6. Dalam lelaki terdapat satu kromosom seks X dan satu kromosom Y, iaitu 44 autosom
+ kromosom seks XY.
7. Set kromosom yang lengkap di dalam nukleus yang kelihatan di bawah mikroskop
cahaya dinamakan kariotip.
8. Kariotip manusia boleh disediakan dengan mengambil gambar kromosom semasa
sel soma sedang membahagi, iaitu kromosom memendek dan menebal.

Kariotip perempuan. Kariotip lelaki.

9. Perubahan bilangan kromosom boleh terjadi akibat kegagalan kromatid berpisah
(non disjunction) atau tidak disjungsi semasa meiosis pada kromosom tertentu.

10. Kesannya, gamet (ovum atau sperma) tidak mempunyai bilangan kromosom 23 yang
normal tetapi mungkin membawa 24 atau 22 kromosom.

11. Sekiranya gamet ini bersenyawa dengan gamet normal, pertambahan atau
pengurangan bilangan kromosom berlaku.

12. Zigot mungkin mempunyai 47 kromosom atau 45 kromosom sahaja.

199 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU

www.iamchampion.blogspot.my

13. Antara kesan perubahan bilangan kromosom ialah keadaan Sindrom Down (47
kromosom), sindrom Klinefelter (47 kromosom) dan sindrom Turner (45 kromosom)
pada manusia.

Kariotip Sindrom Down (45+XY)

Kariotip Sindrom Klinefelter’s (44+XXY) Kariotip Sindrom Turner (44+X)

200 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU


Click to View FlipBook Version