The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitbahasaspbjpnkel, 2022-01-06 01:39:25

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

Aktiviti 6 : Huraikan tema yang terdapat dalam Sastera Panji.

TEMA

Tema sastera Panji berkisarkan tentang percintaan sesama
manusia. Raden Inu mencintai Ken Tambohan lalu

mengahwininya tanpa persetujuan kedua-dua orang tuanya iaitu
Sang Nata dan Permaisuri.

Permaisuri menentang perkahwinan mereka kerana Ken
Tambohan anak jarahan dan tidak sama taraf dengan mereka.
Kemarahan permaisuri tidak terhenti di situ kerana membawa

kepada pembunuhan Ken Tambohan berserta kedayannya.
Mayat mereka dihanyutkan di atas rakit di sungai yang telah
dijumpai oleh Raden Menteri. Raden Menteri turut membunuh

diri kerana terlalu sedih dan sayangkan isterinya. Namun
akhirnya mereka dihidupkan kembali oleh Betara Kala.

151

Aktiviti 7 : Mengenal pasti tema dan huraian tema (contoh tema) Sastera Panji.

TEMA
Huraian Tema

152

Aktiviti 8 : Membaca latar masyarakat.

LATAR MASYARAKAT CONTOH

1. Masyarakat yang penyayang. Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana
saling sayang menyayangi, malah Raden
Menteri sanggup membunuh diri apabila
mendapati isteri kesayangannya mati
dibunuh.

2. Masyarakat yang taat kepada Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken
pemerintah. Penglipur sanggup dibunuh oleh Pelebaya
kerana taat kepada perintah permaisuri.

3. Masyarakat Istana. Raden Menteri, Sang Nata dan Permaisuri
ialah masyarakat istana.

4. Masyarakat dewa-dewa. Dewa-dewa di kayangan menyaksikan dan
bersedih atas kematian Ken Tambohan,
Ken Tadahan dan Ken Penglipur.

5. Masyarakat tawanan perang. Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken
Penglipur serta segala puteri ratu jajahan
takluk Sang Nata merupakan masyarakat
tawanan perang.

6. Masyarakat yang percaya kepada dewa- Permaisuri dan sang Nata percaya kepada
dewa. dewa. Sang Nata memohon agar Dewata
menghidupkan semula Raden Menteri dan
Ken Tambohan.

153

Aktviti 9 : Menyatakan latar masyarakat dan memberi contoh.

LATAR MASYARAKAT

154

Mata pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 14
Sasaran
Genre / Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Standard Kandungan Tingkatan 5
Standard Pembelajaran Cerpen / Perspektif
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Objektif Pembelajaran 2.1 Mengenal pasti dan membincangkan elemen sahsiah

Tempoh pelaksanaan dalam karya yang dibaca dan dikaji.
Nota 3.1 Menghasilkan karya.
Aktiviti 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,

Pentaksiran (PBD) cerpen,drama)
(v) Menyatakan latar masa, tempat dan masyarakat.
2.1.1 Mengenal pasti dan membincangkan unsur keagamaan
yang terdapat dalam karya sebagai ciri-ciri
pembentukan sahsiah diri yang mulia.
3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli
yang menepati ciri-ciri penulisan.
Murid boleh;
1. Menyatakan tiga latar masyarakat berserta contoh yang
terdapat dalam cerpen.
2. Menyatakan tiga peristiwa yang menggambarkan
amalan hidup berteraskan ajaran agama yang terdapat
dalam cerpen.
3. Menghasilkan sebuah cerita yang menarik.
2 jam
Rujuk Lampiran A
1. Anda diminta untuk membaca cerpen Perspektif yang
terdapat dalam buku antalogi Kubentang Sehelai Peta.
2. Jawab kehendak aktiviti pada fokus a, b dan c
(Lampiran B)
3. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan dalam PBD.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan.

155

Aktiviti Pembelajaran:

Soalan:

Berdasarkan cerpen Perspektif karya NF Abdul Manaf;

d) Huraikan tiga latar masyarakat. [6 markah]

e) Jelaskan tiga amalan hidup masyarakat yang berteraskan ajaran agama.

[6 markah]

Subuh itu Sharifah dikejutkan oleh panggilan telefon daripada adik
iparnya…………….

f) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan petikan cerpen tersebut supaya menjadi
sebuah cerita yang menarik.
Panjang cerpen tersebut hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
[8 markah]

LAMPIRAN A(Nota)

LATAR MASYARAKAT
• Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat (manusia) yang
dipaparkan dalam karya.Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan,
sikap, amalan hidup, pekerjaan masyarakat di situ.
• Antara latar masyarakat dalam cerpen:
i. Masyarakat yang hidup secara mewah.
ii. Masyarakat yang hipokrit atau berpura-pura.
iii. Masyarakat yang mengenang budi.
iv. Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.
v. Masyarakat yang mementingkan kebendaan.
vi. Masyarakat yang beragama Islam.

156

UNSUR KEAGAMAAN
• Unsur keagamaan ialah hal-hal yang berkaitan dengan agama melibatkan
kepercayaan, peribadatan kepada Tuhan, kepatuhan, perilaku manusia, tata
kaedah yang berhubung dengan budaya dan pandangan, gaya hidup dan
sebagainya.
• Antara unsur keagamaan yang terdapat dalam cerpen:
a) Amalan hidup yang berteraskan Islam
Contoh: seperti salam / mereka yang bertudung labuh /pengirim surat layang
mengucapkan salam assalamualaikum, ahli masjid menguruskan jenazah
Abang Said hingga selesai, Sharifah berniat untuk sedekahkan baju-baju baru
siap kepada saudara-maranya di kampong. Dia bergegas ke Hospital Damai
bersama anak-anaknya, memandu sendiri selepas selesai solat subuh.
b) Istilah merujuk kepada unsur agama Islam
Contoh: masjid, amal jariah, bersalam, Assalamualaikum, berserah kepada
takdir, subuh dan jenazah.

Fokus a) Latar masyarakat
Langkah 1
PILIH LATAR MASYARAKAT DALAM JADUAL 1 DAN PADANKAN DENGAN
CONTOH DALAM JADUAL 2
JADUAL 1

Latar masyarakat
i. Masyarakat atasan yang hidup secara mewah.
ii. Masyarakat yang hipokrit atau berpura-pura.
iii. Masyarakat yang mengenang jasa atau budi.
iv. Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.
v. Masyarakat yang mementingkan kebendaan.

157

JADUAL 2 Latar masyarakat

Contoh
Orang ramai hanya menghormati Abang Said
selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.
Penduduk di kawasan setinggan hidup dalam
kesusahan kerana diabaikan oleh pemimpin.
Abang Said dan Sharifah sebagai golongan
atasan menjalani kehidupan dengan cara hidup
yang mewah.
Mak Limah dan Pak Dol menangisi kematian
Abang Said kerana mengenang budinya yang
pernah menolong membiayai pembedahan Mak
Limah pada suatu masa dahulu.
Orang ramai mendekati atau baik dengan
suaminya dan Sharifah kerana mereka
mengharapkan habuan dan ganjaran daripada
mereka.

Langkah 2

Pilih satu latar masyarakat berserta contoh peristiwa (huraian) dan tulis dalam
bentuk esei.

158

Fokus b) Amalan hidup berteraskan ajaran Islam. Unsur keagamaan

1. Lengkapkan jadual di bawah.

Situasi
Malam itu Sharifah tidak tidur. Dia berniat
untuk sedekahkan baju-baju yang baru siap itu
kepada saudara-maranya di kampung.
Dia akan berpakaian seperti Mek Nab supaya
masyarakat dapat dikaitkan dengannya. Kalau
Abang Said meragam, malu berjalan
dengannya selepas ini, dia akan berserah
kepada takdir.
Dia bergegas ke Hospital Damai bersama
anak-anaknya, memandu sendiri selepas
selesai solat subuh. Dia tidak menangis.
Pada hari kematian Abang Said, tidak seorang
pun yang tampil untuk menolong
menguruskan jenazahnya. Cuma ahli masjid
yang sudi melaksanakan segala urusan dari
awal hingga akhir.

Langkah 2

Pilih tiga amalan hidup berteraskan ajaran Islam berserta contoh peristiwa (huraian)
dan tulis dalam bentuk esei.

159

Fokus c) Karya asli
Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan petikan cerpen tersebut supaya menjadi sebuah
cerita yang menarik.
Panjang cerpen tersebut hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
Subuh itu Sharifah dikejutkan oleh panggilan telefon daripada adik
iparnya…………….

Subuh itu Sharifah dikejutkan oleh panggilan telefon daripada adik iparnya.

PENTAKSIRAN:

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan latar masyarakat berserta contoh
2 Menyatakan tiga peristiwa yang
menggambarkan amalan hidup berteraskan
3 ajaran agama yang terdapat dalam cerpen
(Pembangunan Insan).
Karya asli……-menyambung petikan cerpen
(pengkaryaan).

160

ITEM PEMBELAJARAN 15

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Sasaran Tingkatan 5
Genre/Tajuk Drama/ Mat Piah dan Mr. Blackway
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.3 Membuat kritikan sastera.
3.1 Menghasilkan karya.
Objektif Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,

Tempoh pelaksanaan cerpen,drama)
Nota (vii) menghuraikan teknik plot.
Aktiviti 1.3.2 Memberikan pandangan, sanjungan dan saranan
terhadap karya yang dibaca.
Pentaksiran (PBD) 3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli
yang menepati ciri-ciri penulisan.

Murid boleh;
1. Menyatakan dua teknik plot berserta contoh yang
terdapat dalam drama.
2. Menyatakan dua saranan berserta contoh yang
terdapat dalam drama.
3. Menghasilkan sebuah drama yang menarik.

2 jam
Rujuk Lampiran A

1. Anda diminta untuk membaca drama MAT PIAH DAN
MR BLACKWAY yang terdapat dalam buku antalogi
Kubentang Sehelai Peta.

2. Jawab kehendak aktiviti pada fokus a, b dan c
(Lampiran B)

3. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan dalam PBD.

Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan.

161

Aktiviti Pembelajaran: [4 markah]

Soalan:
Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain;

a) Huraikan dua teknik plot berdasarkan petikan di bawah.

MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus. (Bercakap sendiri).

(MAT PIAH segera mahu mengayuh beca apabila BLACKWAY menepuk
bahu MAT PIAH dari belakang. Mat Piah terperanjat hingga kedua-dua kakinya
terangkat).

MAT PIAH: Huihhhh!

(BLACKWAY pun ikut terperanjat).

BLACKWAY: Good God!
MAT PIAH: Nasib baik tak mencarut… (mententeramkan dirinya dan segera

tersenyum ramah sebaik-baik sahaja melihat BLACKWAY).

MAT PIAH: Yes, Sir. Trishaw, Sir?

BLACKWAY: Boleh bawa saya pergi jalan-jalan?

Soalan (a) dan (b) berdasarkan petikan berikut :

MAT PIAH: Nak cerita ke tak nak? Aku pantang betul orang cerita sekerat-sekerat.
Nak cerita ke tak nak? (Marah).

BLACKWAY: Mahu … mahu… Saya cerita, saya cerita. (Sambil membetulkan
rambut palsunya yang tersenget semasa dia terkejut tadi).

b) Jelaskan dua saranan yang terdapat dalam petikan tersebut. [8 markah]

c) Sambung skrip drama tersebut berdasarkan kreativiti anda.

Skrip drama tersebut hendaklah tidak kurang daripada enam dialog
[8 markah]

162

LAMPIRAN A(Nota)

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN
• Teknik Plot / penceritaan ialah cara atau kaedah pengarang mengembangkan cerita

supaya menarik.
• Contoh teknik plot

Pemerian
• Pemerian ialah pengarang bercerita secara langsung tentang sesuatu
kejadian atau peristiwa.

Imbas Kembali
• Imbas Kembali ialah imbasan peristiwa yang telah berlaku melalui
penceritaan pengarang dan ingatan oleh watak. (mengingati peristiwa
yang telah berlaku).

Imbas muka
• Imbas muka ialah bayangan atau ramalan peristiwa yang akan berlaku
dalam bentuk mimpi, angan-angan, atau pemikiran oleh watak
(membayangkan peristiwa yang akan berlaku).

Dialog
• Dialog ialah perbualan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

Monolog
• Monolog ialah pengucapan atau pertuturan oleh watak secara
persendirian. (bercakap seorang diri).

Monolog dalaman
• Memperlihatkan watak-wataknya berkata-kata dalam hati tanpa
mengeluarkan sebarang ucapan.

Kejutan
• Menunjukkan sesuatu kejadian itu berlaku dengan tidak disangka-
sangka atau secara tiba-tiba.

Konflik
• Perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Suspens
• Suspens ialah unsur ketegangan yang menimbulkan rasa ingin tahu
pembaca terhadap sesuatu peristiwa. (sesuatu yang menimbulkan
tanda tanya)

KRITIKAN SARANAN
• Bermakna anjuran atau sesuatu yang disarankan.
• Kritikan yang cenderung menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau

memantapkan lagi unsur-unsur yang membina sesebuah karya atau memberi
alternatif dari sisi teknik umpamanya.
• Kritikan mengandungi pelbagai saranan yang ditujukan kepada pengarang dalam
memperbaiki atau meningkatkan mutu sesebuah karya sastera.
• Saranan yang dikemukakan dapat dijadikan garis panduan kepada pengarang dalam
menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan menarik.
• Saranan melibatkan penilaian pengkritik yang analitikal dan kritis terhadap karya yang
dikritik tanpa rasa berat sebelah, berpihak atau emosional.

163

LAMPIRAN B

Fokus a) Teknik plot

Langkah 1

PILIH TEKNIK PLOT DALAM JADUAL 1 DAN PADANKAN DENGAN SITUASI DALAM
JADUAL 2

JADUAL 1

Teknik plot :
i. Pemerian.
ii. Imbas kembali.
iii. Kejutan

iv. Dialog.
v. Monolog.

JADUAL 2 Teknik plot
Situasi

MAT PIAH : Pergi menggeruh di Padang Kota lagi
bagus. ( Bercakap sendirian )

BLACKWAY : Boleh saya pergi jalan-jalan?
(Ulang BLACKWAY sekali lagi apabila MAT
PIAH masih melongo. MAT PIAH semacam
baru tersedar daripada lamunan dan cepat
cepat tersengih ).

MAT PIAH : Boleh,Boleh, Boleh, tuan. Tuan nak
pergi ke mana ?

(BLACKWAY diam sejurus. MAT PIAH
memandangnya dari belakang , menanti jawapan )

BLACKWAY : Saya tinggal di sini lama.
MAT PIAH : Berapa lama ?
BLACKWAY : Tiga….( Cuba mengingat ingat )

MAT PIAH: Huihhhh!

(BLACKWAY pun ikut terperanjat).

164

Langkah 2
Pilih dua teknik plot berserta contoh peristiwa(huraian) dan tulis dalam bentuk esei.

Fokus b) Kritikan Saranan yang terdapat dalam petikan.
Langkah 3
Jelaskan dua saranan yang terdapat dalam petikan tersebut.

SARANAN HURAIAN

165

Langkah 4
Tulis dua kritikan saranan dalam bentuk esei.

Fokus c) Sambung skrip drama berdasarkan kreativiti anda. Skrip drama tersebut hendaklah
tidak kurang daripada enam dialog.

MAT PIAH: Nak cerita ke tak nak? Aku pantang betul orang cerita sekerat-sekerat. Nak
cerita ke tak nak? (Marah).

BLACKWAY: Mahu … mahu… Saya cerita, saya cerita. (Sambil membetulkan rambut
palsunya yang tersenget semasa dia terkejut tadi).

166

PENTAKSIRAN:

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN

1 Menyatakan dua teknik plot berserta contoh
(Apresiasi).

2 Menyatakan dua saranan berserta contoh
(Apresiasi).

3 Menyambung dialog (pengkaryaan).

167

Mata pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 16
Sasaran
Genre/Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan 5 Niaga
Standard Pembelajaran Novel/ Naratif Ogonshoto
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Objektif Pembelajaran 3.1 Menghasilkan karya.
1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,

cerpen,drama).
(viii) Menganalisis gaya bahasa.
(xi) Menghuraikan pengajaran.
3.1.1 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli
yang menepati ciri-ciri penulisan puisi.
Murid boleh;
1. Menyatakan peristiwa yang menyokong kepada
pengajaran yang terdapat dalam petikan.
2. Menyatakan empat gaya bahasa berserta contoh
yang terdapat dalam petikan.
3. Menghasilkan sebuah cerita menarik berdasarkan
kreativiti.

Tempoh pelaksanaan 2 jam
Nota Rujuk Lampiran A
Aktiviti
1. Anda diminta untuk membaca novel Naratif
Ogonshoto.

2. Jawab kehendak aktiviti pada fokus a, b dan c
(Lampiran B).

3. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan dalam PBD.

Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan.

168

Aktiviti Pembelajaran:
Soalan:
Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara;

a) Jelaskan dua peristiwa yang menyokong pengajaran dalam petikan di bawah.
[4 markah]

Kita hendaklah mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif
dalam menghasilkan sesuatu inovasi.

b) Jelaskan empat gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah [8 markah]

Sepasang mata lelaki itu memandang tiang layar yang melurus turun sejauh
berpuluh-puluh meter ke bawah, santak ke geladak. Agak sibuk di bawah sana. Ada
yang sedang mengatur letak gulungan layar. Ada yang sedang melingkar tali-temali.
Kemudian pandangannya beralih kepada air laut hijau zamrud tidak jauh dari
galangan akhir haluan bahtera. Ada beberapa tompok kelam di bawah permukaan
air yang berkocak-kocak hingga tompok-tompok kelam itu seolah-olah sedang
menari-nari di dasar selat. Dan gerak tersebut mengingatkannya kepada seekor
penyu yang mendorongnya membina bahtera itu.

Hampir setahun lalu, menjelang senja, dia sedang bersampan cadik sebelah
untuk pulang ke rumahnya di gigi pantai. Langit barat mula kemerah-merahan. Di
selat hanya sampannya sedang bergerak membelah permukaan air tenang.

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan novel di bawah supaya menjadi sebuah
cerita yang menarik.

Panjang cerita hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan [8 markah]

Teksi biru sebam meluncur laju menuruni lereng bukit. Angin menerpa masuk
melalui jendela terbuka. Pemandu itu meludah keluar, membuang sekali pencungkil
giginya. Dia menoleh ke belakang sebentar, melihat penumpangnya.

169

Lampiran A(Nota)
GAYA BAHASA DALAM PROSA

i. Kata ganda
Contoh: berpuluh-puluh, tali-temali, berkocak-kocak, tompok-tompok, seolah-olah,
menari-nari.

ii. Repitisi kata
contoh: ada.

iii. Repitisi frasa
contoh: ada yang sedang.

iv. Personifikasi
contoh: Ada beberapa tompok kelam di bawah permukaan air yang berkocak-kocak
hingga tompok-tompok kelam itu seolah-olah sedang menari-nari di dasar selat. /
Di selat hanya sampannya sedang bergerak membelah permukaan air tenang.

v. Metafora
Contoh: air tenang.

vi. Hiperbola
Contoh: Di selat hanya sampannya sedang bergerak membelah permukaan air
tenang.

Lampiran B

Aktiviti Pembelajaran
Langkah 1
Fokus a) Peristiwa yang menyokong pengajaran.

Pilih dan sesuaikan petikan novel (Jadual 1) dengan peristiwa (Jadual 2)

Jadual 1

i. Seorang pemuda dari Runakita telah berjaya menggunakan kreativitinya untuk
mencipta kamera eksperimental dengan mencantumkan semua peralatan untuk
tujuan merakamkan peristiwa-peristiwa masa lampau.

ii. Seorang resi muda telah mencipta ikan-ikan daripada tanah liat dalam warna
tunggal atau pelbagai warna / pancawarna untuk menyertai sayembara tentang
‘’ciptaan yang hidup” dengan tawaran hadiah sebutir kelapa emas.

170

Jadual 2 Peristiwa

Petikan Novel
Di atas pasir, berhampiran gigi air, ikan-ikan
daripada tanah liat itu memperagakan warna-warni
tubuh sama ada berwarna tunggal atau yang
pancawarna. Ikan-ikan itu dilatari alun nipis riak
lautan. Semakin lama seseorang memandang
ciptaan itu di hadapan riak lautan yang bergetar-
getaran itu, semakin tampak hiduplah ciptaan itu,
hingga terlihat seolah-olah ikan-ikan si resi muda
sedang berenang-renang dalam air cetek lagi jernih.
Andainya dia membawa semua barangan elektronik
yang dibeli di Akihabara ke dalam kabin, dia
mempunyai masa yang panjang untuk memasang
kamera eksperimental itu. Entah-entah, dia boleh
terus menguji kamera eksperimentalnya.

Langkah 2 [4 markah]
a) Jelaskan dua peristiwa yang menyokong pengajaran dalam petikan

171

Fokus b) Gaya Bahasa

Langkah 1

Pilih dan sesuaikan gaya bahasa dengan petikan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1

i. Kata ganda
ii. Repitisi kata
iii. Repitisi frasa
iv. Personifikasi
v. Metafora
vi) Hiperbola

Jadual 2 Gaya Bahasa

Petikan Novel
Sepasang mata lelaki itu memandang tiang layar yang
melurus turun sejauh berpuluh-puluh meter ke bawah,
santak ke geladak.
Ada yang sedang mengatur letak gulungan layar. Ada yang
sedang melingkar tali-temali.
Ada beberapa tompok kelam di bawah permukaan air yang
berkocak-kocak hingga tompok-tompok kelam itu seolah-olah
sedang menari-nari di dasar selat.
Ada yang sedang mengatur letak gulungan layar. Ada yang
sedang melingkar tali-temali.
Di selat hanya sampannya sedang bergerak membelah
permukaan air tenang
Di selat hanya sampannya sedang bergerak membelah
permukaan air tenang

172

Langkah 2
b) Jelaskan empat gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan.

Fokus c Menyambung petikan novel menjadi sebuah cerita.

Langkah 1

Teksi biru sebam meluncur laju menuruni lereng bukit. Angin Permulaan
menerpa masuk melalui jendela terbuka. Pemandu itu meludah
keluar, membuang sekali pencungkil giginya. Dia menoleh ke belakang
sebentar, melihat penumpangnya.

Perkembangan

Kemuncak

173

Peleraian

PENTAKSIRAN

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN

1 menjelaskan satu peristiwa yang menyokong
pengajaran dalam petikan

2 menjelaskan empat gaya bahasa beserta
contoh yang terdapat dalam petikan

3 Menyambung petikan novel menjadi sebuah
cerita.

174

CADANGAN JAWAPAN SET 1

ITEM PEMBELAJARAN 1

Aktiviti Pembelajaran: [1+1]
Dua gaya bahasa berserta contoh.

i. Asonansi. Contoh: Tak sungguh orang tak kata

ii. Aliterasi. Contoh: Orang berbudi kita berbahasa [1+1]
iii. Anafora. Contoh: Orang berbudi kita berbahasa, [1+1]

Orang memberi kita merasa. [1+1]
iv. Repitisi kata. Contoh: Tak, orang, kita

v. Responsi. Contoh: Orang berbudi kita berbahasa, [1+1]
Orang memberi kita merasa. [1+1]

vi. Sinkope. Contoh: tak

LANGKAH 2 : Pilih dua maklumat dalam LANGKAH 1 dan tulis sebagai jawapan dalam

ruangan di bawah bagi soalan item 1.

Contoh jawapan :

-Gaya bahasa seperti berikut :

1. Repitisi kata. Contoh : tak, orang, kita

2. Sinkope. Contoh : tak

PENTAKSIRAN :

Instrumen 1 : Rubrik

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN

1. Menyatakan gaya bahasa. 1 atau 2

2 Mengemukakan contoh. 3 atau 4

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan.

Berdasarkan petikan puisi tradisional di atas, berikan contoh bagi setiap gaya bahasa

berikut :

6. Asonansi. Contoh : Makanan baik tidak terbeli [1+1]

7. Repitisi kata. Contoh : ikan, makanan [1+1]

8. Repitisi ayat/ baris. Contoh : Makanan baik tidak terbeli [1+1]

9. Inversi. Contoh : Penakut sungguh, kedekut sungguh. [1+1]

10. Sinkope. Contoh : nak [1+1]

175

ITEM PEMBELAJARAN 2

JAWAPAN UNTUK LATIHAN DALAM LAMPIRAN B

LATIHAN 1 : Baca petikan sajak di bawah dan lengkapkan tiga ayat pengajarannya.

Lengkapkan ayat pengajaran

[i]

INTI PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN

teguh Kita hendaklah Kita hendaklah mempunyai pendirian yang teguh agar tidak
Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya luar yang tidak baik.

[ii] PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN
INTI

bersatu Kita hendaklah Kita hendaklah bersatu padu dalam usaha menjaga generasi
padu Kita janganlah muda kita agar tidak mudah terpengaruh oleh budaya luar yang
tidak baik.

[iii] PILIH FRASA ISIKAN FRASA DALAM JAWAPAN
INTI

lupa diri Kita hendaklah Kita janganlah lupa kepada asal usul diri, peradaban dan
Kita janganlah akhlak pekerti yang telah diajar oleh generasi lama.

176

CADANGAN JAWAPAN UNTUK LATIHAN DALAM LAMPIRAN C DAN LAMPIRAN D
LATIHAN 2 : Baca petikan sajak dan maksudnya di bawah ini kemudian tulis

pengajarannya berpandukan klu yang diberikan.
i] Pengajaran : [ komunikasi yang baik / budi bahasa ]
Kita hendaklah mengamalkan cara berkomunikasi yang baik untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat /
Kita hendaklah mengamalkan sikap berhemah tinggi dengan berbudi bahasa sesuai dengan
ajaran nenek moyang dan ajaran agama kita.
ii] Pengajaran : [ kenali budaya / tinggal ]
Kita haruslah belajar mengenali perbezaan budaya masyarakat majmuk dalam negara ini. /
Kita patutlah tinggal di tanah air sendiri dengan lebih lama untuk dapat menjiwai semangat
perpaduan masyarakatnya.
iii] Pengajaran : [ fahami perbezaan / muafakat/ / bersatu padu ]
Kita wajarlah memahami perbezaan antara kaum dalam negara kita agar kita lebih
memahami kepentingan amalan muafakat, kesepakatan dan perpaduan.
Kita juga haruslah menjaga keharmonian negara kita meskipun kita sering berbeza pendapat.

CADANGAN JAWAPAN UNTUK PENTAKSIRAN DALAM LAMPIRAN E
Berdasarkan petikan sajak di atas, nyatakan dua pengajaran. [4 markah]

i) Kita haruslah menginsafi hakikat bahawa kita akan mati.
ii) Kita hendaklah sentiasa berdoa dan berzikir mengingati tuhan dalam muhasabah

kita sebagai hamba-Nya.
iii) Kita hendaklah menjadi orang yang sentiasa berani semasa hidup sehinggalah kita

berhadapan dengan kematian.
iv) Kita hendaklah sentiasa berpesan kepada anak cucu kita sebagai peringatan dan

panduan kehidupan mereka.
v) Kita haruslah mengingati pesanan orang tua kita yang mengandungi hikmah yang

mulia.

177

ITEM PEMBELAJARAN 3

Langkah 1

i.Nilai keberanian

ii.Nilai kegigihan

iii.Nilai bermurah hati

Langkah 2

i.Nilai keberanian [1+1]

Contoh: Maka diturutnya bekas naga itu serta dengan anak helang dan anak tikus itu pun

bersama-sama dengan budak itu berjalan mengikut bekas naga itu lalulah ke tengah rimba

yang besar.

ii.Nilai Kegigihan [1+1]

Contoh: Maka diturutnya bekas naga itu serta dengan anak helang dan anak tikus itu pun

bersama-sama dengan budak itu berjalan mengikut bekas naga itu lalulah ke tengah rimba

yang besar.

iii.Nilai bermurah hati [1+1]

Contoh: Maka budak itu pun berjumpalah dengan buah-buahan terlalulah banyaknya di

tengah rimba itu. Maka ia pun pergilah makan buah itu bersama-sama dengan anak

helang dan anak tikus

LATIHAN PENGUKUHAN

Salin contoh bagi nilai dibawah berpandukan petikan di atas

i. Nilai Berbudi bahasa [1+1]

Contoh: Seketika ia duduk berkata-kata itu maka budak itu pun bermohonlah kepada

bondanya lalu berjalan pergi ke rumah bapa angkatnya itu. Serta sampai maka ia pun naik

duduk seraya menyembah kepada Syahbandar itu

ii.Nilai Kasih sayang [1+1]

Contoh Setelah didengar oleh bondanya akan perkataan anaknya itu, maka bondanya pun

terlalulah sukacitanya seraya katanya, "Lain kali jikalau anakku hendak pergi berilah tahu

kepada aku dahulu supaya senang hatiku dan bapa angkat anakku Syahbandar baharu

juga mendapatkan aku bertanyakan anakku ke mana perginya /

Setelah sudah ia bertukar itu maka budak itu pun bermohonlah kepada orang tua itu lalu ia

berjalan bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus serta parang puting itu pun

dipegangnya kepada tangannya.

iii. Nilai keberanian [1+1]

Contoh: Maka kata budak miskin itu, "Harap diampun Duli Tuanku Syah Alam, akan patik

ini orang yang hina miskin ini, patik pohonkan cincin tuanku yang di dalam mulut tuanku

serta patik haraplah sangat-sangat kepada tuanku."

iv.Nilai bermurah hati [1+1]

Contoh:Maka budak itu pun hendak bermohon pulang ke rumahnya Maka baginda pun

memberi kurnia akan budak miskin itu sahaya dua Orang berserta pulak dengan kain dan

baju serta beras padi terlalulah banyaknya dan segala raja dan orang besar-besar itu pun

memberi kurnia kepada budak itu masing-masing dengan kadarnya.

v.Nilai bersimpati [1+1]

Contoh: Setelah raja naga itu mendengar kata anak miskin itu, maka datanglah belas

dalam hatinya akan budak itu seraya katanya, "Baiklah, kerana engkau sudah ku ambil jadi

cucu kepada aku dan jikalau lain daripada engkau tiadalah aku berikan cincinku ini

178

ITEM PEMBELAJARAN 4

Nyatakan dua latar masa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut

[4 markah]

i. Malam. [1+1]

Contohnya: malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan Achik yang
bertahun-tahun tidak bertegur sapa menampakkan tanda akan berdamai.

Malam itu malam kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila.

ii. Selepas tiga bulan/ tiga bulan [1+1]

Contoh: Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung kerana dilanda

musibah yang paling memedihkan.

iii. Bertahun-tahun. (beberapa tahun) [1+1]

Contoh: malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan Achik yang

bertahun-tahun tidak bertegur sapa menampakkan tanda akan berdamai.

iv. Sampai bila-bila (sepanjang masa/tahun/zaman) [1+1]

Contoh: Malam itu malam kenangan yang akan akan aku ingat sampai bila-bila.

[Maksimum: 4 markah]

Item ke 2 (latihan pengukuhan)

Dipetik daripada cerpen Res Judicata karya Aidil Khalid dalam buku Antologi Kubentang
Sehelai Peta.

1. Nyatakan dua latar masa beserta peristiwa yang berkaitan.

i. Jam sepuluh pagi [1+1]

Contoh: Penerbangan ke Jakarta telah dijadualkan pada jam sepuluh pagi tepat.

ii. Pukul 12:00 tengah hari [1+1]

Contoh: Dia punya janji temu mesyuarat dengan sebuah syarikat berkaitan sebuah kontrak
bernilai RM 27 juta pada pukul 12:00 tengah hari (waktu Malaysia) di ibu negara

Indonesia tersebut.

179

ITEM PEMBELAJARAN 5 [1+1]
[1+1]
1. Seorang yang sayang kepada bangsa.
Contoh: Memang, aku sayangkan bangsa.

2. Seorang yang sayang kepada negara.
Contoh: Memang, aku sayangkan bangsa dan negaraku.

3. Seorang yang bersikap rasional. [1+1]

Contoh: Tetapi ini tidak akan menegahku daripada bersikap rasional.

[Maksimum: 4 markah]

Latihan 1 ITEM PEMBELAJARAN 6
(i) 1 – 5
(ii) 2 – 3 (v) 5 – 2
(iii) 3 – 7 (vi) 6 – 8
(iv) 4 – 1 (vii) 7 – 9
(viii) 8 – 6
Latihan Pengukuhan 2 (ix) 9 - 4

(i) Teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut ialah teknik dialog. [1+1]

Contohnya:

“Kamu pernah tengok orang menghadapi saat mati?”
“Belum.”
“Aku sudah dua kali. Dalam teksi ini.” Pemandu teksi itu lalu ketawa.

(ii) Seterusnya, terdapat juga teknik pemerian dalam petikan. [1+1]

Contohnya, ‘Dia mengerutkan dahi, memandang pemandu teksi itu. Bulu roma

tengkuknya berdiri.’

(iii) Selain itu terdapat juga teknik imbas kembali. [1+1]
Contohnya:

“Ada seorang tua yang menahan teksi ini. Aku berhenti, mengambilnya.

Katanya, dia mahu pergi ke muzium. Di dalam teksi dia asyik bercerita

tentang topeng-topeng suku kaum purba di Rai-Rapa. Tak lama
kemudian dia senyap….”

180

ITEM PEMBELAJARAN 7

LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut:

WATAK PERISTIWA POLA FIKIR
Presiden
- Sanggup mengharungi ribut - Mementingkan kasih
taufan yang menggila sayang terhadap
ibunya lebih
- Untuk pulang ke Malagana daripada
- Mencari ibunya kepentingan diri
- ingin memeluk kaki/lutut ibunya sendiri.

LANGKAH 2 : Tulis maklumat dalam bentuk perenggan yang lengkap.

Presiden sanggup meredah ribut taufan di lautan untuk pulang ke Malagana kerana
ingin mencari ibunya serta ingin memeluk kaki/lutut ibunya, hal ini menggambarkan pola
fikir presiden yang amat mementingkan kasih sayang terhadap ibunya berbanding
kepentingan diri sendiri.

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
7. Jelaskan maksud pola fikir sesuatu watak

- Sebuah filosofi kehidupan, cara berfikir, sikap, opini, dan mentalitas yang memiliki
kekuatan untuk mempengaruhi perilaku seseorang, memiliki penting dalam penilaian
manusia dan pengambilan keputusan dalam respon individu untuk pelbagai situasi.

8. Huraikan maksud individu yang berfikiran positif

Individu yang berfikiran positif ialah individu yang mempunyai kebolehan berfikir dan
bertindak wajar dalam menghadapi sebarang situasi.

9. Pada pendapat anda apakah peranan anak untuk mewujudkan keluarga bahagia?

a. Bersahsiah mulia dan berbudi bahasa.
b. Mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan

kerja-kerja di rumah.
c. Menghargai jasa ibu bapa.
d. Belajar bersungguh-sungguh.
e. Sentiasa mendoakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan ibu bapa.

• Terima mana-mana jawapan yang munasabah

181

ITEM PEMBELAJARAN 8

SIKAP PERMAISURI TERHADAP
KEN TAMBOHAN SEPATUTNYA…

Menerima Ken Tidak menilai
Tambohan sebagai seseorang kerana

menantu dengan darjat.
reda

Tidak memandang
taraf atau
kedudukan
seseorang

CADANGAN JAWAPAN;
1. Permaisuri sangat mementingkan darjat dan kedudukan dalam memilih jodoh untuk
anakandanya, Raden Menteri.-----------------------------------2M

Huraian: Permaisuri sepatutnya tidak memandang taraf atau kedudukan seseorang untuk
dijadikan menantu atau jodoh anakandanya.------------------------------------------2M

2. Permaisuri tidak sepatutnya menilai Ken Tambohan kerana darjatnya sebagai anak
jarahan.-----------------------------------------2M

Huraian: Permaisuri seharusnya memberi kebebasan kepada Raden Menteri memilih
jodohnya serta menerima Ken Tambohan dan tidak menilai seseorang kerana darjat.----------
----------2

182

ITEM PEMBELAJARAN 9

Pandangan
Fakta … melupakan jasa alam sekitar terhadap manusia

Huraian … antara mereka itu ada segolongan yang telah alpa dan terlupa akan setia kami
kepada mereka./ “Aku” memberitahu Lin ada golongan manusia yang telah lupa akan
kebaikan “Aku” dan kawan-kawannya kepada mereka.

Saranan

Fakta … tidak mementingkan keuntungan sehingga mendatangkan kesusahan

kepada pihak lain.

Huraian, mereka sanggup mencuri anak-anak kami untuk dijual kepada orang kaya./
“Aku” memberitahu Lin ada golongan manusia yang mencuri karangan laut yang masih lagi

baru untuk dijual.

Sanjungan
Fakta … masyarakat yang tidak memungkiri janji untuk menjaga alam sekitar
Huraian … kami tidak pernah memungkiri janji untuk memberi makan kepada mereka

Nilai

i) Menjaga alam sekitar
ii) Menepati janji
iii) Kesetiaan
iv) Mengenang budi

183

ITEM PEMBELAJARAN 10

SOALAN (DRAMA ANNA)

LANGKAH 1

Arahan :Lengkapkan tempat kosong berdasarkan situasi yang diberi

Situasi Isu Masyarakat Kepentingan terhadap
kesejahteraan hidup
ANNA: Memang.Engkau Isu pertentangan budaya
lebihkan ibumu daripada aku bermasyarakat
sendiri. Selama empat tahun Isu kepentingan Memupuk hidup
aku hidup seperti dalam pendidikan bermasyarakat dan bertolak
penjara. Engkau menjadi anak ansur bagi membentuk
yang amat setia kepada Isu konflik keluarga masyarakat yang harmoni.
ibumu. Ah, dasar orang Timur,
orang Melayu! Isu pengorbanan ibu Membentuk masyarakat
bapa terhadap anak- yang mempunyai kualiti
ZAKI(berhadap-hadapan anak. hidup yang baik serta dapat
dengan Anna): Anna! Kau lihat melaksanakan fungsi sosial
sajalah keadaan ibuku.Dia yang mantap.
menderita, Anna. Selama lima
tahun aku di tanah Inggeris, Perlunya mengekalkan
dialah yang menyara belanja hubungan /jalinan kasih
universitiku. Dia berjuang sayang dalam keluarga agar
sehabis tenaganya, berkorban dapat mewujudkan
apa yang ada padanya, hingga masyarakat yang sejahtera.
tanah-tanah kami tergadai
dan… Membentuk masyarakat
ANNA: Ya, ibumu, ibumu, lagi- yang menghargai
lagi ibumu. Dialah yang pengorbanan ibu bapa.
memecahkan kasih sayangmu
terhadapku. Empat tahun aku
seperti dalam malam yang
gelap, menantikan bercahaya
kembali warna cinta dan
kebahagiaan yang kuimpikan.
Tapi kosong dan hampa
belaka.
DR.CHAN: Tapi, itulah yang
tak mungkin,Zaki punya ibu.
Dan ibu ini bukanlah ibu yang
sembarangan.Ibu yang telah
berkorban untuk anaknya
hingga matanya buta dan
tanahnya tergadai.

184

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan

Anna : Mengapa ibuku ditembak oleh komunis? Mengapa mereka cemburu melihat ibuku
yang juga orang Melayu berkahwin dengan ayahku orang Inggeris yang menjadi
pengurus ladang getah? Bukankah ayahku menolong memberi pekerjaan kepada ramai
orang miskin? Mengapa mereka membunuh ibuku?

Dipetik daripada Drama Anna karya Kemala

Berdasarkan petikan di atas ,nyatakan tiga isu masyarakat beserta contoh dan
kepentingannya.

Isu 1 Isu kekejaman penjajah
Contoh Mengapa ibuku ditembak oleh komunis?
Kepentingan Masyarakat akan merasa trauma serta memandang serong terhadap
masyarakat penjajah.

Isu 2 Isu perkahwinan campur
Contoh Mengapa mereka cemburu melihat ibuku yang juga orang Melayu
berkahwin dengan ayahku orang Inggeris yang menjadi pengurus
Kepentingan ladang getah
Dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian diantara kaum-
kaum dinegara ini.

Isu 3 Isu kemiskinan
Contoh Bukankah ayahku menolong memberi pekerjaan kepada ramai orang
miskin?
Kepentingan Masyarakat perlu berusaha untuk keluar daripada kepompong
kemiskinan kerana kemiskinan mampu menggugat ketenteraman
masyarakat.

185

ITEM PEMBELAJARAN 11

(a) Tema puisi

Bertemakan adat resam kehidupan manusia.

(b) Ciri bentuk puisi

➢ Puisi ini mempunyai rangkap
Contohnya 8 rangkap

➢ Bilangan baris setiap rangkap sama
Contohnya 2 baris serangkap

➢ Bilangan patah perkataannya tidak sama
Contohnya 4 hingga 5 patah perkataan sebaris

➢ Bilangan suku kata setiap baris tidak sama
Contohnya 8 hingga 11 suku kata sebaris

➢ Rima akhir sama
Contohnya aa

➢ Berbentuk terikat
Contohnya 2 baris serangkap

(c) Cipta pantun bertemakan Masyarakat Sejahtera

Pembahagian markah berdasarkan :

Tema (2 Markah)
Bentuk (2 Markah)
Bahasa (2 Markah)
Kreativiti (2 Markah)

186

ITEM PEMBELAJARAN 12

12 Tema Markah

a Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh 2m

budaya moden

Contoh :

virus kebiadaban kian merebak 2m

virus hedonisme kian menjangkiti

membentuk segumpal sampah di almari peribadi

menyemai benih radiasi songsang menerjah minda

diracuni semilir wabak yang mengotori 2m

diterap angin hitam sosial

merebak menyusup jati diri

sekujur jiwa belia generasi. /

pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa 2m

menusuk luka dan kupingku dinoda

hilangnya nanti permata negara

menjadi puing-puing harapan ayahanda

12 Gaya bahasa Markah
1+1
b (i) Asonansi pengulangan bunyi huruf vokal ‘u’
Contoh: meniti pembuluh-pembuluh darah (R1B2) 1+1

(ii) Aliterasi pengulangan bunyi huruf konsonan ‘m’
Contoh: meniti pembuluh-pembuluh darah (R1B2)

(iii) Anafora (pengulangan perkataan virus) 1+1
Contoh: virus kebiadaban kian merebah (R1B5dan6) 1+1
virus hedonism kian menjangkiti 1+1

(iv) Responsi (Pengulangan perkataan kian)
Contoh: virus kebiadaban kian merebah (R1B5dan6)
virus hedonism kian menjangkiti

(v) Kata ganda
Huraian: virus-virus/pembuluh-pembuluh

(vi) Metafora 1+1
Contoh: percikan sampah dari jendera siaran (R3B2)
(vii) 1+1
(viii) Hibur sumbang dari pentas kayangan (R3B3) 1+1
Libur songsang dari halaman maya (R3B4)
Sinkope (singkatan perkataan ku)
Contoh : menusuk luka dan kupingku dinoda
Diksi bahasa arab
Contoh : mazmumah (R3B10)

(c) Penciptaan sajak bertemakan jati diri remaja

(i) Tema - 2 markah Maksimum : 8 markah
(ii) Bentuk - 2 markah
(iii) Bahasa - 2 markah
(iv) Kreativiti - 2 markah

187

ITEM PEMBELAJARAN 13
1. a. Seorang yang bijaksana. Contohnya sewaktu menerima adat kunjung

hormat mengikut adat Siam, dia tidak perlu merangkak sebaliknya berjalan serta
berkeris seperti adat melayu
b. Seorang yang taat kepada raja contohnya Laksamana Hang Tuah bersetuju akan
perintah raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam bagi memenuhi hasrat raja yang ingin
membeli enam ekor gajah
c. Seorang yang berani ketika Laksamana hang Tuah berada di Siam, beliau telah
berjaya membunuh pendekar jepun iaitu Cin Cu dan Berjaya mengalahkan tujuh orang
lagi pendekar jepun dari Kemboja
d. Seorang yang penyayang contohnya Laksamana Hang Tuah amat

menyayangi kedua-dua isterinya iaitu Tun Teja dan Raden Mas Ayu

2. i. Nilai Kebijaksanaan. Contohnya hang Tuah memaklumkan kepada Raja Siam dia
tidak boleh merangkak semasa menyembah Phra Chau kerana dia ada penyakit

ii. Nilai Kasih sayang. Contohnya Hang Tuah amat menyayangi isterinya Tun Teja dan
Puteri Mas Ayu

iii. Nilai Ketaatan. Contohnya Hang Tuah taat kepada perintah raja yang menitahkannya
supaya membeli empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina serta menakluki
Patani

iv. Nilai Keberanian. Contohnya Hang Tuah berani menentang Cin Cu pendekar Jepun
yang handal sehingga pendekar tersebut tewas di tangan HangTuah

3. Dua keperibadian unggul
i. Hang Tuah merupakan lambang ketaatan bangsa Melayu terhadap raja contohnya
Hang Tuah menawarkan diri menunaikan hasrat raja untuk membeli gajah dengan
raja Siam
ii. Semangat patriotisme yang begitu tinggi di dalam jiwanya contoh apabila berada di
negeri Siam Hang Tuah telah mengharumkan nama negeri Melaka dengan
tindakan dan perlakuan yang menyebabkan dia dipuji
iii. Pahlawan yang handal contohnya keberanian dan ketangkasan bermain senjata
kerana dia dapat mengalahkan pendekar jepun yang ingin membunuhnya semasa
di Siam menyebabkan nama raja Melaka terkenal.
iv. Hang Tuah mempunyai semangat setiakawan yang tinggi contohnya rombongan
ke Siam untuk membeli gajah yang dihadiri juga oleh pengikut-pengikutnya.

188

ITEM PEMBELAJARAN 14

a)Huraikan satu pengajaran
Fokus a) Pengajaran
Langkah 1
Jadual 2

• Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari.
• Kita janganlah memandang rendah kepada kebolehan orang lain.
• Kita hendaklah insaf atas kebesaran Allah/Tuhan.
• Kita hendaklah bijak memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

Langkah 2
Bentuk esei

Satu pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah kita janganlah memandang
rendah kepada kebolehan orang lain.Contohnya, Profesor menganggap anak muda itu
lebih rendah ilmunya daripada dirinya yang berjawatan profesor.
Fokus b) Perwatakan Anak muda
Langkah 1
Lengkap jadual

• Seorang yang bersikap rendah diri.
• Seorang yang gigih dalam menuntut ilmu.
• Seorang yang berani menyatakan kebenaran/pendapat.
• Seorang yang berpendidikan agama.
• Seorang yang menghormati orang yang lebih tua.
Langkah 2
-Empat perwatakan Anak muda (esei)

Perwatakan Anak muda yang pertama ialah seorang yang berpendidikan agama.
Contoh, dia belajar di Pondok Pasir Tumbuh,Kelantan di bawah Tuan Guru Haji Hashim.

Perwatakan anak muda yang kedua ialah seorang yang gigih dalam menuntut ilmu.
Contoh, dia sanggup pergi ke Bandar Barus semata-mata kerana ingin mendalami ilmu
tasawuf untuk diamalkan dalam kehidupannya.

Perwatakan Anak muda ketiga ialah seorang yang berani menyatakan kebenaran
atau pendapat. Contoh, Anak muda dapat mematahkan hujah seorang professor dengan
menyatakan bahawa adalah lebih baik mengamalkan ilmu yang dipelajari daripada hanya
mengkaji sahaja.

Perwatakan Anak muda yang keempat ialah seorang yang bersikap rendah diri.
Contohnya, walaupun dia tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi,tetapi dia terus menimba
ilmu sebanyak yang mungkin.

Fokus c) Karya asli
Pemberian markah berdasarkan

• Idea/isi : 2 markah
• Teknik : 2 markah
• Bahasa : 2 markah
• Kreativiti : 2 markah.

(maksimum 8 markah)

Nota:
• Calon mengemukakan satu teknik plot/penceritaan maksimum 1 markah untuk teknik.
• Jika calon menghasilkan karya kurang 80 patah perkataan maksimum 1 markah untuk

isi.

189

ITEM PEMBELAJARAN 15

a) Nilai murni
Langkah 1 jadual 2
• Situasi 1 – Nilai pengorbanan
• Situasi 2 – Nilai tanggungjawab
• Situasi 3 – Nilai kesetiaan
• Situasi 4 – Nilai kasih sayang

Langkah 2
Nilai pertama ialah nilai kasih sayang. Contohnya Anna sangat menyayangi
Daddynya/ Zaki sangat menyayangi ibunya kerana ibunya telah banyak berkorban
untuknya.
Nilai kedua ialah nilai pengorbanan. Contohnya, Mak Munah sanggup berkorban
sehingga terpaksa menggadai tanah-tanahnya kerana membiayai kos pengajian Zaki di
universiti.
Nilai ketiga ialah nilai tanggungjawab. Mak Munah bertanggungjawab menyara
perbelanjaan Zaki semasa Zaki belajar di luar negeri.

b. Sarankan tiga perwatakan Anna berdasarkan contoh yang diberi.
Langkah 1

1. Ketabahan sangat diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan
2. Cinta dan kebahagiaan sangat penting dalam sesebuah perkahwinan
3. Mendengar nasihat ibu bapa
4. Persefahaman penting dalam rumah tangga

Langkah 2
Pilih tiga saranan terhadap perwatakan Anna dan tulis dalam bentuk esei

Saranan terhadap perwatakan Anna yang pertama ialah ketabahan sangat
diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya Anna sepatutnya tidak
meninggalkan Tina kerana Tina adalah anaknya, darah dagingnya dan masih kecil.
Tindakan Anna ini memerlukan hati yang cekal dan tabah sebagai seorang ibu.

Saranan terhadap perwatakan Anna yang kedua ialah cinta dan kebahagiaan
sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Contohnya, Anna telah membuat
pengakuan terhadap Zaki yang dia tidak bahagia bersama Zaki.

Saranan terhadap perwatakan Anna yang ketiga ialah persefahaman penting
dalam rumah tangga. Dalam hal ini, Anna tidak dapat memahami Zaki walaupun sudah
empat tahun berkahwin.

c. Sambung dialog

Pemberian markah

Isi/pemikiran : 2 Markah

Teknik : 2 Markah

Gaya Bahasa : 2 Markah

Kreativiti : 2 Markah

__________

8 Markah

Perlu mematuhi teknik penulisan drama :

a) Ada pelakon/watak

b) Ada aksi

c) Ada dialog.

• Skrip yang kurang daripada 6 dialog maksima 4 markah sahaja.

190

ITEM PEMBELAJARAN 16

Fokus a) Perwatakan Presiden
Langkah 1 ( Jadual 2 )

i. Seorang yang meninggi diri
ii. Seorang pemimpin yang licik, tamak akan kuasa dan kekayaan
iii. Seorang yang mengamalkan pemerintahan diktator
iv. Seorang yang menghormati orang tua
v. Seorang yang kejam

Langkah 2 (a)
Perwatakan Presiden yang pertama ialah seorang yang suka meninggi diri.

Keadaan ini dapat dilihat apabila dalam biografinya tercatat dalam ucapan nakhoda
kononnya nakhoda kagum dengannya yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar dan
dihormati rakan-rakan sebayanya di sekolah.

Perwatakan Presiden yang kedua ialah seorang yang kejam. Contohnya,
Presiden cuba membunuh anak angkatnya iaitu Pemuda Banaba dengan melepaskan
tembakan.

Perwatakan Presiden yang ketiga ialah seorang yang berjiwa diktator.
Contohnya, tesis yang ditulis ialah tentang kediktatoran.

Fokus b) Kritikan Pandangan
Langkah 1 (Jadual 2)
i. Bersyukur kerana ada keluarga yang sanggup memelihara Presiden sebagai
anak angkat
ii. Hidup dalam kesederhanaan dan membantu masyarakat sekeliling
iii. Menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin
iv. Mengambil tahu masalah rakyat di bawah pimpinan Presiden
v. Mengelakkan diri daripada melakukan rasuah

Langkah 2
Kritikan pandangan yang pertama ialah bersyukur kerana ada

keluarga yang sanggup memelihara Presiden sebagai anak angkat. Dalam hal ini
Presiden perlu bersyukur apabila nakhoda mengambilnya sebagai anak angkat.

Kritikan pandangan yang kedua ialah mengelakkan diri daripada
melakukan rasuah. Dalam hal ini, Presiden telah memberi bayaran yang lumayan
kepada pengarang buku biografinya.

Kritikan pandangan yang ketiga ialah menjalankan tanggungjawab
sebagai Presiden. Dalam hal ini, Presiden pelu menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Fokus c) Sambung petikan novel
Contoh karya
Melihat cahaya fajar kemerah-merahan bangkit di Timur, dia menggagahi dirinya melutut dan
memandang keluar…….

Badan masih terasa lemah , sudah beberapa hari dia demam dan batuk-batuk selepas
terpaksa berhujan semasa pulang dari sekolah. Kemudian dia melangkah lesu menuju ke
perigi. Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan SPM berlangsung. Dia mesti tiba awal
ke sekolah.

“Amirul, sarapan dahulu sebelum ke sekolah, nanti perut masuk angin” panggil ibunya.
Taka pa bu, nanti Mirul lewat sampai ke sekolah”, jawab Amirul. Ibunya lalu membungkus nasi
sebagai bekalan Amirul. Amirul mengayuh basikal menuju ke sekolah yang terletak sejauh
kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Alangkah seronoknya pergi ke sekolah jika dihantar
oleh bapanya seperti pelajar-pelajar lain, fikir Amirul. Tetapi itu semua tidak akan berlaku
kerana bapanya telah meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun.

191

Walaupun dia pelajar miskin tetapi dia seorang yang rajin dan tekun. Amirul
merupakan pelajar harapan sekolah. Pesanan Cikgu Nasir supaya dia belajar bersungguh-
sungguh sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak akan menjadikan kemiskinan
sebagai penghalang untuk dia berjaya. Amirul fapat menjawab dengan tenag setiap subjek
yang diambilnya. Segala yang diajar oleh guru dipraktikkan dengan sebaik-baiknya. Selapas
tiga minggu, peperiksaan SPM pun tamat.

Hari demi hari, akhirnya tarikh yang mendebarkan itu muncul jua. Peperiksaan SPM
diumumkan. Jantung Amirul berdegup kancang. Tiba-tiba dia tersentak, terasa bahunya
ditepuk. “Tahniah Amirul” ucap Cikgu Nasir. Rupanya Amirul muncul sebagai pelajar terbaik
di sekolahnya. Dia memeluk Cikgu Nasir . Akhirnya segala jerih perih dan segala kesusahan
telah terbalas. Impiannya untuk menjadi doktor Pakar Bedag hampeir tercupai. Dia akan
membalas jasa ibu.

Pengagihan markah (pengkaryaan) berdasarkan

Isi - 2 markah

Teknik - 2 markah

Bahasa - 2 markah

Kreativiti - 2 markah

Maksimum - 8 markah

Nota:
• Pelajar mengemukakan satu teknik plot, maksimum 1 markah untuk teknik.
• Jika pelajar menghasilkan karya kurang 80 patah perkataan, maksimum 1 markah
untuk isi.

192

CADANGAN JAWAPAN SET 2

ITEM PEMBELAJARAN 1

AKTIVITI PEMBELAJARAN (item 1) [ 4 markah ]
Nyatakan empat ciri bentuk yang terdapat dalam petikan seloka di atas.

LANGKAH 1: Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut :

BENTUK

Rangkap Ada rangkap / berangkap

Contoh : terdiri daripada satu rangkap

Bilangan baris serangkap Enam baris serangkap

Bilangan perkataan sebaris Bilangan perkataan sebaris tidak sama

Contoh : 2 hingga 7 perkataan sebaris

Bilangan suku kata sebaris Bilangan suku kata sebaris tidak sama

Contoh : antara 4 hingga 18 suku kata sebaris

Sifat baris Semua baris adalah maksud

Rima akhir Rima akhir tidak sama

Contoh : a,b,b,b,b,b.

Kesimpulan bentuk Puisi ini bentuknya bebas

Contoh : rima akhirnya tidak sama iaitu a,b,b,b,b,b.

LANGKAH 2: Pilih lima maklumat dalam LANGKAH 1dan tulis sebagai jawapan dalam
ruangan di bawah bagi soalan item 1.

Bentuk puisi ini seperti berikut: [1+1]
1. Ada rangkap / berangkap [1+1]
Contoh : terdapat satu rangkap [1+1]
2. Bilangan perkataan sebaris tidak sama [1+1]
Contoh : antara 2 hingga 7 perkataan sebaris [1+1]
3. Bilangan suku kata sebaris tidak sama
Contoh : antara 4 hingga 18 suku kata sebaris
4. Rima akhir puisi ini tidak sama
Contoh : a,b,b,b,b,b.
5. Puisi ini bentuknya bebas.
Contoh : rima akhir puisi ini tidak sama iaitu a,b,b,b,b,b.

PENTAKSIRAN :

Instrumen 1 : Rubrik

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 atau 2
1 Menyatakan bentuk puisi 3 atau 4

2 Menjelaskan bentuk puisi dengan

memberikan contoh yang sesuai

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan

1. Nyatakan suku kata dan rima akhir yang terdapat dalam petikan puisi di atas.

Jawapan : [4 markah]

- suku kata = antara 10 hingga 11 suku kata sebaris

- rima akhir= sama iaitu a,a,a,a.

2. Senaraikan empat bentuk yang terdapat dalam petikan puisi di atas. [4 markah]

- Bentuknya berangkap (ini contoh)

Jawapan :

- 1.Terdapat empat baris serangkap

2. Bilangan perkataan sebaris tidak sama

3. Bilangan suku kata sebaris tidak sama

4. Rima akhir sama

193

3. Jelaskan dua bentuk puisi tersebut. [4 markah]
- Puisi ini berangkap
Contoh : terdiri daripada satu rangkap (ini contoh) [1+1]
Jawapan : [1+1]
- 1. Bilangan perkataan sebaris tidak sama.
Contoh : 3 hingga 4 perkataan sebaris
2. Bilangan suku kata sebaris tidak sama.
Contoh : 10 hingga 11 suku kata sebaris

ITEM PEMBELAJARAN 2

JAWAPAN UNTUK LATIHAN DALAM LAMPIRAN D

Pernyataan Nama Gaya Bahasa

Petak 1 Metafora
Petak 2 Sinkope
Petak 3 Responsi
Petak 4 Bahasa Asing [Inggeris]
Petak 5 Personifikasi
Petak 6 Asonansi
Petak 7 Aliterasi

JAWAPAN UNTUK LATIHAN DALAM LAMPIRAN E DAN LAMPIRAN F

Sajak Menterjemah Bahasa

i) Asonansi vii) Anafora
ii) Anafora viii) Repitisi
iii) Metafora ix) Metafora
iv) Aliterasi x) Personifikasi
v) Bahasa Asing [Arab] xi) Responsi
vi) Metafora

JAWAPAN UNTUK PENTAKSIRAN DALAM LAMPIRAN G

SOALAN 1

• Kata Ganda - berkali-kali [1+1]

• Metafora - selut sejarah, tumit usia [1+1]
• Asonansi [a] – menghafal pesan wasiat betapa [1+1]

• Aliterasi [n] – dengan manis dan manusia [1+1]

[Maksimum: 4 markah]

SOALAN 2

• Kata Ganda – mengepak-ngepak, [1+1]

terbongkok-bongkok, berdekah-dekah, luas-luas [1+1]
• Simile – sesekali liar bagai ular tedung selar

• Responsi - ...atau.... [1+1]

• Repitisi kata – dan [1+1]
• Asonansi [u] – ...mulut luas-luas [1+1]

• Aliterasi [k] – ...terbongkok-bongkok [1+1]

[Maksimum: 4 markah]

194

ITEM PEMBELAJARAN 3

LATAR TEMPAT v. Hujung Sawang
LANGKAH 1 vi. Negeri Patani
vii. Penarikan
i. Balai gendang
ii. Perahu
iii. Benua Siam
iv. Laut

LANGKAH 2 v. Hujung Sawang
Pilih mana-mana 4 latar tempat vi. Negeri Patani
vii. Penarikan
i. Balai gendang
ii. Perahu
iii. Benua Siam
iv. Laut

LATIHAN PENGUKUHAN
Gariskan latar tempat berdasarkan petikan di bawah

Maka Laksamana pun menyuruh membuka segala pintu perahu itu. Maka dilihat
oleh Laksamana emas dan perak terlalu banyak

Maka Laksamana pun turun ke sampan lalu menuju Patani. Setelah datang ke pantai,
maka Laksamana pun naik ke darat lalu ke bandar. Maka dilihatnya kota Patani itu.

"Hai Bendahara, sekarang kita hendak merajakan anak kita Raden Bajau di Bukit
Seguntang! Laksamanah hendak kita suruh pergi ke Bukit Seguntang merajakan anak
kita akan ganti paduka marhum." Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku,mana titah
patik junjung

Maka gemparlah segala oban dan okun, aprak, amum-amum pun habis berterjunan di
balairung itu.
Maka maksud Jepun itu hendak membunuh Phra Cau; Phra Cau itu pun segera masuk ke
istana. Seketika lagi maka Jepun itu pun keluar, lalu ia mengamuk di tengah pesara itu

Setelah Jepun lari, maka katanya, "Marilah kita pergi mengambil teman kita di kuala
Kemboja itu; tatkala ia keluar kita alahkan.' Setelah hari malam maka ia mencuri perahu
orang.

Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, la|u ke
Kemboja. Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala
hal ehwalnya diberinya tahu

Maka Laksamana pun menyembah lalu pergi ke perahunya menyuruhkan orang
mengangkat gendaga itu. Maka diangkat oranglah gendaga itu ke kampung Oya Bagelang
itu bertimbun-timbun.

Maka raja pun memandang kepada Laksamana, Laksamana pun menyembah," Daulat
tuanku, patiklah ke Benua Siam itu." Maka titah baginda," Benarlah kata Laksamana
itu.Pada bicara kita, kerana kita ada menengar khabar negeri baharu diperbuat, namanya
Patani; pada bicara kita, kita hendak suruh alahkan,"

Senaraikan lima latar tempat berpandukan jawapan bergaris dalam petikan di atas

Perahu Balairung

Patani Istana

Kota Patani Kuala Kemboja

Bukit Seguntang

195

ITEM PEMBELAJARAN 4

Nyatakan dua persoalan beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut
[4 markah]

a) Persoalan kepentingan memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan terhadap

orang lain. [1+1]

Contoh: Maafkan aku, Rosa. Itu sahaja yang mahu aku luahkan padanya pada saat

ini.

b) Persoalan kasih sayang dalam sebuah persahabatan. [1+1]

Contoh: Keikhlasan kasih sayang yang dibawa untuk seorang rafik seperti tiada yang

sudi menerima.

c) Persoalan pentingnya kemesraan dalam sebuah persahabatan. [1+1]

Contoh: Terbayang seketika kemesraan seorang rafik yang pernah menghabiskan

masa-masa indah di Pulau Sentosa dan menaiki kereta kabel ke Mount Faber.

d) Persoalan pentingnya ilmu sejarah tanah air/negara masa lampau. [1+1]

Contohnya Aku tinggalkan pulau yang pernah menjadi sebahagian negaraku dengan

cebis-cebis kehampaan.

e) Persoalan kesungguhan berusaha menghubungi / mencari / menjejaki sahabat .

Contohnya Kebuntuan semakin merapati usahaku. [1+1]

f) Persoalan pentingnya pengangkutan untuk berhubung dengan negara luar.

Contohnya, Ada kenangan lama yang sempat menyusup masuk sebelum pesawat

Mas menari di ruang angkasa negaranya. [1+1]

g) Persoalan mengenang hubungan sahabat yang akrab. [1+1]

Contohnya ada kenangan lama yang sempat menyusup masuk sebelum pesawat Mas

menari di ruang angkasa negaranya.

ITEM 2 (latihan pengukuhan)

1.Nyatakan dua persoalan beserta contoh yang sesuai [4 markah]

a) Persoalan kepentingan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan terhadap

orang lain. [1+1]

Contohnya “maafkan saya, Tok,” Sahat memegang tangan Penghulu Sudin untuk

bersalam dengannya.

b) Persoalan isu pencemaran alam akibat projek kuari / pembangunan. [1+1]

Contohnya “Lupakan sahaja fasal kuari Bukit Emas tu , Penghulu. Lagipun jika ada

kuari di Bukit Emas tu, habis tercemarlah rumah kita. Habis dimasuki debulah rumah

kita.

c) Persoalan kepentingan tegur menegur / nasihat menasihati dengan kebaikan. [1+1]
Contohnya “Lupakan sahaja fasal kuari Bukit Emas tu , Penghulu. Lagipun jika ada

kuari di Bukit Emas tu, habis tercemarlah rumah kita. Habis dimasuki debulah rumah

kita. Betul kata Sahat tu,

d) Persoalan berpandangan jauh dalam bidang pertanian. [1+1]

Contohnya, Betul kata Sahat tu, biarlah Bukit Emas tersohor dengan duriannya.

e) Persoalan sifat pemarah yang ada pada setiap manusia. [1+1]

Contohnya, Penghulu Sudin marah terhadap Sahat yang memusnahkan impiannya

untuk menjadi salah seorang lembaga pengarah jika projek kuari Bukit Emas

diteruskan semakin menyala. Kalau boleh hendak disepak dan diterajangnya Sahat.

f) Persoalan ketamakan kepada pangkat, kuasa dan wang membawa kerugian.

Contohnya, tetapi Penghulu Sudin menarik tangannya dan dalam fikirannya pula

segala janji Encik Lim semakin kabur. Perasaan marah terhadap Sahat yang

196

memusnahkan impiannya untuk menjadi salah seorang lembaga pengarah jika projek
kuari Bukit Emas diteruskan semakin menyala.

[Maksimum: 4 markah]

ITEM PEMBELAJARAN 5

1. Nilai kesetiaan. [1+1]

Contoh: Aku kira Zaki lebih setia kepada ibunya daripada engkau sendiri.

2. Nilai kasih sayang. [1+1]

Contoh : Cintanya terhadap ibu dan saudaranya lebih daripada manusia barat.

3. Nilai kerjasama. [1+1]

Contoh: Kita hidup atas kekuatan sendiri-sendiri, tetapi mereka kerjasama.

4. Nilai rasional. [1+1]

Contoh: Tapi biarlah engkau akan pulang juga kepadaku, akhirnya...

[Maksimum: 4 markah]

ITEM PEMBELAJARAN 6

Lampiran B
(i) Sudut Pandangan Orang Ketiga
(ii) Sudut Pandangan Orang Ketiga
(iii) Sudut Pandangan Orang Pertama
(iv) Sudut Pandangan Orang Ketiga

Lampiran C

Latihan Pengukuhan 1

Sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang dalam petikan tersebut ialah sudut
pandangan orang ketiga. Contohnya:

Dia bersuara terus. Dia tidak peduli sama ada sahabat-sahabatnya mendengar atau
tidak. Dia bercerita tentang Ogonshoto dan pulau-pulaunya.

Latihan Pengukuhan 2

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama dalam petikan. Contohnya:

Seminggu berlalu, tetapi tidak ada sebarang tindakan kepadaku. Aku masih bebas
mengajar di sekolah tinggi Tatamanu itu. Dua minggu berlalu pula.

197

ITEM PEMBELAJARAN 7
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut:

PERISTIWA CITRA HUBUNGKAIT
MASYARAKAT
- Penduduk Aitu berasa - Sikap prihatin
kasihan melihat keadaan - Keprihatinan mendorong mereka
orang dari Tatamanu. masyarakat untuk membantu
terhadap orang/tetamu dalam
- Membina pondok untuk dia kesusahan yang kesusahan, hal ini
berteduh. dihadapi oleh dapat mewujudkan
tetamu/orang lain. sikap yang baik dan
- Memberi peralatan suasana yang damai
memasak makanan dan air. serta tiada konflik
dalam kehidupan
- Memberinya ubi dan air. bermasyarakat.

LANGKAH 2 : Tulis maklumat dalam bentuk perenggan yang lengkap.

Penduduk Aitu berasa kasihan melihat keadaan tetamu/orang dari Tatamanu lantas
membina pondok untuknya berteduh serta memberikan peralatan memasak makanan dan
air. Selain itu mereka juga turut memberinya bekalan ubi dan air. Keadaan ini
menggambarkan keprihatinan masyarakat terhadap kesusahan yang dihadapi oleh orang
lain. Seterusnya keadaan ini dapat mewujudkan sikap yang baik dan suasana yang damai
serta tidak wujudnya konflik dalam kehidupan bermasyarakat.

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan

1. Gambaran kehidupan masyarakat yang merangkumi amalan, nilai, pekerjaan, kaum,
sikap,bangsa, tempat tinggal, agama dan lain-lain.

2. Masyarakat yang harmonis bermaksud masyarakat yang hidup dalam keadaan baik,
rukun, aman, damai, tenteram dan tidak wujudnya sebarang konflik.

3. - Semangat perpaduan yang menjadi amalan masyarakat menyebabkan rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa dapat menikmati hidup yang aman, damai dan
harmoni

- Saling hormat menghormati antara pelbagai kaum sentiasa diutamakan menjadi
tunjang kepada pembangunan masyarakat yang harmonis.

4. Terima mana-mana jawapan yang munasabah.

198

ITEM PEMBELAJARAN 8

SIKAP PERMAISURI TERHADAP
KEN TAMBOHAN SEPATUTNYA…

Menerima Ken Tidak menilai
Tambohan sebagai seseorang kerana

menantu dengan darjat.
reda

Tidak memandang
taraf atau
kedudukan
seseorang

CADANGAN JAWAPAN;
1. Permaisuri sangat mementingkan darjat dan kedudukan dalam memilih jodoh untuk
anakandanya, Raden Menteri.-----------------------------------2M

Huraian: Permaisuri sepatutnya tidak memandang taraf atau kedudukan seseorang untuk
dijadikan menantu atau jodoh anakandanya.------------------------------------------2M

2. Permaisuri tidak sepatutnya menilai Ken Tambohan kerana darjatnya sebagai anak
jarahan.-----------------------------------------2M
Huraian: Permaisuri seharusnya memberi kebebasan kepada Raden Menteri memilih
jodohnya serta menerima Ken Tambohan dan tidak menilai seseorang kerana darjat.----------
----------2M

199

ITEM PEMBELAJARAN 9
1. Satu unsur keagamaan dalam karya

Fakta : Kepercayaan kepada Tuhan.
Huraian : bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu
berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan. / Bagi Pak Mid seseorang itu perlu berdoa
kepada Allah untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diingini.
Fakta : Berdoa.
Huraian : bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu
berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan. / Bagi Pak Mid seseorang itu perlu berdoa
kepada Allah untuk Berjaya dalam apa jua bidang yang diingini
Fakta : Mengucapkan syukur
Huraian :, dia terus bersyukur ke hadrat Illahi kerana dia sudah berjaya./ Pak Mid
mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana dia telah Berjaya dalam
kehidupannya.
2. Pengajaran
i) Kita mestilah percaya kepada ketentuan Allah / Tuhan
ii) Kita janganlah selalu bersabar menghadapi karenah manusia
iii) Kita perlu menjaga silaturahim antara masyarakat
iv) Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain
v) Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh

200


Click to View FlipBook Version