LAMPIRAN A
KAJIAN LATAR TEMPAT SASTERA EPIK: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
(i) Melaka.
Contoh: Negeri yang diperintah oleh Raja Melaka.
(ii) Benua Siam.
Contoh: Negeri yang dikunjungi oleh Laksamana/ Hang Tuah untuk membeli enam ekor
gajah.
(iii) Patani.
Contoh: Tempat yang disinggahi oleh Hang Tuah/ Laksamana dalam perjalanannya ke
Benua Siam.
(iv) Kemboja.
Contoh: Tempat tinggal pendekar Jepun.
(v) Balairung istana.
Contoh: Tempat Hang Tuah/ Laksamana bertarung dengan Cin Cu/ pendekar Jepun.
(vi) Bukit Seguntang.
Contoh: Raja Melaka hendak merajakan anakanda baginda/ Raden Bajau di Bukit
Seguntang.
(vii) Balai gendang.
Contoh: Tempat Bendahara mengarang surat/ bingkis
(viii) Kampung Oya Bagelang.
Contoh: Tempat Laksamana/ Hang Tuah meletakkan gendaga yang dibawanya dari
Berunai.
(ix)Kuala Benua Siam.
Contoh: Tempat orang-orang Jepun menyerang rombongan Laksamana/ Hang Tuah
yang dalam perjalanan balik ke Melaka.
(x) Istana Raja.
Contoh : Laksamana mengadap Raja Melaka dan menyerahkan gajah yang dibawa
dari Siam di istana.
(xi) Perahu.
Contoh: Kenderaan yang digunakan untuk ke benua Siam.
(xii) Laut.
Contoh: Jalan yang digunakan oleh laksamana Hang Tuah untuk ke benua Siam.
101
LAMPIRAN B
AKTIVITI PEMBELAJARAN: ITEM 1 (PROSA TRADISIONAL)
Bendahara pun menyembah lalu keluar duduk di balai gendang mengarang surat
dan bingkis. Setelah sudah dikarang. maka Bendahara pun masuk berdatang sembah.
Maka titah baginda, "Segeralah arak surat itu." Maka surat itu pun diarak oranglah. Maka
Laksamana dan Maharaja Setia pun menjunjung duli lalu keluar. Setelah sampai ke perahu
maka disambut oleh Laksamana ditaruhnya pada tempat yang mulia. Setelah sudah maka
Laksamana pun menyuruh membongkar sauh berdayung hilir sambil memasang bedil.
Setelah sampai ke laut, lalu menarik layar lalu belayar menuju Benua Siam.
Berapa lamanya maka sampailah antara Hujung Sawang. Maka kata Laksamana,
"Hai mualim, apa nama negeri ini?" Maka kata mualim itu, "Inilah negeri Patani namanya."
Maka Laksamana pun menyuruh belokkan perahu itu menuju penarikan lalu dilabuhnya.
Dipetik daripada Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam
Nyatakan empat latar tempat yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[4 markah]
LANGKAH 1: Isikan latar tempat berdasarkan contoh petikan.
Latar tempat Contoh petikan
Bendahara pun menyembah lalu keluar duduk di balai gendang
mengarang surat dan bingkis.
Setelah sampai ke perahu maka disambut oleh Laksamana ditaruhnya
pada tempat yang mulia.
Setelah sampai ke laut, lalu menarik layar lalu belayar menuju Benua
Siam.
Setelah sampai ke laut, lalu menarik layar lalu belayar menuju Benua
Siam.
Berapa lamanya maka sampailah antara Hujung Sawang.
" Maka kata mualim itu, "Inilah negeri Patani namanya."
Maka Laksamana pun menyuruh belokkan perahu itu menuju penarikan
lalu dilabuhnya.
102
LANGKAH 2: Pilih empat maklumat dalam langkah 1 dan tulis sebagai jawapan dalam
ruangan di bawah bagi soalan item 1.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
PENTAKSIRAN
Instrumen 1: Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan latar tempat.
2 Menjelaskan latar tempat.
Instrumen 2: Latihan Pengukuhan
Langkah 1: Gariskan latar tempat berdasarkan petikan di bawah.
Maka Laksamana pun menyuruh membuka segala pintu perahu itu. Maka dilihat
oleh Laksamana emas dan perak terlalu banyak.
Maka Laksamana pun turun ke sampan lalu menuju Patani. Setelah datang ke pantai,
maka Laksamana pun naik ke darat lalu ke bandar. Maka dilihatnya kota Patani itu.
"Hai Bendahara, sekarang kita hendak merajakan anak kita Raden Bajau di Bukit
Seguntang! Laksamanah hendak kita suruh pergi ke Bukit Seguntang merajakan anak kita
akan ganti paduka marhum." Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku,mana titah patik
junjung.
Maka gemparlah segala oban dan okun, aprak, amum-amum pun habis berterjunan di
balairung itu.
Maka maksud Jepun itu hendak membunuh Phra Cau; Phra Cau itu pun segera masuk ke
istana. Seketika lagi maka Jepun itu pun keluar, lalu ia mengamuk di tengah pesara itu.
Setelah Jepun lari, maka katanya, "Marilah kita pergi mengambil teman kita di kuala
Kemboja itu; tatkala ia keluar kita alahkan.' Setelah hari malam maka ia mencuri perahu
orang.
103
Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, la|u ke
Kemboja. Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala hal
ehwalnya diberinya tahu.
Maka Laksamana pun menyembah lalu pergi ke perahunya menyuruhkan orang
mengangkat gendaga itu. Maka diangkat oranglah gendaga itu ke kampung Oya Bagelang
itu bertimbun-timbun.
Maka raja pun memandang kepada Laksamana, Laksamana pun menyembah," Daulat
tuanku, patiklah ke Benua Siam itu." Maka titah baginda," Benarlah kata Laksamana
itu.Pada bicara kita, kerana kita ada menengar khabar negeri baharu diperbuat, namanya
Patani; pada bicara kita, kita hendak suruh alahkan,"
Langkah 2
Senaraikan lima latar tempat berpandukan jawapan bergaris dalam petikan di atas.
I …………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………
iv. …………………………………………………………………
v. …………………………………………………………………
104
ITEM PEMBELAJARAN 4
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran 5 Ibnu Kaldun
Genre/Tajuk Cerpen Rindu Seorang Rafik
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (cerpen).
Pembelajaran ii) menerangkan persoalan cerpen.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Menyatakan dua persoalan berserta contoh.
Tempoh Pelaksanaan Dua Jam
Nota RUJUK LAMPIRAN A
Aktiviti 1. Bertanya pelajar berkenaan isu semasa dalam negara
-pasti pelajar jawab isu COVID 19 , PKP, PdPR dan lain-lain)
2. Anda diminta untuk membaca cerpen ini (lebih kurang 15 -
20 minit).
3. Baca sekali lagi nota (rujuk nota).
4. Fahami kehendak soalan.
5. Perkataan persoalan wajib dimasukkan dalam jawapan
untuk membezakan dengan soalan lain.
6. Untuk menjawab soalan ini ikut arahan pada langkah 1,
langkah 2, langkah 3 dan seterusnya.
7. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru
anda apabila bersemuka / secara bergambar melalui aplikasi
whatsapp / telegram mata pelajaran.
Pentaksiran (PBD) Calon akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah diberikan .
105
LAMPIRAN A
PERSOALAN ialah isu-isu sampingan yang juga penting selain tema utama. Isu-isu ini
penting untuk melengkapkan sebuah cerpen yang baik.
Cerpen Rindu Seorang Rafik bertemakan kesetiaan dalam persahabatan antara dua orang
yang berjauhan walaupun tiga bulan terputus hubungan. Aku terputus hubungan selama tiga
bulan, akhirnya Rosa menghubungi melalui e-mel dan memberitahu punca berdiam diri (Batu
Putih) (ini untuk tema).
Persoalan ialah selain tema ini, iaitu isu-isu sampingan yang dimasukkan oleh pengarang
untuk melengkapkan persahabatan ini sebagai contoh isu Batu Putih atau Pedra Branca, isu
Pulau Sipadan dan Ligitan, isu minat dalam bidang seni, isu amanah dengan tugas, isu
kepercayaan kepada ramalan bintang, isu tanggungjawab sebagai wartawan, isu kemesraan
dalam persahabatan, isu bermulanya perkenalan dan lain-lain.
Calon mesti nyatakan isu beserta huraian contoh berdasarkan petikan yang diberikan (soalan
respon terhad).
AKTIVITI PEMBELAJARAN : BAHAGIAN A (Respon Terhad)
Maafkan aku, Rosa. Itu sahaja yang mahu aku luahkan padanya pada saat ini. Tetapi
dia tiada di sini menadah telinganya. Dia tiada di sini dan telinganya juga telah telah dibawa
bersama. Kebuntuan semakin merapati usahaku. Kemurnian kasih yang kubawa untuk
seorang rafik seperti tiada yang sudi menerima.
Aku tinggalkan pulau yang pernah menjadi sebahagian negaraku dengan cebis-cebis
kehampaan. Ada kenangan lama yang sempat menyusup masuk sebelum pesawat MAS
menari di ruang angkasa negaranya. Terbayang seketika kemesraan seorang rafik yang
pernah menghabiskan masa-masa indah di Pulau Sentosa dan menaiki kereta kabel ke
Mount Faber.
Dipetik daripada cerpen Rindu seorang rafik
karya Nisah hj Haron
Nyatakan dua persoalan beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]
LANGKAH 1
1. Baca dan fahami kehendak soalan (persoalan). Rujuk nota jika tidak faham.
106
LANGKAH 2
1. Garis perkataan yang berkaitan dengan persoalan (isu-isu sampingan yang
dimasukkan oleh pengarang).
2. Berikan contoh persoalan itu dengan mengambil terus ayat daripada petikan.
Maafkan aku, Rosa. Itu sahaja yang mahu aku luahkan padanya pada saat ini. Tetapi
dia tiada di sini menadah telinganya. Dia tiada di sini dan telinganya juga telah telah dibawa
bersama. Kebuntuan semakin merapati usahaku. Kemurnian kasih yang kubawa untuk
seorang rafik seperti tiada yang sudi menerima.
Aku tinggalkan pulau yang pernah menjadi sebahagian negaraku dengan cebis-cebis
kehampaan. Ada kenangan lama yang sempat menyusup masuk sebelum pesawat MAS
menari di ruang angkasa negaranya. Terbayang seketika kemesraan seorang rafik yang
pernah menghabiskan masa-masa indah di Pulau Sentosa dan menaiki kereta kabel ke Mount
Faber.
LANGKAH 3 : Isikan maklumat persoalan + isu + sedikit ayat sendiri dan contoh ayat daripada
petikan yang dikaitkan dengan persoalan/isu sampingan itu.
Persoalan + isu + huraian Peristiwa yang dikaitkan dengan isu
Isu sedikit (ayat sendiri) sampingan (persoalan)
Isu minta maaf dan Persoalan
memaafkan orang
lain(Maafkan aku
Rosa).
Isu kasih sayang Persoalan
dalam persahabatan
(Kemurniaan
kasih...).
Isu sejarah lampau Persoalan
(Pulau yang pernah
menjadi sebahagian
negaraku).
107
Isu kemesraan Persoalan
persahabatan
(Kemesraan seorang
rafik).
Isu teknologi Persoalan Contoh: Ada kenangan lama yang sempat
menyusup masuk sebelum pesawat MAS
penerbangan menari di ruang angkasa negaranya.
(Pesawat MAS
menari di ruang
angkasa).
Isu berusaha Persoalan
bersungguh-
sungguh hubungi
sahabat (Kebuntuan
semakin merapati
usahaku).
LANGKAH 4 : Tulis semula jawapan lengkap dalam bentuk karangan / esei.
(Ingat, soalan bahagian ini tidak memerlukan ditulis dalam bentuk esei).
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
PENTAKSIRAN:
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan persoalan.
2 Menjelaskan persoalan berserta contoh
peristiwa.
108
ITEM 2 (latihan pengukuhan)
“Maafkan saya, Tok,” Sahat memegang tangan Penghulu Sudin untuk bersalam
dengannya. Tetapi Penghulu Sudin menarik tangannya dan dalam fikirannya pula segala
janji Encik Lim semakin kabur. Perasaan marah terhadap Sahat yang memusnahkan
impiannya untuk menjadi salah seorang lembaga pengarah jika projek kuari Bukit Emas
diteruskan semakin menyala. Kalau boleh hendak disepak dan diterajangnya Sahat.
“Lupakan sahaja fasal kuari Bukit Emas tu , Penghulu. Lagipun jika ada kuari di Bukit
Emas tu, habis tercemarlah rumah kita. Habis dimasuki debulah rumah kita. Betul kata
Sahat tu, biarlah Bukit Emas tersohor dengan duriannya,” Imam Haji Ali semakin
menghancurkan impian Penghulu Sudin.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf
1. Nyatakan dua persoalan berserta contoh yang sesuai. [4 markah]
2. Isikan maklumat persoalan + isu + sedikit ayat sendiri dan contoh ayat daripada
petikan yang dikaitkan dengan persoalan / isu sampingan itu.
Persoalan + isu + huraian Peristiwa yang dikaitkan
Isu sedikit (ayat sendiri) dengan isu sampingan
Isu Persengketaan / Persoalan perasaan marah (persoalan)
Contoh perasaan marah
kemarahan (Perasaan terhadap seseorang yang terhadap Sahat yang
memusnahkan impiannya
marah terhadap Sahat yang menghalang cita-cita / untuk menjadi salah seorang
lembaga pengarah jika projek
memusnahkan impiannya hasrat. kuari Bukit Emas diteruskan
semakin menyala. Kalau boleh
untuk menjadi salah hendak disepak dan
diterajangnya Sahat.
seorang lembaga pengarah
jika projek kuari Bukit
Emas diteruskan semakin
menyala. Kalau boleh
hendak disepak dan
diterajangnya Sahat.
Isu permohonan maaf Persoalan
(“Maafkan saya, Tok,”)
109
Isu nasihat menasihati / Persoalan
tegur menegur. (“Lupakan
sahaja fasal kuari Bukit
Emas tu, Penghulu)
Isu pencemaran alam Persoalan
(Lagipun jika ada kuari di
Bukit Emas tu, habis
tercemarlah rumah kita).
Isu pertanian / isu Persoalan
pentingnya berkebun buah
tempatan.
(Betul kata Sahat tu, biarlah
Bukit Emas tersohor
dengan duriannya, “)
Tulis jawapan penuh anda dalam bentuk esei.
(Nota : Ingat, soalan bahagian ini tidak memerlukan ditulis dalam bentuk esei).
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
110
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 5
Sasaran
Genre / Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Drama
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Objektif Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,
Tempoh Pelaksanaan cerpen, drama)
Nota (x) Membincangkan nilai.
Aktiviti Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1) Menghuraikan nilai beserta contoh yang
Pentaksiran (PBD)
terdapat dalam petikan.
1 Jam
Rujuk lampiran
1. Anda diminta membaca nota yang diberikan
(Lampiran A).
2. Anda diminta membaca arahan aktiviti
pembelajaran yang diberikan dalam bahagian A.
3. Untuk menjawab soalan item 1, ikut arahan pada
Langkah 1 dan Langkah 2 .
4. Jawab soalan pengukuhan.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang
dihasilkan.
111
Lampiran A
NILAI MURNI
Semua nilai baik yang dipelajari peringkat sekolah menengah. Contohnya berdikari, hormat
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan
mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat
bermasyarakat, bersemangat kewarganegaraan dan semua pecahan daripada nilai utama
ini seperti kegigihan, belas kasihan, bertimbang rasa, sedia memaafkan, bertanggungjawab,
kesopanan, mengaku silap, amanah, cakap benar, keikhlasan, daya usaha, berdedikasi,
ketekunan, gotong royong,bertoleransi, perpaduan, berterima kasih, mengenang budi,
penghargaan, boleh buat pertimbangan, berfikir logik dan terbuka, muafakat, peka kepada
isu sosial dan masyarakat, patriotik, berusaha dan produktif.
Setiap jawapan mesti disertakan perkataan nilai. Perkataan nilai mestilah diberikan imbuhan
kecuali yang tidak boleh seperti kasih sayang, amanah, baik hati, rasional dan lain-lain.
Aktiviti pembelajaran : Bahagian A (Respon Terhad)
ZAKI : Memang, aku sayangkan bangsa dan negaraku, Anna. Tetapi ini tak menegahku
daripada bersikap rasional. Bangsa dan negaraku yang muda ini sedang berjuang
mengisi kemerdekaan kami walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut luka,
tapi memang banyak juga contoh yang kami dapat daripada Inggeris, disiplin yang baik
misalnya...
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala
Nyatakan dua nilai beserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut.
Kata Kunci Nilai Contoh
Sayangkan bangsa Patriotik -aku sayangkan bangsa dan
negaraku
Bersikap rasional Rasional
-...tak menegahku daripada bersikap
rasional
112
LANGKAH 2: Ambil nilai dalam langkah 1 dan tulis sebagai jawapan dalan ruangan di
bawah.
PENTAKSIRAN
Instrumen 1: Rubrik
Aktiviti Kriteria Tahap penguasaan
1. Menyatakan nilai.
2. Menyatakan nilai beserta
contoh.
Instrumen 2: Latihan Pengukuhan
SUARA GHAIB THOMAS CARPENTER : Engkau akan tahu nanti, mereka tak sama seperti
kita. Aku kira Zaki lebih setia kepada ibunya daripada engkau sendiri. Engkau akan ke
tepi. Demikianlah manusia Timur. Cintanya terhadap ibu dan saudaranya lebih daripada
manusia Barat. Kita hidup atas kekuatan sendiri-sendiri tetapi mereka bekerjasama,
bergotong-royong itulah falsafah hidupnya. Engkau akan tahu nanti sayang. Waktu itu,
engkau akan kehabisan air mata. Engkau tak akan sebulu dengan mereka. Ibumu,
ibumu sendiri menjadi korban kekejaman mereka sebab berkahwin denganku. Ah, tak
sampai hatiku melepaskan engkau pula ke tangannya! Tetapi engkau sendiri berdegil.
Apa yang dapat kubuat, sayang, selain melepaskan engkau dengan perasaan berat dan
dukacita seorang ayah. Tapi, biarlah, engkau akan pulang juga kepadaku, akhirnya... .
Dipetik daripada Drama Anna Karya Kemala
113
Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua nilai murni. [4 markah]
114
ITEM PEMBELAJARAN 6
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran
Genre / Tajuk Novel Naratif Ogonshoto
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
Standard Pembelajaran 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel).
(ix) Menganalisis sudut pandangan.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menghuraikan sudut pandangan dalam novel.
Tempoh pelaksanaan 90 minit
Nota Rujuk Lampiran A
Aktiviti 1. Anda diminta membaca nota sudut pandangan pada Lampiran
A. (30 minit)
2. Anda diminta mengisi jawapan yang sesuai dalam petak yang
disediakan pada Lampiran B. (20 minit)
3. Sila jawab dua Latihan Pengukuhan pada Lampiran C. (PBD
akan dinilai berdasarkan markah soalan ini) (20 minit)
4. Sesi soal jawab dengan guru. (20 minit)
5. Hasil tugasan anda hendaklah diserahkan kepada guru anda
apabila bersemuka / secara bergambar melalui aplikasi whatsapp /
telegram mata pelajaran.
Pentaksiran (PBD) Anda akan dinilai berdasarkan jawapan Latihan Pengukuhan yang
telah dihasilkan.
115
LAMPIRAN A
NOTA SUDUT PANDANGAN
A.Definisi
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak
yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat
dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca
dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik
untuk menyampaikan ceritanya.
Sudut pandangan juga merujuk kepada cara pengarang mempersembahkan bahan-bahan
cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam menggambarkan aksi sesebuah
cerita (Sukatan Pelajaran, halaman 33).
B.Teknik sudut pandangan
(i)Sudut Pandangan Orang Pertama (SPOP)
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak
sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan
seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat
secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
Melalui SPOP, pengarang akan menggunakan kata ganti diri orang pertama ‘aku’ atau
‘saya’. Seluruh perkembangan plot cerita akan disampaikan oleh watak ‘aku’ atau ‘saya’
tadi.
Pemilihan SP jenis ini, menjadikan pengarang mempunyai keupayaan terbatas untuk
menyelami watak-watak lain. Pengarang tidak mungkin dapat mengungkapkan peristiwa-
peristiwa yang tidak melibatkan wataknya, iaitu ‘aku’ / ‘saya’.
Gambarajah SPOP
Watak A (Pengarang) Watak B
Lingkungan cerita
Watak C Watak D
116
(ii) Sudut Pandangan Orang Ketiga Tidak Terbatas / Serba Tahu
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain
menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan
nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi,
fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. Pengarang berada di luar lingkungan cerita dan
bertindak sebagai pencerita atau pemerhati tanpa terlibat langsung dalam cerita.
Pengarang akan bertindak seperti ‘Dewa’, iaitu seperti pencerita serba tahu yang bebas
untuk bercerita mengenai apa-apa sahaja peristiwa yang dialami watak-watak. Pengarang
bebas menyusup masuk ke dalam pemikiran watak-watak. Dengan kata lain, pengarang
dapat menceritakan aspek luaran dan dalaman watak.
Gambarajah SPOKTT / ST
Watak A Watak B
Pengarang
Watak C Watak D
Lingkungan cerita
117
(iii) Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas
Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan
memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak
lain diceritakan serba sedikit sahaja.
Gambarajah SPOKT
Pengarang WB
Lingkungan Cerita
WA WC
WD
**Sudut Pandangan; Bagaimana Nak Pilih? (Sumber Internet)
Wednesday, March 03, 2010 Posted by Azmah Nordin
Sudut pandangan adalah perspektif daripada arah mana cerita itu disampaikan. Kita
mungkin akan memilih untuk menyampaikannya dari Sudut Pandangan;
Orang Pertama = Saya, aku atau kami.
Orang Ketiga = Dia, ia
Sudut pandangan Orang Pertama menggunakan `saya' atau `kami', menggambarkan
penulisnya sebagai bahan atau watak dalam karya penulisan kreatif itu. Mungkin saja
penulisnya (watak dalam karya itu) memilih untuk memegang watak kecil cuma, sebagai
pemerhati kepada pelbagai aksi/drama di sekelilingnya, menyaksikan watak utama (hero
dalam karya itu).
118
Sudut pandangan Orang Pertama biasanya membenarkan khalayak pembaca berasa
dekat dengan watak tertentu dalam karya itu (penulisnya), ia juga membatasi kepada satu
perspektif itu saja. Pembaca hanya tahu apa yang watak ini tahu. Segelintir penulis,
terutama sekali penulis baru, ada kecenderungan untuk `tersangkut’ apabila
menggunakan kaedah sudut pandangan Orang Pertama ini. Lebih baik dan luas
jangkauan penulisnya, jika menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga.
Sudut pandangan Orang Ketiga, menghadkan penulis pada pemikiran dan perasaan
watak yang satu itu saja - kecuali anda cukup mahir dan mampu mempelbagaikan
penggunaan sudut pandangan Orang Ketiga ini. Sudut pandangan Orang Ketiga
memberikan lebih kebebasan dibandingkan dengan sudut pandangan Orang Pertama,
tapi kurang daripada Sudut Pandangan Orang Ketiga yang serba tahu.
Sebagai penulis, anda perlu berfikir secara strategik untuk memilih sudut pandangan
yang boleh memudahkan anda membina karektor anda dengan lebih berkesan. Saya
sendiri lebih senang menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga dalam setiap karya
saya, kerana rasanya ia kurang bersifat peribadi (dan agak mengganggu emosi) dan
membolehkan saya lebih ruang untuk berkreatif.
Walaupun sudut pandangan Orang Pertama boleh menjadi sangat kukuh (emosi,
psikologi), sudut pandangan Orang Ketiga lebih versatile dan fleksibel. Orang Ketika
membenarkan anda menciptakan sebuah jagat raya yang lebih kaya dan kompleks.
Cuba Pelbagaikan Penggunaan Sudut Pandangan
Lazimnya, penulis baru lebih cenderung berkarya dari sudut pandangan Orang
Pertama, sama ada kerana ia lebih mudah atau kerana memang meraka menghasilkan
karya itu tentang diri sendiri. Biarpun cerita anda ialah tentang autobiografi anda sendiri
pun, kenapa tak cuba menulis dari sudut pandangan Orang Ketiga? Ini akan membantu
anda untuk tidak terikat secara emosional dan boleh membuat anda menulisnya dengan
lebih berkesan lagi.
Andainya anda rasa `tersangkut’ fikiran dalam menghasilkan karya anda, kenapa
tidak cuba berpindah ke sudut pandangan yang lebih fleksibel? Ini bermakna, berpindah
dari sudut pandangan Orang Pertama kepada Orang Ketiga. Mungkin, sebagai penulis
baru, anda akan merasa sangat tersiksa apabila terpaksa menulis semula karya anda dari
sudut pandangan Orang Ketiga, tapi untuk penulis profesional, eksperimen seperti itu
adalah salah satu bahagian dalam dunia penulisan kreatif. Menyeronokkan juga,
percayalah.
119
**Nota ini sengaja dipaparkan dalam modul ini dengan tujuan:
1. Memberi peluang kepada pelajar memahami tajuk SP dengan lebih jelas daripada
huraian penulis sendiri.
2. Menunjukkan kepada pelajar bahawa ICT (Internet) memberi banyak kelebihan
kepada pelajar yang rajin melayarinya.
LAMPIRAN B
Isi jawapan dalam petak yang disediakan dengan sudut pandangan yang sesuai
berdasarkan petikan yang diberi.
Ketika dia mula terpandang tali sauh yang terbenam miring, jarak berpuluh kuak
tangan lagi di depannya, dia teringat cerita nelayan-nelayan yang pernah menyerampang
paus.
[ Sudut pandangan:_____________________________]
Halaman 10
Sungguh, kehadiran jeneral merupakan suatu beban baharu, malah racun yang
paling jahanam di Ogonshoto, gumamnya lagi.
[Sudut pandangan:_____________________________]
Halaman 27
Ketika itu aku bekerja sebagai guru di Tatamanu. Di sebuah sekolah tinggi. Apalah
ertinya seorang guru jika dia tidak membuka jendela pengetahuannya luas-luas, dan yang
lebih penting turut membuka tingkap pengetahuan para siswanya?
[Sudut pandangan:____________________________]
Halaman 117
Esok harinya lelaki tua itu tidak turun ke dasar kolam untuk mendalamkannya. Dia
merenung dasar itu, yang nampak kelam kehitam-hitaman, sambal berharap-harap mata
air akan rekah.
[Sudut pandangan:____________________________]
Halaman 67
120
Pentaksiran PBD
TAHAP KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Isi tempat kosong dengan sudut pandangan
2 Menjawab 2 soalan Latihan Pengukuhan
LAMPIRAN C
Latihan Pengukuhan 1 (SPM 2016)
Dia bersuara terus. Dia tidak peduli sama ada sahabat-sahabatnya mendengar atau
tidak. Dia bercerita tentang Ogonshoto dan pulau-pulaunya. Gunung-ganang berapinya.
Kolonial barat yang telah dihalau oleh kumpulan nasionalis Ogonshoto beberapa tahun
selepas dia tiba di Eropah. Beberapa peribumi asli telah dilantik sebagai Presiden.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
Nyatakan sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di atas.
[4 markah]
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
Latihan Pengukuhan 2
Seminggu berlalu, tetapi tidak ada sebarang tindakan kepadaku. Aku masih bebas
mengajar di sekolah tinggi Tatamanu itu. Dua minggu berlalu pula. Kemudian dua bulan
datang dan pergi. Yakinlah aku bahawa demokrasi Ogonshoto mulai segar kembali kerana
makalah selantang itu telah diterbitkan, dan aku sebagai individu bebas mengungkapkan
pendapat yang kukira rasional lagi bertanggungjawab.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan
Nyatakan sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel di atas.
[4 markah]
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
121
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 7
Sasaran
Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Nota Tingkatan 5
Novel Naratif Ogonshoto
Maksud citra masyarakat ialah:
- Gambaran kehidupan masyarakat yang merangkumi
amalan, nilai, pekerjaan, kaum, sikap,bangsa, tempat
tinggal, agama dan lain-lain.
Standard Kandungan 2.2 Mengenalpasti dan membincangkan isu masyarakat dalam
karya yang dibaca dan dikaji.
Standard Pembelajaran 2.2.2 Mengenalpasti dan membincangkan citra masyarakat
dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan
pembangunan masyarakat yang harmonis.
Objektif Pembelajaran Murid dapat menyatakan citra masyarakat yang terdapat dalam
petikan dan menghubungkaitkannya dengan pembangunan
masyarakat yang harmonis.
Aktiviti Pembelajaran 1. Murid perlu memahami nota yang diberikan berkaitan
tajuk.
2 Fahami arahan soalan.
3. Jawab kehendak aktiviti pada langkah 1.
4. Setelah selesai langkah 1, beralih ke langkah 2.
5. Gunakan idea yang terdapat pada langkah 1 untuk
membuat aktiviti pada langkah 2.
6. Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat.
7. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan
dengan kehendak soalan, sila rujuk instrumen 1.
8. Instrumen 2 ialah latihan pengukuhan untuk memberi
lebih pemahaman tentang kata kunci item.
9. Murid boleh menggunakan buku teks, kamus atau
sebarang bahan sebagai sumber rujukan.
10. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
Pentaksiran 11. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan ke dalam PBD.
Tempoh Pelaksanaan 2 Jam
122
SOALAN 1
Menunggu Tuhan di pantai. Itu sahajalah yang dilakukan orang dari Tatamanu itu.
Jika penat berdiri, dia akan duduk atau berbaring, kemudian berdiri tegak lagi menghadap
samudera.
Beberapa orang penduduk Aitu berasa kasihan, lalu membuat sebuah pondok kecil
untuknya, dan hampir semua bahannya daripada daun-daun palma. Mereka berikan juga
beberapa peralatan untuk memasak makanan dan air. Dua tiga hari sekali mereka
memberinya ubi dan air.
Petikan daripada Novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Berdasarkan petikan di atas huraikan satu citra masyarakat yang berkaitan dengan
pembangunan masyarakat yang harmonis.
LANGKAH 1 : Isikan maklumat daripada petikan ke dalam jadual berikut:
PERISTIWA CITRA MASYARAKAT HUBUNGKAIT DENGAN
PEMBANGUNAN
MASYARAKAT HARMONIS
LANGKAH 2 : Tulis maklumat yang terdapat dalam Langkah 1 dalam bentuk perenggan
yang lengkap.
123
PENTAKSIRAN: KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI
Menyatakan peristiwa yang berkaitan dengan
1 citra masyarakat.
Menyatakan citra masyarakat yang terdapat
3 dalam peristiwa tersebut.
4 Menghubungkaitakn dengan masyarakat yang
harmonis.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan.
4. Jelaskan maksud citra masyarakat.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5. Huraikan maksud masyarakat yang harmonis.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6. Huraikan ciri-ciri citra masyarakat dalam Malaysia yang dapat menjamin
pembangunan masyarakat yang harmonis.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
124
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 8
Sasaran
Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Nota
Tingkatan 5
Standard Kandungan PROSA TRADISIONAL – Sastera Panji – Raden Menteri
Standard Pembelajaran Diperintah Pergi Berburu
Objektif Pembelajaran Ringkasan cerita bab VI;
Aktiviti Pembelajaran Raden Menteri telah dipanggil ke istana Sang Nata kerana
beliau sudah lama tidak berjumpa. Setiba di istana Sang
Nata bertanya khabar keadaan Raden Menteri dan telah
mengetahui bahawa Raden Menteri telah mengahwini
KenTambohan. Perkahwinan Raden Menteri dengan Ken
Tambohan tidak direstui oleh Permaisuri kerana
menganggap mereka tidak setaraf. Lantaran itu, Raden
Menteri telah diminta oleh Permaisuri (bondanya) supaya
pergi berburu kijang dan pelanduk.
Maksud kritikan sastera;
i. Membuat analisis dan penilaian tentang karya seni,
sastera dan sebagainya. *Kamus Dewan – edisi
ketiga.
ii. Asas kritikan tanpa menggunakan teori sastera.
iii. Mempertimbang dan menilai karya sastera secara
jujur dan diperkuatkan dengan alasan yang
munasabah.
1.3 Membuat kritikan sastera.
1.3.2 Memberikan pandangan, sanjungan, dan saranan
terhadap karya yang dibaca.
Murid dapat menyatakan satu pandangan tentang
tanggungjawab ibu bapa dalam soal memilih jodoh anak-
anak.
1. Murid perlu memahami terlebih dahulu nota yang
diberikan berkaitan tajuk.
2. Fahami arahan soalan.
3. Rujuk pada Langkah 1.
4. Setelah selesai Langkah 1, beralih ke Langkah 2.
125
Tempoh pelaksanaan 5. Gunakan idea yang terdapat pada Langkah 1 untuk
membuat aktiviti pada Langkah 2.
6. Instrumen 1 dan 2 ialah latihan pengukuhan untuk
memberi lebih pemahaman tentang kritikan
membina terhadap sesuatu peristiwa.
7. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
8. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru untuk diberi penilaian dan
direkodkan ke dalam PBD.
Satu jam tiga puluh minit (1jam 30 minit)
SOALAN 2:
Permaisuri bersabda pula, “Wahai anakanda, bonda tahu bahawa tuan sudah
berkahwin dengan Ken Tambohan! Bonda tidak suka tuan beristerikan Ken Tambohan
itu kerana anak jarahan itu tidak patut bersuamikan tuan. Anakanda akan memegang
pemerintahan negeri ini. Jikalau si Tambohan itu isteri anakanda, siapakah yang akan
menjadi suri kerana ia tiada layak menjadi suri. Sekarang apa bicara anakanda? Pada
fikiran bonda eloklah anakanda turut kata bonda. Bonda hendak carikan isteri anakanda.
Bonda hendak pergi meminang ke Banjar Kulon.”
Dipetik daripada Sastera Panji; bab VI Raden Menteri Diperintah Pergi Berburu
dalam Antologi Nilai Insan.
Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan satu pandangan anda terhadap sikap Permaisuri
dalam soal memilih jodoh. [4 markah]
LANGKAH 1
SIKAP PERMAISURI
TERHADAP KEN
TAMBOHAN
(dalam petikan)
RTIDAK SUKA TIDAK SETARAF DENGAN TIDAK LAYAK
KEN TAMBOHAN RADEN MENTERI SEBAGAI SURI
MENJADI ISTERI
RADEN MENTERI 126
LANGKAH 2:
SIKAP PERMAISURI TERHADAP
KEN TAMBOHAN SEPATUTNYA…
LANGKAH 2 : Tuliskan jawapan dalam bentuk perenggan yang lengkap.
127
PENTAKSIRAN :
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan maksud kritikan sastera.
2 Menyatakan pendapat yang berkaitan
dengan petikan yang diberi.
3 Menyenaraikan satu contoh yang boleh
dikaitkan dengan pendapat yang telah
dikemukakan.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
1. Jelaskan nilai murni yang ada pada watak lain dalam petikan tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Jelaskan satu perbezaan perwatakan Permaisuri dan Sang Nata.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
128
Mata Pelajaran ITEM PEMBELAJARAN 9
Sasaran
Genre / Tajuk Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Standard Kandungan Tingkatan 5
Standard Pembelajaran Cerpen : Namun Itulah Hakikat karya Nazel Hashim
Mohamad
Objektif Pembelajaran 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
2.1 Mengenal pasti dan membincangkan elemen sahsiah
Tempoh pelaksanaan dalam karya yang dibaca dan dikaji.
Nota 1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel,
Aktiviti Pembelajaran cerpen, drama)
PENTAKSIRAN (PBD) xi) Menghuraikan pengajaran.
2.1.1 Mengenal pasti dan membincangkan unsur
keagamaan yang terdapat dalam karya sebagai ciri-ciri
pembentukan sahsiah diri yang mulia.
Murid boleh :
1. Menghuraikan 1 unsur keagamaan yang terdapat
dalam karya sebagai ciri-ciri pembentukan
sahsiah diri yang mulia.
2. Menghuraikan 2 pengajaran yang terdapat dalam
petikan.
2 jam
Rujuk Lampiran
1. Murid perlu memahami terlebih dahulu nota
yang diberikan berkaitan tajuk.
2. Fahami dan ikut arahan soalan.
3. Murid boleh menggunakan buku teks, kamus
atau sebarang bahan sebagai sumber rujukan.
4. Murid boleh menghubungi guru sekiranya
terdapat sebarang kekeliruan menjawab
soalan.
5. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang
telah selesai kepada guru untuk diberi
penilaian dan direkodkan ke dalam PBD.
Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang telah
dihasilkan
129
Aktiviti Pembelajaran
1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan unsur keagamaan yang terdapat
dalam karya sebagai ciri-ciri pembentukan sahsiah diri yang mulia.
Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya
dalam apa-apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah melatah dengan perli dan sindiran
orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia
tidak sedikit pun menaruh sangka buruk terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke
hadrat Illahi kerana dia sudah berjaya.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat,
Karya Nazel Hashim Mohamad
UNSUR FAKTA HURAIAN
KEAGAMAAN
3. Baca dengan teliti petikan yang diberi dalam Lampiran Nota di bawah, kemudian
huraikan dua pengajaran dalam bentuk perenggan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
130
.
LAMPIRAN (NOTA)
1. Maksud unsur keagamaan ialah aspek baik yang dapat membentuk
sahsiah diri yang mulia.
2. Antara contoh-contoh unsur keagamaan adalah kepercayaan kepada
Tuhan, mengucapkan syukur, mengucapkan salam dan berdoa.
3. Maksud sahsiah diri ialah keperibadian atau peribadi, personaliti dan
sistem kecenderungan bertingkah laku.
Unsur keagamaan
Percaya kepada kuasa Allah Sentiasa bersyukur kepada Allah
Contohnya, Bagi Pak Mid, usaha dan Contohnya, Dia terus bersyukur ke
doa kepada Allah adalah penting jika hadrat Illahi kerana dia sudah
mahu berjaya dalam apa-apa jua yang berjaya.
dicitakan. / Bagi Pak Mid seseorang itu
perlu berdoa kepada Allah untuk
berjaya dalam apa jua bidang yang
diingini.
131
PENTAKSIRAN : TAHAP PENGUASAAN
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA
1 Menyatakan unsur keagamaan.
2 Menghuraikan unsur keagamaan.
3 Menjelaskan pengajaran.
Instrimen 2 : Latihan Pengukuhan
2. Jelaskan maksud unsur keagamaan.
3. Jelaskan maksud sahsiah diri yang mulia.
4. Huraikan dua kepentingan unsur agama yang terdapat dalam karya sabagai ciri-ciri
pembentukan sahsiah diri yang mulia.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
132
ITEM PEMBELAJARAN 10
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5
Tajuk Drama Mat Piah dan Mr. Blackway
Nota Rujuk Lampiran
Standard Kandungan 2.3 Mengenal pasti dan membincangkan isu kenegaraan
Standard Pembelajaran dalam karya yang dibaca dan dikaji
Objektif Pembelajaran
2.3.1 Mengenal pasti dan membincangkan unsur patriotisme
Aktiviti Pembelajaran dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan
pembangunan negara bangsa
Pelaksanaan
Murid dapat :
i. Menyatakan tiga unsur patriotisme yang ada pada watak
Mat Piah.
ii. Menyatakan tiga unsur patriotisme pada watak Mr.
Blackway.
iii. Menyatakan kepentingan unsur patriotisme kepada
pembangunan negara bangsa.
1. Murid perlu membaca dan memahami terlebih dahulu
nota yang diberikan berkaitan tajuk.
2. Fahami arahan soalan.
3. Jawan soalan pada aktiviti yang disediakan.
4. Untuk memastikan tugasan yang dibuat bertepatan
dengan kehendak soalan, sila rujuk instrumen 1.
5. Instrumen 2 ialah Latihan pengukuhan untuk
memberi pemahaman kepada fokus pembelajaran.
6. Murid boleh membuat rujukan melalui buku teks atau
sebarang bahan lain yang sesuai.
7. Murid boleh menghubungi guru sekiranya terdapat
sebarang kekeliruan menjawab soalan.
8. Murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah
selesai kepada guru melalui wasap atau telegram
untuk diberi penilaian dan direkodkan dalam PBD.
2 jam
133
SOALAN
Arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti unsur patriotisme
yang terdapat pada watak serta hubungannya sebagai asas pembangunan negara bangsa.
1.
MAT PIAH: Kenal. Kenal. Francis Light yang buka dan teroka Pulau Pinang ni pada
tahun 1786. Apa macam sejarah saya? Saya sekolah sampai darjah enam saja.
Boleh hafal tarikh pembukaan Pulau Pinang pun dah kira otak geliga.(Sengih).
Unsur patriotisme yang ada pada watak _______________________________________
ialah____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
2.
MAT PIAH: Mati-mati aku percaya dia yang buka Pulau Pinang ni. Dah beratus tahun
rupa-rupanya bangsa aku kena tipu dengan fakta sejarah yang palsu ni! Dia
ambil Pulau Pinang ni secara percuma saja daripada Sultan kedah! Putar alam
syah!
BLACKWAY : Correct.
(Mat Piah berpaling kepada BLACKWAY dengan wajah yang bengis. BLACKWAY
kecut perut memandang MAT PIAH.)
Unsur patriotisme yang pada watak_____________________________________________
ialah_____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
3.
MAT PIAH: Apa tunduk-tunduk? Hei, Blackway! Si pengikut jalan hitam! Aku tidak
peduli sama ada engkau yang rancang penipuan tu atau Francis Light yang
merancangnya. Baik kaucerita fakta sejarah yang betul! You tell me the history!
Faster!
Unsur patriotisme yang pada watak_____________________________________________
ialah_____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
134
4.
BLACKWAY : God Save The King……..oh, no….no…..God save me,
God……save me! Save me ! (Menunduk kepala sambil menggeletar)
Unsur patriotisme yang pada watak_____________________________________________
ialah_____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
5.
BLACKWAY: Good Heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis.
(Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik. Dia
membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fort Cornwallis.
Mat Piah hairan melihat aksi BLACKWAY)
MAT PIAH : Tuan buat apa tu?
MAT PIAH : Take a bow.
Unsur patriotisme yang pada watak_____________________________________________
ialah_____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
6.
(Mat Piah terkejut dan segera menekan pedal brek.BLACKWAY tersengguk ke
hadapan. BLACKWAY bingkas turun dari beca dan pergi kearah papan tanda nama
jalan yang tertulis Lebuh Light. BLACKWAY renung dan pegang satu-satu huruf
papan tanda nama jalan itu-seakan-akan dia begitu kagum. Wajahnya berseri-seri
bangga).
MAT PIAH: Ada apa, tuan? (Hairan melihat gelagat BLACKWAY).
BLACKWAY: Light. Light kawan saya. My good friend. (Menunjuk nama Light pada
tanda nama jalan.MAT PIAH masih menyangka BLACKWAY mabuk).
Unsur patriotisme yang pada watak_____________________________________________
ialah_____________________________________________________________________
Unsur patriotisme ini penting kerana___________________________________________
135
PENTAKSIRAN :
Instrumen 1 : Rubrik
AKTIVITI KRITERIA TAHAP PENGUASAAN
1 Menyatakan unsur pariotisme yang
ada pada watak.
2 Menyatakan hubungkait unsur
patriotisme dengan pembangunan
negara bangsa.
Instrumen 2 : Latihan Pengukuhan
Nyatakan empat cara bagi menunjukkan bahawa anda merupakan seorang warganegara
yang mempunyai semangat patriotik.
1._______________________________________________________________________
2._______________________________________________________________________
3._______________________________________________________________________
4._______________________________________________________________________
LAMPIRAN (NOTA)
Unsur patriotisme.
• Bangga sebagai rakyat Malaysia.
• Semangat setia kepada negara.
• Sanggup berkorban demi negara.
PERWATAKAN MAT PIAH
• Seorang yang gigih bekerja.
• Seorang yang berpengetahuan tentang sejarah.
• Seorang yang bersemangat patriotik.
• Seorang yang benci terhadap penjajah.
• Seorang yang berpelajaran rendah.
PERWATAKAN MR.BLACKWAY
• Seorang yang jujur.
• Seorang yang setia kepada rajanya.
• Seorang yang menghargai jasa dan tokoh negaranya.
• Seorang yang bangga dengan pencapaian bangsanya.
• Seorang yang penakut.
136
ITEM PEMBELAJARAN 11
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Sasaran
Genre/Tajuk Puisi Melayu Tradisional / Nilai Insan
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera (Seloka)
Standard pembelajaran 1.2.1 Mengenali dan memahami puisi tradisional
ii) Membaca, memahami dan menerangkan maksud.
iv) Menganalisis gaya bahasa.
3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli yang
menepati ciri-ciri penulisan puisi.
Objektif Pembelajaran Murid dapat :
1. Membaca puisi dengan intonasi yang betul.
2. Menulis maksud rangkap puisi yang dikaji.
3. Menyatakan gaya bahasa bagi puisi yang dikaji.
4. Menghasilkan satu karya asli mengikut tema dan kreativiti
masing-masing.
Tempoh pelaksanaan Dua jam
Nota Rujuk Lampiran
Aktiviti 1. Pelajar diminta melagukan puisi dalam teks Nilai Insan.
(Aktiviti 1)
2. Pelajar diminta menjelaskan maksud yang terdapat dalam
puisi tersebut. (Aktiviti 2)
3. Pelajar diminta membaca garis panduan untuk mengenal pasti
gaya bahasa yang terdapat dalam puisi. (Aktiviti 3)
4. Guru meminta pelajar menyenaraikan gaya bahasa dan contoh
dalam puisi yang dikaji.(Aktiviti 4)
5. Pelajar diminta menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya
asli yang menepati ciri penulisan puisi dari segi tema, bentuk,
gaya bahasa dan kreativiti. (Aktiviti 5)
6. Pelajar diminta menghantar tugasan yang diberi kepada guru
untuk penilaian dan direkodkan dalam PBD.
Pentaksiran Pelajar akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan.
137
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Aktiviti 1 : Membaca puisi dengan menggunakan intonasi yang betul.
Soalan : Berdasarkan puisi Seloka Tak Berikhtiar Sendiri dalam buku Nilai Insan :
(a) Beri maksud rangkap kedua puisi tersebut. [4 markah]
(b) Bincangkan empat gaya bahasa puisi. [8 markah]
(c) Cipta dua rangkap seloka yang bertemakan kasih sayang mengikut kreativiti anda
sendiri. [8 markah]
Aktiviti 2 : Menyatakan maksud bagi rangkap seloka.
Rangkap 3 Maksud :
Banyak orang hanya suka minta bantu,
Memohon pertolongan di sana situ,
Atau berdoa sebilang waktu
Atau menyusahi ayah dan ibu – jadi kutu
Sebagai anak kecil yang masih menyusu
Aktiviti 3 : Menyatakan jenis gaya bahasa dan contoh dari Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
JENIS NOTA GAYA BAHASA
Asonansi MAKSUD
Aliterasi
Anafora Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama
Repitisi Pengulangan bunyi konsonan dalam baris yang sama
Sinkope Pengulangan kata/frasa pada awal baris secara berturut-turut
Pengulangan umum kata, frasa dan kalimat
Pemendekkan sesuatu kata dengan menggunakan satu atau lebih
huruf atau suku kata daripada tengah-tengah kata itu.
BIL GAYA BAHASA CONTOH
1
2
3
4
5
138
Aktiviti 4 : Mencipta dua rangkap Seloka.
CIRI-CIRI SELOKA BEBAS
➢ Sejenis puisi bebas
➢ Ditulis secara berangkap-rangkap
➢ Rangkap yang tidak tetap
➢ Jumlah baris dalam serangkap tidak tetap
➢ Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap
➢ Tidak mempunyai pembayang
➢ Berbentuk naratif (cerita)
➢ Bahasa penceritaan yang meleret-leret dan lanjut, sindiran yang
tajam, seperti mengejek, menyidir dan menempelak
TAJUK SELOKA : ……………………………….…………………………………………………
KARYA : ………………………………………………………………
139
ITEM PEMBELAJARAN 12
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5
Genre / Tajuk Puisi Melayu Moden / Lidah Anakku Berbelang-belang
Standard Kandungan 1.2 Mengenali dan memahami elemen-elemen sastera.
Standard 3.1 Menghasilkan karya.
Pembelajaran 1.2.2 Mengenali dan memahami puisi moden (sajak).
Objektif Pembelajaran i) Mengkaji bentuk.
iv) Menganalisis nada.
Tempoh pelaksanaan 3.1.2 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya asli yang
Nota
Aktiviti menepati ciri-ciri penulisan puisi.
Murid dapat :
1. Menghuraikan bentuk sajak dengan memberikan contoh yang
sesuai.
2. Menganalisis nada yang terdapat dalam puisi yang dikaji.
3. Menghasilkan satu karya asli.
Dua Jam
Rujuk Lampiran
1. Pelajar diminta mendeklamasikan sajak yang diberi yang
terdapat dalam buku teks Kubentang Sehelai Peta.
(Aktiviti 1)
2. Guru meminta pelajar menganalisis bentuk sajak yang
dikaji. (Aktiviti 2)
3. Pelajar diminta membaca nota mengenai nada yang
terdapat dalam sajak. (Aktiviti 3)
4. Pelajar diminta mengenalpasti nada sajak yang dikaji
(Aktiviti 4)
5. Pelajar diminta menghasilkan sekurang-kurangnya satu
karya asli yang menepati ciri penulisan puisi, dari segi
tema, gaya bahasa, kreativiti dan bentuk. (Aktiviti 5)
6. Pelajar diminta menghantar tugasan yang diberi kepada
guru untuk diberi penilaian dan direkodkan dalam PBD.
140
Aktiviti Pembelajaran :
Aktiviti 1: Deklamasi sajak dan fahami maksud.
Soalan : Berdasarkan sajak Lidah Anakku Berbelang-belang, karya Abizai :
a) Huraikan empat bentuk sajak dengan memberikan contoh yang sesuai. [8 markah]
b) Jelaskan nada berserta contoh dalam sajak tersebut. [4 markah]
c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan peranan keluarga. Panjang sajak tersebut
hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]
Aktiviti 2: Menulis bentuk sajak.
Sajak : Lidah Anakku Berbelang-belang
Nota untuk bentuk :
1. Satu rangkap / berangkap.
2. Bilangan rangkap keseluruhan.
3. Bilangan baris serangkap sama atau tidak sama - jika tidak sama nyatakan antara
berapa baris hingga berapa baris. Berikan contoh rangkap keberapa.
4. Bilangan patah perkataan dalam sebaris sama atau tidak sama - jika tidak sama
nyatakan bilangan patah perkataan terpendek dan terpanjang.
Tulis contoh berdasarkan petikan.
5. Bilangan suku kata dalam sebaris sama atau tidak sama - jika tidak sama nyatakan
bilangan suku kata terpendek dan terpanjang. Tulis contoh berdasarkan petikan.
6. Kesimpulannya, bentuk sajak tersebut bebas atau terikat.
Kemudian, huraikan bentuk sajak yang dikaji.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
141
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
____________________________________________________________ [8 markah]
Aktiviti 3: Baca nota nada sajak.
Bil Nada Maksud
1 Melankolik Sedih
2 Romantik Gembira
3 Patriotik Semangat cinta akan negara
4 Sinis Menyindir
5 Protes Membantah
Aktiviti 4 : Kenal pasti nada sajak yang dikaji berserta contoh.
Sajak lidah anakku berbelang-belang bernada …………………………………………………….
Contohnya ( salin terus dari petikan ) ……………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
142
Aktiviti 5 : Mencipta Sajak berdasarkan tema yang diberi.
Nota ciri-ciri sajak.
Menghasilkan karya sajak.
➢ Pelajar perlu memahami ciri-ciri sajak.
✓ Mempunyai rangkap
✓ Bilangan baris dalam satu rangkap
✓ Bilangan patah perkataan sebaris
✓ Bilangan suku kata dalam sebaris
✓ Rima akhir tidak sama
✓ Berbentuk bebas
Aspek – aspek penilaian
dalam sajak
Tema – 2M
Bentuk – 2M
Bahasa – 2M
Kreativiti – 2M
Panduan kepada calon
➢ Calon yang mencipta sajak, jumlah barisnya kurang daripada dua
belas baris, berikan 6 markah maksimun.
➢ Calon tidak menulis tajuk sajak, tolak satu markah kreativiti.
➢ Calon yang mencipta sajak , jumlah barisnya lebih daripada lima
belas baris, periksa seperti biasa.
➢ Sajak yang tidak menepati tema, berikan 0 markah tema.
143
Tajuk sajak berdasarkan tema yang diberi.
………………………………………………. Rangkap 1
……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
………………………………………………
………………………………………………
…………………………………………….. Rangkap 2
………………………………………………….
…………………………………………………..
…………………………………………………..
…………………………………………………..
……………………………………………… Rangkap 3
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
Nukilan:…………………………………………
* Bilangan baris serangkap adalah bebas
144
ITEM PEMBELAJARAN 13
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Sasaran Tingkatan 5
Genre / Tajuk Prosa Melayu Tradisional / Nilai Insan
Standard Kandungan 1.1 Mengenali pengarang dan memahami jenis ciri dan fungsi
Kesusasteraan Melayu.
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera.
2.2 Mengenal pasti dan membincangkan isu masyarakat dalam
karya yang dibaca dan dikaji.
Standard Pembelajaran 1.1.4 Menjelaskan jenis ciri-ciri dan fungsi prosa tradisional
1.2.3 Mengenali dan memahami Prosa tradisional (karya klasik).
i) Membaca, memahami dan menyatakan sinopsis.
ii) Menerangkan tema dan persoalan.
2.2.2 Mengenalpasti dan membincangkan citra masyarakat dalam
karya dan menghubungkaitkannya dengan pembangunan
masyarakat yang harmonis.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menghuraikan tema dan persoalan
2. Menghuraikan citra masyarakat dalam karya
Tempoh Pelaksanaan Dua Jam
Nota Rujuk Lampiran
Aktiviti 1. Pelajar diminta membaca serta memahami sastera Panji
yang terdapat dalam buku Nilai Insan (Aktiviti 1)
2. Guru menerangkan ciri-ciri cerita panji (Aktiviti 2)
3. Pelajar dikehendaki menjawab lembaran (Aktiviti 3)
4. Guru menerangkan sinopsis (Aktiviti 4)
5 Guru meminta pelajar menyenaraikan peristiwa-peristiwa
penting yang terdapat dalam sinopsis yang diberi. (Aktiviti 5 )
6. Guru menerangkan tema yang terdapat dalam karya prosa
(Aktiviti 6)
7. Pelajar diminta mengenal pasti dan menulis tema yang sesuai
bagi prosa tersebut (Aktiviti 7)
8.Guru menerangkan tentang citra masyarakat berkaitan prosa
Panji (Aktiviti 8)
7. Pelajar diminta menyenaraikan citra masyarakat (Aktiviti 9)
145
Aktiviti Pembelajaran : [8 markah]
Aktiviti 1 : Membaca cerita sastera Panji. [4 markah]
Soalan : Berdasarkan cerita sastera Panji dalam teks Nilai Insan; [8 markah]
a) Jelaskan empat ciri cerita panji.
b) Huraikan tema yang terdapat dalam cerita Panji.
c) Huraikan empat latar masyarakat.
AKTIVITI 2 : CIRI-CIRI CERITA PANJI
i. Berlatarkan sejarah negeri Jawa iaitu Negeri Jenggala, Banjar Kulon dan Cempaka Jajar.
ii. Terdapat gelaran pada watak anak raja seperti Raden , Panji dan Ken.
iii. Watak-watak terdiri daripada anak-anak raja seperti Raden Inu Bangsawan adalah anak
kepada Sang Nata.
iv. Terdapat watak-watak pembantu kepada watak-watak utama iaitu Ken Penglipur dan Ken
Tadahan.
v. Terdapat unsur pengembaraan iaitu Raden Inu mengembara mencari hasil perburuan
apabila diarahkan oleh permaisuri.
vi. Terdapat unsur luar biasa iaitu Raden Inu dan isterinya dihidupkan kembali dengan
melumurkan / menyapu kembang ganda pura dan dan kembang wijaya mala.
Aktiviti 3 : Menyatakan ciri-ciri Sastera Panji.
CIRI-CIRI
SASTERA PANJI
146
Aktiviti 4 : Membaca Sinopsis Sastera Panji.
➢ Terdapat sebuah negeri di Tanah Jawa bernama Cempaka
Jajar terdapat seorang raja besar yang bernama Seri Inu
bergelar Sang Nata.
➢ Mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas terdapat taman-
taman dan istana di kawasan taklukannya.
➢ Segala puteri-puteri anak raja tawanan di letakkan di satu
taman yang indah yang bekerja sebagai penenun kain.
➢ Seorang puteri tawanan yang cantik bernama Raden Puspa
Kencana yang amat disayangi baginda. Digelar juga sebagai
Ken Tambohan.
➢ Ken Tambohan telah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya
badannya disaluti cahaya terang. Dia risaukan tentang
mimpinya itu.
➢ Sang Nata mempunyai seorang putera tunggal yang digelar
Raden Inu Kertapati juga ia bermimpi hampir sama dengan
Ken Tambohan tadi tetapi datang seorang raksasa merebut
bulan dipangkuannya.
➢ Ayahanda dan bonda Raden Inu berpendapat patut sudah
anakandanya beristeri. Mereka berkenankan Puteri Banjar
Kulon sebagai bakal menantu tetapi ditolak oleh Raden Inu.
➢ Raden Inu suka berburu, suatu hari dia mengejar seekor
burung serindit yang terbang memasuki kubah tempat Ken
Tambohan bertenun.
➢ Apabila melihat keayuan Ken Tambohan, terus baginda jatuh
hati dan ingin memilikinya untuk dijadikan isteri.
➢ Setelah itu baginda pun berkahwin.
➢ Setelah itu kedua orang tuanya menyedari, Sang Nata
mempersetujui perkahwinan mereka tetapi sebaliknya
ditentang oleh permaisuri.
147
➢ Permaisuri geram dan marah lalu mencari helah supaya
anaknya berpisah.
➢ Suatu malam Raden Menteri bermimpi isterinya ditangkap
harimau lalu ghaib di hutan yang mana mimpi tersebut
membawa makna mereka akan berpisah.
➢ Raden Menteri pergi mengadap ayahanda dan bondanya
setelah sekian lama tidak berjumpa semenjak dia berkahwin.
➢ Bondanya marah kerana menantu bukan pilihan hatinya
dijadikan isteri oleh anaknya. Mereka tidak setaraf.
➢ Bondanya meneruskan agenda dendamnya iaitu menitahkan
anaknya berburu ke hutan.
➢ Semasa ketiadaan Raden Inu, Ken Tambohan dicaci maki oleh
permaisuri dan menitahkan Palebaya supaya dibawa ke hutan
untuk dibunuh Ken Tambohan itu.
➢ Apabila dibawa ke hutan oleh Pelebaya akan Ken Tambohan
sampailah mereka berdekatan pohon angsana, lalu Pelebaya
pun membuka rahsia bahawa Ken Tambohan akan dibunuh
atas arahan permaisuri.
➢ Ken Tambohan menangis dan sebelum dibunuh dia berpesan
supaya letakkan mayatnya di dalam rakit ditutupi dengan
bunga Cempaka dan Angsana lalu dihanyutkan ke dalam
sungai.
➢ Pelebaya menuruti perintah Ken Tambohan lalu dibunuhnya
Ken Tambohan beserta dayangnya juga iaitu Ken Tadahan
dan Ken Penglipur.
➢ Raden Inu mandi di sungai setelah penat berburu, baginda
mula ternampak rakit hanyut. Baginda menyuruh pengikut
mengambil rakit tersebut tetapi rakit tersebut makin menjauh
sehingga dia sendiri yang mengambilnya.
➢ Bila dilihat isterinya mati dibunuh lalu dia pun membunuh
dirinya.
➢ Setelah diketahui oleh Sang Nata angkara jahat isterinya
baginda menghukum Permaisui dan Pelebaya manakala
Raden Inu dan isteri dihidupkan kembali oleh Dewata Mulia
Raya dengan menggunakan kembang ganda pura dan
kembang wijaya mala.
148
AKTIVITI 5 : Menyenaraikan peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam sinopsis yang
dibincangkan.
PERISTIWA-PERISTIWA
PENTING DALAM
SINOPSIS YANG DIKAJI
YANG TERDAPAT DALAM
BAB 1-BAB 10
149
PERISTIWA-PERISTIWA
PENTING DALAM
SINOPSIS YANG DIKAJI
YANG TERDAPAT
DALAM
BAB 1-BAB 10
150