The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitbahasaspbjpnkel, 2022-01-06 01:39:25

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

ITEM PEMBELAJARAN 10
1. Unsur patriotisme yang pada watak Mat Piah ialah berpengetahuan tentang sejarah.
Unsur patriotisme ini penting kerana dapat membentuk masyarakat yang berilmu dan
berketrampilan serta berbangga dengan sejarah tanah air.
2. Unsur patriotisme yang pada watak Mat Piah ialah kebencian terhadap penjajah.
Unsur patriotisme ini penting agar menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan

negara
3. Unsur patriotisme yang pada watak Mat Piah ialah semangat nasionalisme.
Unsur patriotisme ini penting kerana setiap warganegara perlu mempunyai semangat

cinta akan negara dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara
4. Unsur patriotisme yang pada watak Mr. Blackway ialah kesetiaan kepada Raja
Unsur patriotisme ini penting kerana dapat memupuk taat setia kepada raja dan pemimpin
negara.
5. Unsur patriotisme yang pada watak Mr. Blackway ialah menghormati tokoh negara
Unsur patriotisme ini penting kerana dapat mewujudkan semangat kekitaan iaitu saling
menghormati.
6. Unsur patriotisme yang pada watak Mr. Blackway ialah bangga dengan pencapaian
bangsanya.
Unsur patriotisme ini penting supaya masyarakat menghargai jasa dan
perjuangan tokoh-tokoh negara.

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
1.Menghormati simbol / imej negara / bendera Malaysia.
2. Menghomati pemimpin negara / Raja
3. Menuntut ilmu sebagai pelajar untuk memacu kemajuan Negara tercinta.
4.Membeli produk keluaran tempatan.

201

ITEM PEMBELAJARAN 11
(a) Maksud rangkap kedua seloka

Kebanyakan orang hanya meminta bantuan atau hanya berdoa dan
menyusahkan ibu bapa.

(b) Gaya bahasa

➢ Asonansi
Contoh : Banyak orang hanya suka minta bantu, pengulangan vokal ‘a’.

➢ Aliterasi
Contoh : Banyak orang berangan-angan tinggi, pengulangan konsonan ‘n’.

➢ Kata ganda
Contohnya : berangan-angan, meminta-minta, tertadah-tadah

➢ Anafora
Contoh : Akan matilah kemerdekaan hatinya
Akan tipislah semangat perjuangannya

➢ Sinkope
Contoh : Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri

➢ Repitisi kata
Contoh : Mereka suka minta tolong, minta beri

(c) Cipta seloka bertemakan kasih sayang

Pembahagian markah berdasarkan :

Tema (2 Markah)
Bentuk (2 Markah)
Bahasa (2 Markah)
Kreativiti (2 Markah)

202

ITEM PEMBELAJARAN 12

12 Bentuk Markah

a (i) ada rangkap / berangkap 1+1

Huraian : Mempunyai satu rangkap

(ii) Jumlah / Bilangan patah perkataan dalam sebaris tidak sama 1+1

Huraian : iaitu antara tiga hingga enam perkataan sebaris

(iii) Bilangan suku kata tidak sama dalam sebaris tidak sama 1+1

Huraian : iaitu antara sepuluh hingga lima belas suku kata sebaris

(iv) Rima akhir tidak sama 1+1

Huraian : aabbbbbbccbbddbbaab

(v) Berbentuk bebas 2m

Huraian : rima akhir tidak sama

12 Nada Markah
1+1
b Sinis
Huraian : 2m
Penyajak menyindir sikap generasi muda hari ini yang telah 2m
dipengaruhi oleh pendidikan sekular./Generasi muda hari ini 2m
mengagung-agungkan budaya barat. / Mereka lebih sukakan gaya 2m
hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri. 2m
Contoh: 2m
Hasil didikan serampang bermata dua
keliru menilai martabat bahasa ibun
Contoh:
lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
Contoh:
memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman belakang
Contoh:
mengidamkan anggur di ladang yang jauh
membiarkan rambutan layu tiada tersentuh
Contoh:
ketagih karangan fantasi hebat Barat
enggan menelan tamsilan berseni hikayat
Contoh:
teduh budi bahasa tiada lagi terasa
ditawan terik langit terbuka

(c) Penciptaan sajak bertemakan peranan keluarga

(i) Tema - 2 markah
(ii) Bentuk - 2 markah
(iii) Bahasa - 2 markah
(iv)Kreativiti - 2 markah

Maksimum : 8 markah

203

ITEM PEMBELAJARAN 13

1. Ciri sastera Panji

i. Ada wira dan wirawati

Contoh : Raden Inu Kertapati dan Ken Tambohan (1+2)

ii. Berlatarkan sejarah negeri Jawa

Contoh :Negeri Jenggala, Banjar Kulon, Cempaka Jajar

iii. watak-watak terdiri daripada kalangan putera dan puteri Raja Jawa

Contoh : Raden Inu Kertapati / Inu Bangsawan / Raden Menteri / Raden Puspa Kencana

/ Ken Tambohan

iv. Ada watak-watak pembantu

Contoh : Ken Tadahan / Ken Penglipur

v. Ada unsur pengembaraan

Contoh : Raden Inu mengembara mencari hasil perburuan

apabila diarahkan oleh permaisuri

vi. Ada unsur kesaktian

Contoh : Raden Inu dan isterinya dihidupkan kembali dengan melumurkan Kembang

Gandapura dan dan kembang Wijaya Mala

vii. Ada unsur penyamaran

Contoh : Raden Inu Kertapati menyamar sebagai Raden Menteri apabila keluar dari

istana. / Raden Puspa Kencana menyamar sebagai Ken Tambohan untuk

mrenyembunyikan identiti sebenarnya.

2. Cadangan skema jawapan peristiwa penting dalam setiap bab yang dikaji.

BAB 1 Negeri tersbut diperintahkan oleh seorang raja yang bernama Seri Inu yang
digelar Sang Nata, ratu besar yang mempunyai beratus-ratus hulubalang
BAB 2 dan mempunyai jajahan takluk yang luas.
BAB 3 Baginda membina istana yang dikelilingi oleh kota batu dan dalam istana
BAB 4 tersebut adanya puteri yang ditawan yang ditugaskan untuk menenun kain.
BAB 5 Dalam ramai-ramai puteri yang ditawan ada seorang puteri yang sangat
BAB 6 cantik iaitu Raden Puspa Kencana yang digelar Ken Tambohan, mempunyai
dua inang pengasuh iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur.
Suatu malam KT bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuhnya
menjadi terang benderang dan pinggannya berbelit seekor naga.
Sang Nata mempunyai seorang putera, Raden Inu Kertapati dengan gelaran
Raden Inu, Inu Bangsawan, dan Raden Menteri, merupakan putera tunggal.
Telah bermimpi bukan jatuh kepangkuannya dan datang raksasa melarikan
bulan itu.
Raden Inu pergi berburu bersama kedayan-dayannya di dalam hutan.
Disumpitnya burung serindit kena namun tiada jatuh ke tanah. Burung
serindit terbang lalu masuk dalam istana Ken Tambohan.
Sang Nata dan Permaisuri berpendapat yang Raden Menteri patut beristeri ,
Bondanya telah meminta pandangan pateh, akhirnya pateh mencadangkan
kepada permaisuri seorang puteri kepada Ratu Banjar Kulon.
Setelah itu baginda pun berkahwin setelah itu kedua orang tuanya
menyedari, Sang Nata mempersetujui perkahwinan mereka tetapi sebaliknya
ditentang oleh permaisuri.
Semasa ketiadaan Raden Inu, Ken Tambohan dicaci maki oleh permaisuri
dan menitahkan Palebaya supaya dibawa ke hutan untuk dibunuh Ken
Tambohan itu.

204

BAB 7 Apabila dibawa ke hutan oleh Pelebaya akan Ken Tambohan sampailah
BAB 8 mereka berdekatan pohon angsana, lalu Palebaya pun membuka rahsia
BAB 9 bahawa Ken Tambohan akan dibunuh atas arahan permaisuri
BAB 10 Ken Tambohan menangis dan sebelum dibunuh dia berpesan supaya
letakkan mayatnya di dalam rakit ditutupi dengan bunga Cempaka dan
Angsana lalu dihanyutkan ke dalam sungai
Pelebaya menuruti perintah Ken Tambohan lalu dibunuhnya Ken Tambohan
beserta dayangnya juga iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur
Raden Inu mandi di sungai setelah penat berburu mula ternampak rakit
hanyut. Baginda menyuruh pengikut mengambil rakit tersebut tetapi rakit
tersebut makin menjauh sehingga dia sendiri yang mengambilnya dan
mendapati mayat isterinya berada diatas rakit.

Raden Menteri membunuh dirinya kerana terlalu sayangkan isterinya Ken
Tambohan. Akhirnya permaisuri dan Pelebaya dijatuhkan hukuman atas
kesalahan yang dilakukan.

Sang Nata berdukacita atas kemangkatan anakandanya lalu baginda
memohon kepada Dewata Mulia Raya agar Raden Menteri dan ken
Tambohan dihidupkan kembali dengan menggunakan kembang gandapura
dan kembang wijaya mala yang didapati dari Taman Larangan. Akhirnya
Raden Menteri dan Ken Tambohan serta inang pengasuh dihidupkan
semula. Dan permaisuri telah diampunkan kesalahannya.

Setelah semuanya selesai Sang Nata menabalkan Raden Menteri dan Ken
Tambohan menjadi ratu dan suri kuripan mengganti baginda dan permaisuri.

2. Tema sastera Panji berkisarkan tentang percintaan sesama manusia. Raden Inu mencintai
Ken Tambohan lalu mengahwininya tanpa persetujuan kedua-dua orang tuanya iaitu Sang
Nata dan Permaisuri. Permaisuri menentang perkahwinan mereka kerana Ken Tambohan
anak jarahan dan tidak sama taraf dengan mereka.Kemarahan permaisuri tidak terhenti di situ
kerana membawa kepada pembunuhan Ken Tambohan beserta kedayannya. Mayat mereka
dihanyutkan di dalam rakit di sungai yang telah dijumpai oleh Raden Menteri. Raden Menteri
turut membunuh diri kerana terlalu sedih dan sayang isterinya. Namun akhirnya mereka
dihidupkan kembali oleh Betara Kala.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang penyayang
Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana saling sayang menyayangi, malah Raden Menteri
sanggup membunuh diri apabila mendapati isteri kesayangannya mati dibunuh

2. Masyarakat yang taat kepada pemerintah
Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken Penglipur sanggup dibunuh oleh Palebaya kerana
taat kepada perintah permaisuri

3. Masyarakat Istana
Raden Menteri, Sang Nata dan Permaisuri ialah masyarakat istana

4. Masyarakat dewa-dewa

205

Dewa-dewa di kayangan menyaksikan dan bersedih atas kematian Ken Tambohan, Ken
Tadahan dan Ken Penglipur

5. Masyarakat tawanan perang
Ken Tadahan ,Ken Tambohan dan Ken Penglipur serta segala puteri ratu jajahan takluk Sang
Nata merupakan masyarakat tawanan perang.

6. Masyarakat yang percaya kepada dewa-dewa
Permaisuri dan sang Nata percaya kepada dewa. Sang Nata memohon agar Dewata
menghidupkan semula Raden Menteri dan Ken Tambohan.

ITEM PEMBELAJARAN 14

a) Tiga latar masyarakat [6 markah]

Fokus a) Latar masyarakat
Jadual 2

• Masyarakat yang hipokrit /berpura-pura
• Masyarakat yang hidup dalam kesusahan/kemiskinan
• Masyarakat atasan yang hidup secara mewah
• Masyarakat yang mengenang jasa
• Masyarakat yang mementingkan kebendaan

Langkah 2
(Esei)
Satu latar masyarakat berserta contoh peristiwa.

Latar masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat atasan
yang hidup secara mewah. Contohnya, Abang Said dan Sharifah sebagai golongan
atasan menjalani kehidupan dengan cara hidup yang mewah.

Fokus b) Amalan hidup berteraskan Islam.

Lengkap jadual
• Watak Sharifah mengamalkan amalan bersedekah
• Sharifah berserah kepada takdir jika perubahan dirinya tidak diterima oleh
Abang Said (suaminya)
• Sharifah bertolak ke Hospital Damai selepas selesai mengerjakan
solat subuh setelah mendapat panggilan suaminya kemalangan.
• Ahli masjid bekerjasama menguruskan pengebumian jenazah Abang Said.

Langkah 2
Tiga amalan hidup berteraskan Islam berserta contoh

Antara amalan hidup berteraskan Islam yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah
amalan memberi sedekah. Contohnya, Sharifah berniat untuk menyedekahkan baju-baju
yang baru siap kepada saudara-maranya di kampung.

206

Selain itu,terdapat juga amalan berserah kepada takdir. Contohnya, Sharifah
ingin berubah dari segi berpakaian supaya masyarakat dapat dikaitkan dengannya.

Seterusnya amalan mengerjakan solat. Contohnya, Sharifah mengerjakan solat
Subuh terlebih dahulu sebelum ke hospital.

Fokus c) Karya asli

Pemberian markah berdasarkan

• - Tema/isi : 2 markah

• - Teknik : 2 markah

• - Bahasa : 2 markah

• - Kreativiti : 2 markah

Maksimum : 8 markah

ITEM PEMBELAJARAN 15

Jadual 2
1. Monolog
2. Dialog
3. Pemerian
4. Imbas Kembali
5. Kejutan

a.Huraikan dua teknik plot berdasarkan petikan.

Teknik plot pertama ialah teknik monolog. Contohnya
MAT PIAH : Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus (bercakap sendiri)

Teknik kedua ialah teknik dialog. Contohnya,
MAT PIAH : Yes, Sir. Trishaw, Sir?
BLACKWAY: Boleh bawa saya pergi jalan – jalan?

Fokus b)
Langkah 3

1. Berusaha gigih mencari rezeki.
2. menghadapi dugaan dalam kehidupan dengan penuh kesabaran
3. mempunyai perasaan sayang akan negara
4. Berasa insaf atas kesalahan yang telah dilakukan.
5. Mengamalkan sikap jujur dalam menyatakan kebenaran.
6. menumpahkan kesetiaan kepada raja.
7. Tidak menipu untuk kepentingan diri / mengkhianati seseorang.

* pilih mana-mana 2

Langkah 2

Saranan pertama ialah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki. Contohnya,Mat Piah
sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa berjaga pada
waktu sehingga dinihari untuk mencari penumpang.

Saranan kedua ialah sentiasa bersabar menghadapi dugaan dalam
kehidupan.Contohnya, Mat Piah tetap bersabar walaupun tidak memperoleh wang setelah
seharian mengayuh beca.

207

c. Sambung skrip drama berdasarkan kreativiti anda.
Pemberian markah berdasarkan

-Tema/isi : 2 markah

-Bentuk : 2 markah

-Gaya Bahasa : 2 markah

-Kreativiti : 2 markah

Jumlah : 8 markah

Peringatan : skrip yang kurang daripada 6 dialog maksima 4 markah sahaja.
ITEM PEMBELAJARAN 16

Fokus a

Langkah 1 (Jadual 2)

i. Seorang resi muda telah mencipta ikan-ikan daripada tanah liat dalam warna tunggal
atau pelbagai warna / pancawarna untuk menyertai sayembara tentang ‘’ciptaan yang
hidup” dengan tawaran hadiah sebutir kelapa emas.

ii. Seorang pemuda dari Runakita telah berjaya menggunakan kreativitinya untuk

mencipta kamera eksperimental dengan mencantumkan semua peralatan untuk

tujuan merakamkan peristiwa-peristiwa masa lampau.

Langkah 2

Peristiwa pertama yang menyokong pengajaran dalam petikan ialah seorang resi
muda telah mencipta ikan-ikan daripada tanah liat dalam warna tunggal atau pelbagai
warna / pancawarna untuk menyertai sayembara tentang ‘’ciptaan yang hidup” dengan
tawaran hadiah sebutir kelapa emas.

Peristiwa kedua yang menyokong pengajaran dalam petikan ialah seorang
pemuda dari Runakita telah berjaya menggunakan kreativitinya untuk mencipta kamera
eksperimental dengan mencantumkan semua peralatan untuk tujuan merakamkan
peristiwa-peristiwa masa lampau.

Fokus b 4. Repitisi frasa
Langkah 1 (Jadual 2) 5. Metafora
6. Hiperbola
1. Kata ganda
2. Repitisi kata
3. Personifikasi

Fokus c
Pengagihan markah (Pengkaryaan) berdasarkan

(i) Isi : 2 markah
(ii) Teknik : 2 markah
(iii) Bahasa : 2 markah
(iv) Kreativiti : 2 markah
Maksimum = 8 markah

Nota Pelajar mengemukakan satu teknik plot, maksimum 1 markah untuk teknik.
• Jika pelajar menghasilkan karya kurang 80 patah perkataan, maksimum 1 markah
• untuk isi.

208


Click to View FlipBook Version