MODUL SUTEJA KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (KMK)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2021
PANEL MODUL SUTEJA KMK
Penasihat : Cikgu Mohd Hassany bin Hashim P.S.K.,A.S.K
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Pengerusi: Cikgu Hjh.Halizah binti Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa
Penyelaras: Cikgu Hamdan bin Abdul Kadir
Penolong Pengarah Bahasa
Fasilitator :
Cikgu Maizura binti Muhammad – SMK Bachok
Cikgu Noor Asmak binti Che Abu Bakar – SMK Mahmud Mahyiddin
Cikgu Tuan Maziyana binti Tuan Zin – SMK Sungai Pinang
Cikgu Shamsuriati binti Hassan – SMK Sri Kiambang
Panel Penulis:
1. Cikgu Tan Ley Swan – SMK Beris Panchor
2. Cikgu Nisah binti Ismail – SMK Jelawat
3. Cikgu Zaharah binti Mamat – SMK Kok Lanas
4. Cikgu Rosliza binti Yusof – SMK Pengkalan Chepa
5. Cikgu Zakiah binti Harun – SMK Chetok
6. Cikgu Hasimah binti Hassan – SMK Tengku Panglima Raja
7. Cikgu Che Smart@Hasmah bt Seman – SMK Dato Mahmud Paduka Raja1
8. Cikgu Azlina binti Idris – SMK Dato Mahmud Paduka Raja 2
9. Cikgu Hasni binti Haron – SMK Mengkebang
10. Cikgu Anuar bin Salleh – SMK Bandar Kuala Krai
11. Cikgu A Razak bin Che Hasan – SMK Chabang Empat
12. Cikgu Rohani binti Yaacob – SMK Geting
13. Cikgu Md Nor Haizom bin Awang – SMK Hamzah 2
14. Cikgu YM Raja Alias bin Raja Yunus – SMK Machang
15. Cikgu Azmah binti Ismail – SMK Bukit Jawa
16. Cikgu Elina binti Mustafa – SMK Tok Janggut
1
Cetakan pertama 2021
@ Kementerian Pendidikan Malaysia
(Jabatan Pendidikan Negeri kelantan)
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, audio dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran dan keizinan
daripada Pengarah Pendidikan, Jabatan pendidikan Negeri Kelantan.
Diterbitkan di Malaysia
Modul SUTEJA Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) SPM
1. Modul SUTEJA Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) SPM
Dicetak oleh:
Unit Pencetakan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjung
16010 Kota bharu, Kelantan
No. Tel : 09-7418365
Email : jpnkelantan.moe.goy.my
2
Untai bicara
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, saya diberi ruang dan
kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada guru-guru subjek Kesusasteraan
Melayu Komunikatif (KMK), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Penghargaan ini sebagai
pengiktirafan kerana berjaya menyiapkan Modul SUTEJA (Saya Usaha Terus Jaya),
Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021
untuk diguna oleh murid-murid di seluruh negeri Kelantan.
Sesungguhnya komitmen dan keikhlasan dalam satu pasukan, maka terhasillah sebuah
maklumat akademik hasil perkongsian idea, pengalaman, dan kepakaran guru-guru jurulatih
utama Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) Negeri Kelantan. Ucapan penghargaan juga
kepada KPPK dan pegawai-pegawai bahasa khususnya pegawai yang menguruskan subjek
KMK di Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan kerana turut sama
menyuntik, merangsang dan memberi peluang kepada guru-guru untuk menghasilkan modul
SUTEJA ini.
Bertunjangkan niat dan fokus untuk membangunkan kualiti pedagogi guru, maka modul yang
dibangunkan ini amat sesuai sebagai nilai tambah selain teks sedia ada, oleh guru-guru
semasa proses PdP dalam kelas. Kreativiti serta inovasi guru amat penting dalam
menyuburkan kesedaran dan kefahaman agar murid-murid teruja dan bersemangat untuk
menguasai subjek KMK. Semoga hasil latihan secara berterusan akan menjadi pemangkin
kepada peningkatan kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru di negeri Kelantan
khasnya atas kebersamaan dengan jabatan pendidikan khususnya dengan sektor
pembelajaran dalam merealisasikan matlamat memacu pembelajaran pendidikan cemerlang.
Semoga hasil usaha murni kita ini akan mendapat keberkatan dariNya.
Sekian terima kasih
MOHD HASSANY BIN HASHIM P.S.K., A.S.K
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
3
Sekapur sireh seulas pinang
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, saya diberi ruang dan
kesempatan untuk merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada guru-guru sumber
bagi subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Penghargaan ini sebagai menghargai usaha menyiapkan modul SUTEJA (Saya Usaha Terus
Jaya), Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021
untuk dimanfaatkan oleh murid-murid di seluruh negeri Kelantan.
Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru sumber dalam menyiapkan modul
ini amat dihargai dan disanjungi tinggi. Idea, pengalaman, kemahiran yang diterapkan dalam
modul ini diharapkan dapat digunakan sebaik mungkin oleh guru-guru dan murid-murid di
sekolah nanti untuk mengulangkaji dan membuat latih tubi secara terancang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa mulai tahun 2021 format bagi subjek
Kesusasteraan Melayu Komunikatif telah berlaku perubahan. Penjenamaan semula
Kesusasteran Melayu (KMe) kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) telah menjadi
cabaran baharu kepada guru dan murid. Selain itu format pentaksiran juga turut berubah
namun masih lagi berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Akhir sekali, harapan saya agar semua guru subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif dapat
menggunakan modul ini secara kreatif dan inovatif selaras dengan visi yang dijana iaitu
memacu pembelajaran pendidikan cemerlang.
Sekian terima kasih
HAJAH HALIZAH MOHD ZAIN
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
4
ISI KANDUNGAN
Panel Modul SUTEJA KMK KSSM SPM Halaman
Untai Bicara Timbalan Pengarah Pendidikan 1
Sektor Pembelajaran, 3
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Sekapur Sirih Seulas Pinang 4
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Bahasa,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 5
6 – 78
Isi Kandungan 79 – 174
175 – 192
Item Pembelajaran Set 1 193 – 208
Item Pembelajaran Set 2
Cadangan Jawapan Set 1
Cadangan Jawapan Set 2
5
SET 1
Mata pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 1
Sasaran
Genre/ Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard 5 Damai
Kaandungan Puisi Tradisional
Standard 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Pembelajaran
Objektif 1.2.1 Mengenali dan memahami puisi tradisional (pantun, syair,
Pembelajaran gurindam, seloka)
Tempoh iv) Menganalisis gaya bahasa.
Pelaksanaan
Nota Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Aktiviti 1. Menyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang
terdapat dalam puisi yang dikaji.
Pentaksiran
1 jam 30 minit
Rujuk LAMPIRAN A
1. Anda diminta membaca nota yang diberikan (LAMPIRAN A).
2. Anda diminta membaca arahan AKTIVITI PEMBELAJARAN
yang diberikan dalam LAMPIRAN B.
3. Untuk menjawab soalan item 1, ikut arahan pada Langkah 1
dan Langkah 2 (LAMPIRAN B).
4. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan dengan
kehendak soalan, sila rujuk Instrumen 1.
5. Instrumen 2 ialah latihan pengukuhan untuk memberi lebih
pemahaman tentang kata kunci item.
6. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru anda
apabila bersemuka / secara bergambar melalui aplikasi
whatsapp / telegram mata pelajaran.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.
6
LAMPIRAN A
GAYA BAHASA DALAM PUISI
GAYA MAKSUD/ HURAIAN CONTOH
BAHASA
Asonansi Pengulangan bunyi vokal (a, e, Burung kekek burung di hutan
Aliterasi i,o ,u) dalam satu baris.
Pengulangan bunyi konsonan Bukan kedekut, bukannya lemah
Anafora (bunyi-bunyi lain selain bunyi
Epifora vokal) dalam satu baris. Nilai emak kerana asuhan,
Responsif/ Pengulangan kata pada awal Nilai bapa kerana tanggungan.
Responsi baris secara berurutan.
Repitisi kata Pengulangan kata pada akhir Kau berlari aku berdiri
Repitisi frasa baris secara berurutan. Kau berhenti aku masih berdiri
Pengulangan kata pada tengah Nilai anak kerana ketaatan,
Repitisi ayat baris secara berurutan.
Pengulangan kata dalam Nilai emak kerana asuhan,
sesuatu puisi. Burung kekek burung di hutan,
Pengulangan frasa dalam
sesuatu puisi. Siapakah berani merobek angin
Sayapnya menebar jauh
Pengulangan ayat / baris dalam Ke lereng bukit
sesuatu puisi. Siapakah berani memancung damai
Di atas meja cengal pusaka nenek
Kubentang sehelai peta enam dekad.
Pada peta itu mengalir diriku
Sinkope Penggunaan singkatan kata. Di atas meja cengal pusaka nenek
Kubentang sehelai peta enam dekad
Personifikasi Gaya bahasa perbandingan Pada peta ini berdiri gunung
yang memberikan sifat / tak (tidak)
perlakuan manusia kepada dah (sudah)
nak (hendak)
1. Burung-burung bernyanyi riang.
2. Daun nyiur melambai-lambai.
3. Ombak memukul pantai.
7
bukan manusia (binatang,
tumbuh-tumbuhan, unsur alam).
Metafora Gaya bahasa perbandingan 1. Ombak rindu
Inversi
Simile yang menggabungkan satu kata Huraian:
Hiperbola
Kata ganda nama konkrit dengan satu kata Ombak = kata nama konkrik
nama abstrak sehingga rindu = kata nama abstrak
melahirkan makna tersendiri. 2. Api cinta
3. Gunung harapan
Keterbalikan susunan kata. 1. Putih melati seputih hatinya
Huraian:
Susunan biasa = melati putih
2. Engkau lupa sudah
Gaya bahasa perbandingan 1. Kau cantik bak bidadari.
yang membandingkan sesuatu 2. Bulat mukanya macam bulan
dengan sesuatu yang lain purnama.
menggunakan kata bandingan
(seperti, bagai, macam,
umpama, laksana, bak, persis).
Perbandingan sesuatu dengan 1. Kau cantik bak bidadari.
sesuatu yang lain secara 2. Lidahnya yang tajam menikam
berlebih-lebihan. kalbuku.
3. Hati bagaikan dikunyah-kunyah
sehingga lumat.
Penggunaan kata ganda dalam Cita-cita, bersuka-sukaan, sehari-
puisi untuk menunjukkan hari, meminta-minta.
maksud banyak.
Contoh penulisan jawapan :
- Gaya bahasa yang terdapat dalam petikan puisi :
1. Personifikasi
Contoh: Burung-burung bernyanyi riang.
2. Metafora
Contoh: Ombak rindu.
8
LAMPIRAN B
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
Dipetik daripada Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
dalam antologi Nilai Insan.
Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan puisi di atas.
[ 4 markah]
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan di atas ke dalam jadual berikut:
BIL GAYA BAHASA CONTOH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
9
LANGKAH 2 : Pilih dua maklumat dalam LANGKAH 1 dan tulis sebagai jawapan dalam
ruangan di bawah bagi soalan item 1.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENTAKSIRAN :
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1. Menyatakan gaya bahasa.
2 Mengemukakan contoh.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis.
Dipetik daripada Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
dalam antologi Nilai Insan.
10
Berdasarkan petikan puisi tradisional di atas, berikan contoh bagi setiap gaya bahasa
berikut :
1. Asonansi
Contoh :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Repitisi kata
Contoh :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Repitisi ayat/ baris
Contoh :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Inversi
Contoh :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Sinkope
Contoh :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
11
Mata pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 2
Sasaran
Genre / Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Tingkatan 5
Kandungan Puisi Moden – Pengajaran
Standard 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Pembelajaran
Objektif 1.2.2 Mengenali dan memahami puisi moden (sajak)
Pembelajaran vii) Menghuraikan pengajaran
Tempoh
Pelaksanaan Pada akhir pembelajaran:
Nota 1. Murid dapat menyatakan dua pengajaran dalam puisi yang
Aktiviti dikaji.
Pentaksiran 1 jam
(PBD)
Rujuk Lampiran A
1. Anda diminta membaca nota yang diberikan. [Lampiran A]
2. Untuk soalan Latihan 1, anda perlu memilih frasa pengajaran
yang betul dan mengisi tempat kosong dalam penyataan
pengajaran. [Lampiran B]
3. Untuk Latihan 2, anda diminta untuk menulis pernyataan
lengkap pengajaran berpandukan klu yang diberikan.
[Lampiran C dan Lampiran D]
4. Untuk pentaksiran, anda dikehendaki menjawab soalan
respons terhad dengan menulis dua pengajaran daripada
petikan sajak. [Lampiran E]
5. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru anda
apabila bersemuka atau secara bergambar melalui aplikasi
whatsapp atau telegram mata pelajaran.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.
12
LAMPIRAN A
PANDUAN
1. Fahami bahawa pengajaran ialah amanat, mesej, perutusan atau pesanan yang
perlu diteladani dalam kehidupan seseorang.
2. Baca puisi dan fahami maksud keseluruhannya baris demi baris dan rangkap demi
rangkap.
3. Kenal pasti pengajaran dengan menggunakan kata klu sama ada yang terdapat
dalam sajak atau difikirkan berkaitan dengan maksud sajak.
4. Gunakan frasa berikut iaitu kita hendaklah / kita haruslah / kita patutlah / kita
wajarlah untuk menyatakan pengajaran yang bersifat teladan.
5. Gunakan frasa ‘Kita janganlah” untuk menyatakan pengajaran bersifat larangan.
Contoh Kata
Teladan Larangan
adil murah hati pilih kasih tidak peduli
amanah patriotik khianat malas
belas kasihan prihatin kejam emosional
berani rajin takut bongkak
berdikari rasional mengharapkan orang berdendam
berhemah tinggi reda lain panas baran
berakhlak rendah hati biadab mudah putus asa
berbudi bahasa sabar boros berlebih-lebihan
berjimat cermat taat / patuh lemah semangat curang
bersemangat waja tabah lepas tangan zalim
cekal sederhana degil kasar
bertanggungjawab setia zalim cuai
bertolak ansur setia kawan berpecah belah sambalewa
bertimbang rasa simpati bodoh lemah
bersatu padu sopan malas kedekut
bijaksana tekun mudah mengalah dusta
rajin teguh angkuh benci-membenci
gigih kerjasama sombong penting diri
hormat-menghormati tolong-menolong curang kedekut
ikhlas bermuafakat lupa diri belot
insaf murah hati rakus ingkar
kasih sayang jujur tamak riyak
13
LAMPIRAN B
LATIHAN 1 : Baca petikan sajak di bawah dan lengkapkan tiga ayat pengajarannya.
Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diracuni semilir wabak yang mengotori
diterap angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi.
Petikan sajak Virus dari Langit Global
karya Nur Suhada Sayuti
Arahan : Lengkapkan ayat pengajaran
(i)
INTI PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN
teguh Kita hendaklah ___________________________ mempunyai pendirian yang
teguh agar tidak mudah terpengaruh oleh budaya luar yang
Kita janganlah tidak baik.
(ii) PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN
Kita hendaklah ____________________________ bersatu padu dalam usaha
INTI menjaga generasi muda kita agar tidak mudah terpengaruh oleh
bersatu Kita janganlah budaya luar yang tidak baik.
padu
(iii) PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN
Kita hendaklah ____________________________ lupa kepada asal usul diri,
INTI peradaban dan akhlak pekerti yang telah diajar oleh generasi
lupa diri Kita janganlah lama.
14
LAMPIRAN C
LATIHAN 2 : Baca petikan sajak dan maksudnya di bawah ini kemudian tulis
pengajarannya berpandukan klu yang diberikan.
Kita menghulur jemari hati
menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun Melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta
kita santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi
di wajah 1Malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir dan bertindak
dalam bersatu
berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu.
i] Dipetik daripada sajak Citra Pelangi 1Malaysia
karya A. Halim Ali
Kita menghulur jemari hati
menghantar pesan seloka Dalam usaha mewujudkan perpaduan, kita
mengirim diksi dari langit hendaklah mengamalkan komunikasi yang baik
mantera dari rumpun Melayu melalui amalan budi bahasa nenek moyang dan
air mawar dari sumur nusantara ajaran agama. Keindahan budi bahasa pelbagai
satukan menjadi jamu cinta bangsa daripada rumpun yang sama boleh
menyatukan hati.
Pengajaran : [ komunikasi yang baik / budi bahasa ]
Kita _____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
15
ii] LAMPIRAN D
kita santap dalam pentas terbuka Kita hidup sebagai masyarakat majmuk yang
di anjung pelbagai sejuta budaya mempunyai pelbagai budaya. Untuk hidup
duduk-duduk berlamalah di sini dengan lebih harmoni, kita perlu mengenali
sambil menganyam citra pelangi budaya dan memahami kepelbagaian tersebut.
di wajah 1Malaysia Semua ini boleh terjadi apabila kita tinggal di
negara ini.
Pengajaran : [ kenali budaya / tinggal ]
Kita _____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
iii]
kelak kita menjadi lebih faham Dengan saling memahami perbezaan, kita
perlunya berfikir dan bertindak akan menjadi lebih memahami kepentingan
dalam bersatu muafakat, kesepakatan dan perpaduan. Kita
berbeza dan berselisih itu boleh boleh berbeza pendapat namun kita perlu kekal
tetapi kemudian bersatu bersatu padu demi negara kita yang satu-
tanah air kita tiada dua satunya ini.
hanya satu.
Pengajaran : [ fahami perbezaan / muafakat/ / bersatu padu ]
Kita _____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Kita juga _________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
16
PENTAKSIRAN LAMPIRAN E
Instrumen 1 : Rubrik TAHAP PENGUASAAN
AKTIVITI KRITERIA
1 Menyatakan pengajaran puisi
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
BAHAGIAN A – RESPONS TERHAD
PUISI MODEN
I
Ini tanah kita, pesan bonda
kau akan bersemadi di bawahnya
kita perlu menjadi seorang tua
kala petang, dia berseorangan
di bawah pohon
kemboja – menatap langit, menadah
tangan; menzikiri nama Tuhan
bertubi-tubi, air matanya membasahi pipi.
Pesannya, liang tanah ini
akan mengisi jasad-jasad berani.
Dia sedang berkira-kira, bagaimana
untuk menjadi lelaki paling berani
bakal mendiami liang tanah ini.
Dipetik daripada sajak Ini Tanah Kita
karya Salman Sulaiman
Berdasarkan petikan sajak di atas, nyatakan dua pengajaran. [4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
17
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 3
Sasaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Genre/Tajuk
Standard Kandungan Tingkatan 5
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran Prosa Tradisional (Hikayat Parang Puting)
Tempoh Pelaksanaan
Nota 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Aktiviti
1.2.3 Mengenali dan memahami prosa tradisional (karya
Pentaksiran(PBD) klasik).
vii) Membincangkan nilai.
Pada akhir pembelajaran,murid dapat:
1. Menghuraikan dua nilai dalam karya yang dikaji.
2 jam
Rujuk Lampiran A
1. Anda diminta membaca nota yang diberikan
dalam
Lampiran A.
2. Anda diminta membaca arahan Aktiviti
Pembelajaran yang diberikan dalam lampiran B.
3. Untuk menjawab soalan item, ikut arahan pada
langkah 1 dan langkah 2 dalam Lampiran B.
4. Untuk memastikan tugasan yang dibuat
bertepatan
dengan kehendak soalan, sila rujuk intsrumen 1
dalam Lampiran C.
5. Instrumen 2 ialah latihan pengukuhan untuk
memberi lebih pemahaman konsep nilai.
(Lampiran C)
6. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan
kepada guru anda apabila bersemuka atau
secara bergambar melalui aplikasi whatsapp
atau telegram mata pelajaran.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan
18
LAMPIRAN A
KAJIAN NILAI MURNI
HIKAYAT PARANG PUTING
(i) Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu budak miskin sangat menyayangi budak miskin / Budak miskin sangat
menyayangi ibunya / anak helang / anak ular / anak tikus dan Syahbandar.
(ii) Nilai kegigihan
Contoh: Budak miskin sangat gigih mencari sahabatnya / anak ular naga yang
melarikan diri ke dalam hutan.
(iii) Nilai keberanian
Contoh: Budak miskin berani meminta cincin kepunyaan Raja Naga. / Budak miskin
berani meredah hutan untuk mencari anak ular naga.
(iv) Nilai baik hati / nilai bermurah hati
Contoh: Budak miskin menjamu makanan kepada sahabatnya anak helang dan anak
tikus. / Budak miskin menjamu pemilik parang puting. / Syahbandar memberi
hadiah kepada budak miskin.
(v) Nilai kebijaksanaan
Contoh: Budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat daripada
hulubalang naga / membuat pertukaran tongkat dan parang puting dengan
orang tua.
(vi) Nilai berbudi bahasa / berhemah tinggi / kesopanan
Contoh: Budak miskin memohon kebenaran / meminta izin daripada pemilik parang
puting / orang tua untuk bermalam di rumahnya / Budak miskin bersopan
santun ketika berhadapan dengan orang yang lebih tua / Raja Naga /
Syahbandar / raja negeri itu.
(vii) Nilai ketaatan / kesetiaan / kepatuhan / semangat setiakawan
Contoh: Budak miskin mematuhi pesanan anak ular naga dengan menolak
pemberian emas permata oleh Raja Naga.
(viii) Nilai bertanggungjawab
Contoh: Ibu budak miskin bertanggungjawab kerana mengarahkan hamba suruhan
mencari budak miskin.
(x) Nilai bersimpati
Contoh: Raja naga bersimpati dengan budak miskin yang memerlukan cincin hikmat.
19
LAMPIRAN B
AKTIVITI PEMBELAJARAN: ITEM PROSA TRADISIONAL
Telah hari siang maka budak miskin itu pun terkejut daripada tidurnya itu lalu ia
bangun, maka dilihatnya naganya itu sudah tiada. Maka ia pun berdebar rasa hatinya lalu
segera ia turun dari rumahnya itu. Maka diturutnya bekas naga itu serta dengan anak
helang dan anak tikus itu pun bersama-sama dengan budak itu berjalan mengikut bekas
naga itu lalulah ke tengah rimba yang besar. Maka budak itu pun berjumpalah dengan
buah-buahan terlalulah banyaknya di tengah rimba itu. Maka ia pun pergilah makan buah
itu bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus.
Dipetik daripada Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting dalam antalogi Nilai Insan
Nyatakan dua nilai berserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[4 markah]
Langkah 1: Isikan nilai berdasarkan contoh petikan.
Nilai Contoh
Maka diturutnya bekas naga itu serta dengan anak helang dan anak
tikus itu pun bersama-sama dengan budak itu berjalan mengikut bekas
naga itu lalulah ke tengah rimba yang besar.
Maka diturutnya bekas naga itu serta dengan anak helang dan anak
tikus itu pun bersama-sama dengan budak itu berjalan mengikut bekas
naga itu lalulah ke tengah rimba yang besar.
Maka budak itu pun berjumpalah dengan buah-buahan terlalulah
banyaknya di tengah rimba itu. Maka ia pun pergilah makan buah itu
bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus.
LANGKAH 2: Pilih dua maklumat dalam langkah 1 dan tulis sebagai jawapan dalam
ruangan di bawah bagi soalan item 1.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
20
Instrumen 1: PENTAKSIRAN LAMPIRAN C
TAHAP PENGUASAAN
AKTIVITI KRITERIA
1 Menyatakan nilai.
2 Menyatakan nilai dengan memberi contoh.
Instrumen 2: LATIHAN PENGUKUHAN
Maka kata budak miskin itu, "Harap diampun Duli Tuanku Syah Alam, akan patik
ini orang yang hina miskin ini, patik pohonkan cincin tuanku yang di dalam mulut tuanku
serta patik haraplah sangat-sangat kepada tuanku."
Maka budak itu pun hendak bermohon pulang ke rumahnya. Maka baginda pun
memberi kurnia akan budak miskin itu sahaya dua orang berserta pulak dengan kain dan
baju serta beras padi terlalulah banyaknya dan segala raja dan orang besar-besar itu pun
memberi kurnia kepada budak itu, masing-masing dengan kadarnya.
Maka kata bondanya, "Baiklah tuan tetapi baik-baiklah anakku pergi kerana itu
rumah orang besar, tahu-tahulah tuan membawa dirinya anakku kerana anakku dagang
piatu. Jikalau sesuatu marabahayanya tuan, apa daya upaya bonda seorang diri ini."
Setelah sudah ia bertukar itu maka budak itu pun bermohonlah kepada orang tua
itu lalu ia berjalan bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus serta parang puting
itu pun dipegangnya kepada tangannya.
Setelah raja naga itu mendengar kata anak miskin itu, maka datanglah belas dalam
hatinya akan budak itu seraya katanya, "Baiklah, kerana engkau sudah kuambil jadi cucu
kepada aku dan jikalau lain daripada engkau tiadalah aku berikan cincinku ini….”
Seketika ia duduk berkata-kata maka hari pun malamlah. Maka kata budak itu,
"Hai nenekku hamba ini hendak bermain-main barang semalam di sini!" Maka sahut orang
tua itu, "Baiklah tuan, mana suka tuan dan hamba pun tinggal dengan seorang diri hamba
di dalam hutan ini."
Seketika duduk itu, maka budak itu pun mengambil tongkatnya lalu
digertakkannya, maka keluarlah nasi sehidang, maka budak itu pun mengajak orang tua
itu makan bersama-sama.
Setelah didengar oleh bondanya akan perkataan anaknya itu, maka bondanya
pun terlalulah sukacitanya seraya katanya, "Lain kali jikalau anakku hendak pergi berilah
tahu kepada aku dahulu supaya senang hatiku dan bapa angkat anakku Syahbandar
baharu juga mendapatkan aku bertanyakan anakku ke mana perginya. ....”
21
Seketika ia duduk berkata-kata itu maka budak itu pun bermohonlah kepada
bondanya lalu berjalan pergi ke rumah bapa angkatnya itu. Serta sampai maka ia pun
naik duduk seraya menyembah kepada Syahbandar itu.
Salin contoh bagi nilai di bawah berpandukan petikan di atas
i. Nilai Berbudi bahasa
Contoh:………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
ii. Nilai Kasih sayang
Contoh:…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………
iii. Nilai keberanian
Contoh: ……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
iv.Nilai bermurah hati
Contoh:…………………………………………………………………........................................
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………...
v. Nilai bersimpati
Contoh:…………………………………………………………………………………………….....
……………………………………………………………………………………………………......
……………………………………………………………………………………………………….
22
ITEM PEMBELAJARAN 4
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5
Genre/Tajuk Latar Masa
Standard 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Kandungan
Standard 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden.
Pembelajaran v) Mengkaji latar masa.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat;
Pembelajaran 1.Menyatakan dua latar masa dalam petikan cerpen berserta contoh.
Tempoh Satu jam
pelaksanaan
Nota Latar masa berkaitan masa tertentu seperti waktu dinihari, pagi,
subuh, tengah hari, zohor, asar, malam, Isyak, siang dan lain-lain.
Latar masa berkaitan dengan masa dan jam pada waktu itu seperti
2:00 pagi, 12:00 tengah hari, 8:00 malam, 9:00 pagi dan lain-lain.
Latar masa juga menunjukkan masa tertentu berkaitan peristiwa yang
telah berlaku atau akan berlaku seperti semalam, sehari, dua minggu,
sebulan, setahun, tiga jam, tahun 1786, sebelum perang, semasa
merdeka, selepas merdeka dan lain-lain.
Aktiviti 1. Anda diminta untuk membaca nota berkaitan (rujuk nota).
2. Fahami kehendak soalan.
3. Cuba anda berikan masa sekarang (pagi, malam).
4. Cuba lihat jam di tangan atau jam dinding (jam berapa sekarang?).
5. Cuba jelaskan peristiwa yang sedang berlaku ke atas diri pelajar:
Masing-masing di rumah (sedang belajar, mendengar atau
melihat skrin Hp/ Laptop/komputer).
6. Untuk menjawab soalan ini ikut arahan pada langkah 1, langkah 2,
langkah 3 dan seterusnya.
7. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru
anda apabila bersemuka / secara bergambar melalui aplikasi
whatsapp / telegram mata pelajaran.
Pentaksiran (PBD) Calon akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah diberikan .
23
AKTIVITI PEMBELAJARAN : CERPEN GULAI SEMBILANG UNTUK ABAH
Malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan Achik yang bertahun-tahun tidak
bertegur sapa menampakkan tanda akan berdamai. Air dicencang tidak akan putus dan
biduk berlalu kiambang pasti bertaut. Entah, aku tidak tahu punca persengketaan mereka.
Kata abah, hal orang lelaki. Malam itu malam kenangan yang akan aku ingat sampai bila-
bila.
Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung kerana dilanda musibah yang
paling memedihkan. Ratu kami pergi menghadap Ilahi. Aku terasa sepi sejak emak hilang
daripada kami kerana emak tempat kami bermanja.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail
Nyatakan dua latar masa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]
LANGKAH 1:
1.Baca dan fahami kehendak soalan tentang latar masa. (Rujuk nota)
LANGKAH 2:
1. Gariskan perkataan yang berkaitan dengan latar masa yang terdapat dalam petikan di atas.
2. Berikan peristiwa berkaitan dengan masa tersebut dan isi dalam jadual pada Langkah 3.
LANGKAH 3 : Isikan maklumat peristiwa yang dikaitkan dengan latar masa.
Latar masa Peristiwa yang dikaitkan dengan latar
Malam
Tiga bulan lepas
Bertahun-tahun
LANGKAH 4: Tulis semula dalam bentuk jawapan lengkap yang mengandungi fakta dan
contoh peristiwa.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
24
PENTAKSIRAN:
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan latar masa
2 Menjelaskan latar masa beserta contoh peristiwa
LATIHAN PENGUKUHAN: CERPEN RES JUDICATA
Jumlah RM27 juta itu, lapor akhbar lagi, adalah jumlah kerugian yang didakwa
ditanggung oleh lelaki tersebut. Menurut lelaki itu, dia telah membeli tiket tren untuk ke
Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dia telah merancang, untuk dari sana, langsung ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pula. Penerbangan ke Jakarta telah
dijadualkan pada jam sepuluh pagi tepat. Dia punya janji temu mesyuarat dengan sebuah
syarikat berkaitan sebuah kontrak bernilai RM27 juta pada pukul 12:00 tengah hari (waktu
Malaysia) di ibu negara Indonesia tersebut.
Dipetik daripada cerpen Res Judicata karya Aidil Khalid
Nyatakan dua latar masa beserta peristiwa yang berkaitan [4 markah]
Latar masa Peristiwa yang dikaitkan dengan latar
10:00 pagi
12:00 tengah hari
Tulis jawapan penuh anda dalam bentuk esei.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
25
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 5
Sasaran
Genre / Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan Tingkatan 5
Standard Pembelajaran Drama Anna
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Objektif Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden
Tempoh Pelaksanaan (novel, cerpen, drama).
Nota (iv) Membincangkan watak dan perwatakan.
Aktiviti Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1) Menghuraikan watak dan perwatakan berserta
Pentaksiran (PBD)
contoh berdasarkan petikan.
1 Jam
Rujuk lampiran
1. Anda diminta membaca nota yang diberikan
dalam Lampiran A.
2. Anda diminta membaca arahan aktiviti
pembelajaran yang diberikan dalam Lampiran
A.
3. Untuk menjawab soalan item 1, ikut arahan
pada Langkah 1 dan Langkah 2 .
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang
dihasilkan.
26
LAMPIRAN A
NOTA WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku yang terdiri daripada manusia, binatang dan lain-lain.
Perwatakan ialah keseluruhan sifat-sifat, perlakuan, tingkah laku, perangai dalaman watak
seperti berani, malas, tegas, bertanggungjawab, gigih, penyayang, amanah, jujur, pemaaf,
dendam, marah, benci, rindu, takut, hormat-menghormati, berdisiplin, adil, baik hati,
berdikari, rajin, bersyukur dan lain-lain.
AKTIVITI PEMBELAJARAN: ITEM DRAMA
ZAKI : Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan tahu juga terhadap nilai kasih
sayangku, doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan
pada engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali.
Ibuku mesti melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku, anaknya
kembali.
Dipetik daripada drama Anna Karya Kemala
Nyatakan dua perwatakan Zaki berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama di atas.
[4 markah]
LANGKAH 1: Baca nota di bawah tentang perwatakan Zaki.
Kata Kunci Perwatakan Contoh
Kasih sayangku Seorang yang penyayang Kuharap dia akan tahu juga
terhadap nilai kasih sayangku
Melihat dunia kembali Seorang yang optimis Ibuku mesti melihat dunia
kembali
Memberikan ibuku Seorang yang Doktor kuharap akan
cahaya hidupnya bertanggungjawab memberikan ibuku cahaya
kembali hidupnya kembali
Ibuku mesti melihat Seorang yang sentiasa Ibuku mesti melihat Tina,
Tina mengharapkan kebaikan cucunya dan melihat aku,
anaknya kembali.
27
LANGKAH 2:
Pilih 2 maklumat dalam langkah 1 dan tulis sebagai jawapan pada ruangan di bawah bagi
menjawab soalan item Drama di atas.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
PENTAKSIRAN :
Instrumen 1 : Rubrik
Aktiviti Kriteria Tahap penguasaan
1. Menyatakan perwatakan.
2. Menyatakan perwatakan berserta
contoh.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
ZAKI: Memang, aku sayangkan bangsa dan negaraku, Anna. Tetapi ini tak menegahku
daripada bersikap rasional. Bangsa dan negaraku yang muda ini sedang berjuang
mengisi kemerdekaan kami walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut parut
luka, tapi banyak juga contoh yang kami dapat daripada Inggeris, disiplin yang
baik, misalnya...
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua perwatakan Zaki berserta contoh. (4 markah)
28
ITEM PEMBELAJARAN 6
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5 (Sederhana)
Genre / Tajuk Novel Naratif Ogonshoto
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel).
(vii) Menghuraikan teknik plot.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menghuraikan lapan teknik plot.
Tempoh pelaksanaan 90 minit
Nota Rujuk Lampiran B
Aktiviti 1. Berdasarkan pengalaman lalu, anda diminta mengisi
maklumat pada Peta Buih pada Lampiran A. (10 minit)
2. Anda diminta menyemak jawapan yang diisi dalam Peta
Buih dengan merujuk nota pada Lampiran B.
- Sila baca dan fahamkan nota tersebut. (30 minit)
3. Seterusnya, berdasarkan Latihan 1 – Padankan contoh
yang diberi dengan teknik plot yang sesuai. (15 minit)
4. Sila jawab dua Latihan Pengukuhan Berformat SPM.
(20 minit)
5. Sesi soal jawab dengan guru. (15 minit)
6. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru
anda apabila bersemuka / secara bergambar melalui
aplikasi whatsapp / telegram mata pelajaran.
Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan Latihan 1 dan Latihan
Pengukuhan 2 yang telah dihasilkan.
29
LAMPIRAN A
Sila lengkapkan Peta Buih di bawah berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman lalu anda.
TEKNIK
PLOT
30
Nota Teknik Plot LAMPIRAN B
Suspens ialah unsur yang Imbas muka ialah satu teknik melihat
menimbulkan pertanyaan kepada pada masa hadapan mengenai
pembaca berdasarkan sesuatu perkara yang belum berlaku / impian /
peristiwa wawasan
Imbas kembali ialah teknik mengingat Dialog ialah teknik percakapan antara
kembali masa lampau / sejarah / dua atau lebih watak
peristiwa yang telah berlaku.
Monolog ialah teknik percakapan
watak bersuara tetapi seorang diri
Kejutan ialah satu peristiwa/kejadian Monolog dalaman ialah teknik percakapan
yang dialami oleh watak secara tidak watak dalam hati tanpa suara
disangka-sangka Pemerian ialah teknik penceritaan langsung
oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu
Konflik ialah teknik watak yang
mengalami masalah / perbezaan idea / peristiwa atau keadaan – biasanya
perbalahan / dan lain-lain dengan orang menggunakan ayat penyata
lain atau dengan dirinya sendiri
31
Latihan 1
Padankan contoh-contoh petikan yang diberi dengan teknik plot yang betul.
Contoh Petikan Teknik Plot
1.Kedua-dua bongkah aisberg itu akan ditambat 1. Pemerian
di Teluk Pinavana. Aisberg yang sampai dahulu 2. Dialog
akan dipotong dan diangkut dahulu. (Hal.63) 3. Monolog
2.”Tak seorang pun percaya,” ujar lelaki itu.
Suaranya perlahan, seperti memujuk diri sendiri.
(Hal.151)
3. “Celaka! bentaknya “Dulu katanya dia masih
baharu di Ture, belum ada hasrat bertanding.
Mengapa dia tak mati sahaja di Kiribati?”
Dia memanggil dua orang kuatnya,
bermesyuarat lagi untuk merangka strategi
melawan jeneral. (Hal. 37)
4. Akan tetapi dalam tempoh penantian pegawai 4. Monolog
kanan itu, jeneral sentiasa tersenyum dan terus dalaman
menjadi umang-umang yang merayap ke
kampung dan pedalaman. (Hal.29) 5. Imbas
muka
5.”Aku telah mendengar bantahan ini,” katanya.
“Sebab itu aku terus datang ke Kuri.”
“Bermalamlah di sini,” kata seseorang.
“Esok pagi boleh pulang ke Kuri.” (Hal.45)
6.Dia menoleh ke arah ‘Papa’ semula, yang 6. Imbas
sekarang sedang berlari-lari menuju ke arahnya kembali
sambal mengacukan pistol. Das kedua
menghantar peluru menembusi lengan kanan
pemuda Banaba itu. (Hal. 86)
7. Akhirnya mereka tidak dapat membendung 7. Konflik
rasa ingin tahu tentang sepotong jari manis
dalam tabung kaca itu. Pada suatu hari minggu,
ketika guru kidal itu tidak perlu pergi ke sekolah,
mereka mengunjunginya. (Hal. 116)
8.Empat bulan yang lalu dia telah dipilih dan 8. Kejutan
dihantar ke Tokyo, di bawah program Penyelidik
Muda Asia-Pasifik.
9. Sekarang, fikirnya, bagaimana kalau aku 9. Suspen
memulakan eksperimen?
32
Latihan Pengukuhan 1 (Soalan SPM sebenar 2019) – Bahagian Dua
“Anak, buka mulutmu,” suara seorang resi. “Berkumurlah dengan air ini. Rasanya
masin-masin pahit. Dua atau tiga malam lagi, jika sering berkumur-kumur dengan air ini,
akan keringlah keratan lidahmu.”
Dia membuka mata, memandang beberapa orang resi di kelilingnya. Dia
mengucapkan terima kasih, tetapi yang keluar dari mulutnya hanyalah bunyi yang aneh.
Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Para resi itu mengangguk, kemudian
meninggalkannya bersama-sama air kumur.
Dia masih berfikir yang tangannya tetap utuh sempurna, untuk mengambil air kumur
itu dengan jarinya. Rasanya dia sedang menggerakkan jari untuk membuka dan
mencengkam ruas bambu itu, tetapi ternyata tangan buntungnya belum berbuat apa-apa.
Mulai saat itu, fikirnya, dia harus belajar sendiri untuk mengepit ruas bambu berisi air kumur,
dengan kedua-dua tangan buntungnya, kemudian menuangkan air itu ke dalam mulutnya.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan, hal. 93
(a) Berdasarkan petikan novel tersebut, nyatakan dua teknik plot berserta contoh.
[4 markah]
Contoh Jawapan
Dalam petikan di atas terdapat teknik plot dialog. Contohnya, dialog antara resi
dengan anak angkat Presiden yang cedera parah. [1+1]
“Anak, buka mulutmu,” suara seorang resi.
“Berkumurlah dengan air ini. Rasanya masin-masin pahit.
Dua atau tiga malam lagi, jika sering berkumur-kumur
dengan air ini, akan keringlah keratan lidahmu.”
Selain itu, terdapat juga teknik plot pemerian. Contohnya, ‘Dia membuka mata,
memandang beberapa orang resi di kelilingnya. Dia mengucapkan terima kasih, tetapi yang
keluar dari mulutnya hanyalah bunyi yang aneh.’ [1+1]
33
Latihan Pengukuhan 2
Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
“Kamu pernah tengok orang menghadapi saat mati?”
“Belum.”
“Aku sudah dua kali. Dalam teksi ini.” Pemandu teksi itu lalu ketawa.
Dia mengerutkan dahi, memandang pemandu teksi itu. Bulu roma tengkuknya berdiri.
“Ada seorang tua yang menahan teksi ini. Aku berhenti, mengambilnya. Katanya, dia
mahu pergi ke muzium. Di dalam teksi dia asyik bercerita tentang topeng-topeng suku
kaum purba di Rai-Rapa. Tak lama kemudian dia senyap. Rupa-rupanya dia mati dalam
teksi ini. Aku membawanya bersiar-siar percuma sampai ke rumah mayat!”
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan, hal. 137
Berdasarkan petikan novel tersebut, nyatakan dua teknik plot berserta contoh. [4 markah]
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………...
PENTAKSIRAN PBD
AKTIVITI 1 KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Padankan contoh dengan teknik plot
2 Menjelaskan teknik plot berserta contoh
(Latihan Pengukuhan 2)
*Peringatan:
- Sebagai makluman kepada semua murid, tajuk teknik plot dalam novel pernah disoal
dalam SPM sebenar iaitu pada tahun 2019 – Bahagian Dua dan pada tahun 2020 –
Bahagian Satu.
-Oleh itu, anda hendaklah menguasai tajuk teknik plot kerana tajuk ini juga boleh disoal
dalam genre drama, cerpen dan prosa tradisional.
34
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 7
Sasaran
Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan Tingkatan 5
Novel Naratif Ogonshoto
2.1 Mengenalpasti dan membincangkan elemen sahsiah
dalam karya yang dibaca dan dikaji.
Standard Pembelajaran 2.1.3 Mengenalpasti dan membincangkan pola fikir sesuatu
watak yang terdapat dalam karya sebagai ciri-ciri individu yang
berfikiran positif.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan pola fikir sesuatu watak dalam petikan dan
mengaitkan dengan ciri-ciri individu yang berfikiran positif.
Tempoh Pelaksanaan 2 Jam
Nota MAKSUD / PENERANGAN POLA FIKIR:
Merupakan cara berfikir yang mempengaruhi peri laku
(behaviour) dan sikap (attitude) seseorang yang akhirnya
menentukan tahap keberhasilan hidupnya.
Contohnya, masyarakat hari ini memikirkan pentingnya
teknologi maklumat. Oleh itu, teknologi maklumat sudah
mempengaruhi gaya hidup masyarakat hari ini.
Aktviti Pembelajaran 1. Murid perlu memahami nota yang diberikan berkaitan
tajuk.
2. Fahami arahan soalan.
3. Jawab kehendak aktiviti pada langkah 1.
4. Setelah selesai langkah 1, beralih ke langkah 2.
5. Gunakan idea yang terdapat pada langkah 1 untuk
membuat aktiviti pada langkah 2.
6. Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat-
ayat isi.
7. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan
dengan kehendak soalan, sila rujuk instrumen 1.
8. Instrumen 2 ialah latihan pengukuhan untuk memberi
lebih pemahaman tentang kata kunci item.
9. Murid boleh menggunakan buku teks, kamus atau
sebarang bahan sebagai sumber rujukan.
10. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
11. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan ke dalam PBD.
Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang dihasilkan.
35
AKTIVITI PEMBELAJARAN
“Tuan pulang juga waktu ribut taufan gila itu.”
“Ke mana lagi saya akan pulang?” katanya. “Pulau-pulau ini tanah air tercinta.”
“Kami bawa tuan ke pantai?”
“kami hanya berempat,” jawabnya. “Memang muat untuk ke pantai dengan dua
buah perahu. Tapi ... carikan ibu saya dahulu di Malagana. Biarkan dia berdiri di pasir
putih pantai, memandang kapal ini. Saya akan pulang memeluk lututnya di pantai sana.”
Dipetik daripada Novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Berdasarkan teks di atas, huraikan satu pola fikir watak ‘saya’ yang menunjukkan ciri-ciri
individu yang berfikiran positif.
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut:
WATAK PERISTIWA POLA FIKIR
LANGKAH 2 : Tulis maklumat pada Langkah 1 dalam bentuk perenggan yang lengkap.
36
PENTAKSIRAN:
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
Menyatakan siapa watak ‘saya’ dalam petikan
1 dengan betul
Menyatakan peristiwa yang berkaitan dengan
2 pola fikiran watak
Menghubungkaitkan dengan ciri-ciri individu
3 yang positif.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
1. Jelaskan maksud pola fikir sesuatu watak
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Huraikan maksud individu yang berfikiran positif
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda apakah peranan anak dalam mewujudkan keluarga bahagia?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
37
ITEM PEMBELAJARAN 8
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan Lima KMK
Tajuk PROSA TRADISIONAL:
Sastera Hikayat- Hang Tuah diutus ke Siam.
Standard Kandungan 2.1 Mengenal pasti dan membincangkan elemen sahsiah dalam
karya yang dibaca dan dikaji.
Standard 2.1.2 Mengenal pasti dan membincangkan keperibadian unggul
Pembelajaran watak yang terdapat dalam karya sebagai ciri-ciri jati diri.
Objektif Murid dapat menyatakan satu gambaran dan contoh yang terdapat
Pembelajaran pada watak utama (Laksamana Hang Tuah) dan mengaitkan dengan
peristiwa yang menggambarkan sahsiah watak utama.
Tempoh Pelaksanaan 2 Jam
Nota Perwatakan Laksamana Hang Tuah (watak utama)
Seorang yang taat kepada raja
Seorang yang patuh kepada perintah
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang bermaruah
Seorang yang berani
Aktiviti Pembelajaran 1. Murid perlu memahami terlebih dahulu nota yang diberikan
berkaitan tajuk.
2. Fahami arahan soalan.
3. Jawab kehendak aktiviti pada Langkah 1.
4. Setelah selesai Langkah 1, beralih ke Langkah 2.
5. Gunakan idea yang terdapat pada Langkah 1 untuk membuat
aktiviti pada Langkah 2.
6. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan dengan
kehendak soalan, sila rujuk Intsrumen 1.
7. Instrumen 2 ialah latihan pengukuhan untuk memberi lebih
pemahaman tentang watak dan perwatakan.
8. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat sebarang
kekeliruan menjawab soalan.
Pentaksiran (PBD) Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah selesai kepada
guru untuk diberi penilaian dan direkodkan ke dalam PBD.
38
SOALAN 1:
Tatkala itu didengar oleh Laksamana, kata pendekar itu, maka iapun amarah, serta
disingsingkan tangan bajunya dan mengisarkan kerisnya ke hadapan, serta katanya ,
“Cih, hendak berdusta pula! Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah
padauk!” Maka pendekar Jepun itu pun amarah. Setelah dilihat oleh Phra Cau
Laksamana amarah itu, maka titah Phra Cau, “Laksamana jangan amarah.” Maka
Laksamana pun menyembah, “Daulat tuanku, patik mohonkan ampun. Adapun
hulubalang Melayu itu tiada dapat mendengar kata yang keji di tengah-tengah majlis.”
Maka titah Phra Cau, “Benarlah seperti kata Laksamana itu, tetapi kita pintalah, kerana
kita sangat hendak melihat Laksamana bermain.” Sembahnya, “Daulat tuanku, patik
hamba ke bawah Duli Phra Cau; mana titah patik junjung. Tetapi si Tuah tiada
menghilangkan nama tuannya.”
Dipetik daripada Sastera Epik; Hang Tuah Diutus Ke Siam
dalam Antologi Nilai Insan.
Berdasarkan ayat bergaris yang terdapat dalam petikan tersebut, menggambarkan
Laksamana Hang Tuah seorang yang bersahsiah.
Berikan satu gambaran berserta contoh Laksamana Hang Tuah seorang yang bersahsiah.
[4 markah]
39
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut :
SITUASI AYAT KEPERIBADIAN UNGGUL
Setelah dilihat oleh Phra Cau Laksamana WATAK HANG TUAH
amarah itu, maka titah Phra Cau,
“Laksamana jangan amarah.” Maka CONTOH;
Laksamana pun menyembah, “Daulat
tuanku, patik mohonkan ampun. Mudah menerima teguran.
Adapun hulubalang itu tiada dapat
mendengar kata yang keji di tengah-
tengah majlis.
Sembahnya, “Daulat tuanku, patik
hamba ke bawah Duli Phra Cau, mana
titah patik junjung.
Tetapi si Tuah tiada menghilangkan
nama tuannya.
LANGKAH 2 : Tuliskan jawapan dalam bentuk perenggan yang lengkap
CONTOH MENULIS JAWAPAN;
Mudah menerima teguran.
Contoh, setelah dilihat oleh Phra Cau,” Laksamana amarah itu, maka titah Phra Cau,
Laksamana jangan amarah.” Maka Laksamana pun menyembah, “Daulat tuanku, patik
mohonkan ampun.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENTAKSIRAN :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
40
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan watak dengan betul.
2 Menghuraikan sahsiah yang terdapat
pada watak.
3 Menyatakan peristiwa yang berkaitan
dengan sahsiah diri watak.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
1. Jelaskan nilai murni yang ada pada watak lain dalam petikan tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Jelaskan satu perbezaan perwatakan Laksamana Hang Tuah dan Pendekar Jepun.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Huraikan dua kepentingan sahsiah diri yang perlu ada dalam diri seseorang.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
41
ITEM PEMBELAJARAN 9
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5
Genre / Tajuk Cerpen Kami Akan Mati, Lin
Standard Kandungan 1.3 Membuat kritikan sastera.
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.3.2 Memberi pandangan, sanjungan dan saranan terhadap
karya yang dibaca.
1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden.
(x) Menghuraikan nilai.
Objektif Pembelajaran Murid boleh :
1. Memberikan kritikan sastera terhadap petikan yang
diberikan.
2. Menyatakan tiga nilai berdasarkan petikan.
Tempoh pelaksanaan 2 jam
Nota Rujuk Lampiran
Aktiviti Pembelajaran 1. Murid perlu memahami terlebih dahulu nota yang
diberikan berkaitan tajuk.
2. Fahami dan ikut arahan soalan.
3. Murid boleh menggunakan buku teks,kamus atau
sebarang bahan sebagai sumber rujukan.
4. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
5. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan ke dalam PBD.
Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.
42
LAMPIRAN (Nota)
Ciri-ciri Kritikan Sastera.
1. Kritikan Sanjungan
Istilah sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang
lain. Jadi,kritikan sanjungan bermaksud memuji karya dan pengarangnya yang
menyerlahkan pemikiran bernas, di samping menampilkan elemen dalaman karya
yang baik dan menarik.
2. Kritikan Pandangan
Pandangan bermaksud menyatakan idea, pendapat dan buah fikiran tentang sesuatu
karya dari aspek peristiwa dan elemen-elemen yang terdapat dalam karya.
3. Kritikan Saranan
Istilah saranan bermakna anjuran atau sesuatu yang disarankan. Bagaimanapun,
istilah ini membawa konotasi lain iaitu sebagai propaganda. Oleh itu kritikan saranan
merupakan kritikan yang cenderung menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki
kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur yang membina sesebuah karya
atau memberi alternatif dari sisi Teknik umpamanya.
• Ketamakan manusia untuk mengejar kekayaan tanpa memikirkan kemusnahan
alam sekitar/hidupan laut
Aktiviti Pembelajaran
SOALAN SET 1 Membuat Kritikan Sastera.
1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan pandangan, sanjungan dan
saranan terhadap karya yang dibaca.
… . Bahawa kami terlalu akrab dengan orang miskin di pulau-pulau nusantara yang kecil
kerana kami tidak pernah memungkiri janji untuk memberi makan kepada mereka. Kau
tahu Lin, antara mereka itu ada segolongan yang telah alpa dan terlupa akan setia kami
kepada mereka. Mereka sanggup mencuri anak-anak kami untuk dijual kepada orang
kaya. Lin, sejak bila manusia melupai budi?
Dipetik daripada cerpen Kami Akan Mati, Lin, karya Theavy Balakrisnan
43
. FAKTA HURAIAN
KRITIKAN
SASTERA
Pandangan
Saranan
Sanjungan
3. Baca dengan teliti petikan di atas, kemudian berikan tiga nilai yang terdapat dalam
petikan tersebut.
i) Nilai
___________________________________________________________
ii) Nilai
___________________________________________________________
iii) Nilai
___________________________________________________________
PENTAKSIRAN : TAHAP PENGUASAAN
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA
1 Menghuraikan kritikan sastera
2 Menyatakan nilai murni
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
1. Huraikan dua cara mengenang budi.
44
ITEM PEMBELAJARAN 10
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan Lima
Tajuk Drama Anna
Standard Kandungan 2.2 Mengenal pasti dan membincangkan isu masyarakat
Standard Pembelajaran dalam karya yang dibaca dan dikaji.
Objektif Pembelajaran
2.2.1 Mengenal pasti dan membincangkan isu masyarakat
Tempoh Pelaksanaan yang terdapat dalam karya dan kepentingannya terhadap
Nota kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Aktiviti Pembelajaran
Murid dapat :
Pentaksiran (PBD) i. Menyatakan empat isu masyarakat yang terdapat
dalam drama.
ii. Menghuraikan kepentingan isu masyarakat terhadap
kesejahteraan hidup bermasyarakat.
1 Jam
Rujuk Lampiran
1. Murid perlu memahami terlebih dahulu nota yang
diberikan berkaitan tajuk.
2. Fahami arahan soalan.
3. Jawab kehendak aktiviti pada Langkah 1.
4. Setelah selesai Langkah 1, beralih ke Langkah 2.
5. Gunakan idea yang terdapat pada Langkah 1 untuk
membuat aktiviti pada Langkah 2.
6. Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan
ayat-ayat isi.
7. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan
dengan kehendak soalan, sila rujuk Intsrumen 1.
8. Instrumen 2 ialah Latihan pengukuhan untuk
memberi lebih pemahaman tentang kata kunci item.
9. Murid boleh menggunakan buku teks, kamus atau
sebarang bahan sebagai sumber rujukan.
10. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah selesai
kepada guru untuk diberi penilaian dan direkodkan ke dalam
PBD.
45
AKTIVITI PEMBELAJARAN
LANGKAH 1
Arahan: Lengkapkan tempat kosong berdasarkan situasi yang diberi.
Situasi Isu Masyarakat Kepentingan terhadap
kesejahteraan hidup
bermasyarakat
ANNA: Memang.Engkau Isu
lebihkan ibumu daripada aku
sendiri. Selama empat tahun
aku hidup seperti dalam
penjara. Engkau menjadi
anak yang amat setia kepada
ibumu. Ah, dasar orang
Timur, orang Melayu!
ZAKI(berhadap-hadapan Isu
dengan Anna): Anna! Kau
lihat sajalah keadaan
ibuku.Dia menderita, Anna.
Selama lima tahun aku di
tanah Inggeris, dialah yang
menyara belanja universitiku.
Dia berjuang sehabis
tenaganya, berkorban apa
yang ada padanya, hingga
tanah-tanah kami tergadai
dan…
ANNA: Ya, ibumu, ibumu, Isu
lagi-lagi ibumu. Dialah yang
memecahkan kasih
sayangmu terhadapku. Empat
tahun aku seperti dalam
malam yang gelap,
menantikan bercahaya
kembali warna cinta dan
kebahagiaan yang kuimpikan.
Tapi kosong dan hampa
belaka.
DR.CHAN: Tapi, itulah yang Isu
tak mungkin,Zaki punya ibu.
Dan ibu ini bukanlah ibu yang
sembarangan.Ibu yang telah
berkorban untuk anaknya
hingga matanya buta dan
tanahnya tergadai.
46
LANGKAH 2 : Berdasarkan jadual di atas, Tuliskan DUA isu masyarakat dan
kepentingannya dalam bentuk perenggan yang lengkap.
PENTAKSIRAN :
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan isu masyarakat yang
terdapat dalam drama
2 Menghuraikan kepentingan isu
masyarakat terhadap kesejahteraan
bermasyarakat
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
Anna : Mengapa ibuku ditembak oleh komunis? Mengapa mereka cemburu melihat ibuku
yang juga orang Melayu berkahwin dengan ayahku orang Inggeris yang menjadi
pengurus ladang getah? Bukankah ayahku menolong memberi pekerjaan kepada ramai
orang miskin? Mengapa mereka membunuh ibuku?
Dipetik daripada Drama Anna karya Kemala
47
Berdasarkan petikan di atas ,nyatakan tiga isu masyarakat beserta contoh dan
kepentingannya.
ISU 1
Contoh
Kepentingan
ISU 2
Contoh
Kepentingan
ISU 3
Contoh
Kepentingan
48
LAMPIRAN 1 - NOTA
SINOPSIS DRAMA ANNA
Drama ini mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Zaki melanjutkan
pelajaran ke luar Negara dan berkenalan dengan Anna yang berketurunan Melayu
dan Inggeris. Persahabatan mereka walaupun tidak direstui oleh ayah Anna,
tetapi mereka tetap berkahwin dan pulang ke Malaysia.
Apabila pulang, Zaki mendapati ibunya sakit dan tumpuan Zaki lebih
kepada kebajikan ibunya menyebabkan Anna menjadi cemburu dan tidak dapat
menerima hakikat Zaki lebih menyayangi mentuanya berbanding dirinya. Usia
perkahwinan yang baru mencecah 4 tahun serta kegagalan Zaki membimbing
Anna dalam ilmu keagamaan dan budaya Melayu memburukkan lagi keadaan
rumah tangga mereka. Akhirnya Anna mengambil keputusan untuk kembali ke
London kerana terpengaruh dengan pandangan ayahnya mengenai budaya dan
sikap orang Melayu.
PERSOALAN DALAM DRAMA ANNA
1. Persoalan tentang kepentingan pendidikan
2. Persoalan tentang kekejaman penjajah
3. Persoalan tentang konflik keluarga
4. Persoalan tentang pertentangan budaya
5. Persoalan tentang kemiskinan
6. Persoalan tentang perkahwinan campur
7. Persoalan tentang pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak
49
ITEM PEMBELAJARAN 11
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran
Genre/Tajuk Puisi Melayu Tradisional/Nilai Insan
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera (pantun).
3.1 Menghasilkan karya.
Standard pembelajaran 1.2.1 Mengenali dan memahami puisi tradisional
i) Mengkaji bentuk.
iii) Membaca, memahami dan menerangkan tema dan persoalan.
3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli yang
menepati ciri-ciri penulisan puisi.
Objektif Pembelajaran Murid dapat :
1. Menerangkan bentuk puisi.
2. Menulis tema puisi yang dikaji.
3. Mencipta puisi yang menepati tema mengikut kreativiti masing-
masing.
Tempoh pelaksanaan Dua jam
Nota Rujuk Lampiran
Aktiviti 1. Pelajar diminta membaca puisi dalam teks Nilai Insan. (Aktiviti 1)
2. Pelajar diminta menjelaskan tema yang terdapat dalam
puisi tersebut. (Aktiviti 2)
3. Pelajar diminta membaca garis panduan untuk mengenal pasti
bentuk puisi. (Aktiviti 3)
4. Pelajar diminta menyenaraikan bentuk dan contoh dalam puisi
yang dikaji.(Aktiviti 4)
5. Pelajar diminta menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya
asli yang menepati ciri penulisan puisi dari segi tema, bentuk,
gaya bahasa dan kreativiti. (Aktiviti 5)
6. Pelajar diminta menghantar tugasan yang diberi kepada guru
untuk dinilai dan direkodkan dalam PBD.
Pentaksiran Pelajar akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan.
50