www.iamchampion.blogspot.my
(a)(i) Namakan hormon P. [1 markah]
TSH/ Hormon perangsang tiroid.
(ii) Nyatakan fungsi hormon P. [1 markah]
Merangsang kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroksina.
(b) Hormon Q merangsang perkembangan folikel Graaf dalam ovari dan sperma dalam
testis.
Namakan hormon Q.
FSH / Hormon perangsang folikel. [1 markah]
(c) Kehadiran hormon Q menyebabkan perembesan hormon R. [1 markah]
Hormon R mempengaruhi perkembangan uterus.
(i) Namakan hormon R.
Estrogen.
(ii) Nyatakan peranan hormon R dalam perkembangan uterus.
Merangsang perkembangan endometrium uterus / memulihkan dinding uterus
(selepas haid). [1 markah]
(d)(i) Namakan hormon X. [1 markah]
Hormon pertumbuhan/ GH.
(ii) Terangkan bagaimana hormon X bertanggungjawab bagi keadaan fizikal individu Y
dalam Rajah 3.
(Terdapat) kurang penghasilan hormon pertumbuhan. Pertumbuhan tulang-tulang
dengan anggota terencat (semasa kanak- kanak). Menyebabkan kekerdilan (apabila
dewasa). [2 markah]
(e)(i) Nyatakan keadaan yang memerlukan lebih banyak ADH dirembes, seperti ditunjukkan
dalam Rajah 3.
Air dalam darah tidak mencukupi/ darah terlalu pekat. [1 markah]
(ii) Terangkan peranan ADH dalam menghasilkan urin yang sedikit dan pekat.
Tubul pengumpul dan tubul distal menjadi lebih telap kepada air. (Lebih banyak) air
diserap semula (ke dalam aliran darah). [2 markah]
101 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(f) Beri satu sebab mengapa kelenjar pituitari dianggap sebagai ‘kelenjar utama’.
Ia mengawal/ mengawalatur aktiviti kelenjar endokrin lain/ tiroid dengan gonad.
[1 markah]
LATIHAN 4
Rajah 4.1 menunjukkan kedudukan kelenjar pituitari seorang manusia.
Kelenjar pituitari
Rajah 4.1
(a)(i) Terangkan mengapa kelenjar pituitari adalah kelenjar tanpa duktus yang juga bertindak
sebagai kelenjar utama. [4 markah]
Kelenjar pituitari merembes hormon. Terus ke dalam aliran darah. Hantar hormon
kepada organ sasaran. Kelenjar pituitari merembes hormon yang merangsangkan
kelenjar-kelenjar endokrin lain untuk merembeskan hormon masing-masing. Contoh
spesifik kesan kelenjar pituitari ke atas organ/ kelenjar endokrin yang lain.
(ii) Terangkan peranan kelenjar pituitari dalam mengawal tekanan osmosis darah apabila
pengambilan air adalah terlalu sedikit. [8 markah]
(Apabila pengambilan air terlalu sedikit) tekanan osmosis darah/ kepekatan lebih tinggi
(daripada julat normal)/ meningkat. Osmoreseptor (dalam hipotalamus) mengesan
peningkatan/ perubahan (dalam tekanan osmosis darah). Dan menghasilkan impuls
(elektrik). Yang merangsangkan kelenjar pituitari. Untuk merembeskan lebih banyak
ADH/ Hormon antidiuresis. ADH meningkatkan ketelapan tubul berlingkar distal. Dan
tubul pengumpul. Lebih banyak air diserap semula (daripada tubul ke dalam kapilari
darah/ aliran darah). (Hasilnya) tekanan osmosis darah turun ke julat normal.
Penghasilan air kencing adalah sedikit tetapi lebih pekat.
102 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Rajah 4.2 menunjukkan pemindahan impuls saraf dari neuron P ke neuron T.
Impuls saraf R
Akson neuron P S
Bonggol sinaps
Dendrit neuron T
Rajah 4.2
Terangkan pemindahan impuls saraf dari neuron P ke neuron T merentasi S. [8 markah]
S ialah sinaps/ celah sinaps. Apabila impuls (elektrik) sampai ke bonggol sinaps/ terminal/
akson terminal. Ia merangsang/ menyebabkan vesikal (sinaps). Untuk membebaskan
neurotransmitter/ Noradrenalina/ Asetilkolina/ Dopamin. Mitokondrion (dalam terminal
sinaps). Untuk pengangkutan aktif/ pemindahan impuls// sintesis neurotransmitter.
(Neurotransmitter) meresap merentasi celah sinaps/ sinaps/ S. Ke dendrit neuron T.
Pemindahan maklumat (merentasi S) adalah dalam bentuk impuls kimia// pemindahan
maklumat merentasi S melibatkan pertukaran bentuk impuls dari impuls elektrik ke impuls
kimia. Sampai di T, pemindahan maklumat adalah dalam bentuk impuls elektrik// penukaran
impuls berbentuk kimia (berbalik) kepada impuls berbentuk elektrik// impuls berbentuk
elektrik dibentuk di T. Pemindahan impuls berlaku dalam arah sehala sahaja.
103 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 5
Kelenjar pituitari
Tiroid
Ginjal P
Q
Testis
Rajah 5
(a) Namakan struktur P dan struktur Q. [2 markah]
P: Kelenjar adrenal
Q: Pankreas
(b) (i) Namakan satu hormon yang dirembeskan oleh Q. [1 markah]
Insulin // glukagon.
(ii) Terangkan peranan hormon yang dinamakan di (b)(i) dalam mengawal atur aras
glukosa dalam darah. [2 markah]
Aras gula/ glukosa darah lebih tinggi (dari julat normal). (Lebih) insulin
dirembeskan (oleh pankreas). Glukosa berlebihan ditukarkan kepada glikogen.
Disimpan dalam hati/ otot. ATAU Aras gula/ glukosa lebih rendah (dari julat
normal). Glukagon dirembeskan (oleh pankreas). Glikogen ditukarkan kepada
glukosa (dalam hati). Glukosa darah meningkat.
3.4 Homeostasis dalam Manusia.
1. Homeostasis ialah proses pengawalaturan faktor fizikal dan kimia pada persekitaran
dalam supaya faktor-faktor ini sentiasa berada dalam keadaan optimum.
2. Homeostasis mengawal atur perubahan pada faktor-faktor di persekitaran dalam
melalui sistem suap balik negatif yang bertindak sebagai mekanisme pembetulan
untuk mengembalikan faktor itu pada keadaan normal.
104 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Struktur Ginjal. www.iamchampion.blogspot.my
Sistem perkumuhan manusia.
1. Setiap ginjal terdiri daripada korteks di bahagian luar, medula di bahagian dalam dan
pelvis yang bersambung dengan ureter.
2. Setiap ginjal terdiri daripada berjuta-juta tubul yang seni dinamakan nefron.
Keratan membujur ginjal. Struktur nefron.
Ginjal Kapsul Bowman Glomerulus Tubul berlingkar proksimal
Arteriol eferen
Arteri renal Pelvis renal Arteriol aferen Tubul berlingkar
Vena renal Medula Ke vena renal distal
Ureter Liku Henle
Tubul pengumpul
Korteks
3. Setiap nefron terdiri daripada kapsul Bowman (KB) yang berbentuk cawan dan
bermula di korteks.
4. Tubul yang bersambung dengan kapsul Bowman disebut tubul berlingkar proksimal
(TBP).
5. TBP bersambung dengan liku Henle (LH) yang berbentuk U di medula.
6. LH pula bersambung dengan tubul berlingkar distal (TBD) yang bersambung dengan
tubul pengumpulan (TP).
105 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
7. Dalam KB terdapat satu jaringan kapilari yang dinamakan glomerulus (GL).
8. GL terdiri daripada arteriol aferen (AA) yang bercabang dari satu cabang arteri renal
dan arteriol eferen (AE) yang membawa darah keluar dari GL.
Proses Pembentukan Air Kencing.
Proses Penerangan
Ultraturasan (UT) Disebabkan tekanan hidrostatik yang tinggi dalam GL.
Penyerapan Semula (PS) Ia wujud akibat perbezaan saiz antara AA yang
berdiameter lebih besar berbanding diameter AE. Proses
Rembesan (RE) ini dinamakan Ultra Turasan. Ia berlaku di Glomerulus.
Akibatnya, sebahagian besar komponen darah terturas
keluar dari Glomerulus ke dalam Kapsul Bowman.
Komposisi hasil turasan glomerulus (HTG) dalam KB
adalah plasma darah kecuali eritrosit, platlet dan protein
plasma.
Komponen utama dalam hasil turasan glomerulus ialah air,
urea, glukosa, asid amino dan garam, iaitu ion Na+. PS
berlaku di sepanjang tubul uriniferus. Di TBP, lebih kurang
65% air dalam HTG diserap semula ke dalam kapilari
darah di sekeliling tubul nefron secara osmosis.
Semua glukosa dan asid amino serta garam diserap
semula ke dalam kapilari darah secara resapan berbantu
dan pengangkutan aktif. Urea tidak diserap semula. Di
tubul menurun LH, lebih kurang 20% air diserap semula ke
dalam kapilari darah secara osmosis. Pada tubul menaik
LH, garam (ion Na+) diserap semula secara pengangkutan
aktif. Pada TBD dan TP, hanya air dan garam yang
diserap semula.
Pada TBD, bahan kumuh seperti urea, asid urik dan
ammonia dirembes keluar daripada kapilari darah ke
dalam TBD secara pengangkutan aktif. Proses ini
dinamakan rembesan. Sesetengah bahan seperti dadah,
alkohol dan bahan toksik dirembes keluar dari darah
melalui resapan ringkas. Hasil akhir yang masih tertinggal
di dalam TP akan dikeluarkan sebagai air kencing.
106 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Proses Pengosmokawalaturan (POS).
1. Satu proses untuk mengawal atur keseimbangan air dan garam dalam badan supaya
tekanan osmosis darah (TOD) dapat dikekalkan pada julat normal.
2. Kandungan air dan garam dalam darah menentukan TOD.
3. Apabila kandungan garam tinggi dan isipadu air rendah dalam darah, TOD adalah
tinggi.
4. Sebaliknya, apabila garam rendah dan isipadu air tinggi dalam darah, maka TOD
adalah rendah.
Mekanisme Pengosmokawalaturan.
1. POS melibatkan dua hormon, iaitu ADH dan antiduresis.
2. Kedua-dua hormon bertindak melalui mekanisme suap balik negatif (SBN) untuk
mengawal atur kandungan air dan garam melalui proses penyerapan semula.
3. ADH mengawal atur penyerapan semula air, manakala aldosteron mengawal atur
penyerapan semula garam.
4. TOD meningkat apabila air hilang melalui perpeluhan atau selepas memakan makanan
yang masin.
5. Osmoreseptor pada hipotalamus mengesan peningkatan TOD.
6. Ini merangsang kelenjar Pituitari merembes ADH.
7. ADH ini menambahkan ketelapan TBD dan TP terhadap penyerapan semula air.
8. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula daripada tubul ke dalam kapilari darah.
9. Keadaan ini menurunkan TOD ke aras normal.
10. Air kencing yang dihasilkan juga pekat dan sedikit.
11. Apabila TOD menurun akibat berlebihan dalam minum air.
12. Perubahan ini dikesan oleh Osmoreseptor pada hipotalamus.
13. Keadaan ini merangsang kelenjar Adrenal merembeskan hormon aldosteron.
14. Kelenjar pituitari kurang merembeskan ADH.
15. Hormon aldosteron menambahkan ketelapan dinding TBD dan TP terhadap
penyerapan semula garam.
16. Oleh itu, lebih banyak garam diserap semula dari tubul ke dalam kapilari darah.
17. TOD dinaikkan ke aras normal.
18. Kurang air diserap semula.
19. Akibatnya, air kencing yang cair dan banyak dihasilkan.
107 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan struktur satu nefron dan salur darah dalam ginjal.
T
U
Rajah 6
(a) Jadual 1 menunjukkan kandungan hasil turasan dalam T dan U. Terangkan proses yang
berlaku antara glomerulus dan kapsul Bowman.
Proses: Ultraturasan.
Penerangan:
Plasma darah (tanpa protein plasma) terturas keluar (dari glomerulus ke kapsul
Bowman). Disebabkan oleh tekanan hidrostatik yang tinggi. Diameter arteriol eferen
yang lebih kecil (berbanding arteriol aferen)// sebaliknya.
[3 markah]
Kandungan hasil turasan Kepekatan kandungan hasil turasan (%)
TU
Glukosa 0.1 0
Asid amino 8.0 0
Air 90.0 95.0
Garam mineral 1.87 2.65
Urea 0.03 2.0
Jadual 1
(b)(i) Nyatakan satu perbezaan kepekatan asid amino antara T dengan U.
Kepekatan asid amino adalah lebih tinggi dalam T berbanding dalam U. [1 markah]
(ii) Berdasarkan jawapan di (b)(i), terangkan mengapa.
Proses penyerapan semula berlaku di T. Asid amino diserap semula ke dalam
kapilari darah. Secara pengangkutan aktif. [2 markah]
108 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Air kencing seseorang itu mengandungi glukosa.
Apakah penyakit yang dihidapinya?
Nyatakan mengapa.
Penyakit: Individu tersebut menghidap penyakit kencing manis.
Alasan:
Pengambilan glukosa/ gula/ karbohidrat yang tinggi dalam menu harian. (Aras glukosa
dalam darah tinggi kerana) kekurangan insulin// pankreas gagal berfungsi. Glukosa yang
berlebihan dalam T tidak diserap semula ke dalam kapilari darah (maka air kencing
mengandungi banyak glukosa).
[2 markah]
(d) Nefron sesetengah mamalia yang hidup di gurun mempunyai liku Henle yang panjang.
Nyatakan kesannya ke atas hasil turasan yang terbentuk dalam U.
Isi padu air kencing hasil turasan kurang. Kerana lebih banyak air diserap semula (pada
bahagian menurun liku Henle).
[1 markah]
(e) Terangkan kepentingan ginjal.
Sebagai organ perkumuhan. Untuk mengkumuhkan hasil buangan/ air kencing/ urea//
mana- mana contoh yang sesuai. Sebagai organ osmokawalaturan. Untuk mengawal/
menyeimbangkan tekanan osmosis darah/ kandungan air dalam badan. Mengawal/
menyeimbangkan pH darah. Rembesan ion hidrogen / H+ (dari kapilari darah ke dalam
tubul berlingkar distal).
[3 markah]
LATIHAN 7
Jadual 2 menunjukkan kepekatan asid amino dalam plasma darah dan dalam air kencing.
Kandungan Kepekatan dalam plasma Kepekatan dalam air
darah yang memasuki ginjal kencing (g per 1000 cm3)
(g per 1000 cm3)
Asid amino 68 0
Jadual 2
Terangkan perbezaan di antara kepekatan asid amino dalam plasma darah dengan dalam
air kencing. [2 markah]
109 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kepekatan asid amino dalam plasma darah lebih tinggi dari air kencing. Semua/ 100% asid
amino. Penyerapan semula berlaku/ diserap semula ke dalam kapilari darah. Secara
pengangkutan aktif. Pada tubul (berlingkar proksimal/ nefron).
LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan struktur nefron dan salur darah di dalam ginjal manusia.
Proses X
Rajah 8
(a) Berdasarkan Rajah, proses X berlaku di antara glomerulus dan kapsul Bowman.
Terangkan proses itu. [4 markah]
Ultraturasan. Diameter arteriol aferen lebih besar // Diameter arteriol eferen lebih kecil.
Tekanan hidrostatik darah (dalam glomerulus) tinggi. Memaksa plasma darah ke dalam
kapsul Bowman. Kecuali sel darah merah / protein plasma / platlet. Untuk membentuk
turasan (glomerulus). Melalui resapan. Dinding / kapsul Bowman / kapilari darah adalah
setebal satu sel / nipis. Jarak antara kapsul Bowman dan glomerulus adalah sangat rapat.
LATIHAN 9
Individu M: Kurang air dan lebih garam dalam darah.
Individu N: Lebih air dan kurang garam dalam darah.
Hormon antidiuretik (ADH) terlibat dalam kawal atur air. Aldosteron terlibat dalam kawal atur
garam. Terangkan pengawalaturan kandungan air dan kandungan garam dalam individu M
dan individu N masing- masing berdasarkan urutan berikut:
110 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Tekanan osmosis darah.
Jumlah hormon antidiuretik (ADH) dan tindakannya.
Jumlah aldosteron dan tindakannya.
Kesan hormon antidiuretik (ADH) dan aldosteron ke atas air kencing yang dihasilkan
dan tekanan osmosis darah. [10 markah]
M N
Tekanan osmosis darah tinggi. Tekanan osmosis darah rendah.
Lebih ADH (dirembeskan). Sedikit ADH (dirembeskan).
Nefron/ tubul berlingkar distal / tubul Nefron/ tubul berlingkar distal / tubul
pengumpul lebih telap kepada air. pengumpul kurang telap kepada air.
Lebih air diserap semula. Kurang air diserap semula.
Kurang air kencing // kuantiti air Kurang air kencing // kuantiti air kencing
kencing sedikit. banyak.
Kepekatan air kencing tinggi. Kepekatan air kencing rendah
Kurang aldosteron (dirembeskan). Banyak aldosteron (dirembeskan).
Nefron / tubul berlingkar distal / tubul Nefron / tubul berlingkar distal / tubul
pengumpul kurang telap kepada pengumpul lebih telap kepada garam.
garam. Lebih garam diserap semula.
Kurang garam diserap semula Kurang garam dalam air kencing.
Lebih garam dalam air kencing Tekanan osmosis meningkat kepada
Tekanan osmosis menurun kepada
normal. normal.
Kesan Kegagalan Fungsi Ginjal.
1. Ginjal tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai organ perkumuhan dan organ
pengosmokawalaturan.
2. Bahan kumuh daripada metabolisma seperti urea, air dan garam berlebihan tidak
dapat disingkirkan daripada badan dan Tekanan osmosis darah (TOD) tidak dapat
dikawal atur.
3. Penyingkiran bahan kumuh bernitrogen seperti urea, air dan garam berlebihan
daripada badan dalam bentuk air kencing membolehkan ginjal mengekalkan TOD
pada aras normal.
111 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 10
Kedua-dua ginjal seorang pesakit gagal berfungsi. Keadaan ini menyebabkan
ketidakseimbangan air dan pengumpulan urea dalam darah.
Terangkan kesan kegagalan ginjal terhadap kawal atur keseimbangan air dalam darah.
[2 markah]
Ginjal gagal bertindak sebagai organ pengosmokawalaturan. Pengosmokawalaturan tidak
berlaku. Penyerapan semula air tidak berlaku. Tiada/ kurang urin terbentuk. Tekanan
osmotik darah tidak seimbang/ meningkat/menurun. Kandungan air dalam darah tinggi/
rendah (bergantung kepada pengambilan air). Menyebabkan kematian/ edema/ dehidrasi/
tekanan darah tinggi/ koma.
Hemodialisis.
1. Ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk menyingkirkan bahan buangan
metabolik seperti urea, air dan garam yang berlebihan daripada darah.
2. Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa telap dan diisikan dengan
bendalir dialisis.
3. Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis dikekalkan pada kepekatan yang
sama dengan plasma darah.
Tindakan mesin dialisis.
1. Bendalir dialisis sentiasa mengalir dan ditukar untuk menyingkirkan bahan kumuh
dan mengekalkan kecerunan kepekatan bagi resapan antara darah pesakit dengan
bendalir dialisis.
112 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
2. Semasa hemodialisis, darah pesakit dipam keluar dari arteri radial pada pergelangan
tangan untuk mengalir ke dalam mesin dialisis lalu mengalir keluar untuk
dikembalikan ke dalam badan melalui vena pada tangan yang sama.
3. Semasa darah mengalir melalui tubul berlingkar, urea dan garam yang berkepekatan
tinggi dalam darah meresap keluar melalui dinding tubul ke dalam bendalir dialisis
yang mengandungi urea dan garam yang kepekatan rendah.
4. Oleh itu, urea dan garam dapat disingkirkan dari badan dan TOD dapat dikawal atur
pada julat normal.
LATIHAN 11
Rajah 11 menunjukkan rawatan yang dijalankan ke atas pesakit itu.
Rajah 11
Terangkan bagaimana urea disingkirkan daripada darahnya menggunakan mesin
hemodialisis. [3 markah]
Darah mengalir melalui tiub separa telap. Cecair dialisis adalah isotonik/ sama kepekatan
dengan plasma darah. (Semasa darah mengalir) urea mempunyai kepekatan yang tinggi
dalam darah.Meresap merentasi (dinding) tiub. Ke dalam cecair dialisis . Yang mempunyai
kepekatan urea rendah. Urea disingkirkan/ dikumuh daripada darah. Tekanan osmotik
darah kembali normal.
113 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 12
Seorang individu didapati mempunyai kandungan urea yang tinggi dalam air kencingnya.
Terangkan mengapa. [6 markah]
Pengambilan protein yang tinggi. Menyebabkan asid amino berlebihan dalam (badan /
darah). Tidak boleh disimpan dalam badan // sepatutnya dikumuh. Pendeaminan berlaku di
hati. Asid amino ditukarkan kepada urea. Urea diangkut ke ginjal. Dirembeskan / rembesan
(ditubul berlingkar distal). Dari kapilari darah ke dalam tubul berlingkar distal. Secara
pengangkutan aktif // secara aktif / menggunakan tenaga.
Pengawalan Aras Gula dalam Darah.
1. Glukosa diperlukan untuk respirasi.
2. Aras normal glukosa pada manusia ialah kira-kira 90 mg/100cm3 darah.
3. Apabila aras glukosa meningkat, sel Beta (β) pada kelompok sel Langerhans di
pankreas merembeskan hormon insulin ke dalam darah.
4. Di hati, hormon insulin menukarkan glukosa berlebihan dalam darah kepada glikogen
untuk disimpan dalam sel otot dan sel hati.
5. Pertukaran glukosa kepada glikogen merupakan mekanisme suap balik negatif bagi
menurunkan aras glukosa yang tinggi dalam darah ke aras glukosa darah normal.
6. Apabila aras glukosa menurun atau rendah, sel alfa (α) Largerhans dirangsang untuk
merembeskan hormon glukagon.
7. Di hati, hormon glukagon menukarkan glikogen kepada glukosa.
8. Akibatnya, aras glukosa yang rendah dapat dinaikkan dan dikembalikan ke aras
normal.
Pengawalaturan Suhu Badan Melalui Cara Fizikal.
1. Apabila cuaca di luar panas, kelenjar peluh dirangsang untuk mengeluarkan peluh.
2. Banyak peluh dikeluarkan dan banyak juga peluh disejat.
3. Penyejatan ini menyebabkan banyak haba disingkirkan daripada badan.
4. Seterusnya, otot pada arteriol aferen mengendur menyebabkan pemvasodilatan
berlaku di mana, kapilari darah mengembang dan diameternya bertambah.
5. Akibatnya, lebih banyak darah mengalir melalui kapilari darah yang besar dan berada
berhampiran dengan permukaan kulit badan.
6. Haba berlebihan dalam badan disingkirkan melalui sinaran.
7. Selain itu, otot regang rambut mengendur.
8. Rambut condong ke permukaan kulit.
9. Satu lapisan udara nipis terperangkap di antara rambut dengan permukaan kulit.
114 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
10. Maka, banyak haba hilang melalui sinaran.
11. Dalam persekitaran yang sejuk, kelenjar peluh tidak dirangsang, oleh itu kelenjar
peluh tidak aktif.
12. Kurang peluh dikeluarkan dan kurang peluh tersejat serta kurang haba disingkirkan
daripada badan.
13. Tetapi, otot pada arteriol aferon akan mengecut dan proses pemvasocerutan berlaku.
14. Di mana, kapilari darah mengecut dan diameternya berkurang.
15. Maka, kurang darah mengalir melalui kapilari darah yang kecil dan berada jauh dari
permukaan kulit badan.
16. Dan, kurang haba disingkirkan melalui sinaran.
17. Selain itu, otot regang rambut mengecut dan menyebabkan rambut menjadi tegak.
18. Satu lapisan udara yang tebal terperangkap di antara rambut dengan permukaan
kulit.
19. Udara merupakan penebat haba yang baik.
20. Kurang haba dihilangkan melalui sinaran.
LATIHAN 13
Rajah 13 menunjukkan struktur kulit manusia dalam situasi S dan situasi T.
Z
Y
X
Situasi S Situasi T
Rajah 13
(a) Namakan struktur X dan struktur Y. [2 markah]
X: Kelenjar peluh.
Y: Otot erektor/ regang. Nashkah GURU
115 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5
www.iamchampion.blogspot.my
(i) Nyatakan satu fungsi tisu adipos.
Sebagai penebat haba. Sebagai sumber tenaga. Menyimpan lemak/ lipid.
[1 markah]
(ii) Berdasarkan Rajah di atas, terangkan tindakan kapilari darah dalam mengawal
atur suhu badan pada situasi S.
Kapilari darah mencerut// penvasocerutan. (Kapilari darah) menjauhi (permukaan)
kulit// diameter/ lumen kapilari darah mengecil. Kurang darah mengalir (ke
permukaan kulit). Kurang haba hilang. Secara sinaran. Suhu (badan) rendah
daripada julat normal// situasi sejuk. [2 markah]
(b) Suhu badan seorang budak lelaki meningkat melebihi 37OC.
Terangkan bagaimana struktur X, Y dan Z bertindak untuk merendahkan suhu badan
kembali ke 37OC.
Penerangan untuk X.
Lebih aktif/ dirangsang. Untuk membebaskan (lebih) peluh// peluh tersejat. (Lebih)
haba dihilangkan/ diserap (dalam peluh).
Penerangan untuk Y.
Y/ otot erektor/ regang mengendur. Ke bawah/ baring.
Penerangan untuk Z.
Bulu roma mencondong/ baring. Kurang udara diperangkap// lebih haba dihilangkan//
kurang penebatan.
[5 markah]
Pengawalaturan Suhu Badan Melalui Proses Metabolisme.
1. Dalam persekitaran yang panas, otot rangka tidak mengecut dan mengendur secara
berulang-ulang.
2. Keadaan menggigil tidak berlaku dan tiada haba dihasilkan.
3. Kelenjar adrenal tidak dirangsangkan. Maka, kurang atau tiada hormon adrenalina
dirembeskan.
4. Kelenjar tiroid tidak dirangsang menyebabkan sangat sedikit hormon tiroksina
dirembeskan.
5. Maka kurang haba dihasilkan.
6. Dalam persekitaran yang sejuk pula, otot rangka mengecut dan mengendur secara
berulang-ulang.
7. Keadaan menggigil berlaku.
8. Haba dihasilkan untuk meningkatkan suhu.
116 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
9. Kelenjar adrenal dirangsangkan oleh hipotalamus untuk merembeskan hormon
adrenalina.
10. Kadar metabolisme meningkat untuk menaikkan suhu badan.
11. Kelenjar tiroid dirangsangkan untuk merembeskan hormon tiroksina.
12. Maka, kadar metabolisme meningkat dan lebih banyak haba dihasilkan.
Uji Kefahaman Anda!
1. Nyatakan faktor fizikal dan kimia bagi persekitaran dalam. [2 markah]
Faktor fizikal: Suhu badan// tekanan darah
Faktor kimia: Tekanan separa oksigen/ karbon dioksida// tekanan osmosis darah//
aras gula dalam darah.
2. Terangkan maksud homeostasis. [2 markah]
Proses pengawalaturan faktor fizikal dan kimia pada persekitaran dalam supaya
faktor-faktor ini sentiasa dalam keadaan optimum.
3. Huraikan tiga proses yang terlibat dalam pembentukan air kencing. [5 markah]
Proses ultraturasan berlaku dalam kapsul Bowman. Tekanan hidrostatik yang tinggi
dalam glomerulus. Menolak sebahagian besar komponen darah kecuali sel darah
merah, platlet dan protein plasma yang terlalu besar untuk merentasi dinding
glomerulus.
Proses penyerapan semula berlaku sepanjang tubul uriniferus. Di tubul berlingkar
proksimal, air diserap semula secara osmosis. Semua glukosa/ garam/ asid amino
diserap semula ke dalam kapilari darah secara resapan berbantu dan pengangkutan
aktif.
Proses rembesan berlaku di tubul berlingkar distal. Bahan kumuh seperti urea, asid
urik dan ammonia dirembes keluar daripada kapilari darah ke dalam tubul berlingkar
distal secara pengangkutan aktif. Sesetengah bahan seperti dadah/ alkohol/ bahan
toksik dirembes keluar dari kapilari darah melalui resapan ringkas.
4. Lukis rajah skema untuk contoh homeostasis berikut: [6 markah]
(a) Pengosmokawalaturan.
(b) Pengawalaturan aras gula dalam darah.
(c) Pengawalaturan suhu badan.
117 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
Jawapan: Penyerapan semula www.iamchampion.blogspot.my
(a) Pengosmokawalaturan.
Rembesan
Ultraturasan
(b) Pengawalaturan aras gula dalam darah.
Banyak Aras glukosa
glukosa normal
ditukarkan
kepada Disimpan
glikogen dalam otot
dan sel hati
Insulin Aras glukosa
menurun
Sel Beta pada Sel Alfa pada
sel Langerhans sel Langerhans
Pankreas Pankreas
Aras glukosa Glukagon
meningkat
Aras glukosa Glikogen
normal ditukarkan
kepada
glukosa
118 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
(c) Pengawalaturan suhu badan. www.iamchampion.blogspot.my
Perpeluhan Suhu badan
meningkat. normal
pemvasodilatan
Suhu badan
berlaku menurun
Termoreseptor
suhu badan Termoreseptor
meningkat
Suhu badan Pemvasocerutan
normal
LATIHAN 14
Rajah 14 menunjukkan aktiviti sekumpulan peminat bola sepak dan pemain bola sepak di
dalam sebuah stadium.
119 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Semasa perlawanan sedang berlangsung, kadar denyutan jantung peminat dan pemain bola
sepak meningkat.
Terangkan hubungan antara kadar denyutan jantung dengan aktiviti peminat dan pemain
bola sepak.
[10 markah]
Pemain bolasepak;
Pemain perlu berwaspada. (Pemain) perlukan banyak tenaga (untuk bermain). Ototnya perlu
banyak oksigen // kekurangan oksigen. Untuk menjalankan respirasi sel / respirasi aerob //
respirasi anaerob untuk membekalkan tenaga. Kepekatan karbon dioksida meningkat (dalam
darah). pH darah menurun / menjadi berasid. Dikesan oleh kemoreseptor (dalam medula
oblongata) / kemoreseptor periferi / jasad karotid dan aortid. Hantar impuls ke pusat
respirasi. Merangsang otot respirasi / otot interkosta / diafragma untuk mengecut dan
mengendur lebih cepat. Kadar pernafasan meningkat. (Lebih) oksigen akan diambil. Jantung
mengepam lebih cepat. Untuk mengangkut oksigen // bayar hutang oksigen / oksida asid
laktik
Peminat bolasepak;
Apabila peminat bolasepak rasa seronok. Kelenjar adrenal akan dirangsang (oleh sistem
saraf). (Kelenjar adrenal) merembes adrenalina / afinefrina // aras adrenalina meningkat.
Adrenalina meningkatkan / kadar pernafasan / denyutan jantung / tekanan darah dan aliran
darah ke otot. Untuk membekalkan banyak oksigen (melalui darah) ke otot. Adrenalina juga
(mencetus) peningkatan aras glukosa dalam darah. Lebih banyak (oksigen dan) glukosa
dihantar ke otot (untuk menghasilkan tenaga). Meningkatkan kadar respirasi sel / banyak
tenaga dibebaskan. Untuk seseorang menghadapi situasi cemas (fight and flight).
3.5 Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
Kesan Penyalahgunaan Dadah kepada Manusia.
1. Dadah mengganggu tindakan neurotransmitter dan menjejaskan fungsi sistem saraf.
2. Dadah boleh bertindak sebagai perangsang atau penenang.
3. Dadah jenis kokain, nikotin, amfetamin dan kafein adalah dadah jenis perangsang
untuk jangka masa yang panjang boleh mempengaruhi fungsi sistem peredaran
darah, sistem pencernaan dan sistem saraf yang menyebabkan halusinasi dan
kemurungan.
4. Dadah penenang seperti morfin, barbiturat, trankuiliser dan heroin boleh
menyebabkan kehilangan ingatan, tidak dapat menumpukan perhatian, masalah
pernafasan, kanser peparu, kerosakan hati dan otak, mengantuk, kecelaruan dan
koma.
120 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Kesan penyalahgunaan Alkohol kepada Manusia.
1. Alkohol melambatkan fungsi sistem saraf pusat terutamanya penghantaran impuls
saraf di otak.
2. Ia juga melambatkan tindakan refleks mengganggu koordinasi dan menyebabkan
kegagalan membuat pertimbangan.
3. Antaranya, alkohol boleh menyebabkan kekeliruan, percakapan yang tidak teratur,
kelemahan koordinasi otot dan tidak dapat mengawal keseimbangan badan,
penglihatan yang kabur dan kesukaran menganggar jarak.
4. Ia juga boleh menjadikan seseorang menjadi agresif dan ganas.
5. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan hati.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah maksud penyalahgunaan dadah dan alkohol? [2 markah]
Penggunaan dadah/alkohol untuk tujuan selain perubatan yang diambil berulang kali
sehingga menyebabkan ketagihan.
2. Berikan contoh dadah yang bertindak sebagai perangsang. [2 markah]
Kokain/ nikotin/ amfetamin/ kafein.
3. Apakah kesan dadah perangsang terhadap sistem saraf? [2 markah]
Halusinasi dan kemurungan.
4. Berikan contoh dadah yang bertindak sebagai penenang. Apakah kesan dadah
penenang terhadap sistem saraf? [3 markah]
Barbiturat/ trankuiliser/ morfin/ heroin. Kehilangan ingatan/ tidak dapat menumpukan
perhatian/ kecelaruan.
5. Terangkan kesan penyalahgunaan alkohol terhadap sistem saraf. [3 markah]
Melambatkan penghantaran impuls saraf/ melambatkan tindakan refleks/ menganggu
koordinasi/ kegagalan membuat pertimbangan/ kekeliruan/ percakapan yang tidak
teratur/ halusinasi.
121 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 15
Penyalahgunaan stimulan dan depresan untuk jangka masa yang lama akan memberi kesan
kepada kesihatan seseorang.
Terangkan kesan tersebut.
[6 markah]
Stimulan adalah dadah / kokain / nikotin / kafein. Yang boleh meningkatkan penghasilan
neurotransmiter di sinaps. Mempercepatkan penghantaran impuls / aktiviti saraf.
Meningkatkan kadar denyutan jantung / kadar pernafasan / tekanan darah. Menyebabkan
bertenaga / seronok / halusinasi / agresif. (Jangka panjang) penggunaan stimulan boleh
menyebabkan masalah peredaran/ tekanan psikologi/ kerosakan sistem saraf / otak /
ketagihan.
Depresan adalah dadah / heroin / morfin / barbiturat / alkohol. Yang merencat pembebasan /
penghasilan neurotransmiter pada sinaps (dalam otak). Memperlahankan penghantaran
impuls / saraf / aktiviti otak. Ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung / kadar
pernafasan / merendahkan tekanan darah. Seseorang akan berasa relaks / lega /
keseronokan sementara. (Jangka panjang) penggunaan depresan akan menyebabkan
seseorang hilang tumpuan / koordinasi dan pertimbangan / hilang ingatan/ rosak otak /
penyakit hati / koma / ketagihan.
LATIHAN 16
Dadah penenang diberikan kepada seorang pesakit untuk mengurangkan ketegangan dalam
kehidupan seharian.
Terangkan kesan dadah tersebut ke atas penghantaran impuls melalui sinaps.
[6 markah]
Ketegangan disebabkan oleh penyalahgunaan dadah / ketagihan / sistem saraf pusat (SSP)
hiperaktif / gangguan emosi. Dadah penenang berupaya melambatkan aktiviti SSP / kadar
metabolisme / mengendurkan otot / melegakan kegelisahan / tekanan. Contoh dadah
penenang adalah barbiturat / transkuiliser / heroin / morfin. Dalam SSP, dadah / dadah
penenang merencat / menghalang / menghentikan pembebasan neurotransmitter pada
membran pra sinaps. Merencat pengikatan / penggabungan neurotransmitter kepada
reseptor penerima pada neuron seterusnya. Kurang / tiada neurotransmitter yang
mencetuskan / menjanakan impuls baharu pada neuron seterusnya / interneuron / neuron
eferen. Menyebabkan neuron seterusnya tidak berupaya menjana impuls. Melambatkan
pemindahan impuls / aktiviti SSP. Pesakit tidak akan merasa stres / tekanan // berasa
tenang.
122 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
3.6 Hormon Tumbuhan.
Kesan Auksin ke atas Gerak Balas Pertumbuhan.
1. Gerak balas pertumbuhan dinamakan tropisme.
2. Gerak balas tropisme dikawal oleh hormon auksin.
Aktiviti Eksperimen I Ekperimen II Eksperimen III
Langkah 1
Hujung koleoptil Hujung koleoptil Hujung koleoptil
Langkah 2
Pemerhatian dipotong pada dibuang dan diletakkan dibuang dan
Inferens bahagian atas zon diatas blok agar. diletakkan di atas blok
Kesimpulan pemanjangan. agar.
Hujung dibuang tiada Selepas 2 jam, blok Selepas 2 jam, Blok
pertumbuhan. agar diletak pada agar diletakkan pada
koleoptil terpotong. sebelah kiri koleoptil.
Hujung diletak koleoptil tumbuh tegak Koleoptil
semula, koleoptil ke atas. membengkok ke
tumbuh ke atas. sebelah kanan.
Hujung koleoptil Bahan kimia (auksin) Auksin meresap
mempengaruhi meresap daripada secara langsung
pertumbuhan pada hujung koleoptil ke daripada blok agar ke
zon pemanjangan. dalam blok agar. dalam sebelah kiri
koleoptil sahaja.
Auksin dihasilkan di tisu meristem di hujung pucuk dan di hujung akar.
Auksin merangsang pemanjangan sel pada ozon pemanjangan di hujung
pucuk.
123 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Peranan Auksin dalam Gerak Balas Tropisme.
1. Auksin mengawal gerak balas pertumbuhan pada hujung pucuk dan hujung akar
tumbuhan.
2. Gerak balas pertumbuhan ini di mana arah pertumbuhan bergantung pada arah
rangsangan dinamakan tropisme.
3. Terdapat dua jenis tropisme utama iaitu fototropisme dan geotropisme.
4. Terdapat dua jenis fototropisme iaitu fototropisme positif dan fototropisme negatif.
Fototropisme.
1. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai peranan auksin dalam fototropisme adalah
seperti berikut:
(a) Hujung koleoptil ialah bahagian yang peka terhadap rangsangan cahaya.
(b) Sel meristem pada hujung pucuk menghasilkan auksin.
(c) Auksin menjauhi cahaya dan berkumpul pada bahagian teduh.
(d) Kepekatan auksin yang tinggi pada pucuk merangsang pemanjangan sel di
pucuk.
(e) Auksin boleh meresap melalui blok agar (medium cecair) tetapi tidak boleh
meresap melalui kepingan mika/medium pepejal.
EKSPERIMEN 1
124 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Geotropisme.
1. Gerak balas pucuk dan akar terhadap graviti disebut geotropisme.
2. Peranan auksin dalam geotropisme adalah seperti berikut:
Pemerhatian Penerangan
Graviti menyebabkan meristem apeks pada hujung
pucuk dan akar menghasilkan auksin.
Graviti menyebabkan auksin berkumpul di bahagian
Anak benih diletak dengan pucuk dan bawah hujung pucuk dan hujung akar.
akarnya secara mengufuk dalam
keadaan gelap.
Auksin meresap ke dalam zon pemanjangan. Daya
tarikan graviti menyebabkan auksin berkumpul pada
bahagian bawah pucuk dan akar.
Akibat tarikan graviti, auksin Bahagian bawah pucuk dan akar mengandungi
berkumpul pada bahagian bawah kepekatan auksin yang lebih tinggi berbanding dengan
zon pemanjangan hujung pucuk dan bahagian atas.
akar.
Kepekatan auksin yang tinggi pada hujung pucuk
merangsang pemanjangan sel. Oleh itu, bahagian
bawah pucuk dengan kepekatan auksin yang lebih
tinggi memanjang lebih cepat daripada bahagian atas.
Akibatnya pucuk membengkok dan tumbuh ke atas,
125 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
menunjukkan geotropisme negatif. Kepekatan auksin
yang tinggi pada hujung akar merencatkan
pemanjangan sel. Bahagian bawah akar dengan
kepekatan auksin yang tinggi memanjang lebih lambat
berbanding dengan bahagian atas. Akibatnya, akar
membengkok dan tumbuh ke bawah, menunjukkan
geotropisme positif.
Penggunaan Hormon dalam Pertanian.
Hormon Penggunaan Hormon Penerangan
Auksin Merangsang pertumbuhan Digunakan pada keratan batang untuk
akar adventitius. mempercepat pertumbuhan akar dan batang.
Etilena Sebagai racun rumpai. Digunakan sebagai herbisid dalam
kepekatan yang tinggi untuk membunuh
Dalam pembentukan buah. rumpai dikotiledon tetapi tumbuhan
monokotiledon tidak diganggu.
Dalam pembentukan Disembur pada buah-buahan untuk
tumbuhan yang rendah dan mengelakkan keguguran buah sebelum
rimbun. masak.
Merangsang pertumbuhan Disembur pada stigma bunga dan ovari
tanaman. dalam bunga untuk merangsang ovari
Merangsang pemasakan berkembang menjadi buah tanpa
buah. persenyawaan. Proses ini dinamakan
parternokarpi. Buah tanpa biji dihasilkan.
Pekebun memotong tunas dihujung pucuk
untuk mengurangkan aras auksin supaya
tunas sisi boleh tumbuh ke sisi dan
menjadikan tumbuhan itu rimbun.
Auksin digunakan pekebun untuk
merangsang pemanjangan sel pada pucuk.
Disembur pada buah untuk merangsang
buah cepat masak.
126 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Uji Kefahaman Anda!
1) Apakah maksud tropisme? [2 markah]
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan di mana arah pertumbuhan
bergantung kepada arah rangsangan.
2) Terangkan peranan auksin dalam gerak balas pertumbuhan. [2 markah]
Merangsang pemanjangan pucuk tumbuhan dan merencatkan pemanjangan akar.
3) Kenal pasti dua jenis tropisme pada tumbuhan dan tunjukkan bagaimana tumbuhan
itu bergerak balas terhadap rangsangan luar. [4 markah]
Fototropisme- pucuk tumbuhan memanjang mengikut arah cahaya.
Geotropisme- akar memanjang ke bawah/ arah tarikan graviti.
4) Pada rajah di bawah, A mewakili satu eksperimen yang telah disediakan untuk
menunjukkan peranan hormon ke atas koleoptil jagung. Lengkapkan B untuk
menunjukkan keputusannya selepas satu hari. [4 markah]
127 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 4
PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
128 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 4 PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
4.1 Pembentukan Gamet.
Keperluan Pembentukan Gamet.
1. Gamet dihasilkan melalui proses meiosis.
2. Proses ini berlaku di dalam organ pembiakan yang dikenali sebagai gonad.
3. Proses ini menghasilkan sel-sel pembiakan yang disebut gamet yang bersifat haploid, iaitu
sel yang mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk.
Pembentukan Sperma atau Spermatogenesis.
Sistem pembiakan lelaki.
1. Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada sepasang testis yang berperanan
menghasilkan sperma (gamet jantan) dan hormon seks lelaki, iaitu testosteron.
2. Testis terdapat di dalam pundi yang disebut skrotum yang terdapat di luar badan.
3. Di dalam setiap testis terdapat 200 lebih ruang atau lobul.
4. Setiap lobul mengandungi satu atau lebih tubul berlingkar yang dinamakan tubul
seminiferus.
5. Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku dalam tubul seminiferus.
129 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Keratan membujur testis.
6. Ia dilapisi sel-sel yang belum mengalami pengkhususan yang dikenali sebagai germa
primordium.
7. Sel ini menjalani mitosis banyak kali untuk banyak menghasilkan spermatogonium
(ST) yang diploid.
Pembentukan sperma pada dinding tubul seminiferus.
8. Selepas baligh, spermatogonium (ST) mengalami pertumbuhan untuk membentuk
sel yang besar.
9. Sel itu disebut spermatosit primer (SP).
10. SP terus membahagi melalui meiosis I untuk menghasilkan dua spermatosit
sekunder (SS) yang haploid.
130 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Peringkat spermatogenesis.
11. Kedua dua SS ini membahagi melalui meiosis II untuk menghasilkan empat
spermatid (Sd) yang haploid.
12. Sd terus mengalami pembezaan dan pengkhususan untuk menghasilkan sperma.
Struktur sperma manusia.
Pembentukan Ovum atau Oogenesis.
1. Proses pembentukan ovum atau oogenesis berlaku dalam sepasang ovari yang
terletak di bahagian bawah rongga abdomen.
2. Setiap ovari mempunyai bentuk dan saiz seperti ‘badam’.
3. Ovari menghasilkan ovum dan juga hormon estrogen dan progestron.
131 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
4. Proses oogenesis bermula semasa perkembangan fetus perempuan dalam uterus
ibunya lagi.
Kedudukan ovari.
5. Sel germa primordium dalam ovari embrio membahagi secara mitosis berulang-ulang
kali membentuk oogonium (OG).
6. OG yang diploid mengalami tumbesaran menjadi oosit primer (OP).
7. Setiap OP diselaputi oleh satu atau lebih lapisan sel folikel.
Struktur oosit sekunder.
8. Keseluruhan struktur ini dikenali sebagai folikel primer (FP).
9. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjuta-juta OP di dalam
ovarinya.
10. OP ini meneruskan proses meiosis di bawah rangsangan hormon perangsang folikel
(FSH) apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh.
132 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
11. Setiap bulan, beberapa OP dari salah satu ovari akan menjadi aktif dan meneruskan
meiosis I untuk membentuk Oosit Sekunder (OS) yang besar dan satu jasad kutub
yang kecil.
12. Kedua-dua sel ini bersifat haploid.
13. OS akan mengalami meiosis II sehingga peringkat metafasa II sahaja.
14. OS diselaputi oleh beberapa lapisan sel folikel yang dikenali sebagai folikel sekunder
(FS).
15. FS akan membesar dan membentuk Folikel Graaf (FG).
16. Setiap bulan, di bawah rangsangan satu lagi hormon lain dikenali sebagai hormon
peluteinan (LH), folikel Graaf (FG) akan meletus dan Oosit Sekunder (OS)
dibebaskan daripada ovari.
17. Proses ini dikenali sebagai pengovulan.
18. OS akan memasuki Tiub Fallopia (TF) dan akan melengkapkan pembahagian
meiosis II sebaik sahaja satu sperma menembusi Oosit Sekunder lalu membentuk
ovum dan satu jasad kutub.
19. Persenyawaan akan berlaku apabila bercantumnya nukleus ovum dengan nukleus
sperma.
Peringkat perkembangan dan pembentukan ovum.
133 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 1
Rajah 1 menunjukkan rajah skema spermatogenesis dan oogenesis pada manusia.
SPERMATOGENESIS OOGENESIS
Sel germa primordium Sel germa primordium
Spermatogonium Oogonium
Spermatosit primer Oosit primer
Spermatosit sekunder
Oosit Jasad
Spermatid sekunder kutub
Sperma
Jasad kutub
Rajah 1
Terangkan persamaan dan perbezaan antara spermatogenesis dan oogenesis
Persamaan Penerangan
Kedua-dua proses berlaku di dalam organ Sel-sel epitelial germa terdapat di organ
pembiakan. pembiakan.
Sel-sel epitelial germa adalah diploid. Untuk menghasilkan gamet haploid.
Sel-sel epitelial germa menjalani meiosis. Untuk menghasilkan banyak sel diploid.
Kedua-dua proses menjalani meiosis. Untuk menghasilkan empat sel anak
haploid.
Kedua-dua proses melibatkan Persediaan untuk membesar.
pertumbuhan.
134 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Perbezaan:
Spermatogenesis Oogenesis
Berlaku dalam testis kerana ia adalah organ Berlaku dalam ovari kerana ia adalah organ
pembiakan lelaki. pembiakan perempuan.
Melibatkan proses pembezaan. Tidak melibatkan proses pembezaan.
Menghasilkan empat sperma yang aktif. Menghasilkan satu ovum (dan tiga jasad
kutub yang akan merosot).
Sperma mempunyai saiz yang lebih kecil Ovum mempunyai saiz yang lebih besar,
dan mempunyai ekor untuk berenang. pergerakan dibantu oleh silia di tiub Fallopia.
Berlaku sepanjang hayat. Berhenti apabila menopaus.
Bermula selepas mencapai akil baligh. Bermula pada peringkat fetus.
Pembentukan sperma berlaku setiap masa. Pembentukan ovum sekali dalam kitar haid.
Mengalami proses meiosis lengkap. Meiosis II hanya lengkap selepas ovum
disenyawakan.
Sel epitelial germa membahagi membentuk Sel epitelial germa membahagi membentuk
spermatogonium (SG). oogonium (OG).
Spermatogonium berkembang Oogonium (OG) berkembang menghasilkan
menghasilkan Spermatosit Primer (SP). Oosit Primer (OP).
Uji Kefahaman Anda!
1) Nyatakan perbezaan antara sperma dengan ovum. [2 markah]
Sperma adalah gamet jantan manakala ovum adalah gamet betina. Sperma mempunyai
kepala/ ekor manakala ovum tidak mempunyai ekor. Saiz sperma kecil manakala ovum
lebih besar. Sperma berenang kearah ovum manakala ovum hanya menunggu sperma
untuk disenyawakan. Jangka hayat sperma lebih singkat manakala jangka hayat ovum
lebih lama.
2) Apakah kepentingan menghasilkan sperma yang banyak dalam pembiakan seks?
Kebarangkalian sperma untuk bersenyawa dengan ovum adalah tinggi. [1 markah]
3) Namakan organ di mana spermatogenesis dan oogenesis berlaku. [2 markah]
Spermatogenesis- Testis Oogenesis- Ovari.
4) Namakan jenis pembahagian sel yang menghasilkan gamet. [1 markah]
Meiosis
Nashkah GURU
135 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5
www.iamchampion.blogspot.my
4.2 Peranan Hormon dalam Kitar Haid.
Masa (hari) Peristiwa yang berlaku dalam:
Ovari Uterus
1-5 Perkembangan folikel primer. Haid berlaku.
6-13 Kematangan folikel Graaf. Pemulihan dan penebalan endometrium.
14 Pengovulan. Penebalan endometrium terus berlaku.
15-24 Perkembangan Korpus Luteum Penebalan endometrium terus berlaku.
Pembentukan tisu dan salur darah
dalam endometrium.
25-30 Kemerosotan Luteum Kemerosotan endometrium.
Korpus jika persenyawaan tidak
berlaku.
Hari 25-30 Hari 1-7
Hari 15-24 Hari 8-14
Kitar haid
136 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Perubahan aras hormon semasa kitar haid dan hubungannya dengan perubahan di dalam
ovari dan uterus.
137 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Peranan Hormon dalam Mengawal Atur Kitar Haid.
Kelenjar Endokrin Hormon dirembeskan Peranan
Pituitari FSH Merangsang perkembangan folikel di dalam
ovari. Oosit primer yang terkandung dalam
folikel primer akan berkembang dan menjadi
oosit sekunder yang terkandung dalam
folikel Graaf.
LH Merangsang pengovulan.
Ovari Estrogen Memperbaiki dan memulihkan endometrium
selepas haid.
Merencatkan penghasilan FSH.
Merangsang penghasilan LH.
Progesteron Merangsang penebalan dinding
endometrium untuk penempelan embrio.
Menghalang penghasilan FSH dan LH oleh
kelanjar pituitari.
Sindrom Prahaid.
1) Sindrom ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan beberapa symptom atau
gejala yang tidak khusus untuk mencirikan sesuatu penyakit.
2) Prahaid merujuk kepada waktu sebelum mulanya haid.
3) Jadi, sindrom prahaid ialah tanda- tanda atau gejala yang dialami oleh seorang wanita
sebelum bermulanya haid.
4) Gejala- gejala ini akan muncul dari tujuh hingga 14 hari sebelum hari pertama
bermulanya haid.
5) Gejala- gejala yang dialami boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:
Kategori Gejala
Fizikal Sakit pinggang, pening kepala, pitam, sakit kepala, sakit sendi, rasa
loya, tidak berselera untuk makan, kurang tenaga, tidur tidak lena
dan kesakitan pada payu dara.
Emosi Cepat marah, tidak tenteram, gelisah dan muram.
Mental Kurang daya ingatan dan sukar memberi tumpuan.
6) Bukan semua wanita akan mengalami semua gejala yang disebutkan.
7) Sindrom prahaid disebabkan oleh kemerosotan pada aras hormon estrogen dan
progesteron dalam kitar haid dan ini adalah keadaan yang berlaku secara semula jadi.
138 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Putus Haid.
1) Putus haid ialah tempoh masa terhentinya pengovulan dan haid secara semula jadi
pada wanita dan lazimnya berlaku dalam lingkungan 46 hingga 50 tahun.
2) Apabila seorang wanita menghampiri 50 tahun, perembesan hormon estrogen dan
progesteron akan semakin berkurangan.
3) Hal ini disebabkan ovarinya semakin kurang dipengaruhi oleh rangsangan FSH dan
LH.
4) Apabila perembesan estrogen dan progesteron berhenti, perubahan yang berlaku pada
endometrium setiap bulan akan berhenti dan haid juga berhenti.
5) Putus haid dikatakan benar- benar berlaku apabila seorang wanita tidak datang haid
untuk 12 bulan berturut- turut.
6) Gejala- gejala yang dialami oleh seseorang wanita yang hampir putus haid termasuk
berasa panas pada seluruh badan, terutamanya pada kepala dan leher untuk beberapa
saat atau minit, berasa letih, gelisah, tidak tenteram dan mudah tersinggung.
7) Kekurangan estrogen juga menyebabkan kecenderungan kehilangan unsur kalsium
daripada tulang.
8) Kehilangan unsur kalsium menyebabkan tulang menjadi kurang padat dan mudah
rapuh atau retak.
9) Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis.
139 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan perkembangan folikel dalam kitar ovari.
Folikel primer
Oosit sekunder
Rajah 2
(a) Terangkan apa yang berlaku semasa peringkat I dan peringkat II dalam kitar ovari.
[4 markah]
Peringkat I:
Kelenjar pituitari merembes LH. Aras LH tinggi di dalam darah. Merangsang ovulasi/
Folikel Graafian merosot.Oosit sekunder/ ovum dibebaskan.
Peringkat II:
(LH merangsang) perkembangan korpus luteum. Korpus luteum merembeskan
progesteron/ estrogen.
(b) (i) Seorang wanita mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan. Kandungan pil
itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH) oleh kelenjar pituitari.
Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap peringkat I dalam kitar ovari.
[3 markah]
Pil perancang mengandungi (sintetik) progesteron dan estrogen. Aras FSH rendah
(dalam darah). Tiada perkembangan folikel. Folikel graf tidak terbentuk. Kurang
estrogen dirembeskan (oleh ovari). (Kelenjar) pituitari tidak/ kurang dirangsangkan.
Untuk merembes (cukup) LH. Tiada ovulasi.
140 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Terangkan apa yang menyebabkan peringkat III berlaku dan kesannya. [3 markah]
Korpus luteum diluluhkan sebab. Ovum/ oosit sekunder tidak disenyawakan//
persenyawaan tidak berlaku. Tiada/ kurang aras progesteron. Dinding uterus/
endometrium luluh/ terurai/ merosot. Tiada berlaku penempelan. Tiada kehamilan.
LATIHAN 3
Rajah 3.1 menunjukkan sebahagian sistem pembiakan perempuan pada manusia. Rajah 3.2
menunjukkan peringkat kitar ovari dalam ovari.
Tisu parut ovari Oosit sekunder
Z
XY
Rajah 3.1 Rajah 3.2
(a) Berdasarkan Rajah 3.2:
(i) Terangkan perkembangan struktur X untuk membentuk struktur Y.
X ialah folikel primer. Perkembangan X dirangsang oleh FSH. Sel folikel betambah //sel
folikel membahagi secara mitosis. Membentuk folikel sekunder // Y ialah folikel sekunder.
Folikel primer / X mengandungi oosit primer. Oosit primer menjalani meiosis I. membentuk
oosit sekunder // Y mengandungi oosit sekunder.
[2 markah]
141 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(ii) Struktur Y akan berkembang untuk membentuk struktur Z.
Terangkan perbezaan antara struktur Y dan struktur Z.
Struktur Y Struktur Z
Y ialah folikel / oosit sekunder Z ialah korpus luteum
Y terbentuk daripada sel folikel Z ialah saki baki sel folikel selepas ovulasi
Y berkembang sebelum ovulasi Z berkembang selepas ovulasi
Y mengandungi oosit (sekunder) Z tidak mengandungi oosit (sekunder)
Y berkembang menjadi folikel Graaf Z akan merosot (jika persenyawaan tidak
berlaku) // R membentuk folikel Graaf
Y merembes estrogen selepas membebaskan oosit / ovum
Z merembes progesteron
[3 markah]
(b)(i) Berikut adalah hormon - hormon yang terlibat dalam pembentukan ovum.
Hormon peluteinan
Hormon perangsang folikel
Estrogen
Jelaskan bagaimana rembesan satu hormon mengawal perembesan hormon - hormon
yang lain sebelum ovulasi berlaku.
Kelenjar pituitari rembes lebih FSH. FSH merangsang perkembangan folikel. Folikel
yang sedang berkembang rembes estrogen / lebih estrogen dalam darah. Aras estrogen
yang tinggi merangsang kelenjar pituitari merembeskan LH. Aras LH yang tinggi
merangsang ovulasi. Aras estrogen yang tinggi merencat perembesan FSH.
[3 markah]
(ii) Pil pencegah kehamilan mengandungi hormon estrogen dan progesteron.
Terangkan peranan hormon progesteron dalam pencegahan kehamilan.
Aras progesteron yang tinggi merencatkan penghasilan FSH. Tiada perkembangan
folikel. Tiada pembentukan ovum. Tiada persenyawaan // tiada perkembangan zigot //
tiada penempelan embrio.
[2 markah]
142 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Dalam sesetengah kehamilan, suatu kecederaan berlaku dalam tiub Fallopio yang akan
menyebabkan pembentukan tisu parut seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
Terangkan bagaimana kehadiran tisu parut boleh memberi kesan kepada kehamilan.
Lumen / diameter tiub fallopio berkurang. Persenyawaan berlaku untuk membentuk zigot /
morula / blastosista / embrio. Morula / blastosista / embrio tidak sampai ke uterus.
Blastosista / embrio menempel pada tisu parut / tiub falopio. Kehamilan luar rahim /
ektopik.
[2 markah]
4.3 Perkembangan Awal Zigot dalam Manusia.
1. Proses persenyawaan berlaku antara ovum dengan salah satu sperma dalam tiub
fallopia seorang wanita.
Peringkat perkembangan zigot hingga ke peringkat blastosista dan penempelan.
2. Selepas 30 jam persenyawaan, zigot manusia membahagi menjadi dua sel.
3. Zigot seterusnya membahagi lagi menjadi empat sel, lapan sel, enam belas sel, tiga
puluh dua sel dan seterusnya sehingga menjadi satu kelompok sel yang digelar
morula.
143 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Embrio yang berusia sembilan hari.
4. Morula menjadi bentuk sfera berongga yang disebut blastosista.
5. Blastosista akan berkembang membentuk embrio.
6. Embrio akan mula menempel pada dinding uterus.
7. Embrio akan berkembang membentuk fetus.
Persenyawaan diikuti dengan perkembangan zigot hingga menjadi bayi.
144 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada sistem pembiakan perempuan.
Rajah 4
Berdasarkan Rajah 4, huraikan perkembangan zigot selepas persenyawaan sehingga
penempelan. [4 markah]
Zigot membahagi kepada dua sel (embrio). Secara mitosis. (Kemudian mengalami
pembahagian) membentuk 4/ 8/ 16 sel. Dikenali sebagai morula. (Sel dalam) morula terus
membahagi. Membentuk blastosis/ blastula. (Blastosit)/ embrio menempel/ melekat pada
dinding uterus/ endometrium untuk berkembang menjadi fetus. Embrio berkembang menjadi
fetus.
Pembentukan Anak Kembar.
Pembentukan anak kembar seiras.
145 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Pembentukan anak kembar tak seiras.
Perbandingan antara kembar seiras dan kembar tak seiras;
Kembar seiras Persamaan Kembar tak seiras
1. Perkembangan fetus berlaku di dalam uterus.
2. Memerlukan plasenta untuk perkembangan fetus.
3. Fetus mempunyai tali pusat.
4. Fetus menerima oksigen dan nutrien daripada darah ibu.
5. Bahan kumuh daripada darah fetus disingkirkan melalui darah ibu.
6. Darah ibu terpisah daripada darah fetus.
Perbezaan dari segi:
Satu ovum disenyawakan oleh Persenyawaan Dua ovum disenyawakan oleh
satu sperma. dua sperma yang berlainan.
Embrio membahagi menjadi Pembahagian Pembahagian embrio tidak
dua. embrio berlaku.
Fetus kembar berkongsi satu Plasenta Setiap kembar mempunyai
plasenta. plasenta sendiri.
Kedua-dua mempunyai Kandungan genetik Kandungan genetik dalam kedua-
kandungan genetik yang sama.
Sama. dua kembar tidak sama.
Seiras.
Jantina Sama atau berbeza.
Rupa Tidak seiras.
Anak Kembar Siam.
1. Semasa pembentukan anak kembar seiras, pembahagian satu embrio yang tidak
lengkap boleh berlaku.
146 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
2. Jika berlaku, dua embrio yang masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian
tubuh tertentu misalnya kepala, punggung atau perut akan terbentuk.
3. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.
Jantung Tempat
dan peparu percantuman
berasingan antara dua bayi
Berkongsi
hati
Peranan Plasenta dalam Perkembangan Fetus.
1. Plasenta ialah struktur yang tisu-tisunya terbentuk daripada sel-sel fetus dan ibu
2. Sistem peredaran darah (SPD) fetus terpisah daripada SPD ibu oleh satu membran
yang nipis.
3. Pemisahan SPD fetus dan ibu adalah penting kerana tekanan darah ibu adalah jauh
lebih tinggi daripada tekanan darah fetus. Hal ini berkemungkinan boleh merosakkan
kapilari darah fetus yang sangat halus.
4. Darah ibu dan fetus tidak bercampur. Hal ini dapat mengelakkan masalah
penggumpalan darah jika kumpulan darah fetus dan ibu berlainan.
5. Plasenta juga berfungsi sebagai satu struktur yang ‘mengawal-pilih’ antara darah ibu
dengan darah fetus.
6. Ia membenarkan hanya bahan-bahan tertentu seperti oksigen, karbon dioksida,
garam mineral, glukosa, asid amino, lipid, vitamin, urea, hormon dan antibodi
meresap melaluinya.
7. Bahan-bahan lain seperti SDM dan SDP tidak boleh merentas plasenta.
8. Namun, bahan-bahan seperti dadah, alkohol, kafein dan bahan dari asap rokok serta
virus HIV dapat merentas plasenta dan masuk ke sistem aliran darah fetus.
147 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
Rajah: Kedudukan dan struktur plasenta.
9. Plasenta juga berfungsi sebagai organ endokrin dan merembeskan hormon yang
amat penting semasa kehamilan. Selepas bulan ketiga, korpus luteum mula merosot
dan tidak dapat merembeskan progesteron lagi. Jadi, plasenta akan mengambil alih
fungsi korpus luteum dan merembeskan progesteron dan estrogen untuk
mengekalkan ketebalan endometrium.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah yang dimaksudkan dengan persenyawaan? [2 markah]
Percantuman antara nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk zigot diploid.
2. Berikan nama peringkat embrio yang berbentuk bebola dan berongga di bahagian
tengahnya. [1 markah]
Blastosista.
3. Apakah jenis kembar yang pembentukannya berasal daripada satu zigot yang sama?
[1 markah]
Kembar seiras/siam
4. Apakah akan berlaku jika plasenta terpisah daripada dinding uterus? [1 markah]
Keguguran fetus boleh berlaku.
148 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
5. Mengapakah seorang ibu yang kuat merokok akan menjejaskan perkembangan
fetus? [2 markah]
Asap rokok mengandungi nikotin/ tar/ karbon monoksida. Meresap ke dalam plasenta
menyebabkan kecacatan fizikal pada fetus.
6. Apakah bahan yang tidak boleh merentas plasenta? [1 markah]
Sel darah merah/ sel darah putih.
LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan dua jenis kembar.
P
Kembar X Kembar Y
Rajah 5
(a)(i) Namakan jenis kembar Y.
Kembar tak seiras.
[1 markah]
(ii) Terangkan bagaimana kembar Y terbentuk.
Dua ovum dibebaskan pada masa yang sama/ serentak. Setiap ovum disenyawakan
oleh satu sperma yang berlainan. Dua zigot/ embrio yang berlainan terbentuk.
[2 markah]
(b)(i) Namakan struktur P.
Plasenta. [1 markah]
(ii) Nyatakan dua fungsi struktur P.
Membekalkan nutrien untuk fetus (yang membesar). Merembeskan hormon yang
diperlukan semasa mengandung. Membantu menyingkirkan bahan buangan/ kumuh
dari fetus. Membentuk membran antara darah ibu bercampur dengan darah fetus.
Membenarkan bahan- bahan dipindahkan daripada ibu kepada fetus.
[2 markah]
149 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU
www.iamchampion.blogspot.my
(c) Nyatakan dua perbezaan antara kembar X dengan kembar Y.
Kembar X berkongsi plasenta yang sama manakala kembar Y mempunyai palsenta
yang berasingan. Kembar X terbentuk dari satu sperma dan satu ovum tetapi kembar
Y terbentuk dari dua pasang sperma dan ovum.
[2 markah]
(d) Kembar X dibesarkan oleh dua keluarga angkat yang berbeza. Kembar itu tidak serupa
saiz badan apabila dewasa.
Terangkan mengapa.
Tabiat makan yang berbeza. Aktiviti harian yang berbeza.
[2 markah]
(e) Seorang perempuan yang kuat merokok disahkan hamil.
Terangkan mengapa beliau mesti berhenti merokok.
Bahan kimia seperti nikotin akan meresap melalui plasenta ke fetus. Menyebabkan
kerosakan otak/ tumbesaran fetus terbantut/ penurunan saiz fetus.
[2 markah]
LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan fetus manusia dalam uterus ibunya.
M
N
Fetus
Dinding uterus
Rajah 6
(a) Namakan struktur berlabel M dan N.
M: Plasenta.
N: Tali pusat.
[2 markah]
(b) Terangkan komposisi darah yang mengalir melalui salur darah di N.
Vena tali pusat mengandungi darah yang kaya/ tinggi kandungan nutrien/ oksigen/
antibodi/ hormon. Vena (tali pusat) membawa darah daripada ibu kepada fetus (untuk
pembesaran/ pertumbuhan). Arteri (tali pusat) mengandungi darah yang kaya/ tinggi
150 Modul Sempoi Biologi Tingkatan 5 Nashkah GURU