The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PROGRAM, 2020-04-10 09:25:24

MODUL KSSR RBT TAHUN 4 2019

MODUL KSSR RBT TAHUN 4 2019

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN 4

Terbitan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2019

Terbitan 2019

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Mukasurat
i
Rukun Negara ii
Falsafah Pendidikan Negara 1
Pendahuluan 2
Cara Penggunaan Buku Panduan Pengajaran
Modul Pengajaran 3 - 25
1. 1.0 Keselamatan Bengkel
27 - 66
1.1 Amalan Keselamatan 27 - 46
1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel,
peralatan dan bahan.
1.1.2 Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan.
1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan di bengkel.
1.1.4 Membincangkan amalan keselamatan di bengkel:
i. Kebersihan bengkel
ii. Penyelenggaraan peralatan
1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan
di dalam bengkel.

2. 2.0 Pengenalan Kepada Reka Bentuk
2.1 Reka Bentuk

2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan
contoh produk sedia ada.

2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam
kehidupan.

2.1.3 Membincangkan laluan kerjaya dan pekerjaan dalam
reka bentuk.

2.1.4 Menghuraikan apresiasi reka bentuk di persekitaran.
2.1.5 Memperihalkan penggunaan elemen dalam reka

bentuk:
i. Garisan
ii. Rupa
iii. Bentuk

iv. Tekstur 47 - 66
v. Saiz 67 - 122
vi. Warna
vii. Ruang
viii. Nilai
2.2 Reka Bentuk Produk Bertema

2.2.1 Mengenal pasti jenis garisan dalam lakaran reka bentuk.
2.2.2 Melakar pelbagai jenis garisan.
2.2.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran dengan

menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas.
2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan

dan gabungan bentuk asas secara bertema.
2.2.5 Menganalisis lakaran reka bentuk produk bertema yang

dihasilkan.
2.2.6 Menilai lakaran yang dihasilkan dan membuat

penambahbaikan.
2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut

lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan
yang sesuai.
2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema
yang telah dihasilkan.

3. 3.0 Pengenalan Kepada Teknologi
3.1 3.1.1 Menerangkan teknologi dan kepentingannya kepada
kehidupan manusia.
3.1.2 Menghuraikan penggunaan teknologi peralatan secara
konvensional dan moden dalam menghasilkan produk.
3.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat
produk yang akan dihasilkan.
3.1.4 Membuat lakaran reka bentuk produk bermakluman
yang akan dihasilkan.
3.1.5 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat
penambahbaikan.
3.1.6 Mengira kos bahan bagi reka
bentuk produk yang akan
dihasilkan.

3.1.7 Menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi
yang dipilih.

3.1.8 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan 123 - 154
menggunakan pelbagai media. 155 - 182

4. 4.0 Teknologi Rumah Tangga

4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk

4.1.1 Menghubung kait pembungkusan sedia ada dengan
reka bentuk pembungkusan.

4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut
kategori produk.

4.1.3 Menerangkan kepentingan reka bentuk
pembungkusan produk.

4.1.4 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat
reka bentuk pembungkusan yang akan dihasilkan.

4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan yang akan dihasilkan mengikut
kategori produk.

4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan produk yang akan dihasilkan.

4.1.7 Menilai lakaran dan membuat
penambahbaikan.

4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan
produk yang akan dihasilkan.

4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut
lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan
yang sesuai.

4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media.

5. 5.0 Reka Bentuk Makanan

5.1 Reka Bentuk Makanan

5.1.1 Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada jenis
makanan yang dipilih.

5.1.2 Menerangkan kepentingan reka bentuk makanan.
5.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran
bermaklumat reka bentuk makanan yang akan
5.1.4 dihasilkan.
5.1.5 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk
5.1.6 makanan yang akan dibuat.
5.1.7 Menghuraikan lakaran bermaklumat reka bentuk
5.1.8 makanan yang akan dihasilkan.
Menilai maklumat pada lakaran dan membuat
5.1.9 penambahbaikan.
Mengira kos bahan bagi reka bentuk makanan yang
akan dihasilkan.
Menghasilkan satu reka bentuk pada bahan makanan
yang dipilih berdasarkan lakaran yang disediakan
menggunakan bahan dan alatan yang sesuai.
Membentangkan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media.

6. 6.0 Reka Bentuk Pengaturcaraan 183 - 242
183 - 210
6.1 Asas Pengaturcaraan

6.1.1 Menyatakan maksud pengaturcaraan dan kegunaan
atur cara dalam perkakasan harian.

6.1.2 Mengenal pasti algoritma iaitu pseudokod dan carta
alir.

6.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir struktur
kawalan jujukan dalam situasi ringkas.

6.1.4 Menghuraikan satu masalah menggunakan
pseudokod dan carta alir.

6.1.5 Menilai dan membuat penambahbaikan pseudokod
dan carta alir yang dihasilkan.

6.1.6 Merumuskan pseudokod dan carta alir yang telah
dihasilkan.

6.2 Pembangunan Kod Arahan 211 - 242
243
6.2.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian
pengaturcaraan.

6.2.2 Menggunakan fitur-fitur untuk menggerakkan objek,
memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu dalam
perisian pengaturcaraan.

6.2.3 Membina atur cara struktur kawalan jujukan
menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk sesuatu
objek:
i. Melakukan pergerakan dari kedudukan A ke
kedudukan B dengan kadar kelajuan berbeza.
ii. Memaparkan dialog yang sesuai.
iii. Mengeluarkan bunyi yang sesuai.

6.2.4 Menjalankan atur cara yang dibina dan membaiki ralat
sekiranya ada.

6.2.5 Menghasilkan satu atur cara baharu menggunakan
fitur-fitur yang bersesuaian dalam perisian
pengaturcaraan.

6.2.6 Membentangkan secara lisan penghasilan atur cara
baharu dalam perisian pengaturcaraan.

Panel Penggubal Buku Panduan Pengajaran

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

ii



PENDAHULUAN

Reka Bentuk dan Teknologi ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)(Semakan 2017) memberi penekanan
kepada pengetahuan, kemahiran asas dalam mereka bentuk, kebolehan
mengaplikasikan teknologi asas, nilai dan apresiasi dalam reka bentuk. Murid dididik
supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan mengamalkan
asas keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan
keyakinan diri. Sebagai ilmu yang mengambil pendekatan Science, Technology,
Engineering and Mathematics (STEM) dan Pembelajaran Abad ke 21, pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dapat meningkatkan potensi individu untuk
menjana idea sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu dan
bermanfaat.

Justeru, Buku Panduan Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (Semakan 2017)
Tahun 4 ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(Semakan 2017) Tahun 4 serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Buku Panduan ini adalah
usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi maklumat dan bahan rujukan serta
contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan modul ini.

1

CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)

Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut Standard
Kandungan yang mengandungi lapan sub topik berdasarkan Standard Pembelajaran.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta
menambah baik aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di
dalam buku panduan pengajaran:

Standard Kandungan Mewakili tajuk yang merangkumi aspek
KKandungan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan
boleh dicapai oleh murid

Maklumat dan Rujukan Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk
Tambahan

Panduan Kerja Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru
untuk pengajaran

Lembaran Kerja Untuk menguji sejauh mana murid dapat
menguasai standard pembelajaran

2

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

3

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

4

MODUL BUKU PANDUAN PENGAJARAN
1 KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

KESELAMATAN BENGKEL

STANDARD KANDUNGAN (SK)

1.1 AMALAN KESELAMATAN
STANDARD PEMBELAJARAN (SP)

1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan.
1.1.2 Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan.
1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku

kemalangan di bengkel.
1.1.4 Membincangkan amalan keselamatan di bengkel:

i. Kebersihan bengkel
ii. Penyelenggaraan peralatan
1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel

5

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

MAKLUMAT DAN RUJUKAN TAMBAHAN

1.1.1 PERATURAN KESELAMATAN I can see, I Think, I wonder

CADANGAN AKTIVTI
PAK 21

Pengurusan keselamatan yang baik dan bersistematik dapat mengelakkan kemalangan
dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi. Kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian
atau kejadian di luar jangkaan. Oleh itu semua murid perlu mengutamakan keselamatan
yang telah ditetapkan di dalam Bengkel RBT.

6

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Kemalangan boleh dielakkan dengan cara mematuhi peraturan:

a. Peraturan Keselamatan Diri:

Pakai pakaian dan Pastikan rambut Masukkan tudung
kasut yang sesuai diikat dengan ke dalam apron
kemas

Tanggalkan atau Masukkan tudung Pastikan rambut
masukkan tali ke dalam apron diikat dengan
leher ke dalam kemas
apron Gunakan alat
pelindung diri. Cuci tangan
Patuhi semua dengan
peraturan semasa
menggunakan air
menjalankan dan sabun
aktiviti

b. Peraturan Keselamatan Bengkel:

1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.

2. Dilarang membawa beg ke dalam bengkel.

3. Pastikan semua pintu dan tingkap terbuka supaya bengkel
mempunyai cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik.

4. Minta kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan
dan bahan.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan
cermat.

6. Beritahu guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan.

7. Bersihkan tempat kerja dan bengkel setelah selesai
melakukan aktiviti.

8. Bersihkan dengan segera jika terdapat sebarang tumpahan
di lantai.

9. Matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel.

7

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

c. Peraturan Keselamatan Peralatan dan Bahan

Thinner Peraturan Peralatan dan Bahan Kit alatan tangan
beroda
1. Gunakan alatan dan bahan mengikut
prosedur.

2. Gunakan bahan dengan berhemah dan
cermat.

3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan
simpan di tempat yang betul.

4. Beritahu guru jika berlaku kerosakan atau
kehilangan alatan.

5. Dilarang menggunakan bekas bahan
beracun, bahan kimia dan bahan mudah
terbakar untuk dijadikan bahan projek.

6. Minta bantuan guru jika terdapat sebarang
keraguan ketika menggunakan alatan dan
bahan semasa membuat aktiviti.

Kit alatan tangan Syelek
Peti pertolongan cemas
Keselamatan Peralatan dan Bahan

1. Simpan alatan dan bahan di tempat yang betul.
2. Simpan bahan-bahan yang berbahaya dan

mudah terbakar di tempat yang sesuai dan
selamat seperti di dalam almari.
3. Pastikan alat pemadam api dan peti pertolongan
cemas sentiasa dalam keadaan baik.

Panel alatan tangan
8

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.2 SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN

CADANGAN AKTIVTI Personal Learning Experiences
PAK 21

SIMBOL DAN TANDA MAKSUD SIMBOL DAN KETERANGAN
KESELAMATAN TANDA KESELAMATAN

Tidak Dibenarkan Merokok Kawasan yang dilarang untuk
merokok.

Bahan Beracun Bahan yang dilabel dengan
simbol ini dikategorikan
sebagai racun kerana ia
menyebabkan kemudaratan
atau kematian.

Alat Pemadam Api Alat pemadam api berfungsi
sebagai langkah memadam
dan mengawal kebakaran
kecil.

Bahan Mudah Terbakar Bahan yang mudah terbakar
apabila terkena percikan api.

Lantai Licin Murid perlu berhati- hati masa
menggunakan kawasan ini.

9

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

SIMBOL DAN TANDA MAKSUD SIMBOL DAN KETERANGAN
KESELAMATAN TANDA KESELAMATAN

Tanda Keluar Tanda untuk menunjukkan
laluan keluar daripada
bengkel.

Utamakan Keselamatan Tanda peringatan kepada
pengguna bengkel supaya
sentiasa mengutamakan
keselamatan.

10

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.3 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKU

KEMALANGAN DI BENGKEL

CADANGAN AKTIVTI Presentations (Persembahan)
PAK 21

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Antara kemalangan yang biasa berlaku di dalam bengkel ialah luka ringan akibat terkena
benda tajam dan renjatan elektril. Guru dan murid perlu sentiasa bersedia sekiranya
berlaku kemalangan di bengkel. Antara langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya
berlaku kemalangan di bengkel ialah seperti berikut:

1. Cara Merawat Luka Ringan

BIL GAMBAR PENERANGAN

1

Bersihkan luka dengan
antiseptik.

2
Sapukan luka dengan iodin

3

Balutkan luka dengan kain
kasa (gauze) dan plaster.

11

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel.
2. Cara Merawat Mangsa Renjatan Elektrik

1. Jangan menyentuh mangsa.
2. Matikan suis utama bekalan elektrik. Pisahkan mangsa dari punca kejutan

dengan menggunakan kayu kering atau tali kering.
3. Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan berudara. Kemudian

longgarkan pakaiannya.
4. Beri bantuan pernafasan sekiranya perlu.
5. Dapatkan bantuan daripada anggota perubatan.

12

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Alatan Bantuan Kecemasan

Sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel, murid perlu tahu di mana peti
pertolongan cemas diletakkan. Peti pertolongan cemas perlu ada dalam setiap bengkel
RBT. Ini penting bagi persediaan sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel.
Antara bahan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas ialah:

1. Peti pertolongan cemas digunakan untuk merawat luka atau kecederaan ringan.
2. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan senang

untuk digunakan.
3. Peti pertolongan cemas perlu mempunyai ubat- ubatan, bahan rawatan luka dan

kecederaan seperti:
a. Ubat luka
b. Iodin
c. Kain pembalut luka
d. Kapas
e. Kain anduh
f. Gunting
g. Plaster

4. Murid perlu mendapat nasihat dan panduan guru sebelum menggunakan
ubat-ubatan dan bahan rawatan.
13

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.4 AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL

CADANGAN AKTIVTI Hot Seating (Kerusi Panas)
PAK 21

Guru dan murid akan berbincang berkenaan amalan kebersihan bengkel dan
penyelenggaraan alatan.

i. Kebersihan Bengkel
Bengkel yang bersih dan teratur dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Kerja
pembersihan bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar berpandukan jadual tugas
murid. Apakah yang akan berlaku sekiranya bengkel dibiarkan bersepah? Bincangkan
amalan kebersihan di bengkel mengikut gambar A dan gambar B.

Gambar A Gambar B

Suasana di dalam bengkel.

Susun atur peralatan dan bahan di dalam bengkel.
14

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Peralatan dan bahan menjahit

ii. Penyelenggaraan Peralatan
Semua peralatan perlulah disenggara dan dijaga supaya dalam keadaan baik, tahan
lama serta mudah di ambil apabila diperlukan.
a. Menyelenggara Pen 3D (3 Dimensi)
1. Bersihkan bahagian tip pen 3D dengan
menggunakan span basah.
2. Buang lebihan bahan mencetak daripada lubang
pen 3D.
3. Simpan pen 3D di dalam bekas yang disediakan.

Peringatan: Bahan mencetak perlu disimpan di tempat kedap udara untuk menjamin
jangka hayat bahan mencetak tersebut.
b. Menyelenggara Gunting

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus yang sesuai.
2. Bersihkan gunting dengan kain atau dengan berus.
3. Sapu gunting dengan sedikit minyak pelincir bagi

melindunginya daripada berkarat dan melincirkan
bahagian yang bergerak.
4. Simpan gunting pada panel alatan

15

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

c. Membersihkan Pisau

1. Cuci pisau dengan segara setelah
digunakan.

2. Basuh dengan air sabun menggunakan span
lembut.

3. Bilas dan lapkan sehingga kering.

4. Simpan di tempat yang disediakan.

1.1.6 RUMUSAN KESAN MENGABAIKAN AMALAN KESELAMATAN DI DALAM
BENGKEL

CADANGAN AKTIVITI Hot Seating (Kerusi Panas)
PAK 21

PUNCA KESAN

Masuk bengkel tanpa kebenaran guru. Murid mungkin akan tercedera semasa
menggunakan alatan tanpa pengawasan guru

Membawa beg masuk ke dalam Ruang kerja akan menjadi sempit dan aktiviti
bengkel. sukar dilakukan.

Membawa keluar alatan daripada Alatan akan hilang dan rosak
bengkel.
Murid akan mengalami kemalangan dan
Bermain dan bergurau di dalam kecederaan.
bengkel

Guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan isu sekiranya murid
mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel.

Mendokumentasi keselamatan dan amalan kerja yang baik di dalam bengkel.
Dokumentasi ialah proses merekodkan semua perkara atau maklumat berkaitan dengan
keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. Dalam dokumentasi juga boleh dicatatkan
berkenaan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi boleh dibuat dalam
bentuk Slide pembentangan, fail atau buku skrap.

16

LEMBARAN KERJA BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 1

Nama: __________________________________________
Kelas: ___________________________________________

Tuliskan kepentingan menjaga keselamatan di dalam bengkel.

Kepentingan
menjaga

keselamatan di
dalam bengkel

17

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 2

Nama: __________________________________________
Kelas: ___________________________________________

Arahan: Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang salah.

1. Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. ()
2. Murid membawa masuk beg masuk ke dalam bengkel. ()
3. Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. ()
4. Bermain dan bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. ()
5. Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. ()
6. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. ()
7. Murid membuka semua tingkap dan pintu ketika masuk ke ()

dalam bengkel. ()
8. Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. ()
9. Murid memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. ()
10. Murid meletakkan alatan tajam di atas meja selepas menggunakannya.

18

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 3

Nama:____________________________________
Kelas:____________________________________

Arahan: Lengkapkan peta pokok di bawah tentang peraturan dan keselamatan bengkel.

Peraturan dan keselamatan

Diri Bengkel Peralatan dan bahan

1._________________________ 1._______________________ 1._____________________
_________________________ _______________________ _____________________

2._________________________ 2._______________________ 2._____________________
_________________________ _______________________ _____________________

3._________________________ 3._______________________ 3._____________________
_________________________ _______________________ _____________________

19

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 4
Nama:____________________________________
Kelas:____________________________________
Arahan: Bincangkan punca dan kesan tidak mengamalkan amalan keselamatan di bengkel
mengikut gambar di bawah.

20

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

PENILAIAN (BORANG SEMAK)

BORANG SENARAI SEMAK

NAMA MURID : ……………………………………………………………………………………………………………………

KELAS : ……………………………………………………………………………………………………………………

TAHUN : ……………………………………………………………………………………………………………………

1.1 AMALAN KESELAMATAN

PENILAIAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

YA TIDAK TP / TARIKH CATATAN

Dapat menyatakan peraturan di 1

1.

bengkel.

Mengenal pasti simbol dan tanda
2.

keselamatan di bengkel.

Menjelaskan maksud simbol dan 2
3.

tanda keselamatan.

Menyatakan kemalangan yang
4.

boleh berlaku di bengkel.

Menunjukkan cara langkah yang 3
5. perlu diambil semasa berlaku

kemalangan.

Dapat memberi pendapat dari segi 4
keselamatan
6. i. Kebersihan bengkel
ii.Menyenggara alatan

Menghuraikan amalan yang perlu
7. dibuat untuk mengelakkan

kemalangan di bengkel.

Membuat kesimpulan kesan 5
8.

mengabaikan amalan keselamatan.

9. Menghasilkan dokumentasi 6

10 Kerjasama Disemak Oleh:

………………………………………………

21 Nama Guru RBT

Nama Sekolah

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

CONTOH RPH

Tajuk : 1.0 Keselamatan Bengkel

Standard Kandungan (SK) : 1.1 Amalan Keselamatan

Standard Pembelajaran (SP) : 1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu
Objektif Pembelajaran diambil sekiranya berlaku kemalangan di
Masa
: bengkel.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :-
1. Melakukan langkah-langkah yang perlu diambil jika
berlaku kebakaran di bengkel.
1 Jam

Langkah Pengajaran ( SP : 1.1.3 ) EMK / Catatan

Set Induksi

1. Murid melihat tayangan video tentang tragedi kebakaran. - Tayangan video
2. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan video tersebut. Youtube
3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
- Penjanaan idea

Langkah 1

1. Guru menunjukkan pelan kebakaran bengkel . Nilai: Bekerjasama
2. Guru memberi penerangan mengenai pergerakan laluan
Cadangan
kecemasan di dalam bengkel dan contoh jenis alat pemadam Kaedah:
api. (Lampiran 1) Penerangan

Langkah 2

1. Murid diarah melakukan aktiviti menyelamatkan diri melalui

laluan kecemasan yang disediakan berpandukan pelan Cadangan
kebakaran Kaedah :
2. Murid diminta berkumpul di kawasan lapang yang dikhaskan Simulasi
untuk direkodkan semula kehadiran murid. kebakaran

3. Setelah selesai, guru menunjukkan demonstrasi dan Penilaian TP 3

menerangkan cara menggunakan alat pemadam api kepada

murid. (Lampiran 2). (TP3)

4. Murid membuat amali cara menggunakan alat pemadam api.

Penutup

Murid diminta untuk membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini.

Refleksi

…………………………………………………………………………...................................................
..............................................................................…………………………………………………….
……………………………………………………...............................................................................
.......................................................................................................................................................

22

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LAMPIRAN 1

PELAN KECEMASAN BENGKEL RBT

23

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LAMPIRAN 2

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Langkah 1

Tanggalkan pin picu

Langkah 2

Halakan muncung alat ke pangkal
api mengikut arah angin.

Langkah 3

Tekan tuas atas alat
pemadam api

Langkah 4

Layangkan nozel ke kiri dan
kanan seperti menyapu.

24

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA

Arahan: Labelkan bahagian utama alat alat pemadam api di bawah.

tuas hos pin picu

tong muncung

25

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

26

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

27

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

28

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

MODUL PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK
2

STANDARD KANDUNGAN (SK)
2.1 REKA BENTUK

STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan contoh produk sedia ada.
2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam kehidupan.
2.1.3 Membincangkan laluan kerjaya dan pekerjaan dalam reka bentuk.
2.1.4 Menghuraikan apresiasi reka bentuk di persekitaran.
2.1.5 Memperihalkan penggunaan elemen dalam reka bentuk :

i. Garisan
ii. Rupa
iii. Bentuk
iv. Tekstur
v. Saiz
vi. Warna
vii. Ruang
viii. Nilai

29

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

MAKLUMAT/ RUJUKAN TAMBAHAN

2.1.1 MAKSUD REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK SEDIA ADA

CADANGAN AKTIVITI Using Large Picture Card
PAK 21

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk samada dalam bentuk 2D atau 3D yang memberi impak
kepada kehidupan. Ia bertujuan untuk menghasilkan rupa, bentuk atau penampilan
sesebuah produk yang boleh diterima pakai oleh pengeluar dan pengguna sebelum
sesuatu pelaburan dibuat untuk tujuan pengeluaran atau pembuatan.

Antara reka bentuk yang terdapat di persekitaran kita ialah:

Reka Bentuk Perabot

Reka Bentuk Makanan

Reka Bentuk Grafik

Reka Bentuk Pakaian

30

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

2.1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DALAM KEHIDUPAN

CADANGAN AKTIVTI Timeline (Garisan Masa)
PAK 21

a. Menyumbang kepada perkembangan teknologi terkini.

Perubahan teknologi pengisar kopi
b. Memenuhi kehendak individu dan masyarakat.

Perubahan teknologi telefon bimbit
c. Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian.

Memudahkan kerja pembersihan
31

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

2.1.3 MEMBUKA LALUAN KERJAYA DAN PEKERJAAN

CADANGAN AKTIVTI Brainstorming (Sumbangsaran)
PAK 21

Reka bentuk sentiasa membuka laluan kerjaya dan pekerjaan dalam pelbagai bidang
seperti rekaan fesyen, kejuruteraan, makanan, perubatan, pendidikan, komunikasi dan
sebagainya.

Pereka fesyen Jurutera

Pereka grafik Juruteknik pergigian

Arkitek Chef

32

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

2.1.4 APRESIASI REKA BENTUK DI PERSEKITARAN

CADANGAN AKTIVTI Brainstorming (Sumbangsaran)
PAK 21

Reka Bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

Dalam kehidupan, apresiasi reka bentuk boleh dilihat apabila kita tahu menghayati dan
menghargai sesuatu reka bentuk yang ada disekeliling kita. Contohnya ialah botol air
direka mempunyai lengkung di tengah supaya mudah dipegang dan senang dibawa. Reka
bentuk itu perlu dihargai sebagai reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai nilai
tersendiri.

Selain itu, reka bentuk yang dibuat penambahbaikan atau reka bentuk baharu yang lebih
baik, murah dan cekap juga dikatakan sebagai satu cara apresiasi kepada reka bentuk.

Reka Bentuk Reka Bentuk
muncung silinder supaya

memudahkan mudah
untuk minum disimpan

Reka Bentuk Saiz yang
lengkung mesra

untuk mudah pengguna
dipegang

33

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

2.1.6 PENGGUNAAN ELEMEN DALAM REKA BENTUK

CADANGAN AKTIVITI Colaboration (Kolaborasi)
PAK 21 Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)

Elemen reka bentuk ialah perkara yang digunakan untuk menzahirkan idea awal sesebuah
rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak
digambarkan oleh pereka bentuk difahami.

GARISAN

NILAI

RUPA

RUANG ELEMEN
REKA
BENTUK
BENTUK

WARNA TEKSTUR

SAIZ

a. Garisan
Merupakan cantuman satu siri titik atau pergerakan titik dalam sesuatu ruang. Satu
unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis, menggambar dan menulis. Garisan
juga digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan. Ianya boleh
dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget).

34

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

b. Rupa
Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang
dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai. Ia juga merujuk kepada elemen yang
berbentuk dua dimensi (2D) dan rata.

c. Bentuk
Bentuk merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai ketinggian,
kelebaran dan kedalaman. Ia juga menggambarkan luas dan isipadu.

35

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

d. Tekstur
Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui perasaan
atau sentuhan seperti licin, kasar dan lain-lain.

e. Saiz
Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.

f. Warna
Warna boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu warn asas, warna sekunder dan
warna tertier. Warna juga dipecahkan kepada warna panas dan warna sejuk.

36

Warna panas BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
Warna sejuk KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang
tinggi. Ia juga melibatkan warna yang kuat dan terang.

Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang
rendah. Warna sejuk memberi kesan emosi rendah ( redup,
tenang, damai, pudar dan kusam) dan menyejukkan mata
memandang.

g. Ruang

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga
dalam sesuatu objek.

h. Nilai
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna

37

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.0 LEMBARAN KERJA

LEMBARAN KERJA 1

Nama : ____________________________________________ Kelas : ______________________

Nyatakan kepentingan reka bentuk dalam kerjaya dalam peta i-Think di bawah.

KEPENTINGAN
REKA BENTUK

DALAM
KEHIDUPAN

38


Click to View FlipBook Version