The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitbahasaspbjpnkel, 2022-01-06 01:39:25

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

MODUL SUTEJA KMK KSSM SPM 2021 V2

Aktiviti Pembelajaran :
Aktiviti 1 : Membaca puisi menggunakan intonasi yang betul.

Soalan :

Berdasarkan puisi Resam Hidup Manusia (pantun dua kerat) dalam buku Nilai Insan :

(a) Nyatakan tema puisi tersebut. [4 markah]

(b) Bincangkan empat bentuk puisi. [8 Markah]

(c) Cipta dua rangkap pantun empat kerat yang bertemakan Masyarakat Sejahtera

[8 Markah]

Aktiviti 2 : Nyatakan tema puisi

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Aktiviti 3 : Baca nota bentuk pantun.

BENTUK PANTUN DUA KERAT

➢ Mempunyai rangkap
➢ Bilangan dua baris dalam satu rangkap
➢ Bilangan patah perkataansebaris
➢ Bilangan sukukata dalam sebaris
➢ Rima akhir sama
➢ Berbentuk terikat

Aktiviti 4 :

Bil Bentuk Contoh
1.

2.

3.

4.

5.

6.

51

Aktiviti 5 : Mencipta dua rangkap pantun bertemakan Masyarakat Sejahtera
Kenal pasti bentuk pantun empat kerat.
➢ Mempunyai pembayang dan maksud
(Dua baris pertama pembayang dan dua baris seterusnya maksud)
➢ Mempunyai rangkap
➢ Mempunyai 4 baris satu rangkap
➢ Bilangan patah perkataan sebaris
➢ Bilangan suku kata dalam sebaris
➢ Rima akhir berselang abab
➢ Berbentuk terikat

Contoh Pantun Empat Kerat Bertemakan Masyarakat Sejahtera
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur hormat-menghormati,
Itulah cara hidup bermasyarakat.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para,
Andai datang kata muafakat,
Negara aman masyarakat sejahtera.

52

ITEM PEMBELAJARAN 12

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)

Sasaran 5 Hambali

Genre / Tajuk Puisi Melayu Moden / Virus dari Langit Global

Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen-elemen sastera.

3.1 Menghasilkan karya.

Standard 1.2.2 Mengenali dan memahami puisi moden ( sajak )

Pembelajaran iii) Membaca, memahami dan menerangkan tema dan

persoalan

iv) Menganalisis gaya bahasa.

3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli yang

menepati ciri-ciri penulisan puisi.

Objektif Murid dapat :

Pembelajaran 1. Menghuraikan tema yang terdapat dalam sajak dengan

memberikan contoh yang sesuai.

2. Menganalisis gaya bahasa yang terdapat dalam puisi

yang dikaji.

3. Menghasilkan satu karya asli.

Tempoh pelaksanaan Dua Jam

Nota Rujuk Lampiran

Aktiviti 1. Pelajar diminta mendeklamasikan sajak yang diberi yang

terdapat dalam buku teks Kubentang Sehelai Peta.(Aktiviti 1)

2. Guru meminta pelajar mengenalpasti idea utama atau tema

yang terdapat dalam sajak.(Aktiviti 2)

3. Pelajar diminta membaca nota tentang Gaya Bahasa.

(Aktiviti 3)

4. Pelajar diminta mengenalpasti jenis-jenis gaya bahasa yang

terdapat dalam setiap rangkap puisi yang dikaji.(Aktiviti 4)

5. Pelajar diminta menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya

asli yang menepati ciri penulisan puisi, dari segi tema, gaya

bahasa, kreativiti dan bentuk.(Aktiviti 5)

Pentaksiran (PBD) 6. Pelajar diminta menghantar tugasan yang diberi kepada guru
untuk diberi penilaian dan direkodkan dalam PBD.

53

Aktiviti Pembelajaran :

Aktiviti 1: Deklamasi sajak dan fahami maksud.

Soalan :

Berdasarkan sajak Virus dari Langit Global, karya Nur Suhada Sayuti :

a) Huraikan tema sajak tersebut. [4 markah]

b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh dalam sajak tersebut. [8 markah]

c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan jati diri remaja. Panjangnya sajak hendaklah

antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

Aktiviti 2: Menulis tema sajak.
Sajak : Virus dari langit global

Maksud tema ialah persoalan utama
yang menjadi gagasan atau idea
utama yang menjadi dasar penceritaan
pengarang dalam sesebuah karya.
Hasyim Awang (1984), menjelaskan
bahawa tema ialah idea utama yang
menjadi inti kepada sesebuah cerita.

Tema sajak virus dari langit global ialah

54

Aktiviti 3: Baca nota contoh gaya bahasa

Contoh Gaya Bahasa

GAYA MAKSUD
BAHASA Gaya bahasa pengulangan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u diulang
Asonansi sebanyak tiga kali dalam baris yang sama.
Contohnya : Ada telinga cuma hiasan muka (vokal a)

Aliterasi Gaya bahasa pengulangan bunyi huruf konsonan, selain daripada
huruf vokal, diulang sebanyak tiga kali dalam baris yang sama.
Contohnya : Risik hujan dan gersangnya dedaunan (Konsonan n )

Anafora Gaya bahasa pengulangan kata / frasa pada awal baris secara
berturut-turut.
Contohnya : lihat tanahku yang menggelongsor

lihat dada asfalt yang kotor

Responsi Gaya bahasa pengulangan kata / frasa ditengah-tengah baris secara
berturut-turut.
Contohnya : dengan harga cinta tak tertawakan

dengan anyam kasih tak tercelakan

Metafora Bahasa kiasan yang membandingkan secara terus, objek atau
seseuatu yang bersifat abstrak dengan diberi sifat objek lain. Contoh :
piala cinta, madu cinta, pedang keberanian dan lain-lain.

Repitisi kata Gaya bahasa pengulangan kata pada baris yang sama.
Contohnya : dari lena dari tidur dari sepi malam

Kata ganda Merupakan perkataan yang berganda sama ada berentak, separa
atau kata ganda penuh.

Sinkope Pemendekan sesuatu kata. Contohnya : tak, nak, ku, mu dan lain-
lain

* Pelajar menguasai gaya bahasa : SIPERMUDAH

55

Aktiviti 4: Jelaskan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

Gaya Bahasa Contoh

Nota ciri-ciri sajak.
Menghasilkan karya sajak (Rujuk nota ciri-ciri sajak)

➢ Pelajar perlu memahami ciri-ciri sajak.
✓ Mempunyai rangkap
✓ Bilangan baris dalam satu rangkap
✓ Bilangan patah perkataan sebaris
✓ Bilangan suku kata dalam sebaris
✓ Rima akhir tidak sama
✓ Berbentuk bebas

Aspek – aspek penilaian
dalam sajak

Tema – 2M
Bentuk – 2M
Bahasa – 2M
Kreativiti – 2M

56

Panduan kepada calon
➢ Calon yang mencipta sajak, jumlah barisnya kurang daripada dua

belas baris, berikan 6 markah maksimun.
➢ Calon tidak menulis tajuk sajak, tolak satu markah kreativiti.
➢ Calon yang mencipta sajak , jumlah barisnya lebih daripada lima

belas baris, periksa seperti biasa.
➢ Sajak yang tidak menepati tema, berikan 0 markah tema.

Menghasilkan karya kreatif / Sajak
Aktiviti 5: Mencipta sajak

Tajuk sajak berdasarkan tema yang diberi.

………………………………………………. Rangkap 1

……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
………………………………………………

…………………………………………….. Rangkap 2
…………………………………………….

…………………………………………….
…………………………………………….

……………………………………………… Rangkap 3

………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………

………………………………………………

Nukilan:…………………………………………

* Bilangan baris serangkap adalah bebas

57

ITEM PEMBELAJARAN 13

Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran 5 Silikon
Genre / Tajuk Prosa Melayu Tradisional / Nilai Insan
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen Sastera.
2.1 Mengenalpasti dan membincangkan elemen sahsiah dalam
Standard karya yang dikaji.
Pembelajaran 1.2.3 Mengenali dan memahami Prosa Tradisional (karya
klasik).
Objektif Pembelajaran
iii) Membincangkan watak dan perwatakan.
Tempoh Pelaksanaan vii) Membincangkan nilai.
Nota 2.1.2 Mengenalpasti dan membincangkan keperibadian unggul
Aktiviti watak yang terdapat dalam karya sebagai ciri-ciri jati diri.
Murid dapat :
1. Mengenali watak perwatakan yang terdapat dalam

prosa yang dikaji.
2. Membincangkan nilai.
3. Membincangkan keperibadian unggul watak

berdasarkan prosa tradisional yang dikaji.
Dua Jam
Rujuk Lampiran
1. Pelajar diminta membaca serta memahami sastera epik

yang terdapat dalam buku Nilai Insan (Aktiviti 1)
2. Guru meminta pelajar mengenalpasti watak dan

perwatakan Hang Tuah (Aktiviti 2)
3. Pelajar diminta menulis watak dan perwatakan pada lembaran

yang telah di edarkan (Aktiviti 3)
4. Guru menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
karya

prosa (Aktiviti 4)
5. Pelajar diminta mengenal pasti dan menulis nilai-nilai murni

berpandukan bahan ransangan (Aktiviti 5)
6.Guru menerangkan tentang keperibadian unggul watak Hang

Tuah yang dapat meningkatkan jati diri individu pada era
globalisasi (Aktiviti 6)

58

Pentaksiran 7. Pelajar diminta menjelaskan keperibadian unggul Hang Tuah
pada lembaran yang diedarkan (Aktiviti 7)
Pelajar akan dibuat penilaian berdasarkan tugasan yang telah
diberikan

Aktiviti Pembelajaran :

Aktiviti 1: Membaca cerita Sastera Epik.

1. Menjawab soalan:

Berdasarkan Prosa Tradisional Sastera Epik Hang Tuah Di utus ke Siam;

a) Huraikan empat watak dan perwatakan Hang Tuah. [8 markah]

b) Jelaskan empat nilai beserta contoh. [8 markah]

c) Jelaskan dua keperibadian unggul Hang Tuah yang dapat mempertingkatkan

jati diri seseorang individu di zaman globalisasi ini. [4 markah]

59

Aktiviti 2 : Huraikan empat watak dan perwatakan Hang Tuah.
- Mengenalpasti watak dan perwatakan Hang Tuah berdasarkan teks.

Seorang yang contohnya sewaktu menerima adat kunjung
Bijaksana hormat mengikut adat Siam, dia tidak perlu
merangkak sebaliknya berjalan serta berkeris
seperti adat melayu

Seorang yang contohnya Laksamana Hang Tuah bersetuju akan
taat kepada raja perintah raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam
bagi memenuhi hasrat raja yang ingin membeli
enam ekor gajah

Seorang yang Ketika Laksamana hang Tuah berada di Siam,
Berani beliau telah berjaya membunuh pendekar jepun
iaitu Cin Cu dan Berjaya mengalahkan tujuh orang
lagi pendekar jepun dari Kemboja

Seorang yang contohnya Laksamana Hang Tuah amat
Penyayang menyayangi kedua-dua isterinya iaitu Tun Teja dan
Raden Mas Ayu

60

Aktiviti 3: Menulis watak dan perwatakan di lembaran yang telah diagihkan.
61

Aktiviti 4 : Membincangkan empat nilai beserta contoh yang ada dalam karya prosa
Sastera Epik

Guru menerangkan kepada pelajar tentang nilai.

KEBIJAKSANAAN KASIH SAYANG
contohnya Hang Tuah contohnya hang Tuah
memaklumkan kepada amat menyayangi
Raja Siam dia tidak boleh isterinya Tun Teja dan
merangkak semasa Puteri Mas Ayu
menyembah Phra Cau
kerana dia ada penyakit

NILAI-NILAI DALAM
SASTERA EPIK

KETAATAN contohnya KEBERANIAN contohnya
Hang Tuah taat kepada Hang Tuah berani
perintah raja yang menentang Cin Cu
menitahkannya supaya pendekar Jepun yang
membeli empat ekor handal sehingga
gajah jantan dan dua pendekar tersebut tewas
ekor gajah betina serta
menakluki Patani

KESOPANAN contohnya
Hang Tuah dan Maharaja
setia duduk sambil
menyembah raja

62

Aktiviti 5 : Bincangkan empat nilai murni beserta contoh.
• Bahan Rangsangan kepada pelajar.

Nilai Contoh

63

Aktiviti 6 : Mengenalpasti dan membincangkan keperibadian unggul watak yang terdapat
dalam karya sebagai ciri-ciri jati diri.

• Guru menerangkan tentang keperibadian unggul seseorang watak berdasarkan
karya

Hang Tuah merupakan Hang Tuah juga mempunyai
lambang ketaatan bangsa semangat setiakawan yang
tinggi contohnya rombongan
melayu terhadap raja ke Siam untuk membeli gajah
contohnya Hang Tuah dihadiri juga oleh pengikut-

menawarkan diri pengikut setianya
menunaikan hasrat raja

untuk membeli gajah
dengan raja Siam

Semangat patriotisme yang Pahlawan yang handal iaitu
begitu tinggi di dalam jiwanya keberanian dan ketangkasan
bermain senjata contohnya
contoh apabila berada di dia dapat mengalahkan
negari Siam Hang Tuah telah pendekar jepun yang ingin
mengharumkan nama negeri membunuhnya semasa di
Melaka dengan tindakan dan Siam menyebabkan nama
perlakuan yang menyebabkan Raja dan Negeri Melaka
dikenali
dia dipuji

Kepada raja

64

Aktiviti 7 : Menulis dua keperibadian unggul watak Hang Tuah yang dapat meningkatkan jati
diri seseorang individu di era globalisasi.

65

Mata pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 14
Sasaran
Genre/Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan Tingkatan 5
Standard Pembelajaran Cerpen/ Profesor Sufi
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Objektif Pembelajaran 3.1 Menghasilkan karya.
1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,
Tempoh pelaksanaan
Nota cerpen,drama).
Aktiviti (iv) Membincangkan watak dan perwatakan.
(xi) Menghuraikan pengajaran.
3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli
yang menepati ciri-ciri penulisan.
Murid boleh:
1. Menyatakan satu pengajaran berserta contoh yang
terdapat dalam cerpen.
2. Menyatakan empat perwatakan Anak Muda berserta
contoh yang terdapat dalam cerpen.
3. Menghasilkan sebuah cerita yang menarik
berdasarkan kreativiti pelajar.
2 jam
Rujuk Lampiran A
1. Anda diminta untuk membaca cerpen Profesor Sufi
karya A.Rahmad yang terdapat dalam buku antologi
Kubentang Sehelai Peta.
2. Jawab kehendak aktiviti pada fokus a, b dan c
(Lampiran B).
3. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan dalam PBD.

Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan

66

Aktiviti Pembelajaran: [4 markah]
[8 markah]
1. Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A. Rahmad;
a) Huraikan satu pengajaran
b) Jelaskan empat perwatakan Anak Muda.

“Barangkali kita mempunyai tujuan yang sama.Profesor datang untuk membuat
kajian,untuk mencari bahan mengajar barangkali.Tapi saya datang untuk belajar…

Dipetik daripada cerpen Profesor Sufi karya A.Rahmad

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan cerpen tersebut supaya menjadi

sebuah cerita yang menarik yang bertemakan kegigihan menuntut ilmu.

Panjang cerita hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. [8 markah]

67

LAMPIRAN A (Nota)
PENGAJARAN
• Pengajaran ialah amanat, mesej, perutusan, peringatan, pedoman atau pesanan

yang perlu diteladani dalam kehidupan seseorang. Disampaikan oleh pengarang
dalam karyanya kepada pembaca / penonton.
• Antara pengajaran yang terdapat dalam cerpen;

i. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu.
ii. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu perkara.
iii. Kita hendaklah bersikap rendah diri.
iv. Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua.
v. Kita janganlah memandang rendah kepada orang lain.
vi. Kita haruslah mengamalkan ilmu yang dipelajari..
PERWATAKAN
• Perwatakan ialah gambaran tentang watak dari segi fizikal (luaran), psikologikal
(dalaman/kejiwaan) dan sosiologikal (peranan dalam masyarakatnya).
• Sifat-sifat watak dapat dikesan melalui:

a) Pelukisan secara langsung oleh pengarang.
b) Tindak-tanduk atau aksinya.
c) Percakapannya, perasaannya dan pendapatnya.
d) Pandangan watak lain terhadapnya.
• Antara perwatakan Anak Muda ialah:
i. Seorang yang gigih dalam menuntut ilmu.
ii. Seorang yang berani menyatakan kebenaran / pendapat.
iii. Seorang yang bersikap rendah diri.
iv. Seorang yang menghormati orang yang lebih tua.
v. Seorang yang berpendidikan agama.
vi. Seorang pemuda yang peramah.

68

LAMPIRAN B

Fokus a) PENGAJARAN

Langkah 1

PILIH PENGAJARAN DALAM JADUAL 1 DAN PADANKAN DENGAN SITUASI DALAM
JADUAL 2.

JADUAL 1

Pengajaran
i. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu.
ii. Kita hendaklah bijak memberi pendapat tentang sesuatu perkara.
iii. Kita hendaklah insaf atas kebesaran Allah / Tuhan.
iv. Kita janganlah memandang rendah kepada kebolehan orang lain.
v. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

JADUAL 2 Pengajaran

Contoh
Profesor mempunyai banyak ilmu tentang tasawuf
tetapi tidak mengamalkannya.
Profesor menganggap anak muda itu lebih rendah
ilmunya daripada dirinya yang berjawatan seorang
professor.
Dalam perjalanan ke Bandar Barus, timbul keinsafan
dalam diri anak muda itu tentang kebesaran Allah.
Anak muda itu sanggup pergi ke Bandar Barus
semata-mata kerana ingin mendalami tasawuf untuk
diamalkan dalam kehidupannya.
Anak muda itu dapat mematahkan hujah seorang
profesor dengan menyatakan bahawa adalah lebih
baik mengamalkan ilmu yang dipelajari daripada
hanya mengkajinya sahaja.

69

Langkah 2
Pilih satu pengajaran berserta contoh peristiwa(huraian) dan tulis dalam bentuk esei.

Fokus b) PERWATAKAN ANAK MUDA

1. Lengkapkan jadual di bawah.

Perwatakan Anak Muda Contoh

Anak Muda ,walaupun dia tidak mempunyai
Seorang yang……………………………….. ilmu agama yang tinggi,tetapi dia terus

menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

Anak Muda ialah seorang pemuda yang
Seorang……………………………………….. sangat gigih menuntut ilmu hingga sanggup

mengembara ke kota Barus.

Anak Muda berani menyatakan pendapat
Seorang yang……………………………….. untuk mematahkan hujah seorang profesor

yang banyak ilmu tasawuf.tetapi tidak

mengamalkannya.

Seorang yang………………………………. Anak muda mendapat pendidikan agama di
Pondok Pasir Tumbuh,Kelantan dalam

bidang tasawuf di bawah Tuan Guru Haji

Hashim.

Anak muda mengukirkan senyuman dan
Seorang yang ……………………………… memberi salam kepada profesor walaupun

dia tidak mengenali lelaki tersebut.

70

Langkah 2
Pilih empat perwatakan Anak Muda berserta contoh dan tulis dalam bentuk esei.

Fokus c) KARYA ASLI

Pemberian markah berdasarkan:

- Tema / isi : 2 markah

- Teknik : 2 markah

- Bahasa : 2 markah

- Kreativiti : 2 markah

Jumlah : 8 markah

PENTAKSIRAN:

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan pengajaran berserta contoh
(Apresiasi)
2 Menyatakan empat perwatakan Anak muda
(Apresiasi)
3 Karya asli….menyambung petikan cerpen
(pengkaryaan)

71

Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 15
Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Sasaran Tingkatan 5

Genre / Tajuk Drama / ANNA

Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
1.3 Membuat kritikan sastera.
3.1 Menghasilkan karya.

Standard Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel, cerpen, drama)
(x) membincangkan nilai.

1.3.2 Memberikan pandangan, sanjungan dan saranan terhadap karya
yang dibaca.

3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli yang
menepati ciri-ciri penulisan.

Objektif Pembelajaran Murid boleh :
1. Menyatakan tiga nilai murni berserta contoh dalam drama.
2. Menyatakan tiga saranan terhadap perwatakan Anna.
3. Menghasilkan sebuah drama yang menarik berdasarkan kreativiti
pelajar.

Tempoh Pelaksanaan 2 Jam

Nota Rujuk Lampiran A

Aktiviti 1. Anda di minta membaca drama Anna yang terdapat dalam buku
Pentaksiran (PBD) antologi Kubentang Sehelai Peta.

2. Jawab kehendak aktiviti pada fokus a, b dan c (Lampiran B).
3. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah selesai

kepada guru untuk penilaian dan direkodkan dalam PBD.

Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah di hasilkan.

72

Aktiviti Pembelajaran :
Berdasarkan drama Anna karya Kemala :

a) Huraikan tiga nilai murni. [6 markah]

b) Anna merupakan watak utama dalam drama.

Sarankan tiga perwatakan yang sepatutnya ada pada watak Anna. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan dialog tersebut supaya menjadi

skrip drama yang mengandungi tidak kurang daripada enam dialog. [8 markah]

ZAKI : Nanti, Anna!
ANNA (terhenti seketika dan menoleh ke belakang) : Bukankah sudah kukatakan

antara kita….

ZAKI (Memotong cepat) : Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang, Anna.
Cuba kaudengar dulu. Dengar ini, Anna….

LAMPIRAN NOTA

• Nilai murni ialah sikap atau amalan baik, positif dan murni individu dan masyarakat.
• Contoh nilai murni : Nilai kasih sayang, Nilai pengorbanan, Nilai tanggungjawab, Nilai

kesetiaan, Nilai kesabaran, Nilai kerajinan

• Menurut Kamus Dewan, kritikan sastera bermaksud analisis, penilaian dan ulasan
terhadap sesuatu karya sastera dan sebagainya.

• Aspek kritikan sastera ialah pandangan, saranan, pendapat, komentar dan cadangan
terhadap elemen perwatakan, nilai, gaya bahasa, teknik dan latar masyarakat dalam
sesebuah karya.

• Perlu mematuhi teknik penulisan drama
a. Ada pelakon / watak
b. Ada aksi
c. Ada dialog

73

LAMPIRAN B

Soalan a: Nilai Murni

Langkah 1
Pilih nilai murni dalam jadual 1 dan padankan dengan situasi dalam jadual 2.
Jadual 1

i) Nilai kasih sayang iii) Nilai tanggungjawab
ii) Nilai pengorbanan iv) Nilai kesetiaan

Jadual 2 Nilai
Situasi

… tapi engkau tak pernah menyoal bagaimana
pengorbanan ku dan bagaimana penderitaan ibuku
pula?
Selama lima tahun aku di tanah Inggeris, dialah yang
menyara belanja universiti ku

Engkau menjadi anak yang amat setia kepada ibumu.
Daddy ku amat sayangkan engkau. Kalau tidak kerana
engkau, tentu hati daddy ku tak rosak.

Langkah 2 :
Pilih tiga nilai berserta contoh peristiwa dan tulis dalam bentuk esei.

74

Soalan b : Sarankan tiga perwatakan Anna berdasarkan contoh yang diberi.
Langkah 1

Kritikan Saranan Contoh

TINA : Mummy, mummy. Tina nak ikut mummy,

mummy. (Memeluk ibunya dengan kuat.

ANNA menolak TINA. TINA jatuh. Teddy
bearnya tercampak. ANNA mengambil beg
tangan dan overcoatnya, TINA mengejar dari
belakang memegang hujung gaun ibunya.
ANNA menolak lagi. TINA jatuh)

ANNA : Ya, ibumu, ibumu, lagi-lagi ibumu. Dialah

yang telah memecahkan kasih sayangmu

terhadapku. Empat tahun aku seperti

dalam malam yang gelap, menantikan

bercahaya kembali warna cinta dan

kebahagiaan yang kumimpikan. Tapi kosong

dan hampa beaka.

…. Dengarlah, percayalah kata – kata ayahmu ini.
Tak usahlah kau campakkan kasih sayangku yang
sejati kerana mengharapkan sesuatu yang belum
pasti...

ZAKI : Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna
belum dapat memahami aku, doktor.

75

Langkah 2
Pilih tiga saranan terhadap perwatakan Anna dan tulis dalam bentuk esei.

Soalan C : Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan dialog tersebut supaya menjadi
skrip drama yang mengandungi tidak kurang daripada enam dialog.

ZAKI : Nanti, Anna!
ANNA (terhenti seketika dan menoleh ke belakang) : Bukankah sudah kukatakan

antara kita….
ZAKI (Memotong cepat) : Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang, Anna.

Cuba kaudengar dulu. Dengar ini, Anna….

76

Pentaksiran : Kriteria Tahap Penguasaan
Aktiviti

1 Menyatakan tiga nilai murni
menyarankan tiga perwatakan yang sepatutnya

2
ada pada Anna

3 Menyambung dialog (Pengkaryaan)

77

ITEM PEMBELAJARAN 16

Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran 5 Niaga
Genre/Tajuk Novel Naratif Ogonshoto
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.3 Membuat kritikan sastera.
3.1 Menghasilkan karya.
Objektif Pembelajaran 1.2.4 Mengenal dan memahami prosa moden

Tempoh Pembelajaran (novel,cerpen,drama).
Nota iv) Membincangkan watak dan perwatakan.
Aktiviti 1.3.2 Memberikan pandangan, sanjungan dan saranan

Pentaksiran (PBD) terhadap karya yang dibaca.
3.1.1 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya

adaptasi atau karya yang diolah yang menepati
ciri-ciri penulisan.
Murid dapat:
1. Menyatakan tiga perwatakan Presiden beserta contoh.
2. Menyatakan tiga kritikan pandangan terhadap situasi /
huraian yang diberikan
3. Menghasilkan sebuah cerita menarik berdasarkan
kreativiti.
2 Jam
Rujuk Lampiran A
1. Pelajar diminta membaca novel Naratif Ogonshoto dan
nota (Lampiran A).
2. Jawab kehendak aktiviti pembelajaran pada fokus a,b
dan c (Lampiran B).
3. Pelajar dikehendaki menghantar tugasan esei.
Pelajar akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.

78

Aktiviti Pembelajaran:

SOALAN :

Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan Sasterawan Negara:

a) Jelaskan tiga perwatakan Presiden. [6 markah]

b) Jelaskan tiga kritikan pandangan terhadap situasi dalam bab 1(KOLONIAL).

[6 markah]

Melihat cahaya fajar kemerah-merahan bangkit di timur, dia menggagahi dirinya melutut
dan memandang keluar.

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan novel tersebut supaya menjadi sebuah
cerita yang menarik.

Panjang cerita hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan (8 markah)

79

LAMPIRAN A (NOTA)
PERWATAKAN

➢ Gambaran watak oleh pengarang secara langsung atau tidak langsung
melalui perlakuan, percakapan dan pandangan watak lain terhadapnya

➢ Antara perwatakan Presiden ialah
i. Seorang yang licik dan tamak kuasa serta kekayaan
ii. Seorang yang berjiwa diktator
iii. Seorang yang menghormati orang tua

iv. Seorang yang kejam, zalim
v. Seorang yang meninggi diri
KRITIKAN SASTERA
➢ Menurut Kamus Dewan, kritikan sastera bermaksud analisis, penilaian dan
ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan sebagainya.
➢ Aspek kritikan sastera ialah pandangan, saranan, pendapat, komentar dan
cadangan terhadap elemen perwatakan, nilai, gaya bahasa, teknik dan latar
masyarakat dalam sesebuah karya.

80

LAMPIRAN B
Aktiviti Pembelajaran
Langkah 1: Fokus a) Perwatakan Presiden
Pilih dan sesuaikan petikan novel dengan perwatakan Presiden dalam jadual 1 dan 2.
Jadual 1

i. Seorang pemimpin yang licik, tamak akan kuasa dan kekayaan
ii. Seorang yang mengamalkan pemerintahan diktator
iii. Seorang yang menghormati orang tua
iv. Seorang yang kejam
v. Seorang yang meninggi diri

Jadual 2

Petikan Novel Perwatakan

“Kualiti wanita ini luar biasa,” ujar Presiden ketika menyingkap Seorang yang ..
kenangannya dalam biografi itu. “Bagi saya, dia ialah satu institusi
yang tersendiri.” Dicatatkan juga tentang ucapan nakhoda dalam
satu acara di sekolah anak angkatnya, yang menyebut betapa dia
amat kagum dengan seorang anak kecil dari Pasifik sebatang kara
di negara Eropah, yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar dan
dihormati oleh rakan-rakan sebayanya di sekolah.

Akan tetapi ungkapan yang memerikan Presiden seorang ‘peribumi Seorang yang ..
sebagai kolonial baharu’ di Ogonshoto tidak pernah terungkap dalam
beberapa buku biografinya. Ungkapan itu juga tidak pernah tertulis
dalam media cetak. Ungkapan itu tidak pernah dikumandangkan
dalam media elektronik. Semua media massa di Ogonshoto milik
pemerintah.

Tesisnya di universiti, menurut rakaman biografinya adalah tentang Seorang yang ..
kemunculan dan perkembangan fahaman demokrasi di Asia Pasifik.
Tetapi sebenarnya adalah tentang kediktatoran.

81

“Kami bawa tuan ke pantai?” “Kami hanya berempat,” jawabnya. Seorang yang ..
“Memang muat untuk ke pantai dengan dua buah perahu. Tapi ..
carikan ibu saya dahulu di Malagana. Biarkan dia berdiri di pasir
putih pantai, memandang kapal ini. Saya akan datang memeluk
lututnya di pantai sana.”

“Papa, ini saya!’ Dia melaung, kerana khuatir kalau-kalau mata Seorang yang ..
Presiden sedang silap, mungkin menyangkanya beruk atau babi
hutan. Tetapi Presiden terus mendekat dan melepaskan das ketiga.
Tembakan itu mengenai betis kirinya. Pemuda Banaba itu lari
terjengket-jengket, meredah belukar, menjauh dari Presiden. Dia lari
kebingungan sepantas yang terdaya. Dia benar-benar bingung
dengan peristiwa baharu ini. Tidak lama kemudian, sambil terus
berlari, dia teringat bahawa Presiden telah melepaskan tiga das
tembakan.

Langkah 2: Menulis dalam bentuk esei.
a) Huraikan dua perwatakan Presiden yang terdapat dalam novel.

82

Fokus b) Kritikan Sastera
Langkah 1: Pilih dan sesuaikan petikan novel dengan kritikan pandangan dalam Jadual 1

di bawah dan tuliskan dalam jadual 2.
Jadual 1

1. Menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
2. Mengelakkan diri daripada melakukan rasuah.
3. Bersyukur kerana ada keluarga yang sanggup memelihara Presiden

sebagai anak angkat.
4. Hidup dalam kesederhanaan dan membantu masyarakat sekeliling.
5. Mengambil tahu masalah rakyat di bawah pimpinan Presiden.

Jadual 2

Petikan Novel Kritikan Pandangan

Buku biografinya mencatat demikian pula, sebaik-baik sahaja
kapal besar itu berlabuh di Eropah, nakhoda mengambilnya
sebagai anak angkat. Dia mendiami rumah nakhoda yang besar
dan indah selama pengajiannya hingga peringkat universiti.

Bermacam-macam gelarnya. ‘Belut Selat Morauka’ kerana
bertubuh licin jadi licik, yang walaupun pernah merantau ke
tempat lain, sampai musimnya akan pulang semula ke lantai
Selat Morauka juga. ‘Dewa Badak" seperti dongengan Rai-Rapa,
iaitu dewa menyerupai badak yang tidak pernah berasa kenyang
sehingga kalau boleh, lahar gunung berapi pun ingin
disantapnya.

Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik
sebagai Timbalan Presiden. Enam bulan selepas pelantikan itu,
Presiden mati dalam tidurnya. Mayat Presiden disemadikan di
makam pahlawan Ogonshoto. Ogonshoto berkabung tiga puluh
hari. Dia ditabalkan sebagai Presiden baharu.

...semangat mahasiswa telah dicabut dan dipasak ke bumi,
semangat nelayan yang telah dirantai ke tanah, semangat petani

83

yang telah dibelenggu ke batu hitam muntahan gunung berapi,
suara wartawan radikal yang hanya layak mendinding kaki bukit
keliling istana...penyeksaan serta pembunuhan misteri."
Tidak satu pun raungan arus bawah tercatat dalam biografi
Presiden, yang menurut beberapa sumber, ditulis oleh para
pengarang yang mendapat imbuhan sangat lumayan daripada
Presiden sendiri. Jadi, belum ada sebuah pun buku biografi itu
yang dianggap betul-betul autoritatif. Riwayat Presiden sedari
kecil sampai sekarang, tidak ada cacat celanya, seperti kain putih
yang dikeluarkan dari gedung, tetaplah putih bersih selama
berpuluh tahun. Buku-buku itu seperti merakamkan sejarah dewa
ghaib yang harus dipercayai kewujudannya serta peranan
manusiawinya.

Langkah 2: Menulis dalam bentuk esei.
b) Huraikan tiga kritikan pandangan yang terdapat dalam Bab 1( Kolonial).

84

Fokus c: Menyambung petikan novel menjadi sebuah cerita. Permulaan

Melihat cahaya fajar kemerah-merahan bangkit di timur, dia
menggagahi dirinya melutut dan memandang keluar.

Perkembangan

Kemuncak

Peleraian

PENTAKSIRAN

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN

1 Menjelaskan tiga perwatakan Presiden

2 Menjelaskan tiga kritikan kepada pemimpin
yang terdapat dalam Bab 1(Kolonial)

3 Menyambung petikan novel menjadi sebuah
cerita.

85

SET 2

ITEM PEMBELAJARAN 1

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)

Sasaran

Genre/ Tajuk Puisi Tradisional

Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.

Standard 1.2.1 Mengenali dan memahami puisi tradisional (pantun, syair,

Pembelajaran gurindam, seloka)

i) Mengkaji bentuk

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

2. Menyatakan empat bentuk puisi yang dikaji.

Tempoh Pelaksanaan 1 jam tiga puluh minit

Nota Rujuk LAMPIRAN A

Aktiviti 7. Anda diminta membaca nota yang diberikan (LAMPIRAN A).

8. Anda diminta membaca arahan AKTIVITI PEMBELAJARAN

yang diberikan dalam LAMPIRAN B.

9. Untuk menjawab soalan item 1, ikut arahan pada Langkah 1

dan Langkah 2 (LAMPIRAN B).

10. Instrumen 1 ialah latihan pengukuhan untuk memberi lebih

pemahaman tentang kata kunci item.

11. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru anda

apabila bersemuka/ secara bergambar melalui aplikasi

Whatsapp/ Telegram mata pelajaran.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.

86

LAMPIRAN A

CIRI BENTUK PUISI
1. Rangkap :

Berangkap / ada rangkap
Contoh : 2 rangkap ( sila bilang rangkap yang ada dalam petikan)
2. Baris :
Jumlah / bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama / tidak sama (Sila
bilang baris dalam setiap rangkap untuk menentukan sama / tidak sama) iaitu
antara 4 hingga 6 baris serangkap.
Contoh : Rangkap 2: 4 baris

Rangkap 5: 6 baris
3. Perkataan :

Jumlah / bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama / tidak sama (Sila
bilang perkataan dalam setiap baris untuk menentukan sama / tidak sama) iaitu
antara 2 hingga 7 perkataan sebaris.
Contoh : Dari situ (2 perkataan)

Ia akhirnya hanya akan melepek dan rugi (7 perkataan)
4. Suku kata :

Jumlah / bilangan suku kata dalam setiap baris adalah sama / tidak sama (Sila
bilang suku kata dalam setiap baris) iaitu antara 4 hingga 15 suku kata sebaris.
Contoh : Da/ri si/tu (4 suku kata)

I/a a/khir/nya ha/nya a/kan me/le/pek dan ru/gi (15 suku kata)
5. Rima akhir :

Rima akhirnya sama / tidak sama / berselang
Contoh : Rangkap 1 : a,a,a,a

Rangkap 2 : a,a,a,a
6. Kesimpulan bentuk :

Puisi ini bentuknya bebas / terikat
Contoh : Ambil mana-mana fakta dan contoh di atas sebagai bukti bahawa
bentuknya bebas atau terikat).

Contoh penulisan
Puisi ini bentuknya terikat.
Contohnya, rima akhir puisi ini sama iaitu a,a,a,a

87

TAMBAHAN BENTUK :
Pantun
1. Terdapat baris pembayang.

Contoh penulisan :( bagi pantun 4 kerat)
Terdapat baris pembayang.
Contoh : baris 1 dan 2
2. Terdapat baris maksud.
Contoh penulisan :( bagi pantun 4 kerat)
Terdapat baris maksud.
Contoh : baris 3 dan 4
3. Rima akhir sama (a,a) bagi pantun 2 kerat , rima akhir berselang( a,b,a,b) bagi
pantun 4 kerat dan rima akhir berselang(a,b,c,a,b,c) bagi pantun 6 kerat.

Seloka
Sifat baris :
1. Semua baris adalah maksud.

Gurindam
Sifat baris :
1. Baris 1 adalah syarat

Contoh : Apabila terpelihara mata
2. Baris 2 adalah jawab

Contoh : sedikit cita-cita

Syair :
1. Setiap baris adalah maksud / cerita.
2. Disampaikan secara berlagu / berirama.

Contoh irama : Selendang Delima, Dodoi, Batu Belah, Narasi, Rakis, Siti Zubaidah,
Hiasan,Dandan Setia, Perindu.

3. Setiap rangkap mempunyai kesinambungan cerita.
4. Ada jeda (hentian sebentar di tengah baris).

88

LAMPIRAN B

AKTIVITI PEMBELAJARAN (Item 1)

Dari situ...
Lenyaplah kelak daripadanya sifat jauhari,
Iaitu kepercayaan kepada dirinya sendiri;
Dari situ lagi, ke manakah ia akan pergi?
Ia tidak kan mencapai puncak yang tinggi,
Ia akhirnya hanya akan melepek dan rugi!

Dipetik daripada Seloka Tak Berikhtiar Sendiri

dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan empat ciri bentuk yang terdapat dalam petikan seloka di atas. [4 markah]

LANGKAH 1: Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut :

BENTUK

Rangkap

Bilangan baris serangkap

Bilangan perkataan sebaris

Bilangan suku kata sebaris

Sifat baris

Rima akhir

Kesimpulan bentuk

89

LANGKAH 2:

Pilih lima maklumat dalam LANGKAH 1 dan tulis sebagai jawapan dalam ruangan
di bawah bagi soalan item 1.
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

Instrumen 1: Latihan Pengukuhan

Berdatang sembah seorang pahlawan,
Kaya tuanku tiada berlawan,
Serta adil dengan kelimpahan,
Rakyat tentera berkoyan-koyan.

Dipetik daripada Syair Seratus Siti dalam antologi Nilai Insan.

1. Nyatakan suku kata dan rima akhir yang terdapat dalam petikan puisi di atas.

[4 markah]

- suku kata = .....................................................................................................

- rima akhir =......................................................................................................

2. Senaraikan empat bentuk yang terdapat dalam petikan puisi di atas. [4 markah]

- Bentuknya berangkap (ini contoh)

- .........................................................................................................................

- .........................................................................................................................

- .........................................................................................................................

- .........................................................................................................................

90

3. Jelaskan dua bentuk puisi tersebut. [4 markah]
- Puisi ini bentuknya berangkap
Contoh : Terdiri daripada satu rangkap (ini contoh)

- .............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

- .............................................................................................................................

.............................................................................................................................

.............................................................................................................................

PENTAKSIRAN PBD:

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan bentuk puisi
2 Menjelaskan bentuk puisi dengan
memberikan contoh yang sesuai

91

ITEM PEMBELAJARAN 2

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)

Sasaran Tingkatan 5

Genre / Tajuk Puisi Moden

Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.

Standard 1.2.2 Mengenali dan memahami puisi moden (sajak)
Pembelajaran iv) Menganalisis gaya bahasa

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

2. Murid dapat menyatakan dua gaya bahasa berserta contoh
dalam dua puisi yang dikaji.

Tempoh Pelaksanaan 2 jam

Nota Rujuk Lampiran A dan Lampiran B

Aktiviti 6. Anda diminta membaca nota yang diberikan. [Lampiran A dan
Lampiran B]

7. Untuk Aktiviti 1, anda perlu membaca puisi dalam Lampiran C
dan menyatakan nama gaya bahasa yang betul berdasarkan
maksud dan contoh yang diberikan. [Lampiran D]

8. Untuk Aktiviti 2, anda diminta untuk menulis nama gaya bahasa
berdasarkan klu dalam puisi yang dikaji. [Lampiran E dan
Lampiran F]

9. Untuk pentaksiran, anda dikehendaki menjawab dua soalan
respons terhad dengan menulis dua gaya bahasa berserta
contoh yang terdapat dalam dua petikan puisi. [Lampiran G]

10. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru anda
apabila bersemuka atau secara bergambar melalui aplikasi
whatsapp atau telegram mata pelajaran.

Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah dihasilkan.

92

LAMPIRAN A

GAYA BAHASA DALAM PUISI

GAYA BAHASA PERBANDINGAN

Gaya bahasa Maksud Contoh
Simile
Personifikasi Perbandingan yang menggunakan Wajahnya laksana bulan
Metafora
Alusi perkataan seperti, bak, umpama, macam, Hidupnya ibarat sampah
Hiperbola
bagai, persis, laksana dan ibarat

Perbuatan manusia yang diberikan kepada Pohon kelapa melambai-lambai

benda lain Ombak mengejarnya

Angin menyapu air matanya

Perbandingan yang mengandungi dua unsur Perahu hidup

iaitu konkrit dan abstrak Bunga-bunga cinta

Api kebencian

Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang Dalam jasadku

tokoh, nama, tempat atau peristiwa sama Mengalir darah Tun Fatimah

ada secara terus terang atau tidak langsung.

Perbandingan atau penyataan yang Laungannya sampai ke langit

melampau atau berlebih-lebihan

GAYA BAHASA PENGULANGAN

Gaya bahasa Maksud Contoh
Anafora
Epifora Pengulangan kata/frasa pada awal baris Kita hargai kemerdekaan
Responsi
Simplok secara berturut-turut. Kita cinta akan nusa ini

Repitisi Pengulangan kata/frasa pada akhir baris Kemerdekaan ini anugerah

secara berturut-turut. Kesejahteraan juga anugerah

Pengulangan kata/frasa di tengah baris Gelap bukan malam

secara berturut-turut. Terang bukan siang

Pengulangan perkataan di awal dan di akhir Sebelum nafas berakhir

baris. Sebelum nadi ini berakhir

Pengulangan umum kata, kalimat, frasa, Kita harus merdeka.

baris dan rangkap Merdeka jiwa dan merdeka

minda. Miliki merdeka yang

sebenar

93

LAMPIRAN B

GAYA BAHASA MAKSUD CONTOH
Hybrid
Inversi Penggabungan beberapa perkataan Bisupilu
Kata ganda
Paradoks menjadi satu perkataan menghitamrentungkan
Peribahasa
Perlambangan / Susunan ayat/kalimat yang terbalik Telah kuterima suratmu
simbol
Sarkasme Penggunaan kata ganda. Bunga-bunga, lambat-laun

Sinkope Pertentangan dua situasi Benci tapi rindu
Bahasa asing
Air lebih mahal daripada emas
Bahasa istana
Bahasa arkaik Simpulan bahasa, pepatah, Seperti kera mendapat bunga
Dialek
perumpamaan, bidalan.
Asonansi
Menggunakan perkataan lain untuk Bunga [perempuan]

mewakili sesuatu. Kumbang [lelaki]

Putih [kesucian]

Kiasan atau ironi yang mengandungi Enggan hidup dalam kelam

unsur-unsur kata yang pedas yang Ada cahaya kaupadam

bertujuan untuk menyakitkan hati.

Pemendekan/penyingkatan kata Tak [tidak], Ku [aku], Mu [kamu],

kau, tika, saja, dah, nak

Penggunaan kata pinjaman seperti Alhamdulillah

bahasa Arab, Inggeris, Hindi, Tamil Materialistik

dan sebagainya.

Penggunaan bahasa golongan raja. Beradu, santap, gering, beta,

baginda, bersemayam.

Bahasa klasik yang sudah jarang Nirmala, pawana,

digunakan. Arakian

Bahasa atau loghat yang digunakan di Jangok [dialek Kelantan]

daerah-daerah tertentu

UNSUR BUNYI

Pengulangan bunyi vokal Aku berasa bahagia ( a )

( a, e, i, o, u ) sekurang-kurangnya Omong-omong kosong ( o )

sebanyak 3 kali dalam sebaris puisi. Kasihku tulus mulus untukmu ( u )

Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan Kukikis kuku kaki kakakku ( k )
sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali Malam mencari mimpi ( m )
dalam sebaris puisi.

94

LAMPIRAN C

AKTIVITI 1

Arahan: 1. Baca nota Gaya Bahasa.

2. Baca sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda.
3. Berdasarkan pernyataan gaya bahasa, namakan gaya bahasa tersebut.

Sepi Syawal Tanpa Bonda

Rasa sendu
terkilan
kecewa
dan duka

semuanya terjaring
dalam relung hati
membiaskan lahar kesyahduan dan kesunyian
lalu terpancar pada arca wajah.

Kedamaian tiada lagi
sedang dahulunya
tika alunan bergema

akulah insan paling ceria
merenung redup matanya sebening embun pagi

menatap raut wajahnya setulus sinar mentari
betapa di dada tuanya

teranyam kelongsong kesabaran
di hati penuh makna.

Sunyi membungkam dalam diri
sepi diri tanpa bonda
kepiluan melamar jua
Ibu,

kau masih dalam ingatan
memoriku sepi tanpa ibu.

(Pusara Sepi, Lorong Sejahtera, Kangar)
Amylia Hussain

Pohon Tradisi, 2012
Gapeniaga Sdn. Bhd.

95

Pernyataan LAMPIRAN D
Perbandingan yang mengandungi dua unsur iaitu konkrit dan Nama Gaya Bahasa
abstrak
Contoh :
relung hati
lahar kesyahduan
kelongsong kesabaran

Pemendekan/penyingkatan kata
Contoh : tika, kau, ku,

Pengulangan kata/frasa di tengah baris
secara berturut-turut.
Contoh:

merenung redup matanya sebening embun pagi
menatap raut wajahnya setulus sinar mentari

Penggunaan kata pinjaman
Contoh : memori

Perbuatan manusia yang diberikan kepada benda lain
Contoh :

kepiluan melamar jua

Pengulangan bunyi vokal
sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali dalam sebaris puisi.
Contoh : vokal [a]

lalu terpancar pada arca wajah.

Pengulangan bunyi konsonan
sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali dalam sebaris puisi.
Contoh : konsonan [m]

Sunyi membungkam dalam diri

96

LAMPIRAN E

AKTIVITI 2 Arahan :

1. Baca nota Gaya Bahasa.
2. Baca sajak di bawah.
3. Isi petak kosong dengan nama gaya bahasa yang betul.
____________________________________________________________________

repitisi anafora [2] personifikasi metafora [3]

bahasa asing responsi aliterasi asonansi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menterjemah Bahasa

Menghuni subur tanah nurani ini [i] [ii]
dalam puitis pena dan patah bicara [iii]
bertakhta santun mencerna hikmah
bertunas subur mewangi wadah
yang mengalir jernih falsafah kematangan
yang menakungi gemilang dari benua ke benua
itulah bahasa ibunda tercinta
menjana penyatuan jalinan bangsa
antara rimbunan siratan budaya.

Setelah ratusan tahun dijunjung [iv]
malah sejak abad ke-7 Masihi [v]
dari kerajaan Sriwijaya hingga [vi]

zaman Kesultanan Melayu Melaka
ledakannya telah menawan nur
ilmu martabatnya telah membina tamadun unggul
kudratnya telah mengkeramatkan maruah bangsa
sehingga mampu mengangkat perasa akal
yang menjulang adunan wawasan diksi
menjangkau taksiran langit globalisasi

97

Tanpa lesu mentafsir iltizam ilmu LAMPIRAN F
tanpa layu menyatu suara berpadu [vii]
tanpa ragu menyusun muafakat agenda
agar pewaris jati diri
menyempurna cendekiawan dan pendeta
sehingga melimpah destinasi penerokaan minda.

Sesungguhnya bahasa kita menterjemah segala erti [viii]
merungkai segala teori, menyelesai segala misteri [ix]
walau bejana politik penjajah pernah menyempitkan fungsi
malah melunturkan nilainya kerana kepentingan ekonomi [x]
namun bahasa kita mampu meredah segala linguistik retorik
juga segala gagasan ilmiah dan estetika
maka perjuangan kita akan terus mampu memperkasakan akta
kerana bahasa kita bukan artifak antik
[xi]
malah terlalu agung darjatnya
sebagai warisan negara bangsa.

(Sungai Petani)
Abdul Rahim Omar
Dewan Bahasa, Julai 2012
Dewan Bahasa dan Pustaka

AKTIVITI 3 : PENTAKSIRAN

Instrumen 1 : Rubrik

AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN

1 Menyatakan gaya bahasa dalam puisi

2 Menyatakan gaya bahasa berserta contoh

98

LAMPIRAN G

Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan

1.
Dia petani yang berkali-kali
menghafal pesan wasiat betapa
selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia
Dipetik daripada sajak Seorang Tua di Kaki Tamadun
karya Fadh Razy

Berdasarkan petikan sajak di atas, berikan dua gaya bahasa berserta contoh. [4 markah]

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2.

Menjadi helang mengepak-ngepak sayap
Meniru orang tua terbongkok-bongkok
Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara

Mengatup dan menganga mulut luas-luas
Sesekali liar bagai ular tedung selar
Menjelang ujung dinihari
Bayangnya pandai pula bersopan dan hormat
Dipetik daripada sajak Aku Tidak Berani Berjanji, karya Rosli K. Matari

Berdasarkan petikan sajak di atas, berikan dua gaya bahasa berserta contoh. [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

99

ITEM PEMBELAJARAN 3

Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran 5kl4
Genre/Tajuk Prosa Tradisional
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.2.3 Mengenali dan memahami prosa tradisional (karya
Objektif Pembelajaran klasik).
Tempoh Pelaksanaan
Nota iii) Menyatakan latar tempat.
Aktiviti Pada akhir pembelajaran,murid dapat:

Pentaksiran(PBD) 1. Menjelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam petikan karya.

2 jam
Rujuk Lampiran A

1. Anda diminta membaca nota yang diberikan
(lampiran A.)

2. Anda diminta membaca arahan Aktiviti
Pembelajaran yang diberikan dalam lampiran B.

3. Untuk menjawab soalan item, ikut arahan pada
langkah 1 dan langkah 2 (Lampiran B).

4. Untuk memastikan tugasan yang dibuat
bertepatan dengan kehendak soalan, sila rujuk
intsrumen 1.

5. Teruskan dengan menjawab Instrumen 2: Latihan
pengukuhan untuk memberi lebih pemahaman
tentang latar tempat.

6. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan
kepada guru anda apabila bersemuka / secara
bergambar melalui aplikasi whatsapp / telegram
mata pelajaran.

Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan

100


Click to View FlipBook Version